Selasa, 17 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Nurul Izzah : Penyalahgunaan kuasa oleh Ketua Polis Negara

Posted: 17 Mar 2015 09:00 AM PDT

 Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas semalaman dalam tahanan polis.

 Bagaimanapun, beliau perlu melaporkan diri kepada pihak polis pada 16 April.

 Beliau mendakwa bahawa adalah cukup jelas bahawa penangkapannya adalah satu penyalahgunaan kuasa oleh Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Bercakap kepada pemberita selepas pembebasannya, Nurul Izzah berkata, perdana menteri bertanggungjawab kerana membenarkan pelanggaran terhadap Parlimen.

 Menurut Nurul Izzah, beliau juga dimaklumkan bahawa adiknya Nurul Nuha pula akan disoalsiasat .

 Katanya, Ketua Polis Negara sepatutnya menumpukan perhatian kepada usaha menangkap penjenayah tegar, melindungi Malaysia dan mendapatkan Sirul, pembunuh yang disabitkan, untuk menebus dosa-dosanya.

 Seperti yang dikatakan oleh peguamnya R Sivarasa, Nurul Izzah menegaskan bahawa beliau mempunyiai kekebalan di bawah Perkara 63 (2) Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu tidak boleh didakwa kerana ucapannya.

 Nurul Izzah berkata sejak 1978, tidak pernah berlaku seperti penangkapannya berdasarkan ucapan yang dibuat di Parlimen.

 Sejak tahun 1978, katanya, tidak pernah ada ahli Parlimen yang disiasat dan menurutnya, ini adalah satu isu penting dan akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia.

 Ditanya mengenai tindakan seterusnya, Nurul Izzah berkata mereka akan membawa perkara itu ke mahkamah.

 "Kami akan mengambil tindakan. Kami akan memastikan bahawa penyalahgunaan seumpama itu tidak akan berterusan di bawah rejim ini," tegas beliau.

 Mengulangi pendirian anak guamnya, Sivarasa berkata penahanan Nurul Izzah itu benar-benar berniat jahat dan menyalahi undang-undang. Baca lagi di sini

Nurul Izzah berjaya dedahkan di mata dunia kebobrokan pentadbiran Najib Tun Razak

Posted: 17 Mar 2015 06:00 AM PDT


Berita penangkapan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semalam telah menjadi tajuk utama di seluruh dunia.

 Pada jam 11 malam tadi, media yang menyiarkan berita tersebut termasuk Asahi Shimbun di Jepun, BBC di United Kingdom, New York Times di Amerika Syarikat, Sydney Morning Herald di Australia, The Hindu di India, Post Bangkok di Thailand dan Manila Times di Filipina.

 Akhbar kewangan antarabangsa seperti Financial Times yang berpejabat di UK dan Wall Street Journal yang berpejabat di AS, turut memberi perhatian terhadap penangkapan Nurul Izzah itu.

 "Anak ketua pembangkang yang dipenjara, ditangkap," bunyi tajuk utama New York Times. Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan dengan tuduhan liwat. Juga ditekankan dalam banyak laporan itu ialah langkah kerajaan Malaysia yang terus menggunakan Akta Hasutan 1948, termasuk kemungkinan ia digunakan untuk menyekat perbezaan pendapat politik.

 Kebanyakan laporan itu dari perkhidmatan wayar seperti Reuters dan Associated Press, tetapi banyak organisasi berita yang lebih besar, menyiarkan laporan mereka sendiri.

 Contohnya termasuk saluran TV Al-Jazeera, BBC, New York Times dan Financial Times.

Nurul Izzah ditangkap di Balai Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 3 petang semalam, apabila beliau tiba untuk memberikan kenyataan mengenai penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan pada 7 Mac.

 Dalam satu kenyataan malam tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Nurul ditahan di bawah Akta Hasutan bagi membantu siasatan polis terhadap perhimpunan tersebut, dan ucapannya di Parlimen yang menyentuh sistem kehakiman negara.

 Katanya, Nurul Izzah akan dibebaskan sebaik sahaja kenyataannya direkodkan, tanpa menyatakan bila.

 Perhimpunan Kita Lawan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 7 Mac, telah menarik kira-kira 10,000 penyokong turun ke jalanan untuk menunjukkan solidariti dengan Anwar, yang telah dihukum penjara selepas disabitkan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Anwar tetap bertegas bahawa beliau tidak bersalah dan mendakwa tuduhan terhadapnya itu adalah satu konspirasi politik.

 Ekoran perhimpunan tersebut, polis telah menahan ramai pemimpin yang terlibat. Nurul Izzah adalah orang yang kesembilan ditahan berkaitan dengannya.

 Awal hari ini, Human Rights Watch mengeluarkan kenyataan media di Malaysia, mengkritik penangkapan ahli Parlimen Lembah Pantai.

Timbalan Pengarah Asia Human Rights Watch Phil Robertson berkata: 

"Penangkapan Nurul Izzah menunjukkan kerajaan Malaysia seolah-olah tahu tiada batas dalam usaha untuk menyekat kebebasan bersuara dan jenayah dialog yang akan menjadi sebahagian biasa wacana politik di banyak daripada yang lain di dunia.

 "Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan kerajaannya adalah memalukan menggunakan Akta Hasutan seperti kapak untuk menggodam ke bawah ahli-ahli politik pembangkang, aktivis masyarakat, dan mana-mana orang lain yang berani meluahkan perasaan mereka.

 "Perdana Menteri Najib perlu menyedari bahawa setiap penangkapan hasutan seorang pemimpin politik pembangkang adalah satu lagi langkah ke arah penghapusan hak-hak-menghormati demokrasi di Malaysia, dan membawa kempen ini penderaan berakhir." -  M'kini

Sebab sebenar 17 AJK Kawasan Batu letak Jawatan ....

Posted: 17 Mar 2015 03:00 AM PDT


  Perletakan jawatan kepimpinan PAS kawasan Batu sebagai "teguran dan menyedarkan" kepimpinan tertinggi parti itu supaya segera menyelesaikan masalah dalaman agar tidak berlarutan sehingga muktamar ke-61 Jun ini, kata Ishak Surin.

 Beliau yang melepaskan jawatan yang dipertua PAS kawasan itu semalam, turut menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mohamad Sabu dan naib presiden berbincang pihak yang dianggapnya 'bertelagah' bagi menyelesaikan krisis dalaman parti.

 "Jadi kalau tak ada satu tindakan yang menyedarkan semua, pihak kami bimbang parti nanti masalah, mungkin akan celaru, lemah tapi benda ini bergantung pada pucuk pimpinan.

 "Tindakan kami nak sedarkan pucuk pimpinan bahawa kita perlu satu usaha bersungguh-sungguh supaya krisis tidak berlarutan.

 "Saya mahu dia (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebagai presiden memanggil (pihak yang) bertelagah duduk semeja. Kita bincang mana salah, mana silap, yang salah kita minta maaf.

 "Kami tak mahu jawatan apa-apa dah. Kami cuma mahu PAS selamat macam dulu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

 Ishak mengulas kenyataan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan MP Khalid Samad yang dilapor menyifatkan tindakan 17 pemimpin kawasan itu meletakkan jawatan dan 'mufarakah' kerana kecewa dengan Hadi sebagai "tindakan luar biasa" dan "janggal".

 Sedangkan, kata kedua-dua pemimpin itu, PAS kawasan boleh itu boleh membincangkan segala masalah melalui mesyarat agung kawasan itu.

 Mengulas lanjut, Ishak berkata pihaknya telahpun berbincang dan sedar mengenai kesan yang bakal dihadapi ekoran tindakan mereka yang tidak bersetuju atau mengikut presiden.

 Terkilan dengan sikap Hadi yang mendiamkan diri berkaitan kemelut dalaman parti, Ishak berkata pemimpin PAS antaranya Mohamad dan Tuan Ibrahim boleh memainkan peranan menyelesaikannya dengan memanggil pihak yang terlibat.

 "Macam Tuan Ibrahim Tuan Man, dia ada tanggungjawab. Sepatutnya orang nombor dua dan tiga dalam parti (panggil mereka). Patutnya Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai ulama, dia patut bertindak. Jumpa, tanya apa masalah dalaman. Ini bendanya.

 "Siapa yang rasa tak kena, kita panggil. Itu kan sebaik-baiknya. Tak kan nak biarkan orang bawah dalam PAS termangu. Kan sudah rugi tu," kata Ishak yang menegaskan tidak memusihi Hadi.

 Beliau turut menyuarakan kebimbangan insiden yang berlaku terhadap Mohamad dan Ketua Biro Lajnah Undang-undang, Hanipa Maidin yang diejek pada muktamar di Johor berulang kembali, malah berlaku lebih teruk dalam muktamar di Kuala Selangor kelak.

 "Itu sangat mengaibkan kita, rakyat nanti lihat kita bukan sebagai parti Islam. Secara peribadi, kalau tak selesai tangguh lah muktamar ni.

 "(Apa yang) perlu (dilakukan) sekarang ini, sebelum mukamar selesaikan kemelut yang ada," kata Ishak sambil menepis dakwaan bahawa tindakan mereka itu dibuat disebabkan "tiada perpaduan". ~ sumber

Tindakan Luar Biasa Vs Tindakan Biadab

Posted: 17 Mar 2015 12:00 AM PDT

  Tindakan 17 ahli jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan (Bahagian) Batu yang meletak jawatan secara tiba-tiba semalam disifatkan sebagai 'tindakan luar biasa', kata YB Khalid Samad.


Semua 17 ahli PAS Kawasan Batu diketuai Yang Dipertuanya Ishak Surin, meletak jawatan atas alasan tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan pusat parti. Baca lagi di sini.

 Komen  al-Husseyn :
  Saya percaya tindakan 17 ahli jawatankuasa PAS Kawasan Batu bertujuan untuk menarik perhatian kita semua betapa seriusnya konflik dalaman yang sedang melanda PAS hari ini tanpa sebarang usaha yang bersungguh-sungguh dari pihak presiden untuk mengatasinya.

 Malah sebaliknya, presiden ikut sama melabel anak buah dengan 'broker' dan 'barua'. Presiden tidak ambil peduli langsung tentang kereta Dr hatta yang dibakar. Tidak kisahkan Dr Dzulkefli Ahmad kena belasah. 

Presiden juga buat-buat lupa kejadian Timbalannya, Mohamad Sabu di hina oleh sekumpulan budak yang keluar kencing berjemaah dan do'a laknat ketika di Muktamar yang lalu....

Presiden juga tidak nampak adanya demo didepan pejabat Agong PAS walaupun dia berjalan dicelah-celah mereka.....

  Dalam ayat 18: al-Baqarah:
صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ ﴿١٨﴾
Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar).
Syeikh Abdul Rahman al-Sa'di menafsirkan "mereka tuli" daripada mendengar kebaikan. "Bisu" daripada bercakap kebaikan. "Buta" daripada melihat kebenaran. "Tidaklah mereka akan kembali." 
Ini kerana mereka meninggalkan kebenaran selepas mengetahuinya. Berlainan dengan mereka yang tinggalkan kebenaran dengan sebab jahil dan sesat. Ini kerana mereka tidak memahami. Mereka lebih mudah kembali kepada kebenaran daripada golongan munafik. 
   Apakah presiden jenis sebegini  yang  sedang kita ada hari ini? Harap jauh panggang dari api.

  Sekali imbas, kita lihat tindakan Kawasan Batu ini adalah sia-sia sahaja malah boleh menguntungkan pihak lawan mereka yang sememangnya menantikan peluang begini untuk merampas Kawasan Batu.

 Namun saya merasakan tindakan sahabat-sahabat di Kawasan Batu ini adalah lebih bermaruah daripada tindakan puak-puak yang memperlihatkan kebiadapan mereka dengan membakar kereta, menyerang Dr Dzul, Kumpulan Kencing Berjemaah, Doa laknat dan berdemo dihadapan Pejabat Agong PAS ....

 Lantaran terdapat suara-suara sumbang dari segelintir pemimpin PAS yang tetap berkeras dengan dakwaan bahawa presiden yang ada ini tiada apa-apa kelemahan dan masih berkemampuan untuk menerajui PAS, maka mereka terpaksa bertindak nekad demikian kerana terlalu kecewa terhadap presiden yang jelas lemah dan gagal menangani konflik dalaman yang melanda PAS.

Jangan bawa kerbau berlumpur ke Istana Agong

Posted: 16 Mar 2015 09:45 PM PDT

Jangan heret nama baik Yang di-Pertuan Agong  
  Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyelar jawapan kerajaan yang mengatakan pembelian jet peribadi baharu menjimatkan kos dan mendedahkan kos pembelian jet peribadi baharu Datuk Seri Najib Razak itu bernilai RM465.4 juta.

 Ahli Parlimen Pandan itu turut menyelar tindakan Jabatan Perdana Menteri semalam yang mengheret nama baik Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk "menghalalkan" pembelian jet peribadi baharu itu.

 "Tindakan ini tidak bertanggungjawab kerana rakyat dapat membezakan berapa kali Yang di-Pertuan Agong terlibat di dalam lawatan rasmi ke luar negara berbanding dengan perdana menteri," kata Rafizi yang juga naib presiden PKR pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

 "Bagi tempoh 2008 hingga 2013 seperti jawapan Parlimen kepada soalan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, kerajaan terpaksa membayar kos RM44 juta bagi semua lawatan ke luar negara melibatkan Datuk Seri Najib Razak," katanya.

 Semalam, Rafizi mendedahkan ketika rakyat berdepan dengan kenaikan harga barangan, pentadbiran Najib membeli sebuah jet peribadi baharu dengan sewenang-wenangnya.

 Rafizi mendakwa, jet berkenaan ialah tambahan kepada 5 jet sedia ada yang dimiliki Putrajaya setakat ini, termasuk Boeing Business Jet.

 "Pembelian sebuah lagi jet peribadi baharu yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK siap dicat dengan logo 1Malaysia membuktikan pentadbiran Najib terus bergelumang dengan keborosan dan pembaziran pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya. – 17 Mac, 2015. MENYUSUL LAGI ~ sumber

Pakar undang-undang antarabangsa desak pembebasan Nurul Izzah, mansuh Akta Hasutan

Posted: 16 Mar 2015 06:01 PM PDT

 Kumpulan pakar undang-undang antarabangsa mengutuk Putrajaya kerana terus menggunakan Akta Hasutan 1948, dan berkata hari ini Malaysia perlu membebaskan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, sehari selepas beliau ditahan mengikut undang-undang warisan penjajah itu.

 Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ), yang terdiri daripada 60 hakim dan peguam dari semua rantau dunia berkata, peruntukan yang rawak dan luas dalam Akta Hasutan tidak selaras dengan standard hak asasi manusia antarabangsa.

 "Pihak berkuasa Malaysia perlu berhenti menggunakan kesalahan menghasut dengan menahan orang sewenang-wenangnya dan menyekat kebebasan bersuara," kata Pengarah ICJ Asia Pasifik Sam Zarifi dalam satu kenyataan, malam tadi.

 "ICJ juga menggesa kerajaan Malaysia membebaskan serta-merta Nurul Izzah dan mengulang amarannya supaya Akta Hasutan dimansuhkan," katanya.

 ICJ berkata Nurul Izzah akan direman pagi ini selepas bermalam di lokap dan berkata akan terus memantau kes Nurul Izzah.

 Suruhanjaya itu berkata Akta Hasutan adalah "sekatan pelaksanaan kebebasan bersuara yang melampau dan tidak konsisten dengan asas kedaulatan undang-undang dan prinsip hak asasi manusia".

 Ia berkata terma "kecenderungan menghasut" yang disebut dalam akta itu "tidak ditafsirkan dengan jelas" bermaksud sebarang ucapan atau penerbitan yang menyebabkan kebencian atau menghina, atau mencetuskan perasaan tidak puas hati terhadap pemerintah atau kerajaan atau menganjurkan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau pangkat. Kenyataan itu berkata undang-undang perlu mempertimbangkan "hasutan" dalam mana-mana ucapan atau penerbitan yang mempersoalkan keistimewaan orang Melayu, seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan.

 "Tambahan pula, menghasut adalah kesalahan liabiliti ketat di Malaysia, yang bermakna niat seseorang dituduh membuat kenyataan menghasut tidak relevan.

 "Sebagai contoh, seseorang membuat kenyataan mungkin tidak ada niat menyebabkan 'kebencian atau menghina' terhadap kerajaan, tetapi mungkin tetap dituduh menghasut jika pihak berkuasa percaya individu itu mengapi-apikan perasaan seumpama itu," kata ICJ.

 Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Nurul Izzah juga ditahan dan disiasat mengikut Akta Hasutan berhubung himpunan #KitaLawan dan kenyataan beliau pada persidangan Dewan Rakyat minggu lepas yang turut menyentuh sistem kehakiman negara.

 Himpunan #KitaLawan yang diadakan di ibu kota Kuala Lumpur pada 7 Mac bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan supaya membebaskan Anwar dan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

 Ucapan Nurul Izzah di Parlimen minggu lalu juga mengkritik sistem kehakiman kerana tunduk kepada "tuan politik" berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan bersalah terhadap tuduhan liwat dikenakan kepada Anwar dan hukuman penjara 5 tahun.

 Bekas Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin membuat laporan polis terhadap Nurul Izzah susulan ucapannya itu. – 17 Mac, 2015.~ sumber

Tiada ulasan: