Sabtu, 28 Februari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Jho Low didakwa larikan AS$700 juta dari 1MDB, kata portal

Posted: 28 Feb 2015 11:29 PM PST


Keratan laporan di laman Sarawak Report yang mendakwa muslihat licik oleh ahli perniagaan Jho Low bagi melarikan sejumlah AS$700 juta. – 1 Mac, 2015.Keratan laporan di laman Sarawak Report yang mendakwa muslihat licik oleh ahli perniagaan Jho Low bagi melarikan sejumlah AS$700 juta. – 1 Mac, 2015.

Ahli perniagaan Low Taek Jho, atau lebih dikenali Jho Low, didakwa merancang usaha sama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International pada 2009 bagi melarikan AS$700 juta dari syarikat pembangunan strategik itu, dakwa portal Sarawak Report.

Laman berpusat di Britain itu mendedahkan bayaran balik hutang syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi sebanyak AS$700 juta kepada PetroSaudi pada 2009 hanyalah bagi mengaburi mata, sedangkan wang itu disalurkan kepada Good Star Limited, sebuah syarikat yang didakwa dimiliki Low.

Peruntukan pinjaman AS$700 juta itu merupakan sebahagian perjanjian usaha sama di antara Petro Saudi International dan 1MDB, kata Sarawak Report, yang turut menyebut dokumen yang diperolehinya dan menerbitkannya bersama pendedahan tersebut.

"Apa yang ditunjukkan melalui bukti ini ialah muslihat penting bagi menyalurkan 'pinjaman' dan 'premium' AS$700 juta kepada Jho Low berlaku sejurus selepas perjanjian (antara PetroSaudi dan 1MDB) dimeterai pada 29 September – dan Jho Low juga terlibat dan dimaklumkan setiap langkah," kata Sarawak Report.

Menurut salinan perjanjian pinjaman PetroSaudi seperti diperolehi Sarawak Report, AS$700 juta dipinjamkan daripada PetroSaudi Cayman Holdings kepada syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi pada 25 September, 2009.

"Bagaimanapun, tiada bukti menyokong 'pinjaman' itu melainkan ia sekadar sesuatu transaksi yang dirancang antara dua sayap PetroSaudi, sebuah syarikat dengan modal kerja yang amat kecil.

"Tiga hari kemudian, 1MDB terpaksa membayarnya balik secara tunai," kata laman tersebut.

Pada 29 September, 2009, ketua pegawai eksekutif (CEO) PetroSaudi Tarek Obaid mengeluarkan surat kepada 1MDB PetroSaudi Limited menuntut AS$700 juta dimasukkan ke dalam akaun bernombor 11116073, RBS Coutts Bank Ltd di Zurich, Switzerland.

Sarawak Report mendakwa akaun tersebut berdaftar di bawah nama syarikat Good Star Limited.

"Ini bermakna, wang yang dinyatakan dibayar balik kepada PetroSaudi sebagai memenuhi syarat perjanjian usaha sama, sebenarnya dipindahkan Tarek Obaid kepada pihak ketiga yang berasingan, Good Star Limited."

Tambahnya, dana AS$700 juta itu dibayar balik oleh 1MDB secara bersendirian memandangkan PetroSaudi tidak menyalurkan sesen pun ke dalam usaha sama berkenaan dan hanya bersetuju dengan penilaian asetnya.

Good Star kemudiannya membayar Tarek Obraid "yuran broker AS$85 juta" pada hari sama surat tuntutan itu ditulis, menurut laporan itu lagi.

Sarawak Report mendakwa keseluruhan perjanjian usaha sama 1MDB-PetroSaudi itu didalangi Low dan pasukannya pada 8 September, 2009, tidak sampai sebulan sebelum ia dimeterai.

Selain Low, ia menamakan ahli perniagaan Britain, Patrick Mahony; rakan Low, Seet Li Lin; dan peguam Tiffany Heah, sebagai mereka yang terlibat dalam perbincangan awal.

Mahony bekerja dengan kumpulan pelaburan Ashmore yang membiayai operasi utama PetroSaudi, sementara Seet merupakan ketua pegawai pelaburan Good Star Limited dan naib presiden syarikat Low, Jynwel Capital, menurut Sarawak Report.

Laman itu berkata, ketika dihubungi bagi meminta beliau mengulas mengenai peranannya di Good Star, Seet menafikan mengetahui perkara itu sebelum "mematian telefonnya".

Melalui emel, Mahony memberitahu Low beliau memahami Low mahu menggunakan PetroSaudi International untuk "berdepan perjanjian tertentu" dan "kami sukacita untuk melakukannya".

Sarawak Report berkata CEO 1MDB, Shahrol Halmi dan rakannya dari Malaysia hanya terlibat dalam perbincangan pada 15 September atas initiatif Low yang memulakan panggilan telesidang di antara pihak terlibat.

Laman tersebut juga menerbitkan semula sebuah emel yang didakwa dari Shahrol, yang menunjukkan betapa 1MDB tidak tahu perniagaan sebenar PetroSaudi International, kerana Shahrol masih belum menerima profil syarikat itu beberapa hari sebelum perjanjian usaha sama dimeterai.

Pada 21 Februari lepas, 1MDB mendakwa menerima keuntungan AS$488 juta hasil usaha samanya bersama PetroSaudi.

Dalam kenyataan di laman web syarikat itu, presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut berkata wang pelaburannya dalam usaha sama itu ditukar balik dalam bentuk nota Murabaha selepas rancangan itu tidak diteruskan.

"Pada 2009, 1MDB mengadakan perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi, yang ditubuhkan bagi menjalankan pelaburan dalam projek tertentu.

"Kedua-dua pihak kemudian memutuskan tidak meneruskan usaha sama berkenaan dan wang pelaburan kami ditukar kepada nota Murabaha.

"Nota Murabaha ini dibayar balik sepenuhnya, dengan 1MDB mencatat keuntungan AS$488 juta, pada 2013," kata Arul dalam kenyataan itu. – 1 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Najib garis 7 amanat untuk bangsa Melayu melangkah maju, berdikari

Posted: 28 Feb 2015 10:15 PM PST

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berucap pada Perhimpunan Perpaduan Melayu di hadapan ribuan hadirin di Stadium Putra, Bukit Jalil. Najib menggariskan 7 amanat utama sebagai panduan untuk bangsa Melayu melangkah maju di abad ke-21 dan menjadi kuat, hebat dan bermaruah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berucap pada Perhimpunan Perpaduan Melayu di hadapan ribuan hadirin di Stadium Putra, Bukit Jalil. Najib menggariskan 7 amanat utama sebagai panduan untuk bangsa Melayu melangkah maju di abad ke-21 dan menjadi kuat, hebat dan bermaruah.

Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tujuh amanat utama sebagai panduan untuk bangsa Melayu melangkah maju di abad ke-21 dan menjadi kuat, hebat dan bermaruah.

Amanat tersebut termasuk keperluan melatih orang Melayu menjadi bangsa berpengetahuan dan mengukuhkan ekonomi mereka.

Amanat lain yang ditekankan Perdana Menteri malam ini menyentuh keperluan memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya; mempertahan institusi raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu; menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana; menjaga nilai-nilai murni; dan menjaga institusi keluarga.

Najib menegaskan jika orang Melayu berpegang kepada amanat ini, ia akan menjamin mereka muncul sebagai bangsa yang dihormati semua kaum dan dunia serta mampu menjadi bangsa berdikari.

Berucap pada Perhimpunan Perpaduan Melayu di hadapan ribuan hadirin di Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini,  beliau berkata: "Amanat ini bagi mewakili semua pemimpin Melayu dan hendaklah dijadikan peringatan kekal dan ia juga ingatan untuk kita semua.

"Selagi ada bulan dan bintang serta selagi darah Melayu mengalir di tubuh kita, amanat ini menjadi wadah dan maslahah umat ini dan kita akan terus perjuangkan sampai bila-bila," katanya. – Bernama, 28 Februari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa


Kerajaan Akan Terus Bantu Kaum Melayu,Bumiputera Kata Najib?? Yer Ker ??

Posted: 28 Feb 2015 09:30 PM PST

 

BILA UMNO TERSEPIT BARU BERBICARA SOAL PERPADUAN MELAYU ?

Posted: 28 Feb 2015 08:45 PM PST



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata perjuangan Melayu akan diteruskan sampai bila-bila selagi adanya bulan dan bintang, selagi darah Melayu mengalir dalam badan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata perjuangan Melayu akan diteruskan sampai bila-bila selagi adanya bulan dan bintang, selagi darah Melayu mengalir dalam badan.

Perjuangan Melayu akan diteruskan sampai bila-bila selagi adanya bulan dan bintang, selagi darah Melayu mengalir dalam badan, kata Datuk Seri Najib Razak pada satu perhimpunan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.

Berucap pada majlis yang dinamakan Perhimpunan Perpaduan Melayu, Perdana Menteri memberi jaminan yang kerajaan di bawah pimpinannya akan terus membantu kaum Melayu serta golongan Bumiputera di negara ini.

"Kita tidak mahu orang Melayu diperlekehkan. Kita tidak mahu orang Melayu dihina. Kita nak lihat orang Melayu sebagai bangsa yang disegani dan dihormati sebagai bangsa yang bermaruah.


"Sebagai Perdana Menteri, saya memberi jaminan, kerajaan pimpinan saya akan terus membantu orang Melayu dan Bumiputera," katanya sambil mengulang janjinya dua tahun lepas di Shah Alam yang menegaskan agenda Bumiputera adalah agenda nasional.

Najib berkata, sekiranya orang Melayu mendapat kontrak kerajaan, mereka seharusnya membuktikan mereka layak menerimanya dan mengingatkan bangsa Melayu supaya terus berdaya saing dengan bangsa lain.


Dalam ucapannya itu, beliau turut membaca tujuh amanat pemimpin Melayu di mana salah satu daripadanya ialah menggesa orang Melayu mempertahankan institusi raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.



Amanat tersebut turut mengingatkan agar kaum Melayu mempertahankan "maqasid shariah" (objektif undang-undang Islam) dan melahirkan bangsa Melayu yang sederhana, tidak ekstrem dan tidak juga liberal.

Perhimpunan itu dihadiri kira-kira 5,000 orang, termasuk menteri kabinet, ketua pertubuhan bukan kerajaan, pelajar dan pemimpin masyarakat. – 28 Februari, 2015.

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Menara condong Teluk Intan diisytihar warisan kebangsaan

Posted: 28 Feb 2015 08:00 PM PST

 Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan menara condong Teluk Intan sebagai warisan kebangsaan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan menara condong Teluk Intan sebagai warisan kebangsaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengisytiharkan menara condong Teluk Intan sebagai warisan kebangsaan.

Beliau berkata justeru itu, sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2015 ini, yang diadakan di Dataran Menara Condong, amat istimewa dan mempunyai signifikan tersendiri kerana kerajaan memberi pengiktirafan kepada menara condong Teluk Intan sebagai warisan kebangsaan.

Muhyiddin berkata menara condong Teluk Intan, yang dibina pada 1885, memiliki keunikan yang amat ketara dengan konsep pagoda yang menunjukkan pengaruh kekayaan budaya dan seni bina Cina seperti pada gerbang, bumbung genting dan hiasan jubinnya.

"Sejarah bangunan yang merupakan mercu tanda bandar Teluk Intan ini unik kerana fokusnya adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.

"Ia dijadikan sebagai tangki air pada waktu kemarau dan juga mempunyai kemudahan memadam api.

"Jam yang terdapat pada menara ini juga merupakan lambang perpaduan rakyat Teluk Intan kerana ianya merupakan hasil sumbangan derma daripada penduduk tempatan pada ketika itu," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2015 malam ini. 

Muhyiddin juga berkata menara condong ini juga menjadi satu daripada tarikan kepada pelancong yang berkunjung ke Perak seperti "The Leaning Tower of Pisa" diItali. 

"Tahniah saya ucapkan kepada Jabatan Warisan Negara iaitu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, dan juga kepada kerajaan negeri Perak khususnya Majlis Perbandaran Teluk Intan yang telah berjaya mendapatkan pengiktirafan menara condong Teluk Intan yang penuh sejarah ini, sebagai warisan kebangsaan," katanya. 

Justeru, beliau berkata kerajaan juga dalam proses mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa bagi menjadikan menara condong Teluk Intan sebagai satu daripada warisan dunia UNESCO.

"Sesungguhnya, usaha mengekalkan dan memelihara warisan dan budaya merupakan tanggungjawab kita bersama.

"Diharap ia juga akan dapat mempromosi Teluk Intan sebagai pusat tarikan pelancong dalam dan luar negara di masa akan datang," katanya. – Bernama, 28 Februari, 2015.

//www.themalaysianinsider.com/bahasa/article

Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Ugutan Bunuh KPN

Posted: 28 Feb 2015 07:15 PM PST


 Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes ugutan bunuh oleh kumpulan Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata selain itu, pihaknya juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam ugutan berkenaan.

"Kita dalam proses mengenal pasti blog-blog yang terlibat membuat ugutan ini dan kita klasifikasikan kes ini sebagai satu kes ugutan jenayah," katanya.

"Kita telah memohon kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (untuk kenal pasti individu terlibat). Macam-macam boleh berlaku sebab dalam alam maya ini, pelayan (server) dia mungkin berada di luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis jamuan tengah hari bersama Warga Emas Rumah Seri Kenangan sempena Tahun Baharu Cina hari ini.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Tabung Kaseh Kanser Orang Kota Baharu (OKB) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan Biro Perpaduan dan Perhubungan Kaum Persatuan Orang Kota Baharu (POKB).

Hadir sama Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim dan Presiden POKB Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamad.

Baru-baru ini, sebuah video berdurasi 1 minit 27 saat menjadi viral di laman sosial YouTube, yang antara lain mengugut untuk membunuh Ketua Polis Negara dengan meletupkan keretanya.

Video klip itu memaparkan tiga lelaki bertopeng menggelarkan diri mereka sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) dengan seorang daripada mereka mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dan ugutan.

Mengulas mengenai proses ekstradisi bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Kpl Sirul Azhar Umar ke negara ini dari Australia, Noor Rashid berkata proses berkenaan belum lagi dimulakan oleh Pejabat Peguam Negara.

Pada Khamis lepas, kerajaan Australia dilapor akan 'menimbang' semua permohonan ekstradisi termasuk melibatkan Kpl Sirul Azhar, yang disabitkan kesalahan membunuh.

Pada 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri yang didapati bersalah membunuh sambilan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Bagaimanapun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia.

Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Menyentuh mengenai penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan pada 10 Mac ini, beliau memberi jaminan akan menempatkan anggota secukupnya bagi mengawal keselamatan dan kelancaran proses tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK DUN Chempaka pada 22 Mac depan manakala hari penamaan calon ialah pada 10 Mac. Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan kematian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Nik Abdul Aziz, yang merupakan Mursyidul Am PAS mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi. – Bernama

Kenapa Kerajaan Tidak Guna cukai tersembunyi elak kenaikan harga petrol, diesel? , kata PKR

Posted: 28 Feb 2015 06:30 PM PST

 Rafizi berkata Putrajaya harus menggunakan cukai tersembunyi sebanyak RM1.148 bilion bagi mengelakkan kenaikan mendadak harga RON95 dan diesel bulan depan.

Rafizi berkata Putrajaya harus menggunakan cukai tersembunyi sebanyak RM1.148 bilion bagi mengelakkan kenaikan mendadak harga RON95 dan diesel bulan depan.

Putrajaya harus menggunakan cukai tersembunyi sebanyak RM1.148 bilion yang dikutip secara diam-diam selama ini bagi mengelakkan kenaikan mendadak harga runcit RON95 dan diesel bulan depan, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Katanya, sekiranya Kerajaan Persekutuan menggunakan 10 sen dari jumlah RM1.148 bilion itu untuk dikembalikan sebagai subsidi, maka harga RON95 dan diesel boleh dikenakan pada RM1.80 seliter sahaja.

Berdasarkan formula yang ditetapkan Putrajaya melalui sistem apungan terurus, dan mengambil kira harga pasaran dan prestasi ringgit berbanding dolar AS, Rafizi meramalkan harga RON95 dan diesel masing-masing akan naik kepada RM1.91 dan RM1.86 seliter mulai esok.

Harga RON95 ketika ini ialah RM1.70 seliter, manakala RON97 RM2 seliter dan diesel RM1.70 seliter.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, rakyat Malaysia terpaksa menanggung harga minyak yang lebih disebabkan prestasi matawangnya yang lemah berbanding mata wang Amerika.

Kejatuhan harga minyak global dari bulan September tahun lepas dicerminkan oleh penurunan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Ringgit kini berlegar sekitar RM3.60 berbanding AS$1 dan menurun sebanyak 10% dalam tempoh enam bulan lepas dari RM3.30 sebelum ini.

"Jika Datuk Seri Najib Razak menyalahkan pasaran minyak mentah dunia akibat turun naik harga minyak, beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada turun naik kadar matawang ringgit.

"Di bawah pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kadar matawang RM kini jatuh ke paras terburuk sejak krisis kewangan Asia 1998," kata Rafizi.

Beliau yang juga setiausaha agung PKR berkata, fenomena harga petrol dan diesel yang turun naik juga menunjukkan bagaimana kadar matawang RM yang lemah mempunyai kesan langsung kepada kehidupan rakyat.

"Sentimen pasaran matawang yang gusar dengan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) banyak mempengaruhi keengganan pelabur antarabangsa menyimpan matawang ringgit yang menyebabkan harganya terus jatuh berbanding US$," katanya.

Rafizi mendakwa, akibat kegagalan Najib, rakyat Malaysia akan mengalami kenaikan harga petrol dan diesel pada bulan-bulan akan datang.

Beliau berkata walaupun terdapat penurunan harga bahan api antara Disember tahun lalu dan awal bulan ini, rakyat Malaysia terpaksa membayar harga yang lebih tinggi berbanding penduduk negara lain kerana harga runcit tetap tinggi akibat kadar matawang yang semakin merudum.

Sementara itu, apabila harga minyak mentah mula naik dan harga petrol yang diproses juga mencatat kenaikan sejak awal bulan ini, rakyat Malaysia menanggung kenaikan harga minyak yang berganda kerana dalam masa sama terdapat penurunan nilai matawang ringgit. – 28 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.


Nanti kan tayangan slott AKASIA DI TV 3/4 start petang esok

Posted: 28 Feb 2015 06:15 PM PST

'HERANN BEBENO TEMAN CELIK BIJIE MATE KLO TAK NGUMPAT GOMEN TAK SAH ADUSS MAAP KAN TEMAN.... TEMAN TAK SEMPURNA... Nanti kan tayangan slott  AKASIA DI TV 3/4  start petang esok'HERANN BEBENO TEMAN CELIK BIJIE MATE KLO TAK NGUMPAT GOMEN TAK SAH ADUSS 

MAAP KAN TEMAN....

TEMAN TAK SEMPURNA...

  
 

Kumpulan ‘Kita Lawan’ tolak cadangan berhimpun di stadium OLEH MUZLIZA MUSTAFA DAN LOW HAN SHAUN

Posted: 28 Feb 2015 05:30 PM PST




Kumpulan #KitaLawan hari ini menolak syarat supaya mengadakan perhimpunan 7 Mac mereka di stadium. – 

Kumpulan #KitaLawan hari ini menolak syarat supaya mengadakan perhimpunan 7 Mac mereka di stadium. – Gambar dari Seth Akmal, 28 Februari, 2015.

Kumpulan #KitaLawan anjuran Pemuda PKR hari ini menolak syarat yang dikenakan pihak polis supaya mengadakan perhimpunan 7 Mac mereka di stadium.

Sebaliknya, mereka berkeras meneruskan rancangan mereka berhimpun di hadapan pusat membeli belah Sogo di tengah bandaraya Kuala Lumpur, dalam satu protes yang bertujuan menyatakan sokongan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara.

"Kami putuskan tiada tempat alternatif lain. Perhimpunan itu akan diadakan pada 7 Mac di hadapan pusat beli belah Sogo jam 4 petang," kata Mandeep Singh, salah seorang ahli jawatankuasa #KitaLawan pada satu sidang media hari ini.

"Kami masih akan meminta bantuan pihak polis dari segi keselamatan dan lalu lintas," kata Mandeep selepas mesyuarat kumpulan itu membincangkan perkara tersebut di Bangunan Pertubuhan Hokkien Selangor dan Kuala Lumpur.




"Kami akan bersedia dengan pasukan perubatan, dan juga peguam, sepertimana ketika perhimpunan sebelum ini."

Mandeep berkata kumpulan itu merasakan Sogo, yang dekat dengan kemudahan pengangkutan awam, merupakan tempat paling mudah untuk orang ramai berkumpul.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang turut hadir berkata, polis tidak harus menjadikan tempat di mana rakyat memilih untuk berkumpul itu sebagai satu isu.

"Rakyat mempunyai hak untuk berhimpun, bukan polis yang harus buat keputusan di mana kita patut berkumpul. Tugas polis ialah memastikan perhimpunan tersebut berjalan lancar dan orang ramai berada dalam keadaan selamat," kata pemimpin PKR itu.

Semalam, polis memberitahu Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mereka akan membenarkan demonstrasi seterusnya pada Sabtu ini diteruskan, dengan syarat ia diadakan di stadium.

Sebelum itu, Nik Nazmi bertemu polis Kuala Lumpur di balai Dang Wangi bagi membincangkan rancangan mereka mengadakan perhimpunan.




Beliau memberitahu pemberita semalam, jawatankuasa penganjur #KitaLawan akan bermesyuarat bagi membincangkan cadangan tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.

Beliau juga berkata tidak timbul isu mengenai permit polis kerana ia tidak dikehendaki mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Kumpulan #KitaLawan setakat ini mengadakan tiga perhimpunan di hadapan pusat membeli-belah Sogo, bertujuan mendesak pembebasan Anwar. – 28 Februari, 2015.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Harga rumah masih di luar kemampuan rakyat Malaysia OLEH ANISAH SHUKRY

Posted: 28 Feb 2015 04:45 PM PST

 

Rata-rata pengunjung pameran hartanah di Shah Alam semalam mendapati rumah yang ditawarkan jauh di luar kemampuan mereka.

Rata-rata pengunjung pameran hartanah di Shah Alam semalam mendapati rumah yang ditawarkan jauh di luar kemampuan mereka.

Pengunjung di sebuah pameran hartanah di SACC Mall, Shah Alam masing-masing dengan wajah yang ketat meninjau model kecil rumah, yang dijual pada harga antara RM300,000 dan RM1.4 juta.

"Tak munasabah," kata Roslan Mat Sarji, 47, sambil membelek risalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), penganjur pameran itu.

"Saya tolong carikan rumah untuk anak saya, tapi semua yang ditawarkan di sini di luar bajet kami. Kami tak mampu membelinya."

Isteri Roslan mengisi borang, dan sambil mengeluh kecil, menanda di kotak di sebelah ruang yang menyatakan bajet mereka di bawah RM250,000.

"Dengan harga yang begini, kita kena duduk kampung selamanya. Siapa mampu beli rumah di bandaraya zaman sekarang ini?" soalnya.

Tidak jauh dari mereka, tanpa menyedari kesusahan dialami golongan dewasa, sekumpulan kanak-kanak riang ketawa dihiburkan seorang badut yang diupah PKNS melayan mereka dan mengedarkan belon berbentuk binatang.

Sentimen pasangan suami isteri itu dikongsi kebanyakan pengunjung di pameran itu semalam, di mana ramai menghampiri jurujual mendapatkan penerangan lanjut tetapi tergamam apabila mendengar harga yang ditawarkan.

Menurut Moody's Investors Service dalam satu laporan awal bulan ini, permintaan untuk hartanah kediaman di Malaysia dijangkakan perlahan tahun ini di tengah-tengah kadar gadai janji yang tinggi dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Tetapi walaupun permintaan hartanah terus menurun, jelas seperti dilihat dari pameran semalam rakyat Malaysia masih perlu membeli dan memiliki rumah - namun, mereka tidak mampu.

"Ramai yang datang bertanya, tetapi sebaik sahaja kami sebut harga rumah yang kami jual, wajah mereka berubah dan mereka kata mereka akan tunggu dan lihat," kata seorang jurujual PKNS yang enggan dikenali.

"Kamu boleh lihat sendiri, ramai yang berkunjung hari ini, tetapi sebenarnya, kami baru berjaya jual lima unit rumah sejak melancarkan pameran ini semalam," beliau memberitahu The Malaysian Insider.

Walaupun terdapat pangsapuri mewah, rumah semi-D dan "townhouse" dipamerkan, kebanyakan pembeli tertumpu kepada papan maklumat yang memperincikan projek perumahan mampu milik PKNS, Selangorku Idaman PKNS.

Ramai yang mengambil gambar senarai harga rumah, iaitu antara RM42,000 dan RM250,000, tetapi kecewa apabila mengetahui mereka perlu terlebih dulu memohon kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor jika ingin membelinya.

Abdul Rasid Mohd Yusof, 57, berkata anak-anaknya terpaksa bergantung kepada projek perumahan itu sekiranya ingin memiliki rumah mereka sendiri kerana pendapatan isirumah mereka kurang RM3,000 sebulan.

"Kedua-dua anak saya berkahwin tahun lepas, dan sekarang tinggal menyewa. Saya tolong mereka carikan rumah, tetapi dengan gaji mereka, mereka hanya boleh teruskan kehidupan dengan membeli rumah di bawah RM200,000 dan melakukan kerja sambilan.

"Dari tahun lepas saya tinjau rumah di Shah Alam, tetapi apabila saya tengok rumah di Puncak Alam, Setia Alam, telan air liur saya. Paling murah pun RM400,000!" kata Rasid.

Katanya, beliau tidak cerewet tentang jenis rumah yang hendak dibeli, asalkan anak-anaknya boleh berhenti "membazir duit" menyewa rumah apabila mereka boleh gunakan duit itu membayar rumah sendiri.

Bagaimanapun, Rasid tidak mahu rumah murah di pinggir bandar, kerana walaupun boleh menjimatkan wang, duit itu terpaksa digunakan pula untuk perbelanjaan perjalanan seperti minyak dan tol.

Sementara itu, ST Rajah, 60, berkata beliau dan isteri mencari rumah untuk anak perempuan mereka yang bertahun-tahun tinggal di rumah sewa.

"Saya cuma hendak pastikan dia selamat dan memiliki hartanah sendiri sebelum kami meninggal dunia. Dia ibu tunggal, kami risau. Tetapi, kami dah lama meninjau, harga rumah terlalu tinggi di sekitar Selangor, saya tak pasti mereka hendak terus menetap di sini," katanya dengan nada sedih.

"Kerajaan perlu menghalang pelabur kaya daripada menelan semua rumah mampu milik, dan beri peluang kepada kami rakyat biasa membeli rumah untuk kami tinggal."

Dalam edisi terbaharu laporan suku tahunannya, Inside Asean, Moody's menjangkakan projek perumahan di kawasan popular seperti Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor - di mana setiap unit biasanya berharga lebih RM1 juta - akan menghadapi cabaran paling hebat mencapai sasaran jualan.

Sementara itu, timbalan ketua pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Faizan Abdul Rahman berkata, rumah berharga di bawah RM500,000 akan menjadi kemuncak pasaran perumahan tahun ini, manakala pasaran perumahan mewah yang berharga lebih RM1 juta mungkin akan berkurang, lapor akhbar theSun pada 5 Februari. – 1 Mac, 2015.

http://www.themalaysianinsider.com

'Kenalah rasional Mujahid. Anda tu ada PHD??' -Kempen Presiden PAS Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 28 Feb 2015 04:09 PM PST


Betul Ke? Apa Yang Mujahid Yusof Rawa Kata?

Mujahid Yusof Rawa Menyebut dalam Malaysiakini kempen yang panas menjelang muktamar itu nampaknya didorong oleh apa yang disifatkannya sebagai "struktur yang lebih besar" dan tidak menolak terdapat "tangan tersembunyi" musuh politik PAS, iaitu Umno, di sebalik kempen untuk mencemarkan pemimpin yang dipanggil progresif dalam PAS seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa pusat, Dr Hatta Ramli.

Saya rasa banyak perkara kita boleh salahkan UMNO, tapi takkan semua perkara sebabnya UMNO. Kanapa kita jadikan UMNO sebagai objek untuk kita menghilangkan fokus perbincangan dengan ilmiah dan jujur. Orang politik yang jujur sahaja boleh selamat.


Takkan groups whatsapp Hawai Five-O adalah ciptaan UMNO Dr Hatta dalam whatsapp itu adalah cybertropper UMNO. Aiman Atirah yang nak pecat semua ulama bila menang tu adalah Rosmah yang menyamar? Kenalah rasional Mujahid. Anda tu ada PHD?? (jangan baca Perasaan Hasad Dengki)

Lagi pun Fadhil Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Kuantan telah membuat aduan rasmi kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat.

Kita pun tahu dalam groups Hawai Five-O ada Nordin orang kuat PGS PAS Pusat. Takkan orang PGS pun boleh ditipu oleh UMNO. Anda tahukan apa dia PGS?

Pendedahan yang dibuat adalah sangat kukuh kerana pendedahan itu telah menyertakan semua nama mereka yang terbabit dengan bukti yang sangat kukuh. Maklumat yang bocor masih lagi tidak sepenuhnya sebagaimana yang diberikan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS.



Begitu juga dengan laporan pendedahan suara Timbalan Presiden PAS dan sebahagian audio telah tersebar dan sebahagian lain masih disembunyikan yang sudah pasti akan mendedahkan banyak lagi nama pimpinan tertinggi PAS, mungkin nama Mujahid ada sama kot?? (saja acah.)

Saya tak terfikir UMNO mendalami ini semua.

Habis kenapa Mujahid Yusof Rawa beriya-iya menyalahkan UMNO sebagai tangan yang membuat percaturan dalam pemilihan Muktamar PAS kali ini. Apakah buktinya.

Begitu juga UG dan UG tanpa sebarang bukti kukuh kita menyalahkan orang lain dengan tuduhan untuk bersama UMNO sedangkan kita tidak boleh mendatangkan bukti kukuh sekadar kita kata ada beberapa siri pertemuan sedangkan pertemuan sahaja bukan bukti yang mutlak.

Kita lihat dulu ramai orang kata Dr Hassan Ali nak masuk UMNO tapi sampai hari ini Dr Hassan masih tidak UMNO. Makna bukti kita masih belum kukuh.

Membuat tuduhan memang mudah, apatah lagi membuat tuduhan dalam bentuk umum tanpa kita serta bukti kukuh atas dasar mencipta persepsi buruk dengan harapan kita akan mendapat manafaat daripada tuduhan itu.

Apakah kita mampu menjawab di sisi Tuhan nanti atas apa yang kita perkatakan?

Nordin Bin Ali
http://nordinali.blogspot.com/

Umno: Khairuddin dilucut jawatan kerana muflis

Posted: 28 Feb 2015 08:00 AM PST


 
Umno Pulau Pinang mengesahkan bahawa Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah dilucutkan jawatannya sebagai naib ketua Umno bahagian Batu Kawan kerana muflis.

Setiausaha Umno negeri, Datuk Seri Musa Sheikh Fadzir berkata pihaknya menerima salinan surat yang diutuskan oleh ibupejabat Umno Malaysia kepada Khairuddin berhubung perkara itu.

"Pelucutan jawatan beliau adalah selaras dengan Perlembagaan Umno dan  Peraturan-Peraturan Persidangan Umno," kata Musa dalam satu kenyataan hari ini.

"Ia juga selaras dengan Perkara 9A (1)(d) Akta Pertubuhan 1966 yang menyatakan seorang bankrap yang belum dilepaskan tidak boleh memegang sebarang jawatan di dalam pertubuhan.

"Beliau telah diisytiharkan sebagai seorang bankrap oleh Mahkamah pada 24 Mei 2014 dan satu laporan mengenai kebankrapan dirinya telah dibuat ke ibu pejabat Umno Malaysia," kata Musa.

Bagaimanapun, tambahnya, Khairuddin masih kekal sebagai ahli Umno dan masih boleh menghadiri persidangan tahunan di peringkat cawangan yang beliau menjadi ahlinya.
 
Malaysiakini

Sharizat Redha Makhamah Tolak Permohonan Suami ??

Posted: 28 Feb 2015 07:00 AM PST

'Assalamualaikum.                   Wanita Sumber Bencana.  Dari Usamah bin Zaid r.a. katanya Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda : " Sepeninggalku, tidak ada (sumber) bencana yang lebih besar bagi laki-laki selain daripada wanita."  Sahih : Muslim 2359.  Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. dari Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam sabdanya : "Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasikannya kepada kamu sekalian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutlah dunia dan takutilah wanita¹), kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israil adalah wanita."  Sahih Muslim : 2360.'
Assalamualaikum.

Wanita Sumber Bencana.

Dari Usamah bin Zaid r.a. katanya Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda : " 

Sepeninggalku, tidak ada (sumber) bencana yang lebih besar bagi laki-laki selain daripada wanita."
Sahih : Muslim 2359.

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. dari Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam sabdanya : "Sesungguhnya dunia itu manis. 

Dan sesungguhnya Allah telah menguasikannya kepada kamu sekalian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). 

Kerana itu takutlah dunia dan takutilah wanita¹), kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israil adalah wanita."

Sahih Muslim : 2360.
 

Kumpulan ‘Kita Lawan’ tolak cadangan berhimpun di stadium - OLEH MUZLIZA MUSTAFA DAN LOW HAN SHAUN

Posted: 28 Feb 2015 06:15 AM PST

Kumpulan #KitaLawan hari ini menolak syarat supaya mengadakan perhimpunan 7 Mac mereka di stadium. – Gambar dari Seth Akmal, 28 Februari, 2015.

Kumpulan ‪#‎KitaLawan‬ hari ini menolak syarat supaya mengadakan perhimpunan 7 Mac mereka di stadium. 

Kumpulan #KitaLawan hari ini menolak syarat supaya mengadakan perhimpunan 7 Mac mereka di stadium. 

Kumpulan #KitaLawan anjuran Pemuda PKR hari ini menolak syarat yang dikenakan pihak polis supaya mengadakan perhimpunan 7 Mac mereka di stadium.

Sebaliknya, mereka berkeras meneruskan rancangan mereka berhimpun di hadapan pusat membeli belah Sogo di tengah bandaraya Kuala Lumpur, dalam satu protes yang bertujuan menyatakan sokongan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara.

"Kami putuskan tiada tempat alternatif lain. Perhimpunan itu akan diadakan pada 7 Mac di hadapan pusat beli belah Sogo jam 4 petang," kata Mandeep Singh, salah seorang ahli jawatankuasa #KitaLawan pada satu sidang media hari ini.

"Kami masih akan meminta bantuan pihak polis dari segi keselamatan dan lalu lintas," kata Mandeep selepas mesyuarat kumpulan itu membincangkan perkara tersebut di Bangunan Pertubuhan Hokkien Selangor dan Kuala Lumpur. 

"Kami akan bersedia dengan pasukan perubatan, dan juga peguam, sepertimana ketika perhimpunan sebelum ini."

Mandeep berkata kumpulan itu merasakan Sogo, yang dekat dengan kemudahan pengangkutan awam, merupakan tempat paling mudah untuk orang ramai berkumpul.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang turut hadir berkata, polis tidak harus menjadikan tempat di mana rakyat memilih untuk berkumpul itu sebagai satu isu.

"Rakyat mempunyai hak untuk berhimpun, bukan polis yang harus buat keputusan di mana kita patut berkumpul. Tugas polis ialah memastikan perhimpunan tersebut berjalan lancar dan orang ramai berada dalam keadaan selamat," kata pemimpin PKR itu.

Semalam, polis memberitahu Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mereka akan membenarkan demonstrasi seterusnya pada Sabtu ini diteruskan, dengan syarat ia diadakan di stadium.

Sebelum itu, Nik Nazmi bertemu polis Kuala Lumpur di balai Dang Wangi bagi membincangkan rancangan mereka mengadakan perhimpunan.

Beliau memberitahu pemberita semalam, jawatankuasa penganjur #KitaLawan akan bermesyuarat bagi membincangkan cadangan tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.

Beliau juga berkata tidak timbul isu mengenai permit polis kerana ia tidak dikehendaki mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Kumpulan #KitaLawan setakat ini mengadakan tiga perhimpunan di hadapan pusat membeli-belah Sogo, bertujuan mendesak pembebasan Anwar. – 28 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

Polis salah guna undang-undang bertindak atas peserta protes, kata peguam OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 28 Feb 2015 05:30 AM PST



Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyertai perhimpunan #KitaLawan minggu lalu di kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, ditahan polis.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyertai perhimpunan #KitaLawan minggu lalu di kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, ditahan polis.

Peguam memberi amaran yang polis mungkin menggunakan Kanun Keseksaan terhadap peserta protes memandangkan satu lagi undang-undang berkaitan demonstrasi jalanan, Akta Perhimpunan Aman, tidak menganggap protes sebagai jenayah.

Ketika Pemuda PKR di bawah slogan #KitaLawan bersiap sedia berarak petang ini di Kuala Lumpur dan merancang mengadakan perhimpunan mega pada 7 Mac bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara, peguam berkata polis menunjukkan sikap tidak mengendahkan hak rakyat untuk berhimpun secara aman susulan penahanan minggu lalu dan siasatan terhadap seorang ahli politik serta 2 aktivis mengikut Kanun Keseksaan.

Polis, iaitu sayap eksekutif kerajaan, perlu belajar menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tahun lalu yang menyatakan penganjur dan peserta perhimpunan tidak sepatutnya dihukum, dengan syarat mereka berhimpun secara aman.

Peguam N Surendran berkata polis menggunakan taktik baru mengekang suara yang menentang dengan bergantung kepada Seksyen 143 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyertai perhimpunan haram.

"Peruntukan itu hanya boleh digunakan apabila seseorang menggunakan kekerasan jenayah. Sudah pasti bukan begitu keadaannya jika seseorang individu mahu menyertai perhimpunan aman," katanya sambil menambah tindakan polis itu merupakan satu gangguan semata-mata.

Peruntukan dalam Akta Polis yang menghendaki orang awam mendapatkan permit sebelum berhimpun sudah dimansuhkan, dan Akta Perhimpunan Aman diperkenalkan pada 2012 bagi membenarkan perhimpunan diteruskan tanpa permit, tetapi penganjur perlu memaklumkan pihak polis.

Bagaimanapun, Surendran berkata polis nampaknya menggunakan "taktik tidak jujur" walaupun sudah wujud Akta Perhimpunan Aman.

Surendran berkata demikian susulan penahanan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim dan Koordinator Jingga 13 PKR Fariz Musa pada perhimpunan di luar kompleks beli-belah Sogo di Kuala Lumpur, hujung minggu lalu, yang diadakan bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar yang kini dipenjarakan.

Peguam Fahri Azzat berkata peruntukan mengikut Kanun Keseksaan adalah undang-undang sah tetapi beliau hairan kenapa ia digunakan terhadap mereka yang mahu berhimpun tanpa niat melakukan keganasan atau merosakkan harta benda awam.

"Mereka hanya disiasat sekarang. Tetapi, saya percaya mereka akan mencabar keperlembagaan undang-undang itu sekiranya mereka didakwa kelak," katanya.

Fahri berkata beliau bimbang apabila polis di bawah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertindak mengekang mereka dengan mendakwa mereka yang berhimpun itu bertujuan membuat kacau.

"Adakah beliau mempunyai statistik menyokong dakwaan itu?" soalnya sambil menambah badan penguatkuasaan undang-undang itu semakin menjadi-jadi.

Peguam M Visvanathan berkata tidak logik polis menggunakan peruntukan dalam Kanun Keseksaan kerana beban bukti mengikut undang-undang itu lebih tinggi.

"Memandangkan mereka tidak lagi boleh berharap kepada Akta Perhimpunan Aman, polis dan pendakwa raya kini bergantung pada kanun jenayah itu untuk merangka dakwaan dan mendapatkan sabitan," katanya.

Beliau berkata tindakan polis hanya menunjukkan ia mahu menakut-nakutkan orang awam daripada menyertai perhimpunan itu.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata undang-undang itu digunakan sebagai alasan untuk menahan dan mengganggu peserta utama protes.

"Jelas yang polis berniat jahat dengan menterjemahkan peruntukan itu sedangkan ia merupakan satu perhimpunan aman," katanya berhubung penahanan minggu lalu itu.

Paulsen berkata, undang-undang itu digubal untuk digunakan terhadap perusuh atau kumpulan yang mencetuskan rusuhan, contohnya samseng dalam perlawanan bola sepak yang membuat kecoh.

Katanya, dalam penghakiman Mahkamah Rayuan itu, panel 3 hakim menegaskan mengenai hak asasi rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman dan tidak menjadikan kesalahan itu satu jenayah.

"Dalam kes terbaru, mereka yang berhimpun di pusat beli-belah di Kuala Lumpur tidak melanggar undang-undang itu. Malah, polis sepatutnya membantu ketika bantahan itu berlangsung," katanya.

Beliau berkata demonstrasi itu juga berakhir secara aman dan tidak ada alasan polis melancarkan tindakan keras selepas itu.

Tahun lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan, mengikut Akta Perhimpunan Aman, menyalahi perlembagaan sekiranya perhimpunan awam dianggap jenayah, termasuk yang diadakan secara spontan.

Mahkamah itu juga membebaskan Nik Nazmi daripada tuduhan gagal memaklumkan kepada polis mengenai perhimpunan Blackout 505 di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei, tahun lalu.

Secara keseluruhan, Nik Nazmi dibebaskan daripada dakwaan yang sama sebanyak 4 kali selepas timbalan pendakwa raya cuba mendakwanya lagi. – 28 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Bayar lebih harga minyak esok? Salahkan 1MDB

Posted: 28 Feb 2015 04:45 AM PST

 
 
Pemansuhan sistem subsidi bahan api bukan hanya membuat pengguna terdedah kepada turun naik harga minyak mentah global tetapi juga membawa kepada ketidakstabilan nilai ringgit sepertimana ramai yang akan rasainya melalui harga bahan api esok.

Walaupun kerajaan hanya dijangka mengumumkan harga runcit bahan api rasmi untuk Mac malam ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli telah memberi amaran bahawa ia akan menjadi lebih tinggi.

Rafizi berkata kenaikan kecil dalam harga minyak mentah dunia, menjadi lebih teruk dengan ringgit yang lemah yang sebahagiannya disebabkan oleh masalah lebih RM40 bilion hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimiliki kerajaan.

"Oleh itu, turun naik ringgit mempunyai kesan yang terus kepada harga minyak yang dibayar oleh rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi (kiri) berkata, Di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, kadar matawang ringgit kini jatuh ke paras terburuk sejak krisis kewangan Asia 1998.

"Jika Datuk Seri Najib menyalahkan pasaran minyak mentah dunia akibat turun naik harga minyak, maka beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada turun naik kadar matawang ringgit.

"Kenaikan harga petrol dan diesel yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam bulan-bulan mendatang adalah akibat kegagalan beliau sebagai perdana menteri dan menteri kewangan. kata Rafizi.

1MDB dimiliki oleh Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Najib, dan beliau juga adalah pengerusi lembaga penasihat syarikat tersebut.

Negara kini menggunakan sistem apungan terurus di mana harga purata minyak untuk bulan semasa digunakan sebagai penanda aras untuk menentukan harga runcit bahan api bulan seterusnya.

Oleh itu, turun naik nilai ringgit mempunyai kesan yang terus kepada harga minyak yang dibayar oleh rakyat.

"Ini menimbulkan kesulitan kepada rakyat kerana kejatuhan harga minyak bermula dari September 2014 diiringi dengan kejatuhan nilai ringgit berbanding AS.

"Nilai ringgit yang kini didagangkan pada tukaran sekitar RM3.60 bagi setiap AS$1 telah susut sebanyak 10 peratus dalam tempoh enam bulan berbanding tempoh asal sekitar RM3.30 bagi setiap AS$1," kata Rafizi.
 
 
Malaysiakini

Kesian...Tak Habis-Habis Najib Kena Tolak!!

Posted: 28 Feb 2015 04:00 AM PST

 
Ketika majlis angkat sumpah Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi pada Oktober lalu, Perdana Menteri, Najib Razak telah ditolak (disenggol) dengan kuat oleh isterinya, Rosmah Mansor sehingga insiden itu menjadi viral di media-media sosial.

Rosmah dianggap tidak wajar berbuat demikian kepada suaminya yang juga Perdana Menteri, lebih-lebih lagi di acara penting yang melibatkan tetamu kenamaan daripada seluruh dunia itu.

Tetapi dalam minggu lalu, Najib terus menerima tolakan yang berterusan lagi.  Ketika harta peninggalan Tun Razak cuba dikaitkan dengan perbelanjaan mewah keluarga Najib, terutama melibatkan isterinya Rosmah dan anak tirinya Reza Aziz, keempat-empat adik Najib tampil dengan kenyataan bersama menolak tanggapan sedemikian.

Mereka menyatakan, Tun Razak terkenal sebagai pemimpin yang berintergriti tinggi serta berjimat cermat sepanjang kehidupannya dan spekulasi mengenai harta peninggalan bapa mereka yang dikaitkan dengan kemewahan adalah tidak wajar sama sekali.

Setelah ditolak (disenggol) oleh isterinya, Najib ditolak pula oleh keempat-empat adik-beradiknya.

Pada Rabu lalu pula, mesyuarat kabinet menolak suntikan modal sebanyak RM3 bilion lagi kepada 1MDB berikutan ramai ahli kabinet tidak bersetuju dengannya.

Jika berita ini benar dan ia juga belum dinafikan lagi oleh kerajaan sehingga kini, ia juga bermaksud penolakan sebahagian menteri-menteri kabinet terhadap Najib sendiri.

HUKUM KARMA : Sepintas Lalu Ketahun 1998 !!

Posted: 28 Feb 2015 03:15 AM PST


Cuba lihat saksi saksi yang ikut hadir dimakhamah dalam Kes Fitwah Liwat 1.
 
Azwan Ali dan Imi Hafilda - Yang Berjanggut Dato Paduka Khairuddin Hassan.

Dibelakang Kiri - Arwah Khalid Jeffrey Penulis Buku Fitnah Bertajuk
"50 DALIL KENAPA ANWAR TIDAK BOLEH JADI PM."

 

Akhirnya dia kembali RAHMATULLAH.......

HANYA MAMAKDEY SAHAJA YANG BELUM MENERIMA BALASAN DARI ALLAH.

"TAHNIAH PENEROKA AKAN JADI JUTAWAN ???..."

Posted: 28 Feb 2015 02:30 AM PST

 
 Ke mana arah tuju FELDA?
FGVH sedang bermasalah?
Mana janji Najib?
 Memorandum kepada FGVH bertarikh 23 dis 2014 tidak berjawab sampai hari ini. Surat susulan tiada respon. Perjanjian Pajakan Tanah antara FELDA dan FGVH bernilai RM251 Juta dan 15% kadar perkongsian keuntungan tahunan berjumlah RM 257 Juta, adakah di bayar oleh FGVH?
Bajet FELDA setahun berjumlah RM1.7 bilion, pendapatan sekadar RM508 Juta, defisit hampir 70%, berapa lama pengurusan FELDA mampu menampungnya?
Perbelanjaan pengurusan, tanam semula, perbelanjaan peneroka, pinjaman baiki rumah, pendahuluan baja.....
 Dato' Faizoull Ahmad disingkir, khabarnya turun pangkat dan dipindahkan ke JPA. Isa Samad terus bermaharajela.
Apa khabar saham KPF?
Boleh beri lagi dividen 15% kepada 200,000 pencarumnya?
Pelaburan RM800 Juta unit saham ke dalam FGVH, rugi...nilainya tinggal berapa sekarang?
 Pinjaman Sara Hidup sepertimana dalam Perjanjian Tanam Semula di kaji semula?
FELDA kaveat kebun peneroka, terma2 yang menjadi hak peneroka; tidak dilaksanakan.
SERABUT FELDA & FGVH sekarang. Mana janji dan reformasi Najib????
Senyap sunyi......
Durian runtuh ke ATAU peneroka yang runtuh?

LIWAT 2 - KONSPIRASI TERNYATA MAINAN PEMERINTAH...

Posted: 28 Feb 2015 01:45 AM PST


Dalam isu Liwat Anwar - kerajaan / UMNO sudah hilang punca bagaimana untuk memastikan DSAI perlu ke Sungai Buluh, lantas untuk kepastian tersebut mereka amat mengharapkan Tan Sri Muhammad Shafie bin Abdullah perlu bertindak sebagai pendakwa, bagi rakyat khususnya yang beragama Islam memang sudah tidak percaya dengan kes ini.

Tapi dengan kehendakNya juga dan dakwaan dari Tan Sri maka Anwar perlu di Sungai Buluh untuk selama 5 tahun.

 Tindakan dan kerja buat Shafie ini juga adalah melayan kehendak dan Hasrat Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin agar kes dan pengisian pendakwaan ini dapat di terjemahkan kepada seluruh rakyat.

Pendedahan sempit ini boleh membahayakan masa depan negera, Langkah ini adalah langkah 'perbicaraan di luar mahkamah', kata Amidi Abdul Manan, Presiden Abim. ( gambar )

Tapi malangnya kenapa pihak " pendakwa " meneruskankan dakwaah mereka di luar mahkamah, mengapa perlu diadakan " tayangan jalanan " untuk menerangankan kepada rakyat kaitan dengan kes tersebut. 

Kes sudah pun selesai dan Anwar sudah pun ke Sungai Buluh tapi mendukacitakan Shafie masih menggunkan Pemuda UMNO untuk pusingan satu Malaya bagi menerangan keadaan sebenar...... kenapa?

Tindakah Shafee ini bukan sahaja di benci oleh pembangkang dan ahli perundangan sebliknya kalangan UMNO juga demikian. Ada kalangan pengundi khususnya di Permatang Pauh menyarankan akan Shaifee dan Pergerakan Pemuda " bercerita " dari rumah ke rumah isu ini dan di sambut dingin oleh mereka, itu kerja bodoh dan ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Apakah Khairi ( KP ) UMNO mempunyai keyakinan yang tinggi tujuan pendedahan ini sedang ramai kalangan UMNO sendiri mengharapkan adanya rasa simpati khusus kepada keluarga Anwar dan isteri serta anak-anak mereka. Selain itu sebagai sebuah negara Islam sudah tentu penghakiman ini memakan diri.


Dalam pada itu terbit pula NGO - Bona Fide Friends ( BEF ) pimpinan Dato Razali Ibrahim ( gambar ) melibatkan diri kononnya untuk menarik lebih ramai peguam muda Melayu menyertai UMNO.

 Tindakan ini sekaligus membuktikan bahawa jawapan balas pihak pendakwa yang menolak teori konspirasi politik, dan mahkamah telah pun menerima hujah pihak pendakwa dalam penghakimannya tidak mencukupi.

Kalau diteruskan kerja sia-sia Shafee itu.. tentu mudah kerja Jentera Pilihanraya PKR Permatang Pauh.. tapi ada yang dah sedar.. ruginya...


DIRECTER Gajah Menta

"Kuasa ketiga" mengotorkan imej PAS?

Posted: 28 Feb 2015 01:00 AM PST


Kerakusan termakan hasutan kuasa ketiga?

Atau memang agennya sudah terpasang di dalam PAS?

'Tangan tersembunyi mahu guling progresif dalam PAS' MK

Kempen bagi pemilihan barisan kepimpinan PAS Jun ini mungkin dilihat persaingan antara golongan konservatif dan pro-reformis dalam parti itu, tetapi seorang pemimpin tertingginya kini mendakwa ia turut membabitkan "kuasa ketiga".

Perwakilan PAS berhimpun setiap dua tahun untuk mengundi memilih barisan kepimpinan baru, dan kempen untuk jawatan biasanya mulai hangat enam bulan lebih awal daripada tarikh muktamar berlangsung.

Ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Mujahid Yusof Rawa mendakwa kempen yang panas menjelang muktamar itu nampaknya didorong oleh apa yang disifatkannya sebagai "struktur yang lebih besar".

Beliau tidak menolak terdapat "tangan tersembunyi" musuh politik PAS, iaitu Umno, di sebalik kempen untuk mencemarkan pemimpin yang dipanggil progresif dalam PAS seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa pusat, Dr Hatta Ramli.

Mujahid mendakwa kempen tersebut menjadi tidak bersih kerana ia bukan lagi di antara golongan ulama dan progresif dalam PAS.

Beliau menegaskan demikian ketika ditemui di majlis sambutan Tahun Baru Cina oleh biro perpaduan nasional PAS Pulau Pinang di Bayan Lepas malam tadi.


Posted by mountdweller
"Kuasa ketiga" mengotorkan imej PAS Kerakusan termakan hasutan kuasa ketiga? Atau memang agennya sudah terpasang di dalam PAS? 'Tangan tersembunyi mahu guling progresif dalam PAS' MK - 12:43PM - 28 Feb 2015 Kempen bagi pemilihan barisan kepimpinan PAS Jun ini mungkin dilihat persaingan antara golongan konservatif dan pro-reformis dalam parti itu, tetapi seorang pemimpin tertingginya kini mendakwa ia turut membabitkan "kuasa ketiga". Perwakilan PAS berhimpun setiap dua tahun untuk mengundi memilih barisan kepimpinan baru, dan kempen untuk jawatan biasanya mulai hangat enam bulan lebih awal daripada tarikh muktamar berlangsung. Ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Mujahid Yusof Rawa mendakwa kempen yang panas menjelang muktamar itu nampaknya didorong oleh apa yang disifatkannya sebagai "struktur yang lebih besar". Beliau tidak menolak terdapat "tangan tersembunyi" musuh politik PAS, iaitu Umno, di sebalik kempen untuk mencemarkan pemimpin yang dipanggil progresif dalam PAS seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa pusat, Dr Hatta Ramli. Mujahid mendakwa kempen tersebut menjadi tidak bersih kerana ia bukan lagi di antara golongan ulama dan progresif dalam PAS. Beliau menegaskan demikian ketika ditemui di majlis sambutan Tahun Baru Cina oleh biro perpaduan nasional PAS Pulau Pinang di Bayan Lepas malam tadi. Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Harga Terkini Petrol RON95, 97 & Diesel Mulai 1 Mac 2015 Kita Bantai

Posted: 28 Feb 2015 12:30 AM PST


Harga Terkini Petrol
Seperti yang kita tahu, harga ketiga-tiga bahan bakar, RON95, RON97 dan Diesel adalah bergantung kepada pasaran dunia semasa dan ditentukan berdasarkan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Menurut laporan postal Melvister.com,  kerajaan menerusi KPDNKK akan mengumumkan harga rasmi ketiga-tiga bahan bakar tersebut menerusi media massa pada pukul 8.00 malam Sabtu 28 Februari 2015.


Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Mac 2015


RON95: RM1.91 Sen/ liter
RON97: RM 2.11 Sen/ liter
Diesel: RM1.85 Sen/ liter

Nota Penting: Harga ketiga-tiga bahan bakar tersebut adalah berdasarkan pasaran dunia semasa setakat 27 Februari 2015. Bagaimanapun, harga rasmi RON95, RON97 dan Diesel mulai 1 Mac 2015 akan diumumkan secara rasmi pada pukul 8.00 malam Sabtu 28 Februari 2015.

Harga Terdahulu RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Februari 2015

RON95: RM 1.70 Sen Seliter
RON97: RM 2.00 Sen Seliter
Diesel: RM 1.70 Sen Seliter

 
Kita Bantai Dot Info

Berita Ini Mengejutkan Najib

Posted: 27 Feb 2015 11:30 PM PST

 
Petanda baru BN bakal melingkup pada PRU14
 
Tahap penerimaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh kepada 44% pada Januari lepas berbanding 48% pada bulan Oktober 2014 kerana ramai yang merasakan kerajaan bergerak ke arah yang salah dan keadaan ekonomi tidak begitu baik, menurut tinjauan pendapat terbaru Merdeka Center.

Pengumpul suara bebas itu berkata, tahap penerimaan gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) yang diketuai Najib kekal pada 38% pada bulan Januari, sama seperti tinjauan dilakukan pada Oktober lepas.

Akan tetapi bagi Najib, 46% daripada orang yang ditinjau pada Januari 2015 menolak caranya bekerja. 

47% yang ditinjau juga merasakan Malaysia "bergerak ke arah yang salah" sementara 39% mengatakan kerajaan melakukan perkara betul.

Petanda baru BN bakal melingkup pada PRU14

Menurut Merdeka Center, mereka yang bersikap positif terhadap negara mengatakan sedemikian berdasarkan keamanan dan keselamatan, keadaan ekonomi dan penyediaan infrastruktur dan bantuan kebajikan kerajaan.

Bagaimanapun, 38% responden mengatakan mereka "tidak berpuas hati" dengan pencapaian kerajaan dan 5% mengatakan mereka "marah".

Merdeka Center mengatakan, sentimen ini kerana kebimbangan peningkatan kos sara hidup, keadaan keseluruhan ekonomi dan kebimbangan berhubung kesan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada April.

Selain itu, ketidakpuashatian juga disebabkan pentadbiran lemah, polarisasi kaum yang menyebabkan sikap negatif terhadap kerajaan.

Tinjauan diadakan dari 21 Januari hingga 30 Januari terhadap 1,008 pengundi berdaftar dan menyaksikan kebimbangan utama mereka adalah keadaan ekonomi.