Sabtu, 24 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Atlet paralimpik Mohammad Azlan meninggal akibat kemalangan

Posted: 24 Jan 2015 04:22 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


 Pemenang 3 pingat emas Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan Mohammad Azlan Mat Lazim meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Serdang Raya hari ini.

Pengarah Cawangan Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) Mohd Safrushahar Yusoff ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu yang turut melibatkan seorang lagi atlet lompat jauh paralimpik, Farisan Jasna.

Mohammad Azlan, 24, yang juga juara pecut Sukan Para Asia dan Farisan, 25, yang tinggal di asrama MSN, dikatakan menunggang motosikal untuk ke tempat riadah sempena cuti hujung minggu setelah berehat dari sesi latihan.


"Saya difahamkan motosikal ditunggangi Mohammad Azlan dan Farisan kemalangan dengan sebuah van. Mohammad Azlan dikatakan meninggal di tempat kejadian manakala Farisan dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut. "Mayat Mohammad Azlan juga dibawa ke Hospital Serdang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Safrushahar juga melahirkan rasa sedihnya di atas kehilangan atlet paralimpik itu yang cemerlang dan merupakan ikon harapan negara ke Sukan Paralimpik di Rio 2016.

"Ini satu kehilangan besar... apa lagi yang boleh saya katakan. Sasaran utama Azlan sendiri mahu meraih emas di Kejohanan Dunia di Dubai, seterusnya meraih mata untuk melayakkan dirinya ke Sukan Paralimpik di Rio," tambahnya.

Beliau berkata motosikal yang dinaiki Mohammad Azlan dan Farisan dibeli daripada insentif kewangan hasil kemenangannya di Incheon.

Pada temasya Para Asia di Incheon Oktober tahun lepas, Mohammad Azlan, dari Kemaman, Terengganu menampilkan aksi cemerlang dengan membawa pulang 3 emas menerusi acara 100 meter, 200m dan 400m lelaki dalam kategori kecacatan T38 dan T36.

Farisan, dari Sarawak, merupakan atlet lompat jauh kategori kecacatan T37 yang memenangi pingat emas di Sukan SEA 2013 Nay Pyi Taw, Myanmar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razimi Ahmad berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa  dilanggar oleh sebuah van jenis Toyota Hiace yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun.

Pemandu terbabit berasal dari Taman Maluri, Cheras.

Beliau berkata mayat Mohammad Azlan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

"Mangsa yang meninggal berasal dari Kampung Batu 3 Jalan Air Putih, Kemaman, Terengganu, manakala maklumat mengenai rakannya tidak diperoleh kerana dibawa oleh ambulans ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi. – Bernama

Daim diserang ugutan video seks, tapi tekanan tetap pada Najib

Posted: 24 Jan 2015 04:14 AM PST

OLEH MOHD FARHAN DARWIS


 Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin kini diserang dalam media arus perdana dan Internet dengan terbaru, diancam didedahkan video seksnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2014.Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin kini diserang dalam media arus perdana dan Internet dengan terbaru, diancam didedahkan video seksnya. – Gambar fail The Malaysian Insider,




























Perang proksi dalam media arus perdana dan di Internet di antara Datuk Seri Najib Razak dan pengkritik dalaman Umno seperti mengulangi sejarah percubaan untuk menyingkirkan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, kata seorang blogger pro Barisan Nasional (BN).

Tetapi kali ini taktiknya lebih kotor, secara tidak langsung dan lebih lucah dengan mangsa terbaru adalah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang diancam didedahkan video seksnya.

"Kita merasakan ia kerja blogger-blogger upahan yang sanggup melakukan apa saja asalkan menerima bayaran. Tindakan untuk menggesa Najib meletak jawatan semakin kuat, sama seperti ketika zaman Pak Lah," kata Anuar Mohd Nor yang dikenali dengan blog Umno Reform merujuk kepada Abdullah.


Klip penuh dengan teks selama satu minit dan 40 saat dimuat naik di laman perkongsian video atas talian YouTube, oleh pemilik akaun WikiLeaks Malaysia tanpa memaparkan sebarang aksi seks,  tetapi menjanjikan bakal mendedahkan video temu ramah dengan "mangsa" Daim yang dikatakan berasal dari Vietnam, Indonesia dan Thailand. Klip itu juga mendakwa AS$10,000 dibayar kepada mereka yang masih dara dan akan diperiksa doktor peribadi Daim.

Daim menjadi sasaran kerana kritikannya kepada cara Najib menguruskan politik dan ekonomi.
Walaupun pengkritik utama ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Daim terperangkap di tengah-tengah, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin baru-baru ini.

Menurut Anuar yang pernah menganggotai Unit Media Baru Umno itu, Najib tidak dibantu faktor ekonomi lain seperti kejatuhan nilai ringgit dan kejatuhan harga minyak dunia yang memberikan kesan kepada ekonomi negara.

Katanya, ini menyebabkan kecenderungan untuk menjatuhkan pemimpin juga cukup tinggi.
"Ini spekulasi politik, Tun Dr Mahathir menegur, kemudian tarik balik, seperti main tarik tali...Datuk A Kadir Jasin dan Daim kemudiannya mula turut mengkritik Najib," katanya.

"Ia berlaku kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ketika krisis ekonomi pada 1998 apabila beliau dipecat dan mencetuskan reformasi," katanya merujuk kepada apa yang dilakukan Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kemuncak krisis ekonomi Asia pada 1998.

Serangan kepada pemimpin veteran seperti Daim bagaimanapun mungkin akan "menikam balik" Najib, kata Kadir dengan mengatakan orang seperti bekas menteri kewangan itu dan Dr Mahathir tidak akan rugi banyak kerana sememangnya sudah tidak memegang jawatan politik.

Seorang lagi blogger Shahbudin Husin yang merupakan bekas ketua penerangan Umno Wilayah Persekutuan dalam tulisannya pada Rabu berkata Najib harus bersuara dan menyatakan pendirian tentang serangan terhadap Daim.

Shahbudin berkata, kesan perang proksi dirasai Umno sendiri dan Najib selaku presiden parti perlu menamatkannya dengan menjawab isu ditimbulkan Daim.

"Sebagai pemimpin, beranilah berkata benar dan jangan bersikap baling batu sembunyi tangan. Kalau mengetahui dan merestuinya, berdirilah dengan penuh tanggungjawab sebagai seorang yang berani.
"Namun berdiam diri dan bisu seperti selalu bukan lagi pilihan ketika ini," kata Shahbudin.

Media arus perdana menyerang Daim dengan tuduhan rasuah dan memberikan liputan meluas kepada Anwar yang menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) jika siasatan dilakukan terhadap bank bekas menteri kewangan itu.

Komen Anwar diberikan liputan meluas dalam media arus perdana yang sebelum ini bersikap dingin terhadap ahli politik pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Pemimpin pembangkang sebelum ini menggesa SPRM menyiasat Daim, seperti dilakukan bekas ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Anwar membuat 15 laporan tahun lalu, menuduh Daim mengaut bilion ringgit melalui Bank Afrika dan Eropah Timur menggunakan proksi.

Daim menafikan dakwaan itu dan berjanji untuk memberikan kerjasama kepada SPRM.

Susulan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdul berkata,
badan anti rasuah itu sudah menemu bual Daim dan akan bertemu Anwar untuk membantu siasatan.
Tindakan Anwar itu mengejutkan beberapa pihak, terutamanya sekutu PR DAP apabila mempersoalkan kewujudan "pertalian" antara Anwar dan Najib.

Ahli Parlimen Raub (DAP) Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, kesungguhan Anwar itu dilihat akan menggagalkan usaha PR untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.

"Adakah terdapat perjanjian di antara Najib dan Anwar? Anwar membantu Najib menjatuhkan Daim kerana Najib sebenarnya berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Bagi saya, kelihatan keutamaan Anwar kini bukanlah PR. Walaupun beliau memberitahu saya tidak kisah isu tersebut, saya fikir keutamaannya sekarang ialah kebebasan sendiri," katanya menerusi kiriman di blognya Sakmongkol AK47 hari ini.

Katanya, media Umno seharusnya diberikan ruang seluas-luasnya untuk bercakaran sesama sendiri tanpa melibatkan pemimpin PR.

"Kita patut membiarkan Daim dan orangnya seperti penulis, blogger dan bekas menteri untuk menjatuhkan Najib.

"Jangan halang Zam menyampaikan cerita sensasi tentang Najib supaya seluruh Malaysia mengetahui siapakah Najib sebenarnya," katanya merujuk kepada bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Anggota polis paksa Zamani menyanyi digantung tugas

Posted: 24 Jan 2015 04:09 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Penyanyi kumpulan Slam, Zamani yang popular sekitar zaman 1990-an ditahan polis minggu ini dipercayai kerana memiliki dadah di sebuah rumah di Taman Keramat, Kuala Lumpur. – Gambar daripada Youtube, 24 Januari, 2014.Penyanyi kumpulan Slam, Zamani yang popular sekitar zaman 1990-an ditahan polis minggu ini dipercayai kerana memiliki dadah di sebuah rumah di Taman Keramat, Kuala Lumpur. – Gambar daripada Youtube






















































Dua anggota polis yang terlibat dalam kontroversi rakaman video penyanyi Zamani Ibrahim atau dikenali sebagai Zamani digantung tugas, selepas ramai pihak mengkritik perbuatan itu.

Tindakan penggantungan tugas itu disahkan Pengarah Kanan Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Zubaidah Md Ismail.

"Ketua polis negara sudah memberi lampu hijau kepada jabatan untuk melucutkan tugas ke atas mereka yang terlibat dalam perkara tersebut, sementara siasatan sedang berjalan.


"Kami bukan saja menyoal siasat mereka tapi juga memantau, bagaimana kecuaian dalam prosedur polis boleh timbul. Kami sedang siasat daripada setiap sudut," kata Zubaidah seperti dilaporkan TheStar Online hari ini. Bagaimanapun, butiran mengenai anggota polis tersebut tidak akan didedahkan tetapi tindakan tegas akan diambil jika terlibat melanggar Peraturan Penjawat Awam (khidmat dan tingkah laku) 1993, kata Zubaidah.

Katanya, tindakan kedua-dua anggota polis tersebut juga memalukan pasukan keselamatan negara.
Kontroversi membabitkan Zamani tercetus selepas tersebar klip video berdurasi 1 minit 23 saat yang memaparkan beliau sedang menyanyikan lagu popularnya bersama kumpulan Slam, Gerimis Mengundang sambil tangannya bergari.

Video Youtube itu tersebar di laman sosial Facebook dan mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan ia sebagai tindakan membuli dan menjatuhkan maruah Zamani.

Zamani dan seorang wanita ditahan minggu ini kerana dipercayai memiliki dadah di sebuah rumah di Taman Keramat di Kuala Lumpur.

Pihak polis menemui bungkusan disyaki mengandungi heroin seberat kira-kira 1.2 gram. Mereka ditahan reman selama empat hari.

Zamani bagaimanapun dikatakan sudah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Pembunuh Altantuya bersama anak, saudara di Brisbane sebelum ditangkap, lapor ABC

Posted: 24 Jan 2015 04:02 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Mahkamah Persekutuan minggu lalu memutuskan kedua-dua tertuduh dalam kes bunuh Altantuya Shaariibuu bersalah dan menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2014.Mahkamah Persekutuan minggu lalu memutuskan kedua-dua tertuduh dalam kes bunuh Altantuya Shaariibuu bersalah dan menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri. – Gambar fail The Malaysian Insider






























Bekas komando polis, Sirul Azhar Umar tinggal di Brisbane bersama saudara dan anak lelakinya yang berusia 19 tahun sebelum dicekup pihak imigresen Australia, lapor media negara itu.
 
Sirul tiba di Australia pada Oktober tahun lalu dengan pasport dan visa pelancong serta tinggal di Ipswich, Queensland.

Sirul, 43, tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan minggu lalu apabila hakim mendapati dia bersama Azilah Hadri bersalah kerana membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.


Pihak berkuasa Australia menahan Sirul selepas Interpol mengeluarkan notis merah berikutan kesalahan yang dilakukannya.  Australian Broadcasting Corporation (ABC) melaporkan Sirul dipindahkan ke bahagian keselamatan tertinggi di Pusat Tahanan Villawood di Sydney.

Sirul tidak bercakap kepada ahli keluarganya atau berjumpa peguam sejak ditahan, lapor media itu.
Bagaimanapun, akhbar bahasa Inggeris, New Straits Times (NST) melaporkan semalam pihak berkuasa Australia membebaskan Sirul dengan syarat pergerakannya di negara itu dipantau.

"Pasportnya ditahan tetapi pihak imigresen Australia membebaskannya bersyarat termasuk tampil jika dikehendaki pihak berkuasa," kata jurucakap Wisma Putra kepada NST.

Seorang pengguna Facebook, Shuk Sz yang mendakwa anak kepada Sirul berkata: "Jika saya hebahkan di media, Malaysia akan tumbang."

"PM juga tumbang," katanya. Namun akaun Facebook itu sudah dipadam, kata ABC.
Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin berkata kepada ABC satu permohonan semakan kepada Mahkamah Persekutuan akan dilakukan dan beliau akan menghalang permintaan ekstradisi dari Malaysia.

"Saya mempunyai mandat dari klien saya untuk mengambil langkah perundangan bagi mencabar ekstradisi," katanya seperti dipetik.

ABC melaporkan peguam itu berkata pihak-pihak pendakwaan tidak pernah memanggil saksi penting semasa perbicaraan yang menimbulkan spekulasi campur tangan politik dalam kes tersebut.
Sirul dan Azilah bebas sejak 23 Ogos, 2013 apabila Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman bunuh mereka.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah mereka dan menjatuhkan hukuman mati kepada kedua-keduanya minggu lepas.

Bukti mendedahkan Altantuya, seorang penterjemah, dibunuh sebelum diledakkan dengan bom C4 pada 18 Oktober, 2006, di Shah Alam, berdekatan dengan Kuala Lumpur.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, penasihat Datuk Seri Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul, tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa dipanggil membela diri. Pihak pendakwa tidak merayu terhadap pembebasan Razak.

Walaupun dengan sabit kesalahan, motif pembunuhan Altantuya masih tidak diketahui.
Undang-undang Australia menyatakan seorang yang berdepan dengan hukuman mati di negara asalnya tidak boleh diekstradisi.

Kerajaan perlu kurangkan belanja untuk capai Wawasan 2020, kata Dr Mahathir

Posted: 24 Jan 2015 03:56 AM PST

THE MALAYAIAN INSIDER


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan perlu mula mengenal pasti dan menghentikan projek dan peruntukan tidak perlu dan memberi keutamaan kepada projek yang penting sahaja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2015.Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan perlu mula mengenal pasti dan menghentikan projek dan peruntukan tidak perlu dan memberi keutamaan kepada projek yang penting sahaja. – Gambar fail The Malaysian Insider


Bagi mencapai Wawasan 2020, Malaysia memerlukan kerajaan untuk bersedia kurangkan dan berhemah dalam perbelanjaannya, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan perlu segera mengenal pasti dan menghentikan projek dan peruntukan tidak perlu dan memberi keutamaan kepada projek yang penting sahaja.

"Saya mencadangkan (kerajaan) agar lebih berhati-hati dalam perbelanjaan. Kerajaan perlu meneliti sama ada apa yang ia belanjakan sekarang adalah perlu. Banyak daripada peruntukan itu tidak perlu," katanya.


Dr Mahathir, yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Sumbangan Satu Bilion Dollar untuk Pembinaan Semula
Gaza di Shaftsbury Asteria hari ini. Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Selasa lepas kerajaan akan memotong perbelanjaan operasi sebanyak RM5.5 bilion kepada RM217.94 bilion. Jumlah itu bagaimanapun, tidak termasuk sebarang perbelanjaan tambahan.

Katanya kerajaan membuat perancangan, dan dengan strategi yang betul dan kerja keras, negara masih mampu mencapai status negara maju.

Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun berkata dengan peruntukan yang kurang akibat kejatuhan harga minyak global, adalah penting bagi kerajaan untuk memotong perbelanjaan tidak perlu.

"Projek-projek perlu dikenal pasti dan potong sahaja peruntukannya. Kita tahu yang kita tidak ada banyak wang, jadi kita mesti cari cara untuk kurang berbelanja. Apabila kita kaya, kita buat macam orang kaya, dan apabila kita miskin, kita perlu buat macam orang miskin," katanya.

Terdahulu dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata beliau melihat wujud reaksi hipokrit antara respons terhadap serangan terhadap majalah satira Charlie Hebdo di Perancis, sedangkan negara-negara Barat tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan pembunuhan ribuan penduduk Palestin.

"Saya bersimpati dengan apa yang terjadi kepada kartunis berkenaan dan saya mengutuk keganasan. Tetapi negara-negara Barat dilihat lupa tentang kira-kira 200,000 orang yang dibunuh, rumah dan bandar mereka dimusnahkan di Palestin dan Gaza.

"Sesetengahnya adalah bayi dan kanak-kanak manakala yang cedera kebanyakannya orang tua.
Apabila beribu-ribu orang dibunuh, tiada siapa di dunia barat bersedih ataupun menangisi nasib mereka," kata Dr Mahathir.

Sehubungan itu, beliau menggesa negara-negara Islam untuk kekal bersatu dan berjuang untuk kebebasan bersama, serta merumuskan strategi betul untuk menamatkan penderitaan itu dan terus membantu pembinaan semula Gaza.

"Kita dapat melihat perubahan kuasa apabila beberapa negara Eropah mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka. Kita perlu memanfaatkan ini dengan tidak menyebabkan mereka marah, sebaliknya pupuk persahabatan supaya mereka membantu perjuangan kita dan menukar fikiran mereka," katanya.

Berhubung sumbangan, Dr Mahathir berkata sumbangan akan disalurkan untuk pembinaan semula infrastruktur di Gaza termasuk sektor kesihatan, perumahan, pertanian, air, pembetungan, bekalan elektrik, telekomunikasi dan pembuatan.

Negara Arab dan Suruhanjaya Antarabangsa bagi Pembinaan Semula Gaza bersama-sama dengan Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia(MySET) dan Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare) akan bekerjasama dan berkongsi pengetahuan dalam pembinaan semula Gaza bagi membolehkan penduduknya mendapat peluang untuk membina semula kehidupan mereka. – Bernama

Kisah ajaib di sebalik bah kuning

Posted: 24 Jan 2015 02:11 AM PST


Wan Mohd Zain menunjukkan bilik yang digenangi air jernih di dalam Masjid Kampung Laut.  
Wan Mohd Zain menunjukkan bilik yang digenangi air jernih di dalam Masjid Kampung Laut.


TUMPAT – "Satu kampung dikepung air bah kuning tapi yang peliknya, bilik imam bergenang air jernih," cerita penduduk kampung, Abdul Hamid Muhammad, 62, mengenai keajaiban berlaku di Masjid Kampung Laut, di sini, semasa kejadian banjir besar, akhir Disember lalu.

Menurut Abdul Hamid, dalam kejadian banjir besar baru-baru ini, Kampung Laut terputus hubungan dengan kawasan lain, sekali gus menyebabkan bekalan air bersih dan elektrik terganggu.

Katanya, air jernih yang bergenang dalam bilik imam itulah dicedoknya untuk diminum selepas dia kehabisan ikhtiar untuk mencari bekalan air bersih di serata kampung berkenaan.

"Air jernih yang bergenang dalam bilik imam itu menjadi penyelamat kepada penduduk di sini selepas masing-masing buntu memikirkan bagaimana mahu mendapatkan bekalan air bersih ketika kampung ini dilanda bah kuning dan terputus hubungan dengan kawasan-kawasan lain.

"Semua yang berlaku adalah kuasa ALLAH SWT. Ketika banjir melanda, kawasan dalam masjid dipenuhi air banjir berwarna kekuningan setinggi 0.5 meter selama seminggu dan ketika itu, secara tiba-tiba kami temui air jernih bergenang dalam bilik imam yang masih dalam pembinaan," katanya.

Abdul Hamid memaklumkan, bilik imam tersebut terletak bersebelahan ruang solat dan air jernih itu pada awalnya disedari oleh pekerja binaan warga Indonesia yang tidur di tingkat atas masjid selepas ia dinaiki air.

"Merekalah yang memaklumkan perkara itu kepada saya. Pada waktu itu saya sedang meredah air banjir untuk keluar mencari bekalan air bersih. Ketinggian air banjir pada masa itu melepasi paras dua meter," katanya.

Sementara itu, Imam Masjid Kampung Laut, Wan Mohd Zain Wan Yusof menganggap kejadian itu merupakan pertolongan ALLAH SWT kepada orang-orang ditimpa musibah akibat banjir besar yang melanda negeri ini.

"Ketika penduduk di sini kehabisan bekalan air untuk diminum, ada pula air jernih bergenang dalam bilik berkenaan sedangkan semua kawasan di luar bilik itu dipenuhi air banjir berwarna kekuningan," katanya.

Beliau turut memaklumkan yang air jernih dalam bilik berkenaan kering setelah diambil penduduk.

Menilai Najib.

Posted: 24 Jan 2015 02:04 AM PST



Oleh sakmongkol AK47 


Tiada siapa sekat sesiapa daripada menganggap Najib PM dan menteri kewangan terbaik. Saya hanya syorkan kepala mereka di periksa doctor.Najib gagal sebagai PM. Paling ketara, Najib gagal memberi negara ini kepimpinan, hala tuju, pengisian makna. Kemana Malaysia hendak tuju- negara koro atau berjaya? Apa ertinya menajadi Malaysian?

Najib gagal sebagai MK. Kita akan bahas perkara ini.

Hutang sector awam- baca kerajaan yang rasmi dan tidak rasmi, tanggungan melalui surat sokongan, pendanaan yang tidak bertulis- mungkin sudah sekitar 75% dari GDP. Kita tak tahu.

Hutang rasmi tahun 2014 ialah RM 570 billion. Tanggungan kontinjen ialah RM170 billion. Tanggungan melalui surat sokongan, mungkin RM100-200 billion, ini menjadikan hutang dan tanggungan negara hampir RM800 billion.

Jika ekonomi kita lebih sedikit dari RM1 trillion, (RM1000, 000,000,000) hutang kita sudah menuju kepada tahap 80% GDP. Mungkin ada lojik sebab hutang dan tanggungan isi rumah atau household debt Malaysia sudah pun mencecah 87% GDP.

Muflis negara kita. Matawang kita tidak ada harga. Satu hari nanti, Najib akan citak duit pokok pisang seperti zaman Jepun.

Semakin ramai tidak yakin kepada Najib sebagai PM dan ramai lagi tidak yakin dengan cara dia mengurus kewangan negara.

Kita patut biarkan kumpulan Dr Mahathir membalun Najib. Taktik kumpulan Najib membongkar rahsia Daim dan kemudian Mahathir hanya red herring untuk mengalih pandangan rakyat daripada incompetence Najib. Kita jangan jadi sebahagian daripada pencak silat Najib.

UMNO sukar musnah oleh ancaman luar, tapi lebih mudah jika ianya musnah dari dalam. Jika Najib mengatasi ancaman dalaman, dia akan jadi kuat. Bila kuat, orang putih kata ada hubris- sebut hewbris; ini orang tersebut terpisah dari reality dan overestimate kepentingan dan kehandalan dia. Saya rasa sukar deal dengan orang seperti ini. Macai2 dikeliling nya naik tocang.

Negara kita is in a mess. Institusi politik sedang reput dan dysfunctional. Ini disebabkan oleh aktor2 politik yang mengukuhkan posisi masing2. Contoh: menteri2 menyelitkan agenda politik peribadi atau kepentingan peribadi dalam keputusan yang melibatkan kepentingan nasional.

Kenapa pentingnya, Zahid Hamidi misalnya, memberi surat testimoni kepada seorang potential penjenayah? Lihat pula respons bekas menteri dalam negeri Hishamudin yang kata dia tak pernah tulis surat. Hishamudin melindungi kepentingan politik perbadi nya.

Kumpulan2 pendesak sebagai contoh terus menerus memainkan peranan yang berlebihan dalam menentukan hala tuju negara. Najib membisu seribu bahasa, lidah nya kelu, tidak berkata kata.

Tugas ini sepatutnya dimainkan oleh eksekutif, legislature dan institusi kehakiman. Eksekutif lemah, menyebabkan golongan pendesak menentukan pengurusan negara. Golongan pendesak ialah golongan yang tidak dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya- perkasa, isma dan bahkan pendesak2 dalam institusi yang jaga agama.

Saya tidak ada masaalah misalnya dengan para ostaz dalam jakim, jain, hendak melaksanakan hukum Tuhan yang mereka tafsir- tapi bolekah tidak get yourself elected dahulu? Hukum Tuhan satu bab- tapi sebelum itu, biarlah kamu semua dipilih.

Saya percaya institusi kehakiman kita ramai pendakwa raya dan hakim2 yang conscientious ; tapi reputasi institusi ini tercedara parah. Institusi ini juga tidak terkecuali dari persepsi rasuah- bagaimana setengah kes boleh lepas, manakala setengah kes tidak boleh. Beberapa tahun yang lalu, skendal pemilihan dan kenaikan pangkat hakim terdedah menyebabkan masyarakat sangsi akan kredibilit hakim2.

Apa jadi, jika proses yang sama masih diteruskan? Ini akan menyebabkan rakyat melihat insitusi yang memberi keadilan sebetulnya berfungsi menjaga kepentingan golongan atasan dan penjenayah yang kaya raya.

Kementerian dikepalai oleh budak2 nakal dan pemimpin utama, nakhoda nya, biarkan. Masing2 dengan haluan sendiri dan ikut suka hati. Jika kita percaya Hishamudin dan Hamid Albar, inilah kali pertama dalam sejarah negara kita, seorang menteri memberi surat perakuan mengenai karakter seorang potensi penjenayah yang dicekup oleh Amerika.

Kenapa seorang menteri perlu jawab soalan ang ditanya oleh pihak polis? Peguam? Kalau polis- IGP lah yang jawab. Kalau peguam, AG yang jawab.

Something is terribly wrong dengan menteri, dan kementerian yang masing2 jaga.

Pakatan perlu tamatkan era Umno-BN

Posted: 24 Jan 2015 02:01 AM PST


DETIK DAILY


Pentadbiran Najib berdepan dengan pelbagai isu kontroversi sejak bergerak dari garis mula p
Pentadbiran Najib berdepan dengan pelbagai isu kontroversi sejak bergerak dari garis mula pada 2009, selepas pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa Umno-BN melalui pilihan raya umum dengan prestasi paling buruk dalam sejarah terkini.

Pada masa ini, isu lama dan baharu muncul menghambat Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak, daripada kontroversi pengurusan 1MDB hingga kepada persoalan-persoalan berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Najib banyak menghadapi nasib tidak baik kebelakangan ini, termasuk perkara-perkara yang melibatkan imej di pentas politik, seperti didedahkan bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama semasa beberapa buah negeri di Malaysia dilanda banjir yang dahsyat.

Kemudian, didedahkan pula pesawat rasmi dinaiki Najib meneruskan satu perjalanan yang jauh di beberapa bandar di AS dan akhirnya ke Bangkok sebelum kembali ke Kuala Lumpur.

Semasa banjir buruk melanda negara, kerajaan dan pihak-pihak berwajib kelihatan dikejutkan dengan skala bencana yang dihadapi, hingga sekali lagi mengundang kritikan terhadap Najib, selepas dipersoalkan kepimpinan dan keprihatinannya kerana bermain golf semasa rakyat berdepan banjir.

Banjir buruk yang akan memerlukan kos pemulihan yang amat besar diiringi dengan kejatuhan harga minyak daripada lebih AS$100 setong kepada sekitar AS$40 setong akan segera menguji seluruh pentadbiran Najib.

Dalam menuju ke Pilihan Raya Umum ke-14, Najib berdepan tekanan yang kuat disebabkan perkembangan yang tidak menyebelahinya ini, selepas pilihan raya umum yang lalu menunjukkan peluang Umno-BN untuk pulih terlalu sukar.

Sepanjang 2014, memang kelihatan nasib tidak menyebelahi Najib apabila negara menghadapi insiden buruk bertimpa-timpa, terutama insiden antarabangsa yang berprofil tinggi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dan kemudian pesawat MH17 ditembak jatuh di ruang udara Ukraine.

Kedua-dua insiden mendedahkan beberapa kelemahan pentadbiran Najib dan jentera di bawah kuasa beliau sebagai ketua kerajaan, seperti jawapan yang tidak meyakinkan terutama pada peringkat awal kehilangan MH370 .

Kemudian, hubungan baik Najib dengan Obama menimbulkan pula persoalan tentang rundingan di belakang berkaitan isu-isu keselamatan negara, lebih-lebih lagi disebabkan Malaysia mendapat bantuan yang banyak daripada AS dalam usaha mencari pesawat MH370.

Tetapi nasib tidak baik tidak menjelaskan semua peristiwa yang dihadapi Najib dan negara sepanjang 2014 hingga ke tahun 2015 ini, tetapi juga kelemahan kepimpinan beliau sebagai perdana menteri, yang isu Altantuya, pelaburan 1MDB dan sebagainya berlaku melibatkan beliau secara langsung, yang mempunyai kuasa yang bukan sedikit dalam menangani isu-isu terbabit.

Selepas Pilihan Raya Umum ke- 13, Najib nampaknya semakin lemah, dengan kabinet yang lemah dan kelihatan kurang ber upaya menghadapi cabaran semasa dalam keadaan ekonomi negara dan global yang amat mencabar pada masa kini.

Kini terserah kepada PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat untuk mengemukakan program menyeluruh yang lebih meyakinkan, untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih baik, dan memperkukuhkan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Campur tangan punca utama kemelut MIC

Posted: 24 Jan 2015 01:58 AM PST


Ramesh Rao Ramesh Rao
 
 
SHAH ALAM - Pergolakan dalaman pucuk pimpinan MIC hanya menemui jalan buntu selagi mana bekas pemimpin parti itu masih mencampuri perjalanan serta menentukan hala tuju parti komponen BN itu.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao menegaskan sudah tiba masanya MIC mempunyai pemimpin baharu yang tidak dibayangi oleh kepimpinan lama.

"Kita mahu melantik pemimpin yang tidak dengar cakap pihak ketiga, berdiri di atas kaki sendiri dan mampu memberikan yang terbaik untuk kaum India.

"Kita mahukan Presiden yang neutral, kita tidak mahu presiden yang berpuak-puak, kita tidak mahu presiden yang dikongkong dan dikuasai oleh kuasa ketiga yang tidak boleh membuat pilihan, yang tidak boleh membuat tindakan," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Setiausaha Agung MIC, Datuk G Kumar Aaman yang melakukan mogok lapar di pekarangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), semalam dan tindakan sama berterusan sehingga ke hari ini.

Kumar yang memulakan mogok lapar pada 2 petang semalam itu sebagai membantah arahan ROS yang diterimanya pada Isnin, menyatakan kedudukannya sebagai setiausaha agung MIC tidak sah.

Sebelum ini, Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel mengumumkan pelantikan Kumar sebagai setiausaha agung parti itu pada awal bulan ini bersama pelantikan lain ke jawatan utama dalam parti.

Susulan insiden itu, Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah dalam satu kenyataannya semalam mengatakan dakwaan terhadap penyelewengan daripada pegawai siasatan ROS yang menjalankan kes itu adalah tidak berasas sama sekali.

Mengulas lanjut, Ramesh juga mendakwa presiden MIC sedia ada pun perlu lebih bebas daripada pengaruh pihak luar.

"Kita tidak mahu begini, ramai lagi muka-muka baharu yang boleh diberi peluang untuk menerajui kepimpinan MIC," ujarnya.

Dalam pada itu, katanya lagi, sekiranya pergolakan dalaman MIC itu tidak diselesaikan segera, ia hanya akan merugikan BN dan menguntungkan pembangkang.

"Setiap kali MIC bergolak, akan tertubuhnya parti-parti baharu, contohnya IPF, MUIP, Makkal Sakthi, kenapa banyak sangat parti India.

"Orang India berpecah setiap kali MIC bergolak, ahli-ahli MIC lari kepada PR, dia lari bukan dia sokong PR tetapi dia lari kerana kecewa dan marah dengan MIC," dakwanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Palanivel supaya melakukan perbincangan meja bulat dengan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan pergolakan MIC dengan baik.

"Sokongan India akan kembali sekiranya MIC pulih dan kembali ke landasan perjuangan sebenar.

"85 peratus penyokong MIC atau kaum India yang kini bersama dengan PR adalah bekas penyokong MIC, jika MIC pulih peluang mereka kembali sangat cerah," katanya lagi.

BR1M: Lebih RM4.56 juta diagih untuk fasa pertama

Posted: 24 Jan 2015 01:56 AM PST

SINAR HARIAN

    BR1M
  • BR1M
 
 
MELAKA - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah lebih RM4.56  juta sedang diagih kepada 5,369 penerima pada fasa pertama pengagihan itu di Melaka, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.
  
Beliau berkata, daripada jumlah itu,  seramai 3,036 orang menerima BR1M berjumlah RM2.58 juta di Melaka Tengah; Alor Gajah (1,427 penerima dengan jumlah RM1.21 juta), dan Jasin (906 penerima dengan jumlah RM770,100).
  
"Kita bersyukur kerana tahun ini kadar BR1M  dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
  
"Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 yang akan dilakukan dalam tiga fasa kecuali individu bujang yang dibayar sekaligus," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan BR1M kepada 79 penerima di Dewan Undangan Negeri Sungai Udang di Taman Bukit Terendak  di sini, hari ini.   
  
Dalam perkembangan lain, Idris mencadangkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini untuk mengkaji landskap taman perumahan di kawasan pentadbiran mereka untuk ditukarkan kepada pokok buah-buahan.
  
Beliau berkata, cadangan itu adalah bagi menambahkan lagi keceriaan dan keindahan persekitaran Melaka.
  
"Kita berhasrat untuk menghiasi taman perumahan dengan pokok-pokok buah-buahan, saya dapat idea ini apabila melawat ke Denmark, di seluruh bangunan kerajaan mereka tanam pokok epal.
  
"Saya cadangkan di Melaka kita tanam pokok mangga Melaka Best," katanya. - Bernama

Wan Azizah lawat Nik Aziz

Posted: 24 Jan 2015 01:53 AM PST


Wan Azizah Wan Ismail  
Wan Azizah Wan Ismail


KOTA BHARU - Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini turut menziarahi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi ini di Wad 2 Delima Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Beliau yang tiba jam 9.40 pagi diiringi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir meluangkan  masa kira-kira sejam di wad berkenaan.

Kehadiran Wan Azizah disambut isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak yang turut menjelaskan serba sedikit tentang perkembangan kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan itu.

DAP: Naib canselor UM patut letak jawatan

Posted: 24 Jan 2015 01:52 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata Naib Canselor Universiti Malaya Prof Mohd Amin Jalaluddin sepatutnya melepaskan jawatan kerana didakwa gagal mempertahankan kakitangan kampus itu.

Lim berkata, Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga perlu lepaskan jawatan kerana kementeriannya didakwa campurtangan dalam hal ehwal universiti.

Lim mengulas isu dua timbalan naib canselor kampus perdana itu yang dilaporkan tidak disambung tugas selepas didakwa tidak menyokong parti yang memerintah dan terlalu berlembut dengan mahasiswa.

Mereka ialah Timbalan Naib Canselor untuk akademik dan antarabangsa Prof Dr Mohd Hamdi Abd Shukor dan timbalan naib canselor (hal ehwal pelajar) Datuk Rohana Yusof.

"Jika sesiapa perlu melepaskan jawatan mereka, ia adalah Muhyiddin Yassin kerana campur tangan politik diteruskan terhadap kebebasan akademik dan kecemerlangan di UM.

"Mohd Amin gagal untuk mempertahankan staf akademik dan pelajar UM terhadap campur tangan politik itu oleh ahli politik dari Putrajaya," tambah Lim dalam satu kenyataan.

MAIPP: Tak perlu cipta isu 'laungan azan'

Posted: 24 Jan 2015 01:48 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) mendapati, aduan ke atas laungan azan dari sebuah masjid di Taman Tun Sardon adalah tidak benar dan direka-reka.

Yang Dipertua MAIPP, Datuk Salleh Man berkata pihak mendapati demikian selepas menyiasat satu surat oleh Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim) yang mendakwa demikian.

"Apabila kita buat siasatan, tiada pun laporan sebegitu diterima," kata ADUN Permatang Pasir itu kepada Malaysiakini.

"Saya harap selepas ini tidak perlulah isu-isu begini dicipta," kata Salleh.

Pajim mendakwa, terdapat laporan mendawa orang bukan Islam memohon agar laungan azan melalui pembesar suara diperlahankan.

Pajim mendakwa pihaknya menerima laporan yang Masjid At-Taqwa Taman Tun Sardon tidak lagi melaungkan azan Subuh selepas menerima aduan masyarakat bukan Islam.

Pajim kemudian mengutus surat kepada Salleh Man pada 20 Januari dan menggesa beliau "memantau dan mengambil tindakan tegas" terhadap perkara itu.

Mengulas lanjut, Salleh berkata insiden sebegitu ia sepatutnya diselesaikan di peringkat kariah masjid sahaja sekiranya ia benar-benar berlaku.

Tegasnya, perkara itu tidak perlu dibawa sehingga ke perhatian MAIPP.

"Katalah ada masyarakat bukan Islam buat aduan, kariah masing-masing pandai-pandailah hendak jaga keselesaan masyarakat dia," katanya.

Reaksi Salleh itu timbul susulan gesaan daripada NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) agar memantau isu tersebut.

Laporan: Sirul di penjara kawalan rapi

Posted: 24 Jan 2015 01:47 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pihak berkuasa Australia memindahkan pelarian Malaysia, Sirul Azhar Umar ke pusat tahanan keselamatan tinggi di Sydney.

Laporan ABC News Online Australia menyebut, Sirul yang ditangkap pasukan imigresen Australia pada hari Selasa lalu kini ditahan di Pusat Tahanan Villawood.

Ia turut menyebut, ketika ditahan, Sirul berada di negara itu bersama seorang anaknya berusia 19 tahun dan seorang lagi saudara.

Mereka dilaporkan berada di negara itu sejak beberapa bulan lalu.

Sirul memasuki negara itu dengan pasport sah dan juga visa pelancong, lapor portal itu lagi.

Sewaktu ditahan Sirul didapati tinggal bersama anak lelakinya berusia 19 tahun dan seorang lagi saudaranya di di bandar Ipswich.

Dia dikesan memasuki negara itu beberapa bulan lalu menggunakan visa dan pas lawatan yang sah.

Sirul pada 13 Januari lalu diputuskan bersalah membunuh bersama Azilah Hadri dan mereka dihukum gantung oleh mahkamah paling tinggi negara.

Kerajaan Malaysia mahu mengekstradisi Sirul pulang ke Malaysia namun undang-undang Australia tidak membenarkan seseorang yang akan dihukum gantung untuk diekstradisi.

Peguam Sirul juga sudah berikrar akan menggunakan segala cara yang ada untuk menghalang permohonan kerajaan Malaysia itu.

Altantuya bertindak sebagai penterjemah dalam urusniaga pembelian kapal selam Scorpene.

Sirul dan Azilah merupakan sebahagian daripada pasukan elit komando polis yang ditugaskan mengiringi VVIP Malaysia termasuklah Datuk Seri Najib Razak.

Najib menjadi timbalan perdana menteri semasa kes pembunuhan itu berlaku.

Banjir: Kerosakan jalan raya bernilai RM660 juta

Posted: 24 Jan 2015 01:38 AM PST

SINAR HARIAN


Kerosakan jalan raya akibat banjir di Semenanjung dianggarkan berjumlah RM660 juta. Kerosakan jalan raya akibat banjir di Semenanjung dianggarkan berjumlah RM660 juta.
 
 
KUCHING - Kerosakan jalan raya akibat banjir di Semenanjung dianggarkan berjumlah RM660 juta selain kerosakan lebih kurang 215 cerun yang memerlukan kos yang sangat besar untuk dibaik pulih, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
  
Beliau berkata kos untuk membaik pulih jalan dan jambatan pula dianggarkan berjumlah RM1.09 bilion yang RM9.5 juta sudah diperuntukkan untuk tindakan segera seperti membina jalan alternatif di laluan yang terputus akibat cerun dan tanah runtuh.
  
"Jumlah itu hanya untuk kos infrastruktur awam seperti jalan raya dan jambatan, bukan melibatkan baik pulih bangunan rosak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan simposium usahawan belia bumiputera Sarawak 2015 di sini hari ini.
  
Beliau berkata hanya Jalan Loging dan Jalan Air Kenyir di Terengganu yang masih belum dapat dilalui kenderaan berikutan jalan alternatif sedang giat dibina dan dijangka siap penghujung bulan ini.
  
Di Sabah, jalan negeri yang terputus disebabkan runtuhan tanah juga banyak dan setakat ini bilangan serta nilai kerosakannya masih belum dapat dipastikan, katanya. 
  
"Kita akan tangani masalah ini di Sabah dan Sarawak mengikut keutamaan seperti dilakukan di Semenanjung. Keutamaan pertama ialah membaiki jalan yang putus langsung dan tiada jalan alternatif.
  
"Kedua membina laluan alternatif atau laluan sementara, sebelum baik pulih dilakukan," kata Fadilah.
  
Beliau berkata di Sarawak, kementeriannya masih menunggu hasil laporan dan penilaian daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan keutamaan akan diberi untuk jalan yang terputus seperti Jalan Puncak Borneo dan beberapa jalan di Limbang serta  Lawas.
  
Katanya JKR Sarawak dan Jabatan Saliran dan Perparitan akan mengenal pasti jalan yang perlu dinaik ketinggiannya misalnya di Limbang yang menyebabkan penduduk terputus hubungan akibat jalan dinaiki air banjir pada paras tinggi.
  
"Kajian dan cadangan berkenaan akan saya bawa kepada kerajaan persekutuan untuk tindakan lanjut," tambahnya. 
  
Fadilah berkata menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan menerusi JKR Malaysia untuk membaik pulih jalan dan jambatan persekutuan yang rosak, tetapi akan membantu dari segi peruntukan untuk kos pembaikan jalan dan jambatan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
  
Sementara itu beliau berkata kerajaan persekutuan sudah bersetuju untuk membina semula secara percuma rumah yang rosak teruk atau dihanyutkan air di Semenanjung.
  
Katanya pembinaan sebahagian rumah berkenaan iaitu masing-masing lima buah di Kuala Lipis, Pahang dan Manik Urai, Kelantan akan bermula esok berikutan tapaknya sudah tersedia.
  
Menurut beliau, pihak kontraktor diberi tempoh 75 hari untuk menyiapkan rumah-rumah berkenaan.
  
Kerja pembinaan akan diberi kepada kontraktor kelas F dan E manakala pembinaan rumah teres diberi kepada kontraktor kelas B ke atas, katanya dan menambah keutamaan akan diberi kepada kontraktor tempatan.
  
Di Sarawak, Fadilah berkata kerosakan rumah tidak seteruk seperti di Semenanjung dengan hanya sebuah rumah sahaja di Kampung Segedup di sini yang rosak teruk berbanding 2,326 buah di Kelantan, lima di Terengganu, ratusan buah di Pahang dan puluhan rumah di Perak. - Bernama

Mangsa banjir di Sarawak kembali meningkat

Posted: 23 Jan 2015 09:37 PM PST

SINAR HARIAN

Banjir
 
 
KUALA LUMPUR - Hujan di bahagian Kuching mengakibatkan dua pusat pemindahan banjir dibuka semula pagi ini berikutan jumlah mangsa meningkat, manakala mangsa banjir di Sabah berkurangan berbanding malam tadi.
  
Setakat 8 pagi ini, jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di negeri-negeri terjejas banjir meningkat iaitu 5,747 orang berbanding 5,627 orang malam tadi.
  
Di SARAWAK, dua pusat pemindahan dibuka semula pagi ini di bahagian Kuching bagi menempatkan 187 mangsa, menjadikan 14 pusat di seluruh Sarawak berbanding 12 malam tadi.
  
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan di seluruh Sarawak pagi ini bertambah sedikit kepada 2,761 orang berbanding 2,563 malam tadi.
     
Beliau berkata bahagian Samarahan kekal dengan jumlah tertinggi iaitu 1,225 orang di enam pusat pemindahan, Limbang (1,017 orang di empat pusat pemindahan),  Miri (244 orang di satu pusat pemindahan), dan Mukah (88 orang di satu pusat  pemindahan).
  
Di SABAH, keadaan banjir semakin reda dengan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 2,697 orang daripada 830 keluarga berbanding 2,775 orang daripada 835 keluarga semalam di dua daerah di negeri itu.
     
Menurut Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Mustaffa Maruf jumlah mangsa banjir di empat pusat pemindahan di Beaufort ialah 744 daripada 249 keluarga  manakala di daerah kecil Membakut pula seramai 1,953 orang dari 581 keluarga di lima pusat pemindahan.
     
Empat pusat pemindahan yang masih dibuka ialah di Dewan Kampung Kukut, Dewan Kampung Suasa, Dewan Sri Dayang Lumadan dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong.
     
Di KELANTAN, jumlah mangsa masih kekal iaitu seramai 255 orang melibatkan 62 keluarga yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan di Kuala Krai.
  
Jurucakap MKN Kelantan berkata kesemua mangsa masih ditempatkan di dewan sekolah, kilang dan masjid ekoran rumah mereka hanyut atau rosak teruk akibat banjir yang berlaku bulan lepas.
  
Di PERAK, jumlah mangsa banjir juga kekal iaitu 34 mangsa daripada 10 keluarga yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.
  
Jurucakap MKN Perak berkata, mangsa banjir tersebut kini berada di pusat pemindahan di Kampung Labit, Lenggong di daerah Hilir Perak. - Bernama

Lapor penyebar maklumat palsu

Posted: 23 Jan 2015 09:35 PM PST


Ahmad Marzuk semasa menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, semalam. Ahmad Marzuk semasa menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, semalam.
 
 
KOTA BHARU - Penyebaran berita tidak benar mengenai kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di media sosial harus dibendung dan dilaporkan kepada pihak berkuasa agar mereka tidak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya.

Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berkata, mereka yang  menyebarkan berita palsu itu  merasakan diri mereka hebat walaupun dalam tak sedar apa yang disebarkan adalah fitnah.

"Sudah beberapa kali berita mengenai 'kematian' Tok Guru Nik Aziz disebarkan, mungkin mereka yang menyebar berita palsu ini merasa hebat dan bangga kerana dapat buat propaganda.

"Ambo (saya) cadang kalau ada orang muda-muda, buat 'report' polis sekali, untuk kita tahu siapa yang menyebarkannya, sebab sekarang ini pihak bertanggungjawab boleh mengesan siapa yang mencetuskan mesej-mesej seperti itu," katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Marzuk turut meminta orang ramai mendoakan Nik Abdul Aziz agar terus dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk terus memimpin rakyat Kelantan.

Nik Abdul Aziz yang menghidap kanser prostat tahap empat kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Selasa lalu dan kini dilaporkan stabil.

Banyak spekulasi tentang kesihatan beliau termasuk berita kematiannya tersebar di laman sosial yang pastinya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan keluarga dan sahabat terdekat serta seluruh rakyat Malaysia.

Beliau yang juga Adun Chempaka berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak, 67, dan dikurniakan 10 anak termasuk Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh.

Penyokong desak FAS dirombak

Posted: 23 Jan 2015 09:34 PM PST


Penyokong Red Giants tetap memberi sokongan kepada pasukan dalam setiap perlawanan musim lalu. Namun kali ini, mereka mahukan perubahan dalam pengurusan FAS untuk kembalikan kegemilangan pasukan Selangor. Penyokong Red Giants tetap memberi sokongan kepada pasukan dalam setiap perlawanan musim lalu. Namun kali ini, mereka mahukan perubahan dalam pengurusan FAS untuk kembalikan kegemilangan pasukan Selangor.
 
 
PENYOKONG tegar Gergasi Merah mendakwa Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mungkir janji dan enggan berundur selepas gagal memburu kejuaraan dalam misi Piala Malaysia.

Wakil Ultras Selangor, Arif berkata, pihaknya kecewa dengan pengurusan FAS yang tidak berpegang janji kepada penyokong setia Merah Kuning hingga menyebabkan segelintir penyokong melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.

"Saya bukanlah mahu tuduh sesiapa atau mengiakan tindakan simbah cat itu dilakukan penyokong tegar Red Giant, tetapi kalau betul mereka yang buat, tidak patutlah begitu.

"Mungkin mereka sudah terlalu marah dengan FAS sampai sanggup simbah cat pula," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya lagi, pihaknya turut mendesak supaya pengurusan FAS yang sedia ada dirombak dan diganti dengan pengurusan yang baharu.

Sementara itu, penyokong Selangor mahu pengurusan FAS melakukan perubahan dan perlu sependapat dengan penyokong tanpa membuat keputusan yang mementingkan diri sendiri.

Moderator Selangorfc.com, Mohd Firdaus Abdul Mutalib berkata, rombakan perlu dibuat tetapi ia mesti dilakukan mengikut prosedur yang betul.

"Tindakan menyimbah cat itu tidak wajar dan ia sangat memalukan. Kalau betul penyokong yang buat menunjukkan mereka tidak ada etika. Kalau mahu rombak, kita ikutlah cara yang betul.

"FAS pun persatuan yang berdaftar, bukan kelab kongsi kelab siapa yang kuat dapat mandat," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya lagi, jika ada pihak tidak berpuas hati dengan kepimpinan FAS dan mahu badan itu dirombak, perkara ini harus diteliti setiap aspek bukannya dengan tindakan simbah cat atau ugutan.

"Kita mahu pihak pengurusan lebih terbukalah dengan penyokong ini, dengar juga pendapat kami sebagai penyokong dan kalau boleh duduk semeja dengan kami jika mahu membuat sebarang keputusan, bukan ambil keputusan melulu sampai ada yang tidak puas hati," kata Firdaus.

Hishammuddin : Kerajaan Komited Menentang Puak Militan di ESSCOM

Posted: 23 Jan 2015 09:28 PM PST

RAKYATNEWS



 



LABUAN - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) komited dalam menentang sebarang bentuk aktiviti haram melibatkan puak militan di pantai timur Sabah termasuk melibatkan kumpulan Negara Islam (IS).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beberapa langkah pencegahan perlu dipermantapkan bagi memastikan tahap keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tidak dicemari dengan kehadiran puak militan berkenaan. .

"Mengenai ancaman IS, kita mesti menumpukan perhatian kepada pengaruh mengembangkan kumpulan ini kerana ada unsur-unsur Darul Islam militan di pantai timur Sabah.

"Laporan Perisikan menunjukkan bahawa terdapat kumpulan-kumpulan kecil daripada mereka berniat untuk menjadikan kawasan pantai timur Sabah sebagai tempat untuk menyebarkan ideologi mereka sejajar dengan IS.

"Selain itu, terdapat kumpulan bersenjata dari selatan Filipina, seperti pejuang Bangsamoro Islamic Freedom Fighters (BIFF) dan Abu Sayyaf, yang secara terbuka menyatakan sokongan terhadao IS dan mengisytiharkan kesetiaan mereka kepada IS," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hishammuddin kini mengadakan siri lawatan di kawasan-kawasan zon ESSZONE sepanjang tiga hari bagi memeriksa aset baru dan naik taraf yang sedang digunakan di kawasan tersebut.

Beliau berkata, MNLF, diketuai oleh Nur Misuari dan Sulu Royal Army, kini sedang berjuang untuk membentuk sebuah kerajaan di selatan wilayah Filipina turut menuntut Sabah dengan menggunakan pendekatan IS.

"Ancaman ini menjadi lebih rumit kerana wujud satu rangkaian antara militan Malaysia, Indonesia dan Filipina untuk membentuk Asia Tenggara IS kumpulan yang dikenali sebagai Katiban Nusantara Lid Daulah Islamiah.

"Gabungan ini, jika ia berlaku, akan meningkatkan kebolehan mereka dalam membuat bom, logistik, pembiayaan serta senjata dan latihan peperangan," tegasnya.

Merujuk kepada ancaman itu dan kejadian Lahad Datu pada tahun 2012, beliau menegaskan, pihak kerajaan terutamanya kementerian pertahanan diarahkan mengambil pelbagai inisiatif walaupun berhadapan dengan keadaan ekonomi yang mencabar kerana serangan militan ini turut akan memberi kesan kepada pertanian, pelancongan, pengeluaran, pendidikan dan pentadbiran dan lain-lain.

Katanya, ancaman seperti itu akan memberi kesan bukan hanya kepada Malaysia, tetapi juga Indonesia dan Filipina juga.

"Jika kita boleh bekerja bersama-sama dan tidak bertindih persediaan kita, ia akan menjadi situasi menang-menang," kata beliau sambil menjelaskan bahawa memanfaatkan hubungan dengan Indonesia dan Filipina akan mengatasi kelemahan ekonomi semasa Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa walaupun pemotongan bajet baru-baru ini tidak menggigit ke dalam perbelanjaan pembangunan, Malaysia akan mencari penyelesaian yang kreatif untuk mengurangkan kos menaik taraf pertahanannya.

Antara langkah-langkah yang akan diambil termasuk menggunakan pelantar minyak ditamatkan sebagai pangkalan luar pesisir dan menggunakan helikopter dari Brunei dan menyiapkan mereka dengan senapang Gatling untuk mempertahankan Sabah dan Brunei.

Beliau juga mengadakan pertemuan dengan pemimpin tempatan kerana ia adalah penting bagi mereka untuk memahami bahawa usaha-usaha sedang dijalankan adalah untuk kebaikan mereka dan memerlukan kerjasama mereka.
 

Cuaca Luar Biasa : Suhu di Kuala Krai 16 Darjah Celsius

Posted: 23 Jan 2015 09:24 PM PST

RAKYATNEWS



 


KUALA KRAI  - Selepas dilanda musibah banjir pada Disember tahun lalu, kini Kelantan dilanda pula cuaca sejuk.

Suhu di daerah Kuala Krai buat masa ini dilaporkan mencecah hingga 16 darjah selsius.

Cuaca sejuk itu menjejaskan tidur mangsa banjir yang tinggal di khemah sementara di mana mereka terpaksa menggunakan selimut tebal.

Fenomena luar biasa ni  bermula sejak pertengajan bulan Januari apabila beberapa daerah mencatatkan suhu sejuk luar biasa antara 19 dan 20 darjah selsius terutamanya dari tengah malam hingga awal pagi.

Sebelum ini, ada laporan yang memaklumkan bahawa beberapa tempat di negara ini akan mengalami cuaca sejuk luar biasa hingga mencecah 17.2 darjah selsius.

Baru-baru ini, Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Datuk Dr Shaharuddin Ahmad berkata fenomena itu berlaku disebabkan tiupan angin kencang timur laut sejuk yang datang dari Siberia dan menyebabkan tiupan angin bertekanan tinggi merentasi negara rantau Asia termasuk Malaysia

Najib kepanasan diserang blogger

Posted: 23 Jan 2015 09:13 PM PST

 
Perdana Menteri tidak dapat menerima kritikan, sebaliknya melancarkan serangan ke atas blogger dan pegamal media yang tidak sehaluan.


najib_air asia_300


PETALING JAYA: Serangan dan kritikan keras yang bertali arus terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak termasuk membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin telah memberi kesan ke atas blogger dan pengamal media sosial yang tidak memihak kepada Perdana Menteri itu.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin mendakwa, pengamal media yang menjadi pendokong Najib mendapat ganjaran lumayan malah ada yang diberikan pakej percutian ke luar negara.

Bagaimanapun ujarnya, kalangan blogger dan pengamal media sosial yang mengkritik Presiden UMNO itu ditekan dan akan menderita.

"Bagi yang menjadi pengkritik dan penegur Najib pula, ada yang terus menjalankan tugas mereka tanpa seramai yang sedang 'menderita' kerana telah digodam akaun mereka. Pengamal media sosial pro-Najib tidak pula kedengaran mengalami masalah yang sama.

"Beberapa pemilik akaun Facebook yang tegar mengkritik Najib dan dilihat menjadi penyokong Mahathir dan Daim seperti Blue Ocean misalnya, paling teruk diserang dan akaun Facebooknya yang tiba-tiba hilang begitu saja," jelasnya dalam entri terbaru blog beliau,
shahbudindotcom.blogspot.com.

Jelas Shahbudin, perkara yang menjadi persoalan pada masa ini ialah pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan yang dilihat sebagai cubaan mematikan dan menyekat suara pengkritik daripada menyampaikan maklumat kepada rakyat. .

Katanya, sekiranya perbuatan tersebut dilakukan mereka yang pro-Najib ini bermakna Perdana Menteri sedang 'kepanasan' akibat diserang dengan bertubi-tubi oleh media sosial berikutan ramai yang semakin berani mengkritik serta menggesa beliau berundur.

"Apakah ini juga menandakan, oleh kerana penggerak media sosial pro-Najib tidak mampu berhujah dan kurang petah menangkis serangan, maka kaedah godam pula diamalkan?" soal blogger itu.

Beliau juga membuat kecaman ke atas penyerang terbabit: "Tidak dipastikan juga sama ada perkara in memang arahan 'kepala-kepala perang' di Putrajaya atau ia hanya kerja-kerja tepi jalan segelintir pengampu dan pembodek untuk mendapatkan sedikit upahan."

Sehubungan itu, Shahbudin berkata, taktik godam dengan tujuan menyekat saluran maklumat kepada rakyat hanya memburukkan lagi imej Najib.

"Mematikan serangan lawan dengan taktik godam, langsung tidak berkesan. Mereka yang digodam akan lebih bersemangat, bahkan mungkin melebarkan rangkaiannya dengan membuka lebih banyak akaun lagi," jelasnya.

[VIDEO] Jeritan Sayu Mangsa Sebelum Rentung Dalam Kereta Terbakar

Posted: 23 Jan 2015 09:08 PM PST

KELAB GREENBOC

 

 




Kuala Kangsar: Mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 254.7 Lebuhraya PLUS arah utara, di sini dikenali sebagai Mohd Joeri Ramli, 34, manakala rakannya yang parah dikenali sebagai Mohd Nasbullah Mohd Abdul Ghaffar, 28, bukan wanita seperti laporan awal yang diterima.

Mangsa yang berasal dari Bagan Serai, dekat sini, dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh ke Gerik bersama rakannya atas urusan kerja dimana kedua-duanya bekerja dengan syarikat rawatan air.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, rakan mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan, manakala pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian membabitkan kereta jenis Honda Civic yang dipercayai dirempuh dari belakang treler membawa muatan besi.

"Kereta mangsa diseret hingga ke laluan kiri sebelum terbakar. Pemandu lori dan kelindan serta penumpang kereta berjaya keluar dari kenderaan menyelamatkan diri, manakala mangsa yang tersepit gagal berbuat demikian dan rentung terbakar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Joeri Ramli sempit menjerit meminta tolong berulang kali kepada rakannya sebelum menemui ajal akibat terperangkap dalam kereta yang terbakar dilanggar dari belakang oleh treler 60 tan.

LIHAT VIDEO DI SINI

Rasuah makin teruk di bawah pentadbiran Najib

Posted: 23 Jan 2015 04:11 PM PST

PIC TGN RASUAH

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP hari ini menyelar dakwaan tidak berasas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kedudukan terkini negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) merupakan prestasi terbaik sejak 10 tahun lalu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, dakwaan tersebut sebenarnya jelas merupakan satu lagi taktik Najib menutup kegagalannya sendiri membasmi rasuah dan dalang utama aktiviti jenayah itu.

"Kedudukan terkini CPI 2014 memang merupakan pencapaian terbaik Najib dalam tempoh enam tahun, tetapi lebih teruk berbanding pencapaian Tun Abdullah Badawi dari 2004-2008, iaitu pada kedudukan 39 hingga 47.

"Pencapaian itu juga sebenarnya lebih teruk berbanding pentadbiran 9 tahun Mahathir (1995-2003) iaitu daripada tempat ke 23 kepada 37," kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu, pentadbiran Najib tidak melakukan sebarang tangkapan terhadap 'kepala' pelaku rasuah, dan juga gagal meletakkan negara pada sasaran kedudukan 30 CPI pada tahun 2020.

Malah katanya, tidak mustahil pada tahun 2020 kedudukan Malaysia akan diambil alih dua negara yang menduduki tangga terbawah semasa CPI pertama pada 1995, iaitu China dan Indonesia.
"Di Indonesia sekarang ini, Presiden Joko Widodo (Jokowi) secara peribadi mengetuai kempen menentang rasuah.

"Manakala China walaupun turun empat mata dalam skor CPI tahun lalu, namun kempen menentang rasuah menunjukkan peningkatan luar biasa dalam dua dekad lalu.

"Tangkapan dan dakwaan kes rasuah terhadap 'harimau dan buaya' sama ada berpangkat menteri atau setara dengannya sudah menjadi perkara biasa di Indonesia dan China.

"Namun, malangnya hal ini tidak berlaku di Malaysia dibawah pentadbiran Najib," tegasnya.
Justeru itu, Kit Siang menyeru Najib supaya lebih menunjukkan kesungguhan dalam kempen melawan merasuah dengan mengheret serta mendakwa 'harimau dan buaya' ke mahkamah. -Roketkini.com

"Yang patut letak jawatan Muhyiddin, bukan TNC Universiti Malaya”

Posted: 23 Jan 2015 04:09 PM PST

Universiti_Malaya

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Timbalan-timbalan naib canselor universiti tidak sepatutnya dijadikan korban campurtangan politik, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu merujuk tindakan Putrajaya yang enggan menyambung khidmat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaya (UM) Prof Dr Mohd Hamdi Abd Shukor dan seorang lagi timbalan naib canselor Datuk Dr Rohana Yusof.

Kit Siang dalam kenyataanya hari ini berkata, mesyuarat kabinet Rabu depan perlu menarik semula keputusan keatas dua Timbalan Naib Canselor tersebut.

"Jika ada yang patut meletakkan jawatan, orang itu ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Canselor UM Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin," kata Kit Siang.

Tegasnya, kedua mereka yang sebenarnya gagal smempertahankan staf akademik dan mahasiswa Universiti Malaya daripada campurtangan politik dari Putrajaya.

Malaysian Insider hari ini melaporkan kontrak tiga tahun Hamdi tamat 31 Disember lalu yang kini merupakan pensyarah biasa di Fakulti Kejuruteraan UM dikatakan bakal mengambil cuti sabatikal tidak lama lagi, manakala Rohana akan ditukar akibat insiden baru-baru ini yang melibatkan kebebasan pelajar.

Difahamkan keputusan tersebut dibuat kerana ketegasan kedua mereka tidak menyokong Umno dan 'tidak tegas' terhadap mahasiswa dalam kes pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di UM hujung tahun lalu.

Justeru itu, langkah Kementerian Pelajaran itu dilihat sebagai tragedi, lebih-lebih lagi UM yang suatu ketika dulu diiktiraf antara universiti utama dunia, namun kini ditinggalkan jauh universiti setaraf dengannya dari Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Singapura dan Australia.

"Universiti mesti menjadi lapangan pertembungan idea dan bukannya tempat membungkam pemikiran. Ini semua demi negara, bagi memastikan kecemerlangan universiti dan persaingan yang berterusan, bukannya untuk kepentingan Umno atau Barisan Nasional.

"Tidak ada tanda-tanda Universiti Malaya akan kembali menduduki tangga berprestij dunia dari segi kebebasan dan kecemerlangan akademik yang pernah didudukinya sekitar empat puluh tahun lalu," kata Kit Siang.

Tambahnya, institusi pengajian tinggi di negara ini seolah-olah ingin membentuk ahli akademik dan mahasiswa yang hanya menerima status quo tanpa kritikan dan persoalan.

"Terdapat usaha-usaha tanpa henti birokrat di Putrajaya (yang) mematuhi arahan tuan-tuan politik mereka untuk meneruskan projek pembodohan ke atas universiti dan mahu mereka meninggalkan idealisme.

"Hakikatnya (langkah ini) merompak idealisme dan idea-idea konstruktif golongan terpelajar dan generasi muda Malaysia," ujar Kit Siang. – Roketkini.com

Semakan bajet tidak perlu dibentang semula

Posted: 23 Jan 2015 04:04 PM PST

SINAR HARIAN


Najib Tun Razak  
Najib Tun Razak


KUALA LUMPUR - Bajet 2015 yang disemak semula tidak perlu dibentangkan semula kerana sebahagian besar langkah proaktif yang diumumkan baru-baru ini tidak melibatkan sebarang perbelanjaan tambahan, kata  Kementerian Kewangan.

Malah, kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, langkah-langkah yang diumumkan dalam Perutusan Khas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lepas, juga tidak melebihi siling peruntukan yang telah diluluskan oleh Parlimen.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kementerian Kewangan akan terus memantau secara terperinci perkembangan global dan kesannya ke atas ekonomi domestik.

"Kementerian Kewangan mengalu-alukan sebarang pertanyaan atau penjelasan mengenai Perutusan Khas itu yang boleh diajukan menerusi emel kepada pro@treasury.gov.my," katanya.

Mengulas lanjut perutusan Perdana Menteri, kementerian menjelaskan, Bajet 2015 berkenaan digubal berdasarkan kepada harga minyak mentah Tapis pada US$105 setong (US$1.00 = RM3.60).

Menurutnya, minyak mentah Tapis itu lazimnya mempunyai premium kira-kira US$5 setong melebihi harga Dated Brent, yang merupakan penanda aras global.

"Memandangkan terdapat keperluan untuk memantau harga minyak mentah secara terperinci berikutan kejatuhannya yang berterusan, rujukan dibuat ke atas harga Dated Brent pada US$100 setong dalam Perutusan Khas Perdana Menteri.

"Kerajaan bagaimanapun telah menyemak semula anggaran purata harga bagi Dated Brent kepada purata US$55 setong bagi 2015," kata kenyataan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, kementerian itu turut menjelaskan, RM2 bilion bagi simpanan luar jangka itu tidak diambil kira dalam pengiraan defisit fiskal.

"Simpanan luar jangka ini diperuntukkan bagi perbelanjaan mendesak dan di luar jangkaan yang tiada peruntukan sedia ada.

"Simpanan ini hanya dikategorikan sebagai perbelanjaan apabila simpanan ini digunakan," katanya.

Sebagaimana diumumkan pada Bajet 2015, kata kementerian, perbelanjaan pembangunan sebanyak RM50.5 bilion merangkumi RM48.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion bagi simpanan luar jangka.

Menurutnya, defisit bagi tahun 2015 pada awalnya dianggarkan sebanyak RM35.7 bilion atau 3.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Bagaimanapun, berikutan hasil yang lebih rendah serta unjuran pertumbuhan KDNK bagi 2015 iaitu 4.5 - 5.5 peratus, kadar defisit kini dianggarkan 3.2 peratus daripada KDNK atau RM37 bilion. - Bernama

Tiada ulasan: