Rabu, 24 Disember 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Jangan tunggu Kota Bharu hanyut baru bertindak - MERINTIH BANJIR

Posted: 24 Dec 2014 11:00 PM PST

                                                                              

Marilah kita berbicara lagi soal bencana banjir yang melanda negara pada masa ini. Saya ingin fokuskan lagi kepada negeri kelahiran saya, Kelantan Darulnaim. Dengan air masih naik dan semua bandar utama sudah dijamahi air, dan kini paling teruk di Kota Bharu, masyarakat umum sudah majmuk mengatakan banjir kali ini adalah teruk, parah dan tragis.

Hosptal dimasuki air.
Ukuran umum berbeza dengan perincian pihak berkuasa termasuk kerajaan negeri Kelantan dan Persekutuan sendiri. Pihak kerajaan Kelantan masih beranggapan banjir yang melanda Kelantan ini masih boleh dikawal dan tidak memerlukan kepada tindakan lebih serius, melainkan berdoa.

Mustapa Mohamed satu-satu menteri dari Kelantan pula mengatakan darurat tidak perlu diistyharkan kerana keadaan masih terkawal.

Balai polis digenangi air.
Mungkin pandangan pemimpin itu berbeza dengan pandangan umum dalam menilai kemaraan banjir kali ini. Ia mungkin lebih berbeza lagi dengan pendapat mangsa banjir yang sedang menderita (kelaparan, trauma dan kesejukan) khusunya mereka yang terperangkap di pusat pemindahan banjir atau pun yang berlindung atas buki Bekok di Manek Urai.

Stadium air masuk main bola.
Pendapat Mustapa itu sejalur dengan pendapat MB Kelantan Ahmad Yaakob, yang mengatakan darurat tidak perlu diistyharkan di Kelantan. Sambil merayu agar rakyat Kelantan berdoa dan bermunajak kepada Allah, mungkin satu-satu alternatif terbaik bagi MB itu berusaha untuk mengatasi bebanan banjir dan menyelamatkan rakyat Kelantan dengan cara spritual agama.

Soalnya kenapakah susah sangat untuk mendarutkan Kelantan. Saya membuka protal bencana Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan membaca definiasi darurat. Kata definasi itu darurat ialah;

"Suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan Negara, melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif. (Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana - Semakan 2012).

Dengan memahami definasi berkenaan apa yang berlaku di Kelantan ini sudah lebih daripada cukup dalil-dalilnya dan pantas untuk diistyharkan darurat. Keadaan di Kelantan kini memerlukan gembelangan tenaga ekstensif. Nah, apa lagi yang ditunggu dan apa lagi yang dinanti-nantikan. Semua jalan utama menerusi darat ke negeri itu sudah terputus. Hanya jalan udara sahaja satu-satu yang dapat digunakan. Pendudik negeri Kelantan kini seperti berada dalam sebuah pulau di keliling lautan kesukaran dan kepedihan.

Klinik dipenuhi air.
Kemudahan lain juga eleterik, air paip dan telefon juga terganggu dan sesetengah kawasan bergelap sejak beberapa malam lalu. Mereka yang dikepong oleh banjir hidup persis dalam gua baru yang tidak mendapat apa-apa akses daripada luar.

Hadapan hospital Raja Perempuan Zainab II
Apabila semua bandar tenggelam banyak rumah hanyut musnah, dan mangsa tidak dapat menyelamatkan harta benda, bukankah itu sudah menjelaskan akan berlaku kehilangan harta benda awam. Keadaan air yang deras, naik mendadak dan melimpahi ke segenap ruang yang tidak disangka-sangka menyebabkan manusia tidak berkupayaan lagi untuk menanganinya dengan kudrat yang ada. 

Dengan kapasiti kemudahan yang dimiliki oleh kerajaan Kelantan tidak mungkin ia dapat menanagni musibah itu yang melanda di semua jajahan. 

Kepentingan apabila darurat diistyharkan, membolehkan semua agensi kerajaan akan tertumpu kepada banjir di Kelantan. Ia memberi sokongan padu daripada semua pihak. Sudah pastilah apabila semua agensi membantu masalah-masalah ketidakcukupan bekalan makanan dan peralatan harian untuk mangsa tidak akan berlaku. Dengan adanya pengistyharan darurat peruntukan khasnya dapat disalurkan ke Kelantan.

Saya benar-benar tidak memahami sikap dua pemimpin politik Kelantan itu, Mustapa Mohamed dan Ahmad Yaakob. Apakah mereka jenis "gong". Masih berdegil untuk mengatakan keadan banjir di Kelantan masih terkawal. Apakah dengan jumlah kematian (setakat 16 Disember 2014) hanya tiga mangsa sahaja maka ia menghalalkan untuk mengatakan banjir masih terkawal?

Ukuran dari segi mangsa (kematian) itu tidak tepat dan relevan pada masa ini. Mungkin musibah kematian berkurangan atau tidak berlaku sama sekali kerana cara berfikir orang ramai kini tidak seperti dahulu. Mereka pantas menyelamat diri dengan mengutamakan nyawa dari segala-galanya. Tetapi kelemahan dan kesusahan lain dihadapi mangsa banjir perlu dilihat sebagai kritikalnya keadaan bencana itu. Kehilangan dan kemusnahan harta benda mereka harus diodit dengan akal waras.

Pandangan Naib Presiden Pas, Husam Musa dalam melihat banijir di kelantan pada masa ini adalah tepat. Menurutnya banjir di Kelantan kritikal. Beliau tidak menyatakan perlunya pengsytiharan darurat tetapi "kritikal" yang disebut itu menuju ke arah itu. Ertinya Ahmad Yaakob tidak perlu berfikir panjang untuk bertindak ke arah itu demi kesenangan rakyat. Bukan bermakna apabila rumah MB itu sendiri tenggelam maka ia boleh dijadikan sandaran memaafkan tindakan lembab pentadbirannya.

Apakah Ahamd Yaakob dan Mustapa Mohamed berkeras kerana hendak menunjukkan keupayaan mereka mampu menangani masalah banjir di Kelantan. Jika darurat diistharykan maka ia memberi pukulan dan maruah mereka sebagai pemimpin utama tercabar kerana tidak dapat menguruskan bencana secara sendirian? 



Kalau itu pandangan dan cara berfikir adalah salah. Dalam situasi sekarang bukan masa untuk bermain politik. Ahmad (Pas) dan Mustapa (Umno) tidak perlu menujukkan kekuatan masing-masing. Kedua pihak perlu pasrah untuk menerima takdir Allah dan biarlah urusan dan usaha mengatasi banjir itu dilakukan secara kolektif dengan bantuan Pusat sepenuhnya. Banjir atau bencana alam mana-mana sekalipun pun tidak wajar diwajahkah dengan warna politik.

Gambar keadaan Kota Bharu
Sekejap tadi saya memantau gambar-gambar yang dipostkan oleh facebooker dalam wall masing-masing mengenai kedudukan dan suasana banjir di bandar Kota Bharu. Melihat kepada gambar-gambar itu memberi gambaran Kota Bharu kini adalah kota tenat dilanda banjir. Semua institusi awam, hispotal, balai polis, klinik, hotel, stadium, sekolah sudah dimasuki air. Tidak ada ruang di Kota Bharu yang tanpa air.

Apa yang berlaku disifatkan ramai sebagai paling teruk dan paling buruk. Dengan lumpuhnya Kota Bharu ini bermakna aktiviti seharian masyarakat, pergerakan ekonomi, sosial dan sebagainya sudah mati. Bukankah suasana ini telah menenuhi syarat untuk diistyharkan darurat seperti didefinasikan dalam pernyataan di atas? 

Berikut saya postkan gambar susana di Kota Bharu yang saya ambil dari facebook sdr Zuridi Mohamed Zain dengan izinnya dan sekeping gambar dari facebook Hashim Omar. Saksi dan tafsirlah sendiri menerusi gambar-gambar ini apakah banjir di Kota Bharu masih terkawal dan darurat tidak perlu diistyharkan kerana hendak menjaga maruah politik yang tidak sepatutnya dijaga. Kita semua jangan jadi "gong" sangat. [wm.kl.1:24 pm 25/12/14]
Sungai Kelantan melimpah ruanh.




Obama dan Najib berseronok main golf di Hawaii

Posted: 24 Dec 2014 10:12 PM PST

Di Mana Najib Berada Kini? Najib Di Mana??



Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelihatan menghabiskan masa bersama bermain golf di Hawaii. – Gambar Reuters 25 Disember, 2014.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghabiskan cuti Krismas di Hawaii ditemani rakan-rakan dan keluarga bermain golf serta beristirehat. Namun, bersama beliau di lapangan golf adalah tetamu mengejutkan, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

The Washington Post melaporkan hari ini, Najib antara empat orang termasuk Joe Paulsen dan Mike Brush, bermain golf bersama Obama di pengkalan Marine Corps, Kanehoe Bay.

Obama pada April lalu menjadi presiden Amerika dalam tempoh 50 tahun yang melawat Malaysia.
 
Bagaimanapun, pentadbiran Najib kebelakangan ini dikritik hebat kerana menekan lawannya dengan menggunakan Akta Hasutan, antara yang menjadi mangsa termasuk pemimpin pembangkang dan ahli akademik.

Media Amerika juga mengkritik Obama kerana tidak menyatakan pendiriannya keatas Putrajaya susulan penggunaan akta penjajah tersebut.

Najib ketika ini sedang bercuti ke Hawaii dan ketiadaan beliau dalam negara juga menimbulkan pelbagai reaksi tidak senang, malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik Najib secara terbuka.

Kumpulan pendesak Melayu, Perkasa juga memberi kata dua kepada Najib supaya berhenti banyak menghabiskan masa ke luar negara jika tidak mahu hilang kuasa.

Kejatuhan mata wang ringgit dan harga pasaran minyak dunia yang memberi impak kepada keadaan ekonomi negara juga membimbangkan ramai, bagaimanapun Najib dilihat tidak serius.

Negara juga ketika ini dilanda bencana banjir besar khususnya di pantai timur.

Sementara itu di Hawaii, wartawan dibenarkan masuk di lubang ke-18 untuk membuat liputan ringkas.

- www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/obama-dan-najib-menikmati-golf-di-hawaii



Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang perlu bantu Kelantan

Posted: 24 Dec 2014 08:30 PM PST

 Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang perlu bantu Kelantan  SUSUPAN MALAM                                                                                            Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang harus berbuat sesuatu untuk merengankan beban kerajaan Kelantan yang kini berhadapan dengan bencana banjir yang disifatkan paling dahsyat dalam tempoh 30 tahun.  Azmin perlu bantu.. Walaupun kerajaan Pas Kelantan masih mampu untuk menghadapi bencana itu tetapi ia sesuatu yang sangat membebankan. Menurut maklumat terbaru kini terdapat 26,968 mangsa banjir yang ditempatkan di 129 pusat pemindahan banjir di lapan Jajahan.  Paling mencemaskan katanya terdapat lebih 1,000 mangsa banjir terperangkap di pusat pemindahan banjir di Gua Musang dan Kuala Krai dimana mereka tidak dapat dihubungi oleh petugas banjir kerana keadaan tidak mengizinkan disebabkan air deras tidak dapat dimasuki dengan bot maupun helikopter.  Jumlah mereka yang yang berada di pusat pemindahan di beberapa Jajahan itu tidak termasuk mereka yang terlibat dengan banjir dan memerlukan bantuan keperluan seharian terutamanya makanan kerana sukar untuk mendapat bekalan. Berpuluh-puluh dapur banjir telah dibuka oleh kerajaan Kelantan.  Dalam masa sama juga berbagai agensi kerajaan Pusat dan badan sukarelawan, NGO serta kumpulan bersendirian turut sama membantu mangsa banjir, memindah dan juga menghantar bantuan makanan, pakaian dan peralatan tidur. Pos-pos punggutan derama dan bekalan makanan dan pakaian dibuka diserata tempat termasuk di Kuala Lumpur.  Adalah lebih manis sekiranya kerajaan Selangor dan Pulau Pinang turut menghantar bantun ke Kelantan bagi merengankan bebanan yang dipikul oleh kerajaan Kelantan. Baik Azmin atau pun Lim Guan Eng tidak perlu mengambil hati sangat kepada sikap dan telatah sesetengah pemimpin Pas yang terus berpolitik dengan PKR dan DAP dalam isu hudud dan perlantikan MB Selangor baru-baru ini.  Dalam pada itu saya mendapat maklumat sudah ada pemimpin Pas menghubungi Azmin untuk memohon bantuan banjir di Kelantan dan Azmin khabarnya telah bersetuju untuk menghantar bantuan.  Pemimpin itu juga sedang berusaha untuk mendapat bantuan daripada kerajaan Pulau Pinang dimana sedang berhubung dengan Lim Guan Eng. Inisiatif pemimpin berkenaan perlulah disambut dengan baik dan jangan pula dilempar dengan tuduhan-tuduhan yang buruk. Dalam situasi gawat semua pihak di Kelantan baik Pas sesama Pas dan Pas dengan Umno atau PKR dan DAP harus bersatu.  Bantuan daripada Selangor dan Pulau Pinang itu dijangka akan tiba ke Kelantan selewat-lewatnya Jumaat. [wm.kl.11:02 pm 24/12/14]  Posted by mso.im Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang harus berbuat sesuatu untuk merengankan beban kerajaan Kelantan yang kini berhadapan dengan bencana banjir yang disifatkan paling dahsyat dalam tempoh 30 tahun.
Azmin perlu bantu..

Walaupun kerajaan Pas Kelantan masih mampu untuk menghadapi bencana itu tetapi ia sesuatu yang sangat membebankan. Menurut maklumat terbaru kini terdapat 26,968 mangsa banjir yang ditempatkan di 129 pusat pemindahan banjir di lapan Jajahan.


Paling mencemaskan katanya terdapat lebih 1,000 mangsa banjir terperangkap di pusat pemindahan banjir di Gua Musang dan Kuala Krai dimana mereka tidak dapat dihubungi oleh petugas banjir kerana keadaan tidak mengizinkan disebabkan air deras tidak dapat dimasuki dengan bot maupun helikopter.

Jumlah mereka yang yang berada di pusat pemindahan di beberapa Jajahan itu tidak termasuk mereka yang terlibat dengan banjir dan memerlukan bantuan keperluan seharian terutamanya makanan kerana sukar untuk mendapat bekalan. Berpuluh-puluh dapur banjir telah dibuka oleh kerajaan Kelantan.

Dalam masa sama juga berbagai agensi kerajaan Pusat dan badan sukarelawan, NGO serta kumpulan bersendirian turut sama membantu mangsa banjir, memindah dan juga menghantar bantuan makanan, pakaian dan peralatan tidur. 

Pos-pos punggutan derama dan bekalan makanan dan pakaian dibuka diserata tempat termasuk di Kuala Lumpur.

Adalah lebih manis sekiranya kerajaan Selangor dan Pulau Pinang turut menghantar bantun ke Kelantan bagi merengankan bebanan yang dipikul oleh kerajaan Kelantan. 

Baik Azmin atau pun Lim Guan Eng tidak perlu mengambil hati sangat kepada sikap dan telatah sesetengah pemimpin Pas yang terus berpolitik dengan PKR dan DAP dalam isu hudud dan perlantikan MB Selangor baru-baru ini.

Dalam pada itu saya mendapat maklumat sudah ada pemimpin Pas menghubungi Azmin untuk memohon bantuan banjir di Kelantan dan Azmin khabarnya telah bersetuju untuk menghantar bantuan.

Pemimpin itu juga sedang berusaha untuk mendapat bantuan daripada kerajaan Pulau Pinang dimana sedang berhubung dengan Lim Guan Eng. 

Inisiatif pemimpin berkenaan perlulah disambut dengan baik dan jangan pula dilempar dengan tuduhan-tuduhan yang buruk. 

Dalam situasi gawat semua pihak di Kelantan baik Pas sesama Pas dan Pas dengan Umno atau PKR dan DAP harus bersatu.

Bantuan daripada Selangor dan Pulau Pinang itu dijangka akan tiba ke Kelantan selewat-lewatnya Jumaat. [wm.kl.11:02 pm 24/12/14]


Posted by mso.im

Bekas Kerani Sheila Majid Didakwa Songlap RM90,000

Posted: 24 Dec 2014 08:00 PM PST


Bekas Kerani Sheila Majid Didakwa Pecah Amanah RM90,000

Bekas kerani syarikat produksi hiburan milik penyanyi popular Datuk Sheila Majid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Rabu atas tuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah RM90,000 milik syarikat itu untuk kegunaannya sendiri, empat tahun lepas.

Nasimah Kamarudin, 37, dari Kota Damansara, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.

Nasimah, yang diamanahkan dengan satu buku cek akaun Maybank milik syarikat Magada Entertainment Sdn Bhd, didakwa dengan curangnya telah menunaikan lima keping cek atas namanya dan telah mendepositkan lapan keping cek ke dalam akaun banknya, membabitkan wang keseluruhan berjumlah RM90,000.

Wanita itu yang ditangkap pada 28 April lepas didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat berkenaan di Jalan Balau, Damansara Heights di sini antara 1 Nov 2007 dan 28 Mac 2008, mengikut

Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Pengadu dalam kes ini adalah penyanyi Sheila Majid atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid, yang juga pengarah urusan syarikat itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri tidak menawarkan sebarang jaminan, namun Nasimah yang tidak diwakili peguam memohon jaminan yang minimum dengan alasan perlu menyara anaknya masih bersekolah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan 30 Jan depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.

sumber...Mstar

Husam hubungi Azmin minta bantuan untuk Kelantan

Posted: 24 Dec 2014 07:30 PM PST

 
Malam tadi entah jam berapa saya tertidur. Mata jadi sangat berat untuk tidur kerana mengenangkan nasib negeri Kelantan yang ditenggelami air. Terkenang dan teringatkan kepada mangsa banjir terutamanya yang terperangkap di Manek Urai. Saya tidak mempunyai apa-apa kuasa dan kekuatan untuk membantu mereka. Jauh sekali sebagai Superman.

Husam tidak tidur..
Tetapi saya yakin para pemimpin di Kelantan berusaha untuk membantu. Tanggungjawab dan keselamatan nyawa rakyat Kelantan terletak di tangan mereka. Yang ada kudrat membantu dengan tulang empat kerat yang uzur, berdoa atas tikar sembahyang.

Saya percaya hampir semua pemimpin yang bertanggungjawab tidak dapat melelapkan mata mengenangkan banjir. Cuma kerana malam pergerakan dan pemantauan mereka terbatas, mungkin operasi terhenti seketika.

Apa yang saya banyangkan benar, apabila pagi ini saya menerima beberapa kiriman SMS dan email menceritakan bagaimana pemimpin politik dan Ketua-ketua Jabatan dan Pasukan Keselamatan di Kelantan terus berusaha membantu mangsa banjir tanpa mengira waktu dan keselamatan diri sendiri.

Dalam satu kirim print skrin Facebook Mustapa Mohamad beliau mencatat malam tadi dia bersama Ketua Polis Kelantan, Ketua 8 Briged, Pegawai Jajahan telah menijau keadaan banjir di Kuala Krai dan cuba untuk memasuki ke pusat pemindahan dimana rausan mangsa terperangkap.

Ahnad dan Mustapa Pas dan Umno.
Menurut catatan beliau seramai 438 orang mangsa yang berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Manek Urai masih dalam kritikal. Mereka dikatakan terputus hubungan dan bekalan makanan tidak dapat dibawa sejak lebh 48 jam.

Mereka kini berlindung di tingkat empat bangunan sekolah berkenaan. Menurut Mustapa pagi ini pihak tentera akan cuba memasuki ke kawasan berkenaan. Masih tertanya-tanya mengenai nasib mangsa banjir yang melarikan diri ke atas bukit juga di Manek Urai. Mustapa tidak menceritakan dalam catatan berkenaan.

Sementara itu malam tadi, Naib Presiden Pas Husam Musa juga tidak tidur, telah membuat lawatan ke Pusat Gerakan Banjir di Kota Darunaim yang dikelolakan oleh kerajaan Kelantan. Menurutnya paras air di beberapa sungai utama di negeri Kelantan meningkat dengan ketara keadaan ini akan menambahkan keadaan kritikal di Jajahan Kuala Krai yang sudah kritikal.

Bagaimana pun hujan pada ketika ini sudah agak reda, katanya. Sebaliknya cadang Husam kalau hujan berterusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) harus menggerakkan lebih banyak jentera dan tenaga bagi membantu mamngsa-mangsa banjir.

Keperluan bot-bot yang lebih besar dan juga helikepotor kerana Kelantan kini terputus hubungan dengan semua kawasan luar. Semua jalan darat ditutup kepada lalu lintas satu-satu jalan hanya di udara sahaja.

Sesuatu yang membanggakan bekas Exco Kelantan itu begitu mengambil berat untuk merengan mangsa banjir di Kelantan dan juga kerajaan sendiri. Beliau tidak mengira apakah beliau mempunyai kuasa dan jawatan, tetapi yang perlu diutamakan keselamatan rakyat. Menurut kenyataannya yang dikeluarkan yang dikirimkan kepada saya jam 12:25 tengah malam, Adun Salor itu telah menghubungi Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali agar menghulurkan bantuan kepada Kelantan.

Husam melawat rumah yang dimasuki air.
Alhamdulilah, Azmin akan mengumumkan jumlah peruntukan untuk Kelantan pagi ini. [Malam tadi saya mencadangkan kepada kerajaan Selangor agar membantu Kelantan].

Menurut Husam beliau juga telah menghubungi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mendapat bantuan sama untuk Kelantan. Sehingga ini belum ada jawaban daripada Guan Eng kerana beliau masih berada di luar negara. Usaha dan inisitiaf Husam itu sesuatu yang patut dipuji dan pihak kerajaan Kelantan sendiri perlu berterima kasih.

Apakah sebelum ini mana-mana Exco atau Timbalan Menteri Besar atau Menteri Besar sendiri tidak terfikir untuk memohon bantuan luar? Apakah bekalan dan kemudahan yang ada di Kelantan kini mencukupi. Atau pun tidak terbuka ilham?

Bencana banjir yang merempuh Kelantan pada masa kini nampaknya mendapat perhatian baik semua pihak. Apa yang berlaku menunjukkan sikap prihatin para pemimpin dan ahli politik Kelantan. Kesatuan dan gandingan bahu itu pasti merengankan beban mangsa banjir.

Mustapa Mohamed berusaha menerusi instrument yang dimiliknya sebagai menteri pusat, manakala Husam pula walaupun tidak ada jawatan di Kelantan, tetapi terus menggerakkan minda kreatifnya untuk membantu negerinya. Pemimpin seperti inilah yang didambakan oleh rakyat sebenarnya.

Cuma di sini sedikit terkilan kenapa rombongan peninajau banjir ke Kuala Krai yang diketuai Mustapa itu tidak ikut sama menjemput MB Kelantan Ahmad Yaakob. Sepatutnya tinajauan dan lawatan ke pusat-pusat pemindahan banjir haruslah dibuat secara bersama sebagai menggabungkan solidariti kepada rakyat. Kalau pemimpin dapat menijau bersama sudah tentu keadaan itu tambah melegakan perasaan mangsa banjir.

Dalam pada itu elok kalau Ahmad Yaakoub menubuhkan Jawatankuasa khas, Operasi Menyelamat dan Membantu mangsa banjir dan kalau boleh serahkan jawatankuasa itu kepada Husam sebagai ketua operasi. Saya jamin dengan kebolehan dan hubungan luas beliau sebagai Exco sebelum ini jawatankuasa itu dapat berfungsi lebih baik dan bermakna lagi daripada jawatankuasa-jawatankuasa yang ada sekarang. [wm.kl.9:42 am 25/12/14]


Presiden PAS kata banjir besar sekarang 'CURAHAN RAHMAT dan REZEKI''?

Posted: 24 Dec 2014 07:00 PM PST

 
Taktau la pulak kalau Presiden PAS nak bagitau banjir besar yang memusnahkan rumah dan harta benda malah ada yang hilang nyawa tu kita kena anggap banjir sebagai curahan rahmat dan rezeki.


Dah lama aku tak update blog aku ni, cadangnya nak aktifkan balik sempena tahun baru, tapi bila aku baca stement rasmi Presiden PAS yang pada aku sangat2 tak sesuai. aku tak boleh tahan, nak kena belasah jugak.

Aku taktau la kalau ada yang tak rasa ada ayat dalam statement rasmi tu sangat tak wajar malah pada aku sangat tak sesuai.
Aku sangat-sangat tak percaya bila baca ada ayat yang berbunyi:
Allah sedang menguji kita dengan curahan bermanfaat berupa rahmat dan rezeki.  - Portal PAS Pusat.
Macamana dalam keadaan cukup ramai yang menghadapi kesukaran dengan banjir besar ni tiba-tiba TG Presiden PAS boleh keluarkan kenyataan rasmi dengan ayat macam tu.

Dalam keadaan ramai mangsa banjir yang mungkin sedang kelaparan dan dahaga sebab bekalan bantuan makanan masih tak sampai  takkan kut kita nak suruh depa anggap hujan yang membawa banjir tu sebagai curahan rahmat dan rezeki.

Dalam keadaan cukup ramai yang sedang hadapi saat getir sampai tahap boleh mengancam nyawa malah dah ada pun yang hilang nyawa takkan kut kita nak suruh depa anggap hujan yang membawa banjir tu sebagai curahan rahmat dan rezeki.

Taktau la pulak kalau Presiden PAS nak bagitau banjir besar yang memusnahkan rumah dan harta benda malah ada yang hilang nyawa tu kita kena anggap sebagai rahmat dan rezeki.

Kat bawah ni aku kopipes keseluruhan kenyataan rasmi tu.
Gerakkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir
Banjir besar yang sedang melanda kebanyakan negeri ketika ini terhasil dari banyaknya taburan hujan dan tiupan angin monsun. Ia adalah sunnatullah ke atas alam ini sebagaimana firman-Nya:

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (al-Mukminun: 18)

Demikian itu perlu kita mengimani, bahawa situasi yang sedang berlaku ini adalah dengan Pengetahuan dan Kekuasaan-Nya. Allah sedang menguji kita dengan curahan bermanfaat berupa rahmat dan rezeki. Dia juga sedang menguji keutuhan iman kita dengan melandakan sedikit kesukaran yang pasti Dia akhiri tempoh ini.

Maka kita sebagai hamba-Nya, wajib mensyukuri, berdoa dan bersabar untuk menerima atau menghadapi semua ketentuan ini. Firman-Nya:

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi serta kepada-Nyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepada-Nya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai terhadap perbuatan yang kamu lakukan." (Hud: 123)

PAS merakamkan simpati terhadap situasi yang sedang dihadapi kebanyakan penduduk di daerah banjir. Situasi sukar bersifat sementara yang menguji kemampuan ini wajib dihadapi dengan sabar.

Dalam menghadapi pelbagai situasi tidak terduga ini, PAS menasihati untuk saling tolong-menolong dan cakna antara satu sama lain serta mengikuti arahan pihak berkuasa.

Jentera PAS di semua peringkat sedang digerakkan bagi menghulur bantuan sedaya termampu. Kita berharap ia diterima seadanya.

PAS juga dengan ini mengarahkan seluruh jenteranya untuk meneliti keperluan munasabah kepada mangsa banjir dan memberi khidmat dengan ikhlas serta kesantunan berhemah.

Kepada seluruh petugas dari badan dan agensi kerajaan, PAS meminta agar urusan bantuan dilaksanakan dengan penuh amanah dan adil tanpa menghitung latar belakang politik. Insya-Allah, dedikasi anda akan dihitung pahala serta bakal beroleh ganjaran di sisi Allah kelak.

Kepada Kerajaan Persekutuan, saya mengesyorkan agar diumum peruntukan khas bagi setiap keluarga dan individu mangsa banjir khususnya para pelajar yang bakal memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.


DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
24 Disember 2014.

Allahu Rabbi!!! (Gambar2) Sadis Sungguh: "BOM" Meletup Di Sebuah Rumah Di Taman Ria Mesra, Ragut 3 Nyawa.. AL-Fatihah!!!

Posted: 24 Dec 2014 06:30 PM PST


 


GURUN: Petang tadi satu kejadian ngeri telah berlaku di Taman Mesra Ria, Gurun apabila 8 buah rumah musnah dipercayai kerana terjadi satu letupan yang besar di sini. Letupan ini telah mengorbankan seorang anggota tentera, anak perempuannya berumur lapan tahun dan  seorang ahi keluarnya yang lain.

Bagaimanapun kenyataan yang di dapati adalah berbeza kerana pihak bomba mengatakan letupan berlaku adalah kerana tong gas dan lain pula menurut saksi di sana, mereka mengatakan bom tangan yang berada di dalam sebuah kereta.


Menurut saksi yang nama dirahsiakan letupan tersebut bermula dari sebuah kereta yang diletakkan di belakang rumah tersebut. Kereta tersebut telah meletup pada pukul 4.30 petang menyebabkan 4 org maut dan merosakan 7 buah rumah berhampiran.

Kebanyakan mereka yang maut tidak dapat dikenal pasti kerana hancur. Selepas kejadian orang ramai dilihat telah bertungkus lumus memungut serpihan mayat.


Ini adalah perbincangan orang ramai di media sosial.


Bagaimanapun pihak bomba menafikan letupan ini berpunca dari bom dan sebaliknya mengatakan ia berpunca dari letupan tong gas dan bekata hanya 3 orang mangsa maut dan yang lain cedera.


Munurut pihak bomba setibanya mereka di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran di sebuah rumah teres dipercayai kerana letupan gas dibahagian dapur.

Ia telah menyebabkan  strutur rumah runtuh dan merosakakan 8 buah rumah berhampiran dan menurut mereka siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti jika ada punca lain.

Lagi Gambar di tempat kejadian.





Amar: Hudud lebih penting dari Putrajaya Zakiah Koya

Posted: 24 Dec 2014 06:00 PM PST

 
    WAWANCARA Menawan Putrajaya merupakan perkara kedua selepas pelaksanaan hudud, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
    Beliau juga mendakwa bahawa ia tidak kisah sekiranya PAS dikeluarkan dari Pakatan Rakyat oleh sekutunya - DAP dan PKR yang menentang hudud - asalkan matlamat parti Islam itu tercapai.

    Menurut Amar, PAS mesti melaksanakan hudud dengan apa cara sekalipun, walaupun jika ia perlu bekerjasama dengan Umno.

    Katanya, ini kerana tiada jaminan bahawa parti itu akan dibenarkan untuk berbuat demikian walaupun jika Pakatan memerintah kerajaan pusat.

    "Persoalannya ialah bukan sama ada kita akan tawan Putrajaya. Ada sesetengahnya memberitahu kita bahawa jika kita berjuang untuk hudud, kita tidak akan menang Putrajaya.

    "Tapi lihat pada 2013, kita tukar dari negara Islam kepada negara kebajikan, dan kita benarkan bukan Islam guna 'kalimah' Allah dan kita masih tak menang (Putrajaya)," katanya.

    Sehubungan, kata Amar, dalam melaksanakan Islam, Putrajaya adalah perkara kedua.
    "Jika mereka (Pakatan) berbuat demikian (keluarkan PAS dari Pakatan), kita akan menerimanya," kata Amar, yang menjadi jurucakap parti itu tentang pada hudud.
     
     
    Malaysiakini

Jangan Biarkan PAS Berdepan Masalah Sendirian - Penganalisis

Posted: 24 Dec 2014 05:06 PM PST



Krisis keyakinan pengundi bukan Melayu terhadap PAS boleh diatasi jika semua pihak dalam Pakatan Rakyat sanggup untuk duduk bersama dan berusaha mencari jalan penyelesaian.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Shahruddin Badaruddin berkata PAS tidak boleh dibiarkan berdepan masalah tersebut secara sendirian kerana ia melibatkan Pakatan Rakyat.

Katanya, sokongan yang diberikan oleh pengundi bukan Melayu selama ini kerana keyakinan mereka terhadap gabungan antara PAS, DAP dan PKR.

"Benar ini masalah yang dihadapi oleh PAS tetapi parti itu tidak boleh dibiarkan menghadapi masalah ini sendirian kerana sokongan pengundi selama ini atas keyakinan mereka kepada gabungan yang melibatkan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

"DAP dan PKR tidak boleh berdiam diri, mereka juga perlu memberi penerangan kepada pengundi-pengundi bukan Melayu dan berusaha memulihkan keyakinan terhadap PAS.

"Jika perkara ini dilakukan, rakyat akan melihat bahawa ketiag-tiga parti sudah kembali menjalinkan kerjasama erat dan masalah yang dihadapi sudah diatasi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Dr Shahruddin berkata dalam politik, tempoh tiga tahun menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukanlah satu tempoh yang lama.

Kerana itu, katanya, Pakatan Rakyat perlu segera menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka jika benar berhasrat membentuk kerajaan pada PRU akan datang.

"Tempoh tiga tahun dalam politik boleh jadi sekejap dan boleh jadi lama, jadi perlu segera menyelesaikan masalah ini.

"Kalau ianya satu tempoh yang lama, bermacam-macam perkara yang boleh berlaku sama ada ia akan menjadi lebih baik atau tidak mustahil lebih buruk," katanya lagi.

Mengulas mengenai masalah yang dihadapi PAS, Dr Shahruddin berkata, parti itu juga perlu segera menyelesaikan perkara-perkara yang membelenggu mereka.

Selain PAS, DAP juga kata Dr Shahruddin tidak boleh hanya menunding jari menyalahkan PAS, kerana Pakatan Rakyat tidak akan menang hanya dengan undi bukan Melayu.

"Undi semua rakyat tidak kira Melayu atau bukan Melayu diperlukan oleh Pakatan Rakyat untuk membolehkan mereka menguasai kerajaan persekutuan.

"DAP tidak boleh hanya menyalahkan PAS kerana mereka juga melakukan kesilapan, mereka tidak boleh lupa terhadap kenyataan mereka yang melukakan pengundi Melayu.

"Jadi, bukan hanya pulihkan keyakinan pengundi bukan Melayu tetapi Pakatan Rakyat perlu berusaha meningkatkan sokongan pengundi Melayu kepada mereka," ujar beliau.

Awal hari ini Astro AWANI melaporkan, menjelang 2015, sokongan pengundi bukan Melayu terhadap PAS semakin merosot dan parti Islam itu berdepan kemungkinan kehilangan beberapa kerusi parlimen di Kelantan, Kedah, Terengganu, Perak, Pahang dan Selangor.

astro awani

Gambar Pakaian Jururawat Nampak Seluar Dalam Berbelang Kini Viral

Posted: 24 Dec 2014 08:00 AM PST

 

Umum mengetahui, jururawat adalah pekerjaan mulia dan ia turut diterjemahkan menerusi uniform putih bersih yang dikenakan penyandang jawatan ini.

Begitu pun dari sudut lain, pakaian yang putih bersih itu begitu mudah 'tercemar' oleh warna lain.

Maksud yang lebih jelas.. pakaian warna putih bermakna ia bersifat jarang dan dengan mudah menampakkan apa yang ada di sebalik kain dipakai jururawat yang majoritinya adalah kaum hawa.

Tak hairanlah ada manusia (biasanya kaum Adam) yang pantang ke hospital tak kiralah sebab dia sendiri yang sakit atau melawat oang lain, matanya meliar merenung misi-misi yang ada.

Bagi yang terlebih nakal, maka terjadilah insiden sekarang di mana sekeping gambar jururawat 'membelanja' pesakit dengan seluar dalam belang-belangnya tersebar di media sosial.

Dalam gambar yang kini viral itu, jururawat terbabit yang berdiri membelakangi si pengambil gambar (jantang miang rasanya), terlihat jelas memakai seluar dalam belang merah-putih.

Aduh memang naya.. jadi para jururawat sekelian, lepas ini silalah beri perhatian sikit pasal warna pakaian dalam yang hendak dikenakan dengan uniform putih anda tu ye.

Silap hari bulan dapat pesakit atau pengunjung hospital sangap macam ini, tak fasal-fasal bontot anda jadi tatapan satu negara!

- mynewshub


Pondok Tol Kena Samun Dua Lelaki Bersenjata

Posted: 24 Dec 2014 07:00 AM PST


Pondok Tol Kena Samun Dua Lelaki Bersenjata - Kita Bantai   KUANTAN - Seorang jurutol kerugian lebih RM7,000 selepas dirompak dua lelaki bersenjatakan pisau di Kilometer 1, Plaza Tol Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, dekat Bentong,semalam.  Dalam kejadian kira-kira jam 3.16 pagi itu,  dua suspek yang berusia lingkungan 20 an menunggang motosikal dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur secara tiba-tiba berhenti di pondok plaza tol berkenaan.  Ketua Polis Daerah Bentong,  Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata, mangsa, yang hanya dikenali sebagai Faizatul berusia 20 an ternampak dua suspek terbabit meluru ke cermin pondok tol sambil mengacu pisau.  Menurutnya, curiga melihat tindakan dua lelaki tersebut, wanita terbabit sempat melarikan diri menerusi pintu belakang pondok tol sebelum memanggil pengawal keselamatan untuk tindakan susulan.  KUANTAN - Seorang jurutol kerugian lebih RM7,000 selepas dirompak dua lelaki bersenjatakan pisau di Kilometer 1, Plaza Tol Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, dekat Bentong,semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.16 pagi itu, dua suspek yang berusia lingkungan 20 an menunggang motosikal dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur secara tiba-tiba berhenti di pondok plaza tol berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata, mangsa, yang hanya dikenali sebagai Faizatul berusia 20 an ternampak dua suspek terbabit meluru ke cermin pondok tol sambil mengacu pisau.

Menurutnya, curiga melihat tindakan dua lelaki tersebut, wanita terbabit sempat melarikan diri menerusi pintu belakang pondok tol sebelum memanggil pengawal keselamatan untuk tindakan susulan.

"Suspek sempat mengambil wang yang diletakkan dalam laci menerusi cermin pondok tol sebelum melarikan diri ke arah Kuala Lumpur," katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, pengawal keselamatan yang melihat kejadian itu cuba mengejar suspek namun gagal.

"Mangsa dan pengawal keselamatan terbabit memeriksa laci di dalam pondok tol sebelum melihat dua plastik berisi wang kertas bernilai RM7,000 dilarikan suspek.

"Susulan kejadian itu, mereka membuat laporan polis di Balai Polis Karak untuk tindakan lanjut," katanya.

Mohamad Mansor berkata, polis sudah mengarahkan anggota untuk melakukan siasatan dan hasil daripada maklumat yang diperoleh suspek kemungkinan warga tempatan namun nombor pendaftaran dan jenis motosikal tidak dapat dicam.

"Ketika kejadian suspek berpakaian gelap dan memakai topi keledar bagi mengelak dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

"Kita akan meneliti CCTV untuk mendapatkan maklumat lanjut dan setakat ini kita sudah merekodkan keterangan daripada saksi dan mangsa untuk siasatan susulan," katanya.

Menurutnya, polis percaya dapat identiti suspek dapat dikenalpasti dalam masa terdekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian


Read more: http://www.kitabantai.info/…/pondok-tol-kena-samun-dua-lela….

Kelantan Masih Belum Diisytihar Darurat - MKN

Posted: 24 Dec 2014 06:15 AM PST

 

 
KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum mempunyai rancangan untuk mengisytiharkan darurat di Kelantan atau negeri lain di Pantai Timur Semenanjung walaupun keadaan banjir semakin buruk, lapor portal BNBBC.my.
Setiausaha MKN, Datuk Thajudeen Wahab dilaporkan sebagai berkata, MKN membuat keputusan tersebut kerana keadaan banjir sentiasa berubah-ubah apabila satu kawasan hampir pulih, kawasan lain pula teruk dilanda banjir.


Beliau memberikan contoh banjir di Gua Musang yang serius semalam sudah beransur surut tetapi limpahan air mengalir menyebabkan kawasan Kuala Krai pula dilanda banjir.

"Kita terus memantau situasi ini dan merancang pelan menyelamat mangsa-mangsa banjir dari masa ke semasa berdasarkan keadaan terkini kawasan-kawasan dilanda banjir," Thajudeen dipetik sebagai berkata oleh BNBBC.my.

Jumlah terkini mangsa banjir di sembilan jajahan di Kelantan adalah seramai 26,108 orang membabitkan 7,462 keluarga.

Thajudeen berkata, ada masanya kerja-kerja menyelamat agak sukar kerana cuaca dan arus deras.

"Semalam, ada bot penyelamat terbalik. Helikopter juga terpaksa berpatah balik kerana cuaca buruk," katanya.

Menurut beliau, usaha menyelamat pada hari ini di kawasan-kawasan yang teruk terjejas dan terputus hubungan darat adalah dengan menggunakan helikopter yang membawa bot penyelamat ke kawasan berkenaan.

"Helikopter akan turunkan bot bagi membawa mangsa-mangsa banjir yang terperangkap keluar ke pusat pemindahan," katanya.

Sehingga kini semua agensi penyelamat termasuk jabatan bomba, jabatan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera (ATM) terbabit dalam gerakan banjiir.

Selain Kelantan, Pahang dan Terengganu juga turut terjejas.

Jumlah mangsa banjir yang di tempatkan di semua pusat pemindahan di Pahang adalah seramai 10,325 orang meningkat daripada 2,768 orang.

Manakala di Terengganu pula, jumlahnya bertambah pagi ini kepada 22,515 orang daripada 16,691 orang malam tadi.

Perak, Perlis dan Sabah juga terjejas dengan semakin ramai penduduk di pindahkan malam tadi dan awal pagi ini. - Astro Awani

Kenyataan dari MKN ini sekaligus menyangkal dakwaan Kelantan telah diisytihar darurat yang sedang digempar-gemburkan di media sosial sekarang.

Diharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih kerana dikhuatiri menimbulkan perasaan resah dalam kalangan umum lebih-lebih lagi dalam saat-saat getir seperti ini



Fitnah Al-Qaradhawi Mengundang Tindak Balas Ekstrem? -Abd Hadi Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 24 Dec 2014 05:30 AM PST

Oleh:
 
DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

PAS kesal dengan perancangan beragenda pihak tertentu untuk mensabitkan Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Prof. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi kepada dakwaan jenayah berat hingga diisytiharkan Notis Merah oleh Polis Antarabangsa (Interpol) sebagai waran tangkap ke atas beliau.
Dakwaan tersebut jelas satu fitnah dan tuduhan melampau ke atas tokoh ulama dunia yang masyhur membawa mesej dan seruan kebertanggungjawaban, keharmonian, toleransi, keamanan, kesederhanaan, persaudaraan dan meraikan perbezaan itu.

Malah, beliau adalah tokoh yang diakui kesarjanaannya di dunia akademik serta menjadi rujukan dan panduan dunia terhadap pendirian massa umat Islam.

Demikian itu dakwaan ke atasnya adalah tidak berasas dan tidak munasabah serta tidak terbukti dengan sebarang rekod atau fakta sama ada pernah, sedang atau akan diucapkan, difikir rancang atau dilakukan beliau.

PAS melihat pengisytiharan Interpol itu satu bentuk provokasi kepada umat Islam seluruh dunia yang boleh mengundang prejudis, kesangsian dan mengundang tindak balas ekstrem pihak tertentu di luar kawalan.

PAS menggesa kuasa-kuasa Barat terutama Amerika dan sekutunya agar tidak bermain api dengan mendalangi tindakan yang boleh mencetus bahaya ini.

PAS juga menyeru agar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk segera bersidang bagi mendesak agar notis tersebut dibatalkan. Dr Yusuf mesti diisytihar bebas dari sebarang pertuduhan atau mengaitkan sama sekali dengannya kepada dakwaan tidak berasas tersebut.

Beliau wajib diberi jaminan keamanan dan keselamatan. PAS menyeru semua negara OIC khususnya Malaysia untuk segera mengisytiharkan suaka politik ke atas beliau yang pernah menerima pengiktirafan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negara Ke-8 dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia. 
 
 
 
Presiden PAS

BANJIR: 500 Terperangkap Di Tingkat Empat Pusat Pemindahan

Posted: 24 Dec 2014 04:45 AM PST

 


Kuala Krai: Lima ratus mangsa banjir terperangkap di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai di sini, selepas kawasan pusat pemindahan sementara (PPS) itu dinaiki air sehingga tingkat tiga bangunan berkenaan sejak pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata, air yang naik mendadak di kawasan itu menyebabkan semua mangsa banjir menyelamatkan diri naik ke tingkat empat bangunan berkenaan.

Katanya, pasukan penyelamat berdepan masalah untuk memindahkan kesemua mangsa kerana tiada lokasi yang sesuai untuk menempatkan mereka.

"Kini kita hanya mampu mententeramkan mereka supaya tidak panik.

"Kita akan cuba sedaya upaya membantu mereka," katanya.



Majlis Berunsurkan Agama Dibatalkan Kerana Beri Laluan Kepada Konsert Ambang 2015 Putrajaya

Posted: 24 Dec 2014 04:01 AM PST



Subhanallah..apa yang sudah jadi.

Karnival Raudhah yang sepatutnya diadakan pada 30 Disember ini hingga 1 Januari 2015 telah dibatalkan kerana terpaksa memberi laluan kepada konsert Ambang 2015 yang dianjurkan oleh pihak AmBank.



Dengan situasi negara dalam keadaan yang kritikal macam ini masih ada mereka yang mementingkan konsert-konsert maksiat berbanding dengan majlis keagamaan. Difahamkan kos untuk menganjurkan konsert itu menelan belanja RM3 Juta.


 

Penduduk terperangkap, panik, bantuan diperlukan segera!!.. err.. Shaidan mana? Shahidan?

Posted: 24 Dec 2014 02:30 AM PST







Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa merayu Menteri Kabinet segera turun ke Kelantan untuk membantu penduduk yang terperangkap dengan banjir paling buruk di negeri itu.

Beliau meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengerahkan semua jentera sukarelawan di negeri yang tidak dilanda banjir datang ke Kelantan menghulurkan bantuan dan pertolongan dari segi logistik.

Beliau turut meminta Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) membawa bersama kelengkapan yang ada bagi menyelamatkan ribuan penduduk yang terperangkap banjir.

Katanya, kawasan paling teruk terjejas banjir sejak semalam ialah Kuala Krai, apabila bandar itu lumpuh sama sekali setelah terputus hubungan darat di setiap jalan dan laluan.

"Manakala rumah penduduk dan sekolah juga hampir tenggelam berikutan air naik dengan cepat ke kawasan tinggi," katanya.

Menurutnya, beliau dimaklumkan antara kawasan terjejas teruk di Kuala Krai ialah Kampung Laloh, Manek Urai dan Kampung Karangan.

"Penduduk di situ dalam keadaan panik kerana terperangkap banjir. Kenderaan seperti bot dan trak pasukan keselamatan pula tidak mencukupi untuk memasuki ke kampung dan memindahkan penduduk.

"Malah ada juga mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir dipindah sekali lagi ke kawasan lebih tinggi dan selamat kerana pusat berkenaan turut dinaiki air," katanya.

Sehingga jam 10.50 pagi ini, jumlah penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Kelantan seramai 26,137 orang.

Paling ramai dipindahkan, jajahan Pasir Mas 7,776 orang, Gua Musang (6,947 orang), Kuala Krai (5,036 orang), Tumpat (3,863 orang), Tanah Merah (826 orang), Jeli (669 orang), Pasir Puteh (602 orang), Kota Bharu (276 orang) dan Machang 178 orang.

Paras air pula sehingga jam 12.30 tengah hari menunjukkan semakin naik melepasi paras bahaya.

Sungai Galas di Dabong 45.89 meter (bahaya 38 meter), Sungai Lebir di Tualang surut kepada paras amaran 32.07 meter (bahaya 35 meter), Tangga Krai di Kuala Krai naik 32.65 meter (bahaya 25 meter), Jambatan Guilemmard juga di Kuala Krai naik 20.41 meter (bahaya 16 meter),

Tambatan Diraja Kota Bharu turut naik sehingga 6.01 meter (bahaya 5 meter), Sungai Golok di Jenob makin naik sehingga 24.10 meter (bahaya 23.50 meter) dan Sungai Golok di Rantau Panjang juga air semakin naik sehingga 10.31 meter (bahaya 9 meter).

Kelantan bakal diisytiharkan darurat banjir sekiranya paras air terus naik sehingga malam ini.

Laluan masuk ke negeri ini juga turut terputus apabila laluan Gua Musang ke Kuala Krai di naiki air sehingga ditutup kepada semua lalu lintas dan berlaku runtuhan jalan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa dari Gerik ke Jeli. - MalaysiaGazette

.... Aku tanya Shahidan kat mana tu bukannya pasal apa.. kan dia dah kata Malaysia terbaik urus banjir..

ANAK SUNGAI DERHAKA.

Ehemm3... Nak tanya ini, Dimanakah tersembunyi kenderaan Rm6 juta

Posted: 24 Dec 2014 01:30 AM PST

Ehemm3... Nak tanya ini, Dimanakah tersembunyi kenderaan Rm6 juta tersebut yg dibeli kerajaan negeri Terengganu?? Katanya boleh memindahkan mangsa banjir tapi situasi banjir teruk  sekarang di pantai timur ini, mana natang RM6 juta ini?? Sama macam najib beli kapal selam yg tak boleh nak myelam itu ke?? Kekekee  #Untunglah_Malaysia_Msih_Aman#
Ehemm3... Nak tanya ini,

Dimanakah tersembunyi kenderaan Rm6 juta tersebut yg dibeli kerajaan negeri Terengganu?? 


Katanya boleh memindahkan mangsa banjir tapi situasi banjir teruk sekarang di pantai timur ini, mana natang RM6 juta ini?? Sama macam najib beli kapal selam yg tak boleh nak myelam itu ke?? 

Kekekee



#‎Untunglah_Malaysia_Msih_Aman‬#
 

Rupanya Najib Dan Muhyiddin Berada Di Sini Ketika Rakyat Hadapi Banjir..

Posted: 24 Dec 2014 12:45 AM PST

 
Keadaan banjir di beberapa negeri ketika ini semakin buruk. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, banjir terus bertambah buruk dan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan juga semakin bertambah.

Beberapa kawasan sudah ditenggelami air, aktiviti harian lumpuh, jalan terputus dan ada jalan utama juga turut runtuh akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu. Ada juga laporan mengatakan hubungan darat Kelantan telah terputus dengan negeri-negeri lain.

Melihat keadaan hujan yang masih mencurah dengan lebat, adalah dijangka banjir yang disifatkan antara yang terburuk ini akan terus melanda untuk beberapa lama lagi. Tidak mustahil juga ia akan berlarutan sehingga awal tahun baru 2015 nanti.

Di Perak dan Perlis pula, beberapa kawasan turut mulai dilanda banjir dan angka mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemulihan juga terus bertambah.

Meskipun bantuan dari segi makanan, keperluan harian dan usaha memindahkan mangsa terus giat dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan, tetapi amat malang kehadiran pemimpin meninjau ke tempat banjir agak mengecewakan kali ini.

Selain pemimpin peringkat negeri yang tentunya bertungkus-lumus membantu mangsa di kawasan masing-masing, kehadiran pemimpin Pusat  ke negeri-negeri yang dilanda banjir nyata agak mengecewakan.

Tiada kelibat Perdana Menteri, Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kanan seperti Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Apdal, Ahmad Maslan dan lain-lainnya. Jika bercakap berkaitan isu politik dan mengampu pemimpin, begitu ramai yang berebut-rebut mahu ke depan, namun di mana mereka ketika rakyat derita ini?

Yang nampak hanyalah beberapa kerat pemimpin seperti Shahidan Kassim, Shahrizat Jalil, Abdul Azeez Rahim, Mustapha Mohamad dan Ahmad Shabery Cheek saja. Pemimpin sayap Pemuda dan Puteri juga hampir tidak kelihatan sama.

Ke manakah pemimpin-pemimpin sihat dan segar-bugar ini menghilang? Muhyiddin sudah lebih seminggu tak kelihatan dan dipercayai sedang bercuti di luar negara ketika ini. Najib juga dipercayai baru berlepas bercuti ke luar negara dua hari lalu setelah meluangkan sedikit waktu melawat mangsa banjir di Pahang.

Majoriti pemimpin lain dipercayai turut bercuti di luar negara ketika ini. Ada yang bercuti sebelum banjir melanda dan ada pula yang berlepas setelah banjir makin besar. Najib sendiri pergi bercuti setelah mengetahui banjir kian bertambah buruk dan ini merupakan percutian keduanya dalam tempoh tidak sampai lima bulan di mana pada Hari Raya Aidilfitri lalu beliau juga bercuti ke beberapa bandar di Eropah.

Soalnya, apakah perasaan pemimpin yang sedang bercuti ini sedangkan mereka mengetahui ada rakyat yang sedang sengsara dan sesetengahnya berjuang antara hidup dan mati menyelamatkan nyawa dan harta benda akibat banjir?

Apakah bercuti dan berehat di luar negara terlalu penting sehingga ianya tidak boleh ditangguhkan langsung? Atau kalau sedang bercuti, tidak bolehkah pulang segera dan menunjukkan keprihatinan sebagai pemimpin kepada rakyat?

Sekadar meminta mangsa bersabar dan berdoa dengan keadaan banjir yang kian buruk sedangkan mereka berada di luar negara, mungkin riang gembira dan ketawa bermain salji, bukan saja tidak memadai tetapi jelas memperlihatkan perlakuan paling buruk sebagai pemimpin.

Inilah masanya mereka yang bergelar pemimpin perlu bersikap jujur dan mengutamakan rakyat. Berehat, bercuti, membeli-belah dan bemain salji di luar negara yang lebih penting atau nasib rakyat yang lebih utama?

Kepada pemimpin yang tiada perasaan, tidak prihatin dan lebih mengutamakan diri sendiri dengan tidak sanggup menangguh atau memendekkan percutian mereka  di ketika rakyat sedang sengsara ini, eloklah kita juga mendoakan agar mereka itu dilaknat Allah, kalah dalam pilihanraya akan datang dan tidak lagi bergelar pemimpin. ~shahbudin


Addin

VIDEO - Kemurkaan Allah SWT

Posted: 23 Dec 2014 11:57 PM PST



Pondok Tol Kena Samun Dua Lelaki Bersenjata - Kita Bantai

Posted: 24 Dec 2014 04:45 AM PST


Pondok Tol Kena Samun Dua Lelaki Bersenjata - Kita Bantai   KUANTAN - Seorang jurutol kerugian lebih RM7,000 selepas dirompak dua lelaki bersenjatakan pisau di Kilometer 1, Plaza Tol Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, dekat Bentong,semalam.  Dalam kejadian kira-kira jam 3.16 pagi itu,  dua suspek yang berusia lingkungan 20 an menunggang motosikal dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur secara tiba-tiba berhenti di pondok plaza tol berkenaan.  Ketua Polis Daerah Bentong,  Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata, mangsa, yang hanya dikenali sebagai Faizatul berusia 20 an ternampak dua suspek terbabit meluru ke cermin pondok tol sambil mengacu pisau.  Menurutnya, curiga melihat tindakan dua lelaki tersebut, wanita terbabit sempat melarikan diri menerusi pintu belakang pondok tol sebelum memanggil pengawal keselamatan untuk tindakan susulan.  KUANTAN - Seorang jurutol kerugian lebih RM7,000 selepas dirompak dua lelaki bersenjatakan pisau di Kilometer 1, Plaza Tol Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, dekat Bentong,semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.16 pagi itu, dua suspek yang berusia lingkungan 20 an menunggang motosikal dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur secara tiba-tiba berhenti di pondok plaza tol berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata, mangsa, yang hanya dikenali sebagai Faizatul berusia 20 an ternampak dua suspek terbabit meluru ke cermin pondok tol sambil mengacu pisau.

Menurutnya, curiga melihat tindakan dua lelaki tersebut, wanita terbabit sempat melarikan diri menerusi pintu belakang pondok tol sebelum memanggil pengawal keselamatan untuk tindakan susulan.

"Suspek sempat mengambil wang yang diletakkan dalam laci menerusi cermin pondok tol sebelum melarikan diri ke arah Kuala Lumpur," katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, pengawal keselamatan yang melihat kejadian itu cuba mengejar suspek namun gagal.

"Mangsa dan pengawal keselamatan terbabit memeriksa laci di dalam pondok tol sebelum melihat dua plastik berisi wang kertas bernilai RM7,000 dilarikan suspek.

"Susulan kejadian itu, mereka membuat laporan polis di Balai Polis Karak untuk tindakan lanjut," katanya.

Mohamad Mansor berkata, polis sudah mengarahkan anggota untuk melakukan siasatan dan hasil daripada maklumat yang diperoleh suspek kemungkinan warga tempatan namun nombor pendaftaran dan jenis motosikal tidak dapat dicam.

"Ketika kejadian suspek berpakaian gelap dan memakai topi keledar bagi mengelak dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

"Kita akan meneliti CCTV untuk mendapatkan maklumat lanjut dan setakat ini kita sudah merekodkan keterangan daripada saksi dan mangsa untuk siasatan susulan," katanya.

Menurutnya, polis percaya dapat identiti suspek dapat dikenalpasti dalam masa terdekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian


Read more: http://www.kitabantai.info/…/pondok-tol-kena-samun-dua-lela….