Jumaat, 5 Disember 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Keberanian dan keikhlasan Alwi perlu diteladani

Posted: 05 Dec 2014 10:45 PM PST

 

ULASAN LEWAT                                                                                            
Alwi membahas ucapan dasar.
Saya tidak sempat mengikuti perhimpunan agung Umno yang baru lalu sampai habis. 
 
Selepas mendengar ucapan dasar Najib Razak, saya berpergi ke luar negara. Jadi perbahasan ucapan dasar tidak dapat saya ikuti sepenuhnya.

Seperti yang saya ulaskan dalam cacatan saya, ucapan dasar Najib tidak ada apa-apa pembaharuan dan menetaskan idea baru pun yang dilihat bakal memberi impak positif kepada parti Melayu itu dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan dan maruah parti. 
 
Ia adalah memutarkan piring hitam lama, yang ada kalanya tersangkut-sangkut, disebabkan penuh dengan karat fanatisme.

Mulanya saya mengira ucapan Najib lebih lendik berbanding ucapan presiden Pas Abdul Hadi Awang pada muktamar parti agama itu di Batu Pahat, tetapi ternyata pada sessi penggulungan Najib lebih kurang juga Abdul Hadi menggunakan bahasa bombastik apabila mem"bangang"kan bloger Umno. 
 
Abdul Hadi pula telah menuduh dalam barisan pimpinan Pas ada "barua" dan "broker".

Dari satu juring tidak banyak beza dan farak kuliti antara Najib dengan Abdul Hadi Awang. Apakah kerana mereka sudah sama-sama merasai "laici kang" dalam satu mangkok sama maka mereka juga punya naluri lidah yang sama. Kasar?

Jadi perbahasan-perbahasan ucapan dasar sangat diharapkan lebih berkualiti daripada ucapan dasar Najib. Saya mengira pembahas tidak akan terikut beretorik seperti Najib atau pun melakukan pengkultusan melampau terhadap Najib. 
 
Maka dikira akan ada permbahas yang berani, bersikap outspoking memberi teguran dan kritikan untuk pengislahan Umno tanpa banyak apolegetik.

Ternyata ada pembahas yang katanya berterus terang dan mengkritik ke dalam Umno. Antara mereka ialah Md Alwi Che Amat yang mewakili Kelantan membahas ucapan dasar Najib secara berterus terang dan sarat dengan fakta. 
 
Katanya ucapan Alwi yang berani dan penuh bersemangat mendapat tepukan gemuruh para perwakilan. Hampir 80% apa diperkatakan Alwi disokong perwakilan.
Alwi berjaya mencarikan kebekuan minda sesetengah perwakilan yang sterotaip.

Dan hari ini saya baru kesempatan mendengar perbahasan berapi daripada Alwi itu. Ada rakaman penuh dalam you-tube yang dimuat turun dalam Facebook beliau. 
 
Setelah mendengar dan mengamatinya ternyata apa yang diperkatakan memang benar, ucapan Alwi bukan sahaja berani tetapi bagi saya beliau iklhlas dalam memberi pandangan kepada ahli dan pucuk pimpinan tertinggi partinya. Suatu ucapan dari hati ke hati dan dari jiwa ke jiwa.

Mungkin jiwa Alwi sendiri bersumbat dengan apa dihadapi Umno masa kini. Justeru ucapannya tanpa apologetik melahirkan apa yang terdampar dalam dhamirnya. Seperti mana diungkapkan, perhimpunan kali ke 68 itu mungkin yang terakhir buatnya. 
 
Katanya ini adalah term terakahir buatnya. Kenapa. Apakah beliau sudah memasang niat untuk bersara kerana tidak berpuas hati dengan sesuatu. 
 
Atau pun beliau memperli ketuanya Annuar Musa yang dilihat tidak pernah puas dengan jawatan dan kuasa,

Kita fahami Alwi tahu dengan apa yang beliau luahkan walaupun ada yang terasa tetapi tidak dipedulikan kerana apa yang disebut adalah satu fakta yang perlu dikunyah oleh semua ahli Umno khasnya pemimpinnya. Ia bukan satu tembakan rambang tetapi apa diucap hakikat yang berlaku. 
 
Sebagai ahli parti yang setia dan sayangkan Umno, Alwi tidak "gobar" resah dan kisah kepada apa-apa. Baginya benar tetap benar walaupun ianya pahit untuk didengari.

Misalnya beliau meminta Umno berani dan tidak menjadi parti yang menakut dan pengecut untuk bertindak. Memang benar Umno menjadi tunggak kerajaan diberikan kuasa oleh rakyat untuk melakukan sesuatu terbaik kepada negara dan bangsa Melayu. 
 
Tetapi ada kalanya Umno menjadi apologetik dengan apa yang hendak dilakukan termasuk mencabar wibawa Umno. Umno seakan malu-malu dan ragu-ragu untuk menggunaankan kuasanya.

Sikap tolak ansur dan diplomasi yang tinggi menjadi Umno disekeh dan diinjak kepalanya oleh rakan-rakannya sendiri. Hak-hak dan kepentingan Melayu dipersoalkan tanpa akhlak dengan penuh kebiadapan, misalnya mengenai agama, bangsa dan keistimewan-keistimewaan lain yang dijamin dalam Perlembagaan.

Kerana terlalu berhati-hati dan mengambil hati kepada pihak yang mempersoal menyebabkan Umno menjadi kaku untuk bertindak. Padahal dalam masa sama orang lain telah berbuat dan menuntut yang bukan-bukan lebih daripada sepatutnya. 
 
Memahami apa yang diluahkan Alwi, dalam konteks ini Umno tidak boleh persalahkan kepada Pakatan Rakyat yang mesra atau membantu orang lain, (demi kuasa) tetapi Umno harus salahkan kepada dirinya sendiri kerana tidak tahu atau memanfaatkan kuasa yang ada kepadanya.

Sebab itulah Alwi sedikit kesal, berang dan sebak dengan partinya. Katanya kita ada kuasa, kuasa yang ada sudah cukup tetapi masalahnya kita tidak mahu bertindak dan menggunakan mandat yang diberikan ahli dan orang Melayu kepada Umno. Kenapa? "Bertindaklah..." katanya dengan nada sebak dan menghalus.

Beliau menyebut mengenai kedudukan tanah rezab Melayu yang makin mengecil dan menjadi kebimbangan kepada orang Melayu hari ini. Beliau tanya siapa yang berkuasa mengambil tanah rezab Melayu dan siapa yang berkuasa untuk menggantikannya? 
 
Jawabnya "kita" - kerajaan yang didokong oleh Umno. Makanya kata Alwi pertikai apa perlunya sampai diadakan jawatankuasa Amanah Tanah Rezab Melayu untuk menjaga hak Melayu, tidak perlu sebab kerajaan (Melayu) sudah ada kuasa.

Seperkara lagi yang menarik dalam perbahasan Alwi yang disulam dengan ayat-ayat Quran dan Hadith, dan disini menunjukkan beliau seorang yang mempunyai concern yang tinggi kepada anak bangsanya, apabila menarik perhatian kerajaan agar membantu pelajar persendirian dalam bidang kedoktoran di Mesir. 
 
Katanya terdapat lebih 3,000 pelajar di sana dan seramai 1,900 yang pergi sendiri tanpa mendapat apa-apa bantuan daripada kerajaan.

Beliau mencadangkan kepada kerajaan agar bantulah pelajar-pelajar itu bagi menunjukkan kerajaan ingat dan pedulikan mereka. 
 
Saranan Alwi itu lebih kepada berharap Umno menanam budi kepada pelajar berkenaan. "Mereka bukan orang lain anak kita juga," katanya.

Beliau memberi peringatan Umno akan kerugian sesuatu kalau tidak membantu mereka.  "Suka tidak suka mereka balik nanti akan menjadi doktor dan berkhdimat dalam negara ini. 
 
Mereka boleh dipanggil dan jika kita membantu mereka, mereka akan ingat kepada kita," begitu kira-kira maksud Alwi. 
 
Tetapi katanya kalau mereka tidak dibantu, mereka mungkin tidak ingtat kepada kita. Ertinya kalau Umno membantu mereka, sudah pasti mereka akan mengenang budi kerajaan dan Umno dan dengan cara itu mereka tidak akan lari jauh dengan Umno.

Itu dari segi politiknya, tetapi atas rasa kemanusiaan dan keprihatinan Alwi mahukan agar anak-anak Melayu yang berminat dalam pendidikan profesional tetapi gagal mendapat peluang pendidikan dalam negara, hendaklah dibantu apabila mereka mendapat tepat di luar negara. 
 
Negara ini kata dan bantulah mereka tanpa menguar-uarkan. Itu yang kita mahu.

Apa yang diluahkan Alwi itu, itulah yang beliau pernah ucapkan kepada saya. Dia berjanji akan membawa masalah rakyat pengetahuan Umno. 
 
Dan katanya Umno sebagai tunggak kerajaan perlu membantu anak-anak Melayu yang tidak mampu. 
 
Di sini terserlah sekali akan kesungguhan Adun Kok Lanas itu berjuang untuk membela anak bangsanya. 
 
Beliau bukan sahaja suka beretorik tetapi memperjuangkan sehingga sanggup bersemuka dan berdepan dengan pimpimpin. Meneliti tajam dan tumpu bahasa Alwi membahas ucapan itu menunjukkan dia seorang yang bercakap dari rasa hatinya sendiri.

Syabas kepada Alwi atas keberanian dan keprihatinan tinggi anda. Negara dan orang Melayu memerlukan orang-orang seperti anda yang berani, tidak munafik dan menunjukkan iltizam tinggi kepada bangsa dan agama. [wm.kl.11:37 am 06/12/14]




Angkara Nakhoda , anak kapal berantakan Nakhoda Kapal memikul tanggung jawab penting dalam sesebuah kapal. Tugas seorang Nakhoda Kapal adalah bertanggung jawab ketika membawa sebuah kapal dalam pelayaran, baik itu dari pelabuhan satu menuju ke pelabuhan lainnya dengan selamat. Tanggung jawab itu meliputi keselamatan seluruh penumpang atau barang yang ada dalam kapal. Nakhoda Kapal ialah seseorang yang sudah menanda tangani Perjanjian Kerja Laut (PKL) dengan Pengusaha Kapal dimana dinyatakan sebagai nakhoda, serta memenuhi syarat sebagai nakhoda dalam arti untuk memimpin kapal sesuai peraturan perundang-undangan yang berlaku. Secara ekplisit menyatakan bahwa tanggung jawab atas kapal hanya berada pada tangan nahkoda, tidak ada yang lain. Jadi apapun yang terjadi diatas kapal menjadi tanggung jawab nakhoda, kecuali perbuatan kriminal. Misalkan sekumpulan anak kapal yang sedang bertugas dianjungan sewaktu kapal mengalami kekandasan. Meskipun pada saat itu nahkoda tidak berada di anjungan kapal, akibat kekandasan itu tetap menjadi tanggung jawab nahkoda kapal. Contoh yang lain kumpulan Masinis sedang bertugas di Kamar Mesin ketika tiba-tiba terjadi kebakaran dari kamar mesin. Maka akibat yang terjadi karena kebakaran kapal itu tetap menjadi tanggung jawab nakhoda. Kalau melihat hal tersebut di atas maka secara ringkassingkat tanggung jawab dari seorang Nakhoda Kapal adalah sebagai berikut : 1. Memperlengkapi kapalnya dengan sempurna 2. Mengawaki kapalnya secara layak sesuai prosedur/aturan 3. Membuat kapalnya layak laut (seaworthy) 4. Bertanggung jawab atas keselamatan pelayaran 5. Bertanggung jawab atas keselamatan para pelayar yang ada diatas kapalnya 6.Mematuhi perintah Pengusaha kapal selama tidak menyimpang dari peraturan perundang-undangan yang berlaku. Tugas Nahkoda Kapal adalah diatur oleh peraturan dan perundang-undangan tertentu.Bukan main hentam keromo buat u-turn ketika masa laut bergelora! a) Maka kalaulah bahtera itu merupakan PAS, maka Nakhodanya adalah Hj Hadi. b) Perjanjian Kerja Laut (PKL) dengan Pengusaha Kapal , bolehlah kita anggap sebagai Tahaluf Siyasi dengan rakan-rakan parti gabungan Pakatan Rakyat. c) Kumpulan Masinis sedang bertugas di Kamar Mesin ketika tiba-tiba terjadi kebakaran dari kamar mesin – Inilah yg sedang berlaku dalam bahtera PAS sekarang – Kekalutan MSU cuba melangkau tugas-tugas JKPP yg menyebabkan batera tekandas ditengah lautan. d) Para petugas di anjungan berantakan sesama sendiri sebab arahan Nakoda Kapal yang flip-flop! Kesemua kekalutan yang berlaku diatas adalah jelas tanggung jawab Nakhoda kerana lemah dan gagal dalam melaksanakan perjanjian Tahaluf Siasi bersama rakan. Cakap konon mahu bersama dgn PR, tapi mesyuarat tidak mahu bersama. Dah tu pula buat keputusan sendiri yg bertentangan dgn keputusan rakan-rakan.... Kalau nakhoda punya angkara, maka adalah lebih baik diganti nakhoda baru yang lebih cerdik, barulah bahtera boleh belayar dengan aman dan selamat sampai ke destinasinya.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Pregnant woman’s death a ‘wake-up call’ to Malaysia’s auto safety problems - The Malaysian Insider

Posted: 05 Dec 2014 10:00 PM PST


"Mummy – car!"

Welhelmo Rodriguez Caido Jr, 41, blurted out the warning as he was riding in the passenger seat of a Honda City driven by his wife, whom he endearingly called Mummy. 

A moment later, as they entered an intersection in the town of Sibu on July 27, a collision with an oncoming car set off the air bag with such force it knocked Caido out.

On the driver's side, the inflator inside the air bag, made by Takata Corp (7312), malfunctioned and ruptured, firing a 2.5cm-wide shard of metal into the neck of his wife, Law Suk Leh.

Law, 43, and eight-and-a-half months pregnant, died on the way to the hospital, becoming the first reported casualty outside the United States in the deepening air-bag crisis gripping the auto industry. 

In the US, Takata air bags, used by carmakers, including Toyota Motor Corp (7203), Honda Motor Co and General Motors Co, have been tied to four deaths and at least 139 injuries, according to government reports, suits and automaker disclosures.

"Takata deeply regrets the injuries and fatalities that have occurred in accidents involving ruptured air-bag inflators," chairman Shigehisa Takada said in a statement. Hideyuki Matsumoto, a spokesman for Takata, declined to comment specifically on the Malaysian accident.

Safety regulations

The Malaysian crash graphically illustrates how the globalisation of the car industry also means the globalisation of auto safety problems. 

And unlike the US, with its network of federal and state safety agencies, recall notices and lawyers willing to pursue cases against manufacturers, drivers are at risk in Asian countries where auto safety regulations lag and authorities wash their hands of any duty to alert drivers of potentially lethal defects.

"The incident is probably a wake-up call for Malaysia and other Asian countries," said Jochen Siebert, managing director at JSC Automotive Consulting, which advises carmakers.

"People in Malaysia and other Asian countries will now ask Honda about whether their cars are affected. This will force governments to speed to the process of formalisation of regulation of safety in cars."

Caido's second-hand 2003 Honda wasn't among the more than 13 million vehicles recalled worldwide because of defective Takata air bags. 

Honda called back another 170,000 vehicles last month after investigating the Malaysia death, Kosuke Kachi, a Tokyo-based spokesman, said by phone.

Owners of affected cars were notified by mail and phone calls, and the company posted the information on its websites.

Recall warnings

In the US, the National Highway Traffic Safety Administration has issued several warnings on the matter and pushed carmakers to hasten their recalls. 

Takata rejected its demand to expand the safety campaign nationwide, NHTSA said in a statement. The agency said it would review the air-bag maker's response and determine the next steps.

Even so, NHTSA is still being accused by members of Congress for not doing enough. Lawmakers are questioning Tokyo-based Takata through hearings reminiscent of the scrutiny faced by GM this year over faulty ignition switches and Toyota for unintended acceleration in 2009-2010. The media report on the issue as front-page news.

The Malaysian police are leaving it up to Honda and Takata to inform the public of their faulty air bags and aren't planning any public service campaigns to spread the message wider, said Mohd Fuad Abdul Latiff, Malaysia's federal traffic police chief.

'Responsibility ends'

"Our responsibility ends there," Mohd Fuad said. Prosecutors will now pick up the case. The transport ministry did not reply to an e-mail seeking comment.

Honda didn't disclose the Malaysia accident until November 13, though it learned in August of the incident that resulted in the deaths of Law and her unborn child. 

Honda, Japan's third-largest carmaker, would disclose about two weeks later that it had underreported injuries and deaths from vehicle defects 1,729 times in the US over 11 years, eight of those cases involving ruptures of Takata air-bag inflator.

"We apologise to the people who died in Honda cars equipped with Takata-made air bags as well as their families, and we want to send our sincere condolence," said Atsushi Ohara, a spokesman for Honda. "We will exert every effort to replace the parts for vehicles subjected to recalls."

Road deaths

Most Asian auto-safety supervision lags behind the US. The United Nations estimates that more than 700,000 lives are lost each year through road traffic accidents, costing 1% to 3% of gross national product in economic losses. 

One key challenge is the availability of reliable and regular accident and fatality data, which is collected by different ministries and agencies. 

The lack of mechanisms to share information results in uncoordinated responses, the United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific said on its website.

In India, where road accidents claim one life every five minutes, the government is trying to pass a law to set up a NHTSA-like agency to oversee recalls and set crash-test standards. 

Thailand's transport ministry and police have said they're not aware of any incidents involving suspect airbags.

The lack of widespread knowledge of the Takata air-bag defect may be particularly dangerous in Asia. Takata has said that the air bags are most prone to malfunction in humid environments, which characterises most of Asia's developing countries.

Legal recourse

Asians also don't have the same avenues to seek legal recourse against manufacturers. At least nine cases have been filed this year in US courts claiming deaths or personal injuries caused by exploding Takata air bags. 

Takata also faces at least 50 proposed class actions in the US brought by customers seeking payment for alleged losses in vehicle value connected to the recalls, with Honda named in all but two of these cases.

Most Asian countries, by contrast, have restrictions on class actions or group litigation.

The following story is based on interviews with Caido, Malaysian authorities, hospital staff and the driver of the other vehicle. 

Law's sister declined to be interviewed for the story while her uncle, who authorities said helped link her death to the air bag based on his research, couldn't be reached for comment.

'Wonderful Sunday'

July 27 began as a "wonderful Sunday" for Caido and his wife and their seven-year-old son, Welhelm. Caido didn't get to spend much time with his family after he joined Adinin Works & Engineering over a year ago as an electrician in an offshore rig, where he'd have to spend eight-week stretches in between two-week breaks. Even the heat – it was Sibu's hottest day of the year, with temperatures reaching 37 degrees Celsius – didn't distract from the day.

The family had come there two days earlier from their home in Brunei to visit relatives before making their way to Kuching, the capital of Sarawak, where Law was due to deliver her second baby on August 16.

Caido had been with Law for 10 years and got married in 2009. The family was excited about their soon-to-come second child, who would be named Elsa after the snow queen featured in Walt Disney Co's animated hit "Frozen". Their son chose the name. While Caido would usually call his wife "Mummy", she'd call him "Papa".

In the morning, Caido bought food and some hair dye for his wife, a music teacher at the Symphony Music School in Brunei, who was greying at 43.

"I told her 'Mummy, at our age, we have to use colour to look pretty'," Caido said. "She was very pretty and very happy. It was a very wonderful Sunday."

Drive home

That evening, the couple went to church and left their son behind with his grandparents because he was hyperactive. They took their car, a Honda City Law bought around 2005, with seats wrapped in plastic and still in good condition. During the drive home, with Mummy at the wheel, they talked about the coming baby and how they would care for her.

Then at around 7.40pm came the intersection.

The car opposite Caido's was a Toyota Corolla Altis, whose driver asked not to be identified because the investigation is ongoing. The Toyota driver was headed for the night market with his brother, their girlfriends and a couple of cousins. As the driver began a right turn, his uncle, who was in a separate car behind him, honked at him to indicate he was going the wrong way. The driver said he tried to slow down when the collision occurred, though the impact wasn't very hard.

A 'bump'

Caido recalls the accident as more like a "bump" than a full-on collision. As he awoke from a few seconds of unconsciousness, he turned to his side and said, "Mummy, are you OK?" She didn't respond. He quickly got out and rushed to open her door.

"I saw a lot of blood coming out from her neck," Caido said late last month in his first media interview. "I started panicking."

Caido tried to cover the wounds with his hands. He then shouted for assistance to remove her from the car and bring her to the hospital. Someone said they had called an ambulance.

"I said I could not wait for the ambulance and please, please if anyone could help us,'" Caido said.
Bystanders, including passengers in the Toyota, helped Caido move his wife onto the back of a Toyota Hilux pick-up truck. One witness at the scene said Law was still alive gasping for breath, though bleeding profusely.

Sibu hospital

As they rushed toward the hospital, Caido was holding his bleeding wife, uttering "don't leave me, don't leave me, don't leave me."

About 10 minutes later, they spotted an ambulance, and waved it down. As the paramedics transferred his blood-soaked wife and tried to save her, Caido sat down in the ambulance and began to pray.

At the Sibu Hospital, a doctor, after learning the length of the pregnancy, told Caido they would remove the 37-week-old foetus from the womb. While Caido didn't yet know if his wife was alive, she had been pronounced dead on arrival.

An emergency cesarean section was performed on Law, and Elsa was rushed to the neonatal intensive care unit. Her heartbeat was weak as her mother's death deprived her of oxygen.

A hospital staff member soon delivered the news that his wife was gone and that their baby was in critical condition.

"I was shaking," Caido said, his voice breaking in anguish. "I could not believe it."

The night of the accident, he returned from the hospital and went to bed with his son. In the coming days, he explained to Welhelm that his mother was in heaven, unable to tell him directly that she had died.

On July 29, two days after the accident, Caido was told Elsa wouldn't make it because her heart was too weak. The hospital told Caido they'd detach the ventilator sustaining Elsa so he could hold his baby for the last time.

"I told her to take care of her Mummy wherever they go," Caido said in tears. "She slowly died in my arms." – 

The Edge Financial Daily, December 5, 2014.

PBT enggan turap jalan, ‘Brotherhood’ tampal sendiri

Posted: 05 Dec 2014 09:15 PM PST

BERITA MEMALUKAN : NGO TURAP JALAN BILA PBT BUAT BANGANG !!!!

 

Lando dan rakan menjalankan operasi menurap jalan. Silaturrahim Brotherhood menggunakan inisiatif sendiri dan tidak mendapatkan dana atau kutipan untuk menurap jalan berlubang.

KUALA LUMPUR, 5 Disember:

Gabungan pelbagai kelab permotoran di negara ini atau lebih dikenali sebagai Ikatan Silaturrahim Brotherhood (Brotherhood) mengambil inisiatif menurap sendiri jalan berlubang di sekitar ibu kota kerana keengganan pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan tugas tersebut.

Jurucakapnya, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando berkata, ahli kelab ini bergabung demi menjayakan 'Op Jangan Gebang, Tutup Lubang' yang disertai enam individu secara sukarela.

"Kerja yang kami lakukan ini merupakan kerja haram tanpa permit yang sah. Tujuan kami menurap jalan bukanlah bermaksud kami hendak mengambil alih tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) sebaliknya kerana rungutan yang dibuat pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal ini tiada tindakan segera dibuat pihak berkuasa," katanya ketika ditemui di Taman Sri Rampai.

Menurutnya, operasi itu dibuat selepas mereka memberikan tempoh empat hari kepada PBT yang terlibat untuk melaksanakan kerja-kerja penurapan jalan berlubang.

"Oleh kerana mereka tidak mahu bertindak, maka kami sendiri menampal lubang tersebut demi keselamatan jalanraya yang merupakan tanggungjawab kita bersama.

"Dalam isu jalan rosak, pihak yang bertanggungjawab mestilah bertanggungjawab. Bukan tunggu aduan atau laporan orang mati baru hendak menjalankan tugas masing-masing," katanya.

Jelasnya, bagi melaksanakan kerja-kerja menurap jalan itu, Brotherhood tidak menerima atau menjalankan sebarang kutipan derma, tabung atau dana bagi apa-apa tujuan operasi kerana mereka mendapat modal hanyalah berdasarkan lelongan barangan dan aksesori motosikal yang dijual secara online.

"Semua kos turapan yang pernah kami lakukan sebelum ini adalah melalui rezeki Allah pada hambanya dan tenaga dari ahli-ahli Brotherhood. Ini cara kami.

"Malah saya juga gunakan wang saku sendiri bagi membaiki jalan raya yang rosak kerana sudah bosan menunggu dan mengharapkan pihak majlis perbandaran menurap jalan tersebut.

"Ada yang hendak memberikan sumbangan tetapi kami enggan menerimanya kerana kerja ini dilakukan secara ikhlas," katanya.

Tambahnya, kerja penurapan itu hanya menggunakan modal sebanyak RM2,000.

"Jika kerja ini dibuat PBT, kosnya mungkin lebih kira-kira RM18,000 kerana masalah birokrasi yang dihadapi mereka," katanya.



Kedahkini.

Langit Tidak Selalu Cerah......

Posted: 05 Dec 2014 08:30 PM PST

Saturday, 6 December 2014.  Nenek Perolehi RM1,000 Sehari Jual Daun Ketum  Jitra: Kegiatan licik seorang nenek berusia 65 tahun yang menjadi tauke daun ketum sejak setahun lalu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis di rumahnya di Kampung Pida 6, Kodiang, di sini, kelmarin.  Dalam serbuan kira-kira 11 pagi, warga emas berkenaan ditahan bersama anak saudaranya berusia 29 tahun ketika sedang memetik daun ketum berkenaan yang ditanam di belakang rumahnya seluas 0.3 hektar untuk dijual kepada penduduk di sekitar kawasan berhampiran.  Warga emas itu dipercayai menjalankan perniagaan keluarga itu sejak setahun lalu dan mampu meraih keuntungan sehingga mencecah RM1,000 sehari bergantung pada permintaan daripada pelanggan.  Difahamkan, anak saudaranya itu dipercayai diupah untuk memetik daun ketum itu bergantung pada permintaan setiap hari dan biasanya ia membabitkan kuantiti yang banyak.  Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, berdasarkan maklumat awam, sepasukan lima anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu serta tujuh anggota daripada Balai Polis Kodiang melakukan pemeriksaan di rumah terbabit.    Posted by Jeebond BLM

 Nenek Perolehi RM1,000 Sehari Jual Daun Ketum.

Jitra: Kegiatan licik seorang nenek berusia 65 tahun yang menjadi tauke daun ketum sejak setahun lalu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis di rumahnya di Kampung Pida 6, Kodiang, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira 11 pagi, warga emas berkenaan ditahan bersama anak saudaranya berusia 29 tahun ketika sedang memetik daun ketum berkenaan yang ditanam di belakang rumahnya seluas 0.3 hektar untuk dijual kepada penduduk di sekitar kawasan berhampiran.

Warga emas itu dipercayai menjalankan perniagaan keluarga itu sejak setahun lalu dan mampu meraih keuntungan sehingga mencecah RM1,000 sehari bergantung pada permintaan daripada pelanggan.

Difahamkan, anak saudaranya itu dipercayai diupah untuk memetik daun ketum itu bergantung pada permintaan setiap hari dan biasanya ia membabitkan kuantiti yang banyak.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, berdasarkan maklumat awam, sepasukan lima anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu serta tujuh anggota daripada Balai Polis Kodiang melakukan pemeriksaan di rumah terbabit.

Posted by Jeebond BLM

Warga Jerman .. CEO terbaru MAS ??

Posted: 05 Dec 2014 07:45 PM PST


KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd mengumumkan pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo) seiring rancangan pemulihan 12-perkara untuk membolehkan Penerbangan Malaysia (MAS) kembali untung dalam tempoh tiga tahun selepas dikeluarkan daripada senaraian awam Bursa Malaysia hujung tahun ini.

Selain pelantikan Mueller yang akan berkuatkuasa 1 Januari depan, Khazanah turut mengumumkan pelantikan barisan lembaga pengarah untuk memacu Rancangan Pemulihan MAS yang kini sedang meraih momentum sebelum NewCo beroperasi pada 1 Julai 2015.

Mueller yang kini adalah CEO Aer Lingus Plc (Aer Lingus), syarikat penerbangan nasional Ireland, akan dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif MAS dan CEO MAS NewCo berkuatkuasa 1 Januari 2015.

Mengikut Khazanah, kontrak Mueller sebagai CEO Aer Lingus akan berakhir 1 Mei 2015 dan rundingan sedang berlangsung supaya Mueller dapat menyertai MAS NewCo sebelum 1 Mei 2015 tetapi tidak lebih awal daripada 1 Mac depan.

Dalam pada itu, Khazanah turut mengumumkan CEO Celcom (Malaysia) Bhd, Datuk Seri Shazalli Ramly akan dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif MAS mulai 1 Januari 2015, Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid sebagai Pengerusi Pusat Latihan Semula Korporat (CRC) manakala Shahryn Azmi sebagai CEO CRC dan Datuk ' Boonler Somchit sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Penasihat CRC.

Khazanah dalam kenyataan di sini hari ini berkata, ia sudah melaksanakan carian dan penilaian menyeluruh calon tempatan dan antarabangsa daripada kalangan peserta industri penerbangan dan di luar bidang itu.

Pengumuman hari ini diterima dan dipersetujui dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Najib berkata, pengumuman hari ini adalah sebahagian usaha kerajaan dan Khazanah untuk memperkukuhkan asas untuk kejayaan masa depan syarikat penerbangan nasional itu.

"Adalah penting kita mempunyai bakat terbaik untuk membantu memacu kejayaan penyusunan semula itu, mengembalikan keuntungan dan melatih rakyat Malaysia untuk mengambil alih teraju kepimpinan syarikat penerbangan ini pada masa depan.

"Kerajaan komited untuk memastikan kelancaran penyusunan semula MAS hingga akhirnya ia meraih kejayaan," katanya.

Mueller, seorang warganegara Jerman sudah berkhidmat dengan Aer Lingus sejak 2009. Beliau akan menyumbangkan lebih 25 tahun pengalaman dalam industri penerbangan, logistik dan pelancongan kepada MAS. Secara keseluruhan, beliau mempunyai pengalaman selama 10 tahun sebagai CEO syarikat penerbangan.

Beliau mempunyai rekod hebat dalam pemulihan dan transformasi industri penerbangan seperti yang dibuktikannya menerusi keupayaan dan perancangan strategiknya hingga dapat memulihkan kerugian Aer Lingus dan kembali untung dalam tempoh setahun, di tengah-tengah penyusutan industri penerbangan Ireland dan kesuraman pasaran Eropah.

Di bawah kepimpinan beliau, Aer Lingus meneroka pasaran dan model perniagaan baharu hingga dapat menempatkan diri dalam pasaran dengan model perniagaan-kepada-pengguna berbanding perniagaan-kepada-perniagaan sebelum itu, yang mana 90 peratus sistem pengedaran adalah secara online.

Kerjaya Mueller dalam bidang penerbangan bermula dengan Lufthansa sebelum berpindah dan menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi Sabena SA dan kemudian menjadi CEO. Beliau kemudian menjawat sebagai Pengerusi Delta Air Transport (DAT) yang kemudian dijual kepada pelabur persendirian dan kini dikenali Brussels Airlines.

Sementara itu, Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata berikutan keadaan kritikal dalam proses penyusunan semula MAS, ia perlukan kepakaran terbaik terutama mereka yang berkeupayaan memulihkan syarikat penerbangan nasional.

"Setelah carian menyeluruh dibuat, Mueller adalah calon terbaik dan beliau mempunyai dua tugas penting iaitu menggerakkan pemulihan syarikat penerbangan kita dan membina pengganti daripada kalangan anak tempatan," katanya. 


PEN BURUK ONLINE.

Shafie Apdal – “Kalah lagi gaji ahli parlimen” - Mohamad Fadli

Posted: 05 Dec 2014 07:00 PM PST


shafie afdalSetiap inovasi dilakukan oleh masyarakat kita akan mendatangkan hasil. Sebagai contoh ada pelajar dari bidang pateri elektrik yang mampu memperolehi gaji RM12,000 sebulan.

KUALA LUMPUR: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata belia terutama dari luar bandar digalakkan untuk mencipta inovasi sendiri yang mampu memberi pulangan pendapatan lumayan.

Beliau memuji langkah GiatMara yang melahirkan dan menggalakkan pelajarnya terutamanya di kalangan belia mencipta inovasi sendiri bagi memajukan diri.

Katanya, mereka berupaya mencipta pelbagai teknologi dan ini merupakan satu galakan serta dorongan yang menjadi sumber kepada negara.

"Setiap inovasi dilakukan oleh masyarakat kita akan mendatangkan hasil. Sebagai contoh ada pelajar dari bidang pateri elektrik yang mampu memperolehi gaji RM12,000 sebulan dengan kemahiran yang diperolehi dari GiatMara.

"Kalah lagi gaji ahli parlimen," kata Shafie pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan GiatMara.

Tambah beliau, belia terutama daripada luar bandar perlu menjadi contoh untuk menghasilkan pendapatan lumayan.

Beliau berkata, kemahiran yang diperolehi bukan sahaja dapat menghasilkan pendapatan melalui produk dan perkhidmatan yang dicipta malah dapat beri peluang pekerjaan.

Shafie juga menasihatkan supaya ciptaan inovasi baru itu perlulah dikomersialkan dan digunakan ciptaannya itu.

"Jika belia cipta tapi tak digunakan dan memanfaatkan, apa guna teknologi yang dihasilkan itu. Masyarakat berinovasi ini akan memberi sumbangan hasil kepada negara," ujarnya.

Tags: ShafieApdal, GiatMara, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah


FREE MALAYSIA TODAY

Parti Politik Paling Korup !!

Posted: 05 Dec 2014 06:30 PM PST


Cara Kera jaan UBN menghabiskan duit rakyat dan memperolehi duit dari rakyat memang terkenal dengan Haramjadah Lagi Celaka macam UMNO jugak. 
 
Semua Jabatan Kerajaan diarah menghabiskan peruntukkan tahunan mereka sebelum 1hb. Januari setiap tahun kerana memudahkan audit biarpun perbelanjaan itu dikatakan membazir.

Bagi tahun seterusnya telah ada peruntukkan baru. Mereka bukannya tahu berjimat. Bagi pihak penguatkuasaan pula diwajibkan beroperasi bagi meneruskan usaha merompak rakyat.

Mulalah ada roadblock sana-sini, ada denda itu dan ini. Kesalahan dicari untuk memenuhi kuota sekurang-kurangnya 50 saman setiap hari bagi setiap daerah. Maka rasuah pun lebih bermaharajalela bagi menutup kesalahan pihak-pihak tertentu.

Diskriminasi dalam penguatkuasaan undang-undang terus subur. Kerana itulah semakin kuat undang-undang dilaksanakan semakin membarah pelanggaran ke atasnya.

Negara semakin tidak selamat kerana jenayah kian berleluasa akibat semua benda boleh dibeli dan boleh dirasuah. Undang-undang negara pun dah jadi seperti udang-udang yang dimiliki oleh Toke Udang Noah Omar dan otak para macainya.

Sebab itu aku tak heran bila dalam parti politik pun rasuah kian meraja. So macamana Najib kata mau basmi rasuah sampai ke akar umbi. Ianya sekadar retorik saja.

" PATUTKAH KITA KEJI ATAU KITA PUJI KENYATAAN PM MALAYSIA??

Posted: 05 Dec 2014 06:00 PM PST

 Sudahlah menipu rakyat dengan penetapan harga minyak yang tidak betul. Sepatutnya harga minyak sekurang-kurang kita boleh dapat RM1.90 setiap liter bahkan kurang lagi daripada ini.


Harga minyak terkini hanya USD $69.09 setong. Apa kejadahnya kenyataan Najib kat bawah ini yang mengatakan sistem apungan ini memberi manfaat kepada rakyat kerana harga minyak akan turun mengikut harga pasaran minyak dunia.

Tetapi apa berlaku hari ini. Minyak USD $69 setong rakyat dapat apa???, rakyat dapat RM2.46 seliter. Pembohong rakyat lagi nak sembang pasal ringankan beban rakyat. Ringankan dengan hapus semua subsidi ??? minyak ??? gula ??? apa lagi kau nak hapus Najib ???.





KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengambil langkah bagi meringankan beban rakyat sekiranya harga minyak dunia meningkat dengan mendadak, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata menerusi langkah pengapungan terkawal harga minyak yang diambil kerajaan kini, sistem itu lebih memberi manfaat kepada rakyat kerana harga minyak di negara ini akan turun mengikut harga pasaran minyak dunia.

"Langkah apungan terkawal harga minyak diambil oleh kerajaan kerana harga minyak mentah dunia telah menurun ke paras di mana subsidi tidak diperlukan,"katanya dalam siaran radio laman blognya www.najibrazak.com hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pemansuhan subsidi pukal minyak itu akan mengelakkan negara kerugian berbilion ringgit akibat daripada aktiviti penyeludupan dan pembelian minyak oleh warga asing yang tidak layak menerima subsidi yang ditanggung pembayar cukai.

"Mekanisme apungan terkawal ini akan membawa penjimatan yang besar kepada kerajaan, dan penjimatan ini bakal disalurkan semula kepada rakyat Malaysia," katanya.

Pada 21 November lepas, kerajaan mengumumkan pelaksanaan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1
Disember.

Bermula dari tarikh berkenaan, tiada lagi subsidi bagi kedua-dua bahan bakar itu memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam.


Pada Isnin lepas, harga runcit RON97 turun sebanyak sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter manakala harga runcit diesel dinaikkan kepada tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter. SH
 
 
tikaqbuluh.blogspot

SAHAM FGV JATUH DAN DALAMAN FELDA PANAS ???

Posted: 05 Dec 2014 05:30 PM PST

 
Mazlan Aliman
 
Ringgit jatuh teruk. Saham FGV tinggal RM3.08 sesaham. Saya mendapat maklumat dalaman 'perang' antara Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dengan Pengarah Besar Felda, Dato' Faizoull Ahmad. Tunggu masa je nak meletup! 
 
Dulu, sewaktu Isa terajang Dato' Dzulkifli Abd Wahab, Faizoull bersama Isa. Walaupun tidak layak, dia jadi Pengarah Besar. 

Dua2 penyamun berebut harta dan siapa lebih berkuasa; yang pasti sekali lagi baik peneroka maupun kakitangan Felda jadi mangsa....


Allah Maha Kaya, Faizoull. Macamana kamu and the gang buat ke Dato' Dzul, hari ini kamu pula terima balasannya.
Doa orang yang dizalimi, tiada hijab di sisi Allah.
 
Admin - Jom kita cari kebenaranya.

Gaya Peneroka

Mereka Bersukaria Berendam Di Tasik Kenyir Semasa PAS Berhimpun Di Perak

Posted: 05 Dec 2014 05:00 PM PST

 

Bila orang suci tidak wala' .....

Wahai Bapa ku, TITM, sangat menghairankan, selaku seorang Naib Presiden, Tuan boleh gi berseronok-seronoh mandi manda dengan Norazli Musa, Nik Abduh, Nasrudin Tantawi...ketika PAS Pusat ada program di Perak kerana menyambut Perayaan Ulangtahun PAS kali ke-63 tahun...

Apakah perayaan tersebut tidak membawa apa-apa makna kepada mereka yang sewaktu dengan mu, wahai Bapa ku, TITM?

Bukankah apabila ada percanggahan program dengan program PAS Pusat, maka program PAS Pusatlah perlu diutamakan dan program selain itu perlu diabaikan. Maka apa ceritanya Wahai Bapa ku TITM?

Norazli Musa adalah Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak. Dia sepatutnya selaku tuan rumah, patut menyambut kedatangan tetamu ke Negeri Perak yg jadi tuan rumah.

Tolonglah jangan terlalu sibuk cari sampul tebal di Kota Raya.....

Ini semua adalah gara-gara wala tahap taksub dengan kelaku Tuang Presideng...atau apa?

Tuang Presidenglah yg memulakannya hingga menjadi ikutan pemimpin bawahan. Presideng yang mengungkap kata-kata sombong dan angkuh : "Atas sayalah nak hadir, tak mahu hadir".

Tuang Presideng telah tuang sewaktu pembentangan bajet kerana pergi ke London ikut Setpolnya, Dr Ahmad Samsuri yang menghantar anaknya belajar di sana.

Kesian budak-budak disana terpaksa tergesa-gesa susun program kerana kedatangan Hj Hadi kesana tidak dirancang terlebih awal.

Dia kelam kabut nak lari semata-mata kerana dia 'segan' nak duduk diantara celah Anwar dan LKS ...adoi! Rupa-rupanya, TMB Kelantan, Nik Amar pun turut begitu mentaksubi Hj Hadi dalam hal ponteng....

MSO dalam blognya menulis : Ketidak hadiran Mohd Amar pada sidang DUN lepas menjadi tanda tanya. Tidak sepatutnya beliau sebagai TMB tidak menghadiri sidang DUN apa lagi ia membincang soal perbelanjaan negeri Kelantan untuk tahun depan. Khabarnya semasa sidang Dewan bersidang beliau berada di Makkah. Selaku timbalan MB, Mohd Amar harus menjadi pembantu MB sepanjang masa.

Begitulah ceritanya tingkatan dan tahap wala' yang ada dalam PAS. Korang tak wala' jadi Munafiq Haraki, depa tak mengapa, sebab dari kalangan manusia suci.... -al-husseyn

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Akan terdedah dan terbongkar wajah sebenar golonngan yang mengaku sabagai wala' serta suka menghukum orang lain sebagai munafiq haraki. Sekarang terdedah siapa sebenarnya munafiq haraki itu.

Merekalah JEBON dalam ertikata sebenar, tetapi yang dituduhnya orang lain... Namun kebenaran akan tetap muncul juga.

Sewajarnya kesemua mereka yang terlibat perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti kerana mengutamakan program lain selain dari program PAS Pusat. Bersukaria sesama puak wala' mereka tatkala parti sedang mengadakan satu program besar untuk membincangkan halataju parti sempena ulangtahun parti yang ke 63 di Perak.

Kata seorang sahabat... jikalah yang berkelah itu dari golongan profesyenal sudah pasti ia menjadi satu isu besar... 
 
 
Kelab Greenboc

Zahid beri jaminan siasat jurucakap Umno lempar kenyataan hasutan OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 05 Dec 2014 04:23 PM PST

Zahid beri jaminan siasat jurucakap Umno lempar kenyataan hasutan  OLEH HASBULLAH AWANG CHIK  Published: 5 December 2014  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli Umno yang membuat kenyataan berbaur hasutan semasa perhimpunan agung parti itu akan disiasat.   Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli Umno yang membuat kenyataan berbaur hasutan semasa perhimpunan agung parti itu akan disiasat.   Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan untuk menyiasat jurucakap Umno yang melemparkan kenyataan berbaur hasutan dalam perhimpunan agung parti itu pada minggu lalu.  Menteri Dalam Negeri itu berkata jaminan yang diberikannya untuk memastikan pihak yang melemparkan kenyataan sensitif disiasat dalam tempoh 24 jam akan ditunaikannya namun laporan polis perlu dibuat terlebih dahulu.  "Saya dah janji, saya buatlah. Buat laporan polis. Dia tak buat laporan polis, mana kita nak siasat, Published: 5 December 2014

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli Umno yang membuat kenyataan berbaur hasutan semasa perhimpunan agung parti itu akan disiasat. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli Umno yang membuat kenyataan berbaur hasutan semasa perhimpunan agung parti itu akan disiasat. 

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan untuk menyiasat jurucakap Umno yang melemparkan kenyataan berbaur hasutan dalam perhimpunan agung parti itu pada minggu lalu.

Menteri Dalam Negeri itu berkata jaminan yang diberikannya untuk memastikan pihak yang melemparkan kenyataan sensitif disiasat dalam tempoh 24 jam akan ditunaikannya namun laporan polis perlu dibuat terlebih dahulu.

"Saya dah janji, saya buatlah. Buat laporan polis. Dia tak buat laporan polis, mana kita nak siasat," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di Putrajaya hari ini.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini mendakwa akan mengadakan pertemuan bersama Zahid sekiranya masih belum ada siasatan polis dilakukan terhadap jurucakap Umno yang melemparkan kenyataan berbaur hasutan dalam perhimpunan parti Melayu itu.

Katanya, Zahid mengambil masa lama memberi arahan kepada pihak polis menyiasat kenyataan Ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

"Berapa banyak 24 jam yang diperlukan Zahid sebelum polis dapat bertindak terhadap beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Mashitah?

"48 jam, 96 jam, 240 jam atau 480 jam," katanya dalam satu kenyataan.

Ditanya The Malaysian Insider, adakah kenyataan Ketua Umno Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said pada minggu lalu berbaur hasutan, Zahid berkata: "Mana Zaidi ada hasutan? Suruh dia (Lim) buat laporan polis."

Zaidi ketika berucap sebagai perwakilan Umno Pulau Pinang dalam perhimpunan parti itu pada minggu lalu mendakwa kekuatan masyarakat Cina datang daripada perniagaan haram seperti judi, pelacuran dan pusat hiburan.

Bagaimanapun, dalam satu sidang media pada Isnin, Zaidi mendakwa ucapannya sudah "disalah tafsir".

Beliau menyalahkan media kerana membuatnya kelihatan bersifat perkauman dengan mengatakan seolah-olah semua kaum Cina di Malaysia kaya dan berpengaruh hasil kegiatan haram.

"Perkataan 'kadang-kadang' menunjukkan tidak semua (kaum Cina di Pulau Pinang) begitu. Saya sebut dengan jelas dalam ucapan saya.

"Saya tidak kata semua Cina di Pulau Pinang, saya kata 'kadang-kadang ada segelintir orang Cina di Pulau Pinang' terlibat dalam aktiviti begitu.

"(Tetapi) Perkataan 'kadang-kadang' dikeluarkan daripada ucapan saya. Ini menunjukkan ada niat jahat untuk memecahbelahkan rakyat, menyebabkan mereka bergaduh," katanya. – 5 Disember, 2014.
 


http://www.themalaysianinsider.

AS bimbang Najib kekalkan Akta Hasutan

Posted: 05 Dec 2014 04:20 PM PST


Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata, pihaknya bimbang tentang kerajaan Malaysia menggunakan sistem perundangannya ketika dua negara itu sedang menjalankan hubungan baik. –

Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata, pihaknya bimbang tentang kerajaan Malaysia menggunakan sistem perundangannya ketika dua negara itu sedang menjalankan hubungan baik.

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 merunsingkan Amerika Syarikat apabila Naib Presidennya mempersoalkan undang-undang itu digunakan hanya untuk menyekat kuasa pembangkang.

Joe Biden dalam Twitternya berkata, pihaknya bimbang tentang kerajaan Malaysia menggunakan sistem perundangannya ketika dua negara itu sedang menjalankan hubungan baik.

"Ketika hubungan antara Amerika Syarikat-Malaysia berkembang, penggunaan sistem perundangan dan Akta Hasutan oleh kerajaan Malaysia untuk menyekat pembangkang menimbulkan persoalan tentang kedaulatan undang-undang," katanya.

Namun, beliau berharap Malaysia dapat membuktikan ketelusan sistem kehakiman dan perundangannya semasa membuat keputusan kes Liwat II melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kes rayuan Anwar Ibrahim peluang penting buat Malaysia membetulkan keadaan dan menunjukkan keyakinan terhadap sistem demokrasi dan badan kehakimannya," katanya.

Najib, semasa Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra 27 November bulan lalu, mengumumkan Akta Hasutan dikekalkan walaupun pernah berjanji untuk memansuhkannya.

Malah, akta itu akan diperkukuhkan dengan menambah peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

Najib berkata, keputusan dibuat selepas mendengar pandangan sayap Pemuda dan Puteri Umno, akar umbi serta badan bukan kerajaan.

Najib pada 11 Julai 2012 mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Peruntukan yang dicadangkan dalam akta itu katanya akan memberi penekanan kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Amerika Syarikat melalui kedutaannya di Malaysia pada Oktober lalu pernah mengingatkan Najib supaya menunaikan janjinya selari dengan kedaulatan undang-undang dan hak asasi di negara ini.

"Amerika Syarikat prihatin dengan penggunaan Akta Hasutan oleh kerajaan Malaysia. Kami juga mengalu-alukan pengumuman Najib pada 2012 berhubung niatnya untuk memansuhkan Akta Hasutan dan berharap kerajaan dapat meneruskan komitmen tersebut.

"Kami menggesa kerajaan Malaysia untuk menggunakan undang-undang secara adil, telus, dan neutral untuk menggalakkan keyakinan dalam demokrasi, badan kehakiman, dan ekonomi di Malaysia.

"Pegawai kami sudah menyatakan keprihatinan mengenai kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia dengan kerajaan Malaysia, dan akan terus berbuat demikian,'' menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Kedutaan Amerika Syarikat dan diplomat lain turut memerhati secara dekat perarakan bantahan Akta Hasutan yang dianjurkan Majlis Peguam di Parlimen sehari sebelumnya. – 5 Disember, 2014.


themalaysianinsider

Aktres Bollywood ini larikan diri selepas didapati bersalah menghina keluarga Nabi Muhammad SAW?

Posted: 05 Dec 2014 03:30 PM PST

Dituduh hina Nabi Muhammad SAW, Veena Malik larikan diri Aktres Bollywood juga model FHM kelahiran Pakistan, Veena Malik bakal dihukum penjara 26 tahun oleh pihak mahkamah di Pakistan selepas didapati bersalah menghina keluarga Nabi Muhammad SAW ketika menjayakan sebuah program televisyen yang turut dibintangi suaminya, Asad Bashir Khan.

Program yang bersiaran di TV Geo itu menyiarkan adegan Veena dan suami kononnya sedang menari di sebuah majlis pernikahan sambil diiringi kumpulan muzik yang menyanyikan lagu yang menceritakan mengenai pernikahan anak perempuan Nabi Muhammad SAW.

Program tersebut mendapat tentangan hebat dan menjadi perhatian masyarakat di Pakistan dan memaksa pihak berkuasa untuk membawa Veena dan suami ke muka pengadilan kerana dianggap cuba menghina Nabi Muhammad SAW.

Hakim memutuskan bahawa Veena dan suami bersalah dan mahkamah memerintahkan hukuman penjara 26 tahun terhadap Veena.

Sementara suaminya Asad Bashir Khan juga pemilik stesen televisyen tersebut dan pengacara tv Shaista Wahidi dihukum penjara selama 104 tahun.

Veena yang ketika ini berada di Dubai turut terkejut dengan keputusan mahkamah dan menolak dakwaan kononnya dia dan suaminya cuba melarikan diri.

Malah Veena berjanji untuk kembali ke Pakistan dalam waktu terdekat namun terpaksa menangguhkan keputusan tersebut kerana harus berehat selama tiga bulan selepas selamat melahirkan anak. -


Astro-

Anwar anggap laporan RCI Sabah sebagai satu sandiwara

Posted: 05 Dec 2014 08:00 AM PST

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/t31.0-8/10842270_314711562049441_3853489525919185394_o.jpg Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar laporan RCI kerana tidak menghukum dalang di sebalik masalah pendatang haram di Sabah. 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar laporan RCI kerana tidak menghukum dalang di sebalik masalah pendatang haram di Sabah.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah sebagai "kata-kata kosong untuk membebaskan Putrajaya".

Ketua Umum PKR itu berkata, tanggungjawab melibatkan skandal pendatang haram terbesar di Malaysia terletak di bahu kakitangan awam.

"Perancang dan dalang sebenar yang bertanggungjawab membawa masuk pendatang haram daripada Indonesia dan Filipina ke Sabah dibiarkan terlepas daripada hukuman," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata, tempoh pendengaran RCI yang terlalu lama pada mulanya menjanjikan keadilan dan hukuman setimpal terhadap rakyat Sabah dan rakyat keseluruhannya.

Malangnya, menurut Anwar hasil laporan setebal 366 muka surat itu mengandungi maklumat tidak bermakna yang hanya membebaskan Putrajaya daripada sebarang kesalahan.

Anwar mempersoalkan kegagalan laporan RCI menyatakan peranan Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Perdana Menteri, mengatakan walaupun ada bukti kukuh, kesalahan itu tidak pula diletakkan atas beban jabatan lain. – 5 Disember, 2014.


themalaysianinsider.
 

Bila mahu bertindak ucapan hasutan Mashitah, soal Kit Siang

Posted: 05 Dec 2014 07:30 AM PST

Ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini mendakwa naskhah Al-Quran di bakar orang Cina di Alor Setar.

Ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini mendakwa naskhah Al-Quran di bakar orang Cina di Alor Setar.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mesti menjelaskan mengapa beliau tidak menunaikan janji memastikan siasatan oleh pihak polis dalam tempoh 24 jam ke atas kenyataan hasutan, kata Lim Kit Siang.

Ketua Parlimen DAP itu berkata Zahid mengambil masa lama memberi arahan kepada pihak polis menyiasat kenyataan Ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

"Berapa banyak 24 jam yang diperlukan Zahid sebelum polis dapat bertindak terhadap beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Mashitah?

"48 jam, 96 jam, 240 jam atau 480 jam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya mahu bertemu dengan Zahid menjelang tamat tempoh 480 jam pada 18 Disember untuk mengetahui kenapa Menteri Dalam Negeri gagal menepati janjinya bahawa pihak polis akan memulakan siasatan dalam jangka masa 24 jam sesuatu laporan dibuat terhadap seseorang individu berkaitan isu sensitif."

Lim berkata sudah lebih seminggu laporan dibuat terhadap Mashitah oleh Ahli Parlimen DAP Teo Nie Chong dan Kasthuri Patto serta setiausaha politiknya, Dyana Sofya Mohd Daud, atas kenyataan Mashitah dalam ucapannya itu.lalu.

Lim berkata semalam satu lawatan ke medan selera Taman Anggerik di Alor Setar dilakukan bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) bagi mengadakan pertemuan bersama peniaga di kawasan itu.

Katanya, hasil pertemuan itu mendapati kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pada 24 November bahawa insiden pada 20 November di kawasan itu melibatkan seorang lelaki Melayu tidak siuman mengoyak-ngoyakkan Al-Quran disokong dan pesakit itu kini dirawat di wad psikiatrik.

"Perbualan kami bersama pemilik gerai dan orang ramai di tempat tersebut, disahkan bahawa Mashitah benar-benar bersalah kerana mengeluarkan ucapan berbaur kebencian dengan mengada-adakan penipuan yang begitu berbahaya dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum dan agama," katanya.

Lim berkata sekiranya Zahid tidak senang hati dengan kenyataan Mukhriz, naib presiden Umno itu dicadangkan membuat lawatan ke medan selera berkenaan.

Katanya, apa yang memeranjatkan ialah sikap membisu dan tidak bertindak para pemimpin Umno menunjukkan bahawa mereka bersedia bersekongkol dengan kesalahan Mashitah itu.

"Amat mengejutkan bahawa seorang bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh menjadi begitu tidak bertanggungjawab menyebarkan ucapan kebencian sedemikian demi membangkitkan rasa tidak senang antara kaum dan agama, rasa tegang dan konflik.

"Mashitah tetap tidak bersedia menarik balik penipuannya dan meminta maaf secara terbuka di atas ucapannya yang begitu tidak bertanggungjawab," katanya.

Lim berkata Mashitah bukanlah satu-satunya perwakilan Umno yang bersalah mengeluarkan ucapan berbaur kebencian dengan niat membangkitkan ketakutan tetapi perwakilan Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said juga melakukan perkara sama.

"Zaidi juga adalah seorang lagi yang secara serius menjejaskan keamanan dan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini dengan ucapan kononnya kejayaan Pulau Pinang adalah disebabkan aktiviti haram dan jenayah secara terbuka yang dilakukan oleh orang Cina di negeri tersebut," katanya. – 5 Disember, 2014.


- See more at: http://www.themalaysianinsider

Akta Hasutan cemar nama Malaysia di PBB, Asean, kata Suhakam

Posted: 05 Dec 2014 06:45 AM PST

 

Pemangku Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee (kiri) berkata Akta Hasutan akan menjejaskan imej Malaysia di kalangan negara Asean dan ahli PBB. 

Pemangku Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee (kiri) berkata Akta Hasutan akan menjejaskan imej Malaysia di kalangan negara Asean dan ahli PBB. 

Keputusan Putrajaya untuk meneruskan Akta Hasutan 1948 tidak memberikan gambaran baik kepada Malaysia di saat negara bakal menyandang dua jawatan penting di peringkat antarabangsa, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Pemangku pengerusinya, Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata, Malaysia selaku anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan pengerusi Asean pada tahun depan menjadi harapan untuk meningkatkan prestasi dan standard yang tinggi dalam ruang lingkup hak asasi manusia.

"Suhakam kesal dengan pengumuman kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan dan untuk mengukuhkannya dengan peruntukan tambahan, walaupun janji yang dibuat pada tahun 2012 untuk memansuhkan undang-undang yang menindas dan lapuk.

"Walaupun suruhanjaya memahami keseimbangan antara kebebasan dan keselamatan, dan mengakui bahawa amalan kebebasan bersuara mungkin tertakluk kepada sekatan yang ketat seperti ditetapkan oleh undang-undang, sekatan mesti seimbang, berkadar, jelas dan adil.

"Seterusnya, sekatan itu hendaklah mematuhi norma antarabangsa mengenai hak untuk kebebasan bersuara dan berucap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khaw berkata, Suhakam mengulangi pendirian Akta Keharmonian Nasional yang dicadangkan mestilah segera menggantikan Akta Hasutan.

Katanya, Akta Keharmonian Nasional boleh mengatasi cabaran kebebasan bersuara secara mutlak, dan ancaman terhadap nilai demokrasi, serta pada masa yang sama memastikan rakyat Malaysia menikmati hak asas dan jaminan Perlembagaan kepada kebebasan bersuara.

"Suruhanjaya berpendapat juga bahawa Akta Keharmonian Nasional yang dicadangkan ini bertujuan untuk mencari keseimbangan yang saksama antara hak kebebasan berucap dan bersuara dengan hak rakyat untuk hidup aman, harmoni dan stabil.

"Suhakam menggesa kerajaan untuk memastikan bahawa pindaan kepada undang-undang sedia ada atau undang-undang yang baru mestilah berdasarkan penglibatan sepenuhnya dan perundingan bermakna dengan semua pihak yang berkenaan secara adil, jelas dan mematuhi proses yang sewajarnya, dan tidak tergesa-gesa," katanya.

Beliau berkata, semua undang-undang atau pindaan kepada undang-undang sedia ada mestilah tertumpu kepada semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, dan prinsip-prinsip hak asasi manusia antarabangsa.

"Ini hendaklah juga mengambil kira realiti globalisasi yang bercirikan dimensi baru terhadap kebebasan bersuara melalui Internet dan media sosial," katanya. – 5 Disember, 2014.


The Malaysia Insider

Suhakam kesal kerajaan kekalkan akta hasutan

Posted: 05 Dec 2014 06:00 AM PST


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) kesal keputusan Kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Hal ini dinyatakan dalam suatu kenyataan media melalui pemangku pengerusinya, Datuk Dr Khaw Lake Tee. Menurut Suhakam, kekesalan ini kerana kerajaan telah berjanji untuk menghapuskannya pada tahun 2012.

Yang berlaku, bukan sahaja janji itu tidak ditepati, malah akta itu akan dikukuhkan dengan peruntukan tambahan.

Berikut kenyataan penuh Suhakam; Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia kesal dengan pengumuman Kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan untuk mengukuhkannya dengan peruntukan tambahan, walaupun janji yang dibuat pada tahun 2012 untuk memansuhkan undang-undang yang menindas dan lapuk.

Keputusan yang mengecewakan ini tidak memberikan gambaran baik kepada negara di saat ia akan menyandang dua jawatan bertaraf antarabangsa yang penting dan berprofil tinggi menjelang Januari 2015 iaitu sebagai anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan pengerusi ASEAN, sesuai dengan kemunculannya ketika ini sebagai komuniti serantau yang makin bersepadu, dinamik dan berpandangan jauh.

Dengan menggalas kedua-dua jawatan ini, harapan agar Malaysia dapat meningkatkan prestasi dan standard yang tinggi dalam ruang lingkup hak asasi manusia dengan jangkaan yang lebih kukuh dan dipergiatkan.

Walaupun Suruhanjaya memahami keseimbangan antara kebebasan dan keselamatan, dan mengakui bahawa amalan kebebasan bersuara mungkin tertakluk kepada sekatan yang ketat seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang, terutamanya bagi melindungi hak asasi orang lain, ia menegaskan bahawa sebarang sekatan mesti seimbang, berkadar, jelas dan adil.

Seterusnya, sekatan itu hendaklah mematuhi norma antarabangsa mengenai hak untuk kebebasan bersuara dan berucap.

Oleh itu, semua undang-undang atau pindaan kepada undang-undang sedia ada seperti yang diumumkan, mestilah tertumpu kepada semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, dan prinsip-prinsip hak asasi manusia antarabangsa. Ini hendaklah juga mengambil kira realiti globalisasi yang bercirikan dimensi baru terhadap kebebasan bersuara melalui Internet dan media sosial.

Suruhanjaya turut menggesa Kerajaan untuk memastikan bahawa pindaan kepada undang-undang sedia ada atau undang-undang yang baru mestilah berdasarkan penglibatan sepenuhnya dan perundingan bermakna dengan semua pihak yang berkenaan secara adil, jelas dan mematuhi proses yang sewajarnya, dan tidak tergesa-gesa.

Memandangkan bahawa Akta Hasutan tidak direka untuk tujuan mempromosi, memupuk dan mengekalkan keamanan dan keharmonian negara, Suruhanjaya mengulangi pendiriannya bahawa Akta Keharmonian Nasional yang dicadangkan mestilah segera menggantikan Akta Hasutan.

Suruhanjaya yang juga telah dirujuk mengenai undang-undang yang dicadangkan ini, berpendapat bahawa undang-undang ini boleh mengatasi cabaran kebebasan bersuara secara mutlak, dan ancaman terhadap nilai demokrasi, serta pada masa yang sama memastikan rakyat Malaysia menikmati hak asas dan jaminan perlembagaan kepada kebebasan bersuara.

Suruhanjaya berpendapat juga bahawa Akta Keharmonian Nasional yang dicadangkan ini bertujuan untuk mencari keseimbangan yang saksama antara hak kebebasan berucap dan bersuara dengan hak rakyat untuk hidup aman, harmoni dan stabil.


Posted & copy by RAKYAT  MARHAEN.

Kakitangan Bernama TV Tak Dapat Gaji.. Mana Menteri Yang Berjanji?

Posted: 05 Dec 2014 05:15 AM PST

 
Ini bukan kali pertama pekerja Bernama TV mendakwa gaji mereka lewat, mereka mendakwa gaji mereka tidak diterima tepat pada waktnya pada bula Julai, Ogos, dan September.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam kenyataannya pada Oktober lalu berjanji untuk selesaikan masalah ini sebelum akhir tahun.

Masalah gaji Bernama TV berpunca dari sikap tidak ambil kisah pemegang saham swasta stesen itu, dan juga kekurangan iklan akibat kekurangan penonton.

Eh.. siaran TV kahs untuk macai pun macai tak mahu tengok?.. sepatutnya ahli UMNO yang berjuta-juta tu tontonlah Bernama TV ni..

Tiada gaji, staf Bernama TV terpaksa cuti

Sekumpulan kira-kira 20 orang pekerja Bernama TV (BTV) kini terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana masih belum dibayar gaji oleh majikan mereka sejak lebih sebulan lalu.

Seorang daripada kakitangan tersebut, yang enggan dinamakan berkata beliau terpaksa mengambil cuti sejak Isnin lalu kerana tidak mampu menanggung kos untuk ke tempat kerja.

Pembayaran gaji terakhir yang diterima adalah pada 20 Oktober dan mereka masih belum menerima bayaran gaji untuk bulan November.

"Duit untuk anak bini dan keperluan ada, (tetapi tiada wang untuk) pergi kerja," kata seorang kakitangan yang tidak mahu nama beliau disiarkan kepada Malaysiakini.

Kakitangan terlibat termasuk para warawawan, penolong penerbit, dan pekerja studio BTV, yang masih tertanya-tanya mengenai tarikh sebenar pembayaran gaji mereka.

"Mula-mula janji minggu ini, lepas itu dengar minggu depan," kata seorang lagi kakitangan yang terjejas.

Sementara itu, pihak pengurusan BTV mengakui bahawa berlaku "kelewatan" dalam pembayaran gaji dan berjanji untuk menyelesaikannya secepat mungkin.

"Kami dah masukkan bayaran pendahuluan, dan gaji penuh akan dimasukkan minggu depan," kata ketua pengarangnya, Datuk Zulkefli Salleh.

Namun, sumber di BTV menyatakan bahawa bayaran wang pendahuluan itu hanya diterima oleh segelintir kakitangan terlibat.

Sebahagian besar daripada 180 pekerja BTV merupakan kakitangan entiti swasta Bernama TV Synergy Sdn Bhd yang merupakan pemilik stesen TV itu.

Selebihnya, seramai 25 orang merupakan penjawat awam yang bekerja bawah agensi berita Bernama, dan telahpun menerima bayaran gaji masing-masing.

Langgar Akta Kerja?

Selebihnya, seramai 25 orang merupakan penjawat awam bawah agensi berita Bernama yang memiliki kepentingan 33 peratus dalam BTV dan telah menerima bayaran gaji.

Sekiranya benar bayaran gaji itu dibuat pada Isnin depan, ia merupakan hari ke-49 sejak bayaran gaji terakhir. Lazimnya sebelum ini, mereka menerima bayaran gaji mereka pada setiap 27 haribulan

Para kakitangan berkenaan turut mempersoalkan bahawa tindakan itu mungkin melanggar undang-undang buruh negara ini.

Seksyen 19 (1) Akta Kerja 1955 menetapkan bahawa majikan mesti membayar gaji pekerja tidak lewat dari hari ketujuh selepas tempoh pembayaran gaji.

Akta itu menyatakan tempoh gaji mestilah tidak melebihi satu bulan.

Namun, akta yang sama membenarkan majikan untuk memohon Ketua Pengarah Jabatan Buruh untuk memanjangkan tempoh gaji tersebut.

Bukan kali pertama

Ini bukan kali pertama pekerja BTV mendakwa gaji mereka lewat.

Mereka mendakwa gaji mereka tidak diterima tepat pada waktnya pada bula Julai, Ogos, dan September.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam kenyataannya pada Oktober lalu berjanji untuk selesaikan masalah ini sebelum akhir tahun.

Kata beliau, masalah gaji BTV berpunca dari sikap tidak ambil kisah pemegang saham swasta stesen itu, dan juga kekurangan iklan akibat kekurangan penonton.

Beliau merancang untuk memulihkan keadaan, dengan menukar format siaran BTV kepada stesen berita Bahasa Inggeris sepenuhnya tahun hadapan.

Bulan lepas, timbalan beliau, Datuk Jailani Johari, mengumumkan di parlimen bahawa kerajaan akan memberi stesyen itu RM20 juta untuk penaiktarafan teknikal lapor  


Malaysiakini

Walau Berhijab, Tapi Dihalau Keluar Masjid, Mengapa?

Posted: 05 Dec 2014 04:30 AM PST

 
HALAMAN HIBURAN
 
Penyanyi terkenal Rihanna diarah keluar dari Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi setelah mengadakan satu sesi bergambar di kawasan masjid.

Walaupun memakai hijab dan 'jumpsuit' serba hitam yang menutup badan beliau, pihak masjid berpendapat ia tidak menghormati tempat berkenaan sebagai rumah ibadah.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Masjid Sheikh Zayed kepada lawan web The National dari Abu Dhabi, ia mengalu-alukan pelancong dari seluruh dunia untuk melawat Masjid berkenaan namun berharap mereka juga dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak masjid.

"Sekiranya tingkah laku melanggar kod moral masjid, atau peraturan-peraturan lain - seperti mengambil gambar yang tidak sesuai, 'pose' yang membelakangkan konteks tempat suci, bercakap dengan kuat, atau makan - pelawat akan ditegur dengan sopan. Selalunya, mereka akan menghormati itu."
 
Gambar-gambar penyayi yang berasal dari Barbados ini telahpun dimuat naik di laman Instagram beliau dan menerima pelbagai reaksi.



Ibnu Hasyim
 

Orang Asli Jadi 'Red Indian' Di Bumi Mereka Sendiri

Posted: 05 Dec 2014 03:45 AM PST

Orang Asli Jadi 'Red Indian' Di Bumi Mereka Sendiri   Tahukah Anda?? Seksyen 7 (2) Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) dengan jelas menunjukkan betapa tanah dan tanah hak 'Semenanjung Melayu': Dalam suatu rizab orang asli, tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan dengan rizab Melayu.   Apabila anda membaca ini, anda akan serta-merta Artikel sampah 83, 85, 85, 86, 87, 88, 89, 90 dan 91 Perlembagaan Persekutuan (FC). Hujah boleh dibuat bahawa FC adalah undang-undang tertinggi di negara ini.  Mengapa tidak memakai Perkara 8 (5) (c) FC yang memberikan mandat kepada Seperti apa yang anda lihat, masyarakat Orang Asal mempunyai sebab yang sah untuk menguatkuasakan hak-hak mereka dalam mahkamah anak negeri mengikut Perkara 145 (3).   Penindas masyarakat Orang Asal ini mestilah bertanggungjawab untuk membantu pemilik tanah asal sebelum tanah mereka dirampas dengan menggunakan 'Akta Hasutan'.   (Kredit:Joginder Singh) Tahukah Anda?? Seksyen 7 (2) Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) dengan jelas menunjukkan betapa tanah dan tanah hak 'Semenanjung Melayu': Dalam suatu rizab orang asli, tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan dengan rizab Melayu.

Apabila anda membaca ini, anda akan serta-merta Artikel sampah 83, 85, 85, 86, 87, 88, 89, 90 dan 91 Perlembagaan Persekutuan (FC). Hujah boleh dibuat bahawa FC adalah undang-undang tertinggi di negara ini.

Mengapa tidak memakai Perkara 8 (5) (c) FC yang memberikan mandat kepada Seperti apa yang anda lihat, masyarakat Orang Asal mempunyai sebab yang sah untuk menguatkuasakan hak-hak mereka dalam mahkamah anak negeri mengikut Perkara 145 (3).

Penindas masyarakat Orang Asal ini mestilah bertanggungjawab untuk membantu pemilik tanah asal sebelum tanah mereka dirampas dengan menggunakan 'Akta Hasutan'. 


(Kredit:Joginder Singh)

ADUN Mengaku Berjudi Di Genting Highlands

Posted: 05 Dec 2014 03:00 AM PST

Gambar seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berjudi di Genting Highlands kini tersebar luas melalui laman media sosial.

Gambar itu disertakan dengan penerangan "ADUN DAP Perak pergi ke Genting Highlands, sementara bahagian (DAP) asyik merungut kemiskinan".

ADUN Keranji, Chen Fook Chye (gambar) ketika dihubungi Sinchew Daily mengaku lelaki dalam gambar itu merupakan dirinya tetapi mempertahankan tindakannya yang berjudi di Genting Highlands.

ADUN dari Kampar, Perak itu berkata, dia tidak berjudi besar tetapi sekadar memilih untuk bersantai dengan cara bermain judi.

Menurutnya lagi, disebabkan penat dengan tugasan harian maka dia memilih untuk menaiki bas ke Genting Highlands dengan tambang RM8 seorang.

Jelasnya, gambar itu dirakamkan pada 30 November di mana dia turut menukarkan tunai RM300 untuk perjudian selain mendapat sekeping kupon makanan secara percuma.

Katanya lagi, tujuannya ke Genting Highlands bukan dengan niat atau emosi berjudi tetapi untuk bersantai dan kasino yang dikunjunginya adalah sah di sisi undang-undang.

Fook Chy tidak mengulas tentang tindakan individu tertentu yang merakamkan gambarnya yang sedang berjudi. 

Skandal PKFZ RM12.5 Billion: Kenapa Tiada Sesiapa Yang Disabitkan Kesalahan??

Posted: 05 Dec 2014 02:15 AM PST

Skandal PKFZ RM12.5 Billion: Kenapa Tiada Sesiapa Yang Disabitkan Kesalahan??  Tahukah Anda?? Lima tahun selepas skandal kewangan RM12.5 Billion PKFZ berlaku, tiada siapa yang telah disabitkan kesalahan. Setakat ini, Cuma enam orang telah didakwa, dua daripada mereka telah dibebaskan dan empat kes itu belum selesai.  Baru-baru ini, terdapat berita yang mengejutkan kemungkinan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) akan menarik balik saman RM720 juta terhadap kontraktor Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) bertanggungjawab untuk projek PKFZ. Laporan itu menimbulkan kemarahan orang ramai.  Sudah pasti pihak defendan terlepas begitu sahaja tanpa menghadapi perbicaraan tetapi timbul persoalanan tentang bagaimana PKA akan mendapatkan semula wang tersebut. Siapakah yang akan dipertanggungjawabkan ? Adakah pihak berkuasa benar-benar serius untuk membawa pesalah-pesalah yang terlibat dalam skandal PKFZ ke muka pengadilan?  Umum mempercayai kepada kebenaran di sebalik skandal PKFZ akan mungkin kes itu akan senyap begitu sahaja. "Saya tidak nampak apa-apa perubahan (dalam kemelut PKFZ) di bawah kerajaan sedia ada," kata bekas Pengerusi LPK Datuk Lee Hwa Beng memberitahu FocusM.  Dilaporkan bahawa lembaga LPK itu mempunyai satu mesyuarat khas di Putrajaya pada 21 November lalu, sebulat suara bersetuju untuk menggugurkan saman itu. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad untuk menarik balik saman itu adalah tertakluk kepada penyelesaian dari segi dengan KDSB, termasuk pemberhentian saman fitnah KDSB terhadap LPK dan PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd (PwC) ke atas laporan kontroversi oleh PwC berhubung dengan skandal PKFZ.  KDSB telah seterusnya juga memfailkan saman terhadap LPK dan beberapa individu lain, termasuk Tan Sri Ong Tee Keat dan Hwa Beng dakwan mengenai penyalahgunaan jawatan awam.  Langkah PKA untuk menarik balik saman kes yang paling besar antara keempat-empat saman yang difailkan itu telah dengan mengambil kira RM12.5 bil skandal PKFZ mengundang kemarahan orang ramai.  Keputusan itu diambil hanya dua bulan selepas Tan Sri Kong Cho Ha dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang.  Cho Ha telah dikritik kerana enggan mengulas lagi dalam isu PKFZ itu apabila beliau mengambil alih dari Tee Kiat sebagai Menteri Pengangkutan pada tahun 2010. badan berkanun adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.  (Kredit: Doreen Leong)

Tahukah Anda?? 

Lima tahun selepas skandal kewangan RM12.5 Billion PKFZ berlaku, tiada siapa yang telah disabitkan kesalahan. Setakat ini, Cuma enam orang telah didakwa, dua daripada mereka telah dibebaskan dan empat kes itu belum selesai.

Baru-baru ini, terdapat berita yang mengejutkan kemungkinan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) akan menarik balik saman RM720 juta terhadap kontraktor Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) bertanggungjawab untuk projek PKFZ. 

Laporan itu menimbulkan kemarahan orang ramai.

Sudah pasti pihak defendan terlepas begitu sahaja tanpa menghadapi perbicaraan tetapi timbul persoalanan tentang bagaimana PKA akan mendapatkan semula wang tersebut. 

Siapakah yang akan dipertanggungjawabkan ? Adakah pihak berkuasa benar-benar serius untuk membawa pesalah-pesalah yang terlibat dalam skandal PKFZ ke muka pengadilan?

Umum mempercayai kepada kebenaran di sebalik skandal PKFZ akan mungkin kes itu akan senyap begitu sahaja. "Saya tidak nampak apa-apa perubahan (dalam kemelut PKFZ) di bawah kerajaan sedia ada," kata bekas Pengerusi LPK Datuk Lee Hwa Beng memberitahu FocusM.

Dilaporkan bahawa lembaga LPK itu mempunyai satu mesyuarat khas di Putrajaya pada 21 November lalu, sebulat suara bersetuju untuk menggugurkan saman itu. 

Walau bagaimanapun, keputusan muktamad untuk menarik balik saman itu adalah tertakluk kepada penyelesaian dari segi dengan KDSB, termasuk pemberhentian saman fitnah KDSB terhadap LPK dan PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd (PwC) ke atas laporan kontroversi oleh PwC berhubung dengan skandal PKFZ.

KDSB telah seterusnya juga memfailkan saman terhadap LPK dan beberapa individu lain, termasuk Tan Sri Ong Tee Keat dan Hwa Beng dakwan mengenai penyalahgunaan jawatan awam.

Langkah PKA untuk menarik balik saman kes yang paling besar antara keempat-empat saman yang difailkan itu telah dengan mengambil kira RM12.5 bil skandal PKFZ mengundang kemarahan orang ramai.

Keputusan itu diambil hanya dua bulan selepas Tan Sri Kong Cho Ha dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang.

Cho Ha telah dikritik kerana enggan mengulas lagi dalam isu PKFZ itu apabila beliau mengambil alih dari Tee Kiat sebagai Menteri Pengangkutan pada tahun 2010. badan berkanun adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.


(Kredit: Doreen Leong)

Mahathir Bidas Perwakilan UMNO Yang Langsung Tak Berani Nak Sentuh 1MDB..

Posted: 05 Dec 2014 01:30 AM PST


Apa yang Tun harus faham ialah bukannya Perwakilan-perwakilan UMNO itu takut atau tidak ambil peduli langsung mengenai 1MDB Najib ni..

Bukan kerana mereka penakut atau bacul.. sejarah dah membuktikan mereka adalah pejuang Melayu yang amat berani antara perjuangan mereka ialah baling batu dan cat kepada bas PKR, menganggu ceramah PR dan berbagai lagi kerja tak bertamaddun..

Soalnya dalam hal ini kalau disentuh 1MDB tu bimbang ada yang terguris dan itu boleh membawa kepada semua kabel-kabel yang ada diputuskan..

Malah lebih teruk lagi projek yang sedang ada dalam tangan juga dikhuatiri terlepas dan peluang untuk mendapatkan projek yang baru pula adalah kosong..

Lagipun Tun sendiri pun tahu.. ahli UMNO menganggap Umno sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri dan Umno hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat... lihat di SINI

Tun kena faham itu... jadi apa yang Tun nak harapkan pada pejuang perut sendiri dan kroni tu?

Tun Dr Mahathir Mohamad terus melancarkan serangan ke atas pimpinan negara dengan mempersoalkan kegagalan Putrajaya dan perwakilan perhimpunan agung Umno baru-baru ini menyentuh kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB), perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan pelebaran jurang kekayaan.

Walaupun gembira dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan, Dr Mahathir, yang merupakan antara suara lantang membantah 1MDB, berkata kerajaan membisu terhadap kontroversi syarikat pelaburan milik penuh kerajaan itu.

"Yang membuat tandatanya bukan kenaikan harga elektrik kerana pembelian stesyen janakuasa, tetapi kerana harga belian yang amat tinggi, dibayar dengan duit hutang yang bunganya tertinggi yang pernah dikenakan kepada Kerajaan dan komisyen kepada Goldman Sachs sampai 11%," tulis bekas perdana menteri itu dalam blognya Che Det, hari ini.

"Kenapa pula pelaburan dibuat di Cayman Islands atau wang disimpan di sana?

"Cayman Islands adalah pusat operasi Hedge Fund dan dagangan matawang. Sementara orang atau syarikat biasa gemar melabur dalam Hedge Fund dengan pulangan yang tinggi, Kerajaan biasanya tidak melabur dalam Hedge Fund kerana ia adalah satu jenis judi."

Dr Mahathir turut mengingatkan tentang syarikat dana terbesar, Long Term Credit Management (LTCM) yang pernah rugi besar sehingga mengheret bank dan pelabur ke arah muflis, tetapi diselamatkan Wall Street dan kerajaan Amerika Syarikat lapor The Malaysian Insider

Isu Tukar Nama Jalan - Ku Nan Cover Imej Raja Kaw2 - Kena Warning Dengan Sultan Kah?

Posted: 05 Dec 2014 12:45 AM PST


Kronologi.

1. DBKL umumkan beberapa nama jalan di sekitar KL akan ditukar.

2. DBKL buat pengumuman sehari sebelum menukar nama2 jalan tersebut.

3. Sebanyak 8 nama jalan yang ditukar di sekitar KL.

4. Berikut adalah 8 nama jalan tersebut untuk rujukan korang ;


5. Tindakan DBKL itu kemudiannya mendapat protes dan kritikan negatif orang ramai.

6. Punca orang ramai mengkritik adalah disebabkan ;

- Penukaran nama jalan membabitkan nama jalan sedia ada

- Penukaran secara mendadak tanpa perbincangan dan penglibatan orang awam

- Nama yang lebih panjang dan sukar disebut

7. Dan apabila pihak media meminta menteri untuk mengulas hal tersebut, Ku Nan dan DBKL mendiamkan diri buat seketika (tidak dapat dihubungi).

8. Persoalan2 pihak media kemudiannya di jawab oleh timbalan menteri wilayah di dalam bangunan parlimen.

9. Rujuk sini.

10. Ini antara jawapan mereka ;

 11. Menurut timbalan menteri wilayah ;
- Majlis raja2 yang memberikan cadangan tersebut.
- Alasannya ialah kerana KL tiada roh kesultanan
- Cadangan dibawa ke kabinet untuk perbincangan dan perbahasan
- Ianya telah dipersetujui sejak setahun yang lepas
- Cuma ianya baru dikuatkuasakan bermula tahun neh
12. Selepas alasan di atas menjadi viral. Lebih banyak kritikan terhadap institusi kemonarkian di negara neh.
13. Kenapa raja perlu sibuk urusan nama jalan? Di Malaysia ada ramai orang susah berbanding nama jalan? Jalan jem, rosak, tidak diselenggara dengan baik, betul itu lebih penting untuk difikirkan dari berfikir isu roh kesultanan..
14. UMNO menerusi persidangan PAU mengambil kesempatan untuk menjadi jaguh dengan berpura2 mempertahankan monarki. 

Dikatanya rakyat tiada hak untuk mempersoalkan tindakan tersebut dan membayangkan seolah2 perderhakaan telah berlaku merujuk kepada situasi tersebut. 

Bukan setakat itu. Bahkan bloggers UMNO membayangkan nama jalan di Penang yang dinamakan sebagai KARPAL SINGH sebagai perbandingan dengan 8 nama jalan yang ditukar oleh DBKL. 

Memang satu perbandingan yang karut nak mampos. Namun perbandingan itu juga dipetik dan dihujahkan oleh UTUSAN MALAYSIA. Pelik. Kenapa UTUSAN MALAYSIA tak consult terlebih dahulu dengan wakil majlis raja2 jika2 penukaran nama jalan itu ada kaitan ataupun tidak dengan mereka?
Nampak? 
Ia membayangkan. Utusan 'tahu' penukaran nama jalan itu 'kerja siapa'. Sebab tue Utusan takde keperluan untuk menafikan ia tiada kaitan dengan raja2 ma.
15. Untuk rekod. Raja tak bina jalan guna duit dia. Kita bina jalan dan selenggara jalan guna duit pembayar cukai. Setiap hari, setiap bulan, setiap tahun, semua lapisan masyarakat tanpa kira miskin kaya membayar cukai dan menanggung monarki melalui sejenis pembayaran yang disebut elaun setiap tahun kepada semua jenis institusi monarki di negara neh.
16. Oleh kerana kita bina jalan ini secara bersama2 maka suara rakyat tidak boleh diketepikan atau ditentukan melalui peringkat kasta ciptaan manusia yang berkuasa bagi menghapuskan/mendiamkan kritikan terhadap mereka.
17. Selepas kritikan demi kritikan hadir dan tindakan monarki dipersoalkan. Tiba2. Majlis raja2 buat kenyataan media bahawa mereka tidak pernah mencadangkan perkara tersebut kepada kabinet, DBKL dan kerajaan pusat.
18. Pelik bin ajaib. Ia mengambil satu tempoh untuk keluarkan penafian.
19. Kenyataan timbalan keluar selepas berhari2 barula majlis raja2 mengambil satu tindakan menafikan hal tersebut. Kenapa bukan menafikan dengan segera? 

Contohnya. Hari neh keluar paper The Malay Mail, esok terus nafi? Kenapa perlu tunggu berhari2 lamanya baru nak menafikan hal tersebut? Utusan bebel. Umno bebel. 

Kat PAU bebel. Kat berita bebel. Bebel punya bebel, boleh diam jek majlis raja2 kau neh kan? Lepas tue baru keluarkan kenyataan bahawa ia tiada kaitan dengan mereka.
20. Kemudian. Tengku Adnan berulang kali dan beria2 mengeluarkan kenyataan di sana di sini, di forum itu, di depan wartawan ini, mengatakan bahawa cadangan untuk tukar nama jalan bukan la di atas keputusan majlis raja2. 

 Ia adalah atas keputusannya sendiri. Ia dibuat kerana nama2 jalan yang ditukar itu tidak mempunyai apa2 erti.
21. Dalam otak aku pula terfikir2. Nama baru neh ada erti ke?
22. Nama baru neh hanya merujuk kepada bekas nama agong dan sultan2 sedia ada.
23. Apakah ianya ada erti yang lebih baik? Contohnya. Jasa membantu orang miskin, tertindas atau pejuang yang lawan harga rumah dan menentang kezaliman BN bagi membela nasib rakyat?
24. Selain dari nama sultan merujuk kepada sultan2 tersebut aku tak nampak ianya membawa apa2 erti yang perlu dikenang sampai mati.
25. Dan. Terkini. DAP menuntut menteri wilayah meminta maaf secara terbuka sebab mencalarkan imej raja2 apabila timbalannya membuat kenyataan yang mengaitkan penukaran nama2 jalan ada kaitan dengan cadangan yang pernah dikemukakan oleh majlis raja2 di negara neh.
26. Pelik. DAP pun bebalisme juga ka. Penjilat monarki juga ka?
27. Jika diperhatikan dari kronologi kejadian ;
- Penceritaan timbalan menteri wilayah agak tersusun.
- Bermula dari cadangan majlis raja2, dibawa ke kabinet, diluluskan pada tahun lepas, dikuatkuasakan pada tahun neh, nama ditentukan merujuk kepada jarak jalan dan sebagainya blabla..
- Seolah2 membayangkan dia diberikan input tersebut.
- Ataupun sekurang2nya dia tahu perjalanan cerita tersebut memandangkan dia no 2 selepas Tengku Adnan.
-  Dia kan timbalan menteri. Takan terpacak tak buat kerja, tak p meeting.
- Kronologi penyebab kenapa nama jalan itu ditukar serba sedikit dia mesti tahu punya la.
- And then. Tindakan majlis diraja yang lambat menafikan perkara tersebut boleh mengundang persepsi dan persoalan.
- Kenapa tak nafikan laju2? Kenapa mengambil satu tempoh baru keluarkan kenyataan? Adakah kerana menyirap dengan kritikan demi kritikan? 

Adakah selepas bermesyuarat sana sini, berbincang dan berbahas sesama sendiri akhirnya mengambil satu pendekatan bagi melindungi intergriti dan imej monarki di negara ini?
- Dan paling bangang. Sudah tentu la tindakan Ku Nan kita. Cakap sekali sudah cukup. Tapi bila dia beria2 ulang sana ulang sini. Itu bukan cadangan majlis raja2. Itu cadangan saya. 

Blablabla.. ulang dan ulang dan ulang.. ini membayangkan seolah2 dia nak paksa orang terima dan faham bahawa itu ialah cadangan dia.
Hello. Kau buat satu cadangan. Kau patut merujuk cadangan2 macam neh dengan rakyat terlebih dahulu tau.
Kenapa kau buat satu cadangan syok sendiri tanpa mengambil peduli samada rakyat terima atau tidak.
Nampak sangat ada sesuatu kat situ. Nampak sangat sedang berusaha melakukan sesuatu. Sudah2la dengan korang punya permainan dan wayang murahan neh. Meluat aku tengok. Jadi menteri otak pun macam CIBAI. 

Patut fikirlah. Macam mana nak kurangkan traffic jem ka apa ka. Ini kalau traffic jem orang maki jalan. Nama jalan plak nama sultan. Bila termaki nama jalan tue korang rasa sentap ka?
Aku memang suka maki nama jalan. Febret kot.
Jangan2 lepas neh aku saja2 maki nama jalan tue walaupun tak jem.
Bukan betul pun otak aku neh hah.
KAH KAH KAH
Lue fikirlah sendiri Ku Nan oi. Ke lue dah nyanyuk tunggu masa jek neh?
KAH KAH KAH
Bai.

AMENO WORLD

FOTO JET PERIBADI DENGAN JALUR GEMILANG DI ISRAEL SEBENARNYA MILIK SIAPA?

Posted: 05 Dec 2014 12:00 AM PST

 

(5 GAMBAR) GEMPAR!! JET PERIBADI DENGAN JALUR GEMILANG DI ISRAEL SEBENARNYA MILIK SIAPA? | Dalam satu perbualan di laman forum cari.com.my, Mynewshub sedang meneliti beberapa kemaskini peserta forum berkaitan satu teori terbaru berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, 8 Mac lepas.

Bagaimanapun, satu kemaskini yang menunjukkan sebuah pesawat peribadi VIP dengan bendera Malaysia tertera di bahagian ekornya amat menarik perhatian.



Pesawat itu dengan nombor pendaftaran ***39T telah dirakamkan berada di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel pada 25 November 2010 oleh jurugambar penerbangan dengan nama 4x6zk yang juga ahli kepada pasukan Four X-Ray Team di Israel.

Pemeriksaan lanjut Mynewshub.cc mendapati di ekor pesawat berkenaan memang tertera lambat bendera Malaysia berkenaan dan bukannya gambar yang diedit dengan diletakkan bendera Jalur Gemilang itu.

Pesawat jenis Gulfstream G450 itu dari maklumat pendaftarannya dimiliki oleh sebuah syarikat di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat dan boleh memuatkan 22 orang penumpang.

Pendaftarannya dilihat masih sah sehingga kini apabila ia dikatakan akan tamat tempoh pada 30 November tahun depan, menurut laman web penerbangan FlightAware.com.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati banyak gambar pesawat sama dikesan berada di beberapa lapangan terbang di Malaysia antaranya Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dan paling kerap di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.



Kali terakhir ia dikesan ialah di Subang pada Februari tahun ini tetapi tiada Jalur Gemilang di bahagian ekornya.

Persoalan timbul apabila pesawat yang sama dilihat berada di Tel Aviv di lapangan terbang berkenaan yang merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di Israel.


Gambar pesawat berkenaan diperolehi di laman web perkongsian gambar berkaitan penerbangan JetPhotos.net dari pelbagai jurugambar.

Amat diharap, pihak berkaitan yang menggunakan pesawat dengan bendera Malaysia ini membuat penjelasan mengapa ia berada di Israel pada November 2010