Rabu, 31 Disember 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Tahun 2014 Malang Buat Malaysia !

Posted: 31 Dec 2014 11:00 PM PST

PEMBAWA SUWEY



2015: Najib harap bina masyarakat lebih 

selamat, makmur dan saksama 

Najib Razak melahirkan harapan untuk membina sebuah masyarakat yang lebih selamat, makmur dan saksama tahun depan dengan memberi tumpuan terhadap kehidupan dan keperluan rakyat.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/2015-najib-harap-bina-masyarakat-lebih-selamat-makmur- 
 
 
 
KAH KAH KAH
lan chiow
pembawa malapetaka
pembawa suwey
3KAPAL hilang
tanda jantan suwey

APA PUNYA SUWEY

 

Anwar harap Malaysia ditadbir urus lebih baik pada 2015

Posted: 31 Dec 2014 10:30 PM PST

Published: 1 January 2015

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat perlu menghadapi cabaran ekonomi dan sosiopolitik tahun baru ini tiada ruang untuk ditadbir tanpa hala tuju.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat perlu menghadapi cabaran ekonomi dan sosiopolitik tahun baru ini tiada ruang untuk ditadbir tanpa hala tuju.

Sempena Tahun Baharu 2015, Malaysia diharap dapat diurustadbir dengan lebih baik bagi menjamin keadilan setiap warganya dari sudut politik, ekonomi dan sosial, dan terus ditambah baik dari semasa ke semasa, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, itu merupakan komitmen PKR dan Pakatan Rakyat (PR), kerana negara ini tidak mempunyai ruang untuk ditadbir secara cemerkap, keliru, dan tiada hala tuju.

"Malaysia harus terus dipacu dengan gagah dan bertenaga, berdiri sebagai sebuah negara merdeka yang adil lagi demokratik berpaksi keluhuran perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tahun 2015 rakyat segenap lapisan perlu bersiap sedia menghadapi cabaran ekonomi dan sosiopolitik nyata sekali merupakan cabaran terbesar yang harus dihadapi bersama.

Pada masa sama, harapan besar disandarkan kepada pemerintah agar kawal selia sektor ekonomi diperkemaskan supaya tidak membebani rakyat terbanyak.

"Demikian juga komitmen pemerintah dalam menolak sepenuhnya agenda perkauman sempit serta pendakwaan terpilih yang mampu mendorong kepada ketidakseimbangan sosiopolitik dan perpaduan rakyat seluruhnya," katanya. – 1 Januari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Subhanallah!!! (Gambar) Helikopter Milik PDRM Terhempas, Penduduk Kg Rambai Kelantan Gempar...

Posted: 31 Dec 2014 10:00 PM PST


 
Helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai di Tanah Merah, hari ini. - Foto Bernama

TANAH MERAH - Penduduk Kampung Rambai di sini gempar apabila sebuah helikopter jenis Ecureuill AS 355F2 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas pada kira-kira 6.30 petang, selepas berlegar-legar di ruang udara kampung itu.

Beberapa saksi yang ditemui berkata, helikopter itu dilihat terbang rendah dan berlegar-legar sebanyak dua pusingan, sebelum kedengaran seperti ada letupan sedikit, dan terus menjunam ke darat.

Anggota misi kemanusiaan dari Kuala Lumpur, Mohd Zulhasnan Abdullah, yang ketika itu sedang mengagih-agihkan bekalan di kampung itu berkata, beliau dan pasukannya menyangkakan pada mulanya helikopter itu terbang rendah kerana mahu menurunkan bekalan makanan.

"Melihat keadaan itu (helikopter terbang rendah), orang kampung rasa seronok dan berkumpul untuk melihatnya.

"Tiba-tiba helikopter jadi tak seimbang dan jatuh menjunam betul-betul di depan mata kami. Bila melihat keadaan itu, kami dan orang kampung berpusu-pusu pergi sana dan kami membawa keluar empat orang -- tiga lelaki dan seorang wanita," katanya ketika ditemui di kampung itu, di sini hari ini.

Mohd Zulhasnan berkata, beliau dan rakan-rakannya mendapati tiga orang lelaki cedera parah di bahagian kepala manakala seorang wanita hanya cedera ringan dan mengadu pening.

"Kami, dengan bantuan orang kampung, memasukkan dua orang mangsa lelaki pertama ke dalam kereta Perodua Alza, manakala dua lagi dimasukkan dalam Triton milik saya untuk dihantar ke Hospital Tanah Merah," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu, dan memberitahu Bernama bahawa kesemua di dalam helikopter itu selamat dan sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital Tanah Merah.

"Alhamdulillah dua juruterbang dan dua kru terselamat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, penduduk kampung Saifulizam Mohamad, 40, berkata, walaupun ketiga-tiga mangsa lelaki cedera parah, mereka masih dalam keadaan sedar.

Beliau berkata, selepas orang ramai berjaya mengeluarkan keempat-empat mangsa dari bangkai helikopter itu, ketiga-tiga lelaki itu dibaringkan di halaman rumah beliau, manakala wanita itu masih boleh berjalan sendiri.

"Sebab saya ada bertanya kepada lelaki itu, berapa orang di dalam helikopter, dan beliau menjawab empat. Saya cuba nak pastikan sama ada beliau masih sedar," katanya.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Zaisa Mohd Zin, 31, berkata, beliau berasa pelik apabila melihat helikopter itu terbang rendah berhampiran kawasan rumahnya, menyebabkan beliau terasa ingin merakam kejadian itu.

"Tapi dalam saya cuba nak capai handphone, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman, dan saya lari keluar, melihat helikopter itu sudah terhempas di darat.

"Tapi nasib baik kebetulan ada beberapa orang doktor yang sedang berada di kampung kami tengah membantu agih-agihkan makanan di madrasah berhampiran. Saya tengok mereka sempat memberi rawatan awal, termasuk memberi oksigen  menggunakan topeng," katanya. - Bernama

GEMPAR...!!!

Posted: 31 Dec 2014 09:30 PM PST

 

Najib Razak ada di M'sia skrg, TETAPI pesawat eksekutif mewah Kerajaan (9M-NAA) berulang-alik 2 kali antara Los Angeles - Indianapolis TANPA NAJIB !!!!

Rakyat Marhaen.
Khamis, 1 Januari 2015 GEMPAR...!!! Najib Razak ada di M'sia skrg, TETAPI pesawat eksekutif mewah Kerajaan (9M-NAA) berulang-alik 2 kali antara Los Angeles - Indianapolis TANPA NAJIB !!!!

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

ADAKAH YANG LAIN AKAN IKUT TURUN SELARI DENGAN PENURUNAN HARGA INI

Posted: 31 Dec 2014 08:45 PM PST

Harga petrol RON95 dan RON97 akan menurun sebanyak 35 sen seliter manakala diesel turun 30 sen, mulai 1 Januari 2015.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, dengan penurunan itu, harga minyak seliter kini RM1.91 untuk petrol RON95, RM2.11 (RON97) dan RM1.93 bagi diesel.
 


Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kerajaan akan terus memantau harga pasaran petrol dan diesel, dan juga kadar pertukaran mata wang, dalam beberapa bulan akan datang.

Pada 1 Disember 2014, harga runcit petrol dan diesel ditetapkan mengikut sistem apungan terurus, yang menandakan penghapusan semua subsidi bahan api.

Di bawah apungan terurus tersebut, harga runcit akan berdasarkan purata harga bulanan minyak mentah dunia.



Lantak Hangpa La.....

Dua Mamak Satu Melayu Bidas PM Malaysia ??

Posted: 31 Dec 2014 08:00 PM PST

Najib Dikutuk Gara-Gara Diplomasi Golf....???

Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad tampil mengkritik perdana menteri, dua bekas orang kuatnya turut tampil membangkitkan kelemahan unit komunikasi Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Tan Sri Zainuddin Maidin dan Datuk A Kadir Jasin, kedua-dua orang lama dalam dunia pemberitaan, malah berkongsi pandangan masing-masing berhubung perkara itu.

Kadir, melalui tulisannya yang disiarkan di blog Zainuddin, menyindir unit komunikasi JPM dalam "menangani pengaliran maklumat" dalam isu 'diplomasi golf' antara Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama.

Najib mencetuskan kontroversi sebelum ini selepas gambar beliau bermain golf bersama Obama di Hawaii, AS ketika banjir besar melanda beberapa negeri, terutamanya di Kelantan.

"Saudara Zam, benar macam kata saudara iaitu Unit Komunikasi JPM perlu pantas mengeluarkan kenyataan mengenai PM bermain golf di Hawaii ketika negara dilanda banjir besar.

"Tetapi saya yakin Saudara sendiri tahu siapa yang menerajui unit itu dan apa pula kepakaran mereka dalam isu perang saraf," tulis Kadir (kanan), bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times kepada Zainuddin, bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu.

Kadir juga menyindir pegawai media perdana menteri yang ramai, termasuk daripada luar negara, tetapi menurutnya "setia kepada banyak pihak" sehingga tiada kata sepakat menangani sesuatu krisis.

Keadaan itu membawa Kadir mengimbau nostalgia mereka di zaman Mahathir yang menyaksikan berlaku perbincangan antara bekas perdana menteri itu dan pengarang media di belakang tabir.
"Kita bersetuju dan tidak bersetuju," kata Kadir sebagai balasan kepada tulisan Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam pada Jumaat lalu berkaitan isu sama.
'Populari PM, isteri di tahap rendah'

Zam sebelum ini berkata, unit komunikasi JPM wajar tangkas membetulkan tanggapan negatif berhubung penyebaran gambar Najib dan Obama pada hari Krismas lepas.

"Kepantasan ini diperlukan jika mereka menyedari dan menerima hakikat bahawa populariti Datuk Seri Najib dan isterinya berada pada tahap yang sangat rendah.

"Rakyat sinis terhadap kenyataan timbalannya bahawa Najib terpaksa bercuti kerana telah bekerja keras," kata Zainuddin (kiri).

 

Kegagalan itu, katanya lagi, menyebabkan media propembangkang dan pengguna media sosial anti- Najib mempergunakan isu itu secepat kilat.

Pertemuan Najib-Obama itu pada mulanya dilaporkan akhbar terkenal Washington Post sebelum dipetik media di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya pemberita berhubung ketiadaan Najib ketika bencana besar itu sebelum ini, meminta supaya "berlaku adil" kepada PM yang menurutnya sudah bekerja keras.

Muhyiddin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara meminta orang ramai jangan risau dan mempercayainya untuk menangani bencana itu.
 

Bloglist Malaysia.

Ekonomi suram: Putrajaya tumpu pelaburan domestik, tangguh pembelian asing OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Posted: 31 Dec 2014 07:30 PM PST




Prospek ekonomi yang suram tahun ini membawa kepada langkah menangguhkan pembelian asing dalam negara, sebagai tindak balas kejatuhan harga minyak global dan ringgit yang semakin lemah.

Prospek ekonomi yang suram tahun ini membawa kepada langkah menangguhkan pembelian asing dalam negara, sebagai tindak balas kejatuhan harga minyak global dan ringgit yang semakin lemah.

Pelaburan dan perbelanjaan domestik akan menjadi tumpuan Putrajaya pada 2015 dengan semua syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun diarahkan menangguh pembelian asing berikutan prospek ekonomi yang suram.

Satu pekeliling kerajaan dilihat The Malaysian Insider mendedahkan, Perbendaharaan mengarahkan langkah itu kepada ia dan agensi-agensi berkaitan ekoran tindak balas dasar Putrajaya terhadap kejatuhan harga minyak global dan ringgit yang semakin lemah.

"Selepas mengambil kira ekonomi dunia yang tidak menentu pada 2015, kerajaan pada 17 Disember berpendapat penggunaan domestik perlu ditingkatkan untuk menjana dan menyokong ekonomi negara," menurut pekeliling Perbendaharaan itu.

"Sehubungan itu, dan bagi menyokong usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan penggunaan domestik, syarikat berkaitan kerajaan, badan-badan berkanun dan anak syarikat mesti memberi keutamaan kepada pelaburan domestik dan serta-merta berhenti pembelian aset asing untuk mengurangkan pengaliran keluar dana," kata pekeliling bertarikh 26 Disember 2014.

Perintah Perbendaharaan itu dikeluarkan ketika kritikan terhadap Putrajaya kerana masih belum menyemak semula Bajet 2015 dengan mengambil kira harga minyak semakin rendah dan ringgit yang lemah.

Bajet yang dibentangkan pada Oktober lalu disediakan dengan andaian harga minyak akan berlegar sekitar AS$100-AS$105 setong.

Harga minyak dunia jatuh di luar paras AS$110 setong pada pertengahan 2014 di bawah paras AS$60 setong, meletakkan tekanan ke atas pendapatan beberapa negara pengeluar minyak, termasuk Malaysia.

Mata wang Malaysia juga menurun daripada RM3.28 kepada dolar AS pada permulaan Oktober dan antara RM3.49 dan RM3.50 berbanding dolar AS bulan lalu.

Bank Dunia mengurangkan ramalan pertumbuhan 2015 bagi ekonomi Malaysia kepada 4.7% daripada anggaran awal sebanyak 4.9%, berikutan jangkaan lebih perlahan bagi pertumbuhan eksport dan pelaburan dalam industri minyak dan gas, begitu juga penggunaan sederhana swasta pada tahun depan, kata laporan media.

Bagaimanapun, Bank Dunia mengekalkan jangkaan sebanyak 5.7% bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2014.

Badan-badan berkanun dan agensi-agensi Malaysia seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Tabung Haji membuat pelaburan hartanah antarabangsa yang besar dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya di Eropah.

Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau yang dimiliki dana berkaitan kerajaan juga meningkatkan pelaburan mereka di luar negara, walaupun ledakan hartanah berlaku di Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur, Wilayah Iskandar dan Pulau Pinang.

Difahamkan juga, syarikat petroleum negara Petronas yang sudah komited membelanjakan RM50 bilion dalam projek RAPID di Johor, meminta pelbagai unit menyemak semula bajet mereka bagi 2015.

Petronas yang menyumbang hampir 40% daripada kewangan negara, menggesa kerajaan "mengikat perut" memandangkan firma minyak negara menghadapi kemungkinan pendapatan lebih rendah berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata pada November lalu, purata harga minyak mentah Brent pada AS$70 (RM237) kepada AS$75 boleh menjadi "era baru" sehingga akhir tahun 2015 atau mungkin untuk dua tahun akan datang.

Berdasarkan andaian harga minyak baru Shamsul berkata, Petronas merancang mengurangkan sebanyak 15%-20% daripada bajet perbelanjaan modal (capex) untuk tahun depan.

Shamsul juga menggesa kerajaan lebih berhati-hati dalam perbelanjaannya kerana ia juga perlu melindungi perancangan pertumbuhannya.

Putrajaya komited untuk terus memberikan bantuan wang tunai secara langsung atau Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun 2015 pada jumlah lebih tinggi berbanding dua tahun sebelumnya.

Namun ia berharap mendapat RM23.2 bilion daripada pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula pada 1 April dan penjimatan subsidi bahan api yang dihentikan November lalu yang dikatakan menelan belanja RM24 bilion tahun lepas.

Antara langkah-langkah kerajaan sebelum ini untuk mengurangkan kos dan menggalakkan penggunaan domestik termasuk mengadakan lebih banyak mesyuarat dalam negara dan pemotongan peruntukan perjalanan. – 1 Januari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com.

MB Rakyat Selangor Berada Dikawasan Banjir Di Pahang.....

Posted: 31 Dec 2014 07:00 PM PST


Pemimpin yang serba boleh, MB Selangor YAB Azmin Ali to all the leaders in this country I can say that you're the best, may your future be all the way to Putra Jaya. 

In Shaa Allah. Amin....

Dari DAP Juga Bersemangat Membantu

 

MB Rakyat Selangor "Buat Hal Lagi?"

Posted: 31 Dec 2014 06:30 PM PST

Selangor tambah RM5 juta bina semula rumah mangsa banjir, kata Azmin

OLEH JAMILAH KAMARUDIN 

Kerajaan negeri Selangor dijangka menyalurkan bantuan kewangan tambahan sehingga RM5 juta lagi bagi membina semula rumah baru untuk keluarga miskin di negeri yang terjejas akibat bencana banjir, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berharap sumbangan yang diberi kerajaan Selangor dapat meringankan beban dan kepayahan dialami mangsa banjir di pantai timur.

Selangor tambah RM5 juta bina semula rumah mangsa banjir, kata Azmin OLEH JAMILAH KAMARUDIN 


Kerajaan negeri Selangor dijangka menyalurkan bantuan kewangan tambahan sehingga RM5 juta lagi bagi membina semula rumah baru untuk keluarga miskin di negeri yang terjejas akibat bencana banjir, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berharap sumbangan yang diberi kerajaan Selangor dapat meringankan beban dan kepayahan dialami mangsa banjir di pantai timur

Kerajaan negeri Selangor dijangka menyalurkan bantuan kewangan tambahan sehingga RM5 juta lagi bagi membina semula rumah baru untuk keluarga miskin di negeri yang terjejas akibat bencana banjir, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Katanya, pihaknya akan menerima sumbangan sebanyak RM5 juta daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor swasta dan perniagaan pada Jumaat ini dan beliau menjangkakan jumlah itu akan meningkat lebih banyak dalam tempoh seminggu akan datang.

"Kami berharap sumbangan ini akan dapat disalurkan bagi membangunkan semula rumah baru untuk keluarga miskin yang terjejas akibat banjir," katanya kepada pemberita di Program Malam Generasi Idaman Selangor (GeMS) Berdoa Untuk Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini.

Katanya, setakat ini Selangor sudah menyumbang sebanyak RM1.5 juta kepada mangsa banjir - RM1 juta untuk Kelantan, RM100,000 masing-masing kepada Terengganu, Pahang dan Perak serta RM200,000 kepada Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (Pantas) yang turun padang membantu mangsa banjir.

"Walaupun kecil tapi itu menunjukkan rasa simpati kepada masalah rakyat di Terengganu, Pahang dan Perak," katanya yang turun padang ke kawasan banjir sejak minggu lalu menyampaikan sumbangan cek kepada menteri besar negeri berkenaan.

Mengulas 100 hari pentadbirannya yang genap pada 31 Disember, Azmin berharap dapat melaksanakan polisi dan program kerajaan negeri sepenuhnya.


Sepanjang tempoh tersebut, beliau berpuas hati hubungan antara Pakatan Rakyat dapat dikukuhkan semula selepas pelantikannya serta barisan exco baru mampu maju ke hadapan dengan melaksanakan beberapa polisi utama negeri.

Katanya, walaupun Selangor sebelum ini mempunyai program dan polisi negeri yang baik tetapi wujud masalah apabila pelaksanaannya tidak sampai kepada rakyat dan pembayar cukai.

"Fokus kita pada tahun 2015 adalah memastikan polisi dapat dilaksanakan secara adil demi kepentingan semua rakyat di Selangor," katanya.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor ke-25 pada 23 September lalu, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Walaupun bukan calon pilihan Pakatan Rakyat (PR), pelantikannya itu sekaligus menamatkan krisis menteri besar yang berlarutan sejak Januari lalu apabila PKR cuba menyingkirkan Khalid melalui 'Langkah Kajang'. – 31 Disember, 2014.


www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selangor

QZ8501: Mayat seorang lelaki dan wanita dijumpai dalam keadaan sempurna

Posted: 31 Dec 2014 05:45 PM PST

 

Tentera Indonesia memasukkan sebuah keranda mengandungi mayat penumpang AirAsia QZ8501 yang berjaya ditemui di luar pantai Borneo ke dalam kenderaan di pangkalan tentera di Surabaya, hari ini.

Tentera Indonesia memasukkan sebuah keranda mengandungi mayat penumpang AirAsia QZ8501 yang berjaya ditemui di luar pantai Borneo ke dalam kenderaan di pangkalan tentera di Surabaya, hari ini.

Pemeriksaan awal forensik di Hospital Bhayangkara mendapati mayat seorang lelaki dan perempuan dari pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 berada dalam keadaan sempurna, cukup sifat dan masih utuh.

Ketua DVI Jawa Timur Komisioner Besar Budiyono berkata bagaimanapun, kedua-dua mayat itu berbau busuk kerana meninggal dunia kira-kira tiga hari lepas.

Katanya, kedua-dua mayat itu kini berada di Hospital Bhayangkara, dekat Surabaya kira-kira 40 kilometer dari Surabaya untuk menjalani proses bedah siasat dan identifikasi.




"Maklumat lanjut mengenai identiti seperti umur dan sebagainya belum lagi boleh diperoleh kerana forensik baru menerima jenazah petang ini (Rabu).

"Kami memerlukan waktu untuk mendapatkan identiti jenazah. Team kami sedang bekerja keras," katanya dalam sidang akhbar di perkarangan hospital tersebut pada lewat petang ini.

Jelasnya, terdapat juga pelbagai pakar lain dari bidang patologi, DNA, dan orthodonlogy (pergigian) terlibat dalam bedah siasat ini.

Difahamkan kira-kira 20 doktor dan pakar bedah siasat bersiap sedia untuk menjalankan proses bedah siasat yang dijangka dimulakan secepat mungkin dan siap dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Pihaknya juga berharap untuk mendapatkan identiti dua mayat ini dengan kadar segera seperti membandingkan sampel gigi dan tulang mayat dengan data waris dan keluarga di dalam simpanan mereka.

Namun semua keputusan dan segala-galanya bergantung kepada kecepatan proses bedah siasat, katanya.

Pada kebiasaannya, sebaik selesai proses bedah siasat dan identifikasi, mayat akan diserah kepada waris dan ahli keluarga sebelum disembahyangkan dan disemadikan mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Tinjauan mendapati beberapa waris dan ahli keluarga mulai tiba bagi mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini.

Difahamkan Pusat Krisis yang sebelum ini diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, akan dipindahkan ke hospital ini.

Dilapor, enam mayat, tiga lelaki dan tiga perempuan termasuk seorang kru penerbangan kini masih lagi dalam proses untuk dibawa keluar oleh pasukan misi mencari dan menyelamat di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, kira-kira sejam penerbangan dari Surabaya.

Cuaca buruk dengan ombak setinggi tiga meter menjejas operasi mencari.

Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Surabaya, Indonesia, pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).

Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 warga Indonesia, tiga Korea Selatan, masing-masing seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia dan seorang warga United Kingdom.

Kru pesawat itu terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang warga Perancis. – Bernama, 31 Disember, 2014.

http://www.themalaysianinsider.com.

Golongan Melayu moderat harap Malaysia bebas ekstremis pada 2015 - OLEH MOHD FARHAN DARWIS DAN MD IZWAN

Posted: 31 Dec 2014 05:00 PM PST

Khamis, 01 Januari, 2015.


Golongan Melayu moderat berharap golongan sederhana bangkit agar menenggelamkan agenda golongan ekstremis bagi memastikan negara terus harmoni.

Golongan Melayu moderat berharap golongan sederhana bangkit agar menenggelamkan agenda golongan ekstremis bagi memastikan negara terus harmoni.

Kalendar 2014 melabuhkan tirainya, sekaligus membuka lembaran baharu kepada realiti kehidupan masyarakat Malaysia yang dihimpit suasana tegang, sama ada dari segi politik mahupun kegiatan ekstremisme kumpulan-kumpulan tertentu.

Dengan harapan 2015 akan menjadi lebih baik untuk rakyat, dan juga untuk pembangunan negara, golongan Melayu moderat begitu mengharapkan agar mereka yang berpandangan sederhana dapat bersatu bagi menolak elemen melampau yang dibawa pihak tertentu.

Selari dengan konsep "Wasatiyah" yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mereka menggesa suara golongan sederhana yang kini mulai bangkit agar menenggelamkan agenda ekstremis kerana khuatir Malaysia akan binasa gara-gara kumpulan berkenaan.

"Saya mengharapkan di Malaysia ini boleh wujud suasana musyawarah, seperti ketika zaman selepas 13 Mei 1969," kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar), merujuk kepada sejarah hitam negara susulan persengketaan antara kaum suatu ketika dahulu.

"Bukan kita minta ia berulang, tetapi selepas tragedi itu, kita boleh duduk semeja, tidak persoal hal agama dan bangsa, duduk untuk berbincang dengan tolak ansur bagi menyelesaikan masalah negara," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Pulai daripada Barisan Nasional (BN) itu dikenali sebagai antara pemimpin yang membawa suara progresif dan kesederhanaan sehingga dilabel "bangsat" oleh kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Perkasa dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dilabel sebagai "suara-suara ekstremis" oleh pengkritik, kerana sering mengeluarkan kenyataan terbuka mengecam komuniti lain dalam perjuangan mereka mempertahankan hak dan kuasa Melayu, agama Islam dan institusi beraja di negara ini.

"Sekarang ini, ekonomi pun akan perlahan, perlu suasana yang tenteram. Ini nasihat kepada semua, Cina, India, Melayu, Perkasa, kepada sesiapa sahaja.

"Malaysia ini negara sederhana, bukan ekstremis, itu kesimpulannya. Siapa label diri mereka ekstremis, mereka rasa sendiri," kata Nur Jazlan.

Beliau berkata, isu berkaitan agama dan kaum tidak seharusnya terlalu diketengahkan dan dalam masa sama, pihak tertentu tidak perlu terlalu sensitif hingga menyukarkan keadaan.

"Jangan cerita sangat pasal agama dan bangsa, jangan terlalu sensitif," katanya.

Mengulas peranannya sebagai pemantau perbelanjaan pengurusan kewangan kerajaan, Nur Jazlan mengharapkan Putrajaya berani bertanggungjawab dengan perbelanjaan mereka dan menguruskan kewangan negara melalui cara yang lebih telus.

"Sebagai pengerusi PAC, saya mengharapkan perbelanjaan negara lebih telus dan kerajaan berani mengambil tanggungjawab," katanya menyuarakan harapan untuk 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gerakan Keserhanaan Global (GMM) Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) turut mengharapkan kebangkitan kumpulan sederhana serta memuji tindakan Kumpulan 25 Tokoh Melayu Profesional.

"Saya mengharapkan kebangkitan kumpulan sederhana bagi mengatasi kumpulan ekstremis berhaluan kanan.

"Contoh baik adalah kumpulan 25 bekas pegawai kanan Melayu, disokong 33 orang yang menamakan diri mereka 'Malaysian Moderates', dan kumpulan belia, pelajar Muslim Timur Tengah, serta kempen #Iam26," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bekas menteri Kabinet yang turut dikritik Perkasa itu berkata, kesederhanaan adalah identiti rakyat Malaysia, namun isu membabitkan agama dan kaum kebelakangan ini menunjukkan identiti itu seakan-akan bermasalah.

"Tahun 2015 perlu kita jadikan tahun kesederhanaan, dari segi nilai dan pendekatan kita, iaitu pandangan alam, pemikiran, dasar, program dan penilaian dalam setiap bidang.

"Kesederhanaan menjadi nadi dalam identiti masyarakat Malaysia. Tetapi malangnya, terutama dari segi etnik dan agama kebelakangan ini, ia seakan-akan berhadapan masalah," katanya.

Malaysia menghadapi krisis hubungan antara agama akibat beberapa isu terutama berkaitan larangan yang dikenakan pihak berkuasa agama terhadap orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah 'Allah'.

Ia mengakibatkan beberapa kes seperti rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal tahun lalu, rampasan bahan agama Kristian yang diimport dari Indonesia di lapangan terbang serta gesaan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali agar umat Islam membakar Bible yang mengandungi perkataan Allah.

Bagi menangani gejala ekstremis, Putrajaya mengambil pendirian bukan sahaja dengan mengekalkan Akta Hasutan 1948, tetapi turut memperkukuhkannya dengan penambahan peruntukan melarang kritikan terhadap mana-mana agama dan kaum di negara dan melarang mana-mana pihak bercakap mengenai membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam bagaimanapun berpendapat, 2015 akan menjadi tahun yang paling mencabar buat Malaysia apabila kepentingan politik dan sosial akan menguji kepimpinan, baik daripada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR).

"Sejarah adalah pengalaman pengajaran yang terbaik yang boleh kita boleh pelajari. Tuntutan ekstremis yang kita berikan perhatian hari ini hanyalah di pertengahan jalan.

"Kesederhanaan perlu diangkat bukan sahaja kerana tuntutan bapa-bapa kemerdekaan kita terdahulu, tetapi juga kerana itu satu-satunya cara negara kita akan kekal aman dan harmoni demi rakyat," katanya melalui khidmat pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, pengasas Kumpulan Aura Merdeka, Tariq Ismail berpendapat, Islam tidak mengajar umatnya bersifat perkauman dan sesiapa yang memperjuangkan agenda perkauman tidak berlandaskan Islam.

"Hentikan melabel orang yang mempunyai pandangan berbeza. Dalam Islam, tidak ada perkauman. Kalau mahu bercakap tentang Islam, kamu tidak boleh bercakap tentang bangsa," kata cucu kepada Tun Dr Ismail Abdul Rahman, bekas timbalan perdana menteri Malaysia, yang bertanggungjawab mewujudkan petisyen 'Iam#26.'

Petisyen yang diwujudkan 25 individu Melayu profesional itu menggesa kerajaan segera memulakan dialog nasional mengenai kedudukan undang-undang Islam bagi mengurangkan jurang perkauman dalam isu berkenaan.

Sementara itu, pemimpin Sisters In Islam (SIS), pertubuhan yang diharamkan pihak berkuasa Islam Selangor kerana didakwa mempromosi liberalisme, mengharapkan rakyat Malaysia bangkit dan menyedari, suara ekstremis tidak mewakili suara keseluruhan rakyat.

Pengarah Eksekutifnya Ratna Osman berkata, apabila manusia bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri, dan mula meletakkan label atas komuniti lain, ia sekaligus menerbitkan bibit-bibit perpecahan.

"Saya harap rakyat Malaysia yang cintakan keamanan akan bangkit dan tidak membenarkan negara ini dimanipulasi suara ekstremis.

"Mereka tidak mewakili kita sebagai rakyat Malaysia, dan tidak seharusnya dibenarkan menyebarkan agenda berniat jahat.

"Bila manusia menjadi tamak, memikirkan mereka adalah yang paling tinggi darjat dan kedudukannya dan melabelkan orang lain, perpecahan akan timbul," katanya. – 31 Disember, 2014.


 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

4 terselamat dalam insiden helikopter PDRM terhempas di Kelantan

Posted: 31 Dec 2014 04:30 PM PST



Dua penumpang dan juruterbang helikopter Polis Diraja Malaysia yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Tanah Merah setelah ia terhempas ketika menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir di Kelantan.

Dua penumpang dan juruterbang helikopter Polis Diraja Malaysia yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Tanah Merah setelah ia terhempas ketika menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir di Kelantan.

Empat orang yang menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) terselamat apabila pesawat itu terhempas ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan, 6.30 petang tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian itu  berkata dua juruterbang dan dua anggota kru pesawat itu terselamat.

"Alhamdullilah dua juruterbang dan dua kru terselamat," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur malam ini.

Difahamkan keempat-empat mereka mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Tanah Merah.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.

Saksi mengatakan mereka melihat pesawat itu berlegar rendah di udara sebelum terdengar letupan lalu menjunam ke bawah. – Bernama


/www.themalaysianinsider.com

K'jaan Umno-PAS Kelantan? TPM hanya ketawa

Posted: 31 Dec 2014 04:00 PM PST

  
 Timbalan perdana menteri hanya ketawa ketika diajukan soalan sama ada PAS dan Umno di Kelantan perlu membentuk kerajaan campuran dalam usaha membaik pulih negeri.


Walaupun tidak menolaknya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan  bahawa yang penting sekarang, kedua-dua pihak menjalankan tanggungjawabnya.

"Tak apalah... kalau nak ada (kerajaan campuran) pun boleh.

"Kalau tak sampai ke peringkat itu, di peringkat sekarang ini kita tahu menjadi tanggungjawab kedua-kedua kerajaan negeri dan persekutuan (untuk membaikpulih Kelantan).

"Bukan saja di Kelantan tapi negeri-negeri lain juga," katanya pada sidang media di ibu pejabat TNB di Bangsar, Kuala Lumpur.

Pemilik Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub, yang juga anak Kelantan, mencadangkan penggabungan itu demi melancarkan pemulihan selepas banjir.

Naib Presiden PAS Datuk Husam PAS bagaimanapun menolak pandangan itu dan menggesa Petronas menyumbang dana kepada tabung khas pemulihan banjir.

Selain itu, Muhyiddin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, walaupun tidak semua harus dibebankan kepada kerajaan pusat, namun pihaknya memahami bahawa Kelantan tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi.

Justeru, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sebahagian peruntukan kepada mangsa banjir di Kelantan.

'Kelantan tak ada sumber kewangan'

Malah, selain peruntukan, kerajaan juga akan memastikan sumbangan berpatutan diberi bagi menyelesaikan masalah utama yang melanda negeri itu.

"Tak semua saya fikir harus dibebankan kepada kerajaan persekutuan tetapi dalam kes kerajaan Kelantan kita tahu mereka tiada kemampuan.

"Bukan pasal politik tetapi mereka tak ada sumber kewangan. Tapi soal utamanya nasib rakyat Kelantan mesti terbela.

"Jadi cara bagaimana? Kerajaan pusat sendiri akan ambil inisiatif untuk membantu meringankan beban mereka termasuk membina rumah sementara dan kekal, bantuan kebajikan dan lain-lain supaya kehidupan mereka dapat dipulihkan," kata Muhyiddin. 



Malaysiakini

Petrol RON95 turun pada RM1.91 seliter

Posted: 31 Dec 2014 04:03 PM PST

  
Harga minyak petrol RON95 turun kepada RM1.91 seliter mulai tengah malam ini.


O O SeVen Bond SUDAH TURUN ker??..BERAPA TURUN,,,,BOLEH BUAT PERBEDAAN dgn HARGA NEGARA PENGELUAR lain>>>:HARGA PENGELUAR MINYAK 2014: 
 
1. Vanezuela - RM 0.16 Sen 1 Liter.
2. Turkmenistan - RM 0.26 Sen 1 Liter.

3. Nigeria - RM 0.33 Sen 1 Liter.
4. Iran - RM 0.36 Sen 1 Liter.
5. Arab Saudi - RM 0.39 Sen 1 Liter.
6. Libya - RM 0.46 Sen 1 Liter.
7. Kuwait - RM 0.67 Sen 1 Liter.
8. Qatar - RM 0.72 Sen 1 Liter.
9. Bahrain - RM 0.89 Sen 1 Liter.
10. Mesir - RM 1.03 Sen 1 Liter.
11. UAE - RM 1.22 Sen 1 Liter.
12. Brunei -RM 0.90Sen 1 Liter
13. Malaysia - RM 2.30 Sen
 
O O SeVen Bond's photo.

QZ8501: 130 unit ambulans bersedia bawa jenazah

Posted: 31 Dec 2014 07:30 AM PST

 

 
KUALA LUMPUR: Sekitar 130 unit ambulans sudah bersiap sedia di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya membawa mayat mangsa nahas pesawat QZ8501 yang ditemui hari ini.

Menurut portal berita Tribunnews, Pengarah Urusan Angkasa Pura 1, Tommy Soetomo berkata mayat yang ditemui akan dibawa ke Hospital Bhayangkara di Surabaya untuk proses pengecaman.

"Cuaca di Pangkalan Bun kurang baik, semoga proses mencari dan menyelamat tetap lancar," kata Tommy kepada Tribunnews.

Sementara itu, dilaporkan 30 keluarga mangsa nahas pesawat QZ8501 telah menyerahkan sampel DNA mereka dan 93 keluarga lagi telah memberi butir-butir peribadi mangsa.

DARI BANK NEGARA M'SIA (31/12/2014) Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia SUSUT LAGI !!

Posted: 31 Dec 2014 06:45 AM PST


 
Rabu, 31 Disember 2014 DARI BANK NEGARA M'SIA (31/12/2014) Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia SUSUT LAGI !!

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

ROTHSCHILD

Posted: 31 Dec 2014 06:15 AM PST


 
Jerry D. Gray, bekas anggota Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) yang kini telah memeluk Islam telah menulis sebuah buku bertajuk Art Of Deception untuk membongkar pembohongan dunia oleh Amerika.
PEMBONGKARAN PERISTIWA 911

Penipuan :
Empat kapal terbang yang 'dilaporkan' dirampas, melanggar bangunan WTC dan Pentagon :
Pertama; Kapal terbang American Airlines Penerbangan 11 (Boeing 767) merempuh menara utara WTC.
Kedua; Kapal terbang American Airlines Penerbangan 77 (Boeing 757) merempuh Pentagon.
Ketiga; Kapal terbang United Airlines Penerbangan 175 (Boeing 767) merempuh menara selatan WTC.
Keempat; Kapal terbang United Airlines Penerbangan 93 (Boeing 757) terhempas di Pensylvania.

Realiti :
Setengah jam selepas berlepas, 4 juruterbang kapal terbang itu dihubungi melalui radio dan mengatakan AS diserang oleh pengganas. Mereka diarahkan supaya mematikan transponder mereka dan menerbangkan kapal terbang mereka ke pengkalan tentera di bahagian utara Amerika Syarikat. Juruterbang ini mengikuti perintah dan memusingkan laluan mereka.

Pesawat tempur Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF E-10) ketika itu berlepas dari pangkalan tentera dan terbang dengan kawalan jauh. Ia kemudian terbang memintas laluan penerbangan kapal terbang Penerbangan 11 dan 175 yang sebenar. Pesawat tempur itu kemudian menuju ke menara WTC lalu menembak peluru berpandu ke arah bangunan yang disasarkan sebelum berlaku hentaman yang mengakibatkan semua bahan letupan yang tertanam meletup. Menara WTC utara dirempuh pada jam 8.45 pagi manakala menara selatan dirempuh pada jam 9.03 pagi.

Kapal terbang Penerbangan 77 bukan yang digunakan untuk merempuh Pentagon. Mana mungkin kapal terbang sebesar Boeing 757 boleh jatuh dari ketinggian 7000 kaki dalam masa 2 setengah minit kemudian boleh terbang rendah menuju ke bangunan Pentagon dengan tepat, tanpa melanggar tiang telefon, tiang lampu hatta tanpa merosakkan rumput di situ! Yang pasti, hanya peluru berpandu yang dilepaskan dari jet kecil mampu melalui tiang-tiang tersebut dan mampu menembusi tembok setebal 6 lapisan iaitu pada jam 9.35 pagi.

Empat pesawat Penerbangan Boeing yang sebenar mendarat di pangkalan tentera, tempat mereka diarahkan mendarat. Penumpang dan krew Penerbangan 77, 11 dan 175 kemudian ditukar ke kapal terbang United Airlines Penerbangan 93. Mereka berkumpul bersama penumpang dan krew yang memang sudah ada di dalam kapal terbang tersebut. Kini ada 232 orang di dalam kapal terbang. Ketika itu, bahan letupan mungkin sudah ditanam.

Kemudian, Penerbangan 93 berlepas dari pangkalan tentera dengan menggunakan juruterbang automatik, ataupun juruterbang yang tidak menyedari apa yang akan berlaku pada dirinya. Kapal terbang ini menuju Washington dalam rancangan 'serangan pengganas' palsu. Pada jam 10.37 pagi, Penerbangan 93 meletup di udara. Ia berlaku akibat daripada bahan letupan yang sudah ditanam dalam pesawat ataupun peluru berpandu yang ditembak dari pesawat tempur jet F-16.

Pesawat meletup ketika sedang berada di atas Pensylvania, hampir 2 jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Newark. Kapal terbang itu tidak menjunam ke tanah seperti yang dilaporkan oleh kerajaan dan berita-berita. Anggota polis Pensylvania melaporkan, "Kepingan daripada kapal terbang ditemui sejauh 8 kilometer dari tempat kejadian, di kawasan perkampungan. Penduduk tempatan menceritakan, "Kepingan badan kapal terbang terbakar jatuh dari langit."

Sekitar jam 5 petang, bangunan WTC 7 runtuh kerana letupan jarak jauh. Sedangkan bangunan ini tidak pernah terkena kesan dari runtuhan menara utara selatan. Bangunan WTC 7 runtuh tanpa meninggalkan sebarang bongkahan batu yang besar. Bangunan hancur luluh menjadi debu.

ANGKA 9/11 DAN KEPERCAYAAN SIHIR

Tentang konspirasi 9/11 dikongsikan tentang pihak Illuminati dan Freemason ada 4 tujuan dengan peristiwa 9/11 ini. Pembongkaran oleh tentera US Jerry D Gray yang telah memeluk Islam.

1. Mencabar kuasa Allah. Kenapa tarikh 9/11 dipilih? Mereka 'skip' nombor 10 sebab nombor 10 ini melambangkan kesempurnaan (bagi mereka). Hanya Allah s.w.t sahaja yang bersifat sempurna. Jadi mereka 'skip' bilangan nombor 10 itu kepada nombor/tarikh 9, 11. Maka tiada nombor 10 di situ. Mereka juga terapkan 911 ini dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh di Amerika Syarikat, bagi mendapatkan bantuan kecemasan, sila dail 911? Bagi memohon pertolongan?

2. Sebagai simbol kemusnahan Kaabah

3. Untuk mempengaruhi politik dunia bagi rancangan terakhir New World Order.

4. Untuk membina "the Darkest Stargates". (berkaitan dengan kepercayaan sihir golongan Freemason / Illuminati)

Tujuan ke-3 mungkin anda semua sudah tahu. 9/11 ini adalah modal besar untuk Amerika Syarikat menyerang negara-negara Islam dan jadikan Israel sebagai kuasa utama dunia bagi menyambut The False Messiah-Dajal.

Di sini di terangkan tujuan ke-2. Iaitu sebagai Simbol kemusnahan Kaabah.

Kaabah adalah satu pusat tenaga positif yang paling besar di bumi. Tenaga apa? Ada 3 tenaga yang saling berkaitan antara satu sama lain.

1. Minda/Akal
2. Tubuh/Jasmani.
3. Roh/Batin.

Jika anda kurang faham tentang potensi diri, anda tidak akan faham betapa pentingnya sistem penguasaan itu. Jika dikaji tubuh anda sehingga atom terkecil apa anda akan temui? Atom, elektron, proton. Apa makna semua ni? Ini bermakna diri anda pada asasnya adalah tenaga. Begitu juga bumi dan seluruh alam semesta. Ini bermakna Allah jadikan kita sebagai pemancar tenaga. Dimana kita boleh dipengaruhi oleh tenaga disekeliling dan yang paling penting kita boleh mempengaruhi tenaga disekeliling kita.

Kita boleh keluarkan tenaga positif, mahupun negatif. Kita juga boleh dipengaruhi tenaga positif dan negatif. Bagaimana ini berlaku?

Jika kita hasilkan tenaga positif berfrekuensi tinggi, tenaga tu akan bergabung dengan tenaga luaran positif. Jadi kita akan dikelilingi oleh kuasa positif dan begitulah sebaliknya. Sila lihat siri (The Arrival).

What Goes Around Comes Around

Sebab itulah kita akan berasa sungguh selesa jika dikelilingi tenaga positif alam semulajadi.
Sebaliknya kita akan berasa tidak senang dengan tenaga negatif dan kaku sebuah bandar.

Contohnya, kita akan berasa selesa, tenang jiwa bila kita masuk ke dalam masjid. Ini adalah disebabkan tenaga positif yang dihasilkan. Saya pasti, sesiapa yang pernah menjejakkan kaki di tanah suci Mekah pasti dapat merasai ketenangan yang amat sangat. Kerana kuasa positif yang begitu banyak. Subhanallah. Segalanya adalah dengan kekuasaan Allah s.w.t jua.

Di tengah-tengah WTC ada satu objek. Namanya The Sphere. Petikan ini diambil di wikipedia. Ini bermaksud mereka mereplikan The Sphere sebagai Kaabah dan mereka memusnahkannya semasa kejadian 9/11 itu.

Penutup

Semoga Allah memberi keselamatan dan kerahmatan ke atas diri Jerry D. Gray dan keluarga serta dikurniakan pahala yang berpanjangan di atas segala maklumat berguna yang dikongsi bersama dalam penulisan beliau.

Jerry telah meletak jawatan dari US Air Force dan dirinya diawasi oleh agen CIA kerana terlalu lantang menulis dan menyuarakan teori tentang penipuan dunia yang dilakukan oleh Barat. Jerry sedar tulisan yang terang menunjukkan kebencian pada Barat diawasi oleh agen CIA yang mungkin menyamar di mana saja. Jerry berhijrah ke Indonesia pada tahun 1985 dan berkahwin dengan wanita Indonesia.

Jerry sangat aktif berdakwah di sana, membuka teori kejahatan Amerika dan banyalk tulisan yang berani di dalam buku bukunya. Antara buku tulisannya ialah The Art of Deception, Dosa-dosa Media Amerika, Demokrasi Barbar Ala Amerika , Deadly Mist, dan Rasulullah is My Doctor.

Bagi Jerry musuh umat Islam sekarang adalah Freemasonry dan Iluminati (dua organisasi rahsia Yahudi yang menjalankan agenda Zionisme). Freemasonry dan iluminati sudah meresap dalam umat Islam untuk menghancurkan Islam dari dalam, tanpa disedari.

Mereka telah menyiapkan satu rancangan besar seperti membentuk satu gereja dan satu sistem monitor bagi menghancurkan agama-agama dunia, membuat pornografi sebagai bentuk seni, dan mengambil alih atau menguasai ilmu pendidikan. Buku tulisannya menjelaskan bahawa kita semua sudah berada dalam era sistem dajjal.

Akhir sekali di dalam rancangan Al Kuliyyah di tv3 disiarkan secara live, Jerry D Gray mengingatkan umat Islam kembali menghayati Al Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w dan jadilah umat Islam yang kuat dan tidak berpecah belah.

Moga segala pembongkaran berkenaan agenda musuh-musuh Islam ini dapat menjadi peringatan dan panduan kepada umat Islam tentang kebenaran konspirasi Dajjal.

Sama2 kita berdoa supaya umat Islam dapat bersatu untuk bersama menentang kejahatan yang akan menimpa kita InsyaAllah
 
 
 

Suspek Sebar Berita Palsu Banjir Ditangkap Polis

Posted: 31 Dec 2014 05:30 AM PST

 
Wednesday, 31 December 2014.  Suspek Sebar Berita Palsu Banjir Ditangkap Polis  Subang: Polis menahan seorang individu yang disyaki terbabit menyebarkan berita palsu berkenaan bencana banjir.  Individu berkenaan ditahan di ibu kota dua hari lalu selepas beberapa hari dikesan oleh pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya dengan kerjasama SKMM sedang mengesan beberapa lagi individu yang disyaki terbabit.  "Kita sedang mengesan individu yang sengaja menyebarkan berita palsu untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.  "Situasi ini amat serius kerana boleh menyebabkan kekacauan," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bantuan Bencana di Pangkalan TUDM di sini, hari ini.  Bloglist Malaysia. Subang: Polis menahan seorang individu yang disyaki terbabit menyebarkan berita palsu berkenaan bencana banjir.

Individu berkenaan ditahan di ibu kota dua hari lalu selepas beberapa hari dikesan oleh pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya dengan kerjasama SKMM sedang mengesan beberapa lagi individu yang disyaki terbabit.

"Kita sedang mengesan individu yang sengaja menyebarkan berita palsu untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.

"Situasi ini amat serius kerana boleh menyebabkan kekacauan," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bantuan Bencana di Pangkalan TUDM di sini, hari ini.



Bloglist Malaysia.

Patutlah Ismail Sabri kata gitu rupanya........muka sapa selain muka PM?

Posted: 31 Dec 2014 04:45 AM PST



Dalam Keadaan Rakyat Begitu Sukar Pun Masih Ada Yang Perperangai Macam.......? 

Keranah yang dihadapi sukarelawan banjir KUALA KRAI: Sukarelawan dari luar Kelantan mendakwa bantuan banjir kepada mangsa-mangsa agak lewat tiba di lokasi pemindahan disebabkan kerenah birokrasi.

Mereka mendakwa pihak berkuasa membuat sekatan di kawasan tidak jauh dari sempadan Pahang-Kelantan menanyakan pelbagai soalan kepada kenderaan bantuan banjir.

"Mereka tanya permit bawa bantuan banjir. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana mangsa sedang berdepan dengan kesukaran di tempat pemindahan banjir.

"Banyak kenderaan bantuan dari luar Kelantan terkandas kerana pihak berkuasa seperti cuba melengah-lengahkan perjalanan," kata seorang sukarelawan dari Selangor.

Mereka juga mendakwa bantuan banjir yang diserah kepada pihak berkuasa di tempat-tempat yang sukar dilalui jalan darat difahamkan dilekat pembungkus berwajah pemimpin Umno.

Kata mereka tindakan melekatkan gambar pemimpin menyebabkan bantuan yang sepatutnya diagih lebih cepat mengambil masa untuk sampai kepada mangsa banjir.

Dakwaan sukarelawan terbabit berasas apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri dilaporkan berkata, apa yang penting sumbangan itu sampai kepada mangsa banjir bagi mengurangkan beban mereka.

"Tak apalah mereka hendak kecam. Yang penting barang-barang daripada kementerian sampai kepada mangsa banjir dan dapat membantu mengurangkan bebanan mereka," katanya seperti disiar sebuah laman berita. - sumber Rupanya sosok haramjadah ni ada di mana-mana jua! Raja Shamri 15 hrs ·

Edited · hari ni ada orang kuat PAS kelantan datang nak ambik barang dalam kuantiti yg banyak lepas tu arah sukarelawan suruh angkat barang sesuka hati ... semalam team pakai baju 1 malaysia juga ada datang dgn cara yg sama ... Lepas tu arahkan sukarelawan itu dan ini ... seolah2 seperti kami semua ni kena patuh pada arahan mereka ...

Waittt !! at least pikirlah sikit ... tanyalah sikit ... siapa yg incharge ... merendah diri ... bukan satu tempat je teruk bnyk tempat yg teruk ... at first kami tak bagi mereka ambil barang2 tu ... ini amanah orang ramai untuk saya uruskan ...saya x nak barang2 ni x sampai pada sasaran dan hanya golongan tertentu yg dapat ... lepas bagi explanation baru masing2 nampak faham ... Saya tak kira siapa ...

PAS ke UMNO ke DAP ke PKR ke ... kalau tak betul saya tegur ... supaya perbaiki dan jadi lebih baik ... macam tu baru parti boleh jadi hebat ... negara akan jadi maju ...baru boleh kekal berkuasa ... tengok jepun dan korea ... bila orang tegur terus mintak maaf ... bukan macam orang kita ... bila orang tegur dia kata kita fitnah ...

Letak tepi soal politik ... kita tolong ramai yg kebulur disana ... ada nyawa yg perlu di selamatkan ...

Contohnya, bila orang sebut, marah atau tegur keburukan seorang dari lapan anak kita ... itu tidak bermakna kesemua satu keluarga itu teruk. Itu tak bermakna mak bapak tu jahat dan gagal.

Mak bapak yg hebat bila seorang anak dia di tegur, atau di marahi atau buat silap maka mak bapak ini akan cuba perbaiki anak dia tu ... dengan cara ini keluarga ini akan jadi hebat ... mak bapak ini akan jadi parents yg sangat hebat !

Macam zaman saya kecik dulu, bila orang tegur anak jahat atau nakal maka mak bapak akan pukul anak tu ... bukan backup ... bila backup anak tu maka anak tu akan membesar jadi jahat dan tak terkawal.

Saya bukan penentang kerajaan ... saya bawak minyak diesel drive 4 jam dgn kaki palsu ke agensi kerajaan untuk hidupkan generator ... saya juga bukan ahli parti pembangkang sbb tu saya buat misi ni kat masjid walaupun pejabat parti pembangkang hanya beberapa depa je dari masjid ni ...

Kami rakyat malaysia yg sayangkan negara ini dan sangat sedih dengan tragedi banjir ini ... Accept critics ... appologize ... then change ... we will be better and stronger ! Sabor jerlah Raja....!

Posted by mountdweller.

DICABUL KETIKA KE KEDAI BELI TELUR

Posted: 31 Dec 2014 04:00 AM PST

 
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dicabul oleh lelaki warga Myanmar di sebuah kedai runcit di Kajang ketika keluar membeli telur ayam.
Mangsa, pergi ke sebuah kedai di Jalan Sungai Segamat kira-kira pukul 10.15 pagi Selasa membeli telur ayam untuk ibunya tetapi lelaki tersebut yang juga pekerja di kedai tersebut mencabulnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata lelaki tersebut menarik kanak-kanak perempuan itu sebelum menyentuh alat kemaluannya.

"Kanak-kanak perempuan itu berlari pulang ke rumah dan memberitahu ibunya.

"Ibu mangsa kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut ke sebuah balai polis berdekatan dan membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi.

Ab Rashid berkata polis pergi ke kedai runcit tersebut dan mencari suspek tetapi dia berjaya melarikan diri.

"Kami masih memburu suspek. Kami percaya dia masih di kawasan berdekatan. Kami memerlukan sedikit masa untuk menangkapnya," kata Ab Rashid.

-EBR1M-

Doa Buat QZ8501.......

Posted: 31 Dec 2014 03:15 AM PST

#Missingmh370 masih menjadi Misteri...tiada jawapan..jika terhempas atau ditembak didarat #MH17 jawapannya..dan jika Ditembak @ terhempas dilaut seperti Airasia QZ8501 pasti akan ditemui serpihannya....apakah musibah dI Malaysia akan terus ...menimpa kita gara2 altantuyA???
#‎Missingmh370‬ masih menjadi Misteri...tiada jawapan..jika terhempas atau ditembak didarat ‪#‎MH17‬ jawapannya..dan jika Ditembak @ terhempas dilaut seperti Airasia QZ8501 pasti akan ditemui serpihannya....apakah musibah dI Malaysia akan terus ...menimpa kita gara2 altantuyA???

ISTERI HAMPIR TELANJANG DICEKUP SUAMI BERSAMA AWANG HITAM

Posted: 31 Dec 2014 02:30 AM PST

 
Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki 'Mat Afrika' di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kontraktor dilapor menyerbu bilik hotel bersama dua anak saudara dan diiringi anggota polis.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap dan sering datang ke ibu kota untuk bertemu lelaki warga Nigeria itu.

"Susulan itu lelaki berusia 50-an terbabit mengatur jerat dengan berpura-pura mahu pergi ke selatan tanah air atas urusan perniagaan.

"Lelaki itu bagaimanapun menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori isterinya itu yang didapati meninggalkan rumah," katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya mengekori wanita itu sehingga ke ibu kota.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit yang yakin isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, di sini, bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan pihak berkuasa untuk melakukan serbuan.

"Telahan lelaki itu terhadap kecurangan isterinya ternyata tepat apabila serbuan mendapati wanita itu sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria.

"Malah ketika ditemui, wanita itu dilapor dalam keadaan tidak berpakaian lengkap," katanya.

Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.

Dalam laporannya, lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan menegaskan wanita terbabit masih isterinya.

Sementara itu, sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997).

AL_FATIHAH!!! TS Abdul Hamid Zainal Abidin, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Posted: 31 Dec 2014 01:45 AM PST




Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin (gambar) meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, malam tadi.
Allahyarham berusia 70 tahun.
Menurut anak Allahyarham, Junaidi, bapanya meninggal dunia kira-kira 9.50 malam.
Hamid dimasukkan ke IJN sekitar 4 petang selepas mengadu sukar bernafas.
"Jenazah allahyarham akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn pada kira-kira 11 pagi hari ini," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham.

"Salam takziah kepada keluarga Brig Jeneral Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin atas pemergian beliau. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah," kata Najib dalam catatan di laman Twitternya.
Anak kelahiran Bagan Datoh, Perak pada 20 Februari, 1944 itu merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2001 hingga 2004 selain pernah menjadi pengerusi Mara dari 2004 hingga 2008.
Sebelum itu, allahyarham memegang jawatan ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dari 1995 hingga 2001.
Allahyarham dilantik sebagai senator dari 2001 hingga 2004 dan pernah menjadi ahli Parlimen Parit Buntar susulan Pilihan Raya Umum ke-11.
Allahyarham turut dinobatkan sebagai Tokoh Ma'al Hijrah Kebangsaan 2013.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan allahyarham sebagai seorang tokoh yang disanjung ramai.
"Kita kehilangan seorang lagi tokoh. Allahyarham menyumbang dalam banyak perkara yang berkaitan dengan soal agama," katanya ketika ditemui di IJN. – Bernama,

Dalam Keadaan Begini Pun Ada Yang Cuba Masuk Jarum Politik Ka?

Posted: 31 Dec 2014 01:00 AM PST

Aku rasa cadangan ini bukan datangnya dari kepala hotak Hussamuddin Yaacub tetapi wayang berDalang! Agak siapa Dalangnya?

PAS tolak k'jaan campuran PAS-Umno demi banjir 12:49PM - 31 Dec 2014 - mk

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menolak pandangan bahawa satu kerajaan campuran PAS dan Umno diperlukan di Kelantan untuk membangunkan semula negeri itu selepas banjir.

Beliau sebaliknya menggesa agar syarikat petroleum nasional Petronas menyumbang dana kepada satu tabung khas untuk tujuan berkenaan. "Alasan seperti itu terlalu rapuh.

"Petronas sumbang RM3 bilion pada kerajaan negeri melalui satu tabung khas, Kelantan boleh dibangunkan semula," kata ADUN Salor itu kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas cadangan kerajaan gabungan itu yang diajukan pemilik Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub. Husamuddin yang merupakan seorang anak Kelantan mengunjurkan pemulihan semula Kelantan akan memakan wang berbilion ringgit. Beliau juga melihat krisis itu akan mengambil masa selama dua tahun untuk diuruskan.

"Kita adakan moratorium, gencatan politik. Kalau bekerjasama saja tak jadi, mesti akan bergaduh juga.

"Sekarang Umno Kelantan dan PAS Kelantan harus bergabung dalam satu kerajaan campuran untuk pulihkan kembali negeri.

"Tidak ada jalan lain lagi," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Posted by mountdweller

VIDEO - Semasa Banjir Pun Masih Sempat Nak Berlakon ??

Posted: 31 Dec 2014 12:30 AM PST