Sabtu, 14 Mac 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Mahathir Hentam Najib Cukup-cukup, BN Bakal Kalah PRU 2018

Posted: 14 Mar 2015 12:55 AM PDT


1MDB punca BN akan kalah pilihan raya?

Walaupun penerangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diterima oleh akar umbi Umno, besar kemungkinan BN kalah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang

"Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua Umno sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat.

"Ingatlah undi orang Umno sahaja tidak cukup untuk menang pilihan raya," kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada 8 Mac lalu, kira-kira 160 ketua-ketua Umno bahagian dikatakan berpuas hati dengan penjelasan Najib sebagai presiden parti berhubung isu 1MDB.

Menulis di blog hari ini, Mahathir berkata jika tiada siasatan forensik oleh polis dibuat susulan tuduhan beberapa pihak yang terlibat dengan pengurusan 1MDB, sokongan rakyat pada BN akan terus merosot.

"Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi," katanya.

Mahathir juga berkata menyatakan dakwaan dibuat sebagai fitnah semata-mata tidak cukup untuk rakyat menolak tuduhan tuduhan berkaitan 1MDB.

Katanya, rakyat masih tidak berpuas hati dengan perkara itu dan membincangkannya di mana-mana sahaja.

"Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong BN dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah.

"Dan jika BN ditolak, sokongan kepada presiden oleh pemimpin bahagian Umno tidak lagi bermakna," katanya. -mk


Audit 1MDB saja tidak cukup, polis kena siasat, kata Dr Mahathir

Siasatan forensik polis perlu dilakukan terhadap mereka yang terlibat dalam tuduhan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana audit biasa saja tidak mencukupi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata audit yang ingin dilakukan ketua audit negara itu tidak mencukupi kerana tidak dapat membongkar apa yang berlaku dalam syarikat pelaburan strategik itu.

"Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik polis akan tuduhan yang dibuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB," katanya menerusi kiriman terbaru di blognya www.chedet.cc hari ini.

Beliau berkata jika ini tidak dilakukan segera, sokongan kepada Barisan Nasional (BN) akan bertambah rendah.

"Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua Umno sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang Umno saja tidak cukup untuk menang pilihan raya," katanya.

Dr Mahathir berkata melantik ketua audit negara menyemak akaun 1MDB tidak akan memberi banyak jawapan kepada persoalan yang diajukan rakyat.

"Ulasan semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap kerajaan dan individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu.

"1MDB bukan buat hutang biasa seperti kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta saja. 1MDB sudah hutang berbilion ringgit. Walaupun 1MDB bukan kerajaan tetapi ia badan yang ditubuhkan dan dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak RM1 juta.

"Oleh itu kerajaan tidak boleh dakwa ini masalah syarikat dan bukan masalah kerajaan," katanya.

Najib pada minggu lalu mengadakan pertemuan bersama ketua Umno bahagian bagi menjelaskan isu mengenai 1MDB dan mereka yang hadir berpuas hati dan sedia menunggu siasatan ketua audit negara selesai.

Dr Mahathir berkata beliau tidak mengetahui bagaimana Najib memberi penerangan mengenai isu 1MDB tetapi segala tohmahan mengenai isu itu tidak wajar dibiarkan dengan alasan kerana ia diperjuangkan pihak pembangkang.

"Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini di mana saja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong BN dalam pilihan raya umum akan datang, BN mungkin kalah. Jika BN ditolak, sokongan kepada presiden oleh pemimpin Umno bahagian tidak lagi bermakna," katanya.

Dr Mahathir persoal sumber kekayaan anak tiri Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyertai suara ramai yang mempersoalkan bagaimana anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz mempunyai kekayaan luar biasa.

Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah apa yang rakyat ingin tahu selepas Riza muncul sebagai produser bersama di Hollywood bagi filem calon anugerah Oscar "Wolf Wall Street" filem, yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dua tahun lalu.

"Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika,"," kata Dr Mahathir dalam catatan blognya chedet.cc.

"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil daripada perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?"

Riza menimbulkan persoalan dengan siri pembelian hartanah walaupun hanya bertugas sebagai seorang jurubank junior di London.

Ini didedahkan dalam artikel oleh New York Times baru-baru ini, yang menampilkan ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dan harta serta peranannya sebagai pelabur hartanah, transaksi yang melibatkan pelbagai pihak, termasuk Riza.

Low juga dikaitkan dengan skandal syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dibebani hutang sehingga RM42 bilion.

Low membeli sebuah apartment mewah di Manhattan dan sebuah rumah besar di Beverly Hills melalui satu syarikat dan kemudian menjualnya kepada Riza. Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan Low.

Akhbar itu mendedahkan "kekayaan luar biasa" ahli keluarga terdekat Najib dan menimbulkan persoalan bagaimana kekayaan itu terkumpul.

Laporan itu juga menyatakan Najib dicemari dengan berita tabiat isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang gemar barang kemas dan beg tangan berjenama.

Pejabat Perdana Menteri dalam maklum balas kepada laporan New York Times itu berkata: "... tiada satu pun wang yang dibelanjakan ketika melancong, membeli barang kemas, mahupun isi mana-mana peti simpanan seperti yang didakwa bukanlah sesuatu yang janggal bagi kedudukan, tanggungjawab dan aset warisan keluarga perdana menteri."

Sebaliknya, beliau berkata kekayaan Najib datang daripada warisan keluarga.

Beberapa hari selepas laporan itu tersebar, Najib dan 4 adiknya - Datuk Johari, Datuk Nizam, Datuk Nazim dan Datuk Seri Nazir mengeluarkan kenyataan menolak perbincangan mengenai harta peninggalan yang diwariskan bapa mereka, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Najib kemudian sama seperti adik-adiknya dalam menyifatkan bapa mereka, yang juga perdana menteri ke-2 sebagai seorang yang berjimat dan berintegriti.

Pemimpin pembangkang termasuk Tony Pua menggesa Najib menjawab soalan dibangkitkan mengenai kekayaan yang terkumpul.

Semalam, Pemuda PAS membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi menyiasat laporan mengenai kehidupan Najib yang mewah.
-TMI





Polis Datang Nak Tangkap Nurul Izzah, Zul Noordin Cari Publisiti Murahan

Posted: 13 Mar 2015 06:50 PM PDT


24 jam saja, polis sampai ke rumah Nurul

Tidak sampai 24 jam laporan polis dibuat, pihak polis hari ini melawat rumah Nurul Izzah Anwar untuk merakamkan kenyataan anggota Parlimen Lembah Pantai itu.

Bagaimanapun Nurul ketika itu dalam perjanalan ke Kota Bahru.

"Tinggalkan penjara. Empat anggota polis berada di rumah. Malangnya dalam perjalanan ke Kota Bharu.

"Sudah pun buat temujanji di IPD (ibu pejabat polis daerah) Dang Wangi pada 16 Mac," katanya di Twitter.

Semalam, selepas lama berdiam diri, bekas calon BN Zulkifli Noordin tampil membuat laporan polis terhadap Nurul ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen.

Zulkifli bangkitkan ucapan Nurul kelmarin yang mengulas keputusan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Zulkifli, Nurul antaranya berkata hakim akur pada kehendak tuan politik, menjual diri kepada syaitan dan memilih kekal dalam kegelapan.

Zulkifli berkata Nurul tidak dilindungi kekebalan sebagai seorang anggota Parlimen kerana ia melibatkan kes hasutan seperti dinyatakan dalam perkara 63, fasal 2 dan 4 dalam Perlembagaan Persekutuan. -mk


"Zulkifli Nordin sudah hilang akal"

Tindakan Bekas Peguam Ketua Pembangkang, Zulkifli Nordin membuat laporan polis terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ekoran ucapanya yang mengecam hakim ketika berucap di Parlimen diselar PasMa.

Naib Pengerusi Tiga PasMa Selangor, Michael Tamil berkata, tindakan Zulkifli yang menggesa pihak pendakwa bertindak ke atas Izzah juga menunjukkan beliau (Zulkifli) sudah hilang akal.

"Zulkifli Nordin, bekas Ahli Parlimen dan peguam tetapi hilang ingatan, apabila mengaitkan kes hasutan seperti dinyatakan dalam perkara 63, fasal 1,2,3 dan 4 dalam Perlembagaan Persekutuan dengan peraturan Dewan Parlimen.

"Apa yang dilakukan Izzah ketika berucap di dalam Perlimen langsung tidak melanggar peraturan Dewan Parlimen," katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Katanya, Zulkifli perlu kembali ke sekolah undang-undang kerana beliau tidak dapat membezakan undang-undang Parlimen dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan.

"Berhentilah mencari publisiti murahan dan menipu rakyat, kerana tindakan itu hanya merugikan masa sahaja," ujarnya.

Jelas Michael , Dewan Rakyat merupakan tempat yang sesuai untuk setiap Ahli Parlimen membahaskan segala isu yang berbangkit termasuk ketelusan keputusan Mahkamah melibatkan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini Izzah dalam sesi bahas di Parlimen yang mempertikai sistem kehakiman negara, dibidas Bekas Peguam Ketua Pembangkang, Zulkifli Nordin.

Kata Zulkifli, ucapan Izzah yang dikatakan memetik teks bapanya,itu sangat menghina dan mencerca badan hakim Mahkamah Persekutuan.

Perbuatan Izzah secara sah melanggar peraturan Dewan Parlimen kerana anak kepada Ketua Pembangkang itu hanya berhenti selepas ditegur oleh Yang DiPertua Dewan.
-FMT


Tiada ulasan: