Isnin, 26 Januari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Semakin jelas pembohongan Zahid Komidi

Posted: 26 Jan 2015 08:00 AM PST


 Kesian melihatkan Menteri Dalam Negeri kita ni, macam dah tak ada kawan yang sanggup nk tolong bela pembohongannya .... 

  Nak taruk kemana la ni muka kamu wahai Zahid Komidi? Kamu ni betul-betul seorang badut yang rajin buat komidi bodoh!

  Mula-mula dulu bila surat kamu kepada FBI yang menyatakan sokongan kamu terhadap 'Raja Judi' tu didedahkan , kamu kata Paul Phua membantu kerajaan dalam urusan keselamatan, isu keselamatan yang berstatus besar dan tidak boleh sewenang-wenangnya diwar-warkan kepada umum atas faktor kepentingan dan keselamatan negara.....Kah! Kah! Kah!

  Kemudian kamu kata bukan kamu saja yg tulis surat seumpama itu, menteri-menteri dalam negeri sebelum kamu pun ada juga buat gitu....

 Malang bagi kamu , bila Hishammuddin Hussein menafikan   pernah buat kerja bodoh macam kamu tu!

 Kemudian Syed Hamid Albar pula kata, saya tak tulis surat pada fbi  dan yang terbaru, bila ada sumber mendedahkan laporan berikut : 

Phua disabitkan bersalah di M'sia


Lelaki yang dikatakan membantu Putrajaya dalam projek melibatkan keselamatan negara dikatakan pernah disabitkan kesalahan jenayah di negara ini.

 Sumber polis memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa 'raja judi' Paul Phua Wei Seng ditahan di Miri, Sarawak pada 2004 semasa perlawanan Piala Euro di Miri.


 Seorang sumber yang berada di tempat kejadian ketika Phua didakwa dan disabitkan kesalahan terlibat dalam perjudian haram memberitahu bahawa dia didenda.


 Selepas membayarnya, Phua dikatakan meninggalkan negara ini dan kemudian dilarang memasuki Malaysia ketika Piala Dunia 2008.


 Menurut sumber, Phua, 50, juga dikenali sebagai 'Sabah kia' (budak Sabah) walaupun dia sebenarnya berasal daripada Miri, seperti maklumat dalam kad pengenalannya.


 Pua menjadi tumpuan berita selepas ditahan dan didakwa oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat atas tuduhan terlibat dengan operasi judi haram besar-besaran di Caesar's Palace, sebuah hotel lima bintang di Last Vegas pada Julai lepas. Baca sepenuhnya di sini

Gagal mengawal pembalakan di Kelantan, gagal sebagai MB!

Posted: 26 Jan 2015 02:30 AM PST

Kerajaan Kelantan menafikan banjir besar yang berlaku di negeri ini adalah berpunca daripada kegiatan pembalakan yang tidak terkawal di Hulu Kelantan.Baca seterusnya  di sini

 Tetapi mengikut sumber Jabatan Perhutanan Negeri, pada 2014 sahaja sebanyak 41 lesen konsesi pembalakan diluluskan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Jajahan Hutan Kelantan Selatan (meliputi Jajahan Gua Musang dan Jajahan Kecil Lojing).


Boleh Mohd Akob dan Nik Amar tolong jelaskan?

 Kebanyakan kelulusan lesen konsesi pembalakan dalam HSK di Jajahan Hutan Kelantan Selatan adalah untuk tujuan tanaman monokultur atau apa yang dinamakan Hutan Ladang pada skala yang besar.

 Sebelum dilaksanakan tanaman monokultur dalam HSK (TMDHSK), litupan hutan asal (hutan asli) akan diusahahasil (harvesting) secara tebang habis.

 Penebangan secara tebang habis tersebut tidak tertakluk kepada 'sustainable forest management' dan Catuan Tebangan Tahunan (CTT).

 Kenyataan menteri besar bahawa Kelantan mengamalkan pengurusan hutan secara mampan dan telah memperolehi pensijilan 'Malaysian Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management' (MC&I) hanyalah tertakluk kepada kegiatan pembalakan dalam hutan asli di HSK sahaja.

 Tetapi kawasan HSK yang dilakukan tanaman monokultur, perlombongan dan lain-lain kegiatan tidak tertakluk kepada pensijilan tersebut.

Ketika jd Exco Husam Musa pernah menolak beberapa syarikat yang ingin membalak. Husan lebih maklum apa akan berlaku sekiranya balak ditebang secara semberono. Oleh itu, sultan Kelantan wajar mengeluarkan titah mengganti MB Ahmad Yaakob sebagaimana sultan Selangor pernah meminta MB Selangor, Muhammad Mohd Taib diganti pada hujung 1990an dahulu.

 Kelantan hebat dan dihormati sewaktu era gandingan 
mereka berdua - TGNA dan Husam Musa

 Husam sememangnya calon yang ditunjuk oleh Nik Aziz untuk mengambil tempat beliau sebagai MB baharu Kelantan. Tetapi sultan tidak bersetuju. Terdapat keperluan mendesak sultan berubah fikiran sekarang sebelum satu lagi bencana banjir berlaku di Kelantan tahun ini. MB Ahmad Yaakob terlalu lembab menangani isu tanam semula dan penebangan hutan balak. Baca sepenuhnya di sini

PKR: Kenyataan Hadi ada agenda tersirat

Posted: 25 Jan 2015 09:00 PM PST


PKR mengesyaki bahawa tentangan oleh oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke atas pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan serta kenyataan dari kem BN mengandungi agenda tersirat.

 Anggota jawatankuasa pusat PKR, Latheefa Koya berkata, kenyataan menteri BN, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya turut terpakai untuk semua pilihan raya di Malaysia sekiranya ia boleh diambil kira.

 "Amat tidak masuk akan jika dikatakan bahawa pilihan raya kerajaan tempatan akan membawa kepada polarisasi kaum atau masalah perpaduan.

 "Mereka yang kata begini jelas sekali ada agenda tersirat.

 "Jika alasan tidak masuk akal ini diterima, kita tidak akan dapat mengadakan apa-apa pilihan raya di Malaysia, sama ada peringkat parlimen, negeri atau pilihan raya kerajaan tempatan," kata peguam itu.

 Beliau mengulas kenyataan Abdul Rahman yang bersetuju dengan kebimbangan Hadi bahawa pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan akan membawa kepada keadaan seperti itu.

 Latheefa berkata, keputusan yang ditunjukkan dalam dua pilihan raya umum sebelum ini menunjukkkan bahawa pengundi tidak lagi memilih calon mengikut kaum atau agama.

 Jelasnya, ramai pengundi Melayu memilih MP pembangkang Cina dan kalangan pengundi bukan Melayu juga ramai memilih MP PAS.

 "Keputusan ini diulangi dan diperkukuh dalam pilihan raya umum ke-13. Rakyat Malaysia tidak lagi melihat satu sama lain mengikut kaca mata kaum dan agama, tetapi sebagai sesama warga Malaysia.

 "Sebaliknya, ahli politik yang mementingkan dirilah yang terus menguar-uarkan dan memangkinkan lagi mitos bahawa pengundi Malaysia terus mengundi berdasarkan kaum.

 "Ini adalah penghinaan ke atas integriti dan kecerdasan pengundi Malaysia," katanya lagi.SUMBER

Suatu cerita pelik yang tersebar sekarang....

Posted: 25 Jan 2015 03:38 PM PST


Diceritakan dlm tazkirah oleh AlFadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani (anak sedara TGNA), bhw doktor telah bagi taklimat PD ahli2 keluarga trdekat dn telah memaklumkan yg TGNA telah diserang oleh kuman ke paru2 dan dah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak. Doktor minta ahli keluarga brsiap mnghadapi sebarang kemungkinan. Beliau telah diberikan suntikan ubat pembunuh kuman (ubat yg paling kuat) oleh doktor yg merawatnya.

 Menurut doktor yg merawatnya ubat ini tidak boleh diberikan ketika seseorang tu sedar, utk menyuntik ubat tersebut perlu dibiuskan dulu kerana ia akan menyakitkan pesakit. Setelah pengsan barulah ubat boleh disuntik.

 Sesuatu yg ajaibnya, walaupun setelah TGNA pengsan dan ubat dimasukkan (dah dua mlm beliau dipengsankan) TGNA apabila tepat jam 4 pg akan bangun bertahajjud (amalan yg tak pernah beliau tinggalkan sejak baligh) dan pengsan semula. Begitu juga apabila tiba waktu solat fardhu...الله أكبر. Lihatlah bagaimana Allah s.w.t menyayangi hambaNya. Dlm keadaan sakit yg sangat kritikal, tp masih membangunkan hambanya yg dikasihi utk mendengar zikirnya, rintihannya, rayuannya, doanya. Ya ALlah..Terpukul aku denga ni. Kite yg sihat wal afiat ni apecite bro..

 Menurut doktor yg merawatnya, kuman dan bengkak didalam otaknya telah hilang. Ini tak pernah berlaku kepada pesakit lain sebelum drp ini. SUMBER

Penjelasan Ust Mohd Sabri Salleh – anak sedara TGNA

Suatu cerita pelik yang tersebar sekarang. Di sini sy ingin perbetulkan sedikit apa yang tengah tersebar meluas di media sosial, yg kononnya ia dicakap oleh sepupu sy Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani. Sy yakin kemungkinan besar apa yg dsebarkan ini adalah bukan dari beliau. Sbbnya adalah pelik jika keluarga terdekat membuat cerita yang agak tak masuk akal begini.

 Sbnrnya TGNA telah pun sedar sblm subuh hari pertama beliau dimasukkan ke wad ICU 2 delima, HUSM. Selepas subuh hari itu beliau telah mampu minum dan order teh o suam. Sy berada di wad sejurus selepas subuh dan lihat sendiri TGNA minum dan order teh o suam.

 Diharapkan semua pihak agar hentikan sebaran perkara ini kerana bimbang salah faham akan berlaku. Allahua'lam. ~  FB Ustaz Mohd Sabri Salleh

Catitan> Saya telah meninjau fbook Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani, namun tidak terdapat status aneh saperti diatas. Namun terdapat rakaman audionya yg jadi viral di media sosial internet. Maaf kerana saya tak tahu cara nak upload ke dalam blog. :)

Tiada ulasan: