Sabtu, 28 Februari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Dia tercirit lagi ....kali ini di Kota Baharu

Posted: 28 Feb 2015 06:00 AM PST

Ya ampun, memang benarlah apa yang pernah Mustafa Ali kata tentang Zuhdi ni sebagai mulut cirit birit!. Tulis pun cirit birit! 

 Yang terbaru Zuhdi buat kelaku buruk cirit birit di Kota Baru. 

KOTA BAHARU, 28 Feb (Bernama) -- Gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh kumpulan tertentu dalam parti itu dikesan bermula sejak 1998, kata Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

 komen al Husseyn


 Untuk makluman Zuhdi cirit birit, tahun 1998 Presiden PAS ialah almarhum Datuk Fadzil Noor bukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ustaz Hadi Awang ketika itu ialah timbalan presiden PAS. Kamu tu sebagai Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan.  Buat malu kat orang sahaja kalau begini taraf ketua penyelidikan tentang susur galur jawatan presiden parti sendiri!

Zuhdi tercirit lagi…..

Beliau berkata pada 1998, PAS menjadi begitu terbuka menyebabkan kemasukan banyak kumpulan dari luar dan kumpulan berkenaan membentuk pasukan dalam PAS.

 "Sebelum itu (1998) budaya 'team' tidak ada dalam PAS tetapi ia muncul selepas itu (1998) dan sekarang ini ia menjadi semakin membarah," katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Wacana Ilmiah: PAS: Semalam, Hari Ini dan Esok di Pengkalan Chepa di sini, Jumaat malam.Baca lagi di sini

 komen al Husseyn

 Alahai, simulut cirit birit ini rupa-rupanya tidak tahu bahawa Hj Hadi, Almarhum Ust Fadzil Nor dan ramai lagi adalah asalnya dari kumpulan dari luar .....
 Hj Hadi pernah memegang jawatan Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978, dalam masa yang sama Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu . 
Pada 1982, apabila Presiden ABIM, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO, Abdul Hadi menyertai PAS bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Datuk Nakhaie Ahmad.   
Ramai di kalangan pimpinan ABIM yang masuk PAS selain mereka bertiga, antaranya, Tuan Haji Mohamad Sabu, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Datuk Paduka Husam Musa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Muhammad Mustafa, Datuk Mohammad Daud Iraqi dan ramai lagi. Ketika ditahan di Kamunting, Anwar merupakan Presiden ABIM. Tempat Anwar sebagai Presiden telah dipangku oleh allahyarham Fadhil Noor (Ketika itu Timbalan Presiden). Sila rujuk di sini

‘Ulama bukan tiket dapat pujian, jawatan’

Posted: 28 Feb 2015 03:30 AM PST

ULASAN Bhgn 2 Agenda apa sebenarnya yang diutamakan oleh multaqa ini? Mengusahakan perpecahan PR atau pengukuhannya? Mengusahakan kesatuan saf dalaman PAS atau merenggangkannya?

 Yang dilihat, ianya dianjurkan hanya pada tahun pemilihan. Yang dilihat ia menghasilkan usul pecah-belah dan persengketaan.

 Adakah benar persepsi sebahagian bahawa program liqa', neqad, ijtima' dan multaqa itu sendiri adalah tidak lain melainkan usaha kempen untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan yang lain?

 Amat malanglah sekiranya ia benar sehingga tumpuan usaha ulama yang dibawa dari seluruh negara adalah untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan mereka dan menaikkan golongan sendiri.

 Politiking sempit sebegini tidak layak bagi ulama, apatah lagi dengan menggunakan nas-nas al-Quran dan hadis yang tidak kena pada tempatnya.

 Harapan ahli supaya Multaqa Ulama II bebas dari politiking yang sebegini dan persidangan ini akan mengeluarkan usul mengutuk tadbir urus kerajaan Umno-BN yang rosak dan tempang, dasar ekonominya yang membebankan rakyat, politiknya yang rakus dan zalim serta salah guna kuasa yang terang dan nyata.

 Harapan ahli supaya multaqa ini menjadi pendorong untuk meningkatkan usaha menjatuhkan Umno-BN supaya Islam boleh bebas membangun. Dengan itu juga saf yang telah sengaja direnggangkan oleh golongan tak bertanggungjawab dapat dirapatkan kembali.

 Tetapi tidak demikian. Agenda perubahan bagaikan hilang dengan tiupan bayu dan alunan lagu "perpaduan Melayu" yang di mainkan Umno dan konco-konconya terutama selepoas musibah "tsunami kecil" di Kelantan pada akhir tahun lalu.

 Maka yang tinggal hanya perbalahan dalaman PAS dan Pakatan Rakyat. Adakah golongan Ulama PAS sudah hilang fokusnya dan tidak mampu memimpin perubahan ke arah keadilan dan negara berkebajikan?

 Ingatan buat golongan ulama

 Saya sebagai mantan ahli Majlis Syura Ulama (MSU) berbelas tahun merasa dukacita dan kesal ia tidak menzahirkan kehebatan dan kepimpinan ulama sepertimana yang saya harapkan.

 Saya tertanya-tanya apakah tokoh multaqa yang lebih sepuluh orang pembentang dan pembahas itu terlupa pada perintah Allah seperti yang terkandung dalam firmannya yang bermaksud:

 "Maka berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkan lah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal." ( Surah Ali Imran ayat 159)

 Hadis Rasulullah SAW: "Al-Ulama' warasatul anbiayaa" atau ulama adalah pewaris para Nabi bukan merupakan tiket untuk mendapat pujian dan dokongan serta kedudukan dan jawatan.

 Ia sebaliknya merupakan amanah dan wawasan yang perlu dipenuhi dan dicapai oleh mereka yang digelar ulama. Supaya mereka akan ke depan memimpin masyarakat dengan ilmu dan ketaqwaan.

 Kepimpinan ini pula bukan untuk dituntut atau ditagih atas alasan "saya ulama", tetapi sebaliknya diperolehi dan dimenangi melalui proses perjuangan bersama rakyat sehingga kelebihan seseorang ulama terserlah.

 Itu jugalah proses yang dilalui Rasulullah SAW yang akan mampu menyerlahkan diri manakala ulama dunia, walau panjang mana senarai ijazahnya, akan terpinggir dan ditinggalkan. Ini kerana ilmunya tidak dihayati mencorakkan diri dan kehidupannya.

 Pada masa yang sama, hendaklah sentiasa diingati bahawa ilmu dan kefahaman berhubung agama Allah ini ianya adalah milik Allah. Allah boleh memberi kefahaman mengenai agama kepada sesiapa yang Allah inginkan kebaikan baginya.

 Ilmu bukan pada sijil, ijazah9 Ketahuilah oleh itu bahawa ramai yang telah bersama PAS, walaupun tidak mempunyai kelulusan rasmi dari institusi pendidikan agama, sememangnya berilmu dan bukan dari golongan juhala' (orang yang jahil).

 Ilmu itu bukan semata-mata terletak pada sijil atau ijazah universiti, tetapi terletak pada hujah keilmuan dan intelektual. Oleh itu segala yang ingin diusahakan perlu dikemukakan dan dihujahkan dengan jelas dan tersusun.

 Jangan dituntut ketaatan atau wala' dengan secara membuta tuli atau taqlid tetapi perjelaskan dan pertingkatkan ilmu dan kefahaman masyarakat.

 Jangan perlekehkan mereka yang tidak berpendidikan agama secara rasmi, sedangkan mereka mungkin memahami banyak persoalan dengan lebih mantap. Didikan yang telah mereka perolehi adalah didikan amali haraki bersama perjuangan Islam yang dipimpin ulama' muktabar.

 Adalah diharapkan bahawa golongan ulama akan membebaskan diri mereka dari amalan 'politiking' sempit dan sebaliknya membina imej mereka sebagai badan yang bebas dari kepentingan jawatan dan pangkat atau kepentingan duniawi.

 Mereka perlu memperlihatkan ulama' sebagai kumpulan ilmuan yang memimpin arus perubahan dengan menentang kezaliman dan penyelewengan.

 Dengan itu mereka akan diterima sebagai pemimpin ummah dan melayakkan diri ke status 'warasatul anbiyaa'. Zahirkan ketajaman keilmuan dengan membedah permasalahan kontemporari dan mengemukakan penyelesaiannya sambil menjadi pihak yang berdiri teguh di pihak keadilan dan kebenaran.

 Itulah proses yang dimulakan pada 1982 apabila konsep kepimpinan ulama mula-mula diutarakan dengan tertubuhnya Majlis Syura Ulama. Proses ini masih lagi dalam perlaksanaannya dan MSU itu sendiri perlu terus diperkasakan. Jangan golongan ulama' hilang fokus.


 AHMAD AWANG seorang tokoh ulama PAS yang disegani. Selain berpengalaman sebagai ahli akademik dan birokrat agama dalam kerajaan, beliau pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia (PUM) selama 17 tahun.

Najib cuba menakutkankan pengkritik 1 MDB dengan ugutan saman

Posted: 28 Feb 2015 01:40 AM PST


 Selepas mengambil langkah menyaman akhbar PAS Harakahdaily berhubung laporan yang mengaitkan anak tirinya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak akan membenarkan sesiapa pun menggunakan dana awam bagi kepentingan peribadi.

 Dalam posting di laman Facebook beliau malam tadi, Najib berkata, 1MDB merupakan sebuah syarikat pembangunan strategik milik kerajaan Malaysia.

 Najib berkata beliau sedar tohmahan yang mengaitkannya dan keluarga dengan syarikat yang dibebani hutang itu, yang terbaru, dakwaan artikel Harakahdaily mengatakan anak tirinya Riza Aziz mendapat manfaat daripada dana 1MDB untuk syarikat perfilemannya.

 "Ingin saya tegaskan di sini, 1MDB ialah sebuah syarikat pembangunan strategik, dimiliki kerajaan Malaysia dan saya tidak akan sesekali membenarkan sesiapa menggunakan atau menyeleweng dana awam untuk kepentingan dan keuntungan peribadi," katanya dalam laman sosial itu.Baca lagi di sini

Susulan kenyataan Datuk Seri Najib Razak, Rafizi Ramli hari ini mencabar perdana menteri menyaman beliau terlebih dulu.

  "Bukan saja saya terkejut kerana kelakuan sebegitu tidak pernah ditunjukkan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini, saya lebih terkejut kerana Najib belum lagi menyaman saya walaupun pernah mengugut untuk berbuat begitu baru-baru ini. 

 "Oleh itu, saya menasihati Najib supaya menyaman saya dulu sebelum mengugut untuk menyaman pihak lain. 

"Saya juga menggalakkan lebih ramai pihak mengkritik Najib dan jangan takut dengan ugutan saman kerana sehingga sekarang beliau masih belum menyaman sesiapa pun, lebih-lebih lagi pengkritik nombor 1 beliau iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Pada Khamis, Utusan Online melaporkan, Najib bakal menyaman portal Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dan anak tirinya Riza Aziz dalam isu 1MDB melalui satu artikel bertajuk "Dana 1MDB biaya syarikat filem Riza Aziz (Bhg 2)'. - Baca lagi di sini

Hudud takkan berjaya di Parlimen tanpa majoriti, kata penganalisis

Posted: 27 Feb 2015 08:00 PM PST

Rancangan PAS melaksanakan hudud di Kelantan dengan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tidak akan berjaya, kata penganalisis, kerana parti tersebut tidak mempunyai cukup kerusi menyokongnya, selain halangan sedia ada dari segi prosedur Parlimen.

 Mereka berkata, PAS hanya mempunyai 21 kerusi Persekutuan dan sekalipun semua 87 ahli Parlimen Umno, 2 wakil Islam dari DAP dan 16 dari PKR memberi sokongan kepada hudud, undi mereka masih tidak cukup membentuk dua pertiga (148 undi) yang diperlukan daripada 222 kerusi Parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

 "Saya tak rasa mereka akan berjaya kali ini, peluang mereka kecil, malah di kalangan ahli Parlimen Islam juga, mereka tidak sebulat suara tentang langkah PAS ini," kata penganalisis Wan Saiful Wan Jan.9 - Baca lagi di sini

Pembunuh Altantyua kini cip tawar-menawar yang paling hangat dalam Umno

Posted: 27 Feb 2015 04:00 PM PST

Persoalan yg kerap kali dibangkitkan. Adakah itu Sirul? atau orang lain yang bercakap dalam sidang media yang dianjurkan oleh Ketua Penerangan PAS dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

 Koperal Sirul Azhar Umar adalah anggota unit khas, yang beroperasi atas arahan ketuanya, tanpa sebarang soal.

 Dalam sidang akhbar yang ditangguhkan itu, diadakan di ibu pejabat PAS baru-baru ini, suara itu mengaku sebagai Sirul kedengaran berkata bahawa dia telah dijadikan kambing hitam. Ia masih belum dapat dipastikan, memandangkan ini adalah Tahun Kambing, sama ada Sirul akan muncul kembali "hidup" semula.

 Apakah dia akan melawan, atau hanya berdiam diri dan dalam tahanan? Adakah dia tidak mahu kembali ke tanah air sebagai orang yang bebas? Adakah dia tidak mahu selamatkan rakannya, Cif Inspektor Azilah Hadri? Waima, kedua-dua mereka hanyalah pengawal peribadi kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 Kedua-dua Sirul dan Azilah perlu melapor kepada seorang Timbalan Penguasa Musa Safri, yang juga bekas pembantu-de-kem Najib. Difahamkan, Sirul berasa "hilang" apabila beliau dan Azilah terpaksa meringkuk dalam sel penjara, orang-orang di belakang pembunuhan model Mongolia masih bebas.

 Chip tawar-menawar atau  Skim Lebih Besar?

 Apa yang telah rakyat rasakan adalah Sirul telah membuat satu percubaan membalas dendam yang lemah, tetapi pengkritik yang mengikuti perkembangan terbaru, mendakwa bahawa Sirul semata-mata menggunakan platform PAS untuk mencapai matlamat yang lebih besar.

 Lagipula, sebelum sidang akhbar Sirul ini, terdapat seorang saudagar permaidani Pakistan yang mengancam untuk mendedahkan 'rahsia', tetapi para pengkritik segea dapati bahawa, sejak dilanda beberapa tawaran, saudagar itu telah hilang begitu sahaja.

Sirul dan Azilah Hadri - bekas pengawal peribadi Najib dihukum 
gantung kerana membunuh Altantuya -wanita yang mereka
 tidak kenali dan tidak mempunyai motif untuk membunuhnya.
Boleh jadi Sirul sedang cuba melakukan perkara yang sama? Atau, ia boleh jadi sebahagian daripada skim yang lebih besar daripada itu? Apakah ada seseorang yang cuba untuk menggunakan Sirul sebagai cip tawar-menawar untuk memberi tekanan kepada Najib supaya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri?

 Lagipun, mengapa pasport Sirul telah tidak diserahkan kepada mahkamah, terutamanya sejak sementara menunggu  keputusan kes itu  oleh Mahkamah Persekutuan?

 Sementara itu, Sirul telah menafikan yang beliau mempunyai apa-apa motif untuk membunuh Altantuya Shariibuu, mengakui pembunuhan yang begitu kejam di luar imaginasi seseorang. Jika bukan dia yang melakukannya, siapa pula? Siapa yang mengarahkan beliau untuk membunuh Altantuya? Adakah Ketua Polis Negara yang sekarang ini tidak berminat bertanya kepada orang-orangnya untuk mengetahui jawapan kepada soalan-soalan tersebut ?

 Kita hanya akan tahu apabila Sirul berterus terang dan memberitahu dunia apa yang berlaku antara dia dan watak-watak lain dalam episod pembunuhan itu walaupun Sherlock Holmes telah mendapati sukar untuk membongkar. Sehingga muncul masa itu, hukuman mati Sirul kekal status quo. Beliau adalah bersalah melakukan pembunuhan.

 Beban kini tertumpu kepada Sirul untuk mendedahkan semua atau berdiam diri selama-lamanya. Satu-satunya cara untuk memastikan dia senyap selama-lamanya adalah kematian, melainkan jika Sirul telah memberitahu seluruh dunia apa yang berlaku di belakang tabir.

 Tetapi, seorang pengkritik bertanya, "Siapa tahu sama ada ia adalah Sirul melalui talian telefon? Boleh jadi ia adalah orang lain". Terdapat hanya beberapa pilihan untuk dipilih: 
(a) Ia adalah seseorang berpura-pura sebagai Sirul, yang kini dalam tahanan 9 (b) Ia adalah orang lain berpura-pura sebagai Sirul hanya untuk menjayakan telepersidangan dengan Sirul yang mulanya gagal. 
(c) Ia sememangnya Sirul, sipembunuh.

 Sekarang, adakah Sirul Azhar Umar yang sebenar akan tampil?

 Soalan itu tidak lama lagi akan dijawab apabila ibu Sirul ini secara peribadi melawat anaknya di penjara. Melainkan sekumpulan PAS telah ditipu, adalah tidak mungkin mereka hanya berlakon.

 Lawatan Menteri 

Peniaga Karpet, Deepak,  Rosmah Mansor, Najib
 Penahanan Sirul di Australia juga telah menjadi sebahagian daripada masalah Australia.

 Ia adalah tidak diketahui apa agendanya tetapi Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia, Peter Dutton yang membuat panggilan kepada Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi boleh menyemarakkan lagi spekulasi. Pada masa ini, pihak berkuasa Australia tentu telah menemuramah Sirul dan mengambil kenyataan daripadanya.

  Dutton berjanji untuk membantu pihak berkuasa Malaysia dengan permohonan bagi ekstradisi Sirul Azhar. Walau bagaimanapun, undang-undang Australia, seperti yang kita tahu, tidak akan membenarkan orang yang telah dihukum mati dihantar pulang ke negara asal mereka.

 Jika Australia bersetuju dengan ekstradisi Sirul, mengetahui bahawa apa-apa yang boleh berlaku kepada kehidupan Sirul terutama sejak kes pembunuhan yang seolah-olah melibatkan peringkat tinggi kerajaan, Australia boleh dipersalahkan kerana kemungkinan apa-apa berlaku kepada Sirul. Ia mungkin bermakna kerajaan semasa John Abbott boleh mengalami tindak balas yang hebat juga.

 Oleh itu, perkembangan kes Altantuya akan menjadi menarik untuk diikuti sehingga Agatha Christie mengakhiri buku beliau dengan jawapan yang kita telah lama tunggu. - ditulis oleh Simon Teoh ~ MAILBAG

Tiada ulasan: