Selasa, 10 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jho Low ambil alih syarikat Taib Mahmud guna duit siapa?

Posted: 10 Mar 2015 05:24 AM PDT

jho-low

 Roketkini.com
 

KUALA LUMPUR: DAP menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Taek Jho Low yang mengambilalih syarikat bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Taib Mahmud menggunakan dana 1MDB.

Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua syarikat Utama Banking Berhad (UBG) sebelum ini dimiliki Taib Mahmud kini menjadi milik Jho Low setelah membeli semua saham UBG melalui anak syarikat PetroSaudi International, Javace Sdn Bhd.

Kata Tony, pembelian semua saham oleh Javace Sdn Bhd yang bernilai RM 1.4 bilion dibuat pada 2010.

"Semua saham yang dibeli Javace menggunakan wang yang disediakan oleh AmInvestment Bank Bhd sebanyak RM 700 juta.

"Manakala bakinya diambil dari syarikat PetroSaudi International (PSI)l sebanyak RM 850 juta.
"Sebenarnya, duit yang diambil dari PSI itu adalah berasal dari 1MDB PetroSaudi Limited pada 8 September 2010, dua minggu sebelum itu melalui pinjaman Murabahah,"ujar Tony.

Katanya, pinjaman itu diubah 1MDB dari syarikat "1MDB PetroSaudi Limited" kepada pinjaman murabahah bernilai USD1.2 bilion, dan 1MDB PetroSaudi akhirnya menjadi hak milik PetroSaudi Cayman yang memberikan jaminan kepada pinjaman tersebut.

"Walaubagaimanapun, sejumlah USD160 juta dari USD500 juta dipindahkan ke dalam satu akaun di Switzerland dimiliki Good Star Limited, syarikat permodalan yang dikawal Jho Low dan rakan-rakan.

"Apa yang lebih membimbangkan adalah pendedahan dokumen oleh Sarawak Report yang mengatakan dana di bawah PSI itu sebenarnya dikawal oleh Jho Low.

"Ini jelas, kerana setelah diselidiki, PSI Seychelles mempunyai alamat yang sama dengan Good Star Limited,"ujar Tony kepada pemberita di Parlimen.Tambahnya, terdapat misteri 'perjanjian pengurusan pelaburan' yang muncul berasingan antara PSI Seychelles dengan pengurus Pelaburan Panama, seorang individu bernama Seet Li Lin, Naib Presiden syarikat Jynwel Capital Limited yang dimiliki Jho Low.

"Email dan dokumen didedahkan Sarawak Report menunjukkan, jelas mempunyai niat di belakang perancangan perompakan 1MDB.

"Jho Low dan rakan-rakannya mempunyai kawalan penuh terhadap dana itu walaupun ia kononnya dibelanjakan melalui PSI, sedangkan sebenarnya PSI hanya jadi topeng kepada Jho Low.

"Keseluruhan struktur kompleks ini sengaja direka untuk sembunyikan perancangan mereka untuk ambil alih UBG," kata Tony.

Justeru itu, Tony menyeru pihak berkuasa memulakan siasatan yang teliti terhadap Jho Low atas perkembangan terbaru mengatakan taikun muda itu terlibat dalam pengubahan wang haram, yang mengakibatkan 1MDB menanggung hutang sebanyak RM 42 bilion.

"Ini cukup memberikan syak wasangka terhadap pihak berkuasa untuk memulakan siasatan terhadap Jho Low atas dakwaan pengubahan wang haram yang dilindungi di bawah akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan(pindaan) 2013 (AMLA).

"Bank Negara Malaysia dengan kerjasama polis dan SPRM perlu mengarahkan siasatan terhadap transaksi mencurigakan oleh Jho Low dan rakan-rakan di bawah AMLA," tegas Tony lagi. – Roketkini.com


Gobind: KPN pilih kasih, hanya tangkap pemimpin Pakatan Rakyat

Posted: 10 Mar 2015 05:18 AM PDT

gobind singh deo

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo menyelar sikap pilih kasih Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar yang hanya melakukan tangkapan keatas pemimpin Pakatan Rakyat atas dakwaan tertentu, dalam masa sama melepaskan pemimpin BN.

Ketika mencelah ucapan perbahasan titah Diraja Ketua Pempangkang yang dibacakan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Gobind menyentuh isu penangkapan pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat ekoran perhimpunan #KitaLawan di hadapan pasaraya Sogo, Sabtu lalu.

"Penangkapan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat oleh pihak polis ini jelas adalah satu tindakan pilih kasih.

"Sedangkan menteri-menteri kerajaan yang jelas melanggar undang-undang dibiarkan," kata Gobind di Dewan Rakyat yang turut disokong Nurul Izzah.

Beliau turut memberikan contoh bahawa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Ismail Sabri tidak ditangkap selepas jelas mengeluarkan kenyataan menghasut dan berbaur perkauman kerana menyeru orang Melayu untuk memboikot perniagaan orang Cina.

"Pimpinan Pakatan Rakyat (merujuk Ketua AMK PKR Nik Nazmi) ditangkap ketika memberikan kerjasama dengan polis.

"Tetapi Ismail Sabri dilepaskan begitu sahaja. Ya betul, ini adalah tindakan pilih kasih oleh KPN," kata Nurul Izzah. – Roketkini.com

DAP persoal kemana RM800 juta peruntukan bantuan banjir?

Posted: 10 Mar 2015 05:16 AM PDT

pix for wawancara anthony loke DALAM

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR,: Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook hari ini mempersoalkan ke mana peruntukan banjir yang kononnya didakwa berjumlah RM800 juta oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

"Pagi tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan bahawa peruntukan untuk mangsa banjir baru-baru ini adalah sebanyak RM97 juta.

"Pendedahan beliau ini amat memeranjatkan, kerana bukankah Ahmad Maslan dulu cakap jumlahnya RM800 juta?

"Mana perginya RM800 juta ini? Apakah kerajaan sebenarnya telah menipu mangsa banjir khususnya warga Kelantan yang paling terjejas teruk," soalnya dalam Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan titah Diraja Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibacakan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah.

Anthony yang juga Setiausaha Organisasi DAP menyatakan, jelas kerajaan langsung tidak memberikan bantuan yang konkrit kepada mangsa banjir, sehingga kini masih ada mangsa yang hidup penuh kesengsaraan.

"Jika peruntukan yang disalurkan kepada mangsa banjir menyeluruh seperti didakwa, mengapa masih ada penduduk di Gua Musang yang tinggal dalam khemah?" soalnya.

Shahidan ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen BN Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing pagi tadi menyatakan kerajaan memperuntukkan RM97 juta untuk agihan kepada 194,280 mangsa banjir. – Roketkini.com


Cuepacs : Semakan Kenaikan Elaun Naik 2015 Penjawat Awam dan Gaji Kakitangan Kerajaan (252 Skim Baru). Setuju?

Posted: 10 Mar 2015 05:12 AM PDT




Tarikh Gaji 2015



Cuepacs : Semakan Kenaikan Elaun Naik 2015 Penjawat Awam dan Gaji Kakitangan Kerajaan (252 Skim Baru). Setuju? : Cuepacs yang menjadi pembela kepada 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia, terus menunggu dengan penuh sabar tindakan daripada pihak kerajaan Malaysia menerusi tuntutan "mendesak" yang perlu diberikan perhatian segera, antara lainnya ialah semakan kenaikan elaun kakitangan awam di Malaysia (iaitu sejumlah 231 elaun). Masakan tidak….

Masakan tidak dengan melihatkan gelombang kenaikan kos sara hidup dan harga barang di Malaysia serta keadaan inflasi di Malaysia menyebbakan ia sudah tidak relevan dengan sumbangan elaun yang diterima kakitangan awam hari ini. Setuju?
BACA BERITA INI : Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam? Syaratnya,  
 Kerajaan Mahukan RM27 Bilion Setahun Melalui Cukai GST!!

 

Senarai Semakan Kenaikan Elaun Naik Penjawat Awam 2015 di Malaysia?

Antara kenaikan elaun naik kakitangan awam yang perlu diberikan perhatian segera ialah :
 
  • elaun perumahan
  • elaun khidmat awam
  • elaun sara hidup (COLA)
  • elaun perjalanan
  • elaun hotel
  • elaun wilayah untuk mereka yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.
Cuepacs Malaysia tidak mahu semua tuntutan elaun naik speerti di atas tertangguh terlalu sedangkan kos sara hidup rakyat Malaysia hari ini terus naik dan naik.

 

Semakan Gaji Kakitangan Awam Melibatkan 252 Skim Baru 2015?

Dan dalam pada masa yang sama Cuepacs berharap snagat agar semakan gaji melibatkan 252 skim baru dilaksanakan segera.

Dalam pada, semakan kenaikan elaun naik penjawat awam dan semakan gaji skim baru kakitangan awam 2015 kali ini mahu dilakukan, mungkin dalam pada masa yang sama Cuepacs boleh usulkan bersama staf dan kakitangan awam yang tidak produktif untuk tidak dipotong elaun mereka atas kesalahan yang muktamad. Supaya saiz penjawat awam yang besar adalah benar-benar berkualiti dan bukan sekadar kuantiti semata. Insyaallah. Amin.

Apa kata anda pula?


Rafizi isytihar aset bersih RM1.56 juta

Posted: 10 Mar 2015 04:10 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Mengotakan kata-katanya, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan aset dan perbelanjaannya hari ini.

Ia menunjukkan pendapatan Rafizi sebanyak RM11,171 sebulan di samping mendapat faedah RM4,000 sebulan daripada Tabung Haji dan Amanah Saham Bhd.

Beliau juga mendapat RM3,000 sebulan sebagai perunding korporat.

Dia juga mengisytiharkan mempunyai aset bersih sebanyak RM1.56 juta dan hutang RM395,937.

Bagaimanapun, beliau juga dipercayai menyindir isteri perdana menteri Rosmah Mansor dengan berkata perbelanjaan menggunting rambutnya cuma RM10.

Rafizi mengambil langkah itu sebagai menyahut cabaran pemimpin Umno Wilayah Persekutuan Syed Ali Alhabshee.

Syed Ali, ketua Umno Cheras, membangkitkan gesaan itu selepas pembangkang mengasak dalam itu kekayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

'Giliran PM bersihkan nama'


Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata beliau membuat akuan berkanun dengan perincian harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaannya.

Beliau juga memberikan latar belakang pendapatan dan kedudukan hartanya sebelum menjadi ahli politik dan wakil rakyat.

"Saya mengambil langkah ini untuk menyahut cabaran pemimpin Umno sebelum ini supaya pimpinan Pakatan Rakyat mengisytiharkan harta," katanya.

Beliau juga berkata jika beliau yang tiada sebarang jawatan dalam kerajaan boleh mengisytiharkan hartanya, perkara yang sama boleh dilakukan oleh anggota kabinet dan perdana menteri.

"Saya menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan kaedah ini untuk membersihkan namanya yang dikaitkan dengan kemewahan yang tidak berpadanan dengan gaji," katanya.


Semakan pada sekatan Anwar ke Parlimen

Posted: 10 Mar 2015 04:07 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Speaker Dewan Rakyat akan mengkaji semula keputusan menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, kata MP Gombak, Azmin Ali.

Beliau berkata demikian selepas melakukan kunjungan hormat kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku menteri besar Selangor yang baru.

Anwar kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah meliwat pembantunya pada tahun 2008.


Video mirip Palanivel cetus kegemparan

Posted: 10 Mar 2015 04:06 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketika pergolakan dalaman MIC terus berlarutan, muncul pula video menunjukkan lelaki mirip presiden parti itu Datuk G Palanivel mengeluarkan kenyataan yang boleh menjelaskan kewibawannya sendiri.

Dalam video 3.16 minit itu, individu itu mendedahkan hubungan rapatnya dengan PKR dan menyalahkan masyarakat India susulan kurangnya majoriti padanya dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Palanivel ketika itu bertanding di kerusi Cameron Highlands.

Kata lelaki dalam video itu, walaupun menang di peti undi Melayu, keadaan sebaliknya berlaku di kawasan India.

"Saya hanya kalah di peti undi bloody Indian," katanya dalam video yang disebarkan di laman sosial itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, Palanivel mengalahkan empat lagi calon dengan majoriti tipis 462 undi.

Beliau memperoleh 10,506 undi manakala calon DAP M Manogaran mengikuti rapat dengan 10,044 undi.

Malaysiakini sedang menunggu reaksi daripada pihak Palanivel berhubung penyiaran video itu.


Ramai muntah, pesawat AirAsia tertunda

Posted: 10 Mar 2015 03:57 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Pesawat penerbangan jarak jauh AirAsia X dari Sydney ke Kuala Lumpur mendarat cemas di lapangan terbang Melbourne selepas mengalami masalah teknikal.

Sistem pengendalian dan paparan peta pesawat itu gagal berfungsi, agensi penyiaran ABC Online memetik pihak berkuasa Australia.

Seorang jurucakap Perkhidmatan Udara Australia dilaporkan berkata juruterbang mengambil keputusan mendaratkan pesawat XAX223 sebagai langkah berjaga-jaga.

View image on Twitter
 
Pesawat itu, yang berlepas tengah hari waktu Sydney selamat mendarat jam 2 petang di Melbourne (11 pagi waktu Malaysia).

Sewaktu tiba di sana, ramai penumpang berasa tidak sihat dan muntah-muntah setelah berada di dalam pesawat kira-kira tiga, lapor portal 9News.com.

Mereka tidak dibenarkan meninggalkan pesawat, yang berada di atas landasan, walaupun meminta berbuat demikian berkali-kali sewaktu pemeriksaan teknikal dijalankan.

Portal itu melaporkan sistem pendingin hawa dimatikan yang menyebabkan keadaan panas panas di dalam pesawat tersebut.

Pesawat AirAsia XAX223 kemudian berlepas ke Kuala Lumpur pada jam 5.15 petang (2.15pm waktu Malaysia) selepas tiga jam tergendala, lapor portal 9News.com lagi.

Seorang jurucakap syarikat itu menegaskan pendaratan itu hanya "lencongan berjaga-jaga dan bukannya pendaratan cemas."
 

Dewan larang Nurul berucap wakili Anwar

Posted: 10 Mar 2015 03:52 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ahli parlimen Lembah Pantai yang berhasrat menyampaikan ucapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilarang mewakili bapanya.

Dewan Rakyat bagaimanapun membenarkan Nurul Izzah Anwar memasukkan sedutan ucapan Anwar sebagai sebahagian ucapannya sendiri.

"Kita sudah putuskan bahawa ucapan Yang Berhormat adalah ucapan Yang Berhormat, bukan mewakili ketua pembangkang," kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee kepada Nurul.

Jika dibenarkan hadir di Parlimen hari ini, Anwar dijadual berucap dalam perbahasan menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong yang berkenan mencemar duli membuka persidangan semalam.

Ucapan Anwar seharusnya disampaikan selesai sesi soal jawab pagi ini tetapi Dewan memutuskan untuk memanggil wakil kerajaan Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) menggantikan tempatnya.

Anwar, walaupun masih seorang anggota Dewan Rakyat, tidak dibenarkan hadir sidang parlimen kali ini.

Beliau masih kekal jawatan itu selepas memohon pengampunan diraja setelah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Sewaktu membacakan ucapan Anwar, ahli parlimen Lembah Pantai menggunakan peluang itu untuk menegaskan pendirian bapanya bahawa beliau tetap tidak bersalah atas jenayah liwat yang disabitkan ke atasnya.

"Saya tidak bersalah atas tuduhan palsu dan fitnah ini tidak pernah berlaku.

"Fitnah ini satu rekayasa yang jahat datang dari satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.

"Tidak menjadi satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri boleh mengeluarkan kenyataan rasmi bertulis mengenai keputusan yang cuma selang beberapa minit selepas penghakiman dikemukakan, malah sebelum hukuman dijatuhkan.

"Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik, hakim-hakim itu menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman.

"Mereka telah menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan," kata Nurul Izzah, memetik teks ucapan Anwar.


Emas murah di Kuala Pilah

Posted: 10 Mar 2015 03:46 AM PDT



Emas murah di Kuala Pilah
 
 
 
PADA sekitar 80-an, saya pernah teman nenek ke sebuah kedai emas di pekan Kuala Pilah. Kalau tak silap, beli barang kemas untuk nenek sendiri.

Mulanya memang saya mengelak bila nenek mengajak. Dalam hati lebih baik duduk berbaring di katil, membaca novel sambil berkhayal bersama watak dan perjalanan plotnya.

Tapi saya tidak dapat mengelak 'ajakan paksa' nenek.

Melangkah masuk ke Kedai Emas Poh Soon, tiada yang menarik minat saya. Walau kedai itu kelihatan baharu, walau barangan kemas yang tersusun mengeluarkan cahaya berkilau, entah kenapa...hati tidak terpikat.

Lagipun ketika itu bagi saya, barang kemas (emas) adalah aksesori orang tua. Malah melihat perempuan bagai kedai emas bergerak, pemandangan saya jadi semak.

Waktu nenek berbual dengan uncle bertubuh kurus sambil menunjuk-nunjuk barang kemas tersimpan dalam cermin kaca, mata saya melilau memandang arah luar kedai. Tiada yang menarik dalam kedai itu untuk perhatian.

Tapi bila nenek mula tawar menawar, saya mula beralih mengadap.

Nenek bijak berbalah harga. Saya tidak ingat berapa segram emas 916 ditawarkan pada masa itu. Yang saya ingat, nenek akan minta kurang sehingga lebih daripada 10 ringgit selepas uncle kurus buka mulut.

Bila nenek menjeling, saya sudah faham. Saya perlu mendarab jumlah sebenar barang kemas yang mahu nenek beli. Itulah tugas khas saya setiap kali nenek bawa ke kedai emas.

Itu cerita waktu usia saya masih belasan tahun.

Kini nenek sudah lama tiada. Tapi yang paling saya ingat, nenek pernah pesan "kalau beli emas di sini (Kuala Pilah) mesti tawar sehingga serendah RM30 daripada harga pasaran."

Hari ini, Kedai Emas Poh Soon masih wujud di pekan Kuala Pilah.

Saya tidak tahu uncle kurus masih ada di kedai itu atau pun tidak. Tapi yang pasti Kedai Emas Poh Soon dan enam lagi kedai emas lain di pekan Kuala Pilah, semakin terkenal di seluruh Malaysia. Malah ada warga Singapura yang datang ke Kuala Pilah semata-mata untuk beli emas.

Kenapa Kuala Pilah? Benarkah harga emas di bandar kecil ini jauh lebih murah berbanding tempat lain?

Sebenarnya, harga emas murah di Kuala Pilah bukan satu cerita baru. Peminat dan pengumpul emas sudah mengetahuinya sejak lama dulu.
Dan untuk memastikan kebenarannya, Kedai Emas Poh Soon dijadikan premis terjahan pertama.

Daftar persatuan

"Ramai dari negeri luar datang sini beli emas. Mereka cakap harga sini murah berbanding tempat lain," kata peniaga Kedai Emas Poh Soon, lebih dikenali Poh, 60-an.

Beliau berkata, harga emas di sini murah disebabkan kedai tersebut telah berdaftar dengan Persatuan Pekedai Emas Malaysia.

"Saya tidak tahu harga emas kedai lain kerana ia berbeza. Ada kedai berdaftar dengan persatuan, ada tidak.

"Kalau dulu, harga emas 916 di sini boleh mencecah RM120 segram dan harganya akan berubah setiap hari.

"Hari ini, harga emas RM133 segram manakala harga pasaran luar, RM170. Memang ia jauh lebih murah," katanya.

Poh yang sudah berniaga selama lebih 30 tahun, sering didatangi pelanggan dari luar Negeri Sembilan.

"Ada pelanggan datang dari Perak, Singapura, Melaka, Johor Bahru, Pulau Pinang, dan semua yang datang ke sini, tahu emas di Kuala Pilah murah melalui internet.
"Walaupun harga murah, kualiti juga bagus setanding di tempat lain," katanya.

Sementara itu, pelanggan setia, R Santhi, 46, berkata, kedai ini jauh lebih murah dan kualiti emas juga sangat bagus.

"Saya selalu datang kedai ini untuk beli emas, kerana harganya berbeza dengan tempat lain, lagi pun  pekerja di sini sangat peramah dan membuatkan kita rasa selesa.

"Saya memang tahu emas di Kuala Pilah murah. Malah saya turut mempromosikan kepada adik-beradik, rakan-rakan untuk beli emas di sini. Pastinya amat berbaloi," katanya.

Rani, 53, pula memberitahu, harga emas di Kuala Pilah pernah mencecah serendah RM120 segram, baru-baru ini.

"Waktu itu, memang ramai orang di kedai emas. Hari ini harga naik sedikit tetapi ia masih lagi antara termurah.

"Tidak semua kedai emas di sini jual harga sama walaupun jarak antara satu kedai dengan yang lain hanya beberapa langkah. Ada yang lebih RM2 hingga RM3.

Orang ramai perlu bijak memilih kedai mana paling murah dan berkualiti," katanya.
Sementara itu, Zawiyah Hamzah, 65, dari Felda Bukit Rokan sanggup berkunjung ke Kuala Pilah semata-mata mahu membeli emas.

"Makcik sudah tahu, emas di sini murah. Makcik sanggup datang walau jauh. Walaupun murah, tetapi kualiti baik dan sama di tempat lain.

"Di Kedai Chan Kwong, harga emas RM135 segram. Ini pun dah kira murah berbanding di Bahau dan negeri lain," katanya.

Menurut pekerja kedai runcit, Maisuri A Rashid, 50, fenomena emas murah di Kuala Pilah sudah lama diperkatakan.

"Saya yang kerja di kedai runcit ini pun sering ditanya pelanggan tentang harga emas. Bukan setakat orang Negeri Sembilan, malah dari negeri lain pun ramai.

"Saya akui emas di Kuala Pilah memang murah. Saya suka pergi ke kedai emas Cheah Poh Hing, kerana  banyak design yang cantik dan terbaru," katanya.

Selain itu, katanya, pembeli boleh memeriksa ketulenan emas yang dijual di mana-mana kedai, bagi mendapatkan kesahihan emas itu, dan terbukti emas yang dijual di Kuala Pilah adalah asli.

"Jangan dengar bila orang cakap, harga emas murah tidak berkualiti. Bohong. Ia berkualiti dan tulen sama sahaja di kedai-kedai lain," katanya.


Tuan Ibrahim: Saya terkejut tapi terharu

Posted: 09 Mar 2015 11:49 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau "terkejut tetapi terharu" selepas dicalonkan untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan presiden dalam pemilihan parti.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim enggan mengulas lanjut sama ada beliau akan menerima pencalonan itu atau sebaliknya, lapor The Star Online hari ini.

"Saya terkejut, tetapi terharu. Bagaimanapun saya tidak akan bercakap lebih buat masa ini.

"Saya akan bercakap mengenainya selepas saya memikirkan tentang berita (pencalonan) ini," katanya seperti dilapor portal berita itu.

Malam tadi, Jawatankuasa PAS Kota Bharu menjadi kawasan pertama PAS yang mencalonkan pencabar Abdul Hadi bagi jawatan presiden.

Menurut Yang Dipertuanya Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, pemilihan Tuan Ibrahim itu kerana Abdul Hadi mengalami masalah kesihatan, malah, naib presiden PAS itu akan membuatkan MP Marang itu selesa kerana merupakan anak didik dan dekat dengannya.

Menurut perlembagaan, seseorang anggota PAS memerlukan dua pencalonan dari peringkat kawasan untuk melayakkan mereka bertanding bagi sebarang jawatan. Sebanyak 27 jawatan peringkat pusat dipertandingkan.

Kawasan PAS di seluruh negara kini sedang mengadakan mesyuarat agung sehingga akhir bulan depan. Tarikh tutup untuk pencalonan peringkat pusat adalah pada 30 April ini.

Pemilihan PAS dijadual berlangsung semasa Muktamar PAS ke-61 pada 4 hingga 6 Jun depan. 

 

PRK Dun Chempaka 'meriah' calon Bebas

Posted: 09 Mar 2015 11:47 PM PDT


PRK Dun Chempaka
 
 
 
KOTA BHARU - Walaupun tanpa saingan BN, PRK Dun Chempaka  masih 'meriah' dengan  kehadiran empat calon Bebas berdepan dengan Pas.

Pengumuman itu dibuat oleh pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Chempaka, Ibrahim Bari Mat Deris yang mengesahkan semua calon yang menghantar borang layak bertanding.

Mereka yang ialah calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood manakala empat calon Bebas terdiri, Sharif Mahmood, Fadzillah Hussin, Izzat bukhary Ismail dan Aslah Mamat.

Undi awal PRK Dun Chempaka ditetapkan pada 18 Mac sementara 22 Mac sebagai hari pengundian.

MB: Perjanjian batal demi kedaulatan S'gor

Posted: 09 Mar 2015 11:46 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menegaskan bahawa perjanjian penstrukturan air di antara Selangor dan kerajaan Persekutuan lupus secara automatik apabila kerajaan Persekutuan cuba mengambil alih 26,000 kilometer persegi tanah Selangor.

Menurut Azmin, perjanjian yang ditandatangani pada 12 September 2014 sebelum ini hanya melibatkan pemindahan aset air dari Selangor kepada kerajaan Persekutuan, dan bukannya tanah.

Tegasnya, syarat baru yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan Persekutuan itu tidak selaras dengan semangat perjanjian itu.

"Percanggahan dari perjanjian utama yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan akan menyaksikan kerajaan negeri hilang kedaulatan ke atas tanah dan aset air milik Selangor.

"Kedaulatan Selangor adalah nombor satu," kata Azmin pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. 


PAS gesa GLC tidak bantu 1MDB

Posted: 09 Mar 2015 11:42 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan perdana menteri digesa menasihati kabinet agar mengeluarkan arahan kepada semua syarikat besar berkaitan kerajaan (GLC) untuk tidak membantu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sehingga siasatan selesai.

Naib presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man membuat gesaan itu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berhubung perkembangan terbaru syarikat pelaburan nasional itu.

"Rakyat mengharapkan timbalan perdana menteri jangan sekadar berhenti setakat mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB.

"Amaran dan saranannya perlu disusuli dengan tindakan untuk tidak mengecewakan rakyat yang mulai bimbang," katanya.

Selain saranan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, Petronas dan Khazanah agar tidak melabur di dalam 1MDB atau membeli aset 1MDB, Tuan Ibrahim juga menggesa:

1. Muhyiddin mendapatkan sokongan kabinet bagi membolehkannya menggantikan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai menteri kewangan buat sementara waktu bagi memastikan tiada dana awam digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.

2. Muhyiddin menasihatkan perdana menteri agar tidak memberi sebarang arahan kepada 1MDB, selaku pengerusi lembagai penasihat 1MDB, sehingga siasatan selesai.

3. timbalan perdana menteri mencadangkan kepada kabinet agar mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysa (SPRM) dan polis untuk memulakan tugas menyiasat segera tanpa perlu menunggu hasil siasatan ketua audit negara.

4. menteri pendidikan mencadangkan agar kabinet mendedahkan perjanjian penjualan tanah Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia kepada 1MDB


Seorang lagi pemimpin PKR ditangkap

Posted: 09 Mar 2015 11:40 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang anggota kepimpinan tertinggi PKR Fariz Musa hari ini ditahan polis susulan penglibatannya dalam perhimpunan setiakawan dengan Datuk Seri Anwari Ibrahim Sabtu lalu.

Fariz, dalam Twitter, mengesahkan penangkapan itu.

Pemimpin NGO Jingga 13 itu juga berkata beliau ditahan bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Beliau pada mulanya berkata dipanggil ke ibu pejabat polis Dang Wangi di ibu negara pada jam 10 pagi tadi.

Perhimpunan Sabtu lalu terbesar dalam siri-siri protes terhadap keputusan mahkamah itu.

Selain mendesak pembebasan Anwar, mereka juga menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berundur.

MH370: Paket kertas tisu ada logo MAS ditemui

Posted: 09 Mar 2015 11:25 PM PDT

SINAR HARIAN


MH370: Paket kertas tisu ada logo MAS ditemui



CANBERRA - AUSTRALIA. Genap setahun kehilangan MH370 pada Ahad, penemuan bungkusan seperti kertas tisu tertera logo MAS oleh sepasang suami isteri di pantai Barat Australia diharap dapat merungkai misteri pesawat malang itu.

Memetik laporan Mail Online, kertas tisu itu sedang dianalisis bagi mengesahkan sekiranya ia dari pesawat malang berkenaan.

Nine News turut melaporkan penemuan bungkusan kecil itu yang masih belum dibuka di pantai Cervantes, Julai lalu oleh pasangan suami isteri terbabit.

Paket tertulis Malaysia Airlines itu dihantar ke Canberra untuk diuji dan disahkan.

Pasangan berkenaan dipetik sebagai berkata, "ia tidak terbuka, memang sesuatu yang luar biasa."

"Jika ia terbuka dan dijumpai terdampar di situ maka ia adalah sesuatu yang berbeza sepenuhnya," kata pasangan itu.

Sementara itu, The Daily Telegraph melaporkan pakar percaya kemungkinan paket kecil bergerak jauh tanpa mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan terbaharu di pantai Barat Australia itu boleh memberikan petunjuk bagi merungkai misteri pesawat MH370 yang hilang bersama 239 orang di dalamnya pada 8 Mac 2014.

Pesawat AirAsia X mendarat kecemasan di Melbourne

Posted: 09 Mar 2015 11:22 PM PDT


AirAsia X
MELBOURNE - AUSTRALIA. Sebuah penerbangan AirAsia X dari Sydney ke Kuala Lumpur terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Melbourne kerana masalah teknikal.

Menurut ABC, sistem navigasi dan peta penerbangan XAX223 tidak berfungsi dengan baik.

Juruterbang dipercayai berpatah balik ke Melbourne kerana cuaca lebih baik di kawasan tersebut.

Pesawat mendarat dengan selamat pada jam 2 petang waktu tempatan.

Diana Danielle beraksi ghairah dalam majalah

Posted: 09 Mar 2015 07:08 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



SHAH ALAM: Seorang pelakon perempuan mencetuskan kontroversi apabila tampil seksi dalam edisi terbaru majalah Esquire Malaysia.

Dalam majalah keluaran bulan Mac itu, Diana Danielle bertindak berani apabila hanya memakai coli dan menutupi bahagian badannya dengan bendera.



Malah bukan itu sahaja, beliau turut memberikan beberapa 'pose' ghairah untuk majalah itu.




Melalui temubual bersama majalah tersebut, Diana banyak bercerita mengenai bagaimana permulaan kariernya di mana dia lebih selesa untuk memilih karya yang berkualiti dan yang benar-benar berpotensi menaikkan namanya.

"Saya sangat memilih jika berkenaan dengan projek. Realitinya banyak skrip yang anda dapat adalah hanya membuang masa.

"Biarpun saya hanya mengambil satu atau dua projek dalam setahun, ia adalah projek yang betul-betul mampu melonjakkan nama saya," jelasnya lagi sambil memberitahu dia tidak ambil kisah langsung mengenai populariti dan hanya mementingkan hasil kerja yang terbaik.

Malah dalam masa yang sama juga Diana berkongsi kisah kesukaran hidupnya sehingga ada satu ketika, ibunya, Norsiah Ramli, terpaksa menjual rumah demi meneruskan kehidupan.

"Kesukaran hidup yang dihadapi ketika masih masih kecil membuatkan saya mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling," jelasnya sambil mengakui dia sebenarnya sangat berminat untuk bergelar penyanyi.

Diana merupakan isteri kepada pengarah dan pelakon popular Farid Kamil
.

'Calon pencabar sebab kesihatan presiden PAS'

Posted: 09 Mar 2015 06:49 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


PAS Kota Bharu menjelaskan mereka mencalonkan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana presiden PAS itu mengalami masalah kesihatan.

"Saya yakin Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menerima pencalonan selaku presiden untuk sesi baru atas keuzuran belia dan itu keyakinan peribadi saya.

"(Sebelum ini) dia masuk hospital di Istanbul, dia masuk Institut Jantung Negara (IJN), (clofaktor tahap kesihatan dia. Dia (Hadi) sudah 37 tahun terlibat dengan PAS," kata ketuanya Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini.

Hadi November lalu mengakui beliau mengalami masalah kesihatan dan badannya semakin susut.

Malam semalam, nama Tuan Ibrahim diumumkan akan menjadi pencabar bagi jawatan Presiden PAS dalam pemilihan akan datang.

Wan Rahim menambah, Tuan Ibrahim adalah individu yang akan membuatkan Hadi selesa memandangkan beliau merupakan anak didik Hadi dan dekat dengannya.

"Saya yakin dia tak akan menerima pencalonan jadi bila saya kemukakan nama Tuan Ibrahim, dia selesa kerana dia sendiri yang tarbiah, dia didik dan dia yakin anak buah dia sendiri," katanya.

Tambahnya lagi, nama kontroversi seperti Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Timbalan Presiden Mohamad Sabu tidak dicalonkan demi perpecahan parti seperti berlaku pada tahun 1982.

"Kita tak kemukakan tokoh kontroversi seperti Husam dan Mat Sabu , kita kemukakan (Tuan) Ibrahim.

"Bagi saya perpaduan parti perlu dijaga, keutuhan ahli kita tidak mampu untuk menghadapi perpecahan parti seperti tahun 1982," katanya.

Pemilihan PAS dijadual berlangsung semasa Muktamar PAS ke-61 pada 4 hingga 6 Jun tahun ini.

 

1MDB cemaskan Najib : Siapa yang akan dimangsakan?

Posted: 09 Mar 2015 06:47 PM PDT



Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB 


SKANDAL kewangan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad 1MDB pada peringkat awal pendedahan nya kurang mendapat perhatian umum.

Isu isu sebegini khasnya membabitkan ekonomi amat sukar difahami masyarakat khasnya kaum Melayu yang lebih berminat dengan isu berteraskan sentimen samada sentimen kaum mahupun agama atau lebih parah lagi mereka yang hanya minat kepada propaganda hiburan yang tidak berkesudahan.

Namun selepas beberapa tahun skandal 1MDB ini dimainkan di dada akhbar akhirnya umum mula melihat bertapa negara sedang berdepan satu lagi episod Malang andainya dana awam terpaksa digunakan untuk menanggung beban hutang syarikat berkepentingan kerajaan ini.

Tidak mustahil kes 1MDB akan sekali lagi mengulangi kisah skandal PKFZ dan beberapa skandal kewangan terdahulu.

Ketika isu ini hangat didedahkan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak hanya mendiamkan diri meski diasak untuk menjawab setiap perkara yang dibangkitkan.

Hinggalah pada awal tahun ini apabila ada pihak yang mengaitkan skandal ini dengan beberapa pihak yang dekat dengan beliau lantas beliau mengambil langkah untuk memberi a maran bersurat menyatakan hasrat mengambil tindakan undang-undang.

Harakahdaily menjadi perhatian apabila adanya artikel yang ditulis pengarah urusannya Dr Rosli Yaakob berhubung beberapa perkara yang dilihat mencemaskan Najib.

Selang beberapa minggu Najib tampil pada 5 Mac dengan satu kenyataan meminta 1MDB diaudit walaupun Pejabat Perdana Menteri menegaskan tiada masalah berlaku dengan pengurusan kewangan syarikat pelaburan itu.

Nampak seakan cemas dan apabila dikaitkan dengan keputusan kabinet pada Februari lalu menolak pinjaman RM3 bilion syarikat itu ia memberi gambaran semacam ada masalah dalam pengurusan kewangan termasuk hutang kepada beberapa bank tempatan seperti AmBank RHB dan Maybank berjumlah RM2.1 bilion tidak berbayar.

Najib dikatakan mengambil pusingan U (U-Turn) dalam mendepani isu ini berikutan asakan khasnya oleh Jawatankuasa Khas Kira Kira Wang Awam di Parlimen (PAC) melalui Dato' Nurjazlan Mohammed.

Malah sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohammed juga telah mengulangi amaran berhubung skandal 1MDB ini akan menjadi timing bomb yang boleh memusnahkan hayat politik Najib.

Biarpun mungkin tiada kaitan dengan beliau namun selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB pastinya Najib harus melihat perjalanan pengurusan kewangan syarikat ini agar tidak gagal.

Selepas kenyataan yang bernada agak cemas pada 5 Mac umum pastinya melihat bahawa pastinya akan ada kambing hitam yang akan disembelih sekiranya episod skandal ini ber akhir dengan kegagalan.

Petisyen kes Anwar pada Obama hampir capai sasaran

Posted: 09 Mar 2015 06:43 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Lebih 90,000 orang sudah menandatangani petisyen atas talian terhadap Barrack Obama supaya presiden Amerika Syarikat (AS) itu memainkan peranan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Petisyen dimulakan oleh bekas duta AS John Malott itu kini hanya memerlukan tidak sampai 10,000 lagi sokongan untuk mencapai sasaran 100,000 tandatangan  dalam tempoh dua hari lagi.

Angka itu harus dicapai supaya gesaan orang ramai yang tidak puas hati dengan kes Liwat II itu layak disemak Rumah Putih sebelum dimajukan kepada pakar berkaitan dasar berkaitan.

Petisyen itu dirancang diserahkan kepada Obama pada 12 Mac depan.

Petisyen itu antaranya menyebut, Anwar seorang juara demokrasi, percaya kepada keadilan Islam dan sahabat lama AS yang dipenjarakan atas "tuduhan yang direka-reka".


Rangka pelan kurangkan kemalangan maut

Posted: 09 Mar 2015 06:31 PM PDT


Rangka pelan kurangkan kemalangan maut Laila Mazwin menunjukkan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 yang dirangka untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.
 
 
 
PELAN Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 yang dilaksanakan kerajaan, menyasarkan pengurangan lebih 50 peratus bagi kadar kemalangan maut dalam kalangan pengguna jalan raya di negara ini.

Perinciannya dikongsi oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Perak, LAILA MAZWIN ZAKARIA bersama Wartawan Sinar Harian, NOOR'AINON MOHAMED YUSOF dalam satu pertemuan baru -baru ini.

Boleh puan jelaskan mengenai Pelan Keselamatan Jalan Raya ini?

JKJR dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) telah merangka pelan berkenaan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi kerajaan lain serta pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

Pelan ini dirangka untuk menangani semua isu keselamatan dalam negara dan ia berasaskan lima strategik bagi mencapai sasaran yang ditetapkan secara menyeluruh. Ia dirangka bagi meningkatkan usaha mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan.

Lima strategik dalam pelan terbabit adalah Pengurusan Keselamatan Jalan Raya, Mobiliti dan Jalan Raya Yang Lebih Selamat, Kenderaan Yang Lebih Selamat, Pengguna Jalan Raya Yang Lebih Selamat dan terakhir adalah Pengurusan Pasca Kemalangan.

Apakah langkah pertama diambil JKJR dalam melaksanakan Pengurusan Keselamatan Jalan Raya?

JKJR selaku agensi advokasi akan menyelaraskan pelaksanaan program keselamatan dan pelan tindakan. Bagaimanapun ia memerlukan kerjasama pelbagai agensi dan program bersepadu penguatkuasaan kerana setiap agensi mempunyai objektif dan bidang tugas masing-masing.

JKJR Perak menyasarkan lima agensi masing-masing daripada NGO, kerajaan dan swasta untuk bekerjasama dalam memberikan kesedaran keselamatan jalan raya ini sama ada kepada orang ramai, pekerja mereka sendiri mahupun saudara masing-masing.

Selain itu, pihak kita juga akan memberikan pendidikan kepada semua peringkat golongan termasuk kanak-kanak seawal tadika untuk menyerap kesedaran keselamatan sekali gus menjadi amalan mematuhi peraturan kepada mereka sehingga dewasa.

Bagi merealisasikannya, tadika di Kampung Atta Duri, Langkap, Teluk Intan dijadikan sebagai anak angkat JKJR setelah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri memberi kebenaran untuk mendidik kanak-kanak ini.

Penduduk kampung tersebut akan menjadi anggota keselamatan jalan dengan memakai jaket keselamatan. Selain menjadi contoh, dia juga akan menasihati sekiranya ada yang melakukan kesalahan. Program ini menjadi titik tolak terhadap keberkesanannya strategik itu nanti.

Bagaimana dengan Mobiliti dan Jalan Raya, adakah JKJR melihat dua aspek berkenaan merupakan penyumbang peningkatan kadar kemalangan jalan raya?


Perkara kecil boleh menjadi penyebab kemalangan dan JKJR memandang kesemua aspek untuk keselamatan pengguna jalan raya. JKJR sendiri akan memantau aduan melalui surat khabar mahupun pemantauan sendiri yang akan dipanjangkan ke jabatan terlibat dalam membaiki infrastruktur terbabit.

Aduan yang diterima sama ada pokok tumbang, lampu isyarat tidak berfungsi, cat di atas jalan yang pudar dan sebagainya. Sebagai langkah proaktif, pejabat kita menetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) sebanyak lima aduan sebagai langkah terbaik mengesan punca yang boleh dijadikan isu keselamatan membabitkan kemalangan ini.

Selain infrastruktur, kondisi kenderaan juga perlu dititik beratkan. Selain kerap memeriksa kenderaan, penggunaan alat ganti tulen juga amat penting dalam perkara ini. Kita hanya boleh mengharapkan penggunaan topi keledar separuh dan pemasangan tali pinggang keledar perlu dikuatkuasakan dengan lebih ketat termasuk komponen kereta.

Pengguna jalan raya juga perlu mempunyai kesedaran setiap kali menaiki kenderaan. Kesedaran adalah faktor yang sukar untuk diterapkan kepada pengguna dan golongan berusia 16 hingga 35 tahun telah menyumbang kadar kematian yang tinggi.

Generasi Y ini memerlukan pendekatan teknologi seperti media sosial untuk menyampaikan kesedaran keselamatan ini. Program di sekolah diadakan berikutan pengguna motosikal merupakan pelajar sekolah.

Ramai pengguna tidak tahu menggunakan peralatan keselamatan antaranya kaedah meletakkan baby car seater menghadap ke hadapan menjadi pembunuh utama bayi walaupun sekadar berhenti secara mengejut.

Mencegah lebih baik dari mengubati, namun bagaimana pula dengan tindakan ketika kemalangan?

Ramai pengguna yang kebetulan berada di tempat kejadian tidak tahu bagaimana mahu beri pertolongan kecemasan kepada mangsa terlibat. Kerjasama daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan St John Ambulan untuk terlibat dalam menyampaikan ceramah pada program JKJR dapat membantu menyampaikan cara memberi pertolongan kecemasan ketika menyertai program bersama dengan JKJR.

Kita juga akan membawa mangsa menceritakan sendiri pengalaman mereka terlibat dalam kemalangan dan kesan dialami terutama mereka yang sebelum ini normal telah menjadi orang kurang upaya (OKU). Diharapkan dengan program sebegini dapat menarik perhatian orang ramai untuk lebih berhati-hati.

Apa harapan JKJR dalam melaksanakan pelan ini?

Saya berharap kesedaran pengguna jalan raya ini bukan disebabkan takut kepada penguatkuasaan, sebaliknya keperluan keselamatan diri dan orang lain berada di samping kita. JKJR sentiasa memikirkan keselamatan pengguna termasuk kemudahan fasiliti.

Sekiranya pengguna dapat tingkatkan kesedaran, itulah kejayaan besar untuk JKJR. Semua peringkat golongan perlu memainkan peranan menjadi pengguna berhemah dan sedikit sebanyak menurunkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya seiring dengan negara maju lain.


DAP setuju Nurul Izzah ganti Anwar

Posted: 09 Mar 2015 06:28 PM PDT


Lim Guan Eng Lim Guan Eng
 
 
 
KUALA LUMPUR  -  DAP mencadangkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk mengalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu digantikan oleh pemimpin yang layak daripada PKR.

Menurutnya, dalam mesyuarat yang diadakan 37 Ahli Parlimen DAP, semua sepakat memilih Nurul Izzah.

"Kita tetap menyokong Anwar kerana beliau masih Ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Oleh kerana beliau tidak dapat hadir ke Parlimen, kita berpandangan anaknya layak menggantikan beliau," katanya kepada media semalam.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, DAP turut kesal dengan keputusan reman tiga hari ke atas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung siasatan perhimpunan #KitaLawan, Sabtu lalu.

Menurutnya, keputusan itu sesuatu yang tidak munasabah dan merupakan satu penganiayaan kerana Exco Selangor itu bukanlah seorang yang berbahaya.

Guan Eng berkata, pihak berkuasa sepatutnya hanya perlu melakukan soal siasat tanpa perlu menahan Nik Nazmi.

"Selepas Nik Nazmi, kemungkinan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong akan menjadi sasaran polis kerana beliau turut sama ketika perhimpunan itu," katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga berkata, sejak enam bulan kebelakangan ini, sebanyak 16 pemimpin DAP telah disoal siasat oleh polis, yang mana lima daripadanya telah didakwa di mahkamah.


Nurul Izzah belum cukup syarat ganti Anwar

Posted: 09 Mar 2015 06:26 PM PDT


Nurul Izzah Anwar Nurul Izzah Anwar - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
 
 
SHAH ALAM - Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar masih belum cukup syarat untuk menggalas jawatan ayahnya di Parlimen sebagai Ketua Pembangkang.
 
Meskipun esok Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR akan bertindak sebagai 'ketua pembangkang' untuk membacakan ucapan bagi membahaskan titah Diraja di Dewan Rakyat, penganalisis berpendapat perkara itu lebih kepada statusnya sebagai anak kepada Anwar.
 
Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, suasana itu mampu untuk meraih sokongan dan simpati ekoran Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mempunyai pertalian darah dengan Anwar.
 
"Lebih baik untuk anak dia yang menyampaikan isi hati Anwar untuk meraih sokongan dan simpati orang ramai," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
 
 
Katanya, beliau tidak melihat Nurul Izzah akan mengambil alih tugas ketua pembangkang untuk jangka panjang, sebaliknya hanya untuk jangka pendek.
 
"Untuk sementara waktu tidak ada masalah kerana ia sesuai dengan tempoh transisi sekarang dan emosi penyokong Anwar yang masih lagi memuncak.
 
"Anaknya yang paling sesuai untuk sementara waktu mengungkapkan sesuatu yang mungkin menyentuh hati orang selain dari mengemukakan pandangan-pandangan Anwar," katanya.
 
Sementara itu, Dr Jeniri berpandangan belum tiba masa untuk Nurul Izzah memegang jawatan itu ekoran ramai lagi pemimpin lain dalam PR yang lebih berpengalaman berbanding dirinya.
 
"Jadi, untuk Nurul Izzah terus memegang jawatan itu, belum sampai waktunya. Ramai lagi pemimpin lain yang lebih layak dan berpengalaman dalam bidang politik. Jadi, saya tidak menjangkakan beliau akan diberikan tugas berat itu.
 
"Ketua Pembangkang itu bukan saja perlu bijaksana, matang dari segi emosi dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi," katanya.
 
Anwar tidak dapat menghadiri sidang Parlimen berikutan menjalani hukuman penjara kerana dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sedang mengemukakan pengampunan Diraja yang dipohon oleh keluarganya.
 
 

Teoh Beng Hock: Polis ingkar arahan mahkamah buka semula siasatan

Posted: 09 Mar 2015 06:20 PM PDT

teo nie ching_bernama

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Setelah enam bulan mahkamah mengarahkan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara membuka semula siasatan terhadap pembunuhan mendiang Teoh Beng Hock, tapi sehingga kini masih tiada tindakan diambil.

Pada 5 September tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa kematian Beng Hock adalah akibat daripada beberapa kecederaan setelah jatuh dari tingkat 14 bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Selangor.

Mahkamah malah berkata bahawa hal terbabit dipercepatkan oleh tindakan pihak-pihak yang tidak diketahui, termasuk pegawai SPRM yang terlibat dalam penahanan dan siasatan mendiang Beng Hock.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dalam kenyataannya hari ini mempersoalkan apa yang telah dilakukan oleh pihak polis berikutan arahan mahkamah enam bulan lalu.

"Enam bulan sudah berlalu, Ketua Polis Negara mesti menjawab kepada keluarga dan orang ramai.
Apa yang telah dilakukan oleh pihak polis untuk mengenalpasti dan mendakwa pegawai SPRM yang bertanggungjawab ke atas kematian Teoh Beng Hock?" soal beliau.

Lebih mengharukan lagi, sementara tiada pendakwaan dibuat terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas kematian Beng Hock, salah seorang pegawai SPRM yang menyoalsiasat mendiang kini dinaikkan pangkat sebagai Pengarah SPRM Sabah.

"Laporan Surhanjaya Siasatan Diraja jelas menyebut Hishammuddin Hashim sebagai 'ketua yang angkuh', yang juga merupakan timbalan pengarah SPRM Selangor pada waktu itu,"

"Bagaimana seorang pegawai dengan kualiti sedemikian dirasakan sesuai untuk dinaikkan pangkat mengetuai SPRM Sabah?

"Paul Low dan Tan Sri Abu Kassim mesti memberi penjelasan," ujar Nie Ching yang juga Penolong Setiausaha Publsiti DAP Kebangsaan.

Hishammuddin Hashim dan dua lagi disebut dalam laporan RCI sebagai bersalah menggunakan kekerasan melampau terhadap Beng Hock.

Bukan sahaja itu, pihak RCI juga memberitahu bahawa Hishamuddin telah berbohong ketika mengatakan beliau tidak tahu tentang laporan polis terhadap pegawainya kerana menggunakan kekerasan fizikal.

RCI juga diberitahu bahawa Hishammuddin telah mengarahkan seorang pegawai SPRM untuk memberi keterangan bahawa siasatan melibatkan Beng Hock tidak diketuai olehnya, bagi menyelindung peranan Hishammuddin dalam siasatan tersebut. – Roketkini.com


Tiada ulasan: