Jumaat, 23 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Video Zamani Slam bukti salahlaku polis

Posted: 23 Jan 2015 05:34 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR - Penyebaran video penyanyi kumpulan popular 90an, Zamani Slam yang dipaksa menyanyi dalam keadaan bergari menjadi bukti salahlaku anggota polis.

Ahli  Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, beliau mengecam layanan buruk terhadap penyanyi itu dan menuntut tindakan tegas diambil kepada anggota polis terlibat.

zamani02
Penyanyi kumpulan Slam, Zamani yang pernah popular pada 1990 an.

"Ini memang penyalahgunaan kuasa yang serius dan menunjukkan mereka tidak hormat kepada hak asasi rakyat.

"Pihak berkuasa perlu serius ambil tindakan, jadi saya tuntut supaya semua anggota polis yang terlibat digantung serta-merta sambil menunggu siasatan penuh," katanya ketika dihubungi.

Video sepanjang 23 saat yang tersebar di laman sosial memaparkan Zamani  disuruh menyanyi dalam keadaan tangan bergari, selepas ditahan kerana disyaki terlibat dengan dadah.

Ekoran itu tindakan polis terbabit  mendapat kritikan dan kecaman warga internet.

Selain itu, Surendren berkata layanan buruk terhadap Zamani membuktikan wujud kes-kes dimana suspek didera ketika dalam tahanan.

"Ini juga boleh bawa kepada insiden dera suspek disebabkan perbuatan tidak berdisplin anggota polis dan juga boleh membawa kepada suspek dibunuh,"

"Pihak berkuasa perlu faham bahawa tidak semestinya apabila ditangkap tertuduh itu bersalah sehingga mereka dibuktikan bersalah di mahkamah," katanya yang juga peguam Lawyers For Liberty (LFL).

Tambahnya, ia juga menjadi sebab mengapa Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), perlu ditubuhkan segera.

Setakat ini, sebanyak 14 kes kematian dalam tahanan sepanjang tahun lalu dan sebanyak 111 kes sejak 2005.

Antara kes popular adalah kematian A Kugan di lokap polis di Subang Jaya pada 2009, selain kes N Dhameran yang mati dalam tahanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur pada 2013.
Sepanjang 2014, sebanyak 14 kes kematian dalam tahanan polis telah direkodkan oleh NGO hak asasi, Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Program Dialog Anak Muda Bersama Anwar di Ipoh, esok

Posted: 23 Jan 2015 05:32 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR- Orang ramai khususnya golongan muda dijemput hadir ke program Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim yang dianjurkan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perak pada esok, 24 Januari.

Program itu akan diadakan di Pejabat KEADILAN Perak yang terletak di Jalan Pasir Puteh di Ipoh, berdekatan Tokong Tow Boo Keong Ipoh.

Program yang membolehkan golongan muda berdialog dan berdiskusi bersama Ketua Umum KEADILAN itu dijadual berlangsung pada jam 3 petang hingga 5 petang.

Antara tetamu yang dijangka hadir ialah Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dan Naib Ketua AMK, Tan Kar Hing yang juga Adun Simpang Pulai.

Selain itu, ia disertai mantan Ketua AMK Perak, Yunus Jamhari merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail dan Ketua AMK Perak, Mohd Azlan Helmi.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Sandrea Ng ditalian 012-5322152.

Minggu lalu, Program 'Meet Anwar Selangor' yang diadakan di Bandar Utama Petaling Jaya, mendapat sambutan hangat oleh kira-kira 500 anak muda.

Adakah Zahid menteri pertama tulis surat pada FBI? – Fahmi

Posted: 23 Jan 2015 05:30 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR-  Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi perlu tampil memberikan penjelasan sama ada beliau menteri pertama yang menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.

Fahmi merujuk laporan media yang memetik kenyataan bekas menteri KDN, Tan Sri Syed Hami Albar yang berkata tidak pernah menulis surat kepada FBI seperti dilakukan Zahid.

FahmiMenurutnya, laporan tersebut turut menyatakan mantan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga tidak pernah berbuat demikian.

"Maka ramai yang ingin tahu, adakah Zahid Menteri Dalam Negeri yang pertama berbuat sedemikian?

"Adakah wujud satu "Standard Operating Procedure" (SOP) bagi menteri-menteri kabinet untuk menulis surat kepada mana-mana badan atau organisasi atas nasihat peguam yang bukan Peguam Negara, seperti surat yang ditulis Zahid ini?." ujarnya dalam kenyataan media.

Katanya, beliau 'berdoa' agar Zahid 'dikurniakan keberanian' untuk menjawab soalan-soalan tersebut, dan tidak berselindung di sebalik alasan teknikal dan undang-undang kukubesi seperti dibuat sebelum ini.

Syed Hamid Albar hari ini mengesahkan beliau tidak pernah menulis surat kepada FBI ketika mengetuai kementerian berkenaan.

Beliau bagaimanapun berkata, menulis surat kepada kerajaan asing adalah perkara biasa dalam urusan kerajaan, namun tidak pernah menulis kepada mana-mana agensi.

Zahid sebelum ini dikecam hebat kerana menulis surat kepada agensi asing itu untuk membebaskan raja judi, Paul Phua yang berdepan tindakan mahkamah di Amerika Syarikat

Cukai minyak secara senyap punca harga barang tidak turun

Posted: 23 Jan 2015 05:28 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR- Tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan mengenakan cukai secara senyap ke atas jualan petrol dan diesel bagi sektor komersil menyebabkan harga barang tidak dapat diturunkan, kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan yang dibocorkan kepadanya, beliau mendapati syarikat- syarikat minyak diwajibkan mengikut beberapa peraturan.

Rafizi jet

Antaranya, kerajaan mengenakan cukai jualan kepada industri dan sektor komersil berkuatkuasa 1 Januari lalu  di antara 40 sen hingga 58.62 sen seliter mengikut jenis bahan api.

Oleh sebab itu katanya, pengilang dan industri terpaksa membayar harga RM2.269 seliter (RON95) dan RM2.236 seliter (diesel) berbanding harga biasa RM1.91 seliter (RON95) dan RM1.93 seliter (diesel).

"Ini bermakna pengilang dan industri membayar dua bentuk cukai kepada kerajaan sekarang ini iaitu cukai jualan yang diumumkan melalui pekeliling setiap bulan dan cukai petrol/diesel tersembunyi akibat perbezaan ketara di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan kerajaan," katanya dalam kenyataan media, semalam.

Katanya, sistem penetapan harga tersebut termasuk syarat AP makanan yang mewujudkan monopoli telah menjadi penghalang kepada peniaga untuk menurunkan harga barangan.

"Pentadbiran Datuk Seri Najib mengambil tindakan tidak bertanggungjawab mengenakan cukai senyap-senyap kepada industri untuk menambah pendapatan dengan harapan rakyat mengalihkan kemarahan kepada industri dan peniaga, bukannya kerajaan.

"Sedangkan kerajaan mengutip ratusan juta cukai dari rakyat dan peniaga setiap bulan sejak kejatuhan harga minyak berlaku," katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Rafizi berkata, kempen senyap yang dibuat di laman sosial bahawa kononnya peniaga berbangsa Cina enggan menurunkan harga barangan adalah tidak benar.

"Rakyat harus sedar bahawa salah satu sebab harga barang tidak turun secepat harga minyak adalah kerana pengilang dan industri tidak menikmati kejatuhan harga minyak akibat cukai jualan yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Tun Razak," jelasnya.

Jesteru, Rafizi mendesak segala bentuk cukai yang dikenakan baik kepada rakyat, peniaga atau pengilang perlu dihentikan serta merta bagi memastikan penurunan kos di setiap rantaian iaitu dari pengilang hingga kepada pengguna.

Kemangkatan Raja Abdullah: Kembar Siam Hadiahkan Bacaan Surah Yasin

Posted: 23 Jan 2015 05:11 AM PST

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM





Pembedahan memisahkan Ahmad dan Muhammad bernilai RM1.7 juta yang dibiaya Raja Abdullah, 13 tahun lalu.


PETALING JAYA: Kemangkatan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz pada awal pagi Jumaat mengejutkan keluarga pasangan kembar, Ahmad dan Muhammad Rosli yang pernah 'dekat' dengan baginda suatu ketika itu.

Raja Abdullah adalah individu yang bertanggungjawab membiayai pembedahan untuk memisahkan adik beradik istimewa itu, 13 tahun lalu.

Menyifatkan pemergiannya suatu kehilangan besar untuk dunia Islam, maka kata bapa pasangan kembar siam itu, Rosli Abdul Rahim, keluarganya akan bersama-sama menghadiahkan bacaan surah Yasin sebagai tanda menghargai jasa baginda, malam nanti.




"Terkejut dan sedih apabila dengar berita kemangkatan baginda. Baginda seorang yang baik hati dan banyak membantu keluarga kami.

"Baginda mangkat pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Semoga  ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan amalan baiknya diterima Allah.

"InsyaAllah... kami sekeluarga akan menghadiahkan bacaan Yasin kepada baginda malam ini.
Lagipun Ahmad dan Muhammad masih belum mengetahui tentang perkara ini. Saya rasa mereka turut sedih sebaik sahaja diberitahu mengenainya apabila balik dari sekolah nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Rosli, 44, berkata, pasangan adik-beradik itu kali terakhir bertemu Raja Abdullah pada 2007 apabila mereka dijemput bersama beberapa pasangan kembar siam lain yang berjaya dipisahkan menerusi pembiayaan baginda untuk menghadiri majlis di istananya.

"Kami dijemput untuk hadir ke satu majlis bagi mempertemukan semua pasangan kembar siam yang berjaya dipisahkan pada 2007. Kami dibawa ke istananya... baginda seorang yang baik hati, bersikap rendah diri dan dermawan," katanya.




Jelas Rosli, baginda bukan sahaja membiayai pembedahan pemisahan pasangan kembar siam yang beragama Islam tapi juga agama-agama lain.

"Ahmad dan Muhammad adalah pasangan keempat atau kelima yang dibiayainya. Baginda membiayai pembedahan pasangan kembar lain tanpa mengira bangsa dan agama dari seluruh dunia," katanya.

Rosli bersama arwah isterinya, Asiah Kanda bersama-sama Ahmad dan Muhammad berada di Arab Saudi selama tiga bulan pada 2007.

Katanya, selain memenuhi jemputan ke istana baginda, Raja Abdullah turut mengatur temu janji untuk membuat kaki palsu bagi dua anaknya itu.

Tarikh 17 September 2002 menjadi tarikh keramat apabila pasangan kembar itu yang berusia empat tahun berjaya dipisahkan.

Pembedahan itu dilakukan di King Fahad National Guard Hospital, Riyadh, Arab Saudi.

Ia mengambil masa selama 22 jam 45 minit dengan diketuai oleh Dr. Abdullah Abdulaziz Al-Rabeeah yang sekarang merupakan Menteri Kesihatan negara Arab itu.

Pembedahan pemisahan itu menelan belanja sebanyak RM1.7 juta.

Raja Abdullah dilaporkan mangkat pagi Jumaat pada usia 90 tahun.

Baginda dimasukkan ke hospital pada Disember lalu kerana penderitaan radang paru-paru dan baginda hanya bernafas menggunakan tiub.

Najib masih belum kotakan janji

Posted: 23 Jan 2015 05:08 AM PST




Oleh Lim Kit Siang


Dalam wawancara rancangan 'Soal Jawab' TV3 semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan terus komited mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam negara dengan memastikan tiada pertelingkahan kaum yang serius terjadi.

Beliau menekankan sebagai perdana menteri, beliau bertanggungjawab terhadap semua rakyat Malaysia dan beliau akan melakukan yang terbaik untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Sementara kita mengalu-alukan jaminan Najib, perlu dinyatakan Najib yang bakal genap 6 tahun menjadi perdana menteri dalam masa kurang 3 bulan lagi, masih belum membuktikan beliau perdana menteri untuk kesemua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau daerah, dan merupakan pendukung utama politik terangkum dan sederhana, dan bukannya membenarkan retorik dan politik eksklusif dan ekstremis bebas dalam negara.


Tiada sesiapa yang sangsi dengan kefasihan Najib mempromosikan perjuangan kesederhanaan di lingkaran antarabangsa, dengan inisiatif Global Movement of Moderates yang dipromosikan 3 kali di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, namun malangnya, Najib belum lagi mengotakan kata-katanya di forum-forum antarabangsa, di tanah air sendiri.

Seandainya Najib boleh melaksanakan 10% sahaja daripada kepercayaan dan dukungannya terhadap prinsip kesederhanaan di dalam negara sebagai perdana menteri Malaysia, beliau pasti lebih berjaya memenangi kepercayaan dan keyakinan rakyat Malaysia.

Sebaliknya, Najib mempunyai reputasi sebagai perdana menteri dengan nilaian populariti terendah.
Pungutan suara Edelman Trust Barometer 2015 mendapati hanya 45% rakyat Malaysia mempunyai keyakinan terhadap Putrajaya, merudum berbanding tahun lepas pada kadar 54%.

Kegagalan Najib untuk menjadi pendukung utama politik terangkum dan sederhana boleh dilihat melalui keengganannya untuk mengadakan sidang Parlimen khas bagi menyemak semula Belanjawan 2015, ataupun untuk menjemput pemimpin dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berbincang sebelum menyiapkan semakan semula Belanjawan 2015.

Malah, bukan sahaja pemimpin BN, tetapi Menteri Kabinet pun tidak diajak bersama dalam proses merencana dan menyiapkan semakan semula Belanjawan 2015, dan mesyuarat Kabinet semalam sekadar diberikan keputusan semakan semula Belanjawan 2015 yang diumumkan sehari sebelumnya.

Pemimpin Pakatan Rakyat berulang kali menyebut kita bersedia bekerjasama dengan perdana menteri dan Putrajaya untuk memajukan maksud ke arah rekonsiliasi nasional namun Pperdana menteri masih belum melayani tawaran ini.

Dalam perutusan State of TheUnion semalam, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata:
"Jika anda turut berkongsi gagasan yang saya gariskan malam ini, bekerjalah bersama saya.

"Jika anda tidak setuju dengan beberapa bahagian, saya harap anda akan bekerjasama dengan bahagian-bahagian yang lain. Saya harap anda akan bekerjasama dengan saya, di bahagian yang anda setuju.

"Dan saya memberi komitmen kepada semua pemimpin Republikan di sini malam ini, saya bukan sahaja akan mendapatkan idea daripada kalian, saya malah akan bekerjasama dengan ada demi menguatkan negara ini."

Kini timbul kontroversi sama ada Obama akan mengotakan katanya terhadap komitmen yang dibuat dalam perutusan State of The Unionitu.

Tetapi di Malaysia, Najib masih belum membuat komitmen untuk bersedia bekerja dengan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira perbezaan politik – dan perdana menteri pun masih lagi belum memberi sebarang respons kepada 25 orang tokoh Melayu yang telah mengutus surat terbuka kepadanya satu bulan yang lalu

Najib hadiri pengebumian Raja Abdullah

Posted: 23 Jan 2015 04:59 AM PST

SINAR HARIAN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membatalkan semua programnya di Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi menghadiri upacara pengebumian Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud. - Foto Bernama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membatalkan semua programnya di Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi menghadiri upacara pengebumian Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud. - Foto Bernama
 
 
 
DAVOS - SWITZERLAND. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membatalkan semua programnya di Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi menghadiri upacara pengebumian Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, Najib akan meninggalkan Davos tepat pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) dan akan berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich.

Beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Riyadh, Arab Saudi dengan pesawat khas pukul 12 tengah hari ini.

Bagaimanapun, lawatan kerja Perdana Menteri ke United Kingdom akan berjalan seperti biasa bermula 24 Januari sehingga 26 Januari ini.

Raja Abdullah mangkat pada awal pagi Jumaat pada usia 90 tahun.
Adinda baginda, Putera Salman Abdulaziz telah dinamakan sebagai raja yang baharu. - Bernama

Nik Abduh: Ayah tidak berhasrat jalani kimoterapi

Posted: 23 Jan 2015 04:54 AM PST


NIK MOHAMAD ABDUH NIK MOHAMAD ABDUH
 
 
KOTA BHARU - Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan bapanya tidak berhasrat menjalani rawatan kimoterapi sebaliknya akan terus bergantung kepada ubat-ubatan yang disarankan doktor.

Menurutnya, ayahnya akan terus mengambil ubat-ubatan dalam bentuk tablet itu yang lebih berfungsi untuk memberi tenaga kepadanya.

Tak ada, yang ada sekarang hanya untuk memberi tenaga kepada ayah, sebab sebelum ini dia kekurangan garam, "katanya kepada media selepas melawat ayahnya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh berkata, keadaan ayahnya agak stabil namun kelihatan agak letih dan batuk-batuk.

"Ayah nampak letih, ada jangkitan sikit, kalau tetamu datang, dia celik dan tanya khabar menyebabkan dia kurang rehat, "katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nik Aziz makin stabil, tidak banyak berubah]

Terdahulu, Nik Aziz menerima lawatan daripada Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra yang meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk melihat perkembangan beliau.

Baginda yang tiba kira-kira jam 5.40 petang diiringi exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Dr Ramli Mamat dilihat meninggalkan Wad 2 Delima tepat jam 5.55 petang.

Adun Chempaka itu disahkan menghidap kanser prostat sejak lima tahun lalu dan  dimasukkan ke ICU Selasa lalu.

Zamani maafkan penyebar rakaman

Posted: 23 Jan 2015 04:52 AM PST


Video yang menjadi viral serta mendapat kecaman pelbagai pihak, sebaik ia tersebar menerusi laman sosial. Video yang menjadi viral serta mendapat kecaman pelbagai pihak, sebaik ia tersebar menerusi laman sosial.
 
 
PENYANYI, Zamani Slam dilaporkan telah memaafkan individu yang menyebarkan videonya menyanyi semasa bergari dan menjadi viral di laman sosial sejak Rabu lalu, lapor sebuah portal.

Memetik laporan itu, abang pelantun lagu Gerimis Mengundang itu, Zulfazli Ibrahim berkata, Zamani tidak akan mengambil sebarang tindakan dan meminta agar perkara itu tidak dipanjangkan.

"Dia sendiri yang minta agar isu ini tidak dipanjangkan dan sudah memaafkan individu itu. Saya dan keluarga akur dengan permintaan itu. Zamani tidak akan mengambil sebarang tindakan.

"Saya tahu berkenaan penahanan dan video itu hanya selepas dimaklumkan rakan," katanya selepas melawat Zamani di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, hari ini.

Sebelum ini, video berdurasi satu minit 23 saat itu menjadi viral serta mendapat kecaman pelbagai pihak sebaik ia tersebar menerusi laman sosial seperti blog dan Facebook.

[ARTIKEL BERKAITAN: Polis ambil keterangan, telefon bimbit dirampas]

Akui terkilan dengan perlakuan individu tersebut namun Zulfazli tetap berbangga dengan tindakan adiknya yang sudi memaafkan orang lain.

"Saya agak terkilan dan sedih dengan penyebaran video ini, tetapi, saya bangga dengan dia kerana dalam keadaan menghadapi kes ini pun, dia tetap sudi memaafkan orang yang bertindak begitu," katanya.

Peguam Zamani, Ahmad Zaharil Muhaiyar memberitahu kes anak guamnya itu akan disebut di Mahkamah Majistret Ampang pada Selasa depan.

Sementara itu, pengurus peribadi Zamani, Johan Aziz memberitahu, penyanyi itu meminta agar video tersebut dipadamkan demi menjaga kepentingan semua pihak.

"Zamani telah menyatakan kemaafan kepada pihak yang merakam video viral itu dan beliau tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap perkara tersebut.

"Beliau juga meminta agar video itu dipadamkan demi menjaga kepentingan semua pihak. Saya harap kita semua menghormati keputusan Zamani," katanya yang dipetik melalui laman Facebooknya, hari ini.

Beliau turut memaklumkan Zamani berada dalam keadaan sihat dan mendapat layanan yang baik oleh pihak polis.

"Terima kasih kepada pihak polis kerana membenarkan kami berjumpa Zamani. Alhamdulillah dia dalam keadaan sihat dan diberi layanan yang baik oleh pihak polis," katanya.

Dialog hati ke hati untuk satukan Umno, Pas hanya retorik

Posted: 22 Jan 2015 11:59 PM PST

MSO


Semalam berlangsung perbincangan dari hati ke hati mencari solusi dan juga iktibar selepas bencana Bah Emas yang menimpa Kelantan. Perbincangan itu melibatkan dua pemimpin kanan Pas dan Umno Kelantan. Pas diwakili TMB Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) manakala Umno diwakili oleh Ketua Penerangannya Md Alwai Che Ahmad. Manakala bekas MP Kok Lanas Abdullah Ahmad bertindak sebagai moderator.


Dialog untuk menyatukan Pas - Umno?
Abdullah adalah pendokong fahamaan sekular dan sosialisme yang pernah menjadi master mind dalam Umno khususnya di perjabat Perdana Menteri diera Tun Razak. Beliau juga pernah ditahan dibawah ISA kerana menganuti fahaman kuminis. Dari mana jerung pun bekas Setiausaha Politik Tun Razak ini lebih suka kalau Kelantan diperintah Umno secara total.

Dialog dari hati ke kalbu itu dianjurkan oleh surat khabar Sinar Harian di mana baru-baru ini takehnya melemparkan cadangan agar Pas dan Umno bergabung membangunkan Kelantan. Penerbit akhbar berkenaan Hissamuddin Yaakob melihat kedua parti itu wajar berada dalam satu saf dengan menubuhkan kerajaan bersama. Beliau merasakan ia suatu keterdesakan kerana Kelantan ketinggalan selama 40 tahun.

Bagaimana pun cadangan yang idealis itu tidak mendapat sambutan. Ia dicurigai oleh sesetengah pihak khasnya dalam Pas. Beberapa pemimpin Pas memberi alasan mengelak mengatakan kerjasama politik tidak diperlukan. Ironisnya pihak Umno hanya mendiamkan diri yang boleh dianggap menerima cadangan itu sebagai postif.

Melihat kepada sikap Umno itu memberi menterjemahkan bahawa cadangan Hissamuddin itu sebagai meret kepada Umno. Lebih nakal boleh dianggap Hissamuddin sebagai menjadi mediator kepada penyatuan itu dengan mempunyai motif tersendiri boleh disifatkan mahu dikenali sebagai juara penyatuan.

Apakah dialog dari hati ke hati semalam sebagai meneruskan agenda yang dibawa oleh Hissamuddin itu? Jika dilihat kepada pilihan kepada panel dialog itu, khasnya Nik Amar menjelaskan ia begitu. Sebab kalau hendak dikira yang patut atau sesuai berdepan dengan Alwi selaku ketua penrangan, adalah Ketua Penerangan Pas, Nasaruddin Daud.

Apakah oleh kerana pihak pengelola merasakan Nik Amar lebih berpengaruh dan mempunyai kuasa penentu hatta berbanding Ahmad Yaakub dan lebih mudah untuk diajak berunding maka pihak pengelola mempelawa TMB itu?

Kalau benar andaian ini apa guna Nasaruddin menjadi Ketua Penerangan Pas Kelantan atau pun beliau memang tidak berfungsi dan gagal menjalankan tugas dengan baik. Kalau benar begitu kenapa pula Ahmad Yaakub tidak menyusun semula Badan Perhubungan Pas Kelantan dengan menggugrkan sesiapa tidak berfungsi dan diganti dengan muka baru. Kalau tidak silap Ketua Penerangan Pas sebelum ini dipegang oleh Dr Mohd Fadzli Hassan Adun Temangan yang telah menunjukkan kebolehan dan kewibawaannya. Kenapa ditukar?

Saya tidak mengikuti perbincangan semalam kerana ia dilihat tidak penting dalam konteks maksud dibahaskan melainkan ialah adalah satu gambaran yang Pas dan Umno boleh duduk bersama dan perlu lebih jauh dari itu. Program semalam sebagai satu persandingan tanpa ijab kabul antara Alwi dengan Nik Amar. Ia sebagai ritual yang tidak sah dan penting.

Cuma saya cuba memahami hasilnya daripada laporan akhbar dan portal berita. Tampaknya tidak ada apa yang besar dan berimpak daripada dialog berkenaan. Kedua pihak baik Alwi dan Nik Amar mengakui bencana banjir tidak perlu dipolitiknya. Alwi dengan penuh tawaduk mengatakan tidak perlu berbalah dalam kes banjir dan tidak perlu menunding jari kepada pihak mana salah dan betul.

Yang penting katanya Umno - Pas menerusi kerajaan masing-masing berkerjasama berganding bahu membantu rakyat. Keutamaan rakyat, mangsa banjir perlu diutamakan daripada agenda politik. Ewah... Pandangan Alwi itu tepat sebagai meraikan Kelantan yang disimbah bah emas yang dahsyat. Dan itu semua orang sudah tahu dan merasakan ia perlu.

Begitu juga dibelah Nik Amar. Bagainya banjir telah membuka era baharu di Kelantan. Katanya dengan adanya banjir pihak kerajaan Pusat telah cuba menghayati semangat federalisme sebenarnya yang diharap Pas selama ini. Beliau disamping mengakui Kelantan tidak mampu memikul bahana bencana itu walaupun tidak sebesar bah tahun 1967, mengatakan kerajaan Pusat banyak membantu.

"Kalau bukan kerana banjir ini mungkin semangat (perlaksanaan) federalisme tidak seperti hari ini," katanya Nik Amar.

Perkembangan dan insiden begitu sangat disukai oleh Nik Amar. Dalam keadaan Kelantan kini "makan bertengak" tiada wang, maka kerjasama dan bantuan pusat sangat diperlukan. Mungkin bagi Nik Amar kalau Umno ingin berkerjasama dengan Pas sampai ke peringkat bentuk kerajaan bersama lagi bagus kerana ia meringankan bukan saja beban mangsa banjir, tetapi bahunya sendiri sebagai pembantu dan timbalan Ahmad Yaakub yang dilihat gagal memberi nilai tambah terutama dalam pembangunan sosial ekonomi di Kelantan.

Saya rasa apa disuarakan oleh kedua pemimpin itu disetujui oleh rakyat dan ia sepatutnya sudah lama berlaku. Dan seruan serta harapan itulah juga yang disering ditimbulkan kedua pihak bila berada di atas pentas. Mereka menunjukkan semangat persefahaman yang intim antara satu sama lain. Tetapi apa yang peliknya, apabila mereka berada di bawa, kembali dalam bingkai parti masing-masing persefahaman yang baik itu tidak mudah dilaksanakan. Umno sama ada mengaku atau tidak masih melakukan tindakan "aparteid" terhadap rakyat dan kerajaan Kelantan.

Kalau kedua mereka berpegang kukuh kepada keyakinan yang dinyatakan secara berhadapan itu, soal kerjasama politik tidak perlu timbul lagi. Pas dan Umno tidak perlu bergabung menjadi satu kerajaan. Dengan adanya kesedaran dan keinsafan yang tinggi, bertolak dari lubuk hati yang dalam penuh keikhlasan membantu rakyat keduanya sudah ada ruang dan peluang untuk membela rakyat dan membangunkan Kelantan.

Misalnya dalam konteks untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini dan membangunkan Kelantan secara konprehensif. Untuk menyediakan penempatan atau perkampungan baru, kerajaan Kelantan boleh menyediakan tapak sesuai manakala pembinaanya dilakukan oleh kerajaan Pusat yang mengeluarkan peruntukan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN). Perkara ini kena dibuktikan sebagai mengesahkan pengakuan jujur tanpa prejudis seperti disebut Alwi dan Nik Amar di atas pentas itu.

Demikian juga dengan peruntukan bernilai berbillion ringgit untuk pemulihan semula pembangunan pasca banjir kerajaan Persekutuan atau Alwi dan lain-lain pemimpin Umno Kelantan kena mendesak kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan itu langsung kepada perbendahraan kerajaan negeri. Jangan hanya disalur kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) semata-mata.

Kesediaan wang peruntukan itu disalurkan menerusi kerajaan negeri, akan membuktikan keikhlasan apa yang diucapkan Alwi itu. Dan perkara ini patut disuara dan disebutkan Nik Amar bukan mengesah dan memuja kebaikan kerajaan Pusat.
Tahap atau bukti kerjasama ini perlu dilaksanakan. Pembangunan untuk Kelantan yang dianggap tertinggal 40 tahun itu perlu disegerakan. Paling utama membina penemapatan mangsa banjir yang memuaskan. Sehingga hari ini setelah lebih sebulan banjir melanda, belum ada apa-apa mercu tanda bikinan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

Sekiranya tidak ada penglibatan NGO dan pihak swasta serta simpati orang ramai mungkin mangsa banjir masih "berjeluah" dan "berpolot" dengan selut. Mungkin mereka juga terus berembun dan berpanas kerana tiada tempat berlindung. Nasib baiklah ada NGO dan pihak swasta yang menyediakan prasarana sementara buat mereka.

Paling utama bagi merealisasikan apa yang diucap dan diakui oleh Alwi (Umno) dan diakui Nik Amar (Pas) ialah membuktikan pembangunan untuk Kelantan selepas ini berjalan setara dengan negeri-negeri lain. Kegagalan untuk melakukan ini orang akan mengecap kata-kata Alwi dan Nik Amar itu hanya retorik politik semata-mata dan tidak ada guna sedikit pun meletakkan mereka di atas pentas untuk saling merendah diri dan mengaku untuk membela rakyat begitu sedangkan hasilnya habuk.

Kesimpulannya pandangan dan hasrat akhbar berkenaan untuk meletakkan Pas dalam sebuah bekas tidak diperlukan lagi kalau kerjasama dari konteks kemanusiaan dan tanggungjawab kedua pihak, Pas dan Umno dapat dilaksanakan. Bagi rakyat bukan mustahak perlu wujudnya sebuah kerajaan bersama, tetapi komitmen dan tanggungjawab bersama itu lebih penting. Rakyat bukan ingin melihat berlaku penyatuan tetapi terwujudnya manfaat buat mereka. Tidak ada guna penyatuan kalau manfaatnya berguna buat kedua pemimpin misalnya jaminan kekal di kerusi masing-masing sahaja.

Berkawannya Pas dengan Umno menjadikan Kelantan tidak ada pembangkang yang kuat yang mana menyebabkan kerajaan yang solid akan terus lebih tegal melakukan kesalahan dan menghimpun dosa tanpa ada pihak menegur dan memantaunya.

Pembunuhan Altantuya: Azilah Mohon Pengampunan

Posted: 22 Jan 2015 11:50 PM PST

RAKYATNEWS

 

 alt



PUTRAJAYA  - Ketua Inspektor Azilah Hadri, salah seorang daripada dua bekas komando yang dihukum mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu akan memfailkan permohonan untuk mendapatkan pengampunan secepat mungkin.

Peguamnya Datuk Hazman Ahmad berkata beliau akan berjumpa anak guamnya minggu depan untuk mendapatkan arahan seterusnya sebelum menulis surat kepada peguam negara.

"Selain daripada proses undang-undang, ia merupakan hak Perlembagaan seorang pesalah untuk menulis kepada pihak berkuasa supaya dimaafkan daripada jenayah yang mereka lakukan," lapor The Malaysian Insider.

Hazman berkata pihaknya akan meneruskan tanpa berlengah lagi walaupun seorang lagi pesalah Korporal Sirul Azhar Umar melarikan diri.

Sirul dan Azilah bebas sejak 23 Ogos, 2013 apabila Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman bunuh mereka.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah mereka dan menjatuhkan hukuman mati kepada kedua-keduanya minggu lepas.

Bukti mendedahkan Altantuya, seorang penterjemah, dibunuh sebelum diledakkan dengan bom C4 pada 18 Oktober, 2006, di Shah Alam, berdekatan dengan Kuala Lumpur.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, penasihat Datuk Seri Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul, tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa dipanggil membela diri. Pihak pendakwa tidak merayu terhadap pembebasan Razak.

Walaupun dengan sabit kesalahan, motif pembunuhan Altantuya masih tidak diketahui.

Sirul ke Australia Oktober lepas dan tidak hadir semasa Mahkamah Persekutuan membacakan keputusan mereka berdua disabitkan bersalah kerana membunuh.

Lelaki berusia 43 tahun itu dilaporkan ditahan di Brisbane, Australia 3 hari lepas, dan pihak berkuasa Malaysia sudah pun membuat permohonan rasmi supaya Sirul diekstradisi ke Malaysia.

Bagaimanapun, undang-undang Australia menyatakan seorang yang berdepan dengan hukuman mati di negara asalnya tidak boleh diekstradisi.

Bertudung tapi hebat bermain gitar muzik metal

Posted: 22 Jan 2015 11:44 PM PST


  • Meliani bermain lagu dari kumpulan metal, Lamb of God. Meliani bermain lagu dari kumpulan metal, Lamb of God.
 
 
BERTUDUNG tetapi pandai bermain gitar elektrik genre muzik metal, itulah yang mencuri perhatian pengguna laman sosial Facebook dan laman Youtube terhadap gadis berusia 16 tahun ini.

Video gadis yang berasal dari Bandung Indonesia ini telah menggunakan nama MelSickScreamoAnnie dan berjaya menarik 967,536 tontonan sejak dimuatnaik Mac tahun lalu.

Rata-rata komen kagum bakat Meliani Siti Sumartini, antara komen-komen pelayar adalah:

"Saya tidak kisah sama ada dia Muslim atau yang lain.. anda sangat berbakat..bagus sekali"

Ada juga yang memberi kata-kata semangat kepadanya untuk teruskan minat muzik metal.

Kebanyakan komen juga turut memuji gadis yang mahir bermain gitar ini kerana bertudung.

Memetik laporan Tribun Manado, Meliani kini bersekolah di SMK Pasundan 3, Bandung Indonesia.

Minatnya pada muzik genre ini terserlah apabila dia memiliki poster Avenged Sevenfold di dinding bilik tidurnya.

Mahathir hancurkan demokrasi, Syed Ali nyanyuk – SAMM

Posted: 22 Jan 2015 11:29 PM PST

 
Sudah menjadi satu rahsia umum bahawa Mahathir-Daim sedang melancarkan serangan demi serangan untuk menjatuhkan Najib.


syed ali-samm


PETALING JAYA: Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Zulkifli Ibrahim menyifatkan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee sebagai seorang yang sudah nyanyuk.

Menurutnya, tidak perlu untuk Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'GuBard untuk melagakan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Najib Razak.

Ini kerana, menurutnya, perkara itu sudah menjadi satu rahsia umum bahawa Mahathir dan Tun Daim Zainuddin sedang melancarkan serangan demi serangan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Lihat saja siri tulisan dan kenyataan oleh Mahathir, Daim, Kadir Jasin, Sanusi Junid dan Zainuddin Maidin. Tidak ketinggalan Anuar Mohd Nor, Zaharin Yassin dan ramai lagi pejuang siber UMNO.

"Kesemua mereka berganti-ganti menyerang dan memburukkan Najib. Najib juga tidak ketinggalan menggunakan media arus perdana untuk menyerang Mahathir dan Daim. Apakah ini tidak menunjukkan perang kuasa di antara Najib dan Mahathir-Daim?" soalnya.

Bagaimanapun, Zulkifli tidak menafikan bahawa Mahathir sudah banyak berjasa sepanjang 22 tahun pemerintahannya, namun beliau mendakwa kadar kemusnahan yang dilakukan oleh Mahathir juga tinggi.

"Mungkin Syed Ali Alhabshee yang kononnya seorang pejuang bangsa Melayu ini sudah hilang ingatan di zaman pemerintahan siapakah yang telah menjatuhkan maruah dan menghina Raja-Raja Melayu? Ini adalah satu contoh klasik bagaimana Mahathir merosakkan sistem bernegara," katanya.

Zulkifli berkata, walaupun beliau tidak pernah menjadi ahli UMNO, tetapi ahli-ahli UMNO harus ingat Mahathir bukan sahaja menghancurkan sistem demokrasi negara malah demokrasi dalam UMNO.

"Kerana Mahathir jugalah UMNO asal yang ditubuhkan pada Mei 1946 telah diharamkan. Kemudian, Mahathir dengan kuasa yang ada telah mencabul sistem perundangan dan menubuhkan UMNO baru.

"Syed Ali Alhabshee ini perlu membuka mata hati untuk menilai Mahathir. Banyak kerosakan nyata dilakukan oleh beliau bukan sahaja memangsakan asas sistem bernegara malah turut menghancurkan UMNO itu sendiri yang telah diasaskan oleh Tun Onn Jaafar.

Semalam, Syed Ali Alhabshee mengutuk gesaan Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa kononnya Mahathir Mohamad menjadi punca sebenar kecelaruan politik negara.

Menurut beliau, Chegu Bard, sengaja melontarkan tuduhan tersebut bagi mencetuskan keresahan di kalangan ahli UMNO, menuduh Mahathir mempunyai strategi bagi menjatuhkan Najib serta pada masa sama mengingatkan Pakatan Rakyat (PR) supaya tidak terperangkap dengan strategi tersebut.

Kepimpinan Najib diselubungi banyak masalah

Posted: 22 Jan 2015 11:27 PM PST

 
Cara terbaik bagi Najib menguji dirinya sama ada diterima atau ditolak ahli UMNO boleh dijawab dengan mengadakan pemilihan.


najib umno2


PETALING JAYA: Keadaan dalam UMNO dilihat semakin kritikal apabila ramai ahlinya yang tampil menegur, mengkritik serta mendesak Datuk Seri Najib Razak supaya berundur daripada terus menerajui kepimpinan parti.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin menyatakan, Presiden UMNO itu perlu merenung kambali saranan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pemilihan parti dibuat sebelum pilihan raya umum.

"Kebimbangan UMNO, Najib yang diselubungi dengan pelbagai masalah, pekung dan kudis, lebih mungkin membawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO ke lembah kekalahan berbanding menjejak mercu kejayaan dalam pilihan raya akan datang," jelasnya dalam entri terbaru blog beliau shahbudindotcom.blogspot.com.

Menurut beliau, kata-kata perubahan yang ingin dibawa Najib sebelum ini hanyalah retorik semata-mata kerana sehingga kini tiada perubahan yang dibuat, sama ada melibatkan pengurusan UMNO, kerajaan, hubungan kaum, agama, menangani krisis, masalah berkaitan isteri, pegawai dan penasihat serta pelbagai lagi.

Malah, dakwa blogger itu, hutang negara kian bertambah, ekonomi merosot, pasaran saham dan nilai ringgit merudum, kehidupan rakyat terutama di luar bandar terjejas dan negara seolah-olah terperangkap dengan seribu satu masalah yang tidak berkesudahan.

Jelas Shahbudin, cara yang terbaik bagi Najib menguji dirinya sama ada diterima atau ditolak ahli UMNO boleh dijawab dengan mengadakan pemilihan semula dalam masa terdekat, pada masa sama parti dapat menentukan bahawa beliau layak untuk terus menerajui parti atau tidak sebelum pilihan raya umum 2018.

"Kalau dirasakan Najib akan membawa kekalahan, inilah masanya melakukan perubahan dan memilih pemimpin lain yang lebih diyakini. Pilihlah antara Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Shafie Apdal atau sesiapa saja yang dirasakan lebih layak," tambahnya.

Pada masa sama, beliau berkata, pemilihan tersebut juga merupakan ujian kepada seluruh ahli UMNO sama ada benar-benar mahukan perubahan dan keinginan menangi pilihan raya akan datang masih menjadi keutamaan.

Katanya, tindakan sedemikian perlu dilakukan Najib apabila ada suara mengatakan beliau mungkin bersatu dan "cium mulut" dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan masa depan politik dalam UMNO.

"Ia terpancar daripada kesungguhan media arus perdana yang di bawah kawalan Najib mulai memberi ruang yang amat luar biasa kepada Anwar dan PKR untuk menyerang Tun Daim Zainuddin.

"Najib dengan Anwar tidak dianggap mustahil dan episod lawan bertukar jadi kawan adalah perkara biasa dalam politik dan percaturan kuasa," katanya.

Najib digesa campur tangan kemelut MIC

Posted: 22 Jan 2015 11:23 PM PST

Oleh Nurshakira Buang
Post Pic



SHAH ALAM: Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak digesa campur tangan dalam menyelesaikan kemelut yang melanda parti komponen MIC dengan segera sekali gus menyelamatkan parti berkenaan daripada dibubarkan.

Malah, bekas Pengarah Strategi MIC, Datuk Seri S Vell Paari berkata campur tangan Najib perlu kerana presiden Datuk Seri G Palanivel begitu jelas terlalu mengambil mudah dengan apa yang sedang melanda parti sekarang.

Justeru, bagi mengelakkan kesan buruk kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang Najib perlu campur tangan, tegasnya.

"Presiden MIC tidak ambil berat dengan apa yang jadi sekarang.

"Masanya sudah tiba untuk PM campur tangan sebab MIC ini adalah komponen dalam BN. Jika PM tidak campur tangan dan selesaikan perkara ini dengan segera ini akan memberi kesan kepada GE14 sekali gus beri kesan buruk kepada BN," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Menurut Vell Pari, bagi mengekalkan kedudukan BN pada GE14 nanti parti itu perlu mendapatkan lebih enam hingga tujuh peratus sokongan pengundi India.

"Bagi pendapat saya untuk BN kekalkan kedudukan sekarang dan mungkin boleh buat sedikit perubahan...kita kena dapat Indian vote swing lebih dari 6-7%. Tapi, jika keadaan (MIC) sekarang ini masih berterusan ia akan memberi kesan buruk lagilah," katanya.

Mengulas mengenai sejauh mana Palanivel perlu berundur ini jawab Vell Pari:

"Semua orang sudah bercakap dengan Palanivel untuk step down sebab terlalu banyak penipuan dalam pemilihan MIC yang lalu. Siapa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya? Datuk Palanivel dan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, ROS dah beri banyak bukti berlaku penipuan semasa pemilihan (MIC) berlangsung.

"Dan jika dia seorang yang bertanggungjawab mesti mengakui kesalahannya dan bersedia untuk letak jawatan," jelasnya.

Sebelum ini kepimpinan MIC begitu kecewa dengan sikap 'berlengah' dan 'keliru' Palanivel yang sehingga kini masih belum memutuskan sebarang langkah penyelesaian bagi menyelamatkan parti berkenaan.

 Ini kerana kepimpinan parti itu masih belum mendapat sebarang maklum balas ataupun jawapan daripada pihak kepimpinan tertinggi parti berhubung cadangan penubuhan sebuah jawatankuasa khas bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.

Vell Pari juga meluahkan rasa kecewa Palanivel lebih cenderung untuk 'membantah' arahan ROS dan mempertahankan keputusan pemilihan yang dakwanya berlangsung berlandaskan proses demokrasi.

Berbanding mengambil langkah pantas untuk menyelamatkan parti berkenaan daripada dibubarkan.
Untuk rekod, penubuhan jawatankuasa khas itu telah diumumkan sendiri oleh Palanivel dalam sidang media selepas mesyuarat kontroversi parti berkenaan, 18 Disember lalu.

MB: Simbah cat pejabat FAS bukan jalan terbaik lerai kemelut

Posted: 22 Jan 2015 11:15 PM PST

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Insiden menyimbah cat di pejabat Persatuan Bola Sepak Sepak Selangor (FAS) adalah tindakan tidak wajar dan bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sepak Selangor (FAS), Mohamed Azmin Ali, berkata jika ada pihak tidak berpuas hati dan mahu badan itu dirombak, perkara itu patut diteliti setiap aspek.

IMG-20150119-WA0018
"Kalau tidak puas hati dengan kepimpinan FAS, itu bukan tindakan wajar diambil kerana perkara ini perlu diteliti keseluruhannya misalnya daripada aspek latihan, dana dan pengurusan badan itu sendiri.

"Tak boleh simbah cat atau ugut kerana tindakan jenayah berkenaan tidak selesaikan masalah," katanya dipetik Sinar Harian.

Mohamed Azmin berkata, beliau menyerahkan insiden simbah cat pada pagi Isnin lalu itu untuk siasatan polis.

Insiden khianat itu sedang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan susulan tindakan suspek yang menyimbah cat merah dan kuning di pintu masuk pejabat FAS di Kelana Jaya.EZY

MB: “Mana ada PM lain jalan luar negara setiap bulan”

Posted: 22 Jan 2015 11:11 PM PST

Oleh: NAEEM RAFFI


IJOK: Peruntukan Jabatan Perdana Menteri patut dipotong dan perjalanan Perdana Menteri ke luar negara dikurangkan bagi penjimatan wang negara.

Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata keperluan utama Kerajaan Pusat adalah memastikan ketirisan tidak berlaku, penyalahgunaan kuasa dan mulakan proses tender terbuka.

Jet-Najib

"Hentikan perjalanan ke luar negara setiap bulan. Mana ada Perdana Menteri lain berjalan keluar negara setiap bulan.

"Najib Razak tidak memahami keperluan penjimatan, sebab itu kita lihat laporan Ketua Audit Negara saban tahun penyalahgunaan berbilion-bilion ringgit," katanya.

Dalam Bajet 2015, JPM mendapat peruntukan pembangunan sebanyak RM13 bilion dengan RM711 juta untuk pendidikan awal, termasuk Perumahan PERMATA.

Selain itu, Najib juga dilaporkan membelanjakan RM26,080,144.39 ke luar negara dalam tempoh empat tahun sejak 2009.EZY

Rizab Antarabangsa Malaysia “Hilang” RM73.08 Bilion Daripada US$131.5 Bilion (2015) Kepada Hanya US$111.2 Bilion (2014) Sahaja

Posted: 22 Jan 2015 08:52 PM PST




rizab antarabangsa malaysia



Rizab Antarabangsa Malaysia "Hilang" RM73.08 Bilion Daripada US$131.5 Bilion (2015) Kepada Hanya US$111.2 Bilion (2014) Sahaja : Sekarang ini negara Malaysia sudah pun melepasi tempoh 2 minggu pertama bulan januari 2015 yang mana merupakan tempoh yang sangat panjang sepanjang tempoh tersebut. Macam-macam berlaku kepada Malaysia. Berdasarkan semakan berita Semasa… rizab antrabangsa Malaysia telah jatuh sejumlah US$4.8 bilion bersamaan dengan RM17.3 bilion dalam tempoh 2 minggu sahaja.

Semuanya dek kerana tekanan yang begitu hebat dikenakankan terhadap akaun semasa dan nilai ringgit Malaysia selepas harga minyak berada pada paras yang kurang menyenangkan kepada kerajaan Malaysia pada ketika ini.

BACA SINI : Buat Loan Kereta 2013 (7 Tahun Max). Personal Loan 10 Tahun BNM Nafi,
 Julai 2013 Tetap Dilaksanakan!

 

Rekod Rizab Antarabangsa Malaysia September 2014 Hingga Januari 2015?

Berikut adalah rekod rizab antarabangsa Malaysia :
  • Bulan September 2014 : Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) : US$131.5 bilion :
  • Pada akhir tahun 2014 : US$116 bilion
  • Sehingga 15 Januari 2015 : Hanya tinggal US$111.2 bilion sepertimana yang diumumkan sendiri oleh Bank Negara baru-baru ini.
Dalam tempoh 3 bulan sahaja, rizab antarabangsa Malaysia telah "hilang" sebanyak RM73.08 bilion.

P/S : jikalau sebelum ini, rizab yang Malaysia ada mampu membiayai 9.4 bulan import tertangguh, tetapi hari ini rizab yang sedia ada hanya mampu membiayai lebih lapan bulan import tertangguh sahaja.

DUN Sabah perlu adakan sidang khas semakan belanjawan

Posted: 22 Jan 2015 08:50 PM PST

chan foong hin

 Roketkini.com


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman perlu mengumumkan sidang khas DUN bagi membincangkan belanjawan negeri 2015, kata Naib Pengerusi DAP Sabah Chan Foong Hin.

Namun katanya, kerajaan negeri tidak wajar mencontohi langkah dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melakukan penstrukturan semula tanpa melibatkan Parlimen dan Kabinet.

"Sabah kena buat lebih baik, iaitu dengan membahaskan belanjawan negeri di sidang khas DUN,' kata Foong Hin dalam satu kenytaaan.

Belanjawan Sabah 2015 dibentangkan pada November 2014 berjumlah RM3.8 bilion, mencatat lebihan buat pertama kali semenjak 2008, manakala kerajaan negeri menjangkakan hasil RM 3.862 bilion bagi tahun ini.

"Antara hasil dijangka pada 2015 adalah royalti minyak sebanyak lima peratus oleh Petronas kepada negeri berjumlah RM 1.147 bilion," ujarnya.

Menurut Foong Hin, penurunan 50 peratus harga minyak dunia bermakna kekurangan RM 0.573 bilion, menghampiri 15 peratus penurunan jangkaan hasil yang berjumlah RM3.862 bilion.

Sedangkan jangkaan lebihan belanjawan adalah RM 0.05 bilion atau RM 50 juta, menafikan lebihan belanjawan yang diumumkan November lepas.

"Apa pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk selesaikan isu ini, atau kita masih komited dengan belanjawan yang dikatakan ada lebihan sejak 2008 itu?

"Saya sudah bangkitkan dalam sidang DUN dan bertanya atas dasar apa Ketua Menteri buat pengiraan?

"Jika dulu harga minyak USD 100 setong, kini harga minyak dunia sudah berubah kepada USD47, dan boleh terus jatuh," kata Foong Hin.

"Apakah pelan dan tindakan yang harus diambil kerajaan negeri untuk selesaikan isu ini?

"Apa hasil baru yang kerajaan negeri harus fikirkan? Dan apakah perbelanjaan yang harus dipotong? Inilah agenda yang harus didebatkan dalam sidang khas DUN," ujar Foong Hin.

Tambahnya, sidang khas DUN perlu diadakan dalam tempohh 48 jam bagi membincangkan semakan semula belanjawan negeri.

"Sidang khas juga perlu membahaskan isu PATI, cukai eksport makanan laut, tarif elektrik, dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)," ujarnya – Roketkini.com

Semakan belanjawan 2015 mengelirukan, catat perbezaan RM2 bilion

Posted: 22 Jan 2015 08:48 PM PST

ong_kian_ming

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Terdapat beza RM2 bilion dalam penstrukturan semula belanja pembangunan dalam belanjawan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming.

Kata Kian Ming, Najib mengekalkan angka belanjawan, sedangkan terdapat banyak perkara yang jauh bercanggah dari angka sebenar.

"Dalam semakan semula Belanjawan, Najib menyebut angka RM48.5 billion belanja pembangunan akan dikekalkan.

"Tapi ketika beliau membentangkan belanjawan 2015 di Parlimen tahun lalu, belanja pembangunan bukan RM48.5 billion, tetapi RM50.5 billion untuk tahun 2015," kata Kian Ming dalam satu kenyataan.

Mantan penganalisis Dasar Sosio Ekonomi Pembangunan dan Penyelidikan (SEDAR) itu menyatakan, semakan anggaran belanjawan dan pekeliling terkini Perbendaharaan telah dibuat bagi mengesahkan angka tersebut.

Kedua-dua dokumen itu jelas membuktikan perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan untuk 2015 adalah RM50.5 bilion.

"Dengan anggaran tidak konsisten, bagaimana Najib memberi keyaiknan, sedangkan beliau sendiri gagal memberikan angka tepat? soalnya.

Menurut Kian Ming, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja tidak mampu meyakinkan rakyat, malah gagal memberikan angka tepat dalam semakan semula Belanjawan 2015.
Akhbar The Edge semalam pula telah melaporkan keraguan pasaran mengenai semakan Belanjawan 2015.

The Edge menyebut, keraguan tersebut berkisar mengenai sikap terlalu optimis berhubung unjuran purata harga minyak dan keupayaan kerajaan menyimpan hasil pendapatan serta komitmen perbelanjaannya.

Tambah Kian Ming, kenyataan Najib berhubung harga minyak bagi mengira Belanjawan jauh bercanggah dari Perbendaharaan.

"Najib mendakwa kata sepakat dikalangan ahli ekonomi bahawa unjuran paras harga asas AS100 yang dibentangkan dalam Belanjawan 2015 tidak lagi realisitik.

"Tapi berdasarkan Anggaran Perbendaharaan Hasil Kerajaan 2015, harga minyak yang digunakan untuk mengira Belanjawan adalah AS105 setong dan bukannya AS100," katanya. – Roketkini.com

Nik Aziz 'positif', minta makan

Posted: 22 Jan 2015 08:46 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kesihatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "positif" walaupun doktor belum menggunakan perkataan "sihat", kata anaknya.

Nik Abduh berkata jika keadaan bertambah baik, petang ini doktor mungkin akan membuang alat bantuan pernafasan terhadap ayahnya.

"Alhamdulillah kesihatan ayahanda terus meningkat lebih baik. Pagi ini kami dapat lebih banyak berkomunikasi dengannya.

"Ayahanda minta untuk makan dan pihak hospital telah menyediakan nasi air," tulisnya di Facebook petang ini.

Bagaimanapun, kata Nik Abduh, ayahandanya kini batuk sedikit dan doktor menasihati agar pelawat diizin melihat daripada luar bilik sahaja untuk mengelak jangkitan.

"Terima kasih daripada kami pihak keluarga atas doa seluruh rakyat Malaysia. Saya pula minta maaf atas kelewatan kemas kini.

"Demam hari ini," katanya.

Kegagalan Zahid jadikan Malaysia transit militan IS?

Posted: 22 Jan 2015 08:44 PM PST

zahid_hamidi

Oleh ER TECK HWA 



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan Timbalan Menteri Keselamatan Awam China Meng Hongwei memaklumkan bahawa lebih 300 rakyat China menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum ke negara ketiga dan seterusnya memasuki Syria dan Iraq untuk menyertai kumpulan militan IS semasa pertemuan mereka di pejabat Ahmad Zahid semalam.

Mengapa sebelum ini perkara ini tidak didedahkan dan tiada tindakan diambil? Adakah Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai maklumat berhubung perkara ini sehinggalah diberitahu oleh pemimpin negara China? Adakah Risikan Cawangan Khas PDRM tidak melakukan kerja mereka untuk memintas kumpulan-kumpulan ini semasa mereka transit di sini?

Lebih 300 orang rakyat China ini bukanlah satu angka yang kecil apatah lagi mereka-mereka ini adalah merupakan kelompok yang ingin menyertai kumpulan militan. Menteri Dalam Negeri perlu menjawab persoalan ini memandangkan sekian tahun Malaysia dianggap sebagai negara transit dalam sindiket pemerdagangan manusia. Siri kegagalan kita dalam menjaga pintu masuk kita akhirnya telah digunakan sepenuhnya oleh kumpulan militan.

Kementerian Dalam Negeri sangat pantas bergerak dan menangkap aktivis dan pemimpin politik tempatan yang kritikal terhadap pemerintah tetapi dalam isu Malaysia menjadi transit untuk sindiket pemerdagangan manusia dan kumpulan militan, agensi-agensi KDN seolah-olah tidak mempunyai pengetahuan langsung.

Zahid juga mengatakan masalah menangani keganasan ini berat kerana jalinan di peringkat antarabangsa di antara pengganas-pengganas dari China dengan dari negara lain di rantau Asia Tenggara.

Akan tetapi, di peringkat negara juga mempunyai jalinan kerjasama antara negara bagi memerangi keganasan. Malah, Kertas Putih berhubung IS juga telah dibentangkan dan diluluskan di Parlimen Malaysia tetapi perlaksanaan langkah pencegahan masih lagi ditakuk lama.

Ini bukan lagi persoalan bahawa kita tidak mempunyai Akta Pencegahan Keganasan. Kita telah mempunyai SOSMA dan Kanun Keseksaan yang boleh diguna untuk menahan suspek pengganas tetapi sebenarnya adalah kelemahan dan ketidakmampuan Menteri Dalam Negeri dalam bertindak.

Sebaliknya, Menteri Dalam Negeri sering membuat kenyataan akhbar berhubung aktiviti keganasan hanya untuk menimbulkan ketakutan dan kesangsian rakyat sahaja. Hakikatnya, KDN terus gagal dalam menghalang penularan perkara ini di kalangan rakyat kita dengan tuntas.

Ataupun Zahid sememangnya terlalu sibuk dengan kerja-kerja luar mempertahankan 'Raja Judi' sehingga tidak lagi fokus menjaga keselamatan dalam negara. Kegagalan demi kegagalan Zahid melayakkan beliau diberhentikan tugas serta merta.

Saya menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk segera menukar Menteri Dalam Negeri kepada individu yang lebih layak berbanding Zahid. – Roketkini.com

Najib tak berani isytihar darurat banjir kerana krisis kepimpinan?

Posted: 22 Jan 2015 08:42 PM PST

banjir2

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkeras tidak mahu mengisytihar darurat semasa banjir melanda dipersoalkan bukan sahaja oleh pembangkang, malah oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Ini kerana Daim dalam wawancaranya bersama akhbar Chinapress Daily membandingkan Najib dan Tun Mahathir, dengan mengatakan perdana menteri keempat itu akan mengisytiharkan darurat jika berada dalam kedudukan Najib.

Justeru itu, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok mempersoalkan perkara sama, berikutan tindakan lembab Najib menjawab persoalan tersebut.

"Sampai hari ini Najib gagal menjawab mengapa tak mahu mengisytiharkan darurat?

"Kenapa Najib tak mahu isytihar darurat untuk selesaikan isu bencana banjir ketika dia pulang dari Hawaii pada 27 Disember tahun lalu? kata Teresa dalam satu kenyataan

Pada 27 Disember lalu, Najib mengatakan tidak ada keperluan darurat di Kelantan kerana menurutnya akan memberi kesan kepada syarikat insuran akibat tuntutan pemilik premis dan kenderaan.

Ujar Teresa, sikap Najib menimbulkan persoalan, lebih-lebih lagi alasannya telah dijawab Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM) yang mengatakan secara terbuka bahawa tuntutan tetap dibayar meskipun darurat diisytiharkan.

"Jadi, apa alasan Najib sebenarnya yang buatkan dia berkeras tidak mahu isytihar darurat?

"Jika dia isytihar darurat, ini membolehkan kerajaan pusat, negeri dan PBT dapat mobilisasi semua sumbernya dengan lebih efektif dalam menyelenggara banjir.

"Adakah Najib tidak mempunyai kebolehan mengurus krisis sebagai alasan kegagalannya kepada perkara yang paling diperlukan ketika banjir? soal Teresa – Roketkini.com

Raja Arab Saudi meninggal dunia

Posted: 22 Jan 2015 08:36 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz meninggal dunia semalam akibat pneumonia, lapor agensi berita rasmi negara itu.

Raja Abdullah, 90 sebelum ini dirawat sejak beberapa minggu lalu.

TV Arab Saudi juga melaporkan, adiknya, Salman Abdul Aziz, 79, secara rasmi dilantik sebagai raja yang baru manaka Putera Muqrin Abdulaziz menjadi raja muda yang baru.

Media antarabangsa turut melaporkan rakaman ucapan takziah daripada pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Obama menyanjung sumbangan Raja Abdullah dalam membentuk kestabilan dan keselamatan di Timur Tengah.

Abdullah yang dilaporkan lahir pada 1923, menjadi raja Arab Saudi secara rasmi sejak 2006.

PM: Laporan MH17 siap pertengahan 2015

Posted: 22 Jan 2015 08:35 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Laporan akhir berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dijangka siap selepas pertengahan tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Perdana Menteri yang sedang mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ekonomi Dunia (WEF) ke-45 di Davos, Switzerland berkata, perkara itu dimaklumkan oleh rakan sejawatnya, Perdana Menteri Belanda Mark Rutte pada sesi pertemuan dua hala Khamis.
  
Beliau berkata, laporan itu sedang disiapkan oleh jawatankuasa bebas yang ditubuhkan khas untuk menyiasat tragedi itu yang diketuai Belanda.
  
"Beliau (Rutte) telah berjanji supaya sebelum laporan itu diumumkan, akan maklumkan kepada saya, apa dia rumusan dan dapatan daripada laporan tersebut.
  
"Sekali lagi, Perdana Menteri Belanda mengulangi bahawa tragedi MH17 ini telah membawa kedua-dua negara kita lebih rapat lagi dari segi hubungan," kata Najib yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita Malaysia di Davos Khamis.

Pada 17 Julai lepas, pesawat MH17, yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Donetsk, Ukraine berdekatan sempadan Rusia.
  
Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang termasuk 283 penumpang dan 15 anak kapal itu, dipercayai ditembak jatuh tetapi belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap tragedi itu sehingga sekarang.
  
Selain rakyat Malaysia, penumpang pesawat itu terdiri warga Belanda, Australia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Kanada, New Zealand, Indonesia dan Filipina.
  
Najib berkata pertemuan kira-kira 20 minit itu turut membincangkan tentang minat Belanda dalam minyak sawit dan kayu balak.
  
Selain itu, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu dan Ketua Menteri Andhra Pradesh, India, Chandra Babu Naidu.
  
Antara yang dibincangkan termasuk langkah untuk terus meningkatkan hubungan dua hala dalam semua bidang  termasuk teknologi, ekonomi, perdagangan dan ketenteraan.-Bernama

Tiada ulasan: