Selasa, 17 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tengku Razaleigh bangkit semangat Ahli Parlimen ingat kepada ikrar

Posted: 17 Mar 2015 05:12 AM PDT

MSO

Ucapan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah di parlimen hari ini disamping menegur kerajaan beliau juga menimbulkan kebimbangannya mengenai keadaan hutang negara yang boleh menjejaskan kestabilitas negara.

Ucapan beliau juga membawa maksud tesirap yang wajar diselami akan tujuannya serta memaknakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang menjadi penanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Apa yang jelasnya beliau cuba membangkitkan tanggungjawab ahli parlimen semua agar menghormati kepada ikrar mereka masing-masing untuk negara.

Ucapan Tengku Razaleigh ini sudah pasti kurang disenangi oleh pihak kerajaan yang didokong oleh partinya sendiri kerana ia dikira ucapan yang tidak mengampu kerajaan.

Tetapi inilah sikap dan pendirian bekas Menteri Kewangan itu sebagai seorang ahli parlimen yang berdiri di untuk membela rakyat dan tidak boleh dijadikan "upih tarik" oleh partinya. Ikutilah ucapan beliau sepenuhnya di bawah ini:

Pada 30hb Oktober 2014, saya mengutus surat kepada setiap Ahli Dewan Rakyat tanpa pengecualian, suatu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Ia menitikberatkan kebimbangan saya yang amat sangat terhadap kesejahteraan negara kita yang tercinta serta kedudukan Dewan yang mulia ini.

2. Saya mengambil tindakan tersebut memandangkan bahawa di dalam sesebuah demokrasi berperlembagaan, Dewan Rakyatlah merupakan institusi terakhir yang bertanggungjawab ke atas keadaan negara dan rakyat jelata. Di samping itu, sebagai Ahli Dewan Rakyat kita telah bersumpah untuk berkhidmat kepada negara serta menegakkan Perlembagaan demi kepentingan rakyat Malaysia. Sayugia diingat bahawa sumpah setia itu bukanlah kepada parti ataupun pemimpinnya.

3. Sejak penulisan surat tersebut, keadaan ekonomi dan politik dunia telah pun berubah secara mendadak. Barang diingat bahawa setiap negara saling bergantung antara satu sama lain. Ini bermakna Malaysia tidak terlepas daripada merasai kesan perubahan ekonomi dan politik yang dialami dunia. 


Keadaan baru ini memerlukan kita mengambil kira dan menimbang perubahan yang perlu kita buat. Sekiranya kita hendak menyelamatkan rakyat, apa-apa cadangan kita untuk perubahan mestilah mampu menimbulkan kesan positif untuk mengatasi masalah berat yang melanda negara. Dalam menimbang apa jua perubahan, kita seharusnya memahami keadaan yang sedang melanda negara. Yang demikian saya ingin nyatakan kerisauan saya terhadap keadaan negara sekarang ini.

4. Tidak dapat dinafikan bahawa kedudukan hutang negara akan tentukan keadaan dan kestabilan ekonomi kita. Mutu dan gaya hidup rakyat bergantung kepada dua perkara ini.

5. Yang saya maksudkan dengan hutang negara ialah hutang kerajaan, hutang sektor korporat dan hutang isi rumah.

6. Kerisauan saya mengenai hutang negara ialah ia telah mencecah paras yang boleh menyebabkan tercetusnya krisis ekonomi dan politik di hari muka. Kita tidak mungkin dapat menelah akan akibat dan kesan daripada krisis sebegini. Tetapi apa yang nyata ialah ia berbahaya terhadap Demokrasi Berperlembagaan yang mencorakkan kenegaraan Malaysia.

7. Sekaligus ini mengarahkan perhatian umum kepada persoalan asas lagi penting sama ada Dewan Rakyat mampu bertindak untuk menangani permasalahan semasa demi menegakkan ikrar kita ketika mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.

8. Berpandukan ikrar tersebut, saya berpendapat bahawa kita berkewajipan untuk mengetahui sebanyak manakah hutang negara itu dan apakah kemungkinan bebanannya terhadap rakyat kelak. Sila maklum bahawa kita dianggap gagal dalam memenuhi ikrar keperlembagaan tersebut sekiranya kita tidak ajukan soalan terpenting dalam menentukan sebanyak manakah hutang tersebut. Dalam hal ini kerajaan haruslah bertindak secara telus serta memberitahu kepada Dewan Rakyat akan keadaan sebenarnya berkaitan dengan hutang negara.

9. Oleh kerana kita mengambil berat akan hutang negara, sekiranya rakyat dibebankan lagi dengan hutang, kita berkewajipan untuk memastikan bahawa pendapatan negara digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk pembayaran faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. 

Sekiranya terdapat hutang sah dan kita bertanggungjawab ke atasnya maka kita berhak mendapat maklumat mengenai hutang tersebut. Yang demikian, sebagai Ahli Dewan Rakyat adalah menjadi tugas kita dan kita berhak untuk mendapat segala maklumat berkaitan dengan hutang tersebut. 

Sebagai Ahli Dewan Rakyat kita juga bertanggungjawab untuk memastikan segala jaminan, dengan izin Tan Sri Yang Dipertua, instrument kewangan dan letters of comfort yang membebankan rakyat jelata dengan hutang dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Cara ini membolehkan kita menilai dengan penuh tanggungjawab sama ada wajar atau tidak rakyat terus dibebankan.

10. Di atas perkiraan inilah saya telah cadangkan di dalam surat bertarikh 30hb Oktober, 2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat. Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat. Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan.

11. Jikalau beban tambahan ini dihalakan kepada rakyat tanpa alasan munasabah kita sebenarnya berlaku tidak adil. Oleh itu suara hati kita semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangan kepada rakyat kenapa GST perlu pada ketika ini.

12. Sekiranya sebab musabab perlunya berhutang dibentang di Dewan Rakyat dan ia didapati munasabah tentu sekali kita dapat bertindak secara wajar terhadap niat Kerajaan. Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati mengenai sama ada Kerajaan berhak mengenakan beban tambahan ini.

13. Sayugia diingatkan bahawa hutang isi rumah secara rasminya adalah pada tahap 87.4 peratus dan ini diakui satu-satunya yang tertinggi di Asia. Kita juga dibebani hutang korporat dan kita seharusnya mengambil berat akan perkara ini. Malangnya kita tidak dapat tanggapan sebenarnya mengenai masalah ini oleh kerana ketidaktelusan berkaitan dengannya. Apa pun, jumlah hutang isi rumah, hutang negara dan hutang korporat seharusnya merunsingkan kita apabila soal masa depan diperkatakan.

14. Juga merunsingkan ialah penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk membantu institusi-institusi kewangan yang terlibat dalam pemberian pinjaman kepada perbadanan-perbadanan tertentu. Dalam hal ini, kita perlu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai kedudukan KWSP dan KWAP serta jumlah pelaburan dana di dalam institusi kewangan yang dibebankan dengan pemberian pinjaman.

15.. Dengan sendirinya ini membawa kita kepada persoalan tatacara pemerintahan atau, dengan izin, good governance yang penting dan perlu dalam pentadbiran kewangan negara kita. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan. Barang diingat bahawa pertelingkahan kepentingan ini merupakan suatu masalah serius. Bahawa perkara ini mungkin telah diterima oleh Dewan Rakyat selama ini merupakan sesuatu yang tidak baik kepadanya.

16. Satu perkara yang ada hubungkait dengan pertelingkahan kepentingan dan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasinya ialah pengisytiharan harta dan liabiliti. Pengisytiharan ini hendaklah merangkumi Ahli Kabinet dan Ahli Parlimen dahulu dan sekarang serta juga mereka dari sektor awam dan swasta di peringkat mempunyai kuasa membuat keputusan, dahulu dan sekarang. Pengisytiharan ini hendaklah dibuat secara berkala dan disimpan oleh sebuah badan bebas yang diwujudkan melalui Akta Parlimen.

17. Kini kita sedang menghadapi keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kemerosotan ekonomi serta institusi yang dipertanggunjawabkan dengan mendaulat dan menegakkan Pemerintahan melalui Undang-Undang dan Perlembagaan demokratik, dan penghakisan perpaduan nasional mendadak sekali dan bertembung antara satu sama lain. Keadaan ini telah mencetus suatu krisis yang meresap ke akar umbi dan kita kini berada di dalam keadaan kesesakan politik dan ekonomi.

18. Keadaan ini memberi kesempatan kepada Dewan Rakyat untuk memainkan peranan penting dalam perkembangan negara kita. Tidak ada mana-mana institusi baik politik mahu pun bukan politik yang dapat mengatasi kesesakan ini kecuali Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian.

19. Kita sedang mengalami cabaran yang tidak pernah berlaku dalam usaha kita memenuhi ikrar untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Ini ialah kerana kuasa Dewan Rakyat telah beranjak kepada kepimpinan parti politik. Ia merupakan perkembangan di luar perlembagaan. Anjakan kuasa kepada orang perseorangan ini bertentangan dengan peruntukan perlembagaan. Dan pastilah ia bukannya demokrasi berperlembagaan.

20. Yang demikian, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian seharusnya membuat keputusan sama ada hendak memenuhi ikrar yang dibuat ketika mula-mula menjadi ahli Dewan yang mulia ini atau pun melepaskan sahaja hak sebagai Ahli Yang Berhormat kepada kuasa di luar Dewan Rakyat. Keputusan yang harus dibuat merupakan keputusan asasi untuk rakyat jelata. Ia merupakan detik bersejarah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian dan perlu membuat pilihan sama ada hendak berkhidmat serta tunduk kepada kehendak rakyat ataupun hendak bersama kepimpinan parti.

21. Tan Sri Yang Dipertua, di kesempatan ini izinkan saya nyatakan bahawa di dalam usaha kita membuat keputusan yang saya sebutkan itu kita haruslah berpandukan kepada suara hati atau pun, dengan izin, conscience. Ini bermakna kita mesti berani menerima atau menolak sesuatu cadangan demi kepentingan rakyat yang kita wakili walaupun mungkin bertentangan dengan kehendak parti kita. Dalam pada itu kita juga bertindak secara berkumpulan dan sebagai satu pasukan demi menghambakan diri untuk menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi.

17. Kini kita sedang menghadapi keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kemerosotan ekonomi serta institusi yang dipertanggunjawabkan dengan mendaulat dan menegakkan Pemerintahan melalui Undang-Undang dan Perlembagaan demokratik, dan penghakisan perpaduan nasional mendadak sekali dan bertembung antara satu sama lain. Keadaan ini telah mencetus suatu krisis yang meresap ke akar umbi dan kita kini berada di dalamkeadaan kesesakan politik dan ekonomi.

18. Keadaan ini memberi kesempatan kepadaDewan Rakyat untuk memainkan peranan penting dalam perkembangan negara kita. Tidak ada mana-mana institusi baik politik mahu pun bukan politik yang dapat mengatasi kesesakan ini kecuali Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian.

19. Kita sedang mengalami cabaran yang tidakpernah berlaku dalam usaha kita memenuhi ikrar untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Ini ialah kerana kuasa Dewan Rakyat telah beranjak kepada kepimpinan parti politik. Ia merupakan perkembangan di luar perlembagaan.Anjakan kuasa kepada orang perseorangan ini bertentangan dengan peruntukan perlembagaan. Dan pastilah ia bukannya demokrasi berperlembagaan.

20. Yang demikian, Ahli-Ahli Yang Berhormatsekelian seharusnya membuat keputusan sama ada hendak memenuhi ikrar yang dibuat ketika mula-mula menjadi ahli Dewan yang mulia ini atau pun melepaskan sahaja hak sebagai Ahli Yang Berhormat kepada kuasa di luar Dewan Rakyat. Keputusan yang harus dibuat merupakankeputusan asasi untuk rakyat jelata. Ia merupakan detik bersejarah kepadaAhli-Ahli Yang Berhormat sekelian dan perlu membuat pilihan sama ada hendak berkhidmat serta tunduk kepada kehendak rakyat ataupun hendak bersama kepimpinan parti.

21. Tan Sri Yang Dipertua, di kesempatan ini izinkan saya nyatakan bahawa di dalam usaha kita membuat keputusan yang saya sebutkan itu kita haruslah berpandukan kepada suara hati atau pun, dengan izin,conscience. Ini bermakna kita mesti berani menerima atau menolak sesuatu cadangan demi kepentingan rakyat yang kita wakili walaupun mungkin bertentangan dengan kehendak parti kita. Dalam pada itukita juga bertindak secara berkumpulan dan sebagai satu pasukan demi menghambakan diri untuk menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi.


 

MP PAS: Jangan biar hudud pecahkan Pakatan

Posted: 17 Mar 2015 05:10 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Dua anggota parlimen PAS membuat rayuan terakhir kepada rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat, PKR, agar tidak membiarkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan esok oleh kerajaan negeri Kelantan, menyebabkan hubungan gabungan pembangkang itu berpecah.

Walaupun sikap tegas DAP, MP Shah Alam Khalid Samad mengesahkan bahawa kesuntukan masa bagi PAS untuk kembali kepada rakan gabungan bagi membuat sebarang pindaan kepada cadangan itu, kurang daripada 24 jam, sebelum ia dibentangkan di DUN Kelantan.

MP Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar turut serta dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

"Ia hanya satu pindaan. Kenapa nak kecoh?" soal Khalid yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat.

Beliau menegaskan bahawa pindaan itu tidak bermaksud kepada pelaksanaan hudud, tetapi sebaliknya hanya cuba untuk menambahbaik kefahaman tentang hudud.

Khalid berkata situasi di Kelantan dianggap unik, maka hanya rakyat di neger itu yang boleh menghakimi sama ada langkah kerajaan negeri adil atau tidak.

"Sitiasi di Kelantan begitu unik sehingga Umno turut menyokong pindaan ini.

"Kami gesa Pakatan memahami keunikan situasi di Kelantan," katanya.


Khalid kesal Amber Chia jadi modal jatuhkannya

Posted: 17 Mar 2015 05:09 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


MP Shah Alam Khalid Samad kesal apabila model ternama Amber Chia digunakan sebagai bahan kempen untuk memburuk-burukkan nama beliau menjelang pemilihan PAS, Jun ini.

Ia berlaku selepas beliau hadir bersama beberapa tamu VIP termasuklah Amber Chia dan penyanyi terkenal Ning Baizura dalam satu ekspo perabut dan perhiasan dalaman rumah di Shah Alam, Khamis lepas.

Menulis dalam blognya semalam, Khalid berkata gambar berkumpulan itu telah disunting untuk menunjukkan beliau dan Chia semata-mata dalam gambar itu.

Gambar itu, kata ahli jawatankuasa PAS pusat kemudiannya disebarkan di media sosial seperti Facebook dan Whatapps untuk menimbulkan persoalan sama ada "Khalid Samad telah menjadi model bergambar bersama Amber Chia".

Dalam gambar itu, Amber Chia memakai baju paras atas lutut di dalam gambar tersebut sementara Khalid pula memakai sepasang sut.

"Walaupun mungkin mereka menganggap saya berbakat sebagai model, saya sedang menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen merasmikan Expo tersebut.

"Dan sebenarnya, saya bukan berdua-duaan dengan Amber, kerana ramai lagi di atas pentas bersama saya," kata Khalid yang turut memuatnaik gambar yang sebenar bagi menolak dakwaan terhadapnya.

Buruk dan jatuhkannya

Serangan itu muncul menjelang pemilihan PAS yang dijangka akan menyaksikan pertembungan antara kumpulan progresif dan pro-ulama.

"Saya faham usaha 'memburukkan' saya dilakukan golongan yang ingin 'menjatuhkan' saya dalam muktamar Jun ini.

"Mengikut fahaman mereka, PAS tidak boleh keluar dari suasana masjid dan surau serta persekitaran 'Islamik'.

"Mungkin mereka akan pengsan melihat kehadiran saya di majlis Tahun Baru Cina yang dihadiri masyarakat berbilang kaum dan berbagai pakaian," katanya.

Menurut Khalid, PAS tidak boleh dilihat sebagai antipembangunan atau antiperniagaan - dan sebab yang sama mendorongnya bersetuju merasmikan ekspo itu yang diyakini akan merancakkan ekonomi.

"Lainlah kalau ia ekspo arak atau ekspo pakaian dalam atau pakaian menjolok mata," katanya lagi.

Menurutnya, PAS juga boleh mendekati golongan bukan Muslim dengan menghadiri majlis yang turut dihadiri golongan bukan Muslim. 


Fasa pertama 1BestariNet gagal -PAC

Posted: 17 Mar 2015 05:03 AM PDT

 
PAC berpendapat, perlaksanaan projek yang bernilai RM4.077 bilion ini lemah dan ia tidak seharusnya diteruskan lagi ke fasa seterusnya.


nurjazlan 1bestari


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), mendapati fasa pertama bagi projek 1BestariNet gagal dilaksanakan sejak projek tersebut dimulakan pada tahun 2011.

Walau bagaimanapun, PAC dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa fasa kedua bagi projek menyalurkan perkhidmatan internet ke sekolah-sekolah akan tetap diteruskan.

Pengerusinya, Datuk Nor Jazlan Mohamed berkata, PAC tidak berpuas hati atas beberapa perkara, antaranya penyambungan internet ke tapak pengguna yang lewat siap.

"Jawatankuasa pembantu projek dan teknikal tidak diwujudkan di peringkat kementerian.

"Malah, kajian keperluan di sekolah tidak dijalankan serta maklumbalas dari pihak sekolah tidak memuaskan," katanya dalam sidang media selepas selesai mesyuarat PAC, hari ini.

Disebabkan itu, PAC telah meminta supaya KPN memanggil bekas Ketua Setiausaha KPN, Datuk Rosli Mohamad, bekas Ketua Pengarah Pendidikan dan bekas pegawai pengurusan projek ini.

"Mereka bertanggungjawab sewaktu projek ini diwujudkan, dirancang dan dilaksanakan," ujarnya lagi.

PAC juga berpendapat, perlaksanaan projek yang bernilai RM4.077 bilion ini lemah dan ia tidak seharusnya diteruskan lagi ke fasa seterusnya.

"Tender asal projek ini ada tiga fasa dan sekarang ini ia berada di fasa kedua. Setiap fasa mengambil masa lima tahun untuk disiapkan," katanya.

Sebelum ini, laporan Ketua Audit Negara telah mendedahkan Projek 1BestariNet KPM ini tidak memenuhi sasaran tempoh dua setengah tahun selain gagal menyediakan Platform Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) kepada 10,000 sekolah di seluruh negara.

Laporan itu mendakwa, projek 1BestariNet telah dilaksanakan sebelum guru dan pelajar dilatih sepenuhnya mengguna VLE.

"Penggunaan VLE oleh guru, pelajar dan ibu bapa adalah sangat rendah, 0.01% ke 4.69%," dedah laporan berkenaan.

Kontrak projek 1BestariNet ini telah ditawarkan kepada syarikat YTL Communications berdasarkan kedudukan penilaian spesifikasi teknikal yang terbaik dan harga yang munasabah.

Hina mahkamah boleh undang padah – MT UMNO

Posted: 17 Mar 2015 04:59 AM PDT

 
Kekebalan Ahli Parlimen tidak termasuk ucapan dan tindakan yang tertakluk di bawah Akta Hasutan.


annuar parlimen


PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa tidak menafikan bahawa setiap Ahli Parlimen mempunyai imuniti (kekebalan) untuk berucap di Parlimen dan tindakan tersebut tidak boleh didakwa.

Katanya, walaupun pada umumnya memang benar wujud hak tersebut, namun wakil rakyat juga merujuk apa yang termaktub di dalam Perlembagaan dan peraturan Parlimen dengan lebih jelas kerana tindakan tersebut tidak tertakluk di bawah Akta Hasutan.

"Imuniti (kekebalan) untuk berucap apa sahaja di Parlimen dan tidak boleh didakwa, pada umumnya benar tetapi jangan lupa rujuk perlembagaan dan peraturan Parlimen bahawa kekebalan Ahli Parlimen tidak termasuk ucapan dan tindakan yang tertakluk di bawah Akta Hasutan," katanya menerusi posting facebooknya.

Katanya, ucapan menghasut termasuk menghina mahkamah dan menyentuh institusi yang dilarang untuk disentuh boleh mengundang padah kerana tindakan tersebut jelas melanggari undang-undang dan Perlembagaan negara.

"Adalah penting Ahli Parlimen terutamanya yang baru sepenggal dua dilantik meneliti segala peraturan, Perlembagaan dan akta berkaitan agar tidak membawa padah kepada diri sendiri," jelasnya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menuduh hakim Mahkamah Persekutuan menjual diri kepada syaitan kerana mengekalkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat.

Nurul Izzah, menggunakan imunitinya sebagai wakil rakyat di Dewan Rakyat untuk mengkritik dan menuduh institusi kehakiman itu dipengaruhi politik.

Malah tindakan tersebut menyebabkan beliau ditahan mengikut Akta Hasutan berdasarkan ucapannya di Parlimen.

Pakatan mahu Parlimen cela IGP

Posted: 17 Mar 2015 04:48 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pakatan Rakyat akan mengemukakan usul di Parlimen untuk mencela Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana menangkap seorang ahli Parlimen berhubung ucapan yang dibuat di dalam Dewan.

Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ditangkap semalam atas dakwaan menghasut, berhubung ucapan bapanya yang juga ketua pembangkang yang dipenjara, yang dibaca Nurul di Dewan Rakyat minggu lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nurul Izzah berkata diharapkan ia dapat memupuk pemahaman kepada ketua polis itu mengenai konsep pengasingan kuasa di negara ini.

Pakatan akan membentangkan usul itu di bawah Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen/Akta 347 (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, katanya.

Seksyen 7 akta itu menyatakan bahawa tiada ahli Parlimen perlu bertanggungjawab terhadap sebarang prosiding sivil atau jenayah berhubung ucapannya di Dewan Rakyat

Nurul Izzah telah membaca ucapan ayahnya yang mengkritik hakim yang mensabitkannya atas tuduhan liwat pada 10 Februari, ketika membahaskan ucapan diraja.

Beliau juga telah ditangkap semalam berhubung perhimpunan Kita Lawan pada 7 Mac bagi solidariti bersama Anwar.


Tony padam tweet, IGP tidak faham makna ‘Royal my foot’

Posted: 17 Mar 2015 04:31 AM PDT

 
Setakat pada jam 2 petang Selasa, belum ada sebarang surat ataupun 'kunjungan' polis


tony tweet


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini menafikan tweetnya di laman sosial Twitter, ditujukan kepada Raja-raja Melayu.

Malah, Tony menjelaskan tujuan beliau mengambil keputusan untuk memadam tweet berkenaan adalah disebabkan Ketua Polis Negara, Tan Seri Khalid Abu Bakar tidak memahami makna 'Royal my foot' tersebut.

"Itu (Tweet) tidak ditujukan kepada Raja-raja Melayu dan kalau mereka yang faham bahasa Inggeris akan faham makna 'royal my feet'," katanya sewaktu ditemui pemberita di Dewan Rakyat, hari ini.

Semalam, Khalid telah mengarahkan supaya Tony disiasat berikutan tweetnya yang berbaur hasutan.
Khalid menulis tweet: "@PDRMsia akan panggil YB ini menjelaskan apa maksud beliau dengan 'Royal my foot'. Adakah ditujukan kepada Raja-raja Melayu?

Tony yang memberitahu bahawa beliau bersedia untuk bertemu pihak polis untuk menjelaskan status twitternya itu, berkata setakat pada jam 2 petang Selasa masih belum menerima apa-apa surat ataupun 'kunjungan' daripada pihak polis.

Komen Lucah : Rohana Jalil Tegur Wak Doyok

Posted: 17 Mar 2015 04:29 AM PDT

RAKYATNEWS


 


Ibu kepada pelakon Kilafairy iaitu penyanyi Rohana Jalil menganggap tindakan selebriti Wak Doyok yang meninggalkan komen berbaur lucah pada salah satu gambar di laman sosial Instagram milik aktres itu adalah tidak wajar.

Rohana berkata, sebagai selebriti mereka perlu menjaga batasan terutamanya di media sosial kerana apa yang dilakukan boleh menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap mereka.

"Dia tak patut bergurau sebegitu walaupun hubungan mereka baik seperti adik-beradik sekalipun. Ini kerana orang luar akan mentafsir dengan persepsi lain.

"Sebagai selebriti mereka perlu jaga perkara itu dan tidak boleh membawa hubungan rapat itu melebihi batasannya terutama di zaman madia sosial ini," katanya memetik laporan mStar Online, di sini, semalam.

Rohana berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi Wak Doyok yang dianggap sebagai gila seks apabila menulis komen berbaur lucah di gambar seksi Kilafairy, Jumaat lalu.

Tambah Rohana, sebagai seorang artis era 80-an, dia juga pernah melalui pengalaman yang sama iaitu mempunyai hubungan rapat dengan rakan artis lelaki lain.

Bagaimanapun, dia sentiasa berwaspada agar pergaulan tersebut tidak dipandang serong masyarakat.

"Saya dulu pun berkawan rapat dengan rakan artis lelaki seperti Jaafar Onn tu, itu pun saya selalu diingatkan oleh emak supaya jangan pergi kemana-mana berdua kerana takut orang pandang serong.

"Bagi saya memang perlu jaga batasannya, walaupun lelaki itu lembut sekalipun dia tetap bukan muhrim," ujarnya.

Dalam pada itu, Rohana berkata, dia dan suaminya sering menasihatkan Kilafairy supaya tidak berpakaian terlalu seksi.

Perkara tersebut juga boleh menjejaskan maruah keluarga mereka di mata rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain.

"Ayah dia dah selalu marah supaya jangan pakai seksi ketika keluar, dia tak mahu orang luar atau kawan-kawannya bertanya tentang soal pemakaian Kila.

"Namun, itulah, budak sekarang kalau tegur banyak kali nanti buat muka dan merajuk pula," ujarnya.


1MDB : PAC Kemuka Input Tambahan

Posted: 17 Mar 2015 04:27 AM PDT

RAKYATNEWS


alt
 


KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengemukakan input tambahan bagi membantu Jabatan Audit Negara menyiasat berhubung pelbagai dakwaan terhadap akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sehubungan itu, Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata input itu akan dikemukannya kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam pertemuan bersama PAC yang dijadual minggu ini.

Input tambahan itu katanya, merangkumi beberapa perkara lain dan berbeza dengan arahan audit kepada akaun 1MDB oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

"Kita akan berjumpa dengan Ketua Audit Negara minggu ini bagi membincangkan mengenai skop dan input tambahan yang boleh dikemukakan oleh PAC kepada audit berhubung isu 1MDB ini," katanya.

Bagaimanapun katanya, pertemuan itu nanti tidak bertujuan untuk menjelaskan hasil prosiding PAC terhadap 1MDB memandangkan Jabatan Audit Negara juga memerlukan masa untuk menjalankan pengauditan.

"Untuk prosiding pendengaran PAC kita harap dapat diadakan secepat mungkin, tapi bagi mereka (Jabatan Audit Negara laksana) audit dulu (dakwaan mengenai 1MDB).

"Kita tidak mahu bertindih tindakan dalam perkara ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di bangunan Parlimen, hari ini.

Nur Jazlan juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat dakwaan dan tuduhan melulu terhadap 1MDB selagi laporan lengkap penyiasatan daripada Jabatan Audit Negara dikeluarkan.

Najib sebelum ini telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1MDB.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada PAC yang bersifat bipartisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen.

Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata, prosiding PAC hari ini telah memanggil Kementerian Pendidikan bagi memberi penjelasan berhubung projek 1Bistari.Net.

Dalam prosiding itu, beliau berkata, pihaknya dimaklumkan projek berkenaan yang sebelum ini mencapai tahap kurang memuaskan oleh Jabatan Audit Negara terutama pada fasa pertama pelaksanaannya akan tetap diteruskan oleh kementerian.

Katanya, PAC juga dijadual akan memanggil bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran; Ketua Pengarah Pelajaran serta beberapa individu lain bagi mendengar dan meneliti beberapa aspek mengenai kelemahan dalam projek berkenaan.


Hudud : Kajian Merdeka Center berat sebelah

Posted: 17 Mar 2015 04:21 AM PDT

 
Cara soalan itu diajukan kepada responden dibuat secara tidak adil dengan memberikan dua pilihan sahaja.


Khalid Abdul samad


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PAS-Shah Alam Khalid Abdul Samad mendakwa kajian yang dilakukan oleh Merdeka Centre mengenai keperluan antara pemulihan Kelantan selepas bencana banjir berbanding meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II adalah berat sebelah.

Katanya, cara soalan itu diajukan kepada responden dibuat secara tidak adil dengan memberikan dua pilihan sahaja sedangkan ia boleh dilakukan serentak.

"Cara soalan itu dikemukakan mungkin tidak begitu tepat kerana meminta orang membuat pilihan di antara dua sedangkan kedua-duanya boleh dilaksanakan serentak.

"Lainlah sekiranya persoalan membentangkan pindaan ini menuntut supaya kerja-kerja baik pulih ditangguhkan, itu bukan kesnya, soal pindaan itu adalah soal pentadbiran," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Merdeka Center melakukan kajian yang menyatakan majoriti pengundi di Semenanjung Malaysia mahukan Kerajaan Negeri Kelantan memberi tumpuan terhadap pemulihan pasca banjir dan bukannya pelaksanaan hudud.

Kajian yang dilakukan menerusi temubual telefon itu menunjukkan 84 peratus daripada 1,008 pengundi merasakan kerajaan negeri perlu menumpukan usaha membaik pulih dan membina semula kediaman mangsa banjir.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, pembentangan rang undang-undang itu di DUN Kelantan tidak seharusnya menimbulkan masalah besar kepada Pakatan Rakyat (PR) hingga menyaksikan gabungan itu berpecah.

Katanya, PR sewajarnya memahami dan melihat perbezaan keunikan rakyat Kelantan daripada segi politiknya dengan tidak menyamakan politik di peringkat kebangsaan

"Ia tidak patut menimbulkan masalah buat PR, kita rayu rakan kita memahami perbezaan keunikan Kelantan apabila dibentangkan hanya pindaan enakmen sedia ada dan tidak harus menjadi penyebab perpecahan," ujarnya.

Kerajaan perkenal tempoh penasihatan GST

Posted: 17 Mar 2015 04:20 AM PDT

 
Pihak kastam akan menambah pegawai untuk menjelaskan isu-isu yang berbangkit mengenai GST supaya memudahkan rakyat menerima pelaksanaan cukai tersebut.


Chua-Tee-Yong


PUTRAJAYA: Kerajaan dijangka akan menyediakan tempoh penasihatan (advisory period) selama dua tahun untuk menjelaskan isu berbangkit berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas 1 April nanti.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata ia adalah antara persediaan kerajaan untuk berdepan dengan pelbagai masalah dan cabaran yang akan wujud sebalik pelaksanaan GST kelak.

"Pihak kastam akan menambah pegawai untuk menjelaskan isu-isu yang berbangkit mengenai GST supaya memudahkan rakyat menerima pelaksanaan cukai tersebut," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Walau bagaimanapun, Chua yakin, cabaran getir yang bakal dihadapi perniaga dan orang awam hanyalah untuk tempoh yang singkat boleh diatasi.

Lazimnya, masalah berkaitan GST akan timbul apabila rakyat keliru dan kurang penjelasan berkaitan proses dan jenis barangan yang akan dikenakan GST.

"Oleh itu, kerajaan juga bersedia berdepan dengan pelbagai kritikan di awal perlaksanaanya."

"Malah pemahaman yang kabur tentang GST juga akan menyebabkan sesetengah pihak salah tafsir pelaksanaan ini dan kita juga terpaksa hadapi semua cabaran itu," katanya.

Sebelum ini, ahli veteran UMNO yang juga Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengkritik tindakan kerajaan melaksanakan GST dan mempersoalkan sama ada hasil yang dikutip daripada sistem percukaian baharu itu akan digunakan untuk membiayai hutang kerajaan.

Beliau berkata cukai berkenaan akan hanya menambahkan beban rakyat susulan kemerosotan ekonomi negara.

Polis bebaskan Nurul Izzah selepas beri keterangan

Posted: 16 Mar 2015 10:42 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memberitahu Nurul Izzah Anwar bakal dibebaskan selepas pihak polis merekodkan kenyataannya berhubung pertuduhan di bawah Akta Hasutan. 
 
Katanya pihak polis akan merakamkan kenyataan Naib Presiden PKR itu pada pagi tadi, sebelum beliau dibebaskan. 
 
"Beliau tidak akan ditahan reman selepas itu. 
 
"Polis telah memaklumkan kepada peguam Izzah bahawa mereka tidak akan meneruskan permohonan reman," katanya ketika dihubungi pada Selasa. 
 
Nurul Izzah ditahan pada Isnin dan dibawa ke lokap Balai Polis Jinjang selepas dia hadir untuk memberikan keterangan di Balai Polis Dang Wangi berhubung perhimpunan #KitaLawan minggu lalu. 
 
Beliau disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan berikutan ucapan Ketua Pembangkang yang dibacakannya di Dewan Rakyat minggu lalu.

Beli sebuah lagi jet peribadi, serlah PM semakin boros

Posted: 16 Mar 2015 10:03 PM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Pembelian terkini sebuah jet peribadi baru bagi kegunaan Perdana Menteri menyerlahkan sikap boros kerajaan pusat tatkala rakyat diminta berjimat.

Dalam satu pendedahan Keadilandaily hari ini, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 1 Disember lalu membeli sebuah lagi jet peribadi yang dianugerahkan secara terus kepada sebuah syarikat.

newjet1

"Pentadbiran Najib Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB," kata Rafizi dipetik Keadilan Daily.

Ahli Parlimen Pandan itu turut merujuk kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 yang mana memaklumkan kerajaan telah memilik lima jet peribadi termasuk Boeing Businees Jet.

Katanya, sikap boros itu bertentangan dengan situasi dihadapi rakyat kini apabila berdepan dengan kenaikan harga barangan ekoran pemotongan subsidi bahan api.

"Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

"Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini," katanya lagi.EZY


ABIM: Tahan Nurul Izzah tindakan pendek akal & cabul demokrasi

Posted: 16 Mar 2015 09:56 PM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Penahanan Polis terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tindakan 'pendek akal' dan provokatif membuatkan rakyat semakin muak dan serik memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan, berkata ABIM mengecam penahanan itu yang tersasar dari landasan keadilan dan adalah pencabulan keterlaluan terhadap proses demokrasi.

Nurul IzzahKatanya, penahanan itu menggambarkan bahawa Nurul Izzah adalah seorang penjenayah yang berbahaya, berkemungkinan untuk melarikan diri dan tidak bertanggungjawab.

Langkah beliau secara berani menyahut notis panggilan ke Balai Polis Dang Wangi berkaitan himpunan Kita Lawan langsung tidak dihargai pihak polis.

"Ia sekaligus menggambarkan kerakusan dan sikap angkuh pihak berkuasa terhadap seorang yang jelas memberikan kerjasama bagi membantu siasatan," kata Amidi dalam kenyataan media.

Beliau berkata persoalan layanan yang berbeza-beza di bawah akta yang sama juga amat memalukan.
"Kenapa langkah yang serupa tidak dibuat kepada YB Datuk Ismail Sabri dan Datuk Dr Mashitah Ibrahim?

"Kenyataan mereka dibuat di luar parlimen, tanpa sebarang rakaman tidak perlu direman berbanding kenyataan Nurul Izzah Anwar yang dibuat di dalam Parlimen dan dirakam melalui hansard Parlimen.
"Adakah ia terlalu rumit sehingga memerlukan tempoh reman ditambah?," soal Amidi.

Beliau berkata ruang bersuara di Parlimen harus dihormati dan dibezakan dengan ucapan awam atau kenyataan di luar Parlimen.

Katanya, Parlimen adalah medan seorang wakil rakyat menyatakan sikap dan pendirian berprinsip mewakili rakyat yang memilihnya.

"Jika perkara berkaitan institusi dalam negara tidak boleh disentuh walaupun di dalam Dewan Rakyat atau Dewan Negara, maka timbul persoalan, di manakah perkara ini boleh diutarakan?.

"Sedangkan Dewan Rakyat adalah satu korum yang sah dan mempunyai legitimasi tersendiri, dipelihara oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Katanya, ABIM menggesa agar polis melepaskan beliau dari tahanan reman berpilih yang amat memalukan.

"Elemen provokatif seumpama ini harus dielakkan memastikan keamanan Malaysia terpelihara," katanya.EZY

Kubah Masjid Negeri Shah Alam dinaik taraf mulai April

Posted: 16 Mar 2015 09:51 PM PDT

Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM : Kerja-kerja menaik taraf kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau Masjid Negeri di Shah Alam yang menjadi simbol keagungan masyarakat Islam di negeri ini dijangka akan dilaksanakan bermula April depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata projek menaik taraf kubah masjid ini dilaksanakan secara tender terbuka yang disiarkan di media cetak pada 12 Februari 2015 dan ditutup pada 12 Mac lalu.

Masjid Shah Alam

"Dijangkakan kerja-kerja menaik taraf kubah masjid ini akan bermula pada April 2015 dengan tempoh 18 bulan untuk disiapkan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata perancangan bagi menaik taraf kubah masjid berkenaan sudah dimulakan sejak tahun lalu di mana Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor diminta membuat penilaian teliti berkaitan kerosakan termasuk cadangan pembaikan yang bakal dilaksanakan ke atas kubah itu.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan masjid berusia 22 tahun itu semakin menjadi bualan penduduk sekitar Shah Alam apabila keadaannya kini sudah tidak seperti dahulu.

Penduduk sekitar dan pengunjung melahirkan rasa kecewa apabila melihat kubah dan dindingnya seperti tidak diselenggara dengan sempurna.

Malah tinjauan Sinar Harian turut mendapati permukaan kubah kelihatan tidak berseri dan ia jelas dilihat walaupun kedudukannya agak tinggi.EZY


Calon mahu teruskan perjuangan tok guru

Posted: 16 Mar 2015 09:42 PM PDT


Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad Calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad. - Foto Bernama
 
 
 
KOTA BHARU - Calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad berharap menang majoriti besar dalam PRK Dun Chempaka yang akan ditentukan 22 Mac ini.

Menurutnya, walaupun penyandang sebelum ini, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Adun Chempaka sudah tiada, namun dia tetap berharap sokongan pengundi masih lagi bersama Pas.

"Bukan sahaja boleh menang, tapi kekalkan prestasi dengan majoriti besar seperti dicapai Tok Guru sebelum ini.

"Saya harap penyokong Pas masih lagi setia untuk PRK kali ini, perjuangan Tok Guru perlu diteruskan," katanya demikian ketika berucap memperkenalkan diri kepada pengundi-pengundi di Kampung Tok Sadang, semalam.

Beliau juga berharap, anak-anak Dun Chempaka di perantauan pulang ke kampung bagi menunaikan tanggungjawab mengundi PRK kali ini.

"Anak-anak di Dun Chempaka perlu mengambil tanggungjawab, insya-ALLAH kemenangan kepada Pas seterusnya kebajikan rakyat akan dijaga dan dipelihara," katanya.

Ahmad Fathan turut menasihatkan kepada semua pengundi agar tidak mengambil mudah dengan PRK kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK Dun Chempaka 22 Mac ini manakala esok bagi pengundian awal.

Pada PRU13, Nik Abdul Aziz menang kerusi Dun Chempaka dengan majoriti 6,500 undi. Beliau mendapat 12,310 undi manakala calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak memperoleh 5,810 undi.


Isu jet: JPM jawab dakwaan Rafizi

Posted: 16 Mar 2015 09:41 PM PDT

SINA HARIAN

logo Jabatan Perdana Menteri
 
 
 
KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri hari ini menjelaskan bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.
  
JPM dalam satu kenyataan di sini berkata, kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.

Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.

Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di Parlimen hari ini bahawa ACJ320 itu untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

[ÂRTIKEL BERKAITAN: Beli jet baharu boleh cetus kemarahan rakyat]
  
Menurut JPM, pesawat BBJ telah digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.

"Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.
  
"Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," menurut kenyataan itu.
  
Menurut JPM, selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperolehi pada 1989 dan Global Express 2001, kata JPM. - Bernama


1MDB: Pasti dikesan jika ada penyelewengan, kata Shahrir

Posted: 16 Mar 2015 09:33 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketelusan operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam melaksanakan objektif penubuhannya tidak perlu dipertikaikan lagi kerana penyata kewangannya kini terbuka untuk siasatan.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, sekiranya berlaku sebarang penyelewengan, sudah pasti Jabatan Audit Negara (JAN) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak akan terlepas pandang.

"Audit forensik yang sedang dilakukan oleh pihak berkuasa akan menyukarkan 1MDB melindungi urusan perjalanan syarikat itu.

"Sebarang langkah-langkah yang meragukan akan dipersoalkan JAN dan PAC yang berkuasa menyoal siasat sesiapa sahaja berhubung urusan syarikat (1MDB) sejak penubuhan pada 2009," katanya seperti dipetik dalam portal rasmi BNBBC hari ini.

1MDB, syarikat pelaburan strategik berkaitan kerajaan yang ditubuhkan pada 2009, menjadi fokus utama media dan masyarakat berikutan dakwaan penyelewengan pengurusan kewangannya.

Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 4 Mac lepas, telah mengarahkan agar Ketua Audit Negara untuk meneliti dan mengesahkan secara bebas akaun syarikat itu.

"Jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian," kata perdana menteri.

Dalam pada itu, Shahrir, yang juga ahli Parlimen Johor Bahru berkata, pengurusan 1MDB masih dilihat berdasarkan matlamat serta objektif awal penubuhannya sebagai pelaksana idea strategik dan mempunyai strategi jelas dari segi penjanaan kewangan serta struktur urus tadbirnya.

Bagaimanapun beliau dipetik portal itu sebagai berkata 1MDB menjadi isu lantaran strategi penambahan 'rencah' laporan seperti menggunakan personaliti tertentu serta pembabitan syarikat antarabangsa dari Timur Tengah.

"Penggunaan istilah-istilah pilihan seperti memindahkan wang (siphoning), disiasat (investigated) yang digabungkan dengan nama-nama personaliti menyebabkan 1MDB menjadi isu menarik untuk diperbahaskan," katanya lagi.

Bagaimanapun, Shahrir menegaskan kepada portal itu bahawa, dari segi aliran tunai, keadaan akaun 1MDB masih lagi stabil, dan beliau mendapati terdapat beberapa fakta yang tidak tepat dilaporkan mengenai syarikat itu menyebabkan ia begitu diragui.

"Untuk rekod, 1MDB mencatatkan keuntungan RM424 juta pada 2010, RM544 juta pada 2011, menyusut kepada RM44 juta kepada 2012, untung melonjak RM778 juta pada 2013 namun mencatatkan kerugian RM665 juta pada 2014," katanya.

Malahan, katanya lagi, nilai pembangunan kasar (GDV) bagi projek Tun Razak Exchange dianggarkan mencecah RM26 bilion dalam tempoh 10 hingga 15 tahun manakala Sungai Besi memiliki GDV sehingga RM35 bilion bagi tempoh 15 hingga 20 tahun

Walaupun mempunyai aset-aset yang menjamin keuntungan jangka panjang, Shahrir berpandangan bahawa 1MDB perlu meneliti semula pelan perniagaannya untuk terus melangkah ke hadapan.

"Untuk masa kini, 1MDB perlu diasuh sepertimana yang dilakukan Khazanah Nasional terhadap syarikat-syarikat yang berdepan masalah sewaktu krisis ekonomi 1997.

"Situasi persekitaran masa hadapan adalah sukar namun jika diasuh, 1MDB pasti mampu bangkit sepertimana dibuktikan Khazanah Nasional menerusi kejayaan pelbagai syarikat sebelum ini," katanya dalam portal itu.- Bernama


 

'Dibuang asrama UM jika hadiri perhimpunan'

Posted: 16 Mar 2015 09:32 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pelajar yang menginap di asrama kampus Universiti Malaya dikatakan telah diugut akan dibuang asrama jika mereka ditangkap menghadiri perhimpunan Kita Lawan.

Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM), Teh Wei Loon berkata ugutan itu telah dibuat pada 12 Mac, semasa sesi dialog antara pelajar dan pihak pengurusan kolej kediaman berkenaan.

Katanya, orang berkenaan yang juga seorang pensyarah di Fakulti Kejuruteraan UM, memaparkan satu poster perhimpunan Kita Lawan semasa dialog tersebut.

"Beliau memberi amaran kepada semua pelajar, dengan mengatakan jika diamdapati ada yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu, atau dalam perhimpunan akan datang, mereka tiada berpeluang tinggal di kolej kediaman pada semester akan datang," kata Teh semalam.

Ketika dihubungi Malaysiakini lewat semalam, Tan berkata, pensyarah tersebut telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengganggu hak pelajar untuk berhimpun, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, Tan menggesa pihak universiti supaya menyiasat perkara itu dan meminta pensyarah berkenaan memohon maaf kepada para pelajar.

Beliau juga mempersoalkan dasar kemasukan ke kolej kediaman, berkata kenyataan pensyarah itu seolah-olah orang yang menjaga asrama mempunyai kata putus sama ada pelajar boleh diberi tempat tinggal atau sebaliknya di asrama UM.

Ini bercanggah dengan syarat bahawa mereka perlu memenuhi kriteria tertentu, seperti mengisi borang permohonan, menghadiri aktiviti asrama dan memprolehi markah merit sepertimana dimaklumkan oleh pihak universiti kapda mereka, kata Teh.

Dipanggil beri keterangan pada HEP

"Selain itu, pelajar perlu membayar yuran penginapan sebanyak RM1,000 bagi setiap semester, dengan tiga pelajar berkongsi satu bilik," kata Teh.

Seorang jurucakap UM, ketika dihubungi lewat semalam, memberitahu Malaysiakini bahawa pihak universiti akan menyiasat perkara itu.

Setakat ini, katanya, tidak ada apa yang hendak dilaporkan dan naib canselor mahu mendengar dari kedua belah pihak.

Beliau mengesahkan bahawa siasatan terhadap sesi dialog itu masih berjalan.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan Teh memberitahu Malaysiakini bahawa dia telah dipanggil untuk memberikan kenyataan mengenai perkara itu oleh seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

"Saya memberitahu pegawai itu apa yang berlaku dan juga tuntutan pelajar dan persatuan pelajar supaya tindakan diambil terhadap pensyarah berkenaan," katanya

Perhimpunan Kita Lawan di Kuala Lumpur pada 7 Mac - yang diadakan sebagai protes terhadap pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas disabitkan terhadap tuduhan liwat, - telah menarik kira-kira 10,000 orang turun ke jalanan.

Berikutan perhimpunan tersebut, polis bertindak terhadap penganjur protes itu, dengan sembilan daripada mereka ditangkap setakat ini.

Yang terbaru adalah anak perempuan sulung Anwar yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, yang ditangkap semalam.


'Pendatang haram akan pisahkan Sabah dari M'sia'

Posted: 16 Mar 2015 09:30 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas seorang senator dari Sabah percaya bahawa pendatang yang memperolehi kerakyataan secara haramlah yang akan menyebabkan Sabah menarik diri dari Malaysia.

Dr Chong Eng Leong berkata walaupun ada segelintir penduduk tempatan menggesa pemisahan tersebut, tetapi sebenarnya, tegas beliau, mereka yang mendapat faedah dari Projek IC yang akan memisahkan negeri itu daripada Malaysia.

"Saya bimbang satu hari nanti, Sabah akan keluar dari Malaysia, bukan kerana kita (rakyat Sabah), tetapi kerana mereka (pendatang)," kata Chong dalam satu forum mengenai pendatang tanpa izin di Sabah di Kuala Lumpur malam tadi.

Empat rakyat Sabah didakwa semalam atas tuduhan menghasut, memilik bahan yang dikaitkan dengan lamanweb Sabah Sarawak Keluar Malaysia.

Bagaimanapun, Chong (kiri) percaya sebahagian besar rakyat Sabah tidak mahu meninggalkan Persekutuan Malaysia.

Penduduk tempatan sebenar Sabah tidak akan menarik diri daripada Malaysia, kata Chong kepada pemberita selepas forum tersebut.

Katanya, ada segelintir yang mencuba, tetapi pihaknya bimbang mereka ini bukan penduduk sebenar.

Telah didakwa bahawa agensi-agensi persekutuan dan pemimpin Umno memberi kerakyatan kepada pendatang sebagai pertukaran untuk undi bagi mengalahkan lawan politik di negeri itu di bawah Projek IC.

Di bawah projek itu, kata Chong, penduduk Melayu Sabah meningkat sebanyak 2,061 peratus daripada hampir 18,000 pada tahun 1970, kepada 398,000 pada tahun 2010.

Chong, yang merupakan seorang saksi dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Projek IC, percaya kini terdapat hanya 1.8 juta penduduk Sabah yang sebenar, dengan 800,000 pendatang tanpa izin yang tinggal di negeri ini, di mana 500,000 daripadanya mempunyai MyKad.

Untuk membetulkan keadaan tersebut, Chong berkata, pentadbiran negeri itu mesti menunjukkan keazaman politik dan menangani masalah pendatang haram, walaupun ia mungkin dilihat tidak berperi kemanusiaan untuk berbuat demikian.

"Jika anda mempunyai satu pil yang boleh menyelamatkan nyawa orang, adakah anda akan beri pada rakyat asing atau rakyat anda sendiri?" tanya Chong kepada hadirin di forum yang anjuran DAP itu.




Geng Mat Ganu ditahan bersama 41 botol heroin

Posted: 16 Mar 2015 09:20 PM PDT


Geng Mat Ganu ditahan bersama 41 botol heroin
 
 
 
KOTA BHARU - Dua lelaki dari anggota sindiket 'Geng Mat Ganu' ditahan bersama 41 botol heroin dalam serbuan di Jalan Sultan Ibrahim, di sini, Khamis lalu.

Masing-masing yang berusia 27 tahun dan 45 tahun itu ditahan ketika berada di dalam sebuah kereta jenis Perodua MyVi yang dipakirkan di hadapan sebuah kedai oleh sekumpulan anggota serta pegawai dari Unit Task Force, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, hasil pemeriksaan dalam serbuan jam 10.45 malam itu menemui 40 botol plastik cerah bertudung kuning berisi serbuk dadah di bawah tempat duduk penumpang hadapan dan satu di atas alas kaki penumpang sama.

Katanya, dadah dengan anggaran berat 125 gram itu dipercayai diseludup masuk dari Golok untuk dibawa ke pasaran sekitar Terengganu sehingga sejauh Kuantan, Pahang.

"Mereka menggunakan Kota Bharu sebagai transit sebelum membawa dadah-dadah itu ke Terengganu dan dipecahkan kepada kira-kira 200 tiub penyedup minuman bagi setiap botol serta boleh dijual kepada 8,500 penagih," katanya pada sidang media di IPK, di sini, hari ini.

Menurutnya, seorang daripada mereka bekerja sebagai buruh dan beralamat di Jalan Lapangan Terbang Sura Hujung, Dungun, Terengganu, manakala seorang lagi adalah peniaga kedai makan yang tinggal di Kampung Gong Gemia, Paka, Terengganu.

"Sindiket ini dikesan aktif sejak Oktober tahun lalu dan polis masih giat mengesan rangkain yang terbabit sama dalam kegiatan sindiket ini mengadakan urusan penyeludupan jual beli dadah.
"Susulan itu, mereka ditahan reman selama seminggu sehingga 19 Mac ini bersama dadah bernilai RM82,000 berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori," katanya.


Miti siasat dakwaan kilang guna buruh kanak-kanak

Posted: 16 Mar 2015 09:19 PM PDT


Mustapa Mohamed Mustapa
 
 
 
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan menyiasat dakwaan penggunaan buruh paksa di kalangan kanak-kanak di sektor  industri elektronik di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tuduhan yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat (AS) mampu memberi implikasi buruk terhadap eksport elektrik dan elektronik negara dalam jangka masa panjang.

"Kerajaan memandang serius tuduhan tersebut dan tidak membenarkan amalan buruh paksa di syarikat-syarikat dalam negara dan pandangan ini turut dimaklumkan kepada pihak AS.

"Pihak kerajaan akan siasat perkara ini dan dalam pada masa yang sama, akan menjalinkan kerjasama erat dengan kerajaan AS untuk menghasilkan pelan tindakan khusus untuk menangani masalah buruh paksa dalam sektor ini," katanya ketika menjawab soalan kepada Sim Tze Tzin, (PKR-Bayan Baru) dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

AS pada 1 Disember tahun lalu menyenaraihitamkan barangan elektrik dan elektronik Malaysia sebagai sebuah sektor dengan dakwaan wujud amalan buruh paksa oleh Jabatan Buruh AS di bawah mandat "Trafficking Victims Protection Reauthorization Act".

Senarai tersebut dikatakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai buruh kanak-kanak dan buruh paksa di seluruh dunia bagi menggalakkan peluang kerjasama dua hala untuk menangani masalah tersebut.

Mengakui ia memberi implikasi buruk terhadap eksport serta ekonomi negara, Mustapa menjelaskan, pihaknya turut mengambil langkah meningkatkan penguatkuasaan agensi kerajaan yang terlibat bagi membendung masalah ini.

"Sebagai alternatif, kerajaan akan mengukuhkan koordinasi di antara agensi kerajaan termasuk penglibatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Mapo) yang dipengerusikan Menteri Dalam Negeri supaya isu buruh paksaan ini dibincangkan dan ditangani di peringkat tertinggi.

"Pihak kerajaan juga akan meningkatkan konsultasi bersama industri mengenai perkara ini dan menyokong inisiatif industri untuk mengawal selia sendiri sektor industri elektronik dan elektrik melalui kod tata kelakuan 'Electronic Industry Citizenship Coalition," katanya lagi.


Tindakan letak jawatan adalah 'luar biasa'

Posted: 16 Mar 2015 09:16 PM PDT

SINAR HARIAN


Khalid Samad Khalid Samad
 
 
 
KUALA LUMPUR - Tindakan 17 anggota jawatankuasa Pas Kawasan (Bahagian) Batu yang meletak jawatan secara tiba-tiba hari ini disifatkan sebagai 'tindakan luar biasa'.

Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad berkata mereka seharusnya mengadakan perbincangan dalam mesyuarat agung tahunan kawasan jika mempunyai sebarang pandangan, selain mengemukakan calon baharu atau mengekalkan presiden sekarang.

"Jangan bertindak di luar peruntukan perlembagaan. Kalau bertindak sebegini dah dikira luar daripada kebiasaan", katanya kepada pemberita.

Kesemua 17 anggota Pas Kawasan Batu diketuai Yang Dipertuanya Ishak Surin, meletak jawatan atas alasan tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan pusat parti.

Antara yang turut meletak jawatan serta-merta ialah Timbalan Yang Dipertua Datuk Shuhaimi Ab Rahaman, Naib Yang Dipertua Datuk Tarmizi Mohd Jam, Setiausaha Kawasan Datuk Ismail Yahaya dan Ketua Penerangan kawasan Marzuki Zakaria.

Exco Dewan Pemuda Pas Ahmad Marzuk Shaary pula menyifatkan tindakan mengejutkan itu sebagai gerakan tidak sihat kepada parti yang mementingkan kesepakatan dan perpaduan.

"Kalau marahkan nyamuk jangan bakar kelambu. Sepatutnya bincang dahulu, tapi apa yang berlaku mereka ni awal-awal lagi dah berundur dan mengalah," katanya.

Beliau bagaimanapun yakin perkara itu hanya soal terpencil dan tidak akan mendatangkan masalah serius kepada parti.

Seperti Khalid, Ahmad Marzuk juga bersetuju supaya kesemua anggota terlibat berbincang untuk menyelesaikan apa jua pertikaian dan masalah yang timbul.  – Bernama

Tentera Malaysia tak dihantar perangi IS

Posted: 16 Mar 2015 04:50 PM PDT


IS Gambar hiasan
 
 
 
KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan menghantar anggota tentera atau senjata untuk menyertai usaha masyarakat antarabangsa memerangi militan IS, sebaliknya lebih memberi fokus untuk membendung pengaruh IS terhadap rakyat di negara ini.

Kementerian Pertahanan dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Teresa Kok, (DAP-Seputeh) berkata, peranan kerajaan adalah dengan berdiri teguh bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa untuk menentang IS.

Jelasnya lagi, ia selaras dengan resolusi dan pendirian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Dalam keghairahan sebilangan negara-negara antarabangsa bertindak langsung ke atas IS, kerajaan lebih memberi fokus kepada rakyat tempatan yang cenderung terhadap pengaruh IS di dalam dan luar negara.

"Sebelum ini melalui pembentangan kertas putih di sidang Parlimen ke-13 pada 26 November lalu, kerajaan sudah nyatakan secara tegas menolak sebarang gerakan perjuangan IS," katanya seperti yang dipetik menerusi petikan tersebut.

Menerusi laporan Bernama pada 4 Mac lalu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Senior Asisten Komisioner (SAC), Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay mengesahkan jumlah keluarga dari Malaysia yang menyertai kumpulan militan (IS) semakin meningkat dan sekurang-kurangnya lapan keluarga telah berada di Syria ketika ini.

Ayub Khan berkata, setakat ini, sekurang-kurangnya 500 akaun Facebook yang dikenal pasti menjalankan aktiviti mempromosi, merekrut serta cubaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk berjuang di Syria.

Jelasnya lagi, tidak ada sebarang tanda aras menunjukkan bahawa penglibatan rakyat Malaysia dengan IS berkurangan walaupun banyak tangkapan dan operasi dijalankan dengan penglibatan remaja berusia 20-an, adalah paling tinggi.

Ketika ini, 61 rakyat Malaysia dikesan berada di Syria menyertai kumpulan militan IS dan daripada jumlah itu seramai 10 orang adalah wanita manakala tangkapan terkini terhadap mereka yang disyaki terlibat dengan IS di negara ini mencecah 71 orang.

Kementerian Pertahanan dalam jawapan bertulisnya menambah, kerajaan sentiasa memantau segala bentuk ancaman yang memberikan kesan ke atas keselamatan negara.

"Sebarang bentuk ancaman secara langsung atau tidak langsung berupaya memberi impak besar kepada keselamatan dunia amnya dan negara khasnya. Kekejaman yang dilakukan IS tidak dapat diterima sama sekali," tegasnya.


Isu jet peribadi: Kerajaan jangan duduk diam - KJ

Posted: 16 Mar 2015 04:44 PM PDT


Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin
 
 
 
SHAH ALAM - Khabar angin mengenai tindakan kerajaan membeli sebuah jet peribadi baharu perlu dihentikan jika tidak mahu perkara itu dianggap benar, tegas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Namun katanya, jika ia berlaku, maka penjelasan mengenainya perlu dilakukan segera.

Menulis di laman mikro Twitternya, Khairy berkata, "If new government jet claim untrue, dispel quickly before fiction passes itself as fact. If true, explanation needed ASAP" (Jika khabar angin tersebut tidak benar, hentikan (sebaran) tersebut sebelum ia menjadi fakta. Jika ianya benar, penjelasan diperlukan segera)."

Terdahulu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini mendedahkan satu surat perjanjian mengesahkan pembelian jet baharu ini yang bertarikh 1 Disember 2014.

[ARTIKEL BERKAITAN: Beli jet baharu boleh cetus kemarahan rakyat]

Rafizi turut mendesak Perdana Menteri membatalkan pembelian jet tersebut dan memohon maaf kepada rakyat.

"Ini bukti bahawa pentadbiran beliau (Najib) terus-menerus bergelumang dengan pemborosan dan pembaziran.

"Tindakannya jelas membuktikan dia membelakangkan kepentingan rakyat. Oleh itu Najib harus memohon maaf," tegasnya lagi.


Tiada ulasan: