Rabu, 11 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kenapa ramai yang nak cubit puting Shafee Abdullah

Posted: 11 Mar 2015 08:47 AM PDT

 Pada 19 Mac, Firma guaman Zainul Rijal Talha & Amir telah mengeluarkan bil yuran perkhidmatan berjumlah RM32,150 kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi perkhidmatan yang diberikan kepada responden untuk membiayai khidmat guaman bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

 Dalam kes tersebut, firma guaman berkenaan mewakili responden, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Che Mat dan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan ketika itu, Shamsuddin Hussain. 

Pada 25 Oktober 2010, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah membatalkan permohonan Datuk Seri Anwar. SUMBER

 Ni tiba-tiba terbaca berita pelik yang kononnya Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hanya dibayar RM1,000 untuk menjadi pendakwa raya bagi pihak kerajaan dalam kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Baca  di sini

 Memang payah sangat kita nak percaya....Memang tak masuk akal. Cer bandingkan dengan kes pengendalian tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim diatas itu. Berapa kos guamannya? RM32,150 kan? Waima kes Anwar  di Mahkamah Persekutuan adalah lebih rumit dan memakan masa yang lebih lama.

 Setahu kita Umno/BN bukan jenis yang lokek...Pelaburan 1MDB pun sanggup berhutang hingga mencecah RM46 Bilion, bagi kat Ibu lembu NFC pun RM250 juta...tiba-tiba untuk lawan kes nak bunuh karier Anwar hanya bermodalkan RM1,000.00 sahaja? Tak mungkin, tak mungkin.....

Kalau ikut penjelasan lawyeranda
 Sebagai panduan am, yuran biasanya dalam lingkungan RM50 hingga ke RM300 setiap satu jam, bergantung kepada tahap kemahiran seseorang peguam itu. Yuran dari awal kes sehingga ke Dekri Mutlak biasanya akan bernilai diantara RM2000 ke RM10,000 bergantung kepada kerumitan kes tersebut.
 Upah RM 1K untuk  loyar yang ada nama macam Shafee Abdullah ini, memang tak masuk akal sama sekali. Ia sama seperti  kesalahan yang dijatuhkan keatas Anwar bersabit kes Liwat 2 , ramai yang susah untuk mempercayainya. Tentu ramai yang nak cubit puting Shafee Abdullah! 

Berita yang buat PM Najib tersentap

Posted: 11 Mar 2015 12:30 AM PDT

Terpulang kepada rakyat untuk memberitahu kerajaan mereka tidak akan dipilih semula sebagai parti pemerintah jika lebih banyak cukai dikenakan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

 Merujuk kepada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bulan depan, Dr Mahathir berkata jika kenaikan harga ubat-ubatan membebankan rakyat, mereka harus memaklumkannya kepada kerajaan.

 "Ia adalah hak rakyat untuk bertindak balas. Jika ini beban kepada mereka, mereka boleh memberitahu kerajaan... 'jangan tambah apa-apa cukai lagi'," katanya pada sidang media di Serdang, hari ini.

 "Jika anda mengenakan cukai, kita tidak akan undi anda lagi", katanya.

 Bekas perdana menteri yang lantang itu berkata demikian mengulas kenyataan tidak semua ubat-ubatan, termasuk yang penting, akan dikecualikan daripada GST.

 "Hanya ubat-ubatan di bawah National Essential Drug List saja tidak dikenakan cukai," katanya. – 11 Mac, 2015. -SUMBER

Rumah Putih akui buat kesilapan ....

Posted: 10 Mar 2015 10:33 PM PDT

Sila tandatangani petisyen tersebut yang kini telah dilanjutkan 
pula penyiaranya. Sila KLIK DI SINI
  Malam tadi siaran TV negara kita bukan main rancak menyiarkan berita mengenai penarikan keluar petisyen di laman webnya menggesa pentadbiran Barack Obama membebaskan pemimpin pembangkang yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


 Kita berharap TV negara akan turut menyiarkan pengakuan silap Rumah Putih hari ini mengenai penarikan keluar petisyen tersebut. Laporannya seperti berikut :

 Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia berkata semakan penipuan standard Rumah Putih pada 9 Mac mendapati banyak tandatangan yang janggal pada petisyen Anwar itu dan pelbagai petisyen lain berkaitan isu sama.

 "Terdapat banyak petisyen berkaitan isu ini, dan selepas penilaian susulan, Rumah Putih dapati petisyen yang ditarik keluar itu bukan yang mengandungi tanda tangan palsu," menurut kenyataan dikeluarkan kedutaan itu di laman Facebooknya.

 "Bertanggungjawab atas kesilapan itu, Rumah Putih mengaktifkan semula petisyen yang bertajuk 'Make the Release of Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim from Prison a Top Priority for U.S. Policy Toward Malaysia' (Jadikan Pembebasan Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim Keutamaan Tertinggi bagi Dasar AS Terhadap Malaysia) itu.

 "Ia juga memanjangkan tarikh akhirnya mengambil kira masa yang hilang semasa petisyen itu ditarik keluar. Tiada tandatangan yang dibuang," katanya. – 11 Mac, 2015. - sumber

Kesuburan demokrasi perlu dibuktikan dengan amalan, bukan sekadar rhetorik

Posted: 10 Mar 2015 08:00 PM PDT

 Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menolak pencalonan beliau sebagai calon alternatif kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dibuat PAS Kota Baru semalam.

 Bagaimanapun, naib presiden PAS itu menyifatkan pencalonan itu membuktikan kesuburan demokrasi dalam PAS, meskipun seringkali parti dipimpin Hadi itu diserang sebaliknya.

  'Kalau Datuk Husam (Musa) berkata 10 kali beliau pun tidak padan lagi dibandingkan dengan Hadi, saya yang berketinggian lima kaki dua inci pun mungkin ketinggalan lebih 5.2 kali di belakang Hadi dari segi kepimpinan'." - Baca lagi di sini

 Saya merasa pelik sungguh dengan pendirian TITM nih. Dia kata pencalonannya itu membuktikan kesuburan demokrasi dalam PAS, tetapi kenapa dia menolak pencalonan tersebut? 

 Ini bermakna beliau tidak meraikan atau menghormati kehendak akar umbi.Beliau sepatutnya membuktikan kesuburan demokrasi dalam PAS benar-benar diamalkan bukan sekadar disebut secara retorik sahaja.

 Pertandingan ini perlu dilihat sebagai satu perkembangan baik dalam pengamalan demokrasi dalam PAS, walaupun sesetengah pihak mendakwa ia bakal memecah-belahkan perpaduan dalam parti.

  Jika perwakilan merasakan pembaharuan itu perlu atau penyandang sekarang mantap atau mahu pembaharuan dalam PAS, apa salahnya jika ada pertandingan?

 Hj Hadi mempunyai potensi untuk mengekalkan jawatannya sebagai presiden parti namun dengan adanya pertandingan, maka para perwakilan akan mendapat peluang untuk menilai pencapaian yang telah beliau lakukan selama ini.

 Hj Hadi sendiri akan berpeluang melihat prestasi dirinya sendiri melalui kaca mata dan pertimbangan dari para perwakilan, bukan hanya dari mereka yang berada disekelilingnya sahaja. 

 Jika benar dakwaan bahawa pertandingan bakal memecah belahkan parti, maka lebih baik parti jangan mengadakan sebarang pertandingan. Pinda perlembagaan yang sedia ada dan serahkan mandat kepada presiden untuk melantik sesiapa sahaja bagi setiap jawatan parti mengikut budi bicaranya sendiri.

Jual diri kepada syaitan demi kebendaan, kedudukan dan jawatan

Posted: 10 Mar 2015 04:26 PM PDT

Ahli parlimen Lembah Pantai yang berhasrat menyampaikan ucapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilarang mewakili bapanya.

 Dewan Rakyat bagaimanapun membenarkan Nurul Izzah Anwar memasukkan sedutan ucapan Anwar sebagai sebahagian ucapannya sendiri.

Beliau telah menggunakan peluang itu untuk menegaskan pendirian bapanya bahawa beliau tetap tidak bersalah atas jenayah liwat yang disabitkan ke atasnya.Berikut adalah sebahagian ucapan Anwar :

"Saya tidak bersalah atas tuduhan palsu dan fitnah ini tidak pernah berlaku.

 "Fitnah ini satu rekayasa yang jahat datang dari satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.

 "Tidak menjadi satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri boleh mengeluarkan kenyataan rasmi bertulis mengenai keputusan yang cuma selang beberapa minit selepas penghakiman dikemukakan, malah sebelum hukuman dijatuhkan.

 "Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik, hakim-hakim itu menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman.

 "Mereka telah menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan," kata Nurul Izzah, memetik teks ucapan Anwar. ~ SUMBER

Tiada ulasan: