Rabu, 11 Mac 2015

"BERANI KERANA BENAR!"

"BERANI KERANA BENAR!"


Bonet kereta ‘port’ tupai simpan kacang

Posted: 11 Mar 2015 05:25 AM PDT

London: Seorang pemandu terkejut apabila bonet keretanya menjadi tempat simpanan kacang yang
dicuri tupai.

Pemilik garaj DPE Autosport, David Evans berkata, tupai itu dipercayai mencuri makanan yang ditinggalkan untuk burung di sebuah rumah di Gloucestershire sebelum memasuki enjin kereta dan menyembunyikan kacang di dalam penapis udara.

"Pemilik itu hanya menyedarinya selepas membawa keretanya ke garaj kerana kelajuannya tidak mampu melebihi 60 kilometer sejam.

"Sepanjang perkhidmatan saya selama 18 tahun, saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini. Memang aneh dan mengejutkan.

"Saya dan rakan sekerja Helen Plaister menghabiskan satu jam menyedut keluar kacang menggunakan pembersih vakum. Percaya atau tidak jumlah kacang disedut mampu memenuhi separuh beg plastik pasar raya," katanya. - Agensi

Tiada ulasan: