Ahad, 15 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Gempar - Lihat bagaimana Mahathir pelekehkan Najib ketika acara Tour De Langkawi

Posted: 15 Mar 2015 09:00 AM PDT

Hari Ahad 15 Mei 2015 jam 04:30 petang di Dataran Merdeka. Ini adalah acara Tour De Langkawi. Rancangan bertujuan meletakkan Tun Dr Mahathir dan Najib dalam kereta yang sama.  Dr Mahathir menolak. Gambar Najib sedang (agak cemas) menunggu ketibaan Dr Mahathir. 

Tun Dr Mahathir baru sahaja tiba - SELEPAS ketibaan Perdana Menteri.Ini melanggar protokol, bukan kelaziman Dr Mahathir.Kecuali Dr Mahathir berkata "Saya tidak peduli tentang anda lagi". Lihatlah ungkapan pada muka Dr Mahathir.Najib pula kena telan air dengan botolnya sekali !!

JANGAN APA-APAKAN MAT SABU....

Posted: 15 Mar 2015 06:00 AM PDT

 SEKARANG tumpuan politik sesudah kes DS Anwar Ibrahim diketahui adalah tertumpu kepada pergolakan dalam PAS tentang Presidennya, TG Haji Abdul Hadi Awang digantikan atau pun tidak, atau beliau dicabar atau tidak dalam pemilihan pimpinan bulan Jun ini.

 Saya tidak hendak meramalkan beliau akan ditandingi atau tidak. Saya tidak dapat tahan ahli PAS daripada mencabarnya dan tidak dapat menyuruh supaya mencabarnya. Saya tidak dapat paksa ahli PAS supaya tutup mulut dan tidak dapat paksa supaya patuh kepada pimpinan, kerana kita galakkan keterbukaan dan menyeru supaya sentiasa mengadakan perubahan kepada kebaikan.

 Yang diharapkan, jika Presiden ditandingi kali ini, jangan sampai ada kempen melobi seperti pemilihan Presiden MCA dan seperti pertandingan dalam Umno antara Dr. Mahatir dan Ku Li dulu. Bertandinglah seperti pertandingan antara Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Prof. Zulkifli Mohamad semasa hendak mengantikan Dr. Abbas Alias tahun 1956 dulu tanpa kempen dan memburukkan calon lain. 

 Jika mahu calon lain biarlah calon itu lebih baik daripada pemimpin sekarang atau sekurang-kurang sama, lebih kurang dengan yang ada itu. Biar dia dirasakan disegani oleh Ustaz Hadi dan Ustaz Hadi malu menandinginya seperti malunya beliau kepada Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan TG Nik Aziz. 

 Sekarang ini yang hendak menganjurkan pertandingan itu sedang mencari calon. Kebanyakannya menyebutkan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden yang dikatakan ada pandangan berbeza dalam beberapa perkara dua tahun kebelakangan ini. 

 Oleh sebab PAS tidak biasa dengan politik seperti itu keadaan hubungan Mat Sabu dengan PAS tidak seselesa sebelumnya. Dan saya melihat politik itu tidak licin.

 Saya percaya Mat Sabu adalah seorang aktivis/ pemimpin/panglima PAS yang baik dan penting dan amat diperlukan dalam PAS. Justeru itulah saya tidak teragak-agak untuk menyokongnya menjadi salah seorang Exco Dewan Pemuda PAS yang dilantik oleh ketuanya, Mustafa Ali ketika itu. 

 Saya tidak memikirkannya untuk menjadi khalifah dalam PAS. Bagi saya dia calon yang tepat untuk menjadi pedang PAS seperti Khalid al-Walid jadi Pedang Islam setelah berhijrah dari alam gelap ke alam yang bercahaya. Saidina Umar al-Khatab dan Saidina Ali yang amat pantas di medan perang, amat digeruni oleh pemimpin Quraisy, tidak dinobatkan sebagi Pedang Islam, tetapi Khalid al-Walid lebih tepat jadi Pedang Islam atau Pedang Allah daripada jadi khalifah. 

 Saya tidak fikir Mat Sabu banyak peranan dalam menjadikan keadaan yang menjadikan PAS itu berkhemah-khemah, hingga dia ditonjolkan oleh banyak, dalam pergolakan itu hendak menukar Presiden. Perkembangan dalam PAS meletakkan Mat Sabu seolah-olah di depan mahukan perubahan, sedang yang dikatakan perubahan itu lebih dikehendaki oleh pihak lain. Hingga ini dia lebih ditonjolkan dari lain-lain orang oleh pihak lain. 

 Mat Sabu bermula dengan politik PAS. Muda dan dewasa dalam PAS. PAS itulah politik yang dikenali. Dalam darah dan sarafnya adalah PAS pekat. Kita mahu dia mati dalam. Mungkin kesilapan orang PAS ialah mahu menjadikan dia khalifah. Dia tidak minta semua kedudukan itu, tetapi PAS mesti pastikan dia berperanan terus sebagai pedang PAS, siapa juga juga jadi khalifah, dia tetap pedang PAS. Khalid al-Walid hanya hafal empat Qul, tetapi dalam medan juang dia lebih mahir dari ahli hukum. 

 Maka janganlah Mat Sabu yang semasa mudanya sama-sama mengusulkan konsep kepimpinan ulama di Bukit Mertajam yang mencabar pimpinan ulama. Biarkan orang PAS yang baru datang berbuat begitu. Kita jangan buat sesuatu yang menyebabkan kita tercicir pedang.SUBKY LATIF - sumber

Yakin Ahmad Awang dicalon tanding Presiden

Posted: 15 Mar 2015 03:00 AM PDT

 IPOH - Pas Kota Bharu yakin bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang berkemungkinan besar akan dicalonkan untuk mencabar presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan tertinggi itu pada pemilihan parti Jun depan.

 Yang Dipertuanya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, keyakinan itu disuarakan berikutan latar belakang Ahmad yang berpengalaman luas dalam Pas dan memenuhi kriteria sebagai seorang tokoh agamawan.

 "Ustaz Ahmad Awang antara calon yang saya fikir layak dicalonkan untuk jawatan presiden memandangkan banyak kawasan mahukan ulama atau agamawan memimpin parti.

 "Penolakan Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding bagi jawatan Presiden juga membuka ruang kepada beliau yang pernah menyandang jawatan Pesuruhjaya Pas Perak dan Naib Presiden Pas untuk dicalonkan oleh mana-mana kawasan," katanya.

 Beliau berkata demikian selepas Program Mengimbau Ketokohan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Jade Hall, kelmarin.

 Katanya, dakwaan jawatan Presiden Pas belum pernah dipertandingkan adalah tidak benar memandangkan pernah berlaku pertembungan antara Dr Burhanuddin Mohd Noor dan Dr Zulkifli Muhammad pada 1956.

 "Malah sebelum pertembungan pada 1956 itu, jawatan Presiden Pas pernah menemukan antara Ahmad Fuad Hassan dan Abdullah Fahim," katanya.

 Beliau berkata, pihaknya berharap ahli dan pimpinan Pas menerima dengan hati terbuka jika terdapat kawasan memilih untuk mencalonkan Ahmad untuk bertanding jawatan presiden parti.

 "Asasnya untuk meraikan demokrasi dan jikaamalan ini terus diraikan, saya fikir Pas melahirkan pemimpin lebih berkualiti dan diyakini rakyat," katanya. - sumber

Siapa sokong Suhaizan Kaiat, angkat tangan!

Posted: 14 Mar 2015 09:00 PM PDT

 Ketika forum bertajuk "Ke mana PAS tanpa Tuan Guru Nik Aziz", anjuran portal Malaysiakini di Petaling Jaya, pada 13 Mac lalu, Hanipa Maidin berkata :

 "Saya sering tegur dalam mesyuarat, mereka yang rosakkan presiden PAS ialah mereka yang menyokong presiden bawa rebah," kata ahli Parlimen Sepang itu 

 Mereka tidak mahu menyatakan presiden ada kelemahan, berasakan presiden semuanya sempurna. Inilah golongan yang merosakkan PAS. Dia tahu presiden lemah tetapi menyuarakannya."

 Ingatkan kalangan UG sahaja yang buat kelaku 'apple polisher', rupa-rupanya Suhaizan Kaiat juga adalah tergolong diantara mereka yang Hanifa sifatkan sebagai golongan yang merosakan PAS kerana tidak mahu menyatakan presiden ada kelemahan. Presiden adalah semuanya sempurna...

  Apakah tindakan Suhaizan ini rentetan cemuhan dari puak-puak UG? Suhaizan yang juga merupakan salah seorang panel dalam majlis tersebut telah dikecam hebat oleh puak UG kerana hanya berdiam dan membiarkan sahaja Hanifa mengkritik Hj Hadi.



  Suhaizan dilaporkan telah mengecam tindakan Hanipa mengkritik kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka disifatkan tidak wajar.

 Malah, Mohamed Hanipa juga dilihat bersikap angkuh, kerana apabila ditegur berhubung perkara itu, Ahli Parlimen Sepang itu seolah-olah memberi reaksi "acuh tak acuh".

Menurut Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, perbuatan Mohamed Hanipa mengkritik Presiden parti tidak seharusnya berlaku di kalangan ahli PAS, kerana tindakan itu boleh memperluaskan lagi jurang perpecahan di kalangan ahli.

"Sepatutnya tidak perlu berbuat begitu, kita ada saluran dalaman parti untuk mengkritik mahupun menegur.

 "Dan saya juga sudah menegur tindakan beliau ini, selepas mengetahui perkara tersebut, tetapi beliau memilih untuk menjawab 'agree to disagree' (bersetuju untuk tidak bersetuju) dengan teguran saya itu," jelas Suhaizan kepada The Rakyat Post, ketika dihubungi hari ini. Baca lagi  di sini

ذوالحزم شاريف السبعة menulis di facebook:

Ada la terbaca berita dlm antarapos yg katanya Suhaizan kecam Hanipa kritik Presiden secara terbuka... 

Hehehe... Hanipa tu kritik dlm mesyuarat kena cepuk... Kritik di luar kata tak wajar...

Nihhhhh Suhaizan oi... Org tak kritik hang pun kira nasib baik dah....

Ehhhhh tak kritik Suhaizan ka??? Puak2 tu siap booo siap pertikai hang menang tak sah.... Nak ampu nak playsafe nak budiman pun agak2 la....

 Jangan sampai aku masuk gear serang hang sama.... Kot sat gi terburai habih kot...

UCAPAN PERASMIAN SERENTAK MUKTAMAR PAS ZON SANDAKAN HAJI MOHAMAD SABU 14 MAC 2015

Posted: 14 Mar 2015 05:23 PM PDT


1) Pakatan Rakyat baru kehilangan tokoh2 penting :

a- Karpal Sigh (Singa Jelutong)
- Meninggal dunia 2014
- Pendokong demokrasi berparlimen.
- Beliau didakwa bersalah apabila membela kerajaan PR di Perak. Hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
 - Beliau membela kerani yang dipecat kerana memakai purdah di Negeri Perak. Hakim orang islam, pembelanya bukan Islam (Karparl Singh).
 - Soal dia tidak setuju sedikit sebanyak dengan PAS spt hudud, itu biasa kerana dia bukan Islam.
-Jangan ketepikan beliau hanya kerana sedikit keburukannya sehingga menafikan kebaikannya.
- Beliau amat menghormati TGNA. Menganggap TGNA sebagai "Tuhan Punya Orang". Seperti gelaran "Saint" dlm agama kristian yg susah dicapai oleh paderi.

 b- Tuan Guru Nik Aziz
- Meninggal dunia 2015
- Tokoh yang muncul selepas dapat kuasa. Berbeza dengan sesetengah pemimpin politik.               
- Amat sederhana. Tidak hebat berpidato tapi hebat bila dapat kuasa.
- Berjimat cermat. Matikan lampu pejabatnya semasa pergi ambil wudhu. Menasihatkan orang pejabat untuk ambil wudhu dengan air yang paling sedikit.
- TGNA tolak haknya sebagai MB. Tidak duduk di rumah MB. Tolak elaun rumah MB (RM3000). Tolak elaun keraian MB. Tolak elaun2 lain.
- TV Singapore buat liputan 2 hari 2 malam terhadap kematian TGNA.
- Hampir semua TV Malaysia buat liputan. 
- Dipuji setelah meninggal dunia, tapi diketepikan semasa hidup.
- Punya sifat yang "Qaid dan murabbi".

 c- DS Anwar Ibrahim
- Dihukum penjara 5 tahun Feb 2015
- Ada beberapa negara tawarkan suaka politik, tapi dia tolak dan pulang menghadap petuduhan.
- Sekurang2nya 3 tahun dipenjara dan 5 tahun tidak boleh berpolitik.

2) 1959 - PAS memerintah 2 negeri. Terengganu dan Kelantan kerana bertahalluf dengan Parti Negara (Pimpinan Dato' Onn). 

3) 1990 - PAS perintah Kelantan kerana bertalluf dengan Semangat 46 (Pimpinan Ku Li).

4) 1999 - PAS perintah Terengganu & kekalkan Kelantan kerana bertahalluf dengan Keadilan.

5) PAS tidak pernah kuasai mana2 negeri tanpa bertahalluf.

6) Dalam politik, ramai kawan kita kuat, sedikit kawan kita lemah. Ramai ahli kita kuat, sedikit ahli kita lemah.

7) Pertahankan Pakatan Rakyat selagi tidak bercanggah dengan syariah Islam. Sedikit sebanyak perselisihan itu biasa.

8) Bila tengok situasi semasa orang melihat PAS jadi alat DAP & PKR kerana kita belum menang. Bila PR menang baru kita lihat bahawa seolah2 DAP & PKR jadi alat PAS, kerana hampir semua negeri di semenanjung Malaysia, MB nya drp PAS (PAS lebih layak).

9) Umno berada di landasan yang betul apabila sedikit sebanyak berjaya pecahkan PAS dan pecahkan PR. Umno bukan namanya Umno kalau bukan kerjanya pecahkan PR. Mereka tahu bila PR kuat, mereka akan kalah.

10) Peranan PAS lebih banyak boleh dimainkan apabila PR memerintah mana2 negeri atau Malaysia.

11) PR perlu dipertahankan dan dipelihara untuk kemenangan rakyat.

12) Hari ini Tun Mahathir hantam / kritik Najib & Umno. Diikuti oleh Tun Daim Zainudin mengkritik Umno. Juga mengkritik Umno ialah Kadir Jasin (Bekas Pengarang NSTP).

13) Masalah utama negara hari ini ialah Skandal 1MDB. Hilang RM40billion, kemungkinan tidak akan kembali. BR1M yang dibagi rakyat cuma RM6 billion, yang hilang lebih banyak.

14) Hutang Negara lebih RM700 billion. Akan menuju muflis jika tidak dapat diatasi.

15) Mata wang Malaysia jatuh. Sangat jatuh. Harga minyak turun tapi harga barang tidak turun kerana matawang Malaysia jatuh.

16) Andaikata PR memerintah hari ini, perlu satu penggal untuk selesaikan semua masalah ekonomi ini dengan segala ketirisan yang ada. Penggal kedua baru boleh lancar memberi kebajikan rakyat.

 7) BN tahu bahawa rakyat tahu tentang kebejatan Umno/Bn ini. Jadi jalan yang mereka ambil ialah timbulkan sentimen PERKAUMAN.

18) Akta Hasutan diguna. Kononnya untuk jaga keselamatan dan keharmonian negara. Tapi disalah guna.

19) Sirul Azhar yang dihukum gantung boleh lari ke Australia. Perkara yang pelik. Menjadi persoalan bagaimana sempadan negara dijaga.

20) Jangan terbabit dengan isu perkauman. Jika terlibat, kita telah memanjangkan hayat Umno/Bn.

21) Parlimen Batu Sapi berpotensi jadi anak sulung PAS dengan kerja bersungguh2. Majoriti 3000 bagi kerusi parlimen adalah sedikit. Perlu penyatuan semua rakyat majmuk untuk undi calon PAS-PR. Elakkan permainan perkauman. Kalau tiada Umno, siapa mau jaga melayu ini perkauman.

22) Umno Selangor tidak sehebat dulu apabila PR memerintah di sana. Malu mau mengaku Umno di Selangor.

23) Isu perkauman amat mudah dimainkan, kerana ia akan menyentuh hal jiwa. Elakkan terlibat sehingga menjadi saham untuk memanjangkan hayat Umno.

24) Perkukuhkan Pakatan Rakyat.

25) Perbanyakkan / ramaikan ahli. Jangan halau ahli keluar dari parti. Uruskan perbezaan pandangan. Bila masuk PAS, urus dengan usrah, tamrin, kuliah dan program2 membina / tarbiyyah ahli sehingga ahli menjadi pimpinan. Jangan ketepikan siapapun yang mahu menyokong PAS.

26) Pelihara PR Kalau kita ada 100 perkara; 97 perkara itu kita bersetuju dan hanya 3 perkara itu kita tidak bersetuju. Jangan kerana 3 perkara itu kita berpecah. Belajar untuk, "Bersetuju untuk tidak bersetuju" terhadap perkara2 tertentu.

27) Semoga PAS dan PR di Zon Sandakan terus maju. Saya merasmikan Muktamar ini dengan Bismillahirrahmanirrahim dan Siiru ala barakatillah.

Tiada ulasan: