Selasa, 24 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Rafizi: Kerajaan terlebih bayar jet RM109 juta

Posted: 24 Mar 2015 07:24 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan terlebih bayar sekurang-kurangnya RM109 juta untuk jet orang kenamaan model ACJ320 yang dibeli tahun lepas, dakwa PKR hari ini.

Kerajaan sepatutnya boleh membayar RM70 juta lebih murah daripada jumlah RM465 juta jika ia membeli terus daripada pemilik asalnya Air Luther AG, kata setiausaha agung PKR Rafizi Ramli.

Jet itu, yang dibeli melalui Jet Premiere One Malaysia, melalui kaedah sewa beli selama 15 tahun, tambahnya.

Selain itu, kata Rafizi lagi, Jet Premiere One membeli pesawat tersebut daripada Air Luther AG dengan harga RM39 juta lebih mahal daripada harga tertinggi yang dinilai pada jet yang telah terpakai selama empat tahun.

Dalam kenyataan bertulisnya, Rafizi berkata maklumat berhubung harga dan nilai pasaran jet peribadi itu boleh diperoleh daripada perunding penerbangan antarabangsa Ascend Flight Global Consultancy.

Malah, kata Raifiz, takrifan dan kaedah penilaian harga sesebuah jet atau helikopter boleh diperoleh di atas talian.

Rafizi berkata, siasatan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) mendapati, nilaian harga ACJ320 oleh Ascend Flight Global Consultancy seperti berikut:

  • Harga pasaran (half life market value) berdasarkan urusniaga terkini bagi jet sama model dan sama umur – AS$70.4 juta atau RM246.4 juta (pada kadar tukaran RM3.50 kepada AS$1).
     
  • Harga asas (half life base value) berdasarkan nilai ekonomi yang boleh dijana oleh jet sama model dan sama umur – AS$62.86 juta atau RM220 juta.

"Ini bermakna harga sebenar jet peribadi ACJ320 ini adalah di antara RM220 juta hingga RM246 juta," kata pengasas NOW, NGO pendedah maklumat.

Beliau menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kerana perkara itu boleh berlaku.

"Keseluruhannya, bukan sahaja pembelian jet peribadi baru ACJ320 ini adalah membazir, ia juga dibuat pada kos yang jauh lebih tinggi dari harga nilaian maksimum jet itu," katanya yang juga anggota Parlimen Pandan.

Zahid jelas sebab menteri, Mashitah tidak ditahan

Posted: 24 Mar 2015 07:21 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Polis tidak menahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Mashitah Ibrahim, seperti sering dikenakan pada pemimpin pembangkang, kerana kenyataan mereka dirakam dalam tempoh 24 jam selepas aduan dibuat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kanan) memberitahu demikian di Dewan Rakyat sebagai menjawab soalan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) kenapa pemimpin-pemimpin Umno tidak ditahan berhubung kenyataan kontroversi mereka.

Zahid berkata siasatan terhadap Ismail dan Mashitan dapat diselesaikan dalam tempoh sehari.

"Tidak benar hanya anggota pembangkang sahaja ditahan.

"Terdapat juga penyokong kerajaan yang ditahan," kata Zahid.

Ismail bulan lepas mencetuskan kontroversi selepas meminta orang Melayu memulaukan peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang selari dengan harga baru petrol dan diesel pada masa itu.

Beliau disiasat bawah Seksyen 505B Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Mashitah pula dalam perhimpunan agung Umno Disember tahun lalu berkata dimaklumkan terdapat orang bukan Islam di sebuah negeri di utara membakar helaian al-Quran pada waktu sembahyang.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan berkaitan khianat awam dan kenyataan mengapi-apikan kesalahan ke atas sesuatu golongan atau kaum.

'Terus-terang jika mahu PAS keluar Pakatan'

Posted: 24 Mar 2015 07:18 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Anggota jawatankuasa PAS, Nik Abduh Nik Aziz berkata, DAP sepatutnya berterus-terang dalam menyatakan hasrat agar parti Islam itu keluar dari Pakatan Rakyat.

Katanya, DAP tidak sepatutnya hanya memutuskan kerjasama dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana presidennya itu sememangnya mewakili PAS dalam Pakatan.

"DAP tak boleh tertumpu pada individu sedangkan Tuan Guru Haji Hadi adalah presiden PAS dan mewakili PAS dalam Pakatan," katanya.

Beliau juga melihat pengumuman DAP untuk memutuskan kerjasama dengan presidennya itu sebagai "kalam berlapik" untuk memberi tekanan dalam PAS dan Pakatan untuk menyingkirkan Hadi.

"Apa yang saya faham, ia mahu menekan PAS, mencampuri urusan dalaman supaya menolak (Hadi). Walau bagaimanapun, saya mahu DAP (nyatakan) secara jelas.

"Ia bukan soal individu, tapi ini soal dasar... bukan soal Hadi tinggalkan Pakatan.

"Soalnya, (DAP) perlu minta PAS tinggalkan Pakatan, jangan (cakap) berlapik," katanya lagi.


Mat Sabu: Selesai segera sebelum isu meruncing

Posted: 24 Mar 2015 05:42 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pemimpin-pemimpin tertinggi PAS mengkritik keputusan DAP untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi ekoran kontroversi pelaksanaan hudud di Kelantan.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengingatkan supaya penyelesaian segera diambil atau krisis sedia akan akan semakin meruncing.

"Datuk Seri Abd Hadi Awang (kanan) adalah presiden PAS.

"Oleh itu, sebarang tindakan memutus hubungan dengan beliau memberi suatu impak yang buruk kepada PAS," kata Mohamad, pemimpin kanan PAS yang dilihat paling rapat dengan DAP.

"Jika penyelesaian segera tidak dapat dicapai, maka hubungan yang sedia ada semakin runcing dan saya yakin penuh sekusut mana pun hubungan, kalau ada kesungguhan untuk terus berada dalam Pakatan Rakyat, pasti akan jumpa jalan penyelesaiannya," katanya.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi.

Mereka bagaimanapun mahu kekal dalam Pakatan.

Salahuddin: Bukan jalan terbaik


Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula menyifatkan keputusan DAP itu "bukan jalan penyelesaian terbaik" dan mewujudkan situasi "rumit dan sukar" pada mereka.

"Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang adalah presiden saya dan presiden lebih satu juta ahli PAS," kata Salahudin dalam kenyataannya.

"Saya masih yakin dan percaya melalui pengalaman suka duka bersama Pakatan, sebesar mana dan sekusut mana pun masalah yang pernah di depani, medan atau platform terbaik untuk berbincang dan membuat keputusan secara kolektif ialah mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan."

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pula mempersoal tindakan DAP itu memandangkan Hadi antara yang berhak mewakili parti itu dalam mesyuarat bersama gabungan pembangkang.

"Ini bercanggah dengan prinsip bersama iaitu Majlis Presiden Pakatan Rakyat, diwakili oleh pimpinan tinggi parti.

"Jadi saya fikir ini satu yang tidak wajar dibuat sebab bagi saya berlapang dada dan berjiwa besar," katanya dalam sidang medianya di Parlimen.

Sehubungan itu MP Pokok Sena itu menyarankan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali supaya menetap tarikh bagi kepimpinan PAS menentukan sikap berhubung keputusan DAP itu.

Lulus enakmen

PAS kini mahu membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membuka laluan ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan.

Minggu lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu meluluskan pindaan terhadap enakmen sedia ada.

Pindaan baru itu antara lain memansuhkan peruntukan yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam – sama ada ingin dibicarakan mengikut undang-undang syariah atau undang-undang sivil.

Ia turut meminda peruntukan yang memberi pengecualian termasuk tidak memotong tangan seseorang pencuri yang sudahpun cacat di sebelah tangan, dan sekiranya pesalah itu memperoleh hak mengikut undang-undang ke atas harta yang dicuri itu, sebelum penghakiman dibuat.

Rang Undang-undang baru ini juga membolehkan penuduh kes zina atau liwat memberi keterangan melalui syahadah atau bayyinah (keterangan yang jelas) dan kebal daripada hukuman jika kemudiannya ditentukan bahawa tidak ada bukti yang cukup untuk membuktikan salah laku itu.

Pindaan keempat melibatkan kesalahan liwat antara suami dan isteri, yang memperuntukkan hukuman ta'zir sekiranya didapati bersalah. 


Potong gaji RM18,000 tanda solidariti- DAP

Posted: 24 Mar 2015 05:36 AM PDT

 
Tanda solidariti itu diberikan kepada 13 OKZ yang dijatuhkan hukuman penjara kerana menyertai himpunan membantah rampasan kuasa BN pada 2009


Nga Kor Ming



KUALA LUMPUR: Pemimpin DAP Perak telah bersetuju untuk pemotongan gaji sebulan sebagai tanda solidariti kepada 13 Orang Kena Zalim (OKZ) yang dijatuhkan hukuman penjara kerana menyertai perhimpunan membantah rampasan kuasa Barisan Nasional (BN) pada 2009.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, enam ahli Parlimen dan 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah sebulat suara memutuskan untuk menyerahkan gaji mereka, RM18,000 sebagai sumbangan kepada keluarga yang dijatuhkan hukuman tersebut.

Kesemua 13 orang itu dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000.

"DAP berasa hukuman penjara yang dijatuhkan kepada 13 OKZ itu bersifat zalim dan 'double standard'.

"Ini kerana jika dilihat mahkamah hanya menjatuhkan hukuman ringan iaitu denda RM1,000 hingga RM1,500 kepada 15 orang Ahli Pemuda UMNO yang telah disabitkan kesalahan menceroboh bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan telah menggunakan kekerasan.

"Sebaliknya OKZ itu hanya menjalankan himpunan aman kerana tidak berpuas hati dengan rampasan kuasa oleh BN di Perak ketika itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Katanya atas prinsip keadilan, DAP akan menghulurkan bantuan kepada keluarga OKZ dengan memberi khidmat guaman serta membantu keluarga yang mempunyai anak-anak kurang upaya dan juga yang menghidapi penyakit barah.

Kerajaan bijak cari jalan bazir wang rakyat- Rafizi

Posted: 24 Mar 2015 05:34 AM PDT

 
Kos RM465 juat itu sebenarnya lebih tinggi dari harga sebenar jikalau jet peribadi ACJ320 itu dibeli terus oleh kerajaan persekutuan tanpa melalui syarikat swasta seperti (JPO).


rafizi ramli, Najib, Jet


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendakwa kerajaan Malaysia sepatutnya menjimatkan wang sebanyak RM109 juta jika pembelian jet peribadi model ACJ 320 dilakukan secara langsung tanpa melalui Syarikat Swasta Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd (JPO).

Katanya, berdasarkan maklumat dari perunding penerbangan antarabangsa Ascend Flight Global Consultantcy, harga sebenar jet ACJ 320 adalah AS$70.4 juta atau RM246.4 juta.

"Malangnya, kerajaan persekutuan telah menggunakan khidmat sebuah syarikat swasta, JPO untuk membeli jet peribadi ACJ 320 yang kemudianya dijual pula kepada Kerajaan Persekutuan pada harga RM465 juta," katanya semasa sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Katanya, berdasarkan perjanjian jual beli antara JPO dan Air Luther AG, JPO bersetuju membayar AS$89 juta iaitu AS$19 juta lebih mahal daripada nilai harga semasa. Daripada harga tersebut, sebanyak AS$8 juta digunakan untuk menaiktaraf kabin seperti yang didedahkan sebelum ini.

"Tidak cukup dengan pembayaran yang melebihi harga pasaran itu, JPO kemudian menjual jet tersebut pada harga sewa beli yang jauh lebih tinggi kepada kerajaan Malaysia."

Tambah Rafizi, sekiranya kerajaan membuat pembelian secara langsung daripada Air Luther AG, kerajaan boleh berjimat sehingga RM70 juta.

Sehubungan itu beliau mendakwa kerajaan bijak mencari jalan untuk membazirkan wang rakyat dengan membuat pembelian yang jauh lebih mahal daripada harga sebenar.

Ahli Upko sedia serah IC, MyKad kepada JPN

Posted: 24 Mar 2015 05:30 AM PDT

 
Jika itu adalah mekanisme untuk menyiasat ketulenan IC dan MyKad, maka pemegang dokumen tulen tidak perlu takut dengan kesahihannya.


sabah ic ewon


KOTA BELUD: Ahli-ahli Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Kota Belud bersedia menjadi kumpulan pertama rakyat di Sabah untuk mengembalikan IC dan MyKad mereka secara sukarela bagi membolehkan Jabatan Pendaftaran Negara Sabah (JPN) menyiasat kesahihan dokumen mereka.

Ketuanya, Ewon Benedick berkata jika itu adalah mekanisme untuk menyiasat ketulenan IC dan MyKad, maka pemegang dokumen tulen tidak perlu takut dengan kesahihannya.

"Ahli-ahli Upko Kota Belud bersedia menjadi kumpulan pertama untuk kembalikan IC dan MyKad mereka kepada JPN," katanya.

Upko Kota Belud mengulangi sokongan mereka terhadap cadangan untuk menarik balik semula kad pengenalan yang dikeluarkan di Sabah untuk membolehkan siasatan menyeluruh dan pengeluaran semula IC baru kepada rakyat tulen Malaysia di Sabah.

"Ahli-ahli Upko di sini gembira dengan kenyataan Pengarah JPN Sabah, Ismail Ahmad, mengenai kesediaan beliau untuk menarik balik semua IC dan MyKad Malaysia yang dikeluarkan di Sabah dan selepas itu mengeluarkan semula dokumen baru," katanya.

Kenyataan pengarah JPN itu katanya, amat dihargai selepas isu berkaitan dengan pengeluaran IC dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah dibincangkan secara komprehensif dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas PTI.

Sudah lama rakyat, menunggu penyelesaian konkrit bagi isu ini kerana ini berkaitan dengan kedaulatan negara, katanya.

Kata Ewon, apa yang diperlukan untuk melaksanakannya ialah kekuatan politik daripada pemimpin eksekutif di negara ini yang diketuai Perdana Menteri.

"Jika PM mengumumkan komitmen yang dinyatakan oleh Pengarah JPN Sabah, saya rasa kita akan dapat menyelesaikan masalah nombor satu di Sabah ini, " kata Ewon, menambah syor menarik balik semua IC itu adalah pendirian tiga parti utama di Sabah.

Tiga presiden parti utama iaitu Joseph Pairin Kitingan dari PBS, Bernard Dompok (Upko) dan Joseph Kurup (PBRS) mengumumkan cadangan menarik balik semua IC dan MyKad yang keluarkan di Sabah sebagai cara membanteras kebanjiran PATI di negeri ini, pada 24 Mac, 2013 di Hongkod Koisaan semasa pelancaran Program Tataba.

Tidak perlu singkir Hadi – Khalid Samad

Posted: 24 Mar 2015 05:29 AM PDT

 
DAP sepatutnya berjiwa sebagai negarawan yang bersedia untuk berhubungan dengan semua orang walaupun ada sedikit perbezaan.


khalid samad pas_300


KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad mempertahankan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan berkata, kerjasama dan hubungan antara PAS DAP boleh diteruskan tanpa perlu menyingkirkan Presiden PAS itu.

Sehubungan itu beliau menyifatkan masalah yang timbul sekarang lebih merupakan masalah peribadi antara Presiden PAS dan DAP.

"Itu masalah dengan personaliti dan kita perlu lihat bagaimana untuk menanganinya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Bagaimanapun, beliau berharap rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) memahami keadaan PAS dan kerajaan Kelantan.

Ahli Parlimen Shah Alam mengulas mengenai keperluan menyingkirkan Hadi Awang berikutan keputusan DAP yang telah memutuskan segala kerjasama dengan Presiden PAS itu.

"Tidak perlu singkir Abdul Hadi. Kalau tidak boleh bekerjasama dengan presiden, boleh berurusan dengan orang lain. PAS dengan presiden bukan satu. PAS ialah PAS dan presiden ialah presiden," jelas beliau.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Hadi Awang tidak pernah bersengkokol dengan UMNO dalam membawa Enakmen Undang-undang Syariah atau Hudud ke Parlimen.

Katanya, DAP juga pernah menyokong usul yang dibawa oleh Barisan Nasional (BN) ketika di Dewan Rakyat.

"Janganlah hanya kerana rang undang-undang persendirian, DAP nak menganggap kita ikut UMNO. DAP pernah menyokong isu yang di bawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai MH17, mereka tidak termakan dengan pujukan perdana menteri dan BN," jelasnya.

Mahfuz berkata, sebagai ahli Parlimen, seharusnya DAP bijak mengurus perbezaan yang wujud antara kedua-dua parti itu.

"Bagi saya barisan di hadapan DAP adalah pemimpin senior, yang mempunyai pengalaman yang lama dalam politik.

"Jadi sepatutnya mereka berjiwa sebagai negarawan yang bersedia untuk berhubungan dengan semua orang walaupun kita ada sedikit perbezaan tertentu," ujarnya.

[BERGAMBAR] Lelaki Misteri 'Serang' Protes Duduk #KitaLawan

Posted: 24 Mar 2015 05:23 AM PDT

KELAB GREENBOC


 
 
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Lih Kang mendakwa terdapat pihak polis berpakaian biasa cuba mencetuskan kekecohan dalam protes duduk di Dataran Merdeka Kuala Lumpur awal pagi ini.

Chang, yang juga anggota sekretariat Kita Lawan, mendakwa semuanya berjalan lancar sehingga peserta dikejutkan oleh seorang lelaki yang cuba mencetuskan kekacauan.

"Kami bangun pada 2.30 pagi apabila pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula menurunkan plakad tetapi pujian kepada mereka kerana profesional dan tidak menggunakan kekerasan.

"Tiba-tiba, seorang lelaki tanpa uniform datang dan menendang payung,"
katanya dalam perbualan telefon dengan Malaysiakini.

Protes duduk bantah bermula Sabtu lepas bertujuan menuntut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan susulan penangkapan pihak terlibat dalam perhimpunan Kita Lawan.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan ulasan polis berhubung dakwaan itu. -mk

Mahfuz mahu Nazri tarik balik kenyataan ‘orang bodoh bincang hudud’

Posted: 24 Mar 2015 05:17 AM PDT

 OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan mereka yang membincangkan hudud sebagai 'bodoh' adalah tidak demokratik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Mac, 2015.Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan mereka yang membincangkan hudud sebagai 'bodoh' adalah tidak demokratik. – Gambar fail The Malaysian Insider. 



Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menarik balik kenyataannya semalam menyifatkan mereka yang membincangkan hudud di Malaysia sebagai "bodoh".

Mahfuz berkata, kenyataan menteri pelancongan itu juga tidak demokratik.

"Tanggapan percakapan sesuatu yang bodoh harus ditarik balik, takut lepas ini mimpi pun kata salah," kata ahli Parlimen Pokok Sena itu.


Nazri dilaporkan berkata, mereka yang membincangkan hudud di Malaysia adalah bodoh kerana undang-undang Islam itu tidak akan dapat dilaksanakan di negara memandangkan kekangan Perlembagaan Persekutuan. Hudud juga, kata Nazri, hanya akan berjaya dilaksanakan dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan dua pertiga majoriti Parlimen.

"Takkan orang nak bincang pun tidak boleh, tahap perbincangan soal perundangan Islam ini sesuatu yang tidak dibenarkan ini satu benda yang sangat pelik.

"Seperti mencadang perundangan Islam di universiti dimansuhkan, ini sama seperti pihak universiti yang menghalang pelajar dan ahli akademik bergiat dalam politik.

"Kalau dianggap bodoh buat perundangan Islam, pensyarah dianggap bodoh pelajar pun dianggap bodoh," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata menghalang perbincangan berkenaan hudud umpama menghina mufti yang menjadi rujukan dalam hal ehwal Islam.

"Menyebut tidak boleh berbincang hudud seperti menghina para mufti dalam hal ehwal yang menjadi rujukan dalam perundangan Isam termasukkan Majlis Fatwa dan sebagainya," katanya.

Nazri sebelum ini berkata, Perlembagaan sudah jelas meletakkan bidang kuasa hukuman jenayah di bawah Mahkamah Persekutuan dan bukannya kuasa mahkamah syariah.

"Pernah kita nampak mahkamah syariah bicarakan kes pembunuhan, bicara kes kecurian?" katanya.
"Kalau mahu gugurkan bahagian yang mengatakan jenayah itu di bawah mahkamah persekutuan, kita perlu dua pertiga majoriti Parlimen, tetapi kita tiada sekarang," katanya.

"Ini soal agama, kita tidak boleh guna 'whip', ahli Parlimen akan mengundi menggunakan pegangan dan suara hati mereka."

Tambahnya lagi, rang undang-undang persendirian yang cuba dibawa PAS ke Parlimen juga tidak akan berjaya dibincangkan memandangkan ia hanya akan dibawa apabila selesai aturan urusan kerajaan.

"Benda (hudud) itu hanya berlaku kalau kita boleh pinda Perlembagaan.

"Usul persendirian hanya dibincangkan setelah selesai urusan kerajaan, selagi tidak habis kita tidak boleh bincang," katanya.

Kritik hudud boleh sebabkan serangan Isis, kata KPN

Posted: 24 Mar 2015 05:14 AM PDT

 THE MALAYSIAN INSIDER


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya tidak mempersoalkan Islam dan hudud kerana ia boleh mencetuskan tindak balas daripada Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis). – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Mac, 2015.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya tidak mempersoalkan Islam dan hudud kerana ia boleh mencetuskan tindak balas daripada Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis). – Gambar fail The Malaysian Insider. 



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya tidak mempersoalkan Islam dan hudud kerana ia boleh mencetuskan tindak balas daripada Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Laporan The Star online memetik Khalid sebagai berkata, anggota pengawasan dan perisikan polis mendedahkan kumpulan itu merancang melancarkan serangan dan polis sedang berusaha untuk mengurangkan risiko bahaya.

"Kami tahu apa yang kumpulan itu mampu lakukan dan matlamatnya. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak hanya mengulas mengenai isu sensitif kerana ia mengundang reaksi daripada mereka," katanya pada sidang media hari ini.


"Dengan secara terbuka membincangkan isu sensitif seperti Islam dan hudud, ia akan menjadikan mereka bersimpati. Oleh itu, akan ada tindakan balas yang jika kita tidak berhati-hati," katanya
seperti dilaporkan portal itu.

Ketua polis itu juga dipetik portal berita Malaysiakini sebagai berkata beliau tidak menolak kemungkinan serangan keganasan seperti di Paris berlaku di Malaysia berikutan komen terhadap hudud.

Portal itu turut memetik beliau sebagai berkata serangan itu boleh dilakukan oleh penduduk tempatan yang "diracun atau dilatih" kumpulan Isis atau militan asing yang mula menular ke dalam negara.

Amaran Khalid itu berikutan peguam hak asasi manusia dan pengarah eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen membuat komen berhubung hudud di Twitter.

Ketua polis negara sebelum ini memberi amaran, polis akan menyiasat sesiapa yang membuat komen terhadap isu sensitif agama tetapi tidak mempunyai kepakaran dalam hal itu.

Polis juga menyiasat stesen radio BFM dan penyampai radio berkenaan Aisyah Tajuddin, selepas stesen itu menyiarkan video yang didakwa mempersoalkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Militan Isis didakwa tertarik terhadap beberapa rakyat Malaysia dan awal bulan ini Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan Senior Asisten Komisioner Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata 61 warga Malaysia dikesan berada di Syria untuk menyertai kumpulan militan berkenaan.

"Bilangan sebanyak 61 itu juga termasuk kanak-kanak seawal usia 14 tahun yang menyertai ahli keluarga di sana... manakala jumlah kematian Malaysia di Syria sejak tahun lepas ialah 7 orang," katanya kepada Bernama.

Ayob Khan berkata setakat ini sekurang-kurangnya 500 akaun Facebook dikenal pasti menjalankan aktiviti menggalakkan, merekrut dan cuba untuk menggalakkan rakyat Malaysia berjuang di Syria.

Mangsa cabul nekad cekup pelaku

Posted: 23 Mar 2015 10:28 PM PDT


Mangsa cabul nekad cekup pelaku Hasnah menceritakan kepada Sinar Harian situasi dia dicabul oleh pengawal keselamatan dalam kejadian Jumaat lalu.
 
 
IPOH – Tindakan seorang pengawal keselamatan mencabul seorang peguam di sebuah hospital mengundang padah apabila dia dicekup sendiri mangsa yang bertindak mengheretnya ke pondok polis berhampiran hospital, Jumaat lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Hasnah, 28, berkata, dalam kejadian kira-kira 5.35 pagi itu, dia duduk di kerusi di hadapan unit rawatan kritikal (CCU) sambil menemani adik sepupunya yang berusia 16 tahun yang tidur di lantai koridor terbabit.

Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam keadaan lengkap bertelekung sementara tunggu subuh sedang berehat di kerusi yang disediakan di koridor hadapan wad terbabit.

"Ia merupakan malam kedua saya dan adik sepupu menunggu nenek yang masih mendapatkan rawatan akibat sakit jantung yang dialaminya. Saya juga mengecam pengawal keselamatan yang sering melakukan rondaan setiap dua jam.

"Pada waktu kejadian, saya melihat seorang pengawal keselamatan yang berbeza dari sebelum ini berjalan dari hujung koridor dan saya tidak mengesyaki apa-apa duduk secara santai dan memejam mata," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Hasnah berkata, lelaki berusia 40-an itu yang menyangka dia tidur bertindak memegang kemaluannya sebelum panik melarikan diri menerusi tangga kecemasan selepas dia menjerit sekuat hati.

"Saya kemudian turun menuju ke pondok polis untuk membuat laporan telah terserempak suspek yang memegang topi keledar. Lelaki terbabit cuba melarikan diri namun, saya sempat tarik tanda nama yang dipakainya dan memegang kolar baju.

"Dalam hati, saya mahu membelasahnya tetapi saya fikir waras dan mengheretnya ke pondok polis dan pihak berkuasa menangkapnya semula sebelum siasatan lanjut dijalankan," katanya.

Menurutnya, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak itu akhirnya direman untuk siasatan lanjut dan dia berasa lega apabila dalang kes cabul di hospital terbabit dapat ditangkap.

"Sebelum ini ada pelawat yang menceritakan ada kes cabul terutama di tandas wad tetapi tidak dapat ditangkap dalangnya," katanya.

Beliau turut menyarankan kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di koridor wad yang terasing serta koridor yang sunyi demi keselamatan pelawat di hospital terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.


Penceramah muda jawab soalan-soalan Aisyah BFM

Posted: 23 Mar 2015 10:02 PM PDT

 Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic



SHAH ALAM: Klip video yang memaparkan penyampai stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin 'mempersoalkan' tindakan kerajaan PAS Kelantan bersabit pelaksanaan hudud, mendapat reaksi seorang penceramah muda.
 
Penceramah tersebut yang merupakan salah seorang peserta program realiti keagamaan Pencetus Ummah, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat, tampil dengan sebuah video bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan Aisyah.
 
Menerusi klip video berdurasi 5 minit 46 saat itu, PU Rahmat menjelaskan semua perkara yang ditimbulkan oleh penyampai radio itu dengan analogi dan kupasan yang logik dan berhikmah.
 
Antara yang dikupas PU Rahmat adalah berkaitan dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bahawa orang yang mengkritik hudud adalah orang yang tidak beriman, seperti yang menjadi 'bahan jenaka' Aisyah.
 
"Cuba tengok perincian ayat Menteri Besar Kelantan. Dalam ucapan beliau di Dun Kelantan, menteri besar merujuk kepada pihak yang mendakwa undang-undang itu zalim dan tidak berperikemanusiaan itulah golongan yang tidak beriman.
 
"Macam ini Aishah, saya buat analogi. Saya ajak seseorang pergi sembahyang. 'Eh jom pergi sembahyang'. Dia kata, 'tak apa. Tak nak'. Di sini, orang itu berdosa sebab dia tak nak sembahyang. Cuma ada satu lagi situasi, saya ajak seseorang sembahyang dan dia kata 'tak naklah sembahyang. Buat apa pergi sembahyang, muka letak di tanah, punggung di langit, benda sia-sia, habis masa.'
 
"Nampak perbezaan pertama dan yang kedua? Yang pertama tadi dia tolak tanpa menghina. Orang yang kedua, sudahlah menolak, dia hina, kutuk, caci syariat Allah. Di sini, orang kedua menambah dosa serta menunjukkan ciri-ciri orang yang tidak beriman," ujarnya panjang lebar.
 
Malah, perkara berkaitan gejala sosial, penggunaan dadah, kes cerai dan penyebaran klip 3gp yang mencatatkan penigkatan di Kelantan seperti yang dipersoal Aisyah, turut dipatahkan PU Rahmat.
 
"Dadah, rogol, rompak, samun, 3GP meningkat, ia membuktikan bahawa undang-undang yang sedia ada tidak mampu mendidik manusia menjadi baik. Kerana itu Aisyah, kita kena ubah dengan sistem ALLAH…hukuman ALLAH," ujar penceramah muda itu.
 
Klip video PU Rahmat itu yang dimuatnaik di laman You Tube sehingga kini mencatatkan tontonan sebanyak 71, 937 dan mendapat komen positif daripada pelayar internet.
 
Aisyah, yang mendakwa dikecam dan diugut susulan videonya 'mempersoalkan' pelaksanaan hudud di Kelantan, hari ini tampil dengan permohonan maaf dan penjelasan atas tindakan tersebut.
 
Ujar Aisyah, video berkenaan langsung tidak bermaksud untuk menghina agama Islam, sebaliknya ia adalah untuk mempersoalkan keutamaan kerajaan PAS Kelantan dalam mendepani isu-isu di negeri berkenaan.
 
 

PAS nafi beri tekanan pada Phahrolrazi

Posted: 23 Mar 2015 09:59 PM PDT

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Tidak ada sebarang tekanan diberikan PAS terhadap Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi yang bertindak melepaskan kesemua jawatan di dalam parti Islam itu, sejak Sabtu lalu.
 
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, Phahrolrazi berkemungkinan mengambilkira saranan Majlis Syura Ulama PAS yang sebelum ini melarang kesemua ahli parti menyertai pertubuhan itu.
 
"Itu hak beliau, saya tidak mahu kata apa-apa. 
 
"(Tetapi) Bagi memastikan kestabilan dan keharmonian dalaman parti, pada saya nasihat Majlis Syura Ulama sudah cukup jelas dan diterima pakai oleh semua," katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat, hari ini.
 
Phahrolrazi baru-baru ini mengumumkan untuk melepaskan kesemua jawatan yang dipegang di dalam PAS antaranya Yang Di-Pertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah.
 
Bekas Exco Kedah itu berkata beliau hanya mahu menjadi ahli biasa bagi membolehkannya bergerak bebas tanpa melanggar sebarang perlembagaan parti Islam itu.
 
Tindakan itu diambil kononnya untuk memberi tumpuan meredakan pergolakan yang semakin menyerlah di dalam Pakatan Rakyat (PR), lebih-lebih lagi dalam hasrat PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud.
 
PasMa ditubuhkan pada tahun lalu, ketika krisis jawatan Menteri Besar Selangor tercetus yang menyaksikan tentangan daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap usaha PKR mahu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
PasMa menegaskan mahu menjadi pelobi utama PAS untuk kekal bersama PR.
 
Berikutan penubuhan NGO berkenaan, Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat mengeluarkan arahan kepada semua pemimpin dan ahli-ahli PAS supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti PasMa.
 
 

DAP perlu akur hudud perjuangan PAS sejak dulu lagi

Posted: 23 Mar 2015 09:57 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: DAP diminta akur pada hakikat hudud adalah perjuangan PAS sejak sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan justeru segala tindakan yang diambil parti itu ke arah menjayakan hasratnya tidak perlu dipertikaikan.
 
Begitu juga dengan tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menghantar notis supaya Parlimen membenarkan kerajaan negeri Kelantan membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian pelaksaan hudud pada sidang akan datang, tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi.
 
"Ini adalah hak PAS Kelantan, yang mana soal enakmen hudud itu mendahului tarikh penubuhan PR. Adalah sesuatu yang tidak munasabah apabila selepas tertubuhnya PR, kita (PAS) kena batalkan keputusan yang pernah dibuat sejak 1993.
 
"Membawanya (usul RUU) ke parlimen adalah sebagai satu kesinambungan untuk memastikan enakmen hudud yang pernah diluluskan suatu ketika dahulu dilaksanakan di Kelantan. 
 
"Ia adalah proses yang demokrasi dan rakan-rakan PR kena menghormatinya. Paling tidak bersetuju pun, mereka boleh ambil sikap 'bersetuju untuk tidak bersetuju', tanpa perlu mengugut dan menyingkir PAS. Itu satu tindakan yang tidak harmoni dalam keadaan kita bersepakat dalam satu gabungan," demikian menurut Ahli Parlimen Temerloh itu.
 
Hadi pada Khamis lalu menghantar usul kepada  Setiausaha Dewan Rakyat meminta agar RUU Persendirian kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud dibentang pada sidang akan datang, tanpa dimaklumkan kepada Pakatan Rakyat terlebih dahulu.
 
Tindakan bersendirian Hadi itu menerima kecaman daripada DAP dan PKR, yang menyifatkan Ahli Parlimen Marang itu melanggar ketetapan yang dicapai semasa Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Februari lalu.
 
Hadi juga dituduh sebagai pengkhianat kepada Pakatan Rakyat semata-mata kerana penghantaran notis itu.
 
"Sokong atau tidak (RUU) bergantung kepada sesi perbahasan dalam Parlimen. Ahli-ahli parlimen berhak untuk menerima atau menolak. 
 
"Tiada sebarang paksaan untuk bersetuju atau tidak dengan hujah. Tugas kami untuk menyampaikan dan bentangkan di parlimen," ujarnya dengan lebih lanjut lagi.
 
DAP akan bermesyuarat pada malam ini untuk mengambil ketetapan berhubung tindakan bersendirian Hadi termasuk kelulusan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang diluluskan kerajaan Kelantan minggu lalu.
 
 

Rasuah: Enam pegawai, anggota TLDM ditukar

Posted: 23 Mar 2015 09:55 PM PDT

SINAR HARIAN


Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar Abdul Aziz
 
 
 
KUALA LUMPUR - Enam pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang sebelum ini ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes rasuah semasa menjalankan tugas rasmi mereka, telah dipindahkan ke jabatan dan lokasi lain.
 
Mereka juga akan dipantau rapat, kata Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
 
Beliau berkata, tindakan itu diambil dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan kes rasuah itu selain mahu mencegah tingkah laku yang tidak wajar dalam kalangan pegawai dan anggota TLDM.
 
Katanya TLDM juga masih menunggu laporan sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap mereka.
 
"Saya percaya setiap orang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Kenaikan Pangkat TLDM di KD Gombak di sini, hari ini.

Seramai 34 pegawai TLDM telah dinaikkan pangkat termasuk lapan  pegawai di Lembah Klang. Sejak April 2008, seramai 2,213 pegawai TLDM dinaikkan pangkat.
 
Sementara itu, Abdul Aziz berkata TLDM akan mengetatkan lagi langkah-langkah pencegahan tingkah laku yang tidak wajar dalam kalangan pegawai dan anggotanya.
 
"Kami juga menggalakkan dan mengalu-alukan orang ramai, pegawai dan anggota TLDM melaporkan atau memberikan input mengenai tingkah laku tidak wajar sama ada rasuah, penyelewengan dana atau salah guna kuasa kepada saya melalui akaun Twitter atau nombor pejabat," katanya.
 
Baru-baru ini, seramai 11 individu termasuk enam pegawai dan anggota TLDM di Lumut yang ditahan berkaitan kes rasuah, telah dibebaskan oleh Mahkamah Majistret tanpa sebarang perintah dan jaminan. - Bernama


Tiada hudud di Perak jika PR perintah

Posted: 23 Mar 2015 09:54 PM PDT


Tiada hudud di Perak jika PR perintah Mohammad Nizar (duduk, dua kiri) bersama Kor Ming (duduk, kanan), Muhammad Imran (duduk, dua kanan) dan pimpinan tertinggi PR Perak yang lain pada sidang media, semalam.
 
 
 
IPOH – Isu Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah seperti yang dibentangkan kerajaan Pas di Kelantan, tidak akan dibangkitkan di Perak.

Keputusan itu diambil PR Perak melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak, Sabtu lalu, bagi menjaga keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi PR Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sekiranya PR membentuk kerajaan negeri baharu, pimpinan itu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan demi keharmonian kaum dan agama.

"Majlis Pimpinan PR menyatakan komitmen untuk membentuk kerajaan negeri yang berpaksikan kepada prinsip telus, adil, amanah, berkebajikan dan berwawasan.

"Semua dasar yang ingin dilaksanakan ini wajib mendapat persetujuan bersama ketiga-tiga parti iaitu Pas, DAP dan PKR," katanya dalam satu kenyataan bersama, semalam.

Kenyataan bersama itu turut dipersetujui Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Naib Pengerusi PKR Perak, Laksamana Pertama (B) Muhammad Imran Abdul Hamid.

Mohammad Nizar berkata, dalam mesyuarat itu juga, mereka bersetuju Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1993 (pindaan 2015) yang diluluskan Sidang Dewan Kelantan yang membawa pelaksanaan hukum hudud, adalah di luar Dasar Bersama PR dan wajar dibincangkan.

Menurutnya, Majlis Presiden PR perlu bermesyuarat dengan kadar segera demi mencapai kata sepakat.

"Ini termasuklah berkaitan kelulusan rang undang-undang itu yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat, kita perlu mengeluarkan kenyataan bersama secepat mungkin," katanya.

Telefon pintar buat kanak-kanak sakit mental?

Posted: 23 Mar 2015 09:52 PM PDT

SINAR HARIAN


Telefon pintar buat kanak-kanak sakit mental? - Gambar hiasan
 
 
 
MENURUT psikoterapi kanak-kanak, Julie Lynn Evans, jumlah kanak-kanak yang mengalami tekanan perasaan dan anorexic meningkat, dan ianya pasti berkaitan dengan komputer, telefon pintar dan dunia maya (Internet).

"Sesuatu yang jelas sedang berlaku," kata Evans dipetik Telegraph.uk.

"Saya nampak bukti yang sama dalam sejumlah kes melibatkan tekanan perasaan dan anorexic pesakit saya."

"Saya rasa, kehadiran telefon pintar dan jalur lebar (broadband) mengubah keadaan dan drama dalam penyakit mental (melibatkan) kanak-kanak," tambahnya.

Evans dengan jelas menyalahkan perbuatan memberikan telefon pintar kepada kanak-kanak.

"Pada tahun 90-an, saya cuma hadapi satu atau dua kes membunuh diri melibatkan remaja, tapi kini saya dapat empat kes setiap satu bulan," jelasnya.

Selain itu, kes buli di alam maya juga terlalu banyak dan bukan sesuatu yang baru, dan pengurusan sekolah perlu berusaha untuk menangani masalah berkenaan.

Dulu mat rempit, sekarang jadi ahli politik

Posted: 23 Mar 2015 09:50 PM PDT

SINARHARIAN


Dulu mat rempit, sekarang jadi ahli politik Gambar Hiasan
 
 
KUALA LUMPUR - Di sebalik sikap ramah dan mudah didekati, tiada siapa menyangka ahli politik dan usahawan, Datuk Jamal Md Yunos pernah terlibat dengan gejala 'mat rempit' di zaman remajanya.

Menyedari aktiviti tidak berfaedah itu, beliau bangkit untuk berubah menjadi insan yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara. 

Berikutan kejayaannya meninggalkan dunia lumba haram,  Jamal, 44, berusaha mendidik pula 'mat rempit' supaya menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.   

Antaranya ialah dengan menubuhkan Kelab Motosikal ROTS (Respect Other Towards Succesful) yang kini mempunyai 10,000 anggota terdiri daripada 'mat rempit' di  sekitar Lembah Klang.   

"Tujuan penubuhan kelab adalah untuk mendidik dan membina kesedaran terhadap remaja berusia 16 tahun ke atas supaya meninggalkan aktiviti 'merempit'  dan  beralih kepada aktiviti yang mendatangkan manfaat buat masa depan mereka," katanya kepada Bernama di sini.   

Selaku penaung dan penasihat kepada Kelab ROTS, Jamal berkata, beliau mahu mendidik 'mat rempit' kerana tidak mahu golongan remaja melakukan perkara  negatif yang kelak disesali mereka.    
"Ketika menyertai 'mat rempit' pada usia belasan tahun, saya dapati kumpulan ini lebih banyak mendorong kepada perkara negatif iaitu aktiviti yang tidak sihat seperti  lumba haram," katanya.

Menurutnya semasa aktif sebagai 'mat rempit', beliau pernah kemalangan beberapa kali tetapi bernasib baik kerana tidak mengalami kecacatan kekal.   

"Namun, parutnya masih ada," kata Jamal, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.  

"Setelah mendapat kaunseling dan nasihat dari keluarga, saya mula meninggalkan kumpulan 'mat rempit' dan ini banyak mengubah hidup saya sehingga berjaya hari  ini," katanya.   

Jamal berkata, ia adalah proses yang sukar lebih-lebih lagi untuk mendapat kepercayaan dan mendekati 'mat rempit' kerana mereka sukar mendengar nasihat.    

"Kita perlu memahami apakah masalah dan kemahuan mereka terlebih dahulu sebelum memberi kaunseling. Untuk mendidik golongan ini, kita perlu kesabaran yang tinggi kerana cara pergaulan dan bahasa yang mereka gunakan adalah kasar dan berunsur lucah.   

"Saya sendiri pada peringkat awal tidak terlepas diperli namun, akhirnya mereka dapat menerima nasihat saya," katanya.   

Beliau juga berkongsi rasa gembiranya dapat memujuk 'mat rempit' yang bercadang menyertai lumba haram, mengubah hasrat mereka kepada aktiviti konvoi  bermotosikal.    

"Bila ada masa lapang saya, dua atau tiga kali seminggu saya akan menyertai konvoi bersama-bersama mereka dengan motosikal 'kapcai'," katanya.       

Beliau berkata, beberapa anggota Kelab ROTS yang juga bekas 'mat rempit' juga berminat berniaga setelah diberi motivasi untuk mendapat pekerjaan tetap.    

Untuk peringkat awal, beliau dan rakan-rakan mewujudkan tabung sebanyak RM20,00 bagi membantu mereka mendaftar perniagaan yang kebanyakannya berminat  dengan bengkel motosikal dan menjual burger, selain memberi bimbingan untuk memulakan perniagaan.   

"Kita tidak boleh terus beri wang sebagai modal kepada mereka sebaliknya ROTS menyediakan bengkel secara percuma di Pusat Khidmat Mat Rempit sebagai  tapak awal sebelum memulakan perniagaan sendiri.   

"Untuk permulaan, kita menubuhkan Pusat Khidmat Mat Rempit di Jalan Pahang dan ia akan dikembangkan ke lokasi lain selepas ini jika mendapat sambutan yang menggalakkan," katanya.   

ROTS merancang menambah keanggotaan kepada 50,000 orang menjelang hujung tahun ini dan mengembangkan kelab itu ke seluruh negara. - Bernama


Kes qazaf Anwar: Peguam tarik diri

Posted: 23 Mar 2015 09:47 PM PDT

SINAR HARIAN

kes mahkamah
 
 
 
KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan sebentar tadi menetapkan 27 April bagi mengesahkan notis tarik diri yang difailkan Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar daripada mewakili tiga pihak dalam kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Permohonan qazaf itu dikemukakan Anwar tujuh tahun lalu, menuntut ketua pendakwa Jawi mengambil tindakan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung aduan liwat ke atasnya.

Ketua Umum PKR itu mendakwa bekas pembantunya berbohong dan gagal mengemukakan empat saksi bagi menyokong dakwaan tersebut.

Pada prosiding hari ini, panel tiga hakim mahkamah rayuan yang bersidang dipengerusikan Datuk Mahamad Ibrahim.

Turut bersidang Datuk Aidi Mokhtar, dan Datuk Hussin Harun menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan Peguam Syarie, Kamar Ainiah Kamarulzaman yang mewakili Anwar.


Berita Terkini 1MDB Scandal : Saham IPO 1MDB Malaysia Batal? Bakal Jual Portfolio IPP? September 2015 Tunggakan Hutang RM1 Bilion Bakal Menyusul!

Posted: 23 Mar 2015 09:41 PM PDT




1mdb scandal




Berita Terkini 1MDB Scandal : Saham IPO 1MDB Malaysia Batal? Bakal Jual Portfolio IPP? September 2015 Tunggakan Hutang RM1 Bilion Bakal Menyusul! : "1MDB Scandal" yang cukup kontroversi mendapat tumpuan dan liputan daripada laporan berita seluruh dunia. Masing-masing memerhati secara dekat perjalanan syarikat 1MDB ini. Negara kaya yang mempunyai lebihan pendapatan yang banyak mahu buat "sovereign welath fund", dia (Malaysia) pun mahu buat sovereign wealth fund.

BACA LAGI SINI : 1MDB Berbelanja Mewah. 1MDB Berjudi di Pulau Cayman Island? 
Jaminan Keuntungan Lebih 30%!

Ada besar kemungkinan, janakuasa bebas yang telah dibeli dengan harga yang tidak munasabah pada harga dan nilai yang lebih mahal, terpaksa dijual tidak lama sahaja lagi. Ini berdasarkan laporan yang dikeluarkan sendiri laporan berita Business Times yang disiarkan oleh agensi berita terkemuka dunia Reuters seperti di bawah ini :
  • Saham IPO 1MDB malaysia tidak akan menjadi kenyataan dek kerana kebimbangan yang cukup tinggi dikalangan pelabur
  • 1MDB jual janakuasa bebas yang dimilikinya sebelum ini

 

Berita Terkini Reuters : "1MDB Scandal" VS Saham IPO 1MDB Malaysia

Troubled 1Malaysia Development Bhd may call off the much bandied about and long-delayed initial public offering (IPO) of its energy assets and instead divest the entire portfolio of 16 power and desalination plants to tackle its hefty debt woes, the Business Times reported, citing unnamed sources.
The Business Times said in the report that it understood the stock offering of Edra Global Energy, 1MDB's energy arm, may not happen on concerns that it may not be well received by investors considering the controversy that has dogged its parent 1MDB. – Reuters, March 20, 2015.
Mengapa jadi begini, saham IPO 1MDB Malaysia yang dicanang seantero dunia sebagai yang terbaik untuk pelabur akhirnya berita terkini yang diterima ramai yang sudah berkira-kira untuk terlibat sama apa yang dipanggil pelabur dalam "1MDB scandal" ini. Mengapa?
  1. Dakwaan 1MDB ada hutang RM42 bilion berdasarkan rekod Mac 2014 : BETUL!
  2. Dakwaan 1MDB satu-satunya syarikat yang buat hutang sebegini banyak dan besar sejumlah RM42 bilion selepas syarikat gergasi petroleum Petronas : BETUL!
  3. Dakwaan 1MDB Malaysia rugi RM668.55 juta. BETUL!
  4. Dakwaan 1MDB ada hutang RM2 bilion yang tertunggak pada November 2014, sehingga 1MDB tidak dapat bayar sehingga melanjutkan tempoh sebanyak 2 kali (Disember 2014 dan Januari 2015) : INI PUN BETUL!
  5. Dakwaan kerajaan menjamin RM10 bilion hutang 1MDB dinafikan kerajaan Malaysia pada mulanya yang mana akhirnya kerajaan Malaysia mengaku di Dewan Rakyat akhirnya melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan : BETUL JUGA!
  6. Dakwaan kerajaan sudah tolong melalui suntikan dana baru RM950 Juta, yang mana 1MDB sudah menggunakan RM60 juta. INI JUGA BETUL!
  7. Tidak lama lagi, September 2015 ada RM1 bilion hutang tertunggak. Menteri sendiri mengatakan 1MDB adalah masalah dengan aliran tunai
Jadi di mana menipunya? Pengurusan hebat apa buat hutang pandai, penjanaan pendapatan tidak cukup, bayar hutang sehingga terpaksa menunda pembayaran hutang, kena "refinance"?
Bukankah ini dipanggil salah urus tadbir dan pengurusan namanya. Macam inikah yang pelabur patut beli saham IPO 1MDB Malaysia?

P/S : Berita Semasa sangat gembira andaikata saham IPO 1MDB tidak jadi menjadi kenyataan. Tidak sanggup Berita Semasa melihat KWSP, KWAP terus menjadi "bahan permainan" 1MDB untuk merealisikan impian mereka

PP/S : Berita Semasa dimaklumkan yang mana kalangan pelabur yang berminat untuk melabur dan beli hartanah bagi projek TRX akan mengambil tindakan tunggu dan lihat. Melihatkan "valuation" di TRX yang sudah naik 3-4 kali ganda naik harga, jauh daripada nilai pasaran sebenar. Masing-masing mahu beli pada harga runtuh sahaja.

PPP/S : Pertama kali dalam sejarah, Berita Semasa mendengar apa yang dipanggil sebenar kredit tunggu dan sedia berkenaan "1MDB scandal" ini. Adakah selepas ini akan ada kredit sena

Peserta himpunan bergelut dengan polis

Posted: 23 Mar 2015 09:39 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kumpulan peserta perhimpunan nyalaan lilin di luar balai polis Kelana Jaya bergelut dengan sepasukan polis anti rusuhan.

Kejadian itu berlaku lewat malam tadi ketika pasukan polis memindahkan 26 orang individu yang ditahan semasa perhimpunan membantah GST ke ibu pejabar polis Shah Alam.

Seramai lebih 50 orang anggota pasukan tindakan ringan (LSF) mengasak kumpulan 200 orang peserta berkenaan untuk membolehkan dua trak polis memindahkan 26 individu tersebut.

Tindakan itu disambut dengan asakan balas oleh 200 orang peserta tersebut. Kejadian itu menyebabkan salah seorang daripadanya, Ketua AMK Kelana Jaya, Saifullah Zulkifli didakwa ditendang di bahagian rusuk.

Terdahulu, tiga orang ditahan dalam pergelutan di luar balai polis Kelana Jaya.

Antaranya, Ahmad Haikal Othman, abang kepada seorang aktivis DAP, Young Syefura. Ketiga-tiganya dipercayai sebagai penuntut universiti.

Kumpulan berkenaan pada asalnya berhimpun sebagai tanda solidariti dengan 79 orang yang ditahan pada sebelah petang kerana menyertai bantahan di hadapan ibu pejabat Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan.

Seramai 50 orang daripadanya telahpun dibebaskan bermula jam 9 malam.

Antara individu yang masih ditahan ialah MP Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, MP Sungai Siput, Dr Michael DJeyakumar, ketua penerangan Pemuda PASMohd Nasaie Ismail, setiausaha agung PSM S Arutchlevan dan aktivis Anne Ooi, yang lebih dikenali sebagai Auntie Bersih.


PAS sebagai model gerakan Islam

Posted: 23 Mar 2015 09:32 PM PDT

 


DETIK DAILY


PAS sering melihat dirinya sebagai diinspirasikan atau ditubuh dan bergerak berdasarkan model kepada gerakan Islam Ikhwanul Muslimin yang lahir di Mesir dan kin
i bergiat di seluruh dunia Arab.

Ikhwanul Muslimin dilihat sebagai sebuah gerakan Islam yang unggul kerana melahirkan ramai tokoh yang dikenali dan dibicarakan hingga kini seperti Hassan al- Banna dan Sayyid Qutb, dan lainlain lagi.

Ini ditambah lagi dengan tradisi sejak lama dulu, PAS mengambil banyak sumber tarbiyah dan wacana agama dan politik daripada Ikhwanul Muslimin. PAS juga mempunyai pemimpin mursyidul am yang juga diambil daripada model Ikhwan, walaupun PAS melaksanakannya dengan konsep yang berbeza.

Hasilnya, PAS berasa amat dekat dengan Ikhwanul Muslimin dan rasa dekat dan kasih itu dapat dilihat begitu kuat hingga mampu mengatasi apa yang dirasai oleh warga Mesir sendiri.

Sepanjang berlangsung kebangkitan di Mesir, PAS memerhati dengan penuh minat perkembangan di sana; kebangkitan rakyat, peranan Ikhwan, kejatuhan Hosni Mubarak, dan usaha Ikhwan menyertai dan bertanding dalam politik.

Kejayaan Ikhwan dikongsi sebagai satu kejayaan bersama gerakan Islam, dan malang yang menimpa Ikhwan dirasai bersama walaupun dari jauh beribu batu di sebuah benua lain.

Pada masa yang sama, perhatian seluruh dunia daripada kerajaan- kerajaan Barat hingga kepada para akademik terhadap Ikhwanul Muslimin mengangkat kumpulan ini hingga menjadi sangat terkait dan mentakrifkan gerakan Islam yang berjuang dalam medan politik.

Hal ini menjadikan banyak pihak termasuk PAS melihat Ikhwan sebagai satu model dan sesetengahnya berasa PAS berada di belakang Ikhwan dari pelbagai sudut melibatkan politik gerakan Islam.

Hakikatnya, PAS sendiri mempunyai satu pengalaman panjang yang menarik dan kini telah memunculkannya sebagai sebuah gerakan Islam yang matang dan boleh dijadikan model dalam beberapa bidang.

PAS telah terlebih dahulu melalui pengalaman melalui pilihan raya demokratik – walaupun ada kecacatannya – serta pengalaman politik dan pentadbiran sejak berdekad lalu dengan memerintah beberapa buah negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Di bawah pimpinan Presiden Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS turut me ngambil peranannya dalam politik umat dan gerakan Islam seluruh dunia, dengan Tuan Guru Abdul Hadi sendiri memainkan peranan se bagai seorang pemimpin penting gerakan Islam sedunia.

Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah yang diadakan di Terengganu kali ini menampakkan lagi kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang boleh dijadikan model. PAS hakikatnya telah banyak membuktikan kemampuannya sebagai gerakan Islam contoh dan bukan lagi gerakan yang mencari-cari model untuk diikuti.

Hadi 'tak jujur', DAP putuskan hubungan

Posted: 23 Mar 2015 09:25 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


DAP mengumumkan bahawa parti itu kini memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak lagi dapat dapat bekerjasama dengan presiden PAS yang disifatkan "tidak jujur".

Setiauasaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat DAP pada malam tadi.

Katanya, parti itu sedar bahawa keputusan berkenaan akan meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan terumbang-ambing.

"DAP tidak dapat bekerjsama dengan seorang presiden PAS seperti Hadi Awang yang tersebut bertindak dengan tidak jujur dan tidak bermaruah seperti ini.

"DAP sudah hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan dan kerjasama dengannya," kata Lim lagi.

Keputusan itu dibuat antara lainnya selepas mengambil kira pendirian Hadi dalam meneruskan pelaksanaan hudud.

Selain itu ia juga bersabit dengan kontroversi yang timbul dalam projek Langkah Kajang - untuk melantik presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.




Tiada ulasan: