Rabu, 25 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Siapa lebih biadab, DAP atau Hj Hadi?

Posted: 25 Mar 2015 05:00 AM PDT

PAS hari ini memulangkan paku buah keras kepada DAP, rakan gabungannya dalam Pakatan Rakyat, susulan kritikan keras terhadap usaha parti itu melaksanakan undang-undang jenayah Islam di Kelantan.

 Mereka juga menggesa DAP menarik balik "tuduhan melampau" pada presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah, berserban), yang membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membuka laluan kepada hudud.

 "Kenyataan biadab dan menghina bertubi-tubi yang dilakukan DAP terhadap Presiden dan PAS telah melampaui adab dan budaya yang tidak dapat diterima rakyat Malaysia, apatah lagi dalam satu gabungan pakatan.

 "Tiada erti mesyuarat Pakatan Rakyat diadakan jika DAP meneruskan sikap sombong biadab dengan enggan menarik balik tuduhan liar melampau mereka terhadap Presiden," katanya.

 DAP sebelum ini melancarkan pelbagai kritikan keras kepada PAS kerana cuba melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan yang digubal pada 1993, tiga tahun selepas mereka merampas Kelantan daripada BN.

 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Abdul Hadi sebagai seorang yang tidak menepati janji.

 Ketegangan berlarutan sehingga DAP semalam mengumumkan memutuskan hubungan dengan Hadi kerana tidak lagi dapat dapat bekerjasama dengan presiden PAS itu yang didakwanya "tidak jujur".Baca lagi  di sini 

 Siapa sebenarnya yang lebih biadab dan sering menghkhianati perjanjian tahalluf siyasi Pakatan Rakyat?

 Apakah TITM ni lupa mengenai tindak tanduk presiden PAS yang sebelum ini sering bertindak unilateral dalam membuat keputusan parti.

 Umpamanya, Presiden telah ingkar dan tidak patuh arahan dan perintah parti sendiri iaitu keputusan mesyuarat pada 17 Ogos 2014 yang dilanggar oleh presiden apabila menghantar tiga nama lain. Baca di sini  di sini.


 Bukankah Hj Hadi sendiri yang telah menandatangani watikah calon pada saat terakhir hingga menyebabkan PAS-PKR bertembung tiga penjuru  dalam PRU-13 yang lalu di tujuh kawasan:

1) Dun Kota Damansara (Selangor)
2) Dun Sungai Aceh (Pulau Pinang)
3) Dun Panti (Johor)
4) Dun Kota Putra (Trengganu)
5) Dun Bukit Besi (Trengganu)
6) Dun Seberang Takir (Trengganu)
7) Parlimen Labuan.

 Mengikut tatacara lazimnya, calon-calon PAS akan menerima watikah yang ditandatangani oleh Mustafa Ali selaku Setiausaha Agung parti bagi semua calon PAS yang bertanding bagi kerusi-kerusi yang telah dipersetujui dalam perbincangan bersama Pakatan Rakyat.

 Oleh itu tindakan PAS meletakan calon bertanding di tujuh kerusi yang sepatutnya ditandingi PKR itu nyata dilakukan dengan restu Hj Hadi selaku presiden parti. Akhirnya Barisan Nasional memenangi kesemua kerusi tersebut. 

 Kalau ini semua bukan kerja khianat dan biadab, tolong ucapkan tahniah kepada Haji Hadi kerana telah membantu BN menang di tujuh kawasan tersebut.

PAS Kelantan tetap membentangkannya walaupun sudah tahu penolakan Majlis Raja-raja

Posted: 25 Mar 2015 12:00 AM PDT

 
al-Sultan Kelantan bersama MB Mat Yaakub
Dilaporkan bahawa Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu telah menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud, menurut sumber.

 Cadangan pindaan itu ditolak pada mesyuarat mereka 11 Mac lalu, yang dikatakan dihadiri semua Raja-raja Melayu atau wakil mereka.- Baca lagi di sini

 Mesyuarat Raja-raja Melayu lazimnya diiringserta Menteri Besar negeri masing-masing. Maka sudah pastinya, MB Kelantan juga telah turut bersama al Sultan Kelantan dalam mesyuarat tersebut dan sudah pasti maklum mengenai keputusan mesyuarat Majlis Raja-raja pada hari tersebut.

 Tetapi apa yang peliknya, kenapa setelah mengetahui penolakan Raja-raja Melayu itu, PAS Kelantan masih tetap membentangkannya pada 18 Mac dan sebulat suara meluluskannya pada 19 Mac ? Mustahil Menteri Besar  Mat Yaakub tidak ketahuan mengenai penolakan oleh Ketua Agama negerinya sendiri!

 Tidakkah ini merupakan tindakan yang memberi gambaran seolah-olah PAS Kelantan mencabar kedaulatan Raja-raja Melayu?

 Bukankah Hj Hadi sewaktu krisis MB Selangor dulu dia pernah menyebut yang PAS akan akur dengan apa saja keputusan Sultan Selangor.Tetapi kenapa kali ini Haji Hadi tidak mahu akur dengan keputusan Majlis Raja-raja Melayu.... Haji Hadi hanya akur pada seorang Sultan Selangor sahaja tetapi tidak kepada Majlis Raja-raja??



Presiden PAS Haji Hadi dengan tergesa-gesa telah menghantar notis ke Parlimen memohon kebenaran membentangkannya pada 18 Mac (Ingat : DUN Kelantan meluluskannya pada 19 Mac). Setiausaha Agong dan PAS Pusat sendiri tidak tahu menahu mengenainya. 

 Tetapi malang bagi Hj Hadi, Rang undang-undang persendirian mengenai hudud ini belum ketahuan sama ada akan dibentangkan atau tidak berikutan banyak lagi rang undang-undang kerajaan perlu dibentangkan dalam sidang Parlimen (Dewan Rakyat) kali ini yang akan berakhir 9 April depan.


 Sidang Dewan Rakyat mesyuarat kedua penggal ke-13 untuk tahun ini pula dijangka akan berlangsung bermula 18 Mei hingga 18 Jun hadapan. Tunggu dan tengok siapa yang kena nanti.....

Sebelum nak maki hamun orang Cina, Korang ada teloq nak maki.....

Posted: 24 Mar 2015 09:00 PM PDT

Lebih 30 gabungan utama persatuan masyarakat Cina meningkatkan bantahan terhadap hudud ketika orang ramai menanti-nantikan pengumuman rasmi Datuk Seri Najib Abdul Razak.

 Kumpulan tersebut, antaranya disertai Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan Persatuan Gabungan Guru Sekolah China (Jiao Zong), bersama MCA menolak hudud atas alasan ia "menghakis demokrasi dan menimbulkan kezaliman."

 Perkara itu termasuk dalam pengisytiharan lima perkara yang diumumkan selepas pertemuan mereka dengan parti utama BN itu di Kuala Lumpur petang ini.

 Perisytiharan itu termasuklah:

 - mereka akan terus mempertahankan demokrasi mengikut lunas-lunas undang-undang sivil dan perlembagaan persekutuan sebagai asas berdirinya Malaysia;

 - mereka bersetuju bahawa semua undang-undang mesti melayan setiap warga dengan adil dan saksama dan menjaga kepentingan semua etnik;

 - menyokong dasar wasatiyyah perdana menteri, dan juga, mendukung bantahan MCA terhadap hudud yang bercanggah dengan perlembagaan.

 Dalam sidang media itu, presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perdana menteri memerlukan lebih masa untuk menyatakan pendirian BN.

 "Saya percaya BN telah bermesyuarat dan mereka akan mengeluarkan kenyataan bersama nanti. Kami hanya menunggu kenyataan muktamad daripada perdana menteri," katanya. Baca lagi  di sini

Komen al-Husseyn:

Selepas ni maka akan bangkitlah para pejuang Melayu Islam dan pewala' lawak memaki hamun orang Cina...Bulan Mei pun dah dekat, apalagi ugutlah mereka dengan tragedi 13 Mei! 

 Kenapa mesti nak marahkan Cina? Cina menentang Hudud? Apakah orang Melayu Umno menyokong Hudud? 

 Sehingga kini, Najib yang pernah berjanji akan menyatakan pendirianya mengenai hudud pada Jumaat lepas, tapi hingga kini masih bungkam tidak dapat menyatakan pendirian yang tegas mengenainya.

 Ini adalah kerana ramai Ahli UMNO yang sentiasa berpendapat bahawa hudud tidak sesuai untuk sebuah negara berbilang agama dan berbilang kaum seperti Malaysia.Tiga Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein telah menyatakan dengan jelas bahawa perlembagaan Malaysia tidak akan membenarkan pelaksanaan undang-undang hudud.

Malah Najib sendiri pernah menyatakan penentangannya :
Kerajaan tidak akan menguat kuasakan undang-undang hudud di Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
 Perdana Menteri berkata, walaupun ia telah diterima di dalam Islam, pelaksanaannya perlu berasaskan kepada realiti. 
 "Undang-undang Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana kita perlu mengambil kira persekitaran dan realiti.
 "Tujuan pentadbiran menurut Islam adalah berdasarkan prinsip maqasid syariah, yang, antara lain, melibatkan melindungi agama, nyawa, akhlak dan harta," katanya selepas pelancaran Tanjung Tualang 1Malaysia karnival katanya  di sini
Bekas Timbalan Perdana Menteri dan mantan Timbalan Presiden UMNO Tun Musa Hitam menyifatkan tindakan UMNO itu boleh "musnahkan diri sendiri." 

Penentangan Nur Jazlan Mohamad, Pengerusi PAC dan MP UMNO Pulai terhadap rang undang-undang ahli persendirian Hadi adalah gambaran 'hujung bongkah airbatu'; bahawa ramai lagi Ahli Parlimen UMNO yang lain akan turut menentangnya. 

Lantaran itu sehingga kini Najib tidak berani menyatakan pendirian  sebenar BN berhubung dengan Hudud.

 Konspirasi politik tipu daya Umno/BN yang menggunakan umpan UG (Kerajaan Perpaduan UMNO dan PAS) dan pelaksanaan hudud di Kelantan untuk menjejaskan kestabilan, jurang dan menghancurkan PR, nampaknya memakan diri perancang itu sendiri.

 Jadi, para pejuang Melayu Islam dan pewala' lawak semua tu, lupakanlah nak memaki hamun orang Cina kerana Umno sendiri bukan menyokong Hudud. Dan perjuangan mereka selama ini sememangnya tidak pernah ada agenda Hudud.

  Tapi kita semu yakin puak-puak ini tidak akan berani nak maki hamun soltan-soltan walaupun mereka menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud menurut sumber  di sini. Ada teloq?

Hanya mereka yang mahukan UG sahaja yang sanggup ditipu hidup-hidup oleh UMNO/BN!

Lim Kit Siang ajak berfikir yang terfikirkan : PM BARU DARI SABAH, SARAWAK !

Posted: 24 Mar 2015 06:30 PM PDT

 Keputusan Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat malam tadi telah mengesahkan lagi komitmennya dengan Pakatan Rakyat sebagai penjelmaan harapan dan aspirasi rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama dan wilayah, untuk Malaysia baru di mana ada kebebasan, keadilan, demokrasi, integriti dan manusia bermaruah telah menjadi kekecewaan besar dan kejutan kepada UMNO dan pemimpin Barisan Nasional yang telah menjangka menyaksikan pengkebumian Pakatan Rakyat malam tadi.

 Pakatan Rakyat sudah pasti menghadapi krisis yang paling besar dalam sejarah tujuh tahunnya akibat daripada konspirasi politik  tipu daya yang menggunakan umpan UG (Kerajaan Perpaduan UMNO dan PAS) dan pelaksanaan hudud di Kelantan untuk menjejaskan kestabilan, jurang dan menghancurkan PR. 

Apakah yang konspirator UMNO / BN tidak pernah jangka adalah akibat yang tidak diingini bahawa plot itu juga telah membawa UMNO / Barisan Nasional ke jurang perpecahan atau yang mencemarkan nama walaupun selaput gabungan itu dikekalkan.

 Ini jelas digambarkan oleh "sakit bersalin" berpanjangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengisytiharkan pendirian UMNO / BN terhadap rang undang-undang ahli persendirian  Presiden PAS dan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Najib tentu berasa kecewa bila CEC DAP pada malam Isnin lalu mengumumkan akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

Najib berharap benar, Pakatan Rakyat akan berpecah tetapi malangnya ini tidak berlaku.

Najib menjangkakan apabila ADUN UMNO Kelantan  mengundi menyokong Kanun Jenayah Syariah 2015 yang dibentangkan oleh PAS Kelantan akan menyebabkan kemarahan rakan-rakan PAS dalam tahalluf siyasi, terutamanya DAP.

Najib kini semakin sukar untuk membuat pengumuman pendiriannya mengenai Kanun Jenayah Syariah 2015 apabila 13 parti komponen Barisan Nasional dilaporkan menggesa Najib kekal dan setia kepada Barisan Nasional pengasas prinsip bahawa undang-undang hudud adalah bercanggah dengan Perlembagaan dan tidak sesuai untuk masyarakat majmuk seperti Malaysia.

Tiba-tiba sokongan UMNO / BN untuk rang undang-undang ahli persendirian Presiden PAS mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan adalah pedang bermata dua yang bukan sahaja memusnahkan Pakatan Rakyat, ia juga akan pada masa yang sama memusnahkan Barisan Nasional!

 Jika ini berlaku, dengan kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dimusnahkan oleh letupan C4 yang sama sokongan UMNO untuk rang undang-undang ahli persendirian Hadi di Parlimen, maka senario politik baru iaitu jawatan-BN dan PR akan muncul.

 Ia adalah dalam senario politik baru yang telah saya cadangkan dua hari lalu bahawa akan datang untuk yang baru "Selamatkan Malaysia" gabungan yang terdiri daripada Ahli Parlimen dari kedua-dua bahagian dalam jurang politik dan juga kedua-dua belah Laut China Selatan, Sabah , Sarawak dan Semenanjung Malaysia, untuk mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan Perdana Menteri baru dan kerajaan baru Malaysia.

 Saya percaya Ahli Parlimen UMNO tidak akan monolitik dalam menyokong rang undang-undang ahli persendirian Hadi itu. Seorang MP UMNO telah mengisytiharkan penentangannya terhadap rang undang-undang ahli persendirian Hadi adalah Pengerusi PAC dan UMNO Pulai, Nur Jazlan Mohamad.

 Kenyataan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dan mantan Timbalan Presiden UMNO Tun Musa Hitam bahawa UMNO boleh "musnahkan diri sendiri" kerana UMNO sentiasa berpendapat bahawa hudud tidak sesuai untuk sebuah negara berbilang agama dan berbilang kaum, adalah isyarat jelas bahawa bukan sahaja satu MP UMNO, Nur Jazlan yang tidak akan menyokong rang undang-undang ahli persendirian Hadi, tetapi ramai Ahli Parlimen UMNO yang lain.

 Lagipun, tiga pertama Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein telah menyatakan dengan jelas bahawa perlembagaan Malaysia tidak akan membenarkan pelaksanaan undang-undang hudud.

  Ini adalah mengapa saya berkata bahawa jika Najib menghunus pedang bermata dua dan mengumumkan bahawa UMNO / BN menyokong rang undang-undang ahli persendirian Hadi, dan kedua-dua parti gabungan BN dan PR dimusnahkan, maka ia adalah masa untuk Ahli Parlimen dari kedua-dua belah jurang politik dan kedua-dua belah Laut China Selatan untuk mengambil pendirian untuk "Selamatkan Malaysia" dalam mempertahankan perlembagaan dengan bersama-sama dalam satu gabungan baru - dengan Ahli Parlimen dari kedua-dua kini BN (termasuk UMNO) dan PR. PM baru boleh menjadi dari Sabah atau Sarawak

 Jika terdapat jumlah yang mencukupi dalam apa-apa campuran yang baru melebihi majoriti mudah 222 kerusi Parlimen, maka ia juga akan melibatkan mewujudkan satu gabungan baru kerajaan dan Perdana Menteri baru di kedua-dua jawatan-BN dan senario pasca PR.

Siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri? Jelas sekali, Najib tidak akan menjadi Perdana Menteri. PM baru boleh dari Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak - boleh jadi lelaki atau wanita.

 Selepas lebih lima hari "sakit bersalin" Perdana Menteri menangguhkan pendirian UMNO / BN terhadap rang undang-undang ahli persendirian Hadi, Najib boleh cuba mengambil jalan mudah dan mencari alasan untuk tidak mengisytiharkan apa-apa pendirian mengenai rang undang-undang ahli persendirian Hadi itu. 

Tetapi akan menjadi perubahan besar dasar UMNO / BN kerana sehingga kini, pakatan UMNO / BN tidak pernah mengubah pendirian bahawa undang-undang hudud adalah bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia dan tidak sesuai untuk negara yang berbilang kaum, berbilang agama .

 Keengganan Najib dan ketidakupayaan untuk mengisytiharkan prinsip perlembagaan seperti teras pembangunan negara yang telah menjadi prinsip asas kepada UMNO / BN semua dekad ini sejak Merdeka pada tahun 1957 dan pada tahun 1963 Malaysia akan menjadi perubahan dasar utama dengan sendirinya.

Jika Najib terus mengalami "sakit bersalin" dan dia mustahil untuk mengisytiharkan mana-mana pendirian terhadap rang undang-undang ahli persendirian Hadi ini, maka rakyat Malaysia harus berani untuk memikirkan yang tidak pernah terfikir iaitu sebuah kerajaan gabungan baru dan Perdana Menteri baru walaupun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14  untuk "Selamatkan Malaysia", melindungi perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan mengukuhkan tadbir urus yang baik.SUMBER 

Tiada ulasan: