Rabu, 10 Disember 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Hak asasi acuan Islam, bukan jadikan agama'

Posted: 10 Dec 2014 11:00 PM PST

 

 
BICARA MP Tarikh 10 Disember mula disambut sebagai Hari Hak Asasi Manusia pada tahun 1950.

Ia bersempena dengan pengisytiharan Universal Declaration of Human Right (UDHR) yang diluluskan oleh persidangan PBB pada tahun 1948 dengan undi sokongan oleh 48 daripada 58 buah negara aggota pada ketika itu.

Pada tahun ini, ia disambut dengan slogan, "Human Right 365" sebagai seruan kepada seluruh bangsa manusia agar melindungi hak asasi manusia pada setiap hari dalam setahun.

Ban Ki Moon meyampaikan seruannya itu di dalam perutusannya hari ini.

Selain daripada UDHR yang mengandungi keseluruhan 30 Artikel, dokumen penting berkenaan hak asasi manusia ialah International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR) dan International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (ICESCR).

Dalam hal hak asasi ini juga, negara-negara anggota OIC mempunyai tafsiran tersendiri yang dijelaskan di dalam Cairo Declaratioan on Human Rights in Islam (CDHRI) dengan huraian sebanyak 25 Artikel yang berakhir dengan penegasan pada Artikel 25, "Syariah Islam ialah satu-satunya sumber rujukan untuk tafsiran dan penjelasan terhadap semua artikel yang termaktub dalam Deklarasi ini".

Deklarasi ini mengukuhkan lagi bahawa hak-hak asasi dan kebebasan sejagat merupakan sebahagian daripada teras Islam, sekaligus menafikan fitnah dan sangkaan jahat sesetengah pihak yang mendakwa bahawa Islam adalah agama yang menindas, mengongkong dan mendiskriminasi.

Sebagai orang Islam, dalam usaha-usaha memperjuangkan penegakan hak asasi manusia, melindungi manusia daripada eksploitasi dan penganiayaan, serta mengesahkan kebebasan dan haknya untuk untuk hidup bermaruah, mestilah dilakukan berdasarkan kepada ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.

Ini kerana, manusia walaupun telah berada pada tahap kemajuan teknologi kebendaan yang hebat, mereka tetap berhajat dan memerlukan kepercayaan (belief – religious faith) bagi menyokong peradaban dan sebagai kuasa dorongan kepada diri dan manusia sejagat untuk mempertahankan hak-hak mereka.

Apa yang mendukacitakan dan membimbangkan ialah apabila ada dalam kalangan pejuang hak asasi manusia ini yang taksub dan membuta tuli merujuk kepada UDHR untuk memahami hak asasi manusia serta menjadikannya sebagai satu-satunya rujukan dalam perkara tersebut.

Dalam konteks negara kita, isu-isu hak asasi manusia khususnya yang berkaitan dengan peranan agama, etika dan budaya, ia perlu ditanggapi secara selari dengan tuntutan agama Islam dan perlembagaan negara.

Jika tidak, ia akan menghakis kehidupan beragama dan mengundang keruntuhan moral dan akhlak dalam kalangan masyarakat.

Kerajaan juga digesa agar segera megembalikan semula hak rakyat negara ini khususnya dalam perkara berkaitan kebebasan untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan serta hak untuk dibicarakan termasuklah melaksanakan sesuatu akta secara adil tanpa memberikan kekebalan tertentu kepada invidu atau pihak yang berkepentingan.

DATUK MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI adalah ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu.

Usaha kurangkan nada 'resah' dalam Pakatan

Posted: 10 Dec 2014 10:15 PM PST

 
   
Sewaktu pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dapat menghidu sesuatu yang tidak kena dalam Pakatan Rakyat sehingga meragui masa depan gabungan itu menjelang pilihan raya umum ke-14, beberapa pemimpin utama gabungan pembangkang itu cuba mengurangkan nada keresahan itu.
 
 
Dan ketika Lim mengakui ada 'sisi-sisi rekahan' sehingga Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tidak bersemuka lebih daripada setengah tahun, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dilihat cuba menyembunyi keresahan tersebut.
 
Secara teknikalnya, beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat seperti Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mengakui wujud mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat berlangsung pada November lalu.
 
Tetapi hanya sebahagian kepimpinan utama Pakatan sahaja hadir dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat antaranya disebabkan pertindihan jadual dan masalah kesihatan yang dihadapinya.
 
Hal demikian menyukarkan gabungan itu untuk mendapat konsesus dalam isu nasional dalam satu suara.
 
Bercakap kepada Malaysiakini, Rafizi yang juga MP Pandan berkata kebimbangan Lim itu ada asasnya sekalipun secara umumnya Pakatan Rakyat dilihat berjalan secara normal dan lancar.
 
"Saya fikir sikap ambil berat YB Lim Kit Siang disebabkan tanpa kehadiran penuh mesyuarat Majlis Presiden bagi kepimpinan tertinggi, ia sukar bagi mengesahkan semula pandangan umum bahawa semuanya baik dalam Pakatan dan saya fikir ia ada asasnya.
 
"Mungkin apa yang dimaksudkan oleh beliau (Lim Kit Siang) adalah kehadiran penuh (pemimpin utama Pakatan termasuk Hadi). Secara teknikalnya mesyuarat terakhir Majlis Pimpinan Pakatan (berlangsung) pada November lalu.
 
"Saya rasa apa yang dimaksudkan oleh Lim hanyalah Mesyuarat Majlis (Presiden) Pimpinan Pakatan kerana (kami) berusaha untuk mencari masa untuk membolehkan kehadiran penuh semua pimpinan atasan yang menjadi kesulitan," katanya. 
 
Jawab isu nasional
 
Bagaimanapun kata Rafizi, pemimpin Pakatan bagi lapisan kedua - Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat, mesyuarat jawatankuasa polisi dan whip parlimen - berjalan lancar dan begitu baik sekali.
 
"Mesyuarat bagi jawatankuasa peringkat bawah berjalan lancar tanpa gangguan. Jadi, kami ada Majlis Setiausaha Agung, yang memantau perjalanan Pakatan Rakyat keseluruhannya.

"Kami juga mempunya mesyuarat jawatankuasa polisi, kami juga ada mesyuarat whip parlimen. Semuanya berjalan dengan cukup baik," katanya. 
 
Sungguhpun begitu, Rafizi yang juga setiausaha agung PKR mengakui mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menjadi sia-sia apabila satu pihak atau kepimpinan tertinggi parti komponen tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat itu ada beberapa isu.
   
"Dan setiap kali bertemu, kita menjawab kepada isu nasional pada waktu itu secara kolektif, dan kami mempunyai beberapa isu nasional sekarang seperti harga minyak, (kejatuhan nilai) ringgit, pendidikan. Banyak isu nasional seperti masa lalu, Pakatan Rakyat akan menjawab secara kolektif sebagai satu blok.
 
"(Tetapi) bila kita tidak boleh mengadakan mesyuarat Majlis Presiden (kini), maka kita tidak boleh menjawab isu tertentu secara kolektif, dan isu itu banyak," katanya.
 
Sementara itu, Ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dilihat lebih berterus terang mengakui kewajaran kebimbangan Lim dengan menyatakan ia adalah "rahsia umum dan tiada ada apa yang perlu disembunyikan", sementara Suhaizan pula berkata "tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan".
 
Kedua-dua pemimpin kanan PAS itu merujuk kepada isu berbangkit sekitar krisis menteri besar Selangor yang bermula sejak Januari lalu dan isu perdebatan hukum hudud.
 
Namun Dr Dzulkefly memandang kebimbangan Lim itu secara positif dengan mengajak semua kepimpinan utama Pakatan Rakyat mengenal pasti bahawa kadangkala wujud krisis yang boleh memecahkan dalam sesuatu pertubuhan bahkan ada juga pergeseran tetapi akhir mempertaut semula kepimpinannnya.
 
"Analogi yang sama juga, kita faham dalam perkembangan sesebuah organisasi, pada saya, apa yang kita lalui bukan perkara yang asing. Kenyataan daripada orang yang berpengalaman dalam kepimpinan dan pertubuhan, saya rasa tidak perlu bimbang atau rasa takut mengenainya.
 
Berjiwa besar
 
"Tetapi, pada masa yang sama, saya mahu mengingatkan pemimpin atasan supaya memahami bahawa kita baru sahaja keluar daripada krisis dan amat penting untuk mengenalpasti puncanya, dan apa yang perlu kita belajar dan bagaimana kita perlu mengelaknya pada masa depan dengan langkah yang konkrit perlu diambil," katanya.
 
Di samping tidak boleh menafikan gabungan itu berdepan kesukaran dan cabaran ketika ini, bekas MP Kuala Selangor itu berkata jika Pakatan mahu menyelesaikan masalah dan diyakini mampu membina Malaysia yang lebih baik, maka gabungan pembangkang itu perlu diperkukuhkan.
 
"Maka pada saya tidak ada pilihan kecuali pemimpin atasan mesti kembali ke meja dan berunding dan melakar pelan kita, menghentikan menyalahkan satu sama lain dan meletakkannya di belakang," katanya.
 
Saranan Dzulkefly disambut oleh Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar yang menyeru kepada semua pimpinan Pakatan di semua peringkat supaya berfikiran positif dan berjiwa besar, kerana apa dibimbangi bakal menjadi kenyataan.
 
"Saya meminta pemimpin Pakatan berfikiran positif bukan sahaja untuk pilihan raya umum ke-14 tetapi melangkaui daripada itu.
 
"Apa yang telah berlaku, kita pandanglah ke hadapan, pemimpin tidak boleh memikirkan masa lalu, perlu bergerak ke hadapan. Melihat masa lalu, ada yang mengguris dan ada yang menggembirakan, jadi lebih elok pandang ke hadapan.
 
"Saya lebih suka, pemimpin utama Pakatan Rakyat berjiwa besar untuk kembali kepada mesyuarat Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
 
Sementara Suhaizan pula meminta pemimpin Pakatan melupakan perbezaan kecil yang menjadi titik bengik dalam Pakatan Rakyat sebaliknya menumpukan agenda besar yang ingin diperjuangkan.
 
Di samping itu, katanya, tidak melupai harapan sokongan 52 peratus pengundi bahawa keperluan realiti membentuk kerajaan di Malaysia, PAS tidak boleh bersendirian, sebaliknya mesti mewujudkan gabungan untuk menubuhkan kerajaan.
  
"Pemimpin utama Pakatan Rakyat, perlu memikirkan dalam gambaran yang lebih besar dan (dalam konteks) kebersamaan daripada mengutamakan perkara kecil.

"Ini harapan orang muda dan Pemuda Pakatandemi generasi akan datang. Tak ada masalah yang tidak boleh nak selesaikan dengan bijaksana," katanya.
 
 
Malaysiakini

VIDEO - Fahami Apa Itu Unity Government ( UG ) TG Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang.

Posted: 10 Dec 2014 09:30 PM PST



Kerana Terlalu Cantik - Dia Terpaksa Ambil Perintah Makhamah ?

Posted: 10 Dec 2014 08:45 PM PST

Diganggu pelanggan kerana terlalu cantik 

Advertisement Agensi - BRYCE keluar dari sebuah mahkamah di Gloucester, Britain baru-baru ini selepas memohon perintah agar tidak diganggu seorang lelaki.

LONDON – Seorang lelaki berusia 56 tahun yang tertarik dengan wajah jelita seorang pekerja sebuah pasar raya Tesco di Gloucester dekat sini telah diarahkan oleh mahkamah supaya menjauhkan diri daripada gadis berkenaan.

Pekerja Tesco tersebut, Samantha Bryce, 22, terpaksa memohon perintah berkenaan dari sebuah mahkamah di Gloucester baru-baru ini kerana tidak tahan akibat sering diganggu lelaki berkenaan.

Lelaki itu, Nicholas Fenney mula mengganggu Bryce selepas kali pertama mereka bertemu di pasar raya berkenaan pada Disember tahun lalu.

Bryce memberitahu mahkamah, sejak itu Fenney mula mengganggunya dengan memberi hadiah, kad Valentine dan mengajaknya keluar untuk makan malam.

"Sebelum ini ada beberapa pelanggan lelaki cuba mengganggu saya tetapi tidak melampau seperti yang dilakukan oleh Fenney.

"Fenney membuat saya takut kerana dia mengetahui semua mengenai saya termasuk tempat asal saya serta warna kuda yang saya miliki. "Dia turut memberikan saya sekeping kad yang mempunyai gambar dua ekor arnab sedang mengawan dengan tulisan saya cinta kamu," katanya kepada mahkamah 

Agensi Artikel Penuh: http://www.kosmo  

TG Nik Aziz sindir Tun Mahathir

Posted: 10 Dec 2014 08:00 PM PST


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sepanjang pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, undang-undang Islam dipinggirkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Disember, 2014. 

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempersoalkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakannya hanya berkecil hati apabila warga Malaysia dipinggirkan dalam isu Malaysia Airlines (MAS) tetapi tidak sensitif apabila undang-undang Allah diketepikan.


Sambil menyokong kenyataan bekas perdana menteri itu yang pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS Newco itu satu penghinaan terhadap rakyat Malaysia, Nik Aziz pula mendakwa sepanjang pentadbiran Dr Mahathir, beliau juga meminggirkan undang-undang Islam.

Katanya, Dr Mahathir terlambat menyedari yang sememangnya Malaysia menganggungkan Barat selama ini.


"Tun M baru sedarkah yang kita berkiblatkan Barat sekian lama dalam urusan bernegara?" soal Nik Aziz kepada Mahathir di laman Facebooknya hari ini.

"Jika kita boleh kecil hati kerana warga kita diketepikan dan warga Barat diagungkan, tidak berhakkah Allah juga 'kecil hati' apabila undang-undangNya diketepikan dan undang-undang ciptaan manusia didaulatkan?

"Sayangnya, berpuluh-puluh tahun Tun M menjadi PM pun tidak diambil kesempatan untuk mendaulatkan undang-undang Allah," kata bekas menteri besar Kelantan itu.

Sabtu lepas, Dr Mahathir pertama kali mengulas mengenai pelantikan Mueller yang diumumkan Jumaat, mengatakan Putrajaya terpaksa mengambil CEO Aer Lingus itu kerana "rakyat Malaysia bodoh", tidak pandai mengurus syarikat penerbangan hingga MAS mengalami kerugian.

Mengulas lanjut pelantikan Mueller berkuat kuasa 1 Januari 2015 itu, Dr Mahathir kemudiannya menyuarakan kebimbangannya terhadap sikap tidak percaya kepada kepakaran rakyat tempatan dalam pelantikan jawatan penting.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata Malaysia mempunyai banyak bakat berkebolehan yang boleh digilap, sambil menambah, kemakmuran negara yang dikecapi selepas kemerdekaan merupakan hasil kepimpinan rakyat tempatan sendiri.

Pelantikan Mueller, yang menerajui syarikat penerbangan nasional Ireland itu sejak 2009 dan mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam sektor penerbangan, logistik dan pelancongan, mencetuskan rasa kurang senang banyak pihak termasuk pemimpin Umno sendiri.-TMI

"BN Akan Kalah PRU 14, Jika Najib Terus Jadi PM" - Tun Mahathir

Posted: 10 Dec 2014 07:30 PM PST

KOMENTAR

NAJIB SUDAH MULA TAKUT

adakah usaha membodek ini
akan meredakan serang madey
terhadap najib
yang dianggap lembik 
yang dianggap bebal
yang dianggap manai


Cergaskan kerjasama Dasar Pandang ke Timur II
 SEOUL -  Najib Abdul Razak berkata, Malaysia sedang berusaha untuk mencergaskan kerjasamanya dengan Korea Selatan melalui gelombang kedua Dasar Pandang ke Timur (LEP 2.0).
    
Ini berikutan kejayaan Dasar Pandang ke Timur, yang menjadi asas perkongsian kukuh antara kedua-dua negara sejak lebih 30 tahun lepas.

KAH KAH KAH

woit
najib sudah takut
takut pada madey
ini dasar nak bodek
nak bodek madey

kalau pandang ke timur
ngapa ambil mat saleh
jadi CEO MAS
napa tak ambil jepun?
napa tak ambil korea?

kah kah kah
serangan madey 
akan lagi ganas
terpeleeook mat mongol

Antara Mahathir Dan Najib, Siapakah Bakal Kecundang? oleh Shahbudin Husin,

Posted: 10 Dec 2014 06:45 PM PST

 
http://mk-cdn.mkini.net/290/1edf840046c7f12d6c9fb3de9a2009e4.gif
Mahathir & Najib
Ayat paling "power" yang diluahkan oleh Mahathir Mohamad kepada kepimpinan Najib Razak yang sedang dipertikaikannya ialah "kalau tak ada kelayakan, jangan jadi kerajaan".

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, ramai lagi yang berkelayakan untuk menggantikan Najib.

Selain itu, Mahathir juga memperlekeh kemampuan Najib dengan berkata, kemenangan BN dalam PRU 13 bukanlah disebabkan imej Najib tetapi tetapi kerana pengundi BN takut jika Anwar menjadi Perdana Menteri, yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ialah Lim Kit Siang serta menyebabkan ramai yang kena tangkap.

Sebelum itu, selain menarik balik sokongan, hampir semua tindakan atau keputusan yang dibuat Najib sentiasa saja mendapat kritikan dan bangkangan daripada Mahathir. 1MDB, TPPA, pemansuhan akta, hubungan kaum, CEO MAS, menyaman pengkritik atau apa saja, semuanya mendapat teguran dan "tidak kena" pada pandangan Mahathir.
 
Sesiapa pun yang mengikuti semua perkembangan antara Mahathir dan Najib ini, pasti tidak dapat mengelak daripada merasakan bahawa suatu lagi perkelahian politik bakal berlaku. Tidak kurang yang meramalkan hayat politik Najib mungkin sudah di penghujungnya ketika ini.

Ini kerana, sejarah politik Mahathir memperlihatkan beliau tidak pernah kesian atau mengalah dengan mereka yang dibencinya. Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim adalah musuh "heavyweight" yang disingkirkannya ketika sedang berkuasa, manakala Pak Lah pula berjaya diketepikannya selepas tidak lagi mendiami Seri Perdana.

Sama ada sedang berkuasa atau tidak, pengaruh dan kelicikan Mahathir tidak boleh dipandang mudah.

Selagi tidak menyingkirkan mereka yang dimusuhinya, bermakna ia belum berakhir bagi Mahathir. Kepada Najib, walaupun belum menyebut secara terbuka, Mahathir semakin hari semakin menampakkan hasratnya ke arah itu.

Jika dulu beliau hanya menegur dan mengkritik, kini nadanya beralih mengenai kelayakan sebagai kerajaan, ramai lagi boleh dipilih sebagai pengganti Perdana Menteri serta kemenangan BN bukan disebabkan peranan dan kerja keras Najib selama ini. 
 
Semua itu adalah tanda-tanda jelas Najib sudah tiada dalam hati Mahathir.

Di mata Mahathir sekarang ini, Najib barangkali adalah bakal "mangsa penyingkirannya" yang seterusnya.

Tetapi walaupun dikritik, ditegur, disindir dan diserang, Najib sehingga ini tidak mudah melatah. "Telinga kualinya" terlalu tebal.

Dalam masa yang sama, Najib bukan saja tidak menunjukkan tanda-tanda akan mengalah, bahkan juga tidak mahu berubah. Selain terus dengan stail dan gaya lamanya memimpin parti dan kerajaan, ada juga laporan mengatakan Najib ketika ini sedang cuba mengenepikan pengaruh Mahathir secara perlahan-lahan.

Najib dikatakan tidak lagi menunjukkan kemesraannya seperti dahulu bila bertemu Mahathir di majlis-majlis tertentu, bahkan ada juga laporan mengatakan turut bersikap "endah tak endah" apabila bekas Perdana Menteri itu sedang bercakap.

Sebagai orang tua, keadaan itu pasti menyinggung Mahathir dan membuatkannya terus mahu menyerang Najib.

Sementara Najib mahu terus bertahan sebagai Perdana Menteri sehingga PRU 14 akan datang dengan keyakinan masih mampu mencipta kemenangan lebih gemilang, Mahathir pula mula memberi bayangan bahawa BN akan tumbang jika Najib tidak digantikan. 
 
Tujuannya ialah untuk menarik seramai mungkin sokongan berpihak kepadanya. Tetapi kuasa tarikan sebagai Perdana Menteri juga merupakan kelebihan kepada Najib untuk terus bertahan.

Jika keadaan ini berterusan dan masing-masing tidak mahu mengalah, perkara yang menarik ditunggu ialah bilakah "peperangan terbuka" akan meletus dan siapakah yang bakal kecundang dalam pertembungan antara kedua-duanya nanti?

Berjayakah Mahathir menyingkirkan seorang lagi musuh politiknya? Atau mungkinkah Najib satu-satunya pemimpin UMNO yang gagal diketepikan oleh Mahathir?

Mahathir adalah pemimpin yang paling kerap menghadapi cabaran serta paling suka bermusuh tetapi sentiasa menang dan berjaya menyingkirkan mereka yang mahu disingkirkannya.

Najib pula hampir tidak kenal erti pertandingan dan sentiasa dibentangkan "karpet merah" dalam pendakian kerjaya politiknya. Di dalam UMNO, beliau hanya pernah bertanding bagi jawatan Naib Presiden, suatu jawatan yang memerlukan tiga pemenang dipilih manakala jawatan-jawatan lain yang menghendaki seorang pemenang, semua diperolehinya secara percuma.

Pertembungan Mahathir dengan Najib sepertinya sudah sukar dielakkan. Walaupun Najib terus berdiam dan tidak memberi respon tetapi Mahathir sentiasa saja mencari peluang memanaskan keadaan dan memberi tekanan.

Mungkinkah kemenangan terus memihak kepada Mahathir atau Najib berjaya mencipta sejarah baru dengan "mengkafankan" terus gangguan bekas Perdana Menteri itu? (SH 10/12/2014)
 
 
KedahLanie.

Bekas K.Penerangan UMNO Pekan Dedah Tembelang Najib: Najib Tidak Ada Kompetensi!

Posted: 10 Dec 2014 06:00 PM PST


Presiden UMNO dan BLue Bean Army aka Blogger Bangang

Apalah yang hendak kita hairan bila Najib sebut perkataan bangang? Perkataan ini datang naturally kepada seorang aristokrat dan bourgeois seperti Najib- papa kedana, haramjadah, bangang, dan lain2.  


Najib bukan ada cukup budaya Melayu untuk lebih tertib memulih istilah yang digunakan.

Bila saya kata Dato Najib pemimpin lemah dan tidak bertulang belakang, ramai orang marah. Terutama pemuja Dato Najib yang memberi pelbagai macam warnaan metos kepada batang tubuh Najib. 


Ini perkara biasa yang dilakukan oleh mereka yang berminda kecil dan tak bersekolah tinggi. Reality nya, Najib itu manusia macam kita juga. Bahkan banyak lemah dari kekuatan. 

Nasib dia baik- dia berbinkan Tun Razak dan laluan politik dia lebih mudah. Paling penting, dia banyak wang. Wang meratakan semua dan menutup segala kelemahan.

Sesiapa yang ada bakat average jika diberi jalan mudah seperti Najib akan dapat lakukan apa yang Najib lakukan. Saya ulang sekali lagi- jika Najib boleh jadi PM, sesiapa pun boleh.

Hari ini, Dr Mahathir sendiri menyatakan, ada ramai yang boleh ganti Najib. Muhkriz boleh. KJ pun boleh. Jika PR menang, Azmin Ali pun boleh. Rafizi pun boleh. Ramai lah.

Sahabat baru saya, Outsyed the Box- lebih hebat menyatakan beg plastic TESCO lebih berkapasiti dari Najib. Beg plastic itu boleh menampung banyak barangan, Najib pula, kurang kapasiti untuk memahami apa yang berlaku.

Saya menyatakan perkara ini sejak tahun 2008 lagi. 6 tahun mengkritik kepimpinan Najib tidak mungkin dilakukan atas dasar dendam kesumat.  


Tentangan ini adalah atas dasar kepimpinan, dasar dan polisi kerajaan nya, pemikiran, wawasan Najib dan kerana incompetence Najib. Saya sebutkan disini- let's face it- Najib is the most incompetent leader that we have thus far.

Pernah satu masa dahulu, ada seorang blogger melantik dirinya sebagai pendinding dan pembela Najib- mengatakan bahawa jasa Najib kepada saya terlalu banyak. 


Orang Inggeris kata- the proof is in the eating. Jika saya ada membuat kesalahan dan mengambil kesempatan- masakan perkara2 ini didiamkan oleh pemimpin UMNO dan negeri? 

Tentu mereka berarak diseluruh bandar dan mendedahkan perkara ini.

Semasa kempen PRU13, perkara yang paling kuat Najib boleh bantai saya ialah menyatakan saya suka berkelahi dengan ketua kampong.  


Saya memang pun berkelahi dengan 4-5 orang yang saya rekomen digantikan kerana mereka mencuri dan menjual tanah, membolot saham yang diagihkan kepada orang kampung, membuli masyarakat. 

Saya mahu mereka diganti sebab jika kita mahu membangunkan bangsa Melayu- pimpinan peringkat paling asas pun mesti bermutu tinggi. 

Bagaimana Najib mahu memimpin Negara jika 4-5 orang ketua kampong sudah boleh menggugat ketegasan Najib?

Najib suka simpan crook, saya mahu gantikan mereka. Dan saya tidak faham perkara ini sampai kehari ini- bagaimana kita mahu membangunkan bangsa Melayu jika pimpinan peringkat kampung terdiri dan jaga bank, tukang kebun sekolah, kaki buli dan seumpamanya?

Saya pun boleh bertanya demikian juga- bagaimana jasa saya kepada Najib? Ketika dia menang tipis 1999 dengan hanya 241 undi , tidak ada pun orang UMNO meletakkan diri mereka sebagai benteng. 


Bahkan ketika saya menjadi ketua penerangan UMNO Pekan dan melaksanakan program penerangan( bukan main futsal atau pertandingan bola) ada orang UMNO sendiri yang menyekat ketua penerangan UMNO dari menjalankan program penerangan. 

Saya bukan hendak membesarkan diri- tapi work ethics saya yang dilatih oleh Shell Malaysa tentulah tidak sama dengan budak lulusan tingkatan 5 gred 3 atau rendah.

Blogger yang melantik diri sebagai pendinding Najib kata saya beroperasi atas dendam kesumat dalam dada. Saya nak tanya blogger ini- bolehkah seseorang beterusan dimotivasikan oleh dendam kesumat? Dendam akan memakan diri yang mengandung dendam tersebut.

Tentangan saya terhadap kepimpinan Najib ialah kerana saya merasakan Najib is not a good leader. Dia tidak ada vsion, dia tidak ada values untuk membangunkan bangsa Melayu.

Bagaimana seorang yang hidup dalam budaya aristokrat dan bourgeois boleh membangunkan bangsa Melayu? Najib simply does not have that culture untuk memimpin negara. 


Yang dia ada ialah career- dia seorang political careerist yang terpelanting masuk dalam arena sesudah kematian Tun Razak dan memulakan career nya sebagai pemimpin. Apa nilai2 yang dia ada sejak remaja lagi?

Tidak ada. Saya tidak ada malice lansung menyatakan perkara ini- dia bukan Mahathir, dan bukan Tun Razak yang mempunyai political culture untuk memimpin Negara.

Tapi, kerugian UMNO ialah keuntungan bagi pihak pembangkang ketika ini. Dibawah Najib UMNO mulai kehilangan kredibiliti. 


UMNO hanya survive sekarang sebab mereka menguasai apparatuses pemerintahan. Dan mereka ada monopoli keatas legitimate coercive forces- polis, tentera, pasukan keselamatan lain.

Tanpa kuasa ini, UMNO tidak mampu menawarkan apa2 idealisme kepada rakyat. Budak2 UMNO sendiri pun hari ini tidak tahu perjuangan UMNO 46. 


Yang mereka tahu dan kenal ialah re-inkarnasi UMNO atau jelmaaan semula UMNO. Mulai tarikh tersebut, UMNO penuh dengan pemimpin yang mahu mengkayakan diri.

Kepada orang Melayu- yang UMNO boleh tawarkan ialah pemberian material.  


UMNO boleh beri BR1M - RM900 untuk tahun 2015 yang boleh diterjemahkan sebagai RM2.47 sen sehari. Harga kangkung sekilo RM2.80. Ikan Kembung sekilo RM14. Sila beritahu raykat, boleh tak mereka hidup dengan RM2.47 sehari?

Saya ketawa terbahak bahak bila Najib kata blogger2 UMNO bangang. Suatu ketika saya berjumpa dengan Najib dan memberitahu didepan muka dia, dia employ blogger bermutu rendah- dia kata dia tak cukup blogger berkualiti. 


Saya ada dengar dia menyediakan bajet RM5juta untuk employ blue bean army tapi semua nya hampas belaka. Blogger UMNO hanya tahu maki hamun dan menyelar peribadi blogger pembangkang dan tidak ada kapasiti untuk berdebat perkara dan isiu sabstantif.  

Tapi blogger bangang jangan berkecil hati ya- kerana jika mereka bangang, majikan mereka lagi bangang. Yang tak bangang ialah penyelia blogger bangang yang dapat bajet besar. -sakmongkol 



Kelab Greenboc

“Apa yang kita buat di Kelantan secara dokumen Untuk Rujukan Di Hari Mendatang....

Posted: 10 Dec 2014 05:30 PM PST

Berita Ini Igauan Buruk Buat Umno?

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Kelantan merupakan negeri pertama di dunia yang memperincikan hukuman terhadap pesalah hudud, satu langkah yang dilihat akan mengeruhkan lagi hubungan parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, negara lain seperti Arab Saudi juga tidak melakukan perincian kaedah dalam pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS)(II) sepertimana yang dilakukan negeri itu.

Bercakap di Kota Baru menurut laporan Harakahdaily hari ini, perincian kaedah yang dimasukkan dalam draf baru itu termasuk bagi menjelaskan mengenai orang menghukum.

Berdasar kepada maklumat semasa, Kelantan merupakan negeri pertama yang memperincikan kaedah pelaksanaan hukuman terhadap pesalah di bawah undang-undang Islam.

"Mungkin juga pertama di dunia. Daripada segi teknikaliti dan dokumen, Kelantan yang pertama memilikinya. Di Arab Saudi tidak ada dokumen," Amar dipetik sebagai berkata oleh lidah rasmi parti itu.

Menurut Harakahdaily, difahamkan yang prosedur pelaksanaan hudud di Arab Saudi hanya berpandukan kebijaksanaan hakim.


Rancangan melaksanakan hudud di Kelantan mencetuskan kontroversi kerana ia tidak pernah mendapat persetujuan daripada rakan PR mereka, iaitu DAP.

Malah, DAP yang lantang membantah pelaksanaan tersebut berkata, tindakan PAS itu seperti melanggar tahaluf siyasi dipersetujui PR.   


Bagaimanapun, Kelantan tetap dengan pendiriannya menyatakan akan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tahun depan bagi membolehkan EKJS(II) yang diluluskan pada 1993 dapat dilaksanakan.

Selain itu, kerajaan negeri juga mewujudkan Jawatankuasa Teknikal bagi memperkemaskan lagi EKJS(II).


Amar yang juga pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud peringkat negeri berkata, pelaksanaan undang-undang tersebut akan berpandukan kepada dokumen tersebut.

Katanya, mengikut amalan biasa dalam aspek perundangan, setiap acara jenayah sepatutnya perlu dinomborkan.

"Apa yang kita buat di Kelantan secara dokumen dan ia boleh dibuat rujukan oleh sesiapa saja nanti," katanya kepada akhbar itu.

Beliau berkata, selama ini ramai yang mengkritik hudud kerana mereka tidak faham."Sebab itu perlu kita perincikan lagi," katanya. ~malaysian insider

Addin.

Kalau macam ni.. bila tahun nak habis episod perang saudara ni?.. hadoi.. letih aku..

Posted: 10 Dec 2014 05:00 PM PST


Presiden PKR menjawab dakwaan Chegbard..

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak dakwaan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin kononnya lima ADUN Selangor daripada PKR dan DAP mensabotaj beliau ketika krisis pelantikan Menteri Besar Selangor.

Ujarnya, dakwaan Badrul Hisham itu lebih kepada 'isu peribadi' dan menegaskan Pakatan Rakyat (PR) sebulat suara menetapkan untuk menyokong pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

"(Isu) Chegbard... kita sudah serahkan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin yang baru. Setakat ini ADUN DAP telah menafikan dan kita menyokong langkah-langkah yang dibuat setakat ini oleh MB baru.

"Jadi ini tidak menjadi isu. Pada saya ia lebih kepada isu peribadi," katanya ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat PKR, tengah hari tadi.

Badrul Hisham, atau lebih dikenali sebagai Chegubard pada dua hari lalu mendakwa tiga ADUN PKR dan dua ADUN DAP menarik balik sokongan terhadap Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.



Kesemua mereka adalah ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar; ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari dan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei masing-masing daripada PKR, manakala ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran dan ADUN Kinrara, Ng Sze Han pula daripada DAP.

Chegubard turut mengatakan salinan tiga ADUN PKR itu sudah diajukan kepada pemimpin kanan parti tersebut namun masih belum ada tindakan lanjut.

Kelima-lima ADUN itu menarik balik sokongan yang diberikan kepada Wan Azizah pada 14 Ogos lalu kerana dikatakan ia dibuat atas dasar paksaan oleh pemimpin atasan PKR.

Chegubard yang juga bekas Ketua Cabang PKR Rembau digantung keahliannya setelah mengeluarkan kenyataan mengenai parti di media.

Melalui sidang media itu juga Wan Azizah turut diminta mengulas kegusaran Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang 'tidak yakin' dengan kerjasama ketiga-tiga parti di dalam Pakatan sementelah kegagalan Majlis Presiden PR mengadakan mesyuarat selama enam bulan.

"Ini pada saya mungkin lebih ditujukan kepada PAS sebab komunikasi antara PKR dan DAP berlangsung secara berterusan. Manakala PAS pula hanya di peringkat di bawah jawatan Presiden. (Namun) Saya kira ia boleh diperbaiki," ujarnya.

Sejak kebelakangan ini DAP lantang mempersoalkan komitmen Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk hadir ke setiap mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa ketidakhadiran Hadi menyebabkan gagasan itu sukar membuat keputusan penting.

Hadi dikesan mula menjarakkan diri dan seringkali tidak hadir mesyuarat pimpinan pusat Pakatan Rakyat selepas PKR bertindak membelakangkan PAS dalam isu 'Langkah Kajang' bagi menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Hadi dikatakan berkecil hati dengan gerakan itu dan enggan menyokong sama ada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Wan Azizah.

Sementara itu Wan Azizah turut membayangkan penarikan semula Sultan Selangor terhadap gelaran 'Datuk Seri' suaminya seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan.

"Ini isu prorogatif, Sultan boleh berikan kepada sesiapa. Yang Anwar dapat daripada Sultan Selangor yang terdahulu," ulasnya.

Jawapan yang sama juga diberikan oleh Wan Azizah terhadap ura-ura gelaran yang sama bakal diberikan kepada Azmin lapor AntaraPos

Jawapan Chegubard mengenai jawapan Presiden PKR ni melalui Twitter..


Anak Sungai Derhaka.

Azmin Tak Tersenarai Anugerah Selangor, 2 Exco PAS Bakal Bergelar ‘Datuk'

Posted: 10 Dec 2014 04:30 PM PST

 
Wednesday, 10 December 2014.  Azmin Tak Tersenarai Anugerah Selangor, 2 Exco PAS Bakal Bergelar 'Datuk'  Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tidak tersenarai sebagai penerima anugerah pingat darjah kebesaran yang membawa kepada gelaran "Datuk Seri", kata sumber, sekali gus melenyapkan spekulasi sebelum ini gelaran itu akan mengeruhkan lagi hubungan PKR dengan istana, jika timbalan presiden parti itu menerimanya.  Sumber kerajaan Selangor memberitahu The Malaysian Insider, sebaliknya, dua peimpin PAS Selangor yang memegang jawatan eksekutif negeri, Iskandar Abdul Samad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka dan Dr Ahmad Yunus Hairi (Adun Sijangkang) berada dalam senarai penerima pingat yang membawa kepada gelaran 'Datuk' sempena Hari Keputeraan Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.  Dua pemimpin PAS itu memegang jawatan sebagai exco negeri selama dua penggal sejak kepimpinan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, selain mempunyai jawatan tertinggi parti peringkat negeri.  Sebelum ini heboh di media sosial mengatakan Azmin bakal menerima gelaran 'Datuk Seri' pada hari keputeraan Sultan Selangor esok, tidak berapa lama selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan gelaran yang sama kerana dikatakan sering mempertikaikan integriti institusi diraja.  Disebabkan itu, wujud desakan yang menggesa Azmin menolak pemberian itu kerana jika menerimanya, ia akan menjatuhkan maruah Anwar dan PKR.  Pada masa sama, pemerhati menjangkakan jika menolak gelaran, ianya akan mendatangkan murka dan mengeruhkan hubungan Azmin dengan istana.  Selain itu, lantikan Azmin sebagai menteri besar Selangor adalah berdasarkan pilihan Sultan Sharafuddin Idris Shah walaupun Pakatan Rakyat (PR) mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.  Semasa PR membentuk kerajaan di Perak pada tahun 2008, Mohammad Nizar Jamaluddin dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, sebulan selepas mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar pada 17 Mac.  Begitu juga dengan bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang menerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun sama selepas PR menawan Kedah pada 2008.  Difahamkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditawarkan anugerah 'Datuk Seri' akan tetapi menolaknya atas dasar prinsip DAP yang tidak mahu membawa sebarang gelaran semasa masih lagi berkhidmat dan memegang jawatan kerajaan pusat atau negeri.  Dr Wan Azizah pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pagi tadi ketika diminta mengulas spekulasi itu berkata, PKR bersikap terbuka jika Azmin menerimanya kerana pemberian anugerah merupakan hak mutlak Sultan Selangor.  "Parti tidak ada protes dalam hal itu sebab itu kuasa sultan. Pada saya itu tidak akan jejas polisi dan beri kesan kepada rakyat," katanya.  Azmin kebelakangan ini dilihat mengelak memberi sebarang komen mengenai isu ini malah tidak mahu mengulas lanjut tentang pelucutan gelaran Anwar.  "Tidak mahu komen. Terima kasih," katanya setiap kali wartawan mengajukan soalan sama.  Ianya menyebabkan bekas timbalan presiden PKR yang juga ahli politik veteran, Dr Syed Husin Ali dalam Twitter membidas Azmin kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu mempertahankan Anwar.  "Dulu bila ditanya tentang gelaran datuksri ditarik balik daripda anwar, azmin kata no comment. Skarang, dtanya lagi, dia kata terlalu sibuk. Tak kena!"  Azmin kemudian dilihat membalas Twitter Syed Husin dan berkata: "@syedhusinali kalau nak ikut selera you, semua tak kena!".  Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi semalam dilaporkan berkata, seramai 27 penerima daripada 680 pencalonan sahaja terpilih untuk menerima darjah dan bintang kebesaran sempena hari keputeraan ke-69 Sultan Selangor.  Daripada jumlah itu, dua individu menerima darjah dan bintang kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' dan seorang menerima Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) yang membawa gelaran 'Datuk Setia'.  Selain itu, 24 orang menerima Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dan Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS), kedua-duanya membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi perempuan, katanya seperti dilaporkan Bernama.  Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor ke-15 pada 23 September lalu, menandakan berakhirnya kemelut jawatan itu yang berterusan sejak Januari lalu selepas PKR mendesak Khalid meletakkan jawatan.  – tmi    Posted by Jeebond BLM Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tidak tersenarai sebagai penerima anugerah pingat darjah kebesaran yang membawa kepada gelaran "Datuk Seri", kata sumber, sekali gus melenyapkan spekulasi sebelum ini gelaran itu akan mengeruhkan lagi hubungan PKR dengan istana, jika timbalan presiden parti itu menerimanya.

Sumber kerajaan Selangor memberitahu The Malaysian Insider, sebaliknya, dua peimpin PAS Selangor yang memegang jawatan eksekutif negeri, Iskandar Abdul Samad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka dan Dr Ahmad Yunus Hairi (Adun Sijangkang) berada dalam senarai penerima pingat yang membawa kepada gelaran 'Datuk' sempena Hari Keputeraan Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.

Dua pemimpin PAS itu memegang jawatan sebagai exco negeri selama dua penggal sejak kepimpinan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, selain mempunyai jawatan tertinggi parti peringkat negeri.

Sebelum ini heboh di media sosial mengatakan Azmin bakal menerima gelaran 'Datuk Seri' pada hari keputeraan Sultan Selangor esok, tidak berapa lama selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan gelaran yang sama kerana dikatakan sering mempertikaikan integriti institusi diraja.

Disebabkan itu, wujud desakan yang menggesa Azmin menolak pemberian itu kerana jika menerimanya, ia akan menjatuhkan maruah Anwar dan PKR.

Pada masa sama, pemerhati menjangkakan jika menolak gelaran, ianya akan mendatangkan murka dan mengeruhkan hubungan Azmin dengan istana.

Selain itu, lantikan Azmin sebagai menteri besar Selangor adalah berdasarkan pilihan Sultan Sharafuddin Idris Shah walaupun Pakatan Rakyat (PR) mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Semasa PR membentuk kerajaan di Perak pada tahun 2008, Mohammad Nizar Jamaluddin dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, sebulan selepas mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar pada 17 Mac.

Begitu juga dengan bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang menerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun sama selepas PR menawan Kedah pada 2008.

Difahamkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditawarkan anugerah 'Datuk Seri' akan tetapi menolaknya atas dasar prinsip DAP yang tidak mahu membawa sebarang gelaran semasa masih lagi berkhidmat dan memegang jawatan kerajaan pusat atau negeri.

Dr Wan Azizah pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pagi tadi ketika diminta mengulas spekulasi itu berkata, PKR bersikap terbuka jika Azmin menerimanya kerana pemberian anugerah merupakan hak mutlak Sultan Selangor.

"Parti tidak ada protes dalam hal itu sebab itu kuasa sultan. Pada saya itu tidak akan jejas polisi dan beri kesan kepada rakyat," katanya.

Azmin kebelakangan ini dilihat mengelak memberi sebarang komen mengenai isu ini malah tidak mahu mengulas lanjut tentang pelucutan gelaran Anwar.

"Tidak mahu komen. Terima kasih," katanya setiap kali wartawan mengajukan soalan sama.
Ianya menyebabkan bekas timbalan presiden PKR yang juga ahli politik veteran, Dr Syed Husin Ali dalam Twitter membidas Azmin kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu mempertahankan Anwar.

"Dulu bila ditanya tentang gelaran datuksri ditarik balik daripda anwar, azmin kata no comment. Skarang, dtanya lagi, dia kata terlalu sibuk. Tak kena!"

Azmin kemudian dilihat membalas Twitter Syed Husin dan berkata: "@syedhusinali kalau nak ikut selera you, semua tak kena!".

Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi semalam dilaporkan berkata, seramai 27 penerima daripada 680 pencalonan sahaja terpilih untuk menerima darjah dan bintang kebesaran sempena hari keputeraan ke-69 Sultan Selangor.

Daripada jumlah itu, dua individu menerima darjah dan bintang kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' dan seorang menerima Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) yang membawa gelaran 'Datuk Setia'.

Selain itu, 24 orang menerima Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dan Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS), kedua-duanya membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi perempuan, katanya seperti dilaporkan Bernama.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor ke-15 pada 23 September lalu, menandakan berakhirnya kemelut jawatan itu yang berterusan sejak Januari lalu selepas PKR mendesak Khalid meletakkan jawatan.


– tmi

Posted by Jeebond BLM

SIS boleh cabar fatwa Selangor isytiharkannya sesat OLEH JENNIFER GOMEZ

Posted: 10 Dec 2014 04:00 PM PST


Sisters In Islam (SIS) bersyukur kerana semakan kehakiman terhadap fatwa Selangor yang mengiystihar SIS sesat dibenarkan mahkamah, kata Pengarah Eksekutif SIS Ratna Othman

Sisters In Islam (SIS) bersyukur kerana semakan kehakiman terhadap fatwa Selangor yang mengiystihar SIS sesat dibenarkan mahkamah, kata Pengarah Eksekutif SIS Ratna Othman.

Sisters In Islam (SIS) kini boleh mencabar fatwa Selangor yang mengisytiharkan badan bukan kerajaan (NGO) itu membawa ajaran sesat.

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan SIS mencabar Jawatankuasa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan kerajaan negeri.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad, ketika membenarkan semakan kehakiman berkata, permohonan itu tidak serius dan menolak bantahan Pejabat Peguam Negara untuk megenepikan permohonan SIS.

Sebelum itu, peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan mengemukakan terbitan fatwa melibatkan titah sultan yang menjamin hak pemerintah menjalankan tugasnya.

Katanya, menjadi hak multak kuasa raja-raja dan itu tidak boleh dimasukkan dalam semakan kehakiman.

Mengenai fatwa itu sendiri, Shamsul berhujah ia merupakan pandangan undang-undang rasmi oleh pakar perundangan Islam syariah.

"Disebabkan itu untuk menentukan kesahihan fatwa, ia perlu dilakukan pakar undang-undang yang unggul dan bukan melalui mahkamah sivil...tetapi mahkamah syariah," katanya ketika memohon mahkamah menolak permohonan kebenaran.

Peguam mewakili SIS, Datuk Malik Imtiaz Sarwar, dibantu peguam Nizam Bashir mengemukakan hujah kuasa mutlak sultan hanya tertakluk kepada memperakui fatwa yang disediakan oleh statut.

Beliau memberitahu mahkamah, ada keputusan daripada Mahkamah Persekutuan mengatakan jika fatwa bercanggah dengan had Perlembagaan Persekutuan, fatwa itu boleh dicabar.

Malik berkata fatwa melebihi bidang kuasa negeri apabila memutuskan sebarang unsur yang membawa kepada fahaman liberalisme dan pluralisme akan disekat.

"Kuasa ini hanya menteri dalam negeri mengikut Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, dan di bawah Perlembagaan, yang terletak di bawah bidang kuasa pusat," katanya.

Malik berkata, fatwa mengenai SIS tidak boleh dilakukan kerana ia adalah badan pertubuhan, dan bukan membawa kepada mana-mana agama.

Pengarah Eksekutif SIS Ratna Othman ketika ditemui selepas keputusan itu bersyukur dan gembira kerana semakan kehakiman itu memberi peluang mendengar isu fatwa yang terlalu banyak membawa kesan.

"Kami akan mencari asas Perlembagaan tentang bagaimana fatwa boleh melebihi bidang kuasanya daripada kawalan hal ehwal agama negeri," katanya.

SIS menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, Mais, dan kerajaan negeri sebagai responden ketika memfailkan semakan kehakiman pada 31 Oktober lalu.

SIS ketika memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi cuba membatalkan perintah itu dan juga mahu diisytiharkan sebagai pertubuhan yang dijamin di bawah Akta Syarikat 1965.

Ketetapan Selangor pada Julai mewartakan SIS, mana-mana individu, persatuan atau institusi yang menggalakkan liberalisme dan pluralisme sebagai terpesong daripada ajaran Islam.

Sebarang penerbitan yang menggalakkan pemikiran liberal dan plural akan diisytiharkan sebagai melanggar undang-undang dan boleh dirampas.

Ketetapan itu juga mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyekat mana-mana laman web yang menyalahi ajaran Islam.

Undang-undang itu digazetkan mengikut Seksyen 111 Enakmen Pentadbiran Islam (Selangor) 2003.

Ratna berkata, mereka baru menyedari ketetapaan itu melalui laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 20 Oktober lalu. – 10 Disember, 2014.


www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Pelajar tekad protes di pintu masuk UM sehingga hukuman ditarik balik

Posted: 10 Dec 2014 08:00 AM PST

 

Pelajar Universiti Malaya berkumpul berhampiran khemah mereka di pintu gerbang universiti sebagai tanda bantahan terhadap hukuman dijatuhkan kepada pemimpin pelajar Fahmi Zainol.

Pelajar Universiti Malaya berkumpul berhampiran khemah mereka di pintu gerbang universiti sebagai tanda bantahan terhadap hukuman dijatuhkan kepada pemimpin pelajar Fahmi Zainol
Mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini melancarkan "Occupy UM" dengan berkhemah dan berhimpun di pintu pagar universiti itu sebagai tanda protes terhadap hukuman terhadap rakan mereka semalam.

Jurucakap mereka, Wan Nur Syamimi Wan Sajiri (gambar, kanan) berkata, langkah tersebut sebagai tanda solidariti terhadap kumpulan dikenali UM8 yang dibicarakan lembaga disiplin UM semalam, dan menuntut semua hukuman ke atas mereka digugurkan.

"Kita akan berkhemah dan bersolidariti di sini bermula hari ini sehingga pihak universiti menarik semula semua hukuman terhadap 7 mahasiswa ini," katanya pada satu kenyataan media hari ini.
 

Semalam, UM memutuskan menggantung selama dua semester pengajian bekas presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) Fahmi Zainol, dan mengenakan denda RM600 kerana bersalah menganjurkan program membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Oktober lalu

Selain Fahmi, Pengerusi Pro Mahasiswa (Pro M) Safwan Shamsuddin juga digantung pengajian selama satu semester serta denda RM300.

Empat yang lain, Haw Yu Hong, Khairul Anwar, Adam Fistival Wilfrid dan Syamimi Munira Mohamed masing-masing dikenakan denda sebanyak RM150 berserta amaran. Abraham Au digugurkan pertuduhan manakala Khairul Najib Hashim diberi amaran.

Keputusan itu diumumkan Prof Dr Zanariah Abdullah selepas satu prosiding tatatertib yang berlangsung hampir 12 jam semalam.

Syamimi berkata mahasiswa UM juga memutuskan memilih bendera Malaysia sebagai simbol kebangkitan.

Katanya, tekanan daripada pihak universiti tidak akan sesekali melemahkan semangat mahasiswa untuk terus memperjuangkan kebebasan akademik.

Syamimi berkata protes bertemakan "korban demi demokrasi" itu menyeru semua warga UM dan rakyat Malaysia bersama menyertainya.

"Atas rasa kesedaran dan cintakan keadilan hari ini kami berkumpul untuk memberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia agar melihat kebobrokan dalam universiti kita.

"Universiti hari ini sudah tidak bebas. Mahasiswa dicengkam, dihukum, digantung apabila mempertahankan hak. Mahasiswa juga dihukum apabila ingin memperjuangkan kebebasan akademik," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Khairol Najib Hashim berkata, protes "occupy" yang berlangsung di hadapan pintu masuk UM Kuala Lumpur menyaksikan kira-kira 30 pelajar berhimpun di sana.

Beliau yang juga merupakan antara 8 mahasiswa berdepan dengan tuduhan prosiding tatatertib semalam berkata kepada The Malaysian Insider, setakat ini masih tiada sekatan daripada pihak keselamatan universiti terhadap tindakan mereka meletakkan khemah di hadapan pagar tersebut.

Khairol yang menjangkakan lebih ramai pelajar akan menyertai kempen protes itu melahirkan rasa terharu dengan sokongan yang diterima.

"Saya amat terharu dengan sokongan mereka. Yang menganjurkan protes ini ialah mahasiswa UM. Inilah tandanya yang kita akan bangkit memperjuangkan hak mahasiswa," katanya. – 10 Disember, 2014.


www.themalaysianinsider.com

Rais: Beri peluang, Najib ada 3 tahun lagi

Posted: 10 Dec 2014 07:30 AM PST

 

 
 Veteran Umno Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, Datuk Seri Najib Razak harus diberi peluang menghabiskan mandat sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang sebelum dinilai semula.

"Kita harus beri peluang kepada perdana menteri untuk teruskan tugasan beliau dan juga mandat beliau.

"Mandat beliau masih ada tiga tahun lagi (sebelum pilihan raya umum)," kata penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan itu.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad bahawa ramai lagi pemimpin dalam Umno layak menggantikan Najib sebagai perdana menteri.

Mahathir dalam wawancara dengan Sinar Harian (kanan) yang disiarkan semalam juga berkata pihak itu bagaimanapun "Umno tak bagi masuk".

Beliau juga membangkitkan amalan cantas mencantas dalam parti Melayu itu yang menurutnya demi kepentingan diri.

'Tabah dan bersabarlah'

Sementara itu, Rais juga berharap tidak wujud "kata mengata" dalam isu itu walaupun ramai yang tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan Mahathir.

"Kalau Tun (Mahathir) dah sebut itu, sudah tentu kita nak tunggu siapa yang dimaksudkannya.

"Jadi kita tidak harus begitu cepat kata mengata bagi peringkat ini," ujarnya.

Bercakap selepas merasmikan ekspo buku Malaysia di PWTC, Kuala Lumpur, Rais turut menasihatkan Najib bersabar dan tabah dalam menerima kritikan itu.

"Sebagai penasihat (kerajaan) saya tidak harus membuat pandangan yang begitu drastik tapi apa yang saya kata tadi, beri peluang kepada beliau untuk meneruskan kerjanya.

"Kalau komen itu diberi tak apalah, asalkan beliau (Najib) sabar dan menerima dengan tabah," ujarnya.

Rais turut berkata, dalam mana-mana kerajaan pun, kesilapan tetap berlaku dan perdana menteri harus diingatkan tidak mengulanginya.

"Mana yang silap itu kita harus ingatkan perdana menteri kita tidak diulang tapi mana yang bagus dan baik harus kita beri markah kepadanya," ujarnya. 


Malaysiakini

Orang Tua Ni Celupar Atau Benar?

Posted: 10 Dec 2014 07:00 AM PST


 Yang aku lihat kerajaan berlembut sejak era Pak Lah lagi! Kerajaan silap terlalu jaga hati bangsa lain. 

Tun Hamid Adam Abu Bakar banyak kita bagi, dia (bangsa lain) akan anggap kita memberi kerana kita lemah.

Bahkan, lagi lemah kita, maka lagi banyak yang mereka akan ambil.

Tun Abdul Hamid MohamadSHAH ALAM: Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menyifatkan kerajaan telah melakukan kesilapan besar kerana terlalu menjaga hati bangsa lain.

Beliau menjelaskan, tindakan kerajaan Barisan Nasional menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang bertujuan mengambil hati bangsa lain terbukti sia-sia kerana tidak diendah.

Malah tambahnya, bangsa lain sedar kelemahan orang Melayu apabila berpecah-belah akan dengan mudah diperalatkan. "Lagi banyak kita bagi, dia (bangsa lain) akan anggap kita memberi kerana kita lemah.

Bahkan, lagi lemah kita, maka lagi banyak yang mereka akan ambil. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak akan mengucapkan terima kasih," katanya yang menjadi panel Seminar Akta Hasutan Keselamatan Dalam Negeri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

"Kerajaan silap, apabila ada tuntutan, kerajaan hendak ambil hati mereka, dengan cara memansuhkan Akta Keselamatan

Dalam Negeri (ISA) dengan harapan mereka akan datang balik," ujarnya yang juga merupakan panel Seminar Akta Hasutan Keselamatan Negara di UITM Shah Alam.

Katanya, beliau sendiri pernah bersuara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa bangsa lain tidak pernah menyokong, dan tidak akan menyokong kerajaan. "Lagi banyak kita bagi, dia (bangsa lain) akan anggap kita memberi kerana kita lemah.

Bahkan, lagi lemah kita, maka lagi banyak yang mereka akan ambil. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak akan mengucapkan terima kasih," ujarnya.

Namun sebaliknya, pemimpin Melayu lupa siapa yang menyokong mereka sehingga, "Disebabkan tidak mengambil hati orang Melayu, maka orang Melayu tidak akan datang lagi dan akan pergi."

Katanya, bangsa lain akan menuntut apa sahaja yang boleh dari orang Melayu sebab tambah Tun Abdul Hamid, "Kita orang Melayu ni, kita rasa berdosa kalau kita ada lebih sikit dari orang lain. Walhal, yang lebih pun orang kita.

Namun, kita bagi orang lain, tetapi orang itu tidak ucap terima kasih." Bercakap kepada kira-kira 200 orang peserta seminar, beliau turut melontarkan pertanyaan, negara manakah adanya bangsa yang sanggup berkongsi kuasa dengan orang lain.

"Tunjukkan pada saya, satu bangsa di dalam dunia ini yang sanggup berkongsi kuasa dengan orang lain. Pernahkan mereka (bangsa lain) fikir perasaan kita, bila mereka minta hak kita," katanya.


Posted by mountdweller

Rupanya Putrajaya Tiada Kuasa Batal Passport Alvin Dan Ali.. Ini Buktinya?

Posted: 10 Dec 2014 06:15 AM PST


Putrajaya tidak berhak menarik semula pasport rakyat Malaysia, kata peguam, dan menambah tindakan sedemikian bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Mereka berpendapat, keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 berkenaan "kebebasan peribadi" di bawah Artikel 5 merangkumi hak warganegara Malaysia ke luar negara dengan pasport yang sah.

Kenyataan itu dikeluarkan sejurus Jabatan Imigresen semalam mengumumkan menarik balik pasport Malaysia milik blogger seks Alvin Tan dan aktivis Ali Abd Jalil yang mencari suaka politik di luar negara.

Peguam berkata, jabatan berkenaan seharusnya membatalkan tindakan berkenaan untuk menunjukkan rasa hormat terhadap keputusan mahkamah.Sebaliknya, para peguam berkenaan turut mencadangkan agensi penguatkuasa menghentikan para penjenayah termasuk mereka yang sedang menghadapi pendakwaan daripada melarikan diri ke luar negara.

Peguam R. Kengadharan  berkata, mana-mana undang-undang yang diluluskan Parlimen, termasuk Akta Pasport, akan terbatal sekiranya bercanggah dengan Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi di negara ini."Jabatan itu melangkaui batasannya dan bertindak bertentangan dengan keadilan," katanya.

Kengadharan berkata, dua individu yang terbabit boleh memohon kepada mahkamah dan menuntut jabatan itu mematuhi undang-undang yang ditafsir mahkamah.Mereka berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim yang berkata, tindakan Alvin dan Ali ini sudah tidak boleh "ditoleransi" lagi.

"Kita tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu yang menghina sistem kehakiman dan raja-raja Melayu," kata Mustafa, dan menambah, notis akan dihantar menerusi surat berdaftar ke alamat terakhir mereka di Malaysia untuk memaklumkan mereka mengenai tindakan itu.

"Selain menghantar notis, kita juga akan meletakkan pengumuman dalam akhbar tempatan mengenai keputusan jabatan ini."Kedua-dua individu itu juga disenaraihitamkan dalam pangkalan data kami, maka mereka perlu ada keizinan khas untuk kembali ke tanah air," katanya.

Peguam S. N. Nair berkata, tiada peruntukan dalam Akta Pasport yang membolehkan Mustafa membatalkan pasport yang diperolehi rakyat Malaysia secara sah."Ketua pengarah kelihatan melangkaui bidang kuasanya," katanya.

Nair berkata, pendakwaraya boleh memohon menggantung pasport mereka dan menghalang mereka untuk ke luar negara secara sah."Kedua-dua mereka boleh disekat daripada ke luar negara namun hak mereka untuk memiliki pasport sekarang dilanggar kerana mengeluarkan kenyataan terhadap pihak berkuasa," katanya.

Nair berkata, kerajaan boleh memohon bantuan ekstradisi daripada negara di mana mereka berada dan mendakwa mereka di Malaysia.Datuk Ambiga Sreenevasan  turut mempersoalkan akta yang digunakan Mustafa dalam tindakan beliau.

Beliau berkata, jabatan itu melanggar Artikel 9 Perlembagaan Persekutuan kerana menghalang warganegara berikutan rampasan dokumen perjalanan ketika mereka berada di luar negara."Mereka kini tidak boleh kembali ke Malaysia tanpa dokumen khas," katanya.

Ambiga berkata, kedua-dua mereka juga tidak boleh memasuki negara ketiga tanpa pasport.Peguam berkata, adalah salah dan berlaku penyalahgunaan kuasa kerana suara mereka tidak didengar."Tiada kerajaan yang bertanggungjawab berkelakuan sedemian terhadap rakyatnya," katanya.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen, kanaberkata, tindakan terhadap dua individu itu keterlaluan.Beliau berkata, kerajaan juga terlalu memikirkan perkara remeh dengan mengambil tindakan terhadap dua individu berkenaan kerana mengkritik dan menghina institusi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Menarik balik pasport ini tidak  munasabah kerana ia tidak selari dengan kesalahan yang dilakukan mereka," katanya.Alvin dan Ali juga, katanya, kini menjadi individu tanpa sebarang dokumen di luar negara berikutan penarikan semula pasport mereka.

Peguam Annou Xavier berkata, alasan Putrajaya boleh diterima untuk mengambil tindakan terhadap mereka kerana menghina raja Melayu, namun tindakan itu tidak betul jika mahu mempertahankan sistem kehakiman.

"Mahkamah mempunyai toleransi yang tinggi dan tidak memerlukan kuasa eksekutif dan penjawat awam untuk melindungi mereka," katanya.Peguam Negara boleh mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap mereka yang tidak menghormati mahkamah.

Alvin semalam mencabar Zahid menarik balik pasport miliknya."Jangan hanya ancam. Buat saja. Jangan jadi pengecut," tulisnya di laman Facebook sebagai respon terhadap kenyataan Zahid pertimbang langkah itu kerana Alvin mengkritik keputusan Sultan Selangor menarik balik gelaran yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahid berkata Jabatan Imigresen ada kuasa membatalkan pasport Alvin kerana dokumen itu bukan hak peribadi.Ali Abd Jalil dan Alvin Tan, kini di luar negara memohon suaka politik. 

Alvin kini berada di Los Angeles, California sementara Ali di Sweden, di mana kedua-duanya mencari suaka politik sejak Oktober.Ali berdepan 3 tuduhan hasutan kerana didakwa menghina kesultanan Johor dan Sultan Selangor dalam kiriman Facebook.

Ali kali pertama ditahan pada 8 September dan berada di bawah tahanan polis di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.Pada 23 September, dia dibebaskan selepas membayar ikat jamin RM8,000 di kompleks mahkamah Shah Alam.

Kebebasannya hanya sementara apabila dia ditahan semula dan dibawa ke Johor, kerana laporan polis lain dibuat terhadapnya.Susulan itu, Amnesty International menggelarnya banduan teraniaya (prisoner of conscience), dan berkata tindakan itu bagi memastikan dia tidak terus dihukum atau menghadapi pendakwaan terpilih. 
malaysian insider

Utusan Kantoi.. Diarah Bayar RM250,000 Kepada YB LIM KIT SIANG.....

Posted: 10 Dec 2014 05:30 AM PST



Utusan Malaysia diarahkan membayar RM250,000 selepas didapati bersalah memfitnah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang dalam artikel yang memetik "Father Augustus Chen".

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga menetapkan bayaran kos RM25,000 kepada anggota parlimen Gelang Patah itu.

"Hore untuk (peguam) Gobind Singh Deo atas kejayaan hebat menentang politik pembohongan," tulis Lim di Twitter.

Lim sebelum ini memfailkan saman berhubung satu rencana bertarikh di Utusan bertarikh 18 Ogos 2013 bertajuk "Kit Siang manipulasi CEC?".

Rencana yang memetik sumber bernama Father Augustus Chen mendakwa Lim memanipulasi kehadiran perwakilan serta pengiraan undi pada kongres parti Disember tahun lalu bagi memastikan kedudukannya 'selamat'.




Ali Belasah Khairy.. Lahir Di Kuwait, 20 Tahun Hidup Di Luar Negara

Posted: 10 Dec 2014 04:45 AM PST

 


SHAH ALAM – Rakyat Malaysia yang melarikan diri ke Sweden, Ali Abd Jalil mempersoalkan siapa Khairy Jamaluddin untuk memberinya arahan supaya jangan balik ke Malaysia.

Menurutnya, Menteri Belia dan Sukan itu tidak sampai dua tahun menjadi menteri, sudah berlagak.

"Khairy dilahirkan di Kuwait, hidup di luar negara 20 tahun, dia balik Malaysia pegang jawatan besar, kaya raya dan sekarang dia berada di Malaysia baru berbelas tahun saja," tulisnya di laman Facebooknya.

Katanya, dia dan Alvin lahir di Malaysia dan membesar di Malaysia.

"Kami pernah dipenjarakan, diugut, dimaki fitnah dan macam lagi.Kami dilayan lebih teruk daripada pendatang haram. Kami baru beberapa bulan keluar negara, tapi pasport kami dibatalkan sedangkan kami tidak pernah ada rekod jenayah," ujarnya lagi.

"Antara kami (Ali dan Alvin) dan Khairy Jamaluddin, siapa lebih anak Malaysia?" soalnya.

Semalam, Khairy Jamaluddin melalui Twitter miliknya meneruskan kritikan terhadap aktivis Ali Abd Jalil yang dilihat berterusan mengkritik kerajaan dan juga institusi diraja di Malaysia apabila pasportnya dibatalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

"Baguslah. Jangan sesekali balik lagi," tulis Khairy.

Ali melalui laman Facebook miliknya semalam mendakwa telah mendapat perlindungan daripada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), dan Perjanjian Dublin bagi pencari suaka politik.

"Saya sekarang adalah pemegang kad asylum di bawah undang-undang PBB dan Perjanjian Dublin. Saya tidak lagi tertakluk di bawah undang-undang UMNO dan Sultan. Sini bukan Malaysia," katanya.

Ali sebelum ini berdepan dengan tiga tuduhan di bawah Akta Hasutan kerana didakwa menghina Sultan Johor dan Sultan Selangor melalui Facebook.









Bloglist Malaysia.


MB Perak Dibuli....??

Posted: 10 Dec 2014 04:15 AM PST

Foto Zambry Kadir kena buli dengan pemuda PAS

 Dato Seri Zambry Kadir ,gagal melaksanakan  janji manifesto BN dalam  kempen PRU13. Hanya 30 peratus sahaja .Nak masuk  2 tahun pentadbiran, sifat setinggan gagal. Bajet negeri defisit RM 50.06 juta .Sistem perparitan gagal, banjir kilat hampir di semua daerah.Foto ,Zambry di kelilingi pemuda PAS, dan YB Ngeh Koo Ham.   

Gara-gara hadiah telefon pintar ??

Posted: 10 Dec 2014 03:30 AM PST

Rumahtangga Mereka Berantakan Gara-gara "Smartphone"


MANJUNG - Seorang suami tidak menyangka hadiah telefon bimbit pintar yang diberikan kepada isterinya telah disalahgunakan.
S Selvaratnam, 36, menghadiahkan sebuah telefon bimbit pintar kepada isterinya, M Ritha, 34, enam bulan lalu apabila didesak oleh isterinya.

Menurutnya, telefon pintar itu digunakan untuk bersembang di laman sosial Facebook.

"Gara-gara bersembang di Facebook isteri saya terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki sehingga sanggup meninggalkan saya dan dua anak.

"Telefon itu saya berikan untuk kemudahannya dan tidak menyangka disalahgunakan," katanya yang tinggal di Taman Krishnan, Sitiawan di sini.

Selvaratnam berkata, sejak mempunyai telefon berkenaan, isterinya tidak pernah lekang dengan gajet itu walaupun ke tandas.

Jelasnya, perbuatan isterinya berhubung dengan lelaki lain disedari apabila melihat perbualan mereka menerusi akaun Ritha.

"Saya bertindak menyiasat perkara itu dan mendapati isteri ada menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki dari Singapura.

"Mereka kini dipercayai berada di Johor dan saya sangat kesal kerana dia sanggup meninggalkan anak, S Vaishanavi, 11 dan S Yuvanraj, 8," katanya.

Selvaratnam berharap isterinya pulang semula ke pangkuan keluarga kerana anak-anak begitu merindui Ritha.

Katanya, sehingga sekarang dia tidak tahu mahu mencari Ritha di mana dan berharap orang awam yang mengetahui keberadaan isterinya dapat menghubungi Selvaratnam dengan segera.

"Saya juga mahu masyarakat menjadikan kisah saya ini sebagai pedoman agar tidak membiarkan anak-anak atau isteri terlalu bebas melayari internet sehingga menimbulkan kesan negatif seperti ini," katanya. -SH


Isteri, anak 'ghaib'

Simpang Renggam: "Perasaan saya jadi tidak menentu kerana selepas 11 tahun berkahwin, ini kali pertama saya berpisah dengan Noraini.

"Saya tidak tahu mengapa Noraini sanggup menghilangkan diri dan membawa bersama anak tunggal kami, Ain Nursyahirah yang berusia 10 tahun. Usaha mengesan kedua-duanya juga gagal," kata peniaga, Shahrizan Sulaiman, 32.

Shahrizan berkata, isterinya, Noraini Mohd Wahid, 32, dan Ain Nursyahirah menghilangkan diri dari kediaman mereka di Kampung Setia Jaya di sini, jam 4.30 petang pada 4 Disember lalu.

Menurutnya, dia hanya menyedari kehilangan kedua-duanya apabila pulang ke rumah.

"Pada mulanya saya menyangka mereka ke rumah jiran namun terkejut apabila mendapati pakaian kedua-duanya tiada. -HM


ULASAN GB

banyak kes yang berlaku mutakhir ini adalah kerana gara-gara smartphone dengan keupayaan untuk berhubung dengan orang lain menggunakan aplikasi-aplikasi seperti Whatsapps, Wechat, Telegram dan seumpamanya.

Isteri dilarikan orang, suami berlaku curang, anak-anak diculik....

Di dalam kes kedua di atas juga dipercayai berlaku adalah gara-gara smartphone walaupun tidak dinyatakan.

Oleh itu, sentiasalah berwaspada di zaman digital ini... smartphone apabila disalahgunakan akan berupaya mengharu-biru dan meruntuhkan rumahtangga. 



Kelab Greenboc.

VIDEO - Ketua Penerangan: PKR lantik bekas pengerusi Gerakan Mansuh ISA

Posted: 10 Dec 2014 02:45 AM PST


Ya Allah !! Saham FELDA dah tinggal RM 2.90 sesaham hari ini !!

Posted: 10 Dec 2014 02:15 AM PST


 
Jatuh lagiii. !! Dapat info ada beberapa masjid sudah mula start buat sembahyang hajat mintak diselamatkan FELDA !!

VIDEO - Ustaz Abdullah Khairi: Bersin stail UMNO !

Posted: 10 Dec 2014 01:30 AM PST




Dato Jalaluddin Hassan Rebah Di Tanah Perkuburan - Selatanonline

Posted: 10 Dec 2014 12:45 AM PST


Walaupun sukar mahu menerima kenyataan namun pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan redha dengan pemergian abang keduanya yang juga Ketua Pengarah Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.20 pagi Isnin.

Dia bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menghabiskan masa terakhir bersama Allahyarham ketika beliau dimasukkan ke Hospital Tuanku Afzan, Kuantan Pahang akibat serangan jantung.

 "Arwah mendapat serang jantung pada Sabtu lalu ketika berada di Kemaman, Terengganu dan dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri sebelum dipindahkan ke hospital di Kuantan pagi Ahad.

"Sebaik sahaja mendapat khabar itu saya dan adik-beradik lain bergegas ke sana dan Alhamdulillah kami berada di sisinya pada saat-saat akhir hayatnya dan beliau pergi dengan tenang dan aman,"katanyae.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Teratai, Ampang di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.

Turut hadir memberikan penghormatan kepada arwah adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selain ahli keluarga dan kenalan rapat.

Fuad diserang sakit jantung semasa menghadiri majlis penutup sempena Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu 11.15 malam Sabtu lalu.

Dato Jalaluddin Hassan menambah Fuad adalah seorang yang sangat mementingkan hubungan kekeluargaan dan arwah sentiasa memastikan mereka adik-beradik akan berkumpul dan meluangkan masa bagi merapatkan silaturahim.

Malah Jalaluddin turut menyifatkan Allahyarham sebagai pendengar setia sekiranya ada dikalangan mereka mempunyai sebarang masalah atau ingin berbincang mengenai sesuatu perkara.

"Allahyarham bukan sahaja seorang abang tetapi beliau juga adalah sahabat baik saya malah hubungan kami memang akrab sejak kecil dan kami tidak pernah berpisah.

"Malah selepas berkahwin kami tinggal berjiran sehingga ke hari ini dan kehilangannya amat meninggalkan kesan dan tiada lagi tempat saya mengadu masalah namun saya redha dengan ketentuan Allah" tambahnya lagi.


Kerengga.

MB Azmin Ali Selayaknya Dianugerahkan Gelaran "DATO SERI"

Posted: 09 Dec 2014 11:45 PM PST


Anugerah Datuk Seri - Nasihat Untuk Azmin Ali

Sekiranya MB Selangor Mohamed Azmin Ali (Minali) (foto)dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri oleh Sultan Selangor sempena hari keputaraan baginda Khamis ini, Minali tidak perlu menolaknya, sebaliknya menerima dengan penuh besar hati.
 

Anugerah itu bertepatan dengan status dan juga kedudukan Minali hari ini. 

Begitu juga kalau dihitung dari segi jasa dan bakti MB itu menerusi politik ia tidak terhitung, bahkan lebih banyak berbanding dengan penerima-penerima darjah kebesaran orang lain.

Penganugerahan bakal dikurniakan itu juga adalah atas perkenan Tuanku Sultan dan bukan darjah yang dibeli, atau pun berlaku sebarang kontra. 


Jadi tidak perlulah menasihati Minali agar menolaknya kononnya untuk menjaga wibawa dan sebagainya. Nasihat begitu bukan untuk mendamaikan keadaan tetapi menegangkan suasana.

Penganugerah yang dikatakan bakal diberikan itu juga tidak wajar sama sekali dikaitkan dengan penarikan darjah kebesaran membawa Datuk Seri daripada Anwar Ibrahim oleh Sultan Selangor beberapa hari lalu. Ia ada dua perkara berbeza. 


Kenapa hendak dikaitkan dan nampak ia seolah-olah sengaja dilakukan untuk menyakiti hati pihak tertentu.

Menganugerah dan menarik balik adalah hak mutlak Sultan yang tidak boleh dipertikikan oleh sesiapa. Kalau dipertikikan Akta Hasutan 1948 sedang mengangangga mulut. Tidak percaya cubalah kalau mahu jadi Alvin Tan nombor dua.

Kepada Minali jangan peduli sangat kepada pandangan atau nasihat yang boleh menimbulkan masalah dan kerumitan.


 Apabila sudah berada di kerusi tertinggi pemerintahan negeri semua tindakan perlu bijak, sedarhana dan matang. Waktu ini Minali tidak perlu menyerang dan menjerit lagi tetapi bertahan dan bekerja untuk rakyat.

Kalau Minali dianugerahkan darjah kebesaran itu, tahniah diucapkan dan kalau tidak dianugerah pun bekerjalah seperti biasa. 


Martabat seseorang itu bukan terletak kepada berapa banyak darjah kebesaran dan bintang-bintang yang diterima. Hebat atau tidak ia ditentukan kepada keupayaan dan wibawa kita memimpin negeri.

Adapun darjah kebesaran dan bintang-bintang itu akan menambahkan sinar hidup seseorang dari ukuran manusiawi. [wm.kl.10:06 am 10/12/14]

- mso