Khamis, 5 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pembunuhan liar ISIS keatas seorang lelaki 'gay' di Syria ...

Posted: 05 Mar 2015 08:00 AM PST


 Dengan kaki tangannya  terikat dan mata tertutup mangsa dicampak dari bangunan yang tinggi untuk mati di atas runtuhan di bawah: pembunuhan liar ISIS keatas seorang lelaki 'gay' di Syria ... 


 Sekumpulan besar pejuang dan penduduk tempatan Raqqa berkumpul untuk menonton hukuman ngeri di luar bangunan mahkamah Islam di Tal Abiad. 


 Mereka juga turut melontar mayat dengan batu-batu.Tindakan ngeri itu telah dijalankan di Tel Abiad di ibu Negara Islam Raqqa di Syria.Mangsa adalah seorang lelaki yang telah dituduh melakukan perbuatan liwat. Menurut al-Quran, kaum Lut Sodom dan Gomora melakukan perbuatan berdosa dan telah dihukum binasa oleh Allah.


Berikutan perbicaraan di mahkamah Negara Islam itu, lelaki itu didapati bersalah lalu dibawa ke atas bumbung bangunan itu dan dicampak mati di hadapan orang ramai di bawah.


 Ia bukan kali yang pertama Negara Islam itu telah menerbitkan gambar penganiayaan tersebut. Seorang lagi lelaki yang dituduh melakukan perbuatan homoseksual telah dibuang dari bangunan yang sama bulan lepas.

 Ini bukanlah cara perlaksanaan hukum dalam Islam. Ianya menjadi penyebab berlakunya fitnah terhadap Islam. Sebab itu orang bukan Islam takut dengan undang-undang Islam. 

 Jangan kita salahkan mereka atau marahkan salah faham mereka mengenai hukum Islam kerana terlalu banyak versi Islam dalam dunia kini.

 Draf pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, 18 Mac ini pun rakyat Malaysia belum tahu bagaimana rupa bentuk sebenarnya.

“KEMBALILAH ke jalan Allah SWT…”

Posted: 05 Mar 2015 06:39 AM PST

Itu antara nasihat dirakam daripada seorang nenek ketika 'sekolahkan' beberapa anggota militan IS dalam sebuah kereta.

 Dalam video berkenaan, nenek tersebut memetik beberapa hadis dan ayat al-Quran dalam usaha menasihati anggota IS terbabit.

 Warga emas tersebut juga menyeru kumpulan itu berhenti melakukan aktivi keji 'memenggal kepala' dan berkata, semua itu dilarang serta menyalahi hukum untuk berjihad ke jalan Allah SWT.

 Paling best... nenek itu mengatakan perjuangan mereka lakukan tidak mungkin akan menang sebaliknya mereka hanya akan berbunuhan sesama sendiri seperti seekor keldai.


 Memang salut apa yang nenek ini lakukan… sebab walaupun kebanyakan kita membenci kemungkaran, hanya tahap iman tertentu sahaja yang mampu mendorong seseorang itu bertindak untuk menghalangnya. Betul tak? ~ kopipes dari sini

Tahun 1998 Mana Zuhdi? Zuhdi dah masuk PAS belum?

Posted: 05 Mar 2015 03:48 AM PST

Dongeng Tidak Bertempat - Tempoh hari ada seorang telah menelefon saya dan bertanya beberapa soalan. Oleh kerana soalannya saya fikirkan baik, 'the right questions', maka saya nukilkan kembali soalan dan jawapan yang telah saya berikan kepadanya kerana mungkin ada juga yang berfikiran seperti beliau. 

Beliau sendiri bukanlah wartawan tetapi ahli PAS biasa yang pening dan keliru dengan apa yang sedang berlaku sekarang di dalam PAS.

 Soalan 1: "Adakah Benar Perpecahan Dalam PAS Bermula Sejak 1998 Lagi Seperti Yang Didakwa Seorang (Zuhdi)?"

Yang bercakap itu tidak bersama PAS pada ketika itu. Saya tidak pernah nampak pun kelibatnya pada masa itu, maka saya yakin dia hanya mereka-reka cerita."

 Pada 1998 PAS mengalami satu suasana kebangkitan dan sokongan yang begitu hebat. Melalui pendekatan Almarhum Ustaz Fadhil Noor, yang begitu inklusif, kebanyakan Islamis yang asalnya tidak tertarik dengan PAS telah akhirnya menyertainya atau paling kurang menyuarakan sokongan terhadapnya. 

Hasil dari keterbukaan ini juga terbentuk BA seterusnya PR serta konsep Tahaluf Siyaasi semakin difahami dan diterima semua. Maka tercapai prestasi PAS yang semakin baik tahun demi tahun sehingga berlakunya tsunami politik 2008 dan seterusnya 2013. Semua yang waras melihat ijtihad politik Almarhum Ustaz Fadhil Noor sebagai sesuatu yang bijak dan menepati tuntutan masa dan keadaan.

 Namun, manusia tetap manusia. Ada juga yang membutakan mata dan memekakkan telinga kepada segala kebaikan yang terhasil dan terus ingin PAS bersikap tertutup dan berada di alamnya yang tersendiri kononnya 'seperti dahulu kala'. Sedangkan sebelum itu pun dan semenjak tertubuhnya PAS itu sendiri, PAS bersifat terbuka. Kalau ada bersifat tertutup sekalipun hanya selepas ditendang keluar BN dan itu pun buat seketika, iaitu sehingga munculnya konsep kepimpinan ulama pada 1982. Baca lagi di sini

Skandal Deepak & Bank Rakyat

Posted: 04 Mar 2015 11:24 PM PST

 Kadir Yasin mendedahkan dalam blognya tentang skendal peniaga karpet, Deepak dengan Bank Rakyat. Adakah ini salah satu sumber dana untuk 'Black Rose' berbelanja besar ? Baca berikutnya :
 Dalam satu perkembangan berkaitan, bekas Menteri Pertanian, (Tan Sri) Sanusi Junid, melancarkan buku bertajuk "Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat" (Mendedahkan Skandal Deepak & Bank Rakyat) di Petaling Jaya.
 Buku ini telah ditulis oleh penulis/blogger Shahbudin Husin berdasarkan temu bual dengan bekas Pengerusi Bank Rakyat, (Tan Sri) Sabbaruddin Chik.
 Dalam ucapannya, Sanusi berkata tidak pernah dalam sejarah Umno bahawa bekas Ketua Setiausaha dihina dan diaibkan seperti dilakukan untuk Sabbaruddin. Kedua-dua Sanusi dan Sabbarauddin pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Umno.
 Shahbudin mendedahkan peranan yang dimainkan oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (Datuk Seri) Hasan Malek dalam skandal tersebut. Bekas yang telah diberikan "pinjaman mudah" sebanyak RM32 juta ditambah oleh bank koperasi, didakwa di perintah Hasan.
Dia juga mengesahkan bahawa dia telah membayar kepada 
Black Rose RM8 juta yang dipindahkan kepada pembekal 
barangan kemas di Hong Kong untuk Black Rose. KAPEED 
menyertakan salinan telegraph transfer, stetmen akaun 
dan gambar berwarna barangan kemas yang dibeli oleh 
Black Rose dan dibayar oleh KAPEED. 
Boleh dimuat turun di sini
Jangka Sabbaruddin sebagai Pengerusi bank itu tidak dilanjutkan walaupun Bank Negara telah meluluskan pelanjutan selepas beliau membantah campur tangan yang dikatakan oleh Hasan dalam permohonan pinjaman Deepak ini.
  Buku ini juga mendedahkan hubungan di suatu ketika yang sangat rapat antara peniaga permaidani dan isteri Perdana Menteri, (Datin Seri Paduka) Rosmah Mansor. Walau bagaimanapun, selepas berlaku perselisihan, Deepak telah mendedahkan melalui e-book tentang Rosmah yang bertajuk "The Black Rose" dengan  janji susulan .
 Namun tidak ada susulan. Sebaliknya masalah perniagaan Deepak yang melibatkan pemimpin  Wanita Umno, Raja Ropiaah, telah diselesaikan dan dia dapat menerima pinjaman Bank Rakyat ~ sumber

Dua ekoq syetan serang Dr Dzulkefli .....

Posted: 04 Mar 2015 07:40 PM PST

  Benarlah sebagaimana yang di nyatakan oleh perwakilan Dewan Ulama PAS Kedah, Mohamad Fauzi Hussin sewaktu Multaqa Ulama' pada 21 Februari lepas, yang mengecam kewujudan golongan pengkhianat yang tidak taat atau wala' 

 "Dalam konteks kita berjemaah, kalau dalam masjid ada syaitan, maka dalam jemaah ini (PAS) berapa banyak syaitan yang wujud..." 

  Bukan maksud saya untuk bersetuju adanya syetan dalam PAS. Syaitan tidak berani nak bertembung dengan Saidina Omar yang seorang; apatah lagi nak mai dekat untuk bertembung dengan ramai ulama dan ustaz haraki dalam PAS!

 Yang ayat dia kata : "dalam masjid ada syaitan" itu adalah benar. Subuh tadi, dua ekoq syetan telah menyerang Dr Dzulkefli Ahmad....laporannya :
Selepas insiden kereta AJK PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli cuba dibakar oleh pihak tertentu, pagi ini, seorang lagi AJK PAS Pusat, Dr.Dzulkefli Ahmad pula menerima nasibnya apabila beliau telah dipukul dengan kayu oleh dua orang yang memakai helmet selepas solat Subuh. 
  Sahabat baiknya Datuk Kamarudin Jaffar yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, Dzulkefly ketika ini sedang membuat laporan polis dan akan mendapatkan rawatan selepas ini. 
   Kesan kejadian itu, ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu mengalami pecah di bibir dan bengkak di kepalanya. 
  Di dalam kejadian tersebut, Dr.Dzul dikatakan telah didatangi oleh lelaki berkenaan dan berkata "mengapa kurang ajar sangat?" lalu memukulnya di bahagian muka.
  Dr Dzul kini berada di balai polis untuk membuat laporan. Beliau bagaimana pun meminta ahli-ahli PAS tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian berkenaan.

  Serangan berkenaan dipercayai berlaku ekoran kenyataan di dalam sebuah portal di mana Dr Dzul menjelaskan beliau bukan tidak menghormati ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi sesama jemaah Islam. Baca lagi di sini

PAS, ‘GU’ dan politik realistik

Posted: 04 Mar 2015 06:00 PM PST

Oleh Huzaifah Ahmad Yamani

Dalam kamus ada satu istilah disebut realisme. Makna mudahnya, fahaman yang berpijak di bumi nyata. Apabila seseorang cuba menyesuaikan diri dengan keadaan, kita memanggilnya realistik. Misalnya, apabila kita berjimat cermat dek kerana kenaikan harga minyak dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ertinya kita seorang yang realistik. Dunia realisme perlu difahami, termasuklah dalam dunia politik.

 Apa yang menjadi perdebatan dalaman PAS, antara golongan GU – Erdogan atau sebut sajalah apa pun namanya, bagi saya bertitik tolak dari 'realisme politik' inilah. Satu pihak masih mahu mempertahankan 'status quo', dan satu pihak lagi mahu berubah dan menjadi 'realistik' dengan keperluan zaman.

 Nah, ada beberapa persoalan ingin saya ajukan. Satu, salahkah PAS berubah dan menjadi realistik? Dua, apa 'status quo' PAS yang sebenarnya? Tiga, antara kumpulan GU – Erdogan ini, mana lebih diperlukan dalam dunia politik Malaysia?

 Satu, saya yakin 100% berubah itu tidak salah. Malah, kita disogokkan dengan ajaran Islam Allah dan Rasul-Nya juga meraikan perubahan. Kekal dalam 'status quo' atau kejumudan yang merugikan diri, adalah sangat ditegah. Malah, orang yang berusaha berubah, mereka bakal mewarnai kejayaan. Pepatah Melayu pun memberi petua dan ibarat, misalnya 'jika ruyung tidak dipecahkan, bagaimana sagu bisa dimakan?' Ertinya, perubahan perlu dijana, diusahakan baru boleh dikecapi.

 Al-Quran sendiri dalam beberapa ayat menyuruh manusia berubah, antaranya dalam surah al-Ra'd ayat 11: Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka sendiri berusaha mengubahnya. Qada atau ketentuan dan pelaksanaannya itu milik Allah. Dalam bicara ilmu tauhid, qada boleh berubah dengan kehendak Allah. Maka, manusia wajib berubah, dari negatif kepada positif, dan di sana menjadi asbab Allah mengubah nasibnya.

 Saiyidina Umar al-Khattab sendiri ada menyatakan, didiklah anak-anak kamu mengikut zaman mereka, kerana mereka dilahirkan bukan di zaman kamu. Ertinya, perubahan diri bagi menghadapi arus zaman yang terus berubah itu hakikatnya satu keperluan. Maka, bagi saya PAS wajar berubah. Ini zaman 'realistik', bukan 'retorik' atau zaman di mana, PAS menang sorak di medan ceramah, tapi kalah di medan pilihan raya termengah-mengah.

 Dua, apakah 'status quo' PAS yang sebenarnya? Bagi saya, 'status quo' PAS ialah, sebuah parti Islam yang dasarnya Al-Quran, as-Sunnah, ijmak dan qiyas. Empat elemen itulah dasar PAS dan itu jugalah 'status quo' PAS. Kempimpinan dalam PAS bukanlah 'status quo'. Dulu, yang memimpin PAS bukanlah ulama, namun dasarnya sama. Jika ulama sekali pun memimpin PAS, namun melanggar 4 dasar dan 'status quo' PAS, maka dia akan terkeluar dari PAS.

 Maka, dalam perkelahian – GU vs Erdogan – apakah geng Erdogan ini menolak dan mengganggu gugat 'status quo' PAS? Saya melihat tidak ada gangguan langsung. Sebaliknya geng Erdogan ini dilihat sangat konsisten dengan apa yang ada, dan mereka hanya berbicara isu dan soal pendekatan, bukan dasar. Mereka meyakini, PAS di dalam PR lebih baik berbanding PAS di luar PR. Tidak ada satu kenyataan pun mereka untuk mengetepikan dan mengecilkan 'status quo' PAS.

 Jika pihak GU menganggap mencabar status presiden PAS sebagai menggugat 'status quo', maka jelas pihak GU sudah melakukan kesalahan. PAS mengamalkan demokrasi dalam pemilihan pemimpin. Jika presiden tidak bisa dicabar, maka ia bukan lagi demokrasi. PAS meniru Umno, yang enggan mempertandingkan dua jawatan tertinggi partinya sendiri.

 GU sewajarnya patut menjadi lebih arif mendepani zaman, kerana mereka sarjana Islam. Bukankah dalam ilmu fiqah, ijtihad juga boleh berubah dengan perubahan zaman, seperti mana Imam as-Syafie juga ada qaul jaded dan qaul qadimnya. Tahaluf siyasi PAS bersama PR ini adalah satu ijtihad juga, dan apa 'tahaluf siyasi' bersama PR ini merugikan PAS?

 Jika rugi, maka saya minta pihak GU senaraikan, apakah kerugian di pihak PAS setelah bersama PR? Tidak usah banyak, 10 kerugian pun sudah memadai. Namun saya yakin, geng Erdogan boleh menyenaraikan lebih 10 keuntungan apabila PAS bersama PR.

 Hudud, adakah ia juga 'status quo' PAS? Ya, saya akui matlamat PAS adalah menegakkan negara Islam dan pastilah di dalamnya tertegaknya undang-undang Islam – termasuklah hudud. Jika benar PAS mahu menegakkan negara Islam, maka saya yakin tahaluf siyasi bersama PR ini memang sukar merealisasikan hasrat PAS ini. Ya, mungkin atas dasar itulah, sebahagian ulama dalam GU mengesyorkan agar PAS berjuang secara solo, kerana mustahil DAP dan PKR menyokong hasrat PAS menegakkan negara Islam dan undang-undang Islam.

 Sekali lagi, realistik dalam berpolitik adalah perlu. GU tidak boleh berangan-angan, kerana kita terikat dengan usaha, ada sebab dan akibat. Memanglah, jika Allah menghendaki, hari ini pun Malaysia boleh menjadi negara Islam. Allah boleh membalikkan hati perdana menteri Malaysia dan seluruh ahli Parlimen, lalu PM membuat usul pindaan perlembagaan dan mengisytiharkan Islam sebagai perlembagaan negara hingga akhirnya, Malaysia pun menjadi seperti Brunei Darussalam.

 Namun, sunnatullah menunjukkan kena ada usaha, ada sebab dan baru ada akibat. Nabi Muhammad kena berusaha, bekerja keras, berdakwah siang malam, berjihad hingga berpindah ke Madinah sebelum negara Islam terbentuk. Maknanya, PAS juga kena berusaha, tiada jalan pintas dan mengharapkan keajaiban. Ini realitinya.

 Maka, bagi saya kesempatan dalam PR dengan tahaluf siyasi inilah peluang keemasan bagi PAS untuk mendidik seluruh rakyat mengenai negara Islam – termasuk hudud. Peluang ini terbuka selebar dan seluas-luasnya di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor (dulu termasuk di Terengganu, Kedah dan Perak).

 Soalannya, sejauh manakah peluang ini sudah dieksploitasi secara bersungguh-sungguh oleh GU? Sudahkah seluruh masjid dan surau, semua kawasan perumahan, sama ada kompleks PPRT dan kawasan perumahan mewah dan elit diterjah? Bagaimana dengan pasar malam, pasar tani, tapak pesta dan sebagainya, sudahkah diserbu untuk tujuan dakwah? Sudah kompleks beli belah dijadikan medan mendidik ummah?

 Cuba pihak GU ingat balik zaman Barisan Nasional (BN) menguasai Selangor dan Pulau Pinang, betapa susahnya untuk GU sendiri menyampaikan dakwah. Masjid dan surau menjadi medan BN berkempen dan meneruskan legasi politik. AJK masjid dan surau hak mutlak ahli Umno yang kerjanya hanya membantutkan pemikiran umat Islam. Ustaz dan pendakwah ditapis dengan ketat. Kuliah agama, tazkirah Ramadan dihalang sekehendak hati. Tauliah mengajar pun ada GU susah dapati.

 Lebih malang dan sedih, ada ustaz yang ditangkap, digari malah dilokap. Kemuncaknya, ada masjid yang terus dirampas, surau dikunci rapat tidak kedengaran azan dan solat jemaah pun tidak diberikan kebenaran untuk didirikan. Semuanya menjadi kenangan paling pahit dan getir bagi mereka yang pernah melaluinya. Adakah ini sudah luput daripada pemikiran dan benak hati GU?

 Maka, janganlah ghairah dengan satu perkara sehingga mengetepikan apa yang sudah ada. Ibarat kata pepatah Melayu, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong pula berciciran. Ambil kesempatan yang sudah ada, lalu manfaatkan sepenuh tenaga, sebarkan dakwah semahunya. Itulah peranan yang patut sama-sama kita lakukan, sama ada GU, Erdogan atau siapa pun kita, bukan menyerang dan saling berperang. Menang jadi arang, kalah jadi abu – dua-dua tidak berguna.

 Sayangnya, dakwah di Selangor dan Pulau Pinang sendiri sudah tidak seghairah dulu. Cuba pergi ke Taman Tasik Shah Alam atau di Taman Tasik di Bangi, Selangor, atau di tepian pantai di depan Pulau Jerejak dan di sekitar Batu Feringhi, Pulau Pinang, bersepah golongan muda-mudi berdua-duaan. Malah di Kelantan, majalah Mastika sendiri melaporkan kalangan muda-mudi di sana ramai yang terjebak dengan maksiat. Soalannya, sejauh mana PAS sebagai 'parti dakwah' melakukan gerak kerja dakwah di negeri-negeri yang dikuasai secara bersama ini?

 Tiga, antara GU dan Erdogan, yang manakah lebih dominan? Saya yakin dalam kondisi rakyat yang sudah meluat dengan Umno dan BN, maka rakyat mahukan perubahan. Jika GU mendesak PAS keluar PR, menjadi sebuah parti solo di persada tanah air, saya lihat PAS akan kerugian yang amat sangat. Sangat rugi sebenarnya.

 Hari ini, PAS ada suara di DUN, PAS ada exco di Selangor, PAS boleh melakukan apa yang selama ini hanya dalam dengungan ceramahnya saja. Saya teringat, allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat pernah berkata, sewaktu beliau belum menjadi menteri besark maka semua ucapannya tidak mampu direalisasikan; namun apabila beliau menjadi MB, ia menjadi kenyataan. Tidak dapat buat semua, jangan pula tinggal semua. Tidak dapat buat hudud, tapi dapat tutup kepala wanita di papan iklan pun satu kejayaan.

 PAS sudah berpeluang walaupun skalanya sangat kecil untuk merealisasikan sebahagian tuntutan Islam. Tirulah kesabaran Erdogan dan parti AKP di Turki dalam mengubah kanvas sosiobudaya politik negaranya yang ratusan tahun terjajah dengan idealisme sekular, sedikit demi sedikit tetapi penuh konsisten dan berperancangan, sehingga hari ini mahasiswi universitinya sudah mampu berhijab kala duduk di kerusi dewan kuliah. Dahulu, pelajar perempuannya ditegah berjilbab sama sekali. Malah, wanita berhijab dianggap ketinggalan zaman. Jangan pula kita tiru kegelojohan sebahagian pendokong Morsi yang akibatnya Mesir kembali ke era tirani.

 PAS sudah matang, jangan kembali menjadi seperti budak-budak hingusan. – Sumber

Tiada ulasan: