Wacana Sinar: Apa di sebalik 1MDB? Wacana Sinar: Apa di sebalik 1MDB?
 
 
 
SHAH ALAM - Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus hangat ekoran beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin politik baik dari pembangkang mahupun dari BN sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.

Tampil menjernihkan keadaan, Wacana Sinar Harian siri ke-35 akan membincangkan tajuk 'Apa di sebalik 1Malaysia Development Berhad (1MDB)?' bagi merungkai persoalan ramai mengenai ketelusan operasi tersebut dalam melaksanakan objektif penubuhan.

Adakah segala persoalan mengenai 1MDB akan terjawab nanti?

Ikuti pandangan-pandangan panelis iaitu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli; Pengerusi SukaGuam Malaysia, Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Azmi Hassan yang dikendalikan moderator, Dr Maszlee Malik

Ikuti kupasan ilmiah di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, esok.

Masuk percuma. Semua dijemput hadir.

Hubungi 019-3310211 (Laila), 019-2808492 (Fazli), 019-3371066 (Nurkhairini) untuk hadir ke wacana ini.

Ikuti kami secara online:

Website – sinarharian.com.my
Facebook – Sinar Harian
Twitter – @SinarOnline
YouTube – Sinar TV