Isnin, 26 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Ada keajaiban, kata doktor rawat Nik Aziz

Posted: 26 Jan 2015 06:58 AM PST

MALAYSIAKINI



 


Doktor yang merawat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menceritakan terdapat beberapa keajaiban berlaku semasa proses rawatan.

"Keadaan ayahanda di luar daripada buku yang ditulis. Itu kuasa Allah," kata anak Nik Aziz, Nik Abduh.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Dalam tulisannya di Facebook hari ini, Nik Abduh (kanan) berkata beliau gembira hari ini kerana ayahnya lebih berselera dan makan lebih banyak.

Dalam latihan rehabilitasi kali pertama pagi ini, bekas menteri besar Kelantan itu juga mampu duduk walaupun agak bersusah payah, katanya lagi.

"Doktor memberitahu bahawa keadaan ayahanda sudah stabil. Walau bagaimanapun ayahanda kelihatan agak keletihan. Menurut doktor, ia faktor tua dan kesan kanser yang dialaminya," katanya.

Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir PAS juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan ahli politik veteran itu.

"Anda semua adalah kekuatan kami keluarga buat melalui saat ini," katanya lagi.

Nik Aziz, 84, dimasukkan ke hospital di Kota Bharu minggu lepas kerana kesihatannya merosot.

Beliau juga menghidap kanser prostat.

Mahmud Kahwini Dua Wanita Lain Tanpa Kebenaran Isteri

Posted: 26 Jan 2015 06:44 AM PST


MSTAR ONLINE


 
 
 
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib,pada Rabu memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini bahawa beliau berpoligami ketika masih bergelar suami kepada bekas isterinya, Shahnaz Abdul Majid.

Katanya beliau bernikah dengan seorang wanita warga Australia bernama Louisse Karen Hiley atau nama Islam, Louisse Aida Hiley, pada sekitar tahun 1999 dan 2000.

Katanya, perkahwinannya di Narathiwat, Thailand, yang hanya bertahan kurang daripada dua tahun itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Faris, berusia 14 tahun.

"Saya kemudian bernikah dengan seorang lagi wanita daripada Rusia, Elena Vasilenko pada April 2003 di tempat sama (Narathiwat) dan dikurniakan tiga anak," katanya ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes tuntutan mutaah yang difailkan Shahnaz, kakak kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid, berjumlah RM100 juta.

Pada 11 Mei 2011, Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan perceraian talak satu antara Mahmud Abu Bekir dengan Shahnaz yang berkahwin pada 9 Jan 1992 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya, 22.

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan cadangan peguam syarie Akbardin Abdul Kadir yang mewakili Shahnaz, bahawa kedua-dua perkahwinan di Narathiwat itu tidak mendapat kebenaran untuk berpoligami.

Beliau juga memaklumkan perkahwinan kali kedua turut dilakukan di tempat sama (Thailand) kerana ia lebih senang dan cepat.

Sementara itu, beliau turut menafikan telah melakukan penderaan emosi dan mental terhadap Shahnaz termasuk menghalangnya (Shahnaz) daripada memakai tudung selepas mereka mengerjakan ibadat haji pada 1995.

Anak Yang Dipertua Negeri Sarawak itu, menafikan tindakannya yang menyembunyikan berita perkahwinannya dengan dua wanita tersebut adalah untuk mengaibkan dan memalukan bekas isterinya (Shahnaz).

Beliau juga menafikan tindakannya membawa Louisse Hiley, ke majlis perkahwinan adik perempuannya, Datuk Hanifa Hajar Taib pada 1999, adalah bertujuan menyisihkan dan memalukan Shahnaz.

"Untuk penjelasan, perempuan (Louisse Hiley) itu adalah isteri saya ketika di majlis itu. Ibu bapa saya turut ada bersama," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab bersambung 29 Januari depan.

Pelajar UiTM Didakwa Cuba Sokong Kumpulan Pengganas IS

Posted: 26 Jan 2015 06:39 AM PST


MSTAR ONLINE


Wan Mohammad Arif dibawa anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen, Sepang atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan militan IS pada Isnin.
 
 
 
SEPANG: Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Arau, Perlis, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas tuduhan cuba memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS.

Wan Mohammad Arif Wan Rokman, 23, didakwa berbuat demikian dengan cara mengambil penerbangan pesawat Turkish Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Istanbul, Turki, untuk menjadi anggota kumpulan itu. 

Pelajar jurusan kejuruteraan marin itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di hadapan pintu C15, Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA di sini pada kira-kira 10.15 malam, 28 Disember lepas. 

Dia juga didakwa atas tuduhan pilihan iaitu cubaan memberi sokongan kepada kumpulan IS, dengan hendak memasuki Syria melalui Istanbul untuk manfaat kepada kumpulan pengganas tersebut pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Wan Mohammad Arif yang tidak diwakili peguam mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aizatul Akmal Maharani.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Wan Mohammad Arif, yang didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J kanun sama kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Wan Muhammad Arif merupakan rakyat tempatan ke-24 yang dihadap ke mahkamah berhubung kumpulan IS.

Mahkamah menetapkan 30 Mac untuk sebutan semula kes itu.

'Selesai pertelingkahan pilihan raya PBT dalam majlis presiden'

Posted: 26 Jan 2015 06:35 AM PST

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic



SHAH ALAM: Selesai isu pertelingkahan mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) antara PAS dan DAP dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (MPPR), kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, pemimpin daripada ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu perlu duduk semeja untuk berbincang dan mencapai satu penyelesaian terbaik.

"Ini perlu diselesaikan di peringkat pakatan rakyat.

"Saya pasti bila diadakan mesyuarat presiden, perkara ini akan dibincangkan dan sudah tentu kekuatan Pakatan Rakyat berpandukan konsensus dan bukan berpandukan pandangan individu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan, pagi tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyuarakan kebimbangannya melaksanakan pilihan raya PBT yang diperjuangkan oleh DAP kerana khuatir akan berlaku rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei berikutan wujudnya jurang ekonomi di antara penduduk bandar dan desa.

Presiden PAS itu berkata, desakan DAP untuk pilihan raya PBT itu akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan sesuatu kaum saja.

Hujah Hadi turut disokong beberapa pemimpin PAS lain yang nyata tidak bersetuju dengan pilihan raya PBT kerana mendakwa ianya menggalakkan monopoli satu kaum sahaja.

Berikutan perdebatan antara pemimpin kedua-dua parti itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan menghubungi kedua-dua pemimpin utama parti itu bagi membincangkan perkara berkenaan.

Sumber PKR berkata, Anwar akan menghubungi Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini dan berkemungkinan mesyuarat pimpinan presiden Pakatan Rakyat akan diadakan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun sehingga kini masih tidak diketahui bila mesyuarat tersebut akan diadakan.

Sejak kemelut menteri besar Selangor tercetus, Pakatan kini sudah hampir enam bulan tidak mengadakan mesyuarat pimpinannya.

Ia berikutan berpunca daripada tindakan PAS yang ingin meneruskan pelaksanaan hudud di Kelantan, yang mana ia mendapat tentangan DAP.

Kit Siang sendiri sebelum ini mengeluarkan kenyataan mahu memboikot mesyuarat majlis presiden akan datang ekoran tidak bersetuju dengan agenda hudud PAS.

Isu pilihan raya PBT menjadi polemik hangat apabila DAP ingin melaksanakan cadangan itu di Pulau Pinang selepas ia dimansuhkan kerajaan pusat pada 1976.

Bersara jika hukuman gantung dua tahun kekal - Chong Wei

Posted: 26 Jan 2015 06:26 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PETALING JAYA: Datuk Lee Chong Wei akan bersara dari dunia badminton jika hukuman digantung beraksi selama dua tahun kekal kerana gagal dalam ujian doping.
 
"Jika kekal dua tahun, saya tidak akan meneruskan karier saya selepas itu," jelasnya ketika ditemu bual bersama BBC.
 
Pemain  berusia 32 tahun itu berkata, beliau akan kembali ke aksi kompetitif sekira rayuan kes doping ini berjaya.
 
Chong Wei diuji positif sejenis bahan terlarang Dexamethasone ketika beraksi pada Kejuaraan Dunia di Copenhagen Ogos lalu.
 
Beliau kini digantung daripada menyertai sebarang aksi dan boleh dikenakan penggantungan sehingga dua tahun. 
 
Rayuannya akan didengari oleh panel pendengaran pada minggu pertama bulan Februari ini.
 
Chong Wei berkata, saat yang sukar sebelum keputusan rayuan diputuskan. 
 
Tambahnya, beliau sangat sedih selepas diuji positif dan tidak pernah berada dalam situasi seperti ini.
 
"Ketika dengan situasi ini ramai penyokong di seluruh dunia memberi sokongan kepada saya dan berharap akan beraksi lagi.
 
"Saya hanya menemui bahan ini selepas diuji positif. Jadi sekarang saya terpaksa berdepan dengan sebarang kemungkinan," katanya.

Menilai Najib.

Posted: 26 Jan 2015 06:18 AM PST

sakmongkol.blogspot.com




Tiada siapa sekat sesiapa daripada menganggap Najib PM dan menteri kewangan terbaik. Saya hanya syorkan kepala mereka di periksa doctor.

Najib gagal sebagai PM. Paling ketara, Najib gagal memberi negara ini kepimpinan, hala tuju, pengisian makna. Kemana Malaysia hendak tuju- negara koro atau berjaya? Apa ertinya menajadi Malaysian? 

Najib gagal sebagai MK. Kita akan bahas perkara ini. 

Hutang sector awam- baca kerajaan yang rasmi dan tidak rasmi, tanggungan melalui surat sokongan, pendanaan yang tidak bertulis- mungkin sudah sekitar 75% dari GDP. Kita tak tahu. 

Hutang rasmi tahun 2014 ialah RM 570 billion. Tanggungan kontinjen ialah RM170 billion.  Tanggungan melalui surat sokongan, mungkin RM100-200 billion, ini menjadikan hutang dan tanggungan negara hampir RM800 billion. 

Jika ekonomi kita lebih sedikit dari RM1 trillion, (RM1000, 000,000,000) hutang kita sudah menuju kepada tahap 80% GDP. Mungkin ada lojik sebab hutang dan tanggungan isi rumah atau household debt Malaysia sudah pun mencecah 87% GDP. 

Muflis negara kita. Matawang kita tidak ada harga. Satu hari nanti, Najib akan citak duit pokok pisang seperti zaman Jepun. 

Semakin ramai tidak yakin kepada Najib sebagai PM dan ramai lagi tidak yakin dengan cara dia mengurus kewangan negara. 

Kita patut  biarkan kumpulan Dr Mahathir membalun Najib. Taktik kumpulan Najib membongkar rahsia Daim dan kemudian Mahathir hanya red herring untuk mengalih pandangan rakyat daripada incompetence Najib. Kita jangan jadi sebahagian daripada pencak silat Najib. 

UMNO sukar musnah oleh ancaman luar, tapi lebih mudah jika ianya musnah dari dalam.  Jika Najib mengatasi ancaman dalaman, dia akan jadi kuat. Bila kuat, orang putih kata ada hubris- sebut hewbris; ini orang tersebut terpisah dari reality dan overestimate kepentingan dan kehandalan dia. Saya rasa sukar deal dengan orang seperti ini. Macai2 dikeliling nya naik tocang. 

Negara kita is in a mess. Institusi politik sedang reput dan dysfunctional. Ini disebabkan oleh aktor2 politik yang mengukuhkan posisi masing2. Contoh: menteri2 menyelitkan agenda politik peribadi atau kepentingan peribadi dalam keputusan yang melibatkan kepentingan nasional. 
Kenapa pentingnya, Zahid Hamidi misalnya, memberi surat testimoni kepada seorang potential penjenayah? Lihat pula respons bekas menteri dalam negeri Hishamudin yang kata dia tak pernah tulis surat. Hishamudin melindungi kepentingan politik perbadi nya. 

Kumpulan2 pendesak sebagai contoh terus menerus memainkan peranan yang berlebihan dalam menentukan hala tuju negara. Najib membisu seribu bahasa, lidah nya kelu, tidak berkata kata. 
Tugas ini sepatutnya dimainkan oleh eksekutif, legislature dan institusi kehakiman. Eksekutif lemah, menyebabkan golongan pendesak menentukan pengurusan negara. Golongan pendesak ialah golongan yang tidak dipilih oleh rakyat melalui  pilihanraya- perkasa, isma dan bahkan pendesak2 dalam institusi yang jaga agama. 

Saya tidak ada masaalah misalnya dengan para ostaz dalam jakim, jain, hendak melaksanakan hukum Tuhan yang mereka tafsir- tapi bolekah tidak get yourself elected dahulu? Hukum Tuhan satu bab- tapi sebelum itu, biarlah kamu semua dipilih. 

Saya percaya institusi kehakiman kita ramai pendakwa raya dan hakim2 yang conscientious ; tapi reputasi institusi ini tercedara parah. Institusi ini juga tidak terkecuali dari persepsi rasuah- bagaimana setengah kes boleh lepas, manakala setengah kes tidak boleh. Beberapa tahun yang lalu, skendal pemilihan dan kenaikan pangkat hakim terdedah menyebabkan masyarakat sangsi akan kredibilit hakim2. 

Apa jadi, jika proses yang sama masih diteruskan? Ini akan menyebabkan rakyat melihat insitusi yang memberi keadilan sebetulnya berfungsi menjaga kepentingan golongan atasan dan penjenayah yang kaya raya. 

Kementerian dikepalai oleh budak2 nakal dan pemimpin utama, nakhoda nya, biarkan. Masing2 dengan haluan sendiri dan ikut suka hati. Jika kita percaya Hishamudin dan Hamid Albar, inilah kali pertama dalam sejarah negara kita, seorang menteri memberi surat perakuan mengenai karakter seorang potensi penjenayah yang dicekup oleh Amerika. 
Kenapa seorang menteri perlu jawab soalan ang ditanya oleh pihak polis? Peguam? Kalau polis- IGP lah yang jawab. Kalau peguam, AG yang jawab.   
Something is terribly wrong dengan menteri, dan kementerian yang masing2 jaga. 

Nik Abduh: Bertindak demokratikla bro...

Posted: 26 Jan 2015 06:16 AM PST

MALAYSIAKINI


Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diperjuangkan DAP yang dilihat boleh menjurus kepada berlakunya perpecahan kaum, terus diselar pemimpin PAS.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (kanan) berkata adalah tidak adil apabila DAP sahaja yang memperjuangkan dasar partinya itu, namun dalam masa sama menentang hasrat PAS untuk melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah II (Hudud) di Kelantan.

"Soal sekarang, ketika PAS mengambil sikap sama di Kelantan, mengapa PAS dikata mencabul kesepakatan dalam PR (Pakatan Rakyat),?

"Jika Pulau Pinang berjaya mengadakan pilihan raya PBT, adakah PAS akan menganggap ia mencabul PR.

"Boleh DAP terima kami di Kelantan jika begitu? Bertindak demokratik la bro...," katanya dalam catatan terbaru di laman sosial Facebook miliknya semalam.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berkata tindakan DAP yang memperjuangkan pilihan raya PBT boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei.

Sementara itu, Pensyarah Kanan di Sekolah Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata pentadbiran PBT sekarang
pun sudah dilakukan secara demokratik.

Ini kerana anggota majlis PBT sesebuah negeri dilantik oleh parti yang memegang  tampuk pemerintahan sesebuah negeri, katanya. - Bernama

MB: Yang demo itu penduduk tempatan ke?

Posted: 26 Jan 2015 06:13 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Menteri Besar Selangor Azmin Ali mempersoal sama ada peserta demonstrasi projek Datum Jelatek di Taman Keramat benar-benar penduduk tempatan.

Beliau menjawab soalan pemberita yang mahu mendapat maklum balas beliau berhubung bantahan dalam demonstrasi projek itu semalam.

"Kamu pasti mereka penduduk tempatan?" soal Azmin ketika ditanya perkara itu.

Seorang pemberita kemudian menjawab beliau pasti kerana berada di tempat kejadian ketika acara itu berlangsung.

Azmin kemudian bertanya lagi sama ada pemberita itu boleh mengesahkannya.

"Sebab wakil penduduk Encik Salleh..." jawab wartawan.

Bagaimanapun Azmin memintasnya dengan berkata:

"Selain Encik Salleh, siapa lagi yang berada dalam demonstrasi itu."

Beliau sebelum itu ditanya berhubung tuntutan peserta perhimpunan itu untuk berjumpa dengan Azmin, yang mana beliau membangkitkan perkara sama.

Semalam dilaporkan hampir 1,000 orang termasuk penduduk di Taman Keramat berdemonstrasi mendesak projek pembangunan Datum Jelatek di taman itu dihentikan.
  
Salleh, pengerusi badan bertindak Datum Jelatek mendakwa projek hartanah itu ditawarkan kepada warga asing China, Singapura dan Indonesia, seperti dilaporkan sebuah majalah perniagaan pada 2012.

Mengulas lanjut berhubung isu tersebut, Azmin berkata kerajaan negeri mengambil kira pandangan dan bantahan rakyat khususnya di kawasan pembangunan itu melalui pendengaran awam beberapa kali dan menganggap proses itu sebagai perkara biasa.

"Tetapi ia (pandangan dan semakan) juga diambil kira untuk membuat sebarang semakan atau pindaan dalam bentuk pembangunan di kawasan tersebut. Itu proses biasa.

"Rakyat boleh kemukakan bantahan, dalam mana-mana pembangunan, kita akan teliti bantahan itu," katanya.

Ditanya sama ada alasan bahawa kawasan itu akan dimiliki oleh orang luar termasuk kaum selain Melayu, Azmin berkata beliau akan meneliti laporan terperinci daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terlebih dahulu.

'Tak penting tak menjurus perkauman'

Bahkan, setakat ini beliau yang juga timbalan presiden PKR tidak pasti sama ada bantahan itu benar-benar daripada penduduk di kawasan itu.

"Yang penting pembangunan itu, mestilah pembangunan yang tidak menjurus kepada perkauman.

"Walaupun kita ada kuota dalam sesuatu pembangunan, janganlah ia dijadikan sebagai sentimen untuk menjadi penghalang pembangunan di Selangor.

"PKNS akan teliti bantahan itu. Kita benarkan bantahan sesuatu pembangunan, bahkan kita ada townhall meeting, kita buat engagement dengan pihak berkepentingan dalam semua pembangunan," katanya.

Pas Kedah meletak kerja untuk kembali berkuasa

Posted: 26 Jan 2015 03:10 AM PST

MSO


Inisiatif Pas Kuala Kedah mengadakan Kenduri Rakyat kelmarin dengan "memadah" presiden Pas Abdul Hadi Awang sebagai tetamu istimewa adalah satu langkah baik ke arah menguraikan kekusutan kecil yang berlaku dalam Pas Kedah dewasa ini dan juga antara presiden Pas itu dengan Phahrolrazi Mohd Zawawi.


Abdul Hadi, Phahrolrazi makan semeja.
Majlis itu juga menampakkan ada kesimpulan baru yang diambil oleh Pas Kedah dan ianya perlu disokong oleh semua orang.

Tidak syak lagi majlis seumpama itu boleh mengeratkan hubungan sesama ahli dan penyokong Pas Kedah dan juga sesama pemimpin. Ianya juga tentu dapat membangkitkan semangat dan mengeratkan ukhwah ahli dan penyokong Pas Kedah untuk mempedulikan Kedah, selepas mereka "terkanyak" dengan kekalahan dalam pilihan raya umum lalu sehingga hilang kerajaan negeri.

Apakah kenduri semalam akan membuka langkah panjang membawa kenduri besar selepas ini apabila dalam pilihan raya ke -14 nanti Pas akan menggengam semula negeri Jelapan Padi itu? Tidak mustahil sekiranya Pas Kedah dapat membulatkan tekad sesamanya dan menjalinkan hubungan baik dengan seluruh pemimpin di peringkat pusat dan negeri, Pas mampu mengulangi sejarah menawan semula Kedah.

Sebahagian yang hadir pada Kenduri Rakyat.
Iya itulah yang mungkin diharapkan dan digarapkan disebalik kenduri berkenaan. Kenduri Rakyat semalam bolehlah dijadikan upacara meletak kerja Pas Kedah untuk bergerak sederap bagi mengembalikan maruah mereka yang hilang pada pilihan raya lalu. Perasaan rasa kecil hati dan tersingung sesama sendiri kerana "terkanyak" disebabkan kerajaan negeri hilang harus dipadamkan dan ia perlu bermula semalam.

Saya yakin bukan sahaja saya, tetapi ramai yang senang dengan program berkenaan. Melihat kemesraan antara Presiden Pas dengan Adun
Pengkalan Kundur, Phahrolrazi Mohd Zawawi yang sebelum ini ada yang mengira suasana itu tidak akan wujud lagi, bahkan mungkin ada yang berusaha agar Abdul Hadi tidak lagi bersua dengan Phahrolrazi atas kepentingan-kepentingan tertentu?

Mereka yang hadir tentu meraut tangan ke muka setelah membaca doa kesejahtaraan untuk Pas Kedah dalam hati masing-masing. Al maklumlah sebelum ini dengan sedikit percanggahan dan kritikan pedas oleh sesetengah pihak atas usaha Phahrolrazi dan rakan-rakan menubuh Ngo bernama Persatuan Ummah Sejahtra Malaysia (Pasma), ada yang mengira tidak mungkin kedua mereka dapat duduk bersekali lagi dan meratib butir zikir yang sama.

Tetapi dengan apa yang dipamerkan di majlis itu, dimana Abdul Hadi duduk bersama Phahrolrazi sebagai anak dengan bapa atau kawan baik yang agak lama tidak makan sekali, tetapi semalam duduk bersama saling senduk nasi dan gulai memberi gambaran ketinggian politik kedua-dua presiden itu. Ia menunjukkan hubungan mereka selaku ikhwan dan ahli parti agama begitu kukuh dan kejap bagaikan air dicincang tidak akan putus. Aksi semalam menyejukan jiwa yang memerhatinya.

Sebenarnya kalau dihayati dengan fikiran terbuka dan ilmu siasah yang luas, tidak ada apa persengketaan atau ketegangan antara kedua mereka. Perbezaan pendapat adalah untuk meraut kejernihan sejati. Seperti mana jelas Phahrolrazi beliau menubuhkan Pasma adalah untuk menjadi benteng kepada Pas. Ia bagi memastikan Pas bersama Pakatan Rakyat yang mana tujuan dan maksudnya agar Pakatan Rakyat kekal seperti sedia kala. Tidak lebih daripada itu. Bukankah tujuan itu juga demi memelihara maruah dan wibawa presiden?

Sekiranya maksud Pasma itu dilihat dengan jilah dan bukan prejudis akan nampak keikhlasan dan kesungguhan Pasma disitu yang mana Ngo itu menyayangi Pas sebenarnya dan masih meletakkan Abdul Hadi dimimbar tertinggi kepimpinan.

Mahfuz menyampaikan ucapan alu-aluan.
Ada pun tanggapan dan persepsi mengatakan penubuhan Pasma membawa agenda jahat dari itu (hendak menyingkirkan Abdul Hadi sebagai prsiden) adalah datang dari mereka yang tidak tahu membaca suhu dan arah mata angin politik. Tidak dapat menjamah kemurnian orang yang menegurnya. Apa lagi mereka yang suka kalau Pas berpecah dan dipecah-pecahkan. Apakah mereka yang berusaha mengapi-apikan Pasma dengan Pas dan memberi tafsiran mengelirukan itu sebenarnya membawa suara musuh?

Dalam hal ini saya mengira Abdul Hadi sendiri tidak yakin dengan tanggapan demikian dan beliau tidak perlu pun merasa gentar dengan ilusi-ilusi berbagai menerusi Pasma itu. Kedudukan beliau sebagai presiden tidak akan tergugat kerana tidak ada sesiapa pun yang tergamak untuk mencabar beliau.

Rasa hormat dan kasih kepada beliau masih meluas di dalam Pas bukan sahaja selaku ketua tetapi sebagai Tuan Guru. Bukan mudah untuk Pas mendapat seorang Abdul Hadi dan ianya tidak boleh dibayar walaupun berapa banyak wang disediakan. Abdul Hadi sengaja dilahirkan untuk menjadi pemimpin parti agama. Justeru beliau mendapat kedudukan dan pengikhtirafan istimewa dalam Pas. Abdul Hadi seumpama kelapa tua yang akan menghasilkan santan yang bermutu dan berminyak dalam Pas. Ini hakikat.

Teguran dan pandangan beliau terhadap Pasma kalau pun ada sebelum ini anggaplah sebagai gurauaan politik untuk exercise  mental sahaja yang boleh mencergaskan fizikal Pas untuk berhadapan dengan musuh dan segala macam seteru. Pas perlu dilengkap dengan pelbagai ilmu dan pengalaman bagi merealisikan hasrat Pas untuk muncul menjadi parti unggul dalam Pakatan Rakyat. Bukankan itu cita-cita bersama Pas yang tepat. Dan ingatlah kata-kata arwah ayah saya; sebengkeng mana kerbau ia tidak akan menanduk anaknya sendiri.

Dan sebenarnya saya yakin Abdul Hadi tidak pun takut dan merasa gentar dengan apa sahaja kritikan dan cemuhan ke atasnya. Sebagai seorang presiden yang sudah masak dengan politik yang telah mengutik pengalaman dari seluruh benua menerusi jalur dakwahnya, dia dapat menerima apa yang berlaku itu juga untuk menyempurnakan dia sebagai pemimpin bersifat makhluk Allah yang tidak dapat hindar dari dosa.

Dengan apa yang berlaku beliau juga dapat memuhasabahkan dirinya. Sekiranya Abdul Hadi dapat memantapkan reputasinya, membuat sedikit "ralat rasa" tanpa menimbulkan polemik baru dalam cerana politik Pas dia akan dapat mati sambil bersela dalam perjuangan dan martabatnya akan terangkat.

Adalah diharap kenduri semalam akan mencetuskan fonemena baru dalam Pas Kedah. Dengan bermula di Kuala Kedah itu ia akan merebak ke kawasan lain selepas ini. Hendaknya lebih banyak lagi kenduri-kenduri "anak" diadakan di Kedah. Dan lagi kerap Abdul Hadi turun dan menghadiri kenduri, bermahabbah, mengambil peduli,  ia mempercepatkan pemulihan hubungan sesama pepimpinn Pas Kedah yang dilihat sedikit kalut kerana kekalahan dialami itu. Abdul Hadi dengan kedudukannya selaku presiden perlu menjadikan dirinya sebagai biduk di Kedah untuk menangkupkan kiambang-kiambang yang berpecai di negeri itu.

Eloklah kalau Pas Kedah meredakan rasa sedih, duka dan marah untuk berpadu menjadi kuat dan sebuah parti yang konfident. Pimpinan Pas Kedah khasnya perlu mengambil sikap positif memberi keyakinan kepada ahli dan penyokongnya, bahawa parti itu berjaya merampas baik Kedah pada pilihan raya akan datang. Paling diharap ialah kerjasama antara Mahfuz Omar dengan Phahrolrazi perlu mantap kerana mereka adakan dua sosok yang menjadi harapan Pas di Kedah.

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat menganjur dan menghadiri kenduri berkenaan. 

 * Foto dari Facebook Aris Awang, terima kasih.

Ibu Bapa Rotan Anak Satu Kesalahan Jenayah. Hukuman Merotan Anak? Anda Bersetuju atau Tidak?

Posted: 26 Jan 2015 02:50 AM PST




rotan anak



Ibu Bapa Rotan Anak Satu Kesalahan Jenayah. Hukuman Merotan Anak? Anda Bersetuju atau Tidak? : Kita, Malaysia terhegeh-hegeh berulang-alik berunding dengan kerajaan Sweden disebalik kes kontroversi membabitkan (kes dera anak keluarga Malaysia di Sweden), tiba-tiba kita pula mahu mahu undang-undang Malaysia berkiblatkan negara Sweden?

Berita Semasa sehingga ke hari ini, masih tidak faham mengapa dan bagaimana kes rotan di Malaysia melibatkan kanak-kanak teruk sangatkah sehingga perlu digunal undang-undang baru?

Ini semua gara-gara cadangan yang mahu menjadikan kesalahan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah dalam akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001

Bagaimana menteri boleh tergamak memikir cadangan sebegini rupa? banyak masa terluangkah mereka ini?

 

Ibu Bapa Rotan Anak Satu Kesalahan Jenayah VS IbuBapa Cuai?

  • Yang ibubapa tinggal anak dalam kereta, tiada tindakan?
  • Yang biar anak-anak tidak bersekolah, tiada tindakan?
  • Yang ibubapa rotan anak-anak untuk peringatan masa depan mereka, bakal dikenakan tindakan dan hukuman?
  • Terbalik sudah…..
Sudah sedang elok dalam rangka Islam itu sendiri, menyuruh ibubapa merotan anak-anak mereka sendiri yang tidak mendirikan solat pada usia yang sepatutnya.

Bagi Berita Semasa sendiri melentur buluh biar dari rebungnya benar, daripada kecil lagi, kita kena mendidik anak.
  • Jikalau salah, kita kenalah ambil tindakan
  • Bukannya rotan sampai mati
  • Tetapi rotan untuk mendidik, itu ada bezanya
  • Bukannya rotan sepanjang masa. Rotan digunakan bila perlu sahaja
Tetapi apabila kerajaan yang tidak prihatin melaksanakan undang undang anti rotan ini, anak anak tidak akan dapat membezakan hitam dan putih daripada kecil kerana mereka tidak boleh dididik lagi. Ingatlah. Jangan tersilap langkah.

Yang menjadi isu di sini apabila mana kes penderaan atau penganiayaan itu berlaku dan semakan undang-undang yang ingin digubal, tiba-tiba rotan anak sendiri itu menjadi satu jenayah pula. Seolah-olah, skop itu sempit sangat.

Tindakan nampak tangkap muat Tidak bolehkah, menteri dan kementerian yang terbabit buat undang-undang yang sesuai dengan budaya negara kita Malaysia. Tidak perlu disanjung sangat budaya kita
"Cakap daripada teori memang tampak ideal tetapi hakikatnya anak-anak orang putih sendiri berdepan anak-anak kurang ajar"

 

Kes IbuBapa Rotan Anak Semakin Serius?

Di Switzerland contohnya negara yang menjadi idaman ramai, realitinya kebanyakan anak-anak selepas umur 18 tahun sahaja lari meninggalkan ibubapa di desa dan kampung disebabkan faktor budaya dan cara hidup ibubapa di sana yang agak berbeza dari Malaysia contohnya.

Berita Semasa tidak percaya kalngan ibubapa hari ini terlalu dangkal untuk mendidik anak-anak. Jangan terlalu memandang rendah pada "Malaysians", yang sekarang banyak "well travelled" dan terpelajar.

P/S : Anak-anak bakal bermain psiko dengan ibubapa mereka sendiri dek kerana percaturan menteri-menteri seperti ini. Perlu bezakan undang-undang merotan untuk mendidik dengan merotan utk mendera.

PP/S : Pastinya, pasangan yang tinggal dan dikenakan hukuman penjara di Sweden tersenyum sinis mendengar cadangan menteri ini

PPP/S : Mungkin selepas ini, perbahasa seperti "sayang anak tangan-tangankan" bakal menjadi sejarah dan arkib negara selepas ini

PPPP/S : Adakah ibubapa bakal diwajibkan menghadiri seminar, kursus kekeluargaan selama beberapa hari dengan yuran ratusan ringgit dengan tajuk "cara terbaik mendidik tanpa anak-anak walaupun tanpa menggunakan sebarang rotan". Ermmmm…..

PPPPP/S : Pendidikan sepatutnya melahirkan insan yang matang dan berdisiplin. Bukannya cerdik tetapi kurang ajar dan biadap

Alat pemadam api meletup

Posted: 26 Jan 2015 02:47 AM PST


Alat pemadam api meletup ketika mangsa sedang mengisi gas hingga menyebabkan mangsa maut akibat kecederaan di muka, dada dan perut.  
Alat pemadam api meletup ketika mangsa sedang mengisi gas hingga menyebabkan mangsa maut akibat kecederaan di muka, dada dan perut.


BIDOR - Seorang pekerja bengkel pembuatan aluminium, maut selepas mengalami kecederaan di muka, dada dan perut apabila alat pemadam api yang sedang dimasukkan gas meletup dalam satu kejadian, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa Law Kok Kong, 17, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tapah.

Katanya, pihaknya menerima aduan kejadian letupan di kedai membuat pintu pagar rumah di sini, dan  anggotanya bergegas ke tempat kejadian.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan majikan mangsa, majikan tersebut telah mengarahkan mangsa menyimpan semua peralatan  sebelum naik ke tingkat atas.

"Kira-kira jam 1 petang semalam, majikan terdengar letupan kuat dari bawah dan mendapati mangsa terbaring di atas lantai.

"Menurut majikan, mangsa cedera  di mulut, dada dan perut sebelum dibawa ke hospital," katanya.

Som Sak berkata,  menurut majikan, mangsa cuba mengisi gas argon iaitu gas untuk mengimpal aluminium ke dalam tong pemadam api yang telah diubahsuai.

Katanya, pihaknya tidak menolak  kemungkinan gas tersebut terlalu penuh lalu hingga menyebabkan ia meletup.

Menurutnya, pihaknya menerima makluman daripada Hospital Tapah mengatakan mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti sebab kematian.

Sementara Ketua Balai Bomba dan Penyelamat  Bidor, A Ravi berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengatakan alat pemadam api meletup sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, setiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati mangsa sudah dibawa ke hospital.

"Bagaimanapun , anggotanya membuat pemantauan di tempat kejadian bagi memastikan persekitaran benar-benar selamat," katanya.

[VIDEO & GAMBAR] Pasca Banjir, Ada Yang Masih Berkhemah Di Tanah Kubur

Posted: 26 Jan 2015 02:40 AM PST

KELAB GREENBOC



 

Salah seorang sahabat GB yang turut melakukan misi bantuan banjir ke pantai timur telah menghantar beberapa keping foto untuk dikongsi bersama.

Apa yang memilukan dan menyayat hati ialah terdapatnya mangsa-mangsa banjir yang terpaksa berkhemah ditanah perkuburan kerana rumah mereka telah dihanyutkan semasa banjir.

Ada pula keluarga yang mendapati rumah mereka hanya tinggal tangga saja....

Saksikanlah:


Dua keluarga ini masih tinggal di dalam khemah di atas tanah kubur di jalan Geala Kuala Krai.


5 biji rumah - yang tinggal cuma tangga saja yang ada



VIDEO -Kg. Hujung Tanjung, Krai. Ramai terlepas pandang sebab tersorok dari orangramai...





Orang Miskin Dilarang Mati (?)

Posted: 26 Jan 2015 02:35 AM PST

KELAB GREENBOC



 

Menjadi viral di laman sosial kini sekeping resit terperinci di mana pengurusan pengkembumian bagi orang yang meninggal dunia menelan belanja sehingga lebih RM4,000.

Jika benar begitu maka ia memang memeranjatkan.

Diantara bayaran paling mahal dikenakan ialah bayaran upah baca Al-Quran di tanah perkuburan iaitu sebanyak RM1,900 dan sedekah solat jenazah RM1,000. Manakala tambang kereta jenazah RM440 (untuk 22 km?).

Bagaimanakah agaknya orang miskin mampu untuk menanggung kos-kos berkenaan? Atau apakah nanti mayat si miskin hanya layak dicampak di tapak pelupusan apabila segala-galanya kini bekerja semata-mata kerana wang?

Anwar yakin boleh menang

Posted: 26 Jan 2015 02:32 AM PST


Anwar Ibrahim - Saiful Bukhari Azlan Anwar Ibrahim - Saiful Bukhari Azlan
 
 
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin akan dibebaskan dalam  sabitan bersalah tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang akan diumumkan 10 Februari depan.

Anwar berkata, berdasarkan penghujahan pasukan guaman, beliau yakin akan dibebaskan kerana perincian fakta dan undang-undang kukuh yang telah dibentangkan di hadapan panel Mahkamah Persekutuan.

"Saya panjatkan doa pada ALLAH Yang Maha Esa agar keadilan dapat ditegakkan dan saya dibebaskan.

"Fitnah tidak wajar dijadikan alat dalam tinju politik dan diberi ruang untuk memporak-perandakan negara," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [ Mahkamah tetapkan 10 Feb keputusan rayuan Anwar]

Keputusan rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan bersalah tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya bakal diumumkan 10 Februari depan.

Perkara itu dinyatakan melalui laman mikro Twitter Badan Kehakiman Malaysia.

Peguam Ram Karpal Singh yang mewakili Anwar mengesahkan telah menerima notis daripada Mahkamah Persekutuan mengenai tarikh keputusan berkenaan melalui faks.

Anwar, 68, mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkannya bersalah meliwat bekas pembantu peribadi, sembilan tahun lalu.

Pendengaran hujahan rayuan itu berlangsung selama lapan hari di hadapan lima panel hakim, dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria bermula 28 Oktober 2014.

Turut sama bersidang Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Raus Sharif; Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdul Hamid Embong; Tan Sri Suriyadi Halim Omar; Datuk Ramly Ali.

Pada 9 Januari 2012 , Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Mahkamah Rayuan Pada 7 Mac tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun  selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mendapati Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersalah.

Keputusan kes Liwat II Anwar diumum 10 Feb

Posted: 26 Jan 2015 02:30 AM PST

MALAYSIAKINI



 


Keputusan kes Liwat II terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumumkan pada 10 Februari ini.

Perkara itu diumumkan oleh laman blog mikro Twitter kehakiman Malaysia, yang dikelolakan oleh Mahkamah Persekutuan.

Anwar, 67, sebelum ini dijatuhkan hukuman lima tahun penjara tetapi pasukan pendakwaan merayu hukuman lebih berat dikenakan.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara 3.15 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Keseluruhan 27 orang saksi pendakwaan dan lapan saksi pembelaan dipanggil sepanjang perbicaraan yang mengambil masa hampir tiga tahun itu.

Mahkamah Tinggi pada 2012 membebaskan Anwar selepas hakim mendapati tidak selamat untuk sabitan dibuat ekoran kemungkinan sampel daripada Saiful tercemar.

Bagaimanapun, beberapa hari sebelum beliau dijadual bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang pada Januari tahun lepas, Mahkamah Rayuan membuat keputusan Anwar bersalah.

Anwar: Apa nak jadi, jadilah

Posted: 26 Jan 2015 02:29 AM PST

MALAYSIAKINI


 


"Que sera sera. (Apa hendak jadi, jadilah)."

Begitulah reaksi segera Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas berhubung keputusan kes liwat keduanya yang akan diumumkan pada 10 Februari ini.

Beliua menulis di Twitter berhubung perkara itu sambil mentweet semula laporan berkaitan perkembangan itu oleh sebuah portal berita.

Ungkapan itu asalnya daripada bahasa Sepanyol yang menjadi popular selepas digunakan sebagai lirik lagu pada 1956 oleh penyanyi Amerika Syarikat Doris Day.

Anwar juga mengaminkan gesaan pemimpin PKR Dr Badul Amin Baharom di Twitter supaya orang ramai berdoa dan turun memberikan sokongan kepada ketua pembangkang itu ketika keputusan disampaikan bulan depan.

Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengumumkan tarikh keputusan itu akan disampaikan melalui Twitter kehakiman Malaysia.

Bah: Wajah duka di lensa mereka

Posted: 26 Jan 2015 02:27 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Rentetan banjir besar yang melanda beberapa negeri, seramai 10 jurugambar tampil dengan rakaman kisah duka yang dirakam lensa mereka.

Jurugambar itu, sebahagiannya berkhidmat dengan akhbar, itu tampil dalam pameran fotografi "Bah" di pusat membeli belah Publika di ibu negara.

Pameran seminggu bermula 24  kelmarin memaparkan 30 imej
Adib Rawi Yahya, Afif Abd Halim, Azreen Madzlan, Azrol Ali, Asyraf Rasid, DigitalDome, Hasnoor Hussain, Ismail Othman, Michael Yip dan Syahrin Aziz.

Kesemua mereka bertugas sebagai jurugambar profesional.

Kurotor program Ili Farhana Norhayat berkata pameran fotografi itu diadakan bagi mengumpul derma bagi membantu sekolah dilanda banjir.

"Pengunjung bukan sahaja boleh menderma malah mereka boleh membeli karya dari dan hasil dari itu akan disumbangkan kepada sekolah yang terjejas teruk," katanya kepada Malaysiakini.

Setakat ini enam keping gambar sudah terjual.

Sementara itu, jurugambar bebas Syahrin Abdul Aziz yang menyumbangkan empat karyanya berkata masyarakat masih belum menghargai karya seni fotografi walaupun lokasi dipilih strategik.

"Walaupun lokasi (pameran) yang dipilih strategik namun mereka yang lalu lalang berhenti hanya untuk ambil selfie.

"Mereka tidak tanya jurugambar bagaimana foto itu diambil walaupun jurufoto berada di situ," kata beliau yang mempunyai 15 tahun pengamalan dalam bidang fotografi.

Tempahan menteri bocor, MAS nafi digodam

Posted: 26 Jan 2015 02:25 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Kumpulan penggodam Lizard Squad membocorkan jadual penerbangan dan maklumat tempahan penumpang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) termasuk seorang menteri walaupun syarikat itu menafikan sistem mereka diceroboh.

Dalam posting twitter, Lizard Squad memuatnaikkan imej tawan skrin (screen capture) yang kelihatan seperti sistem e-mel MAS.

Antaranya dalam emel itu, tempahan perjalanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu.

MAS dalam satu kenyataan menafikan bahawa lamanweb dan data penumpang mereka digodam.

"Malaysia Airlines memberi jaminan kepada pelanggan dan klien bahawa lamanweb MAS tidak digodam dan gangguan sementara ini tidak memberi kesan kepada tempahan mereka dan pengguna data tersebut masih selamat," kata kenyataan itu.

Sebaliknya, syarikat itu mendakwa Sistem Nama Domain (DNS) terkesan dan pengguna dilencongkan laman yang digodam.

Tiada tempat jurulatih bola sepak 'old school'

Posted: 26 Jan 2015 02:12 AM PST


Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin
 
 
SERI KEMBANGAN - Tiada tempat untuk jurulatih yang tidak mahu berubah serta mengikuti garis panduan sistem kejurulatihan seperti yang diperkenalkan dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, jurulatih era baru memerlukan sistem lebih teratur dan maklumat lebih saintifik untuk mengenal pasti kelebihan atau kelemahan pasukan yang dibimbing mereka.
 
"Jurulatih pada masa kini mesti berubah. Tugas mereka bukan sekadar atas padang. Memang jurulatih sekarang banyak tanggungjawab, perlu sediakan kertas kerja dan laporan, tetapi kalau untuk jurulatih 'old school', ini sesuatu yang mereka tidak suka.
  
"Sukan bola sepak sudah masuk era ke-21, ia lebih santifik daripada dahulu. Jurulatih kini bukan hanya turun padang, jerit dekat budak-budak (pemain) sahaja. Mereka perlu berubah, jika tidak memang tiada tempat untuk mereka dalam PPBN," katanya pada ucaptama Seminar Penyelarasan PPBN 2015 di sini, hari ini.
  
Menurut Khairy, jurulatih perlu keluar dari zon selesa dengan bersedia untuk menjalinkan kerjasama antara satu sama lain, berkongsi pengalaman, terbuka menerima pembaharuan serta lebih berinteraksi dengan pelajar dan ibu bapa.

Pada sidang media kemudian, Khairy mengakui cabaran utama dalam pelaksanaan PPBN adalah mencari jurulatih yang memahami falsafah baharu dalam sukan bola sepak.
  
Katanya memang terdapat jurulatih yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan pendekatan baharu yang cuba diketengahkan.
  
Justeru, beliau meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menambah bilangan kursus serta mempercepat pentauliahan jurulatih khusus di peringkat A dan B ke arah melahirkan lebih ramai jurulatih muda yang faham pembaharuan yang hendak dibawa.
  
Beliau turut mengulas laporan media berkaitan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang yang dikatakan tidak diurus dengan baik.
  
Laporan yang disifatkan beliau sebagai tidak tepat itu turut menyentuh beberapa jurulatih yang menarik diri serta pelaksanaan PPBN yang didakwa gagal dilakukan.
  
Sambil menjelaskan akademi itu sebenarnya masih belum beroperasi, menteri itu menegaskan bahawa program PPBN berjalan lancar.
  
Berhubung masalah padang, Khairy berkata, ia susulan masalah dengan kontraktor dan usaha dibuat untuk mengatasinya.
  
Menurutnya, masalah yang dikaitkan dengan jurulatih tidak bermakna inisiatif PPBN bermasalah. - Bernama

Saiful reda apa jua keputusan mahkamah

Posted: 26 Jan 2015 02:10 AM PST


Mohd Saiful Bukhari Azlan mengulangi sumpah laknatnya bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kali ini di hadapan K Mohd Saiful Bukhari Azlan mengulangi sumpah laknatnya bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kali ini di hadapan K
 
 
SHAH ALAM - Pengadu kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim reda dengan apa jua keputusan kes itu yang akan diumumkan 10 Februari depan.
 
Bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerusi laman mikro Twitternya berkata, beliau yakin dengan sistem perundangan di negara ini dan selebihnya terserah kepada ALLAH S.W.T.
 
"Hampir tujuh tahun kes. Akan terus doa, sabar dan istiqamah," tulisnya. 
 
Badan Kehakiman Malaysia menerusi laman mikro Twitter rasminya memaklumkan perkara tersebut hari ini.
 
Anwar dalam reaksinya berkata, beliau yakin akan dibebaskan berdasarkan penghujahan pasukan guaman, disokong perincian fakta dan undang-undang kukuh yang dibentangkan di hadapan panel Mahkamah Persekutuan.
 
Pada 9 Januari 2012 , Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
 
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Pada 7 Mac tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mendapati Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersalah

Isu rotan: Ambil kira pandangan pelbagai pihak

Posted: 26 Jan 2015 02:07 AM PST

SINAR HARIAN

Isu rotan
 
 
KOTA BELUD - Kerajaan perlu menimbang pandangan pelbagai pihak sebelum menggubal rang undang-undang baharu yang menetapkan merotan  kanak-kanak sebagai satu kesalahan jenayah, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak. 
 
Beliau berkata, pandangan tersebut perlu diberi perhatian berikutan pelbagai reaksi daripada orang ramai, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin politik terhadap cadangan memperkenalkan rang undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001. 
 
"Yang penting, kerajaan perlu mendengar suara majoriti dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk sudut agama kerana tokoh agama sudah pun memberi pandangan terhadap cadangan ini," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini. 
 
Dua hari lepas, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, merotan kanak-kanak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.
 
Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Umno Sabah berkata, kerajaan tidak boleh terburu-buru memperkenalkan akta berkenaan, sebaliknya perlu mendapatkan pandangan menyeluruh terlebih dahulu. 
 
Beliau berkata sesuatu perundangan yang hendak diperkenalkan perlu menjurus ke arah kebaikan dan dalam konteks itu, ia mestilah ditentukan agar tidak merencatkan institusi kekeluargaan.
 
"Membina sebuah keluarga bahagia mempunyai pelbagai cara dan kaedah mengikut amalan institusi kekeluargaan itu sendiri...bagaimana mendisiplinkan anak masing-masing tanpa melampaui had. 
 
"Begitu pun, kita menentang keras sebarang bentuk penderaan terhadap anak-anak termasuk dipukul secara fizikal dan didera secara mental," katanya. 
 
Salleh berkata kes pasangan suami isteri yang merotan anak mereka di Sweden, dan dipenjarakan pada tahun lepas, boleh dijadikan iktibar oleh kementerian berkaitan termasuk melihat kesan pemisahan sementara antara anak-anak berkenaan dan ibu bapa mereka. - Bernama 

Denda lewat daftar GST, kerajaan bebankan peniaga kecil

Posted: 26 Jan 2015 02:03 AM PST

GST_naik

Roketkini.com


KLUANG,: Denda keatas perniagaan kerana kelewatan mendaftar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) membebankan perniagaan kecil, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

Ini kerana tempoh pendaftaran wajib telah berakhir pada 31 Disember 2014, menyebabkan peniaga yang mendaftar GST tahun ini akan dikenakan jumlah denda lebih tinggi.

Chin Tong merujuk kenyataan Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad yang menyatakan bahawa denda RM100 sehari kepada mereka yang mendaftar 1 hingga 20 Januari, RM150 sehari untuk mereka yang mendaftar dari 21 Januari hingga 9 Februari, dan sebagainya.

"Banyak perniagaan kecil kini perlu membayar denda yang terlalu tinggi disebabkan pelaksanaan tergesa-gesa kerajaan, tanpa masa mencukupi bagi pendaftaran, taklimat dan persediaan," kata Chin Tong dalam satu kenyataan.

Justeru itu beliau menggesa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak menggesa Khazali menarik arahan dan tidak menguatkuasakan arahan tersebut, sebalknya mengambil pendekatan pendidikan.

"Berapa banyak maklumat, dan bagaimana caranya, tempat dan masa untuk mendaftar kepada pemilik perniagaan kecil, terutamanya di kawasan luar bandar dan mereka yang mempunyai akses terhad kepada saluran media? soal Chin Tong.

Khazali sebelum ini berkata, mengikut Seksyen 21 (2) Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014, perniagaan yang tidak berdaftar untuk GST akan dikeluarkan notis dalam tempoh 14 hari atau menghadapi hukuman dan pendaftaran secara automatik.

Sedangkan kata Chin Tong, proses tersebut biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa bulan untuk perniagaan mendaftar, mendapatkan kakitangan terlatih, melakukan perubahan perisian untuk mematuhi keperluan GST.

Peniaga juga terpaksa menukar semua dokumen pembiayaan kepada invois cukai, menukar akaun cukai dari laporan tahunan kepada laporan suku tahun dan menyusun semula harga disebabkan rantaian bekalan yang memberi kesan kepada margin keuntungan.

"Tanpa masa mencukupi bagi perniagaan menyiapkan diri mereka, adalah tidak adil kerajaan menghukum tanpa panduan dan menawarkan penyelesaian yang praktikal," ujar Chin Tong. – Roketkini.com

Tiada ulasan: