Kelab Greenboc |
Ust Ahmad Awang: Multaqa, Kempen Menjatuhkan Pihak Lain.. Posted: 01 Mar 2015 12:50 AM PST Ulama bukan tiket dapat pujian, jawatan' ULASAN Bhgn 2 Agenda apa sebenarnya yang diutamakan oleh multaqa ini? Mengusahakan perpecahan PR atau pengukuhannya? Mengusahakan kesatuan saf dalaman PAS atau merenggangkannya? Yang dilihat, ianya dianjurkan hanya pada tahun pemilihan. Yang dilihat ia menghasilkan usul pecah-belah dan persengketaan. Adakah benar persepsi sebahagian bahawa program liqa', neqad, ijtima' dan multaqa itu sendiri adalah tidak lain melainkan usaha kempen untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan yang lain? Amat malanglah sekiranya ia benar sehingga tumpuan usaha ulama yang dibawa dari seluruh negara adalah untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan mereka dan menaikkan golongan sendiri. Politiking sempit sebegini tidak layak bagi ulama, apatah lagi dengan menggunakan nas-nas al-Quran dan hadis yang tidak kena pada tempatnya. Harapan ahli supaya Multaqa Ulama II bebas dari politiking yang sebegini dan persidangan ini akan mengeluarkan usul mengutuk tadbir urus kerajaan Umno-BN yang rosak dan tempang, dasar ekonominya yang membebankan rakyat, politiknya yang rakus dan zalim serta salah guna kuasa yang terang dan nyata. Harapan ahli supaya multaqa ini menjadi pendorong untuk meningkatkan usaha menjatuhkan Umno-BN supaya Islam boleh bebas membangun. Dengan itu juga saf yang telah sengaja direnggangkan oleh golongan tak bertanggungjawab dapat dirapatkan kembali. Tetapi tidak demikian. Agenda perubahan bagaikan hilang dengan tiupan bayu dan alunan lagu "perpaduan Melayu" yang di mainkan Umno dan konco-konconya terutama selepoas musibah "tsunami kecil" di Kelantan pada akhir tahun lalu. Maka yang tinggal hanya perbalahan dalaman PAS dan Pakatan Rakyat. Adakah golongan Ulama PAS sudah hilang fokusnya dan tidak mampu memimpin perubahan ke arah keadilan dan negara berkebajikan? Ingatan buat golongan ulama Saya sebagai mantan ahli Majlis Syura Ulama (MSU) berbelas tahun merasa dukacita dan kesal ia tidak menzahirkan kehebatan dan kepimpinan ulama sepertimana yang saya harapkan. Saya tertanya-tanya apakah tokoh multaqa yang lebih sepuluh orang pembentang dan pembahas itu terlupa pada perintah Allah seperti yang terkandung dalam firmannya yang bermaksud: "Maka berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkan lah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal." ( Surah Ali Imran ayat 159) Hadis Rasulullah SAW: "Al-Ulama' warasatul anbiayaa" atau ulama adalah pewaris para Nabi bukan merupakan tiket untuk mendapat pujian dan dokongan serta kedudukan dan jawatan. Ia sebaliknya merupakan amanah dan wawasan yang perlu dipenuhi dan dicapai oleh mereka yang digelar ulama. Supaya mereka akan ke depan memimpin masyarakat dengan ilmu dan ketaqwaan. Kepimpinan ini pula bukan untuk dituntut atau ditagih atas alasan "saya ulama", tetapi sebaliknya diperolehi dan dimenangi melalui proses perjuangan bersama rakyat sehingga kelebihan seseorang ulama terserlah. Itu jugalah proses yang dilalui Rasulullah SAW yang akan mampu menyerlahkan diri manakala ulama dunia, walau panjang mana senarai ijazahnya, akan terpinggir dan ditinggalkan. Ini kerana ilmunya tidak dihayati mencorakkan diri dan kehidupannya. Pada masa yang sama, hendaklah sentiasa diingati bahawa ilmu dan kefahaman berhubung agama Allah ini ianya adalah milik Allah. Allah boleh memberi kefahaman mengenai agama kepada sesiapa yang Allah inginkan kebaikan baginya. Ilmu bukan pada sijil, ijazah Ketahuilah oleh itu bahawa ramai yang telah bersama PAS, walaupun tidak mempunyai kelulusan rasmi dari institusi pendidikan agama, sememangnya berilmu dan bukan dari golongan juhala' (orang yang jahil). Ilmu itu bukan semata-mata terletak pada sijil atau ijazah universiti, tetapi terletak pada hujah keilmuan dan intelektual. Oleh itu segala yang ingin diusahakan perlu dikemukakan dan dihujahkan dengan jelas dan tersusun. Jangan dituntut ketaatan atau wala' dengan secara membuta tuli atau taqlid tetapi perjelaskan dan pertingkatkan ilmu dan kefahaman masyarakat. Jangan perlekehkan mereka yang tidak berpendidikan agama secara rasmi, sedangkan mereka mungkin memahami banyak persoalan dengan lebih mantap. Didikan yang telah mereka perolehi adalah didikan amali haraki bersama perjuangan Islam yang dipimpin ulama' muktabar. Adalah diharapkan bahawa golongan ulama akan membebaskan diri mereka dari amalan 'politiking' sempit dan sebaliknya membina imej mereka sebagai badan yang bebas dari kepentingan jawatan dan pangkat atau kepentingan duniawi. Mereka perlu memperlihatkan ulama' sebagai kumpulan ilmuan yang memimpin arus perubahan dengan menentang kezaliman dan penyelewengan. Dengan itu mereka akan diterima sebagai pemimpin ummah dan melayakkan diri ke status 'warasatul anbiyaa'. Zahirkan ketajaman keilmuan dengan membedah permasalahan kontemporari dan mengemukakan penyelesaiannya sambil menjadi pihak yang berdiri teguh di pihak keadilan dan kebenaran. Itulah proses yang dimulakan pada 1982 apabila konsep kepimpinan ulama mula-mula diutarakan dengan tertubuhnya Majlis Syura Ulama. Proses ini masih lagi dalam perlaksanaannya dan MSU itu sendiri perlu terus diperkasakan. Jangan golongan ulama' hilang fokus.
Laporan sebelum ini: Ust Ahmad Awang: Multaqa Nak Kukuh Atau Nak Pecahkan Pakatan Rakyat? |
Apa Agenda Najib Mahu Saman Harakahdaily? Posted: 28 Feb 2015 09:40 PM PST Saman saya dulu sebelum ugut orang lain, Rafizi cabar Najib Susulan kenyataan Datuk Seri Najib Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Harakahdaily berhubung laporan yang mengaitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan keluarganya, Rafizi Ramli hari ini mencabar perdana menteri menyaman beliau terlebih dulu. Ahli Parlimen PKR itu berkata, beliau terkejut membaca laporan media yang Najib sekali lagi mengugut memfailkan saman, kali ini terhadap lidah rasmi PAS iaitu Harakah. "Bukan saja saya terkejut kerana kelakuan sebegitu tidak pernah ditunjukkan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini, saya lebih terkejut kerana Najib belum lagi menyaman saya walaupun pernah mengugut untuk berbuat begitu baru-baru ini. "Oleh itu, saya menasihati Najib supaya menyaman saya dulu sebelum mengugut untuk menyaman pihak lain. "Saya juga menggalakkan lebih ramai pihak mengkritik Najib dan jangan takut dengan ugutan saman kerana sehingga sekarang beliau masih belum menyaman sesiapa pun, lebih-lebih lagi pengkritik nombor 1 beliau iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pada Khamis, Utusan Online melaporkan, Najib bakal menyaman portal Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dan anak tirinya Riza Aziz dalam isu 1MDB melalui satu artikel bertajuk "Dana 1MDB biaya syarikat filem Riza Aziz (Bhg 2)'. Semalam, Najib menyifatkan artikel tulisan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub itu, yang mempersoalkan sama ada Riza mendapat manfaat daripada 1MDB, satu "fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak lebih daripada sekadar pembohongan". Rafizi berkata, memandangkan masih tiada tindakan undang-undang dikenakan Najib terhadapnya yang mengkritik keborosan kerajaan sehingga katanya memaksa pentadbirannya memotong subsidi, ia bermakna kenyataannya itu adalah betul. Naib presiden PKR itu berkata, beliau pernah menerima surat undang-undang dari peguam Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pada 4 Disember tahun lepas berhubung satu ceramah dibuatnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. "Ceramah saya itu mengkritik keputusan menghapuskan subsidi minyak dalam keadaan perbelanjaan kerajaan terus boros dan skandal 1MDB yang menelan dana rakyat. "Saya menjawab surat undang-undang itu pada 9 Disember, 2014 dengan menegaskan isu subsidi dan keborosan perbelanjaan negara adalah isu berkepentingan awam," katanya. Bagaimanapun, sehingga kini, Setiausaha Agung PKR itu berkata, beliau masih belum mendapat maklumbalas dari Najib berhubung perkara itu. "Saya agak kecewa kerana sebelum itu teruja agar peguam saya boleh menyoal balas Najib dan Rosmah di kandang saksi," katanya. –TMI ULASAN GB Akhbar Utusan Malaysia semenjak dua menjak ini memberikan liputan yang meluas kepada PAS - terutama kepada golongan pro-Ulama. Multaqa Ulama yang baru lalu misalnya diberikan liputan yang cukup hebat. Tokoh-tokoh pro-ulama turut mendapat "sanjungan dan pembelaan" sementara golongan profesyenal dihentam oleh media massa UMNO berkenaan. Tiba-tiba semalam Utusan mengeluarkan laporan bahawa Najib bakal menyaman portal Harakahdaily, sebuah organ PAS kerana didakwa memfitnahnya dan anak tirinya Riza Aziz dalam isu 1MDB. Apa agenda sebenar UMNO disebalik semuanya itu? Di satu masa memuji melambung kumpulan pro-ulama sementara di satu masa yang lain mengeluarkan kenyataan Najib mahu saman harakahdaily? Ia tidak lain tidak tidak bukan untuk "memaksa dan menekan PAS" untuk bekerjasama dengan UMNO. UMNO kini sedang tenat sehingga keluar kenyataan dari tokoh-tokoh tertentu menyatakan UMNO dan PAS perlu bersatu untuk "masadepan Melayu". Tidaklah mungkin di saat dan ketika UMNO mengajak untuk PAS bersatu, tiba-tiba Najib hendak menyaman Harakdahdaily kecuali ada maksud yang tersirar dari yang tersurat. Yang nyata UMNO sangat memerlukan PAS untuk terus berkuasa. Harakahdaily ditekan supaya beri kerjasama usaha "kerajaan perpaduan" yang sedang diusahakan, tidak menjadi media yang mempromosi dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Satu grand design dalam usaha mewujudkan Kerajaan Perpaduan dan mengenepikan golongan profesyenal yang kuat hendak perkukuhkan Pakatan Rakyat didedahkan oleh Mujahid Yusof Rawa:
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan