Khamis, 12 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bung pernah tergerak mahu Sabah keluar M'sia

Posted: 12 Mar 2015 03:53 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Datuk Bung Moktar Radin berkata beliau pernah tergerak hati untuk menyokong gerakan Sabah keluar dari Malaysia apabila mengenangkan nasib negeri itu yang dilihat seperti 'anak tiri' dalam persekutuan.

Berucap di Dewan Rakyat hari ini, ahli parlimen Umno itu mengulas isu elaun perumahan pegawai kerajaan semenanjung yang bertugas di Sabah, yang jauh lebih tinggi berbanding pegawai kerajaan Sabah yang bertugas di semenanjung.

"Kadang-kadang kita terdengar suara, Sabah dan Sarawak lebih baik keluar daripada Malaysia.

"Sebab mereka menganaktirikan kita. Kadang-kadang saya pun macam terpanggil (untuk menyokong)...," kata ahli parlimen Kinabatangan.

"Memang betul, guru-guru (semenanjung) ke Sabah dan Sarawak dapat RM1,500, orang Sabah dan Sarawak pergi sini (semenanjung) dapat RM750.

"Ini, Tan Sri (speaker), tidak adil, betul-betul tidak adil. Seolah-olah Sabah dan Sarawak ini warga kelas kedua."

Ahli parlimen itu, yang sering menimbulkan kontroversi atau kekecohan di dalam dewan, menggesa perkara tersebut diselesaikan dengan kadar segera.

"Saya tidak tahu (masalah) ini siapa punya angkara. Saya mahu, Tan Sri, perkara ini tahun ini (juga) diselesaikan. Jangan sampai tahun depan, saya masuk dewan ini, saya bercakap bahasa yang sama lagi," katanya.

Beliau juga kelihatan kesal dengan masalah yang tiada jalan penyelesaian itu dengan berkata: "Kita di dewan ini macam NATO, no action, talk only."


Bagaimanapun tidak jelas ia ditujukan kepada anggota-anggota kabinet atau pihak lain.


LIHAT VIDEO DI SINI

 

K'jaan akui RM950 juta kredit buat 1MDB

Posted: 12 Mar 2015 03:48 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan mengakui mempunyai "kredit tunggu sedia" RM950 juta untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB), susulan laporan suntikan RM1 bilion untuk syarikat pelaburan negara itu.

Perkara itu didedahkan oleh Datuk Seri Menteri Kewangan II Husni Hanadzlah kepada Dewan Rakyat hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata hanya RM60 juta digunakan 1MDB untuk menguruskan aliran tunainya.

Sementara itu, Husni juga berkata kerajaan berpandangan penyenaraian 1MDB akan menyelesaikan sebahagian besar hutang badan pelaburan kerajaan itu.

"Batu penghalang 1MDB ini adalah aliran tunainya.

"Apabila IPO (penyenaraian) keluar, masalah ini akan selesai," kata Husni di Parlimen hari ini.

Jelasnya, penyenaraian itu yang dijangka akan berlaku pada pertengahan tahun ini, akan menyelesaikan hutang RM13 bilion 1MDB dalam sektor tenaga.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan berkenaan prestasi 1MDB di Parlimen, hari ini. 


Kelantan bentang pindaan hudud pada Pakatan

Posted: 12 Mar 2015 03:46 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan PAS Kelantan akhirnya membentangkan cadangan pindaan terhadap enakmen hudud negeri itu yang dikatakan bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang Islam itu.

Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan bahawa tiga orang exco negeri daripada Kelantan  membentangkan perkara itu dalam mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini. 


Usul tubuh RCI siasat 1MDB ditolak

Posted: 12 Mar 2015 03:41 AM PDT


1MDB 1Malaysia Development Berhad
 
 
 
KUALA LUMPUR - Usul penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat syarikat pelaburan nasional 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena (Pas), Datuk Mahfuz Omar yang membawa usul tersebut kesal dengan jawapan tersebut yang diterimanya hari ini dengan alasan kerajaan sedang mengambil tindakan dan ia tidak perlu disegerakan.

"Alasan yang diberikan bergantung kepada apa yang dinyatakan oleh pihak kerajaan iaitu kerajaan telah mengambil tindakan dengan mengkaji semula ke atas penyata akaun 1MDB.

"Tindakan itu melalui pengauditan Jabatan Audit Negara dan kemudian akan dibentangkan kepada PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara)," katanya pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas penolakan speaker Dewan Rakyat hari ini ke atas usulnya pada Selasa untuk menangguhkan mesyuarat di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat 18(1) dan (2) bagi membincangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas 1MDB.

Mengulas lanjut, beliau juga berkata kerajaan sendiri perlu membawa usul sama sepertimana usul lain untuk kepentingan umum seperti usul MH370 dan MH17.

"Sebab itu saya cadangkan tubuh RCI supaya ada kebertanggungjawaban yang telus dan bebas daripada sebarang pengaruh politik.

"Kalau usul saya ini ditolak, saya fikir kerajaan sendiri perlu bawa usul seperti MH370 dan MH17, kemudian kita boleh mendukung bersama untuk kepentingan negara," ujarnya.

Mahfuz juga melahirkan kebimbangannya apabila Jabatan Audit Negara melakukan ke atas akaun 1MDB hanya memenuhi kehendak dan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

"Kebimbangan kita ialah audit itu hanya sekadar memenuhi arahan untuk mengeluarkan satu sijil halal bagi semua pengurusan kewangan.

"Saya lihat bahawa tidak wajar hanya untuk Jabatan Audit Negara yang buat tetapi ia juga perlu dilakukan oleh suruhanjaya bebas," katanya lagi.


Laporan siasatan MH370 berintegriti

Posted: 12 Mar 2015 03:40 AM PDT

SINAR HARIAN

MH370
 
 
 
KUALA LUMPUR - Kenyataan interim dan maklumat faktual mengenai penyiasatan MH370 adalah bertaraf antarabangsa dan berintegriti.

Bekas Ketua Juruterbang MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain‎ berkata, laporan yang dikeluarkan oleh Malaysian ICAO Annex 13 Safety Investigation Team for MH370 pada Ahad lepas telah dibuat dengan teliti dan telus.

Ia membutirkan rekod persiapan bagi penerbangan itu, komunikasi antara kokpit dengan kawalan lalu lintas udara, laluan penerbangan berdasarkan data satelit, kru dan kargo penerbangan malang berkenaan.

"Dengan penglibatan tujuh negara di bawah Pertubuhan Penyiasatan Kemalangan dan Insiden Udara melibatkan Malaysia, China, Australia, Perancis, Singapura, Indonesia dan Amerika Syarikat, laporan itu adalah bagus, cara kerja yang teliti serta telus," katanya kepada Bernama.

Nik Ahmad Huzlan berkata, ia disokong dengan penglibatan pihak Boeing selaku pembuat pesawat Boeing 777-200ER, didaftarkan 9M-MRO itu menguatkan lagi katelusan laporan yang dikeluarkan oleh pasukan penyiasatan keselamatan berkenaan.
 
"Penyiasatan yang dibuat amat teratur berdasarkan perundangan antarabangsa, dari segi struktur laporan pula ia amat teliti iaitu melibatkan temu bual lebih 120 orang dari pelbagai peringkat termasuk Jabatan Penerbangan Awam sendiri sehinggalah ke penerima konsain," katanya.

Beliau berkata, maklumat faktual laporan tersebut adalah mengenai perkembangan siasatan pesawat itu sehingga 7 Mac lalu dan ia berdasarkan fakta dikumpul sepanjang siasatan boleh dipercayai serta tidak memperlihatkan aspek lain seperti muslihat mahupun rekaan.

"Memang ada yang mempertikaikan dari segi bukti fizikal atau walau secebis serpihan sekalipun takkan tidak jumpa?, Apa yang boleh saya katakan ialah kita perlu bersabar kerana siasatan dan misi pencarian belum berakhir, perkara ini belum selesai.

"Semua orang ingin tahu, di mana, apa dan bagaimana, berdasarkan siasatan buat masa ini laporan itu yang diperoleh, maka tidak berapa tepat mengatakan pesawat itu tidak dijumpai, istilah yang tepat ialah masih belum dijumpai," kata Nik Ahmad Huzlan.
  
MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 kru, hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac tahun lepas.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari sama.
  
Sementara itu Selamat Omar, 60, bapa kepada penumpang MH370, Mohd Khairul Amri berkata, beliau telah menerima dengan reda kejadian itu sejak laporan awal yang mengatakan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.
  
"Pakcik tak nafikan usaha pihak kerajaan, pakcik berterima kasih atas semua usaha yang pakcik kira amat wajar telah dilakukan," katanya.  - Bernama


Rombak SOP dan Segera Bina Tebatan Banjir di Kelantan

Posted: 12 Mar 2015 03:25 AM PDT

1547941_1091837694166501_7037685978055000433_o

 Oleh RARA OTHMAN


Sebagai seorang kordinator Impian Kelantan yang bertanggungjawab mengawal selia aktiviti sukarelawan bagi membantu membaikpulih rumah dan fasiliti di kawasan terjejas banjir di Kelantan, saya ingin memberikan sedikit respon balas kepada cadangan Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman.

Ahli Parlimen tersebut mencadangkan agar diwujudkan satu agensi baru untuk menggantikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi tujuan mengawal selia bantuan Mencari dan Menyelamat (SAR) setiap kali bencana melanda sewaktu mencelah dalam perbahasan menjunjung Titah diRaja Ahli Parlimen Tenom bertarikh 10 Mac 2015.

Saya merasakan tiada keperluan mendesak untuk negara mewujudkan sebuah agensi khas hanya untuk mengkordinasikan kerja-kerja SAR sewaktu bencana melanda.

Setiap kali bencana melanda, bukan MKN sahaja agensi yang terlibat dalam operasi SAR tetapi ia turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti Tentera, Polis, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Hospital dan pelbagai lagi agensi Kerajaan. Kesemua agensi ini telah mempunyai kepakaran dan terlatih dalam melakukan operasi SAR.

Apa yang perlu diperhalusi dan dirombak adalah Tatacara Operasi Standard (SOP) Pengurusan Bencana dan juga Jawatankuasa Bencana Alam di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah.
Kerajaan juga perlu melihat dan memperjelaskan bidangkuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri apabila bencana berlaku bagi mengelakkan pertindihan kuasa yang akan merencatkan operasi SAR.

Kewujudan agensi baru tidak akan membantu menyelesaikan kelemahan-kelemahan sedia ada. Sebagai contoh, keselamatan jalanraya. Kita mempunyai banyak agensi seperti Jabatan Pengangkutan Awam, Polis Trafik, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Malaysian Institute of Road Safety (MIROS) akan tetapi masih gagal dalam mendidik masyarakat ke arah pemanduan berhemah dan mengurangkan kadar kemalangan.

Mewujudkan agensi baru hanya menguntungkan beberapa pesara politik Pemerintah yang akan dilantik sebagai Pengerusi yang menerima elaun. Adakah Ahli Parlimen Pengerang sebenarnya berminat untuk menjadi Pengerusi Agensi Bencana Alam ini?

Putrajaya juga perlu segera meluluskan permintaan negeri Kelantan untuk projek tebatan banjir. Saya telah meneliti ucapan Ahli Parlimen Rantau Panjang yang telah pun banyak kali bersuara mengenai tebatan banjir. Akan tetapi, Putrajaya terus menerus memekakkan telinga dan membutakan mata. Membiarkan sahaja rakyat Kelantan berhadapan kemungkinan banjir saban tahun.

Adakah Putrajaya merupakan sebuah Kerajaan yang berkhidmat kepada rakyat ataupun sebuah Kerajaan yang penuh hasad dan dendam terhadap rakyat yang telah memilih Kerajaan Negeri selain UMNO/Barisan Nasional?

Ahli Parlimen Lenggong pula mengatakan antara kelemahan dalam operasi SAR adalah pegawai MKN hanya bergred N17 lalu menimbulkan persoalan bagaimana pegawai bergred ini boleh memberikan arahan kepada Pegawai Daerah. Saya berpandangan apabila bencana berlaku dan Jawatankuasa Bencana telah diaktifkan, semua pihak tidak kira apa pangkat perlu mengikut SOP Bencana Alam.

Jika SOP itu mensyarakatkan Pengerusi Bencana Daerah yang juga Pegawai Daerah untuk mendengar dan mengikut nasihat pegawai MKN, maka ia perlu diikuti. Tidak timbul soal gred penggajian atau kasta jawatan apabila berlaku bencana. Mengapa masih memikirkan soal ini di kala rakyat sedang menyabung nyawa?

*Young Syefura Othman adalah Kordinator Impian Kelantan – Roketkini.com


Pemimpin pembangkang kufur nikmat

Posted: 12 Mar 2015 03:20 AM PDT


Bung Mokhtar Radin
 
 
 
KUALA LUMPUR - Pemimpin pembangkang disifatkan kufur nikmat apabila tidak langsung menghargai bantuan banjir yang dihulurkan kerajaan Pusat apabila terus menghentam pemerintah di Dewan Rakyat.
 
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, merujuk kepada isi perbahasan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
 
"Saya duduk di sini setengah jam mendengar hujah Kuala Nerus begitu naif berhubung hujahnya terhadap kerajaan BN. Seolah-olah tidak ada langsung kebaikan yang dibuat oleh kerajaan. Ini namanya kufur nikmat.
 
"Apabila berlaku keadaan begitu (banjir di Kelantan), kerajaan mana yang datang membantu? Sudah tentu kerajaan BN...yang dituduh tidak berbuat apa-apa, zalim (dan) merampas harta rakyat.
 
"Tapi apabila banjir tiba, YAB Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yaakob) kata, saya tidak mampu melakukan apa-apa sebab kita tidak mampu berbuat apa-apa. Apabila tidak mampu...kalau bukan kita (BN) datang membantu, rakyat Kelantan akan merana sampai hari ini," katanya.
 
Malah beliau turut memberitahu sidang bahawa walaupun kerajaan menerima tohmahan namun, usaha membantu rakyat di negeri itu tetap diteruskan.
 
"Hari ini pun, walau pelbagai tohmahan, kerajaan membina rumah, Menteri Luar Bandar (Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLBW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) tiap-tiap minggu turun (untuk) lihat dan bantu...pun dituduh macam-macam. Ini namanya pemimpin-pemimpin tidak bersyukur," katanya.
 
Namun, menurut Bung, bukan semua pemimpin PR mempunyai pemikiran seperti Khairuddin.
 
"Bukan semua (pemimpin pembangkang) yang berhujah demikian (kritik kerajaan). Macam sahabat saya, Ustaz ini (Nasrudin Hassan Tantawi, Ahli Parlimen Temerloh) tidak begitu (ketika berhujah semalam). Tapi saya tidak tahu Kuala Nerus ini. 
 
Tidak ada satu sen pun kebaikan kerajaan BN," katanya.
 
Kemudian Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegah Bung daripada meneruskan hujah berkaitan parti.
 
 
 
"Kinabatangan, sampai di situ sahaja (berhujah soal parti)," katanya.
 
Manakala Bung menjawab, "ya Tan Sri sampai di sini sahaja. Saya teruskan dengan perkara lain."
 
Sebelum itu, Khairuddin berhujah sekitar setengah jam menyentuh soal pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang disifatkan tidak mengikut syarak, isu tanah di perkampungan Chubadak serta nelayan yang terancam di Terengganu.

Tuan Ibrahim sedia bertanding timbalan

Posted: 12 Mar 2015 03:12 AM PDT

SINAR HARIAN

Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
 
 
 
MARANG - Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersedia bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu pada Muktamar Pas tahun ini.

Katanya, beliau bersedia sekiranya mendapat pencalonan dari mana-mana kawasan untuk jawatan itu.

Beliau berkata dua elemen utama yang menjadi tumpuannya sebelum bersetuju untuk bertanding mana-mana jawatan ialah keperluan dan kemampuannya menggalas amanah tersebut.

"Dulu (dalam muktamar) sebelum ini pun, memang ada cadangan untuk saya bertanding jawatan seperti Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

"Namun ketika itu, dengan kemampuan saya, cukup jadi naib presiden, namun kali ini jika ada pencalonan (untuk jawatan Timbalan Presiden), saya akan  tengok...saya akan istikharah," katanya dalam sidang media sempena pengumuman program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ketiga dekat Rusila di  sini.

Pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat akan diadakan setiap dua tahun dan bagi pemilihan jawatan peringkat pusat kali ini akan diadakan pada Muktamar Tahunan Pas ke-61 yang dijangka pada 1 Jun ini.  

Ditanya berhubung tindakannya menolak pencalonan dari Pas Kota Bharu untuk bertanding jawatan presiden, Tuan Ibrahim berkata ia berikutan tiada keperluan untuk menukar presiden ketika ini, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Ketika dunia mengangkat beliau, kita anggota Pas sepatutnya lebih memberi sokongan kepada beliau dengan begitu banyak kejayaan yang dicapai sepanjang kepimpinannya.

"Namun saya hormati pencalonan dari kawasan (Kota Baharu) itu, saya melihat keikhlasannya dan pandangan dari mana-mana kawasan (untuk muktamar) itu  adalah demokrasi dalam parti," katanya.

Ini berikutan sebelum ini Yang Dipertua Pas Kota Baharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pernah mencadangkan nama Tuan Ibrahim sebagai presiden bagi  menggantikan Hadi demi menyatukan kembali Pas dan yakin Abdul Hadi tidak akan mempertahankan jawatan itu demi kepentingan Pas yang sedang berpecah teruk sekarang ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah menyatakan keyakinan tidak ada pencabar yang berwibawa menggantikan Abdul Hadi buat masa ini. 

Ketika ini, jawatan Timbalan Presiden Pas disandang oleh Mohamad Sabu manakala Abdul Hadi tidak pernah dicabar sejak beliau mengambil alih kerusi presiden daripada Datuk Fadzil Noor pada 2002. - Bernama


‘Akta Hasutan 1948 sudah macam machine gun’

Posted: 12 Mar 2015 03:10 AM PDT


Eric Paulsen  
Eric Paulsen


KUALA LUMPUR – Akta Hasutan 1948 digunakan secara meluas seperti laras automatik 'machine gun' yang akan 'menembak' sesiapa sahaja yang menyatakan sesuatu walaupun dengan cara yang tidak ekstrem, dakwa Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty (LFL) Eric Paulsen.

Menerusi sebuah Forum Akta Hasutan 1948 hari ini, Eric menjelaskan, undang-undang tersebut bukan hanya disalahguna oleh pihak-pihak tertentu menutup ruang kepada rakyat untuk bersuara.

"Akta Hasutan (sekarang) digunakan secara meluas dan keterlaluan. Ia jelas telah disalah guna. Dan tidak patut dikekalkan lagi.

"Walaupun individu tersebut hanya menyatakan pendapat atau pandangannya dengan sifat sedikit keterbukaan, dia sudah boleh didakwa di atas Akta Hasutan dan ini salah," katanya.

Menurut Eric, dia juga percaya bahawa perkara penting berkaitan hak rakyat dan pelbagai perkara lain yang  yang tertakluk di dalam Perlembagaan harus dibangkitkan dan boleh didebatkan sekiranya berlaku salah laku tidak sesuai dengan konteksituasi masa kini.

Katanya lagi, keperluan untuk mengadakan perbincangan dilihat sebagai alternatif terbaik bagi memperjelas kebaikan dan keperluan bagi mengekalkan akta tersebut.

"Malaysia adalah satu negara demokrasi yang berpelembagaan dan memang ada beberapa perkara merupakan isu yang sensitif. Tapi saya rasa tak perlu untuk kita jadikan setiap perkara yang dbangkitkan sebagai satu isu yang sensitif.

"Saya percaya rakyat di negara ini merupakan rakyat yang matang dan boleh mendengar setiap pandangan jika perkara ini diteruskan menerusi proses debat atau perbincangan ilmiah," katanya ketika ditemui Sinar Online di sini, hari ini.
 

Shafee Abdullah bakal dilantik sebagai Peguam Negara?

Posted: 12 Mar 2015 03:06 AM PDT

teo nie ching

Roketkini.com
 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri menjelaskan apakah Peguam Tan Sri Shafee Abdullah bakal dilantik Peguam Negara sebagai ganjaran 'kejayaannya' memenjarakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sekarang kita sudah tahu bahawa Shafee telah dibayar sebanyak RM1,000 untuk khidmatnya sebagai Ketua Pendakwaraya dalam kes Anwar. Tapi adakah ia sekadar itu?

"Jika hanya itu saja perjanjian penuh (antara dirinya dan kerajaan), mengapa Nancy payah sangat untuk memberitahu jumlah sebenarnya pada tahun 2013 yang lalu?

"Terdapat khabar angin bahawa Shafee tidak lama lagi akan menggantikan Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara, Nancy perlu menjelaskan apakah spekulasi ini benar dan memberitahu apakah pelantikannya itu adalah sebahagian dari ganjaran kepada Shafee," katanya.

Nancy, yang memegang portfolio undang-undang dalam sidang Parlimen semalam akhirnya mendedahkan bahawa Shafee dibayar RM1,000 sebagai Ketua Pendakwaraya sepanjang penglibatannya dalam kes Fitnah II Anwar.

Dalam sesi Parlimen pada November 2013, Nancy enggan menjawab pertanyaan tentang jumlah bayaran kepada Shafee apabila ditanya Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa.

Beliau kemudiannya dalam sesi penggulungan perbahasan pada 11 November tahun yang sama menyatakan bahawa jumlah bayaran itu tidak boleh didedahkan bagi menghormati etika perhubungan profesionalisme dan kerahsiaan antara peguam-anak guam.

Nie Ching ketika itu telah menegur kedegilan Nancy dengan menyatakan bahawa beliau sebenarnya salah faham tentang konsep kerahsiaan dan perhubungan profesionalisme antara peguam-anak guam.

"Kerahsiaan ini hanya diguna pakai dalam kes peguam mendedahkan butiran anak guamnya atau butiran kes, dan ia tidak digunapakai dalam pendedahan bayaran kos guaman yang dibuat pelanggan kepada peguam," ujarnya.

Tegas Nie Ching, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz pada tahun 2011 langsung tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendedahkan kepadanya bahawa kerajaan telah membayar RM150,000 kepada Shafee untuk mewakili SPRM dalam kes Teoh Beng Hock.

Sehubungan itu, Nie Ching menggesa Nancy agar memohon maaf kepada Parlimen kepada memberikan jawapan yang salah pada tahun 2013.

"Saya gembira apabila Nancy akhirnya memperbetulkan kesilapannya walaupun terlambat lebih setahun.

"Tapi ia tidak harus berhenti di situ. Jika Nancy adalah seorang menteri yang mempunyai maruah, beliau perlu memohon maaf," tegasnya. – Roketkini.com


Persempadanan baru DUN Sarawak tak adil, DAP desak Pengerusi SPR letak jawatan

Posted: 12 Mar 2015 03:01 AM PDT

Oscar (3)

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP hari ini mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meletakkan jawatan berikutan persempadanan baru yang tidak adil dan saksama.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew berkata, 11 persempadanan baru yang dibuat ke atas Sarawak pada Januari lalu jelas sama sekali tidak saksama, malah memihak pemerintah semasa.

"Persempadanan baru yang dibuat di Sarawak ternyata melanggar Perlembagaan Persekutuan.

"Saya memohon Aziz meletakkan jawatan dan memansuhkan persempadanan baru," katanya dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

Menurut Oscar, kajian Electoral Integrity Project (EIP) menunjukkan bagaimana SPR gagal menambaik sistem pilihanraya apabila berada pada kedudukan ke 66 dari 73 negara.

"Kedudukan Malaysia hanya lebih baik sedikit saja dari Zimbabwe. Ini amat memalukan," ujarnya.
Januari lalu, SPR mengumumkan bahawa sebelas bahagian baru diwujudkan dalam persempadanan semula Bahagian-Bahagian Pilihanraya Negeri Sarawak dan dijangka diwartakan sebelum Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Aziz kemudiannya mengumumkan laporan akhir syor persempadanan itu turut akan dibentangkan di Dewan Rakyat bulan ini jika pihak SPR tidak menerima sebarang bantahan.

Persempadanan baru itu akan membolehkan kerusi DUN Sarawak bertambah dari 71 kerusi sebelum ini kepada 82 kerusi. -Roketkini.com


Suntikan RM950 juta kepada 1MDB hanya ‘mukadimah’ – Tony Pua

Posted: 12 Mar 2015 02:59 AM PDT

1mdb

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Pengakuan Menteri Kewangan II Husni Hanadzlah bahawa kerajaan memberikan sejumlah RM 950 juta 'standby credit' kepada 1MDB menambah kebimbangan terhadap situasi kewangan syarikat itu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, kenyataan tersebut adalah pengakuan kali pertama kementerian tersebut bahawa 1MDB sememangnya bermasalah.

"Akhirnya, menteri mengaku juga 1MDB memang bermasalah. Ini mencatat sejarah negara kita.
"Masalah aliran tunai 1MDB bukan kecil, RM 50 bilion bukan kecil,"ujar Tony kepada pemberita di ruang lobi parlimen.

Tony yang ditemani Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam sidang media hari ini menambah, beliau tidak percaya RM 950 juta yang disalurkan kerajaan kepada 1MDB adalah kali pertama dan terakhir.

"Situasi kewangan 1MDB terlampau teruk, mereka tidak ada wang sebenarnya.

"Saya percaya suntikan RM 950 juta ini hanyalah mukadimah sahaja, untuk selesaikan bayaran faedah syarikat itu yang terkumpul dari Mac hingga Jun tahun lalu,"ujar Tony.

Muhyiddin harus letak jawatan

Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, perkembangan terbaru berhubung skandal 1MDB ini menunjukkan wujud perpecahan di kalangan Jemaah Menteri.

"Tindakan 'bail-out' RM 950 juta ini adalah bercanggah dengan apa yang Muhyiddin cakap selepas mesyuarat kabinet bahawa tidak akan ada 'bail out' terhadap 1MDB.

"Percanggahan ini seolah-olah cubaan menipu rakyat dan memesongkan fakta," kata Rafizi.

Tegas Rafizi kenyataan Muhyiddin itu membuktikannya tidak layak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Kita minta dia turun. (Lebih) baik beliau letak jawatan TPM yang disandangnya sekarang," tegas Rafizi. – Roketkini.com


Hati Hishammuddin Mungkin Sedang Berbunga-Bunga Tapi...

Posted: 11 Mar 2015 05:47 PM PDT

shahbudindotcom


Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein mungkin sedang berbunga-bunga hatinya ketika ini berikutan kajian yang dibuat oleh Merdeka Center dengan kerjasama Malaysian Insider yang mendapatinya paling dikehendaki sebagai Perdana Menteri akan datang.

Daripada kajian melalui 1008 responden itu, Hishammuddin meraih 19.8 peratus mengatasi pencabar-pencabarnya yang lain iaitu  Khairy Jamaluddin (8.6 peratus), Ahmad Zahid Hamidi (8.4 peratus), Rafizi Ramli (3.9 peratus), Azmin Ali (3.7 peratus) dan Nurul Izzah (1.7 peratus).

Salasilah keluarga, kejayaan mengendalikan kehilangan pesawat MH370 dan imejnya sebagai bukan tokoh kontroversi dalam media menjadikannya pilihan semua kaum serta kepimpinannya lebih dilihat menggambarkan wajah Malaysia yang sebenar.

Bagaimanapun, kajian itu juga menunjukkan 19. 4 peratus mahukannya memimpin BN hanya setelah atau jika Najib Razak dan Muhyiddin Yassin bersara. Maknanya, kelayakan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri bukanlah untuk tempoh yang terdekat ini.

Walaupun kajian ini bukan sesuatu yang mutlak tetapi ia sekurang-kurangnya memberi gambaran mengenai kehendak generasi akan datang. Selain menambahkan bunga-bunga dalam hatinya, kajian ini juga boleh memberi lebih keyakinan dan harapan kepada Hishammuddin.

Hampir tercicir dalam pemilihan Naib Presiden UMNO pada 2013 lalu dan insiden mencium keris tapi bertindak menariknya semula, insiden yang benar-benar menyelamatkan kembali imej Hishammuddin ialah kehilangan pesawat MH370.

Beliau kini nampaknya sudah pun mendahului pesaing utamanya, Ahmad Zahid Hamidi yang dua kali berturut-turut meraih kedudukan undi terbanyak dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO.

Secara umumnya, meskipun kedudukan Menteri Pertahanan itu dalam UMNO agak berbelah-bagi, tetapi memang tidak dinafikan Hishammuddin adalah produk yang memang dipersiapkan untuk menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

Terutamanya, masyarakat bandar dan separa bandar jauh lebih meminati Hishammuddin berbanding pesaingnya daripada Naib Presiden UMNO yang ada ketika ini.

Tetapi halangan Hishammuddin untuk mencapai cita-citanya politiknya itu ialah Najib Razak yang sedang menduduki kerusi Perdana Menteri ketika ini.

Najib yang sedang nazak dibelenggu dengan pelbagai isu ketika ini hampir tidak diyakini lagi mampu membawa BN meraih kejayaan dalam pilihanraya akan datang. 1MDB yang sudah dianggap skandal kewangan terbesar era kepimpinannya semakin hari semakin menghakis sokongan rakyat kepada BN dan kerajaan.

Jika diambil kira pengenalan cukai GST yang akan bermula 1 April depan yang dijangka menjejaskan lagi sokongan rakyat, terutama golongan muda, harapan BN dibawah Najib jauh lebih terperosok lagi.

BN hanya mempunyai peluang dan harapan lebih baik memenangi pilihanraya akan datang jika bukan Najib yang menjadi Perdana Menterinya. Selagi ada Najib, selagi itulah rakyat terus menjauhi BN.

Bagi memenangi pilihanraya akan datang, Muhyiddin dilihat mempunyai kelebihan berbanding Najib kerana beliau tidak mempunyai banyak isu yang boleh menyusahkan BN. Ada pula yang berpandangan, harapan BN lebih cerah untuk menang jika Tengku Razaleigh Hamzah ditonjolkan menggantikan Najib.

Hishammuddin pula bukanlah calon pilihan yang boleh diharapkan untuk membawa kejayaan kepada BN dalam PRU 14 ini. Beliau dianggap masih muda dan belum cukup berkemampuan untuk tugas itu.

Anak kepada bekas Perdana Menteri ketiga, Hussein Onn ini hanya dianggap pilihan setelah BN berjaya memenangi PRU 14 dan untuk tahun-tahun seterusnya selepas itu.

Dalam ertikata lain, jika BN kecundang atau hilang kuasa dalam pilihanraya 2018 nanti, bermakna harapan Hishammuddin untuk menjadi Perdana Menteri juga akan turut musnah atau tergendala untuk beberapa tahun datang.

Cita-cita Hishammuddin menjadi Perdana Menteri hanya boleh direalisasikan selagi BN mampu mengekalkan kuasanya. Tetapi persoalan paling utama untuk memastikan BN kekal berkuasa pula, Najib harus diketepikan terlebih dahulu.

Perkiraan mudahnya ialah jika Hishammuddin benar-benar ingin menjadi Perdana Menteri, beliau mesti berani bersama-sama dalam usaha menurunkan Najib daripada jawatannya itu.

Cuepacs : Semakan Kenaikan Elaun Naik 2015 Penjawat Awam dan Gaji Kakitangan Kerajaan (252 Skim Baru). Setuju?

Posted: 11 Mar 2015 05:41 PM PDT

 


Tarikh Gaji 2015



Cuepacs : Semakan Kenaikan Elaun Naik 2015 Penjawat Awam dan Gaji Kakitangan Kerajaan (252 Skim Baru). Setuju? : Cuepacs yang menjadi pembela kepada 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia, terus menunggu dengan penuh sabar tindakan daripada pihak kerajaan Malaysia menerusi tuntutan "mendesak" yang perlu diberikan perhatian segera, antara lainnya ialah semakan kenaikan elaun kakitangan awam di Malaysia (iaitu sejumlah 231 elaun). Masakan tidak….

Masakan tidak dengan melihatkan gelombang kenaikan kos sara hidup dan harga barang di Malaysia serta keadaan inflasi di Malaysia menyebbakan ia sudah tidak relevan dengan sumbangan elaun yang diterima kakitangan awam hari ini. Setuju?
BACA BERITA INI : Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam? Syaratnya, 
Kerajaan Mahukan RM27 Bilion Setahun Melalui Cukai GST!!

 

Senarai Semakan Kenaikan Elaun Naik Penjawat Awam 2015 di Malaysia?

Antara kenaikan elaun naik kakitangan awam yang perlu diberikan perhatian segera ialah :
  • elaun perumahan
  • elaun khidmat awam
  • elaun sara hidup (COLA)
  • elaun perjalanan
  • elaun hotel
  • elaun wilayah untuk mereka yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.
Cuepacs Malaysia tidak mahu semua tuntutan elaun naik speerti di atas tertangguh terlalu sedangkan kos sara hidup rakyat Malaysia hari ini terus naik dan naik.

Semakan Gaji Kakitangan Awam Melibatkan 252 Skim Baru 2015?

Dan dalam pada masa yang sama Cuepacs berharap snagat agar semakan gaji melibatkan 252 skim baru dilaksanakan segera.

Dalam pada, semakan kenaikan elaun naik penjawat awam dan semakan gaji skim baru kakitangan awam 2015 kali ini mahu dilakukan, mungkin dalam pada masa yang sama Cuepacs boleh usulkan bersama staf dan kakitangan awam yang tidak produktif untuk tidak dipotong elaun mereka atas kesalahan yang muktamad. Supaya saiz penjawat awam yang besar adalah benar-benar berkualiti dan bukan sekadar kuantiti semata. Insyaallah. Amin.

Apa kata anda pula?

Selangor sedia bincang jika kerajaan pusat iktiraf kedaulatan tanah, aset air negeri

Posted: 11 Mar 2015 05:34 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor sedia membuka pintu perbincangan berhubung isu air dengan kerajaan persekutuan demi manfaat pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.
 
Namun kata beliau, perkara berkenaan akan tercapai sekiranya kerajaan persekutuan bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan tanah dan aset air milik negeri, serta tidak membuat tuntutan yang bercanggah dengan semangat perjanjian yang telah dimeterai.
 
Azmin juga sekali lagi menegaskan Perjanjian Induk bagi penstrukturan semula air negeri Selangor lupus akibat tindakan kerajaan persekutuan yang gagal menghormati semangat perjanjian yang telah ditandatangani pada September tahun lalu itu.
 
Katanya, kerajaan pusat gagal untuk mematuhi perkara berikut:
 
"Mengiktiraf pemilikan aset air Negeri Selangor berjumlah RM14.9 bilion yang bakal disuntik ke dalam Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
 
"Mengiktiraf dan menerima pemindahan RM2 bilion dari aset air milik Air Selangor bagi tujuan penyediaan dana kepada Air Selangor bagi mengambilalih ke semua konsesi air di Negeri Selangor.
 
"Mengeluarkan Lesen Kemudahan kepada Air Selangor sebagai pengiktirafan pemilikan ke semua baki aset air yang dimiliki oleh Air Selangor.
 
"Meluluskan pemeteraian Perjanjian Kemudahan dan Sewaan di antara Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor bagi penyewaan aset air yang akan dipindahkan kepada PAAB," katanya dalam satu kenyataan semalam. 
 
Disebabkan itu kata Azmin, pentadbirannya tidak boleh membenarkan perlaksanaan perjanjian yang bercanggah dari prinsip dan semangat yang telah dipersetujui.
 
Menurutnya lagi, percanggahan dari Perjanjian Induk yang cuba dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan akan menyaksikan kerajaan negeri hilang kedaulatan ke atas tanah dan aset air milik Kerajaan Negeri Selangor.
 
Namun katanya, kerajaan negeri akan terus memantau memastikan bekalan air di negeri ini akan dapat dibekalkan kepada semua pengguna secara berterusan.
 
 

Liwat II : Perbahasan Azalina Gamatkan Dewan Rakyat

Posted: 11 Mar 2015 05:29 PM PDT

RAKYATNEWS


 


KUALA LUMPUR - Suasana sesi perbahasan di Dewan Rakyat yang baharu masuk hari kedua, hari ini, kecoh apabila berlaku pertikamah lidah antara kerajaan dan pembangkang berhubung kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Situasi itu menjadi panas apabila Datuk Seri Azalina Othman (BN-Pengerang) bangkit untuk membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau menyentuh soal tindakan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang didakwa menyampaikan hujah berkaitan ayahnya, semalam.

"Saya kesian dengan beliau. Ya lah, mana ada anak nak mengaku bapanya buat jenayah," katanya.

Melalui hujahnya, Azalina meminta barisan pembangkang menerima dan menghormati keputusan mahkamah yang telah memutuskan Anwar bersalah.

Nurul Izzah kemudian bangkit cuba mempertahankan hujahnya namun beberapa kali dihalang Azalina yang menyifatkan ruang perbahasan itu adalah ruangnya.

Sementara itu, mengulas mengenai himpunan #KitaLawan yang dianjurkan pembangkang, Azalina membangkitkan persoalan tentang pemilihan lokasi himpunan tersebut di Kuala Lumpur.

"PR menguasai tiga negeri, buatlah di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Tapi  tidak dibuat di sana.

"Kalau betullah institusi kehakiman Malaysia ini institusi yang dibelenggu oleh syaitan, jangan jadi peguam. Letak jawatan, jadi pendakwaraya yang berpendidikan... apabila menang hakim 'best' kalau kalah hakim tak 'best'," katanya.

Sepanjang sesi perbahasannya itu, Azalina terus dicelah oleh wakil-wakil pembangkang termasuk Nurul Izzah dan wakil Shah Alam, Khalid Samad.

Sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Syukri turut 'diserang' oleh pemimpin pembangkang ketika menjawab soal bayaran sebanyak RM1,000 kepada peguam, Tan Sri Shafee Abdullah.


Khalid terkejut Azmin batal perjanjian air

Posted: 11 Mar 2015 05:22 PM PDT

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menzahirkan rasa terkejut atas pengumuman tidak rasmi yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berhubung pembatalan perjanjian air antara kerajaan negeri dan Pusat.
 
Bekas menteri besar itu bagaimanapun tidak boleh mengulas lanjut kerana kekurangan butir keputusan tersebut.
 
"Kami sangat terkejut dengan pengumuman tidak rasmi yang dibuat Menteri Besar Selangor tentang tidak menyambung MoU antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.
 
"Namun, butiran pengumuman terlalu kurang untuk kami memberi sebarang komen," katanya melalui kemaskini status terkininya di Facebook pada Isnin.
 
Azmin pada Isnin sejurus selesai menghadiri sesi Parlimen ketiga belas, mengumumkan perjanjian air antara negeri itu dengan kerajaan persekutuan tamat dan tidak akan disambung.
 
Beliau berkata, ini kerana kerajaan persekutuan "melanggar syarat perjanjian", justeru membuatkan kerajaan negeri tiada pilihan.
 
Azmin bagaimanapun semalam berkata, kerajaan negeri Selangor sedia membuka pintu perbincangan berhubung isu air dengan kerajaan persekutuan demi manfaat pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
 
Namun kata beliau, perkara berkenaan akan tercapai sekiranya kerajaan persekutuan bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan tanah dan aset air milik negeri, serta tidak membuat tuntutan yang bercanggah dengan semangat perjanjian yang telah dimeterai.
 
Azmin juga sekali lagi menegaskan Perjanjian Induk bagi penstrukturan semula air negeri Selangor lupus akibat tindakan kerajaan persekutuan yang gagal menghormati semangat perjanjian yang telah ditandatangani pada September tahun lalu itu.
 
 

DUN Chempaka: PAS tidak tergugat meskipun berdepan saingan empat pencabar - Khalil Abdul Hadi

Posted: 11 Mar 2015 05:21 PM PDT

 Oleh Syed Mu'az Syed Putra

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi optimis kedudukan parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka tidak akan tergugat meskipun calonnya berdepan saingan empat wakil Bebas. 
 
Jelas Khalil, DUN Chempaka adalah kubu kuat PAS sejak sekian lama dan sukar untuk mana-mana parti lain menembusi tembok yang terbina dibawah kelolaan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
"Yang pertamanya DUN Chempaka ini merupakan kubu kuat PAS dan secara umumnya Parlimen Pengkalan Chepa itu sendiri sebab Parlimen Pengkalan Chepa ini adalah satu-satunya Parlimen yang PAS tak pernah kalah sejak daripada pilihan raya yang pertama diadakan.
 
"Jadi saya optimislah insya-Allah PAS akan berjaya mempertahankan kerusi DUN Chempaka ini," katanya kepada Antarapos.
 
Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chempaka yang sebelum ini dijangka tidak begitu menarik perhatian, tiba-tiba berubah keadaannya apabila empat calon Bebas turut bertanding bersama calon PAS.
 
Calon PAS Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42, berdepan saingan lima penjuru dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung pada 22 Mac.
 
Empat calon Bebas yang bertanding itu ialah bekas calon bebas PRK DUN Pengkalan Kubor Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55; dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64.
 
Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Nik Abdul Aziz, akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas.
 
PAS tidak berdepan saingan kuat daripada calon Bebas
 
Menurut Khalil lagi, PAS dijangka tidak akan berhadapan tentangan kuat dari calon-calon Bebas memandangkan mereka bergerak atas kapasiti kumpulan kecil berbanding parti Islam itu.
 
"Kalau kita nak bercakap pasal persaingan, kalau kita nak ukur dari segi petugas-petugas parti sudah tentu parti-parti Bebas bergerak atas kapasiti sebagai parti Bebas dengan tiada petugas-petugas.
 
"Sedangkan kita PAS mempunyai petugas di semua peringkat termasuk DUN, UPU (Unit Peti Undi) sehingga ke akar umbi iaitu cawangan-cawangan," katanya.
 
Beliau menambah senario kempen akan berubah sekiranya Barisan Nasional(BN) turut serta dalam pilihan raya kecil itu.
 
"Jadi saya rasa insya-Allah kami tidak akan menerima tentangan yang kuat dari parti Bebas," katanya.
 
Ditanya sekiranya ketokohan Allahyarham Nik Aziz menjadi tunjang kemenangan PAS, Khalil menolak andaian berkenaan namun setuju bekas Menteri Besar Kelantan itu mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan rakyat Kelantan.
 
"Saya melihat sudah tentu ketokohan tok guru itu tak dinafikanlah menjadi salah satu faktor PAS memenangi DUN Chempaka sejak daripada dulu.
 
"Tetapi secara umumnya sokongan rakyat Kelantan kepada PAS ini perlu diukur daripada aspek idealisme perjuangan PAS itu sendiri bukan dari aspek calon," katanya.
 
Beliau menambah dasar dibawa PAS termasuk pelaksanaan hukum hudud di Kelantan turut menyumbang kepada kemenangan di DUN Chempaka.
 
"Saya percaya bahawa dengan dasar yang dibawa oleh PAS pada hari ini khususnya berkait dengan isu hudud kerana ia sangat sinonim dengan masyarakat Kelantan yang berpegang kuat dengan Islam.
 
"Jadi saya percaya bahawa faktor itu akan menjadi satu faktor yang utama untuk PAS mempertahankan kemenangan," katanya.
 
 

Sukar tangani isu perjanjian air: Azmin tiada pengalaman korporat - Faekah

Posted: 11 Mar 2015 05:19 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar & Sharifah Azmawati Syed Abd Aziz

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Perbincangan bersabit perjanjian air antara Selangor dan kerajaan Persekutuan dilihat melalui jalan sukar apabila diselia oleh seorang menteri besar yang tiada pengalaman koporat, ujar bekas Setiausaha Politik kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Faekah Husin.
 
Bahkan bekas pembantu menteri besar terdahulu itu berkata percanggahan butiran perjanjian air itu juga tidak akan selesai dalam tempoh terdekat berikutan Azmin Ali dikelilingi oleh individu-individu yang mempunyai agenda tersendiri.
 
"Saya tidak mengatakan bahawa ia adalah satu tugas yang mudah untuk Azmin yang tidak mempunyai pengalaman korporat dan saya pasti agensi-agensi persekutuan dan pegawai-pegawainya tidak akan membuat ia mudah bagi kami kerana mereka mempunyai keutamaan yang berbeza. 
 
"Tetapi seperti yang kita (kepimpinan Tan Sri Khalid) telah membuktikan sebelum, negeri dan persekutuan berjaya mengetepikan perbezaan selepas bertelingkah antara satu sama lain selama enam tahun," katanya menerusi aplikasi WhatsApp.
 
Ujar Faekah, jika Azmin benar-benar meletakkan kepentingan rakyat dihadapan, beberapa percangahan dalam perjanjian air itu akan terus dibincang sehingga masing-masing bersetuju dan bukannya dengan nekad membatalkan akujanji itu begitu sahaja, seperti yang dibuatnya pada 9 Mac lalu.
 
"Ia adalah tidak sihat bagi kerajaan negeri untuk membatalkan perjanjian itu tanpa meletakkan usaha untuk menyelesaikan perbezaan. 
 
"Kita harus ingat rakyat Selangor menandatangani petisyen menyeru hak air dikembalikan kepada mereka dan itu adalah apa yang kita capai melalui HOD pada bulan September," kata Faekah.
 
Azmin ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen Isnin lalu mengumumkan perjanjian air itu batal kerana kerajaan Persekutuan tidak menghormati semangat asal sewaktu perjanjian itu ditandatangani.
 
Keesokkan harinya, Azmin mengadakan sidang media juga di Parlimen dan menuduh kerajaan Persekutuan ingin merampas tanah dan kedaulatan Selangor apabila meminta tanah seluas 26 ribu kilometer milik kerajaan negeri dan batang paip Loji Rawatan Langat 2 (LRL2), yang sedang dalam pembinaan.
 
"Sekarang ni bukan sahaja paip kerajaan negeri, tetapi tanah kerajaan negeri juga harus diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.
 
"Saya tidak akan biarkan kedaulatan negeri ini tercemar. Tindakan menteri KeTTHA itu seolah-olah Kerajaan Persekutuan mahukan tanah seluas 26 ribu kilometer secara percuma," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak.   
 
Namun Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata mengikut persetujuan awal, kerajaan negeri hanya akan memajak tanah  itu kepada kerajaan Persekutuan untuk tempoh 45 tahun sahaja dan bukannya terus mengambil alih aset Selangor itu.
 
Azmin bagaimanapun menukar nada pada lewat petang Selasa dan berkata sedia membuka pintu perbincangan berhubung isu air dengan kerajaan persekutuan demi manfaat pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
 
Namun kata beliau, perkara berkenaan akan tercapai sekiranya kerajaan persekutuan bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan tanah dan aset air milik negeri, serta tidak membuat tuntutan yang bercanggah dengan semangat perjanjian yang telah dimeterai.
 
Mengulas lanjut, Faekah memberi amaran bahawa rakyat akan menjadi mangsa kepada percaturan politik yang dimainkan Azmin bersabit isu ini.
 
"Mengapa ini penting kepada rakyat? Penyusunan semula industri air bermakna berakhirnya perjanjian berat sebelah dengan syarikat-syarikat konsesi air. Itulah gambaran yang lebih besar.
 
"Rakyat Selangor mesti tahu akibat daripada keputusan kerajaan negeri, paling penting, rakyat hilang peluang untuk memiliki industri air. Yang keduanya negeri perlu membayar tunggakan PF kenaikan tarif air sejak 2009 berjumlah hampir RM2.2billion.
 
"Manakala program air percuma mungkin akan  dihapuskan kerana ia tidak lagi dapat membiayai kos kerana ia tidak memiliki industri air sementara syarikat-syarikat konsesi boleh meneruskan perjanjian berat sebelah dan kenaikan tarif akan berlaku berikutan perjanjian konsesi.
 
"Bahkan negeri boleh kehilangan RM2 bilion yang dijanjikan oleh Persekutuan bagi meningkatkan perkhidmatan air dan mengurangkan non-revenue water (NRW)," katanya.
 
Menerusi perjanjian yang dimeterai, Selangor berjaya menjimatkan sekurang-kurangnya RM2 bilion apabila hanya perlu membayar RM7.65 bilion sahaja berbanding RM9.65 bilion untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air di Selangor.
 
 

Pemimpin MIC desak polis siasat segera klip video Palanivel

Posted: 11 Mar 2015 05:18 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Klip video seorang lelaki mirip Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel 'terlepas cakap' yang tersebar meluas di internet semalam, sememangnya adalah 'dari mulut' pemimpin berkenaan, dakwa Bekas Pengarah Strategi parti itu, Datuk Seri S Vell Pari.
 
Beliau berkata, ia berdasarkan keselarian di antara kata-kata yang diucapkan lelaki itu dengan bahasa badan dan pergerakan.
 
"Bagaimanapun, saya bukan seorang pakar forensik. Jadi yang terbaik adalah untuk menunggu polis melengkapkan siasatan itu. 
 
"Saya cadangkan polis dengan segera mendapatkan seorang pakar bunyi dan suara untuk mengesahkan jika ia suara Dato Palani," katanya dalam satu kenyataan. 
 
Kata anak kepada bekas Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu itu lagi, Ketua Polis Negara perlu melakukan siasatan segera dan tidak perlu menunggu Palanivel membuat laporan polis berhubung hal berkenaan.
 
"Siasatan perlu dibuat 'sebagai ganti' kepada komen menghina dibuat terhadap kerajaan yang memerintah, secara tidak langsung mencemarkan imej kerajaan oleh seorang menteri kabinet," ujarnya.
 
Tambahnya, beliau turut mendapatkan khidmat seorang pakar bagi menganalisis klip video itu, demi kebaikan parti dan juga Barisan Nasional (BN).
 
Semalam, sebuah klip video yang memaparkan seorang lelaki mirip Palanivel mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai ahli parti dan masyarakat India, tersebar meluas di internet, sekaligus menambahkan kekusutan yang melanda parti berkenaan. 
 
Dalam video berdurasi 3 minit 16 saat itu, lelaki berkenaan berkata beliau mempunyai hubungan rapat dengan PKR dan menyalahkan pengundi India atas kemenangan majoriti kecil BN di Cameron Highlands dalam pilihan raya umum ke-13.
 
Dalam pilihan raya umum lepas, Palanivel yang mewakili kerusi parlimen berkenaan menewaskan empat calon lain dengan majoriti tipis 462 undi.
 
Beliau mendapat 10,506 undi dengan DAP M Manogaran mengekorinya dengan 10,044 undi.
 
Palanivel dalam reaksinya hari ini menafikan beliau pernah mengeluarkan kata-kata sedemikian, dan menganggapnya sebagai cubaan memburukkan imej beliau menjelang pemilihan semula parti, tidak lama lagi. 
 
Palanivel berkata beliau akan membuat laporan polis berhubung klip video berkenaan dan menggesa tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
 
 

Baki dana pelaburan 1MDB ditebus dalam bentuk wang tunai - Najib

Posted: 11 Mar 2015 05:16 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Baki dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah diuruskan oleh Cayman Monetary Authority sebanyak US$1.103 bilion telah ditebus dalam bentuk wang tunai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata dana tersebut masih disimpan dalam mata wang US Dolar di BSI Bank Limited Singapore (BSI) Singapura, bertujuan untuk memudahkan urusan pengeluaran wang.
 
"Keputusan untuk menggunakan bank di Singapura bertujuan untuk memudahkan urusan pengeluaran wang memandangkan peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan kelulusan BNM diperoleh bagi setiap transaksi wang melebihi RM50 juta," katanya dalam jawapan bertulis kepada Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang diedarkan kepada media di lobi Dewan Rakyat di sini, hari ini.
 
Sebelum ini, Pua telah meminta Menteri Kewangan agar menyatakan sama ada baki wang sebanyak US$1.1 bilion yang telah dituntut oleh 1MDB daripada pelaburan di Pulau Cayman, United Kingdom, adalah berbentuk wang tunai atau masih dalam pegangan aset serta lokasi wang tunai atau aset itu.
 
Semalam, Jabatan Audit Negara telah memulakan proses pengauditan 1MDB sebaik menerima arahan daripada Perdana Menteri pada minggu lepas.
 
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata jabatan itu akan memberi keutamaan dalam melaksanakan pengauditan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu secara bebas dan profesional.
 
 

Calon Pas guna konsep ‘temu mata’

Posted: 11 Mar 2015 05:11 PM PDT


Ahmad Fathan Mahmood Bendera Pas di bulatan Chempaka telah dinaikkan oleh anggota jentera parti tersebut. Gambar kecil: Ahmad Fathan. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH
 
 
 
KOTA BHARU - Calon Pas untuk Dun Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood menggunakan pendekatan 'bertemu mata' dalam kempen dijadual bermula hari ini.

Katanya, selain itu, dia juga akan singgah dari rumah ke rumah bagi memastikan fokus utama mengajak penyokong keluar mengundi tercapai.

"Saya ambil pendekatan ini untuk merasakan lebih dekat lagi dengan rakyat. Saya tidak mahu berceramah semata-mata, tetapi turun padang lihat keperluan rakyat dan mendengar masalah mereka.

"Mungkin jika diberikan mandat, kita boleh membantu mereka nanti, insya-ALLAH," katanya selepas selesai mesyuarat bersama jentera terlibat.

Ahmad Fathan berkata, walaupun ramai mengenali keperibadiannya menerusi beberapa jawatan disandang sebelum ini, namun itu bukan tiket mudah untuk melupakan hasrat bertemu dengan penyokong.

Tiada ulasan: