Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Ku Nan Mahu Khairuddin Tarik Balik Laporan Polis Terhadap 1MDB !

Posted: 13 Dec 2014 11:21 PM PST

Hoi Mangkuk Hayun Tua Bangka Umno..Datuk Khairuddin Itu Mngkin Bkn Jenis Pengecut, Dayus,Kaki Bodek Dan Kaki Ampu Mcm Kamu Kot?Bila Kena Atas Batang Hidung Kemek Dewa2 Kayangan Umno,Maka Keluarlah Ayat2 Tidak Wajar,Tidak Adil Dan Tindakan Kebudak Budakan?Tapi Bila Kamu Membuat Tuduhan Terhadap Pas,Tak Ada Pula Kamu Keluarkan Ayat2 Itu?Dasar Bos Pencacai Umno..

Hoi Mangkuk Hayun Tua Bangka Umno..Datuk Khairuddin Itu Mngkin Bkn Jenis Pengecut, Dayus,Kaki Bodek Dan Kaki Ampu Mcm Kamu Kot?

Bila Kena Atas Batang Hidung Kemek Dewa2 Kayangan Umno,Maka Keluarlah Ayat2 Tidak Wajar,Tidak Adil Dan Tindakan Kebudak Budakan?

 Tapi Bila Kamu Membuat Tuduhan Terhadap Pas,Tak Ada Pula Kamu Keluarkan Ayat2 Itu?Dasar Bos Pencacai Umno..

Gambar Gambar Di Program PEKAWANIS Sumbangan Kembali Ke Sekolah - ZAR ALI

Posted: 13 Dec 2014 10:08 PM PST

Ikut Hadir Dikediaman MB Selangor Dalam Program PEKAWANIS Sumbangan Kembali Ke Sekolah Oleh Isteri YAB MB, Puan Shamshidar Taharin. 

Dari10 Pagi - 1 Tengahari
  Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor.






















UMNOCELAKA.. MeleTOPPP..PuNAHH..HanCOSSS..

Posted: 13 Dec 2014 04:00 PM PST

Penyelewengan semakin Masyurrr..!! Dari penenrangan Mat Getah Maslan.. Kini dah jadik 
 
 
SKANDAL dan PENYELEWENGAN..!! Dari Tony Pua & Rafizi yang TIBAI.. Hingga ke MADEY joint mengiTAIII..!!
 
SiMONGGOL saman Tony Pua Rafizi..Laki siUMMI buat report Polis..!! Makin Rakyat dah naik BENCI..
 
Rupanya ada "ada seseorang yang akan ke penjara" masa meeting Wok Lodin dgn Zeti..!!
 
1MDB semakin memBARA.. ROSMAH Mat MONGGOL semakin SENGSARAAA..!!
 
Lagi banyak PENYAMON sama LANON berCAKARan.. Lagi RANCAK bertepok tangan keDENGARan..!!
 
UMNgOk BenD memang CELAKA BANGSAT selamanyaaa.. Woiiiii..cepatlah MAMPOS agar 
 
Aman Damai Makmor Malaysiaaa..!!
 

Tidak sedar syirik dalam doa

Posted: 13 Dec 2014 08:00 AM PST

 ANTARA keistimewaan Islam ialah ALLAH Azza wa Jalla menyediakan ruang secara langsung untuk sesiapa sahaja berhubung, memohon, merayu, merintih, meminta dan berdoa mengikut keperluan masing-masing. Sama ada pemimpin atau rakyat biasa, miskin atau kaya, tua atau muda, orang awam atau orang agama, tidak kira latar bangsa dan kedudukannya, di mana sahaja dia berada, kutub selatan atau utara; semua diberikan ruang dan peluang yang sama.

Berdoa terus kepada ALLAH

Mintalah kerana ALLAH itu Maha Mendengar. Pohonlah kerana ALLAH itu Maha Memakbulkan. Istighfarlah kerana ALLAH itu Maha Pengampun. Malam atau siang, pagi atau petang, di masjid atau di padang, sambil berdiri atau baring melintang, ALLAH tetap mendengar apa yang kita minta. ALLAH itu sangat dekat dengan hamba-Nya, bahkan lebih dekat daripada apa yang kita sangkakan.

ALLAH bersedia untuk mendengar, bersedia untuk memberi, bersedia untuk memakbulkan. Bila dan bagaimana? Terserahlah kepada keadilan dan ketentuan-Nya. ALLAH berpesan kepada Baginda SAW: "Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul". (Surah al-Baqarah: 186)

Dalam ayat lain, ALLAH menyatakan: "Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya". (Surah Qaf: 16)

Justeru, berhubung dan berdoalah secara langsung kepada ALLAH. Selagi mana kita bergelar hamba, selama itulah kita mempunyai hak untuk berdoa. ALLAH tidak pernah mendiskriminasikan hamba-Nya mengikut bangsa, warna kulit, pangkat, jawatan dan harta. Hanya nilai takwa yang membezakan antara manusia.

Perantaraan dalam doa

Namun begitu, Islam tetap membenarkan kita untuk mewujudkan perantaraan dalam berdoa. Hal ini disebut sebagai tawasul. Tawassul berasal daripada bahasa Arab wasilah, tawassala-yatawassalu-tawassulan. Tawassul dalam berdoa bermaksud kita menjadikan sesuatu sebagai perantara dalam doa.

Apakah perkara yang boleh kita tawasul? Ada tawassul yang dibenarkan dan ada tawassul yang diharamkan, bahkan boleh jatuh kepada kesyirikan.

Tawassul  dibenarkan

Pertama: Tawassul dengan nama ALLAH. Hal ini berdasarkan firman ALLAH yang bermaksud: "Dan ALLAH mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu". (Surah al-A'raf: 180)

Tawassul dengan nama ALLAH itu contohnya kita berdoa: "Ya Ghaffar, ighfirli" (Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, ampunilah daku). "Ya Rahman Ya Rahim, irhamni" (Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Maha Pengasih, kasihanilah daku".

Tawassul dengan nama-nama ALLAH bermaksud kita memilih dan menyebut nama-nama ALLAH yang sesuai dengan hajat dan permintaan kita. Dengan ketinggian dan kemuliaan nama-nama tersebut kita mohon semoga ALLAH perkenankan hajat kita.

Kedua: Tawassul dengan amalan soleh sendiri. Kita dibolehkan untuk menyebut amal soleh yang pernah kita lakukan kemudian diikuti dengan berdoa hajat kita. Diharapkan dengan keikhlasan dan keberkatan amal soleh tersebut dapat dimakbulkan hajat kita.

Hal ini berdasarkan kisah di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari berkenaan tiga lelaki yang terperangkap dalam gua. Ada batu besar yang menutupi pintu gua tersebut. Lalu, seorang berdoa dengan mengatakan dia telah taat kepada ibu bapanya, seorang lagi mengatakan dia hampir berzina tetapi dia tinggalkan zina kerana takutkan azab ALLAH, orang yang ketiga pula berdoa dengan menyebut dia orang yang amanah, memegang amanah yang diberikan kepadanya dan mengembalikan kepada pemiliknya.

Maka dengan amalan soleh itu mereka berdoa kepada ALLAH agar dibukakan pintu gua tersebut.

Ketika orang pertama berdoa, batu yang menutupi gua itu terbuka sedikit, sehinggalah cukup doa ketiga-tiga mereka, barulah batu itu berbuka sehingga mereka dapat keluar daripadanya. (Rujuk riwayat al-Bukhari, no 2272)

Ketiga: Tawassul dengan orang soleh yang masih hidup. Kita boleh berjumpa dengan orang soleh yang akidah dan amal ibadatnya bertepatan dengan al-Quran dan sunnah bagi meminta tolong didoakan kepada kita. Diharapkan dengan kesolehan beliau akan menjadikan doa kepada kita tersebut dimakbulkan.

Tawassul dengan orang soleh ini dibenarkan dengan syarat orang tersebut masih lagi hidup. Jika seorang yang soleh meninggal dunia, kita tidak dibenarkan untuk bertawasul dengan beliau lagi.Sahabat sering meminta agar Rasulullah SAW berdoa kepada mereka.

Namun, setelah kewafatan Baginda SAW, sahabat tidak pun pergi ke kubur Rasulullah SAW dan minta untuk didoakan. Contohnya Umar Al-Khatthab  pergi bertemu dengan Abbas bin Abdul Muthalib, bapa saudara Nabi dan Umar berkata: "Dulu ketika Nabi masih hidup, kami bertawassul dengan Nabi SAW. Sekarang apabila Nabi telah tiada, orang yang paling mulia dalam kalangan kami adalah kamu, wahai Abbas. Maka berdoalah kamu untuk kami". (Rujuk riwayat al-Bukhari, no 3710)

Peristiwa ini terjadi ketika Madinah di landa kemarau panjang. Umar meminta Abbas berdoa dan beliau pun berdoa. Tidak lama setelah itu, ALLAH pun menurunkan hujan kepada mereka.

Doa yang dilarang

Tawassul yang dilarang adalah seperti meminta daripada berhala, pokok, binatang, memuja makhluk, keterlaluan dalam meminta kepada makhluk sehingga lupa kepada ALLAH, meminta kepada makhluk dan percaya bahawa makhluk tersebut mengabulkan permintaannya, dan tidak meminta kepada ALLAH.

Begitu juga bertawassul dengan orang yang telah mati. Diharamkan untuk kita menjadikan orang yang telah mati sebagai perantaraan dalam doa kita, walaupun semasa hidup dia seorang yang soleh. Bahkan kepada Rasulullah SAW sendiri.

Jika dibolehkan sudah pasti Umar al-Khattab tidak berjumpa dengan Abbas untuk minta didoakan. Umar akan terus ke kubur Baginda Rasulullah SAW untuk minta didoakan. Rasulullah SAW lebih lagi mulia dan soleh.

Justeru, kata-kata dan tindakan Umar ini menunjukkan tidak disyariatkan untuk bertawassul dengan orang yang sudah mati sama ada dengan menyebut "Madad Ya Rasulallah", "Madad Ya Ali", 'Madad Ya Husain" dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh golongan Syiah.

Namun, pelik dan hairan ada segolongan manusia yang bertopengkan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah, berjubah dan berserban, bermati-matian ingin mempertahankan boleh untuk bertawassul dengan orang yang sudah mati.

Sebab itu golongan ini ada yang mengunjungi kubur tok guru dan syekh-syekh mereka untuk minta didoakan. Ada yang mengalunkannya dalam nyanyian dan qasidah.

 Semoga ALLAH selamatkan kita daripada hasutan dan ajaran menyeleweng ini sama ada yang berasal dari negara ini atau yang dibawa dari  luar negara. Berdoalah terus kepada ALLAH kerana ruang itu tidak pernah disekat. Sesiapa sahaja dan di mana pun kita berada.

Berdoalah dengan penuh keikhlasan, ketulusan dan kejelasan tauhid kepada-Nya. Jangan sampai ada unsur syirik yang tidak kita sedari. Yakinlah ALLAH tidak pernah mungkiri janji. Setiap permintaan akan diberi. Sabar dan terus menanti walaupun sampai akhirat nanti.
 


-USTAZ ABDUL RAZAK ABDUL MUTHALIB

Mat Sembab menyerang,Mat Monggol bertahan

Posted: 13 Dec 2014 07:30 AM PST

 Kah..Kah..Kah..

 
 
Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan pada Jumaat telah tampil membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setelah pelbagai teguran terhadap syarikat milik kerajaan itu 'tidak dipedulikan'.

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukannya akan menyiasat kes yang dilaporkan oleh seorang Ketua Bahagian Umno berhubung syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lembaga pengarahnya, lapor Malaysiakini.

Khalid dalam satu kenyataan, berkata siasatan itu akan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID).

"Memandangkan laporan polis telah dibuat, cawangan jenayah komersial akan siasat dan bincangkan kes tersebut dengan Pejabat Peguam Negara untuk arahan," katanya.

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendesak Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan menarik balik laporan polisnya terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Selain itu, Tengku Adnan turut memaklumkan beliau bercadang untuk bertemu dengan Khairuddin bagi menasihati beliau dan memintanya menarik balik laporan polis yang telah dibuat.

dollah yankee - "Kita akan bincang kes tersebut dengan pejabat peguam negara untuk arahan,"... Kah..Kah..Kah.. ini yang tak boleh tahan ni...


Posted by dollahyankee

Pegawai tertinggi 1MDB ‘dibelasah’ Dr Mahathir?

Posted: 13 Dec 2014 06:45 AM PST

 
Saturday, December 13, 2014.  Pegawai tertinggi 1MDB 'dibelasah' Dr Mahathir?  Sekumpulan pegawai tertinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimarahi Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu perjumpaan bersama bekas perdana menteri itu 4 Disember lalu, menurut bekas ketua pengarang kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin.  Menulis dalam blognya, Kadir memetik sumber sebagai berkata Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, ahli lembaga pengarah, Tan Sri Ismee Ismail dan Ketua Pengarah Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman "dibelasah" Dr Mahathir dalam pertemuan tersebut.  "Sumber berkata Dr Mahathir membelasah modus operandi pasukan 1MDB.  "Beliau curiga cara syarikat itu menggunakan dana mereka untuk perniagaan, ingat, modal berbayar syarikat itu hanyalah RM3.4 juta," kata Kadir.  Kadir berkata Dr Mahathir berasa "bertanggungjawab untuk membawa perkara itu kepada 1MDB dan bercakap secara terbuka kerana ramai yang bertemu dengannya berhubung aktiviti syarikat itu".  "Beliau kecewa dengan isu yang menyelebungi 1MDB tidak dibincangkan dengan serius ketika Perhimpunan Agung Umno lalu," katanya.  Dipercayai rombongan pegawai 1MDB itu juga bertemu dengan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Aktar Aziz berhubung berhubung kontroversi hutang yang menyelubungi syarikat itu.  Menurut Kadir, pegawai komunikasi strategik bank pusat itu "seolah-olah tidak mengetahuinya" bila ditanya mengenai perkara itu.  "Sumber berkata, 1MDB meminta Bank Negara melanjutkan tempoh pinjaman tidak berprestasi (NPL) daripada tiga kepada enam bulan," tambah Kadir.  Sehingga Mac tahun ini, aset dana negara itu mencecah RM51.4 bilion, proses menambah liabiliti melalui pinjaman berjumlah RM49.1 bilion, kata Kadir.  Bagaimanapun, 1MDB mengalami kerugian RM665.3 juta bagi tempoh sama disebabkan kos kewangan RM2.4 bilion berbanding RM1.6 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.  Kadir berkata, walaupun Zeti mungkin tidak begitu gembira dengan pinjaman 1MDB, tempoh lanjutan itu amat diperlukan.  "Jika tidak, akan berlaku kerosakan yang besar terhadap bank Tier 1 yang memperluaskan pinjaman perlu membuat beberapa peruntukan.  "Ini bakal mengakibatkan kejatuhan sistem perbankan tempatan," katanya.  1MDB adalah dana kekayaan negara Malaysia yang kedua selepas Khazanah Nasional Bhd.  Pengkritik lama mempersoalkan hutang dana itu yang banyak, penggunaan wang dan operasi yang meragukan.  Dalam masa lima tahun operasinya, dana itu dikatakan mengumpul RM38 bilion hutang tetapi kebimbangan terhadap kedudukan kewangannya diketepikan oleh Lodin, yang berkata asetnya berjumlah RM51.4 bilion, kira-kira RM2.5 bilion lebih daripada liabilitinya daripada RM48.9 bilion, pada 31 Mac tahun ini lapor The Malaysian Insider. Sekumpulan pegawai tertinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimarahi Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu perjumpaan bersama bekas perdana menteri itu 4 Disember lalu, menurut bekas ketua pengarang kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin.

Menulis dalam blognya, Kadir memetik sumber sebagai berkata Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, ahli lembaga pengarah, Tan Sri Ismee Ismail dan Ketua Pengarah Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman "dibelasah" Dr Mahathir dalam pertemuan tersebut.

"Sumber berkata Dr Mahathir membelasah modus operandi pasukan 1MDB.

"Beliau curiga cara syarikat itu menggunakan dana mereka untuk perniagaan, ingat, modal berbayar syarikat itu hanyalah RM3.4 juta," kata Kadir.

Kadir berkata Dr Mahathir berasa "bertanggungjawab untuk membawa perkara itu kepada 1MDB dan bercakap secara terbuka kerana ramai yang bertemu dengannya berhubung aktiviti syarikat itu".

"Beliau kecewa dengan isu yang menyelebungi 1MDB tidak dibincangkan dengan serius ketika Perhimpunan Agung Umno lalu," katanya.

Dipercayai rombongan pegawai 1MDB itu juga bertemu dengan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Aktar Aziz berhubung berhubung kontroversi hutang yang menyelubungi syarikat itu.

Menurut Kadir, pegawai komunikasi strategik bank pusat itu "seolah-olah tidak mengetahuinya" bila ditanya mengenai perkara itu.

"Sumber berkata, 1MDB meminta Bank Negara melanjutkan tempoh pinjaman tidak berprestasi (NPL) daripada tiga kepada enam bulan," tambah Kadir.

Sehingga Mac tahun ini, aset dana negara itu mencecah RM51.4 bilion, proses menambah liabiliti melalui pinjaman berjumlah RM49.1 bilion, kata Kadir.

Bagaimanapun, 1MDB mengalami kerugian RM665.3 juta bagi tempoh sama disebabkan kos kewangan RM2.4 bilion berbanding RM1.6 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Kadir berkata, walaupun Zeti mungkin tidak begitu gembira dengan pinjaman 1MDB, tempoh lanjutan itu amat diperlukan.

"Jika tidak, akan berlaku kerosakan yang besar terhadap bank Tier 1 yang memperluaskan pinjaman perlu membuat beberapa peruntukan.

"Ini bakal mengakibatkan kejatuhan sistem perbankan tempatan," katanya.

1MDB adalah dana kekayaan negara Malaysia yang kedua selepas Khazanah Nasional Bhd.

Pengkritik lama mempersoalkan hutang dana itu yang banyak, penggunaan wang dan operasi yang meragukan.

Dalam masa lima tahun operasinya, dana itu dikatakan mengumpul RM38 bilion hutang tetapi kebimbangan terhadap kedudukan kewangannya diketepikan oleh Lodin, yang berkata asetnya berjumlah RM51.4 bilion, kira-kira RM2.5 bilion lebih daripada liabilitinya daripada RM48.9 bilion, pada 31 Mac tahun ini lapor The Malaysian Insider.


Anak Sungai Derhaka

Pakatan Rakyat‎Lu Langsi Lu Mati - BN vs PR (Ratu Naga)

Posted: 13 Dec 2014 06:00 AM PST

DECEMBER 13, 2014 Nur Jazlan Umum Masuk PKR Isnin Depan?  jazlan_pkr_nprDifahamkan bahawa perbicangan masih berjalan tapi besar kemungkinan Isnin depan, Pakatan Rakyat akan menambah satu lagi kerusi parlimen bila Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamad Rahmat akan membuat keputusan terbesar dalam hidupnya dengan mengisytiharkan keluar UMNO dan menyertai PKR.  Bagi meraikan 'pengorbanan' besarnya itu, Nur Jazlan disebut-sebut akan dilantik menjadi Naib Presiden PKR, kerana satu dari lima kerusi jawatan tersebut masih kosong berikutan tindakan Datuk Ghafur Salleh membatalkan hasrat untuk melompat parti beberapa bulan lepas, walaupun telah menyatakan persetujuan secara dasar.  Menurut sumber, kekecewaan Nur Jazlan kepada UMNO sudah lama tapi bertambah parah bila namanya tidak tercalon sebagai salah seorang anggota kabinet dan hanya diberi jawatan bertaraf rendah seperti Pengerusi PAC di Parlimen sahaja..  Ahli Parlimen yang jauh lebih junior seperti Ahmad Dahalan dan Khairy Jamaludin pula diberi peluang oleh Najib untuk menjadi menteri dan ini sangat mengecewakan anak bekas Menteri Penerangan Tan Sri Mohamed Rahmat ini.  Sebagai langkah awal untuk menyertai PKR, Nur Jazlan telah menyatakan sokongan terbuka kepada aktivis pelajar naungan Pakatan Rakyat, Adam Adli dan menyifatkannya sebagai hero pelajar.  Sokongan ini dinyatakannya dalam forum 'Freedom of Expression Under Threat?





 
 
Nur Jazlan Umum Masuk PKR Isnin Depan?

jazlan_pkr_nprDifahamkan bahawa perbicangan masih berjalan tapi besar kemungkinan Isnin depan, Pakatan Rakyat akan menambah satu lagi kerusi parlimen bila Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamad Rahmat akan membuat keputusan terbesar dalam hidupnya dengan mengisytiharkan keluar UMNO dan menyertai PKR.

Bagi meraikan 'pengorbanan' besarnya itu, Nur Jazlan disebut-sebut akan dilantik menjadi Naib Presiden PKR, kerana satu dari lima kerusi jawatan tersebut masih kosong berikutan tindakan Datuk Ghafur Salleh membatalkan hasrat untuk melompat parti beberapa bulan lepas, walaupun telah menyatakan persetujuan secara dasar.

Menurut sumber, kekecewaan Nur Jazlan kepada UMNO sudah lama tapi bertambah parah bila namanya tidak tercalon sebagai salah seorang anggota kabinet dan hanya diberi jawatan bertaraf rendah seperti Pengerusi PAC di Parlimen sahaja..

Ahli Parlimen yang jauh lebih junior seperti Ahmad Dahalan dan Khairy Jamaludin pula diberi peluang oleh Najib untuk menjadi menteri dan ini sangat mengecewakan anak bekas Menteri Penerangan Tan Sri Mohamed Rahmat ini.

Sebagai langkah awal untuk menyertai PKR, Nur Jazlan telah menyatakan sokongan terbuka kepada aktivis pelajar naungan Pakatan Rakyat, Adam Adli dan menyifatkannya sebagai hero pelajar. 

Sokongan ini dinyatakannya dalam forum 'Freedom of Expression Under Threat?" anjuran Pakatan Rakyat kelmarin.

Walaupun tindakannya untuk melompat parti ini tidak disenangi pengundi BN yang memenangkannya dalam PRU13 yang lepas, tapi apa boleh buat, tidak ada peruntukkan undang-undang mahu pun perlembagaan yang boleh menghalang mana-mana wakil rakyat dari melompat parti.

Nur Jazlan sendiri sudah tidak kisah dengan tindakan yang bakal dikenakan UMNO berikutan tindakannya itu nanti dan bersedia untuk beralih kerusi di Parlimen.

ANWAR, RAFIZI, NURUL IZZAH DI BESERAH MALAM INI (SABTU 13/12/14)

Posted: 13 Dec 2014 05:15 AM PST


SEKALI lagi Sdr Anwar Ibrahim akan berkunjung ke bumi Tok Gajah. Baru-baru ini di Maran, kali ini di Kuantan pula.

Malam ini Sabtu (13/12/2014) jam 08.30 bertempat di Dataran Rakyat, berhadapan Poliklinik Beserah, Kuantan Sdr Anwar Ibrahim akan tampil bersama YB Rafizi Ramli, YB Nurul Izzah dan beberapa pimpinan PR yang lain.

Tentunya selain dari isu kes fitnah Liwat II, isu 1 MDB, GST, penurunan nilai mata wang negara juga bakal dikupas oleh para penceramah.

Hadirlah beramai-ramai dan hebahkan. InsyaAllah, saya akan mempengerusikan program malam ini.


Dicatat oleh WFAUZDIN NS 

Berita Ini Membuatkan Najib Dan Rosmah Terkedu?

Posted: 13 Dec 2014 04:30 AM PST


 
Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin menyifatkan laporan polis yang dibuat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh seorang pemimpin Umno menyebabkan skandal itu kini berubah kepada satu "isu sensasi dan berbahaya".

Beliau mengulas laporan polis yang dibuat Timbalan Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Pulau Pinang, Datuk Khairuddin Abu Hassan terhadap 1MDB atas salah urus yang dikatakan dalam aspek kewangan.

"Laporan polis ini merupakan kemuncak kepada kontroversi seminggu sekitar dana yang dipanggil berdaulat," kata Kadir, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times, dalam satu catatan di blognya hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, tindakan Khairuddin membuat laporan terhadap para pemimpin partinya sendiri termasuk Datuk Seri Najib Razak, yang juga pengerusi 1MDB, adalah bukti kewangan syarikat itu adalah tenat.1MDB ketika memberi maklum balas kepada laporan polis berkata, mereka yakin laporan itu tidak mempunyai asas undang-undang.

"Kami mengalu-alukan apa-apa penyiasatan ke dalam urusan kami dan ia memberi peluang untuk menangkis tuduhan berniat jahat."Kadir (gambar, kanan) hari ini mendedahkan sebelum laporan yang dikemukakan, Tun Dr Mahathir Mohamad – salah satu pengkritik tegar 1MDB – bertemu dengan pengurusan tertinggi dana negara itu dan "menyerang" mereka tentang modus operandi syarikat itu.

"Pada 4 Disember, delegasi peringkat tertinggi syarikat yang diketuai oleh Pengerusinya, (Tan Sri) Lodin Wok Kamaruddin dikatakan diserang oleh Dr Mahathir."Beliau dikatakan ingin tahu tentang cara syarikat membiayai perniagaannya, mengingatkan ia mempunyai modal berbayar hanya AS$1 juta (RM3.4 juta)," tambah Kadir.

Beliau berkata, rakyat juga bertanya 1MDB mengenai harga dua bidang tanah di Pulau Pinang yang mana syarikat itu dikatakan membayar harga lebih tinggi dari harga pasaran – 1MDB membeli tanah itu kira-kira RM1.4 bilion daripada dua hartawan Cina tahun lepas.

"Sumber itu berkata Dr Mahathir berasa bertanggungjawab untuk berbincang perkara ini dengan 1MDB dan bercakap secara terbuka mengenainya kerana banyak pihak yang datang menemui beliau untuk memberitahu tentang kejadian yang aneh di dalam syarikat tersebut.

"Beliau kecewa isu-isu 1MDB tidak dibincangkan dengan serius oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno bulan lepas."Bagaimana sikap mereka apabila presiden Umno dan Perdana Menteri adalah orang di belakang 1MDB dan resolusi terhadap ekonomi telah digubal untuk pendebat?" katanya.

Selain Dr Mahathir, pasukan pengurusan 1MDB juga mengadakan mesyuarat dengan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengenai pinjaman dan hutang syarikat, Kadir berkata, sambil menambah pertemuan itu disimpan begitu sahaja.

"Menurut sumber itu, 1MBD meminta Bank Negara untuk melanjutkan tempoh pinjaman tidak berbayar (NPL) dari tiga hingga enam bulan dan ia dipersetujui."Ia dapat difahami. Walaubagaimana tidak gembira Zeti pun dengan pinjaman 1MDB, lanjutan itu diperlukan," tulisnya.

"Jika ia tidak diberikan, ada akan menjadi lalai besar-besaran dan Tahap 1 bank-bank yang melanjutkan pinjaman akan perlu membuat peruntukan yang besar. Ini boleh membawa kepada penurunan taraf sistem perbankan tempatan," kata wartawan veteran.

Katanya, "kata-kata kasar" dan "amaran menakutkan" seperti "seseorang akan ke penjara" dilemparkan semasa mesyuarat itu, dengan sumber mendedahkan Lodin menawarkan untuk meletak jawatan dalam pertemuan dengan Zeti itu.

"Tetapi itu bukan isu bagi Bank Negara. Lodin dilantik oleh PM. Jika benar dia menawarkan untuk meletakkan jawatan, beliau perlu memberitahunya kepada Najib," kata Kadir.

1MDB adalah dana kekayaan negara Malaysia yang kedua selepas Khazanah Nasional Bhd.Pengkritik lama mempersoalkan hutang dana itu yang banyak, penggunaan wang dan operasi yang meragukan.

Dalam masa lima tahun operasinya, dana itu dikatakan mengumpul RM38 bilion hutang tetapi kebimbangan terhadap kedudukan kewangannya diketepikan oleh Lodin, yang berkata asetnya berjumlah RM51.4 bilion, kira-kira RM2.5 bilion lebih daripada liabilitinya daripada RM48.9 bilion, pada 31 Mac tahun ini.

malaysian insider

 

Hikayat UG: Dongeng Atau Fitnah?

Posted: 13 Dec 2014 03:45 AM PST


TGNA terlalu marahkan sikap UG :
Kalau Nak Pecah 2 PAS Malam Ni Kita Pecahlah! SATURDAY, DECEMBER 13, 2014 Pasca PRU2008, UMNO/BN buat pertama kalinya gagal mendapat 2/3 Kerusi Parlimen, kalah di 5 buah negeri, Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor mula "merisik khabar" pimpinan PAS.

Khabarnya, pada mulanya UMNO tawar Kerajaan Perpaduan di Perak dan Selangor. Ini dikatakan punca berlaku kelewatan perlantikan Menteri Besar Perak dan Selangor.

Di Perak, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria khabarnya menjadi agen perunding kepada UMNO untuk menggabungkan PAS dan UMNO.

Mufti Perak khabarnya mendakwa sudah dapat persetujuan Presiden PAS, tapi gagal mendapat persetujuan Mursyidul Am PAS, TGNA.

Khabarnya juga, pujukan UMNO bukan setakat di Selangor dan Perak, tetapi juga ke Peringkat Pusat, membentuk Kerajaan Perpaduan (UG).

Rentetan kepada idea UG inilah menyebabkan berlakunya Mesyuarat Tergempar Majlis Syura dan Pas Pusat yang dipanggil oleh Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Ia berlaku pada 31 Julai 2008.

( Nak tahu betapa seriusnya keadaan ketika itu, sila baca maklumat di sini Khabarnya, dalam mesyuarat tersebut TGNA dengan tegas ada menyebut,

"Kalau nak pecah 2 PAS malam ni kita pecahlah". Sejauh mana kebenaran ini tidak dapat dipastikan. Pasca AGM tersebut menyebabkan kredibiliti Presiden terus dipertikai, dan spekulasi bahawa Presiden dikaitkan dengan agenda UG mula menjadi meluas.

PAS mengalami sekali lagi sejarah hitam apabila Ustaz Nasharudin Mat Isa,Timbalan Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor, merangkap Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor dipecat dari parti PAS kerana dikaitkan dengan agenda UG.

Kedua-dua tokoh ini sedikit sebanyak membongkarkan kronologi ke arah kerjasama PAS-UMNO (UG), sedikit sebanyak menambahkan kuah persepsi bahawa Presiden juga terlibat sama. Ini adalah "Episod Dingin" dalam PAS.

Cakap-cakap kedai kopi mula menyatakan "flip-flop" Hj Hadi sebagai Pak Lah-Versi PAS, tidak lagi digeruni oleh UMNO seperti zaman Pemudanya. Pada tahun 2010, Utusan Malaysia melaporkan :

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza. Katanya, ia juga merupakan satu proses anjakan paradigma kepada UMNO.

"Oleh sebab itu, perbincangan mengenai perkara asas antara Pas dan UMNO terutama Islam amat penting," katanya ketika ditemuramah sebuah stesen televisyen dan disiarkan melalui blognya http://presidenpas.org.my hari ini.

Abdul Hadi sebelum ini pernah menyatakan bahawa parti itu sedia bekerjasama dan berbincang dengan UMNO dalam setiap perkara termasuk yang berkaitan dengan hal politik dan agama.

Baca penuh: di sini (Makluman : Blog presiden pas tu dah yillek...kenapa ya?) Sesetengah bercakap seolah-olah Hj Hadi meludah ke langit dengan merujuk kepada Amanat Hadi 1981.

Kenyataan Hj Hadi itu mendapat perhatian besar semua masyarakat khususnya aktivis PAS.

PAS dikatakan masih keliru dan berada di persimpangan ke mana halatujunya terutama dalam menghadapi PRU13.

"Episod Dingin" dalam PAS terus berlaku seolah-olah ada "PERTEMBUNGAN IJTIHAD" antara TGHH dengan TGNA.

Bagi mencerahkan keadaan kusut masai tersebut, Akhbar Harakah telah memewancara Presiden Hj Hadi isu lapuran Utusan Malaysia. Kandungan penuh wawancara yang disiarkan dalam akhbar Harakah pada bil 1514, 15-18 Februari 2010 di muka surat N10 yang bertajuk:

'Tiada percanggahan dengan MB Kelantan - Presiden PAS'. Soalan: Dahulunya, PAS pernah kata Umno kafir. Dalam isu penyatuan ini macam mana hendak betulkan keadaannya? Jawapan: ………..

Apa yang berlaku ialah anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku. Dan tidak lagi menghina hukum-hukum Islam, tidak ada lagi budaya dalam Umno.

Ini kejayaan yang dapat kita (PAS) laksanakan. Ini kejayaan dakwah yang kita (PAS) sampaikan bagi menyedarkan umat kita, bangsa kita dalam perkara (batas iman dan kufur) ini.

Sepatutnya, kita tidak boleh bertelingkah dalam masalah ini dan PAS sendiri pernah minta diadakan muzakarah secara ilmu. Dalam PAS ada Majlis Syura Ulama' PAS dan dalam Umno ada Biro Agama Umno.

Dan kerajaan sendiri mempunyai Majlis Fatwa, ada mufti-mufti dalam kerajaan, ada IKIM ada macam-macam. Jika dalam Umno ada mereka yang membawa ijazah PhD dalam bidang Islam.

Dalam PAS juga ada dan dengan sebab itu perbincangan secara ilmu adalah penting. Walau pun demikian, saya melihat telah berlaku anjakan paradigma dalam Umno tidak lagi mengatakan agama berpisah dari politik.

Ini satu perubahan yang positif dan apa yang penting kita terjemahkan secara praktikal dan dilaksanakan dengan cara yang baik. Antaranya, sekurang-kurangnya memberi ruang kepada negeri-negeri yang dipimpin oleh PAS dan Pakatan Rakyat.Tidak ada gangguan-gangguan dari segi semangat federalisma.

(Sila bandingkan kenyataan penafian ini dengan kenyataan yg dikeluarkan oleh Utusan) Ramai melihat jawapan Presiden bukan menafikan lapuran Utusan Malaysia, tetapi sebaliknya senada seirama dengan Utusan Malaysia. Ianya tidak mencerahkan suasana muram tetapi menambah luka kepada sebahagian ahli.

Cakap-cakap kedai kopi mula mengatakan Hj Hadi semakin lunak dan mesra dengan UMNO.

Hj Hadi yang suatu masa dulu dianggap "Singa PAS" sudah mula berubah, tidak seperti dulu. Persepsi Hj Hadi adalah Pak Lah-versi PAS terus diperkatakan di kedai-kedai kopi.

Bagaimanapun, muktamar demi muktamar, penegasan dibuat bahawa PAS komited dengan Tahaluf-Siyasi gagasan Pakatan Rakyat.

Ramai berpendapat, Hj Hadi "terpaksa" menerima ketetapan tersebut demi menjaga hubungan dengan Mursyidul-Am, TG Nik Aziz. Anwar Ibrahim pula dikatakan lebih mesra dan senang bertemu TGNA.

Keadaan ini seolah-olah mengajak dan mengimbau kisah-kisah lama di zaman pemuda Anwar dan Hj Hadi, "bertemu di ABIM, bertempur di medan politik".

PRU13, sepertimana ramai sediamaklum, PAS menyusut di Parlimen dari 23 kerusi (2008) kepada 21 kerusi walaupun digembar gemburkan PAS mampu menang sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen.

Jatuhnya Kerajaan PAS Kedah mengulangi sejarah Kerajaan Pas Terengganu di bawah Hj. Hadi.

Tidak kurang juga suara-suara nakal menyalahkan Hj Hadi yang mengekalkan Ustaz Azizan sebagai punca PAS kalah di Kedah.

Dalam keadaan momentum yang kuat dan terbaik Pakatan Rakyat, kegagalan PAS merampas kembali Terengganu dari UMNO juga bagaikan menambah gula dan garam sejauh mana kredibiliti PAS.

Isu Kota Damansara dikatakan punca masyarakat umum melihat tiada persefahaman yang kukuh dan kuat dalam ikatan Pakatan Rakyat.

Ada yang menyatakan Hj Hadi "terpaksa" menerima Tahaluf-Siyasi dengan DAP,PKR, tapi sebenarnya "tiada di hati", salah satu penyebab Pakatan Rakyat tewas dalam PRU13.

Kehadiran menantu Hj Hadi dalam Majlis Syura PAS Pusat dikatakan "mengeruhkan" lagi suasana "Episod Dingin" dalam Pas.

Dalam hal ini, khabarnya pemimpin PAS dikatakan tidak mampu bersuara demi menjaga maruah Presiden. Namun, Khalid Samad mengambil pendekatan berbeza dengan "menyanggah" menantu Hj Hadi, Ustaz Zaharudin dalam isu Kota Damansara.

Ustaz Zaharudin bersama Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan bangkit melawan Khalid Samad dengan menyatakan sasaran sebenar Khalid Samad adalah Presiden sendiri dengan membuat analogi Khairy-Pak Lah-Mahathir.

Bagaimanakah kesudahan "Episod Dingin" ini dalam PAS?. Mampukah Presiden Parti, Hj Hadi menyelesaikan gelombang dalam cawan yang sudah melimpah keluar?

Apakah bintang Hj Hadi semakin pudar? Apakah peralihan kuasa Hj Hadi kepada pengganti Ulama baru satu penyelesaian? -


alhusseyn51.blogspot

Posted by mountdweller

Nampaknya TEORI RAHMAN Sudah Semakin NYATA ??

Posted: 13 Dec 2014 03:00 AM PST

1MDB Akan Binasakan Najib...................???
Saturday, 13 December 2014  1MDB Akan Binasakan Najib...................???  Naib presiden PAS, Datuk Husam Musa membayangkan bahawa masa depan politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan binasa apabila dakwaan skandal dalam syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad didedahkan.  Husam menjangkakan bahawa serangan ke atas Najib akan dilancarkan oleh tokoh yang kuat berpengaruh dalam Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum tamat penggal parlimen ini.

Naib presiden PAS, Datuk Husam Musa membayangkan bahawa masa depan politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan binasa apabila dakwaan skandal dalam syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad didedahkan.

Husam menjangkakan bahawa serangan ke atas Najib akan dilancarkan oleh tokoh yang kuat berpengaruh dalam Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum tamat penggal parlimen ini.

"Saya percaya, pengkritik utama Najib seperti Tun (Mahathir), sudah pun mempunyai jerangkap samar untuk meletupkan survival politik Najib sebelum PRU yang akan datang," kata Husam dalam kenyataannya.

 

Husam berkata, andaiannya itu berdasarkan perkembangan besar yang berlaku dalam tempoh yang singkat, sebaik selepas Najib berlepas ke Korea Selatan pada hari Selasa lalu.

Beliau menggariskan laporan polis oleh seorang pemimpin bahagian Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ke atas 1MDB semalam dan juga mesyuarat Kabinet pada hari Rabu lalu yang didakwa turut membangkitkan isu syarikat pelaburan negara itu.

"Laporan polis oleh salah seorang pemimpin Umno bahagian sendiri dan Kabinet turut membincangkan isu ini semasa ketiadaan Najib, adalah perkembangan baru (yang) bakal membawa impak besar," kata Husam.

Najib dilaporkan berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Busan semalam.

 


Posted by Jeebond BLM

VIDEO - Konvoi Bas KAFA......

Posted: 13 Dec 2014 02:15 AM PST



Kerajaan tersalah langkah dengan laporan RCI - Oleh Joe Leong

Posted: 13 Dec 2014 01:30 AM PST


Langkah Datuk Seri Najib Razak menamakan Timbalan Ketua Menteri yang juga presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebagai pengerusi jawatankuasa khas bagi mengkaji dan melaksana cadangan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi pendatang di Sabah telah menghasilkan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang dicadangkan pesuruhjaya RCI.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri di persidangan PBS ke-29 di Kota Kinabalu pada 19 Nov, sebelum laporan rasmi RCI dikeluarkan kepada orangramai pada 3 Disember.

Dalam membuat cadangannya, pesuruhjaya-pesuruhjaya RCI berkata sekretariat tetap perlu ditubuhkan dan ia perlu disokong samada jawatankuasa pengurusan atau majlis konsultatif.

Mereka menjelaskan bahawa jawatankuasa atau majlis tersebut perlu diketuai "golongan profesyenal bebas dengan integriti tinggi yang tidak terlibat dengan politik dan terdiri dari penjawat awam kanan, figura korporat, ahli akademik, wakil persatuan guaman, peguam negeri dsb."

Sehari selepas laporan dikeluarkan, bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim yang mempengerusi RCI berkata amat penting kerajaan melantik tokoh bukan politik menerajui jawatankuasa pengurusan.

Shim memberitahu media bahawa beliau dan ahli panel lain telah mencadangkan seseorang yang tidak terlibat dengan politik supaya orang tersebut tidak memihak kepada sesiapa dalam isu yang telah berlanjutan sekian lama itu.

Dalam membuat cadangan, Shim dan ahli panelnya menyuarakan harapan "Dengan badan tersebut, kami yakin bahawa masalah pendatang dan isu berkaitan yang melanda Sabah dapat diselesaikan dan kemuraman yang dirujuk (melalui laporan tersebut) dalam ditamatkan."

Dokumen bercetak hasil kajian RCI boleh didapati orang ramai sehari selepas itu dan ia agak mengujakan, dengan gambar berwarna di muka depan dengan 368 halaman bercetak.

Namun jangan nilai sesuatu melihat kepada kulitnya. Melihat lebih teliti, buku tersebut yang berjudul "Laporan: Suruhanjaya Siasatan tentang Pendatang di Sabah" punyai kelemahan. Pertama perkataan DiRaja tidak dicetak dan ejaan "inquiry" diganti "enquiry".

Pengenalannya menjelaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah melantik "Para Pesuruhjaya bagi Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi Pendatang di Sabah" pada 21 Sept 2012. Pemerintah negara membuat perlantikan bukan hanya bagi ahli panel tetapi juga setiausaha dan pegawai yang bertugas.

Maka memang sewajarnya ia dikenali sebagai Suruhanjaya DiRaja dan tidak sekadar suruhanjaya kerajaan biasa.

Dengan hilangnya perkataan DiRaja, ia dilihat cubaan merendahkan martabat RCI. Lebih serius, ia agak mengelirukan. Akhbar tempatan menggunakan perkataan "ikuiri" dalam laporan berkaitan RCI.

Pada halaman 338, pada permulaan artikel 4.6 Definisi "Orang Asal" negeri, "In the course of the inquiry proceedings, there was some dispute as to the...

"Bagi mereka yang menjangka keterangan lanjut bagi bukti yang dikemukakan oleh saksi, terutama tokoh besar seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, serta bekas ketua-ketua menteri Sabah, mereka juga kecewa.

Terdapat 11 baris sahaja bagi bukti yang dikemukan Mahathir pada separuh halaman 35. Menjelaskan kesimpulan keterangan, para pesuruhjaya RCI memikirkan ianya mencukupi bagi menyimpulkan segala bukti lisan yang diberi, sebagai mengetengahkan isinya.

Laporan tersebut berkata keterangan 211 saksi diterangkan dengan sebanyak 5000 halaman. Maka laporan setebal 368 mukasurat itu hanya kesimpulan keterangan.

Bagaimanapun, ia menerangkan bahawa terdapat bukti yang mencukupi bagi menunjukkan pendatang bukan warganegara Malaysia telah diberi kad pengenalan biru secara sah oleh sindiket atau individu yang kemudian mendaftar mereka sebagai pengundi dalam daftar pengundi menggunakan kad pengenalan. Selepas menilai hasil kajian, para ahli panel RCI membuat kesimpulan,

"Ia tempoh bagi sindiket atau individu dibantu para pegawai korup mengambil kesempatan sistem warganegara yang lemah ditambah kehadiran pendatang yang ramai bagi mendapat keuntungan dalam bentu wang."

Di sebalik kegagalan menyatakan kesalahan kerajaan yang tidak menghentikan amalan tersebut, para pesuruhjaya memberi kenyataan berikut, "Ia tempoh yang menyaksikan kemunculan projek yang didakwa Projek IC dengan agenda politik salah.

Ia ditambah dengan aktiviti jahat yang menghasilkan kehadiran pendatang yang ramai ke Sabah. Negeri ini merana kerana kesan darinya." "Kami berpendapat ia pandangan salah.

Kita boleh menyiasat, menghasilkan dapatan dan seterusnya membuat cadangan kepada pihak berkenaan," kata mereka. Laporan tepat apabila berkata warga Sabah telah bertahun-tahun merasakan kerajaan pusat dan negeri terlalu sibuk dengan retorik politik dan kurang iltizam serta komitmen merungkai sebab serta punca masalah secara menyeluruh.

Para pesuruhjaya juga membuat penilaian bahawa pelajaran perlu ditimba daripada sejarah. Ia amat memerlukan iltizam politik.

Perlu ada langkah berani dan tepat secara bersepadu, menyeluruh dan dasar berterusan dalam perkara ini." Sejarah bakal merakamkan samada kerajaan Malaysia memiliki azam melakukan tindakan berani dalam merungkai ibu segala ancaman di Sabah ini.

 Jika tidak, maka penubuhan serta dapatan RCI bagi pendatang di Sabah pada 2013 hanya dilihat usaha sia-sia serta wayang politik semata-mata.


Posted & copy by RAKYAT MARHAENl

PENERANGAN JELAS TENTANG GST. SILA SEBARKAN UTK PEMAHAMAN RAKYAT MALAYSIA.

Posted: 13 Dec 2014 12:45 AM PST



Beberapa hari lepas, PRs telah pergi kursus GST di kastam kelana jaya, tiada tujuan lain melainkan ingin mengetahui sejauh mana terkesannya rakyat jika ia di laksanakan pada 1 april 2015 nanti, di sini saya akan ceritakan bagaimana GST berlaku, rupanya ianya amat menguntungkan bagi kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit tetapi tidak kepada pengguna. 

Cara kiranya begini setelah saya tamat berkursus dengan penuh bangga! jika harga satu barang itu.. Contoh..

Sebiji aircond yang di buat oleh pengilang, segala bahan materialnya akan di kenakan cukai GST sebanyak 6%, maka kosnya juga akan meningkat 6%, dari harga asalnya, sebelum sampai segala material kepada pengilang, pembekal juga akan di kenakan cukai GST 6% untuk setiap material barang, ini menjadikan jika sebiji aircond 1.0 hp jika dulunya berharga RM 700.00, ianya akan bertambah menjadi 12% dari harga asalnya iaitu RM 784.00

Kemudian pengilang akan menjual kepada pemborong dengan tambahan 6% GST lagi menjadikan harga aircond 1.0 hp itu tadi menjadi RM 831.00.

Sesudah itu pemborong pula akan menjualnya pada peruncit dengan cukai 6% GST di tambah dengan mengambil keuntungan RM 50 ianya menjadikan aircond 1.0 hp itu tadi kepada RM 831.00 + RM 50.00 + 6% GST = RM 933.90

Kemudian peruncit akan menjualnya pada pemasang dengan menambah keuntungan RM 50.00 + RM 933.90 + 6% GST = RM 1042.40

Seterusnya pemasang pula akan mengenakan bayaran sebanyak RM 250 + RM 1042.40 + 6% GST
= RM 1369.60


Harga sebenar sebelum adanya GST bagi sebiji aircond 1.0 hp sehingga terpasang di rumah anda adalah RM 1369.60 / 100 x 70 = RM 958.70 saja! ini bermakna anda wajib menambah RM 411.00 lagi setelah GST di laksanakan pada 1 april 2015 bagi di kongsi-kongsikan oleh kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit dan pemasang!

Kesemua mereka boleh claim balik pada kerajaan dan hanya pengguna saja tidak boleh claim kepada kerajaan, bunyinya seperti indah bukan? Tetapi sebenarnya, pengguna terpaksa membayar 30% cukai kepada kerajaan, kerajaan berkongsi keuntungan itu kepada peniaga yg memang telah kaya raya atas dasar penindasan dan kezaliman yang melampau ini. Rakyatlah akan tanggung semuanya!

 Berdasarkan merit dan populasi pekerjaan, di anggarkan seramai 14 juta pekerja dan berjuta masih belajar dan tidak bekerja dan hanya 2 juta saja peniaga di malaysia, maka secara realitinya, 3/4 rakyat malaysia akan di tekan 30% cukai sama rata dari pendapatan mereka oleh kerajaan bermula 1 april ini..

Maka akan berlakulah inflasi, iaitu majoriti rakyat akan berkira-kira untuk membeli walau suatu barangan sekalipun, ini akan menyebabkan kecairan wang dalam negara tidak berlaku, ekonomi akan lembab, pemintaan kurang dan pengeluaran akan berlebihan kemudian kerajaan pun akan tumbang!

Begitupun, jika pemasang aircond 1.0 hp itu tadi tidak berdaftar dengan kastam untuk GST, secara rasionalnya mereka tidak akan dapat berdaya saing dengan yang berdaftar, kerana mereka terpaksa meletakkan harga yang lebih tinggi kerana barang yang mereka beli tidak sama harganya dengan yang berdaftar GST, kerana yang berdaftar, ia boleh merendahkan sedikit harga pemasangannya kerana ia boleh claim semula 6% GST tadi, ini menyebabkan majoriti sumber pendapatan yang tidak berdaftar akan gulung tikar.

Rumusan PRs adalah, inilah dia gaya kapitalis terbaru dalam menjerut leher rakyat marhain di malaysia, cukai ini di paksa sebanyak 30% ke atas rakyat yang majoritinya berpendapatan rendah dan cukup-cukup makan. kerajaan yang suka menindas begini pasti tidak akan kekal lama dan pasti rakyat akan menumbangkan atau menggulingkan mereka. 

Huraian PRs, di manakah pakar-pakar ekonomi kita yang kononnya hebat hingga perkara sebegini jelas penindasannya boleh berlaku?

Anak Gadis Belasan Tahun Dirogol Ayah Tanpa Belas Kasihan

Posted: 13 Dec 2014 12:00 AM PST

Bapa Bernafsu Iblis Rogol Tiga Orang Anak Gadisnya

 
"Ayah arah saya masuk ke dalam kelambu sebelum menarik tangan saya. Saya cuba melawan, namun dimarahi serta diugut akan dipukul jika bersuara membuatkan saya terpaksa berdiam diri.

Kejadian mengerikan tersebut merupakan kali pertama berlaku ketika dia seperti biasa menyiapkan tempat tidur ayahnya di ruang tamu rumah awal Januari lalu.

Namun, rutin harian itu bertukar menjadi malapetaka dalam hidupnya apabila ayahnya yang mabuk merogolnya sebaik pulang ke rumah selepas menikmati air kencing setan di rumah rakan berhampiran. Lelaki durjana itu dikatakan tidak tahan melihat aksi anak gadisnya membongkok memasang kelambu dengan berpakaian tidur.

Kejadian menimpa Mimi dan dua adik perempuannya terbongkar apabila akhbar awal bulan lalu mendedahkan seorang petani berusia 43 tahun melarikan diri ke dalam hutan berhampiran rumah selepas disyaki merogol mangsa sejak awal tahun ini.

Lelaki terbabit telah ditahan pihak berkuasa apabila kembali ke rumah akibat kelaparan beberapa hari kemudian.

Dia dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan mer0gol dua daripada tiga anaknya.

Kedua-dua adiknya berusia 13 dan 11 tahun terjaga daripada tidur akibat terdengar bunyi pelik sebelum melihat kelibat ayah yang tidak berpakaian menindihnya.

Sejak itu ayah mereka seolah-olah mendapat lesen dan hampir setiap malam Mimi menjadi pemuas nafsu lelaki bertopeng syaitan itu.

"Kedua-dua adik saya juga menjadi mangsa. Kami diugut supaya tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa. Saya cuba melarikan diri, tetapi ayah menemui saya sebelum memukul dan membelasah saya," katanya.


"Pada hari itu adik dan kakak di sekolah manakala saya di rumah berdua bersama ayah. Ketika saya hendak ke bilik air untuk mandi dan bersiap ke sekolah pada sesi petang, tiba-tiba ayah terus menarik saya ke dalam bilik," tambahnya lagi.

Nana cuba melawan tetapi ayahnya lebih kuat, menyebabkannya tidak mampu melepaskan diri. Bermula detik itu ayah sering mer@gol saya ketika adik dan kakak ke sekolah, dan pada waktu malam dia melakukan perkara sama dengan kakak walaupun saya dan adik bongsu ada di bilik sama.

Lelaki itu yang berpisah dengan isterinya lima tahun lalu, tinggal bersama tiga anak perempuan dan dipercayai merogol mangsa di rumah sejak awal tahun ini.

ULASAN GB

Kisah diatas dihantar ke kantong email GB oleh seorang pembaca blog ini.

Mungkin kisah ini bukan kisah semasa tetapi kerana ada unsur pengajaran maka GB siarkan juga. 
 
 
 
Kelab Greenboc

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT