Khamis, 5 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Dr Asri gopoh dan memalukan, kata Kazim

Posted: 05 Mar 2015 06:44 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Penceramah popular Datuk Kazim Elias menyelar kembali Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menolaknya sebagai penceramah susulan kenyataannya tentang hadis "roti jala dicelup kuah kari".

Malah, Kazim menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju pemilihannya sebagai ahli panel forum perdana sempena keputeraan Raja Perlis sebagai tindakan gopoh dan memalukan.

Ini kerana, Kazim berkata, dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan oleh Asri (kiri) sebagai mufti dan dibuat tanpa peluang memberikan penjelasan, lapor Utusan Malaysia.

"Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.

"Namun, apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan.

"Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah," katanya lagi seperti dilaporkan akhbar Umno itu.

'Hanya perbandingan'


Sementara itu, Kazim juga menjelaskan kenyataan berkaitan hadis "roti jala dicelup kuah kari" dan "kurma celup tepung" yang disampaikannya hanya perbandingan.

Menurut Kazim, perbandingan itu dibuat kerana di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

"Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham," Kazim dipetik sebagai  berkata dalam akhbar Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, Kazim melahirkan rasa kesal apabila surat daripada Jabatan Mufti Perlis menyebut beliau sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

Katanya, ia seolah-olah menggambarkan beliau sering terlibat dengan penyebaran hadis yang salah.

"Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa.

"Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan," katanya lagi seperti dilapor akhbar itu.


MP: Juruaudit sembunyi sesuatu untuk 1MDB?

Posted: 05 Mar 2015 06:41 AM PST

MALAYSIAKINI


 


MP DAP Petaling Jaya Tony Pua mempersoalkan sama ada firma audit KPMG telah membantu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk menutup sesuatu dalam perjanjian usaha sama kontroversi dengan PetroSaudi International (PSI).

Pua yang juga ketua DAP Selangor berkata hal itu berdasarkan dokumen baru berkaitan perjanjian yang didedahkan oleh Sarawak Report semalam.

Beliau berkata dokumen tersebut mendedahkan bahawa KPMG telah menutup penyata kewangan firma pelaburan itu berakhir 31 Mac 2010, walaupun dokumen itu menggunakan tarikh yang dikebelakangkan

Pua berkata penyata kewangan menunjukkan 1MDB terlibat dalam usaha sama dengan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd pada 28 September 2009, yang dijayakan melalui 1MDB PetroSaudi Ltd.

Bagaimanapun, usahasama itu diketepikan dan pelaburan 1MDB sebanyak AS$1 bilion (RM3.656 bilion) dalam perjanjian itu kemudiannya ditukar kepada nota-nota Murabaha bernilai AS$1.2 bilion (RM4.387 bilion, sebagai pinjaman kepada 1MDB PetroSaudi Ltd) pada 31 Mac 2910.

Bagaimanapun Pua menyatakan bahawa berdasarkan kepada dokumen yang dibocorkan oleh Sarawak Report, pertukaran perjanjian Murabaha sebenarnya bertarikh 14 Jun 2010.

KPMG enggan ulas

Ketika dihubungi Malaysiakini melalui e-mel, KPMG enggan mengulas berhubung dakwaan Pua itu.

"Sila ambil perhatian bahawa pihak kami tidak dapat mengulas perkara ini kerana melibatkan kerahsiaan pelanggan dan keperluan sebuah badan profesional," kata seorang jurucakapnya.

PERKASA label PAS 'lucu, dungu dan jumud'

Posted: 05 Mar 2015 06:37 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Perkasa mengecam keras tindakan pemimpin PAS yang melarang anggota-anggota parti itu menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Presidennya Datuk Ibrahim Ali menyifatkan sikap Majlis Syura PAS itu sebagai "tidak demokratik, bodoh, lucu, dungu dan jumud."

Beliau mengulas kenyataan setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh, yang menggesa PasMa dibubarkan sebelum anggota-anggotanya dibenar bersama parti Islam.

Nik Zawawi (kiri) berkata demikian sebagai menjawab hasrat PasMa mengadakan pertemuan dengan pemimpin PAS bagi membincangkan kemelut dalaman Pakatan Rakyat.

PasMa digerakkan oleh anggota-anggota PAS dan muncul tahun lalu sewaktu memuncak krisis Selangor.

Waktu itu sebilangan pemimpin atasan PAS mengambil sikap berbeza daripada keputusan PKR dan DAP.

Dalam kenyataannya, Ibrahim berkata PasMa bukan sebuah parti politik dan PAS tidak berhak mengambil tindakan kepada ahli sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

"Kalau PasMa menjadi parti politik, maka PAS wajib bertindak memecat (mereka) yang masuk PasMa kerana setiap individu tidak boleh menjadi ahli kepada dua parti politik.

"Tapi PasMa belum jadi parti politik, ahli PAS mahu menjadi ahli PasMa, itu hak individu berkenaan," katanya.

Beliau juga menggesa PAS bersikap budiman dan demokratik dalam menghadapi PasMa yang lantang mengkritik pucuk pimpinan yang tidak pro-Pakatan Rakyat.

"Pemimpin PAS tidak patut jadi pengecut, autokratik atau bersifat diktator. Lawan cara politik, ada sifat istiqamah dan gentleman," katanya.
 

Sidang Parlimen lebih 'banyak konflik' tanpa Anwar

Posted: 05 Mar 2015 06:16 AM PST


Johari Abdul Johari Abdul
 
 
 
PETALING JAYA - Sidang Parlimen kali ini akan lebih 'kecoh' tanpa kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Datuk Johari Abdul. 
 
Menurut Ketua Whip Ahli Parlimen PKR itu, lebih banyak perkara akan dibangkitkan pembangkang sekiranya Anwar benar-benar dihalang hadir ke persidangan Dewan Rakyat bermula pada 9 Mac ini.
 
"Ya, semestinya kalau dia (Anwar) tidak dapat hadir, pihak lawan akan wujudkan lebih banyak konflik. 
 
"Sidang Parlimen akan lebih rancak dari sebelum ini, itu saya boleh jamin.. Tapi kita sudah bersedia untuk segala kemungkinan," katanya pada sidang media, hari ini. 
 
Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar dalam satu surat yang dihantar kepada Peguam Anwar, N Surendran memutuskan untuk tidak membenarkan Anwar hadir ke Parlimen.
 
Bagaimanapun keputusan tersebut didapati bercanggah dengan Fasal 48 (4) (c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Anwar masih kekal sebagai ahli parlimen selagi petisyen pengampunan yang dibawa oleh keluarganya belum diputuskan.
 
Ia juga memberi kejutan kepada PKR yang sebelum ini menjamin kehadiran Anwar selaku Ketua Pembangkang ke persidangan tersebut yang bermula pada 9 Mac hingga 9 April akan datang.
 
Bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Sungai Petani itu, pihaknya tidak akan mudah melatah biarpun terpaksa berdepan dengan pihak lawan tanpa Anwar di Parlimen nanti.
 
"Kita semua akan lebih kuat dari sebelum ini. Kita buktikan bahawa kita boleh bertahan. Kalau sebelum ini, kita guna diesel, kali ini kita guna petrol!" katanya lagi.

Subramaniam mahu Palanivel ikut arahan

Posted: 05 Mar 2015 06:14 AM PST

 
Ini umpama satu cerita sedih kerana kita (MIC) terlepas banyak peluang untuk menyelesaikan krisis ini.


Subramaniam_Palanivel_300Palanivel


KUALA LUMPUR : Krisis dalaman yang melanda parti Kongres India Malaysia (MIC) boleh diselesaikan segera sekiranya Presiden Parti, Datuk Seri G.Palanivel menurut arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Disember lalu

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, akibat keenganan Palanivel itu, MIC terpaksa berhadapan proses pemilihan semula untuk semua jawatan bermula bulan hadapan.

Beliau berkata, keputusan itu terpaksa diambil kerana tempoh 90 hari yang diberikan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula jawatan tersebut berakhir hari ini.

"Ini umpama satu cerita sedih kerana kita (MIC) terlepas banyak peluang untuk menyelesaikan krisis ini.

"Pada masa yang sama semakin banyak aduan dikemukakan kepada ROS," katanya semasa mengadakan taklimat media mengenai krisis MIC di ibu negara di sini hari ini.

Krisis dalaman MIC itu timbul setelah Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pemilihan tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan CWC, pada November 2013, susulan aduan berlaku penyelewengan.

Dalam surat bertarikh 5 Disember 2014, ROS mengarahkan MIC supaya mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari.

Beliau turut menegaskan, di sebalik saman yang dikemukakan kepada ROS, parti itu tetap akan menjalankan proses pemilihan semula

Dalam pada itu, Subramaniam yang juga merupakan Ahli Parlimen Segamat turut menempelak Palanivel yang bersifat tidak berpendirian.

Katanya, semasa berjumpa bersama Presiden Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Palaniel menyatakan akan menurut arahan ROS.

"Dalam masa yang sama beliau (Palanivel) mengemukakan saman kepada ROS," katanya.

Pelajar MRSM boleh mengunjungi gereja

Posted: 05 Mar 2015 06:11 AM PST

 
Mara adalah pusat pengajian yang diwujudkan demi kemudahan pendidikan masyarakat Orang Asal dan Melayu oleh kerajaan untuk membantu mereka.


wilfred


TELUPID: Pelajar daripada masyarakat Orang Asal di Sabah tidak perlu takut untuk melanjutkan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerana garis panduan yang tidak memihak kepada mereka selama ini, sudah ditarik balik.

Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Wilfred Madius Tangau, berkata selepas partinya dan beberapa pihak lain menyuarakan bantahan mereka terhadap garis panduan yang berpihak kepada pelajar agama Islam, ia sudah pun ditarik balik.

"Upko peka terhadap perasaan itu tetapi usah takut lagi," katanya menambah Orang Asal perlu menggalakkan anak-anak mereka untuk belajar di MRSM.

Tangau berkata MRSM sebuah institusi akademik yang terbukti cemerlang dan mereka yang mendapat A dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diberi biasiswa penuh untuk belajar di luar negara.

"Dalam satu majlis untuk pelajar di bawah biasiswa Mara di Amerika Syarikat tahun lalu, saya berasa sungguh kecewa kerana tiada seorang pun pelajar daripada Sabah di sana," rungut beliau yang menggesa agar pelajar dan ibu bapa berusaha untuk merebut biasiswa yang disediakan.

Tangau yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata demikian selepas merasmikan Program Khidmat Masyarakat anjuran MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens di Sandakan.

Katanya, MRSM Sandakan juga sudah secara terbuka mengeluarkan kenyataan bahawa ia tidak pernah mengamalkan diskriminasi agama di kolej mereka walaupun wujud garis panduan itu.

Mara adalah pusat pengajian yang diwujudkan demi kemudahan pendidikan masyarakat Orang Asal dan Melayu oleh kerajaan untuk membantu mereka.

Oleh itu beliau berharap isu garis panduan MRSM yang tersebar meluas di media sosial di mana ia melarang semua aktiviti mana-mana agama lain selain daripada Islam diadakan di kolej itu tidak akan wujud lagi.

Sebelum ini, wujud kebimbangan dalam kalangan ibu bapa sehingga enggan menghantar anak ke MRSM apabila institusi itu melarang pelajarnya menganut apa-apa kepercayaan lain agama selain agama Islam termasuk tidak boleh membawa masuk Bible.

Ia juga melarang penggunaan atau penayangan mana-mana simbol agama selain agama Islam di samping makanan tidak halal juga tidak dibenarkan masuk.

Selepas menjadi viral, Upko dan beberapa pihak lain membantahnya hingga garis panduan itu ditarik balik.

Timbalan Pengarah MRSM, Rizalmi Dahaman mengakui kewujudan garis panduan itu tetapi ia sudah tidak dilaksanakan malah, MRSM juga memastikan pelajar Kristian dapat mengunjungi gereja pada setiap hari Sabtu atau Ahad.

Kecoh, NGO dihalang hantar surat debat GST

Posted: 05 Mar 2015 06:08 AM PST

 
NGO Gabungan Bantah Cukai GST hadir bagi menyerahkan jemputan debat rakyat kepada Menteri Kewangan 2.


gstmalay


PUTRAJAYA: Tindakan pihak polis bantuan yang menghalang sekumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Gabungan Bantah Cukai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang ingin masuk menyerahkan surat jemputan debat kepada Menteri Kewangan 2 telah menyebabkan kekecohan.

Kekecohan berlaku apabila salah seorang peserta NGO tersebut yang tidak berpuas hati dengan salah seorang polis bantuan yang menjerit dengan berkata "sila bercakap seorang-seorang".

Apabila ditengking, peserta NGO itu tidak berpuas hati dan bertindak untuk menyerang polis tersebut. Namun keadaan dapat dikawal oleh polis bantuan lain yang berada di hadapan Pejabat Kementerian Kewangan itu.

Sebelum itu, NGO tersebut hadir untuk menyerahkan surat jemputan kepada Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Sri Hassan Malek untuk berdebat dengan wakil Gabungan Bantah Cukai GST.

Debat Rakyat itu bertajuk "Adakah cukai GST memberi impak positif atau negatif ke atas rakyat Malaysia".

Jurucakap NGO, Dr Jeyakumar berkata debat ini perlu untuk pihaknya mengutarakan beberapa persoalan mengenai kesan cukai GST dan ingin mengetahui maklum balas daripada Husni Mohamad dan Hassan Malek.

"Kita juga mahu memberikan peluang kepada rakyat biasa untuk menanyakan soalan mengenai Cukai GST," kata Ahli Parlimen Sungai Siput itu.

Selain Dr Jeyakumar, turut hadir dalam penyerahan surat jemputan itu seperti Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan wakil NGO Azlan Awang.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata debat itu akan dianjurkan pada 17 Mac 2015 oleh portal pembangkang, Malaysiakini.

"Pemilihan Malaysiakini sebagai penganjur kerana kami merasakan media itu neutral. Debat itu dijadualkan akan bermula pada jam 8 malam," katanya.

Tambah Dr Dzulkefly, surat jemputan itu telah diterima oleh wakil menteri yang merupakan Timbalan Setiausaha Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi Perbendaharaan Malaysia, Suhaili Ahmad.

"Jadi kami kira debat ini telah diterima oleh Mohamad Hanadzlah. Mereka wajib hadir kerana sudah menerima jemputan daripada pihak kami," ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Dr Dzulkefly sekiranya menteri jemputan debat itu tidak hadir, program debat akan tetap diteruskan.

"Kita akan teruskan juga debat itu walaupun menteri yang dijemput tidak hadir. Ini kerana debat mengenai GST sangat penting," akhirinya.

GST Malaysia 2015 : Kejatuhan Ringgit Malaysia RM3.65 Setiap Dolar Amerika Punca Ekonomi Merosot. GST RM24 Bilion Penyelamat!

Posted: 05 Mar 2015 06:05 AM PST




gst malaysia 2015



GST Malaysia 2015 : Kejatuhan Ringgit Malaysia RM3.65 Setiap Dolar Amerika Punca Ekonomi Merosot. GST RM24 Bilion Penyelamat! : Pejam celik, pejam celik. Tidak lama sahaja lagi sekitar kurang 1 bulan daripada sekarang, rakyat malaysia akan dihidangkan dengan pelaksanaan terbaru GST Malaysia 2015 6% bermula 1 April 2015 ini.

Ketika rakyat marhaen mula merasa risau dengan gelombang kenaikan harga barang, kenaikan harga rumah naik dek kerana GST Malaysia 2015 ini ditambah dengan nilai ringgit Malaysia yang dicatatkan pada hari ini ditahap yang cukup rendah dan lemah iiatu RM3.65 untuk setipa Dolar Amerika, namun Timbalan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tampil menenangkan keadaan dan suasana.

BACA SINI LAGI : Kenaikan Harga Rumah 2015 Naik di Malaysia Sebanyak 10% 
Selepas Pelaksanaan GST Kelak!
 
gst malaysia

Ini kerana Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengatakan kerajaan Malaysia telah melakukan tindakan yang tepat untuk melaksanakan GST malaysia 2015 kerana ia mampu ekonomi merosot dek kerana kejatuhan ringgit Malaysia.

 

Kerajaan Malaysia Dapat RM24 Bilion Pelaksanaan GSt Malaysia 2015

  1. Syarikat yang telah melakukan pendaftaran GST kastam telah meningkat daripada 140,000 kepada 317,000 sekaligus memberikan kutipan sejumlah RM1,000,000,000 (RM1 bilion)
  2. Kantung kerajaan Malaysia akan bertambah sejumlah RM24 bilion dengan pelaksanaan GST malaysia 2015 ini.
Apa dia? Ekonomi Malaysia jatuh disebabkan kejatuhan ringgit Malaysia? Itu kata Ahmad Maslan.

gst

Jikalau ditanya kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri mengatakan apabila ringgit Malaysia jatuh ia memberikan kebaikan kepada Malaysia :
menarik lebih ramai pelabur ke negara ini kerana nilai mata wang tersebut yang rendah
sekaligus meningkatkan keuntungan mereka sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara

P/S : Macam mana tidak mampu meningkatkan kantung pendapatan kerajaan Malaysia kepada RM24 bilion jikalau tidak dapat perahan cukai daripada rakyat miskin, golongan pertengahan, dan golongan kaya. Tahniah…

Makhluk asing? Teori MH370 terus meliar

Posted: 05 Mar 2015 05:58 AM PST

MALAYSIAKINI


 



Setahun selepas hilangnya pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, masih terlalu banyak data utama kekal tidak diketahui.

Ia melarat kepada kemunculan teori konspirasi dan perdebatan hangat atas talian berhubung misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia itu.

Semua itu didorong akibat ketiadaan maklumat untuk merungkai apa sebenarnya berlaku kepada pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu.

Akibat munculnya teori-teori pelik termasuk penculikan makhluk asing, selain hujah-hujah bahawa pesawat itu terhempas di Lautan Hindi, tetapi tidak semestinya di kawasan semasa carian.

Antara semua teori itu, kesemuanya berkongsi pandangan bahawa maklumat paling asas dalam isu itu sendiri tidak ada.

"Menghairankan tentang jumlah maklumat yang kita ada selepas melihat kes itu sepanjang masa ini," kata Jeff Wise, seorang pakar penerbangan, lapor Reuters.

Wise sendiri mengambil langkah bijak dengan menerbitkan buku elektronik The Plane That Wasn't There (Pesawat yang Tak Ada di Situ).

Buku itu menduduki tangga teratas dalam senarai terlaris di Amazon.

Pesawat jenis Boeing 777 itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan udara tidak lama selepas terbang daripada Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu.

Hampir semua perkara berkaitan apa yang berlaku selepas itu hangat dibahas.

Adakah YB Pakatan akan turun Sabtu ini?

Posted: 05 Mar 2015 05:57 AM PST

MALAYSIAKINI


 


"Ini tidak boleh diterima. Pemimpin anda di penjara dan anda mahu agih ang pow," kata satu posting di sebuah laman Facebook dalam bahasa Cina yang menggesa wakil rakyat Pakatan Rakyat supaya mengingati matlamat asal perjuangan mereka.

Laman yang baru dibuat itu mendakwa wakil rakyat PKR tertentu menganjurkan majlis sambutan Tahun Baru Cina pada hari Sabtu ini ketika perhimpunan besar-besaran dirancang di Kuala Lumpur untuk menuntut pembebasan pemimpin Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman lima tahun penjara atas sabitan tuduhan liwat.

Juga dipaparkan di laman Facebook itu adalah risalah yang menyatakan bahawa wakil DAP Johor akan menghadiri satu majlis pada hari Ahad.

"Tak pasti sama ada wakil rakyat Johor akan menghadiri perhimpunan tersebut atau sama ada mereka mengharapkan ia berakhir dalam tempoh yang singkat seperti SOP (prosedur operasi standard) dan supaya mereka boleh menjadualkan majlis pada hari berikutnya," kata posting yang lain.
 

SOP itu dipercayai amalan yang sering menjadi bahan sindiran, iaitu "menghadiri perhimpunan, ambil gambar, memuat naiknya di Facebook dan pulang".

Penganjur protes itu, sebuah gabungan yang menggelar diri mereka sebagai Kita Lawan, merancang untuk mengadakannya di luar pusat membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur dari pukul 4 petang Sabtu ini hingga tengah malam.

Selain daripada menuntut kebebasan ketua pembangkang itu, protes itu juga menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Kita Lawan menggesa semua wakil rakyat Pakatan menghadiri protes itu.

Bagaimanapun, semalam polis mengisytiharkan perhimpunan itu sebagai haram dan mereka yang mengambil bahagian boleh menghadapi kemungkinan ditangkap.

Oleh itu persoalannya ialah ketika pihak penganjur menyeru orang ramai menyertai protes itu, adakah mereka seperti Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengambil risiko itu.

Protes yang diadakan semasa era Reformasi pada lewat tahun 90-an adalah berbeza. Pertaruhan kali ini adalah lebih tinggi.

Wakil rakyat mungkin secara automatik hilang kerusi mereka sekiranya mereka ditangkap kerana menyertai perhimpunan haram dan didapati bersalah. Undang-undang melarang mereka yang didenda lebih RM2,000 atau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada satu tahun, daripada menjadi wakil rakyat.

Mengulas isu ini, Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke (kiri) berkata walaupun ahli Parlimen dan ADUN parti itu digalakkan menghadiri protes itu, tetapi ia tidak diwajibkan.

"Kita perlu tunggu sehingga hari Sabtu. Barulah kita boleh tahu jumlah orang yang akan hadir. Oleh itu tidak sesuai bagi kami untuk membuat apa-apa andaian sekarang, "katanya kepada Malaysiakini.

Loke sendiri tidak akan menghadiri protes itu kerana mempunyai urusan lain yang perlu dikendalikan.

Kerajaan Pulau Pinang akan mengagihkan RM100 kepada warga emas hujung minggu ini – sumbangan wang tunai tahunan kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas - dan biasanya wakil rakyat akan berada di cawangan-cawangan Maybank untuk membantu memudahkan pengagihannya.

Ucapan Anwar tetap berkumandang di Parlimen

Posted: 05 Mar 2015 05:54 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Ucapan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap berkumandang di Dewan Rakyat walaupun beliau tidak mendapat kebenaran untuk menghadiri sesi Parlimen yang bermula pada 9 Mac.

Anak sulung Anwar, Nurul Izzah mengesahkan ucapan Anwar tetap akan disampaikan di Dewan Rakyat.

Malaysiakini difahamkan PKR akan melantik salah seorang ahli Parlimen untuk membaca ucapan bagi pihak Anwar dan Nurul Izzah, dijangka menyampaikannya.

Setiausaha penganjur kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa parti itu bersetuju dengan perkara itu.

Anwar masih seorang ahli Parlimen dan ketua pembangkang sementara menunggu keputusan permohonan pengampunan diraja.

Dari selfie bilik tidur pada debat eksploitasi tubuh

Posted: 05 Mar 2015 05:52 AM PST

MALAYSIAKINI



 


Niat puteri DAP Dyana Sofya Mohd Daud untuk berderma melalui gambar selfie mungkin baik tetapi ia tidak dilihat begitu oleh musuh politiknya puteri Umno.

Malah, ia melarat kepada debat sama ada langkah itu kurang sopan, memalukan, tidak manis untuk seorang wanita atau mengeksploitasi tubuh badan.

"Selain dia ahli politik, Dyana perlu buat pendekatan ke arah kemasyarakatan dan tidak mengeksploitasi tubuh badan.

"Selain tidak sesuai dengan agama Islam sendiri dengan aksi yang memalukan, dia juga harus berfikir cara lain yang lebih sopan," ketua penerangannya Haryaty Hamdzah dilapor sebagai berkata kepada Astro Awani.

Bagaimanapun, Dyana, bintang muda DAP itu, dalam Twitter sebentar tadi hanya menjawab ringkas kecaman itu.

"Siku pun tak nampak!" katanya sambil mengulang semula laporan portal itu.

Facebook Dyana semalam memuat naik gambarnya selepas bangun tidur dalam majalah wanita antarabangsa Marie Claire, untuk kempen hak wanita dan antikeganasan rumah tangga.

Gambar itu memaparkannya menggeliat di atas katil dengan memakai pakaian cerah dan berlengan panjang untuk kempen Wake Up To A Good Cause (Bangkit untuk Tujuan Baik) bagi membantu Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).

Dyana ketika dihubungi Malaysiakini semalam menegaskan "tiada isu" bergambar di ruang peribadi dan meminta orang ramai menumpukan kepada objektif kempen itu.

Dyana, lahir dalam keluarga Umno dan mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), mencetuskan kontroversi selepas menyertai DAP, parti yang sering dilabelkan "chauvanis Cina".

Beliau kemudian berkhidmat sebagai setiausaha politik pemimpin popular DAP Lim Kit Siang sebelum menjadi calon dalam pilihan raya kecil Teluk Intan, tetapi tewas tipis pada calon heavyweight BN Datuk Mah Siew Keong.

Selesai hutang, 1MDB mungkin dibubar

Posted: 05 Mar 2015 05:46 AM PST

MALAYSIAKINI


 


1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang kini dilanda kontroversi dan hutang RM42 bilion, mungkin dibubarkan dalam pelan pembayaran baik hutang-hutangnya, lapor Reuters.

Syarikat pelaburan nasional, cetusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan jumlah aset AS$14 bilion (RM51 bilion), mengalami kerugian tahun lalu dan hampir-hampir gagal membayar hutangnya.

Kegagalan itu melemahkan ringgit dan pasaran bon Malaysia, sementara pemimpin pembangkang mendesak akaun syarikat itu lebih telus.

Hutang 1MDB termasuk jualan bon RM11 bilion pada 2013, antara terbitan bon global terbesar dari Asia Tenggara.

Dalam rancangan penstrukturan semula, yang dirangka oleh ketua barunya Arul Kanda dan disokong oleh kerajaan, syarikat itu akan menjual 80 peratus kepentingan Edra Energy, syarikat tenaga miliknya, melalui penyenaraian saham, lapor agensi berita itu lagi.

Lebih RM18 bilion hutang 1MDB berkaitan aset tenaga akan diserahkan oleh Edra Energy sebelum penyenaraian, kata sumber-sumber yang dekat dengan syarikat tersebut.

Dana itu, lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Najib, akan menjual sebahagian besar aset tanah dan kepentingannya dalam dua projek hartanah berprofil tinggi, Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

Langkah itu diambil selepas aset tanah dan kepentingannya dipecah-pecahkan kepada entiti lebih kecil seperti dibayangkan dalam semakan strategi yang diumumkan bulan lepas.

Kementerian Kewangan, yang diketuai Najib dan pemilik penuh 1MDB, tidak memberikan sebarang reaksi kepada Reuters.

1MDB berkata bahawa Edra Energy akan menjanakan wang pada 2015, manakala dan projek-projek TRX dan Bandar Malaysia akhirnya akan dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

Proses ini akan menjadikan 1MDB sebagai syarikat kecil yang akan akhirnya dibubarkan sepenuhnya, kata satu sumber kepada agensi berita itu.

Johari perlu jumpa Speaker, bincang nasib Anwar

Posted: 05 Mar 2015 05:17 AM PST


Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
 
 
 
SHAH ALAM - Satu perjumpaan antara Speaker  Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Ketua Whip Ahli Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincang kehadiran Anwar ke Parlimen.

Ia susulan daripada tindakan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar yang menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir ke persidangan tersebut yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

"Petang tadi (hari ini) saya singgah di Parlimen di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Speaker bagi membincangkan masalah ini. Tetapi beliau masih belum kelihatan di Parlimen. Mungkin masih sibuk dengan persiapan untuk persidangan itu nanti.

"Namun saya telah maklumkan kehadiran saya ini kepada beliau untuk mendapatkan kata putus dari Speaker mengenai perkara ini," katanya dalam sidang media hari ini.

Anwar hanya akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang sekiranya petisyen pengampunan yang difailkan isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, bagi pihak Anwar pada 24 Februari lalu diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pandikar Amin sebelum ini berkata, beliau hanya boleh mengemukakan pemberitahuan selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebaik sahaja kehilangan kelayakan Ahli Parlimen Permatang Pauh mula berkuat kuasa mengikut perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Tambah Johari lagi, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan bagi memutuskan keperluan untuk membawa perkara tersebut ke Mahkamah.

"Walaupun Zulkifli sudah keluarkan surat tidak benarkan Anwar hadir, tetapi tidak bermakna Anwar tidak boleh hadir. Ini merupakan salah satu usaha kita untuk membolehkan beliau hadir bersama-sama dengan kita di Parlimen nanti.

"Kami rakan-rakan pimpinan akan adakan perbincangan dan putuskan sama ada hal ini perlu dibawa ke mahkamah atau tidak. Semuanya bergantung kepada keadaan dan hasil perbincangan itu nanti," katanya lagi.

LAPORAN KHAS: Lautan warga asing, penduduk bimbang ancam keselamatan

Posted: 05 Mar 2015 12:32 AM PST

Oleh: NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM: Isu sewa atas sewa di kawasan PPR semakin berleluasa apabila terdapat sindiket didalangi Pihak Pengurusan Bersama (JMB) bertindak menjadi ejen menyewakan unit kediaman penduduk tempatan kepada warga asing.

Selain itu, majikan juga menjadikan PPR sebagai rumah kongsi pekerja dan  stor menyimpan peralatan.

_MG_1215

Tinjauan Selangor Kini di beberapa kawasan PPR mendapati terdapat banyak unit kediaman dihuni warga asing dari Myanmar, Bangladesh, India dan Indonesia.

Apa yang pasti, unit kediaman yang didiami warga asing itu tidak ubah seperti rumah kongsi ekoran keadaan yang tidak terurus dan kotor.

Warga asing yang dikenali sebagai Kareem, 49, dari Pakistan berkata, dia sering mengunjungi rakannya yang tinggal di kawasan itu dan mengakui pernah tinggal di kawasan sama beberapa tahun lalu.

"Ramai kawan saya tinggal di sini. Dalam sebuah rumah, berbelas orang tinggal sekali," katanya ketika ditemui di PPR Kota Damansara.

_MG_0641Pengerusi Surau PPR Kota Damansara, Zakaria Ismail, 53, berkata penduduk pernah menghalau warga asing yang menghuni PPR itu.

"Adakala, kita tidak boleh lakukan tindakan itu kerana ada rakyat tempatan berkahwin dengan warga asing. Di PPR ini, kita tidak nafikan ada kes ini tetapi tidak banyak," katanya.

Di PPR Lembah Subang, Ketua Blok H, Rahman Aman memberitahu terdapat kira-kira 40 peratus warga asing memonopoli lapan blok itu.

Katanya, sudah banyak aduan diserahkan kepada pihak berwajib namun tiada tindakan diambil.
_MG_0755
"Kami juga pernah bertanya kepada penyewa tempatan yang melakukan perkara itu. Jawapan mereka, unit diceroboh dan tidak selamat untuk didiami," katanya.

Rahman berkata, semua pihak harus bekerjasama menangani isu terbabit yang berlarutan sejak 2007.

"Kita sebagai pengundi sudah pasti mahu kelebihan dan keselesaan diberikan kepada warga tempatan.

"Masih ramai rakyat kita tidak mempunyai rumah, jadi mengapa sewakan kepada pihak tidak bertanggungjawab. Pihak berwajib juga perlu memantau kegiatan ini dengan lebih tegas," katanya.
_MG_0781
Suri Rumah, Fauziah Buyong, 56, mengakui tidak selesa dengan situasi berkenaan dan berasa tidak selamat berada di PPR itu kerana jumlah warga asing semakin meningkat.

"Mereka juga berniaga di kawasan sekitar. Namun, saya sekeluarga tidak mempedulikan atau mengganggu mereka sebagai langkah keselamatan," katanya.-NFN-

Pembelotan masyarakat dalam kes jenayah

Posted: 05 Mar 2015 12:24 AM PST

SELANGOR KINI


Kes gangster berparang banyak berlaku di Klang dan beberapa lokasi lain hingga mengorbankan nyawa dipercayai ekoran perebutan kawasan. Wartawan SelangorKini, Afix Redzuan menemu bual penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim mengenai kepentingan peranan masyarakat.

Ramai resah berikutan kes kumpulan gangster berparang umumnya kian menjadi-jadi kebelakangan ini. Komen?

Kalau menyangka polis tidak mengambil pandang, tidak beri perhatian, itu saya sangkal. Dari masa ke masa, kes samun berparang menjadikan orang perseorangan, kenderaan, rumah dan premis perniagaan sebagai sasaran. Kita dapat lihat tangkapan yang dibuat polis.

Yang penting ialah pera-nan masyarakat. Bukan setakat laporkan kejadian tetapi kalau ada percubaan membeli bara-ngan curi, hendaklah dilapor.

kamal affendi ihsan blogmasjidbandarbukitraja2Tidak mungkin barangan samun seperti komputer riba, telefon bimbit digunakan me-reka, sudah pasti ia dijual. Jadi pembeli juga yang curang kepada masyarakat.

Kebanyakan maklumat di laman sosial lebih berbentuk perkauman misalnya pergaduhan antara kaum dan melibatkan warga asing. Pandangan?

Inilah masalahnya. Kadang-kadang penerangan gambar yang mereka muat naik tidak mengambil kira sensitiviti, ada kalanya fitnah semata-mata. Bila dikaitkan dengan kaum tertentu, misalnya India, walhal bukan mereka. Ini menimbulkan kekecohan hingga boleh menimbulkan ketegangan kaum.

Ambil contoh, penyebaran kejadian di sebuah pasar raya walhal yang terlibat bukan dilakukan orang Malaysia. Tetapi apabila viral, ia dikatakan orang Malaysia dan merujuk kaum tertentu. Ini menjadi polemik masyarakat sehingga timbulnya ketakutan.

Dari segi kajian, adakah statistik jenayah berada di tahap membimbangkan?

Apa-apa bentuk jenayah mestilah ia menjengkelkan. Apabila kes dibuka, polis akan beri perhatian sama ada kes itu kecil atau besar. Polis akan melakukan tindakan berdasarkan siasatan atau maklumat orang awam dalam menyelesaikan kes.

jenayah2 pcaSecara statistiknya, sasaran yang ditetapkan antarabangsa ialah 25 peratus penyelesaian kes mengikut jumlah laporan kes setiap tahun. Di Malaysia, polis mensyaratkan pencapai-an penyelesaian kes ialah 45 peratus. Ini direalisasikan.
Secara keseluruhan, bagaimana kerjasama masyarakat dalam membanteras jenayah?

"Hampir setiap hari, ada pembelotan sebahagian ahli masyarakat.
Umpamanya membeli barangan curi, tahu maklumat jenayah tetapi enggan dedahkan maklumat.

Walaupun berpuas hati de-ngan peranan masyarakat dalam pencegahan jenayah dari segi rondaan dan sebagainya tetapi mereka perlu pertingkatkan lagi kerjasama dengan menyalur maklumat.

"Barangkali masyarakat hanya berfikir mereka hanya ada sedikit maklumat tetapi sebenarnya, apabila dicampur dengan maklumat orang lain, mungkin jadi komposit maklumat yang membantu
penyelesaikan kes. Malangnya, ramai berdiam diri atau menganggapnya tidak penting. Akhirnya tanggungjawab itu dipikul polis.

Kecuaian menjadi kunci utama jenayah seperti kecurian motosikal dan seumpamanya. Bagaimana kecederungan kes yang meragut nyawa?

jenayah tembakDari segi kes melibatkan nyawa tidak sampai 200 kes setahun. Jumlah kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada jenayah.

Untuk berlaku jenayah, perlu ada kombinasi tiga faktor iaitu kehadiran penjenayah, sasaran dari segi mangsa atau tempat dan peluang.

Hanya gabungan tiga perkara tadi dalam satu titik, maka jenayah berlaku. Untuk kurangkan penjenayah agak sukar kerana dalam tamadun manusia, memang adanya penjenayah. Yang boleh dilakukan orang awam ialah mengurangkan peluang dari menjadi mangsa penjenayah.

Hanya Empat Muka Surat Akhbar "The Straits Times"

Posted: 05 Mar 2015 12:16 AM PST







Oleh Abu Hassan Adam 
 
 
Kini rakyat di Malaysia 'heboh' bercerita tentang keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi yang berjaya mendapat keputusan cemerlang tentulah 'mengelekek' (loghat Perak membayangkan keadaan yang amat mengembirakan). Namun bagi yang tidak begitu bernasib baik tentulah merasa dukacita menerima keputusan yang sedemikian. Walau bagaimana pun bagi yang gagal tidak bermakna sudah tertutup semua jalan untuk berjaya dalam hidup ini.

Banyak lagi ruang-ruang yang boleh diterokai. Dan yang penting untuk difikirkan ialah tentang hikmah yang terselindung. Mungkin ada hikmahnya disebalik sesuatu keadaan yang berlaku itu. Cerita mengenai Peperiksaan SPM kini mungkin sudah 'basi' berbanding dengan kisah 'Peperiksaan SPM" zaman dulu. Zaman aku dulu-dulu. Bukan Sijil Pelajaran Malaysia namanya.

Senior Cambridge pun dia. School Certificate pun dia. Malaysia Certificate of Education (MCE) pun dia. Semuanya cakap orang putih. Sekali masuk peperiksaan, dua sijil diperolehi. Cambridge School Certificate dan Malaysian Certificate of Education (MCE).

Pada ketika itu ( tahun-tahun 1950an) tak ramai anak Melayu yang belajar di sekolah orang putih. Kebanyakan orang Melayu tinggal di kampung-kampung terpencil yang tidak dihubungi dengan jalan raya. Aku dikira bernasib baik disebabkan kampung aku terletak tidak jauh dari Kuala Kangsar. Dihubungkan dengan jalan raya, walaupun tidak bertar. Dan Kuala Kangsar pada ketika itu boleh dikatakan sebagai salah satu pusat perkembangan pendidikan di Tanah Melayu.

Apa tidaknya. Pada ketika itu di Kuala Kangsar sudah pun ada tiga sekolah orang putih. Premier school. Malay College Kuala Kangsar, Clifford School dan untuk pelajar perempuan pula ada Government English Girls School ( kini Sekolah Yang Kalsom). Sekolah persendirian pun ada.

Public School Kuala Kangsar. Jadi tidak timbul masalah bagi anak-anak di kawasan ini untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah orang putih berbanding dengan tempat-tempat lain di Tanah Melayu. Walaupun terdapat banyak sekolah orang putih di Kuala Kangsar, berapa 'kerat' saja anak Melayu yang berpeluang belajar sekolah orang putih.

Banyak kekangan yang dihadapi oleh orang Melayu untuk meneruskan persekolahan anak mereka. Yang akan aku ceritakan ialah pengalaman peribadi aku sendiri. Dan aku merasakan bahawa apa yang aku ceritakan nanti adalah juga merupakan pengalaman orang lain yang seangkatan dengan aku. Dan yang ingin aku tegaskan di sini ialah sekiranya ibu bapa kami tidak gigih dan betul-betul bersemangat untuk memberi pelajaran kepada anak-anak seperti kami, maka pastinya aku dan rakan-rakan yang 'sewaktu' dengan aku akan terus senasib dengan rakan-rakan lain yang ada di kampung kini.
Untuk pengetahuan anak-anak,

Untuk ke sekolah, aku terpaksa bangun pagi pada pukul 4.30 pagi. Mandi di telaga ( bukannya di bilik mandi yang pakai shower) yang agak jauh dari rumah, bersarapan pagi ( rebus pisang atau rebus ubi atau bikut kering atau nasi sejuk berlaukkan ikan kering) dan selepas itu bersiap untuk ke sekolah.

Pukul 5.15 pagi keluar dari rumah ke pekan Padang Rengas melalui batas sawah padi, melalui kampung Lalang, melalui Kampung Pondok dan akhirnya sampai ke sebatang sungai berdekatan dengan stesen keretapi (lama) Padang Rengas. Di sungai berkenaanlah aku membasuh kaki ( yang berselut lumpur ) dan memakai kasut ( yang dipikul dalam perjalanan). Kemudian meneruskan perjalanan ke pekan Padang Rengas untuk menunggu bas ke Kuala Kangsar.

Sampai tempat menunggu bas ( kedai Cina Moh Khaw) pukul 6.15 pagi. Bas pertama ( Red &Yellow dari Taiping ) akan sampai ke Padang Rengas pada pukul 6.30. Dari Padang Rengas ke Kuala Kangsar mengambil masa 30 minit. Sampai setesen bas Kuala Kangsar pukul 7.00 pagi. Berjalan kaki pula ke sekolah (Clifford School) selama 15 minit.

Itu baru cerita kesusahan yang dialami untuk ke sekolah. Belum lagi kesengsaraan dan keazaban lain yang dideritai yang mesti ditempuhi untuk mencapai kejayaan. Keadaan kemiskinan yang menyelubungi kebanyakan keluarga Melayu pada ketika itu telah menyebabkan orang Melayu kurang mendapat kejayaan berbanding dengan pelajar-pelajar bukan Melayu yang lain. Istilah 'buku rujukan' adalah amat asing bagi aku dan kawan-kawan yang lain. Sekiranya dapat kami meiliki buku teks pun sudah cukup bertuah. Ramai kawan-kawan aku yang hanya menggunakan buku teks yang telah terpakai (mungkin sudah berusia beberapa tahun) dibeli dengan separuh harga dari pelajar yang terdahulu.

Kami hanya mengharapkan nota yang diberikan oleh guru dan buku teks semata-mata sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan. Jika dibandingkan dengan persediaan anak-anak kini (apatah lagi persediaan yang disediakan untuk cucu-cucu) adalah ibarat langit dengan bumi, ibarat siang dengan malam. Namun begitu dengan berkat ketabahan dan kegigihan kami berjaya juga sampai ke peringakt sebagaimana yang diharapkan oleh ibu bapa kami. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Alfatihah…….

Apbaila sampai hari pengumuman keputusan peperiksaan OSC/ MCE atau HSC seperti yang berlaku kini, agak berbeza sedikit dengan keadaan masa kini. Pada hari berkenaan, sekolah berkaitan meletakkan juga nama-nama pelajar yang berjaya dengan kelulusan setiap mata pelajaran, namun sekiranya ada pelajar yang agak 'malas' untuk melihat keputusan peperiksaannya di sekolah, maka bolehlah melihat keputusan peperiksaannya melalui akhbar 'The Straits Times'.

Melalui akhbar berkenaan akan tercatat nama calon-calon yang lulus samada Gred 1 atau 2 atau 3. Kebiasaannya tidak ramai yang lulus apatah lagi untuk mendapat Gred Pertama. 'Memang berdarah biji mata' (ungkapan orang Perak) untuk mendapat gred berkenaan. Untuk mendapat Gred A matapelajaran pun terlalu sukar. Mungkin seorang sahaja dari sesebuah sekolah yang boleh mendapat enam atau tujuh A. Amat berbeza dengan keadaan sekarang. ' Macam tembikai jualan di tepi jalan' kata kawan aku.

Untuk seluruh Tanah Melayu hanya empat atau lima muka surat akhbar 'The Straits Times' diperlukan untuk memuatkan senarai pelajar-pelajar yang lulus OSC/MCE. Mungkin hanya beberapa ribu sahaja calon yang berjaya dalam peperiksaan pada ketika itu berbanding dengan keadaan kini yang meningkat kepada ratusan ribu.

Dari segi ramainya pelajar yang mengambil peperiksaan, bolehlah dikatakan sebagai satu kejayaan orang Melayu…..

abuhassanadam  http://abuhassanadam.blogspot.com/

Apa beza Anwar dengan Sirul Azhar

Posted: 05 Mar 2015 12:08 AM PST

MSO

 
Orang marah atau benci apabila para penyokong Anwar Ibrahim bersama keluarganya berhimpun di perkarangan pasaraya Sogo pada setiap Sabtu sebagai ikhtiar untuk membebaskan Ketua Pembangkang itu daripada penjara Sungai Buloh. Ada yang mencemuhi perbuatan anak-anak muda dan penyokong Anwar itu melampau dan menganggui urusan hidup orang orang.

Lebih sadis lagi, pihak berkuasa (aparat kerajaan) turut bertindak mencegah dan menghalang perjuangan anak muda pendokong Anwar itu. Mereka disekat daripada berhimpun dan ada yang sudah digiring ke balai polis dan akan didakwa mengikut akta-akta bersesuaian.

Larang untuk berhimpun pada Sabtu depan ini juga sudah dilarang keras. Kemungkinan sekiranya himpunan diteruskan kita akan dapat menyaksikan pancutan air kimia pertama untuk tahun ini dan juga tersaksinya aliran darah tumpah ke jalanan untuk kesekian kalinya.

Memang sekali pandang, aksi atau cara anak-anak muda itu berusaha membebaskan idola dan wira mereka memberi kesan dan gangguan kepada urusan hidup orang lain. Ia menambahkan rasa meluat kepada orang yang membenci Anwar selama ini. Itulah alasan yang diberikan setiap kali diadakan himpunan atau demostrasi ia boleh menganggu urusan orang lain membantutkan perkembangan ekonomi negara.

Apakan keruntuhan nilai mata wang Malaysia hari ini juga didorong oleh aktiviti hujung minggu di sekitar Sogo itu? Atau pun masalah melanda 1MDB sehinggakan menghilang banyak wang rezab negara juga disebabkan aktiviti yang sama. Elok juga kalau pakar dan sarjana ekonomi yang berkokok dalam bilik berhawa dingin setiap kali timbul kehirubuan itu membuat analisa konkrit mengenai hal ini.

Tetapi walaupun begitu semua orang kena menghormati usaha mereka itu. Bagi mereka Anwar adalah hero dan "bangsa" yang difitnah. Soal mahkamah memutuskan hukuman itu, itu kerja mahkamah berdasarkan kepada prinsip undang-undang yang dicatatkan. Undang-undang dan manusia berbeza. Pihak pendakwa dan pembela jarang menemui titik sama walaupun atas kertas yang sama.

Tetapi naluri mereka mempercayai Anwar tidak bersalah dan teraniaya dengan tindakan itu. Itu hak mereka kerana kebebasan hak asasi yang dipunyai mereka dijamin oleh undang-undang dan agama. Siapa boleh memenjarakan perasaan seseorang melainkan diri empunya perasaan itu juga? Lagi pun mereka tidak mengkaji butiran kes, pertuduhan dan sebagainya, tetapi mereka nampak kepada nawaitu mendakwa Anwar itu adalah bermotifkan politik. Malafidel.

Maka, biarlah mereka membela dan berusaha untuk merobohkan tambok penjara Sungai Buluh. Itu komitmen dan sumpah janji jihad mereka. Perjuangan perlu dibayar dengan harga yang mahal. Bukan sahaja penjara, tetapi ada kalanya nyawa menjadi galang ganti dan taruhan. Kematian dalam satu keyakinan adalah mati syahid. (Syahid dunia).

Bagi saya tindakan anak-anak muda dan pendokong Anwar itu sama dengan apa diusahakan oleh Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar terhadap pembunuh Altantuya Shariibuu, Sirul Azhar Umar yang kini ditahan di pusat tahanan Imigresen di Villawood di Australia. Kesungguhan Mahfuz melakukan bantuan kemanusiaan kepada ibu Sirul, Piah Samad dan anak perempuan Sirul, Noriatin itu adalah dalam proses "membebaskan" Sirul menzahirkan kebenaran baginya.

Misi itu bagi menunjukkan simpati Mahfuz atas keyakinan Sirul tidak bersalah dari segi hakikat. Sekiranya Mahfuz menerima hukuman mahkamah itu sebagai benar, untuk apa dia bersusah payah melakukan misi kemanusiaan. Lainlah kalau Sirul Azhar itu anggota keluarga Mahfuz atau pun pemimpin tertinggi parti Pas.

Mahfuz sanggup ke Sydeny membawa kasut jongging dan buah-buahan untuk Sirul. Lebih penting membawa ibu dan anak perempuan Sirul. Apa tujuan Mahfuz bersusah payah melakukan misi itu walhal masih banyak manusia lain yang memerlukan misi kemanusiaan seperti Piah dan Noriatin itu. Misi kemanusiaan untuk mangsa banjir di Kelantan lebih relevan untuk Mahfuz. Tetapi kenapa Mahfuz memilih untuk melakukan misi itu kepada keluarga Sirul. Apakah ia sebagai modal untuk bertanding dalam muktamar?

Saya tidak mahu mempersolkan nawatiu Mahfuz, itu terserah kepada budi bicara dan polisi politiknya. Tetapi apa yang hendak dipersoalkan dan mencari jawaban dan pemahaman apakah beza kerja Mahfuz dengan kerja anak-anak muda yang membela untuk membebaskan Anwar. Anwar dan Sirul adalah dua warganegara Malaysia.

Kalau pendokong yang mengadakan pelbagai aksi dan aktiviti untuk membebaskan Anwar dan memberi sokongan kemanusiaan kepada Dr Wan Azizah dan anak-anaknya dimarahi dan dicemuhi kenapa usaha Mahfuz itu tidak? Apa bezanya dari segi kedudukan Anwar dengan Sirul sebagai orang yang telah dijatuhi hukuman oleh mahkamah dan kini bergelar narapidana?

Apakah kerana usaha Mahfuz itu untuk membebaskan Sirul (sebenarnya mendapat maklmut  berhubung pembunuhan Altatuya sehingga menyebabkan Perdana Menteri berundur) ada didalangi sesiapa atau mana-mana tokoh gergasi? Atau pun misi Mahfuz itu sebahagian misi untuk membebaskan Anwar juga. Begitukah?

Ertinya apabila Sirul mendedahkan orang bertanggungjawab disebalik kejadian pembunuhan model Mongolia itu, (kalau boleh biarlah ianya dikaitkan dengan Najib dan Rosmah), maka Najib akan turun dari kerusi kuasa. Najib akan ditekan dengan pendedahan Sirul itu. Begitukah?

Kalau pun usaha menuju ke arah itu, saya tidak mengira ianya membabitkan Pas. Maksudnya kerja Mahfuz itu bukan atas restu Pas jauh sekali kalau mengambil keputusan itu secara kolektif (pinjam istilahj Haji Hadi). Ini kerana bukan  semua orang dalam Pas suka kalau Najib turun takhta. Bagi sesetengah orang dalam Pas seronok kalau Najib terus menjadi PM kerana mereka dapat mengutik hasil subur daripada keadaan itu. Jadi apa yang boleh dirumuskan sehingga saat ini kerja Mahfuz itu bersendirian.

Mengenai siapa yang menjadi patner Mahfuz dalam mengerakan bantuan kemanusiaan kepada keluarga Sirul ini mungkin dapat dilihat dari berbagai sudut dan ia akan diperkatakan dimasa yang lain. Perjalanan misi kemanusiaan yang didokongi Mahfuz masih berjalan.

Yang ingin ditegaskan disini ialah pihak berkuasa jangan melayani berat sebelah dalam isu pembelaan terhadap Anwar dan Sirul ini. Ia hendaklah dilihat sama penting dalam konteks politik. Jangan himpunan untuk membela Anwar dicegah dan dikenakan tindakan, tetapi misi kemanusiaan terhadap Sirul dibenarkan begitu sahaja

Mufti Perlis kesal surat rasminya 'tolak' Ustaz Kazim disebar di internet

Posted: 05 Mar 2015 12:05 AM PST

 Oleh Nur Shakira Buang

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin menegaskan surat rasmi yang ditandatanganinya tidak seharusnya disebarkan kepada umum, sekaligus menimbulkan spekulasi mengenai penceramah bebas terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elyas.
 
Pejabatnya sebelum ini menghantar surat kepada pejabat Menteri Besar Perlis sebagai respon jemputan kerajaan negeri itu kepada Ustaz Kazim untuk menjadi panel pada Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis ke-72 dan Ulang Tahun ke- 69 RTM.
 
Surat itu menyebut pejabat mufti negeri tidak bersetuju dengan jemputan itu kerana ustaz berkenaan sering menggunakan riwayat-riwayat palsu ketika berceramah.
 
"Surat tersebut menyatakan pihak Jabatan Mufti tidak bersetuju pemilihan panel tertentu atas alasan riwayat-riwayat palsu yang pernah disebarkan. Ini selaras dengan kehendak keilmuan dan masyarakat sendiri untuk memastikan kesahihan riwayat.
 
"Surat itu TIDAK menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan tidak bersetuju untuk menjadi panel forum berkenaan," ujarnya di laman sosial Facebooknya, hari ini.
 
Sementelah isu itu tersebar diinternet, Dr Asri yang baru dilantik semula sebagai mufti Perlis awal Februari lalu turut melampirkan contoh riwayat palsu yang didakwa digunakan Ustaz Kazim. 
 
 
Mengulas lanjut Dr Asri berkata respon yang dibuatnya bersabit pemilihan Ustaz Kazim sebagai panel forum itu dibuat selaras de‎ngan kehendak dan keilmuan masyarakat sendiri untuk memastikan kesahihan tersebut.
 
Ternyata, sebelum isu ini disentuh Dr Asri, Ustaz Kazim terlebih dahulu menjawabnya pada 21 Julai 2014.
 
Ustaz Kazim berkata beliau tidak bermaksud memberi contoh Nabi Muhammad S.A.W melakukan kenduri paling mahal dengan menyediakan roti jala yang dicelup dengan kuah kari seperti yang dipaparkan dalam sebuah buku dan juga rakaman ceramah yang tersebar.
 
Menurutnya, sebenarnya mengikut sejarah, Nabi pernah menyediakan roti yang dicicah dengan kuah kambing dan bagi mengikut sunah Rasulullah, masyarakat zaman ini boleh menyediakan roti jala dicelup dengan kuah kari kepada tetamu yang hadir.
 
"Saya tahu ramai yang mempertikaikan tentang perkara itu. Takkanlah saya bodoh nak cakap Rasulullah beri makan roti jala kepada tetamunya. Zaman itu ada ke roti jala?
 
"Ia sebenarnya hanyalah satu contoh di mana jika Rasulullah menyediakan roti dengan kuah kambing, apa salahnya kita sediakan roti jala dengan kuah kari. Tetapi ramai yang salah faham," katanya kepada mStar Online, tahun lalu.
 
Pada tahun lalu, sebuah buku berjudul Tuhan Sedang Menguji Kita yang memetik ceramah-ceramah Ustaz Kazim telah diterbitkan di bawah penerbitan Karangkraf.
 
Rakaman video ceramah mengenai topik itu juga turut dirakamkan dan disiarkan menerusi YouTube sehingga menimbulkan komen-komen negatif masyarakat.
 
Ramai yang memberi reaksi bahawa Ustaz Kazim telah menyampaikan informasi salah dan ia boleh menjejaskan akidah masyarakat yang mengikuti ceramah-ceramahnya.
 
Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata, sebelum buku tersebut diterbitkan, dia telah membuat beberapa pembetulan termasuklah bahagian isu roti jala yang ditulis, namun dia tak pasti sama ada ia telah diperbetulkan atau tidak.

Selepas Kereta Dr.Hatta Cuba Dibakar, Kini Dr Dzul Dipukul -updated

Posted: 04 Mar 2015 11:59 PM PST

KELAB GREENBOC



 
Selepas insiden kereta AJK PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Raamli cuba dibakar oleh pihak tertentu, pagi ini, seorang lagi AJK PAS Pusat, Dr.Dzulkefli Ahmad pula menerima nasibnya apabila beliau telah dipukul dengan kayu oleh dua orang yang memakai helmet selepas solat Subuh.

Sahabat baiknya Datuk Kamarudin Jaffar yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, Dzulkefly ketika ini sedang membuat laporan polis dan akan mendapatkan rawatan selepas ini.

Kesan kejadian itu, ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu mengalami pecah di bibir dan bengkak di kepalanya.

Di dalam kejadian tersebut, Dr.Dzul dikatakan telah didatangi oleh lelaki berkenaan dan berkata "mengapa kurang ajar sangat?" lalu memukulnya di bahagian muka.

Dr Dzul kini berada di balai polis untuk membuat laporan. Beliau bagaimana pun meminta ahli-ahli PAS tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian berkenaan.

Serangan berkenaan dipercayai berlaku ekoran kenyataan di dalam sebuah portal di mana Dr Dzul menjelaskan beliau bukan tidak menghormati ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi sesama jemaah Islam.

"Yang saya tidak hormati ustaz-ustaz yang mengaku ulama tetapi memaki hamun dan kerjanya melabel sesama ahli jemaah dan parti sendiri," katanya.

GB sebelum ini telah berulang-kali meminta supaya budaya samseng yang ada di dalam PAS segera ditangani tetapi nampaknya lansung tidak dihiraukan oleh PAS Pusat.

Bermula dengan kes seornag blogger, Aduka taruna dipukul oleh sekumpulan penyokong taksub Hj Hadi di Rusila, Marang, diikuti dengan "50 gagak hitam" yang keluar dewan semasa muktamar, kumpulan pro-ulama mengeboo ucapan Hanipa Maidin, beberapa pemuda PAS yang bertindak dan berlagak samseng menguugut untuk memukul Pengarah LENSA Sdr Safwan Anang, kumpulan ahli PAS Pahang yang turut disertai olej Ketua Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik berdemo untuk menuduh Mat Sabu dan Dr.Hatta Ramli cuba menggulingkan Presiden PAS di Pejabat Agong PAS, percubaan membakar kereta Dr Hatta dan kini Dr Dzulkefly dipukul dan dicederakan.... adalah rentetan peristiwa hitam yang amat menyedihkan dan mencalarkan imej PAS.

Di dalam peristiwa kereta Dr.Hatta yang cuba dibakar ada pula mereka dari kumpulan pro-ulamak yang menuduh perbuatan itu cuba dilakukan oleh Dr Hatta sendiri untuk meraih simpati.

Cuma di dalam dua kes yang terakhir iaitu insiden percubaan membakar kereta Dr Hatta dan memukul Dr Dzul, kita tidak dapat mengenal pasti dengan sebenarnya siapa pelakunya. Mungkin saja agen-agen provokasi untuk memburukkan hubungan kedua-dua kumpulan di dalam PAS yang dilihat tidak sehaluan.

Walau apa pun kita berharap PAS Pusat tidak terus berdiam diri terhadap gejala samseng yang semakin menjadi-jadi ini.

Sifat-sifat buruk dengan akhlak yang keji dan jijik yang diaparkan oleh kumpulan yang menamakan diri mereka pro-ulamak terus dibiarkan. Malah di alam siber ini, "papagomo versi PAS-UG" seperti Tok Usin Ceroi dan El-haraki juga dibiarkan tanpa diambil apa-apa tindakan semata-mata kerana dikatakan mereka itu melakukan hal yang demikian kerana "menyokong ulama".

setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali yang sebelum ini menonjolkan diri untuk membawa beberapa kes ke Lembaga Disiplin nampaknya masih terus dengan sikap "biased"nya dan kini lebih sibuk untuk berpolitiking bagi mempastikan Presiden PAS, Haji Abd Hadi Awang tidak ditandiingi di dalam pemilihan muktamar akan datang ini.

Kita berharap para perwakilan muktamar akan membuka mata untuk menilai mana intan mana kaca di dalam perjuangan.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Sesiapa juga yang bersalah PASTI akan terhukum, jika tidak di sini, akan dihukum di "sana".


Dr.Dzul sedang menerima rawatan di hospital
Dr Dzul sambut tumbukan dengan takbir

Ahli Jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad "menyambut" tumbukan oleh individu yang tidak dikenali dengan laungan takbir.

Menceritakan kembali kejadian Dzulkefly dipukul, isterinya Azlin Hezri berkata, pada jam 6.30 pagi, pemimpin PAS itu dihampiri dua lelaki yang menunggang motosikal.

Ketika meletakkan kereta di kawasan rumah, Azlin berkata, salah seorang lelaki tersebut membuka pintu kereta Dzulkefly dan menumbuk di bahagian kanan muka Dzulkefly.

Selepas ditumbuk, Dzulkefly kemudian melawan kembali sambil bertakbir sekuat hati beberapa kali, kata Azlin.

"Sebenarnya semasa dia balik daripada masjid dan meletakkan kereta di perkarangan rumah, belum sempat pintu pagar ditutup, ada dua orang lelaki.

"Seorang daripadanya memakai topi keledar terus menuju ke kereta Dr (Dzulkefly) dan buka pintu kereta dan terus tumbuk muka Dr sebelah kanan.

"Kemudian Dr turun (kereta) dan lawan balik, dia takbir kuat-kuat banyak kali sehingga orang tersebut tergamam dan lepas itu dia (individu tersebut) pukul Dr dengan besi.

"Alhamdulillah, tiada jahitan yang dikenakan terhadap Dr," kata Azlin ketika dihubungi Malaysiakini.

Bibir bengkak, dahi luka

Ditanya mengenai kenyataan "kenapa kurang ajar sangat" yang ditujukan kepada pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu, Azlin berkata, Dzulkefly tidak sempat untuk berkata apa-apa.

Menurut Azlin lagi, Dzulkefly yang hanya mengalami luka di dahi dan bengkak di bibir dan kini baru selesai memberi kenyataan kepada pihak polis yang datang ke rumah berhubung kejadian itu.

"Dia OK. Cuma bibir bengkak, luka di dahi. Dr memang jenis yang tidak akan berdiam diri. Dia memang akan melawan balik.

"Ini baru selesai Dr buat laporan polis. Polis datang ke rumah. Dr sekarang berehat di rumah dan selepas ini tidak pasti sama ada dia akan ke Putrajaya jaya untuk urusannya atau tidak," tambahnya lagi.

Pagi tadi, Dzulkefly diserang oleh individu tidak dikenali di rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam selepas selesai solat subuh.

Berikutan kejadian serangan itu, PAS Selangor akan mengarahkan kawalan keselamatan ke atas pemimpin PAS negeri itu dipertingkatkan agar cubaan pihak yang ingin mencetuskan provokasi dapat dihalang.
-mk


Perebutan jawatan Presiden PAS mustahil

Posted: 04 Mar 2015 11:49 PM PST

Walaupun PAS mengamalkan dasar pemilihan secara terbuka, namun ahli-ahli tidak akan sampai ke tahap untuk mencabar presiden parti sedia ada


pasundi


PETALING JAYA: Pemimpin ulama menyifatkan pertandingan dalam pemilihan jawatan Presiden PAS adalah sesuatu yang luar dari kebiasaan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah pemilihan parti itu di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Abu Bakar Abdullah yakin, pertandingan bagi merebut jawatan Presiden PAS tidak akan berlaku buat masa ini dan menganggap tiada keperluan mewujudkan pertandingan di peringkat itu.

Menurutnya, walaupun PAS mengamalkan dasar pemilihan secara terbuka, namun beliau yakin ahli-ahli tidak akan sampai ke tahap untuk mencabar presiden parti sedia ada, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lapor Sinar Harian.

"Saya tidak fikir begitu (ada pertandingan di peringkat jawatan presiden). Saya yakin kekal presiden tidak bertanding," katanya.

Tidak menafikan peranan PAS kawasan, Abu Bakar bagaimanapun menyerahkan keputusan itu kepada pihak terlibat.

Abu Bakar yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu berharap, PAS kawasan yang akan mengadakan mesyuarat agungnya boleh berfikir secara bijaksana dalam menamakan calon presiden, dengan menilai peranan Abdul Hadi yang menonjolkan ketokohan dan kewibawaan dalam mengepalai parti PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Sementara itu, mengulas mengenai komplot yang didakwa cuba menjatuhkan Abdul Hadi, beliau menjelaskan tidak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut.

Beliau berkata, sekiranya ia merujuk kepada ketidakpuasan hati segelintir pihak terhadap kepimpinan Abdul Hadi, ia adalah perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana kepimpinan.

Saya setuju cakap Mahathir – Sabaruddin Chik

Posted: 04 Mar 2015 11:40 PM PST


Sabbaruddin jarang melihat kata-kata yang dilemparkan oleh 'bos'nya, Mahathir salah malah kritikan bekas perdana menteri itu terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak adalah sesuatu yang sangat wajar.


sabaruddin


PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sabbaruddin Chik mengakui pendapat dan cadangan yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sering kali benar khususnya apabila ia merujuk kepada Perdana Menteri semasa, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Sepanjang 17 tahun terlibat dalam arena politik negara, Sabbaruddin jarang melihat kata-kata yang dilemparkan oleh 'bos'nya, Mahathir salah malah kritikan bekas perdana menteri itu terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak adalah sesuatu yang sangat wajar.

"Saya rasa elok juga jika Najib dengar apa yang Mahathir cakap," katanya dalam satu sidang media selepas majlis pelancaran buku 'Membongkar Skandal Deepak dan Bank Rakyat- Dari isi hati Sabbaruddin Chik nukilan blogger dan penulis, Shahbudin Husin di sini semalam.

Sabbaruddin merujuk kepada kenyataan Mahathir sebelum ini yang pernah menyatakan sekiranya beliau memegang jawatan Perdana Menteri sekarang, beliau tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatannya ekoran gesaan mereka yang berpendapat perdana menteri sekarang tidak menjalankan tugasnya dengan baik.

Kata-kata itu dipetik ketika forum "The Malaysian Dilemma" pada 12 Februari lalu.

Apabila ditanya sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan kenyataan Mahathir yang mencadangkan Najib melangkah keluar, Sabaruddin bagaimanapun enggan memberi apa-apa jawapan konkrit.

"Siapalah saya untuk bersetuju atau tidak? Menyambung jawayan Pengerusi di Bank Rakyat pun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek buang saya," katanya yang merujuk kepada tindakan Hasan yang tidak menyambung kontraknya sebagai pengerusi Bank Rakyat.

Malah Sabbaruddin berkata sewaktu berpeluang bertemu dengan Najib pun, beliau tidak pernah menegur pentadbiran perdana menteri itu.

Halang Anwar, KP penjara diselar PKR

Posted: 04 Mar 2015 11:36 PM PST

Saya minta mereka hantar satu platun pegawai, bawa senjata, meriam dan kereta kebal untuk membuat kawalan di seluruh kawasan parlimen, kalau risau Anwar akan lari.


johari-abdul


PETALING JAYA: PKR hari ini menyelar tindakan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Sri Zulkifli Omar yang tidak membenarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir ke persidangan Parlimen minggu hadapan.

Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, berkata, tindakan Zulkifli menghalang Anwar sebagai seorang Ahli Parlimen merupakan kesalahan yang besar kerana tindakan beliau telah melampaui perlembagaan negara.

"Sehingga kini Anwar masih lagi seorang Ahli Parlimen dan ketua pembangkang, perkera tersebut disahkan sendiri Speaker Dewan Rakyat mengikut Fasa 48 (4) (C)," katanya dalam satu sidang media di pejabat PKR.

Sehubungan itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan PKR akan mengheret Zulkifli ke mahkamah jika beliau masih berdegil menghalang Anwar hadir ke parlimen.

"Ketua pengarah penjara boleh membenarkan Anwar hadir perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini sebagai saksi tetapi tidak membenarkan Anwar sebagai seorang ahli Parlimen hadir ke sidang Parlimen. Ini tindakan yang luar biasa dan tak masuk akal," jelasnya.

Tambah beliau, sekiranya, pihak penjara berangapan Anwar seorang penjenayah yang paling bahaya mereka boleh menghantar satu platun pagawai penjara untuk mengawal Anwar di kawasan parlimen.
Johari juga menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, supaya megambil tindakan terhadap keputusan pihak penjara kerana perkara tersebut di bawah bidang kuasa beliau. Malah beliau berhak menentukan keputusan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, Zulkifli tidak mempunyai hak untuk mengeluar surat bagi menghalang Anwar, kerana keputusan tersebut merupakan bidang kuasa KDN mengikut perlembagaan.

"Zahid perlu bertanggungjawab kerana perkara ini di bawah bidang kuasa beliau, kerana isu ini melibatkan perlembagaan, malah sekiranya beliau berdiam diri beliau merupakan seorang menteri yang bangang," akhirinya.

Kes pukul: PAS Selangor yakin ahlinya tak terlibat

Posted: 04 Mar 2015 11:36 PM PST

 
Ia adalah tindakan provokasi orang tertentu dengan motif tertentu dan yakin ia tidak melibatkan ahli kita di Selangor.


khairuddin


SHAH ALAM – PAS Selangor menggesa polis segera menyiasat insiden serangan ke atas Dr Dzulkefly Ahmad yang mengakibatkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu cedera, awal pagi ini.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya memandang serius kejadian itu dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan jenayah.

"PAS Selangor memandang serius kes pukul yang mencederakan Dr Dzulkefly Ahmad. Kita tidak bertolak ansur dengan sebarang tindakan jenayah dan kita minta polis menyiasat kejadian tersebut.

"Kita mahu pelaku ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Dzulkefly atau lebih mesra disapa Dr Dzul dilaporkan cedera akibat dipukul ketika mahu pulang selepas menunaikan solat Subuh, pagi tadi.

Menurut Khairuddin, beliau yakin tiada mana-mana ahlinya di Selangor yang terlibat dalam kejadian tersebut.

"Kita tahu ia adalah tindakan provokasi orang tertentu dengan motif tertentu dan kita yakin ia tidak melibatkan ahli kita di Selangor.

"Pas Selangor minta ahli-ahli Pas di Selangor supaya memantau dan memberi maklumat kepada pihak polis sekiranya ada cubaan untuk memprovokasi atau mengancam mana-mana ahli atau pimpinan parti.

"Bagi pihak kepimpinan Pas Selangor mendoakan semoga Dr Dzulkefly Ahmad segera sembuh dan di dalam perlindungan ALLAH sentiasa," katanya.

Hadis 'roti jala' punca Ustaz Kazim disekat

Posted: 04 Mar 2015 04:50 PM PST

MALAYSIAKINI






Dengan dakwaan Datuk Kazim Elias menyebarkan hadis "roti jala dicelup kuah kari", mutfi Perlis menolak penceramah popular itu menyertai forum agama sempena keputeraan raja.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendedahkan "bukti" penolakan undangan kepada Kazim, yang pernah ditawar menganggotai Majlis Tertinggi Umno, di laman Facebook hari ini.

Dalam suratnya bertarikh 27 Februari, mufti itu mendakwa penceramah tersebut sering memetik hadis palsu.

"Jabatan ini tidak bersetuju dengan pemilihan panel Datuk Kazim Elyas (sic) kerana beliau sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu," surat itu dipetik.

Surat yang ditandatangani Dr Mohd Asri ditujukan kepada Senator Mohd Khalid Ahmad yang beralamat di pejabat menteri besar Perlis.

Jabatan Mufti Perlis menolak penceramah itu sebagai maklum balas kepada pihak penganjur forum perdana ehwal Islam anjuran RTM. Ia diadakan bersempena keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin  Tuanku Syed Putra Jamalullail yang ke-72.

Selain surat penolakan itu, Dr Mohd Asri juga memuatkan keratan buku Tuhan Sedang Menguji Kita karya Kazim yang menunjukkan ustaz berstatus 'selebriti' itu berkata nabi pernah menjamu "kurma dicelup tepung."

'Kenduri paling murah'

"Nabi Muhammad SAW pernah membuat kenduri yang paling murah. Jamuan yang disediakan hanyalah buah kurma yang dicelup dengan tepung. Tepung itu pula digoreng.

"Itulah kenduri Rasulullah SAW yang paling murah sekali.

"Manakala kenduri Rasulullah SAW yang paling mahal pula adalah roti jala dicelup dengan kuah kari," imej keratan buku itu dipetik.

Dalam penjelasan tambahannya, Dr Mohd Asri berkata pihaknya tidak menyebut penceramah itu dihalang berceramah sebaliknya hanya tidak bersetuju Kazim menjadi panel forum itu.

Beliau turut kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menyebarkan surat rasmi jabatannya itu.

Sementara itu, pengendali Facebook milik Kazim menasihatkan mufti Perlis supaya mengemukakan bukti dan tidak menuduh semata-mata.

"Ini apa cerita ini. Seorang mufti boleh keluar kenyataan seperti ini.

"Nasihat pengendali (Facebook) pada mufti ini, kemukakan bila DUKE mengeluarkan hadis palsu? Jangan main tuduh saja," kata pengendalinya, yang menggelarkan ustaz itu DUKE (Datuk Ustaz Kazim Elias).

"Jangan ambil daripada akaun Facebook palsu DUKE, Instagram atau Twitter palsu, kemudian jadikan hujah nak sekat DUKE."



Tiada ulasan: