Kelab Greenboc |
- Di Tengah-tengah Hudud & Ijtima, Rakyat Dihimpit Kenaikan Tambang Teksi & Bas Ekspres
- Tuan/Puan, Bantulah Keluarga 13 Peserta Ops Bubar Yang Dipenjara..
- "ASAL BUKAN HADI" - Bukan Konspirasi Tetapi Kecewa Kepimpinan Hadi
Di Tengah-tengah Hudud & Ijtima, Rakyat Dihimpit Kenaikan Tambang Teksi & Bas Ekspres Posted: 19 Mar 2015 12:57 AM PDT Tambang pengangkutan awam naik 20% hingga 67% Tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20% hingga 67% berkuat kuasa serta merta manakala mulai 15 Mei pula tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus. Kenaikan tambang itu yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini dibuat berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan. Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, penyelarasan kadar tambang itu dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga barang dan kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu. Menurutnya, penumpang yang menggunakan teksi bajet di Lembah Klang dan Johor Bahru perlu membayar RM8 bagi perjalanan sejauh lima kilometer berbanding RM6.50 sebelum ini, iaitu kenaikan sebanyak RM1.50. Sementara itu, kenaikan lebih tinggi dilihat di Pulau Pinang dengan caj perjalanan sejauh 10 kilometer menggunakan Teksi 1Malaysia dinaikkan sebanyak RM8 iaitu daripada RM11.80 kepada RM19.80. Spad juga sedang mempertimbang untuk menaikkan tambang perkhidmatan kereta api KTM Komuter, KTM Intercity, ETS, LRT dan Monorail yang akan diumumkan pada satu tarikh lain. ULASAN GB GB tertarik dengan satu komen di blog ini di dalam entri sebelum ini iaitu mengenai 13 orang ahli PAS yang dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Rayuan. Rejim UMNO BN semakin zalim, PAS sibuk nk dptkan skngn UMNO dlm isu hudud di klntn, presiden sibuk dgn raih publisiti dgn ijtima di rusila... Ya, tatkala PAS sedang sibuk mengenai hudud di Kelantan dan ijtima Ulama Sedunia di Rusila, rejim UMNO BN terus menzalimi rakyat. Semalam 13 ahli PAS dijatuhi hukuman penjara 10 bulan, hari ini kerajaan mengumumkan pula kenaikan tambang teksi dan bas ekspres dari 20% - 67%. Kehidupan rakyat terus menderita, sedangkan pemimpin PAS masih sibuk dengan agenda masing-masing sehingga tidak lagi berkesempatan untuk membela rakyat..... Apakah bagi mereka, isu rakyat sudah tidak penting lagi? Rakyat hanya penting masa pilihanraya? Sama dengan pendirian rejim UMNO... tapi UMNO BN boleh terus menipu rakyat dengan menabur gula-gula BR1M... kamu PAS nak tabur apa? Oh GB terlupa nak mencari redha Allah.... tak perlukan redha manusia.... Demikianlah sikap dan mentaliti mereka... nilailah sendiri. Akhirnya untung secupak rugi segantang... |
Tuan/Puan, Bantulah Keluarga 13 Peserta Ops Bubar Yang Dipenjara.. Posted: 18 Mar 2015 10:32 PM PDT Tabung Kebebasan' dirancang bantu keluarga 13 dipenjara Para aktivis sedang berusaha bagi mengumpul RM26,000 sebulan untuk membantu keluarga 13 orang yang dijatuhi hukuman 10 bulan penjara kerana menyertai demonstrasi pada Februari 2009 membantah BN mengambil alih pentadbiran di Perak. Kesemua mereka yang berusia 27 hingga 60 dihantar ke penjara selepas Mahkamah Rayuan semalam mendapati mereka bersalah dan menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara dan denda RM5,000 tiap seorang. Tabung Kebebasan yang dirancang itu berharap untuk mendapatkan sokongan dari 520 orang untuk mengikrarkan menyumbang RM50 sebulan selama 10 bulan, supaya keluarga mereka masing-masing akan menerima RM2,000 ketika mereka menjalani hukuman penjara. "Sebelum kita berbuat demikian, kita mahu memastikan bahawa terdapat sokongan yang mencukupi. Kami akan mula menyediakan struktur untuk melihat sama ada kita boleh mendapatkan sekurang-kurangnya 130 orang berikrar memberi sumbangan, dalam masa 72 jam, yang akan berakhir pada jam 1.30 petang 21 Mac. Aktivis sosial Wong Chin Huat yang pada tahun 2009 turut ditangkap kerana memprotes rampasan kuasa di Perak. dalam postinnya di Facebook berkata, naib presiden BERSIH 2.0, Thomas Fann akan menyelia tabung tersebut. "(Kita akan) pasatikan struktur yang betul, termasuk akaun bank, pemegang amanah dan hubungan dengan keluarga, untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti." Kesemua 13 penyokong PAS yang dihantar ke penjara hari ini ialah: Mohd Faiz Mohd Arshad, 27; Zulhaizam Zulkifli, 30; Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40; Adi Hilmee Mohd Nasir, 45; Mohamed Ismail S.M Abdul Kadir, 48; Bad Latif Mansor, 48; Mohamad Nazeer Hameed, 49; Khairul Azmi Hassan Basr, 49; Mohd Hasri Ismail, 49; Yusuf Jaafar, 49; Idris Mohd Thaib 49; Suhana Abdullah, 50; dan Isha Riduan Ishak, 60.
|
"ASAL BUKAN HADI" - Bukan Konspirasi Tetapi Kecewa Kepimpinan Hadi Posted: 18 Mar 2015 06:05 PM PDT Tiada konspirasi jatuhkan Hadi, hanya kecewa dengan kepimpinannya Sentimen "Asal Bukan Hadi" dilihat mendapat momentum di kalangan pemimpin akar umbi PAS selepas beberapa kawasan menamakan calon lain untuk mencabar penyandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan parti pada Jun. Bercanggah dengan dakwaan "konspirasi" untuk menjatuhkan presiden PAS itu, penganalisis Ibrahim Suffian mengatakan trend terbaru ini lahir kerana kekecewaan terhadap kepimpinan parti Islam itu pada hari ini. "Saya tidak fikir terdapat konspirasi tetapi hanya kekecewaan yang semakin berkembang. Jadi secara semula jadi, orang akan mula bercakap tentangnya dan cuba memintanya meletakkan jawatan atau memaksanya mengubah gaya kepimpinan," kata pengarah Merdeka Center itu kepada The Malaysian Insider. "Perkembangan di peringkat akar umbi seperti peletakan jawatan beramai-ramai PAS kawasan Batu, pencalonan pelbagai calon sebagai presiden menunjukkan kekecewaan di dalam parti itu," katanya. Fakta 4 PAS kawasan mencalonkan pelbagai individu sebagai calon presiden menunjukkan kekecewaan umum berbanding pergerakan tersusun satu kumpulan untuk menggantikannya dengan seorang calon mereka, kata Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Yang dipertua PAS Kota Baru itu berkata, jika kumpulan anti Hadi berkonspirasi menjatuhkan presiden, sudah tentu mereka hanya akan menamakan seorang calon untuk melawannya. Sebaliknya PAS Kota Baru mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Kota Tinggi dan Batu Sapi mencalonkan Datuk Husam Musa manakala Shah Alam pula cuba mencalonkan Ahmad Awang, tetapi hanya kalah 6 undi. "Ini membuktikan kami tidak ada penyelarasan, tiada perancangan, tidak ada mesyuarat sulit atau konspirasi untuk menjatuhkan presiden. "Yang ada hanyalah kesepakatan kepimpinan perlu berubah untuk menghadapi suasana semasa," kata Wan Abdul Rahim yang memulakan langkah dengan menamakan Tuan Ibrahim apabila PAS Kota Baru bermesyuarat baru-baru ini. Timbalan pengarah pilihan raya PAS itu berata, 85% pengundi bukan Islam menyokong mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, tetapi selepas 2 tahun, kepimpinan parti Islam itu berjaya menghilangkan separuh daripada sokongan tersebut. Wan Abdul Rahim berkata, mengikut kajian terbaru hanya tinggal 38% saja bukan Islam yang menyokong PAS. "Senario ini bukan khayalan tetapi realiti. Ini bermakna PAS di Johor akan kembali ke status quo asalnya tanpa sebarang kerusi manakala 15 kerusi yang dimenangi PAS di Selangor tidak selamat lagi," katanya. Walaupun 3 daripada 4 PAS kawasan sudah mengadakan mesyuarat agung dan menamakan calon lain sebagai presiden, masih banyak lagi kawasan yang belum mesyuarat menjelang muktamar pada Jun. Mereka mempunyai masa sehingga 21 April 2015 untuk bermesyuarat dan membuat keputusan siapakah calon presiden pilihan mereka. Ibrahim berkata, walaupun 4 PAS kawasan tersebut tidak dilihat terkoordinasi untuk melakukan perubahan kepimpinan, keadaan ini mungkin akan berubah. "Buat masa sekarang mereka tidak kelihatan terkoordinasi, tetapi sebab terdapatnya 3 bulan lagi dan lebih banyak pencalonan akan dilakukan, mereka mungkin duduk bersama dan mencapai konsensus tentang siapa yang mereka rasakan layak untuk mencabar Hadi," kata Ibrahim. Bagaimanapun, Ibrahim berkata Hadi bukanlah calon yang mudah dikalahkan dalam pemilihan PAS dan parti itu mungkin berharap beliau akan meletakkan jawatan daripada membiarkan pertandingan berlaku dan memecah belah parti. Buat masa ini, PAS sudah mencipta sejarah: buat pertama kalinya, calon lain layak untuk mencabar Hadi selepas naib presiden Husam mendapat dua pencalonan untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu. Husam pernah dicalonkan pada 2011 untuk jawatan itu daripada PAS kawasan Bukit Bintang tetapi terus menolaknya dan tidak menerima pencalonan seterusnya. Menjelang muktamar 2013 lalu, PAS Padang Serai di Kedah cuba mencalonkan yang dipertua mereka untuk mencabar Hadi, namun hanya mendapat 1 pencalonan saja dan tidak layak bertanding. Kerusi presiden PAS tidak pernah dicabar sejak zaman kepimpinan Yusof Rawa dan tiada calon yang pernah mendapat cukup pencalonan untuk mencabar presiden sedia ada. -TMI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan