Isnin, 2 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PAS adalah kepunyaan ahli bukan mak bapak hangpa punya!

Posted: 02 Mar 2015 08:00 AM PST


Sikit-sikit suruh org keluar. Tak ada kerja lain nak disebut? Dr Mahfohz pun kata macam itu. Hj Hadi pun kata benda yang serupa. Kali ini pula PJ Perak si Razman yang baru beberapa hari duduk dalam PAS turut suruh orang keluar PAS! 

 Apalah bezanya mereka ini dengan menteri-menteri Umno yang haprak tu semua ? Apakah mereka ini 2X5 juga dengan beberapa menteri Umno cara pemikiran mereka ini?




Presiden PasMa berkata, pihak tidak bersetuju dengan prinsip Pakatan Rakyat yang sepatutnya keluar daripada PAS.

"Itu keputusan PAS dan muktamar.

Sila baca kenyataan Khalid Samad di sini
 "Jadi siapa yang tak bersetuju dengan prinsip (bersama Pakatan), tak bersetuju dengan (keputusan) PAS maka dia kena keluar PAS," katanya.

 Phahrolrazi berkata tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin tidak bermakna tidak bersetuju dengan PAS.

 "Tapi kalau tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin dan sebagainya itu cuma pendapat sahaja tidak payahlah keluar PAS," ujarnya di sini ketika memberi respon terhadap kenyataan Hj Hadi meminta ahli pertubuhan itu meninggalkan PAS jika tidak lagi sehaluan.

Mana Ulama PAS? Awak semua kemana?

Posted: 02 Mar 2015 04:00 AM PST

 Ramai Ulama ada dalam PAS. Hak taraf donia pun ada. Tapi amat kurang memberikan perhatian terhadap isu semasa berkaitan dengan rakyat. Mereka hanya lebih tertumpu berpolitik dalaman lebih-lebih lagi dalam menghadapi pemilihan parti pada Jun nanti. 

 Mereka sibuk berkembara dengan Multaqa', Nekad dan seumpamanya hanya semata-mata menyibarkan fitnah dan memburuk-burukan rakan saingan mereka. 

  Bukankah sebagai Ulama Warasatul Ambia diyatakan dalam sebuah hadis Riwayat Ahmad:
 "Gambaran ulama di muka bumi adalah seperti bintang di langit yang memberi petunjuk dalam kegelapan di daratan dan lautan. Apabila bintang berkenaan hilang, maka ditakuti manusia akan tersesat jalan." 
 Saya menimbulkan perkara ini kerana beasa malu kepada pertubuhan ABIM yang mampu lebih kehadapan dalam mengisi kelompongan yang sepatutnya 
dilakukan oleh mereka yang mengaku sebagai ulama kerana isu yang saya maksudkan ini adalah berkaitan dengan agama.

Tambah dikesalkan apabila Setiausaha Majlis Syura Ulama sendiri telah tidak ambil hirau malah memperlekehkan persoalan ini yang bukan hanya menjatuhkan maruah dirinya sendiri dan menjadikan dirinya umpama seekor kerbau membawa lumpur, malah habis terpalit kerbau sekandang.

  Kita masih menunggu reaksi Majlis Syura Ulama membuat kenyataan resmi berhubung perkara enakmen jenayah syariah berkaitan qazaf.

 Apa yang paparkan dibawah ini adalah kenyataan ABIM yg saya ringkaskan kepada perkara yang penting sahaja. Kalian dipersilakan baca dari sumbernya yang ada saya link kan dibawah nanti.

 Saya ucapkan syabas dan tahniah diatas tindakan tindakan proaktif Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengeluarkan kenyataan menjelaskan mengenai enakmen jenayah syariah berkaitan qazaf.

 ABIM patut dipuji dan dialu-alukan diatas usaha menerbitkan buku bertajuk Bahaya Qazaf sebagai panduan untuk masyarakat memahami isu tersebut sebagai pencerahan tambahan kepada yang sedia ada iaitu Resolusi Klinik Hukum Syarak dan Guaman Syarie, Universiti Kebangsaan Malaysia yang dikeluarkan pada 18 Ogos 2008.

 ABIM juga memperakui bahawa sebarang pernyataan di luar mahkamah yang bermaksud bukan untuk perbicaraan maka ia adalah qazaf, jika tidak disertakan dengan empat orang saksi.Tambahan pula ia dilakukan oleh sebelah pihak sahaja maka ia dengan jelas bermatlamatkan mengaibkan seseorang dan ini merupakan perbuatan yang dicela oleh agama Islam.

 ABIM turut menyarankan supaya  enakmen jenayah syariah yang hanya menyatakan perbuatan zina boleh diintepretasikan bahawa ia termasuk jenayah liwat berdasarkan pandangan fuqaha walaupun tidak secara jelas dimasukkan dalam peruntukan undang-undang berkenaan.

 ABIM menyarankan agar definisi zina di bawah enakmen jenayah syariah dan akta Jenayah Syariah mesti dipinda bagi memenuhi dan menepati maksud hukum syarak.  Sumber

PAS jemput PasMa P.Pinang dialog di cawangannya

Posted: 02 Mar 2015 02:00 AM PST

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

(Dari kiri) MOHAMAD Kamal Abdullah, Zolkifly Md Lazim, Johari Omar dan
 dua wakil PasMa negeri lain dalam mesyuarat di Kg. Kebun Sireh dekat
Parlimen Batu Kawan, malam tadi.
 BATU KAWAN - Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang dijemput berdialog terbuka dengan PAS di Cawangan Kebun Sireh dalam Kawasan Parlimen Batu Kawan pada Sabtu, 7 Mac depan jam 9.00 malam.

 Bekas Pengerusi Tetap PAS Kawasan Batu Kawan, Mohamad Kamal Abdullah berkata, dialog ini merupakan keputusan mesyuarat PAS Cawangan baru-baru ini.

 "Macam-macam berita tentang PasMa ini, jadi kami (PAS) nak tanya secara langsung (berhubung) PasMa ini apa," kata Mohamad Kamal kepada wartawan di kediamannya, malam tadi.

 Mohamad Kamal menghidapi pesakit saraf Cerebral Palsy (CP) sejak tujuh tahun lepas, tetapi masih dilihat sebagai pemimpin berpengaruh di kawasan Parlimen Batu Kawan, hingga kini.

 Dan, Mohamad Kamal berkata demikian ketika menerima kunjungan ziarah Pengerusi PasMa Pulau Pinang merangkap Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Negeri, Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim, Tuan Haji Johari Omar (Bendahari PasMa Negeri), dua pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan.

 Zolkifly dalam reaksi spontan berkata, ADUN PAS bagi Kawasan Hulu Klang Saari Sungib (Abu 'Urwah) telahpun mengesahkan kehadiran.

 "Selain Saari Sungib, PasMa akan cuba mendapat seorang Exco Kerajaan Negeri dan pemimpin DAP negeri.

 "PasMa akan cuba pastikan dialog ini berlangsung secara progresif, dengan tajuknya 'Untung Perkukuh Pakatan Rakyat Pulau Pinang'," jelas Zolkifly.

 Dalam perkembangan berkaitan, Johari memberitahu Saari Sungib turut diatur untuk suatu program berasingan, iaitu majlis jamuan hi-tea di Kawasan Parlimen Kepala Batas pada pagi keesokannya.

Apa dikecoh gesa presiden PAS undur?

Posted: 01 Mar 2015 11:00 PM PST

Pemuda PAS Kota Bharu ingin melahirkan rasa dukacita ke atas kemelut yang berlaku di dalam PAS menjelang pemilihan kepimpinan parti Jun ini.

 Cara kita menangani kritikan memperlihatkan seolah-olah PAS adalah sebuah parti yang tertutup, mana-mana ahli yang menegur pimpinan dianggap telah melakukan kesalahan.

 Jika ada ahli yang menyarankan mana-mana pimpinan parti mengundurkan diri maka ahli ini dikatakan telah melakukan dosa besar, tidak wala' kepada pimpinan.

 Dalam soal ini, Pemuda PAS Kota Bharu ingin mengimbau kembali tindakan yang telah dibuat oleh almarhum Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz (kiri), ketika PAS berkemelut pada tahun 1982 dahulu.

 Dalam laporan bertajuk "Nik Aziz akui krisis dengan Asri: Masalah dalam pilihan raya umum lalu", Tuan Guru Nik Aziz mempertikaikan tindakan Datuk Asri melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Calon PAS Kelantan dan cara pemilihan calon PAS dalam pilihan raya umum 1982.

 Tuan Guru Nik Aziz secara terbuka mengkritik presiden PAS pada waktu itu, Datuk Asri, dalam akhbar Berita Harian pada 6 Julai 1982.

 Kata Tuan Guru Nik Aziz, sepatutnya beliau yang menjadi pesuruhjaya PAS Kelantan dilantik mengetuai jawatankuasa tersebut, bukan Datuk Asri.

 Beliau malah menyebut dalam laporan tersebut betapa beliau telah diperalatkan oleh Datuk Asri. Apa tindakan Datuk Asri terhadap Tuan Guru Datuk Nik Aziz pada waktu itu?

 Tiada apa tindakan pun. Begitulah terbukanya PAS pada waktu itu.

 Tiada tindakan pada Nik Aziz

 Begitulah juga dalam soal menggesa pimpinan parti mengundurkan diri di mana Tuan Guru Nik Aziz secara terbuka telah menggesa Datuk Asri mengundurkan diri sebagai presiden PAS dalam majalah Mingguan Bumi pada 23 Oktober 1982.

 Kata beliau, dalam laporan bertajuk "Asri, Sikap Nik Aziz" ini, Tuan Guru Nik Aziz menyebut "sudah sampailah saat dan ketikanya Datuk Asri mengundurkan diri dari pucuk pimpinan PAS secara terhormat".

 Datuk Asri seharusnya menyerahkan kepimpinan PAS kepada anak buahnya di waktu beliau masih sihat dan fikirannya masih diperlukan.

 Beliau juga mengkiaskan kedudukan Datuk Asri pada waktu itu dengan jawapan Rasulullah SAW kepada pertanyaan seorang sahabat tentang saat dan ketika yang paling baik untuk bersedekah.

 Jawapan Rasulullah ialah, sebaik-baik ketika untuk bersedekah atau memberi kekayaan kepada orang lain ialah pada waktu kita masih sihat dan sangat-sangat memerlukan kekayaan.

 Kata Tuan Guru Nik Aziz lagi, kalau kita sudah sakit terlantar, kita tidak perlu bersedekah lagi, sebab kalau kita tidak beri pun orang akan merampas kerana kita sudah tidak terdaya lagi.

 Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz ini dibuat menjelang Muktamar Tahunan PAS 1982, waktu tempoh mandat Datuk Asri sebagai presiden PAS belum berakhir lagi kerana mandat hanya akan tamat pada tahun 1983.

 Apa tindakan Datuk Asri terhadap Tuan Guru Datuk Nik Aziz pada waktu itu? Sekali lagi, tiada apa tindakan pun.

 Baiah 30 tahun lalu

 Jadi, di dalam konteks ini, apalah yang perlu dikecohkan dengan gesaan supaya Presiden PAS mengundurkan diri yang dibuat oleh sesetengah ahli PAS sekarang?

 Apa lagi bila mandat kepimpinan presiden PAS sekarang akan berakhir tahun ini, kerana sedangkan seruan serupa waktu mandat masih ada pada tahun 1982 dahulu pun tidak pernah menimbulkan sebarang masalah kepada penyuaranya.

 Pemuda PAS Kota Bharu berpandangan bahawa PAS perlulah kembali kepada semangat asal konsep kepimpinan ulama waktu ia diperkenalkan dahulu yang menekankan betapa muktamar adalah syura tertinggi parti.

 Jika perwakilan mahukan apa sahaja jawatan parti ditandingi maka biarlah pertandingan ini berlaku secara sihat dan terbuka kerana kita percaya bila demokrasi di dalam parti itu sihat maka parti kita juga akan lebih kuat.

 Pemuda PAS Kota Bharu juga berpendirian bahawa usaha mana-mana pihak untuk menandingi mana-mana jawatan parti yang halal di sisi perlembagaan parti perlulah dihormati dan tidak segera dilabelkan sebagai usaha untuk menggulingkan mana-mana pemimpin yang dikira sebagai kesalahan.

 Berhubung dengan konsep wala' pula, Pemuda PAS Kota Bharu menyeru semua ahli PAS kembali merenung baiah yang dilafazkan di dalam Muktamar Tahunan PAS 1982 dulu.

 Bai'ah ini adalah berbunyi: "bahawa kami para perwakilan muktamar tahunan PAS yang bersidang pada hari ini berikrar berdiri teguh di belakang pucuk pimpinan baru pas dan bersedia mematuhi segala keputusan dan arahannya selama ia tidak bercanggah dengan hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya."

 Pemuda PAS selaku ketua kepada pembacaan baiah di dalam Muktamar Tahunan PAS 1982 seharusnya mengambil daya utama untuk mengembalikan keharmonian di dalam PAS demi memastikan hala tuju PAS tidak terpesong dari landasan sebenarnya.

 DR ROSLI ALLANI ABDUL KADIR 
ketua Pemuda PAS Kota Bharu.sumber

Adakah ini barua yang Nik Abduh maksudkan?

Posted: 01 Mar 2015 07:00 PM PST

 Sebelum entri ini, tentu kalian sudah baca kenyataan at-Takiri tentang adanya usaha menggulingkan Presiden PAS. Nampaknya puak-puak ni dah semakin seronok sangat nak main guling-guling.....ni ada pula kenyataan dari puak yang sama : Nik Abduh akui ada 'barua' dalam PAS , manakala Dr Zuhdi dakwa wujud gerakan jatuhkan presiden sejak 1998.



Nik Abduk kata, "Saya bahagia kerana ayah sempat melihat perkara ini sebelum meninggal dunia"


Manakala Zuhdi pula berkata, "Ia muncul selepas itu dan sekarang ini semakin parah"

Saya sudah ulas kenyataan Dr Zuhdi di entri saya yang lalu  di sini 


 Apakah Nik Abduh pernah tunjukkan kepada almarhum ayahnya gambar dibawah ini? Dan apakah Dr Zuhdi juga ketahuan mengenai gambar dibawah ini yang mahukan Hj Hadi 'RESIGN'?

 Bukankah 'Kuang Ajaq' namanya, merujuk Hj Hadi sebagai Hadi sahaja? Ropa-ropanya memang dah budaya puak ni memang suka pangkah muka orang yang depa tak suka! (Tak heranlah depa dok pangkah muka-muka Jebon!)

Berlaku di Terengganu sendiri. Siapa yang baju biru  tu?
  Kalian tengok betul-betul siapa yang sedang berdemo suruh Hj Hadi letak jawatan. Ini bukan gambar edit. Dari khazanah lama! ha!ha! ha!

  Apakah perbuatan at-Takiri yang terlibat mahu menggulingkan Abdul Hadi adalah sama seperti cubaan berkempen dari sesuatu yang afdal kepada tidak afdal?

  Agaknya siapakah yang at-Takiri fikirkan paling layak untuk ganti Hj Hadi sebagai presiden ketika ini?  

Gulingkan Hj Hadi tidak afdal - at-Takiri

Posted: 01 Mar 2015 04:30 PM PST

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Dewan Ulama Pas tidak berganjak dengan pendirian tegasnya untuk mempertahankan kedudukan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada digulingkan pada muktamar parti itu Jun nanti.

 Dewan itu bertegas hanya mereka yang fuqaha, faqih serta mujtahid sahaja layak menjadi Presiden Pas. 

 Malah tanpa berselindung, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, perbuatan kumpulan tertentu mahu mengguling Abdul Hadi adalah sama seperti cubaan berkempen dari sesuatu yang afdal kepada tidak afdal. - Baca lagi di sini

 Saya tak tahu nak komen apa bila baca kenyataan at-Takiri ini. Terutamanya bila dia kata :

 "Pas diketuai oleh Presiden yang mempunyai kemampuan berijtihad dan faqih yang telah diiktiraf dunia. Keadaan ini meletakkan Pas berada pada landasan yang betul dari sudut kelayakan keutamaan sebagai pemimpin tertingi dalam gerakan Islam," 

  Bahawa setiap keputusan Parti bukan ditentukan oleh Presiden seorang sahaja. Jadi tidak perlulah adanya kemampuan untuk berijtihad. 

Almarhum TGNA pernah mengingatkan kita semua ketika merujuk kepada kenyataan Tn Hj Hadi berhubung mahu mengadakan kerajaan Uniti dengan Umno/BN - "Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi."


Bahawa konsep syura itu sendiri adalah yang penting dalam jemaah sebagaimana dijelaskan melalui ayat  Al-Syura: 38 : Wa amruhum syura bainahum - dan urusan mereka itu diputuskan dengan syura diantara mereka. Allahu a'lam.

Tiada ulasan: