Sabtu, 6 Disember 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Jika masih hidup, Tunku pasti sedih lihat politik sempit UMNO

Posted: 06 Dec 2014 10:30 PM PST

 
This Tiger's still roaring

This Tiger's still roaring

KUALA LUMPUR, 7 DIS: Jika Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih hidup beliau pasti menjadi individu paling sedih melihat keadaan Malaysia masih terbelenggu dengan masalah kaum, perselisihan agama dan rasuah.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata demikian dalam kenyataannya semalam sempena memperingati ulang tahun ke 24 pemergian Perdana Menteri pertama Malaysia, yang meninggal dunia pada 6 Disember 1990.

"Tunku tentu berasa ngeri jika beliau melihat bagaimana Perhimpunan Agung UMNO dijadikan tempat mengapi-apikan politik perkauman dan hasutan agama dengan menggambarkan bahawa orang Melayu terkepung dan Islam sedang diancam.

"Beliau juga pastinya terkejut dengan tindakan beberapa perwakilan UMNO mendakwa orang Melayu telah menjadi 'hamba di negara sendiri' dan cubaan menukar slogan 1Malaysia kepada 1Melayu," kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu. Tegas Kit Siang mungkin perkara paling mengejutkan bagi Tunku adalah tindakan pengecut pimpinan UMNO yang gagal bertindak terhadap politik tidak bertanggungjawab dan kebencian seperti dilakukan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan perwakilan Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

Mashitah dalam ucapannya baru-baru ini memfitnah kononnya orang Cina di Kedah membakar Al-Quran 'helai demi helai dalam upacara sembahyang', manakalai Zaidi menuduh kejayaan Kerajaan Pulau Pinang adalah berpunca dari kegiatan haram.

Fitnah Mashitah terbukti palsu apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir sendiri mendedahkan bahawa Al-Quran itu tidak dibakar, tetapi dikoyak seorang lelaki tidak siuman, yang telah ditahan di wad psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah.

Merujuk peningkatan tiga anak tangga negara dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI), Kit Siang menyatakan, Tunku tentu tidak akan gembira kerana kedudukan itu jauh lebih rendah berbanding sebelumnya, membuktikan Malaysia salah satu negara paling teruk terjebak dalam rasuah dan skandal kewangan.

 "Rasuah dalam tempoh tiga dekad bertambah buruk, jauh berbeza daripada pentadbiran tiga Perdana Menteri pertama Malaysia apabila rasuah tidak pernah menjadi masalah besar dan sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

Bilakah agaknya Malaysia boleh kembali kepada politik sederhana dan masyarakat tanpa rasuah seperti dua dekad pertama negara?," kata Kit Siang.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Gubal hukuman lebih berat terhadap sindiket mesin judi haram

Posted: 06 Dec 2014 09:45 PM PST

SHAH ALAM – Pihak penggubal undang-undang diminta mempertimbangkan cadangan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap sindiket mesin judi haram serta pihak yang bersekongkol dengan mereka.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Samah Mat berkata, ini berikutan hukuman sedia ada tidak cukup berat sehingga menyebabkan golongan itu tidak gentar dan berani mengulangi kegiatan mereka walaupun setelah dikenakan tindakan.

Sebagai contoh di negeri ini katanya, walaupun pihaknya memperhebatkan operasi membanteras sindiket mesin judi haram setiap hari, mereka terus menjalankan kegiatan itu terutamanya di rumah-rumah kedai.

"Justeru, untuk jangka masa panjang, kita merasakan perlu ada penelitian semula dari sudut perundangan melibatkan hukuman yang lebih berat kepada pemilik premis mesin judi haram sama ada menambah jumlah denda lebih tinggi serta penjara dalam tempoh masa yang lama.

"Hukuman itu juga perlu dikenakan kepada tuan punya premis perniagaan, kediaman atau sebagainya yang menyewakan harta mereka kepada pihak lain yang menjalankan kegiatan mesin judi haram.

"Malah mahkamah mungkin boleh mengarahkan harta mereka dirampas. Sebagai pemilik premis, mereka sepatutnya mengambil maklum mengenai tujuan pihak lain menyewa premis mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Samah menjelaskan, berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, hukuman kepada pemilik premis ketika ini hanya berupa denda sehingga RM10,000 bagi setiap mesin judi atau penjara lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Katanya, pemain judi pula boleh didakwa mengikut Seksyen 7(2) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan dan denda tidak lebih RM5,000.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan wujudnya penglibatan ahli-ahli politik yang didakwa melindungi sindiket judi haram.

"Dakwaan tersebut memerlukan siasatan terperinci selain disusuli dengan bukti-bukti yang kukuh supaya tindakan undang-undang sewajarnya boleh diambil. Undang-undang tidak harus selektif kepada pihak tertentu. Mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, mereka tidak boleh terlepas daripada dikenakan hukuman yang sewajarnya," ujar beliau.

Sementara itu, Abdul Samah dalam satu sidang akhbar sempena majlis pelupusan mesin judi di Subang Jaya dekat sini hari ini memberitahu, pihaknya mengenal pasti lima daerah di negeri itu iaitu Petaling Jaya, Kajang, Serdang, Gombak dan Ampang sebagai kawasan tumpuan sindiket perjudian haram, berdasarkan operasi menggempur aktiviti tersebut sepanjang tahun ini.

Katanya, daerah-daerah terbabit menjadi tumpuan sindiket berkenaan disebabkan mempunyai kemajuan pesat serta kawasannya yang luas.

Pada majlis tersebut, sebanyak 3,318 komputer yang dijadikan mesin judi bernilai RM2.6 juta telah dimusnahkan. Turut dimusnahkan adalah sebanyak 204,614 keping cakera video digital (DVD) yang dirampas mengikut Seksyen 18(4) dan Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002.
habis

- See more at: http://www.utusan.com.my.

Empat Rakyat Malaysia Terbunuh Dalam Kebakaran Asrama di Geylang KATHLEEN ANN KILI - Oleh: KATHLEEN ANN KILI.

Posted: 06 Dec 2014 09:00 PM PST

PETALING JAYA: Empat rakyat Malaysia yang bekerja sebagai tukang cuci meninggal dunia di asrama pekerja di Geylang, Singapura pada awal pagi Sabtu.


Tiga daripada mereka yang dipercayai lelaki berusia antara 40 hingga 50 tahun, mati di tempat kejadian sementara mangsa keempat meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut berlaku pada 1.40 pagi.

The Straits Times berkata sekurang-kuranya sembilan orang dihantar ke Hospital Tan Tock Seng dan Hospital Besar Singapura.

Mereka termasuk dua anggota bomba yang mengalami kecederaan ringan. 
Sementara itu wakil Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, mengesahkan mangsa yang meninggal dunia merupakan pekerja yang menetap di negara tersebut. 
"Kami berjaya mengenalpasti identiti mangsa melalui kad pengenalan dan pasport milik mangsa.

"Waris keluarga mangsa yang terlibat telah pun dihubungi untuk memaklumkan mengenai kejadian malang tersebut," katanya ketika dihubungi The Star pada Sabtu.

Mangsa yang meniggal dunia dikenalpasti sebagai Jubitol Rumanjing, 37, Maslan Musundo, 43, Yusoff Masrong, 49, dan Ramu Kotiah, 50.

"Pihak kami bekerja sama dengan polis Malaysia dan Jabatan Imigresen serta Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengenalpasti dua lagi waris keluarga mangsa yang terlibat," katanya.

Tiga mangsa yang terbunuh berasal dari Sabah dan mayat mereka sehingga kini masih berada di Hospital Besar Singapura menanti ia dituntut waris masing-masing. 

Asrama tersebut terletak di kawasan rumah kedai, di Lorong 4 Geylang. Terdapat hampir 100 warga asing yang tinggal di sana terdiri daripada warga China, India, Bangladesh dan Malaysia.

Bangunan rumah kedai tersebut dibahagikan kepada 11 unit bilik dengan setiap sebuah bilik didiami oleh 10 orang.

Pesanan Ikhlas Buat Anak Soleh & Soleha

Posted: 06 Dec 2014 08:15 PM PST

Zammeri Ismail
 
 Bila mak ayah kita mati, terjun la turun dalam liang sambut mayat depa, bukak papan keranda tudung tu angkat sebentar mayat mak ayah kita tu. 
 
Biar kita salah sorang yang pusing mayat mak ayah kita tu mengadap ke kiblat.
 
Biar kita!!! Bukan orang lain. Pusing mayat dia, angkat papan keranda tu kita dok tengok ni Allahhurabi.. "Mak kali terakhir aku tengok mak ni mak, mak hari ni last mak aku tengok mak". 
 
Biar kita yang jadi orang yang perelai ikatan di kepala dia, ikatan ditubuh dia tu.. Biar kita! Pegang pelahan2 badan mak kita tu, pusing dia elok2, ambik gumpalan tanah letak pulak belakang tengkok mak kita tu.
 
"Mak last mak hari ni mak.. Lepasnya dari ni aku tak tengok mak dah". Terlintas dalam hati dalam kita dok pegang mak kita tu.. Terlintas ni, yang 20 tahun lepas kita kenal2 dunia
ni, tangan ni yang suap dimulut kita. 
 
Allahhurabbi.. Hari pertama kita boleh berjalan, taik, muntah kita dia la orangnya yang tak pernah tolak pun. Walau anak jahat tara mana pun kita, kita tetap anak dia. Dia tak pernah buang
pun kita. 
 
Tu saya sebut tadi, takkan hari mak ayah kita mati, kita tak boleh terjun dalam liang dia, pusing badan mayat dia, mengadap ke kiblat. Kalau kita ada tiga empat beradik, empat2 beradik terjun dalam. "
 
Abang pegang belakang bang". Jangan kita dok harap dekat orang. Kita jadi anak, kita patut terjun dalam tu. Kita tak boleh baca talkin, kita naik atas satgi, kita duduk sekejap. Dengar
talkin yang terakhir untuk mak kita tu. 
 
Kita duduk kejap tepi kubur mak kita tu. Tengok macam mana ni last dah hari ni. Takdak benda dah yang kita nak bagi dekat mak kita dah melaikan kita hanya boleh serah doa. 
 
"Ya Allah, aku angkat tangan ya Allah.. Aku redha mak aku kau ambik ya Allah..
 
Dia yang beranakkan aku.. Ya Allah hari ni aku tinggal dia ya Allah, aku serah dia atas urusan mu belaka ya Allah.. 
 
Aku tadah tangan ya Allah.. Aku mintak sangat2 kau ampunkan dosa mak aku, tolong ya Allah kesian mak aku ya Allah.. Aku ni hasil didikan dari dia Ya Allah.. Kau ampunkanlah segala
dosa2 dia Ya Allah". 
 
Kawan2, kalau doa sebegitu kita doa dengan Allah taala, untung mak kita. Adakah Allah taala
akan tolak doa sebegitu? Takkan Allah taala tolak ni doa ikhlas datang dari sorang anak. Sebab tu saya pesan selagi kita ada mak kita yang masih hidup.. Kawan2, buat jasa la..
 
Buat jasa! Buat sekadar2 yang mana kita boleh. Allahhuakbar.
 
Sayang makayah! Maafkan saya mak ayah, selalu sakiti hati mak ayah. Maafkan saya!

Utusan persoal integriti PDRM tangani kes Cameron Highlands, Judi Haram

Posted: 06 Dec 2014 07:30 PM PST



Akhbar Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan tahap integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan badan penguatkuasa lain membanteras kegiatan haram, termasuk kes penerokaan tanah di Cameron Highlands dan premis judi.

Pengarangnya Zulkiflee Bakar berkata, walaupun serbuan dan pembanterasan dibuat, ia tidak dapat mengenepikan persepsi dan persoalan rakyat berkaitan integriti pegawai serta agensi penguatkuasa terlibat.

Katanya, dalam isu mesin judi haram, ketua polis daerah (OCPD) atau ketua polis balai sepatutnya sedar kewujudan premis judi haram tetapi hanya bertindak selepas mendapat arahan pihak atasan.

"Sesuatu yang melucukan apabila premis haram tersebut hanya dikesan dan diserbu apabila arahan dikeluarkan.

"Penulis percaya kalau (Ketua Polis Negara Tan Sri) Khalid (Abu Bakar) tidak mengeluarkan perintah sudah pasti kegiatan haram itu berleluasa," katanya dalam kolumnya "Komentar Zul Bakar" hari ini.

Katanya, dalam kes penerokaan tanah haram bagi dijadikan kebun sayur, adalah mustahil agensi penguatkuasa langsung tidak menyedari kewujudan ladang tersebut.

Berdasarkan gambar yang disiarkan, jelas ladang haram itu sudah beroperasi sekian lama tetapi hanya dimusnahkan apabila berlaku pendedahan media mengenai masalah pencemaran alam sekitar, katanya.

"Apa yang dibuat oleh pejabat tanah, pejabat daerah atau jabatan berkaitan selama ini sehingga ladang haram itu berleluasa?

"Begitu juga dari segi tangkapan, yang ditahan ialah pendatang asing tanpa izin (Pati), tetapi bagaimana dengan pemilik atau 'tauke' ladang haram tersebut?

"Atau mereka lebih cekap daripada agensi penguatkuasa dalam usaha mengelakkan diri daripada ditangkap?" soalnya.


Akhbar milik Umno itu sebelum ini lantang mengkritik kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai isu banjir lumpur dan lebih 30,000 warga asing di negeri itu, terutamanya Bangladesh di Cameron Highlands.

Ekoran itu, Adnan bertindak memfailkan saman RM15 juta terhadap Utusan kerana mempersoalkan integritinya sepanjang 15 tahun memerintah Pahang.

Selain itu, Zulkiflee berkata, PDRM perlu mengambil tindakan tegas dengan menukar mana-mana OCPD dan ketua balai polis di kawasan disahkan kegiatan paling aktif perjudian haram berikutan serbuan yang dilakukan.


Tambahnya, siasatan dalaman juga perlu dilakukan bagi membanteras pegawai atau anggota polis yang mengadakan "perkongsian bijak" dengan sindiket, semata-mata mahu hidup mewah dengan memakan wang haram.

"Kita juga tertanya-tanya kenapakah dalam serbuan yang dilakukan hanya pengunjung yang ditahan, bagaimana dengan 'taiko-taiko'?

"Khabarnya mereka amat bijak melindungi identiti daripada dikesan pihak berkuasa.

"Kalau betullah begitu, hebat sungguh 'taiko-taiko' tersebut kerana berupaya memperdayakan pihak berkuasa," katanya ~


The Malaysian Insider.

Profesor gesa Anwar letak jawatan penasihat ekonomi

Posted: 06 Dec 2014 07:00 PM PST

Profesor gesa Anwar letak jawatan penasihat ekonomi  Published: 6 December 2014  Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi digesa untuk meletak jawatan selepas Sultan Selangor menarik balik anugerah 'Datuk Seri'nya. –   Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi digesa untuk meletak jawatan selepas Sultan Selangor menarik balik anugerah 'Datuk Seri'nya. –   Tindakan Sultan Selangor menarik balik darjah kebesaran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa gelaran 'Datuk Seri' ialah satu isyarat kepada ketua umum PKR itu supaya tidak lagi mencampuri urusan pentadbiran negeri, kata Majlis Profesor Negara (MPN).  Berikutan itu, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam MPN, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Anwar seharusnya mengambil langkah melepaskan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.  Kamal berkata kepada Sinar Harian, sekiranya Anwar enggan melepaskan jawatan itu, dijangka akan timbul konflik lain kerana Sultan berkemungkinan akan mempersoalkan tindakannya.  Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi digesa untuk meletak jawatan selepas Sultan Selangor menarik balik anugerah 'Datuk Seri'nya. – 

Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi digesa untuk meletak jawatan selepas Sultan Selangor menarik balik anugerah 'Datuk Seri'nya. – 

Tindakan Sultan Selangor menarik balik darjah kebesaran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa gelaran 'Datuk Seri' ialah satu isyarat kepada ketua umum PKR itu supaya tidak lagi mencampuri urusan pentadbiran negeri, kata Majlis Profesor Negara (MPN).

Berikutan itu, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam MPN, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Anwar seharusnya mengambil langkah melepaskan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Kamal berkata kepada Sinar Harian, sekiranya Anwar enggan melepaskan jawatan itu, dijangka akan timbul konflik lain kerana Sultan berkemungkinan akan mempersoalkan tindakannya.

"Bukan sahaja Sultan, rakyat juga mempersoalkan tindakan Anwar jika beliau tidak mahu berbuat demikian (melepaskan jawatan). Tidak mustahil wujud satu lagi konflik Anwar dan istana," katanya menurut laporan akhbar itu hari ini.

Pada Khamis, Istana Selangor mengeluarkan kenyataan yang Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran 'Datuk Seri' itu berkuatkuasa 3 November kerana Anwar sering mempersoalkan kewibawaan istana sejak penghujung 2013.

Kamal berkata, Anwar seharusnya mengambil maklum yang Sultan Sharafuddin melakukan demikian kerana tidak mahu lagi beliau terlibat dengan sebarang bentuk pentadbiran di Selangor.

"Saya yakin ia bukan berkaitan dengan integriti tetapi isu utamanya, Sultan tidak mahu Anwar ada kaitan dengan Kerajaan Selangor.

"Anwar banyak menimbulkan konflik dalam pelbagai isu sehingga menyebabkan kemurkaan baginda," kata Kamal kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, sekiranya Anwar tidak meletak jawatan sebagai penasihat ekonomi negeri, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali akan menjadi orang perantara Anwar dengan pihak istana bagi menjawab isu berkaitan ekonomi Selangor.

"Sampai bila Azmin menjadi orang perantara? Ia akan menyukarkan lagi keadaan dan cara terbaik adalah Anwar perlu melepaskan jawatan tersebut," beliau dipetik berkata dalam akhbar itu.

Kamal memberitahu akhbar itu, Anwar perlu mengambil iktibar dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.

Beliau juga harus memperbaiki diri dengan tidak lagi melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan baginda.

"Saya harap Anwar dapat belajar dari kesilapan," kata Kamal.

Anwar dikurniakan Darjah Kebesaran Seri tersebut oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1992.

Berikutan kenyataan Istana Selangor itu, Anwar berkata dalam satu kenyataan beliau tidak pernah membuat sebarang permohonan atau permintaan kepada Sultan Salahuddin bagi dianugerahkan darjah kebesaran itu.

Beliau juga berikrar akan tetap menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan terus menjunjung Perlembagaan negara, Raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen di negara ini.

Sementara itu, ketua pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata, Anwar sepatutnya melepaskan jawatan penasihat ekonomi negeri itu susulan penarikan balik darjah kebesaran itu.

Selain Selangor, Anwar juga mendapat darjah Datuk Seri dari negeri lain termasuk Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. – 6 Disember, 2014.



www.themalaysianinsider.com/bahasa

YAB MB Azmin Enggan Komen Gesaan Pecat Anwar Sebagai Penasihat Ekonomi

Posted: 06 Dec 2014 06:30 PM PST


Dua hari selepas Istana Selangor menarik balik darjah kebesaran Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali masih enggan mengulas perkara itu, ketika gesaan juga dibuat agar Anwar meletak jawatan sebagai penasihat ekonomi negeri. 

"Tak ada komen. Terima kasih," kata Azmin kepada media hari ini, mengulangi ayat serupa diucapkannya Khamis lepas, pada hari Sultan Selangor mengumumkan penarikan balik gelaran 'Datuk Seri' daripada ketua umum PKR it

Ditemui selepas merasmikan Karnival Usahawan Perangsang-Skimsel 2014 di Shah Alam, timbalan presiden PKR itu terus mengambil jalan selamat dengan mengelak menjawab soalan pemberita yang meminta beliau mengesahkan status terkini Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor.


Pada Khamis, Istana Selangor mengeluarkan kenyataan yang Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran 'Datuk Seri' itu berkuatkuasa 3 November kerana Anwar sering mempersoalkan kewibawaan istana sejak penghujung 2013.

Berikutan itu, ketua pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata, Anwar sepatutnya melepaskan jawatan penasihat ekonomi negeri.

Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar pula mencabar Azmin memecat Anwar bagi membuktikan beliau menghormati maksud tersirat daripada titah Sultan itu.

Anwar dalam reaksinya berkata beliau tidak pernah membuat sebarang permohonan atau permintaan kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang menganugerahkan darjah kebesaran itu kepadanya pada 1992.

Beliau juga berikrar akan tetap menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan terus menjunjung Perlembagaan negara, Raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen di negara ini.

Pada Khamis, ketika ditemui pemberita selepas berucap pada majlis penyerahan surat tawaran Skim Pembiayaan Perumahan SelangorKu (Dana-Sel) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, Azmin hanya berkata: "No comment," ketika diajukan soalan berhubung perkara itu.

Ditanya isu projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) pula, Azmin berkata hari ini, Kidex Sdn Bhd masih belum memberi maklum balas mengenai syarat yang ditetapkan kerajaan negeri kepada pemaju itu.

Tinggal dua bulan sahaja lagi sebelum tamat tempoh perjanjian konsesi itu, yang antara lain menyatakan perjanjian klausa akan ditamatkan awal sekiranya pemegang konsesi mencapai keuntungan melebihi tempoh jangkaan.

"Setakat ini kerajaan negeri masih belum menerima maklum balas berkenaan syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan negeri.

"Saya dah umumkan dalam belanjawan, dalam pertemuan dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga saya dah maklumkan. Ini pendirian kerajaan negeri tentang lebuh raya di Selangor," katanya.

Kidex Sdn Bhd pada mulanya diberi tempoh 12 bulan daripada tarikh perjanjian konsesi yang ditandatangani pada 15 November 2013 untuk memenuhi beberapa syarat. Ia kemudian dilanjutkan sehingga 15 Februari 2015.

Azmin dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) menetapkan, antara syarat utama pembinaan lebuh raya di Selangor ialah ia perlu mematuhi bukti kajian penilaian impak trafik yang menguntungkan pengguna serta penduduk.

Syarat itu turut terpakai kepada empat lagi projek lebuh raya di Selangor, iaitu Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Lebuhraya Pantai Barat (Taiping-Banting), Lingkaran Luar KL-Hubungan Timur dan Damansara-Shah Alam (DASH).

Putrajaya dilaporkan sedia mendedahkan butiran perjanjian konsesi dengan Kidex jika pemegang saham dan penyumbang dana syarikat itu memberikan persetujuan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof sebelum ini berkata, kelulusan Kidex akan diberi hanya selepas pihaknya berpuas hati semua syaratnya dipatuhi pemaju.

Kelulusan akhir projek kontroversi itu bagaimanapun kata Fadillah memerlukan persetujuan kerajaan negeri Selangor.-TMI
 
 
Batu Vs Kayu

VIDEO - Senyum Dipagi Minggu

Posted: 06 Dec 2014 06:00 PM PST



Akhirnya Lelaki Paling Gemuk Di Dunia Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Paru-Paru

Posted: 06 Dec 2014 05:30 PM PST


 
Keith Martin. SEORANG rakyat Britain yang digelar sebagai lelaki paling gemuk di dunia, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

Berita mengenai kematiannya didedahkan pada Jumaat. Keith Martin yang mempunyai berat 444.52 kilogram, meninggal dunia kerana penyakit pneumonia, iaitu jangkitan paru-paru akibat masalah berat badan.

Kematian Keith pada usia 44 tahun hanya lapan bulan selepas dia berjaya menjalani pembedahan bariatrik bagi mengatasi masalah obesiti dengan membuang tiga perempat daripada perutnya.

Pakar bedah pada Jumaat berkata, beliau yang cuba menyelamatkan nyawa Keith dengan melakukan pembedahan pengurangan berat badan, telah menggesa kerajaan supaya menaikan cukai bagi makanan segera.

Keith yang merupakan seorang penganggur mempunyai berat badan berkenaan selepas mengamalkan pengambilan makanan segera yang murah dengan banyak.

Dia boleh mendapat 20,000 kalori sehari, hampir 10 kali ganda daripada bilangan yang disyorkan, dengan mengambil enam telur goreng untuk sarapan pagi, kemudiannya piza, kebab, makanan Cina dan Big Macs untuk makanan tengah hari dan makan malam, serta enam cawan kopi dan dua liter minuman berkarbornat.

Keith turut mengambil sandwic, coklat, kerepek kentang, manisan dan biskut.

Pakar bedahnya, Kesava Mannur berkata: "Keith, seperti kebanyakan yang lain, mengalami masalah emosi dan dia menjadikan makanan itu sebagai keselesaannya.

"Amalannya itu bukan sesuatu yang baharu, tetapi apa yang baharu adalah begitu mudah orang ramai dalam keadaan itu dapat membeli banyak makanan ringan yang murah."

Keith yang meninggal dunia pada Mac lalu meninggal dua kakaknya, Sharon dan Tina yang menjaganya selama beberapa tahun sehingga dia menghembuskan nafas terakhirnya.

Tina berkata: "Kami masih sedih. Kami amat merinduinya." Pembedahan yang dijalani Keith dirakamkan untuk sebuah dokumentari bertajuk '444.52 Kilogrram dan Hampir Maut' untuk saluran Channel 5.

Mannur berkata: "Kerajaan perlu menjadikan harga makanan segera yang tidak sihat lebih mahal.

"Jika tidak kita akan terus melihat lebih ramai orang seperti Keith. Sejak beberapa tahun lepas, saya telah merawat beberapa orang yang mempunyai berat antara 285.76 dan 381.02 kilogram," kata Mannur. - mirror.co.uk


Posted by Abu Hatim

Ahli MT UMNO dedah sebab isu 1MDB tak dibincang dalam perhimpunan..

Posted: 06 Dec 2014 05:00 PM PST

Ahli MT UMNO dedah sebab isu 1MDB tak dibincang dalam perhimpunan..  Isu Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disifatkan sudah dibincangkan di Parlimen dan bukan kekurangan pada Perhimpunan Agung UMNO lepas.  Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata agenda perjuangan parti dilihat lebih penting daripada isu yang dibangkit Bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam blognya.  "Isu TPPA, 1MDB dan lain-lain kita 'settle' di Parlimen. Perhimpunan adalah isu survival parti untuk menghadapi cabaran pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.  "Kita bincang isu ekonomi Melayu, agenda penghinaan terhadap raja-raja Melayu, tanah rizab Melayu pada Perhimpunan UMNO," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.  Tajuddin mengulas catatan terbaharu Dr Mahathir di blognya yang kecewa kerana perhimpunan agong parti itu baru-baru ini tidak membincangkan beberapa perkara yang menjadi perhatian rakyat dan melibatkan masa depan negara.  Bagaimanapun bekas Perdana Menteri itu memuji UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana "mendengar dan mengambil berat akan pandangan orang ramai" dengan mengekalkan Akta Hasutan 1948.  Dalam pada itu kata Tajuddin, tidak masuk akal jika semua isu hendak dibincangkan semasa Perhimpunan Agung UMNO yang mengambil masa hanya beberapa hari sahaja.  "Tun M sendiri pernah kata 'perjuangan yang belum selesai'. Kerana itu kita berbincang hanya mengenai perjuangan serta kedudukan Melayu yang semakin tercalar.  "Isu maruah bangsa lebih penting, itu agenda dan fokus parti, isu-isu lain yang dimaklumkan Tun M di dalam blognya adalah agenda kerajaan," ujarnya.  Sebelum ini sebuah portal melaporkan kenyataaan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok yang menyifatkan ahli UMNO penakut kerana tidak berani membangkitkan isu 1MDB pada perhimpunan agung parti tersebut ~ AstroAwani  Anak Sungai Derhaka. Isu Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disifatkan sudah dibincangkan di Parlimen dan bukan kekurangan pada Perhimpunan Agung UMNO lepas.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata agenda perjuangan parti dilihat lebih penting daripada isu yang dibangkit Bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam blognya.

"Isu TPPA, 1MDB dan lain-lain kita 'settle' di Parlimen. 

Perhimpunan adalah isu survival parti untuk menghadapi cabaran pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Kita bincang isu ekonomi Melayu, agenda penghinaan terhadap raja-raja Melayu, tanah rizab Melayu pada Perhimpunan UMNO," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tajuddin mengulas catatan terbaharu Dr Mahathir di blognya yang kecewa kerana perhimpunan agong parti itu baru-baru ini tidak membincangkan beberapa perkara yang menjadi perhatian rakyat dan melibatkan masa depan negara.

Bagaimanapun bekas Perdana Menteri itu memuji UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana "mendengar dan mengambil berat akan pandangan orang ramai" dengan mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Dalam pada itu kata Tajuddin, tidak masuk akal jika semua isu hendak dibincangkan semasa Perhimpunan Agung UMNO yang mengambil masa hanya beberapa hari sahaja.
"Tun M sendiri pernah kata 'perjuangan yang belum selesai'. 

Kerana itu kita berbincang hanya mengenai perjuangan serta kedudukan Melayu yang semakin tercalar.

"Isu maruah bangsa lebih penting, itu agenda dan fokus parti, isu-isu lain yang dimaklumkan Tun M di dalam blognya adalah agenda kerajaan," ujarnya.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan kenyataaan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok yang menyifatkan ahli UMNO penakut kerana tidak berani membangkitkan isu 1MDB pada perhimpunan agung parti tersebut ~ AstroAwani


Anak Sungai Derhaka.
 

Kadir Jasin Nasihatkan K'jaan Terus-terang Mengenai Ekonomi Negara. - Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 06 Dec 2014 04:38 PM PST


Berterus terang sebelum rakyat marah - A.Kadir Jasin 

Berterus terang sebelum rakyat marah - A.Kadir Jasin
 
KL: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin mahu menasihatkan kerajaan agar berterus-terang kepada rakyat mengenai realiti ekonomi negara pada masa ini.

Kadir berkata, kerajaan perlu berterus terang kepada rakyat tentang situasai ekonomi negara sebelum mereka marah apabila keadaan menjadi parah.


Katanya, kerajaan perlu berkongsi maklumat secara rasional dan terbuka dengan rakyat bukan berdolak-dalik dengan berita-berita baik yang sengaja diada-adakan.


"Lebih baik membuatkan mereka kurang gembira dengan menyatakan kebenaran daripada membuatkan mereka marah apabila malapetaka ekonomi melanda mereka.

"Yang utama sekarang adalah berkongsi maklumat secara rasional dan terbuka dengan rakyat jelata. 


Bukan berdolak-dalik dengan mereka apatah lagi memesongkan mereka dengan berita-berita baik yang sengaja diada-adakan.

"Terus teranglah dengan mereka. Jangan sekali-kali anggap mereka bangang, bodoh, dungu, tongong dan bahlul." katanya dalam tulisan dalam blognya yang bertajuk 'Isu Kepimpinan: Cakap Benar Mengenai Ekonomi' hari ini.


Tokoh wartawan kebangsaan itu berkata banyak fakta dan ramalan ekonomi yang menjurus ke arah keadaan yang sukar dan mencabar apabila ekonomi Eropah diramalkan menguncup tahun depan.


Katanya, kadar tukaran ringgit pada 1 Disember jatuh paling banyak dalam sehari sejak Krisis Kewangan Asia 1997-98, kepada RM3.4320 bagi AS$1.


Kadir turut memetik akhbar The Star pada 3 Disember yang menyiarkan analisis pendapatan suku ketiga tahun ini (Julai-September) bagi syarikat-syarikat Bursa Malaysia.


Pada 4 Disember, akhbar yang sama menyiarkan analisis prestasi mata wang ringgit. Ia mendapati ringgit jatuh berbanding kebanyakan mata wang rakan perdagangan utama kita.


Ringgit jatuh 5.61% berbanding dolar Amerika, 5.58% berbanding dolar Hong Kong, 3.93% berbanding Baht, 2.93% berbanding Rupee, 2.44% berbanding dolar Taiwan dan 0.95% berbanding dolar Singapura. Duit kita naik berbanding Yen (9.40%), Euro (5.91%), dolar Australia (4.32%), pound Inggeris (2.31%) dan Rupiah (0.73%).


"The Star juga meramalkan yang kelembapan eksport mungkin mengakibatkan Malaysia mengalami defisit kembar (twin deficit), iaitu defisit akaun semasa dan defisit perdagangan.


"Ia memetik ketua ahli ekonomi AllianceDBS (bank), Manokaran Mottain.


"Sama ada ekonomi kita akan mengalami krisis atau tidak tahun hadapan, satu hal. Itulah yang sedang diramalkan oleh pembangkang pusat," tulis Kadir.


Kadir berkata kenyataan Gabenor Bank Negara, Zeti Aktar Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Tengku Zafrul Aziz dan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid sangat mengelirukan.


"Soalnya, bolehkah kita percayai dakwaan bahawa fundamental ekonomi kita kukuh apabila bukan saja harga komoditi utama kita jatuh malah kadar tukaran mata wang kita pun jatuh juga?


"Harga saham dan jumlah dagangan di Bursa Malaysia semakin menurun. Prestasi syarikat yang disenaraikan dengannya lebih banyak yang negatif daripada positif. Boleh kata majoriti melaporkan penurunan keuntungan," katanya. 


(IH)

VIDEO - Membujur Lalu, Melintang Patah...

Posted: 06 Dec 2014 04:00 PM PST



Sampaikan khabar ini kepada Sultan Selangor dan Sultan Johor Darul Takzim.

Posted: 06 Dec 2014 08:00 AM PST



Saya mukadimahkan posting ini dengan ayat "Sampaikan khabar ini kepada Sultan Selangor dan Sultan Johor Darul Takzim" kerna saya adalah anak kelahiran Johor Darul Takzim dan sejak 26 tahun lalu bermastautin di Selangor Darul Ehsan.

Maka itu saya rasa bertanggungjawab untuk memberi peringatan kepada kededua sultan berkenaan terutamanya terhadap Paduka Sri Sultan Ibrahim Ismail ibni al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj justeru hadirnya perasaan kasih dan sayang saya terhadap negeri kelahiran saya, Johor Darul Takzim.

Sesuatu yang amat nyata sejak kebelakangan ini rakyat terbanyak mula mempertikaikan secara meluas dan terbuka melalui laman-laman social seperti blog, facebook dan twitter sejarah serta fungsi institusi kesultanan Melayu lantaran kekerapan keterlanjuran tutur bicara, perangai dan tingkah laku dikalangan sultan dan raja-raja Melayu.

Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mempunyai paling ramai sultan dan raja. Kerajaan Rakyat yakin ramai rakyat Malaysia tidak pasti apakah sebenarya jasa dan faedah kesemua sultan dan raja-raya Melayu ini terhadapan agama Islam, bangsa Melayu dan negara tercinta.






Hanya satu yang pasti; setiap sultan dan raja Melayu ini hidup dengan penuh kemewahan dan ianya dibiayai melalui titik peluh dan keringat rakyat marhean. Sultan bermewah sedangkan rakyatnya derita dalam kemiskinan.

Raja yang baik adalah raja yang bersederhana dalam kehidupan dan boleh menerima teguran walau pun ianya dianggap pahit untuk ditelan. Apakah hidup di alam musafir ini dianggap cukup lama bagi yang berdarjat raja atau sultan sehingga teguran terhadap mereka dianggap satu penderhakaan?

Sepatutnya raja-raja Melayu kembali kepada Islam yang syumul bertetapan dengan amanah yang diberi sebagai Ketua Agama Islam. Tidakkah ini memalukan bagi seseorang yang diangkat menjadi Ketua Agama Islam tetapi kehidupan dan budaya hidup sendiri pun bercanggah dengan apa yang diketuainya?

Raja-raja Melayu patut mengambil iktibar dan contoh para sahabat r.a. yang diberi amanah sebagaimana dilakukan oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar r.a.

Kata- kata yang terkenal daripada Saidina Abu Bakar r.a. semasa beliau diangkat menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik di kalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik.

Maka jika aku melakukan kebaikan, bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu merupakan orang kuat disisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta memberi haknya semula.

Manakala orang yang kuat di kalangan kamu merupakan orang lemah disisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan rasul Nya dan jika aku mengingkari Allah dan rasul Nya maka jangan kamu mentaatiku".

Ucapan ini menyatakan kepada kita bagaimana raja dan pemimpin mestilah telus dan terikat dengan undang-undang sebagaimana yang dikenakan terhadap rakyat jelata kerana raja dan pemimpin bukannya kebal daripada sebarang undang-undang.

Jika kamu kebal di dunia sekali pun, kamu tidak akan terlepas di hadapan Allah walau sebesar zarah kerana undang-undang Allah adalah seadil-adilnya.

Ini pula pesanan Saidina Umar al-Khattab r.a. ketika mula-mula diangkat menjadi khalifah mengantikan Saidina Abu Bakar r.a. yang mana beliau diingatkan dengan sebilah pedang.

" Saya menerima ujian dan kamu semua memberi ujian kepada saya. Saya mengantikan kepimpinan untuk kamu semua selepas sahabat saya (Abu Bakar r.a.).

Sesiapa yang hadir maka kita akan memberi khabar gembira dengan jiwa raga kita dan sesiapa yang tidak hadir maka urusannya adalah tanggung jawab orang yang mempunyai kekuatan dan amanah.

Sesiapa yang berbuat baik, maka kami tambah kebaikannya dan sesiapa yang berbuat jahat, kami akan menghukumnya. Semoga Allah memberi ampun kepada saya dan kamu semua"

Ketaatan kepada raja tidak sesekali sama dengan ketaatan kepada Allah dan rasul Nya.

Jika raja sendiri sudah terpesong maka kita tidak wajib mentaatinya walau pun dimurkai kerana kemurkaan Allah tiada batasnya.

Kemewahan dan darjat hanyalah pinjaman semata-mata kerana Allah s.w.t. ingin menguji setakat mana keimanan hamba Nya dan kemana di belanjakan hartanya itu.

KERAJAAN RAKYAT.

Video Bodoh Gadis Melayu Yang Memalukan

Posted: 06 Dec 2014 07:30 AM PST


Video yang dimuat naik Ina mendapat cemuhan orang ramai yang menyifatkan dirinya tidak betul dan memalukan.

KUALA LUMPUR, 6 Disember:
Sebuah video memaparkan seorang gadis begitu kecewa dengan tindakan pasangannya yang memungkiri janji, menjadi viral di laman sosial Facebook, sejak semalam.

Dikenali dengan panggilan Ina, video yang dimuat naik di Friends of BN – Barisan Nasional itu mendapat 3,174 perkongsian dan 3,639 komen daripada pengguna-pengguna media sosial.

Berdasarkan pemerhatian The Rakyat Post, Ina memuat naik video selama 1 minit 36 saat itu di Facebooknya, iaitu Puteri Bidadari dengan tajuk 'Video Untuk Abg Romantic'.

"Ina tidak sangka abang berubah macam ini sekali, ape salah Ina? Abang janji kita akan kumpul duit hantaran kahwin sama-sama.

"Namun kini, abang sudah memungkiri janji dan katakan abang tidak mempunyai wang. Tetapi Ina tengok abang semakin gemuk, abang tipu Ina ye," katanya yang dipetik rakaman video itu.

Bagaimanapun, video itu mendapat cemuhan orang ramai yang menyifatkan dirinya tidak betul dan memalukan.

Rata-rata pengguna laman sosial berpendapat, video itu tidak sepatutnya dimuat naik, kerana ia membabitkan masalah peribadi yang boleh diselesaikan secara bersemuka.

Pautan video:

https://www.facebook.com/video.php?v=10152656374409998&set=vb.129843674997


Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad Kurang Senang ?

Posted: 06 Dec 2014 07:00 AM PST

 Untuk Makluman Mahathir, Bukan Saja AS Tapi Rakyat Malaysia Juga Mahukan Anwar Jadi PM Kenyataan Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bahawa Malaysia berpeluang membetulkan keadaan dan mempromosi keyakinan dalam demokrasi dan kehakiman melalui keputusan rayuan kes Liwat Kedua melibatkan Anwar Ibrahim yang sedang ditunggu-tunggu ketika ini, telah mengundang rasa kurang senang bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

Menurut bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu, Amerika Syarikat tidak mahu Malaysia mensabitkan Anwar dalam kes itu kerana mahukan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjadi Perdana Menteri.

"Itu terpulang kepada mereka tetapi kita tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri," tambah Mahathir lagi. Sebenarnya ada dua kebimbangan Mahathir dalam perkara ini.

Beliau nampaknya bukan saja bimbang Najib Razak akan menerima logik yang disampaikan oleh Joe Biden itu kerana Perdana Menteri dilihat turut menggilai sanjungan dan pengiktirafan Amerika Syarikat tetapi juga seolah-olah percaya kerajaan BN akan berakhir dalam pilihanraya umum akan datang.

Anwar pula, bagi Mahathir hanya terhalang menjadi Perdana Menteri jika dipenjarakan tetapi peluangnya tetap ada jika dibebaskan dalam rayuan kes Liwat Kedua ini.

Mahathir juga menyembunyikan kebimbangannya tentang kemungkinan Anwar menjadi Perdana Menteri dengan mengatatakan "kita tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri". Siapakah "kita" yang dimaksudkan Mahathir itu?

Adakah ianya bermaksud rakyat yang mempunyai hak mengundi atau penyokong UMNO saja? Atau adakah "kita" itu hanya mewakili Mahathir semata-mata?

Jika hanya penyokong UMNO atau Mahathir saja yang tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri, ia bukanlah sesuatu sukar untuk difahami kerana mustahil mereka mahu menyokong Anwar yang dianggap musuh selama ini.

Tetapi jika "kita" itu merujuk kepada rakyat biasa atau pengundi, anggapan Mahathir jelas tidak tepat. Walaupun dalam PRU 13 lalu, PR hanya menang 89 kerusi, tetapi sokongan undi popular yang diperolehinya ialah 52 peratus.

Kemenangan BN sebanyak 133 kerusi pula hanya meraih undi popular sebanyak 47 peratus. Apakah makna semua itu? Maknanya tidak lain ialah dalam pilihanraya itu rakyat mahukan perubahan kerajaan dan menolak kepimpinan Najib.

Kepimpinan Najib sudah tidak popular di mata rakyat. Melalui undi popular sebanyak 52 peratus yang diterjemahkan rakyat kepada PR bukan saja menunjukkan mereka mahu BN ditumbangkan tetapi juga memilih Anwar sebagai calon Perdana Menteri yang popular.

Hasrat, keinginan dan kehendak untuk Anwar menjadi Perdana Menteri itu hanya terhalang kerana sistem pilihanraya berasaskan undi majoriti di 222 kawasan Parlimen atau "first-past-the post" yang diamalkan oleh negara kita.

Tetapi hasrat, keinginan dan kehendak bertukar Perdana Menteri itu tidak boleh dinafikan oleh sesiapa juga.

Malah setelah lebih setahun selepas keputusan PRU 13, kerajaan pimpinan Najib Razak terus merudum sokongannya daripada rakyat dan ini juga bukti bahawa hasrat, keinginan dan kehendak itu sentiasa membara di jiwa rakyat.

Dengan itu, tidak disangsikan lagi bahawa jika "kita" itu merujuk kepada rakyat atau pengundi, ia jelas tidak tepat dan tersasar jauh.

Melalui undi sebanyak 52 peratus kepada PR adalah bukti rakyat atau pengundi mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri berbanding Najib yang hanya disokong oleh 47 peratus undi rakyat jelata.

"Kita" yang tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri itu hanyalah tepat mewakili Mahathir dan penyokong UMNO saja. Itupun jumlahnya ketika ini mungkin lebih kecil daripada 47 peratus.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Gempar : Pulau Pinang ada calon Ketua Menteri baru untuk ganti Guan Eng..!!

Posted: 06 Dec 2014 06:15 AM PST

 Pulau Pinang pada Jumaat lalu dikejutkan dengan kemunculan sekurang-kurangnya empat kain rentang dalam bahasa Inggeris yang tertulis Support Chow Kon Yeow For Next Chief Minister (Sokong Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri seterusnya).

Kon Yeow yang merupakan Exco Pulau Pinang telah mengesahkan kemunculan kain rentang itu tetapi menyatakan bahawa bahan tersebut telah diturunkan.

Ketika dihubungi China Press, Kon Yeow menyatakan bahawa dirinya tidak mengetahui bagaimana kain-kain rentang tersebut boleh muncul di Pulau Pinang.

Tinjauan Malaysia Gazette di laman Facebook Kon Yeow mendapati banyak orang telah meninggalkan komen mengenai misteri kain-kain rentang tersebut.


Sesetengah orang berpendapat ia merupakan tindakan sabatoj, ada yang mendakwa ia dilakukan oleh parti lawan sementara tidak kurang juga menyatakan sokongan supaya Kon Yeow menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Selain itu, ada pula yang menyatakan tidak kisah sama ada Lim Guan Eng atau Kon Yeow yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kon Yeow merupakan Pengerusi DAP Pulau Pinang dan hubungannya dengan Guan Eng sering menjadi buah mulut penduduk negeri tersebut. ~malaysia gazzette


KedahLanie

Ahli PERKASA Pulau Pinang Letak Jawatan Beramai-ramai..

Posted: 06 Dec 2014 05:30 AM PST


Lebih 30 pemegang jawatan Perkasa Pulau Pinang meletak jawatan sebagai membantah kepimpinan pengerusi negeri kumpulan yang memperjuangkan hak Melayu itu.

Pada masa sama, Perkasa bahagian Permatang Pauh juga mahu pengerusinya Fadzil Shuib melepaskan jawatannya, kata ketua penerangannya Norhalim Abdul.

Peletakan jawatan kepimpinan Perkasa peringkat negeri dan bahagian itu ekoran penyingkiran Latifah Mohd Noor dari jawatan ketua Perkasa Wiranita awal minggu ini.

"Kami ingin menyatakan pendirian kami yang kami hilang keyakinan terhadap pengerusi. Beliau memecat Latifah sebagai Ketua Wanita kami tanpa memberi penjelasan munasabah.

"Dia tidak pernah diberitahu tentang itu sebelum penyingkirannya. Dia hanya mengetahuinya pada 1 Disember apabila dia nampak namanya tiada dalam senarai pemegang jawatan peringkat negeri.

"Apabila Perkasa negeri mengadakan mesyuarat dengan bahagian-bahagian pada hari berikutnya, namanya sudah digantikan dengan nama orang lain," katanya kepada pemberita malam tadi di Guar Perahu, Permatang Pauh.

Norhalim berkata mereka akan menghantar surat mengenai perkara itu kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pada Isnin, bersama surat peletakan jawatan mereka.

"Tolong jangan salah faham. Kami masih ahli Perkasa.

"Kami hanya meletakkan jawatan kami kerana tidak puas hati kami dengan Fadzil... kami tidak setuju dengan tindakannya," katanya.

Beliau juga berkata, Fadzil perlu menjelaskan kepimpinannya yang lemah dan bukannya menuduh Latifah gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua sayap wanita.

Norhalim berkata, menurut Ibrahim, Perkasa Pulau Pinang merupakan peringkat negeri yang paling teruk prestasinya.

Norhalim berkata Latifah, ahli Perkasa sejak 2008, berusaha mengaktifkan bahagian itu dan di bawah kepimpinannya, mesyuarat agung baru-baru ini dihadiri lebih 300 ahli - kehadiran paling tinggi antara semua bahagian Perkasa di negeri itu.

Latifah berkata beliau tidak gilakan jawatan dan dengan senang hati akan berundur sekiranya diminta dengan cara yang terhormat.

"Beritahu sahaja saya secara peribadi. Saya tak tamak. Saya rasa kecil hati apabila dituduh tidak menjalankan tugas dengan baik.

"Pengerusi berkata saya memecat mereka yang memegang jawatan apabila saya mengambil alih bahagian ini, tetapi saya hanya melantik empat ahli jawatankuasa... sayap yang melantik orang-orangnya sendiri," katanya.

Ketika dihubungi, Fadzil mengesahkan beliau menurunkan Latifah kerana dia tidak menjalankan tugas dengan baik sebagai ketua wanita Perkasa.

Katanya, oleh kerana tidak mahu terus membebankan Latifah, beliau memutuskan memberi jawatan itu kepada orang lain manakala Latifah dilantik ketua bahagian Permatang Pauh.

"Sebagai ketua Wiranita, dia terpaksa berdepan sayap parti dari 13 kawasan Parlimen. Banyak kerjanya.

"Dia tidak tetap dalam mengadakan mesyuarat dan menganjurkan program, atau dalam berhubung dengan sayap wanita. Jadi, saya tidak mahu dia terlebih beban.

"Saya kena ingat juga yang Permatang Pauh mungkin akan hadapi pilihan raya kecil dalam masa terdekat, dan akan ada banyak kerja yang perlu dilakukan di bahagian ini," katanya merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya.

Anwar akan hilang kedudukannya di Parlimen sekiranya dia dipenjara lebih setahun.

Fadzil juga berkata, perlembagaan Perkasa memberikannya kuasa sebagai pengerusi untuk melantik atau menurunkan pemegang jawatan ~ The Malaysian Insider

'MAS gagal kerana orang M'sia bodoh'

Posted: 06 Dec 2014 04:45 AM PST


"Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan."

Kata-kata itu diucapkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas mengenai pelantikan seorang tokoh korporat Jerman sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).

"Kebodohan" itu juga merupakan faktor penyumbang kepada kerugian yang dihadapi MAS, kata Mahathir dalam satu sidang media hari ini.

"Sekarang, mereka yang bertanggungjawab atas kerugian itu cuba membetulkan keadaan," katanya.

Khazanah Nasional pada Ogos lalu mengumumkan rancangan melibatkan dana RM6 bilion untuk menyelamatkan MAS bagi membolehkan syarikat tersebut kembali merekodkan keuntungan dalam tempoh tiga tahun atau menjelanga 2017.

Ia melibatkan rancangan bagi penyenaraian semula MAS apabila ia kembali merekodkan keuntungan, dalam tempoh lima tahun selepas dinyahsenarai.

Prestasi kewangan syarikat MAS yang merosot sejak beberapa tahun lalu bertambah teruk selepas tragedi kehilangan pesawat MH370 dan juga kes MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Para pengkritik mendakwa pelaburan Khazanah dalam MAS sebagai satu usaha penyelamatan kerajaan.

CEO syarikat penerbangan Aer Lingus Plc, Christoph R Mueller bakal menyertai MAS NewCo sebagai ketua pegawai eksekutif selepas 28 Februari.




Posted by Jeebond BLM

Budak Sekolah Berzina Dalam Tandas

Posted: 06 Dec 2014 04:00 AM PST

 
Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di sini, yang melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka. 
 
'Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks.

"Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.

"Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan," katanya.

Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis. "Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan, menurut sumber HMetro. 
 
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. Harian Metro difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar.



Adun PKR disiasat Akta Hasutan...??

Posted: 06 Dec 2014 03:15 AM PST



Adun PKR disiasat Akta Hasutan nafi kaitkan peruntukan Permata dengan Rosmah Wakil rakyat Selangor Haniza Mohamed Talha, yang dipanggil polis memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana mempertikaikan peruntukan bagi Program Permata Negara (Permata), menafikan mengaitkan perkara itu dengan isteri perdana menteri.

Katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider, beliau hanya menyebut mengenai peruntukan besar yang diterima Permata iaitu sebanyak RM711 juta dan menyifatkannya tidak wajar ketika Putrajaya waktu itu baru mengumumkan potongan subsidi minyak.

"Dia (polis) ingat saya kata Rosmah (Datin Seri Rosmah Mansor) terima RM711 juta, sebenarnya saya tak sebut Rosmah terima. "Saya hanya sebut Permata terima peruntukan yang besar," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Taman Medan itu.

Haniza merupakan pemimpin pembangkang pertama disiasat mengikut Akta Hasutan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan akta penjajah itu dikekalkan walaupun pernah berjanji memansuhkannya dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional.

Haniza (gambar, kanan) menerima notis memintanya menghadiri siasatan berkaitan kes hasutan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 9 pagi, 8 Disember, Isnin ini.

Katanya, pihaknya difahamkan, siasatan itu berkaitan artikel "Subsidi dipotong demi Permata Rosmah RM711 juta" yang disiarkan dalam portal lidah rasmi PKR, Keadilandaily pada 12 Oktober lalu.

Bekas Timbalan Speaker Selangor itu dalam artikel terbabit mempersoalkan jumlah besar yang diperuntukkan kepada Permata, di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), dalam Bajet 2015.

Katanya, ia tidak wajar kerana kerajaan sehingga kini tidak dapat membuktikan keberkesanan program itu walaupun menerima peruntukan besar setiap tahun.

Tambahan pula, kata Timbalan Ketua Wanita PKR itu, peruntukan itu dibuat ketika Putrajaya baru mengumumkan potongan subsidi minyak 20 sen seliter yang memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat.

Haniza bagaimanapun berkata, beliau akan bekerjasama penuh dan hadir memberi keterangan di ibu pejabat polis tersebut seperti diarahkan.

"Saya tak buat apa-apa kesalahan pun, hanya minta kerajaan bersikap telus," katanya mempertahankan kenyataannya sebagai tidak melanggar sebarang undang-undang kesalahan jenayah.

Katanya, tindakan Putrajaya tersebut membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus menyalahgunakan kuasa melalui Akta Hasutan bertujuan menekan dan menyekat suara demokrasi rakyat apabila berasa terancam.

Badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin pada 13 Oktober membuat laporan polis di IPD Petaling Jaya mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap Haniza kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah itu.

Pengerusinya, Ramesh Rao dipetik Sinar Harian berkata, kenyataan itu berunsur fitnah dan boleh mendatangkan sentimen kebencian.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menafikan jumlah itu diberikan sepenuhnya kepada Permata, sebaliknya dikongsi bersama agensi lain termasuk Kementerian Pendidikan, Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan.

RAKYAT MARHAEN

Pelancaran Telefon Pintar BenQ | BenQ F5 Dan BenQ T3 4G LTE Di Malaysia by Que Achmad

Posted: 06 Dec 2014 02:30 AM PST


Pelancaran Telefon Pintar BenQ | BenQ F5 Dan BenQ T3 4G LTE Di Malaysia | Dengan RASMINYA, pada 27hb lepas, Abe dapat hadir ke Majlis Pelancaran Rasmi 2 varian telefon pintar daripada BenQ.
 
BenQ F5 LTE Smartphone
 
Model tersebut terdapat dalam 2 varian iaitu BenQ F5 dan model BenQ T3. Kedua-duanya didatangkan dengan fungsi 4G LTE dan dijual dengan harga yang berpatutan, sangat mampu milik.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Gambar yang Abe paparkan di atas ni adalah model BenQ F5 manakala model BenQ T3 pula adalah seperti gambar di bawah. 
BenQ T3 Smartphone
 
Untuk makluman, pada dua bulan lepas, BenQ telahpun melancarkan model-model telefon pintar ini di China dan Taiwan.
 
140923-benq-F5-T3-malaysia-launch
 
Dibina dengan fungsi 4G LTE, BenQ F5 akan dijual pada harga HANYA RM699.00 manakala BenQ T3 pula akan dijual pada harga HANYA RM499.00. Murahkan? Berbaloi-baloi untuk wang korang semua. Siap dengan fungsi 4G LTE tu...
 
Kedua-dua Telefon Pintar BenQ ini dikuasakan dengan 1.2GHz Qualcomm Snapdragon 400 quad-core processor, Perbezaan antara BenQ F5 dan benQ T3 ialah dimana BenQ F5 dibina dengan 2GB RAM dan 16GB bernilai storan dalaman manakala BenQ T3 pula didatangkan dengan 1GB RAM dan 4GB storan dalaman.
 
Di samping itu, BenQ F5 juga telah dilengkapi dengan 13-megapixel Sony Exmor sensor pada kamera F2.2 belakang dan 2-megapixel kamera depan manakala BenQ T3 mempunyai resolusi yang lebih rendah belakang dan kamera depan dengan masing-masing 8-megapixel dan 0.3-megapixel sensor. Walau bagaimanapun, kedua-dua model lakukan menjalankan 4x Mod Ultra Sensitif yang direka untuk menangkap gambar dalam persekitaran cahaya rendah.

Untuk maklumat lebih mengenai kedua-dua varian telefon pintar BenQ ini, korang bolehlah terus merujuk ke website: www.benq.com.my.
 
gambar: carian google 

Kes Cincin: Rafizi Sedia Ke Mahkamah, Ramai Peguam Mahu Soal Rosmah

Posted: 06 Dec 2014 01:45 AM PST



Rafizi: Ramai peguam mahu soal Rosmah

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengalu-alukan kemungkinan beliau diseret ke mahkamah oleh perdana menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung misteri sebentuk cincin bernilai jutaan ringgit.

MP Pandan itu berkata, memandangkan beliau disaman berhubung isu cincin itu, beliau bersedia untuk mempertahankan dirinya di mahkamah.

"Cincin itu menjadi satu tanda tanya selama bertahun-tahun. Saya pasti ramai peguam mahu menyoal balas Rosmah," katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, beliau juga tidak langsung pernah terfikir untuk membeli iklan dalam akhbar dan memohon maaf kepada Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, beliau sedang mempertimbang untuk membeli iklan bagi menyatakan keengganannya untuk memohon maaf.


"Kita tengoklah akhbar mana yang sanggup terbitkan iklan tersebut," katanya lagi. -mk 



Kelab Greenboc

Kerajaan Aceh Menitik Beratkan Soal Aurat Muslimah Diluar Rumah.....

Posted: 06 Dec 2014 01:00 AM PST

ASSALAMUALAIKUM.... X KIRA SAPA PUN KITA NAMA SAJA ISLAM KITA TETAP BERSAUDARA SETELAH ACEH DI LANDA MUSIBAH ..SEKARANG NI MEREKA TEKAT UNTUK MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH SECARA BERPERINGKAT2 SETIAP WANITA YG BERADA DI LUAR RUMAH ,,ISLAM MMG MENITIK BERATKAN SOAL AURAT.......ALHAMDULILLAH NAMPAK MACAM MEREKA BENAR BENAR TAKUT DGAN AZAB ALLAH UMNO MACAMANA NAK KAJI DULU KA..??? KENA TANYA MCA DULU KA..???

ASSALAMUALAIKUM....

TAK KIRA SAPA PUN KITA NAMA SAJA ISLAM KITA TETAP BERSAUDARA

SETELAH ACEH DI LANDA MUSIBAH ..SEKARANG NI MEREKA TEKAT UNTUK MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH SECARA BERPERINGKAT2


SETIAP WANITA YG BERADA DI LUAR RUMAH ,,ISLAM MMG MENITIK BERATKAN SOAL AURAT.......ALHAMDULILLAH 

NAMPAK MACAM MEREKA BENAR BENAR TAKUT DGAN AZAB ALLAH

UMNO MACAMANA NAK KAJI DULU KA..???
KENA TANYA MCA DULU KA..???

Bila Zahid mahu tunaikan janji?

Posted: 06 Dec 2014 12:15 AM PST


KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kenapa tiada sebarang siasatan dibuat terhadap Ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim, biarpun telah ada laporan polis dibuat.

Kit Siang berkata Zahid mengambil masa lama memberi arahan kepada pihak polis menyiasat kenyataan Dr Mashitah pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

"Berapa banyak 24 jam yang diperlukan Zahid sebelum polis dapat bertindak terhadap beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Mashitah?

"48 jam, 96 jam, 240 jam atau 480 jam.

"Saya mahu bertemu dengan Zahid menjelang tamat tempoh 480 jam pada 18 Disember untuk mengetahui kenapa Menteri Dalam Negeri gagal menepati janjinya bahawa pihak polis akan memulakan siasatan dalam jangka masa 24 jam sesuatu laporan dibuat terhadap seseorang individu berkaitan isu sensitif," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Katanya, dalam tempoh seminggu selepas ucapan Dr Mashitah, tiga laporan polis telah dibuat oleh Ahli Parlimen DAP Teo Nie Chong dan Kasthuri Patto serta setiausaha politiknya, Dyana Sofya Mohd Daud namun hingga kini tiadasebarang tindakan diambil.

Katanya, apa yang memeranjatkan ialah sikap membisu dan tidak bertindak para pemimpin UMNO menunjukkan bahawa mereka bersedia bersekongkol dengan kesalahan Mashitah itu.

"Amat mengejutkan bahawa seorang bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh menjadi begitu tidak bertanggungjawab menyebarkan ucapan kebencian sedemikian demi membangkitkan rasa tidak senang antara kaum dan agama, rasa tegang dan konflik.

"Mashitah tetap tidak bersedia menarik balik penipuannya dan meminta maaf secara terbuka di atas ucapannya yang begitu tidak bertanggungjawab," katanya lagi.

Lim berkata selain Mashitah, perwakilan Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said turut mengeluarkan ucapan berbaur kebencian dengan niat membangkitkan ketakutan.

"Zaidi juga adalah seorang lagi yang secara serius menjejaskan keamanan dan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini dengan ucapan kononnya kejayaan Pulau Pinang adalah disebabkan aktiviti haram dan jenayah secara terbuka yang dilakukan oleh orang Cina di negeri tersebut," katanya. 



Warta Kerajaan Rakyat

Salam Sahabat Perjuangan Saudara Daniel

Posted: 05 Dec 2014 11:30 PM PST

Saudaraku daniel yang baik

saudaraku daniel yang baik  masih kusimpan sms saudara yang dikirim dua bulan lalu ingin ketemu dan makan sama dan segalanya terbayang semua kala ketemu tentu kita akan bicara soal sastera dan masa depan dan tentu saja soal politik masa kini dan mendatang sabahan/anak cucu cicit tidak akan ketinggalan.  kita sama berjuang dalam bidang ini disamping sastera yang sama kita akrapi sejak sekian lama dan itu terus mekar dalam benak saya dan itu juga menyebabkan kita akrap penuh kasih sayang.  tetapi ketika saya buka muka buku hari ini setelah 3 hari saya mogok sebentar tak menatap muka buka, tiba2 di sana sini ada nota yang cukup menyedihkan saya dan serentak kota kinabalu hiba pilu rawan sedih yang amat sangat.  mentari di atas kepala saya menangis,sedang pohonan dan beburung seperti bisu tidak lagi menyapa seperti selalu sambil tunduk ikut sama merasakan kesedihan ini.  saudaraku daniel, masih terbayang kala kita ketemu sebelum ini saudara akan terus menjabat tangan saya sambil bertanya kabar dan mendoa saya sihat dan terus menulis dan menulis dan itu cukup saya ingatkan segala.  tetapi kala kita masih lagi dalam perjuangan demi sabahan yang hidup perit derita payah dukacita, tiba2 dikau pergi pula meninggalkan kami semua dan sebenarnya dikau tidak pergi dan dikau masih ada di sisi kami sebagai sumber semangat untuk terus berjuang mempertahankan hak-hak anak sabah agar jangan sampai merempat nantinya.  kekadang, tika saudara sudah tiada bersama kami, terfikirkan juga yang mungkin saya dan teman2 lain juga akan sama mengikut jejak saudara yang waktunya kita tidak tahu, mungkin saja esok, lusa atau malam ini dan hanya Allah sahaja yang tahu duhai saudaraku daniel yang baik.  inilah kesedihan yang cukup saya rasakan dan sesungguhnya pemergian saudara itu satu kehilangan yang cukup menyentuh hati pilu sedih buat sasterawan dan politikus yang sama perjuangkan keadilan dan menentang penindasan, kemungkaran kerajaan yang sebenarnya tidak mendahulukan rakyat, sebaliknya mendahulukan poket kantung mereka itu terus kembung merampas mengambil hak-hak rakyat sabahan.  waktu saya juga rasanya tidak lama mungkin akan sama pergi seperti saudara dan diharap keluarga yang saudara tinggalkan bersabar menerima hakikat ketentuan Allah ini.  salam sayang untuk semua  ISMAILY BUNGSU kota kinabalu 6/12/2014 11:26am masih kusimpan sms saudara yang dikirim dua bulan lalu ingin ketemu dan makan sama dan segalanya terbayang semua kala ketemu tentu kita akan bicara soal sastera dan masa depan dan tentu saja soal politik masa kini dan mendatang sabahan/anak cucu cicit tidak akan ketinggalan.

kita sama berjuang dalam bidang ini disamping sastera yang sama kita akrapi sejak sekian lama dan itu terus mekar dalam benak saya dan itu juga menyebabkan kita akrap penuh kasih sayang.

tetapi ketika saya buka muka buku hari ini setelah 3 hari saya mogok sebentar tak menatap muka buka, tiba2 di sana sini ada nota yang cukup menyedihkan saya dan serentak kota kinabalu hiba pilu rawan sedih yang amat sangat.

mentari di atas kepala saya menangis,sedang pohonan dan beburung seperti bisu tidak lagi menyapa seperti selalu sambil tunduk ikut sama merasakan kesedihan ini.

saudaraku daniel, masih terbayang kala kita ketemu sebelum ini saudara akan terus menjabat tangan saya sambil bertanya kabar dan mendoa saya sihat dan terus menulis dan menulis dan itu cukup saya ingatkan segala.

tetapi kala kita masih lagi dalam perjuangan demi sabahan yang hidup perit derita payah dukacita, tiba2 dikau pergi pula meninggalkan kami semua dan sebenarnya dikau tidak pergi dan dikau masih ada di sisi kami sebagai sumber semangat untuk terus berjuang mempertahankan hak-hak anak sabah agar jangan sampai merempat nantinya.

kekadang, tika saudara sudah tiada bersama kami, terfikirkan juga yang mungkin saya dan teman2 lain juga akan sama mengikut jejak saudara yang waktunya kita tidak tahu, mungkin saja esok, lusa atau malam ini dan hanya Allah sahaja yang tahu duhai saudaraku daniel yang baik.

inilah kesedihan yang cukup saya rasakan dan sesungguhnya pemergian saudara itu satu kehilangan yang cukup menyentuh hati pilu sedih buat sasterawan dan politikus yang sama perjuangkan keadilan dan menentang penindasan, kemungkaran kerajaan yang sebenarnya tidak mendahulukan rakyat, sebaliknya mendahulukan poket kantung mereka itu terus kembung merampas mengambil hak-hak rakyat sabahan.

waktu saya juga rasanya tidak lama mungkin akan sama pergi seperti saudara dan diharap keluarga yang saudara tinggalkan bersabar menerima hakikat ketentuan Allah ini.

salam sayang untuk semua

ISMAILY BUNGSU
kota kinabalu


6/12/2014