Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


PERTUDUHAN KHIR TOYO ADA KECACATAN...??

Posted: 09 Dec 2014 11:00 PM PST

 Mahkamah Rayuan telah tersalah arah apabila mengekalkan sabitan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo bagi pertuduhan memperoleh barangan berharga iaitu dua bidang tanah dan satu unit banglo untuk diri sendiri dan isterinya, Mahkamah Persekutuan diberitahu Selasa.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili Dr Mohamad Khir, berkata ini kerana pertuduhan itu ada kecacatan.

Beliau berkata ini kerana pertuduhan itu menyatakan Dr Mohamad Khir melakukan kesalahan itu atas kapasiti rasminya sebagai Menteri Besar Selangor, manakala Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan Dr Mohamad Khir atas kapasitinya sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Pihak pendakwa raya tidak meminda pertuduhan itu sehingga hari ini. Kami dipandu oleh pertuduhan itu. Pertuduhan terhadap perayu (Dr Mohamad Khir) ada kecacatan," kata Muhammad Shafee pada pendengaran rayuan terakhir Dr Mohamad Khir untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara 12 bulan.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mempengerusikan pendengaran rayuan itu bersama-sama empat hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali.

Muhammad Shafee berkata anak guamnya dituduh di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang terpakai bagi kakitangan awam dan hujahnya Dr Mohamad Khir, adalah Menteri Besar dan anggota lembaga dan pengerusi PKNS pada masa itu, tidak termasuk di bawah definisi kakitangan awam.

Beliau berhujah perkara utama dalam kes pihak pendakwaan ialah Dr Mohamad Khir telah membeli satu hartanah pada harga tidak wajar RM3.5 juta pada 2007 dan menegaskan pihak pendakwaan berhujah bahawa tidak relevan untuk bergantung pada nilai pasaran.

Bagaimanapun, katanya, pihak pendakwaan telah bergantung pada laporan penilaian oleh Trans Asia Properties, yang dilantik oleh saksi kedua pihak pendakwaan, Shamsuddin Hayroni, yang merupakan pengarah Ditamas Sdn Bhd, dan pada masa sama mengabaikan sepenuhnya laporan penilaian dibuat Rahim & Co, penilai yang dilantik oleh sebuah bank.

Penilaian Rahim & Co terhadap hartanah itu pada harga RM3.5 juta, selepas melakukan pemeriksaan terhadap keadaan sebenar hartanah itu pada 2007, langsung tidak dicabar oleh pihak pendakwaan, katanya.

Beliau juga berhujah bahawa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan langsung tidak mempertimbangkan pertukaran barangan bernilai atas hartanah itu pada 2004 dan 2007.

Pada 2004, terdapat bangunan dengan reka bentuk Itali berserta sijil layak menduduki manakala pada 2007, hanya tinggal struktur bangunan itu tanpa sijil layak menduduki, katanya.

Pada 23 Disember, 2011, Mahkamah Tinggi di Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir, 49, bersalah terhadap pertuduhan memperoleh untuk diri sendiri dan isterinya Zahrah Kechik, 47, dua bidang tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, dan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadapnya.

Hartanah itu diperoleh empat tahun lepas daripada Shamsuddin.

Dr Mohamad Khir dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Mahkamah Tinggi juga memerintahkan hartanah berkenaan dirampas dan diserahkan kepada kerajaan.

Pada 30 Mei tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan itu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Dr Mohamad Khir kemudiannya memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Pendengaran bersambung 19 Januari.

Fahmi: Universiti tiada belas ihsan....

Posted: 09 Dec 2014 10:17 PM PST

 

Bekas presiden persatuan pelajar, Fahmi Zainol menyifatkan Universiti Malaya (UM) tidak tidak mempunyai belas kasihan dan simpati apabila menggantungnya tiga minggu sebelum peperiksaan bermula. 

"Saya agak terkilan dengan tindakan UM, walaupun mereka sudah mempunyai keputusan lebih awal, sama ada menerima arahan dari mana-mana pihak atau terpaksa melakukannya, tidakkah mereka mempunyai rasa simpati dan empati?


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Fahmi: Universiti tiada belas ihsan.... Bekas presiden persatuan pelajar, Fahmi Zainol menyifatkan Universiti Malaya (UM) tidak tidak mempunyai belas kasihan dan simpati apabila menggantungnya tiga minggu sebelum peperiksaan bermula. "Saya agak terkilan dengan tindakan UM, walaupun mereka sudah mempunyai keputusan lebih awal, sama ada menerima arahan dari mana-mana pihak atau terpaksa melakukannya, tidakkah mereka mempunyai rasa simpati dan empati? Posted & copy by RAKYAT MARHAEN a

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Fahmi: Universiti tiada belas ihsan.... Bekas presiden persatuan pelajar, Fahmi Zainol menyifatkan Universiti Malaya (UM) tidak tidak mempunyai belas kasihan dan simpati apabila menggantungnya tiga minggu sebelum peperiksaan bermula. "Saya agak terkilan dengan tindakan UM, walaupun mereka sudah mempunyai keputusan lebih awal, sama ada menerima arahan dari mana-mana pihak atau terpaksa melakukannya, tidakkah mereka mempunyai rasa simpati dan empati? Posted & copy by RAKYAT MARHAEN a

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

UM gantung Fahmi 2 semester, denda RM600 kerana bawa Anwar masuk kampus - The Malaysian Insider

Posted: 09 Dec 2014 09:15 PM PST

UM gantung Fahmi 2 semester, denda RM600 kerana bawa Anwar masuk kampus

Universiti Malaya (UM) memutuskan untuk menggantung dan mendenda dua mahasiswa yang menganjurkan program "40 Tahun Dari UM ke Penjara" Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober lalu selepas hampir 12 jam prosiding tatatertib yang melibatkan mahasiswa.

Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol digantung pengajian selama 2 semester dan didenda sebanyak RM600 manakala Pengerusi Pro Mahasiswa (Pro M) Safwan Shamsuddin digantung selama satu semester dan didenda sebanyak RM300.

Prosiding tatatertib itu juga menyaksikan Abraham Au digugurkan pertuduhan dan Khairul Najib Hashim diberi amaran.

‎Pada ‎7 November lalu, UM memulakan prosiding tatatertib pertama terhadap Fahmi dan 7 rakannya kerana membawa masuk Anwar tanpa kebenaran pihak pengurusan UM.

Pada 27 Oktober lalu hampir 2,000 mahasiswa UM merempuh pagar untuk membawa masuk Anwar selepas pihak pentadbiran universiti mengambil keputusan mengunci kampus bagi menggagalkan program tersebut.

Manakala empat yang lain iaitu Haw Yu Hong, Khairul Anwar, Adam Fistival Wilfrid dan Syamimi Munira Mohamed masing-masing dikenakan denda sebanyak RM150 berserta amaran.

Sementara itu Fahmi yang ditemui selepas prosiding tersebut berkata agak kecewa dengan keputusan panel disiplin UM yang diketuai Profesor Dr Zanariah Abdullah kerana tidak adil dan menyekat kebebasan bersuara.

"Sejurus selepas mengumumkan keputusan prosiding dengan hukuman, kami meminta supaya dipertimbangkan peperiksaan semester yang akan bermula selepas 14 hari nanti.

"Namun mereka tidak mengendahkan permohonan kami. Saya dan Safwan diberi masa 14 hari berkuatkuasa serta merta untuk mengemukakan rayuan kepada naib canselor atau menteri pendidikan untuk dibebaskan," katanya kepada pemberita di perkarangan Kompleks Perdanasiswa UM.

Bagaimanapun Fahmi terkejut kerana UM tidak membuangnya dan yang lain daripada universiti.

"Hukuman ini tidak ada apa-apa, kecil bagi saya. Namun apa yang lebih penting memperjuangkan kebebasan bersuara mahasiswa.

"Bukan untuk kami tapi generasi akan datang. Ia harus diubah," katanya.

Fahmi yang juga pelajar tahun akhir Fakulti Sastera dan Sains Sosial ‎berkata tidak akan teragak-agak membawa kes ini ke mahkamah.

Namun Fahmi berkata, mereka akan membuat rayuan di universiti terlebih dulu.

"Kami sudah menyiapkan draf surat rayuan dan akan mengesahkan kandungan surat itu dalam mesyuarat pagi esok sebelum diserahkan kepada Naib Canselor Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin.

"Kita akan meletakkan percanggahan artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan bersuara dengan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 yang menyekat kebebasan pelajar.

"Kita juga akan memohon pertimbangan supaya membebaskan kami daripada digantung semester dan denda supaya dapat menduduki peperiksaan semester," katanya.

Beliau bersama rakannya yang keluar dari bilik prosiding kira-kira jam 10.30 malam disambut penyokong mahasiswa UM8 termasuk aktivis Adam Adli Abdul Halim.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Undang-Undang Profesor Dr Azmi Shahrom yang mewakili 8 pelajar tersebut berkata akan tetap bersama meneruskan perjuangan untuk mengugurkan hukuman pelajar terbabit di peringkat universiti.

"Kita akan membuat rayuan untuk proses seterusnya kerana undang-undang ini tidak adil untuk mahasiswa.

"Menghalang kebebasan bersuara dan berkumpul saya fikir Malaysia satu negara unik di mana anak yang pandai masuk universiti tetapi mempunyai kurang hak bersuara berbanding mereka lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang bekerja di Burger King," katanya.

Azmi turut menyokong sekiranya 8 mahasiswa tersebut mahu membawa kes ini ke mahkamah.

"Sudah tentu saya menyokong kerana ada daripada sudut Perlembagaan apa yang berlaku kepada mereka boleh ditentang," kata Azmi yang kini berdepan pertuduhan mengikut Akta Hasutan. – 9 Disember, 2014.

Malaysia Insider.

Zaid sediakan ruang siber buat Melayu ‘progresif’ menulis

Posted: 09 Dec 2014 08:30 PM PST


 Bekas menteri kabinet Datuk Zaid Ibrahim berkata 'Amno' atau Alpha Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Alpha) satu inisiatif di Internet menggalakkan 'idea progresif' di kalangan orang Melayu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Disember, 2014.
 
Bekas menteri kabinet Datuk Zaid Ibrahim berkata 'Amno' atau Alpha Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Alpha) satu inisiatif di Internet menggalakkan 'idea progresif' di kalangan orang Melayu.

Bekas menteri kabinet Datuk Zaid Ibrahim berkata 'Amno' atau Alpha Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Alpha) satu inisiatif di Internet menggalakkan 'idea progresif' di kalangan orang Melayu

Dalam satu parodi ke atas nama Umno, bekas menteri kabinet Datuk Zaid Ibrahim melancarkan "Amno" atau Alpha Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Alpha), satu inisiatif di Internet menggalakkan "idea progresif" di kalangan orang Melayu.

Amno akan menjadi platform atas talian di mana orang Melayu boleh menghantar tulisan mereka mengenai isu semasa dan mempunyai ruang untuk "merenung dan berfikir" bagi mendedahkan orang Melayu lain kepada pandangan yang pelbagai dan progresif, katanya dalam blognya hari ini.

"Saya mendapat sokongan menggalakkan daripada orang Melayu dan bukan Melayu lain untuk mengembangkan dan mempromosikan Amno yang akan mengumpul idea yang positif dan progresif.

"Amno ialah satu kumpulan Melayu yang bersama-sama mengusahakan platform Internet ini bagi menggalakkan orang Melayu menyampaikan pandangan dan pengalaman mereka, supaya orang Melayu lain boleh mendapat manfaat daripada pendedahan itu.

"Mereka tidak perlu menjadi ahli atau membayar langganan. Mereka hanya perlu mengambil bahagian dalam aktiviti dan menulis tentang pengalaman mereka, yang boleh mempunyai kesan yang membina kepada pemikiran Melayu," kata Zaid yang gemar menulis blog.

Katanya, ruangan itu bertujuan "membentuk Melayu baharu memandangkan versi Najib Razak tidak berguna dan asing bagi kita", katanya merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno.

"Alpha bermaksud yang dominan, pemimpin, seorang yang tegas," katanya, sambil mengatakan yang Amno mahu orang Melayu biasa menjadi kuat, ingkar tetapi adil dan bebas.

"Kami kamu mereka dididik dengan sebaiknya, berpendirian rasional dan saintifik. Cukuplah dengan pengampu dan pengipas yang ada," katanya.

Katanya, Amno akan menangani isu agama dan mendedahkan orang Melayu kepada tafsiran Islam lain yang "konsisten dan relevan dengan dunia moden" daripada terus bergantung hanya kepada ajaran yang dibawa pihak berkuasa agama Malaysia.

Beliau juga mahu Amno membantu Melayu berfikir secara bebas dan kritis tentang isu ekonomi, politik dan sosial serta "berpandangan jauh tanpa berdasarkan emosi apabila memilih pemimpin".

"Adakah Umno benar-benar membantu Melayu daripada segi ekonomi, seperti yang didakwa? Adakah PAS benar-benar membawa mereka ke syurga, atau ia cuma alat politik bagi membawa ulama ke Putrajaya?" katanya.

Zaid turut memuji 25 orang Melayu yang menulis surat terbuka semalam, meminta supaya satu dialog rasional diadakan mengenai kedudukan Islam dalam negara demokrasi berperlembagaan.

"Lebih baik lambat daripada tak buat langsung," katanya, "dan saya harap mereka akan buat susulan ke atas kenyataan umum mereka itu... dengan aktiviti yang lebih lantang dan berkesan bagi menyekatnya dari terus menular".

Bekas Duta Malaysia ke Belanda, Datuk Noor Farida Ariffin, mengemukakan kenyataan itu mewakili 25 orang yang menurunkan tandatangan mereka, termasuk bekas ketua pengarah, ketua setiausaha, duta dan individu berpengaruh lain yang menggelar diri mereka "orang Islam yang sederhana". – 9 Disember, 2014.
-

http://www.themalaysianinsider.com/

Saya selalu datang kenduri, kata Wan Azizah pada pengundi Kajang OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 09 Dec 2014 07:30 PM PST

Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail nafi tidak berkhidmat kepada penduduk Kajang

Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail nafi tidak berkhidmat kepada penduduk Kajang.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan tiada perkhidmatan yang diberikan kepada penduduk Kajang kerana pusat khidmatnya tetap dibuka kepada penduduk kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu berkata, penduduk yang ditemuinya berpuas hati dengan layanan yang diberikan dan ketiadaannya di kawasan itu kerana ada sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Saya ingat kenduri selalunya saya datanglah. Mereka kata 'eh, dia datanglah', saya tahu mereka tak jangka. Alhamdulillah.

"Bergantung kepada siapa yang kamu jumpa. Yang mana jumpa saya memang tahulah saya hadir terutama masa banjir.

"Di masa yang lain, pusat khidmat saya berikan khidmat kepada penduduk Kajang. Setakat ini yang saya kenal, saya telefon, saya hubungi, mereka kata ok," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat DUN Kajang hari ini.

Dr Wan Azizah berkata, penduduk Kajang perlu lebih matang menilai khidmatnya di kawasan itu kerana menjadi kebiasaan seorang wakil rakyat mempunyai tanggungjawab lain yang harus dipikul.

Katanya, kritikan penduduk setempat tetap diterimanya secara positif kerana pengundi di kawasan itu yang memilihnya sebagai wakil rakyat.  

"Jika mereka boleh terima (Datuk Seri) Najib (Razak) sebagai ahli Parlimen dan tugasnya, maka ia juga perkara yang sama.

"Sebab pengundilah saya ada di sini. Saya memang janji saya akan berkhidmat.

"Saya rasa mana-mana pun, kalau kita berikan khidmat, jumpa atau tak jumpa saya, kerja jalan. Itu yang penting," katanya.

Bagaimanapun, presiden PKR itu mengakui rayuan kes Liwat II suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan masanya lebih banyak tertumpu di mahkamah.

"Hari tu saya akui apabila kes suami saya, saya berada di mahkamah. Lepas itu saya ada ke luar negeri menemani suami saya masuk ke TED.com," katanya. – 9 Disember, 2014.


//www.themalaysianinsider.com/

Jawatankuasa PAC Selangor wajar diterajui ketua pembangkang, kata Azmin Ali

Posted: 09 Dec 2014 06:45 PM PST


PAC wajar diterajui ketua pembangkang bagi meningkatkan keberkesanan sistem demokrasi, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

PAC wajar diterajui ketua pembangkang bagi meningkatkan keberkesanan sistem demokrasi, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) wajar diterajui ketua pembangkang Selangor bagi meningkatkan lagi keberkesanan sistem demokrasi di negeri itu.

Beliau berkata ini kerana, jawatan ketua pembangkang penting dalam pengurusan negeri sebagai penyemak dan penyeimbang kepada kerajaan negeri dan ia harus dimanfaatkan sepenuhnya bagi memberi keadilan kepada rakyat.

"Langkah kerajaan negeri memberi pengiktirafan terhadap jawatan ketua pembangkang adalah usaha untuk memantapkan demokrasi matang di Malaysia di mana peranan pembangkang dalam pentadbiran tidak dipandang serong atau dianaktirikan," katanya dalam kenyataan di Shah Alam, hari ini.

Azmin mengulas peletakan jawatan Datuk Mohd Shamsuddin Lias sebagai ketua pembangkang Selangor berkuatkuasa serta merta semalam berikutan keengganannya menerima pelantikan sebagai pengerusi PAC Selangor.

Beliau turut kesal dengan peletakan jawatan Shamsuddin, yang juga Adun kawasan Sungai Burong daripada Barisan Nasional.

Shamsuddin mendakwa PAC Selangor dimonopoli Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Pakatan Rakyat (PR) selain dilihat lebih berunsur muslihat politik.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Khamis lepas meminda peraturan tetap berkaitan yang mewajibkan ketua pembangkang dilantik sebagai pengerusi PAC dalam usaha memastikan negeri ini dapat terus maju seiring dengan negara maju. – Bernama, 9 Disember, 2014.


themalaysianinsider.com/bahas

Ahmad Said buat laporan polis ‘Datuk’ guna namanya untuk menipu..??

Posted: 09 Dec 2014 06:00 PM PST

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said buat laporan polis berhubung tindakan seorang Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said buat laporan polis berhubung tindakan seorang Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said buat laporan polis berhubung tindakan seorang Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang lelaki bergelar "Datuk" yang didakwa menggunakan namanya untuk menipu membabitkan RM1.8 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal itu memanfaatkan masa rehat persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk membuat laporan itu di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 10.50 pagi.

Ketika ditemui pemberita, Ahmad mendakwa lelaki bergelar "Datuk" berumur 52 tahun itu menggunakan namanya ketika beliau masih menjadi menteri besar bagi penipuan mendapatkan RM1.8 juta kononnya bagi satu kawasan pembalakan daripada seorang pengurus kilang papan di sini dari Singapura.

"Pengurus itu menyerahkan wang tersebut kepada "Datuk" itu selepas terpedaya yang kononnya dia (Datuk) rapat dengan saya dengan alasan wang itu untuk diberikan kepada saya serta akan memberi satu kawasan pembalakan," katanya.

Menurutnya beliau tidak mengenali 'Datuk" itu dan meminta polis melakukan siasatan terperinci bagi membawa orang yang menipu itu ke muka pengadilan.

Ahmad berkata tindakan individu tersebut mencemarkan nama dan menjatuhkan reputasi beliau sebagai seorang ahli politik.

"Kes ini saya sedari apabila seseorang datang berjumpa dan menceritakan pengurus syarikat tersebut marah kerana tidak dapat kawasan balak dijanjikan pada bulan September tahun lalu.

"Saya yang ketika itu masih lagi menteri besar Terengganu berjumpa dengan pengurus terbabit serta meminta dia membuat laporan polis," katanya.

Sementara itu, Speaker DUN Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong berkata Adun Kijal itu keluar daripada persidangan DUN dengan mendapat keizinan beliau setelah memberi alasan yang munasabah.

Ahmad yang menjadi menteri besar Terengganu pada 2008 meletak jawatan dan digantikan dengan Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada Mei lepas. – Bernama, 9 Disember, 2014.


/www.themalaysianinsider.com

Pasar raya T'ganu diarah tutup waktu solat Jumaat

Posted: 09 Dec 2014 04:15 PM PST

 
 
Kerajaan Terengganu mengarahkan semua pasar raya di negeri itu menghentikan operasi daripada jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang setiap Jumaat mulai bulan depan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, keputusan itu diambil bagi mengelakkan umat Islam, terutamanya golongan muda, tidak bersolat Jumaat dan beredar sekitar kawasan itu, lapor  
 
Bernama.

Chegubard, keluarlah dari PKR dan masuk UMNO - Oleh: Mohamad Fadli

Posted: 09 Dec 2014 03:30 PM PST

PETALING JAYA: Badrul Hisham Shaharin digesa berhenti menjadi duri dalam daging kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau keluar dan menyertai UMNO, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Zafril Eusoff.

Katanya, tindak-tanduk Badrul Hisham yang lebih dikenali Chegubard lebih banyak merosakkan parti dan hubungan baik antara pimpinan tertinggi PKR.

Beliau berkata, "kerja memecahbelahkan PKR ini adalah kerja UMNO.

Jika Badrul Hisham mahu jadi perosak PKR, maka kami menyeru beliau agar keluar dari PKR dan menyertai UMNO, sambil menambah, "PKR tidak memerlukan parasit seperti beliau."

Menurutnya dalam satu kenyataan, AMK kesal dengan dakwaan Chegubard yang menuduh wakil rakyat PKR dan DAP menarik semula sokongan kepada Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku calon Menteri Besar Selangor.

Chegubard juga mendakwa kononnya Mohamed Azmin Ali berperanan dalam keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melucutkan darjah kebesaran 'Datuk' Seri' terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. 


Zafril berkata, dakwaan Chegubard adalah tidak berasas serta telah dinafikan oleh wakil-wakil rakyat PKR serta DAP semalam.

"Dakwaan beliau ini dikitar semula dari kenyataan beliau sebelum ini yang bertujuan memecahbelah serta memalukan parti. 


"Manakala serangan berterusan beliau terhadap Azmin pula adalah susulan dari dendam peribadi beliau yang gagal dalam percaturan politiknya untuk menyekat Azmin dari memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti baru-baru ini," ujarnya.

Sebelum ini ahli PKR yang digantung itu telah mendedahkan empat nama ADUN yang menarik balik surat akuan sokongan kepada Dr Wan Azizah. Empat ADUN tersebut ialah Amiruddin Shari (Batu Caves), Mat Shuahaimi Shafiee (Sri Muda), Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Ng Sze Han (Kinrara).

Semua ADUN tersebut menandatangani surat akuan bersumpah pada 11 September 2014 lalu, dan mereka mengesahkan akan mematuhi apa sahaja keputusan yang diambil oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


-fmt-


Kerengga

SYABAS Kepada MB Azmin Ali Kerana Berkorban Menurunkan Gaji ADUN SELANGOR !

Posted: 09 Dec 2014 08:00 AM PST

  Elaun MB, ADUN, speaker NS naik

 

NS dalam proses ambil balik tanah NFC

Posted: 09 Dec 2014 07:30 AM PST

 
 
Kerajaan Negeri Sembilan kini dalam proses mengambil balik tanah yang digunakan oleh Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas, dan merancang untuk mengusahakan semula ladang ternakan berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini sebagai usaha untuk memastikan bekalan daging cukup untuk memenuhi permintaan dalam negeri memandangkan pengeluaran daging di negeri ini kini hanya sekadar menampung 30 peratus permintaan dalam negeri sedangkan permintaan sentiasa bertambah.

"Sebelum ini pada 2007, kerajaan negeri melalui Menteri Besar Diperbadankan (MBI) telah menyewakan sebidang tanah berkeluasan 607.5 hektar kepada NFC. Cara yang akan dilakukan ini berbeza dengan cara yang dilakukan NFC kerana kita akan lakukan dengan skala kecil.

Sebagai contoh, kita akan pecah-pecahkan kepada fidlot-fidlot yang kecil atau ladang-ladang yang kecil dan akan kita beri ladang-ladang ini kepada pengusaha ternakan yang sedia ada untuk mereka usahakan, " katanya ketika menjawab soalan lisan Abd Rahman Mohd Redza (BN-Linggi) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Seremban, hari ini.

Mohamad yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Rantau berkata kerajaan bercadang untuk menempatkan 10 penternak lembu, kambing dan kerbau di lsiadang ini dan mereka akan menternak bersama-sama dan menggunakan kemudahan yang ada seperti rumah sembelihan secara bersama.

"Jika seorang penternak mengalami masalah, masih ada penternak lain yang dapat memberikan hasil," katanya.

Selain itu, katanya usaha meningkatkan pengeluaran industri penternakan turut dilakukan dengan menggalakkan sektor penternakan dan pertanian menggunakan teknologi dan kaedah-kaedah baru yang dapat mengurangkan kos operasi dan meningkatkan hasil pengeluaran.

"Usaha juga akan digiatkan lagi untuk menambah baik sistem pengumpulan produk dan kaedah penjualan bagi menjamin pasaran serta pada masa sama mengukuhkan harga yang kompetitif bagi memastikan pengusaha memperoleh pulangan hasil pendapatan yang setimpal dengan kos operasi yang dibelanjakan," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri turut melaksanakan penambahbaikan kepada kawasan penternakan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan Ladang Satelit bagi menyediakan pengurusan sumber yang lebih berkesan dan telus melalui pengstrukturan operasi.

"Penstrukturan semula operasi dijangka akan membantu meningkatkan produktiviti penternak di mana operasi tidak lagi hanya tertumpu kepada aktiviti penternakan tetapi juga turut fokus kepada pembangunan makanan ternakan, aktiviti pembiakan ternakan dan pembangunan produk hiliran," katanya.

Katanya kerajaan turut memberi tumpuan dalam industri pertanian dan kini giat menyelaras semula aktiviti di TKPM dan Ladang Rakyat di mana ini dilakukan dengan mengusahakan tanaman bernilai tinggi secara berkelompok.

"Memaksimumkan penggunaan tanah turut menjadi strategi utama kerajaan negeri dalam memastikan pengusaha mendapat hasil maksimum dari aktiviti yang dijalankan," katanya.

- Bernama

Dr M dinasihat 'hentikan omong kosong'

Posted: 09 Dec 2014 06:45 AM PST

 
 
Permusuhan politik mereka menjadi legenda, yang berterusan sejak beberapa dekad lalu, dan sehingga kini tidak nampak tanda-tanda ia akan kendur.

Terbaru, Lim Kit Siang berang dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat takut kemungkinan beliau akan menerajui kerajaan.

Bagaimanapun, pemimpin veteran pembangkang 73 tahun itu memaafkan bekas perdana menteri itu yang kini 89 tahun, yang dianggapnya seorang yang lanjut usia.

Lim berkata beliau memaafkan Dr Mahathir kerana mengambil kira bahawa bekas perdana menteri itu sudah hampir mencecah usia 90 tahun.

Bagaimanapun, katanya, Dr Mahathir harus berhenti menjadi penyebar kebencian dan ketakutan.

Menulis dalam Twitter, Lim berkata, pada mulanya beliau menyangka Dr Mahathir memberi amaran bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dirinya akan ditangkap.

"Tetapi beliau benar-benar telah tersasar, sudah nyanyuk?" soalnya.

Dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinar Harian yang disiarkan semalam, Mahathir berkata rakyat menyokong BN kerana mereka takut Anwar dan Lim menerajui kerajaan.

Kata Mahathir, jika Anwar menjadi perdana menteri, mereka akan menyaksikan Kit Siang menjadi menjadi timbalannya dan kemudian menjadi menteri dalam negeri dan rakyat akan ditangkap.
 
 
Malaysiakini

'Tergesa-gesa', Azmin enggan ulas isu gelaran Anwar

Posted: 09 Dec 2014 06:00 AM PST

   
Menteri Besar Azmin Ali enggan mengulas sama ada beliau menyokong keputusan Majlis Diraja Selangor untuk menarik balik gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan pada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tergesa-gesa, saya perlu cepat.

"Saya tidak boleh jawab sekarang," katanya sambil masuk ke kereta yang diparkir di pintu masuk ke pejabatnya di Shah Alam.

Azmin sebelum itu bertemu Menteri Kesihatan Dr S Subramaniam, antaranya untuk membincangkan isu peningkatan denggi di negeri itu.

Kedua-dua mereka enggan menjawab soalan berhubung perkara lain hari ini.

"Sekarang terbuka untuk soalan, hanya tanya soalan berhubung denggi dan bukan isu lain," kata menteri besar.

Semalam, anggota PKR yang digantung keanggotaan Badrul Hisham Shaharin mendakwa Azmin setuju dengan pembatalan gelaran Anwar.



Malaysiakini

Mayat Isteri Zina Diserang Ribuan Lintah

Posted: 09 Dec 2014 05:15 AM PST


 
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!"

Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.

Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

"Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.

Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja." Jelas En.Idris.

Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.

Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.

Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.

Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.

Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.

Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.

Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.

Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.

Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.

Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, "Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur" Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.

Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.

Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.

Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.

Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.

Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.

Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.

*Sumber dari blogtokwan.blogspot.com

Rafizi pertahan kenyataan 'cincin mahal', jumpa Najib di mahkamah - (Oleh Amirul Azhan)

Posted: 09 Dec 2014 04:30 AM PST


KUALA LUMPUR 9 DIS: Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli bertegas akan tetap mempertahankan ucapan beliau berkaitan 'cincin mahal' Datin Seri Rosmah Mansor di mahkamah kelak.

Katanya, jawapan kepada surat tuntutan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya itu telah dihantar melalui peguamnya, N Surendran dan Tetuan Daim Gamany.

"Saya tegaskan bahawa ucapan yang saya tuturkan itu sememangnya berkepentingan awam kerana ia bersabit dengan dasar negara.

"Saya yakin kritikan saya berdasarkan tindakan Najib yang menghapuskan subsidi pada ketika pembaziran terus berlaku adalah betul dan saya akan pertahankan ucapan itu di mahkamah kelak," jelas Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam kenyataan hari ini.

Pada 4 Disember lalu, Najib dan Rosmah menghantar surat guaman untuk menyaman Rafizi ekoran kenyataannya berkaitan 'cincin mahal' Rosmah dalam satu program di Kuala Lumpur yang disiarkan di Youtube.

Rafizi berkata, sehingga kini beliau masih menunggu writ saman Najib dan Rosmah untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, Rafizi turut mempersoal kemampuan Najib dan Rosmah yang tidak mampu menjawab kritikan dan sebab itu mereka mengambil langkah untuk menyamannya.


Posted by Wak Labu Farm.M

 

Pilihan Yang Tepat.....

Posted: 09 Dec 2014 03:30 AM PST

 
Azmin Ali yang ku kenali semenjak YB DS Anwar Ibrahim dipecat pada bulan September 1998,  adalah seorang pejuang dan sahabat setia bersama DS Anwar dalam suka dan duka.

Ada juga yang masih tidak berpuas hati dengan perlantikan beliau sebagai MB Selangor yang baru mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.  Kononnya  Azmin Ali melobikan dirinya sendiri untuk dipilih.  Ini hanya kenyataan seorang yang "desperado".

Mula berkerja bersama dengan DS Anwar Ibrahim apabila diminta oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 1987.   Mahathir mengenali Azmin semasa Azmin masih menuntut di Amerika Syarikat dan menjadi pemimpin pelajar di sana. 

 
Hubungan baik kedua-duanya bagaimana pun tidak berkekalan apabila Anwar Ibrahim dipecat daripada kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998. Azmin menyifatkan insiden pemecatan tersebut adalah yang paling sukar dalam hidupnya apabila terpaksa memilih antara Mahathir ataupun Anwar.

Sejak pemecatan DS Anwar pada tahun 1998,  berbagai bagai fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar dan Azmin.  

Setelah DS Anwar dipenjara,  Azmin Ali lah yang diamanahkan untuk menyambung perjuangan REFORMASI 1998. 
Dihari kematian ibu kandung DS Anwar Ibrahim yang saya sekeluarga turut hadir,  saya lihat betapa kasih dan sayangnya Azmin Ali terhadap Anwar.

Semasa DS Anwar dalam penjara Sg. Buloh,  Azmin boleh saja mengikut jejak langkah 11 Budak Hitam yang melompat keluar PKR dan masuk UMNO dengan ganjaran yang besar.  Tetapi,  beliau tetap juga mahu bersusah payah bersama dengan Parti PKR pimpinan Dr. Wan Azizah.

Ramai yang berpendapat perlantikaan Azmin Ali sebagai MB Selangor sudah kena pada tempatnya dan adalah pilihan yang tepat.  Azmin Ali setelah dilantik, terus menunjukkan prestasi yang baik dengan slogan "DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT".

Azmin Ali sanggup turun sendiri melihat masaalah rakyat tanpa mengharapkan lapuran yang biasa diberitakan dari Ahli Majlis atau Exco Negeri.

Mungkin beliau merasa bertanggungjawab terhadap rakyat dengan keadaan ekonomi yang agak sempit ketika ini.  Maka beliau merasa berpuas hati jika beliau turun padang dan melihat sendiri.




Dengan itu,  jika ada mana mana pihak yang tidak puas hati dengan cara beliau mentadbir Selangor,  saya rasa tidak adil jika kita menilai pada ketika ini,  berilah beliau sedikit masa lagi,  untuk beliau buktikan apa yang dia kata akan dikotanya.

Akhir kata, mari lah kita berdoa agar beliau terus berjuang untuk menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat di Selangor ini dan mentadbir Selangor dengan adil seadilnya.  Amin.





ZAR ALI

DBKL Dedah 'Orang Dalam' Bocor Maklumat Operasi Punca Gagal Tanggani Lambakan Peniaga Warga Asing.

Posted: 09 Dec 2014 02:45 AM PST

Kepala hotak Nurul Asyikin 

Dah tahu ada SPY, maka siasat la sapa yang jadi SPY tue. Cari laju2 dan terminate. Konon sembang depan media nak menyalahkan orang dalam padahal diri sendiri tidak mampu menyelesaikan masalah berbangkit dengan effisen. 
Sebagai ketua, kau patut dah lama rangka strategi bagi mengesan siapa yang jadi dalang bocor maklumat operasi, upah SPY untuk lakukan siasatan dari kedai ke kedai, kumpul maklumat dan bukti dan kemudian ambush kedai2 tersebut, berikan amaran dan tindakan tegas kerana menyalahgunakan tapak premis perniagaan dengan sewakan pada warga asing.
Orang yang betul2 nak meniaga macam aku tak dapat2.
Orang yang bukan nak meniaga tapi dapat tapak dan sewakan pada warga asing.
Bila warga asing berlambak2 di warga kota, memekak plak rakyat Malaysia neh.
Bila warga asing meniaga sana sini maki depa kaw2. Tapi sedar tak sedar yang buat kerja2 bangsat neh warga sendiri gak. 
Lue fikirlah sendiri ek.
Terdapat 'orang dalam' yang membocorkan maklumat operasi sehingga menyebabkan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), gagal.
Perkara tersebut diakui Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib yang menyuarakan kebimbangan isu lambakan peniaga asing menyewa premis perniagaan daripada pemilik warga tempatan.
Tegasnya, DBKL tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada pendatang asing untuk berniaga.
"Kita sudah mengambil tindakan berpuluh kali tetapi bila kita hendak ambil tindakan, ada pihak yang membocorkan maklumat.
"Kita tidak boleh nafikan kebocoran maklumat operasi itu dilakukan oleh orang dalam DBKL itu sendiri," katanya selepas merasmikan Majlis Penghargaan Sempena Hari Penguatkuasaan DBKL 2014 di Taman Tasik Titiwangsa, hari ini.
Katanya, faktor lambakan peniaga asing disebabkan sikap rakyat tempatan itu sendiri yang menyewakan tapak kedai mereka sehingga menyebabkan DBKL terpaksa meletakkan penguatkuasa di lokasi. Sekiranya perkara ini tidak ditangani segera, katanya, ia menyebabkan imej di KL seolah-olah dikawal oleh pendatang-pendatang dari segi perniagaan kecil-kecilan.
 
"Peniaga-peniaga tempatan terutama golongan tua tidak mahu berniaga lagi, mereka serah kepada pendatang-pendatang asing.
"Kita perlu dapatkan kerjasama daripada rakyat tempatan, terutamanya kita kena galakkan mereka supaya terus berniaga.
"Saya tidak nafikan memang ada, bila kita hendak ambil tindakan, tuan yang menyewa itu duduk depan, bila tidak ada pendatang asing yang berniaga," katanya.
Tambahnya lagi, faktor harga sewa yang rendah juga menjadi penyumbang tapak perniagaan dimonopoli pendatang asing.
"Kemungkinan pada masa akan datang pasar seperti Chow Kit dan pasar Raja Bot yang sedang dalam proses pengubahsuaian akan dipenuhi peniaga-peniaga yang bukan rakyat tempatan.
"Ramai rakyat tempatan mengambil kesempatan ke atas sewa yang rendah dan potensi untuk sewakan semula tinggi," katanya.
Jelas Ahmad Phesal, pihaknya akan meneliti semula kadar sewa yang terlalu rendah sehingga menyebabkan margin antara sewa dengan potensi pendapatan tinggi.
"Maknanya kalau dia sewa daripada kita RM120 atau RM190 tetapi dia boleh dapat potensi sewa sampai RM3,000, buat apa dia hendak duduk situ, lebih baik dia sewa.
"Pada masa yang sama DBKL menghadapi masalah, semakin kita naikkan sewa mereka kata kita menindas penjaja-penjaja," ujarnya.
Pada Ahad, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar sikap 'rakus' pemilik lesen perniagaan di Jalan Petaling kerana meraih pendapatan dengan menyewakan lesen perniagaan sehingga mencecah RM8,000 hingga RM9,000 sebulan kepada warga asing. -ST-

Sebenarnya Mahathir Bermaksud Najib & Ahli-ahli UMNO Bodoh....

Posted: 09 Dec 2014 02:00 AM PST



CEO MAS: Orang Malaysia bodoh, kata Tun M

KUALA LUMPUR - "Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan, sebab itu MAS (Malaysia Airline System Berhad) rugi," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Demikian reaksi balas bekas pemimpin negara itu apabila diajukan tentang keputusan Khazanah Nasional Berhad yang melantik Chrisoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Beliau berkata lagi tidak hairan jika 'orang luar' diberikan kepercayaan untuk menguruskan dan memulihkan semula syarikat penerbangan negara itu.

"Bila sudah rugi, orang yang buat (MAS) rugi itu sekarang ini nak buat baik balik, oklah," katanya lagi.

Mueller, ketika ini merupakan CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland, juga dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah MAS. -SH


Nanti PM 'orang putih' pula, sindir Dr M

Berbeza dengan laporan sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik kebergantungan Malaysia kepada orang luar untuk memajukan negara.

Menjawab soalan berhubung pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo), Mahathir berkata ia menjadi "pengakuan kita ini bodoh".

"Saya khuatir kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti kita nak perdana menteri, kita boleh ambil orang putih sebab dia lebih pandai daripada kita.

"Kalau nak marah, marahlah. Itu pendapat saya," katanya.

Menjelaskan kontroversi kenyataannya sebelum ini, Mahathir menegaskan "orang Malaysia tidak bodoh" dan mempunyai banyak bakat walaupun di zaman British dianggap kolot.

"Tapi nak panggil jadi konsultan (adalah) orang asing. Nak jadi pengarah, orang asing, nampak beri pengakuan kita ni bodoh," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan anggota parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Naina Merican yang mempertikaikan pelantikan Mueller dan mahukan keutamaan diberi kepada warga tempatan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Pengurusan Kualiti Islam (i-QAM) anjuran Universiti Utara Malaysia di Hotel Everly di Putrajaya.

Menjawab dakwaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa BN sebenarnya tidak mampu menguruskan syarikat penerbangan Dr Mahathir berkata:

"Kerajaan mesti sedar bahawa kita tidak harus mengaku bahawa kita tidak ada kebolehan.

"Kalau kita percaya bahawa kita tidak ada kebolehan, kita jangan jadi kerajaanlah," katanya. -mk


ULASAN GB

Nanti PM 'orang putih' pula, sindir Dr M

Berbeza dengan laporan sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik kebergantungan Malaysia kepada orang luar untuk memajukan negara.

Menjawab soalan berhubung pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo), Mahathir berkata ia menjadi "pengakuan kita ini bodoh".

"Saya khuatir kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti kita nak perdana menteri, kita boleh ambil orang putih sebab dia lebih pandai daripada kita.

"Kalau nak marah, marahlah. Itu pendapat saya," katanya.

Menjelaskan kontroversi kenyataannya sebelum ini, Mahathir menegaskan "orang Malaysia tidak bodoh" dan mempunyai banyak bakat walaupun di zaman British dianggap kolot.

"Tapi nak panggil jadi konsultan (adalah) orang asing. Nak jadi pengarah, orang asing, nampak beri pengakuan kita ni bodoh," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan anggota parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Naina Merican yang mempertikaikan pelantikan Mueller dan mahukan keutamaan diberi kepada warga tempatan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Pengurusan Kualiti Islam (i-QAM) anjuran Universiti Utara Malaysia di Hotel Everly di Putrajaya.

Menjawab dakwaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa BN sebenarnya tidak mampu menguruskan syarikat penerbangan Dr Mahathir berkata:

"Kerajaan mesti sedar bahawa kita tidak harus mengaku bahawa kita tidak ada kebolehan.

"Kalau kita percaya bahawa kita tidak ada kebolehan, kita jangan jadi kerajaanlah," katanya. -mk

Sebenarnya begitulah... Mahathir ingin menyatakan Najib dan sekalian ahli UMNO itu bodoh.

Mahathir memang terkenal dengan kata-kata sindiran dan sarkastiknya. Beliau juga pakar reverse psychology.

Apabila beliau menyatakan

"Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan..."

Beliau sebenarnya menyindir dan menempelak Najib yang melantik orang luar menerajui MAS.

Maka itu sebabnya beliau menyatakan nanti "orang putih" pula jadi PM Malaysia.

Beliau turut mengkritik ahli UMNO yang terus mempertahankan Najib. Di dalam satu ucapannyab beliau menyatakan ramai yang layak menggantikan Najib tetapi ahli-ahli UMNO yang menjadi penghalangnya. Justeru itu sebenarnya, menurut Mahathir ahli-ahli UMNO semuanya bodoh mengekalkan PM yang bodoh.

Ramai pemimpin yang berkebolehan menggantikan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri namun Umno menjadi penghalang kepada usaha itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata usaha kemasukan pemimpin baharu ke dalam Umno terhalang ekoran kepimpinan parti itu yang lebih gemar mempertahankan kedudukan sebagaimana yang terlihat di Selangor.

"Sebenarnya ramai, ramai yang layak. Tetapi Umno tak bagi masuk. Umno tak bagi masuk dalam Umno pasal masing-masing jaga tempat dia, kalau masuk orang yang lebih layak daripada dia, dia tak dapat tempat.

"Sebab itu (contohnya) kita cari dalam Umno di Selangor. Selangor ini penuh dengan orang Melayu yang bijak-bijak belaka, yang pandai, yang berjaya tetapi tak boleh masuk Umno. (Kena) cantas, tak boleh. Pasal dia nak jaga tempat dia.

"Ha! (kalau orang itu) masuk, (dia) tak boleh jadi ketua bahagianlah, (dia) tak jadi calonlah, tak dapat jadi datuklah. Jadi pasal masing-masing fikir tentang kepentingan diri. Sebab itu kita cari siapa nak ganti (pemimpin tertinggi) oh tak ada kononnya," katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian minggu lalu.

Dr Mahathir berkata perkara itu sebenarnya boleh dielakkan kerana ramai lagi pemimpin di Selangor yang berkebolehan dan berkeupayaan datang dari seluruh negara. – TMI


Kelab Greenboc
Ini nama-nama Adun yang buat U-turn terhadap Wan Azizah (Gambar Akuan Bersumpah) KUALA LUMPUR: Anggota PKR yang digantung, Badrul Hisham Shahrain hari ini mendakwa lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat yang menandatangani surat akaun bersumpah menarik sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Badrul yang dikenali sebagai Chegubard berkata, lima Adun tersebut, tiga dari PKR dan dua dari DAP, menandatangani akuan bersumpah itu pada pada 11 September, beberapa hari selepas menytakan sokongan terhadap Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor. Lima Adun yang didakwa Chegubard ialah Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda), Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Ng Sze Han (DAP-Kinrara) dan Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing). SD Xavier Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas) SD Ng Sze Han Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Ng Sze Han (DAP-Kinrara) SD Shuhaimi Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda) SD Rajiv Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing) SD Amir Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Amirudin Shari (PKR-Batu Caves) "Saya telah membuat laporan polis untuk mendapatkan pengesahan mengenai akuan bersumpah lima Adun tersebut. "Akuan bersumpah ini menyatakan dengan jelas nama lima Adun Selangor yang mulanya dikatakan menandatangani surat sokongan terhadap Dr Wan Azizah, kemudiannya menarik sokongan tersebut," katanya dalam satu sidang media hari ini. Katanya, salinan akuan bersumpah lima Adun itu diterima pada 1 November lalu dan sudah diserahkan kepada Ketua Umum, Presiden dan Jawatankuasa Disiplin PKR namun sehingga kini masih belum ada tindakan lanjut. "Adakah PKR mengamalkan dua set undang-undang? Untuk biasa yang langgar arahan parti digantung dan dipecat tetapi untuk kelompok tertentu terus dilindungi?" katanya lagi. Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Selangor masih belum dikenakan tindakan disiplin walaupun menarik balik sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor, kata Badrul Hisham Shaharin. Bekas ketua cabang PKR Rembau itu berkata, salinan akuan bersumpah lima Adun itu diterima pada 1 November lalu dan sudah diutarakan kepada beberapa pemimpin kanan parti namun masih belum ada tindakan lanjut. "Akuan bersumpah ini menyatakan dengan jelas nama lima Adun Selangor yang mulanya dikatakan menandatangani surat sokongan terhadap Dr Wan Azizah (kemudian) menarik sokongan tersebut. PKR sebelum ini menggantung keahlian Badrul‎ kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan mengenai parti di media. Sementara itu, usaha Astro AWANI menghubungi Adun Batu Caves, Amirudin Shari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan & Pembangunan Usahawan untuk mendapatkan penjelasan berhubung dakwaa Chegubard gagal. Dalam sidang media itu juga, Chegubard turut mendakwa Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memberi sokongan suapay Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditarik balik penganugerahan Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) diberikan pada 1992. Beliau mendakwa, Azmin sebagai salah seorang anggota Dewan DiRaja Selangor turut bersetuju dengan empat alasan yang merumuskan Anwar sebagai derhaka. "Jika keputusan menarik balik anugerah itu merupakan keputusan sebulat suara Dewan DiRaja Selangor, maka Azmin sebagai salah seorang anggotanya juga tentunya bersetuju supaya gelaran Datuk Seri yang dianugerah kepada Anwar ditarik balik," katanya. -Astro-

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Ingat, semasa kita tiada lagi, segala dosa dan noda kita ditanggung oleh generasi kita

Posted: 09 Dec 2014 01:30 AM PST


Di antara isu yang menarik bagi saya minggu ini ialah ucapan Najib kepada pegawai-pegawai di Jabatan Perdana Menteri pagi semalam di Putrajaya. Beliau telah menyebut yang undang-undang yang berhubung dengan rasuah diperketatkan dan kali ini pemberi rasuah juga patut diambil tindakan tegas kerana rasuah adalah punca kepada segala masalah kepada negara.

Beliau berkata syarikat-syarikat swasta yang menghulurkan rasuah perlu dihentikan dan tindakan tegas wajar diambil sebagai satu cara yang difikirkan perlu untuk dilakukan bagi memberhentikan kegiatan rasuah yang telah menjadi perhatian umum yang tidak dapat di tanggalkan dari batang tubuh poemimpin dan kerajaan hari ini.

Apa yang dikatakan Najib itu benar, tetapi masalahnya pimpinannya sendiri merupakan pimpinan yang terlibat dengan kegiatan memberi dan menerima rasuah itu. Rasuah sememangnya satu penyakit yang akan sentiasa berterusan, kerana melakukan rasuah itu tidak dapat menyelesaikan masalah pemberinya dengan sekali gus.

Syarikat-syarikat yang memberi rasuah kepada kerajaan samada kepada pemimpin parti pemerintah mahupun kepada pelaksana, akan berterusan setiap kali mahu mendapatkan projek dari kerajaan. Ini terpaksa meneruskan perlakuan ini disebabkan ia sudah menjadi budaya dan kepada pemimpin Kementerian dan Jabatan akan mengharapkan imbuhan setiap jabatan dan kementeriannya memberikan projek kepada penerima syarikat-syarikat itu.

Tujuan syarikat-syarikat swasta memberikan rasuah itu ialah untuk mendapatkan projek dan tujuan penerimanya mengambil wang rasuah itu ialah untuk menyempurnakan budaya rasuah yang telah tertanam sejak dua tiga dekad dahulu.

Najib telah meminta kerjasama setiap parti politik untuk bersama memerangi rasuah ini kerana ia adalah masalah bersama kita, katanya kepada pegawai di JPM semalam. Kalau begitulah niat Najib maka kita wajar bertanya kepada nya samada pemberian rasuah BRIM itu patut dihentikan? Bukankah pemberian BRIM itu merupakan sogokan terhadap rakyat untuk memberikan sokongan terhadap kerajaan pimpinannya?

Seperti juga syarikat-syarikat swasta yang memberikan rasuah kepada pegawai kerajaan dan pemimpin kerajaan, pemberian BRIM itu boleh dikategorikan sebagai rasuah juga. Syarikat swasta memberikan rasuah untuk mendapatkan projek, pemberian BRIM itu pula adalah untuk mendapatkan sokongan ramai terhadap kerajaan. Kedua-duanya ini tidak boleh menyelesaikan masalah dan terpaksa dilakukan setiap kali hendak mendapatkan sokongan dan projek tadi.

BRIM tidak boleh menyelesaikan masalah kehidupan rakyat dan syarikat-syarikat swasta itu tidak akan terus mendapat projek dengan pemberian rasuah sekali dua sahaja. Ia terpaksa dilakukan selagi syarikat itu mahu membuat bisnes.

Oleh itu Najib sepatutnya suluh dirinya ke dalam samada beliau layak untuk bercakap dan menambah janji-janjinya yang masih banyak belum terlaksana. Bagi saya keadaan ini sukar dilaksanakan oleh pimpinannya kerana yang melakukan tindakan rasuah ini terjadi semasa pentadbirannya maka ia tidak layak untuk diyakini ia akan tercapai. Ia akan hanya tercapai jika ia dilakukan oleh 'set' kepimpinan yang baru.

Kita perlu ingat selama ini, 'set' kepimpinan inilah yang membuatkan negara retak segala-galanya, dan jika berhajat untuk melihat keadaan semakin buruk, maka 'set' sekarang inilah yang selayaknya untuk melakukan pembaharuan itu, dan barulah kita terima cadangan Najib itu.

Blog ini pernah memberikan pandangan yang 'conclusive' tentang 'set' kepimpinan sekarang. Jika kita ingin terus memecah-belahkan negara, kita teruskan sokongan kepada 'set' kepimpinan sekarang. Jika kita mahu memecah-belahkan negara ini dengan lebih teruk dan cepat, maka berikan tanggungjawab memperbaikinya kepada 'set' ini juga.

Oleh yang demikian janji Najib semalam untuk bertindak terhadap pemberi rasuah itu elok kita abaikan sahaja kerana kita tahu ia merupakan satu lagi janji yang tidak akan tertunai. Mungkin Najib bercakap seperti itu kepada kakitangan beliau itu kerana beliau sudah kekurangan isu yang hendak beliau perkatakan sahaja.

Rakyat sudah terlalu kenyang dengan janji-janji beliau dan sudah tidak lagi berselera untuk menerima lagi janji-janji tambahan darinya. Jika serius untuk menghapuskan rasuah dalam negara kita, 'set' kepimpinan hari ini wajar berhenti dan bersara kerana jika mereka bersara peluang untuk menghapuskan rasuah itu lebih mudah untuk dilakukan.

Itu sebabnya saya katakan dalam posting yang lepas, jika Najib benar-benar hendak meninggalkan nama dan jasanya kepada negara dan rakyat, beliau hanya perlu bersara bersama 'set' kepimpinan beliau yang ada pada hari ini. Jasa beliau itu akan tetap dikenang sehingga bila-bila.

Hendak berjasa bukan semestinya bergayut terus kepada kuasa, melepaskan kuasa juga merupakan jasa yang sangat 'noble' bagi beliau lakukan. Najib perlu ingat meringankan keresahan rakyat itu merupakan ubudiyah terbaik sekali dan mendapat ganjaran yang baik dari Maha Pencipta kita.

Lain-lain perkataan Najib akan mendapat pahala yang besar jika niatnya untuk berhenti itu ialah untuk kebaikan rakyat dan negara. Kita perlu tahu dalam sisa-sisa hidup, kita perlu berusaha untuk disenangi oleh jiran tetangga dan ahli-ahli dalam kariah kita. Dalam larian seratus meter, cara permulaan itu kurang pentingnya tetapi yang terpenting ialah semasa tiba kegarisan penamatnya, kita menang.

Begitu juga dalam semua amalan dan ubudiyah dan sedekah kita sepanjang hayat kita, semuanya itu adalah untuk satu saat, iaitu semasa akhir kalam kita, kita mati dalam kalimah!.

Jangan kita bebankan generasi kita yang akan datang dengan segala 'evil causes' yang kita lakukan sekarang ini. Segala kesalahan dan noda kita akan ditanggung oleh generasi kita bahangnya semasa kita sudah tiada di dunia ini nanti.


Posted by Aspan Alias.

Foto Artis Malaysia Borong Arak Di Jepun

Posted: 09 Dec 2014 01:00 AM PST



Dari gambar ini dapat dilihat Sharnaaz Ahmad dan Hanez Zulaikha dengan troli masing-masing ketika berada di Okinawa, Jepun yang dikongsikan bersama peminat. 


Jelas sekali mereka ke sana untuk menjalani penggambaran drama Suamiku Encik Sotong yang memang tengah meletup sekarang ni. Namun dalam ramai-ramai tu, tentulah ada mata-mata yang peka dan istimewa dari orang lain.

Berikut adalah email yang dihantarkan kepada kami;

Assalamualaikum Oh! Media. Saya ingin bertanya mengenai satu gambar artis malaysia yang membeli-belah di Jepun dan kelihatan satu jelmaan beer di dalam troli tersebut. Beer tersebut amat terkenal di kalangan peminum beer di Jepun yang berjenama Asahi. Adakah beer itu kepunyaan artis tersebut atau...??"




Incase korang tak nampak, meh kami tolong zoom kan sikit.

Jika diamati botol tersebut, jelas sekali ianya adalah sejenis arak yang popular di Jepun bernama ASAHI seperti yang didakwa pengirim. Mungkin pengirim ni student Malaysia yang belajar di Jepun lah agaknya.




Pada kami, pelbagai kemungkinan di sini. Ada kemungkinan itu bukan pun troli mereka. Mungkin mereka tumpang bergambar sahaja. Keduanya mungkin itu troli milik mereka tapi beer tersebut mungkin salah seorang krew yang punya. Wallahualam.

Apapun amatlah bagus jika selebriti tersebut sendiri dapat memberikan sebarang maklumbalas bagi menjawab persoalan yang bermain di fikiran pengirim ini. Kami tak anggap ini tuduhan, tapi lebih kepada peminat ingin mengetahui sendiri jawapan daripada artis kesayangan mereka.

Dipetik dari - ohmedia

BERTAUBAT LAH SAIFUL, SEBELUM MALAIKAT MAUT DATANG MENJEMPUT !

Posted: 09 Dec 2014 12:45 AM PST


 
BERTAUBAT LAH SAIFUL,  SEBELUM MALAIKAT MAUT DATANG MENJEMPUT !

Pelakon Zahiril Adzim Solat Di Parkir PWTC. Al-hamdulillah! Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 09 Dec 2014 12:00 AM PST

 
 
Zahiril Adzim sedang solat di parkir PWTC

HALAMAN HIBURAN
 
PELAKON Zahiril Adzim menjelaskan tindakannya menunaikan solat di parkir Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum ke majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada 7 November lalu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Zahiril, 29, berkata, dia terpaksa menunaikan solat Maghrib di kawasan letak kereta tersebut berikutan sudah kesuntukan masa selepas berkejar-kejar dari lokasi penggambaran untuk menghadiri majlis berkenaan.

"Saya terpaksa menunaikan solat Maghrib di parkir kerana waktu solat sudah suntuk dan saya sudah mengagaknya. Jadi selepas selesai penggambaran saya pulang ke rumah untuk ambil isteri saya dan ketika itu saya sudah siap-siap ambil air sembahyang.


"Selepas sampai sahaja di PWTC saya cari tempat tersorok untuk bersembahyang kerana kalau saya bergegas ke surau sudah tentu penuh, lagi pun saya takut air sembahyang terbatal jika ada yang ingin bergambar ketika dalam perjalanan ke surau," ujarnya.

Zahiril berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya sedang bersembahyang di kawasan parkir sebelum bermula majlis ASK 2014 tersebar dan dibualkan di laman sosial.

Gambar dirakamkan oleh peminat yang melihat situasi itu menyebabkan Zahiril dituduh mahu menunjuk-nunjuk kerana tidak menunaikan solat di surau yang disediakan di PWTC.

Jelas Zahiril, dia sendiri terkejut apabila diberitahu tentang gambar itu tersebar dan diperkatakan di laman sosial.

"Saya rasa ia tidak elok untuk disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah seperti ini, saya pun tidak perasan siapa yang mengambil gambar tersebut. Kalau benar saya mahu menunjuk-nunjuk baik saya sembahyang di red carpet  sahaja.


"Saya sudah cari tempat paling sunyi yang tidak ada orang ramai, namun saya tahu ada pengawal keselamatan berhampiran kerana takut kalau ada apa-apa berlaku ketika sedang solat," katanya.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah! Tidak abaikan solat

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT