Selasa, 24 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Keputusan tuntas hanya dapat diambil menerusi Muktamar yang akan datang...

Posted: 24 Mar 2015 07:04 AM PDT

  Nampaknya yang bersungguh sangat mahu mengekalkan kewujudan Pakatan Rakyat adalah golongan professional yang terdiri dari Timbalan Presiden PAS Hj Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

Mereka mengkritik keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi.Bagaimanapun mereka mahu kekal dalam Pakatan.

"Jika penyelesaian segera tidak dapat dicapai, maka hubungan yang sedia ada semakin runcing dan saya yakin penuh sekusut mana pun hubungan, kalau ada kesungguhan untuk terus berada dalam Pakatan Rakyat, pasti akan jumpa jalan penyelesaiannya," kata Mohamad Sabu

"Keputusan DAP itu "bukan jalan penyelesaian terbaik" dan mewujudkan situasi "rumit dan sukar" pada mereka," kata Salahudin.

Sementara itu, Mahfuz Omar pula mempersoal tindakan DAP itu memandangkan Hadi antara yang berhak mewakili parti itu dalam mesyuarat bersama gabungan pembangkang.9"Ini bercanggah dengan prinsip bersama iaitu Majlis Presiden Pakatan Rakyat, diwakili oleh pimpinan tinggi parti. 

 "Jadi saya fikir ini satu yang tidak wajar dibuat sebab bagi saya berlapang dada dan berjiwa besar," katanya dalam sidang medianya di Parlimen. 

 Sehubungan itu MP Pokok Sena itu menyarankan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali supaya menetap tarikh bagi kepimpinan PAS menentukan sikap berhubung keputusan DAP.

  Bola adalah dikaki pemain PAS. Kemana mereka mahu tendang bola itu? Kapten pasukan selalu pass bola kepada pasukan lawan.... Para penonton riuh rendah suruh kapten ditukarkan....

Saya percaya keputusan tuntas hanya akan dapat diambil menerusi Muktamar yang akan datang. Baca di sini

MAMPUKAH PAS KEKAL KELANTAN PADA PRU 14 JIKA SENDIRIAN ?

Posted: 24 Mar 2015 05:00 AM PDT

Sombong, bongkak , takbur , ego ,bodoh dan tolol ... itu lah yang terdapat pada ulama donia pada hari ini .. Setakat untuk hidup, semua boleh hidup , semut dalam batu pun boleh hidup .... tapi bolehkah kehidupan itu boleh perjuangkan agenda dan masalah rakyat ?

 Semasa PAS berjuang sendirian , belum ada sejarah mengatakan bahawa Pas dapat memerintah walaupun satu negeri, bahkan negeri yang difikirkan mereka kuat pun gagal dikuasai.

 Tetapi setelah umno berpecah, S46 berkerjasama dengan Pas pada PRU1990 ,baru lah Pas dapat menawan semula Kelantan . Ini fakta sejarah !!! 


PAS MELAKAR KEMENANGAN TERBESAR SETELAH BERGABUNG DI BAWAH PAKATAN RAKYAT ...

Nik Amar jangan jangan berlagak sombong sangat ....
 Ulama Donia Mohamad Amar hanya mula bertanding sebagai wakil rakyat pada PRU 1999...itu pun setelah rakyat bangkit disebabkan Anwar Ibrahim dipenjara ..

 Oleh itu ...bila bercakap ...pandang pandang..jeling jeling ...jangan bercakap ikut syok sendiri ...nanti diketawakan orang ... ~ Awang Al Kenit

PAS siasat penganjur demo depan pejabat parti

Posted: 24 Mar 2015 02:00 AM PDT

Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim dipanggil menghadap jawatankuasa siasatan PAS petang ini ekoran dakwaan demonstrasi yang dianjurkan beliau di depan Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, 8 Februari lalu.

 Turut dipanggil ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, yang dituduh menjadi dalang konspirasi menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Dr Hatta menyertai sidang hari ini kerana ahli Parlimen Kuala Krai itu dipercayai masih berada di lokap selepas ditangkap polis petang semalam.

 Hatta menyertai demonstrasi bantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diadakan di Wisma Kastam Kelana Jaya semalam, dan ditangkap bersama 79 orang lain pada petangnya.

 Pada 12 Mac, Noorzazilafadli dipanggil jawatankuasa itu tetapi tidak menghadirkan diri.

 Ekoran itu, PAS Pusat dalam mesyuarat di Kota Baru minggu lalu memutuskan memberi satu lagi peluang kepadanya menghadap jawatankuasa siasatan hari ini.

 Noorzazilafadli dan Hatta merupakan dua individu terawal dipanggil jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

 Turut serta dalam jawatankuasa itu ialah Naib Presiden Salahudin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar, ahli jawatankuasa Idris Ahmad dan Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

 Ketika dipanggil pada kali pertama, Noorzazilafadli memberi alasan tidak hadir kerana mendakwa jawatankuasa siasatan itu juga terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Hadi.9 Bagaimanapun, Hadi sendiri dalam mesyuarat di Kota Baru mahukan jawatankuasa yang dilantik itu kekal.

 Dalam demonstrasi pada Februari itu, di mana Noorzazilafadli merupakan penganjurnya, menerima kritikan pelbagai pihak dalam PAS, termasuk Hadi sendiri dalam satu majlis tertutup di Kuantan.

Turut serta dalam demonstrasi itu, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik dan penceramah agama, Nazmi Karim. - Baca lagi di sini 

SOLIDARITI UNTUK MAHASISWA GST

Posted: 24 Mar 2015 12:00 AM PDT

Ratusan berkumpul tanda bersolidariti keatas tahanan anti GST yg
ditahan di balai polis Kelana Jaya malam tadi

Gara-gara perlaksanaan GST mulai 1 April ini, usaha-usaha membantah GST terus menerus dilakukan dengan berbagai cara.

Menurut maklumat, pihak Kastam telah memberi ruang kepada rakyat Malaysia untuk mendapat penjelasan berkaitan pelaksanaan Cukai Good and services tax (GST) pada 1 April 2015.



Rakyat yang prihatin telah datang dan berkumpul di Kompleks Kastam Kelana Jaya menyerah memo bantahan GST mulai jam 1.00 tghari dan menanyakan 100 soalan kpd Pengarah Kastam. 

Namun bila rakyat hadir mohon penjelasan mereka tidak dilayan malah memukul dan menangkap mahasiswa serta aktivis yang hadir.

Seramai 80 orang rakyat marhaen berbilang kaum termasuk pejuang rakyat ditangkap dan diangkut ke IPD Kelana Jaya ptg kelmarin, 23 Mac 2015.

Mereka ditahan di IPD Kelana Jaya hanya kerana menyerahkan memorandum Bantah GST kepada pihak Pejabat Kastam Kelana Jaya untuk disoal siasat.


Kejadian petang kelmarin itu membuktikan tindakan pihak berkuasa berlaku zalim terhadap aktivis. Tindakan memukul dan menolak aktivis seperti tiada belas.
3 orang mahasiswa dipukul dan dikasari
pihak Polis.
Antara aktivis pelajar yang ditahan ialah Naib Presiden GAMIS, Khairol Najib dan Suhail dari UM ditahan di IPD Shah Alam dan akan didakwa dimahkamah pada pagi ini.

 Dua orang lagi Yazid dari UIA dan Adam dari UM ditahan di IPD Kelana Jaya dan juga akan didakwa dimahkamah pada pagi ini.

 Di anggarkan pelbagai caj akan dikenakan keatas mereka, mungkin untuk jamin sampai RM5000 seorang.Sumbangan derma untuk mudahkan urusan ikat jamin boleh disalurkan terus ke akaun MayBank Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis.

 Bank: MayBank
 Nama: Saiful Mujahid Mohd Fadzil
 Account no: 162834118280

 Rakyat berhak dilayan seperti manusia, terus melangkah bersama. Bebaskan tahanan, Mansuh GST!

Anwar diarah keluar...

Posted: 23 Mar 2015 10:00 PM PDT

 Bukan Anwar, tetapi lima pegawai Penjara Sungai Buloh yang mengiringi Anwar Ibrahim hari ini diarahkan keluar mahkamah kerana membawa senjata api.

 Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Muhammad Ibrahim mengarahkan pegawai penjara keluar selepas mendapat bantahan wakil peguam Anwar, Dr Mohd Rafie Mohd Shafie atas alasan senjata api melanggar etika mahkamah.

 Katanya, sudah ada lima pegawai polis dalam mahkamah yang bersedia menjaga keselamatan dalam mahkamah dan kehadiran pegawai penjara tidak diperlukan.

 Anwar masuk ke mahkamah kira-kira 10.15 pagi tadi, berbaju kemeja berbelang biru dan kelihatan cengkung dan susut berat badan.

 Beliau bagaimanapun masih sempat melemparkan senyuman ke arah wartawan dan menegur cucunya, Raja Safiyah Raja Ah‎mad Shahrir, sebelum prosiding kes bermula.

 Mahkamah Rayuan Syariah hari ini mendengar rayuan Anwar menggugurkan peguam, Datuk Zainul‎ Rijal Abu Bakar yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pendakwa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) Shamsuddin Hussain dan bekas pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali, berkaitan kes qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan. – 24 Mac, 2015. - sumber

 Sementara itu The Star Online melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran untuk mencabar keputusan sekatan keatasnya dari menghadiri Parlimen.

DAP kekal bersama PR , tamatkan kerjasama dengan Hj Hadi

Posted: 23 Mar 2015 08:45 PM PDT

Lim Guan Eng (paling kiri) bersama pemimpin
 kanan DAP yg lain yg bermesyuarat malam tadi. 
Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat selama 4 jam malam tadi memutuskan meneruskan kerjasama bersama Pakatan Rakyat (PR) tetapi menegaskan ia sudah hilang keyakinan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu kesal dengan tindakan "tidak jujur dan tidak bermaruah" Hadi yang bekerjasama dengan Umno melanggari semangat konsensus serta Dasar Bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

 Oleh itu, ia membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Hadi dan akan mengadakan perbincangan dengan PKR bagi menentukan masa depan PR.

 "DAP tidak boleh berkerjasama dengan presiden PAS seperti Hadi yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah.

"DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin PR dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau. 

"Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan PR dalam keadaan terawang-awang.

 "DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR membincangkan nasib PR pada masa depan," menurut resolusi mesyuarat itu yang dikeluarkan hari ini.

 Lim mendakwa, Umno menghasut PAS melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan pada 27 Mac 2014, semasa sidang Parlimen, dengan menjanjikan sokongan daripada kerajaan persekutuan.

DAP juga memberi tiga contoh Hadi mengambil tindakan tidak jujur dan tidak bermaruah.

 Pertama apabila beliau mengkhianati keputusan bersama Majlis Pimpinan PR dalam mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal PR untuk jawatan menteri besar Selangor.

 "Ia sehingga mengakibatkan krisis besar yang berlarutan dan hampir menjatuhkan kerajaan PR Selangor," kata Lim.

 Kedua ialah kegagalan Hadi menepati kata-katanya sendiri semasa Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari lalu, bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 2015 bakal dibincangkan pada Majlis Pimpinan PR.

 Dan ketiga, ialah permohonan Hadi ke Parlimen pada 18 Mac membentangkan usul rang undang-undang persendirian tanpa terlebih dahulu membentangkannya kepada Jawatankuasa Pusat PAS serta Majlis Pimpinan PR.

 DAP dalam resolusi mesyuaratnya turut menegaskan semula komitmennya kepada PR sebagai gabungan pentadbiran yang mewakili aspirasi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan.

 DAP juga mengulangi pendirian yang semua parti komponen PR harus berpegang kepada semangat Dasar Bersama melalui muafakat yang berkisar pada amanah dan sifat saling menghormati dalam Majlis Pimpinan PR. Baca lagi di sini

Mat Sabu rayu ‘toleransi maksimum’ selamatkan Pakatan

Posted: 23 Mar 2015 06:00 PM PDT

  Menjelang mesyuarat DAP hari ini yang akan menentukan kelangsungan gabungan pembangkang Malaysia selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan hudud, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu merayu sekutu Pakatan Rakyat (PR) agar toleransi maksimum diamalkan bagi menyelamatkan gabungan itu.

 Undang-undang syariah Islam itu popular di kalangan majoriti penganut Islam di Malaysia, tetapi badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik bukan Islam mengatakan ia bercanggah dengan Perlembagaan dan merubah ciri Malaysia sebagai sebuah negara sekular.

 Sekutu PAS dalam PR juga tidak begitu senang dengan tindakan tergesa-gesa parti Islam itu melaksanakan hudud, dengan PKR pada hujung minggu lalu jelas mengatakan tidak akan memberi sokongan di Parlimen.

 Mohamad berkata, mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP malam ini akan menentukan kelangsungan gabungan yang ditubuhkan pada 2008 itu, dan berharap parti itu tidak membuat keputusan yang bakal mengecewakan rakyat.

 Menurut Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu, PR memberikan harapan kepada rakyat untuk melihat perubahan berlaku di Malaysia.

 "Hari ini, rasuah berleluasa, nilai ringgit semakin lemah, wang dibawa keluar dari negara secara haram, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menekan rakyat bakal dilaksana dan penggunaan Akta Hasutan secara berleluasa untuk menekan pemimpin pembangkang dan NGO.

 "Tiada jalan lain untuk selamatkan negara melainkankan BN dijatuhkan," kata Mohamad dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider di Subang, Selangor.

 "Saya merayu kepada pimpinan PKR, DAP dan rakan-rakan saya dalam PAS untuk toleransi tahap tertinggi bagi menyelamatkan PR."

 Mohamad (gambar, kanan) memberi amaran kepada pemimpin PR, rakyat berharap gabungan itu mampu menjadi pengganti kepada BN selepas pilihan raya umum akan datang, tetapi pergeseran mereka menyebabkan kepercayaan rakyat semakin terhakis.

 "Harapan rakyat begitu tinggi kepada PR kerana kekecewaan rakyat kepada BN begitu tinggi sekarang.

 "Kekecewaan termasuk di kalangan ahli politik BN sendiri, Umno, Gerakan dan ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak.

 "Semua ini termasuk ahli-ahli perniagaan memang amat kecewa dengan cara negara diuruskan BN," kata Mohamad yang pernah menjadi ahli Parlimen tiga penggal itu.

 PR ditubuhkan pada 2008 oleh PKR, PAS dan DAP selepas BN buat pertama kali hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan tewas di beberapa negeri dalam pilihan raya umum.

 Mohamad berkata, jika PR berpecah, Umno adalah parti pertama akan mengadakan kenduri kesyukuran dan pesta meraikannya.

 "Oleh itu, saya, atas nama peribadi dan timbalan presiden PAS, sekali lagi merayu kepada semua pimpinan PKR, DAP dan PAS, carilah 'maximum tolerance' untuk menjaga Pakatan Rakyat terutamanya untuk membuat perubahan pada pilihan raya yang akan datang.

 "Apa sekalipun sebab, keputusan dan cabaran, Pakatan Rakyat mesti bersatu. Ini harapan saya dan juga harapan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mengundi dalam pilihan raya lepas, diharap jangan dikecewakan," katanya.

 Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, walaupun gagal merampas Putrajaya, PR berjaya mendapat undi majoriti sebanyak 51% berbanding BN 49%.

 Selain itu, PR sekali lagi menggagalkan BN untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga di Parlimen yang mereka hilang pada Pilihan Raya Umum 2008.

 Pergeseran secara terbuka PR bermula tahun lalu semasa kemelut menteri besar Selangor. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka menolak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, walaupun parti itu dan DAP menyokongnya.

 Selepas PAS Kelantan berjaya membentangkan pindaan hudud, Hadi sekali lagi mengetepikan PR apabila memohon kepada Dewan Rakyat minggu lalu membentang rang undang-undang persendirian pada sesi Parlimen kali ini, bagi memberi laluan negeri pantai timur itu melaksanakan undang-undang jenayah Islam.

 Tindakan itu menimbulkan kemarahan PKR dan DAP yang menganggap ia satu lagi pengkhianatan Hadi.

 Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Hadi sebenarnya berkhayal jika beliau menyangka orang bukan Islam masih menyokong PAS selepas "satu lagi tindakan khianat" olehnya.

 Beliau turut membidas parti Islam itu kerana melanggar konsensus PR yang dipersetujui Hadi sendiri ketika mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari. – 23 Mac, 2015.  ~ sumber

Tiada ulasan: