Selasa, 16 Disember 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


AWAS!!! BUDAYA MEMBERHALAKAN PEMIMPIN MENULAR DALAM PAS...

Posted: 16 Dec 2014 11:00 PM PST



Sepanjang hidup aku, inilah kali pertama aku tengok segelintir puak dlm PAS dok puja Hadi selaku Presiden PAS & Naib Ketua Ulama Dunia.

Perlantikan Hadi sbg Naib Ketua Ulama Dunia pun atas cdgn Anwar Ibrahim. Bila diumum nama Hadi, semua menolak tp bila Dr Yusof Qardawi jelaskan itu cdgn Anwar, barulah mereka setuju.

Hoi pentaksub bodoh, jgnlah lebih sudu dari kuah. Hadi tu bkn maksum. Dia pun ada salah. Org kritik dia ekoran sikap & tindakannya yg merugikan PAS Pakatan & mguntungkn UMNO.

Hadi hanya seorang Ulama. Bkn ahli politik yg bijak. Sayang krn dia tak mahu belajar cara berpolitik Almarhum Ustaz Fadhil & TGNA ekoran egonya.

Lihat saja b'mana Trengganu boleh terlepas ke tangan UMNO dlm PRU11. Tanyalah Hadi & Stopa Ali, nape boleh jatuh sdgkn Klntn boleh kekal.

Wahai pentaksub bodoh... jgnlah ajar ahli PAS jd bodoh mcm UMNO didik ahlinya.

TERKINI! PRK BAKAL DIADAKAN DI SABAH, ADUN PKR LETAK JAWATAN

Posted: 16 Dec 2014 10:14 PM PST



 

Melepaskan jawatan disebabkan masalah kesihatan 


KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam daripada PKR Roland Chia meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula hari ini atas faktor masalah kesihatan.

Menulis di laman Facebooknya, Roland mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di Inanam dan pemimpin PKR yang telah memberi sokongan kepada beliau sejak 17 bulan lalu.

"Atas masalah kesihatan, saya akan meletak jawatan sebagai Adun Inanam.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi Inanam dan pemimpin parti atas sokongan yang diberikan sejak 17 bulan lalu," katanya.


Status di laman Facebook milik Adun Inanam, Roland Chia

Roland menulis perkara yang sama di laman mikro Twitter beliau.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, Roland mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Joseph Paulus Lantip dan calon Parti Maju Sabah, Enchin Majimbun dengan majoriti 3,202 undi.

Roland memperolehi 8,926 undi mengalahkan Joseph Paulus dengan 5,724 undi manakal Enchin dengan 5,003 undi.


Read more at:SINI


Penjelasan KEADILAN mengenai kedudukan Adun Inanam


Saya dimaklumkan YB Dr Roland Chia, ADUN Inanam berada di luar negara. KEADILAN dalam proses menghubungi beliau untuk mendapat maklumat lanjut mengenai keadaan sebenar kesihatan beliau dan mengesahkan kenyataan pendek bersabit beliau di media sosial.

Dr Roland

Saya telah berhubung dengan pimpinan KEADILAN Sabah dan pegawai-pegawai YB Dr Roland Chia dan mereka mengesahkan bahawa YB Dr Roland Chia memang ada masalah kesihatan, walaupun tidak dapat dipastikan statusnya.

Sehingga saya dapat berhubung sendiri dengan YB Dr Roland Chia, saya tidak dapat mengesahkan sama ada keputusan meletakkan jawatan itu adalah muktamad atau mengesahkan apa-apa.

Rafizi Ramli
Setiausaha Agung/Naib Presiden KEADILAN

Peneroka haram Cameron Highlands masih cuba runding dengan pihak berkuasa

Posted: 16 Dec 2014 09:30 PM PST

Peneroka haram Cameron Highlands masih cuba runding dengan pihak berkuasa  Published: 16 December 2014  Ops Gading yang bertujuan membersihkan kebun-kebun peneroka haram di Cameron Highlands dari akan memasuki fasa kedua dalam minggu ini.   Ops Gading yang bertujuan membersihkan kebun-kebun peneroka haram di Cameron Highlands dari akan memasuki fasa kedua dalam minggu ini.  Walaupun operasi menggempur tanah pertanian yang dibuka secara haram diuar-uarkan melalui notis, pengumuman dan kenyataan akhbar namun ada peneroka haram yang masih mahu berunding dengan pihak berkuasa.  Komander Operasi Bersepadu Cameron Highlands ACP Mohd Shaharuddin Baharom berkata ketika pihaknya mahu menjalankan pembersihan kebun haram dan meroboh struktur binaan serta aset, peneroka terlibat berjumpa mereka untuk berunding.  "Sebelum ini ada yang mendakwa tugas kami sebagai 'hangat-hangat tahi ayam', kami sebagai 'wayang kulit' sahaja. Jangan datang kepada kami untuk berunding, kami tidak ada hak untuk adakan perundingan. Kami datang untuk laksanakan arahan," katanya ketika ditemui pemberita ketika pelaksanaan Ops Gading fasa kedua di kebun bunga haram di Blue Valley.  "Kami datang (ke kebun haram) bukan untuk berunding tetapi untuk laksanakan arahan pembersihan dan perobohan aset di kebun haram. Kalau hendak beruding, berundinglah dengan pihak lain," katanya.  Mohd Shaharuddin berkata operasi menggempur kebun yang dibuka secara haram sini diteruskan lagi melalui 'Ops Gading' fasa kedua selama seminggu bermula hari ini.  Beliau berkata seluas hampir 20 hektar kebun bunga, sayur-sayuran dan buah-buahan dibersihkan di tiga kawasan iaitu di Kampung Raja, Tringkap dan Blue Valley hari ini.  "Semua struktur binaan dan aset di kebun haram tersebut juga dirobohkan. Kebun berkenaan dikesan beroperasi lebih daripada setahun. Kita meroboh secara serentak di ketiga-tiga kawasan berkenaan. Operasi ini digerakkan seperti arahan Kabinet dan inilah yang kita lakukan," katanya.  Beliau berkata pihaknya akan membersihkan dan merobohkan seluruh kebun-kebun haram di seluruh Cameron Highlands sepanjang pelaksanaan Ops Gading.  Katanya, terdapat sebuah kebun haram seluas 28 hektar yang berada di pendalaman Cameron Highlands juga akan digempur dalam masa terdekat namun pihaknya masih membuat penandaan.  "Ops Gading fasa dua ini akan berjalan sehingga hujung minggu dan berharap ia berjalan lancar dengan bekalan jentera berat. Kalau sempat dan cuaca baik, kebun seluas 28 hektar tersebut juga kita akan bersih dan robohkan dalam minggu ini," katanya.  Mohd Shaharuddin berkata sebanyak 17 hektar kebun haram digempur dalam Ops Gading fasa satu sebelum ini dan dianggarkan terdapat 7,000 hektar kebun haram di seluruh Cameron Highlands mengikut data Agensi Remote Sensing Malaysia.  Bagaimanapun, pihaknya tidak boleh menggempur dan merobohkan kebun haram berkenaan sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu mengambil kira pengiraan serta penandaan dengan teliti supaya kebun yang mendapat lesen secara sah tidak terjejas melalui operasi berkenaan, katanya.  "Kita mendapat nasihat dan panduan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (Malaysia) dan Jabatan Peguam Negara mengenai tatacara melaksanakan operasi berkenaan. Kita juga perlu pastikan tanah-tanah yang dimiliki secara sah," katanya.  Ops Gading fasa dua diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara yang digerakkan secara bersepadu membabitkan 532 anggota dari 16 agensi termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan, Rela, pasukan polis dan tentera. – Bernama, 16 Disember, 2014.  http://www.themalaysianinsider.com
  Ops Gading yang bertujuan membersihkan kebun-kebun peneroka haram di Cameron Highlands dari akan memasuki fasa kedua dalam minggu ini. 

Ops Gading yang bertujuan membersihkan kebun-kebun peneroka haram di Cameron Highlands dari akan memasuki fasa kedua dalam minggu ini.

Walaupun operasi menggempur tanah pertanian yang dibuka secara haram diuar-uarkan melalui notis, pengumuman dan kenyataan akhbar namun ada peneroka haram yang masih mahu berunding dengan pihak berkuasa.

Komander Operasi Bersepadu Cameron Highlands ACP Mohd Shaharuddin Baharom berkata ketika pihaknya mahu menjalankan pembersihan kebun haram dan meroboh struktur binaan serta aset, peneroka terlibat berjumpa mereka untuk berunding.

"Sebelum ini ada yang mendakwa tugas kami sebagai 'hangat-hangat tahi ayam', kami sebagai 'wayang kulit' sahaja. Jangan datang kepada kami untuk berunding, kami tidak ada hak untuk adakan perundingan. Kami datang untuk laksanakan arahan," katanya ketika ditemui pemberita ketika pelaksanaan Ops Gading fasa kedua di kebun bunga haram di Blue Valley.

"Kami datang (ke kebun haram) bukan untuk berunding tetapi untuk laksanakan arahan pembersihan dan perobohan aset di kebun haram. Kalau hendak beruding, berundinglah dengan pihak lain," katanya.

Mohd Shaharuddin berkata operasi menggempur kebun yang dibuka secara haram sini diteruskan lagi melalui 'Ops Gading' fasa kedua selama seminggu bermula hari ini.

Beliau berkata seluas hampir 20 hektar kebun bunga, sayur-sayuran dan buah-buahan dibersihkan di tiga kawasan iaitu di Kampung Raja, Tringkap dan Blue Valley hari ini.

"Semua struktur binaan dan aset di kebun haram tersebut juga dirobohkan. Kebun berkenaan dikesan beroperasi lebih daripada setahun. Kita meroboh secara serentak di ketiga-tiga kawasan berkenaan. Operasi ini digerakkan seperti arahan Kabinet dan inilah yang kita lakukan," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan membersihkan dan merobohkan seluruh kebun-kebun haram di seluruh Cameron Highlands sepanjang pelaksanaan Ops Gading.

Katanya, terdapat sebuah kebun haram seluas 28 hektar yang berada di pendalaman Cameron Highlands juga akan digempur dalam masa terdekat namun pihaknya masih membuat penandaan.

"Ops Gading fasa dua ini akan berjalan sehingga hujung minggu dan berharap ia berjalan lancar dengan bekalan jentera berat. Kalau sempat dan cuaca baik, kebun seluas 28 hektar tersebut juga kita akan bersih dan robohkan dalam minggu ini," katanya.

Mohd Shaharuddin berkata sebanyak 17 hektar kebun haram digempur dalam Ops Gading fasa satu sebelum ini dan dianggarkan terdapat 7,000 hektar kebun haram di seluruh Cameron Highlands mengikut data Agensi Remote Sensing Malaysia.

Bagaimanapun, pihaknya tidak boleh menggempur dan merobohkan kebun haram berkenaan sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu mengambil kira pengiraan serta penandaan dengan teliti supaya kebun yang mendapat lesen secara sah tidak terjejas melalui operasi berkenaan, katanya.

"Kita mendapat nasihat dan panduan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (Malaysia) dan Jabatan Peguam Negara mengenai tatacara melaksanakan operasi berkenaan. Kita juga perlu pastikan tanah-tanah yang dimiliki secara sah," katanya.

Ops Gading fasa dua diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara yang digerakkan secara bersepadu membabitkan 532 anggota dari 16 agensi termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan, Rela, pasukan polis dan tentera. – Bernama, 16 Disember, 2014.


http://www.themalaysianinsider.com

Lukisan RM1.5j ditemui, 8 ditahan termasuk Datuk

Posted: 16 Dec 2014 09:00 PM PST

 
Enam lukisan berharga RM1.5 juta karya seorang pelukis terkenal dari China, Chen Shijie yang dilaporkan hilang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 20 November lepas, ditemui semula 6 Disember lepas di sebuah rumah di Damansara.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Mohd Yusoff Awang berkata penemuan semula itu membawa kepada penahanan lapan individu termasuk seorang pemilik galeri bergelar Datuk di sekitar Kuala Lumpur yang dipercayai mempunyai kaitan dalam kes kehilangan lukisan itu.

Dalam sidang media di Sepang hari ini, beliau berkata Chen, 54, tiba di Malaysia pada 20 November lepas untuk menyertai pameran lukisan di Kuala Selangor dan kumpulan suspek tersebut yang sebelum itu mengikuti satu pameran lukisan di Beijing, pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat yang sama dengan Chen.

"Mengetahui pelukis itu datang ke Malaysia untuk menyertai pameran, kumpulan suspek itu menyasar untuk mencuri lukisan-lukisan Chen yang diletakkan dalam sebuah kotak di tempat mengambil bagasi di KLIA," katanya.

Mohd Yusoff berkata Chen terkejut apabila mendapati lukisannya hilang ketika mahu menuntut barangannya di bahagian bagasi pada pukul 8.30 pagi pada hari kejadian.

Ekoran kehilangan itu, Chen membuat aduan di bahagian 'lost & found' KLIA dan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Mohd Yusoff berkata polis membuat tangkapan pertama pada 6 Disember melibatkan seorang pelukis berumur 44 tahun yang merupakan suspek utama kes tersebut di rumah lukisan itu ditemui.

Keesokannya tujuh lagi suspek berumur antara 19 tahun dan 69 tahun ditahan termasuk Datuk berkenaan, dua orang pelukis yang juga pensyarah serta empat wanita di sekitar Kuala Lumpur, katanya.

Kes disiasat Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Kesemua lukisan itu diserahkan semula kepada Chen, katanya.

Mengenai keunikan lukisan Chen yang dicuri itu, Mohd Yusoff berkata kesemua karyanya adalah mengenai pemandangan gunung tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest di mana setiap lukisan dilukis pada ketinggian yang berbeza.
 
"Salah satu lukisannya pada 2011 merupakan gambar pada setem negara China dan lukisan itu mendapat pengiktirafan 'Guinness Book of Record' kerana dilukis pada ketinggian 7,000 kaki dari paras laut," katanya.

Chen yang turut hadir pada sidang media itu berkata beliau amat risau dan sedih tentang kehilangan lukisan-lukisannya kerana ia adalah antara karya terbaik beliau.

Melalui penterjemah, beliau mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menemui semula kesemua lukisannya.

Katanya beliau tidak serik untuk datang ke Malaysia walaupun ditimpa insiden itu dan berhasrat untuk melukis panorama alam semula jadi di Malaysia dalam kunjungan akan datang.

- Bernama

Harga minyak jatuh, saham ditutup rendah...???

Posted: 16 Dec 2014 08:30 PM PST

 

Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini akibat tekanan jualan yang cetuskan oleh kejatuhan berterusan harga minyak yang mengurangkan permintaan dan memperlahan pertumbuhan global, kata peniaga.

Beliau berkata West Texas Intermediate jatuh bawah US$55 setong manakala minyak mentah Brent susut bawah US$60 setong.

Pada jam 5 petang hari ini, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 23.37 mata kepada 1,673.94, paras terendah dalam tempoh lebih lima tahun.

Seorang peniaga berkata harga saham jatuh memandangkan pelabur kekal tidak memasuki pasaran susulan laporan bahawa Rizab Persekutuan AS akan menyemak semula dasar monetari hari ini.

Saham berkaitan minyak dan gas antara kaunter cergas iaitu Hubline susut setengah sen kepada 3.5 sen, Tiger Synergy jatuh satu sen kepada 12.5 sen, SapuraKencana turun dua sen kepada RM2.08, Perisai Petroleum Teknologi kekal pada 40 sen dan Dialog merosot lima sen kepada RM1.26.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas susut 129.53 mata kepada 11,450.21, Indeks FBMT100 jatuh 128.94 mata kepada 11,227.68, FBM 70 merosot 34.33 mata kepada 12,420.8, FBM Ace kurang 31.12 mata kepada 5,112.46 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 105.2 mata kepada 11,814.71.

Dari segi sektor, Indeks Perusahaan jatuh 42.38 mata kepada 3,033.33, Indeks Perladangan susut 152.18 mata kepada 7,383.4 dan Indeks Kewangan turun 266.45 mata kepada 14,857.75.

Kaunter rugi mengatasi untung dengan 572 berbanding 296, manakala 275 kaunter tidak berubah, 564 tidak diniagakan dan 16 lagi digantung.

Jumlah dagangan jatuh kepada 1.64 bilion unit bernilai RM2.1 bilion daripada 2.06 bilion unit bernilai RM2.32 bilion pada Isnin.

Kaunter berwajaran tinggi Maybank jatuh 31 sen kepada RM8.29, TNB susut enam sen kepada RM13.34, Public Bank lapan sen lebih rendah pada RM17.58, Axiata turun enam sen kepada RM6.82 dan Sime Darby jatuh 23 sen kepada RM8.78.

Jumlah dagangan Pasaran Utama jatuh kepada 1.23 bilion unit bernilai RM2 bilion daripada 1.49 bilion unit bernilai RM2.18 bilion semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 245.83 juta saham bernilai RM44.27 juta daripada 370.4 juta saham bernilai RM76.5 juta.

Waran susut kepada 158.81 juta unit bernilai RM57.65 juta berbanding 198.01 juta saham bernilai RM58.41 juta sebelum ini.

Produk pengguna meliputi 54.74 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan (174.87 juta), pembinaan (47.98 juta), perdagangan dan perkhidmatan (629.51 juta), teknologi (50.78 juta), infrastruktur (16.38 juta), SPAC (30.42 juta), kewangan (64.38 juta), hotel (5.3 juta), hartanah (131.58 juta), perladangan (16.68 juta), perlombongan (24,200), REITs (7.62 juta) dan ditutup/dana (246,500).


Bernama 

Malaysiakini.

Saya Ditawar RM5 Juta untuk Lompat Parti...

Posted: 16 Dec 2014 08:00 PM PST


Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee selaku saksi defendan kelima memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau ditawarkan RM5 juta untuk lompat parti de­ngan menyertai PKR dan tawaran itu diterima daripada pihak ketiga melalui panggilan telefon.

"Pemanggil tersebut berkata dia daripada PKR. Saya tidak ingat namanya tetapi suara dia bercakap seperti orang Sabah.

"Saya kemudian memaklumkan kepada polis Cawangan Khas (SB) berhubung panggilan telefon tersebut dan menyerahkan nombor telefon pemanggil yang tertera di dalam log telefon saya," kata beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Menurut Ronald, 53, beliau tidak mengingati secara tepat tarikh panggilan itu tetapi sebelum 16 September 2008.

"Saya tidak menghiraukan sangat panggilan itu kerana saya tahu bahawa saya tidak akan lompat parti, walau apa pun yang ditawar­kan. Ia tidak terfikirkan. Saya ti­dak membuat susulan terhadap panggil­an berkenaan selepas itu," ujarnya dalam kenyataan saksinya.


Terdahulu, Ronald membe­ri­ta­hu, Anifah memang ada berbual (me­lalui telefon) dengan seseorang bernama Tony Vun kerana beliau ketika itu antara ahli kumpulan bersama menteri tersebut yang akan ke luar negara.

"Saya tidak mengenali dia (Tony) tetapi defendan (Anifah) memberi­tahu kami bahawa Tony Vun meng­hubunginya bagi pihak plaintif. Plaintif kemudian bercakap dengan defendan dan menawarkan beliau jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya defendan menyer­tai Pakatan Rakyat," katanya.

Menjawab soalan lain, Ronald mengakui pernah satu ketika iaitu sewaktu berada di lounge Hotel Hilton Kuala Lumpur bersama-sama Anifah; Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi dan seorang lagi, ada seorang lelaki tinggi yang memakai topi besbol menghampiri mereka dan bercakap dengan Anifah.

"Saya tidak mendengar perbualan mereka, ia lebih dari lima minit. Selepas lelaki itu meninggalkan mereka, defendan memberitahu kami bahawa beliau menawarkan RM100 juta oleh lelaki tersebut untuk menyertai Pakatan dan membawa bersama beberapa ahli Parlimen," kata beliau.

Menjawab soalan balas peguam Ranjit Singh yang mewakili Anwar, Ronald berkata, beliau tidak membuat laporan polis berhubung tawaran RM100 juta yang disifatkan oleh peguam itu sebagai sogokan, kerana Anifah yang sepatutnya membuat laporan polis.

Turut menjadi saksi semalam bekas Ketua Menteri Sabah yang juga pemimpin Parti Maju Sabah SAPP), Datuk Seri Dr. Yong Teck Lee lapor RakyatNews



Kemudiannya Bekas Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula memberi keterangan pada perbicaraan kes saman RM100 juta dikemukakan oleh Anwar terhadap Anifah berhubung kenyataan Menteri Luar itu pada sidang media di Washington pada Mei 2009.

Beliau memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sifat "megalomania" (berasa diri hebat dan berkuasa) dan hanya mementingkan agenda peribadinya.

Zahrain berkata beliau juga secara peribadi berpendapat Anwar bukan seorang yang berwibawa dan tidak boleh dipercayai selepas berkesempatan untuk bekerjasama dengan Anwar dalam PKR.

"Saya percaya beliau seorang megalomania. Saya percaya bahawa Anwar cuma mementingkan agenda peribadinya iaitu menawan Putrajaya 'dengan apa cara sekalipun" dan menganggap dirinya sebagai bakal perdana menteri," kata beliau semasa pemeriksaan utama oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Ketika ditanya oleh Muhammad Shafee apakah pengertiannya mengenai kata-kata plaintif (Anwar) "dengan apa cara sekalipun', beliau menjawab "mungkin dia menawarkan wang atau jawatan".

Zahrain dalam kenyataan saksi yang dikemukakan di mahkamah berkata beliau percaya apa yang plaintif maksudkan dengan perkataan "dengan apa cara sekalipun' ialah beliau (Anwar) akan menggunakan apa cara yang ada untuk memastikan parti gabungan PKR akan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu melalui tindakan menarik anggota kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti.

"Ini termasuk dan tidak terhad kepada habuan kewangan untuk menarik anggota Parlimen BN untuk berbuat demikian," katanya.

Zahrain berkata beliau mengenali Anwar sejak 2008 semasa pilihan raya umum apabila beliau (Zahrain) menjadi anggota Parlimen dan oleh kerana gabungan BN telah memenangi pilihan raya, Anwar tidak dapat menerima hakikat bahawa partinya telah tewas.

"Anwar secara konsisten membuat kenyataan dalam media massa bahawa Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat akan tumbang kerana ramai anggota Parlimen daripada BN telah mengambil keputusan untuk melompat parti dan menyertai PKR untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu," katanya.

Zahrain berkata, pada atau sekitar tahun 2008 selepas BN memenangi pilihan raya umum, beliau tidak yakin mengenai keupayaan Pakatan Rakyat untuk menerajui negara yang kemudian mendorong beliau untuk menjadi anggota Parlimen Bebas.

"Pada masa itu, ada cakap-cakap mengenai tawaran yang dibuat kepada anggota Parlimen daripada BN untuk melompat parti dan PKR yang plaintif (Anwar) dakwa akan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu kerana beliau telah memperoleh sokongan daripada sekurang-kurangnya 32 lagi anggota Parlimen untuk tujuan itu.

"Saya tahu bahawa Anwar telah menjanjikan habuan kewangan kepada beberapa anggota Parlimen BN dan kepada yang lain beliau menjanjikan jawatan tertentu jika parti pimpinan Anwar membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu," katanya.

Zahrain juga berkata beliau secara peribadi tidak tahu bahawa plaintif mahu anggota Parlimen Kimanis (Anifah) untuk menyertai PKR dan Anwar telah bercakap mengenai perkara itu dengan beberapa pemimpin PKR.

"Yang saya ingat ialah Wee Choo Keong, Datuk Zulkifli Nordin. Turut hadir pada masa itu ialah Chua Tian Chang, Datuk Johari Abdul, Datuk Rashid Din dan beberapa yang lain," katanya lapor  


AstroAwani

Anak Sungai Derhaka

JOM KITA SERAHKAN MEMORANDUM FGVH PADA 23 DIS 2014 DI PEJABAT FGVH

Posted: 16 Dec 2014 07:30 PM PST



Oleh kerana tiada sebarang reaksi dari YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abd Razak, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana, Dato' Razali Ibrahim dan Pengerusi Felda mengenai kedudukan terkini FGVH, meskipun saham FGVH turun dan terus turun lagi pada hari ini, iaitu RM2.40 sesaham; maka Persatuan ANAK Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengambil beberapa langkah berikut:-
Kita gegarkan semula Kuala lumpur
1. Menyerahkan memorandum kepada FGVH pada 23 dis jam 10 pagi di Pejabat FGVH,
2. Mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Securiti(SC)
3. Mengadakan Himpunan Perdana Selamatkan Felda 2.0 di Kerteh Terengganu pada 6&7 Feb 2015
4. Road Show Selamatkan Felda ke setiap negeri.
Pastikan nanti OREN baju kita
ANAK mengulangi desakan agar perkhidmatan Tan Sri Isa Abd Samad sebagai Pengerusi Felda dihentikan berkuatkuasa 31 jan 2014; manakala kedudukan bekas Pengarah Besar samada Dato' Dzulkifli Abd Wahab atau pun Dato' Faizoull Ahmad dikaji semula demi keharmonian dalam Felda.
Aku akan naik sekali..
Plan pemulihan Felda serta FGVH WAJIB di segerakan demi menjaga kepentingan 112,635 orang peneroka dan 23,000 kakitangan Felda di seluruh negara.
 
   
Mazlan Aliman

Presiden ANAK

Cerita Datin Tapau Di Putrajaya

Posted: 16 Dec 2014 07:00 PM PST

Sesekali berkunjung ke kementerian atau jabatan kerajaan di Putrajaya memang membuatkan telinga sarat dengan cerita-cerita menarik yang kadangkala menjadikan kita geleng kepala dan tersenyum sendirian.

Ada pelbagai cerita gembira, sedih dan lucu yang melibatkan perangai atau kelakuan manusia yang boleh kita dengar jika rajin berbual dan berceloteh dengan mereka.

Kadang-kadang pula, dengan rajin memasang telinga juga membolehkan kita mendengar bermacam-macam cerita.

Walaupun Putrajaya adalah sebuah bandar pentadbiran yang indah, moden, mengkagumkan dan bertaraf kelas pertama tetapi tanpa di sangka masih ada kakitangannya yang berminda lekeh umpama kelas ketiga, terutama berkaitan dengan makanan.

Jika selalu kita dengar yang membungkus makanan atau "tapau" selepas jamuan adalah kalangan kakitangan rendah seperti kerani dan setaraf dengannya, itupun untuk mengelakkan makanan itu terbuang begitu saja, rupa-rupanya fenomena "tapau" ini juga menjadi habit di kalangan bos-bos, orang atasan dan yang bergelar Datin sekali pun.

Di sebuah jabatan yang terkenal di Putrajaya di mana kerap mengadakan mesyuarat-mesyuarat penting melibatkan kepentingan negara, penyedia makanannya bukanlah syarikat katering biasa tetapi adalah daripada sebuah hotel yang berbintang-bintang tarafnya.

Setiap kali diadakan mesyuarat, bos di jabatan tersebut selalunya akan mengarahkan kakitangannya membuat tempahan yang lebih daripada jumlah kehadiran.

Misalnya, jika yang hadir mesyuarat seramai 20 orang, maka akan diminta membuat tempahan makanan untuk 30 orang daripada hotel tersebut.

Maknanya, 20 hidangan untuk keperluan mesyuarat manakala yang 10 lagi itu ialah untuk keperluan peribadi bos bergelar Datin itu. Sudah tentu semua bil jamuan itu dibayar melalui peruntukan kerajaan.

Apa yang lebih menjengkelkan, bos yang popular dengan gelaran "Datin Tapau" itu juga mahukan bahagiannya itu dibungkus dalam bekas berasingan dan dihantar kepadanya lebih awal sebelum mesyuarat bermula.

Ini menyebabkan kakitangan jabatan berkenaan dan petugas katering seringkali kelam-kabut setiap kali menyediakan makanan di jabatan tersebut kerana terpaksa memenuhi dua keperluan dalam satu masa.

Tetapi oleh kerana Datin tersebut merupakan bos di jabatan itu, maka kehendaknya terpaksa dituruti tanpa banyak soal sama ada kakitangan bawahannya atau pun petugas katering.

Cerita "Datin Tapau" ini bukan saja sudah menjadi bualan di kalangan kakitangan jabatan berkenaan tetapi juga di antara sesama petugas hotel yang ditugaskan menyediakan makanan itu.

Mereka kadangkala hairan bila ketikanya "Datin Tapau" itu mahu menjamah makanan yang "disonglap secara licik" dengan menggunakan duit kerajaan itu dan adakah kesemua makanan itu untuk keperluannya bersama kawan-kawannya ataupun mahu dibawanya pulang untuk hidangan ahli-ahli keluarganya?

Apa yang merisaukan petugas hotel berkenaan juga ialah hidangan yang ditapau itu bukan saja hidangan makan tengahari atau minum petang, bahkan termasuk juga hidangan sarapan pagi.

Mereka bimbang, jika hidangan sarapan pagi misalnya jika dibawa pulang ke rumah oleh Datin tersebut setelah tamat waktu pejabat, ianya mungkin terdedah kepada keracunan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Sepertimana yang disebut tadi, cerita membungkus atau membawa balik makanan mungkin menjadi lumrah di kalangan kakitangan bawahan, tetapi tentulah agak luar biasa jika di kalangan bos-bos yang bergelar Datin juga berperangai sama. Nafsu rupa-rupanya tidak mengenal rupa, darjat, kedudukan dan harta.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN 

Gunting Pembedahan Bersarang di dalam Perut Selama 12 Tahun

Posted: 16 Dec 2014 06:30 PM PST


Gunting Operasi Bersarang di Perut Karp Ponomaryov Selama 12 Tahun
Mirror
Gunting bersarang di perut Karp Ponomaryov selama 12 tahun.



TRIBUNNEWS.COM, ASTANA - Sebuah hasil rontgen menunjukkan tindakan kurang berhati-hati seorang pakar bedah yang meninggalkan gunting di dalam perut seorang lelaki di Kazakhstan. Lebih mengerikan lagi, ternyata gunting ini telah bersarang didalam perutnya selama 12 tahun.

Dilansir dari Mirror, Selasa (16/12/2014), kejadian ini bermula ketika lelaki itu,   Karp Ponomaryov, menjalani pembedahan 12 tahun yang lalu. Namun, lelaki berusia 53 tahun ini sering merasa kesakitan di sekitar perutnya setelah makan.
Sering merasakan sakit perut yang aneh, maka Karp memeriksakan kondisinya ke doktor. Setelah dilakukan pemeriksaan, hasil rontgen memperlihatkan sebilah gunting bedah bersarang di dalam perutnya.

Gunting bedah sepanjang 20 sentimeter ini diketahui sengaja ditinggalkan oleh staf pakar bedah di dalam perutnya setelah operasi yang dilakukannya 12 tahun lalu.
"Saya belum pernah melihat hal seperti ini, peralatan bedah tertinggal di dalam perut. Seharusnya doktor yang melakukan pembedahan ketika itu dapat melihatnya dan mengambil gunting tersebut," ujar dr Baurzhan Aybaev.

Namun Karp tidak ingin saman rumah sakit yang membedahnya ketika itu. Dia hanya meminta agar mereka mengambil gunting itu dari dalam perutnya. (Cesariana Sitanggang)
 

ISU Hudud kembali disuarakan oleh DAP.

Posted: 16 Dec 2014 06:00 PM PST

MEMBENARKAN UMNO TERUS BERKUASA BERERTI KITA MELAMBAT-LAMBATKAN PERLAKSANAAN HUDUD

 

Hakikatnya DAP memang sejak dahulu tidak pernah bersetuju dengan Hudud dan kita orang-orang Islam terutamanya dari PR sudah lama sedar akan perkara ini.

Maka, tidaklah memeranjatkan jika DAP ulang semula pendiriannya. Apakah kita perlu gundah gulana?

Hudud bukan perjuangan PAS semata-mata tetapi itu adalah hak umat Islam sejagat.

Di negara kita ini, sesiapa yang mengaku berugama Islam tidak kira di pihak mana ideologi politik mereka wajib menyokong Hudud.

Menolak Hudud secara mutlak dan total hukumnya Kafir. Bagaimana mahu laksanakan Hudud?

Aku teringat kata-kata YB Hanipa Maidin (AJK PAS Pusat) bahawa sekiranya beliau diberi pilihan samada Putrajaya atau Hudud, pasti beliau memilih Putrajaya. Apakah Hanipa menolak Hudud secara total atau Hanipa menghina hukum Hudud?

Tentu tidak. Beliau memilih pendekatan untuk mara ke Putrajaya terlebih dahulu kerana Hudud mustahil boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa kuasa di Putrajaya. Ertinya, wajib ke Putrajaya. Solat itu wajib, mahu solat perlu kepada pakaian menutup aurat.

Ertinya, berusaha mencari pakaian itu hukumnya wajib juga. Itu satu pendekatan yang dipilih oleh Hanipa.

Mungkinkah ada pendekatan lain tanpa ke Putrajaya kita boleh laksanakan Hudud? Jika ada, silakan kita pilih pendekatan itu.

Ertikata lain, berbeza pendekatan itu adalah hikmah di dalam Islam untuk melaksanakan cita-cita Islam.

Siapa yang mempunyai pendekatan yang terbaik, yang lebih licin, teratur dan pantas untuk merealisasikan hukum Hudud itu, maka itulah orang yang bijaksana.

Sesiapa yang mempunyai pendekatan yang jauh, kurang teratur dan penuh dengan ranjau untuk melaksanakan Hudud, mereka tidak salah tetapi kurang bijak berbanding yang tadi.

Aku samasekali membantah DAP jika DAP menentang perlaksanaannya, tetapi aku boleh saja terima sekadar DAP tidak bersetuju kecuali yang Islam di dalam DAP menolak juga Hudud maka hukumnya tetap Kafir.

Apakah kerana DAP tidak bersetuju maka kita harus hentikan usaha untuk melaksanakannya? Tidak mungkin.

Kewajipan kita mesti diteruskan tetapi alangkah bijaknya jika kita berjaya tunjukkan kepada DAP bahawa Islam itu Syumul, bukan Hudud sahaja. Jika di dalam aspek lain yang mudah dilaksanakan pun kita gagal tunjukkan pada DAP, mana mungkin DAP lebih yakin dengan Hudud?

Pendapat peribadi aku, apakah salah jika kita usahakan dulu tuntutan Islam yang lebih universal dan majmuk yang dipersetujui semua sementara kita terus menyediakan persediaan ke arah perlaksanaan Hudud?

Maknanya, lakukan tuntutan Islam yang lain di dalam masa yang sama Hudud terus dipersiapkan. Jangan tinggalkan Hudud hanya kerana kita ingin mengamalkan tuntutan Islam yang lain.

DAP mungkin akan terima Hudud di satu ketika nanti apabila kita berjaya buktikan bahawa Islam itu Syumul dan banyak perkara yang boleh menguntungkan semua serta memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama. Sehubungan itu, jangan kita mudah melatah dengan karenah lama DAP ini.

Adakah kita sanggup membenarkan Umno terus berkuasa hanya kerana DAP berbeza sikap dengan kita tentang Hudud? Membenarkan Umno terus berkuasa bererti kita membantu melambat-lambatkan Hukum Hudud ini dari dilaksanakan.


Dicatat oleh WFAUZDIN NS 

VIDEO - Anwar sudah bagi peringatan kpd Najib isu kewangan

Posted: 16 Dec 2014 05:30 PM PST


Umno Pulau Pinang Berpecah Kerana Isu 1MDB?. Saksikanlah

Posted: 16 Dec 2014 04:45 PM PST

Terperangkap dalam keadaan yang janggal apabila timbalan ketuanya membuat laporan polis terhadap dana kekayaan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Umno Bahagian Batu Kawan semalam menjelaskan kedudukan mereka kepada presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata, ahli jawatankuasa bahagian itu bertemu perdana menteri menyatakan yang mereka tidak terlibat dalam laporan polis Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada Jumaat lepas di Kuala Lumpur.

Katanya, bahagian itu cuba menghubungi Najib, yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, selepas Khairuddin membuat laporan polis, yang mendorong siasatan dimulakan terhadap syarikat yang dibebani hutang itu.

Bahagian ini tidak terlibat sama sekali dan ahli jawatankuasanya memberi jaminan kepada perdana menteri yang mereka menyokong cara beliau mengendalikan ekonomi negara dan 1MDB," katanya kepada media tanpa memberi maklumat lanjut tentang pertemuan itu.

Zainal, yang bercakap pada satu program bantuan rumah persekutuan di Kampung Sungai Kechil Bintang di Nibong Tebal berkata, jawatankuasa bahagian itu melakukan carian dalam talian mengenai 1MDB dan mendapati yang laman web lembaga itu mempunyai jawapan kepada isu yang dibangkitkan Khairuddin.

"Mereka berpuas hati dengan maklumat yang mereka dapat. Jawatankuasa itu berkata, mereka akan menulis kepada lembaga itu jika mereka mempunyai pertanyaan mereka sendiri."Ini bagus. (Ia menunjukkan) kerajaan telus dan tiada apa hendak disembunyikan. Sesiapa yang tidak berpuas hati boleh tulis surat dan tanya soalan," katanya.

Zainal berkata, ahli jawatankuasa bahagian Batu Kawan juga akan berbincang dengan Khairuddin mengenai perkara itu. 


~malaysian insider

BANGSAT??? SAYA WAKIL RAKYAT,DIA SIAPA?

Posted: 16 Dec 2014 04:00 PM PST

Khairy Jamaluddin berkata banyak kumpulan telah melakukan serangan terhadap dirinya pada masa lalu, justeru adalah tidak penting tentang apa yang ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali fikirkan tentang dirinya.

"Saya mungkin telah melakukan sesuatu yang betul apabila dikritik oleh Perkasa dan kumpulan-kumpulan tertentu yang lain," katanya.
"Saya dituduh bersifat perkauman seperti, ada yang kata saya terlalu melindungi orang Melayu ketika dalam ucapan saya (baru-baru ini) di Perhimpunan Agung Umno.


"Sekarang, Perkasa memanggil saya bangsat kerana saya dikatakan tidak melindungi orang Melayu.
"Jadi, apabila ada dua pihak mengkritik saya, saya mungkin melakukan sesuatu yang betul," kata Ketua Pemuda Umno, tidak mahu memperbesarkan serangan Ibrahim terhadap dirinya ketika menyampaikan ucaptama pada persidangan tahunan kelima Perkasa, Ahad.
Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, ditanya oleh pemberita pada Isnin tentang perasaan beliau apabila dipanggil bangsat oleh bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.
"Saya tidak rasa apa-apa. Saya tidak akan berbuat apa-apa. Apa yang dia kata tidak penting kepada saya.
"Saya seorang wakil rakyat (wakil rakyat). Dia siapa? " tanya Khairy.
Terdahulu, Khairy menyaksikan majlis menandatangani satu siri perjanjian persefahaman yang melibatkan kementeriannya, Kumpulan UEM, Nilai Springs Resort Sdn Bhd dan Nilai Springs Bhd.


Lantak Hangpa

Apakah sultan dan raja-raja Melayu lebih mulia daripada agama Allah?

Posted: 16 Dec 2014 03:30 PM PST

Apakah sultan dan raja-raja Melayu lebih mulia daripada agama Allah 

Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang matang berfikir tertanya-tanya dan mula membicara disamping mempersoalkan apakah pentingnya institusi raja-raja Melayu. Apakah institusi tersebut benar-benar memberi faedah kepada agama Islam, kepada bangsa Melayu dan kepada rakyat Malaysia seluruhnya?

Saya kiranya andai benar kesemua raja dan sultan Melayu bersikap jujur dalam pemerintahan mereka dan ikhlas dalam merealisasikan peranan mereka sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negara, rakyat harus diberi kebebasan untuk mendebatkan apa saja isu yang terkait dengan institusi tersebut.

Islam, agama Allah, sejarah para Nabi dan Rasul masih boleh dibincang dan diperdebatkan. Maka, timbul persoalan; Apakah sultan dan raja-raja Melayu lebih mulia daripada agama Allah dan para Nabi sehingga tidak dibenarkan untuk diperdebatkan secara terbuka?

Kesemua sultan dan raja Melayu seharuskan sedar bahawa tanpa rakyat, raja tiada ertinya. Sebaliknya tanpa raja, rakyat masih boleh hidup, maju dan bertamadun. Bukti jelas, banyak negara membangun dan negara maju tidak mempunyai raja atau sultan.

Bicara Minda ini tidak sama sekali bermaksud untuk memperkecilkan Institusi Raja-Raja Melayu. Untuk tujuan kefahaman rakyat dan persefahaman antara raja dan rakyat, saya menyarankan agar perbincangan ilmiah secara terbuka dan bebas berkaitan peranan dan keberkesanan Institusi Kesultanan Melayu wajar disemarakkan!

Salam Takzim dan Salaam Persaudaraan Islam.

Sofi - Kerajaan Rakyat.

Mukhriz Benarkan Pertandingan Ratu Cantik Di Langkawi

Posted: 16 Dec 2014 08:00 AM PST

 
ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Negeri Kedah menyifatkan penganjuran Miss Tourism International: Show Extravaganza di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi pada 17 Disember sebagai bukti sikap pragmatik Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mencampuradukkan segala kegiatan sama ada makruf atau mungkar.

"Kami percaya, perkara ini langsung tidak dirujuk kepada pihak Mufti terlebih dahulu. Sedangkan semasa awal pentadbiran Datuk Seri Mukhriz, logo rasmi negeri Kedah pun dirujuk kepada pihak Mufti," sindir Setiausaha Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.

Ujar beliau, acara seperti ini hakikatnya langsung tidak mewakili budaya, identiti dan simbol masyarakat negara ini.

Malah katanya, tidak juga membawa keuntungan ekonomi yang nyata melalui urusan perniagaan atau pelancongan tempatan, selain tidak meluaskan hubungan dengan banyak pihak kecuali golongan berkepentingan.

Paling utama tegasnya, penganjuran itu menyalahi hukum syarak dan melanggar fatwa berkaitan dengannya.

Demikian itu tegas Ustaz Ahmad, tidak ada kewajaran yang nyata dan perlunya acara tersebut diadakan di Langkawi khususnya dan di Malaysia amnya.

"Apatah lagi dengan imej ketimuran serta pelbagai penganjuran tahunan bertaraf dunia seperti 'Musabaqah Al-Quran' hingga meletakkan negara ini dengan julukan 'Negara Islam' contoh.

"Lebih malang, Langkawi Permata Kedah yang pernah diusahakan sebagai pulau pelancongan berakhlak dan dibatasi serta dikurangkan unsur maksiat terhadapnya semasa diketuai oleh mantan Menteri Besar, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak kini dicemari semula dengan imej-imej sedemikian.

"Malah, penganjuran program seperti ini bukan kali pertama sejak Kedah kembali ditadbir Barisan Nasional, apabila sebelum ini membenarkan penganjuran Pesta Muzik Planet Eupe di Sungai Petani melibatkan artis antarabangsa yang juga tidak sesuai dengan masyarakat setempat," katanya pada satu kenyataan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.

Menurutnya, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah melihat, jika sekiranya 'trend' ini tidak ditangani, bermakna Kedah akan terus menjadi tumpuan program seumpamanya yang dilihat mempunyai pelbagai agenda tersirat.

Secara khusus dakwanya, program seperti itu tentunya mengundang kesan sosial terutama kepada anak-anak muda yang selama di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Azizan telah dibawa kepada bimbingan yang berakhlak dan mendewasakan.

"Oleh itu, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah mendesak Mukhriz agar menetapkan pendirian sebenar terhadap jati diri rakyat negeri Kedah yang diacukannya untuk masa hadapan dan bukan hanya menumpukan kepada projek mega angan-angannya.

"Dewan Ulama PAS Negeri Kedah juga menggesa pihak berkuasa agama negeri agar tidak berdiam diri, sebaliknya memandang serius perkara ini serta melihat pelbagai kemungkinan pada masa hadapan agar ia segera ditangani sebelum membarah," ujar kesal.

– HARAKAHDAILY



Tak mohon maaf, Rafizi masih tunggu saman Najib

Posted: 16 Dec 2014 07:15 AM PST

 
 
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli masih belum mendengar apa-apa daripada peguam yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
 
Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, memandangkan sekarang adalah akhir tahun, mungkin semua orang bercuti.
 
Bagaimanapun, ahli parlimen Pandan berpandangan bahawa tiada alternatif untuk Najib dan Rosmah selain menyamannya.
 
Menurut Rafizi, surat tuntutan guaman dari Najib dan Rosmah menyatakan beliau perlu meminta maaf dalam tempoh 14 hari dan tempoh itu akan tamat pada 28 Disember.
 
"Mungkin mereka sedang menunggu sama ada saya akan ubah fikiran," katanya sambil ketawa.
 
Sementara itu, Rafizi berkata beliau bersedia untuk berdepan dengan perdana menteri dan isteri di mahkamah.
 
Minggu lalu, Rafizi melalui peguamnya menjawab bahawa beliau akan mempertahankan kenyataannya di mahkamah, dengan berhujah bahawa kenyataannya adalah berasas dan adil.
 
Pada 4 Disember, Najib dan Rosmah menghantar surat tuntutan guaman kepada pemimpin PKR itu berhubung ucapannya pada 23 November di mana beliau bercakap tentang subsidi bahan api dan cincin berlian yang didakwa dibeli untuk Rosmah.
 
 
Malaysiakini

PAS bantah acara ratu cantik di 'pulau ratu'

Posted: 16 Dec 2014 06:30 AM PST

 
PAS membantah penganjuran acara ratu cantik "Miss Tourism International: Show Extravaganza", yang dijadual berlangsung di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi esok.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar, berkata PAS kecewa dengan kerajaan negeri yang membenarkan program yang "tidak membawa budaya sihat" kepada masyarakat itu.

"Menteri besar (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) perlu menyatakan pendirian jelas terhadap program ini.

"Ia sama sekali bercanggah dengan imej yang cuba ditonjolkan seperti (program) Kedah Berselawat, dan cuba gambarkan beliau seorang Islamik," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, penganjuran program itu juga mempamerkan sikap tidak sensitif dengan tragedi melibatkan MH17 dan MH370.

Beliau yang juga ketua penerangan PAS berkata, Langkawi tidak perlu kepada acara seperti itu kerana pulau itu sendiri sudah bersifat "ratu" dan mampu menarik pelancong.

"Atau adakah Langkawi di bawah pentadbiran Datuk Mukhriz sudah tiada tarikan?" soal beliau.

Program itu anjuran bersama Berjaya Langkawi Resort dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Seramai 62 finalis dari seluruh negara mengambil bahagian. 
 
 
Malaysiakini. 
 

MB Azmin: Rujuk pada penasihat undang-undang

Posted: 16 Dec 2014 05:45 AM PST

 
Menteri Besar Azmin Ali berkata, beliau telah menasihatkan pihak pengurusan baru Perbadanan Menteri Besar (MBI) merujuk kepada penasihat undang-undang negeri berhubung isu bayaran pampasan kontroversi RM2.6 juta kepada bekas staf menteri besar sebelum ini.

"Itu sedang dirujuk kepada penasihat undang-undang siapakah yang perlu diambil tindakan," katanya. 

Azmin berkata, dalam pertemuan dengan pihak pengurusan MBI pagi tadi, beliau juga mencadangkan supaya beberapa tindakan turut diambil.

"Tindakan perlu diambil kerana beberapa perkara itu memang tidak dipatuhi," kata Azmin ketika ditemui pemberita di Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun, Azmin berkata sebarang tindakan perlu ditentukan oleh penasihat undang-undang.

"Itu (tindakan) biarlah mereka berbincang dengan penasihat undang-undang," kata Azmin.

Ditanya siapakah yang akan dikenakan tindakan, Azmin hanya berkata: "Itu kena bincang dengan penasihat undang-undang".

Ditanya sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dipanggil untuk disiasat, Azmin berkata perkara itu kini sedang dirujuk kepada penasihat undang-undang.

Sebelum ini, lapan pegawai Khalid yang dilantik MBI dilaporkan menerima bayaran pampasan bernilai RM2.6 juta. 
 
Pembayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Khalid sebelum Azmin mengambil alih jawatan menteri besar. 
 
Bagaimanapun, laporan audit yang dibentangkan di DUN Selagor pada 3 Disember lalu mendapati, berlaku kesalahan dari segi tatacara dan prosedur pembayaran pampasan itu. 
 

Malaysiakini
CATATAN SEPINTAS LALU SEMPENA 100 HARI NIK NAZMI NIK AHMAD MENJADI KETUA AMK MALAYSIA. Kemenangan yang di pertikaikan kerana dicemari dengan keraguan 1 Disember yang lalu genap 100 hari Nik Nazmi Nik Ahmad menjawat ketua sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat atau dalam istilah parti dirujuk sebagai Angkatan Muda KEADILAN (AMK). Dalam pemilihan parti yang memakan masa hampir lima bulan, Nik Nazmi telah diumum sebagai pemenang dalam pertandingan tiga penjuru di antara beliau dengan Amirudin Shari dan Mohd Nazree Yunus. Amirudin Shari, wakil rakyat Batu Caves yang bergandingan dengan Dr. Afif Bahardin dari Pulau Pinang dilihat mendahului Nik Nazmi sejak dari awal proses pemilihan dan pasangan regu ini dijangka berpeluang besar untuk menang oleh kebanyakan anggota parti. Kedua-duanya merupakan calon yang diketahui memiliki sokongan kuat di peringkat akar umbi serta lebih disenangi oleh anggota AMK jika dibandingkan dengan Nik Nazmi dan regu beliau Chang Lih Kang yang dilihat bersifat elit dan tidak popular di kalangan anggota bawahan. Walaubagaimanapun, sehari sebelum Kongres AMK ke-10 berlangsung pada 22 Ogos yang lalu, pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) telah mengumumkan kemenangan Nik Nazmi di dalam pertandingan tersebut. Nik Nazmi diumumkan menang setelah JPP mengambilkira keputusan pengundian dari cabang Pensiangan yang dilaporkan telah dicemari dengan unsur penipuan, rasuah dan penyelewengan kertas undi. Kontroversi melibatkan cabang Pensiangan ini bermula setelah proses pemilihan di cabang tersebut yang dijalankan pada bulan Mei 2014 telah dibatalkan oleh pihak JPP tanpa sebarang sebab. Keputusan undian dalam pemilihan tersebut telah menunjukkan sokongan hampir 100% kepada calon Timbalan Presiden iaitu Azmin Ali, Amirudin Shari dan calon Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin. Namun demikian, pemilihan semula di cabang tersebut yang diadakan pada bulan Julai 2014 telah menyaksikan peralihan sokongan yang cukup mengejutkan! Keputusan undian dalam pemilihan semula di cabang Pensiangan menujukkan sokongan 100% menyebelahi calon Timbalan Presiden iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Nik Nazmi dan Rodziah Ismail (calon Ketua Wanita). Ia jauh berbeza dengan trend sokongan dalam pemilihan awal dua bulan sebelum itu. Beberapa aduan yang dilaporkan kepada pihak JPP telah mendakwa wujud pelbagai salahlaku dan penyelewengan sepanjang proses pemilihan semula namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil oleh JPP. Susulan dari itu, sebaik sahaja Nik Nazmi diumumkan sebagai Ketua AMK yang baharu pada 22 Ogos 2014, hampir separuh dari para perwakilan dilaporkan meninggalkan dewan dalam Kongres AMK ke-10 baru-baru ini. Ini diikuti dengan tindakan hampir 17 daripada 25 barisan kepimpinan AMK yang baru dipilih turut bertindak turun dari pentas serta meninggalkan dewan sebaik Nik Nazmi memulakan ucapan sulung beliau sebagai Ketua AMK. Protes terbuka oleh para perwakilan serta pimpinan AMK yang baharu ini secara jelas menunjukkan bahawa mereka tidak mengiktiraf Nik Nazmi sebagai Ketua AMK yang dikatakan 'dimenangkan' hasil campurtangan pimpinan tertinggi parti yang bimbang dengan penguasaan proksi Azmin di dalam AMK. Apa yang lebih menyulitkan Nik Nazmi adalah hampir 80% barisan kepimpinan baharu AMK didominasi oleh pasukan yang bergerak bersama Amirudin. Dr. Afif (Timbalan Ketua AMK) beserta tiga Naib Ketua dan 15 orang Ahli Majlis Pimpinan Pusat merupakan dari pasukan AMK Baru yang dipimpin oleh Amirudin dalam kempen pemilihan parti. Ini memaksa Nik Nazmi merayu sokongan dan kerjasama mereka. Susulan insiden memalukan pada hari pertama beliau sebagai Ketua AMK, difahamkan kepimpinan tertinggi parti telah mengarahkan Nik Nazmi bersama barisan kepimpinan baharu AMK mengadakan sidang media pada keesokan harinya sebagai tanda solidariti dan permulaan kerjasama untuk memulihkan semula imej Nik Nazmi yang terjejas teruk. Dalam sidang media tersebut, ke semua pihak telah bersetuju untuk mencapai perdamaian dan mengenepikan perbezaan serta bekerjasama demi masa depan AMK dan parti. Kepimpinan yang lemah dan membelakangkan semangat musyawarah Segalanya kelihatan tenang dan normal sebaik sidang media bersama di antara Nik Nazmi dengan barisan kepimpinan AMK yang baharu. Apa yang tidak diketahui adalah pada sebelah malamnya telah berlangsung mesyuarat tidak rasmi yang pertama di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya. Di dalam mesyuarat tersebut, Nik Nazmi dilaporkan telah bersikap emosi dan menyatakan kekesalan beliau terhadap tindakan majoriti pimpinan AMK yang bertindak turun pentas dan keluar dewan sebaik beliau memulakan ucapan sulung. Beliau turut menyifatkan bahawa insiden tersebut merupakan perkara yang memalukan sepanjang hidupnya serta mencalarkan hati dan perasaan isterinya. Di sebalik semua itu, Dr. Afif dilaporkan telah memohon maaf secara terbuka bagi pihak Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) AMK yang telah bertindak keluar dewan dan juga menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan Nik Nazmi dan pasukannya. Walaubagaimanapun Nik Nazmi menolak tawaran mereka dan mempersoalkan kesetiaan mereka. Dengan tegas beliau menyatakan bahawa beliau tidak mempercayai seorang pun di kalangan barisan kepimpinan yang sebelum ini bersama dalam pasukan Amirudin. Tindakan Nik Nazmi ini mencetuskan ketegangan dan pertikaman lidah. Namun demikian, keputusan tetap diambil bahawa kerjasama di masa hadapan perlu dicapai atas semangat musyawarah dan muafakat dengan mengenepikan sebarang perbezaan. Tidak sampai seminggu selepas sidang media bersama yang diadakan ketika kongres parti, pada 7 September 2014, Nik Nazmi telah bertindak secara unilateral dengan mengumumkan pelantikan ahli-ahli MPP AMK (atas kuota lantikan yang diperuntukkan) menerusi satu kenyataan media di laman blog beliau. Apa yang mengejutkan adalah beliau telah membuat pengumuman tersebut satu jam sebelum mesyuarat rasmi pertama Majlis Pimpinan Pusat AMK. Lebih mengejutkan adalah Timbalan Ketua AMK Dr. Afif sendiri pun tidak dirujuk oleh Nik Nazmi sebelum mengumumkan pelantikan bahkan ada di kalangan ahli-ahli MPP AMK yang dilantik dikatakan bukan anggota KEADILAN! Keputusan beliau melantik 15 orang ahli MPP AMK yang baharu tanpa persetujuan mesyuarat telah dibantah keras oleh ahli-ahli MPP AMK yang dipilih menerusi proses pemilihan. Mesyuarat pada hari tersebut telah berlangsung dalam suasana kecoh dan tegang. Berlaku jerit menjerit dan cemuh-mencemuh di dalam mesyuarat. Lantaran gagal mengawal mesyuarat, Nik Nazmi bangun dan meninggalkan mesyuarat dengan bersahaja.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Empat Sebab Mengapa Mahathir Mau Jatuhkan Najib

Posted: 16 Dec 2014 05:00 AM PST


4 ALASAN UTAMA MENGAPA MAHATHIR BEGITU BERSUNGGUH-SUNGGUH MAU MENJATUHKAN NAJIB, KINI TERSEBAR DI ALAM MAYA.

Sudah pun menjadi pengetahuan umum betapa semakin hari semakin kencang dan garangnya Tun Dr Mahathir Mohamad dan kuncu-kuncunya termasuk Tun Daim Zainuddin dengan bantuan dari PERKASA dan blogger-blogger pentaksub dan pemuja tegar beliau menyerang Dato' Seri Na
jib Tun Razak untuk memberi tekanan agar berundur dari jawatan Perdana Menteri.

Walaupun mengaku sehingga kini tiada lagi calon dari UMNO yang benar-benar dilihat layak serta mampu mengalas jawatan sebagai Presiden UMNO dan seterusnya sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir masih juga dengan sikap degil keras kepalanya mau juga agenda menggantikan Najib diteruskan at all cost.

4 alasan yang kini berlegar di alam maya yang boleh diterima akal logik adalah seperti berikut:-

1) Tindakan Najib tidak memberikan sokongan kepada anak Mahathir, MB Kedah Mukhr
iz Mahathir dalam perebutan salah satu jawatan Naib Presiden UMNO semasa pemilihan UMNO yang lalu. Najib secara terbuka menyatakan tidak akan menyokong mana-mana pemimpin sebaliknya menyerahkan kepada ahli-ahli akar umbi dalam menetukan siapa yang mereka mau pilih untuk menjadi Naib-Naib Presiden UMNO .. ramai penganalisis politik negara berpendapat tindakan Najib itu mengguris amat hati Mahathir sedangkan tindakan Najib bolehlah dilihat sebagai pemimpin yang berpendirian tidak mau mencampuri urusan dan pilihan hati akar umbi suatu tindakan yang pernah diambil oleh Mahathir ketika beliau menerajui UMNO dulu .. tetapi apabila kena dengan darah daging sendiri sikap dan pendirian tidak memihak sudah berganjak.

2) Keengganan Najib memenuhi kemahuan dan kehendak Mahathir yang satu dunia sudah tahu iaitu meneruskan projek buah hatinya Jambatan Bengkok menghubungkan Johor Bahru -Singapura .. dulu Pak Lah menjadi mangsa salah satu alasan perdananya ialah Pak Lah terus membatalkan rancangan pembinaan Jambatan Bengkok ini .. sudah pasti Najib mempunyai alasan-alasan tertentu tertumanya segi kewangan dan keperluan mendesak sedangkan Causeway dan Jambatan Kedua sedia ada sudah pun mampu menampung aliran trafik antara Johor Bahru dan Singapura.

3) Permintaan Mahathir agar Najib memberi suntikan modal lebih RM1.6 biilio kepada Proton dimana beliau menjadi Pengerusinya juga dikatakan salah satu punca utama mengapa Mahathir cukup naik angin satu badan dengan Najib .. apa lagi Mahathir mau .. bukankah kroninya Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary DRB Hicom telah pun berjaya mengambil alih kepentingan Proton???? ..

Masih tidak berpuas hati lagi kah ... mau paksa dana awam digunakan untuk perniagaan syarikat kroninya?????

4) Daim Zainuddin ada mempunyai bank yang beroperasi di Tanzania yang dikenali International Bank of Malaysia .. difahamkan permohonan diminta kepada Najib agar menggunakan kedudukkan dan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri meminta Malayan Banking @ Maybank ambil alih kepentingan bank berkenaan namun Najib enggan menurut sebaliknya menyerahkan kebijaksanaan Maybank untuk membuat keputusan sendiri sama ada viable dan menguntungkan jika pengambil alihan itu berlaku .. keengganan Najib ini dikatakan bukan sahaja membuat Mahathir terguris hati malahan Daim pun cukup marah katanya.

Tidaklah dapat dipasti dan disahkan akan alasan-alasan yang kini berlegar di alam maya sahih maupun sekadar tuduhan liar tetapi peratusan yang mempercayainya amatlah tinggi sekali.

Jika benar inilah punca dan alasan mengapa Mahathir begitu garang menyerang Najib maka jelas sekali ianya merupakan suatu masalah peribadi apabila kehendak dan kemahuan tidak dipenuhi.

Omak kau!!!

VIDEO - KETUA KAMPUNG GANGSTER

Posted: 16 Dec 2014 04:15 AM PST

 


 
VIDEO: sebarkan dan saksikanlah,....KETUA KAMPUNG JIMAH LAMA, Sendayan, Negeri Sembilan(biasalah orang UMNO),...datang secara tiba tiba dan sergah rombongan PKR (yang diwakili oleh AMK Cabang Rasah,Seremban dan PD serta..

Adun Port Dickson Yb Ravi dan Ketua Cabang Rasah Encik Tangam) yang datang ke kampungnya untuk menolong sebuah keluarga yang susah. 

Wartawan dari akhbar Sinar Harian pun ada untuk buat liputan.Sebelum nie ketua kampung tidak pedulikan langsung susah perit keluarga tersebut,..tetapi datang menghalau kami,..

'100 hari MB, Azmin masih dibelenggu'

Posted: 16 Dec 2014 03:45 AM PST

 
 
Menjelang 100 hari pentadbiran Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor, beliau harus keluar daripada bayang-bayang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata penganalisis politik.

Ketua kluster politik Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Mustafa Ishak berkata, menjelang seratus hari pentadbirannya minggu depan, hala tuju baru Selangor masih belum jelas.

"Biasanya 100 hari ialah masa untuk suara pemimpin yang baru dilantik. Nampaknya dia dibelenggu oleh satu pihak lain. Dia masih tidak keluar dari kepompong guru politik dia.

"Dia kelihatan masih tidak dapat membebaskan diri daripada pengaruh Anwar," katanya.

Mustafa (kanan) berkata Azmin dengan mengikut telunjuk Anwar, yang menurutnya tidak sihat serta tidak menunjukkan keupayaannya mentadbir.

"Ini tidak baik untuk menjadi seorang menteri besar yang berwibawa.

"Dan kalau dia (Azmin) bercita-cita mahu menjadi menteri besar yang lebih berjaya daripada Tan Sri Khalid, dia mesti memperlihatkan keupayaan dan keberaniannya.

"Sehingga kini, untuk memperlihatkan keupayaan dan keberanian dia belum terserlah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

'No komen' memanjang

Mustafa juga melihat kepimpinan Azmin seolah-olah lari daripada menyelesaikan isu apabila sering mengelak soalan pemberita.

"Tak nampak secara jelas pendekatan yang dia akan ambil dan ada berapa isu yang dia lebih banyak tempelak (orang) daripada memberikan satu jawapan yang bersifat jelas.

"Dia tidak komited, jawapan (beliau) nampak seperti kurang memberikan komitmen dalam perkara itu.

"Dia no comment (tiada komen) memanjang dan mengelakkan diri daripada memberikan jawapan yang jelas, sikap dan pendirian dia dalam beberapa isu di Selangor," katanya. 
 
 
 
 
Malaysiakini

Penjelasan Pelakon Putri Mardiana isu di tangkap khalwat Kita Bantai

Posted: 16 Dec 2014 03:00 AM PST




Nampaknya identiti pelaku khalwat bergelar selebriti yang menjadi bualan ramai semalam bukanlah satu rahsia lagi apabila pelakon Putri Mardiana tampil memberikan kenyataan beliau tentang apa sebenarnya yang berlaku sehingga terjadinya insiden tangkapan khalwat.

Bercakap kepada Malaysian Digest Putri Mardiana menjelaskan yang beliau dan lelaki bernama Ejump itu sudah pun merancang untuk berkahwin tidak lama lagi. Semuanya hanya menunggu sahnya penceraian lelaki itu dengan isteri sebelum ini di mahkamah.
"Saya ke mahkamah tadi kerana kes perceraian teman lelaki saya. Hari ini kami ambil surat cerai Ejump dan syukur kes itu sudah selesai. Teman lelaki saya bukan lagi suami orang dan selama ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu"


"Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau tiada aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun depan," jelasnya.

Pelakon ini turut menjelaskan ketika kejadian tangkapan itu berlaku, teman lelakinya itu baru hanya menghantar dirinya pulang sebelum masuk sebentar untuk minum air.

"Kemudian JAIS datang dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. Kami tidak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami tidak buat apa-apa. Kami pun masih dalam keadaan berbaju lengkap. Saya siap jemput JAIS minum dan mereka jadi serba salah," jelasnya.

Putri Mardiana turut mendakwa serbuan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke rumahnya sengaja dirancang bekas teman lelakinya.
"Apa yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana orang tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya. Namun, saya tahu dan kenal dengan pihak yang merancang perkara ini (ditangkap khalwat)"
"Saya sebenarnya diĆ¢€™prank bekas teman lelaki saya & juga dapat tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri Ejump. 
Mereka bersepakat kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat," jelas pelakon ini panjang lebar. Credit Roti Kaya


Read more: http://www.kitabantai.info/2014/12/penjelasan-pelakon-putri-mardiana-isu.html#ixzz3M2xgYWB8

MASIH RELEVAN KAH.....TUAN HJ ANWAR IBRAHIM DALAM KANCAH POLITIK MALAYSIA MASA KINI ..???

Posted: 16 Dec 2014 02:15 AM PST

Saya Tak Rela BN Kalah - Bekas Pengerusi SPR

Posted: 16 Dec 2014 01:45 AM PST



Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengingatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar jangan salah anggap dengan kenyataannya semalam menggesa Putrajaya tidak berbohong kepada rakyat.

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata apa yang dikatakanya dalam mesyuarat agung Perkasa semalam adalah kerana mahu Barisan Nasional (BN) terus berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

"Jangan serang saya kerana cuba bangkitkan sesuatu yang boleh menjatuhkan kerajaan.

"Saya penyokong kuat BN. Saya tidak mahu kerajaan ini jatuh kerana tiada kerajaan lain boleh memberikan pentadbiran lebih baik dari kerajaan ini," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

- tmi

Tuan Ibrahim calon pilihan ganti Hadi dalam PAS, kata firma kajian Oleh Zulkifli Sulong,

Posted: 16 Dec 2014 01:00 AM PST

Jika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berundur, calon yang popular menggantikan beliau adalah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana tidak ada calon lain meskipun naib presiden popular Datuk Husam Musa, yang boleh menewaskan ahli Parlimen Marang itu jika berlaku pertandingan satu lawan satu.

Inilah maklum balas awal diperolehi daripada satu kajian yang dibuat di kalangan perwakilan dan akar umbi PAS.

Pengerusi Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisomudin Bakar memberitahu The Malaysian Insider, Tuan Ibrahim adalah calon popular dalam penemuan awal kajian terbaru yang dilakukan firmanya di kalangan perwakilan PAS seluruh negara yang kini menyelesaikan kajian di Perlis, Kedah dan juga Johor.

Perwakilan masih percaya Hadi akan akan berjaya mengekalkan jawatannya jika kerusi itu dipertandingkan, katanya. Walaupun pertelagahan semakin meningkat dalam parti Islam itu, cadangan menukar kepimpinan masih tidak realistik, kata Hisomudin, meskipun jika Timbalan Presiden Mohamad Sabu atau Husam yang mencabar beliau.

"Kajian kami menunjukkan pengaruh Hadi masih kuat dan dia akan kekal sebagai presiden. Kalau berlaku perubahan pun di peringkat timbalan dan naib. "Husam, Mat Sabu atau Ahmad Awang tidak akan berjaya mengalahkan beliau," kata Hisomuddin.

Hasil kajian ini diperolehi selepas beberapa bulan PAS mengadakan Muktamar ke-60 di Batu Pahat yang menyaksikan Hadi mengambil sikap menyerang pihak tidak bersependapat dengannya dalam parti ekoran pertelagahan di kalangan Pakatan Rakyat dalam kerusi menteri besar Selangor.

Hisomuddin berkata, kajian itu menunjukkan ahli PAS mahu komposisi kepimpinan parti dikekalkan dengan gabungan antara profesional dan ulama.

"Kebanyakan menolak kumpulan yang terlalu ekstrem sama ada di kalangan ulama yang mahukan kepimpinan PAS dikawal ulama sepenuhnya atau kumpulan ekstrem profesional yang mahukan golongan itu mengawal kepimpinan PAS.

"Mereka mahukan gabungan antara kedua-duanya dikekalkan," kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insider.

Hisomudin berkata atas dasar itulah, mereka mahukan pemimpin seperti Tuan Ibrahim, merujuk kepada naib presiden PAS yang juga pesuruhjaya PAS Pahang yang juga seorang ulama. Kajian Ilham Centre itu disokong veteran PAS Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Beliau berkata, semua pihak dalam PAS perlu menerima calon kompromi untuk membolehkan PAS terus maju ke depan.

"Saya suka mencadangkan satu calon kompromi yang tidak akan dipersetujui semua pihak tetapi tidak akan ditolak semua pihak iaitu Tuan Ibrahim," kata Wan Rahim. Wan Rahim berkata, kepada Hadi, diminta menerima realiti yang melanda parti itu sekarang.

"Saya yakin presiden sendiri tidak akan terima pencalonan kali ini kerana sayangnya kepada PAS dan kalau dia dapat melihat senario semasa secara realistik saya yakin dia tidak akan terima pencalonan dan usulkan Tuan Ibrahim atau calon seumpamanya untuk mengambil alih parti," kata Wan Rahim, bekas Speaker DUN Kelantan itu.

Wan Rahim berkata, suasana yang ada dalam PAS sekarang memerlukan semua pihak menerima kompromi dan tidak mengulangi sejarah perpecahan PAS yang sangat teruk pada 1982. "Kalau diterima sedialah untuk maju ke depan.

Kalau ditolak sedialah untuk mengulangi sejarah 1982 di mana PAS berpecah dua dan kita ambil masa 30 tahun lagi untuk sampai ke tahap ini," katanya yang yang dipertua PAS kawasan Kota Baru.

Wan Rahim mempunyai pengalaman peribadi dalam peristiwa perpecahan PAS 1982 apabila kepimpin Datuk Asri Muda dipertikaikan sebahagian ahli dan pimpinan PAS. Ketika itu, katanya, ahli PAS diberikan dua pilihan sama ada bersama presiden dan orangnya atau parti keseluruhannya.

"Di kawasan saya, Kota Baru, daripada 24 AJK PAS kawasan, 16 menyokong bersama presiden dan lapan lagi termasuk saya sebagai ketua pemuda kawasan ketika itu menyokong bersama parti," katanya. Selepas perpecahan itu, katanya, PAS terpaksa dibina semula dan memerlukan masa 30 tahun untuk sampai kepada tahap yang ada sekarang ini.

Wan Rahim berkata, PAS tidak boleh menerima perpecahan sekarang walaupun ada teori agar PAS menurut jejak langkah Turki yang memecahkan parti Islamnya kepada dua iaitu AKP dan Saadet. AKP yang progresif berjaya memerintah Turki sehingga sekarang selepas menang pada percubaan pertamanya pada 2002 manakala Saadet yang dikira konservatif menjadi parti pembangkang yang kecil kini.

"Suasana di Turki lain dan saya yakin sukar untuk kita mengikut jejak langkah AKP di Malaysia. PAS tidak sedia untuk berpecah," katanya. –

16 Disember, 2014.


Posted by mountdweller