Selasa, 10 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


154 Ketua UMNO Bahagian- bukan mereka yang boleh mensucikan 1MDB

Posted: 10 Mar 2015 05:30 AM PDT

TUESDAY, 10 MARCH 2015
 

2 orang watak dumb and dumber UMNO- pertama Adenan Mansur dan keduanya, Bung Mokhtar dengan berani mengatakan syarikat stratejik 1MDB bagus.

 Bung Mokhtar kata- assets lebih dari tanggungan- 1MDB akan untung. Adenan Mansur kata 1MDB ialah angsa yang menghasilkan telur emas. Telur emas untuk siapa? untuk Jho Lo dan penaung nya? untuk Paris Hilton?

  Jual lah assets, kita tengok boleh cover tak liability. Belian asets semua mengandungi elemen penambahan harga untuk komisyen, sumbangan dan bakshish….cuba jual kalau boleh dapat harga serupa.

  Sekarang kita tahu, apa budak2 korporat umno buat. Dia orang beli asset dari kerajaan, cuba berniaga setelah balun komisyen dari pemalsuan harga, dan kemudian setelah sesak, jual kembali kepada kerajaan. 

  Projek2 kerajaan UMNO hanya pusingan mencuri wang rakyat. Itu yang budak2 umno buat dan sekarang jurucakap mereka , dumb dan dumber UMNO kata- 1MDB baik . Itulah Melayu UMNO- akan pertahankan sehingga tetesan darah terakhir- hak untuk menkesploitasi dan hak dapat duit free.

 Lihatlah Najib berani kata mereka- dia telah arah ketua odit negara menyelidik akaun dan urus niaga 1MDB. Inilah Presiden UMNO terbaik. Dr Mahathir pun tak sebaik Najib. Mahathir cakap banyak- masa dia korapsi lebih teruk.

 Jadi daripada kita sibuk akan index maqasid shar'iyah- baik ada index al rasuwah.

 Setelah hutang mencecah RM46 billion baru hendak suruh. Setelah kena belasah baru hendak suruh. Rumah dia siap, pahat baru hendak berbunyi.

 Nak suruh periksa apa? Dokumen dan email beribu ribu. Data dalam komuter dihapuskan. Jadi apa yang hendak di kaji? Berani atau tidak Ketua Odit Negara KON menyelidik dokumen yang ada pada Sarawak report?

 Orang mesti tahu, tektik memindahkan blame ini memang kerja Najib. Dia telah cuba mententeramkan mereka yang bertanyakan hal 1MDB dengan berkata, 1MDB telah pun di oditkan oleh firma perakaunan yang terbesar. Mereka ini professional. Mereka tak jumpa apa2 yang mencurigakan.

 Bila orang tak percaya dan bila firma perakaunan pun surrender, Najib dan pengurusan 1MDB kata- bukan senang nak odit firma sebesar 1MDB? 

 Habis, nak biarkan? Biarkan segala huruhara dan kerosakan berlaku? Biarkan mamat2 curi duit atas nama bangsaku Melayu? Dan ini soalan cepumas- jika firma perkaunan yang terbesar didunia pun surrender- apalah sangat yang kita boleh harap dari pejabat Ketua Odit Negara? Saya cakap ini tanpa rasa merendahkan kemampuan akauntan kita- sekadar guna lojik lautan biru pak Najib.

 Pengesahan dari firma perakaunan pun belum tentu membersihkan kotoran yang berlaku. Apatah lagi jika firma perakaunan tersebut surrender. Mungkin tahap penipuan dan songlapan duit terlalu menyeramkan sehingga mereka pun surrender.

 Firma2 perakaunan ini pun ada rekod busuk mereka. mereka bersubahat menipu. Sebagai contoh jangan kita lupa Enron telah di odit oleh firma perakaunan Andersen. Dulunya, BBMB di odit oleh firma Touche Ross. Juruodit skendel Transmile ialah firma Delloitte.

 Ingat tak firma Lehman Brothers? Dulu bukan main hebat. Ia jadi bengkarap tahun 2008. Bukankah ia pun diodit firma perkaunan terkenal Ernst & Young? Dan yang lebih menggerunkan ialah Lehman Bros menjual asset bernilai US$50 dimana? 

 Di Cayman Islands lah dengan janji bahawa assets dan junk bonds yang mereka jual asalnya akan dibeli kembali.

 Agaknya inilah kelentong Najib kepada 154 ketua bahagian UMNO yang datang. Separuh tidak faham dan minat, separuh tdak setuju. Yang setuju , golongan dumb dan dumber itulah sahaja.

 Kepada orang kampong bolehlah Najib kelentong. Dan ramai mereka ini dalam 154 ketua UMNO bahagian yang datang nak sahkan Najib ini boleh hidup ke lagi? Najib tahu, sebaik sahaja ketua2 bahagian ini menghidu kelemahan dan kematian politik, Najib pun mereka tinggalkan dia- bin Tun Razak atau tidak.

 Jenerasi yang kenal Tun Razak bukan nya ramai. Yang tua sekali mungkin Dr Mahathir dan umur dia sudah hampir 90.

 Mahathir ini pulak, Tuhan beri dia kesihatan. Dah hampir 90 pun boleh tanam anak pokok. Dan dia pernah kata- dia akan be around for a long time- sebab baka dia hidup lama.Jadi kita dapatlah lihat Dr Mahathir membalun Najib.

Kebenaran nya, ialah firma perakaunan pun banyak kelemahan. Mereka pun bisines juga . mereka dibayar dan kalau dibayar ertinya ada harga dan boleh dipengaruhi supaya menulis sesuatu yang menguntungkan pihak yang mengupah. Ada firma pun bersubahat. Jika mereka tidak bersubahat, maka tidak ada lah skendel kewangan.

 4 firma yang surrender dengan 1MDB mungkin merasakan, kelentong yang 1MDB buat teralu dasyat. Meraka tak sanggup bersubahat. Lagi pun mereka sudah mendapat pembayaran keatas apa yang merka siapkan. Tak perlu menipu untuk dapat wang lebih.

 Sekarang apabila 4 firma perakauan standard dunia surrender- inilah sebab yang paling besar mengapa ketua odit negara mesti menyegerakan selidik. Ianya kesangsian yang utama menjemput pengoditan yang lebih rapi untuk ferret out tikus2 yang menebuk labu 1MDB.

 Bayangkan, dalam masa 5 tahun, 1MDB telah diodit oleh 3 dari firma perkaunan terbesar didunia. Juruodit pertama 1MDB ialah Ernts & Young yang surrender tanpa mengesahkan satu pun penyata akaun 1MDB. Apapasal mereka takut? Firma besar pun takut angkara Najib, -tapi 154 ketua UMNO bahagian sanggup? Tidak ada alasan lain kecuali mesti sokong sebab ini projek kerajaan Melayu. Mesti sokong sebab Melayu yang melakukan nya. 

 Firma odit yang kedua ialah KPMG – Tarik diri dalam tahun 2013 tanpa megesah apa2 penyata kewangan. Yang ini pun surrender.

 Firma ke3- Deloitte mengemukakan nota2 yang panjang dan penilaian yang amat kritikal keatas penyata kewangan 1MDB. Mereka pun curiga dan mendapati banyak transaksi yang menjurus kepada salahlaku. Ini tektik biasa firma perakaunan untuk mengelak dari dipersalahkan. Kami ahi ekonomi menggelarnya tindakan CYA-cover your ass.

 Apatak nya- 1MDB rupa nya meliwat kita semua. Mungkin Najib pun suka.Mana ada negara dalam dunia, yang masa depannya bergantung atas punggung rakyat nya?

 Kalau tak ada apa yang mahu disembunyikan mengapa penyata kewangan 1MDB teralu lewat difailkan? Bahkan ada anak syarkat 1MDB tak pernah memfailkan apa2 penyata kepada ROS.

 Kalau tak ada benda hendak disembunyikan apa takut?

 Dan tolong perhatikan ini- syarikat 100% milik 1MDB yakni SRC tidak memfailkan apa2 penyata sejak 2012. Ini syarikat milik 100% MOF dan mempunyai pinnjaman RM4 billion – pinjam dari Kumpualn Wang Amanah Perkerja KWAP. Pinjaman ini dijamin oleh kerajaan Najib. 

 Dan siapa juruoditnya untuk tahun kewangan 2012 ?

 Deloitte International satu dari the big 4. 

 Tapi 154 Ketua Bahagian UMNO berani sebab mereka ingat mereka berkuasa. ~sakmongkol

Mencabar Hadi adalah 'salah secara moral' kata pemimpin ulama PAS

Posted: 10 Mar 2015 01:00 AM PDT

1) Walaupun mencabar jawatan presiden PAS itu adalah hak demokratik, ia mungkin memberi gambaran buruk pada kepimpinan ulama yang yang telah memegang tampuk kepimpinan parti itu selama beberapa dekad.

2) Datuk Dr Mahfodz Mohamed (gambar) berkata, adalah tidak wajar bagi ahli parti untuk mencabar presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana beliau bukan pemimpin yang lemah.

3) "Perlembagaan parti tidak menghalang ahli daripada bertanding jawatan itu, tetapi ia akan menjadi 'tak manis' untuk mencabar presiden yang tidak mempunyai kelemahan," kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS


Ulasan kepada perkara 1, 2, 3

  Apa yang tidak manisnya apabila ada yang mahu bertanding kerusi presiden parti? Semua jawatan parti bolehkan ditandingi setelah habis tempoh selama dua tahun.Ini adalah untuk memberi ruang kebebasan kepada setiap ahli menilai prestasi setiap individu samada patut dikekalkan atau diganti dengan lain yang difikirkan layak.

  Penilaian kita terhadap mana-mana individu tentulah berbeza. Lemah atau tidak seseorang itu bukan ditentukan oleh seseorang sahaja. 

  Dr Mahfodz tidak nampak apa-apa kelemahan yang ada pada  presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tapi sebaliknya ada yang dapat melihat dengan jelas bahawa kemelut yang melanda PAS sekian lama ini adalah kerana kelemahan Presiden mengemudi bahtera.
   >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

4) Berkongsi sentimen yang sama, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia akan menjadi lebih baik jika tidak ada pertandingan untuk jawatan tertinggi.

5) "Saya tahu bahawa kita tidak boleh menghalang orang daripada menjalankan hak demokratik mereka untuk bertanding jawatan itu, tetapi ia akan menjadi lebih baik jika kita boleh bersetuju untuk tidak mencabar presiden," katanya ketika dihubungi.

6) Pada hari Ahad,  Ketua Biro perpaduan negara PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata parti itu tidak sepatutnya membiarkan jawatan itu tanpa ditandingi kerana ia tidak salah untuk mencabar presiden.

7) Walaupun perbalahan ketara antara kumpulan-kumpulan profesional dan ulama, ahli parlimen Parit Buntar berkata pertandingan untuk jawatan itu tidak akan menyebabkan pihak yang berpecah.


Ulasan kepada para 4, 5, 6, 7

  Perebutan jawatan Timbalan Presiden sentiasa sengit. TITM sendiri pernah bertanding untuk merebut jawatan tersebut. Kenapa ketika itu TITM tidak pernah terfikir 'akan menjadi lebih baik jika tidak ada pertandingan untuk jawatan tersebut' dan menarik diri?

 Adakah parti tidak mahu menghormati dan mempertimbangkan kehendak sebahagian ahli parti di peringkat akar umbi yang mahukan perubahan? Hak demokratik mereka sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

 Penjelasan Dr Mujahid dalam hal ini amat jelas. Ia tidak akan menyebabkan perpecahan sekiranya setiap pertandingan mana-mana jawatan sekalipun yang diadakan berjalan dengan bersih tanpa khianat terhadap mana-mana individu. 
   >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

8) Tuan Ibrahim bersetuju bahawa tidak akan berlaku sebarang kerosakan kepada perpaduan parti jika ada pertandingan, bagaimanapun, beliau berkata prospek yang akan menjadi berisiko.

9) "Akan ada satu senario di mana pengikut atau penyokong akan menjadi orang-orang yang menyebabkan ketidakharmonian, kita tidak mahu itu berlaku," katanya.


Ulasan kepada para  8, 9

 Kalau TITM merasakan ada risiko yang akan menyebabkan  ketidakharmonian akan berlaku, maka cadangkanlah pada muktamar nanti supaya jawatan presiden itu tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun selagi presiden yang dilantik itu masih hidup.

 Kemudian, presiden sendiri akan melantik  JKPP , Dewan Ulama, Dewan Muslimat ......Tidak payah kita susah-susah buat muktamar. 

 Peringkat Kawasan dan Cawangan pula akan dilantik melalui PJ yang dilantik presiden....???
       >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

10) Hadi tidak pernah dicabar sejak beliau mengambil alih jawatan Presiden PAS pada tahun 2002 daripada Datuk Fadzil Noor yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

11) Walaupun laporan bahawa Kota Baru PAS dijangka menamakan calon untuk mencabar presiden, setiausaha agung parti Datuk Mustafa Ali berkata beliau yakin tidak akan ada pertandingan, kerana tidak ada seorang pun lagi yang mampu mengambil pada Hadi.


Ulasan kepada para 10, 11

Hj Hadi tidak pernah dicabar bukan bermakna beliau tidak boleh dicabar atau kerana beliau telah dilantik sebagai Presiden Seumur Hidup. Tetapi kerana prestasinya ketika itu dilihat OK.

Laporan terkini, PAS Kota Baru telah menamakan TITM sebagai calon mencabar presiden. Tahniah TITM!! Jangan diketepikan begitu sahaja kehendah ahli akar umbi. SUMBER

'Calon pencabar sebab kesihatan presiden PAS'

Posted: 09 Mar 2015 09:55 PM PDT

 PAS Kota Bharu menjelaskan mereka mencalonkan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana presiden PAS itu mengalami masalah kesihatan.

 "Saya yakin Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menerima pencalonan selaku presiden untuk sesi baru atas keuzuran belia dan itu keyakinan peribadi saya.

 "(Sebelum ini) dia masuk hospital di Istanbul, dia masuk Institut Jantung Negara (IJN), (clofaktor tahap kesihatan dia. Dia (Hadi) sudah 37 tahun terlibat dengan PAS," kata ketuanya Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini.

 Hadi November lalu mengakui beliau mengalami masalah kesihatan dan badannya semakin susut.

 Malam semalam, nama Tuan Ibrahim diumumkan akan menjadi pencabar bagi jawatan Presiden PAS dalam pemilihan akan datang.

 Wan Rahim menambah, Tuan Ibrahim adalah individu yang akan membuatkan Hadi selesa memandangkan beliau merupakan anak didik Hadi dan dekat dengannya. 

 "Saya yakin dia tak akan menerima pencalonan jadi bila saya kemukakan nama Tuan Ibrahim, dia selesa kerana dia sendiri yang tarbiah, dia didik dan dia yakin anak buah dia sendiri," katanya.

 Tambahnya lagi, nama kontroversi seperti Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Timbalan Presiden Mohamad Sabu tidak dicalonkan demi perpecahan parti seperti berlaku pada tahun 1982.

 "Kita tak kemukakan tokoh kontroversi seperti Husam dan Mat Sabu , kita kemukakan (Tuan) Ibrahim.

 "Bagi saya perpaduan parti perlu dijaga, keutuhan ahli kita tidak mampu untuk menghadapi perpecahan parti seperti tahun 1982," katanya.

 Pemilihan PAS dijadual berlangsung semasa Muktamar PAS ke-61 pada 4 hingga 6 Jun tahun ini.SUMBER/

Apabila Tun Hussein Onn mengidap penyakit jantung beliau telah menjalani satu pembedahan. Saya difahamkan, oleh kerana saya sendiri mempunyai masalah sakit jantung, bahawa setelah selesai pembedahan seseorang pesakit itu agak 'moody' dan 'temperamental' untuk beberapa bulan. Dalam waktu itu seseorang pesakit jantung tidak boleh membuat keputusan tanpa menyesal kemudiannya. Entah kenapa, waktu cuti sakit, Tun Hussein Onn telah meletak jawatan dari menjadi Perdana Menteri. Sebenarnya tindakan Tun Hussein ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t. untuk Tun Dr. Mahathir menggantinya.

Tun Mahathir Tidak Boleh Terima Laporan Interim MH370, Anggap Pelik

Posted: 09 Mar 2015 05:39 PM PDT

PUTRAJAYA, 9 Mac (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat 'permainan teknologi' berhubung kehilangan pesawat tersebut.

 Beliau berpendapat adalah sesuatu yang amat pelik pada zaman ini apabila sebuah pesawat yang beratnya 230 tan boleh hilang sehingga tidak boleh dijumpai.

 "Saya masih tidak boleh terima segala laporan ini. Dalam zaman komunikasi yang begitu baik, kita tidak tahu apa jadi. Sedangkan kita boleh tengok rupa bentuk kawan kita yang duduk 12,000 batu dari sini.

 "Tapi pesawat ini misteri, hilang semua. Tidak pernah jadi dalam sejarah dunia. Saya khuatir ada permainan teknologi," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan interim Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai pesawat MH370 yang dikeluarkan, semalam.

 Dr Mahathir ditemui selepas berakhir 'International Conference On The New World Order: A Recipe For War or Peace' (Persidangan Antarabangsa Mengenai Orde Baharu Dunia: Resipi untuk Peperangan atau Keamanan) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini pada Isnin.

 Beliau turut menyifatkan dakwaan bahawa juruterbang menenggelamkan pesawat berkenaan di Lautan Hindi sebagai tidak logik.

 "Saya ingat ini agak pelik. Kalau dia nak bunuh diri, dia bunuh diri tempat dia mulalah (terbang). Apa hendak bawa kapal terbang empat lima jam cari tempat paling dalam (di Lautan Hindi)," jelas Dr Mahathir.

 Pada Ahad, laporan interim yang disediakan Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai MH370, diumumkan.

 Laporan itu, antara lain menyatakan pasukan berkenaan telah menemubual lebih 120 orang dan mengunjungi pelbagai badan berkaitan.

 Antara yang ditemubual ialah petugas DCA, MAS, waris anak kapal, pengisi minyak pesawat, penyaji makanan untuk penerbangan, pencuci pesawat, pengendali dan operator kargo, penghantar barangan, pembekal dan penerima konsain. Penerbangan MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lepas. -- BERNAMA

Tiada ulasan: