Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Pemandu teksi tempatan menggelupur ditindas

Posted: 19 Dec 2014 11:00 PM PST

 

Kerajaan hendaklah buktikan slogan 'rakyat didahulukan' dan tidak terus menindas pemandu teksi di Malaysia.

Ahli Jawatankuasa, Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERSIM), Khadijah Aman hari ini mendakwa pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membiarkan pemandu warga asing membawa kenderaan UBER (kereta sapu).

Khadijah yang mendakwa tindakan tersebut telah menyekat pendapatan ahli-ahli PERSIM, seterusnya mencabar kerajaan jika tidak mengharamkan UBER, PERSIM akan mogok untuk tidak membawa penumpang teksi selepas ini.

"Kita mahu kerajaan buktikan dahulu slogan kata 'rakyat didahulukan'," katanya kepada pemberita di hadapan pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur.

Beliau yang mendakwa ada individu berpengaruh melindungi UBER berkata, "Kita semua akan menjadi pengemis, takkan UBER sahaja yang mahu hidup," ujarnya.

Khadijah menyertai 60 orang pemandu teksi serta PERSIM menyerahkan memorandum kepada SPRM supaya siasat SPAD yang membenarkan kenderaan UBER beroperasi dalam industri teksi Malaysia.

Sementara itu wakil Badan Bertindak Teksi Malaysia, Aman Jan menyifatkan SPAD sebagai lemah kerana mempunyai kuasa tetapi tidak menggunakannya.

Beliau berkata pendatang asing dibenarkan beroperasi tetapi pemandu teksi tempatan dibiarkan menggelupur dan menahan keperitan setelah ditindas.

"Kita minta SPRM siasat secara telus dan kita ingin melihat perkembangan-perkembangan hasil siasatan agar jelas.

"Kita pemandu teksi menghormati undang-undang tetapi penguatkuasa tidak menguatkuasakan undang-undang. Macam mana kita mahu ikut undang-undang, kalau mereka sendiri langgar," jelasnya.

Ujarnya pemandu teksi juga ada hak untuk menyatakan ketidakpuasan hati dalam pentadbiran negara.

"Kami harap kerajaan ambil perhatian dan SPRM siasat perkara ini," katanya lapor Free Malaysia Today

Berita Menakutkan Seluruh Rakyat Akhirnya Tersebar

Posted: 19 Dec 2014 10:30 PM PST


Saturday, 20 December 2014.  Berita Menakutkan Seluruh Rakyat Akhirnya Tersebar  Dr Dzulkefly Ahmad meramalkan negara bakal berdepan dengan "defisit berkembar" sekiranya harga minyak mentah dunia terus mencatatkan penurunan sekaligus menyaksikan kejatuhan berterusan nilai mata wang ringgit, lapor akhbar Harakah.  Menyifatkan 2015 "tahun sengsara" bagi rakyat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, kejatuhan harga minyak mentah dunia menyaksikan Malaysia antara negara paling terkesan kerana merupakan satu-satunya negara pengeksport minyak di Asia Tenggara.  Beliau yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS berkata, krisis itu mengakibatkan impak yang besar terhadap pendapatan hasil negara, terutama dari konteks penentuan imbangan dagangan dan juga kesan kepada "akaun semasa" yang ditentukan faktor import dan eksport.  "Ini ia akan menyebabkan lebihan 'akaun semasa' menjadi menipis sehingga berlakunya defisit sekali lagi, sekaligus tercetuslah fenomena defisit berkembar, yakni fiskal dan akaun semasa.  "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tak peduli rakyat tetapi sangat takut kepada agensi penarafan seperti Fitch Rating, Moodys dan Standard and Poor.  "Kalau defisit berkembar berlaku, berat kesannya kepada negara, daripada segi  peesepsi pihak pelabur dan kos pinjaman di pasaran kewangan dan pasaran bon," katanya dalam satu wawacara dengan akhbar tersebut.  Beliau menjangkakan buat masa ini negara bakal kehilangan pendapatan menerusi hasil minyak dan gas sekurang-kurangnya antara US$25 hingga US$30 bilion (RM104.7 bilion).  Berita Menakutkan Seluruh Rakyat Akhirnya Tersebar  "Ini kerana kejatuhan harga minyak mentah berkurangan lebih 40% pada harga US$60 setong berbanding ketika pengumuman Bajet 2015 apabila meramalkan harga minyak dunia pada paras US$105 setong," katanya dalam wawancara itu.  Dzulkefly berkata, rakyat sudah tentu yang paling terkesan apabila penurunan mata wang menyaksikan kuasa membeli mereka berkurangan, tambahan pula dengan gaji yang tidak naik termasuk pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kelak.  "Dengan gaji tidak naik, rakyat pastinya ketika itu akan mengalami inflasi yang sangat-sangat parah. Kita boleh gambarkan seperti ini.  "Penurunan mata wang ringgit ke paras 10% menjadi barang import akan naik 10% juga. Barang yang dulunya kita beli RM100 menggunakan dollar sekarang akan menjadi lebih mahal dan perlu dibayar dengan harga RM110.  "Akhirnya pengimport akan memindahkan kosnya kepada pengguna kerana mereka mahu mengekalkan margin keuntungan mereka," katanya.  Beliau berkata, meskipun negara berdepan kehilangan hasil minyak, beban itu sedikit sebanyak berkurangan dengan penghapusan subsidi bahan bakar yang memberikan penjimatan kepada kerajaan sekitar RM11 bilion hingga RM13 bilion.  "Dengan kata lain, kita masih kekurangan dalam lingkungan RM15 bilion. Bagaimana Najib dan Kabinet mahu atasi?  "Bagi saya yang perlu dilakukan kerajaan ialah ketelusan dan kebertanggungjawaban kepada rakyat untuk menerangkan kedudukan sebenarnya.  Dr Dzulkefly Ahmad meramalkan negara bakal berdepan dengan "defisit berkembar" sekiranya harga minyak mentah dunia terus mencatatkan penurunan sekaligus menyaksikan kejatuhan berterusan nilai mata wang ringgit, lapor akhbar Harakah.

Menyifatkan 2015 "tahun sengsara" bagi rakyat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, kejatuhan harga minyak mentah dunia menyaksikan Malaysia antara negara paling terkesan kerana merupakan satu-satunya negara pengeksport minyak di Asia Tenggara.

Beliau yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS berkata, krisis itu mengakibatkan impak yang besar terhadap pendapatan hasil negara, terutama dari konteks penentuan imbangan dagangan dan juga kesan kepada "akaun semasa" yang ditentukan faktor import dan eksport.

"Ini ia akan menyebabkan lebihan 'akaun semasa' menjadi menipis sehingga berlakunya defisit sekali lagi, sekaligus tercetuslah fenomena defisit berkembar, yakni fiskal dan akaun semasa.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tak peduli rakyat tetapi sangat takut kepada agensi penarafan seperti Fitch Rating, Moodys dan Standard and Poor.

"Kalau defisit berkembar berlaku, berat kesannya kepada negara, daripada segi peesepsi pihak pelabur dan kos pinjaman di pasaran kewangan dan pasaran bon," katanya dalam satu wawacara dengan akhbar tersebut.

Beliau menjangkakan buat masa ini negara bakal kehilangan pendapatan menerusi hasil minyak dan gas sekurang-kurangnya antara US$25 hingga US$30 bilion (RM104.7 bilion).

Berita Menakutkan Seluruh Rakyat Akhirnya Tersebar

"Ini kerana kejatuhan harga minyak mentah berkurangan lebih 40% pada harga US$60 setong berbanding ketika pengumuman Bajet 2015 apabila meramalkan harga minyak dunia pada paras US$105 setong," katanya dalam wawancara itu.

Dzulkefly berkata, rakyat sudah tentu yang paling terkesan apabila penurunan mata wang menyaksikan kuasa membeli mereka berkurangan, tambahan pula dengan gaji yang tidak naik termasuk pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kelak.

"Dengan gaji tidak naik, rakyat pastinya ketika itu akan mengalami inflasi yang sangat-sangat parah. Kita boleh gambarkan seperti ini.

"Penurunan mata wang ringgit ke paras 10% menjadi barang import akan naik 10% juga. Barang yang dulunya kita beli RM100 menggunakan dollar sekarang akan menjadi lebih mahal dan perlu dibayar dengan harga RM110.

"Akhirnya pengimport akan memindahkan kosnya kepada pengguna kerana mereka mahu mengekalkan margin keuntungan mereka," katanya.

Beliau berkata, meskipun negara berdepan kehilangan hasil minyak, beban itu sedikit sebanyak berkurangan dengan penghapusan subsidi bahan bakar yang memberikan penjimatan kepada kerajaan sekitar RM11 bilion hingga RM13 bilion.

"Dengan kata lain, kita masih kekurangan dalam lingkungan RM15 bilion. Bagaimana Najib dan Kabinet mahu atasi?

"Bagi saya yang perlu dilakukan kerajaan ialah ketelusan dan kebertanggungjawaban kepada rakyat untuk menerangkan kedudukan sebenarnya.

"Kalau perlu, dibentangkan kembali dalam satu sidang Parlimen khas bagaimana kerajaan akan mengatasi 'defisit hasil' ini," katanya.

Katanya, penting bagi Putrajaya bersikap telus dalam menguruskan peruntukan bajet agar perbelanjaaan berhemah dapat dilakukan tanpa memberi beban yang besar kepada rakyat.

"Setiap kementerian, khasnya Jabatan Perdana Menteri yang mendapat peruntukan bajet RM19 bilion, mesti menyatakan bagaimana mereka akan lakukan 'penjimatan dan perbelanjaan berhemah' atau langkah 'austerity' dengan tidak pula menyuruh rakyat 'ikat perut'."

Dzulkefly berkata, rakyat perlu berbelanja bagi menjana 'permintaan' isirumah dan memacu pertumbuhan. 


malaysian insider

INSAN MUSAFIR DI DUNIA

Posted: 19 Dec 2014 10:00 PM PST

INSAN MUSAFIR DI DUNIA  Kita di dunia adalah musafir kelana, Di sini bukan tempat tinggal selamanya, Hidup di dunia hanyalah sementara, Ke akhirat sanalah destinasi kita, Di kala musafir carilah barangan berharga, Untuk dibawa pulang ke Akhirat sana, Jangan dibekal dengan kelakuan sia-sia, Kelak disana hukuman menunggu kita, Sewaktu di dunia jangan terpesona, Perhiasan dunia bukan yang terutama, Kerana di dunia bukan tempat tinggal kita, Mahu atau tidak kita terpaksa ke sana, Kekayaan yang halal bekal sebaiknya, Ingatlah,jangan kita terlalai & terlupa, Berhati-hatilah,jangan dunia menipu kita, Jika kita tersilap di dunia yang fana, Merana berduka di Akhirat sana, Ingatlah sementara akal sihat sejahtera, Syurga Allah menunggu penghuni-penghuninya, Buat tatapan insan Soleh & Solehah yang taat setia, Sedikit peringatan buat diri & sahabatku semua.... ALLAHUAKBAR.... SUBHANALLAH.... INSYALLAH.... Kita di dunia adalah musafir kelana,
Di sini bukan tempat tinggal selamanya,
Hidup di dunia hanyalah sementara,
Ke akhirat sanalah destinasi kita,
Di kala musafir carilah barangan berharga,
Untuk dibawa pulang ke Akhirat sana,
Jangan dibekal dengan kelakuan sia-sia,
Kelak disana hukuman menunggu kita,
Sewaktu di dunia jangan terpesona,
Perhiasan dunia bukan yang terutama,
Kerana di dunia bukan tempat tinggal kita,
Mahu atau tidak kita terpaksa ke sana,
Kekayaan yang halal bekal sebaiknya,
Ingatlah,jangan kita terlalai & terlupa,
Berhati-hatilah,jangan dunia menipu kita,
Jika kita tersilap di dunia yang fana,
Merana berduka di Akhirat sana,
Ingatlah sementara akal sihat sejahtera,
Syurga Allah menunggu penghuni-penghuninya,
Buat tatapan insan Soleh & Solehah yang taat setia,
Sedikit peringatan buat diri & sahabatku semua....
 

ALLAHUAKBAR....
SUBHANALLAH....
INSYALLAH....
 

Harga minyak WAJIB turun bawah RM2 Menjelang Januari 2015?

Posted: 19 Dec 2014 09:30 PM PST

Harga runcit RON95 dan diesel dijangka turun di bawah paras RM2 seliter mulai 1 Jan ini, sekiranya harga minyak dunia kekal mengalami penurunan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata harga runcit berkenaan boleh dicapai kerana bagi 18 hari pertama bulan ini, harga purata minyak RON95 dan diesel jatuh di bawah paras RM2 seliter.

"Sekiranya harga minyak dunia terus mengalami penurunan selama tempoh 10 hari akan datang ini, saya yakin harga runcit RON95 dan diesel boleh ditetapkan pada harga di bawah RM2 seliter," katanya.




Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat pada Majlis Penerangan dan Dialog Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) peringkat Parlimen Rembau di Pedas hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Awaludin Said.

- Bernama

Malaysiakini.

VIDEO - Insiden Myvi Mengamuk di Taman Tun Fuad, Polis Buru Dua Suspek Lelaki Kita Bantai

Posted: 19 Dec 2014 09:00 PM PST

Insiden Myvi DIKEHENDAKI… Kereta Perodua Myvi yang dilaporkan hilang di sekitar Inanam dan digunakan suspek dalam kejadian itu. Sementara gambar kecil ialah wajah salah seorang suspek lelaki yang sedang diburu polis.

KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan dua orang lelaki dipercayai terlibat dengan satu insiden di mana suspek lelaki ini telah merosakkan beberapa buah kenderaan milik orang awam termasuk sebuah motorsikal milik anggota polis dalam kejadian di Taman Tun Fuad di sini semalam.

Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra Muthu berkata salah seorang suspek dikenalpasti sebagai Samri bin Samsul nombor kad pengenalan 861027-12-5239 dan alamat terakhir di Penempatan Kinarut, Papar.

"Rekod polis menunjukkan suspek ini pernah terlibat dengan lapan kes pecah kenderaan di sekitar Luyang," katanya Ibupejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Oleh itu, Chandra meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek, agar segera berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Ali di talian 013-2120835 atau melalui talian hotline IPD Kota Kinabalu 088-318843 ataupun di balai polis yang berdekatan.



Sementara itu, dalam insiden semalam, suspek yang nekad untuk melarikan diri tanpa menghiraukan orang ramai di sekeliling,  bertindak melanggar beberapa buah kenderaan yang diletak di kawasan meletak kenderaan di kawasan berkenaan menggunakan sebuah Perodua Myvi.

Melalui rakaman video kejadian itu yang kini tersebar meluas di laman sosial, menunjukkan  orang ramai cuba untuk memujuk suspek daripada terus bertindak agresif namun tidak berhasil  apabila suspek enggan keluar dari kenderaan sebaliknya terus melanggar kenderaan lain di kawaaan itu sebelum suspek berjaya meloloskan diri.

"Seorang anggota polis cawangan siasatan jenayah turut cuba menghalang namun motorsikal polis itu turut rosak akibat dilanggar oleh suspek berkenaan," katanya lagi.

Polis bagaimanapun berjaya menemui kereta Perodua Myvi itu yang ditinggalkan suspek tidak jauh dari tempat kejadian.

Siasatan awal polis mendapati kereta itu pernah dilaporkan hilang di sekitar kawasan Inanam.

"Hasil pemeriksaan polis ke atas kenderaan itu turut menemui beberapa dokumen serta peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri kenderaan," katanya.

Sehubungan itu, Chandra menasihati orang ramai supaya tidak menyimpan atau meninggalkan barang-barang berharga di dalam kenderaan masing-masing bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. - oleh Nuzir Andi Samsiar

Read more: http://www.kitabantai.info/2014/12/video-insiden-myvi-mengamuk-di-taman.html#ixzz3MNgWnET0

Lubang besar, laluan terputus di Kemaman

Posted: 19 Dec 2014 08:30 PM PST

 
 
Jalan Air Putih di Kampung Seberang Tayor di Kemaman ditutup sejak 12 tengah malam semalam kepada semua kenderaan apabila jalan tersebut terputus dua, menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman.

Jurutera Daerah JKR Kemaman, Ir Hasmi Ahmad berkata jalan tersebut terputus akibat air banjir yang terperangkap dalam satu lubang besar berkedalaman 100 meter yang terbentuk di lombong bijih besi Machang Setahun tidak sampai 10 meter dari jalan itu.

"Air yang memenuhi lubang besar tersebut menyebabkan berlaku tekanan tinggi dan akhirnya tebing jalan itu mula terhakis sebelum jalan terputus dua," katanya ketika ditemui pemberita.

Hasmi berkata pihaknya akan memasang jambatan mudah alih pasang siap iaitu Jambatan Bailey di laluan itu sebagai jambatan sementara untuk kemudahan penduduk sebaik sahaja air surut.

"Kita juga telah memgambil tindakan segera dengan memasang 'barricade' (alat penghalang) serta papan tanda amaran di laluan berkenaan," katanya.

Hasmi berkata, berikutan laluan itu terputus, penduduk kampung sekitar perlu menggunakan Jalan Mak Lagam dan  Jalan Padang Kubu untuk ke bandar Cukai.

Jalan yang terputus itu merupakan jalan utama untuk ke bandar Cukai bagi penduduk di beberapa kampung seperti Kampung Seberang Tayor, Kampung Felda Seberang Tayor, Kampung Batu 14, Kampung Dadong, Kampung Tebak, Kampung Air Putih dan Kampung Teladas.

- Bernama

AL FATIHAH..................... Bekas Pengerusi Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope meninggal dunia.

Posted: 19 Dec 2014 08:00 PM PST

 

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Ani Arope, 83, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), dekat sini, jam 5.26 pagi ini.

Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Shah Alam.

Allahyarham dilaporkan menghidap barah prostat sejak lebih dua tahun lalu, demikian menurut ahli keluarga dan rakan rapatnya.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Balai Islam (TNB) Jalan Bangsar, di sini, jam 9 pagi bagi membolehkan orang ramai menziarahi dan memberi penghormatan terakhir.

Beliau berkhidmat dengan TNB dari 1990 hingga 1996 dan sebelum itu dengan syarikat multinasional Guthrie.

Akhirnya Pengodam ATM Ini Berjaya Ditangkap Di London

Posted: 19 Dec 2014 07:30 PM PST



KUALA LUMPUR 19 Dis. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan polis London akan mengekstradisi seorang lelaki bagi membantu siasatan kes menggodam 17 mesin juruwang automatik (ATM) yang membabitkan kerugian lebih RM3 juta, September lepas.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Jenayah Siber dan Multimedia) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Kamrudin Md. Din berkata, Paladi Grigore, 37, kini sedang didakwa di Mahkamah United Kingdom atas jenayah sama yang dilakukan di negara itu.

"Kita memerlukan bahan bukti yang kukuh untuk menuduh suspek. Menurut Interpol, mereka telah menemukan beberapa bahan bukti seperti topi dan pakaian yang sama seperti yang tertera dalam rakaman litar tertutup (CCTV) yang diperoleh polis Malaysia," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, PDRM juga akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara bagi mendapat bantuan perundangan untuk mendakwa suspek.

Media tempatan hari ini melaporkan Paladi Grigore yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Republik Moldova dan Romania ditahan di London pada 24 Okt lepas kerana disyaki mendalangi jenayah yang sama di United Kingdom sekitar Mei lepas.

Tangkapan suspek dimaklumkan kepada Interpol Kuala Lumpur melalui Interpol London.

Mohd. Kamarudin berkata, hasil siasatan mendapati kegiatan penggodaman didalangi 10 hingga 12 suspek di mana Grigore dikenal pasti telah menggodam empat mesin ATM di negara ini iaitu di Seksyen 9, Shah Alam; Seksyen 14 Sea Park; Jalan Yong Shook Lim, Petaling Jaya dan Puchong.

Pada September lepas, negara digemparkan dengan kes penggodaman 17 mesin ATM di ibu negara, Selangor, Melaka dan Johor Baharu.

Kejadian penggodaman pertama kali berlaku di Malaysia selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM sejak 1997 hingga 2002.

Jenayah pengklonan berjaya diatasi selepas Bank Negara menguatkuasakan penggunaan sistem cip dan pita magnetik pada setiap kad ATM pada 2003.

– BERNAMA

Puak UMNO Langgar Hukum Berada Dikawasan Kuburan...??

Posted: 19 Dec 2014 07:00 PM PST

Assalamualaikum..'Larangan mengapur, duduk dan membuat bangunan di atas kuburan'..Dari Jabir r.a., katanya : "Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam melarang mengapur kuburan, duduk dan membuat bangunan diatasnya."..Sahih Muslim : 916. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda : Jika kamu duduk di atas bara api, lalu terbakar baju dan kulitmu, itu lebih baik bagimu daripada duduk di atas kuburan..Sahih Muslim : 917.

Assalamualaikum..'Larangan mengapur, duduk dan membuat bangunan diatas kuburan'..

Dari Jabir r.a., katanya : "Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam melarang mengapur kuburan, duduk dan membuat bangunan diatasnya."..Sahih Muslim : 916.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda : 

Jika kamu duduk di atas bara api, lalu terbakar baju dan kulitmu, itu lebih baik bagimu daripada duduk di atas kuburan..Sahih Muslim : 917.
 

Fadilah Mansor Akan Bernika Pula Dengan Datuk A Rahman Hassan....?

Posted: 19 Dec 2014 06:30 PM PST

Fadilah Mansor Tidak Lapor Cerai Ke Mahkamah Kerana Sangka Kekal Menjanda

Fadilah dan Mat London berbual selepas status perceraian mereka disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis. Foto KAMARUL ARIFFIN.

Biarpun telah bercerai selama dua tahun dengan penerbit dan pengarah Mat London namun dramatis Fadilah Mansor mempunyai alasan tersendiri tidak melaporkan kejadian tersebut di mahkamah syariah untuk mendapatkan pengesahan.

Fadilah, 56, berkata, dia tidak segera berbuat demikian kerana tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan penyanyi 60-an, Datuk A Rahman Hassan selepas berkenalan sejak setahun lalu.



"Saya tidak segera membawa kes berkenaan ke mahkamah untuk mendapatkan pengesahan kerana tidak menyangka akan bertemu jodoh sekali lagi kerana saya yakin akan hidup menjanda sehingga akhir hayat.

"Tetapi kuasa Allah mempertemukan saya dengan Datuk A Rahman Hassan dan sebab itulah baru kini saya mahu mendapatkan pengesahan supaya tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari," katanya kepada mStar Online.

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis mengesahkan lafaz cerai yang dibuat Mat London atau nama sebenarnya Ahmad Ibrahim terhadap Fadilah pada 28 September 2012 selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan mereka kepada mahkamah.

 Pasangan itu berkahwin di Narathiwat, Thailand pada 18 Oktober 1989 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alia Farhani, 23, dan Faeesal Aswad, 20.

Terdahulu Hakim Syarie, Ab Malek Awang turut mengesahkan pernikahan pasangan itu di luar negara sah mengikut hukum syarak.

Fadilah bakal bernikah dengan A Rahman Hassan pada 25 Disember ini di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam pada itu, Fadilah menjelaskan bakal suaminya itu mengetahui tentang perkara tersebut dan sentiasa memberikan sokongan dan doa supaya segala-galanya selesai dengan baik.

Malah kata Fadilah, dia tidak pernah menyorokkan sebarang cerita tentang kisah silamnya termasuk kisah rumah tangga dan perceraiannya dengan Mat London.

"Dia (A Rahman) tahu tentang segala-galanya dan sentiasa memberi semangat kepada saya dalam menyelesaikan masalah ini," katanya.

Sementara itu, Fadilah turut memberitahu persiapan perkahwinannya dengan A Rahman berjalan lancar dan berharap majlis itu nanti akan berlangsung seperti dirancang.

"Alhamdulillah semuanya hampir siap dan doakan majlis itu nanti berjalan lancar," katanya ringkas.


sumber...Mstar
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI

UMNO! BERHUKUM KEPADA SIAPA? BAGAIMANA? DAN KENAPA?.

Posted: 19 Dec 2014 06:00 PM PST

'Hampir dua minggu, tiada respon dari Najib'

Posted: 19 Dec 2014 05:30 PM PST

Najib Tak Layan Surat 25 Tokoh Melayu Ternama

 

Aktivis sosial Datuk Marina Mahathir berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi tidak memberi sebarang respon walaupun selepas kira-kira dua minggu surat terbuka daripada 25 tokoh Melayu ternama ditujukan kepada pemimpin negara itu.

Marina juga berkata, berdasarkan tuntutan yang dibuat oleh 25 tokoh itu yang menyeru ke arah kesederhanaan, beliau yakin bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad akan turut menyokongnya.


"Mereka (25 tokoh Melayu) meminta perdana menteri untuk buat sesuatu. Saya rasa mereka kini sedang tunggu respon dari perdana menteri.

"Tetapi hampir dua minggu, kita langsung tidak dengar sebarang respon lagi. 



 

"Melihat kepada surat (daripada 25 tokoh Melayu) itu, saya rasa dia (Mahathir) tidak akan membantah.

"Jadi saya harap dia juga menyokong (tuntutan itu)," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Institut Pengurusan Wanita (WIM), hari ini.

Selain itu, Marina juga berkata, beliau menghormati dan mengalu-alukan tindakan yang dibuat oleh 25 tokoh ternama itu.

Ini kerana, katanya, melihat kepada keadaan semasa yang semakin meruncing, penyelesaian bagi masalah yang berbangkit perlu dilakukan bersama-sama.

"Saya memang mengalu-alukan kumpulan 25 tokoh bekas pegawai kerajaan itu yang menyeru kerajaan untuk membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah sekarang.

"Sekarang banyak tekanan dan kita semua perlu duduk bersama-sama untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini dengan cara yang tenteram dan rasional.

"Jadi, saya amat tabik pada mereka kerana mereka telah memberi harapan kepada rakyat Malaysia," kata anak sulung Mahathir itu.

Minggu lalu, seramai 25 Melayu ternama mencuri perhatian umum selepas menggesa Najib bertegas terhadap suara-suara yang tidak bertoleransi dalam negara.

Malah, 25 orang tokoh itu juga menyeru ke arah kesederhanaan dan meminta agar perbincangan terbuka berkaitan undang-undang Islam dilakukan.

- mkini

Isa Samad Yang Pernah Digantung Oleh Disiplin Parti Kerana Rasuah.........

Posted: 19 Dec 2014 05:00 PM PST

Khabar-khabar angin semakin bertiup kencang tentang ura-ura Tan Sri Isa Samad akan dilantik sebagai Pengerusi baru TNB mengantikan Tan Sri Leo Moggie.   Setelah berjaya melingkupkan FGV Berhad, kini Tan Sri Isa Samad diberikan tugas baru oleh PM Najib Razak untuk melingkupkan TNB Berhad pula.                                           Jika berita ini benar dan Tan Sri Samad dilantik sebagai Pengerusi TNB, maka peluang untuk PM Najib Razak untuk tersingkir lebih awal dari jawatannya adalah amat cerah.

Khabar-khabar angin semakin bertiup kencang tentang ura-ura Tan Sri Isa Samad akan dilantik sebagai Pengerusi baru TNB mengantikan Tan Sri Leo Moggie. 

Setelah berjaya melingkupkan FGV Berhad, kini Tan Sri Isa Samad diberikan tugas baru oleh PM Najib Razak untuk melingkupkan TNB Berhad pula. 

Jika berita ini benar dan Tan Sri Samad dilantik sebagai Pengerusi TNB, maka peluang untuk PM Najib Razak untuk tersingkir lebih awal dari jawatannya adalah amat cerah.

Vanidah Imran 'Larikan' Buku Cek, Seniman Repot Polis

Posted: 19 Dec 2014 04:30 PM PST

(Gambar) Zed Zaidi (tiga dari kanan) bersama jawatankuasa Persatuan Seniman menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taman Melawati, Kuala Lumpur selepas kehiangan buku cek persatuan itu.

HULU KLANG: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) membuat laporan polis pada Jumaat selepas kehilangan buku cek yang diberi tanggungjawab terhadap bendahari persatuan iaitu aktres Vanidah Imran.

Presidennya, Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, kehilangan buku cek tersebut menyukarkan Seniman untuk menjalankan aktiviti serta membuat sumbangan kebajikan.

"Saya melaporkan kehilangan buku cek persatuan yang dibawa keluar daripada pejabat oleh bendahari iaitu Vanidah Imran sejak memegang jawatan tersebut September lalu.

"Dia membawa pulang dan langsung tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta untuk mengeluarkan duit bagi menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Jumaat. Zed ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati di sini pada Jumaat berhubung kejadian itu.

Antara yang hadir ialah Timbalan Presiden Seniman iaitu Zack (Kool) , Setiausaha Kehormat, Zahrin Ishak dan Penolong Setiausaha Rena Tan.

Vanidah Imran dipilih sebagai Bendahari Seniman dalam pemilihan terbaharu.

Menurut Zed, dia akan menyerahkan laporan polis tersebut kepada pihak bank bagi menggugurkan nama pelakon tersebut dan mengeluarkan buku cek baharu. Malah, satu mesyuarat undi tidak percaya akan dilakukan tahun depan terhadap aktres tersebut.

"Sekarang kita mahu bank gugurkan nama Vanidah sebagai salah seorang yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran duit persatuan. "Kita juga akan usulkan perkara ini dalam mesyuarat untuk membuat undi tidak percaya kepada dia," katanya.



Zed berkata, tindakan tersebut dilakukan selepas beberapa kali memberi amaran kepada pelakon itu agar memberi kerjasama. Katanya, Vanidah bukan sahaja tidak mahu menandatangani cek tersebut, malah meminta persatuan mengeluarkan surat kepadanya terlebih dahulu.

"Dia tidak tahu apa tugas dia sebagai bendahari dan meminta persatuan untuk keluarkan surat untuk dia tandatangan buku cek tersebut. "Apa yang dia lakukan telah menjejaskan perjalanan persatuan ini.

Malah persatuan terpaksa berhutang sebanyak RM22,000 bagi kos operasi iaitu sewa pejabat dan gaji pekerja akibat tindakannya," ujarnya.

Tambah Zed lebih dikesalkan apabila persatuan tidak dapat mengeluarkan wang sumbangan kepada bekas presiden iaitu Allahyarham Mustapha Maarof yang meninggal dunia pada 15 Disember lalu.

"Kita buat aktiviti sebelum ini atas duit tajaan beberapa pihak cuma saya terkilan tidak dapat beri sumbangan kepada Allahyarham Datuk Mustapha yang banyak berjasa kepada persatuan. "Kalau dia tidak mahu jawatan itu lebih baik letak sahaja jawatan beri pada yang benar-benar mahu bekerja," katanya.

Turut hadir ialah Timbalan presiden pula disandang oleh Zack (Kool) , Setiausaha Kehormat, Zahrin Ishak dan Penolong Setiausaha Rena Tan. -mstar-

Kerengga.

PERKASA Mengamuk Di Pulau Pinang ??

Posted: 19 Dec 2014 04:00 PM PST

Tangkap Guan Eng, desak peserta protes

 
Kira-kira 30 ahli PERKASA mengadakan dua protes terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kenyataannya bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah di negeri ini.
 
Protes itu diadakan di Kampung Rawa dan Komtar selepas solat Jumaat hari ini.
 
Mereka menuntut polis menyiasat dan menangkap ketua menteri itu serta mendesak exco negeri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam, Abdul Malik Abul Kassim supaya meletakkan jawatan.
 
Peserta protes itu turut membawa sepanduk dalam bahasa Inggeris yang berbunyi "Allah just for Muslims, Fight No Fear".
 
Semalam, Lim berkata kerajaan negeri tidak akan memansuhkan Seksyen 5 Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang atau mana-mana enakmen yang lain, kerana ia tidak terikat kepada bukan Islam.

"Malah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 turut menyokong kenyataan saya, di mana Seksyen 49(1) Enakmen terbabit menyatakan bahawa sesuatu fatwa adalah mengikat ke atas setiap orang Islam di dalam negeri…, tanpa menyebut orang bukan Islam, jelas mengehadkannya kepada orang Islam sahaja," kata Lim.
 
 
Malaysiakini

Jom Hadir Beramai Ramai Di Batu Gajah, Perak.

Posted: 19 Dec 2014 08:00 AM PST

Kenapa Baru Sekarang ?

Posted: 19 Dec 2014 07:30 AM PST

  DBKL akan gempur Petaling Street
 
 
Datuk Bandar Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pasukannya akan bertindak terhadap gerai haram yang diusahakan oleh pendatang asing di Jalan Petaling.

Tindakan akan dikenakan ke atas peniaga tempatan yang menjual atau menyewakan gerai tersebut, katanya.

"Mereka dengan senangnya sewa kepada peniaga asing, contohnya sewa kepada warga Bangladesh dengan harga antara RM5,000 hingga RM8,000.

"Saya difahamkan dari kajian sulit kita yang dibuat melalui kamera poket (tersembunyi), memang lebih daripada 100 unit gerai telahpun disewa dan dioperasi oleh (warga) Bangladesh dan Nepal.

"Maka kami akan ambil tindakan secepat mungkin," tegasnya ketika bercakap kepada pemberita selepas satu pertemuan dengan sembilan MP Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataan awal bulan ini berkata tindakan "rakus" pemilik lesen perniagaan terbabit menyebabkan warga tempatan tidak dapat berniaga di situ.

"Saya sedih ada juga anak muda Cina nak berniaga, tapi sewa terlalu tinggi, kerana mereka (pemilik lesen) suka sewakan kepada bangsa asing," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau mendakwa, peniaga haram di Petaling Street juga cekap menyembunyikan diri dan juga barangan jualan "berjenama" di kawasan tumpuan pelancong itu.
 
Malaysiakini

'KJ, kalau tak tahu duduk diam-diam'

Posted: 19 Dec 2014 07:00 AM PST

 
 
Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membidas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin supaya "duduk diam-diam" jika beliau tidak mengetahui mengenai prosedur undang-undang.

Ia ekoran laporan polis beliau berhubung isu ketelusan pengurusan kewangan bagi firman pelaburan 1MDB, yang dianggap oleh Khairy lemah dan tidak disokong dengan fakta untuk membuktikan dakwaannya adalah betul.

Khairuddin sebaliknya menempelak ketua Pemuda Umno itu dengan menyatakan beliau akan mendedahkan fakta berkaitan dakwaannya itu jika diminta berbuat demikian sewaktu memberi keterangan kepada polis.

"Kalau dia (Khairy) tak tahu apa-apa mengenai prosedur undang-undang, lebih baik duduk diam-diam.

"Tidak ada orang yang mendedahkan fakta secara terbuka. Fakta didedahkan apabila memberi kenyataan kepada pihak polis. Saya tidak akan dedahkan kepada umum. Saya akan menyerahkannya kepada pihak polis.

"Kalau dia buat laporan polis, adakah dia nak dedah fakta kepada umum? Mana boleh. Itu rahsia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau mengulas maklum balas Khairy semalam yang menyatakan bahawa kenyataan Khairuddin berhubung isu syarikat pelaburan itu lemah dan tidak disokong dengan fakta untuk membuktikan dakwaannya adalah betul.
 
 
Malaysiakini

Demo lagi di Komtar! PERKASA bantah 'kebiadapan' Malik Kassim dalam isu 'Kalimah Allah'.. (Video Inside)

Posted: 19 Dec 2014 06:30 AM PST



Setelah lama menyepikan diri dari sebarang aktiviti demonstrasi, hari ini 19 Disember 2014 kumpulan yang paling aktif mengadakan demo di Pulau Pinang kembali ke jalan raya.



Diketuai oleh individu yang paling popular dan paling berpengalaman dalam hal ehwal memaki hamun Guan Eng satu demonstrasi telah diadakan di Komtar Pulau Pianang.

Demo telah diadakan sejurus selesai Solat Jumaat, mereka dikatakan telah berkumpul di Masjid Kampung Rawa sebelum berarak ke Komtar.

Demo diadakan sebagai bantahan terhadap Guan Eng yang membenarkan bukan Islam menggunakan 'Kalimah Allah' di Pulau Pinang.

Tapi dalam demo ini mereka menuntut untuk bertemu dengan EXCO Exco Hal Ehwal Agama Datuk Abdul Malik Abul Kassim yang menyokong kenyataan Guan Eng itu..

Sebab Malik Kassim dikatakan biadap oleh mereka kerana menyokong kenyataan Guan Eng.



Aku rasalah depa ni sampai awai sangat.. Malik Kassim pun tak sempat nak sampai office lagi dari Masjid..

Bantahan yang pada mulanya aman bertukar menjadi sedikit kecoh bilamana anggota Polis menghalang mereka dari memasuki Komtar untuk menyerahkan Memo Bantahan..

Sumber gambar datangnya dari TheMalayMail

SULTAN PERAK & SULTAN KELANTAN TERBAIK..!!!!

Posted: 19 Dec 2014 06:00 AM PST

Terbaik Dari SULTAN PERAK (y) (y) (y)..!!!   SULTAN NAZRIN Beratur Sendiri Di Kaunter Untuk Membayar Buku Yang Dibelinya...Walaupun Sebenarnya Baginda SULTAN Boleh  je xnak Beratur. Satu Contoh Tauladan Terbaik Dari Baginda SULTAN.  ALLAHUAKBAR..!!!! Moga Allah Pelihara Sultan-sultan yang Zuhud Sifatnya..Aamiin....  SULTAN PERAK & SULTAN KELANTAN TERBAIK..!!!!
Terbaik Dari SULTAN PERAK ..!!! 

SULTAN NAZRIN Beratur Sendiri Di Kaunter Untuk Membayar Buku Yang Dibelinya...

Walaupun Sebenarnya Baginda SULTAN Boleh je xnak Beratur. Satu Contoh Tauladan Terbaik Dari Baginda SULTAN.

ALLAHUAKBAR..!!!! Moga Allah Pelihara Sultan-sultan yang Zuhud Sifatnya..Aamiin....

Umno Terkedu Dengan Gambar Terbaru Ahli Parlimen PAS Ini?

Posted: 19 Dec 2014 05:15 AM PST

 
Semua pihak yang berkaitan dirayu supaya tampil memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir di Rantau Panjang yang kini berada pada tahap kritikal, kata Ahli Parlimennya Siti Zailah Mohd Yusoff.
 

"Keadaan sekarang amat kritikal serta suasana cemas apabila ada mangsa-mangsa yang tidak dapat kita selamatkan lagi kerana kekurangan bot penyelamat.

"Saya merayu semua pihak tampil beri bantuan, terutama bot-bot penyelamat untuk kita keluarkan ke semua mangsa yang terperangkap di dalam kawasan banjir.

"Saya turut dimaklumkan ada mereka yang terpaksa berlindung di atas pokok dan bumbung rumah, bantuan perlu disegerakan," katanya sebagaimana dilaporkan Harakahdaily.
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia itu juga turut memberitahu keseluruhan bekalan elektrik terputus sejak dua hari lalu.

"Alat perhubungan yang ada sekarang hanya melalui telefon, kami di sini memerlukan 'walkie talkie' untuk permudahkan komunikasi dengan semua pihak.

"Dalam keadaan sekarang kita bekerjasama penuh dengan pasukan-pasukan penyelamat seperti Bomba, Jabatan Petahanan Amam Malaysia (JPAM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis mahupun Majlis Keselamatan Negara (MKN)," sambung beliau.

Beliau berharap bantuan akan diberikan dengan segera bagi menggelakkan berlakunya korban nyawa akibat daripada kelewatan operasi menyelamat.
Umno Terkedu Dengan Gambar Terbaru Ahli Parlimen PAS Ini?

Sementara itu, gambar Zailah yang sedang mengharungi banjir sambil membuat panggilan telefon untuk mendapatkan bantuan untuk rakyatnya menjadi viral di laman sosial sejak semalam.

Ia menggambarkan kesungguhan beliau untuk membantu rakyat di kawasannya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Unit Amal Malaysia, Johari Osman berkata Jabatan Amal di peringkat kawasan Pasir Mas dan Rantau Panjang sudah membuka bilik gerakan bagi melancarkan kerja-kerja menyelamat.

Katanya lagi, satu mesyuarat tergempar akan diadakan dengan Emergency Disaster Management (MEDM) yang diketuai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub bagi membincangkan tindakan segera untuk situasi banjir yang berlaku di negeri-negeri Pantai Timur.

Turut membuka pusat operasi banjir adalah Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang baru-baru ini pemimpin PAS dinasihatkan agar tidak terlibat dengan aktivitinya.

PasMa membuka pusat operasi di sebuah hotel kecil di Pasir Mas.

Mengikut laporan portal berita banjir Kelantan, Jajahan Pasir Mas yang termasuk Rantau Panjang kini mempunyai paling ramai mangsa banjir yang dipindahkan iaitu 7137 mangsa.

Yang paling ramai adalah di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Rantau Panjang iaitu 1268 mangsa.

Ia diikuti Alor Pasir di Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong seramai 1,038 mangsa manakala di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang II seramai 945 mangsa. ~malaysian insider

RON95 dua minggu pertama Dis 2014 bawah RM2 seliter HARAKAHDAILY

Posted: 19 Dec 2014 04:30 AM PST

 
KUALA LUMPUR: Harga pasaran RON95 menggunakan formula yang diumumkan oleh Barisan Nasional bagi dua minggu pertama Disember 2014 menunjukkan bahawa RON95 telah jatuh di bawah paras RM2 seliter, seperti berikut:
 
Tarikh
Harga pasaran sebenar (RM/liter)
1-Dec-14
2.05
2-Dec-14
2.05
3-Dec-14
2.03
4-Dec-14
2.01
5-Dec-14
2.01
6-Dec-14
2.01
7-Dec-14
2.01
8-Dec-14
1.98
9-Dec-14
1.98
10-Dec-14
1.94
11-Dec-14
1.94
12-Dec-14
1.92
13-Dec-14
1.92
14-Dec-14
1.92
15-Dec-14
1.90
 
 
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata Barisan Nasional mengumumkan bahawa harga RON95 bagi sesuatu bulan ditetapkan berdasarkan harga purata harga pasaran RON95 seperti yang ditetapkan oleh formula.
 
Menurutnya, bagi 15 hari pertama Disember 2014, harga purata ini (dikira berdasarkan harga pasaran harian seperti di atas) telah jatuh ke paras RM1.98 liter (tanpa subsidi).

"Jika subsidi 30 sen seliter dikembalikan seperti yang dituntut, harga RON95 bagi dua minggu pertama secara purata telah jatuh ke paras RM1.68 seliter," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, dalam keadaan harga minyak mentah terus jatuh mendadak minggu ini dan dijangka terus jatuh sepanjang 2015, harga pasaran harian bagi tempoh 16 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014 juga akan lebih rendah dari RM1.90 seliter (merujuk kepada harga pada 15 Disember 2014).

Oleh yang demikian, beliau memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya jangan berdolak dalih untuk segera menurunkan harga RON95 kepada RM1.90 serta merta.

Menurut beliau lagi, sekiranya harga RON95 yang diumumkan pada 31 Disember 2014 kelak adalah lebih tinggi dari RM1.90 seliter, ini bermakna Barisan Nasional terus memanipulasi harga RON95 dan diesel untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai minyak secara tersembunyi.

"Sehingga kini, tidak ada seorang pemimpin Barisan Nasional pun yang berani menafikan kenyataan saya sebelum ini bahawa rakyat telah terlebih bayar harga minyak yang lebih tinggi yang dianggarkan RM274 juta dalam tempoh 45 hari sejak 1 November 2014," katanya.

Naib Presiden PKR itu menambah, mengikut amalan biasa, jumlah ini dikembalikan oleh syarikat-syarikat minyak kepada kerajaan sebagai cukai tersembunyi.

Justeru, ujarnya selagi Barisan Nasional tidak menafikan perkara ini dan menjelaskan mekanisme sebenar siapa yang menyimpan jumlah RM274 juta yang dibayar lebih oleh rakyat ini, selagi itulah rakyat akan terus beranggapan bahawa mereka dicukai secara tersembunyi melalui harga RON95 dan diesel yang lebih tinggi.

Beliau mengulangi pendirian bahawa kerajaan wajib mengembalikan subsidi sekurang-kurangnya 30 sen seliter yang akan menyaksikan harga minyak RON95 dalam bulan Januari jatuh ke paras RM1.60 seliter.
 
"Penurunan begini selari dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan harga petrol diesel yang lebih rendah yang dinikmati oleh negara-negara lain," katanya.

Himpunan #tuntut #turunhargaminyak dijangka diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014 bermula 9 malam kerana harga yang ada sekarang mengutip cukai secara tersembunyi dari rakyat. - HARAKAHDAILY 19/12/2014

Remaja Tak Salah 100% Tunjuk Punggung Seperti Ini.. -Dr Siti Zainon - Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 19 Dec 2014 04:00 AM PST

 
Aksi separa lucah Kardashian di sebuah majalah antarabangsa yang dibimbangi  ditiru remaja negara ini di beberapa laman media sosial. -Gambar papermag.com
Jangan ingat punggung kamu macam Kim Kardashian - Budayawan 

HALAMAN HIBURAN
KL: Remaja wanita di negara ini dinasihat tidak meniru gaya gambar aksi separa lucah bintang realiti TV popular, Kim Kardashian dalam sebuah majalah antarabangsa baru-baru.
Budayawan, Profesor Dr Siti Zainon Ismail (gambar kanan) bagaimanapun berkata, remaja negara ini juga tidak boleh dipersalahkan seratus peratus seandainya ada kecenderungan untuk meniru aksi Kardashian dan dipapar di laman media sosial seperti Facebook.

Ujarnya, sikap remaja itu sendiri mempunyai sikap suka meniru dan seandainya berlaku, ia disifatkan sudah direstui pengguna media sosial secara amnya.

"Cuma saya hendak tanya, cantik sangatkah punggung itu jika hendak ditayang kepada semua orang?
"Saya tidak salahkan budak-budak ini (remaja). Mereka ikut saja apa yang dilihat di media sosial dan media perdana yang mempertontonkan kisah asal artis barat berkenaan.
"Tetapi tidak payahlah hendak ditiru, kita kena jaga budaya ketimuran, kita budak terlalu sosial seperti negara mereka (barat)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Siti Zainon mengulas aksi Kardashian yang mempamerkan susuk tubuhnya dalam keadaan separa lucah dalam halaman sebuah majalah antarabangsa. Selain itu, aksi Kardashian itu turut menjadi viral dengan 'hashtag' #kardashian selain ada juga yang menjadikannya 'parodi' di laman Twitter.

Kimkardashian

Aksi itu turut mendapat pelbagai pandangan di laman sosial selain blog dan diskusi di forum internet. Kardashian sebelum ini mencuri perhatian umum dengan aplikasi permainan videonya yang berjaya mengutip sejumlah USD43 juta hanya dalam tempoh tiga bulan sejak dilancarkan pada Jun.

Tambahnya, selain aksi Kardashian, beberapa tarian yang mempunyai kecenderungan kepada gaya hidup barat dan tidak menerapkan nilai-nilai ketimuran turut dilihat semakin berkembang dan terdedah untuk dicontohi remaja negara ini.

"Ia jadi ikutan remaja, ia sebenarnya dipromosi secara percuma oleh media tempatan juga.
"Apakah kita sudah tidak mempunyai tarian tradisional untuk dipromosi? Tarian yang bukan asalnya daripada negara kita juga yang direstui semua dan diberi liputan meluas," jelasnya.
 
Berkemban budaya timur. Mei Fen (kanan) yang menggantikan Soo Wincci sebagai Hang Li Po mendapat pujian ramai.
 

Mengapa terlalu fanatik budaya timur atau barat? Bukankah negara kita ada Islam sebagai agama Persekutuan (Perlembagaan MalaysiaFasal 3). Islamlah sebagai cermin dan kayu ukur perbandingan?  Samada Islam atau jahiliah. (IH)

ARTIS SAH BERCERAI, BEKAS SUAMI RAYU RUJUK KEMBALI

Posted: 19 Dec 2014 03:30 AM PST


Baru-baru ini, berita penceraian artis menjadi isu panas media massa.. Kalau Miss A tengok sedih juga lah.., ramai sangat pasangan artis yang bercerai.. Kalau sebut artis je mesti tak lari dari isu cerai.. Dah jadi biasa pulak kita dengar artis cerai berai ni..

Dalam berderet kes penceraian tu salah satunya adalah pasangan Syura dan suaminya, Mohd Fadhly Md Yassin.. Pasangan ni sudah pun sah bercerai pada September lalu tapi Mohd Fadhly berharap Syura akan menerima dirinya kembali dan memulakan kehidupan baru sebagai suami isteri..

Mohd Fadhly telah membuat permohonan pengesahan lafaz rujuk secara lisan pada 10 November lalu.. Tapi kes terpaksa ditangguhkan kerana Syura gagal menghadirkan diri dan kes akan disebut semula pada20 Januari 2015..

"Sejak dari awal saya tidak pernah terfikir untuk bercerai tetapi perkara sudah berlaku, saya sudah pun merujuk dengannya secara lisan bulan lalu. Tetapi nampaknya dia tetap dengan pendirian untuk berpisah dan saya masih berusaha untuk menangi kembali hati dia," ujarnya..

Miss A harap tahun 2015 akan memberi berita gembira kepada industri hiburan tanah air.. Takkan nak dengar kes-kes cerai selebriti tanah air je kot! Tak syok lah.. Miss A doakan agar kes lafaz rujuk pasangan ini dapat diselesaikan segera.. Mesti ramai peminat yang nak tengok artis kesayangan mereka ni kembali bersatu semula.., fikirlah sama nasib anak-anak.. Miss A

Dipetik dari - UtaraNews.com


PERODUA LANCAR MODEL Myvi 2015, LEBIH MURAH?

Posted: 19 Dec 2014 03:00 AM PST

 


Gambar Perodua Myvi 2015 Baru.

Gambar Perodua Myvi 2015 Baru. Review Anda Melihatkan New Facelift Myvi 2015 Ini. Berminat? Price? Harga? Tahniah, kepada perodua Malaysia! 



Seperti biasa Perodua meneruskan tradisinya mengeluarkan facelift untuk model – model kereta Perodua mereka apabila kali ini tiba giliran kereta perodua Myvi 2015 baru ditawarkan untuk anda dengan direka semula bagi memberikan nafas baru sekaligus memastikan Perodua Myvi terus relevan di Malaysia.

Gambar dan foto terkini new facelift Perodua MYvi 2015 baru ini telah tersebar pada ketika ini yang mana kelihatan lebih garang daripada model kereta Perodua Myvi yang sebelum ini.




Bagaimana pula dengan tawaran harga Perodua MYvi 2015 baru?

KLIK SINI : Harga Kereta Perodua Myvi RM46,000 (Cukai Kereta 85%). Kerajaan Untung RM21,140! Boleh Turun Harga?


Rata-rata tinjauan Berita Semasa setakat ini, ramai kalangan pemilik Perodua Myvi berpuas hati dengan spesifikasi kereta yang dimiliki dan digunakan mereka ketika ini.

Kereta kecil
Ruang dalam besar dan selesa. Jikalau anak 3 orang masih lagi selesa untuk jalan jauh
Spare part pun banyak. Senang untuk dicari dan ditukar ganti
Penggunaan minyak petrol masih lagi ditahap yang menjimatkan jikalau kena cara pemanduannya (*subjektif)
Parking pun mudah terutamanya golongan wanita
Anda bersetuju?

Cuma Berita Semasa harapkan harga dan price bagi new facelift Perodua MYvi 2015 baru lebih berpatutan dan munasabah sesuai dengan sokongan rakyat Malaysia selama ini. Mungkin?

New Facelift Perodua MYvi 2015 Baru : Senarai Penambaikan & Penambahan Spec?

Nampaknya bagi new facelift Perodua MYvi 2015 baru kali ini ada sedikit sebanyak perubahan untuk beberapa spesifikasi kecil termasuklah :

Reka bentuk lampu yang baru
Rekebantuk gril

Tawaran warna pilihan baru, biru
dilengkap dengan tayar aloi

Rebentuk meter juga diperbaharui
Tempat duduk juga telah disaluti dengan kulit

Sentuhan yang lebih sporty pada stereng
Perodua malaysia telah menambah butang mod Econ seperti mana yang ada model kereta perodua Axia

di bahagian belakang, terdapat sedikit perubahan yang mana bumper belakang dan rekebantuk skir tampak lebih rendah

P/S : Sekali pandang kelihatan bumper Myvi 2015 seiras Honda Jazz. Apa pula kata anda?
~BS

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT