Ahad, 25 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Raja Shamri cetus fenomena baharu

Posted: 25 Jan 2015 04:23 AM PST


Raja Shamri ketika ditemubual wartawan Sinar Harian, Murni Abdul Rashid. Raja Shamri ketika ditemubual wartawan Sinar Harian, Murni Abdul Rashid.
 
 

NIAT menulis di Facebook oleh Raja Shamri Raja Husin,39, anak jati Kampung Wakaf Bunut, Pasir Puteh bagi mengajak orang ramai membantu mangsa banjir menjadi satu fenomena apabila mendapat sambutan luar biasa.

Namun bagi insan istimewa itu, apa yang berlaku adalah berpunca dari kesedaran orang ramai yang ikhlas mahu turun padang sebagai sukarelawan.

Menerusi nukilan dan cerita ketika misi bantuan banjir menerusi laman sosial, facebooknya dikatakan berada di tangga ketiga Asia dengan lebih 400,000 pengikut tidak sampai sebulan.

Untuk ulasan lebih lanjut berkenaan semangat sukarelawan yang dicetuskan hingga jadi fenomena, ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, MURNI ABDUL RASHID bersama Raja Shamri.

Sejauh mana semangat sukarelawan dapat dilihat ketika bencana banjir melanda baru-baru ini?

Memang luar biasa, kita tidak merancang untuk menjadi sebegini besar hingga mengumpul lebih ribuan sukarelawan dalam misi bantuan ini. Gerakan bantuan yang kita wujudkan juga antara yang paling awal sampai ke kawasan bencana seperti Kampung Laut, Tumpat bagi menghantar bekalan makanan.

Kita benar-benar mahu bantu dan pastikan setiap bantuan sampai ke sasaran. Komitmen sukarelawan amat tinggi dan sangat berani. Saya ketika itu berada di Pasir Puteh antara daerah yang tidak terjejas banjir, ini jadi kelebihan apabila tempat saya menjadi pusat pengagihan banjir.

Ia direncanakan oleh ALLAH SWT dan kebetulan saya turut dikenali sebagai pakar motivasi yang mempunyai ratusan ribu pengikut sebelum ini memudahkan lagi urusan untuk menggamit lebih ramai sukarelawan.

Apabila saya muat naik status dengan bercerita tentang keadaan banjir di tempat yang kita pergi ia mudah untuk menarik pengikut secara tidak langsung.

Adakah sukarelawan yang anda gerakan ini merupakan organisasi atau badan bukan kerajaan (NGO)?

Sukarelawan yang digerakkan saya bukan sebuah organisasi atau parti politik tetapi hanya sukarelawan kecil sekitar Pasir Puteh, apabila saya umum di Facebook mengenai misi bantuan banjir ini ramai yang bergabung.

Saya fikir ini adalah kebangkitan rakyat ketika ada yang memerlukan pertolongan, seluruh negara salurkan bantuan matlamat mereka adalah untuk selamatkan mangsa banjir tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

Saya hanya jadi perantara di Facebook, cuba damaikan pihak-pihak yang bertelagah. Jika ada isu kita akan tegur tidak kira siapa dan parti politik mana ia supaya bantuan dapat cepat sampai ke matlamat.

Fenomena rakyat Malaysia untuk menderma agak luar biasa, tetapi mereka tidak mahu melalui  parti politik atau NGO. Mungkin selepas ini gerakan ini akan reda membawa haluan masing-masing dan akan bersatu semula jika ada bencana berlaku.

Kita adalah sukarelawan yang bergerak sendiri namun setiap cerita yang dikongsi mendapat reaksi positif orang ramai di seluruh dunia hingga mereka datang dari Singapura, Brunei, Doha, Filipina datang ke Kelantan semata-mata untuk membantu.

Malah, saya sendiri adalah sukarelawan bukan pengurus, ini membuatkan kami semua bekerja dalam keadaan seronok tidak terlalu formal cuma sebelum sukarelawan bergerak ke lokasi banjir saya hanya memberikan kefahaman, inspirasi serta motivasi agar dapat cetuskan keinsafan dalam diri masing-masing.

Apakah konsep yang digunakan untuk cetuskan semangat sukarelawan?

Kita hanya ikhlas membantu, ikhlas bercerita di Facebook dengan automatik orang ramai akan datang kepada kita. Cuma saya seru Syarikat Berkaitan/Milik Kerajaan (GLC) turun padang melihat kawasan terjejas banjir kemudian menjadikannya sebagai kampung angkat seperti yang berlaku di Acheh, Indonesia, bangunkan sekolah dan masjid.

Sifat sukarelawan yang dicetuskan oleh anda di Facebook menjadi fenomena. Apa yang mendorong ia mendapat sambutan?

Mungkin kerana saya sebagai pencetus semangat ini tidak pernah terlibat dengan mana-mana parti politik, ini menunjukkan negara memerlukan ikon baru untuk mengetuai aktiviti kemanusiaan atau berbentuk kebajikan.
Ikon baru itu juga kena bebas dari fahaman politik, untuk mengajak orang ramai ikut dalam kerja sukarelawan tidak susah kerana saya sudah berada dalam lapangan motivasi selama 15 tahun dan mempunyai pengikut di laman sosial lebih setengah juta di seluruh negara. Saya juga bila turun padang buat liputan cerita benda yang sebenar, jika ada pihak buat tidak betul saya akan tegur agar diperbaiki.

Bagaimana mahu menjadi sukarelawan yang bagus?

Letak tepi fahaman politik, saya mengharapkan parti politik, NGO bila ada keperluan turun beramai-ramai bantu pada skala masing-masing. Kita tinggal di negara maju, permudahkanlah sistem atau prosedur di peringkat daerah jika keadaan kritikal.

Tidak perlu terlalu lama untuk mengeluarkan arahan dan bertindak sedangkan mangsa banjir sudah seminggu menyelamatkan diri di atas bukit. Ini yang perlu kita ubah dan perbaiki.

NGO yang berfungsi ketika bencana berlaku amat perlu di mana mereka perlu diberikan latihan secukupnya selain wujudkan budaya sukarelawan di peringkat sekolah lagi khususnya wujudkan Kelab Sukarelawan untuk badan beruniform.

Apa perasaan bila anda dikatakan gila kuasa dan berlagak hero dalam hal ini?

Jika saya gila kuasa mungkin saya tidak akan guna Facebook sebaliknya pergi ke media massa agar mendapat perhatian secukupnya. Isu ini tidak sepatutnya timbul, kerana saya sudah dikenali kalau mahu popular mungkin saya buat ceramah di televisyen sahaja. Apa yang berlaku di Kelantan ada banyak falsafah di sebaliknya.

Selepas banjir ini kita ada tempat tertentu untuk fokus seperti bina dan bersihkan surau terjejas banjir, apabila sempurna kita imarahkan pula dengan tazkirah bagi mereka (mangsa-mangsa banjir) muhasabah diri.

Perlu muhasabah diri? Adakah apa yang berlaku dalam akar masyarakat sangat teruk sehingga mereka menerima ujian ini?
Ada segelintirnya agak teruk, apa yang berlaku perlu jadikan pengajaran. Cuma apabila ada sukarelawan yang datang kita ajar mereka bukan hanya bagi barang tapi juga memberikan nasihat kepada mangsa banjir. Sebab itu kami gelarkan sukarelawan adalah The Third Force pihak ketiga selepas kerajaan negeri dan pusat.

Kenapa anda melibatkan diri sebagai sukarelawan?

Saya tidak terlibat dalam sukarelawan cuma secara peribadi sahaja berjumpa dengan mangsa-mangsa yang berdepan musibah, merantau ke Acheh, Indonesia bagi mendengar pengalaman mereka.

Untuk misi banjir ini, pada Disember tahun lalu saya banyak masa terluang jadual tidak padat dengan program motivasi hanya jalankan perniagaan sahaja. Memang kali ini saya kerja keras dalam misi bantuan mangsa banjir.

Hukuman lebih berat jika abai, dera anak

Posted: 25 Jan 2015 04:21 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Akta baharu yang akan menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata draf akta baharu itu yang memberi lebih penekanan terhadap kecuaian ibu bapa dalam penjagaan anak-anak, kini sedang diperhalusi Jabatan Peguam Negara selepas pihaknya membuat beberapa pindaan.

"Pada tahun lepas, kita menghantar draf pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 kepada Peguam Negara namun dikembalikan untuk diperhalusi dan kini draf itu diserah semula kepada Peguam Negara dan sedang diteliti dari segi perundangan, perkataan serta istilah digunakan.

"Kita jangka pada Jun, bentang di Parlimen tetapi kami cuba untuk awalkan memandangkan akta lama telah tidak lagi terpakai.

"Memandangkan pindaan yang dibuat (terhadap akta sedia ada) lebih 70 peratus, kita yakin Peguam Negara akan bersetuju ia jadi satu akta baharu yang mungkin dikenali Akta Kanak-Kanak 2015," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis 'Santai Kopi O' bersama Rakan FB Komuniti Pertubuhan Wanita (Perwani) Shah Alam di Galeri Shah Alam.

Mengulas lanjut, Rohani berkata akta baharu itu akan melibatkan penambahbaikan beberapa aspek antaranya tempoh hukuman penjara dan jumlah denda yang lebih setimpal dengan kesalahan membabitkan penderaan dan pengabaian anak-anak.

Beliau berkata berdasarkan Akta Kanak-Kanak sedia ada, hukuman bagi kesalahan penderaan ialah denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan manakala hukuman bagi kesalahan pengabaian ialah denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika disabitkan kesalahan.

"Hukuman pada masa ini tidak setimpal, kita nak lebih berat dan pada masa sama kita berpendapat tidak mencukupi jadi kita turut menambah cadangan supaya ibu bapa yang disabit dengan kesalahan perlu menjalani khidmat masyarakat supaya mereka lebih insaf dan bermuhasabah diri.

"Selain itu, penambahbaikan dalam akta baharu juga, kita perlu pastikan selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) terutama membabitkan rotan.

"Kita telah tandatangani konvensyen itu jadi kita kena patuhinya kerana mereka akan memantau kita," katanya.

Selain itu, Rohani berkata akta baharu akan turut membabitkan aspek  penglibatan kanak-kanak dalam proses membuat keputusan berhubung hal kebajikan mereka serta membabitkan proses pemulihan.- Bernama

Saifuddin gelar Hadi 'penyelamat umat'

Posted: 25 Jan 2015 04:19 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Kebimbangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pilihan raya kerajaan tempatan akan membawa kepada perselisihan kaum menerima reaksi sinis daripada seorang bekas anggota kabinet, Datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam tulisannya di Twitter, bekas MP Temerloh itu dengan sinis menyifatkan Hadi sebagai "penyelamat umat" kerana mengeluarkan kenyataan seperti itu.

 Saifuddin yang juga CEO Global Movement of Moderates turut mengaitkannya dengan pendirian PAS sebelum ini dalam isu pelantikan wanita sebagai menteri besar.

"Hadi kata perempuan tak boleh jadi menteri besar (demi) menyelamatkan mereka daripada neraka. Tak boleh (jalankan) pilihan raya PBT (kerana untuk) menyelamatkan daripada (peristiwa 13 Mei).

"Penyelamat umat!," katanya.

Hadi merupakan tokoh utama dalam Pakatan Rakyat yang menentang pelantikan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Beliau juga menegur rakannya dalam BN, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bersetuju dengan sentimen Hadi.

Katanya, kedua-duanya tersasar daripada hujah sebenar mengenai pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan itu.

Dr M digesa nasihat PERKASA henti sikap ekstrem

Posted: 25 Jan 2015 04:17 AM PST

MALAYSIAKINI


 


MP DAP Ipoh Barat M Kulasegaran hari ini menggesa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya "menasihatkan" NGO pendesak Melayu PERKASA agar menghentikan "politik ekstremis".

Gesaan tu dibuat ekoran sokongan terbuka bekas presiden Umno itu kepada kumpulan tersebut minggu lalu.

Kulasegaran juga berkata dakwaan Mahathir bahawa PERKASA tidak mungkin wujud jika tidak kerana peningkatan pandangan ekstremis di kalangan bukan Melayu, adalah "tidak benar".

Dalam kenyataannya, Kulasegaran berkata kenyataan tokoh itu bahawa bukan Melayu telah menyerang hak orang Melayu dan bumiputera adalah tidak benar.

Sebaliknya, beliau mendakwa sikap ekstrem kumpulan itu yang menyerang kaum bukan Melayu.

"Terdapat banyak contoh yang boleh diambil bagi membuktikan sikap ekstrem Perkasa dan ia serangan tidak berasas dan tidak wajar ke atas orang bukan Melayu," katanya.

P'raya PBT: Anwar anggap kenyataan peribadi Hadi

Posted: 25 Jan 2015 04:16 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pilihan raya tempatan berpotensi mengulangi peristiwa berdarah 13 Mei 1969, adalah pandangan peribadi presiden PAS itu.

Beliau berkata perkara itu perlu mengambil kira pandangan semua kaum dan perlu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum membuat sebarang keputusan, lapor Sinar Harian Online hari ini.

"Kenyataan yang dikeluarkan beliau (Abdul Hadi) adalah pendapat peribadinya," katanya seperti dilapor portal berita itu hari ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa tidak ada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat esok seperti yang dilaporkan.

Sebaliknya beliau menjelaskan bahawa Anwar akan menghubungi Abdul Hadi dan pemimpin DAP Lim Kit Siang berhubung isu itu.

Dalam kenyataannya Jumaat lalu, Abdul Hadi antara lain menyuarakan kerisauannya berhubung pilihan raya tempatan itu boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar yang bermajoriti kaum Cina yang sangat besar.

Hadi turut membayangkan yang pilihan raya tempatan akan memberikan kemenangan buat satu kaum dalam masyarakat berbilang kaum sehingga mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk DAP dan NGO.

Pilihan raya PBT, bukti tamak kuasa

Posted: 25 Jan 2015 04:14 AM PST

SINAR HARIAN


Zainal Abidin Osman Zainal Abidin Osman
 
 
BUKIT MERTAJAM - Umno Pulau Pinang menyifatkan tindakan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini sebagai sikap tamak kuasa.
  
Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, cadangan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mahu pilihan raya itu diadakan juga membuktikan mereka mahu memegang kuasa pentadbiran di peringkat ketiga.
  
"Hakikatnya pilihan raya PBT memang tidak sesuai diadakan kerana ia mampu menimbulkan pergolakan kuasa dalam pentadbiran dalaman. Apabila kita mendedahkan PBT kepada hal ehwal politik, kita juga sebenarnya menggadaikan masa depan pengurusan pentadbiran negeri.
  
"Selepas ini, beribu-ribu orang hanya pandai berpolitik tetapi tidak boleh buat kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Keluargaku Ahli Umno dan Daftar Pemilih, di bangunan Tranformasi Umno Permatang Pauh, di sini hari ini.
  
Turut hadir Setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

Isu pilihan raya PBT menjadi polemik hangat apabila DAP ingin melaksanakan cadangan itu di Pulau Pinang selepas ia dimansuhkan kerajaan pusat pada 1976.
  
Bagaimanapun, ia ditentang pelbagai pihak termasuk rakan sekutunya, Pas, yang mendakwa pelaksanaan pilihan raya PBT itu akan mencetuskan insiden rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969.
  
Sementara itu, Zainal Abidin berkata, Umno Pulau Pinang berjaya mendaftarkan sebanyak 3,500 pemilih baharu dalam tempoh tiga bulan sejak Oktober tahun lepas menerusi Fasa 1 Program Daftar Pemilih Negeri.
  
Katanya, jumlah memberangsangkan itu membuktikan Umno masih kekal relevan kepada masyarakat Melayu Pulau Pinang. - Bernama

Isu PBT: Pas buat faham, kata Nik Abduh

Posted: 25 Jan 2015 04:06 AM PST


Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
 
 
SHAH ALAM - Pas tidak akan menuduh rakan PRnya, DAP mencabul kesepakatan meskipun parti itu tetap bertegas untuk mempertahankan pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang yang tidak dipersetujuinya.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Pas mengambil sikap 'buat faham' apabila DAP membawa agendanya secara sendirian di Pulau Pinang.

"DAP boleh tak setuju dengan hudud sebagaimana Pas boleh tak setuju dengan pilihan raya PBT. Membawa agenda masing-masing sepatutnya tidak dianggap melanggar kesepakatan dalam Pakatan Rakyat. Setuju untuk tidak bersetuju adalah tiang keutuhan PR.

"Justeru Pas bersikap 'buat faham' dan tidak menuduh DAP mencabul kesepakatan PR apabila DAP secara sendirian membawa agenda mereka di Pulau Pinang," katanya melalui kemas kini status Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu, beliau membangkitkan soal tuduhan mencabul kesepakatan PR yang dilemparkan kepada partinya ketika mempertahankan hudud di Kelantan.

"Soal sekarang, ketika Pas mengambil sikap sama (pertahan hudud) di Kelantan, mengapa Pas dikata mencabul kesepakatan dalam PR?

"Pas terus maju menghormati sistem demokrasi negara dengan membawa enakmen jenayah syariah itu ke Parlimen Malaysia untuk dibahas walaupun ia sudah lebih 20 tahun diluluskan di Dun Kelantan dan ditangguhkan perlaksanaannya demi menghormati hak undang-undang negara," katanya.

Beliau turut membangkitkan sikap demokratik yang diamalkan DAP dalam isu hudud apabila Pas telah bersikap demokratik dalam isu pilihanraya PBT.

"Pas juga adalah parti tindakan demokratik. Cuma, adakah pilihan raya PBT tak perlu ke Parlimen sebagaimana hudud? Itu saya tak pasti, kena rujuk kepada orang undang-undang.

"Jika Pulau Pinang berjaya mengadakan pilihan raya PBT, adakah Pas akan menganggap ia mencabul PR? Jawapannya tidak. Itu kejayaan DAP dengan impiannya.

"Boleh DAP terima kami di Kelantan jika begitu? Bertindak demokratik lah bro (brother)...," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: DAP ulangi kesilapan 13 Mei, kata Hadi]

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan sikap berdegil DAP yang terus mempertahankan pilihan raya PBT di Pulau Pinang dikhuatiri akan mengundang ketegangan kaum sekali gus mengulangi kesilapan sama dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Beliau menegaskan DAP perlu mengambil kira pandangan politik sekutunya sebelum membuat keputusan sendiri dalam menguruskan pentadbiran sesuatu bandar.

DAP tak patut bangkit isu pilihanraya PBT nak serang PAS - Mahfodz

Posted: 25 Jan 2015 12:20 AM PST

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic

 
 
SHAH ALAM: DAP tidak sepatutnya membangkitkan soal Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara terang-terangan hanya kerana semata-mata tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
 
Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, DAP sepatutnya mengambil pendekatan yang lebih wajar dan memikirkan hubungan kerjasama yang terjalin menerusi gabungan Pakatan Rakyat.  
 
Sama seperti PAS kata Mahfodz, parti itu walaupun tidak bersetuju dengan pilihanraya PBT itu sebelum ini, namun masih mengambil pendekatan berdiam diri kerana mahu menjaga hubungan sesama rakan dalam Pakatan. 
 
"Maka sebab itulah dah sampai masanya Datuk Seri Presiden menyuarakan pandangan yang sebenarnya. Yang PAS tak setuju itu ialah pilihanraya itu macam di seluruh Malaysia ada komponen semua kaum. 
 
"Tapi kalau di bandar, kaum Cina menguasai. Sebab itu PAS tak setuju, ini akan timbulkan ketegangan kaum. Dan Melayulah yang akan tersepit itu," katanya kepada Antarapos.
 
Ujar Mahfodz yang turut bersetuju dengan pandangan Hadi itu lagi, DAP tidak wajar menggunakan isu hudud untuk menyerang PAS kononnya membelakangkan Pakatan, kerana secara asasnya PAS sendiri menghormati pandangan DAP yang tidak mahu hudud dilaksanakan. 
 
"PAS hormati DAP tak mahu hudud tapi dia kena paham apa yang dilaksanakan itu berkaitan dengan hukum hakam orang Islam. Macam kita puasa, sembahyang dan haji..dia tak boleh tak setuju sebab ia berkaitan dengan orang Islam. Hudud pun seperti itu juga, kita tak kenakan apa-apa tindakan kepada orang bukan Islam," ujarnya lagi.
 
Bekas Pesuruhjaya PAS Johor itu juga tidak menolak kenyataan yang dibuat Hadi itu adalah sebagai respon kepada tindakan DAP yang enggan menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan. 
 
"Iyalah.. untuk berlaku adil, maknanya kalau dia nak laksanakan tanpa persetujuan pun dia nak teruskan. Jadi kita pun begitu juga. Walaupun DAP tak setuju dengan hudud, maka kita akan laksanakan juga kerana yang terlibat dengan hudud di Kelantan ini orang Islam saja. 
 
"Tak ada kena mengena (dengan orang bukan Islam). Lagi pun undang-undang itu diluluskan sebelum adanya Pakatan," kata beliau lagi.
 
Tambah Mahfodz, DAP sepatutnya membincangkan isu pilihanraya PBT itu dalam mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat sebelum membangkitkannya.     
 
"Patutnya ia (pilihan raya PBT) ini perlu dibincangkan dan minta persetujuan dalam Majlis Presiden. Kita diam itu dengan harapan supaya hasrat PAS nak laksana hudud di Kelantan pun DAP tak perlu bising. Macam kita (PAS) tak setuju tapi diam... menggambarkan ada perpaduan dalam Pakatan Rakyat," ujarnya lagi. 
 
Justeru dengan keadaan sekrang ini yang menyaksikan pertikaman lidah antara pemimpin kedua-dua parti, Mahfodz mencadangkan kedua-dua pihak duduk semeja untuk membincangkan permasalahan yang berbangkit.

Anwar: 'Saya sudah sedia'

Posted: 25 Jan 2015 12:12 AM PST


Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
 
IPOH - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Menurut Anwar, beliau telah dimaklumkan tentang perkara itu oleh SPRM dan pihaknya akan berjumpa agensi terbabit secepat mungkin.

"SPRM sudah maklumkan tentang perkara ini dan saya sedang mencari waktu yang sesuai untuk berjumpa mereka.

"Saya jamin akan berikan kerjasama penuh untuk berikan keterangan kepada SPRM," katanya ketika ditemui selepas Majlis Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim di sini, semalam.

Pada majlis itu, lebih kurang 100 anak muda dari seluruh negara berkumpul pada sesi dialog yang diadakan kira-kira satu jam itu.

"SPRM tak sepatutnya hanya tunggu dari saya (bukti), sedangkan mereka lebih mengetahui dan punya kelebihan untuk dapatkan pelbagai bukti," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, Anwar akan dipanggil untuk membantu siasatan kerana mendakwa mempunyai bukti kukuh berkaitan kes Daim.

Pada perkembangan lain, Anwar berpendapat cadangan untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) harus diteliti melalui Majlis Pimpinan PR dengan mengambil kira pandangan daripada semua kaum.

Beliau berkata, PR adalah gabungan parti yang mendukung proses demokrasi dan perkara itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kami akan mengenal pasti segala isu dan pendapat semua penduduk dalam sesebuah bandar sebelum membuat keputusan berhubung perkara tersebut.

"Berikutan itu, kami dijangka akan membincangkan perkara berkenaan dalam mesyuarat pimpinan PR pada Isnin ini," katanya.

Menyentuh pandangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai isu tersebut, beliau berkata, perkara itu adalah pendapat peribadinya.

"Kenyataan yang dikeluarkan beliau (Abdul Hadi) adalah pendapat peribadinya," katanya.

Kelmarin, Abdul Hadi dalam satu kenyataan telah menyuarakan kebimbangan berhubung desakan DAP yang mahu mengadakan pilihan raya PBT kerana perkara itu mampu mencetuskan ketegangan dalam kalangan penduduk terutamanya di kawasan majoriti Cina.

HTAA catat sejarah bedah pesakit umur 100 tahun

Posted: 25 Jan 2015 12:11 AM PST

SINAR HARIAN

Gambar hiasan. Gambar hiasan.
 
 
KUANTAN - Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini mencipta sejarah perubatan apabila berjaya melakukan pembedahan ke atas pesakit berumur lebih 100 tahun, mungkin yang pertama di Pahang atau di negara ini.
  
Pakar bedah ortopedik, Dr V.A. Yakub Abraham melakukan pembedahan itu pada 14 November tahun lepas dengan memasukkan plat pada paha kanan pesakit wanita berusia 104 tahun, Hee Lian, yang patah tulang pahanya.
  
Pesakit itu patah tulang paha kanan selepas terjatuh dekat rumah anak lelakinya di sini dan dimasukkan ke hospital pada 6 November.
  
Hee Lian, yang lahir pada 11 Ogos 1910, dibenarkan keluar dari hospital pada 21 November selepas menjalani pembedahan, yang dianggap sebagai percubaan berani pertama yang pernah dilakukan oleh hospital kerajaan ke atas pesakit paling tua.
  
Pengarah HTAA, Datuk Dr Marlia Mohamed Salleh berkata, Hee Lian merupakan pesakit paling tua di hospital itu yang menjalani pembedahan yang berjaya seumpama itu, dan mungkin pesakit tertua di negara ini.
 
Beliau menyifatkan pembedahan yang dijalankan oleh pasukan pembedahan diketuai oleh Dr Jacob sebagai mencatat rekod hospital dan ia merupakan usaha berpasukan oleh pakar bedah, pakar bius Dr Hafizah Mohamed, jururawat dan mereka yang terlibat dalam rawatan pasca penjagaan dan pemulihan.
  
Prosedur selama dua jam itu membabitkan saduran perkutaneus invasif secara minimum pada paha kanan Hee Lian, katanya.
  
Hee Lian pernah mengalami patah pada kaki yang sama 10 tahun lepas yang memerlukan prosedur skru pinggul dilakukan.
  
Dr Marlia berkata, Hee Lian dapat melepasi prosedur itu dengan mudah kerana beliau tidak mempunyai komplikasi perubatan dan tidak menghidap tekanan darah tinggi atau kencing manis.
  
"Beliau berada dalam keadaan stabil sepanjang prosedur dan selepas pembedahan, pesakit pulih tanpa apa-apa jangkitan pada luka," katanya kepada Bernama di sini.

Dr Marlia berkata, anak pesakit itu memberi kebenaran untuk menjalankan pembedahan kerana mereka tidak mahu melihat ibu mereka mengalami kesakitan dan terlantar di atas katil.
  
Anak lelakinya, Lai Kau Chai, 62, yang bekerja sebagai tukang kayu berkata ibunya terpaksa menggunakan kerusi roda selepas pembedahan pertama 10 tahun lepas.
  
Bagaimanapun, katanya, ibunya berada dalam keadaan sihat dan tidak menghidap apa-apa penyakit.
  
Beliau berkata ibunya terjatuh di luar rumah saudara lelakinya pada November lepas dan dibawa ke HTAA untuk rawatan.
  
"Selepas dibenarkan keluar dari hospital, kami menempatkan ibu di sebuah rumah penjagaan di sini kerana ia mempunyai petugas yang boleh menjaganya dengan baik untuk kembali pulih," kata beliau.
  
Hee Lian mempunyai tujuh orang anak termasuk dua perempuan yang berumur antara 60 dan 82. Suaminya, yang bekerja di lombong bijih timah di Kampung Sungai Lembing, meninggal dunia pada 1970 ketika berusia 60 tahun.
  
Kau Chai berkata, ibunya seorang suri rumah dan semasa muda, beliau mengusahakan kebun sayur-sayuran dan menternak ayam di kampung halamannya di Kampung Sungai Lembing.
  
"Saya amat berterima kasih kepada pihak hospital atas pembedahan ini yang berjaya dan kerana menjaga ibu saya dengan baik. Dr Jacob seorang yang baik.

Saya benar-benar menghargai apa yang beliau lakukan," kata Kau Chai. - Bernama

Jual peralatan kepada sindiket, nelayan jangan ambil jalan singkat

Posted: 25 Jan 2015 12:02 AM PST

Oleh : AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM : Golongan nelayan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri diingatkan supaya tidak mengambil jalan mudah dengan menjual semula peralatan terbabit kepada sindiket bagi meraih keuntungan.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, pihaknya ada menerima aduan berhubung masalah berkenaan sebelum ini yang bukan sahaja berlaku dalam kalangan nelayan di Selangor, bahkan seluruh negara.
YB Zaidy sampaikan sumbangan bot dan enjin kepada nelayan (1)
"Sebenarnya, kita tidak boleh salahkan mereka 100 peratus kerana terdapat aduan sebelum ini yang melaporkan bantuan yang diberikan itu bukan sesuatu yang diperlukan.

"Contohnya, mereka tidak perlukan bot atau enjin tetapi kita beri, sedangkan golongan nelayan ini mungkin memerlukan bantuan kewangan. Itu antara faktor yang mungkin menyebabkan mereka terpaksa menjual peralatan terbabit bagi mendapatkan wang dan membeli keperluan lain," katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, kebanyakan nelayan menggunakan jalan singkat untuk meraih hasil lumayan tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap pendapatan mereka pada masa akan datang.
Sehubungan itu, Zaidy berkata, elemen kerohanian dan modal insan sentiasa diguna pakai dalam ucapannya supaya golongan nelayan sentiasa amanah terhadap bantuan yang diberikan.
zaidy
"Mereka perlu memikirkan jangka masa panjang dan apa yang saya sampaikan dalam ucapan adalah supaya mereka tahu bantuan berkenaan sebagai satu amanah daripada wang rakyat yang diberikan.

"Perkara ini adalah perkara biasa, namun saya ingatkan mereka supaya tidak terpengaruh dan bersekongkol dengan sindiket," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer.
-NFN-

Pemuda PAS Selangor lancar kutipan dana bantu PASTI

Posted: 24 Jan 2015 11:56 PM PST

Oleh : AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM: Pemuda PAS Selangor melancarkan kutipan sumbangan dana di seluruh negeri sebagai usaha membantu urusan membaik pulih Pusat Asuhan Tunas Islam Pasti (PASTI) di Kelantan yang musnah teruk ekoran kejadian banjir, baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, pihak melihat kerosakan yang berlaku terhadap PASTI sebagai satu keperluan mendesak yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak.

pastiKatanya, hal itu berikutan PASTI adalah landasan pendidikan bagi kanak-kanak khususnya di Kelantan untuk menerima pembelajaran pra sekolah.

"Walaupun semua pihak masih menghulurkan bantuan selepas kejadian banjir, namun kita tidak boleh melupakan kerosakan dan kemusnahan yang melanda PASTI yang juga perlu dilihat secara serius.

"Justeru, Pemuda Pas Selangor melancarkan kutipan sumbangan dana dari Dewan Pemuda Pas kawasan seluruh Selangor serta badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang ingin turut serta dalam usaha serta bantuan murni ini.
Syarhan-Humaizi-Abd.-Halim
"Segala sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Islamic Pemuda Selangor iaitu 5647 9912 0668 atau menghubungi Bendahari Kehormat Dewan Pemuda Pas Selangor, Mohd Razali Shaari Al Banjari di talian 0192135309 untuk maklumat lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Sebanyak RM1.8 juta diperlukan bagi membangunkan semua tadika PASTI yang terjejas di Kelantan akibat banjir besar dan bantuan projek angkat PASTI juga antara fokus utama PAS Selangor untuk membantu PASTI yang terjejas teruk.-NFN-

Penduduk Damansara Damai kecewa projek didahulukan, laluan ke-2 dikemudiankan

Posted: 24 Jan 2015 11:54 PM PST

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Penduduk Damansara Damai kecewa apabila bantahan mereka terhadap projek pembinaan pangsapuri 33 tingkat sebelum ini tidak diendah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Sebaliknya, MBPJ memberikan kelulusan pembinaan projek yang dijangka paling awal bermula pada 2016.

Pengerusi Persatuan Penduduk Apartment Saujana, Faizul Najib Abd Munaim berkata, keputusan itu bertentangan persetujuan yang dicapai antara MBPJ, wakil penduduk dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan sebelum ini.

rumah mampu milik sutera damansara 01

"Dalam keputusan sebelum ini, mereka bersetuju untuk mensyaratkan kepada pemaju supaya membina akses kedua terlebih dahulu, kemudian baru boleh naikkan projek.

"Sekarang terbalik. Projek yang naik dulu dan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas di sini bertambah kronik," kata Faizul ketika dihubungi Selangor Kini.

Faizul berkata, keputusan itu dimaklumkan kepada beliau oleh seorang Ahli Majlis beberapa hari lalu.

"Sebelum ini MBPJ panggil mesyuarat, beritahu projek dah diluluskan dan mereka ada juga minta pandangan kami. Dalam mesyuarat itu juga, YB Elizabeth Wong (Adun Bukit Lanjan) turut menggesa MBPJ kaji semula keputusan.

"Dua hari lalu saya dihubungi Ahli Majlis, memberitahu pemaju boleh teruskan projek dan paling awal bermula pada 2016," katanya.

elizabeth wongSebelum ini, projek pembinaan pangsapuri 33 tingkat di Damansara Damai menerima bantahan penduduk disebabkan keadaan lalu lintas kawasan penempatan terbabit semakin sesak.

MBPJ selepas diasak penduduk yang disokong Elizabeth Wong akhirnya bersetuju untuk mensyaratkan laluan kedua dibina terlebih dahulu sebelum boleh memulakan projek terbabit.-NFN-

Skimsel berjaya salur dana RM94 juta kepada 11,163 Sadiq

Posted: 24 Jan 2015 11:52 PM PST

Oleh : NAEEM RAFFI


SHAH ALAM: Skim Mikro Kredit Selangor (Skimsel) akan memperhebatkan lagi usaha membantu golongan miskin di desa bagi memperoleh modal untuk memulakan perniagaan.

Pengurus Kanan Operasi Skimsel, Normaiza Yahya berkata, pihaknya mensasarkan 2,500 peserta atau dikenali sebagai Sadiq untuk didaftarkan di dalam program pembiayaan itu sepanjang tahun 2015.

"Kami akan terus berusaha mencapai sasaran itu dan memastikan setiap sen yang disalurkan itu diterima individu sebenar serta dimanfaatkan ke jalan yang betul.
SKIMSEL12
"Selain memberi pembiayaan, Skimsel juga akan memastikan Sadiq terpilih diberi latihan dan kemahiran sebagai pakej lengkap," katanya kepada Selangor Kini.

Normaiza berkata, Skimsel akan mewajibkan pegawai bertugas melakukan lawatan dua kali setahun iaitu Jun dan Disember dalam memastikan peserta naugannya berjaya di dalam bidang yang diceburi.

Sepanjang beroperasi pada 2010 sehingga 31 Disember 2014, Skimsel berjaya menyalurkan dana kepada 11,163 Sadiq dengan pembiayaan sebanyak RM94 juta.

"Skimsel mengunjurkan pembiayaan sebanyak RM27 juta dengan sasaran 2,500 peserta bagi tahun 2015 dan Sadiq sedia ada (11,163), .
pic- SKIMSEL&MIMBAR
"Kita yakin dan percaya, menerusi usaha ini hasrat Kerajaan Negeri menganjak kualiti ekonomi serta sosial rakyat pinggir bandar bagi membebaskan mereka dari kitaran kemiskinan akan tercapai," katanya.

Daripada jumlah itu, kira-kira 400 Sadiq dikelaskan sebagai cemerlang dengan lebihan pendapatan seisi rumah RM5,000.

Rekod Skimsel juga mencatatkan lebih 4,000 Sadiq berada dalam kategori berjaya dalam bidang yang diceburi dengan lebihan pendapatan seisi rumah RM1,000 hingga RM4,999.

Sementara itu, lebih 1,500 Sadiq pula berada di posisi bertahan dengan lebihan pendapatan seisi rumah di bawah RM1,000 iaitu kebanyakan mereka baru memulakan perniagaan dan lebih membanggakan apabila pengurusan Skimsel berjaya memastikan 98 peratus daripada mereka yang terlibat membayar balik pembiayaan itu.

Menteri: Tiada semakan semula had GST

Posted: 24 Jan 2015 11:49 PM PST

SINAR HARIAN

 
 

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum ada cadangan untuk membuat sebarang semakan semula ke atas had Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) buat masa ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.
  
Mengulas laporan yang menyatakan bahawa Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menyokong cadangan supaya kerajaan meningkatkan had GST kepada  RM1 juta daripada RM500,000, Tee Yong berkata jumlah itu 'normal'.
  
"Jika anda bandingkan dengan negara serantau, Thailand dan Filipina menetapkan had masing-masing sekitar RM14,000 dan RM180,000, manakala negara maju seperti United Kingdom dan US (sekitar RM400,000), had kita sebenarnya lebih tinggi.
  
"Bagi Malaysia yang menetapkan had pada RM500,000, angka itu secara relatifnya normal.
  
"Kita beraada dalam kedudukan yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah, dan (kita tidak merancang untuk menkajinya semula) pada masa ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majis penyampaian cek '1600 Pandas World Tour', di sini hari ini.
  
Tee Yong berkata, had RM500,000 yang ditetapkan kerajaan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah perniagaan yang terlibat dalam pelaksanaan GST mulai 1 April.

Beliau berkata, berdasarkan kajian awal, hanya terdapat antara 12 dan 13 peratus syarikat di Malaysia yang perlu berdaftar untuk GST memandangkan tidak semua perniagaan memperoleh pendapatan melepasi RM500,000 setahun.
  
Pengerusi FMM, Datuk Saw Choo Boon dilaporkan sebagai berkata bahawa had RM500,000 itu terlalu kecil untuk perniagaan ekoran inflasi dan peningkatan kos barangan.
  
Choo Boon juga berkata proses mendaftar dan memfailkan GST akan membebankan entiti dan perniagaan kecil.
  
Sementara itu semasa ditanya mengenai sama ada tarif elektrik akan dikurangkan pada separuh kedua tahun ini disebabkan harga minyak mentah dan arang batu yang rendah, Choo Boon berkata kerajaan akan memantau keadaan sebelum membuat sebarang keputusan.
  
"Kerajaan perlu mengkaji harga gas dan arang batu disebabkan sebahagian besar pengeluaran tenaga oleh TNB tidak semata-mata menggunakan minyak mentah, malah syarikat utiliti itu juga menggunakan banyak gas dan arang batu.
  
"Harga arang batu juga susut sedikit, dan kedudukan ini kami sedang pantau. Jika berlaku penurunan selanjutnya dalam bahan mentah untuk penjanaan elektrik, sudah pasti ia perlu dibincangkan," katanya.
  
Pameran 1600 Panda kertas di Publika Mall di Sri Hartamas itu berlangsung selama dua minggu selepas melakukan pengembaraan di 15 lokasi ikonik di Semenanjung Malaysia bagi mempromosi pentingnya pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan.
 
Mereka yang berminat boleh mendaftar secara dalam talian untuk membawa pulang panda kertas berharga RM150 seekor, dengan keuntungan disalurkan kepada usaha pemuliharaan WWF-Malaysia. - Bernama

Harakah dalam bahaya, atau PAS?

Posted: 24 Jan 2015 11:21 PM PST






Oleh Dinsman


Seniman Paksi Rakyat (Paksi) bersama PAS Kawasan Batu meneruskan lagi usaha mereka "mengembalikan" Harakah kepada landasan awalnya, sepertimana sebelum ini Paksi pernah mengadakan kempen mengembalikan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kepada landasannya, hinggalah Datuk Dr Awang Sariyan dilantik menjadi Ketua Pengarah DBP (awal 2012).

Tak kiralah samada kempen itukah yang akhirnya "menyelamatkan" DBP yang waktu itu dikatakan sedang tenat, ataupun semua itu terjadi daripada proses yang lain, hakikatnya Paksi memang melakukan kempen berkenaan secaranya tersendiri (bersama dengan Gerakan Darurat Bahasa atau GDB, yang dipimpin presiden Teras, Cikgu Azmi Abdul Hamid).

Itu terjadi pada 2011. Bermula dengan majlis baca Yasin dan puisi di warong kopi di depan bangunan lama DBP, yang dihadiri oleh tokoh budaya sahabat Paksi termasuk Sasterawan Negara, A Samad Said dan Prof Shaharir Mohd Zain pada Mac, dan diikuti beberapa acara lagi di warong tersebut, termasuk menyambut ulang tahun ke-55 penubuhan DBP, pada Jun.

Apakah untuk Harakah kali ini pun perlu dibuat baca Yasin juga seperti untuk DBP yang tenat dulu itu?

Rasa-rasanya Harakah belumlah sampai ke tahap tenat. Cuma cara pengurusannya meladeni pekerja wartawannya agak "kurang ihsan" mengikut akhlak Islam, atau kalau ikut istilah Cikgu Ishak Surin (YDP Pas Kawasan Batu), "zalim dan tidak Islamik".

Bagi sebuah institusi yang letaknya langsung di bawah kepimpinan pusat PAS (parti yang mendakwa segala-galanya berkaitan dengannya adalah Islam), dakwaan atau kenyataan YDP PAS Batu itu adalah sesuatu yang sangat serius.

Tentunya Cikgu Ishak tidak akan membuat kenyataan atau dakwaan begitu saja-saja suka-suka, kerana membuat dakwaan demikian itu pun adalah suatu perkara yang serius.

Sangat serius. Apatah lagi Cikgu Ishak pun adalah orang dalam PAS sendiri. Seorang tokoh veteran yang dikenali sangat kuat berpegang pada prinsip. Dan dia sendiri adalah pengasas suratkhabar Harakah itu, pada awal tahun 1987, bersama dengan Rahim Kassim dan Yusuf Jalil.

Ada perkara yang memang tidak betul telah dan sedang berlaku dalam pengurusan Harakah. Ketika Naib YDP PAS Batu, Tarmizi Md Jam diberhentikan daripada jawatannya sebagai Pengarang Harakah pada 1 Oktober 2014, Cikgu Ishak tidak berbuat apa-apa.

Tetapi apabila Roslan Hamid pula diberhentikan pada pertengahan Disember, dan serentak dengan itu kolum Wacana Budaya juga dihentikan, dan Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman juga diminta berhenti, Cikgu Ishak tak dapat lagi menahan dirinya daripada bertindak.

"Mereka sudah melampau," katanya. "Mereka hendak menyekat PAS daripada berkembang dan maju sesuai dengan keperluan zaman ini. Almarhum Ustaz Fadzil Noor bersama Tok Guru Nik Aziz telah membawa PAS maju ke depan hingga diterima oleh masyarakat kita yang pelbagai kaum dan agama, tiba-tiba sekarang mereka nak bawa PAS balik ke zaman Datuk Asri dulu. Ini tak boleh dibiarkan.

"Mereka ni cuma segan dengan Tok Guru Nik Aziz saja," katanya lagi.

"Kalau tak kerana Tok Guru Nik Aziz, PAS dah rosak dah. Sekarang Tok Guru Nik Aziz uzur, sudah tak berdaya untuk menghalang mereka, tengoklah apa yang mereka buat! Saya memang tak percaya lagi dengan puak-puak ini."

Seterusnya, Cikgu Ishak mengatakan terdapat ramai lagi pimpinan PAS pelbagai peringkat yang sedar akan "bahaya" yang sedang melanda parti mereka, tetapi kebanyakan mereka tidak berani hendak bangkit bertindak kerana nak menjaga imej PAS agar jangan tercemar.

"Tetapi sekarang imej PAS sudah tercemar," katanya.

"Semua orang tahu. Tak dapat nak sembunyi lagi. Zaman sekarang mana kita boleh sembunyi perkara macam itu. Orang dah tahu semua. Cuma puak-puak mereka yang berapa kerat itu saja yang belum sedar."

Dan Cikgu Ishak menegaskan dia amat sedar apa yang dilakukannya. Bukan dia mencemarkan imej PAS, tetapi imej PAS memang sudah tercemar, katanya. Dan dia bertindak bagi menyekat proses pembobrokan di dalam PAS itu daripada terus menjadi parah.

"Aku bukan menyerang dan memburukkan parti PAS," jelasnya bagi mengelakkan salah faham.

"Aku cuma mengkritik beberapa individu dalam saf kepimpinan sahaja. Sebab itu aku menyeru
Mustafa Ali supaya berhenti daripada menjadi pengerusi Harakah. Apa yang dia buat di situ selama bertahun-tahun, kalau kebajikan wartawan yang hanya berapa orang itupun dia tak boleh ambil tahu?

"Aku malu, Din. Sebagai pengasas Harakah aku juga berasa bersalah kalau Harakah diuruskan dengan cara yang bukan seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Apa orang kata, tidak Islamik. Itu aku rasa berdosa kalau aku tak tegur tu!".

Memang dia nampak beremosi juga ketika bercakap mengenai perkara ini. Tetapi dia menegaskan berkali-kali bahawa dia sedar apa yang dilakukannya, dan dia bertanggungjawab serta bersedia menghadapi akibatnya.

Bagi Paksi, mereka bukanlah hendak bermain dengan api politik apabila mereka bergabung dengan
Cikgu Ishak dan PAS Batu menganjurkan program pendedahan Harakah.

Seperti disebut di atas, sebelum ini pun Paksi pernah menjalankan program yang hampir sama – iaitu kempen bagi menyelamatkan Dewan Bahasa dan Pustaka yang sedang sakit tenat pada tahun 2011.

Kini Paksi menganggap mereka menjalankan kempen yang sama, bagi menyelamatkan sebuah penerbitan akhbar yang sepatutnya mengamalkan pengurusan secara Islam, agar dapat dicontohi pengurusannya oleh pihak lain, di samping memperjuangkan hak kebebasan bersuara.

Saya sendiri mempunyai "bukti" cukup mengesankan dalam hal kepemimpinan PAS yang enggan menerima teguran dan kritikan, iaitu kepemimpinan Ustaz Azizan Ab Razak sewaktu menjadi menteri besar Kedah.

Saya melihat unsur negatif dalam kepemimpinan yang pantang dikritik itu, lalu mengambil sikap menjauhkan diri daripadanya, hinggalah ia berakhir dengan kekalahan PAS pada PRU13 yang lalu.

Maka saya berkata kepada diri sendiri, cukuplah membiarkan yang satu itu musnah kerana semua orang akur dengan kehendaknya dan mengumpulkan segala pujian kepadanya, sedangkan adab dan akhlak Islam tidak menggalakkan yang sedemikian itu.

Dan semoga kata-kata "kepimpinan ulama" tidak menjadi topeng slogan yang sendirinya mencemarkan kesucian, keadilan dan kebenaran Islam.

Tertangkap menipu, kredibiliti Zahid Hamidi hancur dalam seminggu

Posted: 24 Jan 2015 03:57 PM PST

Zahid_Hamidi

Roketkini.com


GELANG PATAH,: Dakwaan Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa amalan mengutus surat kepada FBI dilakukan Menteri Dalam Negeri dinafikan Tan Sri Syed Hamid Albar dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata, kini tinggal tiga lagi mantan menteri yang belum bersuara bagi menyatakan sikap terhadap dakwaan Zahid Hamidi.
"Mereka harus bersuara sebagai seorang negarawan bagi menjernihkan keadaan.

"Jangan bersikap seperti pelarian dari keadilan untuk mencari perlindungan dari kebenaran, jika mereka sudah melakukan perkara yang merugikan negara," tegas Kit Siang.

Ketiga trio tersebut ialah Datuk Seri Mohd Radzi Syeikh Ahmad, Datuk Azmi Khalid dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Justeru itu, Kit Siang menggesa kesemua Menteri Dalam Negeri sejak dari 15 tahun lalu agar rekod mereka dapat dibersihkan, bukan hanya demi kepentingan negara, malahan membersihkan nama mereka yang tercemar sebagai menteri.

"Nampaknya, Zahid membuat dakwaan untuk mengatakan bahawa dia tak buat apa-apa yang salah ketika mengutus 'surat penjelasan' mengenai raja judi 14K Paul Phua kepada FBI.

"Adakah kabinet yang bersidang Rabu ini akan sekali lagi membincangkan penipuan Zahid tentang surat kepada FBI melibatkan isu akauntabiliti kerajaan?

"Adakah mereka boleh menggantung Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri kerana melibatkan soal kepentingan nasional?

"Zahid orang besar politik Malaysia. Dalam tempoh seminggu sahaja, kredibilitinya hancur hanya kerana memperbodohkam kabinet dan rakyat Malaysia tentang surat FBI itu," ujar Kit Siang. – Roketkini.com

Najib gagal sebagai Perdana Menteri

Posted: 24 Jan 2015 03:51 PM PST

Pentadbiran Najib sebagai Menteri Kewangan juga didakwa menyebabkan hutang rasmi menecah tahap 80 peratus KKNK.


najib ariff2


PETALING JAYA: "Najib gagal sebagai PM," dakwa Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz dalam serangan terbarunya ke atas Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan mengaitkan prestasi Perdana Menteri itu dengan kedudukan ekonomi dan kewangan negara.

Menurutnya, Najib gagal sebagai pemimpin negara yang mempunyai kepimpinan, hala tuju dan pengisian makna dan menyoal Malaysia ingin menjadi sebuah "negara koro atau berjaya?"

Beliau berkata, jika ada sesiapa pihak mengatakan bahawa Najib meruakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan terbaik, secara sinis cadangnya, pihak terbabit wajar membuat pemeriksaan doktor.

Mohd Ariff Sabri yang terkenal sebagai blogger sakmongkol.blogspot.com juga mendakwa Mohd Najib gagal secara mutlak sebagai Menteri Kewangan atas beberapa alasan.

Dalam entri terbaru blognya yang berjudul Menilai Najib, beliau menyatakan, kegagalan utama Menteri Kewangan itu ialah hutang sektor awam meliputi hutang rasmi dan tidak rasmi kerajaan, tanggungan melalui surat sokongan, pendanaan tidak bertulis yang didakwa mencecah paras 75 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Bagaimanapun bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan itu kemudiannya mendakwa, "Kita tidak tahu" selepas menyatakan segala butiran hutang yang didakwa mencecah 75 peratus KNK.

Wakil rakyat DAP itu mendakwa hutang negara pada masa ini dianggarkan mencecah RM800 billion yang merangkumi RM500 billion hutang rasmi, RM170 billion tanggungan kontingen dan tanggungan mellaui surat sokongan antara RM100-200 billion.

Mohd Ariff Sabri mengandaikan: "Jika ekonomi kita lebih sedikit dari RM1 trillion, (RM1000, 000,000,000) hutang kita sudah menuju kepada tahap 80 peratus KNK)."

Lantaran itu dakwanya, Perdana Menteri akan mencetak wang daun pisang seperti yang dilakukan oleh pemerintah Jepun akibat kejatuhan nilai wang pada masa itu disebabkan apa yang dikatakan sebagai "Muflis negara kita. Mata wang kita tidak ada harga."

Caj 90 sen bayar bil air di pejabat pos adalah karut

Posted: 24 Jan 2015 03:47 PM PST

 
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang mengenakan caj 90 sen bagi bilnya yang dibayar di pejabat pos.


Rafizal Abdul Rahim PETALING JAYA: Pemuda UMNO Pulau Pinang mendesak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menarik balik keputusan mengenakan caj RM0.90 bagi bayaran bil di pejabat pos.

Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata, caj tersebut tidak sepatutnya dikenakan kepada rakyat Pulau Pinang malah ia perlu ditanggung sepenuhnya oleh pihak PBAPP memandangkan POS Malaysia telah memberi kemudahan kepada meraka.

"Pemuda UMNO Negeri menggesa caj ini
dibatalkan segera dan beban caj ini ditanggung sepenuhnya oleh PBAPP memandangkan PBAPP telah menaikkan surcaj air sebanyak 100 peratus tahun lalu dan juga masih menunggu keputusan kenaikan tarif air di negeri ini," katanya dalam kenyataan media.

Jelas Rafizal, Kerajaan Pulau Pinang seharusnya mencontohi kerajaan pusat yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dengan menurunkan kos sara hidup.

"Kerajaan Negeri sepatutnya membantu rakyat dengan menurunkan lagi kos sara hidup dan bukan memperkenalkan caj baru yang semestinya membebankan rakyat Pulau Pinang," ujarya.

Sehubungan itu, pihaknya membantah sekeras-kerasnya pengenalan caj RM0.90 oleh PBAPP selaras dengan slogan kerajaan negeri yang kononnya prihatin terhadap kebajikan rakyat.

4 Anggota Polis Rakam Video Zamani Ditukar Tugas

Posted: 24 Jan 2015 03:40 PM PST

RAKYATNEWS


 



SHAH ALAM  - Empat anggota polis dikaitkan dengan rakaman dan penyebaran klip video seorang penyanyi lelaki era 1990-an yang ditahan beberapa hari lalu berhubung kes dadah, telah ditukarkan ke bahagian operasi pejabat.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata kesemua mereka masih bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik tetapi tidak lagi terlibat dengan kerja berkaitan penyiasatan dan operasi.

"Mereka ditugaskan untuk kerja pejabat atau non-active task. Keputusan muktamad mengenai kedudukan mereka hanya akan dibuat selepas selesai siasatan," katanya kepada pemberita pada satu majlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Abdul Samah berkata pihaknya masih menyiasat sekiranya ada lagi anggota yang terlibat dalam insiden yang mencuri perhatian ramai itu.

Video berdurasi 1 minit 21 saat yang menjadi viral itu memaparkan penyanyi utama kumpulan Slam, Zamani, diminta menyanyikan lagu hitnya 'Gerimis Mengundang' dalam keadaan duduk dan tangan bergari.

Ia mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai tindakan membuli dan menjatuhkan maruah penyanyi itu.

Abdul Samah berkata siasatan mengenai insiden itu tetap dijalankan walaupun Zamani dilapor telah mengeluarkan kenyataan memaafkan anggota yang melakukan kesalahan itu.

"Kita tidak akan melindungi mana-mana anggota kerana ini kesalahan serius yang bukan hanya memalukan individu berkenaan malah ia turut mencemarkan kredibiliti Polis Diraja Malaysia," tegasnya.

Zamani dan seorang wanita yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat pada Rabu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini dan tempoh reman empat hari terhadap mereka tidak disambung.

Wujudkan kaunter khas pengeluaran KWSP

Posted: 24 Jan 2015 03:36 PM PST


Sohaimi Sohaimi
 
 
SHAH ALAM – Pengerusi Pelaburan Mara Berhad, Datuk Sohaimi Shahadan menyambut baik keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan pencarum membuat pengeluaran simpanan dari akaun dua untuk memulihkan kediaman mereka yang terjejas akibat banjir.

Beliau berkata untuk tujuan itu semua pihak perlu memainkan peranan proaktif dan bekerjasama dengan KWSP bagi memastikan urusan pengeluaran wang oleh pencarum dapat dilakukan dengan lancar dan pantas.

Sohaimi yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno juga mencadangkan agar satu pusat sehenti atau kaunter khas dibuka segera di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan tempat yang terjejas banjir bagi memudahkan urusan pengeluaran.

"Kaunter khas atau pusat sehenti perlu dilengkapi dengan kaunter KWSP, Kaunter Majlis Perbandaran atau daerah yang dapat memberi pengesahan bagi mempercepatkan proses permohonan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Minggu lalu Sohaimi menyarankan KWSP memberi pertimbangan khas kepada para pencarum bagi membuat pengeluaran simpanan dari akaun dua untuk memulihkan kediaman mereka yang terjejas akibat banjir.

Dalam pada itu, Sohaimi juga menyarankan KWSP menggunakan pelbagai medium komunikasi untuk menguar-uarkan kemudahan itu bagi memastikan pencarum mendapat maklumat yang jelas dan tepat.

"Pusat Transformasi Bandar atau Urban Transformation Centre (UTC) merupakan lokasi strategik bagi tujuan pengeluaran akaun kedua KWSP memandangkan UTC adalah satu pusat sehenti yang serba lengkap," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak tidak mengambil kesempatan dan menyalahgunakan kemudahan pengeluaran caruman itu.

"Gunakalah wang ini dengan tujuan membaik pulih rumah dengan sebaik-baiknya.

 "Saya harap lebih banyak pihak tampil turun padang bagi mengenal pasti keperluan atau bantuan yang diperlukan dalam usaha memulihkan kembali negeri-negeri yang terjejas banjir", katanya lagi.

Keluarga atlet paralimpik diberi bantuan khas

Posted: 24 Jan 2015 03:30 PM PST

SINAR HARIAN


 Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (tengah) mengusung jenazah atlet paralimpik Mohammad Azlan Mat Lazim keluar daripada bilik mayat Hospital Serdang ke dalam van jenazah sebelum di bawa ke Kemaman, Terengganu untuk dikebumikan malam ini. - Foto Bernama Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (tengah) mengusung jenazah atlet paralimpik Mohammad Azlan Mat Lazim keluar daripada bilik mayat Hospital Serdang ke dalam van jenazah sebelum di bawa ke Kemaman, Terengganu untuk dikebumikan malam ini. - Foto Bernama
SERDANG - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memberi bantuan khas termasuk kewangan kepada keluarga atlet paralimpik negara, Allahyarham Mohammad Azlan Mat Lazim yang maut dalam kemalangan jalan raya di Serdang Raya, di sini tengah hari tadi.



Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, beliau akan mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menguruskan segala bantuan yang sepatutnya kepada keluarga Allahyarham termasuk urusan pengebumian.

"Kita ada (skim) khairat kematian yang akan kita sampaikan kepada keluarga Allahyarham. Insentif khas Sukan Para Asia 2014 juga akan diserahkan kepada keluarga Allahyarham.

"Saya sendiri akan beri sumbangan peribadi (kepada keluarga Allahyarham)," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat jenazah Mohammad Azlan di Hospital Serdang, di sini hari ini.

Untuk rekod, Allahyarham memenangi tiga pingat emas menerusi acara 100 meter lelaki, 200 meter lelaki dan 400 meter lelaki dalam kategori kecacatan T38 pada Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Mohammad Azlan, 25, yang menunggang motosikal jenis Yahama 125 bersama pembonceng, Farisan Jasna, 26, atlet lompat jauh paralimpik negara, dipercayai dilanggar oleh sebuah van jenis Toyota Hiace dipandu seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun, ketika ingin menjamu selera di salah sebuah restoran di sini.

Kejadian kira-kira 1.45 tengah hari itu menyebabkan Mohammad Azlan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Farisan mengalami keretakan di tangan kanan dan kini menerima rawatan di Hospital Serdang.

Dalam pada itu, Khairy menyifatkan arwah sebagai idola sukan paralimpik kerana sentiasa mengharumkan nama negara di pentas sukan antarabangsa selain menjadi kebanggaan ibu bapanya dalam memberi kehidupan yang lebih baik kepada mereka.

"Beliau dimasukkan ke dalam program Paralimpik MSN pada 2012 dan dikenal pasti sebagai bintang harapan yang sedang dilatih untuk kejohanan dunia tahun ini dan Sukan Paralimpik 2016 di Rio De Janeiro (Brazil).

"Beliau seorang (atlet) yang hebat dan mempunyai masa depan yang cerah. Beliau mempunyai perwatakan yang ceria dan sentiasa tersenyum dan seorang yang pemurah hati," kata Khairy.

Sementara itu, Ketua Pengarah MSN Ahmad Shapawi Ismail memberi jaminan bahawa pihaknya akan menguruskan segala bantuan kepada keluarga Allahyarham yang tergolong dalam keluarga berpendapatan rendah.

"Kita berasa sedih kerana beliau merupakan salah seorang ikon (sukan paralimpik). Beliau sepatutnya ada program bersama atlet paralimpik yang baharu bagi berkongsi resepi kejayaannya.

"Ini satu perkara yang mengejutkan dan menyedihkan bagi MSN dan Allahyarham Mohammad Azlan merupakan salah seorang prospek dalam Program Road to Rio 2016," kata Ahmad Shapawi.

Jenazah Allahyarham Mohammad Azlan akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Batu 3, Jalan Air Putih, Kemaman, Terengganu pada malam ini.

Selain meraih tiga pingat emas pada Sukan Para Asia 2014, Mohammad Azlan turut memenangi dua emas dalam acara 100m dan 200m kategori T36 pada Sukan Para Asean 2014 di Naypyitaw, Myanmar. - Bernama

MP PAS: Teliti dulu kebimbangan Hadi

Posted: 24 Jan 2015 03:26 PM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad berkata kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan sepatutnya diteliti terlebih dahulu.

Katanya, kebimbangan Hadi bahawa pilihan raya tersebut berpotensi menyebabkan ketegangan kaum tidak harus mencetus perbalahan terbuka.

Khalid turut menjawab mengenai kecurigaan NGO Gabungan Urus Tadbir Baik (CGG) bahawa PAS menjadi punca di sebalik kegagalan melaksana pilihan raya itu di Selangor.

MP Shah Alam itu menjelaskan, masalah pelaksanaan itu berpunca daripada kebimbangan berhubung keseimbangan komposisi kaum di kalangan ahli majlis.

"Ia adalah satu perkara yang boleh diperhalusi dan tak perlu jadi perbalahan secara terbuka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Susulan itu, timbul cadangan antarabanya agar komposisi ahli majlis bandaraya Shah Alam terdiri daripada 12 orang yang dipilih dan 12 orang lagi yang dilantik.

"Ada juga cadangan agar pemilihan bukan atas nama individu, tetapi atas nama pasukan sehingga akhirnya pemilihan itu melibatkan semua kaum.

"Dengan cara ini dominasi sesuatu kaum itu tidak akan timbul," katanya.

Beliau seterusnya menolak andaian CGG bahawa Hadi menjadi dalang di sebalik masalah pelaksanaan pilihan raya tersebut.

"Andaian NGO itu tidak tepat," katanya.

Beliau turut menolak persepsi umum bahawa penentangan Hadi terhadap pemilihan itu merupakan timbal balas terhadap tindakan DAP yang menolak pelaksanaan hudud.

"Ini kerana dua perkara ini adalah dua perkara yang tak diterima sebagai rangka kerja dasar bersama di peringkat pusat," katanya.
 

Tiada ulasan: