Rabu, 3 Disember 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Satu Dilucutkan Ada LAPAN LAGI.........

Posted: 03 Dec 2014 10:37 PM PST

Zar Ali IV Ali's photo.

Berita Kelmarin yang menyatakan yang gelaran DATO SERI yang dianugerahkan kepada YB Dato Panglima Utama Anwar Ibrahim telah ditarik balik oleh Sultan Selangor berkuatkuasa 03 Disember 2014.


Untuk pengetahuan Rakyat Malaysia - YB DPU Anwar Ibrahim masih ada LAPAN lagi Anugerah dan Gelaran yang diterima dari beberapa negeri lagi.... 

Dengan itu jangan kita ambil gundah gulana tentang perkara itu... 

Kami yang dulunya datang dari UMNO lebih mesra memanggil beliau dengan gelaran "PAK SHEIKH sahaja.



Wassalam.

Akta Hasutan: Adun PR bawa usul, BN keluar dewan - HARAKAHDAILY

Posted: 03 Dec 2014 09:56 PM PST

 
  KUALA LUMPUR: Dewan Negeri Selangor (DNS) yang bersidang hari ini meluluskan usul tergempar menggesa Kerajaan Pusat memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Usul itu dibawa Adun Kampung Tunku, Lau Weng San yang disokong Saari Sungib (Hulu Kelang), Tiew Way Kang (Teratai) dan Ng Suee Lim (Sekinchan).

Katanya, pendirian PM yang membelakangkan janjinya menunjukkan sikap hipokrit atau dalam bahasa Arab, 'munafik'.

"Respons parti komponen BN yang lain berkenaan pendirian terbaru Perdana Menteri itu sangat menarik, yang mana pemimpin MCA dan MIC berkata keputusan akta terpenting itu tidak pernah dibincangkan dalam kabinet," katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk keputusan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak  untuk tidak memansuhkan akta itu ketika perhimpunan agung parti itu, baru-baru ini.

Sementara itu, Saari yang pernah dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyifatkan Akta Hasutan berkenaan menindas dan menghalang rakyat bersuara.

Tegasnya, ini adalah perjuangan rakyat menentang kezaliman, perjuangan untuk menjamin kebebasan bersuara.

Sesungguhnya, kata beliau negara ini tidak perlu akta yang kejam sebaliknya wujudkan akta yang mampu mewujudkan suasana harmoni.

Terdahulu, semua Adun Barisan Nasional keluar dewan ketika usul tergempar itu dibangkitkan.

PANAS !! YB KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN MALAYSIA BUKAN LAGI DATUK SERI ?

Posted: 03 Dec 2014 10:03 PM PST


Khamis, 4 Disember 2014.  PANAS !!  YB KETUA PEMBANGAN PARLIMEN MALAYSIA BUKAN LAGI DATUK SERI ?  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilucutkan gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepadanya pada tahun 1992 oleh Sultan Selangor .  Pelucutan gelaran itu berkuat kuasa pada 3 November.  Istana Selangor dalam satu kenyataan pada hari Khamis berkata keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar dibuat kerana beliau sejak akhir tahun 2013 yang mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut Menteri Besar baru-baru ini.'  "Sultan, selepas berunding dengan Dewan di-Diraja Selangor , telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah ditarik balik berkuatkuasa 3 November, selaras dengan kuasa Baginda sebagai sumber bagi segala Penghormatan dan Kebesaran dalam negeri Selangor serta kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran seperti mana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," menurut kenyataan tersebut.  Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin , Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan dan tingkah laku penasihat PKR itu menunjukkan bahawa beliau tidak lagi  layak untuk memegang sebarang gelaran.  Lantak HANGPA la......

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilucutkan gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepadanya pada tahun 1992 oleh Sultan Selangor .

Pelucutan gelaran itu berkuat kuasa pada 3 November.

Istana Selangor dalam satu kenyataan pada hari Khamis berkata keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar dibuat kerana beliau sejak akhir tahun 2013 yang mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut Menteri Besar baru-baru ini.'

Khamis, 4 Disember 2014.  PANAS !!  YB KETUA PEMBANGAN PARLIMEN MALAYSIA BUKAN LAGI DATUK SERI ?  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilucutkan gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepadanya pada tahun 1992 oleh Sultan Selangor .  Pelucutan gelaran itu berkuat kuasa pada 3 November.  Istana Selangor dalam satu kenyataan pada hari Khamis berkata keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar dibuat kerana beliau sejak akhir tahun 2013 yang mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut Menteri Besar baru-baru ini.'  "Sultan, selepas berunding dengan Dewan di-Diraja Selangor , telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah ditarik balik berkuatkuasa 3 November, selaras dengan kuasa Baginda sebagai sumber bagi segala Penghormatan dan Kebesaran dalam negeri Selangor serta kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran seperti mana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," menurut kenyataan tersebut.  Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin , Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan dan tingkah laku penasihat PKR itu menunjukkan bahawa beliau tidak lagi  layak untuk memegang sebarang gelaran.  Lantak HANGPA la......

"Sultan, selepas berunding dengan Dewan di-Diraja Selangor , telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah ditarik balik berkuatkuasa 3 November, selaras dengan kuasa Baginda sebagai sumber bagi segala Penghormatan dan Kebesaran dalam negeri Selangor serta kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran seperti mana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," menurut kenyataan tersebut.


Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin , Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan dan tingkah laku penasihat PKR itu menunjukkan bahawa beliau tidak lagi layak untuk memegang sebarang gelaran.

BANYAK LAGI GELARAN DAN PANGKAT DITERIMA OLEH : 

YB DATO PANGLIMA UTAMA ANWAR IBRHIM




Lantak HANGPA la......

Pengeluaran IC Haram Kerana Tamak, Bukan Politik

Posted: 03 Dec 2014 08:00 PM PST

 



KOTA KINABALU — Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah mendapati pengeluaran kad pengenalan (IC) biru secara haram kepada pendatang asing di negeri ini didorong faktor kewangan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata tidak ada dalam hasil siasatan suruhanjaya itu menunjukkan pengeluaran IC kepada pendatang asing dibuat atas kepentingan politik, khususnya atas nama 'Projek IC'.

"(Suruhanjaya mendapati) kerajaan telah mengambil tindakan ke atas mereka yang mengeluarkan IC dan dokumen pengenalan diri lain tanpa mengikut lunas undang-undang.

"Ini jelas menunjukkan bahawa isu 'Projek IC' yang dibangkitkan tidak timbul," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah di sini hari ini.

Menurut Ali, suruhanjaya tersebut membuat kesimpulan terdapat kebarangkalian 'Projek IC' itu wujud, tetapi hanya berdasarkan lima saksi "yang bukan sahaja tidak tertakluk kepada pemeriksaan balas, malah merupakan bekas pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berkaitan penglibatan mereka dalam pengeluaran IC secara haram."

Beliau juga berkata suruhanjaya itu mendapati tidak terdapat petunjuk jelas proses permohonan dan pengeluaran IC oleh JPN adalah salah mengikut Peraturan Pendaftaran Negara 1972.

"Perkara yang salah ialah tatacara yang telah disalahgunakan oleh pemohon dengan memberi maklumat (peribadi) tidak tepat dan selepas itu, pengesahan maklumat (tidak tepat) itu dibuat oleh ketua kampung dan sebagainya (pihak berkuasa berkaitan).

"Suruhanjaya mendapati penggunaan akuan berkanun atau surat akuan yang sebenarnya memudahkan dan menyerlahkan penyalahgunaan tersebut (maklumat peribadi tidak tepat)," kata Ali.

Mengenai orang bukan wargenegara yang mendaftar sebagai pemilih, Ali berkata berdasarkan keterangan menyeluruh sepanjang prosiding RCI dijalankan, suruhanjaya itu tidak dapat menentukan bilangan sebenar mereka.–BERNAMA

 

Kastam Malaysia KANTOI Seludup Rokok Di Sempadan Brunei; Mengapa Senyap?

Posted: 03 Dec 2014 07:15 PM PST

Menyeludup rokok dengan menggunakan kenderaan rasmi Kastam; ditangkap pula oleh Kastam Brunei, satu perkara yang amat memalukan negara Malaysia.


Walaupun dijatuhkan denda sebanyak B$ 130,000.00, namun imej negara tercalar teruk oleh aktiviti haram seperti ini. Mengapa perkara sebegini disenyapkan?


Apa pun kita pasti lebih banyak aktiviti sebegini telah lama dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi ianya bukan setakat memalukan nama jabatan malahan nama negara turut rosak.

Lagi persoalan yang timbul ialah mengapa hanya statistik jenayah atau statistik kematian kemalangan jalan raya dipertikai oleh sesetengah pihak terutama pembangkang; mengapa statistik penyeludupan tidak pernah dipersoal?












VIDEO - Bila agaknya keputusan bicara liwat 2 Anwar?

Posted: 03 Dec 2014 06:30 PM PST

Hai hai hai hai .. dah berminggu-minggu ni. Apa cerita dengan kes liwat 2 Anwar?

Hakim yang arif lagi bijaksana masih mencari kata putus yang tepat?


Harap-harap tiada campur tangan dari pihak politikus yang akan mengatur keputusan perbicaraan tersebut.

Kita juga tertanya-tanya, bila agaknya nak selesai kes Khir Toyo?


Mahkamah kat Malaysia ni apa 'jenis' ye..



Pen Burok Online 

Dengar Penjelasan DS Anwar Mengenai Keputusan Hakim 



AL FATIHAH : Sepasang kekasih mati berpelukan dalam tali air (Gambar)

Posted: 03 Dec 2014 06:00 PM PST

 

Sabak Bernam: Sepasang kekasih yang akan bernikah bulan depan ditemui mati berpelukan dalam tali air di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia Parit 9 Timur, Sungai Besar, dekat sini pagi tadi.



Mangsa dipercayai lemas dalam tali air itu selepas motosikal dinaiki mereka terbabas semalam.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, mayat pasangan itu ditemui 8 pagi tadi oleh orang awam.



Menurutnya, kedua-dua mangsa menaiki motosikal dan dipercayai terbabas sebelum masuk ke tali air berkenaan ketika hujan lebat semalam.



Beliau berkata, mangsa dikenali Intan Norliyana Mohammed, 18, dari Parit Changkat dekat sini dan Mohammad Azizul Ariffin, 21, dari Kampung Baru Nelayan.



Menurutnya, keluarga Mohammad Azizul membuat laporan polis melaporkan kehilangannya 9.30 malam tadi.



Difahamkan kedua-duanya akan bertunang bulan ini dan mendirikan rumah tangga bulan depan.

-hmetro-

VIDEO - Hadis Rasulullah S.A.W - Hadis wala' yang disalah erti

Posted: 03 Dec 2014 05:15 PM PST



Bawa pulang abu Chin Peng demi hormati perjanjian - The Malaysian Insider

Posted: 03 Dec 2014 04:42 PM PST

 
 
Amat dikesalkan apabila Putrajaya masih enggan membenarkan abu pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibawa pulang dari Thailand, selepas 25 tahun perjanjian damai menghentikan pemberontakan komunis, kata Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P Ramasamy.
"Ia sangat kejam. Apa salahnya bawa pulang abunya? Kita tidak perlu bersetuju dengan komunisme.
"Dia sudah mati dan tidak ada lagi. Bolehkah abunya hidupkan kembali komunisme?" kata pemimpin DAP itu kepada The Malaysian Insider.

Pada Sabtu, Persatuan Persahabatan Abad ke-21 Malaysia mendesak kerajaan memenuhi dan menghormati Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani pada 2 Disember, 1989 di Hatyai, selatan Thai dengan PKM dan kerajaan Thailand.

Salah satu daripada syarat perjanjian itu ialah ahli PKM yang berasal dari Malaya dibenarkan pulang dan tinggal di Malaysia, jika mereka mahu.

Bagaimanapun, setiausaha agung PKM Chin Peng, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, dilarang daripada pulang. Kini, walau selepas kematiannya, abunya juga tidak dibenarkan masuk ke dalam negara.

Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri berkata Putrajaya tidak akan membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia.

Beliau berkata kerajaan sensitif terhadap perasaan keluarga angkatan tentera, anggota polis dan orang awam yang dibunuh atau diseksa oleh PKM.

Hari ini ulang tahun ke-25 perjanjian itu. Chin Peng adalah seorang daripada 3 pemimpin kanan PKM yang menandatangani perjanjian itu bagi pihak parti.

Ramasamy berkata di sebalik latar belakang komunis, Chin Peng adalah secara tidak langsung seorang nasionalis seperti Sukarno dan Ho Chi Minh, yang berjuang untuk kemerdekaan.

"Dia juga berjuang menentang Jepun dan diberi penghormatan OBE (Order of the British Empire)," katanya.
Ramasamy juga bertanya mengapa beberapa ahli PKM seperti allahyarham Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh dibenarkan pulang tetapi Chin Peng tidak.

"Saya fikir ini ada kaitan dengan perkauman," katanya, menambah amat mengecewakan apabila parti komponen Barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan tidak bersuara mengenai perkara itu.

Ramasamy berkata beliau mahu menyatakan pandangannya berhubung isu itu kerana keluarganya dan keluarga Chin Peng pernah berkawan.

"Saya bukan bercakap mengenai perkara ini kerana saya ahli politik. Saya juga berasal dari Sitiawan, Perak sama seperti Chin Peng. Bapa saya dan bapa dia berkawan.

"Umur saya 6 atau 7 tahun ketika bapa saya bawa ke kedai basikal bapa Chin Peng, di mana saya dapat basikal pertama.

"Malangnya, keluarga kami terputus hubungan. Saya rasa kedai basikal keluarga Chin Peng sudah tidak ada di situ lagi," katanya.

Kali pertama Chin Peng memohon untuk pulang ke Malaysia ialah pada lewat 1990, tetapi permohonannya ditolak pada Disember tahun berikutnya.

Selepas beberapa rakannya dalam PKM diberi keizinan untuk pulang, dia berusaha lagi untuk pulang ke kampung halamannya, termasuk memohon kepada perdana menteri pada masa itu Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 14 Jun, 2004 tetapi tidak berjaya.

Chin Peng kemudian memohon kepada mahkamah dan kalah dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 30 April, 2009.

Chin Peng hidup dalam buangan di Thailand sehingga meninggal dunia di hospital di Bangkok pada Hari Malaysia tahun lalu.

Kerajaan setuju terima syor RCI tubuh jawatankuasa tetap Pati

Posted: 03 Dec 2014 04:00 PM PST



Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa memaklumkan jawatankuasa kerja yang bakal ditubuhkan akan meneliti isu-isu dibangkitkan oleh laporan RCI serta maklum balas, aduan dan pandangan masyarakat Sabah untuk diketengahkan kepada jawatankuasa tetap.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa memaklumkan jawatankuasa kerja yang bakal ditubuhkan akan meneliti isu-isu dibangkitkan oleh laporan RCI serta maklum balas, aduan dan pandangan masyarakat Sabah untuk diketengahkan kepada jawatankuasa tetap.

Kerajaan bersetuju menerima syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) di Sabah supaya sebuah jawatankuasa tetap ditubuhkan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika mengumumkan laporan RCI di Kota Kinabalu hari ini berkata jawatankuasa tetap itu akan dipengerusikan bersama oleh menteri dalam negeri dan ketua menteri Sabah, yang akan melaporkan kepada jemaah menteri Kabinet yang dipengerusikan perdana menteri.


"Keahlian, terma rujukan serta bidang kuasa jawatankuasa itu akan ditetapkan pada masa terdekat," katanya dalam satu sidang media yang turut dihadiri Penguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Saripuddin Kasim yang sebelum ini Setiausaha RCI dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman.

Pada masa sama, Ali berkata sebuah jawatankuasa kerja dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Pairin Kitingan akan ditubuhkan.

Menurutnya jawatankuasa kerja itu antara lain akan meneliti isu-isu dibangkitkan oleh laporan RCI serta maklum balas, aduan dan pandangan masyarakat Sabah untuk diketengahkan kepada jawatankuasa tetap.

Beliau berkata RCI sebelum itu mengesyorkan dua cadangan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan iaitu penubuhan jawatankuasa tetap itu dan akan dibantu suatu jawatankuasa pengurusan pendatang asing yang diberikan kuasa secukupnya.

Sekiranya cadangan itu tidak dipersetujui oleh kerajaan, RCI mengesyorkan supaya suatu majlis penasihat mengenai pendatang asing ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh profesional dan dianggotai pegawai kanan kerajaan, tokoh korporat, tokoh akademik, wakil perundangan, wakil Pejabat Peguam Negeri dan lain-lain pihak yang bersesuaian.

Ali berkata dalam mencari penyelesaian ke atas isu kebanjiran Pati di Sabah, suruhanjaya meneliti tiga cadangan, daripada saksi-saksi.
 

 
Menurutnya cadangan pertama ialah menarik balik semula kad pengenalan yang diberikan secara haram dan suruhanjaya mendapati cadangan ini mempunyai merit tersendiri tetapi timbul kesukaran dalam mekanisme untuk mengenal pasti dan mengesan kad pengenalan.

Katanya cadangan kedua ialah memperkenalkan 'Kad Pengenalan Sabah' kepada penduduk Sabah Asli, bagaimanapun suruhanjaya mendapati tiada sebarang mekanisme pelaksanaan dikemukakan oleh mana-mana saksi.

Cadangan ketiga iaitu penubuhan suatu jawatankuasa tetap mengenai pendatang asing di Sabah dan didukung oleh sebuah jawatankuasa pengurusan, kata Ali.

RCI ditubuhkan pada 11 Ogos 2012 dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim dan turut dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Tan Sri Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk K.Y Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga bekas Peguam Besar Negeri Sabah Tan Sri Herman J. Luping.

Suruhanjaya itu antara lain diberikan kuasa menyiasat jumlah pendatang asing di Sabah yang diberikan kad pengenalan atau kewarganegaraan.

RCI menamatkan prosiding siasatan mereka pada 20 September tahun lepas dengan memanggil 211 saksi termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Bernama, 3 Disember, 2014.

Najib kekal Akta Hasutan demi kepentingan sendiri, kata PAS OLEH MELATI A. JALIL

Posted: 03 Dec 2014 08:00 AM PST

Najib kekal Akta Hasutan demi kepentingan sendiri, kata PAS  OLEH MELATI A. JALIL  Published: 3 December 2014  Datuk Mahfuz Omar berkata terdapat bukti kukuh Akta Hasutan gagal melindungi kesucian Islam dan hak Melayu.  Datuk Mahfuz Omar berkata terdapat bukti kukuh Akta Hasutan gagal melindungi kesucian Islam dan hak Melayu.   Pengumuman Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 bukanlah untuk melindungi orang Melayu dan Islam tetapi mengukuhkan kedudukannya sebagai presiden Umno, kata Datuk Mahfuz Omar.  Ketua penerangan PAS itu berkata, kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sementara isu seperti tanah rizab Melayu tidak perlu dikukuhkan melalui Akta Hasutan.  Datuk Mahfuz Omar berkata terdapat bukti kukuh Akta Hasutan gagal melindungi kesucian Islam dan hak Melayu.

Datuk Mahfuz Omar berkata terdapat bukti kukuh Akta Hasutan gagal melindungi kesucian Islam dan hak Melayu. 

Pengumuman Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 bukanlah untuk melindungi orang Melayu dan Islam tetapi mengukuhkan kedudukannya sebagai presiden Umno, kata Datuk Mahfuz Omar.

Ketua penerangan PAS itu berkata, kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sementara isu seperti tanah rizab Melayu tidak perlu dikukuhkan melalui Akta Hasutan.

"Terdapat bukti kukuh Akta Hasutan tidak dapat melindungi kesucian Islam dan Melayu. Tanah rizab Melayu banyak berkurangan walaupun dengan penguatkuasaan Akta Hasutan," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur hari ini.

Mahfuz berkata PAS dan Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah mempertikaikan peruntukan Perlembagaan berhubung kedudukan Islam, raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu tetapi akta itu akan disalah guna untuk melindungi kuasa Barisan Nasional (BN).

"Perlembagaan negara lebih besar daripada Akta Hasutan.

"(Tetapi) kandungan dan perkara di bawah akta itu cenderung kepada pendakwaan terpilih dan berat sebelah untuk tujuan politik. Bukan untuk melindungi keharmonian nasional," katanya.

Mahfuz berkata, akta itu boleh disalah guna kerana pihak pendakwa tidak perlu membuktikan tertuduh berniat melakukan hasutan.

"Ini yang kita lihat banyak pendakwaan dibuat atas asas ini, sementara motif sebenar ialah menghalang kebebasan bersuara dan melindungi kelemahan kerajaan."

Katanya, negara sudah mempunyai peruntukan undang-undang yang mencukupi seperti Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia bagi menangani kes penghinaan terhadap sesama kaum dan agama. 

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, PAS akan meneruskan kempen sehingga akta berkenaan dimansuhkan.

Beliau juga menggesa Najib mendedahkan keputusan akhir kerajaan terhadap draf Akta Keharmonian Nasional yang dirangka Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional.

"Beliau (Najib) patut mendedahkannya kepada orang ramai supaya dapat dipertimbangkan mana yang yang lebih baik," katanya.

Menyentuh isu Timbalan Speaker DUN Selangor, Mahfuz berkata tiada keperluan melantik timbalan speaker kedua kerana tempoh sidang DUN tidak sepanjang sidang Dewan Rakyat.

"Di peringkat Parlimen, kita ada dua timbalan speaker kerana kadang-kadang, debat contohnya mengenai bajet, boleh berlanjutan sehingga dua bulan.

"Tiada keperluan mendesak untuk timbalan speaker II. Ini juga dapat menjimatkan perbelanjaan negeri yang boleh disalurkan kepada pembangunan lain."

Seorang wakil rakyat PAS dipilih menduduki kerusi timbalan speaker berikutan rombakan dalam PKR dan kemelut menteri besar Selangor, yang berakhir selepas Sultan melantik Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar baharu .

Adun DAP Sekinchan Ng Suee Lim berkata jawatan timbalan speaker II perlu diwujudkan untuk seorang wakil rakyat DAP bagi mengimbangi pemberian jawatan dalam kerajaan negeri antara ketiga-tiga parti PR. – 3 Disember, 2014.


Malaysia Insider.
 

Majlis Raja-raja tidak pernah bincang pertukaran nama jalan di KL

Posted: 03 Dec 2014 07:15 AM PST

 Persidangan Majlis Raja-raja tidak pernah menetapkan atau meluluskan sebarang resolusi menitahkan Dewan Bandaraya Kuala Kuala Lumpur (DBKL) menamakan semula beberapa jalan di ibu negara dengan nama bekas Yang di-Pertuan Agong.
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad turut mengesahkan perkara itu tidak pernah dibentangkan dalam mana-mana sesi persidangan berkenaan.

"Apa yang sebenarnya berlaku ialah satu kertas cadangan dikemukakan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat ke-234 Majlis Raja-raja pada 27 Februari 2014.

"Tetapi kertas cadangan itu ditarik balik oleh kementerian berkenaan dan tidak dipersembahkan semula untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kenyataan itu dikeluarkan bagi membetulkan fakta pemberitaan kurang tepat seperti yang tersiar pada 25 November lepas.

Pada 28 November lepas, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata keputusan DBKL untuk menukar nama lapan jalan utama di sekitar Kuala Lumpur bukan dibuat atas permintaan Majlis Raja-raja, sebaliknya ia adalah keputusan kementerian.

Beliau berkata keputusan itu diambil kerana Yang di-Pertuan Agong merupakan sebahagian daripada lipatan sejarah negara ini bagi memastikan rakyat terus mengingati mereka.

DBKL, dalam satu kenyataan terdahulu, mengumumkan jalan utama yang terlibat ialah Jalan Duta, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ipoh, Persiaran Duta, Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah, Lebuhraya Mahameru, Persiaran Mahameru dan Jalan Semarak.

Jalan-jalan itu ditukar nama kepada Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Sultan Azlan Shah, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin, Lebuhraya Sultan Iskandar, Persiaran Tuanku Ja'afar dan Jalan Sultan Yahya Petra.

Menurut DBKL, nama-nama baharu itu mula berkuat kuasa 26 November. – Bernama, 3 Disember, 2014.



/www.themalaysianinsider.com

PKR gesa sidang Parlimen tergempar hasil RCI Sabah OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 03 Dec 2014 06:30 AM PST


PKR tidak mempercayai Laporan Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja Sabah yang mengatakan kebanjiran warga asing di negeri itu berpunca daripada kerja sindiket sedangkan umum mengetahui ada cubaan mengubah paten demografi untuk memastikan Barisan Nasional terus memerintah.

PKR tidak mempercayai Laporan Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja Sabah yang mengatakan kebanjiran warga asing di negeri itu berpunca daripada kerja sindiket sedangkan umum mengetahui ada cubaan mengubah paten demografi untuk memastikan Barisan Nasional terus memerintah

PKR menggesa agar Putrajaya segera memanggil sidang tergempar Parlimen bagi membolehkan Laporan Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)  berkenaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah dibahaskan di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Penampang (PKR) Darell Leiking (gambar) dalam kenyataannya hari ini turut menzahirkan kekecewaannya kerana berdasarkan laporan RCI yang dikeluarkan hanya menyatakan pemberian kerakyatan Malaysia secara haram itu dilakukan sindiket.

"Saya tidak mempercayai laporan RCI Sabah mengatakan kebanjiran warga asing di negeri itu berpunca daripada kerja sindiket sedangkan umum mengetahui ada cubaan untuk mengubah paten demografi untuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus memerintah," kata Darell.

'Pemimpin-pemimpin BN Sabah kini terpaksa menelan hakikat pahit dan penjelasan lanjut perlu diberikan kepada rakyat Sabah yang sudah sekian lama memendam perasaan marah," katanya.

Darell berkata, pendedahan hasil laporan inkuiri itu juga tidak mengejutkan pihaknya kerana ia jelas menunjukkan tiada sebarang penyelesaian dapat dicapai.

Sehubungan itu, Darell berkata pemimpin parti komponen BN di Sabah juga tiada cara lain selain menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang Parlimen tergempar bagi membahaskan hasil laporan RCI itu.

"Ketika saya memperkatakan perkara ini, pemimpin-pemimpin BN di Sabah tidak seharusnya menyalahkan pembangkang sebaliknya mengingatkan diri mereka tentang kegagalan mereka kerana sering memaparkan diri mereka sebagai pejuang membantah Projek IC dan pendatang asing tanpa izin di Sabah," katanya.


PKR tidak mempercayai Laporan Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja Sabah yang mengatakan kebanjiran warga asing di negeri itu berpunca daripada kerja sindiket sedangkan umum mengetahui ada cubaan mengubah paten demografi untuk memastikan Barisan Nasional terus memerintah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Disember, 2014.

"Terlalu banyak persoalan yang timbul dan rakyat Sabah menuntut diberikan penjelasan oleh ahli Parlimen yang mewakili mereka,"katanya.

Darell berkata, beliau akan mendapatkan laporan RCI Sabah itu, dan memberikan kenyataan lanjut selepas selesai membacanya.

Laporan RCI yang dikeluarkan di Sabah hari ini menyalahkan sindiket dan penjawat awam yang rasuah kerana memberikan kad pengenalan Malaysia kepada warga asing sehingga mengubah keadaan demografi negeri itu dan meningkatkan kecurigaan terhadap daftar pemilihnya.

Laporan RCI Sabah yang dikeluarkan di Kota Kinabalu hari ini bagaimanapun menggesa kerajaan pusat dan negeri melaksanakan iltizam politik yang tinggi bagi menangani kebanjiran pendatang asing tanpa izin melalui penubuhan sekretariat tetap bagi membasmi masalah itu.

Namun, amat menyedihkan apabila laporan itu tidak menyatakan nama individu yang terbabit dalam aktiviti yang digelar sebagai "Projek IC" itu. – 3 Disember, 2014.

www.themalaysianinsider.com.

Laporan audit dedah pembayaran 8 pembantu Khalid tidak ikut proses betul OLEH MD IZWAN

Posted: 03 Dec 2014 05:45 AM PST

Laporan audit dedah pembayaran 8 pembantu Khalid tidak ikut proses betul  OLEH MD IZWAN  Published: 3 December 2014  Panel penyiasat Perbendaharaan Negeri mendedahkan pembayaran pampasan kepada lapan bekas pembantu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mengikut terma dan syarat sepatutnya.   Panel penyiasat Perbendaharaan Negeri mendedahkan pembayaran pampasan kepada lapan bekas pembantu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mengikut terma dan syarat sepatutnya.  Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan pembayaran pampasan RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilakukan tidak mengikut terma dan syarat perkhidmatan surat tawaran pelantikan.  Laporan setebal 11 muka surat yang diedarkan hari ini dibuat lima panel penyiasat Perbendaharaan Negeri, diketuai Ketua Bendahari Azal Adzhar.  "Bayaran pampasan ini tidak dinyatakan di dalam terma dan syarat perkhidmatan pada Surat Tawaran Pelantikan lapan kakitangan/pegawai MBI tersebut," kata laporan yang diedarkan hari ini.  Laporan itu juga mendedahkan kelulusan yang dibuat bagi bayaran pampasan sebanyak 30% daripada gaji terakhir didarabkan dengan jumlah bulan sepanjang berkhidmat dan skim pemberhentian secara sukarela (VSS) yang diambil oleh 8 pembantu Khalid itu juga dilaksanakan tidak mengikut proses yang betul.  Khalid juga dikatakan tidak mendapatkan persetujuan ahli lembaga pengarah sebelum meluluskan pembayaran tersebut.  "Kelulusan pembayaran ini tidak dikemukakan kembali pada Lembaga Pengarah MBI (Menteri Besar Incorparated) untuk tujuan pertimbangan dan kelulusan," kata laporan itu.  Sementara itu, laporan juga mengatakan semua ahli lembaga pengarah MBI tidak pernah memberi persetujuan secara bagi melaksanakan pembayaran pada 22 September 2014 tersebut.  "Ahli lembaga pengarah MBI tidak termasuk pengerusi MBI (Khalid) pada bila-bila masa selepas 25 Ogos 2014, tidak pernah memberi persetujuan secara muktamad bagi pelaksanaan yang sudah dibuat kepada 8 kakitangan yang terlibat seperti diputuskan oleh pengerusi MBI pada 22 September 2014," kata laporan itu.  Daripada laporan itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin menerima bayaran tertinggi RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.  Bagaimanapun, laporan tersebut mendedahkan pembayaran kepada bekas setiausaha politik Khalid itu tidak mengikut perkiraan yang telus kerana tempoh Faekah berkhidmat dengan MBI hanya selama 12 bulan dan bukannya 51 bulan.  "Semakan mendapati CEO MBI Faekah Husin mula berkhidmat pada 1 September 2013.  "Sebelum itu beliau adalah setiausaha politik kepada Datuk Menteri Besar Selangor mulai Julai 2010 dan gaji beliau dibayar kerajaan negeri Selangor di bawah VOTB01 – Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri berjumlah RM5,190 (gaji pokok). Justeru, jumlah bulan berkhidmat dengan MBI adalah selama 12 bulan 23 hari dan bukannya 51 bulan," kata laporan itu.  Jumlah pampasan yang sepatutnya diterima Faekah sepanjang berkhidmat dengan MBI sepatutnya RM136,800 jika 30% daripada gaji pokok RM38,000 didarabkan dengan 12 bulan.  Seorang lagi pembantu Khalid, Mustapha Mohd Talib juga menerima jumlah pampasan yang tidak mengikut perkiraan tepat kerana jumlah bulan beliau berkhidmat dengan MBI adalah 53 bulan 23 hari dan bukannya 78 bulan.  Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) Hannah Yeoh tidak menolak laporan audit dibawa ke peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), namun menegaskan laporan tersebut sudah lengkap.  "Laporan yang diberikan kepada umum hari ini sudah komprehensif," kata Hannah pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.  Kesemua pembayaran dibuat menerusi Surat Arahan Pembayaran kepada Affin Bank Berhad pada 22 September 2014.  Bayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan menteri besar Selangor berkuatkuasa 23 September lepas, yang dilihat sebagai tidak munasabah.  PKR memecat Khalid pada Ogos lalu selepas gagal hadir pendengaran jawatankuasa disiplin tentang perjanjian penstrukturan semula air di Selangor, penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam dan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).  PKR mahu Khalid berundur dan memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor.  Kemelut itu berakhir apabila Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, dilantik Sultan Selangor sebagai menteri besar yang baharu pada September lalu. – 3 Disember, 2014.  www.themalaysianinsider.com. Published: 3 December 2014

Panel penyiasat Perbendaharaan Negeri mendedahkan pembayaran pampasan kepada lapan bekas pembantu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mengikut terma dan syarat sepatutnya. 

Panel penyiasat Perbendaharaan Negeri mendedahkan pembayaran pampasan kepada lapan bekas pembantu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mengikut terma dan syarat sepatutnya.

Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan pembayaran pampasan RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilakukan tidak mengikut terma dan syarat perkhidmatan surat tawaran pelantikan.

Laporan setebal 11 muka surat yang diedarkan hari ini dibuat lima panel penyiasat Perbendaharaan Negeri, diketuai Ketua Bendahari Azal Adzhar.

"Bayaran pampasan ini tidak dinyatakan di dalam terma dan syarat perkhidmatan pada Surat Tawaran Pelantikan lapan kakitangan/pegawai MBI tersebut," kata laporan yang diedarkan hari ini.

Laporan itu juga mendedahkan kelulusan yang dibuat bagi bayaran pampasan sebanyak 30% daripada gaji terakhir didarabkan dengan jumlah bulan sepanjang berkhidmat dan skim pemberhentian secara sukarela (VSS) yang diambil oleh 8 pembantu Khalid itu juga dilaksanakan tidak mengikut proses yang betul.

Khalid juga dikatakan tidak mendapatkan persetujuan ahli lembaga pengarah sebelum meluluskan pembayaran tersebut.

"Kelulusan pembayaran ini tidak dikemukakan kembali pada Lembaga Pengarah MBI (Menteri Besar Incorparated) untuk tujuan pertimbangan dan kelulusan," kata laporan itu.

Sementara itu, laporan juga mengatakan semua ahli lembaga pengarah MBI tidak pernah memberi persetujuan secara bagi melaksanakan pembayaran pada 22 September 2014 tersebut.

"Ahli lembaga pengarah MBI tidak termasuk pengerusi MBI (Khalid) pada bila-bila masa selepas 25 Ogos 2014, tidak pernah memberi persetujuan secara muktamad bagi pelaksanaan yang sudah dibuat kepada 8 kakitangan yang terlibat seperti diputuskan oleh pengerusi MBI pada 22 September 2014," kata laporan itu.

Daripada laporan itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin menerima bayaran tertinggi RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

Bagaimanapun, laporan tersebut mendedahkan pembayaran kepada bekas setiausaha politik Khalid itu tidak mengikut perkiraan yang telus kerana tempoh Faekah berkhidmat dengan MBI hanya selama 12 bulan dan bukannya 51 bulan.

"Semakan mendapati CEO MBI Faekah Husin mula berkhidmat pada 1 September 2013.

"Sebelum itu beliau adalah setiausaha politik kepada Datuk Menteri Besar Selangor mulai Julai 2010 dan gaji beliau dibayar kerajaan negeri Selangor di bawah VOTB01 – Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri berjumlah RM5,190 (gaji pokok). 

Justeru, jumlah bulan berkhidmat dengan MBI adalah selama 12 bulan 23 hari dan bukannya 51 bulan," kata laporan itu.

Jumlah pampasan yang sepatutnya diterima Faekah sepanjang berkhidmat dengan MBI sepatutnya RM136,800 jika 30% daripada gaji pokok RM38,000 didarabkan dengan 12 bulan.

Seorang lagi pembantu Khalid, Mustapha Mohd Talib juga menerima jumlah pampasan yang tidak mengikut perkiraan tepat kerana jumlah bulan beliau berkhidmat dengan MBI adalah 53 bulan 23 hari dan bukannya 78 bulan.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) Hannah Yeoh tidak menolak laporan audit dibawa ke peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), namun menegaskan laporan tersebut sudah lengkap.

"Laporan yang diberikan kepada umum hari ini sudah komprehensif," kata Hannah pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Kesemua pembayaran dibuat menerusi Surat Arahan Pembayaran kepada Affin Bank Berhad pada 22 September 2014.

Bayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan menteri besar Selangor berkuatkuasa 23 September lepas, yang dilihat sebagai tidak munasabah.

PKR memecat Khalid pada Ogos lalu selepas gagal hadir pendengaran jawatankuasa disiplin tentang perjanjian penstrukturan semula air di Selangor, penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam dan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

PKR mahu Khalid berundur dan memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor.

Kemelut itu berakhir apabila Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, dilantik Sultan Selangor sebagai menteri besar yang baharu pada September lalu. – 3 Disember, 2014.



www.themalaysianinsider.com.
 

Tahap rasuah: NOW anggap M'sia ketinggalan 10 tahun HARAKAHDAILY

Posted: 03 Dec 2014 05:00 AM PST

 KUALA LUMPUR: Kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengukur tahap rasuah menunjukkan Malaysia telah ketinggalan jauh lebih 10 tahun dalam usaha anti-rasuah berbanding masyarakat antarabangsa, kata Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir.

Oleh yang demikian, katanya dalam satu kenyataan NOW menggesa SPRM untuk memulakan usaha menilai tahap rasuah secara sistematik dengan segera dan NOW sedia berbincang dan bekerjasama dengan SPRM agar Malaysia mempunyai kayu ukur tahap rasuah yang boleh digunapakai secara tepat dan telus.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam sidang media mesyuarat Negara Anggota Asia Tenggara Memerangi Rasuah (Sea-Pac) yang menyebut bahawa tahap rasuah di setiap negara tidak boleh diukur adalah tidak bertanggungjawab dan memalukan negara.

Alasan yang diberikan oleh beliau: pengukuran tahap rasuah adalah subjektif dan sehingga kini tiada mekanisme untuk mengukur tahap rasuah di setiap negara. 


Ini menimbulkan persoalan bagaimana SPRM merangka gerak kerja anti-rasuah selama ini sedangkan perkara asas seperti pengukuran tahap rasuah yang sistematik masih gagal dilaksanakan.

Maka tidak hairanlah persepsi sinis rakyat yang percaya bahawa kegiatan rasuah masih berleluasa di Malaysia dan bagaimana rakyat hilang keyakinan terhadap usaha kerajaan membanteras rasuah. 


Ini jelas dinyatakan melalui Laporan Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index (CPI) 2013 oleh Transparency International yang menyenaraikan Malaysia di tangga ke-53, ketinggalan jauh di belakang negara jiran Asia dan Timur Tengah termasuk Singapura (5), Emiriyah Arab Bersatu (26), Qatar (28), Bhutan (31), Taiwan (36) dan Brunei (38).

Selain daripada ukuran persepsi masyarakat terhadap rasuah, National Oversight and Whistleblowers (NOW) ingin menarik perhatian SPRM bahawa usaha mengukur tahap rasuah secara bersepadu di peringkat antarabangsa telah dilaksanakan sejak tahun 2001 oleh Global Integrity, sebuah badan NGO antarabangsa di mana Laporan Global Integrity Report telah diterbitkan sejak tahun 2004.

Setakat ini, Laporan Global Integrity Report telah merangkumi 35 negara yang mana usaha ini turut dibiayai oleh United Nation Development Program. 


Walaupun Global Integrity masih belum membuat kajian terhadap tahap rasuah di Malaysia, SPRM seharusnya tidak menunggu dan sebaliknya mengambil inisiatif untuk mempelajari dan menggunapakai mekanisme tersebut untuk mengukur tahap rasuah negara.

Sebagai contoh, laporan tersebut menggunapakai prinsip menilai kewujudan, keberkesanan, dan akses rakyat kepada mekanisme anti-rasuah. 


Melalui kaedah ini, SPRM seharusnya mampu menilai isu seperti ketelusan dalam proses tender kerajaan, kebebasan media, keperluan pendedahan aset dan undang-undang terhadap mereka yang berkepentingan.

Berikut adalah petikan daripada keadah Laporan Global Integrity:

An Integrity Indicators scorecard assesses the existence, effectiveness, and citizen access to key governance and anti-corruption mechanisms through more than 300 actionable indicators. 


It examines issues such as transparency of the public procurement process, media freedom, asset disclosure requirements, and conflicts of interest regulations.

Kegagalan SPRM untuk mengukur tahap rasuah menunjukkan Malaysia telah ketinggalan jauh lebih 10 tahun dalam usaha anti-rasuah berbanding masyarakat antarabangsa. 


Oleh yang demikian, NOW menggesa SPRM untuk memulakan usaha menilai tahap rasuah secara sistematik dengan segera dan NOW sedia berbincang dan bekerjasama dengan SPRM agar Malaysia mempunyai kayu ukur tahap rasuah yang boleh digunapakai secara tepat dan telus. -  


HARAKAHDAILY

Mashitah jangan jual agama - Abby Abadi MUHAMMAD FAIZAL

Posted: 03 Dec 2014 04:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Abby Abadi meminta Ketua Wanita Umno Bahagian Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim agar tidak menjual agama dengan berdolak dalik dalam isu memperlekeh kewujudan 'ustaz ekspres, ustazah jadian' dalam kalangan artis yang berhijrah dan bersama dengan PAS.

Katanya, ucapan Mashitah pada Persidangan Wanita Umno minggu lalu amat jelas mengkritik artis-artis yang berhijrah termasuk ustaz yang berdakwah menggunakan kaedah hiburan.

"Rasanya beliau perlu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat penafian, jelas apa yang beliau ucapkan pada persidangan Umno yang lalu.

"Saya cuma ingin tahu kenapa artis yang berhijrah bersama PAS sahaja dikritik kenapa pula mereka yang bersama Umno tidak dipersoalkan," katanya kepada Harakahdaily.

Abby Abadi turut mempersoalkan pendirian Mashitah yang berkata tentang kelayakan seseorang dalam menyebarkan agama Allah.

"Bagi saya untuk mengingatkan seseorang itu tentang Islam ia tidak perlu ada gelaran, tak bolehkah orang yang selama ini buat salah mengingatkan orang lain agar tidak melakukan dosa, sudah tentu boleh sebab itu dari pengalamannya sendiri.

Menurut beliau lagi, kenyataan Mashitah sebelum ini terlalu banyak yang mengelirukan rakyat khususnya umat Islam yang perlu diambil perhatian.

"Jangan ingat bila duduk di dalam Umno atau kerajaan kita boleh mengeluarkan kenyataan mengikut kehendak diri sendiri, perlu bijak berfikir jangan menjadikan diri kita ini 'bodoh' tanpa kita sedar.

"Mashitah yang dulu selalu bercakap tentang agama, bersopan santun telah hilang apabila sekarang lebih mementingkan jawatan serta kedudukan," tambahnya lagi.

Mashitah semalam menjelaskan beliau tidak bertujuan menghina atau memperlekeh mana-mana pihak apabila membuat teguran mengenai kewujudan ramainya 'ustaz ekspres, ustazah jadian' dalam kalangan artis yang berhijrah.

Ketua Wanita Umno Baling itu berkata, pandangannya yang dikemukakan ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, disalah erti sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak. 



HARAKAHDAILY 3/12/2014

Selesai PAU, Umno terus ambil tanah rakyat - MUHAMMAD FAIZAL

Posted: 03 Dec 2014 03:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Walaupun Persidangan Agung Umno (PAU) yang lepas membincangkan isu membabitkan tanah bumiputera, namun parti yang dikatakan memperjuangkan hak bumiputera itu terus mengambil tanah rakyat dengan alasan pembangunan.


Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail berkata keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri Melaka mengekalkan untuk mengambil tanah rezab Melayu di Kampung Sungai Jerneh untuk dijadikan empangan adalah tindakan tidak bertanggungjawab.

"Isu kehilangan 70 peratus tanah rezab Melayu menjadi topik hangat bermulanya Perhimpunan Pemuda Umno dan seterusnya Perhimpunan Agung Umno serta disebut Presiden Umno pada penggulungannya.

"Namun tindakan Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Umno Melaka mengekalkan usaha kerajaan mengambil tanah kampung ini sehari selepas PAU berakhir menampakkan penegasan mereka dalam Perhimpunan Agung UMNO hanya satu lakonan semata-mata," jelasnya kepada Harakahdaily.
Mohd Nasaie turut berkata, kampung Sungai Jerneh merupakan sebuah kampung yang berusia 200 tahun dan rumah-rumah di kampung tersebut telah dibina sejak tahun 1830 lagi.

"Kampung ini mempunyuai nilai sejarah tersendiri, di kampung inilah pahlawan Melayu Dol Said berkubu pada tahun 1832 selepas tewas dalam pertembungan dengan Inggeris di Tabuh Naning.

"Bagi Pemuda PAS, kerajaan negeri sepatutnya membangunkan kampung tersebut dan menjadikannya sebagai produk pelancongan sejarah di melaka.

"Usaha mesti dijalankan agar kampung ini diikhtiraf oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai tapak warisan dunia, sebaliknya tindakan untuk membina empangan adalah tidak sepatutnya," sambung beliau lagi.

Beliau yang turut menggesa jika Kerajaan Negeri Melaka ingin meneruskan juga pembinaan empangan  tersebut ia perlu dipindahkan ke lokasi yang tidak didiami penduduk apatah lagi perkampungan bersejarah.

Perkara ini disebut oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Harun dalam berita Astro Awani semalam. –  


HARAKAHDAILY

Rumusan RCI: Projek IC 'mungkin' wujud

Posted: 03 Dec 2014 02:45 AM PST

 
Laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah membuat kesimpulan, antara lain, bahawa "Projek IC" yang begitu banyak diperkatakan, mungkin wujud di negeri itu.

Siasatan mengesahkan bahawa projek itu didakwa digunakan oleh kakitangan awam untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin, menyebabkan lonjakan penduduk di negeri ini.

RCI membuat kesimpulan bahawa terdapat "kredibiliti" dalam testimoni yang diberi oleh lima orang yang mengaku menjadi sebahagian daripada projek yang dikatakan itu.

Menurut laporan itu lagi, lima orang saksi tersebut bagaimanapun tidak disoal balas seperti yang sepatutnya dijalankan semasa perbicaraan.

"Atas sebab itu, dan melihat kepada penafian ke atas dakwaan berkenaan, kami hanya boleh menyimpulkan bahawa ada kebarangkalian bahawa 'Projek IC' sememangnya wujud seperti yang ditunjukkan dalam keterangan lima saksi terbabit.

"Ringkasnya, terdapat kemungkinan bahawa projek tersebut sememangnya wujud pada semua masa yang material," laporan itu dipetik.
 
 
Malaysiakini

Undilah Lagi BN.. Penyokong Tegar Pasti Gembira Dengan Berita Ini

Posted: 03 Dec 2014 02:00 AM PST

 
Antara rumah paling mahal di Malaysia ialah di Sabah, menurut satu badan pemikir, yang mendapati purata harga rumah di negeri Borneo itu 11 kali lebih tinggi berbanding purata pendapatan tahunan keluarga iaitu RM34,320.

Ini disusuli Sarawak dan Kuala Lumpur, kata Institut Rakyat, menggunakan data suku keempat 2012 yang dibekalkan sumber rasmi.

Pengarah Eksekutif Institut Rakyat Yin Shao Loong berkata, pada amnya, rumah di Sabah dua kali lebih mahal daripada purata kebangsaan harga rumah, iaitu RM251,731.

Di Sarawak, purata harga rumah adalah RM330,594 sedangkan purata pendapatan isi rumah tahunan hanya RM36,564.

"Sabah dan Sarawak dibelenggu pendapatan isi rumah yang rendah serta harga rumah yang jauh lebih tinggi daripada purata nasional, dengan purata harga yang boleh menandingi Selangor," kata Yin dalam satu kenyataan hari ini.

Purata harga rumah di Kuala Lumpur adalah RM576,991 tetapi purata pendapatan isi rumah tahunan di bandaraya itu hanya RM70,164 atau RM5,847 sebulan.

Badan pemikir yang berkait dengan PKR itu membuat rumusan, rumah di ketiga-tiga negeri itu jauh di luar kemampuan berdasarkan Indeks Kemampuan Perumahan, selepas mengambil kira data sumber rasmi dan membuat perbandingan purata pendapatan isi rumah di peringkat negeri dengan purata harga rumah setiap negeri pada akhir 2012.

Ketiga-tiga negeri itu disusuli Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, iaitu negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

"Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan ditempatkan di tangga keempat, kelima dan keenam sebagai negeri di mana rumah paling di luar kemampuan.

"Negeri ini mempunyai peluang membezakan mereka daripada kerajaan pusat dengan menjadikan pemilikan rumah dalam kemampuan golongan berpendapatan rendah dan sederhana," kata Yin.

Harga rumah di Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Perlis dan Johor pula dikatergorikan sebagai "terlalu di luar kemampuan". Hanya Negeri Sembilan dan Melaka, dikategorikan sebagai "di luar kemampuan tahap sederhana".

"Bagaimanapun, purata harga rumah di negeri ini masih menjangkau 3 kali ganda pendapatan isi rumah tahunan masing-masing," katanya.

Harga rumah 3 kali ganda purata pendapatan isi rumah tahunan disifatkan sebagai tidak mampu milik.

Pada 2012, purata pendapatan isi rumah tahunan adalah RM43,512.

Yin berkata, menjelang akhir 2012, purata harga rumah adalah 5.79 kali pendapatan tahunan purata isi rumah di Malaysia.

Menjelang suku pertama 2014, Index Kemampuan Perumahan kebangsaan bertambah baik kepada 5.52, tetapi Yin berkata ia masih meletakkan rumah di Malaysia jauh di luar kemampuan jika menurut piawai antarabangsa. 
 
 

Najib perlu lepas Menteri Kewangan kepada Husni Sinar Harian

Posted: 03 Dec 2014 01:20 AM PST

 
Mahfuz Omar. - Foto Sinar Harian Oleh Md. Nizam Osman  
  • Mahfuz Omar. - Foto Sinar Harian Oleh Md. Nizam Osman
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa melepas jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengisian dua nama besar bagi jawatan Menteri Kewangan akan melambatkan sesuatu proses berkaitan dengan kewangan negara.


"Kita ada dua Menteri Kewangan, tetapi kita seolah-olah hilang arah.


"Negara memerlukan seorang Menteri Kewangan yang memberi fokus lebih mendalam untuk mengatasi isu yang berkaitan dengan kewangan negara," katanya dalam sebuah sidang media di sini, hari ini.


Pelantikan bagi jawatan Menteri Kewangan negara pada tahun 2014 diisi Najib sebagai Menteri Kewangan satu, manakala jawatan bagi Menteri Kewangan kedua pula disandang Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.


Pelantikan Ahmad Husni dilakukan kali pertama pada tahun 2009, manakala lantikan penggal keduanya pula dibuat pada tahun 2013.


Pelantikan Ahmad Husni dilakukan sekali lagi berikutan prestasinya yang dikatakan cemerlang dalam mengurus tadbir sistem kewangan negara.


Dakwanya lagi, Najib harus memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Ahmad Husni dalam mengendalikan urusan kewangan negara.


"Saya rasa tidak salah jika Ahmad Husni pegang sepenuhnya jawatan tersebut, lagi pun jika hanya seorang sahaja menteri, saya percaya ia mampu menjimatkan perbelanjaan negara.


"Bagi pada seorang sahaja menteri yang akan fokus selesaikan isu dan masalah kewangan negara yang berkaitan GST, kenaikan minyak, dan sebagainya," tegasnya lagi.


Sungguh jijik dan meloyakan! Dua Komen dari seorang pembaca : Hamzah Mohammad

Posted: 03 Dec 2014 12:40 AM PST

University of Malaya ~ Podah! Jangan PAS UG spt Umno mau memperbodohkan rakyat.


Yang benar2 menyelamatkan Krjn PR di Sgor adalah 2 Adun PAS bernama Saari Sungib dan Hasnul Burhanuddin yg sekarang telah digantung dari keahlian oleh PAS setlh dituduh menjadi barua PKR.

Selain itu, Exco2 dari PAS UG telah meluluskan 2.6 juta untuk 6 kktgn TSKI dan juga 6 expat untuk Air S'gor dgn gaji £25K s.b seorg.

Patutnya PAS diberi 2 Exco saja dan ini pun kpd Saari dan Hasnul. Hamzah Mohammad ·

University of Malaya ~ Tak de jaminan Puak UG di dalam PAS tidak akan mencuba lagi tuk mnubuhkn UG di S'gor.

Mgkin Iskandar sedar DAP mengesyakki UG akan cuba sekali lagi dgn mnyalahguna kuasa Timb Speaker sewaktu Speaker tidak hadir dan krn itu mahu jwtn Tim Speaker 11. Kenyataan Iskandar ini agaknya untuk menangkis syak DAP itu.

Aku sendiri pun benar-benar berasa loya tekak aku bila membaca artikel berikut. Tak tahu malukah Iskandar Samad dan 3 rakan sewaktunya tuh?

PAS S'gor: Kami tersentap tapi tak dendam PAS Selangor mengakui parti itu tersentap dengan tekanan dan tohmahan sewaktu krisis menteri besar negeri itu tetapi tidak akan berdendam dan akan terus komited bersama Pakatan Rakyat.

Walaupun krisis itu telah berlalu, Pesuruhjaya PAS Iskandar Samad mahu Pakatan Rakyat memandang ke hadapan bagi memastikan gabungan pembangkang itu terus kukuh dan Selangor akan terus dipertahankan.

"Walaupun terpaksa menghadapi tekanan dan tohmahan PAS telah memilih untuk kekal di dalam kerajaan ketika krisis tersebut semata-mata untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional tidak dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri melalui pintu belakang.

"Jika PAS tidak melakukannya maka belum tentu kerajaan di Selangor hari ini adalah Kerajaan Pakatan Rakyat. "Sama ada pengorbanan PAS itu dihargai atau sebaliknya ada tidak penting. Sejarah akan menilai segala tindakan kita.

Yang penting Selangor terus diterajui oleh Pakatan Rakyat," katanya. Iskandar berkata pihaknya akan terus komited bersama Pakatan atas dasar hormat menghormati hak dan merai perbezaan pandangan supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan setiap parti yang menanggotainya.

Exco Selangor dan ADUN Cempaka itu berkata demikian dalam satu kenyataan sempena sambutan ulangtahun parti Islam itu ke-63.



Sungguh jijik dan meloyakan! Dua Komen dari seorang pembaca : Hamzah Mohammad · University of Malaya ~ Podah! Jangan PAS UG spt Umno mau memperbodohkan rakyat. Yang benar2 menyelamatkan Krjn PR di Sgor adalah 2 Adun PAS bernama Saari Sungib dan Hasnul Burhanuddin yg sekarang telah digantung dari keahlian oleh PAS setlh dituduh menjadi barua PKR. Selain itu, Exco2 dari PAS UG telah meluluskan 2.6 juta untuk 6 kktgn TSKI dan juga 6 expat untuk Air S'gor dgn gaji £25K s.b seorg. Patutnya PAS diberi 2 Exco saja dan ini pun kpd Saari dan Hasnul. Hamzah Mohammad · University of Malaya ~ Tak de jaminan Puak UG di dalam PAS tidak akan mencuba lagi tuk mnubuhkn UG di S'gor. Mgkin Iskandar sedar DAP mengesyakki UG akan cuba sekali lagi dgn mnyalahguna kuasa Timb Speaker sewaktu Speaker tidak hadir dan krn itu mahu jwtn Tim Speaker 11. Kenyataan Iskandar ini agaknya untuk menangkis syak DAP itu. Aku sendiri pun benar-benar berasa loya tekak aku bila membaca artikel berikut. Tak tahu malukah Iskandar Samad dan 3 rakan sewaktunya tuh? PAS S'gor: Kami tersentap tapi tak dendam PAS Selangor mengakui parti itu tersentap dengan tekanan dan tohmahan sewaktu krisis menteri besar negeri itu tetapi tidak akan berdendam dan akan terus komited bersama Pakatan Rakyat. Walaupun krisis itu telah berlalu, Pesuruhjaya PAS Iskandar Samad mahu Pakatan Rakyat memandang ke hadapan bagi memastikan gabungan pembangkang itu terus kukuh dan Selangor akan terus dipertahankan. "Walaupun terpaksa menghadapi tekanan dan tohmahan PAS telah memilih untuk kekal di dalam kerajaan ketika krisis tersebut semata-mata untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional tidak dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri melalui pintu belakang. "Jika PAS tidak melakukannya maka belum tentu kerajaan di Selangor hari ini adalah Kerajaan Pakatan Rakyat. "Sama ada pengorbanan PAS itu dihargai atau sebaliknya ada tidak penting. Sejarah akan menilai segala tindakan kita. Yang penting Selangor terus diterajui oleh Pakatan Rakyat," katanya. Iskandar berkata pihaknya akan terus komited bersama Pakatan atas dasar hormat menghormati hak dan merai perbezaan pandangan supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan setiap parti yang menanggotainya. Exco Selangor dan ADUN Cempaka itu berkata demikian dalam satu kenyataan sempena sambutan ulangtahun parti Islam itu ke-63. ~ SUMBER

Make Money at : http://bit.ly/copy_win