Ahad, 14 Disember 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Siapa Janda Artis Filem Ngangkung Ini Ditangkap Khalwat? - Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 14 Dec 2014 10:45 PM PST

 INILAH kondominium yang menempatkan kediaman pelakon wanita yang ditangkap khalwat bersama pasangannya oleh penguat kuasa JAIS di Ukay Perdana, Hulu Klang semalam.





HALAMAN HIBURAN

SEORANG pelakon berstatus janda berusia 33 tahun yang sinonim dengan filem seram pernah membintangi filem Ngangkung, dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa selepas dipercayai berkhalwat bersama pasangannya di sebuah kondominium, Ukay Perdana dekat sini, awal pagi tadi.

Tangkapan dilakukan dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3.23 pagi ini kediaman pelakon itu berdasarkan maklumat orang awam.

Sumber berkata, kedua-dua pasangan berkenaan ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram.

Difahamkan, pelakon mempunyai tiga anak itu dilaporkan pernah membintangi beberapa filem tetapi cukup sinonim dengan filem seram dan watak hantu serta membintangi sebuah filem yang berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8 juta dan menerima pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada 2011.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan 3.44 pagi dan menyerahkan kes itu kepada JAIS untuk siasatan lanjut.

Sedikit mengenai filem Ngangkung

Ketika ditayangkan di pawagam, filem Ngangkung berjaya mencipta sejarah dalam industri perfileman Malaysia apabila menjadi filem tempatan pertama yang jumlah kutipannya mencecah paras RM8 juta di seluruh pawagam tempatan. Laporan jumlah kutipan RM8.15 juta dalam lima minggu tayangan (hingga 23 Disember 2010), termasuk RM7.8 juta dalam masa 20 hari sahaja.

Sekaligus memecah rekod Adnan Sempit yang meraih RM7.7 juta dalam masa lebih kurang sebulan, sebagai filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Atas pencapaian ini, filem Ngangkung dicatatkan dalam Malaysian Book of Records sebagai "Filem Box-Office Tertinggi 2010" untuk edisi tahun 2011.

PengarahIsmail Bob Hasim
PenerbitDavid Teo
LakonanShaheizy SamAngah Raja LawakAzad
Negara Malaysia
BahasaBahasa Malaysia

 


- (rtky/m)

Tiada hudud, kenalpasti PM jika Pakatan mahu ke Putrajaya, kata Guan Eng - OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 14 Dec 2014 10:00 PM PST

 

Lim Guan Eng dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tiga dan empat dari kanan) bersama pemimpin PKR dan DAP lain di Persidangan Nasional DAP di Subang Jaya, hari ini.

Lim Guan Eng dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tiga dan empat dari kanan) bersama pemimpin PKR dan DAP lain di Persidangan Nasional DAP di Subang Jaya, hari ini

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Pakatan Rakyat (PR) perlu beri jaminan tidak melaksanakan hudud serta akan mengenalpasti bakal perdana menteri sekiranya mahu memenangi pilihan raya akan datang.

Berucap pada Persidangan Nasional DAP 2014 di Subang Jaya hari ini, ketua menteri Pulau Pinang itu berkata dalam usaha menunjukkan pembangkang mempunyai suara sama, pendirian tidak melaksanakan hukum Islam itu perlu jelas dinyatakan.

"Pakatan perlu buktikan kita boleh mentadbir lebih baik, ini dapat dilakukan dengan dasar yang jelas.

"Jangan kita ulangi krisis menteri besar Selangor lagi, jangan rakyat lihat ada kenyataan bercanggah dalam PR," katanya pada persidangan bertemakan "Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing".

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, PR perlu mempunyai calon perdana menteri yang jelas untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Dalam PRU14, kita hanya akan menang jika kita ada calon perdana menteri dari PR.

"Perlu ada pendirian tegas, kerajaan PR di Putrajaya tidak akan melaksanakan undang-undang hudud. Itu mesti jelas sama sekali.

"Saya menyeru semua pemimpin PR menyatukan kuasa propgresif untuk mengalahkan Umno," katanya.

Selain itu, Lim turut memberi jaminan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, DAP akan tetap setia menanti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan hukuman penjara atas kesalahan meliwat.

"Kita mengutuk tindakan terhadap Anwar," katanya, merujuk kepada ketua umum PKR itu.

"Di sini saya ingin memberi jaminan kepada Kak Wan, sekiranya Anwar masuk penjara, jangan bimbang, kita akan tunggu sampai beliau keluar penjara," katanya, merujuk Dr Wan Azizah.

Lim berkata, demi melunaskan hutang mereka kepada 52% sokongan pengundi yang memilih PR dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), BN perlu ditumbangkan.

"Umno mesti dikalahkan, tapi kalau kita nak menang, kita mesti dapatkan sokongan pengundi pertengahan.

"Itulah hutang kita kepada 52% pengundi rakyat Malaysia yang sokong PR. Kita mesti bayar balik dengan menang PRU14," kata Lim lagi. – 14 Disember, 2014.

 


www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

Khalid Samad, Mat Sabu, harapan PAS dalam Pakatan, kata DAP Perak - OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 14 Dec 2014 09:15 PM PST


Pemimpin PAS Dr Hatta Ramli bersama pimpinan DAP di Persidangan Nasional DAP di Subang Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Disember, 2014.Pemimpin PAS Dr Hatta Ramli bersama pimpinan DAP di Persidangan Nasional DAP di Subang Jaya, hari ini. 

Pemimpin PAS seperti Mohamad Sabu dan Khalid Samad masih berupaya menjadi suara Pakatan Rakyat (PR) dalam parti Islam itu meskipun terdapat segelintir pemimpin mereka tidak sebulu dengan kepimpinan pembangkang, kata wakil DAP Perak, Wong Kah Wah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning ketika berbahas di Persidangan Nasional DAP 2014 di Subang Jaya, berkata, masalah yang timbul daripada krisis dalaman PR bukan berpunca dari PAS, sebaliknya daripada segelintir pimpinan mereka.

"Kita tahu kita ada masalah, ia bukan masalah PAS sendiri, tetapi segelintir pemimpin PAS.


"Kita masih ada Mat Sabu, Khalid Samad, itulah harapan kita dalam PAS," katanya.
  Beliau berkata, tiada perkara mustahil dalam politik untuk berhadapan dengan kedegilan segelintir kepimpinan PAS.

"Dengan ada segelintir pimpinan PAS yang degil, tetapi saya percaya dalam politik kita akan berhadapan 'mission impossible' tapi tiada yang 'impossible' dalam politik," katanya.

Beliau turut menyeru pemimpin yang gagal mematuhi keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi PR melepaskan jawatan dalam parti yang diwakili mereka.

"Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat perlu bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali dan keputusan itu wajib dihormati.

"Mana-mana pemimpin yang ingkar, keputusan itu, harus berundur dan tidak layak memimpin parti itu," katanya di hadapan 938 perwakilan DAP.

Beliau berkata, masih ada peluang bagi PR bersatu menentang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

"Saya berasa terpanggil untuk berbahas kerana saya rasa masih ada harapan, masih ada peluang mengekalkan silaturrahim kita untuk berhadapan BN.

"Mungkin antara kita, termasuk pemimpin kita hilang keyakinan PR akan berterusan untuk menggantikan BN," katanya.

Hanya dengan kekuatan dalaman PR, katanya, BN akan mampu untuk ditewaskan.

"Saya percaya di Perak, atau di Malaysia, sampai hari ini, kita percaya dengan hubungan erat ketiga-tiga parti, kita mampu menewaskan BN," tambahnya.

Malah, beliau turut mengakui, melalui perbincangan tertutup, PR Perak berjaya menyelesaikan beberapa isu berhubung pembangkang di Perak.

"Bukan saja pemimpin PAS Perak seperti Nizar, kita juga ada anak-anak buah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya merujuk kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

"Tetapi melalui perbincangan formal dan tidak formal, kita berjaya mendesak kenyataan bersama dikeluarkan," katanya. – 14 Disember, 2014.


The Malaysia Insider.

Sekarang masa untuk bekerja, kata Azmin kepada kritikan Chegubard

Posted: 14 Dec 2014 08:30 PM PST


 

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (gambar) menegaskan beliau kini akan menumpukan kepada kerja untuk rakyat dan tidak berminat lagi untuk bermain politik.
"Sekarang masa saya bekerja untuk rakyat, enough of politicking," kata Azmin kepada pemberita hari ini ketika ditanya komen beliau terhadap serangan berterusan yang dibuat bekas calon PKR, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard terhadap beliau.

Terbaru, Badrul membangkitkan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor daripada PKR yang didakwa menarik balik sokongan mereka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Beliau mempersoalkan kenapa tindakan tidak diambil ke atas mereka.

"Kita ada banyak program dalam Belanjawan Selangor 2015 yang perlu dilaksanakan dan saya tidak mahu belanjawan yang baik di atas kertas gagal diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaannya.

"Saya dan pasukan perlu bekerja keras memastikan semua yang dirancang untuk rakyat berjaya dilakasana. 

Cukup-cukuplah berpolitik, saya nak maju ke hadapan. Ingatlah, rakyat sudah letih dengan politik seperti ini," kata Azmin kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Sumbangan Bantuan Program Kembali ke Sekolah anjuran Pekawanis di Dewan Megawati, hari ini, lapor Selangorkini.

Sebelum ini, Badrul antara lain mendakwa lima orang Adun Selangor menarik balik sokongan ke atas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beberapa hari sebelum Azmin dilantik sebagai menteri besar.

Pada 12 Disember lepas, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa Badrul menghentikan kritikan ke atas Azmin dan membiarkan menteri besar itu menjalankan tugasnya.

"Jika ada aduan, Badrul boleh rujuk kepada Jawatankuasa Disiplin.

"Badrul berhak untuk mengadu tapi bagi kes ini, beliau perlu beri ruang kepada Azmin untuk jalankan tugas sebagai MB," kata Anwar. – 14 Disember, 2014.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

ALFATIHAH......... Seniman legenda filem Melayu, Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia.

Posted: 14 Dec 2014 08:29 PM PST

 
 Astro Awani | Kemas kini: Disember 15, 2014

(Diterbitkan pada: Disember 15, 2014 09:49 MYT)

Seniman legenda filem Melayu, Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia
Allahyarham Mustapha Maarof mula mencipta nama melalui filem Hang Tuah dan merupakan antara pelakon lelaki kacak yang menjadi pujaan ramai ketika itu. -  

KUALA LUMPUR: Hero legenda filem Melayu era Studio Jalan Ampas dan Cathay Keris, Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia pada Isnin di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.

Allahyarham yang berusia 79 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.40 pagi akibat komplikasi masalah paru-paru.

Jenazah akan disempurnakan di Masjid Bandar Baru Sentul sekitar pukul 10.30 pagi dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang bersebelahan pusara isterinya, Roseyatimah.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.

Allahyarham dimasukkan ke Pusat Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL)  pada 25 November lalu kerana mengalami kesukaran bernafas sebelum dipindahkan menjalani rawatan di Wangsa Maju.

Dilahirkan pada 1 Januari 1935, hero legenda ini cukup terkenal dengan lakonannya sebagai tunggak utama di dalam filem Bawang Putih Bawang Merah, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Naga Tasik Chini, Detik 12 Malam, Keris Sempena Riau, Sumpah Pontianak dan banyak lagi.

Allahyarham menjejakkan kaki ke Cathay Keris Film di Singapura sekitar tahun 1955 dan kerjaya seninya bermula dengan filem Pendekar Bujang Lapok.

Mustapha mula mencipta nama melalui filem Hang Tuah dan merupakan antara pelakon lelaki  kacak yang menjadi pujaan ramai ketika itu.

Antara yang terbaru, seniman lagenda ini telah membintangi filem 1957 Hati Malaya (2007) dan Lembing Awang Pulang Ke Dayang pada tahun (2009).

Berasal dari di Kuala Lumpur, Allahyarham Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azahari Maarof pernah menerima Anugerah Veteran dalam Festival Filem Malaysia ke-10 dan Anugerah Tokoh Perfileman Finas 2010.

Isterinya, Allahyarham Roseyatimah telah terlebih dahulu pulang ke rahmatullah pada 14 Disember 1987.

Seniman negara ini meninggalkan tiga anak, menantu dan tujuh cucu.

Zar Ali IV Ali's photo.Isteri Almarhum Mustapha Maarof adalah Seniwati Arwah Roseyatimah yang lebih dahulu kembali kerahmatullah pada tahun 1987. Mereka meninggalkan TIGA ORANG ANAK dan TUJUH ORANG CUCU.

Tak Perlu Terima Kasih, Bawa Balik Bangkai Pesawat MH17 – Dr Mahathir

Posted: 14 Dec 2014 07:00 PM PST


Dr Mahathir Isu Pondan Kuala Lumpur – Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad mempersoalkan keputusan tidak melibatkan Malaysia dalam siasatan tragedi MH17.
 
"Pesawat itu milik Malaysia, begitu juga juruterbang, kru serta beberapa penumpang adalah rakyat Malaysia. 

Tapi Malaysia dengan berat hati dibenarkan turut serta dalam siasatan bangkai pesawat yang ditemui. Malah bangkai pesawat itupun tidak dibawa pulang ke Malaysia.

"Memang betul, jumlah terbesar penumpang adalah rakyat Belanda tetapi, di bawah undang-undang apakah pesawat itu milik Belanda?" soalnya dalam entri terbaru dalam blog chedet.cc

Beliau turut menyebut kotak hitam pesawat yang diserahkan kepada pihak berkuasa Belanda dan Britain, sedangkan kotak itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia.

"Apa yang saya tahu, kotak hitam mengandungi rakaman pita atau elektronik perbualan dan bunyi beberapa minit sebelum nahas. Apakah kita tidak mampu untuk mendengar rakaman berkenaan? Apakah cuma Belanda dan Britain saja yang mampu?"

Dr Mahathir berkata Malaysia tidak perlu rasa berterima kasih kerana adalah hak Malaysia untuk membawa balik bangkai pesawat ke tanah air dan diperiksa di bawah pemerhatian rakyat Malaysia.

"Lagipun Malaysia yang disaman oleh keluarga mangsa," katanya dan menambah persoalan turut timbul apa yang menyebabkan tragedi itu berlaku.

Beliau menyoal sama ada perkara yang disembunyikan di sebalik tragedi berkenaan.

"Mari kita cuba tembak peluru berpandu ke arah pesawat di udara. Benarkah peluru berpandu yang ditembak dari atas tanah tidak akan meninggalkan jejak asap? 

Saya memerhatikan peperangan di Syria menentang militan IS, dan setiap kali peluru berpandu dilepaskan, pasti ada asap tebal, api dan bunyi bising.

"Tetapi nampaknya tidak ada sesiapa yang nampak peluru berpandu dilepaskan atau jejak asap. Mungkin ini peluru berpandu senyap tanpa asap Russia," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir turut mempersoalkan bagaimana Amerika Syarikat begitu cepat mengetahui bahawa peluru berpandu Rusia digunakan dalam tragedi ini.

"Saya masih ingat lagi apabila kapal perang Amerika Syarikat melepaskan peluru berpandu ke atas pesawat komersial Iran. Apakah mereka tersalah tembak atau langsung tidak mengendahkan nyawa mereka yang bukan rakyat Amerika Syarikat?

"Kini, kalau dirumuskan peluru berpandu Russia digunakan untuk menembak jatuh MH17, Amerika Syarikat telah melakukan sekatan ekonomi terhadap Russia.

"Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) nampaknya bersungguh-sungguh untuk berperang dengan Russia. Pembunuhan kerabat diraja menyebabkan Perang Dunia Pertama, perkara kecil begini sudah cukup untuk melancarkan pembunuhan beramai-ramai," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir turut menyentuh mengenai penerbangan MH370, yang masih belum ditemui walaupun sudah sembilan bulan berlalu.

"Di mana MH370? Apakah ia telah hancur lumat seperti pesawat yang menghentam bangunan Pentagon dan di Pennsylvania? Langsung tiada bangkai?" soalnya.


Suara TV

Ratusan staf tinggalkan Media Prima.....??

Posted: 14 Dec 2014 06:15 PM PST

Ratusan staf syarikat kumpulan media terbesar di Malaysia, Media Prima Bhd akan meninggalkan syarikat tersebut minggu depan melalui satu skim perpisahan.

Kakitangan dari semua peringkat syarikat tersebut, termasuk wartawan dan pegawai pengurusan tertinggi, menerima tawaran itu.

Antaranya adalah ketua redaksi berita mandarin NTV7 dan 8TV, Tan Chin Tuan; editor eksekutif hal ehwal semasa bahasa Mandarin, Tan Boon Kooi; serta seorang lagi editor eksekutif, Tham Chooi Foong, menurut sumber.

Ketiga-tiganya merupakan pemimpin utama di bahagian berita dan hal-ehwal semasa bahasa Mandarin di ntv7 dan 8TV.

Seorang pembaca berita NTV7, Melissa Ong dalam tulisan di Facebook turut mengesahkan bahawa permohonannya untuk mengambil skim tersebut diluluskan oleh Media Prima.

Para kakitangan yang mengambil skim tersebut akan menamatkan khidmat mereka pada hari Isnin, menurut sumber.

Menurut laman webnya, Media Prima menyatakan bahawa syarikat itu memiliki kepentingan 100 peratus dalam TV3, 8TV, NTV7 dan TV9.

Media Prima juga memiliki 98 peratus kepentingan dalam The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP).

Kumpulan berkenaan turut memiliki akhbar Berita Harian dan Harian Metro serta tiga stesen radio – Fly FM, Hot FM dan One FM.


Malaysiakini.


'Proksi': Khairuddin Abu Hassan mengamuk! 1MDB: 'Tarik balik tuduhan saya proksi veteran UMNO'

Posted: 14 Dec 2014 05:30 PM PST

'Proksi': Khairuddin Abu Hassan mengamuk! 1MDB: 'Tarik balik tuduhan saya proksi veteran UMNO' - Khairuddin Astro Awani |Kemas kini:

1MDB: 'Tarik balik tuduhan saya proksi veteran UMNO' - Khairuddin KHAIRUDDIN: Tarik balik kenyataan yang saya seorang 'proksi', atau berdepan tindakan saman. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: "Tarik balik tuduhan saya 'proksi' veteran UMNO yang ditugaskan untuk membangkitkan isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB)." Itu amaran Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan kepada Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO,

Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan menyifatkannya sebagai fitnah yang tidak berasas. "Memang jika hendak dibandingkan saya dengan dia, ibarat bumi dan langit, sangat jauh.

"Tetapi (saya) hendak beri amaran kepadanya supaya menarik balik kenyataan (bahawa) saya adalah seorang 'proksi', saya tidak teragak-agak untuk menyamannya jika ia berulang," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Khairuddin mengulas kenyataan Tajuddin yang memintanya tidak membuat tuduhan melulu terhadap tanggungjawab pemimpin parti dalam isu syarikat pelaburan negara 1MDB.

Kata Khairuddin, veteran parti berkenaan disifatkan tidak memerlukan seorang 'proksi' sepertinya jika mempunyai misi untuk 'menjatuhkan' 1MDB seperti yang didakwa Tajuddin. "Perjuangan ini berteraskan prinsip.

Saya berjuang seorang diri dan tidak perlukan tangan ghaib, lagipun saya hanya seorang kerdil sahaja," jelasnya. Ujarnya, kenyataan Tajuddin yang menyatakan sudah berjumpa peringkat tertinggi syarikat dan parti mengenai isu 1MDB turut diragui.

"Jika sudah jumpa, mengapa tidak diperjelaskan kepada rakyat, mengapa tidak buat penerangan secara terbuka mengenai isu ini?"
katanya.

Jelasnya lagi, setiap pandangan Tajuddin sebelum ini sentiasa dihormati walaupun pernah berada di pihak pembangkang.

Katanya lagi, laporan polis yang dibuatnya hanya meminta pihak berkenaan menyiasat dana 1MDB dan bukannya Presiden UMNO atau sesiapa di peringkat tertinggi parti.

"Inilah masalah pemimpin UMNO, bila sudah cakap hendak melenting. Kenapa tiba-tiba baru sekarang hendak melenting?" katanya.

Posted by mountdweller

Kenapa Haji Hadi melalut dan merepek sejak akhir-akhir ini...?

Posted: 14 Dec 2014 04:45 PM PST

 

Aku tidak akan jemu untuk mengulang-ulang perkara ini......
Al-Soal : Kenapa Haji Hadi begitu marah kepada Anwar....?

Al-Jawab : Kerana PKR memecat keahlian Khalid Ibrahim.....!

Al-Soal : Kenapa Haji Hadi beria-ria mempertahankan Khalid Ibrahim...?

Al-Jawab : Kerana Haji Hadi sudah berjanji kepada Khalid Ibrahim dan Sultan bahawa selagi dia jadi Presiden PAS, dia akan pastikan Khalid kekal sebagai MB Selangor.

Al-Soal : Apa muslihat Haji Hadi, sebenarnya....?

Al-Jawab : Menurut Dr Zuhdi dalam whatsapp JKKP, PAS merancang untuk bergabung dengan UMNO dan mewujudkan kerajaan campuran di Selangor, serta mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai MB, lalu ingin menjadikan PKR dan DAP sebagai pembangkang....

Al-Soal : Kenapa pengkhianatan yang dirancang itu gagal...?

Al-Jawab : Rancangan jahat itu digagalkan oleh tindakan 2 Adun PAS yang tandatangan SD menyokong Wan Azizah, menyebabkan gabungan PAS+UMNO+TSKI tidak mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

Al-Soal : Apakah benar 2 orang Adun itu telah belot kerana keluar PAS dan masuk PKR....?

Al-Jawab : Tidak sama sekali...! YB Shaari Sungip dan YB Hasnol hanya menyatakan sokongan kepada Wan Azizah untuk jadi MB.... Tidak ada pembelotan sama sekali.

Al-Soal : Justeru, kenapa Haji Hadi begitu marah sehingga menuduh PKR curi Adun PAS....?

Bahkan 2 Adun itu dituduh menjadi barua....! Al-Jawab : Haji Hadi pun tak faham kedudukan sebenar..... Tidak dapat dipastikan samada Haji Hadi hanya menurut kata orang bawahan yang bodoh, atau Haji Hadi sendiri yang tak cerdik.

Al-Soal : Apa maksud Haji Hadi bila dia mengatakan tak mahu bawa orang PAS masuk neraka jahanam kalau PAS membiarkan Wan Azizah jadi MB...?

Al-Jawab : Tiada siapa pun yang tahu... Haji Hadi sendiri pun tidak mahu menjelaskan, mungkin dia sendiri pun tak faham apa yang dia kata. Al-Soal :

Kenapa Haji Hadi melalut dan merepek sejak akhir-akhir ini...?

Al-Jawab : Kerana hasratnya untuk menggabungkan PAS dengan UMNO telah gagal dan niat jahatnya untuk mengkhianti PKR dan DAP tidak kesampaian.... Sebab itu dia menaruh dendam kesumat terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat. Al-Soal : Terimakasih atas jawapan....

Nanti kalau ada soalan lain, saya tanya lagi. Al-Jawab : Sama-sama... Ya, silakan. ~ Abe Awang Malaya

al-Husseyn

UMNO - APAKAH KAU MASIH DI SAYANGI

Posted: 14 Dec 2014 04:00 PM PST


Apakah dengan kehadiran pemimpin seperti ini 
akan menenggelamkan UMNO?

PAU 2014 yang baru melabohkah tirai meninggalkan banyak kenangan dan bayangan yang mana UMNO sudah mula menampakan " ketidak " percayaan ahli serta perwakilan kepada pertubuhan kepercayaan sendiri. Rasa keperluan menulis apa yang berlaku di PAU mungkin boleh menjadi persoalan apakah UMNO itu masih " releven " untuk terus memerintah Malaysia.

Ucapan dan pandangan dari sama ada perwakilan mau pun pemimpin sudah tidak menampakkan daya juang mereka, dengan ini jelas sekali daya juang dan semangat untuk kebangkitan UMNO itu amat tidak diberikan ruang. Kita dapaat perhatikan daya juang  sangat kurang, daya usaha yang boleh menjurus kepada kebangkitan UMNO yang mungkin dianggap semakin layu.

Sejak dari PRU 11 permulaan kemerosotan sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO, tidak ada nampak usaha-usaha yang bersungguh-sungguh dan yang berkesan untuk memulihkan kemerosotan itu.

Hingga kini UMNO/BN boleh dikatakan seperti "telur di hujung tanduk". Ini telah diakui sendiri oleh TPM dalam ucapan nya -jika undi/sokongan terhadap UMNO/BN menurun 2% maka kerajaan yang di terajui oleh UMNO ini boleh tumbang.

Pada hemat kita, UMNO sukar untuk kembali gemilang selagi masih ada pemimpin-pemimpin yang 'bermasalah' berada dipucuk pimpinan UMNO. UMNO harus dibersihkan dengan cara mengeluarkan semua pemimpin-pemimpin yang 'bermasalah' ini secara total.

Tugas paling berat seterus nya ialah mengembalikan sokongan dari kaum bukan Melayu terutamanya kaum cina dan india untuk bersama Barisan Nasional. UMNO/BN akan terus menghadapi jalan sukar jika masalah2 ini masih gagal diatasi. 
 
Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA

CARIAN...

Berhenti tipu rakyat, kata bekas pengerusi SPR kepada Najib

Posted: 14 Dec 2014 12:41 PM PST



Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman meminta pemimpin Melayu hari ini berhenti daripada menipu rakyat dan membantu kaum Melayu sedaya upaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa, hari ini.

Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.


"Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan," katanya.

Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.

"Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat," katanya.

Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.

"Mereka (Umno) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya.

Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang "betul".

- tmi

K'jaan digesa kembalikan biasiswa pada Melayu

Posted: 14 Dec 2014 06:00 AM PST

 
 
PERKASA hari ini mendesak kerajaan untuk mengembalikan biasiswa penuh kepada seluruh pelajar berbangsa Melayu.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, parti Umno sebagai parti yang membela nasib Melayu seharusnya mengembalikan biasiswa penuh kepada pelajar Melayu.

"PERKASA dengan lantang mendesak kembalikan hak biasiswa orang (pelajar) Melayu (sebanyak) 100 peratus.

"Tidak ada guna kalau Umno bercakap soal hak orang Melayu dengan menjerit memekik soal hak orang Melayu tetapi biasiswa anak-anak Melayu semakin hari makin terhakis.

"Anak-anak Melayu yang menuntut di Indonesia dan Mesir bukan saja mereka tak dapat biasiswa hatta pinjaman dari institusi kerajaan, jadi kita menuntut dikembalikan hak biasiswa ini.

"Jika ini tidak dipulihkan, keyakinan rakyat kepada Umno akan terus terhakis," katanya dalam sidang media selepas memberikan ucapan dasar di Persidangan Agung tahunan ke-5 PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.
 
 
Malaysiakini

Pencarian MH370 mungkin selesai Mei ini

Posted: 14 Dec 2014 05:15 AM PST

 
 
Pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 melibatkan kawasan seluas 60,000 kaki persegi di dasar laut selatan Lautan Hindi dilaporkan mungkin selesai Mei ini.

Pegawai Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetahui berhubung pencarian itu, memberitahu Perth Sunday Times bahawa tiga kapal dalam pencarian besar-besaran itu sudah menjelajah dua pertiga daripada zon keutamaan carian.

Pencarian itu kini sudah berjalan sembilan bulan sejak pesawat itu hilang ketika dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Kawasan carian 1,200 kilometer di Barat Daya Perth itu dilihat paling mungkin untuk menemui pesawat itu.
 
 
Malaysiakini

Rampasan buku Kristian dirujuk pada DPP

Posted: 14 Dec 2014 04:30 AM PST

 
 
Polis Johor telah merujuk kes rampasan 30 kitab gita puja yang dirampas oleh paderi Katolik kepada timbalan pendakwa raya (DPP).

Timbalan CID Johor Dennis Lim mengesahkan bahawa beliau kini menunggu arahan lanjut sama ada ia patut dipulangkan atau sebaliknya.

"Kertas siasatan sudah dirujuk kepada DPP untuk arahan lanjut," kata Lim kepada Malaysiakini.

"Mereka mempunyai bidang kuasa dan pengetahuan sama ada ia sebuah kesalahan atau tidak."

The Malaysian Insider melaporkan bahawa naskhah kitab berjudul Mari Kita Memuji Allah Kita dirampas daripada paderi Cyril Mannayagam pada 5 Disember.
 
  
Malaysiakini

Bayaran BR1M 4.0 Bermula Hujung Januari, Kata Menteri

Posted: 14 Dec 2014 03:45 AM PST

 


Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 (BR1M 4.0) akan dilaksanakan bermula hujung Januari depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau meminta pemohon baharu bantuan itu membuat permohonan segera manakala penerima sedia ada perlu mengemas kini semula maklumat peribadi sebelum tarikh tutup pada 31 Disember ini.

"Pemohon baharu (BR1M) perlu membuat permohonan segera sebelum tarikh tutup pada 31 Disember, kemudian kita akan proses untuk melihat mereka yang layak sebelum pembayaran dibuat hujung Januari ini.

"Bagi penerima sedia ada mereka perlu mengemas kini maklumat kerana sukar untuk kita beri pampasan kepada waris penerima yang meninggal dunia kerana mereka tidak letak nama pewaris pada borang," katanya.

Dengan mengambil kira peningkatan hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang akan dilaksanakan April 2015 dan kemampuan fiskal, kerajaan mengumumkan BR1M dinaikkan untuk semua kategori penerima.

Kadar BR1M dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kadar BR1M dinaikkan daripada RM450 kepada RM750.

BR1M akan dibayar pada Januari, Mei dan September. – Bernama, 14 Disember, 2014. POST BY :  



BLOG TAUHU SUMBAT

PUNCA MP UMNO UMUM MASUK PKR TERSEBAR!!!

Posted: 14 Dec 2014 03:00 AM PST


Sama pentas dengan Ambiga, Nur Jazlan difitnah keluar UMNO


Nur Jazlan Mohamed

Spekulasi Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang viral di Facebook adalah fitnah semata-mata.

Sumber paling rapat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu mendakwa fitnah berkenaan disebarkan oleh bloggers UMNO yang tidak berpuas hati dengan Nur Jazlan selepas kehadirannya dalam Forum 'Freedom of Expression Under Treat' semalam.

Ia kerana dalam forum itu Nur Jazlan berkongsi pentas bersama Pengerusi Hak Asasi Manusia (Hakam), Datuk S. Ambiga.

"Datuk (Nur Jazlan) sudah mengetahui perkara ini tetapi beliau malas hendak melayan spekulasi yang memburukkan namanya kerana ia dilakukan oleh bloggers UMNO sendiri.

"Percayalah Datuk sangat setia dengan UMNO, mustahil dia keluar UMNO. Itu saya sangat yakin," katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi malam tadi.

MalaysiaGazette gagal mendapatkan komen daripada Nur Jazlan yang selalunya mudah untuk dihubungi.

Sebaliknya, sumber itu memberitahu, Nur Jazlan akan bersama Pemuda UMNO, ke London pada malam Isnin ini untuk menghadiri program UMNO Luar Negara.

Selain beliau, Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Armizan Ameer; Setiausaha Eksekutif Pemuda UMNO, Zaidel Baharuddin dan Exco Pemuda, Sheikh Nafiq Sheikh turut menyertai program KataKita UK Tour 2014.

Rombongan itu juga akan berada di London, Cardiff, Nottingham, Manchester dan Liverpool sehingga 21 Disember ini bagi Forum Kepimpinan Pelajar dan Sesi Teh Tarik.

Spekulasi yang viral di Facebook itu mendakwa Nur Jazlan bakal mengisytiharkan keluar UMNO dan menyertai PKR Isnin ini dan disebut-sebut bakal dilantik sebagai Naib Presiden PKR. - MalaysiaGazette

Peringatan Dari PERKASA Kepada PM Najib ?

Posted: 14 Dec 2014 02:15 AM PST

 NAJIB DI HINA LAGI

KOMENTAR

hina yang paling hina ialah dapat amaran dari ibrahim ali

kalau amaran dari polis kalau amaran dari sprm

kalau amaran dari polos paris tidak lah satu penghinaan

Kurangkan lawatan luar sebelum hilang jawatan, kata Perkasa kepada Najib

Perkasa menasihatkan Najib Razak agar mengurangkan lawatan ke luar negara dan mula menumpukan isu dalam negara sebelum beliau kehilangan jawatan dan kerajaan.

"Saya ingin menasihatkan Perdana Menteri untuk mengurangkan perjalanan keluar negara. Saya tahu ia adalah urusan rasmi dan pemimpin negara lain juga terpaksa berbuat demikian.

"Elok untuk keluar negara, dan kerana saya masih sayang, sila kurangkan trip dan mula fokus kepada isu-isu dalam negara ini sebelum anda (Najib) kehilangan jawatan dan kerajaan," kata Ibrahim Ali di Pusat Islam di Kuala Lumpur pagi ini.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kurangkan-lawatan-luar-sebelum-hilang-jawatan-kata-perkasa-kepada-najib#sthash.ANxdikOx.dpuf


KAH KAH KAH

woit kah kah kah ini dah gila tok heng beri amaran pada mat mongol
kah kah kah

woit tok heng tak tahu ke mat mongol takut bini rosmah nak shopping
mana mat mongol berani halang
kah kah kah

KAH KAH KAH


Posted by Tukar Tiub 

Hudud: Nasrudin gesa Putrajaya beri ruang kepada Kelantan guna media perdana Oleh Syed Mu'az Syed Putra

Posted: 14 Dec 2014 01:30 AM PST

 Post Pic
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan menggesa Putrajaya menyediakan platform bagi membantu kerajaan negeri Kelantan memberi penerangan berhubung pelaksanaan hudud menerusi media arus perdana.

Wakil rakyat PAS ini menegaskan kerajaan perlu memberi ruang agar penerangan berkenaan hudud dapat disampaikan secara meluas dan terperinci.

Ini kerana jelas Nasrudin, kerajaan PAS Kelantan tiada capaian di media arus perdana yang majoritinya dikuasai oleh pemerintah.

"Sepatutnya begitulah, kalau hudud itu benar-benar mahu dilaksanakan dan kerajaan telah pun memberikan komitmen untuk sokong maka yang paling penting sekali ialah membantu kerajaan Kelantan untuk memberi penjelasan terhadap kekeliruan dan juga salah faham orang ramai termasuk di kalangan bukan Islam.

"Bahkan orang Islam sendiri pun masih jahil tentang agama dan juga hukum Islam sendiri, jadi sepatutnya digunakan mekanisme dan semua saluran yang ada termasuk radio, televisyen dan akhbar arus perdana untuk kempen," katanya kepada Antarapos.

Akhbar tempatan 1 Disember lalu melaporkan, kerajaan pusat menegaskan tidak mempunyai sebarang halangan terhadap keputusan kerajaan PAS Kelantan untuk membentangkan perkara berkaitan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini di Parlimen tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jawatankuasa Teknikal Hudud Pusat tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan memandangkan pentadbiran berkaitan hal ehwal Islam tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Beliau berkata, Kelantan boleh membentangkan perkara itu di Parlimen pada bila-bila masa sekiranya sudah membuat persiapan rapi.

Namun Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ini meluahkan rasa kecewa kerana kerajaan sehingga hari ini tidak mengambil langkah itu sambil menyifatkan hasrat kerajaan negeri Kelantan itu wajar diberikan sokongan padu oleh seluruh rakyat.

Beliau menambah rakyat di luar Kelantan juga perlu mendapat penjelasan mengenai undang-undang jenayah Syariah Kelantan.

"Tapi apabila kita lihat sekarang belum ada usaha-usaha sedemikian, hanya sekadar pengakuan atau suara daripada seorang menteri di Parlimen tapi belum ad a tindakan proaktif daripada pihak kerajaan.

"Jadi saya sendiri mendesak kerajaan supaya mengambil langkah yang proaktiflah sebagaimana dalam perkara-perkara lain yang berdepan dengan salah faham atau pun ketidakfahaman rakyat kerajaan boleh menggunakan semua instrumen penyiaran kerajaan kenapa tidak pada hudud?," soalnya.

Kerajaan PAS Kelantan perlu 'melobi' untuk raih sokongan Ahli Parlimen

Ditanya mengenai aras sokongan di Dewan Rakyat, Nasrudin menjelaskan kerajaan negeri Kelantan perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih undian Ahli Parlimen apabila membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri itu kelak.

"Langkah yang pertama kerajaan negeri Kelantan kena bawa dulu, kemudian dalam masa yang sama kena berkempen atau pun berdakwah dan melobi apa yang patut supaya pihak-pihak lain memberi sokongan kepada hudud yang akan dibawa kelak.

"Saya ingat mungkin pada sidang dewan akan datang, itu langkah pertama...soal sokongan majoriti atau tak majoriti itu perkara kedua dan faktor mendatang atau luaran," katanya.

Selain itu, ujar beliau, kerajaan PAS Kelantan perlu melengkapkan segala keperluan yang sepatutnya agar tidak berdepan sebarang masalah nanti.

"Faktor yang paling penting sekali kerajaan Kelantan itu sendiri mesti bersungguh-sungguh, mesti menyelesaikan semua prasarana, kena selesaikan prosedur tertentu yang mana saya difahamkan sudah berada di fasa terakhir untuk membolehkan hudud itu dibentang," katanya.


Dicatat oleh ELBI RISALAH 

MISTERI...Terowong Rahsia Di Putrajaya Yang Anda Tidak Pernah Tahu

Posted: 14 Dec 2014 12:45 AM PST


MISTERI...Terowong Rahsia Di Putrajaya Yang Anda Tidak Pernah Tahu   1. Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang menghubungkan bangunan xxx sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).   2. Susah hendak percaya? tetapi

1. Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang menghubungkan bangunan xxx sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

2. Susah hendak percaya? tetapi "Urban Legend" atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan Rumah Putih yang diduduki oleh presiden mereka. Orang Malaysia pun mampu juga. 

3. Saya sendiri pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit di lokasi bangunan xxx. Ketika itu saya ketagih rokok, malangnya bangunan terbabit merupakan zon larangan merokok. 

4. Sebagai jalan ringkas, saya memasuki salah satu pintu "Keluar" atau "Kecemasan", untuk berasap dan ketika itu saya melihat sesuatu yang aneh. 

5. Tak payahlah fikir bangunan mana atau di bahagian mana, kerana bahagian bangunan yang saya masuk ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk. 

6. Saya mungkin berada di tingkat empat atau lima bangunan terbabit, peliknya mengapa tangga kecemasan turun terlalu dalam dan saya kira ada puluhan tingkat.

7. Baiklah, jika saya masukkan ruang meletak kereta "basement", paling kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja. 8. Saya tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya.


Kerengga

Nilai Mata Wang Malaysia Membimbangkan ....??

Posted: 14 Dec 2014 12:00 AM PST

Kedudukan ekonomi Malaysia amat membimbangkan apabila nilai mata wangnya terus jatuh menjunam berbanding mata wang utama dunia dan serantau.  Nilai mata wang ringgit terus menjunam pada kadar RM3.43 untuk AS$1 dan RM2.63 bagi mata wang Singapura, S$1 satu penurunan yang sangat rendah.       Berita Harian Singapura menyifatkan keadaan ini sebagai yang paling teruk sejak krisis kewangan Asia 1997. Para penganalisis menjangkakan Malaysia berkemungkinan menjadi negara Asia paling teruk terjejas ekoran kejatuhan berterusan harga minya dunia.  Senario ini akan meyebabkan Malaysia bakal berdepan dengan 'darurat ekonomi' pada tahun depan berikutan penyusutan ini dan penurunan harga minyak serta peningkatan inflasi.
Kedudukan ekonomi Malaysia amat membimbangkan apabila nilai mata wangnya terus jatuh menjunam berbanding mata wang utama dunia dan serantau.

Nilai mata wang ringgit terus menjunam pada kadar RM3.43 untuk AS$1 dan RM2.63 bagi mata wang Singapura, S$1 satu penurunan yang sangat rendah. 

Berita Harian Singapura menyifatkan keadaan ini sebagai yang paling teruk sejak krisis kewangan Asia 1997. 

Para penganalisis menjangkakan Malaysia berkemungkinan menjadi negara Asia paling teruk terjejas ekoran kejatuhan berterusan harga minya dunia.

Senario ini akan meyebabkan Malaysia bakal berdepan dengan 'darurat ekonomi' pada tahun depan berikutan penyusutan ini dan penurunan harga minyak serta peningkatan inflasi.