Isnin, 16 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib anggap percutian urusan rasmi, khianat duit pembayar cukai

Posted: 16 Mar 2015 05:53 AM PDT

anthonyloke

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP menuntut penjelasan terperinci mengenai percutian yang dianggap urusan rasmi oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak ketika beliau ke Hawaii untuk bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Ekoran tidak menjawab soalan kenapa jet rasmi dirakam FlightRadar24 singgah di Indianapolis, Los Angeles, New York, London, Dubai dan Bangkok sewaktu beliau meninggalkan Hawaii menggunakan pesawat TUDM.. Najib dilihat cuba menyembunyikan fakta di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke menyifatkan penyembunyian fakta terhadap perjalanan kapal terbang rasmi model Airbus ACJ 319 ke beberapa buah negara itu sebagai 'dasar baru' kerajaan.

"Persoalannya, kenapa Najib tak naik kapal terbang rasminya untuk pulang dari Hawaii selepas main golf dengan Obama?

"Dan kenapa kapal terbang itu pergi ke beberapa negara lain tidak pernah dijelaskan.

"Apa tujuan kapal terbang itu pergi ke London, Dubai dan Bangkok?" soal Anthony yang juga Setiausaha Organisasi DAP.

Beliau turut mempersoalkan siapa yang berada di dalam pesawat tersebut ketika Perdana Menteri tidak menggunakannya untuk pulang ke tanah air.

"Semua maklumat ini tak pernah dinafikan Pejabat Perdana Menteri.

"Namun siapa yang berada dalam pesawat tersebut dan mengapa ia terbang ke destinasi itu tak pernah dijelaskan," ujar Anthony lagi.

Tahun lalu, media tempatan dan antarabangsa melaporkan penerbangan tersebut dinaiki isterii Perdana Menteri, datin Seri Rosmah Mansor untuk membeli-belah di bandar-bandar di mana tempat kapal terbang itu mendarat.

'Shahidan jadi posmen'

Pada 10 Mac lalu, Anthony gagal mendapat jawapan berhubung butiran kos ditanggung kerajaan bagi penerbangan ke Amerika Syarikat menggunakan pesawat eksekutif tersebut, dan masih belum jelas sama ada statusnya sebagai percutian atau urusan rasmi.

"Shahidan (Menteri di JPM) kata, pesawat itu digunakan untuk tujuan rasmi Najib, dan segala kos berdasarkan had kelayakan Perdana Menteri itu.

"Ini penjelasan yang mengecewakan. Dia langsung tak jawab apa urusan rasmi tersebut. Mula-mula dilaporkan sebagai bercuti, kemudian kata urusan rasmi pula.

"Shahidan sudah jadi posmen Najib, tanpa apa-apa perincian terhadap segala persoalan yang diajukan.

"Sekurang-kurangnya zaman Nazri Aziz dulu, menteri itu beritahu semua perincian kos jika ditanya dalam parlimen," ujar Anthony membandingkan dua menteri UMNO.

Jelas Anthony, perkembangan ini membimbangkan, seolah-olah ada ''dasar baru'' dalam kerajaan yang tidak mahu bersikap telus terhadap apa-apa pertanyaan.

"Dalam era Najib, mereka sudah amal satu dasar baru. Dasar 'tak akan beritahu' dan 'tak akan jawab apa-apa' soalan dari ahli parlimen.

"Era pentadbiran Najib juga tak pisahkan antara urusan rasmi dan percutian. Percutian PM juga harus ditanggung pembayar cukai.

"Ini tak boleh diterima, apa had kelayakan PM? Adakah ia seperti 'blind cheque' yang boleh digunakan sesuka hati?

"Pembaziran wang rakyat ini harus dihentikan, dan rakyat mestii bangkit tuntut ketelusan dari Najib," tegas Anthony lagi. – Roketkini.com


Penyenaraian IPO tidak akan bantu pulih kewangan 1MDB, kata DAP

Posted: 16 Mar 2015 04:28 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Penyenaraian Penawaran Awam Permulaan tidak akan selesai masalah kewangan 1Malaysia Development Berhad, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Mac, 2015.Penyenaraian Penawaran Awam Permulaan tidak akan selesai masalah kewangan 1Malaysia Development Berhad, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua. – Gambar fail The Malaysian Insider.   


























Penyenaraian Penawaran Awam Permulaan (IPO) yang dijadualkan pada September nanti tidak akan menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata DAP.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata mengambil kira kedudukan hutang yang tinggi dan pembayaran yang terpaksa ditanggung, tidak mungkin syarikat pelaburan dana strategik negara itu mampu menjana aliran tunai.

"Daripada kedudukan status kewangan 1MDB, mustahil syarikat subsidiari sepenuhnya Kementerian Kewangan tersebut mampu menyelesaikan masalah aliran tunai tahun ini, tanpa sekurang-kurangnya suntikan RM5 bilion oleh kerajaan ke dalam syarikat tersebut, walaupun dengan penawaran awam yang dijadualkan dibuat oleh kumpulan janakuasa 1MDB sebelum September tahun ini," kata setiausaha publisiti DAP Itu.

Pua berkata, walaupun suntikan dibuat ke atas 1MDB, langkah itu bersifat sementara kerana dengan penjualan aset menerusi IPO akan menyebabkan mereka tidak mempunyai pendapatan untuk dijana.
"Jumlah besar suntikan tersebut akan hanya bersifat sementara kerana pada 2016, selepas menjual setengah 80% daripada satu-satunya bahagian yang menguntungkan dalam bentuk IPO, 1MDB tidak akan mempunyai aset untuk dijana bagi membayar semula hutangnya yang besar," katanya.

Malah, Pua berkata langkah menyenaraikan IPO tersebut juga tidak akan mampu untuk menampung hutang 1MDB yang besar kerana jumlah pinjaman yang dibuat mencecah RM20.9 bilion.

"Oleh itu, walaupun memperoleh RM12 bilion nilai daripada salah satu janakuasa 1MDB dengan pengenalan IPO, penjualan 80% pegangannya hanya akan dapat mengumpul RM9.6 bilion, iaitu separuh daripada nilai pinjaman yang diambil.

"IPO tidak akan mencukupi untuk menjelaskan hutang yang diambilnya untuk mengambil alih subsidiari tenaganya, tambahan untuk menyelesaikan baki hutang RM42 bilion pinjaman," katanya.

Pua juga menggesa Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan bukti di mana 1MDB dikatakan memiliki "pelaburan jangka masa panjang" sedangkan tidak mampu menjana "untung sebenar" pada masa depan untuk membayar hutangnya.

"Apakah 'pelaburan jangka masa panjang' 1MDB? Selepas cadangan pelupusan 80% bahagian tenaga 1MDB, apa yang tinggal dalam syarikat hanya RM7.08 bilion aset hartanah. Jika tiada aset pelaburan ditinggalkan dalam 1MDB, bagaimana mahu menghasilkan 'keuntungan sebenar' pada masa akan datang untuk membayar hutangnya," katanya.

Pua juga mahu Husni menjelaskan mengapa 1MDB terpaksa menanggung hutang RM42 bilion.

"Jika tidak ada 'masalah pengurusan atau penyelewengan', mengapa hutang 1MDB boleh mencecah sebanyak RM42 bilion pada Mac 2014, ia jauh mendahului 2 aset utamanya - RM10.9 bilion untuk tenaga dan RM7.08 bilion dalam hartanah?

"Itu pun dengan andaian penilaian bagi aset ini tidak terlalu melambung. Di mana wang hutangnya disalurkan," kata Pua.

PM mohon batalkan sebahagian pembelaan Mkini

Posted: 16 Mar 2015 04:24 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - yang menyaman Malaysiakini - hari ini memohon untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pembelaan yang difailkan oleh portal berita bebas itu.
 
Ini dinyatakan oleh peguam Malaysiakini, Ashok Kandiah (kiri) apabila perkara itu dikemukakan untuk pengurusan kes hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
 
Bagaimanapun, tidak diketahui berapa banyak perenggan atau isu apa yang mahu dibatalkan oleh Najib, yang juga presiden Umno.
 
Najib dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusof telah memfailkan saman berhubung komen pembaca dalam dua artikel mengenai kemelut menteri besar Terengganu.
 
Dua artikel itu bertajuk 'A case of the PM reaping what it sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu'.
 
Sebelum ini, dilaporkan bahawa hakim Datuk Kamaluddin Mohd Said akan terus mendengar kes itu walaupun telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Seremban.
 
Kandiah telah meminta penjelasan daripada Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.
 
 

Nurul Izzah ditahan kerana ucapan di Parlimen, kata peguam

Posted: 16 Mar 2015 04:16 AM PDT

 OLEH YASMIN RAMLAN


Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (tengah) bercakap dengan wartawan di luar Balai Polis Dang Wangi hari ini sebelum ditahan polis. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 16 Mac, 2015. Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (tengah) bercakap dengan wartawan di luar Balai Polis Dang Wangi hari ini sebelum ditahan polis. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.  



Peguam PKR R Sivarasa berkata Nurul Izzah Anwar hari ini ditahan mengikut Akta Hasutan berdasarkan ucapannya di Parlimen dan bukannya perhimpunan #KitaLawan.

Menurut ahli Parlimen Subang itu, pihak polis tidak akan menahan reman anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

"Kalau ikutkan siasatan dijalankan atas Akta Hasutan berdasarkan ucapan di Parlimen.


"Bila saya tanya ASP Muniandy siapa yang buat keputusan, dia (ASP Muniandy) kata bukan saya, ini bos saya di Bukit Aman," katanya. Sivarasa berkata buat masa sekarang, beliau masih tidak mengetahui siapa orang atasan yang dimaksudkan ASP Muniandy itu.

"Jadi kita tidak tahu siapa bos itu tetapi itulah kedudukan sekarang. Itulah maklumatnya," katanya.

Katanya Nurul Izzah ada juga membuat keterangan berkenaan perhimpunan #KitaLawan, namun beliau ditahan kerana ucapannya di Parlimen.

Beliau juga mengulas mengenai imuniti ahli Parlimen dengan berkata pendirian sebagai ahli Parlimen perlu ada kekebalan untuk apa yang diperkatakan di Dewan Rakyat.

"Jangan cakap lagi negara kita negara demokrasi.

"Jadi pasukan dari pada Bukit Aman yg diketuai oleh ASP Muniandy sekarang menahan Nurul Izzah yang sekarang ini berada di tingkat 9 dan mereka sekarang ini dalam proses mendokumentasikan kenyataan. Jadi saya minta semua penyokong sabar. Kita tunggulah tindakan mereka," katanya.

Terdahulu, ahli Parlimen Lembah Pantai itu diarahkan memberikan keterangan di balai polis berkenaan.

Menerusi akaun Twitternya @n_izzah, Nurul Izzah berkata: "ASP Muniandy memaklumkan saya ditangkap di bawah arahan Dt Azam, Ketua Penolong Pengarah D5, Bkt Aman."

Nurul Izzah pada jam 2.30 petang tadi memberitahu pemberita polis memberikan notis kepadanya untuk memberi keterangan berkaitan Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Apa yang mengejutkan ialah kehadiran ASP Muniandy serta 2 kereta pihak polis pada Jumaat lepas di kediaman ayahanda saya di Segambut," katanya.

Izzah ditahan di bawah akta hasutan

Posted: 16 Mar 2015 04:00 AM PDT

 
Naib Presiden PKR diminta hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan mengenai perhimpunan #kitalawan yang diadakan dalam kala mingguan namun dia ditahan kerana ucapannya di Parlimen minggu lalu yang diklasifikasi berbaur hasutan.


izzah ditahan


KUALA LUMPUR: Selepas beberapa siri penahanan pemimpin pembangkang di bawah akta Hasutan, kini giliran Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula.

Nurul Izzah dalam status twitternya memberitahu bahawa beliau dimaklumkan oleh ASP Muniandy bahawa ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi di bawah arahan Ketua Penolong PengarahD5, Bukit Aman, Dt Azam.

Pagi tadi, Naib Presiden PKR diminta hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan mengenai perhimpunan #kitalawan yang diadakan dalam kala mingguan namun dia ditahan kerana ucapannya di Parlimen minggu lalu yang diklasifikasi berbaur hasutan.

Izzah yang dilihat tiba di IPD Dang Wangi tepat pukul 2:10 petang ditemani peguam, Sivarasa Rasiah memberitahu pemberita, agar pemimpin UMNO iaitu Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Dr Mashitah Ibrahim harus turut dikenakan tindakan yang sama kerana mengeluarkan kenyataan yang juga berbaur hasutan.

"Kenapa tindakan hanya dikenakan terhadap ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan bukannya sama ada kepada Dr. Mashitah atau Ismail Sabri yang telah mengeluarkan kenyataan yang benar-benar membangkitkan kemarahan rakyat.

"Kita mahu PDRM bertindak dan berkhidmat untuk rakyat dan bukannya untuk UMNO, Datuk Seri Najib Razak mahupun konco-konconya," katanya lagi.

Sebelum ini, pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu, Mashitah mendakwa orang Cina di Kedah membakar al-Quran untuk upacara sembahyang dan rentetannya pada Disember lepas, beliau dipanggil memberikan keterangan di IPD Dang Wangi.

Manakala, Ismail Sabri pula meminta rakyat memboikot pemborong dan peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang pada Febuari lepas dan turut diarah memberi keterangan di IPD yang sama.

Namun, tiada tahanan dilakukan terhadap kedua-dua ahli politik UMNO itu.

Merujuk kepada notis yang diterima Izzah, belliau hanya dikehendaki memberi keterangan ekoran ucapannya di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

Sivarasa Rasiah yang juga Ahli Parlimen Subang turut menyifatkan tindakan empat orang anggota polis yang sebelum mengunjungi kediaman Izzah untuk menahannya sebagai satu bentuk ugutan.

"Tingkah laku ini tidak boleh diterima. Ini merupakan layanan yang tidak profesional dan berbaur politik," katanya lagi.

Tempoh tahanan Izzah bagaimanapun tidak diberitahu.

Proses pengundian awal PRK DUN Chempaka Rabu ini

Posted: 16 Mar 2015 03:54 AM PDT

 
Seramai 1,497 anggota tentera bersama pasangan mereka yang berdaftar sebagai pengundi awal.


ghani cempaka


KUALA LUMPUR: Seramai 1,497 anggota tentera bersama pasangan mereka yang berdaftar sebagai pengundi awal bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka akan menunaikan tanggungjawab memilih calon pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu, Rabu ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, mereka akan mengundi di Dewan Tan Sri Hamid Bidin, Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu, mulai 8 pagi hingga pukul 5 petang.

"Pada pengundian awal ini seperti sebelumnya dakwat pilihan raya akan digunakan bagi proses pengundian.

"Proses pengundian awal akan dijalankan mengikut kaedah pengundian biasa dengan dikendalikan oleh petugas SPR di pusat mengundi yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan, lapor Bernama.

Daftar pemilih yang digunakan untuk PRK kali ini adalah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga Tahun 2014, yang telah dikemaskini sehingga 12 Februari 2015.

Daftar pemilih tersebut mengandungi 21,890 pemilih berdaftar yang terdiri dari 20,390 orang pengundi biasa; 1,497 orang pengundi awal dan tiga pengundi tidak hadir luar negara.

Abdul Ghani berkata, proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding pada PRK berkenaan.

"Pemerhati tempatan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan dan ahli akademik yang dilantik oleh SPR juga dibenar menjadi pemerhati pada proses pengundian awal itu dengan kebenaran daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya.

Tambahnya, kertas-kertas undi tidak akan dikira di Saluran atau Tempat Mengundi sebaliknya akan disimpan di tempat selamat seperti dalam lokap polis dan hanya akan dikira pada hari pengundian biasa.

Pengiraan kertas undi akan dijalankan secara berkelompok di tempat-tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR dan urusan pengiraan undi disaksikan oleh ejen calon masing-masing, katanya.
PRK DUN Chempaka pada 22 Mac ini menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas.

PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42 sementara empat calon bebas ialah bekas calon bebas PRK DUN Pengkalan Kubor Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55; dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64.

Siasat semula kes Teoh Beng Hock

Posted: 16 Mar 2015 03:52 AM PDT

 
Bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk keluarga mendiang Beng Hock, PDRM memerlukan masa untuk menyiasat pelbagai sudut


Teoh Beng Hock_khalid_300


KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas kes kematian Teoh Beng Hock akan dibuka semula, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Selasa.

Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dengan serta-merta membuka semula siasatan dan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes tersebut berikutan arahan Jabatan Peguam Negara.

"Siasatan menyeluruh masih dijalankan. Justeru, tidak timbul isu pihak berkuasa, khususnya PDRM dalam kes ini tidak mengambil sebarang tindakan atau ingkar arahan Mahkamah Rayuan," tegas beliau dalam satu kenyataan, Selasa.

Bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk keluarga mendiang Beng Hock, tambah Khalid, PDRM memerlukan masa untuk menjalankan siasatan yang merangkumi pelbagai sudut, lapor BH Online.

Mahkamah Rayuan pada September tahun lalu menukar keputusan terbuka dalam kes kematian Beng Hock dan memutuskan bahawa kematiannya sebagai tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali.

Menurut Khalid, pihaknya akan memaklumkan kepada pendakwaraya berhubung status hasil siasatan yang sedang dijalankan dari semasa ke semasa.

Justeru, beliau meminta semua pihaksupaya memberi kerjasama bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan dengan baik dan tidak mempolitikkan isu berkenaan.

Khalid juga mengingatkan semua pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat dan menjejaskan reputasi agensi penguatkuasa.

Semua rakyat Malaysia dalam keadaan bahaya akibat 1MDB

Posted: 16 Mar 2015 03:50 AM PDT

 
 
1MDB telah memberi kesan terhadap penyusutan mata wang Ringgit Malaysia dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap pasaran saham


lim guan eng4


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak menyalahkan kritikan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengenai pendedahan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya Guan Eng menyarankan Najib Tun Razak untuk menyelesaikan masalah 1MDB itu sendiri.

Sebelum ini Najib telah memfailkan tuntutan fitnah di mahkamah terhadap Tony Pua di atas komen mengenai 1MDB.

Berucap di dewan rakyat hari ini, Setiausaha Agung DAP itu berkata jika masalah 1MDB tidak diselesaikan, kesemua rakyat Malaysia akan berada dalam keadaan bahaya.

Guan Eng juga berpandangan 1MDB telah memberi kesan terhadap penyusutan mata wang Ringgit Malaysia dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap pasaran saham.

"Sebelum ini, banyak pelabur berasa bimbang dengan hutang yang ditanggung oleh kerajaan pusat yang telah meningkat dari RM266 juta pada 2007 kepada RM582 bilion pada akhir 2014," katanya.
Tambahnya, apa yang lebih membimbangkan adalah rakyat Malaysia mempunyai kuantiti tertinggi dalam hutang isi rumah.

"IMDB ini tentunya akan menjejaskan pasaran saham di Kuala Lumpur dan ini juga memberi amaran untuk pelabur di Malaysia," katanya lagi.

Lim juga membuat perbandingan dengan keadaan kewangan negara jiran seperti Thailand. Walaupun mereka sedang menghadapi krisis politik, tetapi mereka mempunyai mata wang yang lebih sihat dan teguh berbanding Ringgit Malaysia.

"Kenapa kita mempunyai mata wang Ringgit Malaysia yang lemah," soal Guan Eng.

Tadika ajar murid hina Nabi

Posted: 16 Mar 2015 01:11 AM PDT


Taska Gambar Hiasan
 
 
ALOR SETAR - Sebuah tadika yang beroperasi sejak dua tahun lalu di pusat bandar di sini, dikesan mengajar muridnya menghina Nabi.

Perkara itu disahkan Pengerusi Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis), Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi yang menjelaskan murid terbabit tidak tahu apa-apa kerana mengikut apa sahaja yang diajarkan oleh guru.

Menurutnya, perkara itu mendapat perhatian waris murid yang merasakan sesuatu tidak kena mengenai pembelajaran di tadika terbabit.

"Kaedah yang digunakan guru tadika itu memang bijak. Mereka pandai ajar murid-murid lagu nasyid, puji Nabi, ALLAH dan sebagainya.

"Malah mereka (murid) juga mempraktikkan semula apa yang dipelajari di rumah. Tetapi di sebalik pujian itu ada cercaan terhadap Nabi," katanya.

Abd Aziz berkata, tindakan guru terbabit dipercayai ada kaitan dengan penyebaran fahaman Syiah dalam kalangan kanak-kanak.

"Pada saya ini adalah suatu tindakan yang terancang. Mereka menyasarkan golongan kanak-kanak untuk tujuan jangka masa panjang.

"Saya nasihatkan waris supaya segera keluarkan anak mereka dari situ. Banyak lagi tadika lain yang boleh dipercayai," katanya.

Beliau yang juga pensyarah di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) turut menggesa tindakan tegas diambil terhadap pengurusan tadika berkenaan.

"Pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera menutup tadika berkenaan. Malah setiap tenaga pengajar juga perlu disoal siasat," katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian selama beberapa hari di tadika berkenaan mendapati ramai yang berkunjung ke situ.

Kelihatan juga beberapa kereta mewah berada di persekitaran tadika berkenaan dipercayai milik pengurusan tadika.

Beberapa waris murid ketika ditemui memaklumkan ada yang curiga dengan ilmu yang disampaikan guru berkenaan.

"Kami tidak tahu apa yang dia (guru) ajar kepada mereka, tetapi anak-anak apabila balik rumah mereka menyanyi lagu nasyid.

"Ada juga kadang-kadang kami terdengar seolah-olah ada penghinaan kepada Nabi di tadika tetapi kami tidak pasti kesahihannya," katanya.

Difahamkan, tadika itu beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 1 petang melibatkan kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun.

Selain pendedahan mengenai agama Islam, tadika terbabit turut mengajar muridnya bahasa Melayu dan Inggeris.

Ia turut menawarkan pelbagai pakej pengajian serendah RM100 hingga RM800 sebulan.


'Umno sokong hudud bukan petanda k'jaan perpaduan'

Posted: 16 Mar 2015 01:03 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Persetujuan Umno Kelantan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri PAS bagi meluluskan enakmen hudud, bukan petanda pembentukan sebuah kerajaan perpaduan.

Ketika menegaskan demikian, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa rakan-rakan Pakatan Rakyat - DAP dan PKR - supaya tidak membiarkan isu itu memecahkan gabungan itu.

Beliau menegaskan demikian dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau.

"Namun jangan pula bila Umno menyatakan sokongan kepada enakman tersebut, maka itu jadi petanda Umno akan bergabung dengan PAS.

"Kerana perkara wajib bagi umat Islam, ianya mesti sama dari sudut penerimaan dan beriman dengannya dan mesti disokong," tulis Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim memberi contoh mengenai pendirian yang senada antara pemimpin Pakatan dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu 1MDB.

"Apakah bila Tun Mahathir menyerang 1MDB sebagaimana kita menyerang Najib, lalu kita buat kesimpulan Mahathir akan menyertai Pakatan Rakyat?

"Ada perkara yang menjadi hak bersama, dan ada perkara yang kita berbeza. Umno/BN tetap menjadi 'musuh' bersama," tegas Tuan Ibrahim lagi.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Rabu ini.

Persidangan DUN Kelantan bermula hari ini hingga Khamis ini selepas ditangguhkan pada 29 Disember tahun lepas berikutan banjir besar yang melanda negeri ini.

Kemelut di antara PAS dan DAP berlaku setelah Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo meminta parti itu mempertimbangkan semula pindaan itu.


'Lembu mati terkejut bunyi pesawat LIMA'

Posted: 16 Mar 2015 12:58 AM PDT

MALAYSIAKINI


Kerajaan Kedah berkeyakinan Kementerian Pertahanan akan menanggung sebarang bayaran ganti rugi terhadap kemusnahan sebuah rumah dan beberapa kenderaan akibat insiden pesawat terhempas di Langkawi semalam.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Manusia, Pelancongan Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata menjadi kelaziman Kementerian Pertahanan membayar ganti rugi apabila terdapat insiden ketika Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA).

"Bayaran ganti rugi (ketika LIMA) itu adalah biasa kerana sebelum ini terdapat insiden ada haiwan ternakan seperti lembu mati terkejut akibat bunyi kuat pesawat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Mohd Rawi juga merupakan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat di kawasan Parlimen Langkawi.

Dalam kejadian pada 2.04 petang semalam, dua pesawat milik pasukan aerobatik Jupiter dari Indonesia terhempas selepas bergeser sesama sendiri ketika menjalani latihan untuk LIMA '15.

Serpihan daripada salah sebuah pesawat itu mengenai rumah penduduk di Kedawang, mengakibatkan rumah, kereta dan motosikal pemiliknya terbakar. - Bernama


 

Menteri Umno: Apa hak DAP persoal hudud?

Posted: 16 Mar 2015 12:55 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyelar DAP yang terus menyatakan penentangan ke atas usaha melaksanakan hudud di Kelantan.

"Saya pun hairan mengapa DAP menentang sangat hudud sedangkan hukum ini untuk orang Islam dan tidak ada kena mengena dengan bukan Islam.

"Apa hak dia hendak mempersoalkan orang Islam hendak perkenal hukum hudud dan sebagainya," kata menteri itu seperti dipetik dalam laporan Utusan Malaysia.

Beliau merujuk kepada kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang menegaskan bahawa DAP konsisten dengan pendirian bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

Lim menegaskan bahawa pelaksanaan itu juga tidak selari dengan dasar yang dipersetujui bersama dalam Pakatan Rakyat.

DAP juga hari ini mahu PAS Kelantan dikenakan tindakan tegas kerana mengabaikan keputusan majlis kepimpinan Pakatan dan tetap membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (1993) 2015 dalam sidang DUN minggu ini


Skandal 1MDB bakal hantui pasaran modal negara, menyumbang kejatuhan nilai ringgit

Posted: 16 Mar 2015 12:38 AM PDT


Lim_Guan_Eng

Roketkini.com



KUALA LUMPUR: Skandal 1MDB akan menghantui pasaran kewangan modal negara, malah menyumbang kepada kejatuhan nilai ringgit jika menteri BN masih enggan mengakui ada usaha menyelamat (bailout) 1MDB.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ini kerana RM600 juta daripada RM950 juta peruntukan kerajaan digunakan oleh 1MDB sebagai kredit tersedia.

Kata Guan Eng, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah seperti burung unta yang menyembunyikan kepalanya ke dalam tanah apabila berdepan masalah.

"Beliau berkeras menyatakan suntikan RM950 juta itu sebagai kredit tersedia kepada 1MDB bukan usaha menyelamat , kerana 1MDB bukan sebuah organisasi yang gagal tetapi hanya mengalami masalah aliran tunai jangka pendek sahaja.

"Jelas Ahmad Husni lupa dengan asas perakaunan sekolah menengah yang mengajar bahawa kebankrapan biasanya disebabkan oleh insolvensi, iaitu tidak mempunyai cukup tunai untuk membayar hutang, walaupun akaun kewangan menunjukkan keuntungan.

"Sudah banyak syarikat rugi dan bankrap kerana gagal menunaikan janji membuat bayaran tunai jangka pendek walaupun akaun mereka menunjukkan mereka mempunyai aset bernilai berbilion ringgit.

"Pada masa sama, apabila Ahmad Husni mengakui 1MDB gagal membayar hutang tunai jangka pendek, ia bererti beliau mengakui bahawa 1MDB boleh bankrap jika tiada kredit tersedia RM950 juta itu," kata Guan Eng.

Menurut Guan Eng, tanpa kredit tersedia 1MDB tidak mampu membayar hutang tunai jangka pendeknya, dan akan bankrap.

Kenyataan Ahmad Husni turut bercanggah apabila berkata di Parlimen bahawa nisbah hutang ekuiti (gearing ratio) 1MDB – berbanding modal di mana semakin tinggi nisbah hutang ekuiti, semakin teruk keadaan syarikat.

Manakala keadaan tersebut adalah 17 kali ganda dan gagal dikekalkan pada tahapnya sekarang.

Bursa Malaysia paling teruk di kalangan negara Asia Pasifik

"Atas sebab ini, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) tahun ini dijangka terus kekal dengan rekod buruknya sebagai pasaran saham paling teruk di rantau Asia Pasifik.

"Walaupun Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun lalu, KLCI pada 2014 telah jatuh 5.7 peratus, paling buruk di kalangan bursa Asia Pasifik.

"Thailand yang mencatat pertumbuhan ekonomi tidak sampai 1 peratus pada 2014 berjaya meningkatkan indeks kepada 15.3 peratus, manakala indeks saham Filipina menjadi contoh terbaik di rantau ini dengan peningkatan 22.8 peratus.

"Jelas bahawa pelabur antarabangsa tidak berminat dengan prestasi masa lalu tetapi lebih serius tentang prospek masa depan KCLI dan Malaysia sendiri," kata Guan Eng.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi hampir 6 peratus pada 2014, namun menjadi negara paling teruk prestasinya berbanding negara-negara jiran yang lebih rendah kadar pertumbuhan ekonomi.

"Prospek KCLI negatif kerana persoalan tentang skandal 1MDB yang menambah syak wasangka tentang sama ada penarafan kredit (credit rating) Malaysia akan terjejas jika terdedah segala-galanya tentang 1MDB.

"Amat penting bagi 1MDB dan Kementerian Kewangan mendedahkan segala-galanya secara terbuka tentang skandal tersebut," kata Guan Eng. – Roketkini.com

Usul untuk Anwar hadir sesi Parlimen ditolak

Posted: 16 Mar 2015 12:35 AM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menolak usul tergempar oleh seorang ahli Parlimen PAS untuk membahaskan usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sesi sidang Parlimen yang sedang berlangsung memandangkan beliau masih lagi ketua pembangkang.
 
Pandikar Amin berkata usul itu, yang difailkan oleh Hanipa Maidin (PAS-Sepang) di bawah Peraturan Tetap Mesyuarat 18 (1) dan 18 (2), bukan perkara segera dan oleh itu tidak perlu dibahaskan.
 
Hanipa memfailkan usul beliau Khamis lalu.
 
 

Pergolakan Pas hanya perkara kecil

Posted: 16 Mar 2015 12:32 AM PDT


Mohamad Sabu Mohamad (tengah) hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Shah Alam di IDCC, semalam. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 
 
 
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyifatkan pergolakan yang berlaku dalam Pas ketika ini hanya perkara kecil dan kini menuju jalan penyelesaian.

Menurutnya, perbezaan pendapat sentiasa berlaku, bagaimanapun ia akan dapat diselesaikan dan Pas akan menjadi lebih kuat pada masa akan datang.

"Masalah yang ada sekarang ini biasa sahaja, ia masalah kecil jika hendak dibandingkan masa wujud Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), sampaikan Pas tinggal dua kerusi sahaja di Kelantan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan Shah Alam di IDCC, semalam.

Beliau turut memberi reaksi sama ketika ditanya berkenaan kewujudan Pasma yang didakwa mengancam ketenteraman dalaman Pas.

"Rintangan yang ada sekarang kecil dan sekarang pun dah semakin reda. Kita percaya akan dapat menyelesaikannya," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung kedudukan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jawatan yang dipertandingkan serta kesediaan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memutuskan sedia mencabar kedudukan beliau, Mohamad enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak mahu komen. Kita tunggu sahajalah nanti lagi dua, tiga minggu lagi," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau mengingatkan orang Islam supaya menguasai amalan dan akidah dalam satu masa untuk menjadi pemimpin yang cemerlang.

"Kita khuatir kerana apa yang dapat dilihat sekarang adalah agama Islam itu milik orang Islam tetapi tidak pada amalan positif. Ia tidak seimbang dan perlu diperbaiki dengan mencontohi orang lain yang lebih baik daripada kita," katanya.


JK PAS Batu letak jawatan, kecewa dengan Hadi

Posted: 16 Mar 2015 12:25 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Barisan pemimpin PAS Batu mengumumkan peletakan jawatan mereka serta merta kerana kecewa dengan kepimpinan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin berkata, mereka hanya akan kembali ke jawatan itu selepas Hadi berjaya menyelesaikan krisis dalam PAS dan juga isu dengan parti dalam Pakatan.

"Dengan pengistiharan ini, sekali gus gugurlah dengan serta–merta segala jawatan yang diamanahkan kepada kami dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Batu kali ke-29 (2013) yang lalu.

"Kami berharap pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu kali ke-30 yang akan berlangsung pada 19 April 2014 depan, tiada sebarang cawangan dan dewan-dewan yang mencalonkan kami untuk sebarang jawatan di peringkat PAS kawasan Batu," kata Ishak.

Dalam sidang media itu, Ishak berkata, 17 orang daripada 25 orang pemimpin PAS Batu menandatangani persetujuan untuk tindakan bermufarakah ini.

Ia melibatkan Ishak sendiri di jawatan yang dipertua selain timbalan, baib yang dipertua, setiausaha, ketua penerangan, pengarah pilihanraya, bendahari dan 9 orang ahli jawatankuasa.

Ishak Surin menjelaskan, tindakan "bermufarakah" bererti tidak lagi bersetuju atau mengikut presiden tetapi mereka tidak keluar parti.

"Kami kecewa, sedih dan kesal terhadap sikap Hadi Awang yang gagal menyelesaikan isu-isu dalaman sehingga mencetuskan krisis yang berlarutan dalam PAS.

"Ini merupakan krisis paling teruk sejak kepimpinan ulama diperkenalkan pada tahun 1982 selepas presiden PAS ketika itu Dato Mohd Asri Muda dijatuhkan, kira-kira 30 tahun yang lalu.

"Malah, krisis PAS semakin meruncing parah ekoran kempen menghadapi pemilihan kawasan untuk Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 Jun ini.

"Namun, tiada usaha jelas daripada presiden untuk meredakan atau menghentikan krisis dalam PAS," jelas Ishak Surin.


Petisyen bebaskan Anwar sasar sejuta tandatangan

Posted: 16 Mar 2015 12:23 AM PDT

MALAYSIAKINI


 
 
 
Pakatan Rakyat akan menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong bagi merayu pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Petisyen itu digelar sebagai 'Petisyen Rakyat' dan gabungan tersebut mensasarkan untuk mengumpulkan satu juta tandatangan rakyat Malaysia.
 
Proses pengumpulan tandatangan itu akan berlangsung sehingga 1 Mei, dan selepas itu petisyen berkenaan akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin (kiri).
 
Katanya, inisiatif membuat petisyen bagi mengumpul sejuta tandatangan rakyat itu adalah sebagai usaha untuk merayu kepada Seri Paduka menggunakan kuasa-kuasa baginda bagi membebaskan Anwar.
 
Bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Dewan Rakyat hari ini, Shamsul berkata satu "perhimpunan" juga akan diadakan pada 1 Mei, sempena berakhirnya pengumpulan tandatangan tersebut.
 
Ahli Parlimen pembangkang yang lain turut hadir semasa pelancaran petisyen itu ialah Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong.
 
Hanipa berkata petisyen itu akan membolehkan rakyat untuk mengutuk penganiayaan politik terhadap Anwar.
 
"Kerajaan tidak boleh lari daripada persepsi bahawa pendakwaan ini bermotifkan politik, terutamanya dengan penglibatan Tan Sri Muhammad Shafee (Abdullah sebagai pendakwa utama)," katanya.
 
Petisyen itu juga akan menyaksikan pakatan pembangkang bekerja sama dengan NGO bagi mencapai matlamat mengumpul satu juta tandatangan. Mewakili pihak NGO ialah Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack dan aktivis Datuk A Samad Said ( kanan ).
 
 

Ada kawasan adakan mesyuarat agung lebih awal

Posted: 16 Mar 2015 12:17 AM PDT


Satiful Bahri Mamat Satiful Bahri Mamat
 
 
 
KUALA TERENGGANU – Dua kawasan yang mencalonkan nama selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon presiden disifatkan cuba memberi gambaran berlaku gelombang penolakan terhadap kepimpinan presiden sedia ada.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, keadaan itu boleh dilihat apabila kedua-dua kawasan tersebut seolah-olah sengaja mengadakan mesyuarat agung kawasan lebih awal berbanding tempat lain yang kebanyakannya bermula awal April ini, termasuk semua kawasan di Terengganu.

Bagaimanapun katanya, keputusan dibuat Pas Kota Bharu dan Kota Tinggi itu langsung tidak mengejutkan kerana pendirian pemimpin di kedua-dua kawasan tersebut memang dikenali agak bertentangan berbanding pemimpin Pas kawasan lain.

"Beberapa kawasan dikenali dengan pemimpinnya yang cuba untuk mewujudkan gelombang (penolakan) tetapi realitinya tidak begitu.

"Masih banyak lagi kawasan yang belum bermesyuarat dan kebanyakannya bermula bulan depan," katanya.

Menurutnya,  hanya beberapa kawasan yang mempunyai pandangan kontra sahaja yang bermula lebih awal.

Lima’15: Kementerian akan bayar ganti rugi

Posted: 16 Mar 2015 12:15 AM PDT

SINAR HARIAN

rumah Rumah yang terbakar akibat insiden pesawat terhempas, semalam. - Foto oleh Pembaca Sinar Harian MUHAMMAD AFIQ ABDUL NASIR
 
 
 
LANGKAWI - Kerajaan Kedah berkeyakinan Kementerian Pertahanan akan menanggung sebarang bayaran ganti rugi terhadap kemusnahan sebuah rumah dan beberapa kenderaan akibat insiden pesawat terhempas di Langkawi semalam.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Manusia, Pelancongan Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata menjadi kelaziman Kementerian Pertahanan membayar ganti rugi apabila terdapat insiden ketika Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima).

"Bayaran ganti rugi (ketika Lima) itu adalah biasa kerana sebelum ini terdapat insiden ada haiwan ternakan seperti lembu mati terkejut akibat bunyi kuat pesawat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Nahas Lima'15: Empat juruterbang ditemui selamat ]

Mohd Rawi juga merupakan anggota Dun Ayer Hangat di kawasan Parlimen Langkawi.

Dalam kejadian pada 2.04 petang semalam, dua pesawat milik pasukan aerobatik Jupiter dari  Indonesia terhempas selepas bergeser sesama sendiri ketika menjalani latihan untuk Lima'15.

Serpihan daripada salah sebuah pesawat itu mengenai rumah penduduk di Kedawang, mengakibatkan rumah, kereta dan motosikal pemiliknya terbakar. – Bernama


Beli jet baharu boleh cetus kemarahan rakyat

Posted: 16 Mar 2015 12:13 AM PDT


Rafizi Rafizi
 
 
 
KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan membeli sebuah lagi jet peribadi baharu didakwa akan  menimbulkan kemarahan rakyat di kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, rakyat terpaksa menanggung cukai baharu yang sebahagiannya akan digunakan pembelian sebuah lagi jet peribadi ini di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan sikap tidak peduli beliau terhadap kesempitan hidup rakyat.

"Saya sertakan bersama satu surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet baharu ini yang bertarikh 1 Disember 2014. Perolehan jet peribadi baharu untuk Najib dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319.

"Penggunaan jet peribadi ACJ319 sahaja sudah melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyelenggaraan. Tindakan membeli jet peribadi baharu ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST," dakwanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Rafizi ketika membuat pendedahan itu di lobi Parlimen menambah, rakyat kini terpaksa menanggung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Beliau dalam pada itu turut mendedahkan salinan bukti pembelian jet peribadi tersebut.

Sehubungan itu, Rafizi mendesak Perdana Menteri membatalkan pembelian jet tersebut dan memohon maaf kepada rakyat.

"Ini bukti bahawa pentadbiran beliau (Najib) terus-menerus bergelumang dengan pemborosan dan pembaziran.

"Tindakannya jelas membuktikan dia membelakangkan kepentingan rakyat. Oleh itu Najib harus memohon maaf," tegasnya lagi.


Sultan Kelantan sokong hudud dilaksana

Posted: 16 Mar 2015 12:07 AM PDT


Sultan Kelantan sokong hudud dilaksana Sultan Muhammad Ke-V berkenan memeriksa perbarisan kehormat sempena merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dun Kelantan Ke-13, 2015, hari ini. – Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH
 
 
 
KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini menyuarakan sokongan terhadap perlaksanaan hudud di Kelantan. Baginda menzahirkan hasrat tersebut  ketika bertitah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan  ke 13 sebentar tadi.

"Beta difahamkan bahawa kerajaan negeri Kelantan berhasrat untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian  ahli Parlimen bagi meminda Akta 355 di bawah Peruntukan 76A1 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

"Semoga beroleh kejayaan dengan sokongan semua pihak. Insya-ALLAH," titah Baginda sebentar tadi.

Selain menyentuh mengenai hudud Baginda juga mengharapkan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan bagi membina rumah kekal untuk mangsa banjir perlu diteruskan dan dipertingkatkan.

"Beta harap rumah-rumah itu dapat disiapkan dalam kadar yang sesuai supaya kehidupan mereka kembali normal," titah Baginda lagi.

Sementara itu, ketika ditemui di luar dewan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Amar menganggap titah Sultan Kelantan sebagai pembakar semangat untuk merealisasikan hukum hudud di negeri ini.

Menurutnya, sebagaimana yang dijadualkan kerajaan negeri tetap akan membentangkan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dun Kelantan 18 Mac ini.

"Dengan titah Tuanku tadi kita lagi bersemangat, harap mendapat sokongan 100 peratus daripada semua yang hadir nanti," katanya kepada media.


Tiada ulasan: