Khamis, 12 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Rahsia tebusan IS tenang sebelum disembelih

Posted: 12 Mar 2015 09:00 AM PDT

PETALING JAYA: Seorang pembelot Negara Islam (IS)  bekas jurubahasa bekas IS.telah menjelaskan mengapa tebusan kumpulan militan itu dilihat tenang sebelum mereka dipenggal. Tebusan merasa aman, memikirkan pelaksanaan itu tidak akan berlaku, kerana sudah menjalani beberapa sesi pemotongan kepala olok-olok, menurut "Saleh",

 "Para tebusan itu menurut sahaja kerana mereka tidak tahu bahawa mereka benar-benar akan mati; mereka telah biasa kepada hukuman mati olok-olok dan mempunyai perasaan yang palsu, "Sky News melaporkan selepas menumubual Saleh.

 Saleh berkata beliau diarahkan oleh Jihadi John supaya memberitahu tebusan: 

"Tiada masalah, hanya pada video. Kami tidak membunuh anda. Kami mahu dari kerajaan anda [untuk] berhenti menyerang Syria. " 

"Kami tidak mempunyai apa-apa masalah dengan anda; anda hanya pelawat kami. "

 Menurut Saleh, Jihadi John sebenarnya Mohammed Emwazi, algojo British yang berusia 26 tahun yang disyaki membunuh beberapa tebusan asing.

 Saleh berkata Emwazi adalah salah satu daripada ahli-ahli yang paling dihormati IS kerana kesediaannya untuk membunuh warga asing.

 "John bos besar. Beliau hanya keluarkan arahan. Yang lain melakukannya," katanya.

 Beliau berkata hukuman mati olok-olok dilaksanakan sedemikian kerap mereka menjadi biasa, membuat tebusan berfikir mereka tidak akan mati.

 Beliau juga mendedahkan bahawa tebusan telah diberikan nama-nama Arab untuk membuat mereka berasa seolah-olah mereka di kalangan rakan-rakan. Sebagai contoh, jurugambar Jepun Kenji Goto telah ditangani sebagai "Abu Saad". Saleh berkata ini menjadikan dia "tenang/relex".

 Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata Perak bakal mewartakan fatwa berkaitan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis). 

 Beliau berkata fatwa itu dihasilkan selepas persidangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-106 pada 21 hingga 22 Oktober lepas berkaitan isu umat Islam Malaysia yang berjuang atas nama Isis. 

 "Fatwa yang dibuat pada 23 Februari lepas akan dihantar kepada Sultan Perak (Sultan Nazrin Shah) sebelum ia diwartakan. Apabila sultan bersetuju, kita akan hantar kepada penasihat undang-undang untuk didrafkan dan dihantar semula kepada Sultan untuk ditandatangani sebelum diwarta," katanya kepada pemberita di Kompleks Islam Darul Ridzuan semalam. 

 Harussani berkata Isis tidak direstui oleh seluruh umat Islam kerana ia bukan daripada perjuangan Islam tetapi satu kumpulan penjenayah yang mungkin hanya menggunakan nama Islam untuk mencari pengaruh bagi menegakkan kumpulan itu. 

"Pelantikan khalifah yang dibuat oleh mereka, dengan tidak mengetahui siapa yang melantik dan siapa orang sebenarnya yang dilantik khalifah, dan di atas persetujuan siapa. Kalau dia nak mendirikan negara Islam, negara mana yang nak didirikan sebagai negara Islam. "

  Nabi sendiri sewaktu hidupnya, dalam peperangan... pertama sekali, apa yang dilarang ialah jangan membunuh orang tua, kanak-kanak, perempuan dan orang yang berada di kuil, gereja atau tempat ibadat. 

 "Mereka boleh ditangkap tetapi tidak boleh dibunuh... tetapi kita lihat apa yang dilakukan Isis ini bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam," kata Harussani yang meminta ibu bapa dan pelajar memahami maksud sebenar Isis dan tidak terburu-buru untuk berjuang atas nama Islam dan mengejar mati syahid. 

 "Perbuatan mereka ini tidak akan mati syahid. Kalau mereka mati adalah seperti matinya seorang penjenayah," katanya.  di sini

Tak pasal-pasal seekor anjing menyalak di parlimen

Posted: 12 Mar 2015 07:06 AM PDT

Mohamed Hanipa dalam perbahasan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, berkata sebagai pengamal undang-undang, Shafee tidak seharusnya membuat perkara itu selepas selesai tugasannya di mahkamah.

 "Apa motifnya dia menyertai roadshow (jelajah) itu... sedangkan bayarannya RM1,000 sahaja. Sepatutnya tugas dia dah berakhir bila kes itu selesai," katanya.

 Beliau turut mengkritik tindakan saman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap Harakah berhubung laporan akhbar itu mengenai dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Mohamed Hanipa mempersoalkan mengapa Najib memilih pihak tertentu untuk disaman sedangkan ada pihak lain yang turut menyiarkan laporan mengenai 1MDB.

 Kritikan itu menyebabkan Abdul Azeez bangkit mencelah dengan menempelak Mohamed Hanipa supaya jangan terlalu angkuh dalam membuat kenyataan.

 Azeez mencabar Hanifa mengambil tindakan perundangan dengan menyaman peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung penyertaannya dalam jelajah menjelaskan keputusan sabitan kes liwat terhadap ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 "Dalam konteks Shafee, samanlah beliau tentang roadshow yang dikatakan ada konspirasi politik itu," kata Abdul Azeez  sambil menegur Mohamed Hanipa agar tidak bersikap biadap.

 Tindakan Abdul Azeez mencetuskan kekecohan apabila kedua-dua wakil rakyat itu saling bertikam lidah mempertahankan pendapat masing-masing.~ SUMBER

Rafizi cabar Muhyiddin dan alHabshee letak jawatan

Posted: 12 Mar 2015 05:00 AM PDT

 Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua bahagian Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee supaya meletak jawatan.

Beliau berkata ini kerana Muhyiddin menjadi tidak relevan lagi berikutan pengumuman kerajaan untuk menyelamatkan 1MDB.

 Bagi Syed Ali pula, Rafizi berkata, ketua bahagian Umno Cheras seperti dalam kegelapan mengenai apa yang berlaku dalam Umno.

 "Beliau nampaknya tidak tahu apa-apa tentang apa yang sedang berlaku dalam parti. Jadi dia tidak patut bercakap seolah-olah dia mewakili Umno," kata Rafizi.

 Minggu lalu, Muhyiddin berkata kerajaan tidak sepatutnya menyelamatkan syarikat yang dibebani hutang itu, tetapi Menteri Kewangan II Datuk Husni Hanadzlah memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa RM950 juta telah diperuntukkan sebagai "kredit tunggu sedia" untuk 1MDB.

 Semalam, Syed Ali mengecam Rafizi kerana mendakwa beliau dimaklumkan oleh seorang ketua bahagian Umno bahawa hampir RM1 bilion akan disuntik ke dalam syarikat itu.

 Menurut Ahli Parlimen PKR itu, perkara itu telah dinyatakan kepada Ketua-ketua Umno bahagian semasa pertemuan tertutup dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada hari Ahad.

 Mengulas mengenai perkara ini, Rafizi berkata Syed Ali dan Umno tidak sepatutnya membuat cabaran, terutamanya apabila dia (Syed Ali) tidak menepati janjinya untuk mengisytiharkan hartanya.sumber

Ini bukan dongeng, ini cerita betul wahai Tuan Syed Ali Alhabshee

Posted: 12 Mar 2015 03:00 AM PDT

   Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee hari tersentap apabila Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengesahkan bahawa kerajaan baru-baru ini ingin menyuntik RM900 juta lagi kepada firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ali Alhabshee yang sebelum ini melenting, menafikan dakwaan Rafizi Ramli mengenai perkata itu yang beliau dengar daripada seorang ketua Umno bahagian yang hadir dalam pertemuan tertutup itu.

 Syed Ali Alhabshee, yang juga penganjur perhimpunan tersebut, menyifatkan dakwaan PKR itu sebagai  "satu lagi cerita dongeng pembangkang"


 Lantaran itu, hari ini, Rafizi Ramli telah memintanya Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengesahkan samada perkara itu benar atau tidak.

  Husni   mengesahkan menyuntik RM950 juta ke dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai "standby credit" untuk syarikat pelaburan strategik milik kerajaan yang dibebani hutang sebanyak RM42 bilion itu.

  Selain itu, Husni mengakui kedudukan kewangan 1MDB tidak kukuh dan memerlukan tawaran awam awal (IPO) sebagai cara untuk menangani masalah itu.

 "Masalah 1MDB ini adalah aliran tunainya, jadi IPO amat penting kerana dalam masa pendek kita perlu buat pembayaran semua pinjaman. Namun, selesai IPO ini kita percaya firma ini akan berjalan lancar," katanya di Dewan Rakyat, Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini. ~ sumber

Sebelum ini Najib sewaktu jawapan bertulis kepada William Leong (PKR-Selayang), di sini berkata hutang luar negeri Malaysia adalah RM740.7 bilion pada suku ketiga tahun 2014, berbanding RM41.5 bilion pada tahun 1990 dan RM196 bilion pada akhir tahun 2013.  

JANGAN JADI POLITIK BULUH KASAP, SETELAH AHLI PAS ADA SEJUTA, SENANG-SENANG MEREKA DIPERLEKEH DIHALAU KELUAR

Posted: 12 Mar 2015 12:00 AM PDT


  Sejak saya bergerak kencang dalam PAS hujung tahun 70-an, boleh dikatakan sama banyak tidur di rumah dengan tidur dalam bas dan tempat ceramah. Setiap masa bersedia seperti naik bukit turun bukit untuk memperkenal perjuangan PAS kepada orang ramai, mengajak yang belum berparti dan orang Umno menyertai PAS.

 Lebih hebat lagi Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan TG Almarhum Nik Abdul Aziz yang lebih lama daripada saya berjuang mengajak orang menyertai PAS. Tinggal TG Haji Abdul Hadi Awang antara yang terus menyambung kerjanya bersama dengan Ustaz Fadzil dan TG Nik Aziz dulu.

  Saya teringat ketika terkandas dengan TG Haji Hadi pukul 2 malam di hujung pekan Sungkai kerana tayar Mercedes tuannya pancit dan tayar gantinya juga pancit. Tidur dalam motokar hingga kedai tayar buka pukul 9 pagi.

  Ketika saya mula tercebur dalam PAS keahliannya sekitar 200 ribu orang. Amat sakit untuk mencapai keahlian setengah juta semasa menyambut ulang tahunnya ke-40 tahun 1991. Sasaran itu hampir tercapai semasa sambutan jubli emas tahun 2001, tahun kematian Ustaz Fadzil.

 Bukan senang untuk dapat seorang dua menyertai PAS dari satu ceramah. Dua hari Ustaz Fadzil meninggalkan rumah di Alor Setar untuk berceramah satu jam di Temerloh. Beribu orang hadir. Belum tentu lima orang menyertai PAS selepas ceramah. Ustaz Hadi jadi tumpuan ramai masa itu. Daripada belasan ribu yang mendengarnya tak sampai 10 masuk PAS.

 Demikian limpahan manusia mendengar ceramah TG Nik Aziz dan kemudian besar minat orang kepada ceramah Mat Sabu, belum tentu ramai pendengar mengisi borang PAS. Demikian payahnya unuk mendapat seorang dua daripada ceramah saya yang tidak ramai pendengar.

 Kami tiada kuasa untuk menjadikan orang ramai itu menyertai PAS. Kami boleh memberi penerangan. Allahlah yang menggerakkan hati mereka menyertai PAS.

 Sekarang keahlian PAS sudah mencecah sejuta. Saya pun tidak tahu bagaimana parti Pak Lebai dulu kini jadi parti sejuta orang dan parti untuk semua orang. Bukan senang untuk dapat menjadi parti orang Melayu/Islam yang bersaing dengan Umno.

 Kita tidak arif bagaimana keahlian jadi seramai itu. Tetapi ia adalah parti yang besar dan disegani oleh semua. Sewajarnya ahli-ahli PAS bersyukur kerana parti yang payah dapat seorang dari setiap ceramah kini boleh jadi parti sejuta orang.

 Apabila parti itu sudah besar, maka besar jugalah masalahnya. Tetapi dengan besarnya parti itulah yang melayakkannya menggantikan Umno. Itulah kempen PAS sekarang iaitu parti pilihan orang yang tidak mahu dan tidak suka lagi pada Umno.

 Tetapi kalau setengah yang berada dalam PAS disuruh keluar pula daripada PAS, maka tidak dapatlah kita menggantikan Umno. Saya tahu susahnya untuk dapat seorang dua ahli, tidaklah wajar setelah ada sejuta, disuruh pula setengahnya tingalkan PAS.

 Ia bukan cara dan politik menyelesaikan masalah. Jika ada yang tidak mahu TG Haji Hadi jadi pemimpin, biarkan mereka calonkan sesiapa. Tapi saya pun tidak percaya ada yang sedia jadi calon. Adakah dalam PAS Haji Sulaiman Palastine yang sanggup cabar Hussein Onn? Banyak juga undi diperolehnya, tetapi dia kalah.

 Pencabar TG Hadi mencatat sejarah. Tapi sejarah itu berakhir hari pemilihan. Yang mencabar itu mungkin ada silap dan betulnya. Tapi jika mereka silap pun, mereka adalah ahli PAS. Sebelum mereka disuruh keluar, PAS beri peluang ikut majoriti seperti Tunku tawarkan komunis menyerah diri. Kerana ramai yang tak menyerah diri, barulah Tunku perang mereka habis-habisan.

 Tidak bijak berusaha keras dapatkan ahli Umno jadi PAS tapi suruh pula ahli PAS keluar parti. Jangan jadi politik buluh kasap. 

 Oleh Subky Latiff ~sumber

Segera siasat Jho Low

Posted: 11 Mar 2015 09:00 PM PDT

Jho Low dikatakan mempunyai 
pengaruh besar ke atas 1MDB
DALAM filem "The International"  yang mengisahkan suatu pembedahan oleh Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol), Louis Salinger(Clive Owen) dan AS Peguam Daerah, Louis Salinger (Naomi Watts) menyiasat rasuah dalam bank saudagar fiksyen, IBBC, yang diservis jenayah terancang dan rasuah kerajaan.

 Filem 2009 telah diilhamkan oleh Bank Kredit dan Perdagangan Antarabangsa (BCCI) skandal tahun 1980-an apabila penyiasat dari beberapa negara dan agensi-agensi antarabangsa mendapati bahawa London yang beribu pejabat dan bank Luxembourg yang ditubuhkan terlibat dalam pengubahan wang haram yang besar dan jenayah kewangan, dan secara tidak sah mengawal kepentingan dalam bank besar Amerika.

 Tetapi sebelum filem itu dibuat dan kehidupan BCCI sebenar runtuh, kita sendiri mempunyai skandal perbankan yang sama sensasi - Malaysia Finance Bumiputera (BMF).

 Kita mungkin menghadapi skandal yang sama dalam bentuk 1Malaysia Development Berhad. Sudah terdapat persamaan luar biasa antara skandal BMF awal 1980-an dan pembangunan sekitar 1MDB. Walaupun BMF dan syarikat induknya, Bank Bumiputera, telah lama berlalu, skandal 1MDB yang dikatakan masih berlaku.

 Jabatan Peguam Negara dilaporkan telah menubuhkan sebuah pasukan petugas yang terdiri daripada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Ketua Audit Negara Jabatan untuk menyiasat semua laporan dan aduan berkaitan dengan 1MDB. 

 Saya ingin mencadangkan agar pegawai yang ditugaskan menonton filem di atas dan belajar daripada siasatan skandal BMF kita sendiri.

 Anak syarikat Bank Bumiputera berpangkalan di Hong Kong runtuh disebabkan oleh hubungan sumbang dengan jurutera awam, George Tan Soon Gin yang berpangkalan di Hong Kong Singapura .

 Seperti 1MDB hari ini yang dihantar sejumlah besar dana diperoleh tempatan yang diletakkan di Kepulauan Cayman, Bank Bumiputera menghantar dana di dalam negara yang dijana ke Hong Kong untuk bankroll Tan yang terbang tinggi.

 Carrian Group kepunyaan Tan telah banyak meminjam dari BMF dan kemudiannya gagal. Bank Bumiputera menghantar salah seorang juruauditnya, Jalil Ibrahim, ke Hong Kong untuk bertanggungjawab dan telah dibunuh dengan kejam. Skandal itu akhirnya membawa kepada kebankrapan sehingga meruntuhkan Bank Bumiputera.

 Sementara Tan dilihat oleh banyak pihak sebagai orang yang meruntuhkan BMF dan Bank Bumiputera, tuduhan terhadap 1MDB tertumpu di sekitar seorang tokoh koprat anak kelahiran Pulau Pinang, Jho Taek Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low. Jho Low adalah anak kepada ahli perniagaan Pulau Pinang Tan Sri Larry Low Hock Peng.

 Jadi jika BMF / Bank Bumiputera mempunyai George Tan, 1MDB mempunyai Jho Low.9 Keruntuhan BMF melihat sekurang-kurangnya tiga eksekutif kanan kumpulan Bank Bumiputera - semuanya Melayu - dihantar ke penjara manakala Tan bebasi begitu sahaja . Tiada kes untuk dijawab, isytihar hakim Inggeris (Dennis Barker) selepas satu setengah tahun perbicaraan. Hong Kong ketika itu adalah sebuah tanah jajahan British. Seorang ahli perniagaan Klang, Man Fook Than telah disabitkan atas pembunuhan Jalil dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

 Suatu siasatan oleh sepasukan tiga anggota yang diketuai oleh Audit Negara ketika itu, (Tan Sri) Ahmad Nordin mengumumkan penipuan kewangan, pecah amanah dan komplot jenayah. Ahli-ahli lain ialah Chooi Mun Shou dan Ramli Ibrahim.

 PM Top Pada Senarai

 Setelah membuat janji yang bermaksud bahawa tidak akan sebarang kerahsiaan dan yang bersalah akan menghadapi hukuman berat undang-undang, Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak kini perlu membuktikan bahawa dia adalah seorang yang berpegang kepada kata-katanya.

 Beliau perlu memastikan bahawa pasukan petugas menjalankan tugasnya dengan telus dan bebas. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketika ditanya oleh media samada Perdana Menteri akan dimasukkan dalam penyiasatan itu, Khalid menjawab, ya. Jika Perdana Menteri tidak ada apa yang hendak disembunyikan, dia akan bekerjasama dengan penyiasat dengan senang hati.

 Bagi pasukan petugas itu, perkara pertama adalah untuk memastikan bahawa bukti salah laku jenayah dipelihara. Ia hendaklah memastikan segala keterangan tidak dihapuskan atau dibinasakan dan saksi menghilang.SUMBER

Tuan Ibrahim diseru tarik balik penolakan

Posted: 11 Mar 2015 06:00 PM PDT

Seorang tokoh ulama dalam PAS merayu kepada Tuan Ibrahim Tuan Man agar menimbang semula hasratnya menolak pencalonan kerusi presiden.

 Ahmad Awang, bekas pesuruhjaya PAS Perak yang pernah menganggotai Majlis Syura, berkata naib presiden PAS itu harus mengutamakan jamaah dan tidak wajar menghampakan ahli akar umbi.

 "Beliau kena menghargai ahli-ahli yang melihat seorang yang mempunyai wibawa untuk mengambil tempat jawatan presiden," katanya.

 "Nasihat saya, pertimbangkan semula, jangan hampakan harapan orang. Mungkin ramai akan calonkan beliau lagi," tambahnya, yang pernah memegang jawatan naib presiden PAS.

 Tidak sampai 24 jam selepas pencalonannya dibuat oleh PAS Kota Bharu, Tuan Ibrahim menolaknya dengan menyatakan ikrarnya untuk terus mendukung kepimpinan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 "Biarlah orang lain kata 'tidak bersetuju' dengan ayah kita, tapi jangan pula anak-anak berkata begitu," katanya semalam.

 Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Ahmad (kanan) berkata Tuan Ibrahim seorang calon yang layak menerajui PAS kerana beliau mempunyai latar belakang pendidikan agama dan masih muda.

 Berbanding pemimpin atasan lain dalam PAS, bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dilihat mewakili kepemimpinan ulama, kata Ahmad.

 "Beliau seorang (bekas) pensyarah pendidikan Islam dan berkelulusan (pengajian) Islam. Orang melihat beliau tetap mewakili kepimpinan ulama," katanya, yang lama memimpin Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

 Timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua lagi naib presiden PAS, Husam Musa dan Salahuddin Ayub, bukan berpendidikan agama. 

 Ahmad menambah, masih awal untuk Tuan Ibrahim membuat keputusan menolak pencalonan itu kerana mesyuarat kawasan baru sahaja bermula.

 "Nasihat saya, eloklah jangan menolak. Beliau kena fikir (kepentingan) jamaah. PAS ada lebih 100 kawasan. (Mesyuarat) ini baru bermula.

 "Jangan terus berkata 'tidak layak'. Kalau (menolak) macam itu, (pencalonan) naib presiden pun tidak payah (ambil). Naib-naib presiden atau timbalan presiden - mereka ini pemimpin yang layak jadi presiden," katanya.

 Ditanya sama ada beliau berminat menerajui PAS, Ahmad berkata beliau mahu pemimpin lebih muda sedangkan beliau sendiri sudah berusia 79 tahun.Sumber

Tiada ulasan: