Khamis, 26 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


HUDUD LEBIH MUDAH DILAKSANAKAN DI MALAYSIA BILA PAS BERSAMA PAKATAN RAKYAT MENGUASAI PUTRAJAYA SELEPAS PRU KE-14 !!!

Posted: 26 Mar 2015 09:00 AM PDT

Oleh Mohd Suhaimi Aziz 

 PAS perlukan PRESIDEN yang BAHARU dalam pemilihan parti pada tahun ini sebelum menghadapi PRU ke-14!!!! PAS perlukan Presiden yang boleh menyatukan semua ahli PAS, penyokong PAS dan menyatukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama jika PAS ingin menggantikan umno untuk memerintah Malaysia !!!!

 Kepimpinan PAS yang baharu perlu memahami Fiqh politik dengan realiti politik di Malaysia dalam membawa agenda Islam termasuk perlaksanaan Hukum Hudud. 

Sebenarnya, Enakmen Hukum Hudud 1993 (pindaan 2015) akan lebih mudah dilaksanakan bila PAS bersama Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya kerana sebagai Kerajaan Persekutuan, banyak jabatan dan agensi yang berkaitan agama Islam dapat dimanfaatkan oleh PAS untuk membentuk satu Jawatankuasa Induk Hukum Hudud yang akan diwakili oleh ilmuwan Islam dan pakar-pakar perundangan Islam termasuk wakil bukan Islam untuk merangka perlaksanaan dan penerangan kebaikan Hukum Hudud kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa gangguan daripada umno/bn yang selama ini menggunakan isu Hudud untuk memecah-belah kesepakatan Pakatan Rakyat dan menakut-nakutkan rakyat terutamanya orang bukan Islam !!!

 Keutamaan yang perlu menjadi agenda PAS dalam melaksanakan Hukum Hudud ialah dengan merangka strategi politik untuk menguasai Putrajaya terlebih dahulu kerana untuk melaksanakan Hukum Hudud mesti mendapat undi 2/3 ahli Dewan Rakyat untuk meminda Perlembagaan Malaysia bagi membenarkan Hukum Hudud dapat dilaksanakan di Negeri Kelantan. 

Bila Pakatan Rakyat dapat menguasai Kerajaan Persekutuan, maka PAS lebih mudah untuk berbincang dengan DAP dan PKR memandangkan Pejabat Peguam Negara, Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM termasuk semua jabatan berkaitan Islam, PDRM, Jabatan Penjara, Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah dibawah bidang kuasa Pakatan Rakyat. 

Segala tekanan daripada DAP dapat dikurangkan bila mana PAS dapat menggunakan RTM dan media perdana untuk memberikan penerangan secara menyeluruh kepada rakyat Malaysia termasuk orang bukan Islam tentang keadilan Hukum Hudud !!!!

 Di sinilah kebijaksanaan Presiden PAS yang baharu amat diperlukan dalam mendepani realiti politik Malaysia kerana mempercayai umno untuk menyokong melaksanakan Hukum Hudud samalah seperti kita mempercayai "syaitan yang dikenali" untuk menyokong melaksanakan Hukum Hudud sedangkan umno telah berkuasa lebih 57 tahun dan jika umno ikhlas ingin melaksanakan Hukum Hudud, mereka sudah lama boleh laksanakannya sejak negara kita mencapai kemerdekaan. 

Dalam usaha PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud, PAS perlu bijak mengatur strategi politik dengan membawa agenda Islam yang merangkumi sistem pemerintahan Islam di mana PAS perlu mengubah kerajaan sediada kepada sebuah Kerajaan Islam yang akan mendapat redha Allah s.wt. dunia dan akhirat kerana pemerintahan Kerajaan Islam akan merangkumi semua sistem perundangan, ekonomi, kewangan, pendidikan, sosial dan lain-lain !!! 

 Hanya melalui kebijaksanaan kepimpinan PAS yang baharu yang akan dapat membawa hala-tuju dan masa depan PAS dalam merangka strategi politik PAS yang "genius" dalam menghadapi realiti politik di Malaysia di mana PAS tidak boleh bergerak secara bersendirian sebaliknya perlu terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat bersama rakan-rakan PKR dan DAP sebagai satu wadah politik baru untuk menggantikan Barisan Nasional yang telah sampai penghujung usianya !!!!! 

 PAS FOR ALL !!!

YUSUF AL-QARADHAWI : BANGUNKAN ISLAM SEBELUM LAKSANA HUDUD

Posted: 26 Mar 2015 07:00 AM PDT

Tulisan Oleh : Shamsul Muda 
Bahagian 2 : 

 Beliau menyatakan, "[hukum] hudud sebagaimana yang kamu lihat dengan syarat-syaratnya yang ketat, dan dengan [syarat] menyediakan keperluan-keperluan asas kepada setiap individu umat ini [sebelum melaksanakannya], datang pada [kedudukan] penghujung hukum hakam [Islam dari segi perlaksanaan], bukannya pada permulaannya, seperti yang didakwa sesetengah [pihak]". (Lihat di sini

 Yusuf Qaradhawi bagaimana pun tidak pula menyatakan dengan jelas, dalil yang menjadi asas kepada pandangan beliau ini. Namun, boleh difahami daripada bicara beliau ketika diwawancara oleh setesen satelit, al-Jazeera pada 10 Januari 2011 itu, dalilnya ialah waktu turun ayat-ayat yang memerintahkan perlaksanaan hukuman-hukuman hudud, iaitu zina, qazaf, mencuri, dan hirabah. 

 Menurut beliau, ayat-ayat tersebut-yang memerintahkan perlaksanaan hukum hudud- adalah antara ayat-ayat terakhir dan pertengahan dari segi urutan penurunannya. Kedudukan pada tertib pertengahan dan terakhir ayat-ayat ini dari segi urutan penurunan, membawa makna ia juga berada pada kedudukan dan urutan yang sama dari segi perlaksanaan. 

 Oleh sebab itu, beliau menyatakan, "sebelum dilaksanakan [hukum] hudud, beri makan [terlebih dahulu] kepada orang yang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur, ajarkan orang yang jahil dan latih [para] pekerja. Mesti dilakukan ini [semua] sebelum melaksanakan [hukum] hudud". 

 Bagi menyokong pandangannya berhubung kaedah perlaksanaan hudud ini, Yusuf Qaradhawi juga dilihat berdalilkan dengan hakikat bahawa Islam tidak beria-ia mahu menghukum manusia yang melakukan kesalahan hudud. Hakikat ini adalah jelas kerana amalan Nabi SAW dan hadis-hadis Baginda sendiri menyatakan hal ini. 

 Jika demikian, umat Islam perlulah bergerak seiring dengan amalan Nabi SAW dari segi mengelak mengenakan hukuman hudud, meskipun ke atas orang yang datang membuat pengakuan secara sukarela.

 Ini boleh dilakukan dengan berusaha menghapuskan segala perkara yang boleh mendorong manusia melakukan kesalahan hudud, seperti desakan, tekanan dan keperluan hidup. 

 Dari sinilah, perlunya hukum hakam Islam berkaitan kewajipan menjaga kebajikan rakyat, sifat kebersamaan dan apa sahaja yang menjurus ke arah penghapusan dorongan-dorongan jahat itu, didahulukan sebelum dilaksanakan hudud.

 Dengan berbuat demikian, umat Islam telah bergerak seiring dengan amalan Nabi dari segi berusaha mengelak sedaya mungkin daripada mengenakan hukum hudud ke atas pesalah. 

 Kesimpulannya, kaedah perlaksanaan hukum hudud-seperti yang dijelaskan oleh Yusuf Qaradhawi-ialah mendahulukan perlaksanaan Islam secara keseluruhan terlebih dahulu, sebelum melaksanakan hukum Allah itu. Justeru, dalam keadaan perlaksanaan Islam secara menyeluruh ini belum selesai dalam sesebuah Negara Islam, hudud bukan sahaja tidak dilaksanakan, bahkan tidak juga diwartakan sebagai undang-undang Negara yang boleh dilaksanakan, sehinggalah urusan perlaksanaan Islam secara menyeluruh tadi selesai dijayakan. 

 Demikianlah yang difahami daripada penjelasan dan kenyataan-kenyataan Yusuf Qaradhawi yang turut disokong oleh Muhammad Abdullah al-Khatib, yang disertakan petikannya dalam tulisan ini. 

 Pemahaman ini nampaknya selaras dengan tindakan Syaidina Umar r.a menangguhkan perlaksanaan hukum hudud secara total pada musim kelaparan, meskipun di kalangan rakyatnya tentu ada orang yang kaya atau berada yang terselamat daripada bencana kelaparan tersebut. 

 Tidak ada pula pihak yang membantah tindakan beliau itu dengan berhujjah bahawa hukum hudud perlu diteruskan seperti biasa, dengan membebaskan orang yang sabit mencuri disebabkan kelaparan dan mengenakan hukuman hudud ke atas orang yang terbukti mencuri bukan kerana desakan kelaparan. 

Syaidina Umar tidak berbuat demikian. Sebaliknya beliau menangguhkan perlaksanaan hudud di musim kelaparan secara total. 

 Syeikh Yusuf Qaradahwi, dengan pandangannya berhubung kaedah perlaksanaan hukum hudud ini, sesungguhnya telah membuat satu anjakan penting dalam diskusi dan wacana hudud, iaitu membuka perbincangan berkenaan aspek berkaitan hukum hudud yang tidak dibincangkan secara serius di negara ini, iaitu kaedah perlaksanaan hukum hudud dalam masyarakat. 

Semoga dengan pandangan tokoh besar Islam ini, wacana hudud di negara ini tidak terus dikurung atau dilihat dikurung dalam skopnya yang lama, yang hanya berlegar di sekitar kewajipan melaksanakan hukum hudud, keadilan hukum hudud, kesesuaiannya dalam masyarakat majmuk dan seumpamanya.

Adalah lebih mudah memahami kata-kata Hj Hadi dahulu dari yang sekarang ....

Posted: 26 Mar 2015 03:00 AM PDT

  Ada dalam kalangan umat Islam yang memberi alasan bagi menolak usul persendirian berkaitan undang-undang jenayah dengan menggunakan beberapa perkataan yang berkaitan hukum Islam. 

Antaranya menyebut perkataan-perkataan seperti "Siyasah Syari'yyah", "Maqasid Syari'ah", "Fiqh Aulawiyyat", "Maslahah" dan lain-lain.

 Ketika membicarakan tajuk yang berat seperti ini, maka tentunya sangatlah tidak manis sekiranya kita menjadi laksana burung kakaktua yang pandai hanya menyebut kalimah yang diajar oleh tuannya..... (baca lagi di sini)

Amboi, sedap mulut kata orang macam burung kakak tua...Yang kamu cakap sebelum ini apa? Kamu sudah lupakah? Adalah lebih mudah untuk kami memahami kata-kata kamu dahulu dari yang sekarang. 


PAS kena tipu lagi dengan Umno .....

Posted: 26 Mar 2015 12:33 AM PDT

Apa pendirian Najib sekarang?
Dia sudah bertaubat?
 Apa-apa pun tidak ada yang mustahil jika sudah kehendak Allah. Gajah pun boleh masuk melalui lubang jarum kalau itu adalah kehendak Allah Subhanahu wata'ala. Allah jadikan api sejuk dan tidak membakar ketika Nabi Allah Ibrahim dilemparkan kedalamnya...

 Tapi, kita perlu berusaha dengan mendahulukan sunnatullah. Jangan kita cuba masuk kedalam api dan berserah kepada Allah, atau memaksa gajah masuk ke lubang jarum....

 Maka demikian jugalah kalau kita mahu melaksanakan Hudud di Malaysia. Banyak rintangannya. Maka sebab itu janganlah marahkan Nazri Aziz bila dia kata 'bodoh' kepada mereka yang bercakap pasal hudud di Malaysia. Dia bukan mempertikaikan hukum hudud itu tetapi mempertikaikan soal perlaksanaannya.

  Menurut Nazri, Adalah  mustahil untuk melaksanakan Hudud di Malaysia kerana hukuman bagi kesalahan di bawah kod kesiksaan Islam akan bertembung dengan yang sudah termaktub di bawah undang-undang jenayah sivil dan jika hudud dilaksanakan mungkin akan menyebabkan "bahaya berganda." 

 Kod Kesiksaan Islam  bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu tidak pernah dilaksanakan di Malaysia.

 Bahawa hukuman bagi jenayah dan kecurian di bawah hudud tidak boleh diluluskan tanpa terlebih dahulu meminda Perlembagaan dimana mahkamah sivil sudah mempunyai hukuman yang jelas bagi kesalahan itu.

Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari pula berkata, walaupun Parlimen meluluskannya kelak, rangka kerja struktur dan jentera menguatkuasaannya tidak ada, seperti polis, hospital dan penjara, bagi menangani jenayah dan hukuman di bawah kanun itu. 

 Seorang lagi peguam, Norman Fernandez, berkata banyak undang-undang, termasuk Perlembagaan Persekutuan, perlu dipinda untuk sama ada membenarkan agensi persekutuan menguatkuasakan dan melaksanakan hukuman, atau mewujudkan badan baharu melaksanakan kanun itu.

 Manakala, bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk Khutubul Zaman Bukhari, berpendapat pendakwaan di bawah kanun itu akan gagal apabila pesalah mencabar keperlembagaan undang-undang itu sendiri.

 "Terdapat banyak perkara yang tiada dalam rancangan PAS dan nampak seperti parti itu melakukannya secara sembarangan. Terdapat banyak masalah dalam pelaksanaannya," kata Aziz . Baca lagi di sini

 Walaupun semua 12 ahli parlimen Umno negeri Kelantan mengundi untuk pindaan tersebut,  sehingga kini setelah seminggu berlalu, kepimpinan nasional parti pemerintah itu masih belum mengisytiharkan samaada akan memberi sokongan kepada hudud PAS di peringkat persekutuan. 

 Saya bersetuju bila ada yang kata :
PAS kena tipu dengan Umno, sekali lagi. Sudah ada tanda-tanda Datuk Seri Najib Razak dan Umno tidak akan sokong rang undang-undang Datuk Seri Abdul Hadi Awang Mei ini. Mereka akan kata, kita tidak tolak hudud tapi kita tidak mampu lagi. Dan ada kebenaran dalam apa yang mereka katakan.

Solusinya mudah: dapat kuasa melalui proses demokrasi, bentuk negara Islam, bangunkan keadilan Islam dan laksanalah hudud setelah itu. Untuk menjayakan agenda itu, PAS mesti menyertai permufakatan mengenyahkan BN dari Putrajaya. ~ Baca di sini
Kalau PAS buktikan kecerdikannya; PAS kena bersama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno/BN dan dapatkan kuasa.Banyak bukti-bukti kejayaan PAS ketika bersama PR. Tapi bila orang kata bodoh, marah pula!

Umno/BN , dulu dan selamanya putar alam, tapi masih ada yang mudah terpedaya

Posted: 25 Mar 2015 09:27 PM PDT

 Satelah hampir seminggu rakyat Malaysia menunggu  pengumuman resmi pendirian Putrajaya, maka berkatalah Ketua Sekretariat Tetap Hudud Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Putrajaya telah bersetuju dengan pindaan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan minggu lalu.

 Atas persetujuan itu, ahli Parlimen Kota Baru itu berkata, kerajaan negeri Kelantan membawa pindaan berkenaan ke sidang DUN.

 "Jawatankuasa sekretariat ini mengandungi 6 wakil kerajaan negeri dan 6 wakil kerajaan pusat dan jabatan-jabatan yang berkaitan, misalnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Kelantan.

 "Yang dibincangkan ialah, apa yang perlu kita buat terhadap enakmen 1993 ini, yang sebelum ini kerajaan pusat tak campur tangan langsung.

 "Jadi, selepas ada sekretariat ini, baru ada penambahbaikan. Dan saya boleh sahkan, penambahbaikan inilah yang dibawa untuk meminda enakmen ini pada 18 dan 19 Mac lalu," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini. Baca lagi ~  di sini

Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh dan merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan, tiada keperluan untuk Barisan Nasional (BN) tergesa-gesa menyatakan pendirian mereka berhubung pelaksanaan undang-undang hudud yang dibawa PAS.

  "Rang undang-undang hudud itu merupakan usul persendirian dan tiada tempoh pasti bila ia akan dibawa ke sidang Dewan Rakyat. 

 "Dalam peraturan Parlimen, rang undang-undang persendirian hanya boleh dibahaskan setelah semua urusan kerajaan selesai. 

 "Oleh sebab itu, belum sampai masanya. BN tak perlu tergesa-gesa," katanya, ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini. Baca lagi di sini

Komen al-Husseyn :
 Mana satu kenyataan resmi? Siapa sebenarnya jurucakap Putrajaya @ PM Najib, Takiyudin atau Anuar Musa?

 Nampaknya Umno sekarang cuba nak berdolak dalik dengan menafikan sokongannya sebelum ini terhadap pindaan enakmen tersebut (sebagaimana penjelasan Takiyudin) setelah menerima tekanan dan asakan dari dalaman sendiri.

13 Komponen BN telah menyatakan bantahan mereka dan begitu juga dari kalangan MP Umno sendiri yang tidak sekata dalam memberikan sokongan.

 BN kini cuba  meletakan kekalutan ini keatas bahu Pakatan Rakyat pula apabila Anuar Musa berkata, isu hudud itu masih belum diselesaikan di peringkat kepimpinan PR.

"Dalam hal ini, BN tidak seharusnya mendahului tuan punya rang undang-undang, iaitu PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

"BN kena dengar dahulu semua pendapat sebab ini isu penting yang sentuh agama dan keharmonian," katanya. 

Babak sarkis seterusnya, sang Badut bermain dengan Harimau ganas. Lihat siapa yang kena.....

Tiada ulasan: