Selasa, 3 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Demi maruah Rosmah tersayang ...

Posted: 03 Mar 2015 08:00 AM PST

 Pengarah urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob (gambar) sedia berjumpa Datuk Seri Najib Razak di mahkamah berhubung tulisannya yang disiarkan Harakahdaily bulan lepas.

 Jumaat lepas, akhbar milik Umno Utusan Malaysia melaporkan perdana menteri menyaman portal tersebut kerana didakwa memfitnahnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 "Kita setuju untuk jumpa perdana menteri di mahkamah," kata Rosli kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi petang ini selepas beliau menerima surat saman Najib.

 Keputusan itu dicapai selepas berbincang dengan peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin, yang juga ahli Parlimen Sepang, Sabtu lepas.

 "Biarlah mahkamah yang membuat keputusan sama ada tulisan itu memfitnah beliau atau tidak," kata Rosli yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat berhubung artikel bertajuk "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?" yang dikeluarkan lidah rasmi PAS itu pada 19 Februari.

 Najib menyifatkan artikel Rosli itu, yang mempersoalkan sama ada Riza – anak kepada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor – mendapat manfaat daripada 1MDB, satu "fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak lebih daripada sekadar pembohongan".

 Hanipa pada satu sidang media hari ini mempertikaikan kenapa Najib tidak turut sama menyaman akhbar The New York Times yang menyiarkan tulisan asal dan dipetik oleh Rosli.

 "Dalam surat peguam PM, ada tiga permintaan iaitu meminta tulisan itu ditarik balik, memohon maaf dan kalau setuju minta maaf, membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi.

 "Peguam saya menasihatkan, kita tidak bersetuju dengan semua tuntutan itu dan akan menunggu surat saman sebenar dari perdana menteri," kata Rosli yang merupakan bekas penolong gabenor Bank Negara sebelum menyertai politik.- Baca lagi di sini

Hentikan Kelaku suruh ahli keluar parti

Posted: 03 Mar 2015 04:30 AM PST

KENYATAAN MEDIA

 Jabatan Pendidikan Politik, Pemuda PAS Malaysia berbeza pandangan dengan Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, dan Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria, di dalam isu seruan kepada ahli-ahli PAS yang tidak bersetuju dengan pemimpin tertinggi parti supaya keluar parti untuk menyelesaikan konflik dalaman parti.

 Seruan meminta ahli-ahli PAS keluar parti adalah suatu tindakan yang kurang cermat, apatah lagi jika ia dibuat oleh pemimpin tinggi parti. Seruan ini tidak selari dengan prinsip demokrasi di dalam parti di samping bercanggah dengan perlembagaan parti dan sangat bertentangan dengan usaha para pemimpin terdahulu yang bekerja dengan penuh jerih mengajak rakyat Malaysia menyertai PAS.

 Selaku sebuah parti yang memperjuangkan hak asasi rakyat, di dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syariat, kita di dalam PAS sepatutnya menghormati hak asasi ahli PAS untuk kekal menjadi ahli PAS, apa lagi hak untuk memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti, di samping hak untuk memberikan pendapat dan pandangan kepada parti.

 Fasal 15(1) Perlembagaan PAS menyebut "keberhentian ahli ialah disebabkan (a) permintaan sendiri (b) dipecat (c) mengisytihar diri keluar PAS atau menyertai parti politik lain." Peruntukan di bawah Fasal 15(1)(a) dan (c) jelas menyentuh hak asasi ahli yang tidak boleh diusik oleh sesiapa, waima oleh pemimpin tertinggi parti sekalipun, kerana ia membabitkan kerelaan ahli. 

Sebaliknya, jika mana-mana pihak merasakan bahawa kewujudan ahli-ahli tertentu parti menimbulkan kemudaratan, apa yang boleh mereka lakukan ialah bukan membuat seruan terbuka tetapi mengemukakan cadangan bertulis kepada Setiausaha Agung bagi dipertimbangkan dan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS supaya ahli-ahli tersebut dipecat dari parti.

 Asal saja bukti ada; selaras Fasal 15(3)(a) Perlembagaan PAS yang menyebut "pemecatan seseorang ahli itu bolehlah dilakukan apabila terbukti ianya telah melanggar Perlembagaan PAS, Aturan dan Peraturan serta arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti, atau telah melakukan sebarang perbuatan yang berlawanan dengan kepentingan parti atau menyalahi tatatertib parti".

 Sedarkah Dr Mohd Zuhdi dan Haji Razman apakah yang akan berlaku jika seruan mereka supaya ahli-ahli PAS yang tidak bersetuju dengan pemimpin tertinggi parti keluar parti disahut oleh ahli-ahli tersebut? 

 Tahukah Dr Mohd Zuhdi dan Haji Razman berapakah bilangan ahli dan cawangan PAS yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan berstatus aktif pada masa ini?9 Jika Dr Mohd Zuhdi dan Haji Razman melihat semula Laporan Tahunan PAS Sesi 2013/2014 yang dibentangkan di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-60 di Batu Pahat, pada September lalu, mereka patut tahu bahawa bilangan ahli dan cawangan PAS yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan berstatus aktif hanyalah sebanyak 763,849 dan 6,894 sahaja.

 Tahukah Dr Mohd Zuhdi dan Haji Razman betapa susahnya para pemimpin terdahulu bekerja untuk mengumpul ahli hingga menjadi seramai ini? Di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-37 di Taman Melewar pada Jun 1991, Almarhum Datuk Fadzil Noor telah mensasarkan untuk mendapatkan 180,000 ahli baru bagi mencukupkan ahli PAS menjadi 500,000 pada tahun 1995.

 Tetapi berapa orang sahajakah ahli yang mampu ditambah oleh jawatankuasa khas yang diketuai oleh Dr Daeng Sanusi Mariok di dalam tempoh empat tahun ini? Hanya 48.5% dari jumlah yang disasarkan sahaja, iaitu 87,328 orang, dengan 21,123 orang pada sesi 1991/1992, 17,550 orang pada sesi 1992/1993, 21,547 orang pada sesi 1993/1994 dan 27,108 orang pada sesi 1994/1995.

 Bayangkanlah betapa gembiranya Almarhum Datuk Fadzil di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-45 di Taman Melewar pada Mei 1999 apabila mengumumkan di dalam ucapan dasar beliau bahawa, hasil dari gelombang perubahan yang berlaku di dalam negara beberapa bulan sebelum itu, 

"Alhamdulillah rancangan kita telah pun berjaya. Hari ini bilangan ahli PAS telah melebihi setengah juta." Jelas Almarhum Datuk Fadzil, 

 "Saya cukup terharu dengan penyertaan ahli baru yang mencecah lebih 100,000 orang dalam masa beberapa bulan terakhir ini".

 Dengan bangganya Almarhum Datuk Fadzil menyebut, 

"Kita seringkali mendengar rungutan dan kritikan bahawa PAS begitu sekali ketandusan sumber tenaga manusia terutama dari golongan profesional. Bagaimana mungkin untuk PAS mentadbir negara sedangkan mereka tidak mempunyai tenaga profesional? Sekarang kita mempunyai ribuan ahli di kalangan profesional. Apakah kita masih tidak mampu mentadbir negara dan menjadi kerajaan alternatif?"

 Jabatan Pendidikan Politik, Pemuda PAS Malaysia menyeru semua pemimpin PAS supaya berlapang dada memikirkan di manakah silapnya apabila ahli-ahli yang sebelum ini pernah menjadi lambang kebanggaan kita kini cuba dihambat keluar dari parti pula. Gesaan menghambat ahli-ahli keluar dari parti perlulah dihentikan serta-merta kerana gesaan ini sangat memalukan. 

 Ia seolah-olah membuat pengakuan terbuka bahawa Lajnah Dakwah dan Lajnah Tarbiyyah kita gagal dalam melaksanakan tugas mendakwah dan mentarbiyyah ahli-ahli parti.

 Jabatan Pendidikan Politik, Pemuda PAS Malaysia ingin mengingatkan semua pemimpin PAS bahawa sebagai sebuah parti politik, kita memerlukan kedua-dua kualiti dan kuantiti pada ahli-ahli kita. Gesaan menghambat ahli-ahli keluar dari parti adalah berlawanan dengan matlamat kita berpolitik, iaitu untuk mencapai kemenangan di dalam pilihan raya demi mencapai redha Ilahi. Meruntuhkan apa yang telah dibina dengan bersusah-payah oleh para pemimpin terdahulu bukanlah kerja yang susah, tetapi membinanya semula sudah tentu akan memakan masa.

 Dengan penuh hormat, saya berharap agar gesaan sedemikian tidak berulang lagi.

 MOHD HASBIE MUDA
 Pengarah Pendidikan Politik Pemuda PAS Malaysia ~  SUMBER

Kenali Dua Pak Pandir PAS

Posted: 03 Mar 2015 12:00 AM PST

Ada dua orang Pak Pandir dalam PAS ini yang kerja hanya tahu nak halau orang keluar dari parti. Kerja yang sepatutnya mereka lakukan sebagai pimpinan tinggi parti gagal dilaksanakan.

  Seorang daripadanya adalah merupakan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki. Tetapi buat penyelidikan mengenai kronologi Presiden parti sendiri pun kurang cerdik. Fakta yang tidak betul dia kemukakan. 

  Zuhdi mendakwa kononnya usaha menjatuhkan presiden bermula 1998.Waima pada tahun 1998 jawatan Presiden PAS masih dipegang Datuk Fadzil Mohd Noor dan bukannya Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Fakta yang semudah ini pun beliau gagal kemukakan dengan tepat. Sangat memalukan kalau beginilah tahap kerjabuat seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan.

 Seorang lagi ialah Pesuruhjaya PAS Perak yang hanya beberapa hari duduk dalam PAS yang tiba-tiba dilantik jadi PJ, melangkau PJ 1 dan PJ 2 & PJ 3?

Dimana kamu Razman ketika ini? Mana kamu?
  Razman yang khabarnya masuk PAS pada 2010 selepas bersara dari Jabatan Kastam pada 2009, tiba-tiba sahaja mencanak naik namanya diangkat menjadi PJ Perak untuk sessi 2013 - 2015. Waima jadi JK PAS Perak pun tidak. Cer kalian cari nama Razman Zakaria di sini ....Mana Razman? Mana kamu?

  Itu pasalnya ramai mempertikaikan perlantikan Razman sebagai PJ. Gambar dibawah ini mungkin boleh menjelaskan kepada kita .......


Menantu Hj Hadi, Akmal Kamarudin dan Sidek Nor
sewaktu membawa missi Dewan Ulama PAS Perak
 Tentu tidak molek kalau ada orang berkata bahawa mereka telah mengadap Tuan Guru Presiden untuk melobi perlantikan seseorang sebagai PJ ke apa? 

  Mungkin kalau kunjungan mereka ke situ selepas perlantikan PJ sedikit masa lagi tu, tidak akan menimbulkan apa-apa prasangka atau spekulasi.

 Razman menafikan adanya kerja lobo melobi ni, katanya dia tak ada niat langsung nak jadi PJ. Kalian percayalah, Memang Razman tidak pandai menipu. Debik orang pun dia tak ngaku... Itulah sebabnya Hj Hadi lantik Razman jadi PJ sebab jasanya begitu menonjol berbanding dengan DS Nizar ....

Kamu adalah Boneka Umno! Almarhum sendiri kata kepada orang macam Nik Abduh!

Posted: 02 Mar 2015 08:00 PM PST

"Ayahanda mendidik saya bukan dengan memukul Umno dan BN.

 "Saya juga mengenal ayahanda saya mendidik rakyat bukan dengan memukul Umno dan BN bertalu-talu."

 Demikian jawab anak tokoh PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sewaktu dihadapkan tuduhan bahawa beliau mewakili kumpulan pro-kerajaan perpaduan yang sering mengkritik sesama pemimpin parti itu.

 Walaupun tidak menjelaskan kumpulan yang mendakwa begitu, Nik Abduh berkata terdapat tanggapan beliau "kurang memukul Umno dan BN" dan "kuliahnya berlapik-lapik, tidak luka Umno dan BN." Baca lagi di sini

 Sejauh mana kebenaran dakwaan Nik Abduh ini? Nik Abduh sering menggunakan nama Almarhum. Mentang-mentang Nik Abduh anak kepada almarhum, dia ingat almarhum adalah bapa dia seorang?


Maso ayah demo hidup lagi, oghe ghoyat doh..... Oghe hormat ko ayoh 
demo jah, tapi oghe tak kagum pun ko demo....! Lepas ayoh demo 
takdok, jange lah wat cerito  bukan-bukan nak jual namo gemuloh..... 
Oghe tahu belako doh demo jenis cakap takleh pakaa.... belawok...!!!
Ayoh demo maso hidup sokong Anwar, bakpo demo tak ikut....?
  Nik Abduh perlu ingat walaupun almarhum bukan seorang biological father kepada kita, namun almarhum adalah bapa perjuangan kepada kita semua. Almarhum adalah murabbi kepada semua kita. Almarhum adalah kepunyaan ramai!

  Kita sendiri telah dengar dan faham apa yang selama ini almarhum sampaikan kepada kita semua. Kita bukan dengar melalui mulut cirit biri Nik Abduh. Tetapi dari mulut almarhum sendiri. Nik Abduh jangan cuba-cuba mahu memperbodoh-bodohkan kita semua!

Kalau almarhum tidak pukul Umno, kenapa puak Umno begitu marah kepada almarhum. Hingga ada yang mulut cabul dengan menulis dalam blognya :


Wajarkah Nik Aziz Nik Mat apabila dia meninggal dunia kelak dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam?  

  Perkara yang berat dan serius ini harus dipertimbangkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan atau Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan dan juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memandangkan orang ini telah mengambil tanggungjawab Allah Subhanahu Wataala dan menyesatkan pengikut-pengikutnya.

 Hang Nik Abduh janganlah nak perasan sangatlah! Orang sanjungi ayahanda kamu, tapi tidak kamu. Keperibadian kamu dan cara perjuangan kamu amat jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan ketokohan almarhum!

  Almarhum sendiri sewaktu hidupnya menganggap orang macam kamu ini yang mahu mempertahankan cadangan Presiden PAS Hj Hadi untuk membentuk kerajaan Perpaduan adalah 'Boneka Umno'. Kamu adalah Boneka Umno! Bukan aku kata almarhum sendiri yang kata. Ada buktinya dibawah ini :

Ada dua point penting yang saya gariskan di atas itu:

 1) Almarhum Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas golongan dalam parti itu yang terus mempertahankan cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan sambil menyifatkan mereka sebagai 'boneka UMNO'.

2) Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu yang sebulat suara menyokong pakatan pembangkang.....
Sila baca lagi di sini

Nik Abduh biadab terhadap almarhum bapa sendiri!

Posted: 02 Mar 2015 04:30 PM PST

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan siapakah golongan "barua" yang dimaksudkan oleh ahli jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dalam parti itu.

 "Tanya (Nik) Abduh-lah, sebab dia yang cakap. Kalau dia kata ada barua dalam PAS, dia kena buktikan.

 "Setahu saya tidak ada barua dalam PAS. Saya pun nak tahu (siapa). Kita sama-sama nak tahu," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur di sini

  Sebelum ini, Nik Abduh mendakwa terdapat "barua" di kalangan ahli PAS yang lebih taat setia kepada Pakatan Rakyat berbanding kepada parti itu sendiri.

  Saya cabar Nik Abduh supaya berani mendedahkan nama-nama mereka yang disifatkannya sebagai 'Barua' bersama bukti alasannya. Jangan pakai hentam borong semborono atau kata omputehnya , 'beating around the bush'

 Kalau Nik Abduh tidak ada bukti atau tidak berani mendedahkannya, adalah lebih molek tutup mulut cirit birit kamu itu!
  
 Apakah ahli PAS yang mahu mempertahankan tahaluf siyasi bersama rakan Pakatan Rakyat itu kamu anggap barua? Bukankah mereka ini wala' dan thiqah terhadap keputusan mu'tamar supaya terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat. 

  Amat dikesali sekali bahawa kamu sebagai anak almarhum TGNA sanggup menempelak ayah sendiri yang sudah tiada dengan gelaran sebegini hina? Biadab sungguh seorang anak jika kelaku begini! Kecik-kecik dulu mu tak mau mampuih, sumpah seranah orang jika dapat anak derhaka macam itu!

 Almarhum hingga ke akhir hayatnya tetap menentang penyatuan Umno dan PAS.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas." Demikian itu ketegasan kata-kata almarhum. 


 Nik Abduh jangan nak putar belitkan sejarah perjuangan almarhum. Ramai lagi yang masih hidup dapat menyanggah segala dakwaan kamu yang jauh menyimpang dari kebenaran. Jangan nak perasanlah dan jangan nak pergunakan nama almarhum TGNA yang tetap kami sanjung! 

Tiada ulasan: