Isnin, 9 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kenapa Polis panggil Husam selepas buat laporan polis ?

Posted: 09 Mar 2015 08:28 AM PDT

 Sejurus buat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi bersabit isu 1MDB, Husam telah dipanggil ke balai polis Sri Petaling. 

Adakah kerana polis prihatin atau cuba nak acah-acah?? Belum ada kepastian apa tujuan sebenar tindakan polis memanggil Husam. Keadaan ini agak pelik kerana Husam dipanggil ke balai polis lain iaitu Sri Petaling.Tunggu penjelasan Dato' Husam selanjutnya nanti.


Elok juga dengar penjelasan Husam selepas membuat laporan polis melalui rakaman berikut :



Butiran laporan polis yang telah dibuat oleh Dato' Husam petang tadi :

LAPORAN POLIS UNTUK SIASATAN DI BAWAH KESALAHAN JENAYAH PECAH AMANAH 1MDB BERDASARKAN LAPORAN THE EDGE 9 - 15 MAC 2015

 Atas prinsip tanggung jawab kolektif warga Malaysia menghindarkan perbuatan pecah amanah yang akan merugikan negara dan rakyatnya, saya pada petang ini telah membuat laporan polis seperti berikut di Balai Polis Dang Wangi;

"Saya merujuk kepada majalah The Edge, keluaran 

 Mac - 15 Mac 2015 yang diterbitkan oleh The Edge Communications Sdn Bhd khususnya laporan utama muka depan dan laporan pada muka surat 62, 63, 64 dan 65 majalah berkenaan mengenai perjalanan pelaburan 1MDB.

 Satu nashkah majalah ini dikembarkan bersama laporan ini.

 Saya membuat laporan ini untuk polis melakukan penyiasatan di bawah Seksyen 405 kesalahan Jenayah Pecah Amanah di bawah Akta Kesalahan Jenayah 574 meliputi;

 a. Pembayaran sebanyak USD 700 juta oleh 1MDB kepada Good Star Limited Seychelles

 b. Siasatan ke atas YAB Penasihat 1MDB, YB Menteri Kewangan serta Ahli Lembaga dan pengurusan 1MDB pada tahun-tahun 2009 dan 2010 mengenai pembayaran oleh 1MDB sebanyak USD 1 billion (bersamaan RM 3.48 billion mengikut tukaran pada masa itu) kepada syarikat usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi Holdings (Cayman) Limited bernama 1MDB PetroSaudi Ltd tanpa mempunyai profile syarikat rakan usaha sama, tanpa semakan aset yang diisytiharkan yang kemudiannya didapati tidak wujud dan tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan Lembaga 1MDB."
 Sehubungan itu, saya menyeru YAB Perdana Menteri mengosongkan kedudukan beliau sebagai Penasihat 1 MDB dan Menteri Kewangan sehingga siasatan selesai bagi membolehkan siasatan berjalan tanpa sebarang kerumitan.

 Pada tempoh itu, YAB Timbalan Perdana Menteri hendaklah dilantik memegang kedua-dua jawatan itu. Jika apa yang dilaporkan oleh The Edge adalah benar, jelas Menteri Kewangan pada waktu transaksi itu berlaku telah tidak berkeupayaan menjaga kepentingan kewangan negara dan mesti bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.

 Ini menguatkan alasan untuk beliau mengosongkan kerusi Menteri Kewangan.

 Secara kolektif kabinet mesti bertanggung jawab terhadap 1MDB dan seharusnya satu kertas kabinet telah disediakan untuk meluluskan pembentukan 1MDB dan seterusnya menerima laoran dari masa ke semasa. Kegagalan itu, jika berlaku, bermakna kegagalan Menteri Kewangan yang bertanggung jawab secara khusus.

 Saya juga menyokong pendirian YAB TPM supaya laporan audit forensik dilakukan ke atas 1MDB dan semua anak syarikat atau usaha samanya dilakukan seberapa segera dan satu Kertas Putih hendaklah dibentangkan di Parlimen Malaysia.

Dato Husam Musa
Naib Presiden PAS,
9 Mac 2015

Forum 'Ke mana PAS tanpa Nik Aziz?'

Posted: 09 Mar 2015 05:52 AM PDT

Selepas tokoh utama PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia bulan lalu, ke manakah arah parti itu, yang kini dilanda pergolakan dalaman paling serius.

 Bekas menteri besar itu sebelumnya pernah dengan jelas mendukung kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat, termasuk cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menumbangkan BN dalam projek '16 September' 2008.

 Namun dalam krisis Selangor, sewaktu kesihatannya sering terganggu, kenyataan Nik Aziz dilihat tidak sejalan dengan pendekatan Anwar dalam menukar menteri besar.

 Selain pernah dilihat dekat dengan Anwar, yang kini dipenjara selama lima tahun, Nik Aziz juga dikatakan mempunyai kelicikan berpolitik yang lebih tinggi berbanding beberapa pemimpin kanan lain.

 Nik Aziz juga lantang mengkritik Umno, sekali gus membayangkan beliau tidak bersetuju dengan sebarang usaha sama dengan parti Melayu itu -- dakwaan yang dilemparkan oleh mereka yang menentang idea "kerajaan perpaduan"

 Sebagai warisan pentadbirannya di Kelantan, isu hudud dijangka akan dibahaskan. Negeri itu akan membentangkan pindaan enakmen hudud minggu depan.

 Malaysiakini cuba meneroka senario dalam PAS, menjelang pemilihan parti itu Jun ini, setelah perginya mursyidul am PAS yang disegani ramai ini. 

 Perbahasan isu-isu tersebut akan disampaikan melalui forum 'Ke mana PAS tanpa Tuan Guru Nik Aziz?' pada malam Khamis ini.

 Ia akan disertai tiga tokoh utama dalam PAS: ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat, peguam dan ahli parlimen Hanipa Maidin, dan wakil rakyat Saari Sungib yang kini digantung keahliannya.

 Pembicara-pembicara lain: pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Ahmad Farouk Musa dan ketua pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar.

 Forum itu, yang bermula jam 8 malam, akan dimudahcara oleh penolong pengarang Malaysiakini, Jimadie Shah Othman.

 Acara ini sebahagian aktiviti Malaysiakini untuk merancakkan perbahasan isu-isu semasa setelah berpindah ke bangunan barunya di Petaling Jaya tahun lalu.

 Bangunan baru tiga tingkat ini menyediakan ruang diskusi yang boleh memuatkan kira-kira 100 peserta.

 Forum ini dijangka akan disiarkan secara langsung melalui video dan radio dalam talian.

 Untuk menghadiri program ini, alamatnya seperti berikut:

 PJ 51 Business Park
 @Kini, No 9 Jalan 51/205 A, 
Off Jalan Tandang, Petaling Jaya ~ sumber

Cukup bukti untuk dakwa Jho Low, Najib dan Shahrol - Rafizi Ramli

Posted: 09 Mar 2015 12:29 AM PDT

Pendedahan yang dibuat laman web Sarawak Report berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberikan cukup bukti bagi ahli perniagaan Low Taek Jho dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi didakwa mengikut 2 undang-undang, kata PKR hari ini.

 Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB juga dianggap bertanggungjawab dan beliau akan membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga mereka esok.

 "Bukti setakat ini menunjukkan Low dan Shahrol boleh disiasat dan didakwa bagi sekurang-kurangnya 2 kesalahan iaitu melanggar Akta Pengubahan Wang Haram dan pecah amanah.

 "Oleh itu, saya menggesa supaya mereka segera disiasat dan didakwa.

 "Saya sendiri akan membuat satu laporan polis terhadap Low, Shahrol dan Najib pada hari esok 10 Mac, 2015 jam 3 petang di IPD Dang Wangi supaya kes ini dapat disiasat segera dengan bukti yang jelas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Bagaimanapun, Rafizi tidak menjelaskan Najib, iaitu menteri kewangan yang mengilhamkan 1MDB, perlu disiasat atas dakwaan apa.

 "Lebih mengejutkan, dalam satu komunikasi dengan PetroSaudi, Low secara berani menyatakan pemindahan wang dari PetroSaudi ke 1MDB tidak memerlukan kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) yang secara jelas melanggar Akta Pengubahan Wang Haram.

 "Ini menguatkan lagi saranan saya sebelum ini Low dan Shahrol terbukti melanggar Akta Pengubahan Wang Haram apabila memindahkan wang tanpa menyatakan siapa penerima akhir seperti terkandung dalam emel yang didedahkan Sarawak Report," katanya.

 Rafizi merujuk kepada artikel Sarawak Report semalam, yang mendakwa Low cuba memintas BNM dalam usahanya mempercepatkan pinjaman AS$500 juta 1MDB kepada PetroSaudi pada 2010.

 Low didakwa memberitahu pengarah PetroSaudi Patrick Mahony yang kelulusan BNM tidak perlu kerana perdana menteri, yang juga menteri kewangan, sendiri meluluskan pinjaman itu.

 Kaitan 1MDB dengan PetroSaudi mula mendapat perhatian selepas Sarawak Report mendakwa Low yang merancang satu usaha sama di antara kedua-dua syarikat itu pada 2009 untuk membawa keluar AS$700 juta daripada 1MDB.

 Sarawak Report mendakwa PetroSaudi bersetuju bertindak sebagai "orang depan" Low dalam urus niaga yang akan datang, sedangkan firma itu sebenarnya tidak mempunyai kekayaan atau asetnya sendiri.

 Rabu lalu, Najib mengarahkan ketua audit negara menyemak akaun 1MDB selepas jemaah menteri diberi taklimat mengenai akaun syarikat itu dan diberitahu yang tuduhan terhadapnya berkaitan urus niaga dengan pihak ketiga seperti PetroSaudi. – 9 Mac, 20159. - sumber

 Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatan keatas 1MDB setelah Jabatan Audit Negara telah selesai audit ke atas syarikat itu, kata Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed hari ini. Beliau berkata badan anti-rasuah perlu menunggu proses yang dijangka siap sebelum ia boleh bergerak dengan siasatannya. - Lihat lebih lanjut di sini

Mana korang lebih sayang.... pemimpin atau parti ?

Posted: 08 Mar 2015 11:00 PM PDT

Naib Presiden yang flip flop. Lalang - Yong Intan Noor  sumber
 Bro Faqar memuat naik gambar diatas ini menyertakan komen berikut:
Tentu lah aneh sekiranya terlebih sayang pemimpin parti berbanding keutamaan menjaga imej Islam sebagai agama yang adil dan amanah.
 Status tersebut menerima reaksi galak daripada Cikgu Dato Wan Rahim yang  menulis seperti berikut :
Satu kenyataan yg menampakkan sikap agah.. 
Sepatutnya semua Pimpinan PAS mempunyai tahap keyakinan yg tinggi terhadap Ahli2 yg sanggup & relahati sign borang menyertai PAS..tak comel dok mengata kpd Ahli2 Parti sendiri..malang sungguh penyakit yg sedang menimpa Pimpinan Partiku skrg.. 
Bro Faqar : Patut sederhana dan saling kasih sayang. 

Cikgu Rahim memuat naik gambar poster almarhum TGNA:

Biarlah kecek kita masa kuliah ko, masa ceramah
ko, akhir sekali tu...ore baraso kesian belas braso
simpati kepada PAS... Jangan buwi ore braso kita
dalam PAS ni agah
  "Hari2 dok kecek nak prambat Ahli supaya tubik Parti..panas sungguh la." Rungut Cikgu Wan Rahim dengan nada kesal.

 Beliau seterusnya menulis mengenai pengalaman PAS yang pernah melalui episod perpecahan ketika diera almarhum Dato' Asri Muda dahulu:
  Ahli2 Parti yg dituduh lebih sayangkan Presiden parti lain drp parti sdiri lupa bahawa hok sebenarnya..Ahli2 PAS lebih sayangkan Parti drp Presiden Parti.. 

 Cerita ni main doh 1982 dulu..PAS telah berpecah dua..ada hok sayangkan Parti & ada pula hok sayangkan Presiden Parti..  1982..hok sayangkan Parti kekal pertahankan PAS tapi hok sayangkan Presiden Parti tubik..buat parti baru, HAMIM..kawan dgn umno, lawan balik PAS masa PRU 1986.. 
 Bahkan PRK Kemumin 1983..PAS terpaksa berlawan dgn Calon HAMIM & Berjasa yg mewakili BN.. umno dok saja tengok kita 3 beranak bertetak bertakir sama sendiri.. 
 Brutus baru kata..it's not that I love my President less but it's that I love my Party.  
Respon Brother Faqar :
Sebagai buah setahun jagung, ambo dengan rasa rendah diri mohon cadang Cikgu Dato Wan Rahim cerito balik bab kerja buat dakwah golongan terdahulu dalam merampas Kerajaan Kelantan ke pihok PAS. Mugo tulisan Cikgu Dato Wan Rahim di facebook cikgu nanti jadi benda usrah tarbiah bagi anak muda yang cinta Islam buat kerja jamaah semampu mungkin lawan Umno.
Ini, kata Tuan Haji Zolkifly Md Lazim adalah kerja buat Ustaz Bunyamin dulu, iaitu bawa ahli cari identiti jemaah balik semasa ditentang oleh puak Umno dulu. Kalau ambo salah cadang, minta maaf banyak-banyak dulu ko Cikgu Wan Rahim. Saya pun nak tumpang baca dan share kelak. 
Dato Wan Rahim : Insyaa Allah..Bro Faqar...

 Sama-samalah kita nantikan penjelasan lanjut dari Cikgu Wan Rahim mengenai bab kerja buat dakwah golongan terdahulu dalam merampas Kerajaan Kelantan ke pihok PAS , sebagaimana permintaan brother Faqar.

Selain kambing, Siapa lagi yang pandai angguk-angguk.....???

Posted: 08 Mar 2015 08:13 PM PDT

Benarkah kesemua 154 Ketua Umno bahagian berpuas hati
penjelasan Najib tentang isu 1MDB ?
 Benarkah kesemua 154 Ketua Umno bahagian memahami dan berpuas hati penjelasan Najib tentang isu 1MDB ?

Begitulah kalau menurut kata seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Johari Abdul Ghani: 

"Kesemua 154 ketua Umno bahagian yang menghadiri perjumpaan selama lebih satu setengah jam bersama Datuk Seri Najib Razak kelmarin telah berpuas hati dengan penjelasan presiden Umno itu berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Klik sini

  Apakah Ketua-ketua  bahagian itu benar-benar tahu mengenai permasalahan yang sedang melanda 1MDB atau adakah mereka ini hanya jadi macam kambing angguk-angguk sebagaimana A Kadir Yassin sebutkan :

 "Sekadar anggota kabinet kelas ayam dan ekonomi kangkung......." ??? 

 Ada baiknya 154 Ketua-ketua bahagian yang lembik kepala tengkuk itu kerana banyak sangat mengangguk, cuba memahami apa perkaranya yang rakyat pertikaikan mengenai 1MDB. MP Petaling Jaya Utara Tony Pua boleh membantu kita semua untuk mengetahui lebih jelas masalah berkaitan dengan isu 1MDB sebagaimana berikut :


Pua desak Najib bersuara pasal Jho Low


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Najib Abdul Razak, juga sebagai Menteri Kewangan, mesti memastikan bahawa dia telah memberikan izin untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB), syarikat pelaburan strategik milik kerajaan, untuk melanjutkan tambahan USD500 juta pinjaman kepada PetroSaudi anak syarikat milik penuh International Limited.

 Buat kali pertama, kata  MP Petaling Jaya Utara Tony Pua, pendedahan e-mel oleh Sarawak Report ke atas skandal 1MDB telah mengaitkan Najib. 

"Ada kemungkinan penglibatan di pihaknya dalam kerjasama yang gagal PetroSaudi International (PSI)."

 Pua merujuk kepada perbualan mesej di mana Patrick Mahony, Ketua Pegawai Eksekutif PSI, melahirkan kebimbangan yang menakutkan keatas kelulusan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk pemindahan dana dari 1MDB kepada anak syarikat PSI.

 Mesej tersebut menunjukkan bahawa Jho Low telah menegaskan bahawa hanya memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan untuk pinjaman itu, dan bahawa pinjaman itu telah ditandatangani oleh Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan.

 Pendedahan perbualan ini, tambah Pua, menimbulkan beberapa isu dan tanda tanya.

Yang pertama, dan mungkin yang paling penting, adakah Najib meluluskan pinjaman yang telah ditandatangani antara 1MDB dan anak PSI?

 1MDB telah menukar secara misteri USD1 bilion saham mereka dalam usahasama 1MDB PetroSaudi Limited (JV) pada hari terakhir tahun kewangan 31 Mac 2010, menjadi USD1.2 bilion (RM4.3 bilion) pinjaman dalam bentuk mata wang Murabaha kepada syarikat itu.

"Mesej ini merujuk kepada tambahan USD500 juta (RM1.8 bilion) yang telah diberi kepada anak PSI pada 8 September 2010," jelas Pua.

 Adakah Menteri Kewangan memberi kelulusan untuk pinjaman ini?

 Kedua, perbualan itu mendedahkan  penglibatan intim Jho Low dalam operasi 1MDB setakat yang mungkin Shahrol Halmi, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB sebelum ini , adalah semata-mata boneka sahaja.

"Bersama-sama dengan bukti yang didedahkan oleh Sarawak Report sebelum ini, Jho Low telah terlibat dari menyusun JV, dalam menentukan terma perjanjian usaha sama dan menetapkan semua transaksi kewangan  berkenaan jumlah wang bagi pihak 1MDB, sebelum pengurusan kanan 1MDB terlibat," kata Pua.

 Akhir sekali, Pua memberi amaran , Najib perlu memilih samada menafikan dia tahu mengenainya atau dia terlibat seperti yang didakwa oleh Jho Low.Tindakan segera perlu diambil terhadap Jho Low diatas tindakannya untuk menipu 1MDB dengan menyalahgunakan nama Perdana Menteri.

 "Perdana Menteri mestilah membuat laporan polis menuntut siasatan segera  keatas Jho Low kerana dakwanaan palsu," kata Pua. 

"Selain itu, beliau juga perlu memulakan saman sivil terhadap Jho Low, bukan sahaja kerana kenyataannya yang salah atnya palsu tetapi juga kerana mencemarkan imej dan nama baik Perdana Menteri Malaysia." 

Najib mungkin telah membenarkan berlakunya campurtangan 

Jika Najib gagal mengambil tindakan tegas terhadapnya, maka beliau jangan salahkan rakyat Malaysia membuat spekulasi mengenai penglibatan beliau dengan keseluruhan kerugian 1MDB-PetroSaudi. 

"Kami sudah tahu awal lagi bahawa AS $ 1 bilion yang dilaburkan oleh 1MDB ke dalam JV, USD700 juta, telah segera disalurkan kepada akaun Swiss Bank milik Good Star Limited, yang dikawal oleh Jho Low dan rakan-rakannya," kata Pua. 

 " Seterusnya,  USD500 juta pinjaman kepada PSI, hanya USD340 juta pergi kepada anak syarikat PSI manakala baki USD160 juta sekali lagi disimpan dengan Good Star Limited."

 Najib perlu menjelaskan bagaimana syarikat pelaburan strategik negara, dengan endowmen awal RM5 bilion menjadi mainan 'kaki putar alam' yang berusia 27 tahun itu pada tahun 2009. Sebagai Menteri Kewangan dan orang yang memulakan 1MDB, bagaimana dia boleh membenarkan pelanggaran demikian berlaku ?sumber

Tiada ulasan: