Isnin, 2 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kenaikan Harga RON95 1 Mac 2015 Naik Sebanyak 25 Sen? Mengapa Naik Banyak?

Posted: 02 Mar 2015 03:28 AM PST



SEMAK KOLEKSI GAMBAR 1 DARIPADA 3 GAMBAR
harga ron95 naik



Kenaikan Harga RON95 1 Mac 2015 Naik Sebanyak 25 Sen? Mengapa Naik Banyak? Dalam tempoh 6 bulan terakhir ini, rakyat Malaysia berhadapan dengan suatu tempoh yang panjang bagi perjalanan harga minyak di Malaysia. Ada masa naik, ada masa turun.

Dan terkini harga minyak bermula 1 Mac 2015 berlaku kenaikan sebanyak 25 sen menjadi harga minyak RON95 adalah RM1.95 seliter.

BACA SINI : Punca Pengusaha Stesen Minyak di Malaysia Rugi RM20K- RM100K 
Apabila Harga Minyak Turun & Boleh Gulung Tikar?

 

Sejarah Penurunan dan Kenaikan Harga RON95 Untuk 6 Bulan Terakhir?

  • September 2014 = RM2.10
  • Oktober 2014 = RM2.30
  • Disember 2014 = RM2.26
  • Januari 2015 = RM1.91
  • Februari 2015 = RM1.70
  • Mac 2015 = RM1.95
Berdasarkan semakan Berita Semasa harga minyak mentah dunia telah jatuh antara tempoh Disember 2014 sehinggalah pada awal Februari 2015, walaubagaimanapun Malaysia menghadapi kesukaran dek kerana kadar tukaran matawang ringgit Malaysia yang semakin terjejas teruk.

Itu sebablah kerajaan tidak menunggu masa yang lama untuk mengumumkan kenaikan harga RON95 naik 2015 pada 1 Mac 2015 sejumlah 25 sen sekaligus menyaksikan rakyat Malaysia berhadapan dengan masalah :
  • kenaikan harga RON95 naik dan juga….
  • penurunan kadar matawang ringgit Malaysia sekaligus
P/S : Diharapkan anak buah Hasan Malek lebih bekerja keras untuk memantau harga barangan di Malaysia. Bukan sekadar di duduk di kerusi panas sahaja.

Siasat segera 1MDB sebelum bukti dimusnahkan, kata ahli PAC Pakatan

Posted: 02 Mar 2015 03:24 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Tony Pua, sebahagian Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, antara ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyeru mereka yang terlibat dengan 1MDB dipanggil menjawab dakwaan mengenai syarikat itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mac, 2015. 
Tony Pua, sebahagian Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, antara ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyeru mereka yang terlibat dengan 1MDB dipanggil menjawab dakwaan mengenai syarikat itu. – Gambar fail The Malaysian Insider.



Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menggesa pengurusan tertinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disiasat segera sebelum semua bukti yang berkaitan dimusnahkan.

Mereka berkenaan menggesa bekas ketua eksekutif 1MDB, Shahrol Halmi, presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, syarikat audit KPMG dan Deloitte Malaysia, serta pegawai Kementerian Kewangan dipanggil menghadiri sesi pendengaran.

"PR memandang serius dakwaan dikeluarkan Sarawak Report mendakwa mendapat salinan dokumen yang membuktikan terdapat urus niaga mencurigakan dalam projek usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International di mana sekurang-kurangnya AS$700 juta sudah diselewengkan kepada syarikat berkaitan dengan Jho Low.

"Kami menyokong sebulat suara kenyataan Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed agar memanggil 1MDB dan para juruauditnya bagi menyiasat semua perkara berkaitan 1MDB. "Segala dokumen dan email berkaitan perlu dibawa dalam pendengaran awam berkenaan. Ini perlu dilakukan segera sebelum semua bahan bukti dimusnahkan," kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw, Datuk Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang), Datuk Kamarudin Jaffar (Tumpat), William Leong (Selayang) dan Tony Pua (Petaling Jaya Utara).

Semalam, PetroSaudi menafikan laporan tentang dana daripada 1MDB disalurkan kepada pihak ketiga, sambil menambah yang anak syarikatnya menerima keseluruhan wang tunai itu bagi sebuah syarikat usaha sama, sementara 1MDB mengesahkan ia menerima balik pelaburannya sepenuhnya dan juga membuat keuntungan.

Syarikat eksplorasi dan pengeluaran minyak swasta itu, dalam satu kenyataan berkata, sebaik 1MDB keluar daripada usaha sama itu, PetroSaudi membayar dana pelaburan strategik Malaysia itu sepenuhnya dan kedua-dua pihak tidak lagi ada sebarang hubungan kewangan atau perundangan.

"Kami ingin menyatakan secara mutlak yang semua dana dari 1MDB disalurkan ke entiti milik PetroSaudi, sebarang kesimpulan lain adalah palsu," kata syarikat itu dalam satu kenyataan sebagai respons kepada pendedahan terdahulu dibuat portal Sarawak Report.

PetroSaudi berkata ia akan mendapatkan nasihat mengenai tindakan undang-undang yang sesuai untuk diambil terhadap "tuduhan berniat jahat dan fitnah" itu.

Katanya, syarikat subsidiarinya menerima penuh AS$700 juta (RM2.5 bilion) dana yang didakwa dilarikan itu.

Ia menambah, syarikat itu sudah membayar AS$2.3 bilion kepada 1MDB dan syarikat Malaysia itu kini keluar daripada pelaburan itu.

Akaun 1MDB yang diaudit setakat 31 Mac 2014 menunjukkan syarikat itu menerima AS$2.3 bilion dan membuat keuntungan sebanyak AS$488 juta.

Dalam satu kenyataan berasingan, Arul berkata firma itu "mengambil maklum dan mengambil berat" dakwaan yang dilaporkan mengenai urusan perniagaannya dengan PetroSaudi.

"1MDB keluar daripada hubungan itu pada 2012 dan menerima kembali pelaburannya sepenuhnya dengan keuntungan sebanyak AS$488 juta.

"Fakta ini dan semua butiran berkaitan urus niaga ini, boleh disahkan dengan merujuk kepada akaun kami yang diaudit, yang boleh diperoleh umum di laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia," kata Arul.

Arul pada 21 Februari juga membuat kenyataan yang sama, mengulas kritikan terdahulu mengenai usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi.

Saya sedia jumpa PM di mahkamah, kata pengarah urusan Harakah

Posted: 02 Mar 2015 03:20 AM PST

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA


Pengarah urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob, yang berhadapan dengan saman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau bersedia berjumpanya di mahkamah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mac, 2015. 
Pengarah urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob, yang berhadapan dengan saman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau bersedia berjumpanya di mahkamah. – Gambar fail The Malaysian Insider 



Pengarah urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob sedia berjumpa Datuk Seri Najib Razak di mahkamah berhubung tulisannya yang disiarkan Harakahdaily bulan lepas.

Jumaat lepas, akhbar milik Umno Utusan Malaysia melaporkan perdana menteri menyaman portal tersebut kerana didakwa memfitnahnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kita setuju untuk jumpa perdana menteri di mahkamah," kata Rosli kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi petang ini selepas beliau menerima surat saman Najib. Keputusan itu dicapai selepas berbincang dengan peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin, yang juga ahli Parlimen Sepang, Sabtu lepas.

"Biarlah mahkamah yang membuat keputusan sama ada tulisan itu memfitnah beliau atau tidak," kata Rosli yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat berhubung artikel bertajuk "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?" yang dikeluarkan lidah rasmi PAS itu pada 19 Februari.

Najib menyifatkan artikel Rosli itu, yang mempersoalkan sama ada Riza – anak kepada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor – mendapat manfaat daripada 1MDB, satu "fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak lebih daripada sekadar pembohongan".

Hanipa pada satu sidang media hari ini mempertikaikan kenapa Najib tidak turut sama menyaman akhbar The New York Times yang menyiarkan tulisan asal dan dipetik oleh Rosli.

"Dalam surat peguam PM, ada tiga permintaan iaitu meminta tulisan itu ditarik balik, memohon maaf dan kalau setuju minta maaf, membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi.

"Peguam saya menasihatkan, kita tidak bersetuju dengan semua tuntutan itu dan akan menunggu surat saman sebenar dari perdana menteri," kata Rosli yang merupakan bekas penolong gabenor Bank Negara sebelum menyertai politik.

"Apabila menerima surat saman sebenar itu, kita akan putuskan apakah tindakan sebenarnya termasuk bertemu dengan perdana menteri di mahkamah," kata Rosli.

"Buat masa sekarang, kami tidak bercadang menarik balik tulisan itu atau memohon maaf," katanya.
Najib dalam surat melalui peguamnya menamakan Harakahdaily dan Rosli sebagai pihak yang dituntut.

Surat tuntutan saman itu dihantar kepada Harakahdaily oleh peguam Najib pada 26 Februari lalu.

"Selepas ini, terserahlah kepada mahkamah untuk tentukan sama ada tulisan itu memfitnah atau sebaliknya dan saya ada mempunyai hujah-hujah saya ketika menulisnya," katanya.

MH370 rentas Pulau Pinang sebagai memori terakhir juruterbang, lapor akhbar

Posted: 02 Mar 2015 03:15 AM PST

 Bulan ini, genap setahun tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga kini misterinya masihnya belum terungkai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mac, 2015.Bulan ini, genap setahun tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga kini misterinya masihnya belum terungkai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mac, 2015.

























THE MALAYSIAN INSIDER


 
Beberapa hari sebelum genap setahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kapten kanan Boeing 777 dengan syarikat penerbangan utama mendakwa misteri penerbangan itu angkara juruterbang.

 





























Teori Kapten Simon Hardy yang dilaporkan akhbar United Kingdom, Daily Mail hari ini mendakwa petunjuk utama ialah selepas pesawat merentasi sempadan Thailand dan Malaysia, pesawat berkenaan membuat pusingan U ke Pulau Pinang.

Hardy berkata, pesawat MAS itu dipandu secara emosional seperti penerbangan terakhir ke kampung halamannya ke Pulau Pinang.


"Penerbangan luar biasa ke Pulau Pinang mungkin satu-satunya petunjuk pelaku. Saya mengambil masa berbulan-bulan memahaminya. "Petunjuknya ialah Ayers Rock," Hardy dilaporkan berkata merujuk kawasan berbukit di Australia.

"Saya melakukan perkara yang sama di sana. Melihat ke bawah menyaksikan pemandangan yang indah. Seseorang membuat tatapan emosi terakhir di Pulau Pinang," katanya.

Pesawat MAS MH370 dipandu Kapten Zaharie Ahmad Shah yang berasal dari Pulau Pinang dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid dari Selangor.

Juruterbang Britain itu mendakwa selepas "penerbangan terakhir" itu dibuat, pesawat MH370 itu sengaja membuat pendaratan di tengah Lautan Hindi menjawab mengapa pesawat malang itu tidak pernah dijumpai.

Katanya, pencarian semasa oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) di selatan Lautan Hindi tersasar kira-kira 100 batu nautika daripada pesawat MH370 berada.

Teori Hardy itu turut disokong David Learmount daripada majalah Flight International, laman flightglobal dan pakar keselamatan penerbangan terkemuka di United Kingdom.

Learmount dipetik Daily Mail sebagai berkata: "Sejak Kapten Simon Hardy membuat pendedahan di Flightglobal/Flight International mengenai jangkaannya di mana MH370 berada, ATSB ketua pencarian MH370 berborak panjang dengannya."

Laporan itu menambah ATSB mendapati teori Hardy mempunyai kredibiliti.

Penerbangan MH370 hilang kurang sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur dalam perjalanan menuju ke Beijing 8 Mac tahun lalu. Kebanyakan daripada 239 penumpang pesawat itu adalah warganegara China.

Kerja pencarian pesawat MH370 meliputi kawasan Laut China Selatan, Selat Melaka, Lautan Andaman dan selatan Lautan Hindi melibatkan 65 pesawat, 95 kapal dan pakar dari 25 buah negara.

Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Penerbangan Awam pada 29 Januari lalu mengisytiharkan pesawat MH370 "hilang dalam kemalangan melibatkan 239 penumpang dan anak kapalnya terbunuh".

Neng Yatimah semakin uzur

Posted: 02 Mar 2015 03:06 AM PST

ANTARAPOS,COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Seniwati Neng Yatimah kini dikhabarkan semakin uzur sejak kematian menantunya seniman Datuk Mustapha Maarof akhir tahun lepas.
 
Bintang air mata berusia 91 tahun ini turut mengalami masalah jantung dan kanser kolon.
 
Beliau atau nama sebenarnya Buntat Ahmad kini dijaga cucu saudaranya Isa Sawi di Singapura.
 
Menurut cucunya Azlynna Mustapha, setelah disahkan menghidap kanser, neneknya telah beberapa kali menerima rawatan di hospital namun selepas itu beliau enggan meneruskan rawatan susulan.
 
"Nenek kata dia tak nak (rasa) sakit setelah diberi rawatan susulan. Dia ada beritahu untuk menghembuskan nafas terakhirnya di Singapura seperti Allahyarham suaminya Jasni Ahmad yang dikebumikan di Singapura," katanya.
 
Menurut Azlynna, walaupun keluarganya telah beberapa kali meminta Mak Neng (panggilan dalam keluarganya) menetap di Malaysia, namun beliau menolak atas alasan ingin menghabiskan sisa hidupnya di Singapura.
 
"Mak Neng kini sudah berusia 91 tahun dan semakin uzur, keluarganya cuma mahukan dia menikmati hidupnya dengan baik," katanya.
 
Azlynna berkata ketika bapanya (Datuk Mustapha Maarof) meninggal dunia, Mak Neng amat tertekan sehingga menjejaskan kesihatannya.
 
"Setelah kematian anaknya Allahyarham Roseyatimah, hubungan Mak Neng dengan menantunya (Mustapha Maarof) amat rapat. Setiap kali bulan puasa, arwah akan mengirimkan duit ke Singapura untuk ibu mentuanya itu," katanya.
 
Roseyatimah meninggal pada tahun 1987.
 
Neng Yatimah merupakan pelakon hebat filem Melayu tahun 1950-an dan 1960-an yang terkenal menerusi filem seperti Air Mata Duyung, Jiran Sekampung, Laila Majnun, Seri Mersing, Racun Dunia dan Mama oh Mama.

STPM 2014: Prestasi keseluruhan meningkat - MPM

Posted: 02 Mar 2015 03:02 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
  
 
KUALA LUMPUR: Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2014 menyaksikan peningkatan pencapaian calon dalam semua kriteria pengukuran pencapaian calon dalam peperiksaan.
 
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Profesor Datuk Dr Mohd Noh Dalimin berkata, kriteria berkenaan adalah dari segi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) negara, peratusan calon yang mendapat PNGK 4.00, PNGK 3.50 ke atas, PNGK 2.00 hingga 3.49, peratus calon yang mendapat A dalam lima dan empat mata pelajaran, peratus lulus penuh dan penurunan peratus calon gagal.
 
"PNGK negara dalam peperiksaan STPM 2014 meningkat kepada 2.62 daripada 2.57 pada STPM tahun 2013.
 
"Min PNGK sekolah kerajaan meningkat daripada 2.55 pada tahun 2013 kepada 2.62 pada peperiksaan STPM 2014," katanya ketika mengumumkan keputusan STPM 2014 di sini, hari ini.
 
PNGK 4.00 bagi STPM 2014 meningkat kepada 0.91 peratus atau 390 calon berbanding 0.89 peratus atau 492 calon pada STPM 2013.
 
Mohd Noh berkata, walaupun peratusan calon pada PNGK meningkat, bilangan calon mengikut PNGK bagi 2014 berkurangan berbanding 2013 disebabkan kemerosotan bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki STPM 2014.
 
"Peratusan calon yang mendapat PGNK 3.50 ke atas juga meningkat kepada 9.09 peratus atau 3,895 calon berbanding 8.18 peratus atau 4,516 calon dalam STPM 2013.
 
"Peningkatan peratusan juga telah ditunjukkan pada PNGK antara 2.00 hingga 3.49 iaitu kepada 73.85 peratus atau 31,647 calon berbanding STPM 2013," katanya.
 
Peratusan calon yang mendapat lulus penuh dalam lima hingga satu mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan 0.96 peratus iaitu 97.81 peratus atau 41,915 calon berbanding 96.85 peratus atau 53,494 calon pada tahun 2013.
 
Bagi lulus penuh dalam empat mata pelajaran mendapat peratusan tertinggi tahun ini iaitu 63.80 peratus atau 27,342 calon.
 
"Sebanyak 10 calon yang mengambil lima mata pelajaran mendapat gred A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil, berbanding lapan calon pada 2013.
 
"Manakala bilangan calon yang gagal menunjukkan penurunan iaitu hanya 57 calon (0.13 peratus) berbanding 112 calon (0.20 peratus) pada STPM 2013," katanya.
 
Sementara itu, Mohd Noh yang juga Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berkata, daripada 23 mata pelajaran yang ditawarkan, 10 mata pelajaran menunjukkan peningkatan dalam prestasi lulus penuh iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Geografi, Ekonomi, Matematik Lanjutan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Kimia.
 
Dua mata pelajaran mengalami penurunan prestasi lulus penuh iaitu Kesusasteraan Inggeris dan Biologi manakala 11 lagi mata pelajaran tidak berubah prestasinya.
 
Selain itu, Mohd Noh berkata jurang prestasi calon bandar dan luar bandar didapati semakin mengecil dengan min PNGK calon bandar ialah 2.64 berbanding min PNGK luar bandar 2.54.

Cabar ROS: Peluang MIC menang samar

Posted: 02 Mar 2015 03:01 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic



SHAH ALAM: Peluang MIC mahu mendapatkan semakan semula terhadap keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) daripada mahkamah adalah tipis, demikian menurut penganalisis politik, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian.

Katanya, MIC perlu melihat bagaimana ia menafsir perlembagaan partinya dan pada masa yang sama bagaimana mereka mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh RoS.

"Peluang untuk kemenangan berpihak kepada MIC bergantung kepada sejauh mana MIC mempunyai keyakinan bahawa mereka mampu menukar apa sahaja keputusan yang dibuat RoS, sedangkan RoS sendiri sebelum ini cuba berkompromi agar ia tidak dibawa ke mahkamah kerana ada RoS mempunyai bukti yang boleh menyebabkan MIC tidak menerima keputusan yang mereka dimahukan," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Hari ini Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel dan tiga lagi pemimpin parti memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan RoS yang sebelum ini mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula beberapa jawatan, termasuklah timbalan presiden.

Permohonan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi 24 Februari lalu, dan akan didengar pada 9 Mac depan.

Pada 6 Januari lalu, RoS mengeluarkan surat kepada MIC untuk menggesa parti itu mengadakan pemilihan semula dalam tempoh 30 hari, bahagian (60 hari) dan pusat (90 hari) (dari tarikh 31 Januari) adalah muktamad.

Susulan itu, pelbagai pihak termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menggesa Palanivel untuk mengikut arahan RoS itu demi menamatkan perbalahan dalaman parti itu.

RoS juga mahukan parti itu dikelolakan oleh jawatankuasa pusat MIC penggal 2012, sekali gus mengundang kemarahan Palanivel yang menuduh badan itu bertindak melanggar perlembagaan MIC.

Sivamurugan dalam pada itu mempersoal tindakan 'u-turn' yang diambil Palanivel yang sekaligus mengingkari kesepakatan bersama yang dicapai antara MIC dan pemimpin utama Barisan Nasional (BN), termasuk Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Dalam konteks ini saya percaya banyak ruang diberi kepada MIC supaya pemilihan semula dilakukan malah pihak-pihak itu juga bersetuju. Namun mereka buat keputusan yang sebaliknya dari apa yang telah dipersetujui bersama PM, TPM dan pemimpin lain," ujarnya lagi.

Untuk rekod, RoS mengisytiharkan pemilihan parti itu sebagai terbatal dan tidak sah bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang diadakan semasa perhimpunan agung MIC pada November 2013.

Sokong atau tidak PAS tetap bentang rang undang-undang hudud di Parlimen

Posted: 02 Mar 2015 02:59 AM PST

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic



SHAH ALAM: Sama ada mendapat sokongan diperlukan atau tidak PAS Kelantan tetap akan membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 ke Parlimen, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Katanya, walaupun terdapat Ahli Parlimen yang tidak akan memberikan undi serta menyatakan sokongan kepada parti itu ketika sesi pembentangannya nanti ia bukan pertimbangan utama.

"Sama ada menyokong atau tidak, itu adalah perkara kedua selain memastikan rang undang-undang persendirian tersebut dapat dibentangkan pada Mac ini.

"Tanggungjawab kami membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen, dengan harapan ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam menyokongnya.

"Berjaya atau tidak kita cuba dahulu," katanya menerusi Whatsapp kepada AntaraPos.

Beliau mengulas kenyataan penganalisis politik, Wan Saiful Wan Jan yang membayangkan rancangan PAS melaksanakan hudud di Kelantan dengan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tidak akan berjaya.

Wan Saiful berkata, ini ekoran parti tersebut tidak mempunyai cukup kerusi menyokongnya, selain halangan sedia ada dari segi prosedur Parlimen.

Tambahan katanya, PAS hanya mempunyai 21 kerusi Persekutuan dan sekalipun semua 87 ahli Parlimen Umno, 2 wakil Islam dari DAP dan 16 dari PKR memberi sokongan kepada hudud, undi mereka masih tidak cukup membentuk dua pertiga (148 undi) yang diperlukan daripada 222 kerusi Parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Kelantan akan mengadakan Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) bulan ini.

Mohd Amar sebelum ini berkata, antara tujuan rang undang-undang persendirian itu ialah meminta kelulusan Parlimen untuk menaikkan had hukuman supaya memenuhi kehendak al-Quran dan sunnah.

“Dr Hatta seperti Abang, saya perlu bantu dia” – Anthony Loke

Posted: 02 Mar 2015 02:47 AM PST

AL5
AL6 

Roketkini.com

Setiausaha Organisasi, Anthony Loke Siew Fook adalah individu paling sibuk sepanjang bulan lalu. Diamanahkan sebagai Pengarah Misi Bantuan Bencana Banjir DAP, beliau bertanggungjawab merancang, menyelaras dan mengagihkan bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia dari seluruh negara kepada mangsa banjir di negeri-negeri Pantai Timur.

Walaupun nampak sedikit keletihan, namun dilihat bersemangat untuk berkhidmat membantu saudara se-Malaysia yang menghadapi masa sukar. Malah usaha dan bantuan tidak hanya ketika bencana, malah rencana bantuan dilanjutkan ke fasa pemulihan pasca-banjir.

Justeru itu, sebagai antara individu terawal tiba, malah mungkin yang terakhir meninggalkan kawasan bencana, barangkali ada nukilan yang mahu dititipkan buat pembaca Roketkini.

Bagaimana suasana selepas banjir di Kelantan?
banjir-kuala-krai
Saya rasa kemusnahan yang berlaku di Kuala Krai dan Manek Urai sangat dahsyat. Ada kampung yang dihanyutkan kesemuanya, memerlukan moblisasi kerajaan.

Banyak kawasan yang mana mangsa mengalami keadaan dimana semua harta bendanya musnah. Keadaan ini memerlukan tindakan pantas dan mobilisasi termasuk dari tentera.

Pertamanya untuk mengelak wabak penyakit dan memastikan keselamatan penduduk. Walaupun banjir surut, tetapi keadaan di lapangan sangat teruk. Banyak sampah tak dikutip. Rumah musnah dan ada penduduk masih belum dapat penempatan semula. Ini sebabnya perhatian lebih besar perlu diberikan pihak kerajaan.

Tidakkah darurat menyebabkan parti politik dan NGO dilarang akses dan memberi pandangan, kerana keadaan itu dimonopoli pihak berkuasa?

ALSaya rasa boleh ada koordinasi dengan pihak kerajaan. Ini bukannya darurat perang atau darurat keselamatan. Ini darurat bencana.

Saya rasa itu dimaksudkan saudara Lim Kit Siang. Kita memerlukan koordinasi dari pihak kerajaan dan agensinya untuk bekerjasama bersama NGO, parti politik dan orang ramai.

Orang ramai ingin menghulurkan bantuan dan bersimpati dengan mangsa banjir. Ini menunjukkan semangat rakyat Malaysia. Saya rasa kerajaan tidak ambil peluang ini untuk menyatukan rakyat.

Kalau ada usaha bersepadu dijalankan, sudah tentu dapat menyemarakkan perpaduan. Keadaan ini disia-siakan oleh kerajaan. Mereka tidak ambil endah dengan cadangan yang kita lontarkan.

DAP kelihatan fokus kepada tempat seperti Temerloh, Kuala Krai dan Gua Musang. sedangkan kawasan ini bukan lokasi kebiasaan gerak kerja DAP.

Secara umumnya di negeri Kelantan, kehadiran DAP amat minimum, lebih-lebih lagi di Kuala Krai dan Gua Musang. Tetapi kita melihat kepada keperluan. Mengapa kita banyak beri tumpuan di Kuala Krai dan Gua Musang?

Manek_UraiSemua pihak bersetuju bahawa kerosakan dan kemusnahan paling teruk dialami di Kuala Krai, diikuti di Gua Musang. Di Mentakab dan Temerloh memang diberi perhatian kerana kawasan ini memiliki ADUN daripada DAP. ADUN kita terlibat dengan operasi bantuan. Memang ada sebab mengapa perhatian secara khusus.

Yang pertama melihatkan kemusnahan. Semua yang datang bersetuju keadaan di Manek Urai dan Kuala Krai menimbulkan perasaan yang amat pilu. Kemusnahan luar biasa dirasai. Itu sebabnya ada keperluan untuk kita berikan kepada mangsa di Kuala Krai. Ramai di kalangan mereka menghadapi kemusnahan segala-galanya. Difahamkan lebih 1,000 rumah musnah.

Kuala_KraiSebab yang kedua adalah sebab peribadi. Saya membantu di Kuala Krai kerana saya amat bersimpati dengan Ahli Parlimen Kuala Krai, sahabat baik saya di Parlimen, iaitu Dr Hatta Ramli. Memang diketahui ramai bahawa beliau pemimpin dikenali ramai, disukai dan popular bukan sahaja di kalangan ahli PAS, tetapi di kalangan rakan Pakatan Rakyat.

Saya sendiri ada hubungan rapat kerana saya mengenali beliau dan YAB Azmin Ali semasa berkhidmat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) penambahbaikan pilihan raya pada 2012.

Selama enam bulan, kita bersama-sama bermesyuarat, membuat lawatan ke luar negara dan sebagainya. Semasa berkhidmat dalam PSC, kami amat rapat sekali. Semenjak itu saya anggap beliau sebagai seorang abang, dan sahabat yang baik di Parlimen.

Kalau saya meletakkan diri saya dalam keadaan beliau, tak tahu bagaimana hendak menghadapinya melihatkan kepada kemusnahan yang teruk. Saya amat bersimpati. Apa yang baik tentang Dr Hatta adalah – beliau seorang yang amat positif. Walaupun menghadapi keadaan yang begitu mencabar, masih boleh memberikan senyuman. Beliau seorang yang amat kuat semangat, peramah dan positif.

JpegDari sudut parti rakan dalam Pakatan Rakyat, saya secara peribadi berusaha sedaya-upaya membantu dan memastikan segala sumber sama ada dari segi bekalan makanan dan bahan-bahan keperluan mencukupi dihantar kepada pusat khidmat beliau di Kuala Krai. Itu sekurang-kurangnya yang mampu kita lakukan. Dana yang dikutip sebahagiannya disumbangkan kepada Pusat Khidmat Parlimen Kuala Krai.

Ini antara sedikit sebanyak yang cuba saya usahakan dalam kemampuan untuk membantu, bukan sahaja seorang kawan yang menghadapi kesusahan, tetapi kepada rakyat Malaysia di Kuala Krai yang kini menghadapi kedudukan yang amat mencabar.

AL4Terdapat rungutan daripada mangsa banjir bahawa barangan bantuan tidak diagihkan agensi Pusat, hanya diletakkan di pusat pengumpulan. Apa pandangan saudara?

Dalam keadaan malapetaka dan bencana, adalah sesuatu yang amat malang kalau ada sikap memilih-milih. Kita memberikan arahan kepada semua sukarelawan dan petugas supaya mengagihkan bantuan kepada semua mangsa secara adil. Hampir semua penduduk di Kuala Krai adalah mangsa. Tak ada unsur pilih kasih. Kita beri kepada sesiapa yang memerlukan.

AL8Dalam bencana kita tidak mahu ada keadaan dimana mangsa hanya melihat bantuan, namun tidak sampai ke tangan mereka. Kita memastikan barangan tu diagihkan kepada mangsa sebaik mungkin.

Walaupun ada kelemahan dari segi agihan, tetapi sebaik mungkin tambahan barangan kita agihkan. Kita ada tanggungjawab besar memastikan sumbangan orang ramai sampai. Rakyat di negeri lain memberi kepercayaan kepada kita membawa barangan dan wang ringgit, dan tanggungjawab kita adalah sampaikan kepada mangsa.

Melihatkan keadaan mangsa banjir masih belum pulih dan memerlukan dokongan berterusan, apakah DAP ada perancangan tertentu membantu mereka?

impian_kelantan-01Memang ada usaha berterusan. Takkan berakhir dari segi sumbangan sahaja. Kita akan teruskan kerjasama dengan rakan-rakan, khususnya dalam PAS yang ada inisiatif. Pemimpin seperti Datuk Husam Musa, bekas speaker DUN Kelantan Cikgu Rahim, Dr Hatta dan Dr Dzulkefly Ahmad mempunyai perancangan membina semula kampung dan penempatan sementara untuk mangsa banjir yang kehilangan rumah dan mereka yang tinggal sehelai sepinggang.

Ada rancangan lebih menyeluruh untuk membina semula dan membaiki rumah. Pihak DAP akan beri sokongan. Kalau perlu kerjasama dari segi tenaga manusia. kita akan berikan sumbangan tenaga manusia. Kita akan mengerahkan ahli kita untuk turun bergotong-royong membina rumah dan penempatan sementara. Kita akan teruskan bukan sahaja sokongan kewangan, tetapi sumber tenaga manusia.

kedai-rosakBagaimana dengan masyarakat perniagaan yang terjejas?

Komuniti perniagaan terjejas teruk. Mereka memerlukan bantuan. Seperti yang dicadangkan saudara Lim Kit Siang, kerajaan Pusat perlu menubuhkan dana pinjaman tanpa faedah kepada peniaga kecil menghidupkan semula perniagaan mereka.

Semua peniaga terjejas akibat banjir dan menghadapi masalah modal pusingan. Sekiranya mereka ingin membuat pinjaman daripada bank, sudah tentu sukar kerana kebanyakan mereka tentu tidak dapat membuat pinjaman. Bank akan mengambil masa selain pelbagai syarat dan prosedur yang perlu dipatuhi.

AL3Masalahnya, isu ini serius dan perlu dibahas dan diputuskan melalui undang-undang. Bagaimana DAP mahu melakukannya?

Parlimen akan bersidang pada 9 Mac. Sudah tentu isu banjir menjadi tumpuan. Kita akan persoalkan dan pastikan perbelanjaan itu secara telus. Perlu ada bantuan daripada kerajaan berbentuk dana tanpa faedah.

Cadangan ini perlu dilaksanakan segera oleh Pusat kerana kerajaan negeri tidak berkemampuan melakukannya. Kerajaan Pusat dengan kerjasama bank-bank swasta boleh bekerjasama melalui jaminan untuk membenarkan pinjaman.

AL9

Walaupun bencana berlaku di Kelantan dan negeri-negeri di Pantai Timur dimana tradisinya tidak ada penampilan dan bukannya kawasan tradisi DAP, seluruh pimpinan turun padang termasuk saudara Lim Kit Siang dan Lim saudara Guan Eng.

Ini adalah manifestasi kemanusiaan menjangkau fahaman politik. Walaupun sebelum ini ada masalah dengan PAS, khususnya PAS Kelantan berhubung isu Hudud, namun kita ketepikan politik terlebih dahulu. Ini melibatkan isu hidup-mati rakyat. Bagi kita, isu kemanusiaan mengatasi segala-galanya.

Kita akan membantu terutamanya PAS yang menjadi pemerintah di Kelantan. Dan PAS adalah rakan dalam Pakatan Rakyat. Adalah tanggungjawab kita untuk turun membantu, bukan sahaja di Kelantan, tetapi juga di negeri-negeri Pantai Timur secara amnya. – Roketkini.com

'Berhenti kata parti semenanjung menjajah'

Posted: 02 Mar 2015 02:39 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Rakyat Sarawak harus tahu bahawa PKR sebuah parti nasional yang berjuang untuk pelbagai peringkat, termasuk demi kepentingan rakyat negeri itu, tidak seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata PKR.

Oleh itu, kata timbalan presidennya Azmin Ali, PKR boleh memperjuangkan banyak isu termasuk 20 peratus royalti minyak Sarawak, mempengaruhi dasar kerajaan dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pelantikan dan perpindahan penjawat awam serta isu-isu agama.

"PBB sebuah parti negeri yang tiada kuasa dalam isu ini," kata Azmin yang juga menteri besar Selangor.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sebelum ini memberitahu rakyat Sarawak supaya tidak mengundi PKR, DAP dan PAS yang "berasaskan semenanjung".

"Kamu patut berhenti gelar kami parti Malaysia barat yang mahu 'jajah' Sarawak.

"Semua ini mengarut," katanya sewaktu melancarkan pusat perkhidmatan PKR Mambong di Siburan, kira-kira 17 batu daripada Kuching semalam.

Ini lawatan pertama Azmin ke Sarawak sebagai menteri besar.

Beliau dalam rangka lawatan tiga hari ke negeri itu.

Jamil: Sekolah agama tak lahirkan ekstremis

Posted: 02 Mar 2015 02:38 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Tanggapan kononnya sekolah aliran agama merupakan medan melahirkan golongan ekstremis atau terlibat dengan kumpulan seperti militan IS adalah tidak berasas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
  
Beliau berkata mutakhir ini, persepsi sebegitu kerap kedengaran.
  
"Mereka yang terlibat dalam kegiatan ini bukanlah daripada bidang agama, kalau kita lihat tidak sampai 10 peratus pun... Kegiatan ini hasil fenomena dan kemunculan baru seperti media sosial dan online dalam Youtube, Instagram, Facebook dan sebagainya.
  
"Kita lihat menerusi media online itu ada pendekatan untuk merekrut mereka yang terlibat dalam kegiatan ini sama ada dalam kalangan lelaki atau wanita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Hidayatul Islamiah di Pulau Betong dekat Balik Pulau hari ini.
  
Beliau berkata sebaliknya sekolah aliran agama membolehkan asas pendidikan ditanam dengan lebih tersusun dan berkesan selain memberikan ruang kepada generasi muda mendalami ilmu dengan lebih terperinci.

Sekolah agama merupakan satu tempat yang paling tepat untuk memberikan pendedahan serta mekanisme terbaik kepada generasi kini untuk memahami apakah segala perkara yang dilakukan itu bercanggah dengan Islam atau sebaliknya, katanya.
  
Jamil Khir berkata tanggapan dan isu-isu yang sering dimainkan itu secara tidak langsung menyebabkan kekeliruan anak-anak dalam bidang keagamaan.-Bernama

Harapan suram Anwar ke Parlimen?

Posted: 02 Mar 2015 02:35 AM PST

MALAYSIAKINI



 


Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir sidang Dewan Rakyat pada Isnin ini semakin suram apabila Speaker tidak membuat sebarang persetujuan kerana masih berada di luar negara.

Malaysiakini dimaklumkan Tan Pandikar Amin Mulia berada di luar negara sehingga 8 Mac, sehari sebelum persidangan bermula.

Sementara timbalannya Datuk Seri Ronald Kiandee enggan mengulas status ketua pembangkang, yang kini dipenjara atas kesalahan meliwat. Anwar masih kekal sebagai ahli parlimen sementara menunggu keputusan Lembaga Pengampunan.

"Anda kena semak dengan speaker," kata Kiandee memberi tahu Malaysiakini hari ini.

Anwar telah menjawab undangan untuk hadir sidang Dewan Rakyat mulai 9 Mac.

Ketua whip PKR Datuk Johari Abdul (kanan) telah menyampaikan surat tersebut kepada Pandikar pagi ini.

"Saya berharap Pandikar akan membuat keputusan tidak lama lagi.

"Saya harap dia akan menggunakan kebijaksanaan dan kuasa sebagai speaker untuk membuat keputusan yang sewajarnya untuk Anwar menghadiri sesi tersebut," kata Johari pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, sekiranya Pandikar tidak membenarkan Anwar menghadiri sidang Parlimen yang akan diadakan pada 9 Mac depan, ia menunjukkan speaker itu menentang perlembagaan.

Ini kerana, katanya, mengikut perlembagaan, Pandikar tidak mempunyai sebarang hak untuk menghalang Anwar daripada menghadiri sidang itu.

"Mengikut Perlembagaan Persekutuan tiada halangan untuk dia (Pandikar) menghalang," katanya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum ini, Anwar mendapat kad jemputan ke sidang Parlimen daripada yang dipertua dewan.

Surat rasmi itu dihantar menggunakan sampul surat bertulis "Urusan Seri Paduka Baginda".

Mustafa: Hadi boleh menang, Mat Sabu dicabar

Posted: 02 Mar 2015 02:33 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali yakin Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan kekal sebagai Presiden PAS tanpa bertanding, pada pemilihan parti itu Jun ini.

Mustafa berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pemimpin dalam parti itu yang akan mencabar Abdul Hadi.

"Setakat yang saya tahu tidak ada pertandingan bagi jawatan presiden," katanya kepada pemberita selepas majlis kutipan dana pasca banjir di Kota Bharu hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob merasmikan majis tersebut yang turut dihadiri ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood.

Mengenai jawatan timbalan presiden PAS yang disandang Mohamad Sabu, Mustafa berkata jawatan itu dijangka akan berlaku pertandingan.

Mustafa berkata Mohamad Sabu juga akan dipanggil dalam tempoh terdekat ini oleh jawatankuasa khas siasatan parti berhubung wujudnya komplot untuk menjatuhkan Abdul Hadi.

Sementara itu, mengulas perkara sama, Hassan yakin Abdul Hadi akan kekal sebagai presiden PAS tanpa dicabar oleh mana-mana pihak.

"Sekarang ini tidak ada tokoh untuk menandingi dia (Abdul Hadi). Setakat ini Abdul Hadi adalah yang terbaik di kalangan kita.

"Kekuatan PAS ialah Islam, pemimpin tertinggi (presiden) mesti orang yang menguasai Islam dari segi ilmunya, bahasa Arab, berwibawa dan mampu mentadbir," katanya. - Bernama

Isteri sukarelawan polis maut dikelar

Posted: 01 Mar 2015 11:27 PM PST


Isteri sukarelawan polis maut dikelar Yashmin dipercayai dikelar penjenayah dalam bilik tidur ini.
 
 
GUA MUSANG - Rasa tidak sedap hati seorang anggota sukarelawan polis terhadap keselamatan isteri dan tiga anak di rumah ibarat petanda kejadian menimpa keluarganya apabila isterinya maut dikelar dalam kejadian samun, awal pagi semalam.

Mohd Azrul Isahak, 30, menemui isterinya, Yashmin Fauzi, 26, berlumuran darah dengan kesan kelar di leher dan terbaring di jalan hadapan rumah mereka di Kampung Batu Papan, di sini kira-kira jam 2.50 pagi.

Mohd Azrul yang melihat kejadian itu terus memanggil bapanya, Isahak Deris, 52, untuk membawa mangsa ke Hospital Gua Musang (HGM), namun mangsa meninggal dunia jam 6.40 pagi selepas empat jam menerima rawatan.

Menurut Mohd Azrul, dia baru memulakan tugas jam 1 pagi dan rasa tidak sedap hati dengan keselamatan isterinya di rumah menyebabkan beliau bergegas pulang dan terkejut dengan apa yang berlaku.

Katanya, isterinya sedang tidur dalam bilik ketika dia keluar bekerja, sebelum penjenayah yang dipercayai lebih daripada seorang itu menceroboh masuk menerusi pintu dapur.

Bagaimanapun, beliau berkata, ketiga-tiga anak lelakinya berumur lima bulan, lima dan enam tahun yang berada dalam bilik sama tidak dicederakan.

"Isteri saya ditinggalkan di tengah jalan hanya 100 meter dari rumah.

"Saya mengesyaki isteri saya itu dikelar dalam bilik tidur sebelum diheret keluar dan ditinggalkan di tengah jalan," katanya.

Mohd Azrul berkata, dia dan isteri tidak pernah bermusuh dengan sesiapa dan tidak menyangka penjenayah itu sanggup berlaku kejam ke atas isterinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Pas berpecah kerana Pasma, bukan ulama-profesional

Posted: 01 Mar 2015 11:25 PM PST


Mohd Zuhdi Marsuki Mohd Zuhdi Marsuki
 
 
SHAH ALAM - Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marsuki meramalkan berlakunya perpecahan Pas selepas Muktamar Tahunan Pas 2015 yang dijangka berlangsung pada 1 Jun depan.

Menurutnya, keyakinan berkenaan disuarakannya selepas membuat penilaian dan kajian mendalam terhadap konflik dalaman yang tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh pemimpin Pas.

"Sebagai contoh, isu Menteri Besar Selangor tahun lalu, wujud percanggahan pendapat yang ketara seolah-olah ada dua kumpulan dalam Pas sering berselisih pendapat sehingga tidak dapat mencapai kata sepakat.

"Dua kumpulan ini adalah golongan yang terbahagi kepada dua iaitu satu menggunakan pendekatan lama dan satu lagi menggunakan pendekatan baharu iaitu Pasma," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, golongan ulama dan profesional dalam Pas bukan ancaman kepada perpecahan parti berkenaan tetapi dengan kewujudan Pasma yang dilihat menjadi duri dalam daging.

"Sebagai contoh kewujudan Pasma pada masa sekarang tidak lagi bergerak sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sebaliknya dilihat berusaha untuk menjadi sebuah parti politik.

"Mereka (Pasma) dilihat lebih diterima oleh DAP berbanding Pas dalam isu melibatkan soal agama kerana Pasma dilihat lebih bertolak ansur berbanding  kami (Pas) yang lebih tegas menegakkan kesucian Islam," katanya.

Dr Mohd Zuhdi mendakwa, Pasma sedang berusaha menguasai Pas dengan cuba menyusun barisan pemimpin dan direalisasikan melalui muktamar tahun ini.

"Jika mereka (Pasma) tidak berjaya, saya jangka Pasma akan menjadi sebuah parti dan bakal menggantikan Pas dalam PR.

"Jika kita perhatikan dalam dunia gerakan Islam di Asia Barat memang berlaku perpecahan kerana wujud dua kumpulan iaitu kumpulan yang lebih liberal dan kumpulan yang pertahan Islam," katanya.

Presiden MIC cabar ROS di mahkamah

Posted: 01 Mar 2015 11:17 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Presiden MIC G Palanivel, Naib Presiden S Sothinathan dan dua lagi memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) terhadap parti mereka.

Dalam permohonan dibuat pada 24 Februari itu, menteri dalam negeri dinamakan sebagai responden.

ROS berada bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Difahamkan bahawa kebenaran sama ada semakan kehakiman itu akan didengar berdasarkan meritnya akan diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Asmabi Mohamad, Isnin depan.

Selain Palanivel Sothinathan, pegawai MIC A Pakas Rao dan S Balakrishnan turut terlibat dalam permohonan itu.

Apa dikecoh gesa presiden PAS undur?

Posted: 01 Mar 2015 11:13 PM PST

DR ROSLI ALLANI ABDUL KADIR


 
 
 
 
Pemuda PAS Kota Bharu ingin melahirkan rasa dukacita ke atas kemelut yang berlaku di dalam PAS menjelang pemilihan kepimpinan parti Jun ini.

Cara kita menangani kritikan memperlihatkan seolah-olah PAS adalah sebuah parti yang tertutup, mana-mana ahli yang menegur pimpinan dianggap telah melakukan kesalahan.

Jika ada ahli yang menyarankan mana-mana pimpinan parti mengundurkan diri maka ahli ini dikatakan telah melakukan dosa besar, tidak wala' kepada pimpinan.

Dalam soal ini, Pemuda PAS Kota Bharu ingin mengimbau kembali tindakan yang telah dibuat oleh almarhum Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz (kiri), ketika PAS berkemelut pada tahun 1982 dahulu.

Dalam laporan bertajuk "Nik Aziz akui krisis dengan Asri: Masalah dalam pilihan raya umum lalu", Tuan Guru Nik Aziz mempertikaikan tindakan Datuk Asri melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Calon PAS Kelantan dan cara pemilihan calon PAS dalam pilihan raya umum 1982.

Tuan Guru Nik Aziz secara terbuka mengkritik presiden PAS pada waktu itu, Datuk Asri, dalam akhbar Berita Harian pada 6 Julai 1982.

Kata Tuan Guru Nik Aziz, sepatutnya beliau yang menjadi pesuruhjaya PAS Kelantan dilantik mengetuai jawatankuasa tersebut, bukan Datuk Asri.

Beliau malah menyebut dalam laporan tersebut betapa beliau telah diperalatkan oleh Datuk Asri. Apa tindakan Datuk Asri terhadap Tuan Guru Datuk Nik Aziz pada waktu itu?

Tiada apa tindakan pun. Begitulah terbukanya PAS pada waktu itu.

Tiada tindakan pada Nik Aziz

Begitulah juga dalam soal menggesa pimpinan parti mengundurkan diri di mana Tuan Guru Nik Aziz secara terbuka telah menggesa Datuk Asri mengundurkan diri sebagai presiden PAS dalam majalah Mingguan Bumi pada 23 Oktober 1982.

Kata beliau, dalam laporan bertajuk "Asri, Sikap Nik Aziz" ini, Tuan Guru Nik Aziz menyebut "sudah sampailah saat dan ketikanya Datuk Asri mengundurkan diri dari pucuk pimpinan PAS secara terhormat".

Datuk Asri seharusnya menyerahkan kepimpinan PAS kepada anak buahnya di waktu beliau masih sihat dan fikirannya masih diperlukan.

Beliau juga mengkiaskan kedudukan Datuk Asri pada waktu itu dengan jawapan Rasulullah SAW kepada pertanyaan seorang sahabat tentang saat dan ketika yang paling baik untuk bersedekah.

Jawapan Rasulullah ialah, sebaik-baik ketika untuk bersedekah atau memberi kekayaan kepada orang lain ialah pada waktu kita masih sihat dan sangat-sangat memerlukan kekayaan.

Kata Tuan Guru Nik Aziz lagi, kalau kita sudah sakit terlantar, kita tidak perlu bersedekah lagi, sebab kalau kita tidak beri pun orang akan merampas kerana kita sudah tidak terdaya lagi.

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz ini dibuat menjelang Muktamar Tahunan PAS 1982, waktu tempoh mandat Datuk Asri sebagai presiden PAS belum berakhir lagi kerana mandat hanya akan tamat pada tahun 1983.

Apa tindakan Datuk Asri terhadap Tuan Guru Datuk Nik Aziz pada waktu itu? Sekali lagi, tiada apa tindakan pun.

Baiah 30 tahun lalu

Jadi, di dalam konteks ini, apalah yang perlu dikecohkan dengan gesaan supaya Presiden PAS mengundurkan diri yang dibuat oleh sesetengah ahli PAS sekarang?

Apa lagi bila mandat kepimpinan presiden PAS sekarang akan berakhir tahun ini, kerana sedangkan seruan serupa waktu mandat masih ada pada tahun 1982 dahulu pun tidak pernah menimbulkan sebarang masalah kepada penyuaranya.

Pemuda PAS Kota Bharu berpandangan bahawa PAS perlulah kembali kepada semangat asal konsep kepimpinan ulama waktu ia diperkenalkan dahulu yang menekankan betapa muktamar adalah syura tertinggi parti.

Jika perwakilan mahukan apa sahaja jawatan parti ditandingi maka biarlah pertandingan ini berlaku secara sihat dan terbuka kerana kita percaya bila demokrasi di dalam parti itu sihat maka parti kita juga akan lebih kuat.

Pemuda PAS Kota Bharu juga berpendirian bahawa usaha mana-mana pihak untuk menandingi mana-mana jawatan parti yang halal di sisi perlembagaan parti perlulah dihormati dan tidak segera dilabelkan sebagai usaha untuk menggulingkan mana-mana pemimpin yang dikira sebagai kesalahan.

Berhubung dengan konsep wala' pula, Pemuda PAS Kota Bharu menyeru semua ahli PAS kembali merenung baiah yang dilafazkan di dalam Muktamar Tahunan PAS 1982 dulu.

Bai'ah ini adalah berbunyi: "bahawa kami para perwakilan muktamar tahunan PAS yang bersidang pada hari ini berikrar berdiri teguh di belakang pucuk pimpinan baru pas dan bersedia mematuhi segala keputusan dan arahannya selama ia tidak bercanggah dengan hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya."

Pemuda PAS selaku ketua kepada pembacaan baiah di dalam Muktamar Tahunan PAS 1982 seharusnya mengambil daya utama untuk mengembalikan keharmonian di dalam PAS demi memastikan hala tuju PAS tidak terpesong dari landasan sebenarnya.


DR ROSLI ALLANI ABDUL KADIR ketua Pemuda PAS Kota Bharu.
 

'Tak perlu ulang, saya tak akan minta maaf'

Posted: 01 Mar 2015 11:08 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Presiden Majlis Peguam Christopher Leong berkata beliau tidak akan memohon maaf atau melayan gesaan kumpulan dalam badan itu, dikenali G100, yang tidak berpuas hati dengannya.

Kumpulan itu mendakwa mewakili sekurang-kurangnya 100 peguam yang menuntut Leong memohon maaf kerana menyifatkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan satu "penganiayaan".

"Hanya kerana mereka ulang (gesaan) tidak bermakna saya pun kena ulang.

"Saya sudah ulas semasa Tahun Baru Cina minggu lalu," kata Leong kepada Malaysiakini.

G100 semalam mengeluarkan kenyataan meminta Leong menarik balik kenyataan itu dan meletakkan jawatan jika gagal memohon maaf kerana didakwa mengelirukan orang awam.

MP: 1MDB 'subahat' dalam 'penipuan' aset

Posted: 01 Mar 2015 10:58 PM PST

MALAYSIAKINI


 


1Malaysia Development Berhad (1MDB) "bersubahat" dalam "penipuan" suntikan aset oleh Petrosaudi Limited dalam usahasama pada 2009, dakwa anggota parlimen Petaling Jaya Utara MP Tony Pua.

Dakwanya, ini kerana syarikat itu sedar bahawa Petrosaudi tidak memiliki asas perundangan dan hak terhadap aset bernilai AS$1.5 bilion di medan minyak Laut Caspian, dan dengan itu melanggar perjanjian usahasamanya dengan 1MDB.

Pua berkata, hak penjelajahan di medan minyak itu milik syarikat tenaga Kanada, Buried Hill, yang mempunyai perjanjian dengan kerajaan Turkmenistan.

Menurutnya lagi, Buried Hill dan Petrosaudi International, syarikat induk PSL, mempunyai perjanjian berkaitan medan itu bernilai AS$2.7 bilion sebelum PSL dan 1MDB membentuk usahasama.

Bagaimanapun sebulan selepas usahasama itu ditandatangani, usahasama 1MDB-Petrosaudi membatalkan perjanjian dengan Buried Hill, bermaksud Petrosaudi tidak lagi menguasai aset itu, menurut wakil rakyat DAP itu.

Pua juga berkata bahawa medan minyak itu tidak dapat dijelajahi memandangkan terdapat pertelingkahan pemilikan antara Turkmenistan and Azerbaijan untuk kawasan di lautan itu.

Semalam, PetroSaudi International menjelaskan yang semua dana daripada 1MDB pergi kepada entiti milik Petrosaudi dan sebarang andaian lain adalah palsu.

Bernama semalam juga melaporkan 1MDB menerima balik pelaburan penuh dengan keuntungan sebanyak US$488 juta (US$1=RM3.603) daripada rakan kongsinya PetroSaudi International.

Anwar jawab, ingin hadir Parlimen

Posted: 01 Mar 2015 10:56 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini dipenjara atas kesalahan meliwat, telah menjawab undangan untuk hadir sidang Dewan Rakyat mulai minggu depan.

Ketua whip PKR Datuk Johari Abdul telah menyampaikan surat tersebut kepada yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi ini.

Bagaimanapun parti itu masih menunggu jawapan rasmi daripada speaker.

PKR enggan campuri usaha jatuhkan Hadi

Posted: 01 Mar 2015 10:49 PM PST


Nurul Izzah Anwar Sidang Media Pelancaran Kempen "March To Freedom" di rumah kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bukit Segambut, Segambut Dalam pada 11 Febuari 2015. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
 
KAJANG - PKR enggan mencampuri masalah dalaman Pas termasuk usaha untuk menjatuhkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lebih-lebih lagi menjelang pemilihan parti itu pada Jun depan.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar menegaskan nasib kepimpinan tertinggi Pas itu perlu ditentukan oleh ahlinya dalam pemilihan akan datang dan begitu juga PKR.

"Agak janggal semasa PKR mengadakan pemilihan, kita pun tidak harapkan kenyataan terbuka dibuat oleh pimpinan daripada Pas," katanya ketika ditemui pemberita selepas ceramah umum March to Freedom di pekarangan Pusat Khidmat Dun Kajang, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz kelmarin yang mendedahkan terdapat golongan yang dilabelkan 'barua' dalam kalangan ahli Pas.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada golongan barua dalam Pas']

Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga mendakwa kelompok itu lebih wala' (taat setia) kepada PR berbanding kepada parti Islam itu sendiri.

Dakwanya lagi, kelompok itu juga cuba memisahkan pemikiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kelemahan sistem tarbiah punca Pas retak

Posted: 01 Mar 2015 10:43 PM PST


Suhaizan Kaiat Suhaizan Kaiat
 
 
SHAH ALAM - Fungsi sistem tarbiah yang sepatutnya menyatukan ummah kesemua ahli Pas tidak diurus dengan baik sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan dalam Pas.
 
Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, kelemahan sistem tersebut melebarkan lagi jurang yang terdapat dalam Pas.
 
"Kelemahan itu saya tidak boleh sebut sebab ia melibatkan beberapa pihak," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Suhaizan dalam pada itu menafikan dakwaan keterbukaan Pas sebagai punca keretakan parti berkenaan.
 
"Memang sifat Pas terima semua (golongan) untuk masuk ke dalam Pas, tapi kita ada sistem tarbiah yang berfungsi untuk menyatukan semua pihak.
 
"Sistem itu diamalkan sejak tahun 1980-an dan itulah punca sebenar masalah kita (Pas). Itulah yang perlu diperbaiki," katanya lagi.
 
Bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha menerusi laporan akhbar Sinar Harian mendakwa, sifat keterbukaan Pas menerima ahli dan pemimpin dari luar pada tahun 1998 merupakan punca keretakan parti berkenaan.
 
Katanya, seperti yang dipetik menerusi laporan akhbar hari ini, dasar keterbukaan tersebut menyebabkan pelantikan kepimpinan Pas tidak mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
 
Dakwa Norman lagi, Pas juga melakukan kesilapan melantik ahli Pas yang tidak dididik sejak awal oleh parti itu; sebagai pemimpin tertinggi parti.

Awas 498 premis belum daftar bawah GST

Posted: 01 Mar 2015 10:41 PM PST

SINAR HARIAN
GST
 
 
KUALA TERENGGANU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu mendapati masih ada 498 buah syarikat perniagaan di negeri ini yang gagal mendaftar di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan 1 April ini.

Pengarahnya Datuk Hamzah Sundang berkata, bagi menjejaki syarikat berkenaan, sebanyak 10 kumpulan dengan kekuatan 40 pegawai daripada bahagian GST, Penguatkuasaan, Pematuhan dan Perkastaman dikerah untuk ke premis berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti lokasi syarikat berkenaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 240 adalah di Kuala Terengganu, Kemaman (93), Dungun (70), Marang (35), Besut (33), Hulu Terengganu (15) dan Setiu (12).

"Pemilikan tunggal dikesan paling banyak tidak berdaftar iaitu 223, diikuti pemilik entiti syarikat (196), perkongsian (75) dan persatuan (empat).

"Pegawai dan anggota kita akan melawat premis berkenaan bagi menemu bual dan menyemak akaun syarikat berkenaan dan jika layak didaftar, pendaftaran secara paksa akan dilakukan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Operasi GST' di Pejabat JKDM di sini hari ini.

Operasi yang dilancarkan serentak di seluruh negara itu akan berlangsung selama dua minggu bermula hari ini hingga 15 Mac.

Beliau berkata sehingga semalam, sebanyak 5,899 entiti perniagaan sudah didaftarkan mengatasi sasaran 4,000 premis dan JKDM berpuas hati dengan kerjasama baik daripada pemilik perniagaan di negeri ini.

"JKDM amat berterima kasih dengan maklum balas positif daripada semua syarikat ini dan harapan kami supaya mereka yang belum mendaftar cepat-cepat berbuat demikian bagi memudahkan semua urusan serta mengelak daripada didenda," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: