Ahad, 25 Januari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hadi ‘tidak jujur’, kata Guan Eng

Posted: 25 Jan 2015 06:53 AM PST

Lim Guan Eng hari ini terkejut dengan "interpretasi fakta yang tidak jujur" Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mengkritik langkah DAP mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan berkata beliau sudah berunding dengan presiden PAS itu mengenainya.

 Setiausaha agung DAP itu berkata, beliau menghubungi kedua-dua Hadi dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum Pulau Pinang memulakan kempen "undi ketiga" dengan membawanya ke mahkamah.

 "Saya terkejut kedua-dua pemimpin gagal menyatakan tentang ini dan saya fikir ia tidak jujur," kata ketua menteri Pulau Pinang itu hari ini.

 DAP dan PAS, bersama-sama PKR bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR).

 Lim berkata beliau sudah menjelaskan niat kerajaan negeri dan menurutnya, pemimpin PAS menjawab Barisan Nasional (BN) yang mengawal kerajaan pusat tidak akan bersetuju namun Pulau Pinang boleh meneruskannya.

 "Jadi mereka tidak menentang. Dan ini dibuktikan dengan tiada bantahan pemimpin PAS terhadap kerajaan PR Pulau Pinang mendesak pilihan raya PBT dan semasa kami memfailkannya di mahkamah. Tiada seorang pun yang membantah di media," katanya.

 "Apakah mereka berani mengatakan ini tidak benar? Atau mereka akan meneruskan interpretasi fakta mereka yang tidak jujur?"9 - Baca seterusnya di sini

Bila Singa hilang upaya, Dubuk pun bermaharajalela

Posted: 24 Jan 2015 09:45 PM PST

Tn Guru Haji Hadi pernah melontarkan idea 'Unity Government" dengan dakwaan kononnya ideanya itu telah dibincang dan dipersetujui oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

 Terbukti dakwaan Hj hadi itu adalah temberang semata-mata. Bukan sahaja telah dinafikan oleh Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim, malah oleh TGNA sendiri.

 Tuan Guru Nik Aziz sendiri pernah mengingatkan supaya membiarkan Umno yang sedang lemas itu mampuh! Sebab selama ini PAS memang berlawan dengan Umno! 

 Ketegasan yang ada pada Tuan Guru Nik Aziz yang terpaksa membidas Tuan Guru Presiden secara terbuka adalah sebagai satu langkah untuk mengembalikan semula keyakinan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat.

 Kewujudan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan terlantiknya Nizar sebagai Menteri Besar adalah kerana sikap PAS yang teguh dan menolak untuk bekerjasama dengan Umno.

 Idea "Kerajaan Perpaduan" dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu cubaan menikam kawan dari belakang.

 Rakyat Perak tidak akan lupa dan memaafkan Umno /BN kerana menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan cara yang amat hina sekali. 

 Hj Hadi terpaksa menarik semula idea tersebut dengan memberi alasan '"masih ramai tidak memahami matlamat penubuhan apa yang beliau panggil 'kerajaan perpaduan' itu".

 Sehingga kini, Hj Hadi gagal memberi penjelasan yang komprehensif mengenai ideanya itu. Namun, gagasan Unity Government semakin marak dan berani diperkatakan setelah TGNA sudah tidak ada apa-apa kuasa lagi.Tambahan pula dalam keadaan yg sangat uzur kini.

 PAS hanya akan diperalatkan oleh Umno dalam usaha parti itu mendapatkan semula sokongan orang Melayu.

 Saya ingin korang mengimbas semula lontaran cadangan Hj Hadi yg dibuat sebelum ini yang konon katanya telah mengambil kira berbagai faktor yg dibincangkan diperingkat kepimpinan PAS dan juga telah dipersetujui oleh parti Pakatan Rakyat yg lain..

Haji Hadi berkata pada Apr 19, 2009

2.29 ~ Dan sebenarnya Unity Government kita bincang dalam, dalam dialog politik dikalangan kepimpinan PAS. Kita telah membincang dalam semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah Unity Government. Ini juga menjadi perbincangan. Termasuklah aspek Undi Tak Percaya. 

2.47 ~ Dan Unity Government yg saya kemukakan , masa err.. Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, ini disokong oleh PKR, disokong oleh DAP! 

2.57 ~ Dan err…DAP dan PKR bersetuju! Dan saya telah memaklum kepada DAP! 

3.02 ~ Dan DAP menyertai dalam beberapa usaha dilakukan. Tetapi oleh kerana …err ..kita melihat orang Umno sendiri errr takut, nak buat Unity Government mungkin dia takut kerana akan ada orang dia dibicarakan di mahkamah; dia tak berani, dengan sebab itu, tak jadi!

TG NIK AZIZ MENYANGKAL - pada 17 Jun 2009

0:36 ~ "Isu perpaduan ini bukannya datang daripada PAS, tetapi lontaran drp peribadi tertentu. Bukan daripada PAS. Kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut PAS setuju, itu tak betul! Itu lontaran daripada peribadi ; dan juga tidak masuk dalam kertas agenda parti sendiri. 

 "Parti PAS sendiri tiada agenda mesyuarat ; dan juga tak masuk dalam agenda mesyuarat Pakatan. Jadi dengan sebab itu, Pakatan pun tak tau, Pas sendiri pun tidak rasmi, maka bagaimana , apa nama …nak sebut PAS ? Tak boleh… Lontaran peribadi orang tertentu! " 

 [Mengulangi mewujudkan Kerajaan Perpaduan ialah kerja Boneka Umno, beliau juga berkata , sebarang cadangan perlu dibincang diperingkat parti dan Pakatan Rakyat sebelum diperbesarkan.] 

1:21 ~ "Benda dalam mesyuarat parti, yang keduanya Pakatan … Kalau PAS setuju, Pakatan setuju lainlah masalahnya… "Tapi PAS pun tak dibincang, Pakatan pun tak dibincang, mana boleh kita nak besar-besarkan benda nih! Sebab itu saya kata ini kerja ini kerja boneka Umno! Saya ulangi lagi, ini kerja Boneka Umno! 

 "Kalau semua , semua setuju, Pakatan setuju, PAS setuju, maka semua jadi ..apa nama ni.. anggota kerajaan. DAP akan menjadi Menteri, PKR akan jadi Menteri , PAS akan jadi Menteri , Umno terima, baru benar-benar perpaduan. 

"Ini bukan perpaduan, ini pemecahan.Umno sekarang berpesta , pesta bahawa PAS dah masuk perangkap! PAS sama PAS dah kalut, PAS dengan Pakatan kalut… jadi sama PAS dah berpecah … apa ... celarulah bukan pecah, dok, celaru!

 "Dan PAS dgn Pakatan dah jadi celaru. Jadi ini, Umno sudah berjaya … berjaya memecah belahkan orang PAS. Alhamdulillah dapat dibendungkan melalui kenyataan saya baru…(tidak jelas). "Tak boleh terima, ini orang Boneka Umno, sudah! "

Haji Hadi pun tarik semula cadangan UG...

3.17 ~ Dengan sebab itu, saya tarik balik cadangan saya dan saya yakin di suatu hari nanti orang akan terima cadangan saya. Orang akan fikir balik; bila masa tenang balik, dia akan fikir balik , bila keadaan yang menasabah! 

 Komen al-Husseyn:

Apakah korang semua sudah memahami matlamat penubuhan apa yang beliau panggil 'kerajaan perpaduan' itu? 

Apakah kini, ketika TGNA sudah tiada apa sebarang kuasa kuasa, sudah terlalu uzur dan tidak mampu menghambur kata-kata seperti dulu…….maka inilah keadaan menasabah yang Haji Hadi katakan untuk membawa semula cadangan Unity Governmentnya itu? 

Tiada ubahnya kehidupan di belantara. Bila Singa hilang upaya, Dubuklah yang bermaharajalela! Semoga Allah melindungi kita semua. 

~ catatan : Transkrip di atas adalah dari video klip simpanan admin.

Tiada ulasan: