Isnin, 8 Disember 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Pengakuan seorang aktivis: Korang Baca Dan Nilai Pengakuan seorang aktivis Mariam Mokhtar

Posted: 08 Dec 2014 11:15 PM PST

 

SUARA LANTANG: Jika saya tidak pergi bekerja di Borneo, saya tidak akan didedahkan kepada ketidaksamaan sosial, mahupun menulis tentangnya. Sabah dan Sarawak telah membuka mata saya.

Negeri-negeri ini kaya, tetapi penduduknya miskin. Kuasa dan kekayaan dimiliki hanya beberapa individu.

Saya kembali menulis kepada akhbar apabila wanita-wanita Penan dirogol oleh pembalak-pembalak di Sarawak.

Sehingga hari ini, tidak ada keadilan bagi anak-anak gadis ini. Kerajaan sahaja tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi masalah-masalah yang melanda Malaysia. Kita juga perlu dipersalahkan.

Kita membenarkan rasa takut kita untuk digunakan, oleh kerajaan, bagi memanipulasi kelakuan kita.

Pertama-tamanya, kita berdiam diri bagi melindungi periuk nasi, atau bagi mendapatkan tender kerajaan. Daripada menyingkirkan pegawai yang rasuah, kita berhajat untuk mengambil tempatnya. Modus operandi kerajaan adalah rasa takut.

Kita juga didorong oleh rasa tamak. Kedua. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan saya adalah produk sekolah mubaligh – St John's Institution dan sekolah Convent.

Ada salib di sekolah kami, dan Lord's Prayer dibacakan sewaktu perhimpunan pagi. Kedua-dua Najib dan saya masih beragama Islam. Mengapakah golongan pelampau menganggap orang Melayu begitu sensitif?

Orang-orang bukan Islam yang tinggal berhampiran dengan masjid dikejutkan oleh azan setiap pagi. Saya tidak fikir yang ada antara mereka telah menganut agama Islam.

Jadi, mengapakah kerajaan dan pelampau Islam berfikir bahawa orang Melayu biasa tidak boleh melihat salib atau mendengar 'hymn', tanpa mahu menganut agama Kristian?

Mereka bimbang bahawa hanya seteguk air dari botol yang mengandungi imej Dewa Murugam, akan membuatkan orang Melayu menganut agama Hindu. Ketiga.

Di kebanyakan negara-negara Barat, kita menikmati peluang-peluang pendidikan dan pekerjaan, dan yang paling penting, kebebasan bersuara.

Dua orang anak muda Malaysia, Ali Abdul Jalil dan Alvin Tan, terpaksa memohon suaka di Sweden dan Amerika.

Mereka mengkritik tiga perkara di Malaysia – kaum, agama dan raja. Mereka menghadapi risiko dihukum, kerana bercakap benar.

Kerajaan takut bahawa Ali dan Alvin akan mula membuat rakyat berfikir dan mempersoalkan motif kerajaan.

Keempat. Setelah Ali dan Alvin melarikan diri ke barat, mereka boleh membantu menyebarkan berita bahawa Malaysia bukanlah syurga pelancong yang Tourism Malaysia mahu anda percaya.

Hari ini, Presiden Obama, Perdana Menteri Cameron dan Presiden Perancis Hollande hanya berminat dengan dompet terbuka Najib.

Mereka tidak pedulikan kejadian pencabulan hak asasi manusia di Malaysia. Mereka hanya bimbang mengenai ekonomi British, Amerika atau Perancis dan perbelanjaan besar Najib yang akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk negara-negara barat. Kelima.

Jika bahasa yang digunakan Ali dan Alvin adalah kasar, jadi mengapakah bahasa ahli-ahli Perkasa, dan menteri-menteri seperti Datuk Seri Hishammuddin Hussein, atau Najib, yang berkata mereka mahu melihat darah orang-orang Cina mengalir di jalanan, boleh diterima? Keenam.

Rakyat Malaysia mahukan perubahan tetapi ini tidak harus mengorbankan nilai-nilai kita. Kumpulan-kumpulan yang muncul menyokong pembangkang, kerana peluang perniagaan yang mungkin ada, perlu dielakkan.

Beratus-ratus ribu orang pelajar kita pastinya telah pulang. Bagaimanakah mereka menggunakan pengalaman mereka hidup di negara-negara yang berbilang kaum, ke tanah air mereka? Ketujuh. Komuniti-komuniti Malaysia di luar negara berkelakuan seperti di Malaysia.

Kaum-kaum berlainan tidak akan bersosial, melainkan apabila mereka menghadiri majlis makan percuma Hari Raya atau sambutan Hari Merdeka. Ahli-ahli parti-parti berbeza juga tidak akan bercampur.

Kelapan. Mana-mana orang Melayu yang hadir dalam majlis anjuran pembangkang di luar negara, akan disyaki menjadi ejen Cawangan Khas.

Dia mungkin ahli yang tidak bersalah dan peserta sebenar, tetapi dia dicop sebagai SB. Adakah ia menghairankan yang dia mengelakkan pertemuan-pertemuan ini?

Orang Melayu bukan puncanya semata-mata, orang-orang bukan Melayu mesti turut berkongsi tanggungjawabnya.

Kesembilan. Kita diberitahu bahawa orang Melayu enggan menghadiri ceramah-ceramah pembangkang yang diadakan di luar negara, kerana mereka tidak mahu kehilangan biasiswa mereka.

Mengapakah pakar undang-undang kita tidak mencabarnya di mahkamah-mahkamah Malaysia?

Kesepuluh. Setiap orang harus menggalakkan perbincangan antara rakan-rakan Malaysia mereka dan membantu menggerakkan Malaysia ke hadapan.

Pelajar-pelajar Malaysia berpotensi menjadi aktivis, tetapi keperluan golongan profesional berbeza daripada para pelajar.

Ramai di antara kita yang hidup melalui era Mahathir, mendapati yang adalah sukar untuk meyakinkan generasi muda Malaysia bahawa Mahathir membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Pelajar-pelajar akan menyebut Menara Berkembar Mahathir dan mengatakan bahawa ini melambangkan kekayaan dan kemajuan.

Tidak! golongan gelandangan KL hidup dalam bayang-bayang Menara Berkembar. Petronas ditempatkan di bangunan pencakar langit ini, dan akaunnya tidak telus.

Menara Berkembar adalah simbol keruntuhan dan rasuah. Mesej saya adalah aktivisme merupakan usaha berpasukan.

Kita tidak boleh menukar Malaysia secara berseorangan. Kita mesti mencari peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain, untuk mencuba dan memulihkan Malaysia, yang nenek moyang kita alami dahulunya.

Ada keselamatan dalam jumlah yang ramai. Jangan jadi pemerhati. Mariam Mokhtar merupakan "seorang rakyat Malaysia yang berani kerana benar".


Posted by mountdweller

Hak asasi Malaysia paling buruk di era Najib – Suaram najib sakit kepala

Posted: 08 Dec 2014 10:30 PM PST


 KUALA LUMPUR 9 Dis: Hak asasi manusia di Malaysia di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mencecah paras terendah.

Fakta itu dinyatakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam laporan 2014 mengenai hak asasi manusia di negara ini.

Menurut laporan itu yang dilancarkan hari ini, kebebasan bersuara 'menjadi mangsa utama' tahun ini, dengan 44 orang disiasat, didakwa atau disabitkan di bawah Akta Hasutan 1948.

Mangsa terbabit termasuk pemimpin Pakatan Rakyat, aktivis, peguam, ahli akademik, pendakwah Islam dan juga pelajar.

"Kebebasan bersuara terjejas teruk dengan ugutan yang tidak henti-henti dilancarkan oleh pihak berkuasa terhadap pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil," kata laporan itu.

Berdasarkan pemerhatian Suaram, kumpulan masyarakat sivil yang diancam pihak berkuasa antaranya termasuk Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) dan Sisters in Islam (SIS).

Menurut laporan itu lagi, 'perkembangan yang membimbangkan' tahun ini merupakan peningkatan dalam ucapan benci dan keganasan, yang dibenarkan pihak berkuasa – yang mencetuskan kebencian dan sikap tidak bertoleransi antara kaum dan agama.

"Kebebasan beragama dan hubungan etnik telah terancam teruk walaupun tuntutan komitmen kepada kesederhanaan dan toleransi oleh Perdana Menteri pada mesyuarat antarabangsa yang berprofil tinggi," tulis laporan itu lagi, lapor The Malaysian Insider.

Pemerhatian Suaram mendapati usaha 'mendiamkan pengkritik' semakin meningkat berikutan siasatan polis di bawah Akta Hasutan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha, kerana mempersoalkan peruntukan belanjawan negara kepada program pendidikan awal Permata yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Keputusan kes rasuah, salahguna kuasa RM3.5 juta, Khir Toyo bebas tanpa syarat

Posted: 08 Dec 2014 09:57 PM PST

 
Fakta Kes: Bekas menteri besar Selangor semasa Selangor di bawah pentadbiran Umno BN, Dr Khir Toyo didapati bersalah menggunakan kedudukannya sebagai menteri besar dan pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memperolehi tanah dan sebuah banglo bernilai RM3.5 juta dengan harga di bawah nilai pasaran.

Tempat hukuman dijatuhkan: Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Tarikh hukuman dijatuhkan: 23 Disember 2011


Hukuman terhadap Khir Toyo: Penjara selama 12 bulan terhadap Khir dan mahkamah memerintahkan hartanah yang terlibat dalam kes itu dirampas.


Walau bagaimanapun bekas menteri besar Selangor yang juga ahli Umno (Baru) itu telah membuat rayuan untuk mengenepikan sabitan terhadapnya. Rayuan tersebut didengar di Mahkamah Persekutuan hari ini. Dr Khir Toyo diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan M Athimulan. Manakala DPP ialah Mohd Masri Daud.

 
Keputusan kes rayuan: Dr Khir Toyo dibebaskan tanpa syarat. Alasan penal hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar kes rayuan tersebut, Mahkamah Tinggi Shah Alam yang telah menjatuhkan hukuman terhadap Khir Toyo pada 23 Disember 2011 telah terlepas pandang satu fakta utama.

Fakta Utama: Khir Toyo adalah ahli Umno, maka itu Dr. Khir Toyo tidak boleh dipenjarakan.
Notakaki A: Bukan dengan niat untuk menghina atau mendahului keputusan mahkamah tetapi keputusan kes rasuah dan salahguna kuasa oleh Khir Toyo dapat dijangka sepertimana kes-kes rasuah dan salahguna kuasa terdahulu yang melibatkan pemimpin-pemimpin kanan Umno BN.

Notakaki B: Datuk Muhammad Shafee Abdullah adalah peguam upahan Umno yang bertungkus-lumus berusaha untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Fitnah Liwat ii dengan segala hujah dan prinsip penipuan yang dijunjungnya.



Kerajaan Rakyat.

PBS buat laporan polis 'projek IC'

Posted: 08 Dec 2014 08:15 PM PST

 
KOTA KINABALU - Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini membuat laporan polis berhubung kewujudan 'kebarangkalian projek Kad Pengenalan (IC)' berdasarkan hasil siasatan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah.

Anggota Majlis Tertinggi (AMT) parti itu, Chin Teck Ming bersama-sama Ketua PBS Bahagian Sulaman, Rakam Sijim dan Ketus Penerangan PBS Bahagian Tandek, Datuk Webly Disim membuat laporan itu di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu pada 9 pagi ini.

Turut hadir Adun Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai dan Ketua Penerangan PBS Pusat, Datuk Jahid Jahim.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Chin berkata pihaknya berpandangan bahawa keterangan lima saksi berhubung kewujudan 'keberangkalian projek IC' pada muka surat 346 dan 347 laporan itu adalah berwibawa dan polis perlu menyiasatnya.

"Projek IC merupakan perbuatan pengkhianatan pada tahap tertinggi ... kita mahu pihak polis menyiasat segera termasuk membawa pengkhianat-pengkhianat terlibat ke muka pengadilan," katanya.

Laporan RCI diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa pada Rabu lepas, membuat kesimpulan terdapat kebarangkalian 'Projek IC' itu wujud, tetapi hanya berdasarkan lima saksi yang bukan sahaja tidak tertakluk kepada pemeriksaan balas, malah merupakan bekas pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berkaitan penglibatan mereka dalam pengeluaran IC secara haram. - 

Bernama

KedahLanie.

" MINYAK TURUN HARGA BERKAT DOA PAK MENTERI ??? "

Posted: 08 Dec 2014 07:30 PM PST

1. Doa seorang Menteri Kanan Umno telah dimaqbulkan oleh Allah. Menteri tersebut menulis dalam twitternya yang diprintscreen oleh beliau dan dikongsi dalam WhatsApp group yang saya salah seorang ahlinya "saya maklum kepada pemberita tentang harapan agar OPEC tak kurangkan pengeluaran minyak, maka Kerajaan boleh turunkan Ron95 di Malaysia".

2. Hari ini doa tersebut telah dimaqbulkan. Satu artikel dalam Berita Harian hari ini menyebut pada mukadimahnya "saham mewah Bursa Malaysia menjunam pada minggu lalu dicetuskan dengan kejatuhan jualan asing mendadak pada saham minyak dan gas berikutan harga minyak mentah susut di bawah AS$65 satu tong, selepas OPEC memutus untuk tidak mengurangkan pengeluarannya".

3. OPEC tidak mengurangkan pengeluarannya, maka harga RON95 sudah turun iaitu RM2.26 sen seliter iaitu turun 4 sen daripada sebelumnya. Betullah kata menteri tersebut!

4. Berkat doa menteri tersebut, bayaran yang perlu ditanggung oleh negara dek keinginan turun 4 sen harga RON95 ialah negara kehilangan hasil petroleum yang sangat besar mungkin melebihi RM35 bilion!

5. Asasnya ialah sepertimana laporan Berita Harian hari ini juga pada halaman B3 "angka kewangan nampak kurang menyenangkan. Dijangkakan bagi setiap penurunan AS$1 harga minyak mentah, pendapatan negara secara teori boleh menyusut RM1 bilion (RM1000, 000,000)".

6. Dengan harga minyak mentah antara AS$100-AS$110 sebelum ini, Petronas menyumbang kepada pendapatan negara sebanyak RM68 bilion pada tahun lalu. Pada minggu lalu, Petronas mengumumkan hanya mampu menyumbang kepada kerajaan sebanyak RM43 bilion sahaja kepada pendapatan negara jika harga minyak mentah kekal pada paras AS$75 setong. Tapi sekarang harga minyak berkat doa menteri ialah AS$65 setong. Berapakah kerugian pendapatan negara sekarang?

7. Kerana kedekut dan bakhil untuk memberikan subsidi minyak berjumlah RM20 bilion setahun dan kerana kemaruk untuk menarik subsidi rakyat yang dikosmetikkan dengan alasan "merasionalkan subsidi minyak" Allah telah menarik hasil negara RM25-35 bilion!

8. Maafkan saya wahai saudaraku menteri, nasihat ikhlas saya, berhati-hatilah apabila mahu berdoa! - http://www.harakahdaily.net


Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

25 Bekas Pegawai Tinggi Melayu Tulis Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia

Posted: 08 Dec 2014 07:00 PM PST

 
> Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia
> Bagi Menyokong Debat dan Dialog Terbuka berkenaan Perundangan Islam
KAMI rakyat Malaysia yang prihatin, berasa bimbang dan amat kecewa dengan perbalahan berterusan berhubung kedudukan dan amalan undang-undang Islam di negara ini.Perbalahan yang berlangsung sekarang ini tidak memberikan gambaran dan pemahaman yang jelas mengenai kedudukan undang-undang Islam dalam kerangka demokrasi berparlimen.
Ia juga mencerminkan keruntuhan pembahagian kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam bidang perundangan sivil mahupun perundangan jenayah.
Kami merujuk secara khusus kepada situasi semasa di mana institusi-institusi agama kelihatan bertindak di luar bidang kuasa mereka, misalnya dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta tidak menepati proses demokratik dan proses konsultatif 'syura'.
Di samping itu, semakin banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berhaluan kanan dengan sewenang-wenangnya menuduh pihak-pihak yang berani bersuara sebagai anti-Islam, anti-institusi Beraja dan anti-Melayu.
Tindakan mereka itu menyukarkan usaha untuk mengadakan perbincangan dan mencari jalan penyelesaian konflik secara rasional.
Apa yang membimbangkan kami juga ialah penggunaan Akta Hasutan sebagai alat untuk menggertak dan mendiamkan sesiapa yang mempunyai pandangan yang berbeza.
Perkembangan ini telah menjejaskan komitmen Malaysia terhadap prinsip-prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang, melahirkan sikap tidak bertolak-ansur dan ketaksuban serta menggugat keamanan dan kestabilan negara.
Kami sebagai Muslim yang moderat berasa amat bimbang dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dengan hak golongan transgender berpakaian mengikut identiti mereka.
Beliau dalam kenyataannya menyifatkan tindakan komuniti transgender yang memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keesahan peruntukan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai satu "gelombang tentangan bentuk baru terhadap Islam" dan merupakan satu cubaan untuk "memesongkan akidah umat Islam" di Malaysia.
Beliau juga menyatakan bahawa permohonan Sisters in Islam baru-baru ini berkenaan fatwa mengenai fahaman liberalism dan pluralisme merupakan suatu "tindakan mengheret institusi Islam untuk dibicarakan di Mahkamah Sivil."
Kenyataan seumpama ini yang mengapi-apikan keadaan daripada seorang menteri (dan ini bukan kali pertama) menunjukkan kepada orang ramai bahawa komitmen perdana menteri memperjuangkan gagasan kesederhanaan (moderation) tidak perlu diambil berat memandangkan menteri Kabinet sendiri sering memperlekehkannya. 
Isu-isu yang kami bangkitkan ini sememangnya sukar untuk ditangani memandangkan apa-apa berkaitan bangsa dan agama sering dipolitikkan di negara ini. Kami yakin bahawa perdana menteri memiliki sumber dan kuasa bagi mengetuai proses perundingan untuk membawa pakar dalam pelbagai bidang, termasuk undang-undang Islam dan undang-undang perlembagaan serta semua pihak yang terlibat.
Kami merasakan adalah amat penting bagi semua pihak berusaha mencari penyelesaian kepada konflik yang berpanjangan ini yang telah menjejaskan hubungan antara kaum, melunturkan keyakinan rakyat terhadap keselamatan dan perlindungan di bawah undang-undang selain menjejaskan kestabilan negara.
Terdapat pelbagai isu penting yang memerlukan perhatian dan kepimpinan perdana menteri serta sokongan semua ahli Kabinet dan rakyat Malaysia. Antaranya:
i). Sistem perundangan plural yang telah sekian lama menimbulkan pelbagai konflik dan pertindihan antara undang-undang sivil dan syariah. Pada hemat kami, terdapat keperluan segera untuk menilai kembali Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia. Undang-undang berkenaan yang mengkanunkan pelbagai "dosa peribadi" sebagai jenayah telah membawa kepada kekeliruan dan percanggahan dari aspek substantif serta pelaksanaan. Undang-undang ini bercanggah dengan prinsip perundangan Islam dan melanggar kebebasan asasi manusia serta menceroboh kehidupan peribadi rakyat.
Pada tahun 1999, Kabinet telah mengarahkan Jabatan Peguam Negara untuk menilai semula Undang-undang Jenayah Syariah. Walaubagaimanapun, sehingga kini undang-undang tersebut masih dikuatkuasakan dan telah menyebabkan banyak berlakunya ketidakadilan, membawa kepada kemarahan orang ramai, perbalahan tentang bidang kuasa dan hak menuntut semakan kehakiman, dakwaan penyalahgunaan kuasa, diskriminasi gender serta kematian dan kecederaan yang berpunca daripada serbuan terhadap kesalahan akhlak (moral policing).Ini menghakis kredibiliti, proses penggubalan undang-undang, serta keyakinan orang ramai terhadap keadilan di bawah undang-undang Islam.
ii). Kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai, termasuk pemimpin tertinggi, terhadap aspek perundangan dan had bidang kuasa institusi agama dan pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dan mana-mana undang-undang yang digubal, termasuk undang-undang Islam, tidak boleh bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara berkaitan kebebasan asasi manusia, pembahagian bidang kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta prosedur legislatif.Semua Akta, Enakmen dan undang-undang kecil, termasuk fatwa, adalah tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan terbuka untuk disemak oleh badan kehakiman.
iii). Perlunya memastikan hak rakyat membahaskan bagaimana agama Islam digunakan sebagai sumber undang-undang dan dasar awam di negara ini. Perundangan Islam di Malaysia digubal oleh badan eksekutif dan dilulus oleh badan perundangan. Sumber undang-undang Islam termasuklah yang suci seperti Al-Qur'an dan sunnah, serta usaha manusia seperti fiqah dan adat.Proses penggubalan undang-undang ini melibatkan kebijaksanaan dan keputusan oleh manusia biasa. Maka ia terbuka untuk dibahaskan supaya matlamat keadilan dapat ditegakkan.
iv). Perlunya mempertingkatkan kesedaran mengenai kepelbagaian yang wujud dalam pentafsiran teks dan ilmu feqah. Ini termasuk kaedah-kaedah perundangan yang memungkinkan reformasi berlaku dan prinsip kesaksamaan dan keadilan ditegakkan, seiring dengan perubahan kini, khususnya dalam aspek tuntutan,peranan dan kedudukan wanita dalam keluarga dan masyarakat.
v). Perlunya perdana menteri menekankan kepimpinannya disamping melantik pemimpin-pemimpin yang berupaya menghidupkan budaya debat dan wacana yang terbuka dan koheren berhubung dengan pentadbiran undang-undang Islam di negara ini, ke arah memastikan keadilan. Kami secara khusus menggesa agar pentadbiran perdana menteri menjelaskan bahawa perbahasan secara rasional dan ilmiah tentang undang-undang Islam di Malaysia bukanlah satu penghinaan terhadap Islam dan pihak berkuasa agama di negara ini.
Isu-isu ini mungkin dianggap rumit tetapi apa yang ingin ditekankan ialah, kami sebagai Muslim berpegang bahawa undang-undang Islam, lebih daripada undang-undang sivil, perlu mencapai standard tertinggi dalam hal keadilan kerana ia berdasarkan hukum Allah.
Lantaran itu, mana-mana pihak yang bertindak atas nama Islam menerusi pentadbiran undang-undang Islam perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan keadilan bukan sahaja dilaksanakan bahkan dilihat ia ditegakkan.
Semasa Islam diwahyukan kepada Rasulullah SAW pada abad ke-7 di tanah Arab, ia merupakan sesuatu yang amat revolusional dan progresif. Zaman-berzaman, agama ini menjadi panduan kepada umat Islam meredah cabaran dan rintangan yang pelbagai.
Sesungguhnya kami yakin dan percaya bahawa bagi memastikan Islam terus kekal relevan dan universal pada zaman sekarang, maka pemahaman, pengkanunan dan pelaksanaan ajaran Islam perlulah berkembang seiring dengan peredaran masa. Hanya dengan cara inilah keadilan, seperti yang dituntut oleh Allah SWT, dapat disempurnakan.
Yang Benar,
1. Tan Sri Datuk Abdul Rahim Bin Haji Din, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri.
2. Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Negeri.
3. Tan Sri Dr Aris Othman, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan.
4. Tan Sri Dr Ismail Merican, bekas Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan.
5. Tan Sri Dato' Mohd Sheriff bin Mohd Kassim, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan.
6. Tan Sri Dato' Dr Mustaffa Babjee, bekas Ketua Pengarah, Perkhidmatan Veterinar.
7. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.
8. Tan Sri Dr Yahya Awang, Pakar Bedah Kardiotorasik dan Pengasas, Institut Jantung Negara.
9. Datuk Seri Shaik Daud Md Ismail, bekas Hakim Mahkamah Rayuan.
10. Datuk Abdul Kadir bin Mohd Deen, bekas Duta.
11. Datuk Anwar Fazal, bekas Penasihat Kanan Serantau, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
12. Datuk Dali Mahmud Hashim, bekas Duta.
13. Datuk Emam Mohd Haniff Mohd  Hussein, bekas Duta.
14. Datuk Faridah Khalid, wakil Suara Wanita.
15. Datuk Latifah Merican Cheong, bekas Penolong Gabenor, Bank Negara.
16. Lt. Jen (B) Datuk Maulob Maamin, bekas Leftenan Jeneral ATM.
17. Datuk Noor Farida Ariffin, bekas Duta.
18. Datuk Ranita Hussein, bekas Pesuruhjaya Suhakam.
19. Datuk Redzuan Kushairi, bekas Duta.
20. Datuk Dr Sharom Ahmat, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia.
21. Datuk Syed Arif Fadhillah, bekas Duta.
22. Datuk Zainal Abidin Ahmad, bekas Ketua Pengarah, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.
23. Datuk Zainuddin Bahari, bekas Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
24. Datin Halimah Mohd Said, bekas Pensyarah, Universiti Malaya dan Presiden, Association of Voices of Peace, Conscience and Reason (PCORE).
25. Puan Hendon Mohamad, bekas Presiden Badan Peguam Malaysia.

Gaji CEO Baru MAS RM500,000 Sebulan..??

Posted: 08 Dec 2014 06:30 PM PST

 
BENARKAH KHAZANAH NASIONAL BAKAL MEMBAYAR GAJI LEBIH RM 500,000 SEBULAN UNTUK CEO BARU MAS CHRISTOPH R. MULLER????


 
Sekarang ini pun bakal CEO MAS yang bakal digajikan oleh Khazanah Nasional untuk mengemudi MAS menerima upah termasuk bonus dari Aer Lingus hampir RM6 juta setahun bersamaan RM500,000 sebulan ... ikut hukum akal logik sudah pasti untuk memancing dan memikat beliau agar menjadi CEO MAS yang baharu sudah pasti gaji dan upahnya lebih lumayan dari itu ... ini tidak termasuk pelbagai kemudahan dan faedah seperti pemandu, kereta rasmi, rumah termasuk pembantu rumah.

KETUA Pegawai Eksekutif Aer Lingus, Christoph R. Muller yang akan menerajui Malaysia Airlines (MAS) mulai tahun depan menerima bayaran hampir RM6 juta (1.29 juta Euro) pada tahun lalu daripada syarikat penerbangan nasional Ireland itu.

Berdasarkan laporan online Independent Ireland, jumlah itu meningkat dari kira-kira RM5.3 juta (1.24 juta Euro) pada tahun 2011.

Laporan itu menyebut, pendapatan Muller untuk tahu lalu itu termasuk gaji kira-kira RM2 juta (475,000 Euro), sumbangan untuk pencen RM507,000 (119,00 Euro), bonus berkaitan prestasi RM2.8 juta (647,000 Euro) dan lain-lain faedah kira-kira RM220,000 (52,000 Euro).

Bagaimanapun MAS belum mendedahkan gaji yang bakal dibayar kepada Muller yang akan menerajui syarikat penerbangan kebangsaan itu.

Sementara itu Bernama melaporrkan rekod prestasi Mueller yang cemerlang, menjadikannya tokoh paling tepat untuk memulihkan MAS.

Bagaimanapun, bukan satu tugas yang mudah bagi beliau di MAS, meskipun telah berjaya memulihkan masalah kewangan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa, memandangkan masalah kompleks yang dihadapi oleh penerbangan negara sejak bertahun.

Ini termasuk kerugian besar berjumlah RM576.1 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, serta persaingan sengit dalam industri penerbangan terutamanya daripada syarikat penerbangan tambang rendah.

Di samping itu, beliau perlu memulihkan penjenamaan MAS berikutan tragedi MH370 dan MH17, masing-masing berlaku pada pada 8 Mac dan 17 Julai lepas.

Sementara itu, dalam satu kenyataan pada Jumaat, Khazanah Nasional Bhd berkata Mueller telah melaksanakan proses pemulihan korporat Lufthansa antara 1994 dan 1999 sebagai Naib Presiden Kanan bagi pengurusan rangkaian dan perancangan korporat.

"Warga Jerman itu yang merupakan CEO Aer Lingus sejak 2009, mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam sektor penerbangan, logistik dan pelancongan.

"Di bawah penyeliaan beliau, Aer Lingus menceburi pasaran dan model perniagaan baharu. Syarikat berjaya memperbaiki kedudukannya daripada hanya model perniagaan dengan perniagaan kepada model perniagaan dengan pengguna membabitkan pengedaran 90 peratus dalam talian," kata kenyataan itu.

Pada 1999, Mueller beralih ke Sabena S.A, yang merupakan sebahagian daripada Swissair Group, sebagai Ketua Pegawai Operasi sebelum menjadi CEO Sabena Group.

"Mueller membangunkan siri rancangan untuk disesuaikan dengan pemegangan saham kerajaan Belgium termasuk program pengurangan kos utama.

"Secara keseluruhan, beliau mempunyai pengalaman kira-kira 10 tahun sebagai ketua eksekutif di bahagian dan kumpulan dalam sektor penerbangan, dan juga mempunyai pengalaman yang luas dalam lembaga pengarah, termasuk dalam sektor pelancongan," kata kenyataan itu.

Mueller akan dilantik sebagai CEO syarikat baharu MAS, berkuatkuasa pada 1 Jan, 2015, dan bakal menyertai lembaga pengarah pada suku kedua tahun depan.

 

DALAM DUN N9 - APA?? 800 Hektar kawasan balak dihadiahkan kepada kroni?

Posted: 08 Dec 2014 06:00 PM PST



Ketua Pembangkang DUN Anthony Loke Siew Fook hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menganugerahkan kawasan balak seluas 809 hektar kepada Langkah Hormat Sdn Bhd, syarikat yang langsung tidak mempunyai pengalaman.

"Daripada sepuluh syarikat diberikan lesen balak pada 2013, apakah keistimewaan Langkah Hormat Sdn Bhd diberikan dua lesen?

"Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Haji Hasan harus memberi penjelasan mengenai penganugerahan misteri ini," kata Loke dalam ucapan Perbahasan Belanjawan 2015 di Dewan Undangan Negeri.

Menurut Anthony, satu daripada dua lesen itu untuk sebahagian kawasan 15,16,17,81 dan 80 (Blok A) Hutan Simpang Triang, Jelebu seluas 404.69 hektar.

Manakala, satu lagi lesen adalah sebahagian kawasan 15,16,17,81 dan 80 (Blok B) di tempat dengan keluasan sama.

"Ini bermaksud Langkah Hormat Sdn Bhd mendapat lebih 800 hektar tanah pembalakan merangkumi 50 peratus jumlah kawasan yang dibenarkan di seluruh Negeri Sembilan.

Loke yang juga ADUN Chennah menyatakan, jawapan bertulis diterimanya April lalu memberitahu, bagi tahun 2013 kerajaan negeri mengeluarkan lesen pembalakan kepada sepuluh syarikat dengan keluasan 1,661.79 hektar.

Kerajaan negeri menyatakan hasil dikutip pada 2013 dari aktiviti pembalakan sebanyak RM11,0032,659.49

Dalam pada itu semakannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Langkah Hormat Sdn Bhd dengan nombor syarikat 983808-A hanya ditubuhkan pada 23 Mac 2012 dan beralamat di Melaka.

"Lebih mengejutkan, dilaporkan dalam maklumat syarikat ialah 'dormant' (tidak aktif) dengan 'paid-up capital' hanya RM10 ribu dan tiada langsung penyata kewangan dilaporkan," ujar Anthony. - Roketkini.com



ANAK SUNGAI DERHAKA.

Felcra: 3 T/Menteri Ini Dapat Bonos -BAPA Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 08 Dec 2014 05:30 PM PST

  
KUALA LUMPUR: Isu pemberian bonus secara tidak adil dalam kalangan ahli lembaga pengarah Felcra yang didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) baru-baru ini membuktikan pendedahan Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) sebelum ini berasas.

Justeru, bagi memastikan isu tersebut disiasat secara telus, Bapa mengambil langkah membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kuala Lumpur, hari ini.


Pertemuan itu diharapkan dapat membuka ruang kepada SPRM untuk menyiasat isu tersebut selaras dengan pendedahan yang dilaporkan PAC.


Pertemuan itu diketuai Pengerusi Bapa, Haji Razman Zakaria selain turut diiringi Pengerusi Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, di pejabat agensi itu, di Jalan Cochrane.


Ketika ditemui selepas pertemuan tersebut, Razman memaklumkan pihak SPRM meminta beliau untuk membuat laporan polis berhubung kerana agensi itu beranggapan isu tersebut membabitkan kesalahan jenayah dan bukannya rasuah.


"Selaras dengan cadangan pegawai SPRM tadi, maka Bapa akan membuat laporan polis di Ipoh, esok berhubung isu itu, selain meminta Bapa di peringkat negeri juga berbuat demikian," tegas beliau ketika ditemui di luar bangunan SPRM Kuala Lumpur.


Bagaimanapun, katanya pihak SPRM tetap memberikan jaminan untuk menyiasat  perkara tersebut.


Dalam masa sama, Pesuruhjaya PAS Perak itu turut mengharapkan SPRM bersedia bekerjasama untuk meneliti semua laporan-laporan berhubung penyelewengan yang berlaku di Felcra, yang sebelum ini didedahkan Bapa.


Sebelum ini, PAC yang diketuai Datuk Nur Jazlan Mohamed, dalam laporan PAC menyatakan pemberian bonus kepada ahli lembaga pengarah Felcra dibuat tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.


Bonus tersebut diluluskan Felcra untuk diberikan kepada lembaga pengarah Felcra, termasuk tiga timbalan menteri iaitu Timbalan Menteri Pertaanian dan Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, yang sebelum ini merupakan bekas Pengerusi Felcra,  Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, dan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerjaan Tempatan, Datuk Halimah Siddique. – 




HARAKAHDAILY 8/12/2014

Nurul Izzah dan Raja Ahmad juga hadir dalam prosiding ??

Posted: 08 Dec 2014 05:00 PM PST

Nurul Izzah, suami setuju dapatkan hak penjagaan bersama anak


 

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim bersetuju secara dasar untuk mendapatkan hak penjagaan bersama terhadap dua anak mereka, yang berusia tujuh dan empat tahun, lapor Mstar Online hari ini.

Menurut portal itu, terma-terma lain akan dibincangkan kemudian, dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Muhammad Fateh Saleh menetapkan 15 Januari ini untuk sebutan semula kes itu.

Portal itu melaporkan Muhammad Fateh juga menetapkan 15 Januari ini untuk kedua-dua pihak untuk menyelesaikan perceraian mereka melalui Hakam (penimbang tara) sementara menunggu kajian semula laporan jawatankuasa perdamaian yang difailkan oleh peguam Raja Ahmad, Azmi Mohd Rais.

Menurut Mstar, kajian ini difailkan mengikut Seksyen 51 Akta 1993 Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan).
Satu tarikh untuk mengkaji semula laporan jawatankuasa perdamaian akan diketahui dalam tempoh dua hari.

"Anak guam saya mengambil keputusan untuk memfailkan semakan laporan jawatankuasa perdamaian kerana beliau merasakan kandungannya tidak adil kepada beliau," kata Azmi kepada seperti dilaporkan Mstar selepas berakhirnya prosiding hari ini.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad juga hadir dalam prosiding hari ini.

Selain pasangan tersebut, turut hadir ialah Hakam untuk Nurul Izzah, Mohd Khairul Ahmad Hakam Raja Ahmad tidak hadir.

Pada Oktober, Mahkamah Rendah Syariah menetapkan 8 Disember ini untuk pelantikan Hakam bagi memuktamadkan perceraian Nurul Izzah, selepas suaminya enggan mengucapkan talak (kenyataan perceraian), mengatakan bahawa beliau masih mencintai isteri dan kedua-dua anaknya.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR itu membuat permohonan untuk hak penjagaan dua anak mereka pada 30 April tahun ini, empat bulan selepas beliau memfailkan permohonan untuk menceraikan Raja Ahmad, yang dikahwininya pada tahun 2003.
Batu Vs Kayu

Tak Habis Habis Lagi.....???

Posted: 08 Dec 2014 04:11 PM PST

Berita Gempar Dari PKR.. Wajib Baca!!

Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Selangor masih belum dikenakan tindakan disiplin walaupun menarik balik sokongan terhadap presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor, kata Badrul Hisham Shaharin.

Bekas ketua cabang PKR Rembau itu berkata, salinan akuan bersumpah tiga Adun itu diterima pada 1 November lalu dan sudah diutarakan kepada beberapa pemimpin kanan parti namun masih belum ada tindakan lanjut."Akuan bersumpah ini menyatakan dengan jelas nama lima Adun Selangor yang mulanya dikatakan menandatangani surat sokongan terhadap Dr Wan Azizah (kemudian) menarik sokongan tersebut.

Adakah PKR mengamalkan dua set undang-undang? Untuk biasa yang langgar arahan parti digantung dan dipecat tetapi untuk kelompok tertentu terus dilindungi?" katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Lima Adun itu ialah Adun Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar (PKR), Adun Batu Caves Amiruddin Shari (PKR), Adun Sri Muda Suhaimi Shafie (PKR), Adun Bukit Gasing R Rajiv (DAP) dan Adun Kinrara Ng Sze Han (DAP).

Badrul yang dikenali sebagai Chegubard berkata, mereka menandatangani surat akuan bersumpah pada 11 September, menarik balik sokongan terhadap Dr Wan Azizah yang diberikan semasa kemelut menteri besar Selangor.PKR sebelum ini menggantung keahlian Badrul‎ kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan mengenai parti di media.

Menerusi surat akuan bersumpah berkenaan, kelima-lima Adun itu menarik balik sokongan yang diberikan kepada Dr Wan Azizah pada 14 Ogos lalu kerana ia dibuat atas dasar paksaan oleh pemimpin atasan PKR.

"Saya juga mengesahkan saya akan mengikut atau mematuhi apa sahaja keputusan yang diambil atau diturut perintah oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor," menurut salinan surat akuan bersumpah lima Adun berkenaan yang diedarkan kepada media.

Badrul berkata, satu surat memohon penjelasan mengenai perkara itu juga dihantar kepada presiden parti, lembaga disiplin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini."Jika surat akuan ini sah benar, maka semua yang terlibat harus diambil tindakan disiplin. Satu laporan polis juga akan dibuat bagi mendapat pengesahan keaslian surat-surat ini.

"Perkara ini serius kerana, kerakusan dan ketamakan pihak-pihak inilah, negara khususnya Selangor, ditarik kepada satu konflik politik yang merugikan dan ia melibatkan terjejasnya kesejahteraan awam," katanya.Sementara itu, mengenai tindakan Sultan Selangor menarik balik gelaran 'Datuk Seri' kepada Anwar, beliau mendakwa keputusan itu hasil perbuatan Azmin yang melobi dirinya sendiri, bukan kerana apa yang berlaku semasa kemelut menteri besar Selangor baru-baru ini.

Katanya, Azmin sendiri berada dalam mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang ketika itu memutuskan gelaran itu ditarik balik pada November."Siapa pegawai tinggi yang ada dalam itu? Duduk sebelah Sultan dalam mesyuarat ialah Azmin, selaku menteri besar. 

Maknanya, Azmin setuju kempat-empat alasan yang merumuskan Anwar penderhaka. Azmin setuju gelaran 'Datuk Seri' ditarik."Maknanya, Azmin dah tahu sejak November. Dia berselindung, yang akhirnya dia kata, ini semua kehendak istana," katanya.Badrul berkata apa yang lebih membimbangkan ialah pihak istana selepas ini akan diheret bagi memastikan Anwar tidak berfungsi lagi di negeri itu.

Katanya, Anwar dan Dr Wan Azizah diminta peka akan situasi itu serta bertindak bagi menamatkan ketamakan politik pihak tertentu."Kita nak beritahu hari ini, akan ada gerakan semua akan menyalahkan istana. Istana suruh Anwar tak berperanan di Selangor, istana suruh itu, dan ini.

"Ini mengingatkan (kepada) bapa angkatnya, (Tun Dr) Mahathir Mohamad, yang menggunakan alasan seperti ini untuk naik mendaki tangga politik, menindas dan memijak musuh politik, baik dalam dan luar parti," katanya.Badrul mengingatkan Anwar dan Dr Wan Azizah, mereka diibaratkan ibu bapa gerakan reformasi."Kekuatan kamu ialah iltizam dan perjuangan kamu. 

Kamu sedang dihimpit kiri dan kanan," katanya.Pada 4 Disember, Istana Selangor mengumumkan, darjah kebesaran 'Datuk Seri' yang dikurniakan kepada Anwar oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sejak 1992 ditarik balik berkuatkuasa 3 November.

Istana Selangor menyatakan, keputusan itu berikutan Anwar "berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis menteri besar baru-baru ini".

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Sultan membuat keputusan itu selepas berunding dengan Majlis Diraja Selangor, selaras dengan kuasa Sultan memberikan gelaran itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negeri.~malaysian insider


BN tak cadang ganti Shamsuddin; kaji peraturan dewan dulu, kata Noh. Oleh Shuhaniza Said

Posted: 08 Dec 2014 08:00 AM PST




SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) tidak berhasrat mengisi jawatan Ketua Pembangkang DUN Selangor yang dikosongkan ADUN Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias daripada parti itu buat masa ini, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata pihaknya sedang mengkaji sama ada jawatan itu yang kini dikaitkan dengan jawatan Pengerusi Kira-Kira Wang Awam (PAC) wajib diisi oleh ADUN BN.

"Saya dah minta kepada peguam untuk mengkaji Peraturan Dewan ini sama ada (jawatan) Ketua Pembangkang wajib atau tidak wajib, atau dalam bahasa undang-undang, ia mandatori atau tidak," kata beliau kepada Antarapos.

"Kalau tidak mandatori, mungkin kita tak perlu ada ketua pembangkang sebab kita datang dari satu parti. Mungkin kita dikenali sebagai wakil BN. Apapun kita akan kaji peraturan dewan," katanya.

Pembangkang di DUN Selangor terdiri daripada 12 ADUN BN dan seorang wakil Bebas Pelabuhan Kelang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat daripada PKR September lalu. 

Shamsudin meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor setelah menolak jawatan Pengerusi PAC kerana keahlian jawatankuasa itu terlampau memihak Pakatan Rakyat.

Menurut Shamsuddin, sekirannya menerima jawatan itu, beliau hanya akan menjadi boneka Pakatan Rakyat memandangkan lima daripada tujuh ahli PAC adalah ADUN  PAS, PKR dan DAP.

Susulan keputusan menolak jawatan pengerusi PAC itu, Samsudin terpaksa melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang selaras dengan pindaan undang-undang tubuh negeri yang diluluskan DUN minggu lalu.

Noh berkata beliau menyokong keputusan Shamsudin itu. 

Menurut Ahli Parlimen Tanjong Karang itu, BN hanya akan mencalonkan Ketua Pembangkang baru sekiranya peraturan dewan menetapkan bahawa jawatan itu mandatori dan perlu diwujudkan.

"Kalau ia (jawatan ketua pembangkang) mandatori, tak ada pilihan, kemudian kita akan tengok lah siapa yang akan ganti," ujarnya.

Speaker DUN, Hannah Yeoh menggesa agar BN segera mencari pengganti kepada Shamsuddin bagi membolehkan pentadbiran Selangor berjalan dengan lancar.

Hannah  menyifatkan peletakan jawatan Shamsuddin sebagai 'tidak masuk akal' hanya kerana merasakan BN tidak cukup majoriti dalam jawatankuasa pilihan peringkat negeri itu.

Noh berkata, BN tidak perlu menjadi boneka kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, justeru peletakan jawatan Shamsudin adalah tindakan yang wajar demi menjaga integriti dan maruah parti.

Beliau dalam pada itu juga kecewa kerana kerajaan negeri enggan melayan tuntutan wakil rakyat BN sebelum ini yang mahu komposisi ahli jawatankuasa PAC 'tidak berat sebelah'.

"Kita sudah minta tapi nampaknya apa yang dikatakan ADUN kita tak diberi perhatian, tak dilayan kerajaan negeri," ujarnya.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 12/08/2014 10:35:00 PTG

Pesawat F-16 Terbang Beberapa Meter Di Atas Kepala Kita Bantai

Posted: 08 Dec 2014 07:15 AM PST

 
F-16

PEMINAT kapal terbang di Turki yang sedang asyik menyaksikan aksi penerbangan hampir menjadi mangsa sebuah pesawat pejuang F-16 apabila ia terbang hanya beberapa meter di atas kepala mereka.

Pesawat yang dikendalikan oleh Kapten Yusuf Kurt kelihatan terbang rendah di atas kepala kumpulan penonton ketika mendarat.

Aksi pendaratan yang dipercayai berlaku secara tidak sengaja itu turut berjaya dirakam oleh kumpulan berkenaan yang berada tidak jauh daripada landasan mendarat.


Walaupun ia pengalaman menarik bagi kumpulan tersebut namun mereka terpaksa merasai bahang panas enjin pesawat pejuang itu selain bunyinya yang terlalu kuat.

Video itu yang dimuat naik ke laman You Tube telah ditonton sebanyak 100,000 kali. -mstar

 

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

 
Read more: http://www.kitabantai.info/2014/12/pesawat-f-16-terbang-beberapa-meter-di.html#ixzz3LJlHQEdH

Dunia Hanya tempat persinggahan.

Posted: 08 Dec 2014 06:44 AM PST

Dunia Hanya tempat persinggahan.  Sekiranya mahu turun dari rumah memulakan perjalanan kita pasti akan sediakan sedikit bekalan, makanan atau duit, begitu juga jika kita ingin berjalan menuju akhirat, tempat yang tak pernah kita sampai, perlulah ada bekalan untuk perjalanan ini. Bekalan itu ialah amal yang soleh.  -Tuan Guru Nik Aziz-  Syahadah dulu sahabat sebelum tidur, moga esok masih ada peluang untuk kita mengumpul bekalan akhirat.

  Sekiranya mahu turun dari rumah memulakan perjalanan kita pasti akan sediakan sedikit bekalan, makanan atau duit, begitu juga jika kita ingin berjalan menuju akhirat, tempat yang tak pernah kita sampai, perlulah ada bekalan untuk perjalanan ini. Bekalan itu ialah amal yang soleh.

-Tuan Guru Nik Aziz-

Syahadah dulu sahabat sebelum tidur, moga esok masih ada peluang untuk kita mengumpul bekalan akhirat.

Kalian berminat income RM900 sehari ?

Posted: 08 Dec 2014 05:45 AM PST

Kalian berminat income RM900 sehari ?    Daftar Percuma -  Tiada Bayaran Dikenakan...  Tiada Jualan perlu dilakukan...  Tidak Perlu Jumpa Orang...   Hanya Daftar Sebagai Ahli Kalian Sudah Dibayar US$25 ( X RM3.4 = RM85.00 ).  Bila sudah terkumpul wang anda US$300,  Anda boleh pilih samada mahu terima bayaran dengan Cek atau pun masukkan ke akaun bank kalian.  Cuba klik disini :  http://payhmm.com/?ref=17043


Daftar Percuma - Tiada Bayaran Dikenakan...

Tiada Jualan perlu dilakukan...

Tidak Perlu Jumpa Orang... 

Hanya Daftar Sebagai Ahli Kalian Sudah Dibayar US$25 ( X RM3.4 = RM85.00 ).

Bila sudah terkumpul wang anda US$300, Anda boleh pilih samada mahu terima bayaran dengan Cek atau pun masukkan ke akaun bank kalian.

Cuba klik disini : http://payhmm.com/?ref=17043
 

Kenaikan kos sara hidup: Perkasa mahu lari daripada Umno OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 08 Dec 2014 05:00 AM PST

Selama ini, pihak paling setia dan sentiasa menjadi pembela Umno adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa atau Perkasa. Namun dengan kenaikan kos sara hidup oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka juga tidak tahan.

Perkasa memberi amaran kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mereka tidak akan teragak-agak lari daripada BN dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kerajaan terus menaikkan harga barang dan perkhidmatan.

Setiausaha Agung Syed Hassan Syed Ali (gambar) berkata, Perkasa sememangnya tegas dengan pendirian memperjuangkan ekonomi Bumiputera dan tidak pernah bersetuju dengan tindakan kerajaan menaikkan harga barang dan perkhidmatan kerana yang paling terjejas teruk pastinya orang Melayu.

"Kita beri amaran kepada Datuk Seri Najib Razak untuk mengubah pentadbirannya dalam meningkatkan ekonomi kaum Melayu kerana kita sudah beri tempoh lima tahun namun tiada perubahan malah situasi kini bertambah teruk.

"Sekiranya Umno/BN masih di tahap sama, maka ia akan menyebabkan ahli kita berubah hati," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan The Malaysian Insider.

Beliau juga menyifatkan sokongan Perkasa ke atas Umno sebelum ini kerana pertubuhan itu tidak mempunyai alternatif lain memandangkan Umno dilihat sebagai satu-satunya parti yang memperjuangkan Melayu.

Bagaimanapun katanya, kini rakyat sudah mempunyai pilihan malah pertubuhan itu sendiri menyaksikan kepimpinan mereka kini majoritinya di kalangan yang tidak berpihak mana-mana parti.

"Sekarang ini kepimpinan Perkasa  mula menampakkan perubahan. Kalau dulu dalam mana-mana mesyuarat kita boleh sebut mengenai Umno namun kini tidak lagi. Ahli kita begitu sensitif dan lebih senang melihat Perkasa sebagai pertubuhan 'neutral' kerana majoritinya sudah tidak berparti lagi," katanya.

Syed Ali juga tidak berpuashati dengan 11 langkah penjimatan yang diumumkan Najib itu.

Perkasa melihat pentadbiran Najib jauh berbeza dengan pentadbiran Umno sebelum ini.

"Ia berbeza dengan pentadbiran  terdahulu  iaitu ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan buat apa sahaja rakyat boleh terima," katanya.

Beliau mengakui Umno juga bukanlah sebuah parti kebal yang terus hidup kerana pasti akan rebah seperti parti lain di dunia.

Namun katanya,  pendekatan yang diambil kerajaan kini akan menyebabkan Umno tersungkur lebih awal.

"Kita memang sedia maklum mana-mana parti di dunia ini pun tidak ada yang berkuasa selama-lamanya begitu juga dengan Umno.

"Dalam masa 50 tahun atau lebih, pasti akan jatuh juga namun dengan keadaan sekarang kita boleh jangkakan detik kejatuhan parti itu sudah mula berlaku," katanya.

Ini berikutan rakyat sudah mula muak dengan apa yang dipaparkan oleh pemimpin Umno/BN di mana kemewahan yang mereka tonjolkan itu sangat luar biasa.

"Dengan rasuah, penyelewengan dan kemewahan melampau yang ditunjukkan sesetengah pemimpin BN dari bawah sampai ke peringkat atasan.

"Di kala rakyat terpaksa mengikat perut untuk berjimat namun cara hidup mewah mereka. Ia tidak sama seperti pemimpin dahulu yang turut bersusah-payah bersama rakyat," katanya. – 


www.themalaysianinsider.com

 http://payhmm.com/?ref=17043

BN dan ‘politik kuno’ tidak akan terpisah

Posted: 08 Dec 2014 04:15 AM PST

Isnin, 8 Disember 2014   BN dan 'politik kuno' tidak akan terpisah Peletakan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor D atuk Shamsuddin Mohd Lias dan pemulangan kenderaan rasmi kerana tidak mahu menggalas jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) negeri melambangkan "politik kuno" Barisan Nasional (BN).   Shamsuddin berhujah, walaupun beliau dilantik sebagai pengerusi PAC negeri, tangan dan kakinya terikat kerana komposisi jawatankuasa itu berat sebelah:   5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR), 1 Adun BN (Jeram), serta dirinya.   Shamsuddin terlupa, walaupun dari segi komposisi anggota PAC BN minoriti, sebagai pengerusi suaranya akan didengari jika beliau mengkritik dasar kerajaan negeri yang tidak memberikan manfaat kepada rakyat Selangor.   Sebenarnya apa yang Shamsuddin lakukan bertujuan untuk tidak mahu memberikan peluang kepada kerajaan PR Selangor untuk menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat Malaysia.   Sebelum ini, kesemua Adun BN Selangor menolak peruntukan RM200,000 (satu langkah yang tidak pernah dilakukan parti pemerintah semenjak negara merdeka pada 1957) yang diberikan kepada pembangkang di negeri itu.   Akhirnya Shamsuddin berterus-terang apabila berkata hari ini, tawaran jawatan pengerusi PAC oleh PR merupakan muslihat politik kerana ia bakal dijadikan dasar kepada gabungan parti pembangkang itu untuk menuntut hak yang sama di Parlimen.   Jelaslah dakwaan selama ini BN menolak tawaran yang diberikan kerajaan Selangor kepada pembangkang kerana tidak mahu ianya dijadikan contoh untuk mendesak Putrajaya melakukan perkara sama.   Apa yang Shamsuddin dan BN lupa, rakyat Malaysia sudah semakin bijak hari ini – terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana "membuka" ruang demokrasi melalui Internet.   Di negara-negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia, pembangkang diiktiraf peranannya dalam melakukan semak dan imbang kepada kerajaan atau pemerintah.   Dan ini yang cuba dilakukan PR di Selangor dan Pulau Pinang walaupun BN masih lagi menganggap pembangkang sebagai "musuh yang harus diperangi" dan bukannya berperanan bersama-sama untuk membangunkan negara.   Apa salahnya jika BN mula mengiktiraf pembangkang dan melakukan perkara sama di peringkat nasional?   Jawapannya adalah perubahan tidak akan berjaya dilakukan kerana "ahli politik kuno" seperti Shamsuddin masih bersarang dalam BN.   Mereka tidak mahu perubahan dan politik baru diamalkan kerana masih merasakan Putrajaya itu milik BN dan kuasa yang akan kekal sehingga kiamat tiba. Tidak hairanlah mengapa Dr Mahathir menggesa agar Umno Selangor dibubarkan dan dirombak semula.   Kerana Dr Mahathir tahu orang-orang seperti Shamsuddin ini yang menyebabkan Umno dan BN terus ditinggalkan rakyat Selangor yang semakin "maju" pemikirannya.   Posted & copy by RAKYAT MARHAEN  http://payhmm.com/?ref=17043Peletakan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor D atuk Shamsuddin Mohd Lias dan pemulangan kenderaan rasmi kerana tidak mahu menggalas jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) negeri melambangkan "politik kuno" Barisan Nasional (BN). 

Shamsuddin berhujah, walaupun beliau dilantik sebagai pengerusi PAC negeri, tangan dan kakinya terikat kerana komposisi jawatankuasa itu berat sebelah: 

5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR), 1 Adun BN (Jeram), serta dirinya. 

Shamsuddin terlupa, walaupun dari segi komposisi anggota PAC BN minoriti, sebagai pengerusi suaranya akan didengari jika beliau mengkritik dasar kerajaan negeri yang tidak memberikan manfaat kepada rakyat Selangor. 

Sebenarnya apa yang Shamsuddin lakukan bertujuan untuk tidak mahu memberikan peluang kepada kerajaan PR Selangor untuk menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat Malaysia. 

Sebelum ini, kesemua Adun BN Selangor menolak peruntukan RM200,000 (satu langkah yang tidak pernah dilakukan parti pemerintah semenjak negara merdeka pada 1957) yang diberikan kepada pembangkang di negeri itu. 

Akhirnya Shamsuddin berterus-terang apabila berkata hari ini, tawaran jawatan pengerusi PAC oleh PR merupakan muslihat politik kerana ia bakal dijadikan dasar kepada gabungan parti pembangkang itu untuk menuntut hak yang sama di Parlimen. 

Jelaslah dakwaan selama ini BN menolak tawaran yang diberikan kerajaan Selangor kepada pembangkang kerana tidak mahu ianya dijadikan contoh untuk mendesak Putrajaya melakukan perkara sama. 

Apa yang Shamsuddin dan BN lupa, rakyat Malaysia sudah semakin bijak hari ini – terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana "membuka" ruang demokrasi melalui Internet. 

Di negara-negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia, pembangkang diiktiraf peranannya dalam melakukan semak dan imbang kepada kerajaan atau pemerintah. 

Dan ini yang cuba dilakukan PR di Selangor dan Pulau Pinang walaupun BN masih lagi menganggap pembangkang sebagai "musuh yang harus diperangi" dan bukannya berperanan bersama-sama untuk membangunkan negara. 

Apa salahnya jika BN mula mengiktiraf pembangkang dan melakukan perkara sama di peringkat nasional? 

Jawapannya adalah perubahan tidak akan berjaya dilakukan kerana "ahli politik kuno" seperti Shamsuddin masih bersarang dalam BN. 

Mereka tidak mahu perubahan dan politik baru diamalkan kerana masih merasakan Putrajaya itu milik BN dan kuasa yang akan kekal sehingga kiamat tiba. Tidak hairanlah mengapa Dr Mahathir menggesa agar Umno Selangor dibubarkan dan dirombak semula. 

Kerana Dr Mahathir tahu orang-orang seperti Shamsuddin ini yang menyebabkan Umno dan BN terus ditinggalkan rakyat Selangor yang semakin "maju" pemikirannya.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
 

http://payhmm.com/?ref=17043

Hari Ini Madey Tibai Najib Kaw Kaw Punya

Posted: 08 Dec 2014 03:30 AM PST




 
 
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata rakyat Malaysia tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga melantik warga Jerman sebagai ketua pegawai eksekutif MAS

PM 'orang putih' pula selepas ini, kata Dr Mahathir tentang CEO baru MAS

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyarankan seorang "kulit putih" boleh menjadi perdana menteri Malaysia akan datang berikutan pelantikan warga Jerman mengambil alih pengurusan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS).

Bercakap dengan nada sinis seperti biasa, bekas perdana menteri itu berkata, memandangkan Putrajaya melantik Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) MAS NewCo di bawah pelan pemulihan syarikat itu, mungkin negara sudah bersedia menerima seorang dari bangsa kulit putih sebagai perdana menteri.

"Saya khuatir kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti kita nak perdana menteri, kita boleh ambil orang putih sebab dia lebih pandai daripada kita.

"Kalau nak marah, marahlah. Itu pendapat saya," beliau dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini pada satu sidang media selepas merasmikan seminar pengurusan kualiti Islam (i-QAM) di Hotel Everly di Putrajaya.

Sabtu lepas, Dr Mahathir pertama kali mengulas mengenai pelantikan Mueller yang diumumkan Jumaat, mengatakan Putrajaya terpaksa mengambil CEO Aer Lingus itu kerana "rakyat Malaysia bodoh", tidak pandai mengurus syarikat penerbangan hingga MAS mengalami kerugian.

Mengulas lanjut pelantikan Mueller berkuat kuasa 1 Januari 2015 itu, Dr Mahathir menyuarakan kebimbangannya terhadap sikap tidak percaya kepada kepakaran rakyat tempatan dalam pelantikan jawatan penting.

Katanya menurut laporan Bernama, Malaysia mempunyai banyak bakat berkebolehan yang boleh digilap.

"Kita ada banyak 'talent' (bakat) dalam negara ini. Tapi nak panggil konsultan pun orang asing. Nak jadi 'director' (pengarah) pun orang asing," katanya.

Dr Mahathir berkata, kemakmuran negara yang dikecapi selepas kemerdekaan merupakan hasil kepimpinan rakyat tempatan sendiri.

"Saya ingat orang Malaysia ini tidak bodoh. Pada zaman (penjajahan) British dulu, kita sebuah negara yang cukup kolot, miskin. Kita jadi kaya, kita dapat membangun selepas kita merdeka, dipimpin oleh orang Malaysia," katanya.

Sebelum ini, beberapa pengkritik mengulas pengumuman Khazanah Nasional Berhad mengenai pelantikan Mueller itu, termasuk memberi reaksi negatif.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, walaupun Mueller mungkin "pakar terbaik" di dalam industri penerbangan, beliau boleh dilantik sebagai konsultan, dan bukannya CEO.

Katanya, tenaga dan kepakaran tempatan mesti diutamakan dalam mengetuai agensi atau syarikat berkaitan kerajaan atau anak syarikat milik penuh kerajaan, kerana amanah yang diberikan itu mempunyai "pertanggungjawaban nasional".

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, rakyat tempatan seharusnya menguruskan MAS, bukan warga asing yang tidak diyakini boleh memenuhi aspirasi korporat syarikat penerbangan negara.

Bekas pengarah urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, pelantikan warga asing menerajui MAS satu pembaziran kerana setelah sekian lama menerajui dunia penerbangan, Malaysia memiliki calon tempatan yang lebih sesuai.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula menyifatkan pelantikan Mueller itu penting dalam meletakkan asas yang kukuh demi kejayaan masa depan MAS.

Mueller menerajui Aer Lingus, syarikat penerbangan nasional Ireland, sejak 2009 dan mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam sektor penerbangan, logistik dan pelancongan.

http://payhmm.com/?ref=17043

 

Hanya 20 lembu, 4 pekerja dan bangunan usang yang tinggal di NFC

Posted: 08 Dec 2014 02:45 AM PST

PROJEK BN PALING MENGUNTUNGKAN, SASARAN 2015 ADA 60,000 LEMBU KINI TINGGAL 10 LEMBU.....

 



Pintu gerbang masuk ke Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan yang kini satu wajah suram.


Jauh daripada perancangan asal mencapai cita-cita menjadi pengeksport daging lembu terunggul, ladang ternak di Pusat Fidlot Nasional (NFC) hari ini hanya satu wajah suram dengan lembu berkeliaran di tengah rumput yang tinggi dan bangunan usang.

Sejak pendedahan pemimpin PKR Rafizi Ramli pada 2011, berhubung skandal salah guna dana kerajaan persekutuan, ladang seluas 2,000 hektar di Gemas, Negeri Sembilan itu kini hanya mempunyai antara 10 dan 20 lembu, kakitangan yang boleh dikira dengan jari dan pengurusannya berdepan tindakan saman kerana gagal membayar pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta.

Tinjauan The Malaysian Insider baru-baru ini mendapati, ladang berkenaan kini terbiar, dipenuhi semak-samun, di samping bangunan pusat penyembelihan yang usang dan mulai retak, deretan pokok Akasia sebesar pemeluk juga mulai memenuhi kawasan yang pernah menempatkan ribuan ekor lembu itu.

Kakitangan NFC ketika ditemui berkata, lembu yang dulunya diletakkan di dalam kandang kini dibiarkan bebas berkeliaran di sekitar padang ragut dan menjadi lembu liar.

"Kalau dulu lembu itu dikurung dalam kandang besi, tetapi lepas skandal itu, tiada lagi makanan yang dihantar, kami lepaskan lembu di padang ragut," kata salah seorang daripada 4 kakitangan NFC yang tinggal.

Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, mereka berempat akan bergilir-gilir memeriksa lembu itu dengan setiap syif melibatkan dua kakitangan berjaga memantau kawasan berkenaan.

"Jika ada yang sakit atau mati, kami hanya akan mengambil gambar," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tugas mereka kini memastikan ladang berkenaan tidak diceroboh kerana perabot, penyaman udara dan beberapa keperluan pejabat masih lagi berada dalam bangunan itu.

The Malaysian Insider turut dimaklumkan berlaku kecurian kabel elektrik di ladang berkenaan pada 2013.

Juga dimaklumkan, nasib pusat penternakan lembu itu hanya akan diketahui pada awal 2015, sama ada diserahkan kepada kerajaan Negeri Sembilan atau ditender kepada syarikat swasta.

Malah, 500 hektar daripada keseluruhan 2,000 hektar tanah yang disewa NFC daripada kerajaan negeri itu juga dikatakan sudah diusahakan syarikat pertanian yang kini mulai ditanam kelapa sawit.

"Kami hanya menjaga 1,500 hektar, kerana di kawasan ini masih terdapat bangunan milik syarikat, 500 hektar lagi sudah ditanam kelapa sawit," katanya.

Papan tanda dilarang masuk di kawasan Pusat Fidlot Nasional yang kini dijaga 4 kakitangan.

Situasi ini jauh berbeza daripada matlamat asal NFC ditubuhkan bagi menjadikan Malaysia pengeksport daging lembu segar melalui satu projek jangka panjang yang dimulakan sejak Rancangan Malaysia ke-9, di bawah penyeliaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.


Melalui penubuhan NFC, daging segar dijangka dapat memenuhi permintaan rakyat Malaysia dengan penjualan dagingnya dirancang dijual di pasaraya besar seperti Giant, Tesco dan Pasar Tani kendalian Fama.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika lawatan ke tapak ladang ternakan dan rumah penyembelihan lembu itu pada Jun 2011 turut menyuarakan rasa bangga kerana NFC berjaya menyahut saranan kerajaan.

"Kita juga dijangka tidak mengalami masalah bekalan walaupun pertumbuhan penduduk Malaysia meningkat 5% setiap tahun," kata Muhyiddin, ketika lawatan beliau ke tapak itu.


Isu berhubung skandal NFC menjadi topik hangat apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati terdapat kecelaruan terhadap projek ternakan lembu itu.

Ia didapati gagal mencapai sasaran menternak 8,000 ekor lembu menjelang 2010 sedangkan ia sepatutnya menghasilkan 60,000 ekor lembu pada 2015.

Ia menjadi semakin panas apabila pengurusannya, NFC Corporation (NFCorp) dikaitkan dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang merupakan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat ketika itu.

Suami ketua Wanita Umno itu, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, merupakan pengerusi lembaga pengarah NFCorp yang ahlinya termasuk anak-anak pasangan itu.

NFCorp ialah sebuah entiti swasta manakala ladang itu, atau NFC, dimiliki Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

Ladang itu mula beroperasi pada 2008, tetapi pada tahun berikutnya, dana NFCorp dibekukan dan ditahan Jabatan Akauntan Negara selepas ia didapati gagal mencapai sasaran.


Bangunan pejabat yang tidak terurus di dalam kawasan Pusat Fidlot Nasional.

Sejak itu, beberapa siri pendedahan dibuat PKR, termasuk mengenai pembelian kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan pertuduhan ke atas Shahrizat menggunakan dana RM250 juta berkenaan bagi kegunaan peribadi keluarganya.

NFCorp menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya bagi tujuan perniagaan.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara turut menjalankan penyiasatan berhubung skandal berkenaan dan mengeluarkan laporan berhubung isu itu.

Salleh kemudiannya didakwa pecah amanah melibatkan RM49.7 juta dalam bentuk pembelian dua unit kondominium itu.

Beliau mengaku tidak bersalah dan perbicaraan ketika ini masih belum selesai. Beliau juga menghadapi dua tuduhan lain mengikut Akta Syarikat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan, memberitahu Parlimen baru-baru ini, NFCorp gagal menjelaskan bayaran balik pinjaman tahun ini yang sepatutnya dijelaskan pada Januari lalu. Hanya RM34.98 juta dibayar setakat ini melalui 2 ansuran pada 2012 dan 2013.

Rafizi, yang berkata pinjaman itu diambil pada 2006, menganggarkan faedahnya sepatutnya sudah mencecah kira-kira RM50 juta sekarang.

Jumlah wang yang besar ini tidak tercapai di akal fikiran kakitangan NFC yang pada waktu ini melakukan kerja kasar menjaga ladang dan memantau lembu.

Ditanya mengapa mereka masih lagi mampu bertahan bekerja di pusat penternakan itu, sambil tersenyum, salah seorang kakitangan berkenaan berkata: "Macam mana, nak bagi makan anak, isteri, terpaksalah."



Kedahkini 




Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Haramkan Inter Johor Firms (IJF) Seumur Hidup

Posted: 08 Dec 2014 02:00 AM PST





Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) hari ini telah membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf dan mengharamkan Inter Johor Firms (IJF) seumur hidup dari memasuki Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dan mana-mana stadium di Malaysia jika ada perlawanan yang melibatkan perlawanan melibatkan pasukan dari negeri Johor.

Tidakan ini telah diperkenan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor untuk menghalang sebarang pengibatan IJF kerana telah menemarkan imej negari Johor.

Menurut Tungku Ismail, "Pihak yang bertanggungjawab memberi imej buruk dan memalukan negeri Johor akan ditangani dengan segera kerana kumpulan pelampau seperti ini tidak diiktiraf sebagai warga Johor. Orang-orang seperti ini yang telah memberi nama buruk perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh sekalian rakyat Johor".

Pihak PBNJ akan bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia untuk menghalang kegiatan kumpulan pelampau ini dari menimbukan huru-hara lagi dalam bola sepak.

PBNJ mengambil keputusan ini bukan kerana kejadian yang berlaku di Stadium Shah Alam semalam tetapi adalah kerana DYAM Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden PBNJ mengutuk sekeras-kerasnya mana mana organisasi yang mengamalkan ideologi 'Hooligan' dalam menyatakan sokongan mereka terhadap pasukan.

Dari berita semalam pula kumpulan pelampau 'hooligans' ini diperayai telah terlibat dalam pergaduhan di Stadium Shah Alam semalam selepas Malaysia tewas 1-2 di tangan Vietnam. Mereka diperayai telah memukul penyokong Vietnam yang meraikan kemenangan mereka.




Gambar dari Sokernet





Perkara ini dilihat sungguh tidak bertamadun kerana ia boleh menjatuhkan dan mencalar maruah negara kita yang dikenali serata dunia. Tindakan hooligans bola sepak ini sepatutnya tidak terbawa ke negara kita kerana bertentangan dengan terma ketimuran dan agama.

- Siakapkeli



Shamsuddin letak jawatan ketua pembangkang...WOIIII...AWAT HANG LETAK JAWATAN???

Posted: 08 Dec 2014 01:15 AM PST

MAMAT NI LETAK JAWATAN LEPAS DESAK ANWAR LETAK JAWATAN...HA.HA.HA

 


Selepas beberapa kali menolak jawatan pengerusi PAC, Datuk Mohd Shamsudin Lias mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor .

 

Beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Speaker, Hannah Yeoh selepas memulangkan Toyota Camry kepada kerajaan negeri pagi ini di Bangunan kerajaan negeri di shah Alam.

 

Bercakap kepada pemberita, ADUN BN Sungai Burong itu berkata beliau membuat keputusan itu berdasarkan prinsip "integriti" 

VIDEO - Dr M: Maybe M'sia can have a white PM too

Posted: 08 Dec 2014 12:30 AM PST

 

( Mahathir kata mungkin Malaysia boleh ambil "ORANG PUTIH" jadi PM.

Dr M: Maybe M'sia can have a white PM too Posted & copy by RAKYAT MARHAEN a

Make Money at : http://bit.ly/copy_win