ZAKRI ALI |
- MB Selangor ragui status penduduk protes Datum Jelatek
- Hentikan serang menyerang, rakyat sudah muak, kata naib presiden PAS
- MB: Yang demo itu penduduk tempatan ke?
- NGO Switzerland mahu RCI siasat Cahya Mata Sarawak milik keluarga Taib Mahmud.
- Altantuya: Ibu anggap Sirul dianiaya, harap dibebaskan
- Azmin ajak DAP, PAS bincang isu p'raya PBT.
- Mufti Kelantan : Islam, ibu bapa dibenarkan memukul anak Mohamad Shukri Mohamad
- Putrajaya timbang ciri-ciri ISA dalam akta baru tangani keganasan, kata Wan Junaidi
- Banyak Reban Manusia Didiami Oleh Umat Islam Di Sabah.....
- AL FATIHAH Muhyiddin ucap takziah pemergian Mohammad Azlan
- Hadi ‘tidak jujur’, PAS dimaklum pilihan raya PBT, kata Guan Eng OLEH HIMANSHU BHATT
- Mengapa Daim jadi sasaran?
- MP: Dr M perlu tegur PERKASA
- Foto Tarian Separuh Bogel Terbuka Di Segamat
- Foto Tarian Separuh Bogel Terbuka Di Segamat
- DAP Tolak Hudud Punca PAS Tolak Pilihanraya PBT
- Anwar: 'Saya sudah sedia' - Oleh: MUHAMAD ADZHAR TAJUDDIN & ROSDALILAH ZAHARI
- Penduduk bertindak ganas ceroboh tapak projek ‘daerah Cina’ Datum Jelatek - OLEH MD IZWAN
- Biarkan geng Dr Mahathir ‘balun’ Najib hingga musnah, kata ahli Parlimen DAP
- Pilihan raya PBT cetus 13 Mei pandangan peribadi Hadi, kata Anwar
- Isu video penyanyi, 4 anggota polis ditukar
- Ipoh lagi - Pelangi dan nasi ganja
- BERITA YANG MENGEMPARKAN : RIZAB ANTARABANGSA MALAYSIA TELAH JATUH SEBANYAK RM17.3 BILION DALAM MASA 2 MINGGU
- Pilihanraya PBT - Hadi Ada Agenda Tersirat
- Tolak Parti Yang Masih Utamakan Pemimpin Rasuah !
MB Selangor ragui status penduduk protes Datum Jelatek Posted: 25 Jan 2015 11:00 PM PST MB Selangor Mohamed Azmin Ali meragui peserta protes Datum Jelatek semalam merupakan penduduk kawasan itu. MB Selangor Mohamed Azmin Ali meragui peserta protes Datum Jelatek semalam merupakan penduduk kawasan itu. Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini mempersoalkan sama ada peserta protes tapak projek rumah mewah Datum Jelatek semalam merupakan penduduk asal Taman Keramat. "Mereka itu siapa? Awak pasti mereka penduduk tempatan? "Selain Encik Salleh (Samad, Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek) siapa lagi yang hadir?" katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini. Semalam, kira-kira 100 penduduk berarak ke tapak projek itu sebelum bertindak agresif memecahkan tembok zink, manakala sesetengah mereka memasuki tapak projek. Azmin yang juga pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu berkata, pihaknya sedia mengambil kira pandangan dan bantahan rakyat walaupun projek itu berjalan sejak tiga tahun lalu. Namun, beliau menafikan wujudnya unsur perkauman dalam projek tersebut seperti yang didakwa penduduk dan peserta demonstrasi. "Kita membenarkan penduduk atau rakyat menghantar bantahan mereka terhadap mana-mana pembangunan dan kita akan teliti. "PKNS akan keluarkan laporan terperinci bagi membuktikan sebaliknya. Yang penting, pembangunan itu mestilah tidak menjurus kepada perkauman," katanya. Katanya, walaupun wujud kuota Bumiputera dalam pembangunan, ia tidak boleh dijadikan sebagai satu sentimen yang boleh menghalang pembangunan di Selangor. Selepas ini, katanya satu perjumpaan 'town hall meeting' akan diadakan melibatkan penduduk terbabit dan agensi kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah berkenaan. Projek Datum Jelatek sebelum ini dibantah penduduk tempatan yang mengatakan ia bertujuan menukar kawasan majoriti Melayu itu menjadi "Chinese District" (Daerah Cina) apabila projek kondominium itu hanya mampu dimiliki kaum Cina dan warga asing dari China. Peserta protes semalam dilihat memakai lilitan di kepala tertulis "Anak Keramat" sebagai simbol menunjukkan mereka penduduk yang berasal dari kawasan tersebut. Sewaktu demonstrasi, mereka menyanyikan lagu kebangsaan, lagu Barisan Kita, juga lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) yang seringkali dimainkan dalam program Biro Tata Negara, bagi menaikkan semangat. Turut kelihatan hadir wakil Badan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ) dan ahli kumpulan pendesak Melayu, Perkasa Selangor. Pengerusi BBDJ Salleh Samad berkata, perhimpunan itu bertujuan memberi kata dua kepada Azmin supaya menghentikan projek yang dikatakan akan memberi peluang kepada orang luar masuk ke kawasan yang majoritinya penduduk Melayu. Mereka juga mendakwa pemilikan di kondominium tersebut kebanyakannya dibeli kaum bukan Melayu dan orang asing. Pemaju projek DatumCorp, sebelum ini mengatakan projek terbabit mendapat sambutan baik dan setakat ini 1,097 pembeli Bumiputera mendaftar dan angka dicatat melebihi daripada 674 unit yang disediakan. – 26 Januari, 2015. http://www.themalaysianinsider.com/ | ||
Hentikan serang menyerang, rakyat sudah muak, kata naib presiden PAS Posted: 25 Jan 2015 10:00 PM PST Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa semua pihakdalam Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan dan memberikan fokus kepada persamaan antara mereka. Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa semua pihakdalam Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan dan memberikan fokus kepada persamaan antara mereka. Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran kepada para pemimpin Pakatan Rakyat (PR), rakyat Malaysia sudah muak dengan pertembungan dan saling menyerang antara satu sama lain sebagaimana berlaku sekarang. Ingatan ini diberikan beliau ketika PAS dan DAP terlibat dalam serang menyerang yang teruk termasuk presiden parti Islam itu sendiri yang menempelak DAP dalam isu kerajaan tempatan. Tuan Ibrahim mengajak semua pihak mengenepikan perbezaan dan memberikan fokus kepada persamaan antara mereka. "Bukankah PR pernah bersetuju yang persamaan antara tiga parti ini jauh melebihi perbezaan antara mereka? "Mengapa harus terus bertelingkah atas perkara yang berbeza tapi mengetepikan perkara yang membawa kita bersama?" katanya yang jelas tidak senang dengan pertelingkahan verbal antara parti dalam PR yang berlaku sekarang. Baru-baru ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerang DAP dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan, ekoran perdebatan terbuka di media antara Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mengenai isu hudud. Hadi mendakwa jika pilihan raya kerajaan tempatan diadakan, ia boleh membawa kepada tercetusnya semula peristiwa 13 Mei, menyebabkan pelbagai pihak menyerang beliau. Bagi Tuan Ibrahim, setiap parti mempunyai dasar dan agenda masing-masing. Prinsip perjuangan polisi dan dasar itulah yang menjadi nadi untuk setiap parti terus berjalan dan terus maju. "Apabila wujudnya gabungan politik antara parti, maka harus wujudlah pula sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara setiap parti," katanya. Bagi beliau, apabila jurang perbezaan yang diperbesarkan, maka ruang persamaan akan mengecil. Jika ini berterusan, muafakat itu akan pasti hancur. "Sebaliknya, apabila kita membesarkan ruang persamaan, maka akan kecillah jurang perbezaan. Dengan itu, muafakat itu akan kekal dan subur. "Sikap inilah yang sepatutnya dikekalkan seandainya PR ingin terus kekal," katanya. Sekiranya ketiga-tiga parti berasa jurang perbezaan terlalu besar dan tidak mungkin lagi adanya muafakat serta sikap saling menghormati, barangkali sudah sampai masanya memikirkan semula segalanya kerana setiap parti sedar tiada parti yang boleh berjaya jika ia bersendirian, katanya. Namun hakikatnya, kata Tuan Ibrahim,m semua pihak sayangkan gabungan PR, dan rakyat pernah menaruh harapan besar terhadap gabungan politik ini. Oleh itu, katanya PR perlu memandang ke hadapan dan melihat musibah besar yang sedang melanda negara dan keperluan rakyat ini memerlukan perubahan besar kepimpinan politik negara. Isu rasuah, hutang negara dan bebanan ekonomi rakyat, isu keselamatan negara dan penyalahgunaan kuasa kepimpinan BN, semuanya memerlukan tindakan dan perhatian segera dan khusus, katanya. "Semua ini medan yang baik bagi membina persamaan antara parti komponen PR dan juga mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PR," tegasnya. – 26 Januari, 2015. /www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hentikan-serang-menyerang-rakyat. | ||
MB: Yang demo itu penduduk tempatan ke? Posted: 25 Jan 2015 09:00 PM PST Menteri Besar Selangor Azmin Ali mempersoal sama ada peserta demonstrasi projek Datum Jelatek di Taman Keramat benar-benar penduduk tempatan. Beliau menjawab soalan pemberita yang mahu mendapat maklum balas beliau berhubung bantahan dalam demonstrasi projek itu semalam. "Kamu pasti mereka penduduk tempatan?" soal Azmin ketika ditanya perkara itu. Seorang pemberita kemudian menjawab beliau pasti kerana berada di tempat kejadian ketika acara itu berlangsung. Azmin kemudian bertanya lagi sama ada pemberita itu boleh mengesahkannya. "Sebab wakil penduduk Encik Salleh..." jawab wartawan. Bagaimanapun Azmin memintasnya dengan berkata: "Selain Encik Salleh, siapa lagi yang berada dalam demonstrasi itu." Beliau sebelum itu ditanya berhubung tuntutan peserta perhimpunan itu untuk berjumpa dengan Azmin, yang mana beliau membangkitkan perkara sama. Semalam dilaporkan hampir 1,000 orang termasuk penduduk di Taman Keramat berdemonstrasi mendesak projek pembangunan Datum Jelatek di taman itu dihentikan. Salleh, pengerusi badan bertindak Datum Jelatek mendakwa projek hartanah itu ditawarkan kepada warga asing China, Singapura dan Indonesia, seperti dilaporkan sebuah majalah perniagaan pada 2012. Malaysiakini | ||
NGO Switzerland mahu RCI siasat Cahya Mata Sarawak milik keluarga Taib Mahmud. Posted: 25 Jan 2015 08:30 PM PST Cahya Mata Sarawak adalah syarikat bekas milik negeri yang mempunyai beberapa siri monopoli lumayan, terutamanya dalam pengeluaran simen dan keluli, yang jatuh ke tangan keluarga Tun Abdul Taib Mahmud. Salah satu pengkritik tegar Tun Abdul Taib Mahmud, kumpulan advokasi hutan hujan berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF), menggesa Putrajaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengkaji penswastaan sebuah konglomerat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang dikaitkan dengan keluarga gabenor Sarawak itu dan memulakan prosiding jenayah terhadap ahli keluarga beliau yang terlibat dalam syarikat itu. BMF, dalam apa yang digelarnya "laporan penyelidikan baru tergempar" mahu RCI menyiasat kesahihan penswastaan Cahya Mata Sarawak (CMS), sebuah syarikat bekas milik negeri yang mempunyai beberapa siri monopoli yang lumayan, terutamanya dalam pengeluaran simen dan keluli, yang jatuh ke tangan keluarga Taib itu. BMF, mendakwa ia membongkar satu "rasuah sistematik" dan menunjukkan bagaimana Taib – ketika beliau masih memegang jawatan ketua menteri – "menghasilkan keuntungan besar bagi CMS melalui pemberian kontrak negeri, membuatkan keluarganya menjadi penerima terbesar kontrak awam di Sarawak", juga mahu semua saham yang dipegang ahli keluarga itu dalam syarikat tersebut dibekukan. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN | ||
Altantuya: Ibu anggap Sirul dianiaya, harap dibebaskan Posted: 25 Jan 2015 08:00 PM PST TAIPING: Ibu kepada Koperal Sirul Azhar Umar melahirkan rasa sedih dengan nasib yang dihadapi oleh anaknya itu. Piah Samat, 74, mengharapkan anaknya dibebaskan daripada hukuman gantung sampai mati seperti yang dijatuhkan oleh mahkamah apabila didapati bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Menurutnya, keluarga menganggap Sirul dianiaya dan hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis. "Tak tahulah, hanya Tuhan yang tahu hati makcik, makcik hanya berdoa kepada Allah minta dia selamat. "Lepas sembahyang makcik berdoa, ingat pada yang satu (Allah), nak mintak tolong kat sapa lagi," katanya dengan nada sebak. Beliau berkata demikian ketika bersama pimpinan PAS iaitu Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar melawat beliau di kediamannya, dekat Changkat Jering, Bukit Gantang, semalam. Hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Exco Pemuda PAS Malaysia, Salman Saleh. Ibu tunggal itu menyatakan, Sirul adalah seorang anak yang rajin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya. Sirul katanya sentiasa mengambil berat dan berhubung dengannya serta adik beradiknya walaupun sibuk dengan tugasan hakiki. Katanya lagi, sejak gambar anak keempat daripada lapan adik beradik itu didedah, masyarakat khususnya penduduk kampung di sekitarnya telah datang memberikan sokongan moral terhadapnya. "Masyarakat simpati dengan nasib keluarga kami, semua bagi sokongan, orang kampung datang beri sokongan kepada kami. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN | ||
Azmin ajak DAP, PAS bincang isu p'raya PBT. Posted: 25 Jan 2015 07:30 PM PST YAB Menteri Besar Selangor Azmin Ali mengajak rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat - DAP dan PAS - agar menyelesaikan isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. "Ini perlu diselesaikan dalam Pakatan Rakyat. Saya pasti apabila kita memanggil untuk (mesyuarat) Majlis Pimpinan Pakatan, perkara ini akan dibincangkan. "Kekuatan Pakatan Rakyat, kami bergerak dalam satu keputusan yang konsensus dan bukan berdasarkan pandangan peribadi," katanya kepada media. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung berlaku pertentangan pandangan antara DAP dan PAS dalam isu pilihan raya PBT. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN | ||
Mufti Kelantan : Islam, ibu bapa dibenarkan memukul anak Mohamad Shukri Mohamad Posted: 25 Jan 2015 07:00 PM PST KOTA BHARU - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu merujuk golongan ulama terlebih dahulu sebelum menggubal akta baharu bagi menggantikan akta kanak-kanak sedia ada supaya masyarakat tidak tersalah tafsir terhadap pendidikan dalam Islam. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perkara itu perlu diperhalusi kerana bimbang menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat. Menurutnya, dari sudut Islam, ibu bapa dibenarkan memukul apabila sudah tiada pendekatan lain untuk mengajar anak, tetapi bukan dengan cara memudaratkan. "Memukul bukanlah sewenang-wenangnya, malah ia bukan deraan tetapi dari segi mahu mendidik sahaja, seperti kanak-kanak berusia 10 tahun tidak mahu solat, kita boleh pukul paling minimum dengan menggunakan perca kain, tidak semestinya rotan. "Kita sedia maklum, mendera tidak dibenarkan oleh Islam, kita tidak tahu lagi konsep undang-undang yang akan digubal itu bagaimana. Saya harap sebelum buat (akta baharu) dapatkan dahulu pandangan ulama," katanya kepada Sinar Harian. Mohamad Shukri berkata, orang bukan Islam dan masyarakat antarabangsa perlu tahu, dan sepatutnya pihak konvensyen kena tahu apa dibenarkan dalam Islam. "Amalan bersunat bayi perempuan juga melanggar konvensyen tapi ia masih diamalkan di Malaysia," katanya. sh Dicatat oleh Pejuang Perubahan | ||
Putrajaya timbang ciri-ciri ISA dalam akta baru tangani keganasan, kata Wan Junaidi Posted: 25 Jan 2015 06:30 PM PST Selepas empat tahun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, Putrajaya kini menimbang membawa semula ciri-ciri undang drakonian tersebut dalam akta baru yang bakal dibentang Mac ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu The Malaysian Insider, langkah tersebut diperlukan bagi menangani aktiviti keganasan. "Kerajaan sudah berjanji ISA tidak akan dikembalikan, tapi mungkin selepas tapisan nanti, ada ciri-ciri (peruntukan undang-undang) yang hampir sama dengan ISA," katanya. Wan Junaidi berkata, rang undang-undang baru tersebut akan memiliki bahagian tertentu daripada bentuk hukuman yang akan dikenakan sehingga ke langkah pencegahan. "Kami mahu undang-undang baru, akta baru, kerana kalau kita mempunyai akta baru ini kita akan dapat pisahkannya mengikut bahagian masing-masing, ada bahagian hukuman, ada bahagian untuk pencegahan, ada bahagian untuk pemulihan dan pelbagai lagi," katanya. Insiden serangan ke atas pejabat majalah satira Charlie Hebdo di Paris baru-baru ini perlu dijadikan satu iktibar, kata Wan Junaidi sambil menegaskan betapa pentingnya langkah berhati-hati yang perlu diambil kerajaan. "Kita tidak tunggu orang bom bangunan besar kita, baru kita nak tangkap dia. "Mana satu rakyat Malaysia mahu? Kamu nak berlaku kejadian di Paris dahulu atau bagaimana? "Kadang-kadang kita bercakap tentang demokrasi, tapi kita tidak pernah tanya sendiri sejauh mana demokrasi yang kita mahukan," kata beliau. Wan Junaidi bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai ciri-ciri undang-undang ISA yang akan dimasukkan dalam akta baru, sebaliknya berkata perlu tunggu sehingga Mac nanti apabila ia dibentangkan di Parlimen. Beliau turut mencadangkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), Akta Pencegahan Jenayah (Poca) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 dan Kanun Keseksaan diperkasakan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertanggungjawab hal-ehwal undang-undang, Nancy Shukri, baru-baru ini juga mengesahkan undang-undang baru tersebut bakal dibentang pada Mac dan memberi jaminan hak kebebasan bersuara akan tetap dipelihara. Menjelaskan lebih lanjut mengenai proses sebelum ia dibentang ke Parlimen, Wan Junaidi berkata, kementerian masih belum menghantar sebarang cadangan kepada Peguam Negara mengenai undang-undang baru tersebut. "Ia belum sampai ke peringkat AG (Peguam Negara) dan jawatankuasa dalam Pejabat AG. Malah, ia belum sampai kepada pihak kerajaan untuk terima, iaitu Kabinet," katanya. Sementara itu, Wan Junaidi juga berkata sebarang cadangan atau kandungan dalam akta tersebut akan datang daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN). "Kita (KDN) sebagai penaja kertas putih itu, tapi ia datang daripada JPM. "Tapi akhirnya kita yang menjadi pemikir untuk buat struktur undang-undang itu sendiri. Kita dipertanggungjawabkan untuk jaga negara ini," jelasnya. Akta zaman penjajah ISA dimansuhkan Najib pada 2011 sebagai salah satu daripada janji pembaharuannya selepas mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada 2009. Berdasarkan akta tersebut, sesiapa sahaja boleh ditahan polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan kerana melakukan perbuatan yang dijangka mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh menteri dalam negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Bagaimanapun, kebelakangan ini terdapat suara-suara daripada kumpulan pendesak Melayu yang mahukan akta tersebut dikembalikan bagi menangani isu melibatkan kaum dan agama dalam Malaysia. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN. | ||
Banyak Reban Manusia Didiami Oleh Umat Islam Di Sabah..... Posted: 25 Jan 2015 06:00 PM PST Hampir Kesuma REBAN MANUSIA Seperti ini yang berada di SABAH Di Diami Oleh Umat ISLAM.. Alasan Pelarian Tapi Pemegang Kad Pengenalan Sabah..Reban dalam Daerah Tuaran@Mengkabung yang diwakili MP/ADUN UMNO. | ||
AL FATIHAH Muhyiddin ucap takziah pemergian Mohammad Azlan Posted: 25 Jan 2015 05:30 PM PST Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Mohammad Azlan Mat Lazim di atas pemergian bintang paralimpik negara itu se terbabit dalam kemalangan jalan raya di Serdang, semalam. Katanya beliau terkejut dengan pemergian atlet berusia 25 tahun itu, yang mengharumkan nama negara dengan memenangi tiga pingat emas pada Sukan Para Asia Incheon 2014. "Saya kagum dengan sikap dan kecekalan Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama orang yang beriman. al-Fatihah," katanya dalam catatan akaun Twitter beliau, hari ini. Muhyiddin berkata beliau mengenali allahyarham Azlan pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan awal Januari lepas di mana allahyarham adalah antara penerima Anugerah Maulidur Rasul 1436H/2015. "Saya kenali Allahyarham Mohd Azlan Mat Lazim, atlet paralimpik negara di majlis Anugerah Maulidur Rasul. Saya terkejut dengan berita pemergiannya," kata beliau yang menyampaikan hadiah pada majlis itu. Azlan dan atlet lompat jauh paralimpik, Farisan Jasna, 25, menunggang motosikal ke tempat riadah sempena cuti hujung minggu sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van pada kira-kira 2 petang semalam. Azlan, dari Kemaman, Terengganu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tangan dan kepala manakala Farisan, 24, atlet lompat jauh paralimpik dari Sarawak cedera parah dan kini dirawat di Hospital Serdang. Farisan pernah memenangi pingat emas Sukan SEA 2013 di Nay Pyi Taw, Myanmar. Pada temasya Para Asia pada Oktober tahun lepas, Mohammad Azlan menampilkan aksi cemerlang dengan membawa pulang tiga emas menerusi acara 100 meter, 200m dan 400m lelaki dalam kategori kecacatan T38 dan T36. – Bernama, 25 Januari, 2015. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article | ||
Hadi ‘tidak jujur’, PAS dimaklum pilihan raya PBT, kata Guan Eng OLEH HIMANSHU BHATT Posted: 25 Jan 2015 05:00 PM PST YAB Lim Guan Eng mendakwa DAP sudah mendapat persetujuan rakan mereka dari PAS sebelum berusaha mengembalikan pilihan raya PBT. Lim Guan Eng mendakwa DAP sudah mendapat persetujuan rakan mereka dari PAS sebelum berusaha mengembalikan pilihan raya PBT. Lim Guan Eng hari ini terkejut dengan "interpretasi fakta yang tidak jujur" Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mengkritik langkah DAP mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan berkata beliau sudah berunding dengan presiden PAS itu mengenainya. Setiausaha agung DAP itu berkata, beliau menghubungi kedua-dua Hadi dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum Pulau Pinang memulakan kempen "undi ketiga" dengan membawanya ke mahkamah. "Saya terkejut kedua-dua pemimpin gagal menyatakan tentang ini dan saya fikir ia tidak jujur," kata ketua menteri Pulau Pinang itu hari ini. DAP dan PAS, bersama-sama PKR bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR). Lim berkata beliau sudah menjelaskan niat kerajaan negeri dan menurutnya, pemimpin PAS menjawab Barisan Nasional (BN) yang mengawal kerajaan pusat tidak akan bersetuju namun Pulau Pinang boleh meneruskannya. "Jadi mereka tidak menentang. Dan ini dibuktikan dengan tiada bantahan pemimpin PAS terhadap kerajaan PR Pulau Pinang mendesak pilihan raya PBT dan semasa kami memfailkannya di mahkamah. Tiada seorang pun yang membantah di media," katanya. "Apakah mereka berani mengatakan ini tidak benar? Atau mereka akan meneruskan interpretasi fakta mereka yang tidak jujur?" Jumaat lalu, Hadi membangkitkan kemungkinan tragedi berdarah 13 Mei berulang kerana niat DAP mengembalikan pilihan raya PBT. "Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar, dan yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi 'api dalam sekam' untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara," kata Hadi. Pilihan raya PBT diadakan di Pulau Pinang pada tahun 1950-an dan 60-an, tetapi amalan itu digantung melalui akta Parlimen pada 1965 kerana Darurat. Lim yang akan menjawab kenyataan Hadi dengan lebih lanjut pada sidang media di pejabatnya esok, meminta pemimpin PAS tidak menyamakan pilihan raya PBT dengan hudud. – 25 Januari, 2015. See more at: http://www.themalaysianinsider.com/ Hadi 'tidak jujur', PAS dimaklum pilihan raya PBT, kata Guan EngSetiausaha agung DAP itu berkata, beliau menghubungi kedua-dua Hadi dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum Pulau Pinang memulakan kempen "undi ketiga" dengan membawanya ke mahkamah. "Saya terkejut kedua-dua pemimpin gagal menyatakan tentang ini dan saya fikir ia tidak jujur," kata ketua menteri Pulau Pinang itu hari ini. DAP dan PAS, bersama-sama PKR bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR). Lim berkata beliau sudah menjelaskan niat kerajaan negeri dan menurutnya, pemimpin PAS menjawab Barisan Nasional (BN) yang mengawal kerajaan pusat tidak akan bersetuju namun Pulau Pinang boleh meneruskannya. "Jadi mereka tidak menentang. Dan ini dibuktikan dengan tiada bantahan pemimpin PAS terhadap kerajaan PR Pulau Pinang mendesak pilihan raya PBT dan semasa kami memfailkannya di mahkamah. Tiada seorang pun yang membantah di media," katanya. "Apakah mereka berani mengatakan ini tidak benar? Atau mereka akan meneruskan interpretasi fakta mereka yang tidak jujur?" Jumaat lalu, Hadi membangkitkan kemungkinan tragedi berdarah 13 Mei berulang kerana niat DAP mengembalikan pilihan raya PBT. "Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar, dan yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi 'api dalam sekam' untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara," kata Hadi. Pilihan raya PBT diadakan di Pulau Pinang pada tahun 1950-an dan 60-an, tetapi amalan itu digantung melalui akta Parlimen pada 1965 kerana Darurat. Lim yang akan menjawab kenyataan Hadi dengan lebih lanjut pada sidang media di pejabatnya esok, meminta pemimpin PAS tidak menyamakan pilihan raya PBT dengan hudud. – 25 Januari, 2015. | ||
Posted: 25 Jan 2015 04:30 PM PST Secara tiba-tiba, bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin menjadi tumpuan serangan media kem kerajaan dan juga pemimpin PKR. Perkembangan itu menimbulkan tanda tanya, lebih-lebih lagi apabila media tersebut menyiarkan kenyataan pemimpin PKR berkenaan. Sedangkan, kenyataan pemimpin parti berkenaan diketahui sukar muncul di media yang dikawal kerajaan. Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tangkas menyatakan kesudian untuk menyiasat tokoh perniagaan tersebut juga mengejutkan banyak pihak. Daim, orang kuat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kini beralih arah dengan mengambil sikap menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Teori konspirasi itu tercetus abila BN dan PKR kini sama-sama bersatu menentang Daim. Mengulas perkembangan itu, MP DAP, Datuk Ariff Sabri menimbulkan spekulasi bahawa ia Najib mungkin membentuk persefahaman dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menunggu rayuan ke atas hukuman penjara bagi kes Liwat II. Namun, PKR melalui Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad bertegas bahawa Anwar konsisten dalam membangkitkan mengenai kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Daim sejak 1998. Tapi Anwar juga secara konsisten membidas Dr Mahathir, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail sejak sedekad yang lalu. Mengapa tokoh tersebut tidak mendapat liputan media, dan diserang oleh kerajaan dan pembangkang seperti Daim? Teori konspirasi Jadi, adakah teori konspirasi itu betul? Untuk memahaminya isu Daim ini, kita perlu melihat bagaimana isu ini timbul daripada awal lagi. Daim, dalam wawancaranya dengan KiniBiz yang disiarkan akhir Februari tahun lalu, menyifatkan Anwar "lemah" ketika menghadapi pilihan raya kecil Kajang. Anwar menyerang balasa pada 3 Mac dengan mendakwa Daim terlibat dengan kes rasuah dan mempunyai dana berbilion di Afrika dan Eropah Timur. MP Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin seterusnya meneruskan asakan dengan kempen anti-Daim dan mendesak pihak berkuasa menyiasat bekas menteri itu. Bagaimanapun, desakan Shamsul itu tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa dan menjadi hambar selepas pilihan raya kecil itu. Beliau kemudiannya membangkitkan semula di Dewan Rakyat pada November tahun lalu dan sekali lagi pada bulan ini, sebelum disambut oleh jentera kerajaan yang turut serta menyerang Daim. Shamsul, yang juga naib presiden PKR, berkata beliau menganggap penglibatan BN menyerang Daim hanya "secara kebetulan" dan menyifatkannya sebagai satu "bonus". Beliau menolak andaian bahawa Anwar membentuk perjanjian dengan Najib demi mendapat kebebasannya. Menurut Shamsul, PKR telahpun menyerang Daim ketika Anwar belum lagi dijatuhi hukuman – dan ketika itulah perseterusan terbuka di antara Mahathir dan Najib bermula. Malaysiakini | ||
Posted: 25 Jan 2015 03:45 PM PST MP DAP Ipoh Barat M Kulasegaran hari ini menggesa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya "menasihatkan" NGO pendesak Melayu PERKASA agar menghentikan "politik ekstremis". Gesaan tu dibuat ekoran sokongan terbuka bekas presiden Umno itu kepada kumpulan tersebut minggu lalu. Kulasegaran juga menolak dakwaan Mahathir bahawa PERKASA tidak mungkin wujud jika tidak kerana peningkatan pandangan ekstremis di kalangan bukan Melayu. Dalam kenyataannya, Kulasegaran berkata kenyataan tokoh itu bahawa bukan Melayu telah menyerang hak orang Melayu dan bumiputera adalah tidak benar. Sebaliknya, beliau mendakwa sikap ekstrem kumpulan itu yang menyerang kaum bukan Melayu. "Terdapat banyak contoh yang boleh diambil bagi membuktikan sikap ekstrem PERKASA dan ia serangan tidak berasas dan tidak wajar ke atas orang bukan Melayu," katanya. Malaysiakini | ||
Foto Tarian Separuh Bogel Terbuka Di Segamat Posted: 25 Jan 2015 08:00 AM PST "Hari Sabtu lepas, pada jam 8.30 malam, sebuah pusat membeli belah menjadi penganjur kepada majlis itu yang mana program tersebut memaparkan tarian separuh bogel. "Difahamkan, penari-penari tersebut dijemput khas dari luar negara dan tarian separuh bogel ini telah disaksikan oleh hampir 500 pengunjung pasar raya terbabit. "Apa yang dikesal, tarian itu turut ditonton oleh kanak-kanak kecil kerana penganjurannya adalah pada waktu cuti umum iaitu pada hujung minggu," katanya. Menurut Firdaus, penganjurannya secara terbuka ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia kerana dilakukan di tempat terbuka dan kawasan tumpuan umum. Peniaga-peniaga di pasar raya tersebut mengadu kepadanya kerana berasa kurang selesa dengan penganjuran majlis tersebut selain bunyi lagu yang dipasang terlalu kuat sehinggah menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan. "Peristiwa ini secara jelas telah menghina agama Islam dan institusi Islam di negeri Johor. "Tarian separuh bogel ala-ala padang pasir tidak boleh diterima rakyat negara ini kerana bertentangan dengan norma-norma masyarakat," katanya. Beliau turut mendesak pihak berkaitan segera mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur mengikut undang-undang yang sedia ada. Kami percaya dengan tindakan tegas sahaja yang akan dapat menghalang perkara seumpama ini daripada berulang lagi pada masa hadapan," katanya. - Sinar Harian Online | ||
Foto Tarian Separuh Bogel Terbuka Di Segamat Posted: 25 Jan 2015 07:15 AM PST "Hari Sabtu lepas, pada jam 8.30 malam, sebuah pusat membeli belah menjadi penganjur kepada majlis itu yang mana program tersebut memaparkan tarian separuh bogel. "Difahamkan, penari-penari tersebut dijemput khas dari luar negara dan tarian separuh bogel ini telah disaksikan oleh hampir 500 pengunjung pasar raya terbabit. "Apa yang dikesal, tarian itu turut ditonton oleh kanak-kanak kecil kerana penganjurannya adalah pada waktu cuti umum iaitu pada hujung minggu," katanya. Menurut Firdaus, penganjurannya secara terbuka ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia kerana dilakukan di tempat terbuka dan kawasan tumpuan umum. Peniaga-peniaga di pasar raya tersebut mengadu kepadanya kerana berasa kurang selesa dengan penganjuran majlis tersebut selain bunyi lagu yang dipasang terlalu kuat sehinggah menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan. "Peristiwa ini secara jelas telah menghina agama Islam dan institusi Islam di negeri Johor. "Tarian separuh bogel ala-ala padang pasir tidak boleh diterima rakyat negara ini kerana bertentangan dengan norma-norma masyarakat," katanya. Beliau turut mendesak pihak berkaitan segera mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur mengikut undang-undang yang sedia ada. Kami percaya dengan tindakan tegas sahaja yang akan dapat menghalang perkara seumpama ini daripada berulang lagi pada masa hadapan," katanya. - Sinar Harian Online | ||
DAP Tolak Hudud Punca PAS Tolak Pilihanraya PBT Posted: 25 Jan 2015 06:31 AM PST Itu kata-kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ke atas sekutu PAS dalam pakatan pembangkang, DAP. Menurut beliau, DAP boleh tidak bersetuju dengan rancangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan. Justeru, katanya, PAS juga boleh tidak bersetuju dengan rancangan DAP untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang. "Membawa agenda masing-masing sepatutnya tidak dianggap melanggar kesepakatan dalam pakatan. "Jika Pulau Pinang berjaya mengadakan pilihan raya PBT, adakah PAS akan menganggap ia mencabul pakatan?. Jawabannya tidak. Itu kejayaan DAP dengan impiannya," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini. DAP sebelum ini mendakwa PAS mencabul muafakat pakatan pembangkang kerana mahu melaksanakan hudud di Kelantan tanpa persetujuan pakatan pembangkang. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini pula membantah pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP di kawasan majoriti Cina bandar di Pulau Pinang. Abdul Hadi dipetik berkata, pilihan raya itu boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei. Kenyataan Abdul Hadi itu membangkitkan kemarahan ramai pemimpin DAP yang menyelar pendirian Presiden PAS tersebut sebagai tidak bertanggungjawab. Nik Mohamad Abduh dalam pada itu menyindir DAP bahawa PAS juga parti tindakan demokratik kerana menghormati sistem demokrasi negara dengan membawa enakmen jenayah syariah itu ke Parlimen Malaysia "Cuma adakah pilihan raya PBT tak perlu ke Parlimen sebagaimana hudud?. Itu saya tak pasti. Kena rujuk kepada `orang' undang-undang," katanya. Bloglist Malaysia. | ||
Anwar: 'Saya sudah sedia' - Oleh: MUHAMAD ADZHAR TAJUDDIN & ROSDALILAH ZAHARI Posted: 25 Jan 2015 05:15 AM PST Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB IPOH - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Menurut Anwar, beliau telah dimaklumkan tentang perkara itu oleh SPRM dan pihaknya akan berjumpa agensi terbabit secepat mungkin. "SPRM sudah maklumkan tentang perkara ini dan saya sedang mencari waktu yang sesuai untuk berjumpa mereka. "Saya jamin akan berikan kerjasama penuh untuk berikan keterangan kepada SPRM," katanya ketika ditemui selepas Majlis Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim di sini, semalam. Pada majlis itu, lebih kurang 100 anak muda dari seluruh negara berkumpul pada sesi dialog yang diadakan kira-kira satu jam itu. "SPRM tak sepatutnya hanya tunggu dari saya (bukti), sedangkan mereka lebih mengetahui dan punya kelebihan untuk dapatkan pelbagai bukti," katanya. Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, Anwar akan dipanggil untuk membantu siasatan kerana mendakwa mempunyai bukti kukuh berkaitan kes Daim. Pada perkembangan lain, Anwar berpendapat cadangan untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) harus diteliti melalui Majlis Pimpinan PR dengan mengambil kira pandangan daripada semua kaum. Beliau berkata, PR adalah gabungan parti yang mendukung proses demokrasi dan perkara itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat sebelum sebarang keputusan dibuat. "Kami akan mengenal pasti segala isu dan pendapat semua penduduk dalam sesebuah bandar sebelum membuat keputusan berhubung perkara tersebut. "Berikutan itu, kami dijangka akan membincangkan perkara berkenaan dalam mesyuarat pimpinan PR pada Isnin ini," katanya. Menyentuh pandangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai isu tersebut, beliau berkata, perkara itu adalah pendapat peribadinya. "Kenyataan yang dikeluarkan beliau (Abdul Hadi) adalah pendapat peribadinya," katanya. Kelmarin, Abdul Hadi dalam satu kenyataan telah menyuarakan kebimbangan berhubung desakan DAP yang mahu mengadakan pilihan raya PBT kerana perkara itu mampu mencetuskan ketegangan dalam kalangan penduduk terutamanya di kawasan majoriti Cina. | ||
Penduduk bertindak ganas ceroboh tapak projek ‘daerah Cina’ Datum Jelatek - OLEH MD IZWAN Posted: 25 Jan 2015 04:30 AM PST Peserta demonstrasi bertindak merobohkan papan tanda dan pagar penghalang di tapak projek Datum Jelatek di Kuala Lumpur, pagi tadi. Peserta demonstrasi bertindak merobohkan papan tanda dan pagar penghalang di tapak projek Datum Jelatek di Kuala Lumpur, pagi tadi Sekumpulan penduduk yang berdemonstrasi hari ini bertindak ganas dengan menceroboh tapak projek kontroversi Datum Jelatek di Taman Keramat, Selangor kerana membantah pembangunan kondominium mewah tersebut. Kira-kira 100 penduduk sekitar berarak ke tapak projek dan bertindak memecahkan tembok zink, manakala sesetengah mereka meluru masuk ke dalam tapak projek. Kumpulan tersebut sebelum itu berarak dengan aman tetapi kemudian bertukar menjadi agresif. Bagaimanapun, situasi tegang berjaya dikawal selepas pegawai polis yang berada di tempat kejadian meleraikan kumpulan tersebut yang rata-ratanya penduduk tempatan. Dua buah trak polis juga dilihat tiba mengawal situasi daripada menjadi lebih buruk. Projek Datum Jelatek sebelum ini dibantah penduduk tempatan yang mengatakan ianya bertujuan menukar kawasan majoriti Melayu itu menjadi "Chinese District" apabila projek kondominium itu hanya mampu dimiliki kaum Cina dan warga asing dari China. Perhimpunan yang bermula jam 11 pagi dengan penduduk sekitar berkumpul di salah sebuah rumah penganjur di Taman Keramat bersebelahan tapak projek; orang ramai juga diberikan nasi lemak dan air mineral. Peserta himpunan juga memakai lilitan di kepala tertulis "Anak Keramat" sebagai simbol penduduk berasal dari kawasan tersebut. Nyanyian lagu kebangsaan dinyanyikan peserta dan kemudiaan disusuli nyanyian lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) yang seringkali dimainkan dalam program Biro Tata Negara dan Barisan Kita untuk menaikkan semangat. Turut kelihatan hadir wakil Badan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ) dan ahli kumpulan pendesak Melayu, Perkasa Selangor. Salah seorang menendang pagar di tapak projek Datum Jelatek, pagi tadi. – Salah seorang menendang pagar di tapak projek Datum Jelatek, pagi tadi. Pengerusi BBDJ, Salleh Samad berkata perhimpunan hari ini bertujuan memberikan kata dua kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali supaya menghentikan projek yang dikatakan akan memberi peluang kepada orang luar masuk ke kawasan yang majoritinya penduduk Melayu. "Bila jadi MB (menteri besar), dia sudah masyuk. Saya cabar dia turun bertemu, tapi tidak hadir. Kalau dia hadir saya akan humban dia ke dalam longkang," kata Salleh. "Saya cabar beliau supaya hentikan projek ini," katanya. Sementara itu, salah seorang wakil penduduk, Ariffin Abu Bakar menggesa supaya Azmin mengutamakan projek rumah mampu milik kepada penduduk sekitar dan bukan projek yang menguntungkan orang luar. "Kami bukan anti pembangunan, tapi mahu rumah mampu milik dibina dan berikan keutamaan kepada anak keramat. "Mana bukti kata projek ini 100% milik Bumiputera? Kita tidak boleh sabar lagi," kata Ariffin. Dalam pada itu, Yan Dipertua Perkasa Selangor Abu Bakar Yahya pula menggesa supaya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor berhenti mempermainkan orang Melayu. "Hentikan daripada orang Melayu diperkotak-katik kaum lain. "Kami tidak benci kaum lain, tapi orang Cina dan India, jangan permainkan orang Melayu," kata Abu Bakar. Kumpulan yang berhimpun hari ini mendakwa pembinaan projek Datum Jelatek meminggirkan orang Melayu, disamping harga rumah yang terlalu tinggi menyebabkan orang Melayu tidak mampu membeli kondominium tersebut. Mereka juga mendakwa pemilikan di kondominium tersebut kebanyakkan dibeli kaum bukan Melayu dan orang asing. Perhimpunan ini bukan kali pertama. November tahun lepas, Salleh bersama penduduk Keramat mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor di Shah Alam bagi mendesak projek tersebut dihentikan. Baru-baru ini, Azmin mengatakan isu pembinaan kondominium tersebut sudah selesai dan tidak lagi menimbulkan masalah dan beberapa pertemuan di kalangan masyarakat juga sudah diadakan bagi mencari penyelesaian. Pemaju projek, DatumCorp, sebelum ini, mengatakan projek terbabit mendapat sambutan dan setakat ini 1,097 pembeli Bumiputera mendaftar dan angka dicatat melebihi daripada 674 unit disediakan. -- 25 Januari, 2015. Malaysian Insider | ||
Biarkan geng Dr Mahathir ‘balun’ Najib hingga musnah, kata ahli Parlimen DAP Posted: 25 Jan 2015 03:45 AM PST Rasa kurang senang di antara penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak diserlahkan sejak kebelakangan ini melalui media milik kerajaan. – Rasa kurang senang di antara penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak diserlahkan sejak kebelakangan ini melalui media milik kerajaan. – Penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dibiarkan melancarkan serangan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana ia merupakan cara menghancurkan Umno, kata seorang wakil rakyat DAP. Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, Najib dan Dr Mahathir memainkan peranan mereka masing-masing memberikan ancaman dari dalam yang melemahkan pihak lawan. "Kita patut biarkan kumpulan Dr Mahathir membalun Najib. Taktik kumpulan Najib membongkar rahsia (Tun) Daim (Zainuddin) dan kemudian Mahathir hanya red herring untuk mengalih pandangan rakyat daripada incompetence (kelemahan) Najib. "Kita jangan jadi sebahagian daripada pencak silat Najib. Umno sukar musnah oleh ancaman luar, tapi lebih mudah jika ianya musnah dari dalam," katanya menerusi blog peribadinya, Sakmongkol AK47, hari ini. Ariff yang merupakan seorang bekas pemimpin Umno Pahang turut mengkritik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirasakannya bekerjasama dengan Najib dalam isu kes siasatan rasuah terhadap Daim, yang pernah menjadi menteri kewangan satu ketika dahulu. Menurut Ariff (gambar, kiri), sekiranya Najib berjaya mengatasi ancaman dalaman, presiden Umno itu akan menjadi kuat dan menunjukkan keangkuhannya. "Bila kuat, orang putih kata ada hubris (keangkuhan); ini orang tersebut terpisah dari realiti dan over estimate kepentingan dan kehandalan dia. "Saya rasa sukar deal dengan orang seperti ini. Macai-macai di kelilingnya naik tocang," katanya. Beliau berkata Najib juga gagal sebagai perdana menteri dan menteri kewangan apabila hutang rasmi negara pada tahun lalu mencecah RM570 bilion. Katanya, Najib sebagai perdana menteri gagal memberikan kepimpinan, hala tuju dan pengisian makna. "Tiada siapa sekat sesiapa daripada menganggap Najib perdana menteri dan menteri kewangan terbaik. Saya hanya syorkan kepala mereka diperiksa doktor. "Hutang rasmi 2014 ialah RM570 billion. Tanggungan kontinjen ialah RM170 billion. Tanggungan melalui surat sokongan, mungkin RM100 hingga RM200 billion, ini menjadikan hutang dan tanggungan negara hampir RM800 billion. "Muflis negara kita. Matawang kita tidak ada harga. Satu hari nanti, Najib akan cetak duit pokok pisang seperti zaman Jepun. Semakin ramai tidak yakin kepada Najib sebagai perdana menteri dan ramai lagi tidak yakin dengan cara dia mengurus kewangan negara," katanya. Sebelum ini, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press, Datuk A Kadir Jasin mendakwa Anwar terperangkap dalam permainan penyokong Najib untuk menutup mulut dua pengkritiknya yang berpengaruh. Kadir berkata, berbanding Anwar, musuh utama Najib sekarang ialah Dr Mahathir dan Daim. "Mohd Najib tentu tahu Dr Mahathir, Daim dan Anwar adalah trio yang sangat berpengaruh ketika Anwar dalam Umno dan kerajaan sedangkan beliau sendiri sekadar pelakon tambahan," tulis Kadir dalam blognya The Scribe A Kadir Jasin. – 25 Januari, 2015. The Malaysian Insider | ||
Pilihan raya PBT cetus 13 Mei pandangan peribadi Hadi, kata Anwar Posted: 25 Jan 2015 03:00 AM PST Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan meneliti mewujudkan semula pilihan raya tempatan dengan mengambil kira pandangan semua kaum. – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan meneliti mewujudkan semula pilihan raya tempatan dengan mengambil kira pandangan semua kaum. – Pandangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mencetuskan tragedi berdarah seperti 13 Mei hanyalah pendapat peribadi presiden PAS itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pembangkang itu berkata, beliau akan menghubungi Hadi dan pemimpin DAP Lim Kit Siang esok untuk membincangkan perkara tersebut dan akan mengambil kira pandangan semua kaum. "Kenyataan yang dikeluarkan beliau (Hadi) adalah pendapat peribadinya," katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, PR adalah gabungan parti yang mendukung proses demokrasi dan perkara itu perlu dibincang dalam mesyuarat sebelum sebarang keputusan dibuat. "Kami akan mengenal pasti segala isu dan pendapat semua penduduk dalam sesebuah bandar sebelum membuat keputusan berhubung perkara tersebut," katanya. Jumaat lalu, Hadi yang juga merupakan ahli Parlimen Marang memberi amaran pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan jurang antara kaum dan mendorong kepada insiden seperti 13 Mei. Presiden PAS itu berkata, desakan DAP untuk pilihan raya PBT akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan kaum Cina sahaja. "Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar, dan yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi 'api dalam sekam' untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara," kata Hadi (gambar, kiri) dalam satu kenyataan pada Jumaat. "Apatah lagi apabila kita melihatnya daripada aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar majoriti kaum Cina yang sangat besar. "Lihat sajalah jurang pendapatan RM250 juta setahun di sebuah Majlis Perbandaran di Selangor berbanding dengan RM50 juta di Majlis Daerah di kawasan desa di Selangor yang pula majoriti satu kaum yang lain." Kenyataan Hadi itu menimbulkan ketegangan di antara parti PR apabila Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke berkata partinya terkejut dengan kenyataan presiden PAS itu. "Kami amat terperanjat dengan kenyataan Hadi kerana mengaitkan pilihan raya PBT akan membawa peristiwa 13 Mei 1969, bagi saya itu tidak masuk akal," katanya merujuk kepada insiden rusuhan kaum di Malaysia satu ketika dahulu. "Kita tidak patut guna isu perkauman dalam pilihan raya PBT kerana pilihan raya ini adalah untuk mengembalikan hak demokrasi kepada akar umbi dan memberikan peluang kawasan kawasan mereka, bukan di bandar sahaja tapi majlis daerah dan majlis perbandaran," kata Loke yang juga ahli Parlimen Seremban, ketika dihubungi The Malaysian Insider. Hadi, bagaimanapun, disokong akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang mengatakan jika DAP mengadakan pilihan raya PBT di Pulau Pinang, hanya kaum Cina yang akan mendapat keuntungan. Menteri Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan juga bersetuju dengan Hadi yang pilihan raya PBT mungkin menyebabkan jurang lebih besar antara kaum, selain menelan lebih banyak wang pembayar cukai. Walaupun tidak menyebut insiden rusuhan kaum 13 Mei, 1969, menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata, pilihan raya itu akan membawa kepada ketegangan dan ketidakpercayaan antara kaum. "Saya percaya terdapat risiko lebih besar jurang antara kaum sekiranya pilihan raya PBT dimandatkan," kata Rahman. – 25 Januari, 2015. The Malaysian Insider. | ||
Isu video penyanyi, 4 anggota polis ditukar Posted: 25 Jan 2015 02:15 AM PST Empat anggota polis dikaitkan dengan rakaman dan penyebaran klip video seorang penyanyi lelaki era 1990-an yang ditahan beberapa hari lalu berhubung kes dadah, telah ditukarkan ke bahagian operasi pejabat. Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata kesemua mereka masih bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik tetapi tidak lagi terlibat dengan kerja berkaitan penyiasatan dan operasi. "Mereka ditugaskan untuk kerja pejabat atau non-active task. Keputusan muktamad mengenai kedudukan mereka hanya akan dibuat selepas selesai siasatan," katanya kepada pemberita pada satu majlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam semalam. Abdul Samah berkata pihaknya masih menyiasat sekiranya ada lagi anggota yang terlibat dalam insiden yang mencuri perhatian ramai itu kerana klip video yang tersebar di laman sosial itu memaparkan penyanyi berkenaan disuruh menyanyi dengan tangannya bergari ketika dalam tahanan. Ia mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai tindakan membuli dan menjatuhkan maruah penyanyi itu. Abdul Samah berkata siasatan mengenai insiden itu tetap dijalankan walaupun penyanyi berkenaan dilapor telah mengeluarkan kenyataan memaafkan anggota yang melakukan kesalahan itu. "Kita tidak akan melindungi mana-mana anggota kerana ini kesalahan serius yang bukan hanya memalukan individu berkenaan malah ia turut mencemarkan kredibiliti Polis Diraja Malaysia," tegasnya. Penyanyi itu dan seorang wanita yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat pada Rabu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini dan tempoh reman empat hari terhadap mereka tidak disambung. -Bernama | ||
Ipoh lagi - Pelangi dan nasi ganja Posted: 25 Jan 2015 01:30 AM PST Sekali lagi cerita perjalanan saya di Ipoh. Memang banyak juga cerita Ipoh sebab memang hampir setiap bulan saya akan ke negeri Perak dan menginap dua atau tiga hari di Ipoh. Biasanya saya akan menginap samada di Hotel Riverfront ataupun Hotel Ibis. Namun sejak dua menjak ini lebih kerap duduk di Hotel Ibis. Hotel Ibis memang agak sempoi. Rekabentuknya menarik ala-ala scandinavian. Perabut serta hiasan bilik ringkas dan pilihan warna juga sekata. Hotel Ibis di Ipoh ini memaparkan warna Hijau. Seperti kebanyakn hotel lain, mereka menekankan menjagaan alam sekitar. Itu strategi serampang dua mata. Untuk menggalakkan pengguna memikirkan alam sekitar dan sekali gus membuatkan pengguna mengamalkan gaya hidup berwaspada dan berjimat cermat. Bila pengguna cermat dan jimat, maka kesannya akan kembali kepada hotel yang dapat mengurangkan kos operasi mereka. Terserempak pelangi dalam perjalanan ke IpohDah terlalu lama saya tak melihat pelangi yang muncul dari langit dan menjunam menuju ke bumi. Tak ingat pula bila kali terakhir saya menyaksikan fenomena alam yang amat indah itu. Tapi dengan izin Tuhan, dalam perjalanan menuju ke Ipoh, fenomena alam itu dapat saya saksikan. Ketika sedang bawa kereta di Lebuhraya Utara Selatan, saya nampak pelangi yang amat terang dan jelas. Saiznya amat besar menjunam turun ke bumi betul-betul dicelahan bukit bakau yang ada banyak berhampiran kawasan Perak. Nak berhenti dengan tidak sama banyak sebab agak bahaya berhenti tak tentu hala di Lebuhraya tersebut. Tapi semakin lama semakin jelas kelihatan pelangi itu dan akhirnya saya ke tepi dan hentikan kereta sambil pasang hazard light. Hasilnya, itulah gambar yang saya rakamkan. Rupa Pelangi yang jelas sedang turun ke satu kawasan di celahan bukit. Waktu itu cuaca panas sederhana. Mungkin ada sedikit hujan berlaku di kawasan di mana pelangi itu turun, menyebabkan munculnya fenomena tersebut. Cuma agak sedikit terkilan sebab ketika saya boleh berhenti, warna pelangi sudah semakin pudar. Berbanding sebelum saya sepmta hentikan kereta, warnanya jauh lebih jelas dan tebal. Tapi oklah juga dapat rakamkan untuk dilihat oleh anda semua. Ada banyak cerita dongeng tentang pelangi ini. Paling terkenal sekali adalah jangan tunjukkan jari telunjuk anda pada arah elangi jika mahu khabarkan pada kawan. Oleh kerana kepercayaan karut itu sudah lama tak dimainkan dalam kepala, saya secara spontan menudingkan jari pada arah pelangi ketika memberitahu kawan di sebelah. Walau apapun, tidak ada apa mudharat akan berlaku melainkan dengan izin Allah. Itu perlu jadi pegangan kita tanpa goyang. Insyaallah. Pekena nasi ganja di IpohDalam beberapa trip yang lalu ke Ipoh, saya tak makan nasi ganja. Nasi ganja atau juga dipanggil nasi wangge di Ipoh memang dah terkenal.Kalau pergi waktu tengahari, terpaksa beratur panjang sebelum dapat menjamah nasi dengan ayam masak madu dengan seketul telur masin. Kali ini, kebetulan saya habiskan kerja awal dan lalu ditepi restoran wangge atau restoran nasi ganja itu dalam pukul 4.30 petang. Saya lihat tak ada orang dan makanan masih ada. Apa lagi, terus berikan signal dan berhenti di tepi. Kami semua turun masuk ke rerstoran Kebetulan rakan-rakan yang lain yang ada bersama ketika itu tak pernah lagi merasakan nasi ganja di Ipoh itu. Maka bolehlah mereka cuba dan berikan pendapat samada ok atau tak ok. Restoran dah nak tutup rupanya tapi kami masih ada peluang makan. Taukeh cina yang jual air minuman di restoran itu sedang tutup akaun perniagaanya tapi masih benarkan kami minta minuman. Kali pertama saya makan nasi ganja dalam keadaan tak berapa lapar. Jadi rasa lidah ketika itu lebih jelas dan dapat berikan keputusan sebenar samada sedap atau tidak sedap nasi yang terkenal tersebut. Apa yang boleh saya katakan adalah tak berapa sedap sangat. Ala kadar saja kalau nak dibandingkan dengan keenakan nasi kandar di Pulau Pinang. Merayau waktu pagi di IpohSatu lagi istimewanya Hotel Ibis adalah kedudukannya ditengah Bandar Ipoh. Jadi kalau nak merayau melihat persekitaran dan suasana Ipoh amat sesuai sekali.Macam biasa saya akan turun awal pagi dalam pukul 7 untuk merayau sambil bawa kamera cap ayam yang saya miliki. Hotel Ibis tak berapa jauh sebenarnya daripada restoran Nasi Ganja. Selepas saya ambil gambar spontan pada seorang warga Ipoh yang sedang uruskan surat khabar pagi untuk diedarkan ke kedai-kedai yang menjadi pelanggannya, saya terserampak pula dengan pekerja di restoran nasi ganja sedang duduk melayan suasana segar di waktu pagi. Nampaknya dia sporting benarkan saya rakamkan gambarnya. Saya bertanya samada dia pekerja di situ dan dia anggukkan kepala. Bila saya halakan lensa padanya dia kemaskan kedudukan dan buat posing segak untuk saya paparkan di sini. Gelandangan di IpohTerus berjalan lagi sambil mata melihat kiri dan kanan semua kedai dan orang ramai yang kelihatan bergegas nak pergi kerja.Saya nampak dua orang gelandangan sedang lena tidur dengan nyenyak di satu kawasan yang mungkin merupakan bangunan lama. Saya rakamkan gambar mereka seperti di bawah. Seorang lagi menumpang tidur di tempat yang sama dihujung kepala orang yang di atas itu. Mungkin dia gelandangan yang agak istimewa sebab saya lihat kelengkapannya agak mewah berbanding kebanyakan gelandangan yang pernah saya temui di Kotaraya lain. Biasanya mereka hanya pakai kotak kertas sebagai selimu, tapi dia ni ada selimut dan ada bantal lagi tu. Tempatnya agak selesa dan tidak perlu berkongsi dengan ramai lagi gelandangan lain. Terfikir juga dalam hati bagaimana rasanya jika saya berada di tempatnya. Tentu saya akan jadi lebih tabah dalam kehidupan. Apa yang pasti, saya mesti bersyukur kerana ada tempat tinggal yang sederhana dan kepunyaan sendiri, walaupun ada baki lagi yang boleh dituntu oleh pihak bank, moga saya mampu habiskannya, insyaalah dan jadi milik saya sepenuhnya.
| ||
Posted: 25 Jan 2015 12:45 AM PST Rizab Antarabangsa Malaysia "Hilang" RM73.08 Bilion Daripada US$131.5 Bilion (2015) Kepada Hanya US$111.2 Bilion (2014) Sahaja : Macam-macam berlaku kepada Malaysia. Berdasarkan semakan berita Semasa… rizab antrabangsa Malaysia telah jatuh sejumlah US$4.8 bilion bersamaan dengan RM17.3 bilion dalam tempoh 2 minggu sahaja. Semuanya dek kerana tekanan yang begitu hebat dikenakankan terhadap akaun semasa dan nilai ringgit Malaysia selepas harga minyak berada pada paras yang kurang menyenangkan kepada kerajaan Malaysia pada ketika ini. Rekod Rizab Antarabangsa Malaysia September 2014 Hingga Januari 2015? Berikut adalah rekod rizab antarabangsa Malaysia : Bulan September 2014 : Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) : US$131.5 bilion : Pada akhir tahun 2014 : US$116 bilion Sehingga 15 Januari 2015 : Hanya tinggal US$111.2 bilion sepertimana yang diumumkan sendiri oleh Bank Negara baru-baru ini. Dalam tempoh 3 bulan sahaja, rizab antarabangsa Malaysia telah "hilang" sebanyak RM73.08 bilion. P/S : jikalau sebelum ini, rizab yang Malaysia ada mampu membiayai 9.4 bulan import tertangguh, tetapi hari ini rizab yang sedia ada hanya mampu membiayai lebih lapan bulan import tertangguh sahaja. | ||
Pilihanraya PBT - Hadi Ada Agenda Tersirat Posted: 25 Jan 2015 12:00 AM PST PKR mengesyaki bahawa tentangan oleh oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke atas pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan serta kenyataan dari kem BN mengandungi agenda tersirat. Anggota jawatankuasa pusat PKR, Latheefa Koya berkata, kenyataan menteri BN, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya turut terpakai untuk semua pilihan raya di Malaysia sekiranya ia boleh diambil kira. "Amat tidak masuk akan jika dikatakan bahawa pilihan raya kerajaan tempatan akan membawa kepada polarisasai kaum atau masalah perpaduan. "Mereka yang kata begini jelas sekali ada agenda tersirat. "Jika alasan tidak masuk akal ini diterima, kita tidak akan dapat mengadakan apa-apa pilihan raya di Malaysia, sama ada peringkat parlimen, negeri atau pilihan raya kerajaan tempatan," kata peguam itu. - mkini | ||
Tolak Parti Yang Masih Utamakan Pemimpin Rasuah ! Posted: 24 Jan 2015 11:34 PM PST Tahukah Anda?? Syarikat MyEG yang dimiliki kroni Umno mencatatkan keuntungan RM137 juta dalam tempoh dua minggu selepas Putrajaya melalui Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganugerahkan kontrak pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). Datuk Raja Haji Munir Shah, pemegang saham besar yang juga Bekas Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang menguasai 31.1 peratus kepentingan syarikat MyEG. MyEG meraih keuntungan atas kertas sebanyak RM181 juta sejak awal tahun ini, ataupun purata RM8.6 juta setiap hari. Keuntungan luar biasa ini adalah berasaskan kontrak monopoli yang dianugerahkan oleh Kementerian Dalam Negeri kepada MyEG. |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan