Selasa, 2 Disember 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Punca Sebenar Nur Shafiqa Ditoreh Di Muka Kerana Dendam

Posted: 02 Dec 2014 11:00 PM PST



Terdapat satu lagi cerita susulan daripada berita seorang gadis cantik yang bernama Nur Shafiqa yang ditoreh di muka yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

Gadis cantik ini dikatakan menjadi mangsa kes dendam berikutan bekas teman lelakinya yang tidak puas hati kerana dia bertunang dengan lelaki lain.


Namun, berita ini tidak diketahui sejauh mana kesahihannya. Apa pun, mari kita doakan agar Nur Shafiqa cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupannya seperti biasa.

Akibat Tampil Terlalu Seksi Presenter Muslim Ini di Tampar Penonton

Posted: 02 Dec 2014 10:15 PM PST



Gauahar Khan seorang presenter muslim asal india tersebut mengalami hal yang sedikit menyakitkan dan memalukan pada saat membawakan sebuah acara grand final Raw Star, sebuah kompetisi adu bakat menyani di kota Goregaon, Mumbai,  Dia tiba-tiba ditampar oleh salah satu penonton pria yang menyaksikan acara tersebut.


foto biggbossonline.com
Kejadian tersebut sempat terekam kamera yang pada saat itu melakukan siaran live, dan hasil rekaman tersebut dengan durasi 15 detik tersebut di upload ke youtube oleh Karmik Varma. Terlihat dalam video tersebut, pada saat itu Gauahar Khan sedang menjelaskan acara grand final Raw Star tersebut, tiba-tiba ada seorang pria yang di kethui bernama Akil Malik naik kepanggung mendekati Gauahar Khan kemudian pria tersebut menampar pipi kiri Gauahar Khan, Melihat kejadian tersebut semua kru langsung menyelamatkan artis itu.

Tak lama dari kejadian tersebut, pria yang bernama Akil Malik tersebut di tangkap polisi, dalam pemriksaan pihak kepolisian akil malik mengaku jengkel / marah terhadap Gauahar Khan lantaran Gauahar Khan yang beragama muslim tersebut mengenakan pakaian atas minim dan sangat seksi.

Mungkin kejadian tersebut bisa menjadi contoh untuk lebih sopan lagi dalam berbusana.

SGD DAN BRUD 1 = RM 2.62 ??

Posted: 02 Dec 2014 10:00 PM PST

Kalau ikut logik msia lebih besar dari spura...Ia seumpama lembu yg gemuk pasti mengeluarkan susu yg banyak berbanding lembu yg kurus....begitu juga lembu yg gemukr pasti byk daging berbanding lembu yg kurus...Malah lembu tadi diternak dlm kandang yg bersebelahan tapi mengapa lembu yg gemuk tadi kekurangan hasil? Salah lembu kah? Atau salah tuan gembala yg banggang ?

Kalau ikut logik msia lebih besar dari spura...Ia seumpama lembu yg gemuk pasti mengeluarkan susu yg banyak berbanding lembu yg kurus....

Begitu juga lembu yg gemukr pasti byk daging berbanding lembu yg kurus...

Malah lembu tadi diternak dlm kandang yg bersebelahan tapi mengapa lembu yg gemuk tadi kekurangan hasil? 

Salah lembu kah? Atau salah tuan gembala yg banggang ?

Indonesia Sahkan Akan Bom Kapal Asing

Posted: 02 Dec 2014 09:15 PM PST

 


SHAH ALAM - Indonesia mengakui bercadang akan mengebom mana-mana kapal asing yang melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan republik itu sebagai pengajaran kepada penceroboh.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno berkata, bagaimanapun pengeboman itu tidak akan dilakukan ketika anak kapal masih berada di atas kapal.

"Anak kapal akan diselamatkan terlebih dahulu, kemudian apabila kapal sudah kosong baru dibom untuk menenggelamkannya.

"Ia sebagai pengajaran kepada semua penangkap ikan agar tidak mengulangi perbuatan salah itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti yang dipetik dari media negara itu, Kompas.com bahawa Indonesia akan mengebom mana-mana kapal asing yang melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairannya.

Herman berkata, perlaksanaan itu akan dikenakan kepada kapal penangkap ikan tanpa izin dari mana-mana negara.

"Ia juga bukan tertumpu kepada kapal haram dari Malaysia sahaja, tetapi dari Myanmar, Thailand, Vietnam atau negara lain yang menangkap ikan tanpa izin di perairan kami akan dikenakan hukuman sedemikian

"Namun mengenai pengeboman itu, ia baru cadangan dan perkara itu dilihat untuk menakutkan pihak tidak bertanggungjawab agar tidak memasuki perairan kami secara haram," katanya.

Tambahnya, perlaksanaan pengeboman itu hanya akan dilakukan berdasarkan peraturan ditetapkan.

"Ia dilakukan ada aturannya, agar sesuai dengan undang-undang. Supaya orang tidak ceroboh lagi.

"Sama dengan anak kapal yang ditangkap akan dikenakan tindakan dengan adil," katanya.

- sharian

 

SELANGOR NAK TAMBAH LAGI AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT - YAB MB

Posted: 02 Dec 2014 08:30 PM PST

Rabu, Disember 03, 2014.  SELANGOR NAK TAMBAH LAGI AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT Selangor semak semula beri air percuma 40m padu  SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk meningkatkan pemberian air percuma kepada 40m padu selepas penstrukturan industri air Selangor dimuktamadkan, pada September 2015.  Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu akan disemak semula sebelum kerajaan negeri membuat sebarang keputusan.  Selangor semak semula beri air percuma 40m padu.

SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk meningkatkan pemberian air percuma kepada 40m padu selepas penstrukturan industri air Selangor dimuktamadkan, pada September 2015.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu akan disemak semula sebelum kerajaan negeri membuat sebarang keputusan.

"Sukacita saya memaklumkan terdapat cadangan supaya pemberian air percuma ditingkatkan kepada 40m padu daripada 20m padu.

"Kita akan melihat perkara ini selepas penasrukturan industri air dimuktamadkan.

"Perkara ini turut akan disemak dan kita perlu melihat memandangkan Cukai Barangan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan April tahun hadapan," katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor akan terus mengutamakan kepentingan rakyat memandangkan pemberian air percuma 20m padu sedia ada banyak membantu golongan yang kurang berkemampuan.


HD
  

biaqpila.blogspot.com

4 penantian dari laporan RCI Sabah

Posted: 02 Dec 2014 07:45 PM PST

  
Lebih setengah tahun selepas kerajaan menerima laporan suruhanjaya siasatan diraja berhubung pendatang asing Sabah, Putrajaya akhirnya akan mengeluarkan dokumen berkaitan esok.

Kelewatan itu tidak mengejutkan selepas pendengaran enam bulan tahun lalu yang membayangkan wujudnya agenda untuk menukar demografi negeri itu secara kekal.

Semasa prosiding, tumpuan awam berkisar soal kemasukan pendatang haram secara tidak terkawal serta dakwaan wujudnya operasi rahsia melibatkan pihak dalam kerajaan untuk memberikan "kerakyatan segera" sebagai tukaran kepada undi pilihan raya.

Pembangkang mungkin menyifatkan laporan itu sebagai pewajaran terhadap dakwaan berpanjangan mereka terhadap penglibatan BN dalam kes itu.

Tugas sukar Putrajaya, yang sama kontroversi seperti kandungannya, bukan berkaitan apa yang telah berlaku, tetapi apa yang akan berlaku di negeri Sabah.

Berikut diketengahkan beberapa perkara tumpuan dalam laporan itu dan kenapa ia boleh membingungkan kerajaan.

'Warga tanpa negara'

Ramai kanak-kanak tanpa pengenalan diri di Sabah merupakan generasi ketiga pendatang asing atau pelarian sekitar tahun 1970 dan 1980.

Walaupun lahir di Sabah, mereka tidak mendapat kemudahan pendidikan dan kesihatan sempurna ekoran identiti itu. Malah, masa depan mereka juga kekal kabur.

Semasa pendengaran RCI, suruhanjaya diberitahu seramai 15,000 kanak-kanak di Sabah tidak dapat bersekolah kerana tiada sijil lahir.

Laporan yang dinanti-nantikan esok dijangka menyentuh isu ini, yang dilihat bakal memberi tekanan kepada Putrajaya untuk berdepan dengan isu yang sudah berdekad berlaku itu.

Satu penyelesaiaannya, yang dibayangkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi, melalui pemberian sijil lahir atas dasar kemanusiaan.

Bagaimanapun, masalah itu cuba satu daripada banyak lagi masalah. Di Sabah, generasi kedua pendatang dan pelarian, yang kebanyakannya kelahiran Sabah, juga kekal tanpa pengenalan diri sehinggalah dewasa.

Dalang


RCI kemungkinan besar tidak akan mencadangkan hukuman terhadap pihak didakwa dalang memberikan kad pengenalan untuk mendapatkan undi dalam pilihan raya, yang sering digelar pembangkang sebagai "Projek IC".

Ini kerana ia bukan sebahagian daripada terma-terma penubuhannya.
 

PENYANJUNG ULAMAK KERJANYA MEMBURUKKAN ORANG LAIN?

Posted: 02 Dec 2014 07:00 PM PST

PALING aku kelakar ada macai JebUG (Jebon UG) yang kelihatan lebih bodoh daripada macai amno sekarang ini.

Dulu mereka sanjung Anwar sebab mereka sebenarnya tahu Anwar banyak bantu parti mereka dapat Kerusi dan aku pun ingin nyatakan parti mereka pun banyak bantu parti aku dapat Kerusi.

Ertinya, saling membantu tetapi apabila berlaku krisis MB Selangor baru-baru ini macai JebUG ini mula serlahkan wajah mereka.

Mengambil kesempatan di atas kecuaian pimpinan mereka menangani krisis MB Selangor, mereka kini mula mengatur langkah untuk memburukkan Anwar.

Mereka tahu Anwar tidak pernah sentuh pun pemimpin mereka sejak dari krisis MB Selangor bahkan Anwar sentiasa komen yang positif terhadap parti mereka berbanding dengan pemimpin mereka yang secara terbuka aibkan Presiden parti sekutu mereka sendiri.

Tidak pelik kalau Presiden parti aku diaibkan kerana pemimpin mereka tergamak aibkan dua Adun mereka dengan gelaran yang buruk kita dengar. Kini,

JebUG mendakwa mengapa Anwar tidak saman Anifah Aman yang mendakwa Anwar tawarkan RM 100 Juta kepadanya untuk melompat parti?

Nampak sangat bodohnya macai JebUG ini, kelihatan mereka tidak langsung tahu perkembangan. Sebab itu aku selalu sebut yang memakai kopiah dan sering hadir usrah bukan boleh menjamin menjadi pemikir yang baik.

Mereka dapat ilmu agama, tetapi membuat tuduhan sedemikian rupa menunjukkan apa faedahnya ilmu yang mereka dapat?

Aku mahu usrah puak macai JebUG ini. Isu Anwar yang hangpa dok sebut tu, sebenarnya yang dinyatakan oleh Anifah Aman itu merupakan keterangan beliau di dalam mahkamah di dalam kes saman Anwar terhadapnya.

Anwar menyaman Anifah kerana Anifah mendakwa Anwar mengupah RM100 Juta kepadanya untuk melompat parti. Ertinya, Anwar sudah saman Anifah lama dah.

Anifah cuma ulangi sekali lagi dakwaannya itu sewaktu beri keterangan. Takkan Anwar mahu saman atas isu yang sama yang sedang dibicarakan?

Jangan jadi bodoh sangat macai JebUG, malulah sikit dengan macai amno.

Macai amno pun tidak sentuh isu tersebut sebab mereka tahu memang Anwar telah saman Anifah lama dah. Akibat terlalu mahu burukkan Anwar, macai JebUG ini tampilkan wajah mereka yang sebenar.

Rupa-rupanya mereka tidak tahu satu apa pun. Janji mereka boleh burukkan Anwar agar mereka dilihat sebagai penyanjung Ulamak.

Penyanjung Ulamak itu kerjanya memburukkan orang lainkah? Kesihan UG.


Dicatat oleh WFAUZDIN NS

VIDEO - Semoga Kalian Semua Akan Jadi Bahalol, Insyaallah... Amiiinnnnn

Posted: 02 Dec 2014 06:30 PM PST



Anwar: Najib perlu mohon maaf, tarik semula kenyataan tawaran RM100 juta

Posted: 02 Dec 2014 06:00 PM PST

KUALA LUMPUR : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf dan menarik semula kenyataan yang dibuat terhadap beliau. 
 
Anwar berkata, Najib pada Perhimpunan Agung Umno, minggu lalu, mendakwa beliau menawarkan RM100 juta kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam usaha membawanya menyertai Pakatan Rakyat (PR).

anwarTuduhan itu berasaskan kenyataan Anifah di Mahkamah Tinggi yang mendakwa Anwar menawarkan ganjaran itu dengan menamakan ahli Perniagaan, Datuk Ishak Ismail sebagai orang tengah.

Ishak bagaimanapun semalam menafikan membuat tawaran berkenaan, sebaliknya wakil Anifah sendiri datang bertemu beliau bagi memujuk Anwar menarik balik saman terhadapnya.

Anwar berkata, walaupun perbicaraan saman terhadap Anifah sedang berlangsung, Najib memilih untuk mengulangi tuduhan tidak berasas yang dibuat menteri berkenaan.

"Saya kini menyeru Najib untuk menarik balik kenyataan palsu yang dibuat pada perhimpunan UMNO itu dan memohon maaf kepada saya dan PR.

"Politik wang dan kaedah rasuah sentiasa menjadi lambang Umno dan BN, PR tidak pernah mengamalkannya dan tidak akan bertolak ansur dengan politik  wang atau rasuah," tegasnya.

Anifah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan timbalan perdana menteri oleh pasukan Anwar untuk berpaling tadah, pada 27 November lalu.

Katanya, tawaran itu dibuat melalui Ishak yang juga bekas Timbalan Presiden KFC bagi membawa 10 anggota parlimen Sabah menyertai PR dan membentuk kerajaan pada 2008.

anifah amanIshak bagaimanapun menafikan sepenuhnya perkara itu dan sebaliknya mendakwa didekati 'orang tengah' Anifah beberapa bulan lalu untuk memujuk Anwar menarik balik saman fitnah berkenaan, semalam.


Selangorkini.

PM Najib Jangan Lagi Berdolak Dalih Dalam Isu RCI Di Sabah

Posted: 02 Dec 2014 05:15 PM PST

 
Call on Najib to give assurance that there will be no further "merry-go-round" procrastination manoeuvre to the 40-year problem and that the implementation of the Report of the RCIIIS will begin on 1.1.2015


The long-delayed Report of the Royal Commission of Inquiry into the Illegal Immigrants in Sabah (RCIIIS) to deal with the 40-year problem of illegal immigrants in Sabah which has changed the political demography and caused unprecedented socio-economic crisis to the state is to be made public in Kota Kinabalu later today.

The RCIIIS has been the longest in gestation, as there had been calls for the establishment of the Royal Commission of Inquiry as far back as the past few decades but the problem was allowed to mushroom from some 100,000 some 40 years ago into a humongous and runaway figure ranging from 1.5 million to 1.9 million out of 3.3 million state population today.


As a result of persistent and growing pressures, the Cabinet took a policy decision to set up the RCIIIS on February 8, 2012, but it took another six months to finalise its terms of reference and its membership, another month before the RCIIIS started work, a year for public hearings and preparation of its Report and recommendations, and although the Report of the RCIIIS was officially handed over to the Federal Government on May 14, 2014, it was cold-storaged for six months until its publication later today.

The question uppermost in everyone's mind apart from the contents and recommendations of the RCIIIS Report is whether we have come to the end-game of the 40-year problem of illegal immigrant problems in Sabah, or whether we are only seeing the latest "merry-go-round" procrastination manoeuvre which will kick the problem for the next few years with no real solution in sight until 2020, when the problem would have snowballed to some three million illegal immigrants in Sabah, reducing native Sabahans into a minority in their own land!



Najib's announcement in Sabah for the opening of the PBS Congress on Nov 17 that PBS President and Sabah Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan will be heading a special committee to look into the findings of the RCIIIS and compile recommendations on implementation does not give cause for optimism that there would be swift and immediate action to act on the recommendations and report of the RCIIIS to bring a final end to the 40-year problem in Sabah.

The Pairin RCIIIS Report Review Committee cannot even meet and start work today as it has not been fully constituted. Or is the Pairin Review Committee of the RCIIIS Report a one-man committee?

How long will the Pairin Review Committee take, one month, three months, six months or one year to complete its work of compiling recommendations on implementation of the RCIIIS Report?

Nobody believes that Joseph Pairin will be vested with real powers to implement the recommendations of the RCIIIS, as only the Federal Government will have the powers to implement the Report and recommendations of the RCIIIS.

For this reason, I call on Najib to announce which Federal Minister would be tasked to work with Joseph Pairin on the implementation of the RCIIIS Report and recommendations, and to immediately give an assurance that there will be no further "merry-go-round" procrastination manoeuvre to the 40-year problem and that the implementation of the Report of the RCIIIS will begin on 1.1.2015.

Najib should explain how the Federal government proposes to deal with RCIIIS recommendations it finds unacceptable or inappropriate. 


YB LIM KIT SIANG

Daeng Sanusi patut pupuk perasaan baik bukan lebarkan prasangka

Posted: 02 Dec 2014 04:45 PM PST

BINGKAS MALAM                                                                                           

Kelmarin saya menerima SMS dari seseorang yang bertanyakan saya apakah sudah dengar atau tidak komen dan ulasan Dr Daeng Sanusi Daeng Meriok (Pak Daeng) terhadap Husam Musa. 
 
Begini bunyi SMS berkenaan; "Mso dengar dah ke apa kata Pak Daeng Sanusi kepada Husam, "parok" (teruk) juga. Guana lagu tu?" 
 
 Saya yakin yang mengirimkan SMS itu daripada orang Kelantan, sebab bahasa digunakan itu, dialek Kelantan. Saya tak kenal nombornya maka saya tak balas dan mengabaikan begitu sahaja.
Husam Musa, tidak jawab.
Daeng Sanusi, tak wajar..
Sehinggalah saya terima satu lagi SMS hal yang sama daripada orang lain pula yang mempertikaikan tindakan Pak Daeng Sanusi. Bunyi SMS itu, "MSO kena nasihat Pak Daeng, orang tua kena dok diam diamlah, dan kalau nak tegur biarlah adil jangan berat sebelah...". Keras nada SMS itu menyebabkan saya sedikit terperagah. Saya kebingungan apa yang sudah Pak Daeng lakukan?

"Apa yang Pak Daeng buat?" tanya saya kepada pengirim SMS itu. Dia tidak menjawab dan mengirimkan saya audio suara Pak Daeng dalam satu majlis dan bersama dengan transkrip apa yang diucapkan. 
 
Selepas menghayati dan menilainya, wajarlah kalau orang mengirim SMS itu meminta saya ulas dan bertanya perihal Pak Daeng. Saya tahu dan faham kalau kenapa pengirim SMS itu marah-marah.
Memang tidak molek untuk Pak Daeng lakukan begitu. Ia boleh menambahkan keburukkan. Katanya ucapan Pak Daeng yang menyinggung hal Husam Musa itu dibuat dalam satu program Bersama Pak Daing Sanusi Daeng Meriok, yang diadakan pada 24 November 2014 di Pekan Banting, Selangor.

Daeng Sanusi diapik oleh mertua saya dikanan.
Apa yang mungkin kurang sedap didengari kata-kata Pak Daeng terhadap Husam, ialah apabila menuduh Husam terlibat disebalik penubuhan Ngo PasMa. Katanya walaupun Husam menafikan penubuhan itu bukan di rumahnya, Pak Daeng membayangkan, yang Husam berada di belakang PasMa.
Lebih teruk dan tentu menimbulkan kekesalan di kalangan penyokong Husam apabila Pak Daeng membuat kesimpulan Husam sudah terpinggir di Kelantan dan sudah tidak ada masa depan lagi. 
 
Pak Daing membuat andaian penglibatan Husam dalam PasMa kerana hendak mencari nama, menaikkan namanya. 
 
Dan kenapa Husam disingkirkan dari Kelantan, kata Pak Daeng ialah kerana Husam banyak melakukan kesalahan. Kesalahan apa?
Kenyataan dan rumusan dibuat Pak Daeng itu agak berat dan sesuatu yang tidak patut lahir dari mulut seorang veteran Pas berdarjat seperti beliau. 
 
Sehingga ini saya tidak nampak yang Husam membalas atau menjawab komen dan ulasan bekas Naib Presiden Pas itu. (Elok kalau Husam mendiamkan diri dan reda menerima apa yang Pak Daeng katakan).
Husam tidak terasa hati
Sebagai veteran Pas dan diagungkan ahli Pas sebagai orang tua bersepuh waja, Pak Daeng boleh memberi teguran dan nasihat kepada sesiapa juga. 
 
Saya percaya Husam tudak akan terasa hati kalau Pak Daeng sekali pun membuat teguran terhadapnya. Tetapi biarlah teguran itu berakhlak dan Husam ada sama dalam majlis. 
 
Apabila Pak Daeng membuat rumusan begitu di hadapan umum dan Husam pula tidak ada, ia bukan satu teguran dan kritikan berhemah yang sewajarnya dilakukan oleh beliau.
Kalau pun Pak Daeng kurang senang dengan perwujudan PasMa, kerana ia boleh mengancam Pas, tetapi dengan menghalakan tuduhan berunsur fitnah bekas Exco kanan itu satu tindakan tidak tak bertokmaninah sekali dan melambangkan ia tidak dilakukan oleh orang semulia Pak Daeng. Pak Daeng telah merendahkan martabat dirinya sendiri.

Maaf di sini bukan saya hendak membela Adun Salor itu, tetapi setelah mendengar kata bicara Pak Daeng itu, saya merasakan ia sangat tidak patut dan wajar. Pak Daeng bukan tidak kenal siapa dia Husam Musa. Husam bolehlah dianggap anak didiknya juga. 
 
Kalau tidak silap Husam pernah berkerja dibawah seliaan Pak Daeng semasa Pak Daeng menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah. 
 
Ketika itu Husam adalah wartawan Harakah. Hubungan itu sepatutnya tidak memisahkan Pak Daeng dengan Husam dalam konflik yang berlaku kini.
Kenapa Pak Daeng tidak mengambil kesempatan atas pengenalan dan hubungan itu untuk bertanya sendiri Husam berhubung PasMa secara ayah dengan anak? 
 
Kalau Pak Daeng meminta untuk berjumpa Husam mendapat penjelasan mengenai PasMa yang sudah tentu diberita Husam terlibat sama, Husam akan datang. Husam seorang yang gentlemen dan sanggup bersemuka dengan sesiapa sahaja.
Kenapa Pak Daeng tidak berbuat demikian. Apakah sudah hilang pedoman untuk Pak Daeng bertindak sebagai seorang abuya bersepuh besi kursani dalam Pas untuk bertanya khabar anak buahnya atau memberi nasihat demi kebaikan parti?

Difahamkan Pak Daeng baru dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin Pas mengganti Ahmad Buruk yang tidak berfungsi. Sebagai pengerusi kepada sebuah jawatan kuasa penting begitu beliau perlu bersikap adil dan saksama dan menjaga integritinya. 
 
Pak Daeng tidak seharusnya "memberi rona buruk kepada Husam dalam majlis umum begitu. 
 
Dari segi prinsip Islam tindakan Pak Daeng sebagai pengadil itu dikira sudah salah dan bercanggah dengan syariat Islam. Bukankah cara itu meruntuhkan akhlak Pas itu sendiri sebagai parti agama yang diagung-agungkan?
Seperti dinyatakan disini saya tidak mahu membela Husam, tetapi ingin menyatakan sesuatu yang bagi saya perlu untuk kebaikan bersama. 
 
Anggapan Pak Daeng yang Husam terpinggir dan tidak lagi ada pengaruh di Kelantan tidak benar dan satu prejudis jahat. Husam tidak dipinggirkan seburuk sangkaan Pak Daeng di Kelantan. 
 
Kalau Husam sudah dipinggirkan dan tidak dihingini, kenapa beliau masih dikekalkan bertanding di Salor. 
 
Mungkin Pak Daeng tidak ditayangkan filem sebenar politik Pas di Kelantan. (Saya rasa saya ada pengetahuan lebih sedikit daripada Pak Daeng dalam hal ini). 
 
Kalau benar Husam dipinggirkan secara total sepatutnya beliau perlu bertanding di Putrajaya sahaja, dan biar dia kalah kering begitu.
Apabila beliau masih diberikan kerusi Dun Salor dalam PRU lalu, maka jelas Husam masih diperlukan di Kelantan. 
 
Mungkin Pak Daeng tidak rajin membaca atau mengikut perkembangan politik semasa dalam negara. Sudah tidak melihat kepada senario hari ini dan dilindungi oleh para penuangan Husam Musa di dalam Pas. 
 
Mungkin juga Pak Daeng sudah putus maklumat tentang politik kronisme dan nepotimse di Kelantan?
Apa lagi kalau Pak Daeng tidak merasai denyut nadi anak-anak muda yang menjadikan Husam sebagai idola mereka. Suka atau tidak, bagi anak muda mereka mengharap Husam akan muncul sebagai pemimpin masa depan mereka menerusi Pas. 
 
Hakikat ini boleh dilihat kepada sambutan acara dan majlis yang dihadiri Husam. Untuk melihat dengan kepala mata sendiri mungkin Pak Daeng boleh membuat kajian atau survey menerusi internet. 
 
Atau pun kalau masih daya, turun sendiri ke Kelantan lihat dan banding sendiri ceramah yang dihadiri Husam dengan yang dihostkan oleh pemimpin lain termasuk MM dan TMB.
Sekali lagi saya nak sebut, berdasarkan kenyataan dan ulasan Pak Daeng seperti di dalam audio itu, ia tidak menujukkan Pak Daeng bersikap adil dan bertindak sebagai seorang tua yang boleh menjernihkan keadaan sebaliknya memngeruhkan suasana. 
 
Campur tangan bias Pak Daeng itu menyebabkan timbul prangsangka buruk dan penghormatan kepada Pak Daeng juga hilang. Gara-gara itulah maka ada suara agar Pak Daeng duduk diam sahaja.
Mengenali Pak Daeng
Saya sendiri cukup mengenali sifat, sikap dan pendirian Pak Daeng. Saya rasa saya lebih awal mengenali dan bersalam dengan Pak Daeng berbanding Husam sendiri. Saya mengenali dan bertemu dengan Pak Daeng pada tahun 1979 lagi. Ketika itu beliau menjadi Pensyarah di UKM, Bangi. 
 
Saya pernah ke rumah sewanya yang terletak (kalau tak salah ingatan) di Jalan Mewah, Damansara Petaling Jaya.
Pengenalan saya dan dengannya lebih rapat dan akrab lagi apabila Pak Daeng menjadi ahli Parlimen Rantau Panjang selama dua penggal dari tahun 1990 hingga 1999. 
 
Bapa mertua  saya Allahyaraham Yaakub Awang Besar menjadi wakilnya (wakil calon) dalam pilihan raya berkenaan. Bapa mertua sahaja juga menjadi pegawai peribadinya. Bukan sekali Pak Daeng makan nasi di rumah bapak mertua saya di Kampung Bakat, Rantau Panjang.
Dari situlah saya mengenali keperibadian dan wibawa Pak Daeng serta cerita-cerita mengenai kebugisannya. Beliau keturunan Bugis, seorang yang berani, tegas dan berprinsip. Kerana memiliki sifat-sifat itu menyebabkan beliau disayangi oleh pengundi di Rantau Panjang. 
 
Saya sendiri menyanjungi Pak Daeng sebagai pembangun Pas Rantau Panjang bukan kerana terlalu lama mengenalinya tetapi kerana prinsip dan keberaniannya serta istiqamahnya dalam perjaungan menerusi Pas.
Lantaran itu saya mengira ulasan dan tanggapan Pak Daeng terhadap Husam seperti di dalam audio itu satu kritikan yang tidak terpeta di dalam hati, (harap begitu) dan Husam tidak perlu mengambil hati. 
 
Kalau ada rasa pedih tekanlah sendiri dengan penuh kesabaran. Diharap Pak Daeng boleh meralatkan kata-kata dengan berjumpa sendiri dengan Husam suatu hari nanti. Seorang ayah yang adil dan mulia itu sedia mendengar penjelasan daripada kesemua anak-anaknya secara bersemuka dan bijaksana. 
 
Tidak baik bagi orang tua menyemaikan benih kebencian sesama sendiri. [wm.kl.8:13 pm 02/12/14]

PM NAJIB HARUS MEMOHON MAAF KERANA MEMFITNAH DALAM PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2014.

Posted: 02 Dec 2014 04:00 PM PST

PM NAJIB HARUS MEMOHON MAAF KERANA MEMFITNAH DALAM PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2014.   Najib must withdraw and apologise for repeating RM100 million false allegations    2 December 2014  At the UMNO general assembly, PM Datuk Seri Najib Razak made a scurrilous and slanderous attack upon Pakatan Rakyat and myself that RM100 million had been offered to Anifah Aman in order for him to come over to PR.  This false allegation is the subject matter of a defamation suit brought by me against Anifah Aman. Despite the fact that the trial is ongoing, Najib chose to repeat Anifah's latest baseless allegation that one Ishak Ismail had approached him on my behalf and made such an offer.  In reaction to this blatant falsehood Ishak has publicly stated on 1 December 2014 that he had never made any such offer to Anifah. On the contrary Ishak had confirmed that it was an intermediary acting for Anifah who had approached him instead.  Ishak has now rightly and boldly challenged Anifah to repeat this allegation outside of court where he will be not protected by legal immunity.  I now call upon Najib to retract this false statement made at the UMNO assembly and to apologise to myself and Pakatan Rakyat.  Money politics and corrupt methods has always been the hallmark of UMNO and BN; Pakatan Rakyat has never practised and will never tolerate money politics or corruption. We will save this country by reasoned arguments and by the example of good governance in the States administered by us.  Issued by,  Anwar Ibrahim Leader of the Opposition Najib must withdraw and apologise for repeating RM100 million false allegations

2 December 2014


At the UMNO general assembly, PM Datuk Seri Najib Razak made a scurrilous and slanderous attack upon Pakatan Rakyat and myself that RM100 million had been offered to Anifah Aman in order for him to come over to PR.

This false allegation is the subject matter of a defamation suit brought by me against Anifah Aman. Despite the fact that the trial is ongoing, Najib chose to repeat Anifah's latest baseless allegation that one Ishak Ismail had approached him on my behalf and made such an offer.

In reaction to this blatant falsehood Ishak has publicly stated on 1 December 2014 that he had never made any such offer to Anifah. On the contrary Ishak had confirmed that it was an intermediary acting for Anifah who had approached him instead.

Ishak has now rightly and boldly challenged Anifah to repeat this allegation outside of court where he will be not protected by legal immunity.

I now call upon Najib to retract this false statement made at the UMNO assembly and to apologise to myself and Pakatan Rakyat.

Money politics and corrupt methods has always been the hallmark of UMNO and BN; Pakatan Rakyat has never practised and will never tolerate money politics or corruption. We will save this country by reasoned arguments and by the example of good governance in the States administered by us.


Issued by,
Anwar Ibrahim
Leader of the Opposition

Guan Eng bogelkan pejuang hidup melayu - Kaki rembat tanah org kampung rupanya

Posted: 02 Dec 2014 03:30 PM PST

Ini rupanya kerja para pejuang hidup melayu ni. Pejuang kalimah Allah dan pejuang akidah melayu buat kerja macam ni???? Macam tak percaya tapi Guan Eng dah kasi togel itu pejuang hidup melayu... wakaka

GEORGE TOWN, 3 SEPTEMBER: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional telah menjual sebanyak 980 ekar di Tanjung Tokong, 325 ekar di Lebuhraya Jelutong dan 750 ekar di Batu Kawan kepada Abad Naluri Sdn Bhd.
Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini; sambil menyebut bahawa penjualan tanah oleh Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi kehebatan UMNO-BN menjual tanah.

Menurut beliau, UMNO-BN Pulau Pinang sengaja membesarkan isu penjualan tanah sebanyak 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin. 


Pada masa yang sama UMNO Barisan Nasional enggan memberikan penjelasan ke atas keuntungan sebanyak RM5 juta yang telah dikaut oleh pemimpin-pemimpin UMNO pada tahun ini dalam masa tiga setengah bulan menjadi 'broker tanah' bagi 31 pemilik tanah Melayu di Batu Kawan.
Guan Eng dalam kenyataannya juga memberitahu, UMNO Barisan Nasional telah menjual tanah utama di Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi dan tanah tebusguna Lebuhraya Jelutong pada harga RM20 sekaki persegi.

Tambah Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, penjualan secara tender terbuka oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan rakyat terbukti berjaya mendapat harga yang paling tinggi melebihi harga pasaran.

"Sebaliknya penjualan tanah yang dilakukan oleh UMNO Barisan Nasional tidak begitu".

"Perjanjian penebusguna dan memajukan Tanjong Tokong yang bertarikh 1990 dan 1999, pemaju hanya diberi hak untu menebusguna dan memajukan sebanyak 980 ekar tanah dipersisiran Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi." Kata Guan Eng.



"Lebuhraya Jelutong pula, dibawah perjanjian bertarikh 1997, 2002 dan 2003, pihak pemaju diberi hak untuk menebusguna sebanyak 325 ekar tanah sebagai gantian untuk pembinaan Lebuhraya Jelutong dengan kos anggaran RM300 juta dan bayaran RM25.4 juta. Dalam erti kata lain, jumlah kos RM325.4 juta untuk 325 ekar tanah". Jelas Guan Eng dalam kenyataannya.
Jumlah ini bersamaan dengan RM1 juta seekar ataupun RM20 sekaki persegi, pemaju boleh membayar RM25.4 juta dalam jangka masa 10 tahun dari 2005 hingga 2015.

Guan Eng turut mengulas bahawa, pemimpin Barisan Nasional, termasuk Pengerusi BN Teng Chang Yeow, enggan memberi penjelasan tentang keuntungan RM5 juta yang dikaut oleh pemimpin UMNO sebagai broker tanah atau kenapa tanah negeri dijual dengan begitu murah semasa mereka masih berkuasa.

"Jika pemimpin-pemimpin BN boleh menjual tanah dengan begitu murah semasa berada di tampuk kuasa, apakah mereka tidak akan melakukannya lagi sekiranya kembali berkuasa?" ujar Guan Eng. – 


Roketkini.com

Polis Bila Lagi Nak Tangkap Ibrahim Ali ???

Posted: 02 Dec 2014 03:00 PM PST

Video Ini Menyakitkan Hati Penyokong Pakatan..

Posted: 02 Dec 2014 08:00 AM PST

 

BN "satu-satunya kerajaan dalam dunia" yang mengambil berat soal kebajikan rakyat dan meringankan beban ibu bapa, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Dalam ucapannya dalam kempen "kembali ke sekolah" hari ini, beliau justeru meminta orang dewasa dan pelajar supaya sama-sama mengundi BN.

"Oleh itu, jangan lupa undilah BN," katanya kepada hadirin.

Hasan juga berkata orang ramai patut bersyukur kerana negara ini aman dan barang-barang masih "murah".

Ketika menyeru orang ramai membeli barangan buatan Malaysia, Hasan Malek turut mengambil kesempatan menempelak pembangkang dalam isu kenaikan harga minyak.

Katanya, pembangkang hanya bercakap ketika harga minyak naik tetapi berdiam diri jika harga bahan api itu turun


malaysiakini

Pegawai Kerajaan Minta Habuan Seks Dihadap Ke Mahkamah

Posted: 02 Dec 2014 07:30 AM PST

Kantoi: Pegawai KEDA Minta Habuan Seks

Seorang Pegawai Tadbir di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan meminta dan cuba memperoleh layanan seks sebagai dorongan untuk membantu meluluskan permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di negeri ini.

Bagi pertuduhan pertama, Heris Saad, 56, didakwa secara rasuah meminta suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk mempercepatkan proses permohonan rumah PPRT di Kentucky Fried Chicken, Jalan Limbong Kapal di sini pada 10 Nov lalu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Heris juga dituduh cuba memperoleh suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk tujuan sama pada 13 Nov lalu di Hotel Royale Jalan Putra di sini kira-kira pukul 2.45 petang.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mengikut Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, bagi pertuduhan kedua.

Tertuduh, yang diwakili peguam Amir Faliq Mohd Jamil, mengangguk faham ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Hakim Azhar Mokhtar menetapkan 30 Dis ini untuk sebutan semula kes dan penyediaan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Syahrul Khuzaimi Amiruddin.

sumber...Mstar

Isteri Awie Dakwa Sijil Nikah Palsu

Posted: 02 Dec 2014 06:45 AM PST

 

Butterworth: Isteri penyanyi rock terkenal, Awie, Rozana Misbun membuat laporan di Balai Polis Butterworth, 3.30 petang tadi berhubung dakwaan sijil pernikahannya dengan Awie sejak sembilan tahun lalu dipercayai palsu.

Rozana, 36, hadir bersama peguam syarie, Nor Azmi Mohd Arif terlebih dahulu hadir ke Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 3 petang untuk membuat aduan sebelum diminta membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Nor Azmi berkata, dia bersama anak guamnya hadir untuk membuat aduan dan semakan mengenai pengesahan sijil perakuan nikah antara Rozana dan Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46, yang dipercayai palsu.

Beliau berkata, pihaknya tampil ke Bahagian Penguatkuasa JHEAIPP untuk membuat aduan dan semakan selepas sijil perakuan nikah yang dikeluarkan Pejabat Agama Daerah Bukit Mertajam sebelum ini didapati tidak didaftarkan.

Menurutnya, pihaknya menerima surat daripada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JHEAIPP pada 4 Julai lalu mengesahkan surat perakuan nikah anak guamnya tidak didaftarkan.

- hmetro


Gambar Kejadian Tanah Runtuh Di Slim River, Perak

Posted: 02 Dec 2014 06:00 AM PST

 

Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku malam tadi di Batu 4 Slim River Perak. Ekoran daripada kejadian itu, jalan Kuala Slim ke Felda Besout serta kawasan di sempadan negeri Selangor, ditutup kepada kenderaan berat. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zain Mohd Saedin berkata pihaknya serta beberapa agensi lain masih melakukan pemantauan di lokasi sejak malam semalam. Menurut beliau, kawasan yang terjejas adalah sepanjang 34 meter, selebar 8 meter dan tanah menggelungsur ke bawah sedalam 45 meter. 

Menurut Md Zain, punca kejadian masih disisasat namum beliau tidak menolak kemungkinan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya tanah runtuh adalah disebabkan hujan lebat semalam. 

Selain itu beliau memberitahu, pada pagi ini tiada pergerakan tanah berlaku, bagaimanapun situasi tersebut masih dalam keadaan bahaya. 

Sehubungan itu beliau memberitahu, jalan tersebut akan dibuka selepas pihak Jabatan Kerja Raya membaiki laluan tersebut dan memastikan ia selamat untuk digunakan kepada semua kenderaan.






Addin

Ketua Menteri Melaka Tetap Mahu Mengambil Tanah Rizab Melayu Atas Nama Pembangunan !

Posted: 02 Dec 2014 05:15 AM PST


Ketua Menteri Melaka Tetap Mahu Mengambil Tanah Rizab Melayu Atas Nama Pembangunan !   Datuk Seri Idris Haron Selepas perhimpunan Umno, ketua menteri terus guna tanah rizab Melayu Komitmen Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tanah rizab Melayu semasa Perhimpunan Agung Umno minggu lalu tidak diterjemahkan pimpinan parti Melayu itu, kata Pemuda PAS.   Ketua penerangannya, Mohd Nasaie Ismail berkata komitmen Umno itu hanya lakonan dan untuk meraih sokongan politik apabila Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron tetap mahu mengambil tanah rizab Melayu atas nama pembangunan.   Datuk Seri Idris Haron Selepas perhimpunan Umno, ketua menteri terus guna tanah rizab Melayu Komitmen Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tanah rizab Melayu semasa Perhimpunan Agung Umno minggu lalu tidak diterjemahkan pimpinan parti Melayu itu, kata Pemuda PAS. 

Ketua penerangannya, Mohd Nasaie Ismail berkata komitmen Umno itu hanya lakonan dan untuk meraih sokongan politik apabila Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron tetap mahu mengambil tanah rizab Melayu atas nama pembangunan. 

"Selepas Perhimpunan Agung Umno berakhir, kerajaan Umno negeri Melaka mengumumkan keputusannya untuk kekal mengambil tanah rizab Melayu di Kampung Sungai Jerneh untuk dijadikan empangan. 

"Perkara ini disebut oleh Idris dalam laporan berita semalam. 

Kampung Sungai Jerneh berusia hampir 200 tahun. Rumah di kampung ini dibina sejak 1830-an dan mempunyai nilai sejarah tersendiri. 

"Di kampung inilah pahlawan Melayu Dol Said berkubu pada 1832 selepas tewas dalam pertembungan dengan Inggeris di Tabuh Naning," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Nasaie berkata keperluan pembinaan empangan seharusnya dialihkan ke lokasi yang tidak didiami penduduk apatah lagi Kampung Sungai Jerneh merupakan perkampungan tradisi bersejarah. 

"Bagi Pemuda PAS, kerajaan sepatutnya membangunkan kampung ini menjadi produk perlancongan sejarah di Melaka. "Usaha mesti dijalankan agar kampung ini diiktiraf agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai tapak warisan dunia," katanya. 

Najib semasa menggulung ucapan Perhimpunan Agung Umno menyeru semua menteri besar dan ketua menteri yang mengetuai kerajaan negeri di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) perlu menggantikan semula tanah rizab Melayu yang sudah digunakan untuk pembangunan. 

Katanya, satu jawatankuasa mengenai perkara itu sudah ditubuhkan selain menggesa pindaan undang-undang dilakukan bagi menambahkan nilai tanah rizab Melayu. 

"Tanah rizab Melayu mesti kita pertahankan. Saya minta semua menteri besar negeri yang dikuasai kita pastikan tanah rizab itu kalau dibuka untuk pembangunan diganti dengan lain," katanya. 

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semasa ucapan penggulungan perhimpunan itu juga membangkitkan perkara sama. 

Katanya, kerajaan perlu memberi kuasa kepada peguam negara untuk mempertahankan tanah rezab Melayu bagi membolehkan tanah yang dibatal pihak berkuasa negeri untuk tujuan pembangunan wajib digantikan. - 


The Malaysian Insider

VIDEO - AMERIKA RAMPAS PESAWAT MH370??? YANG SEHARUSNYA PENDUDUK DUNIA TAHU..

Posted: 02 Dec 2014 04:30 AM PST

 

Video Pemain Singapura Mengamuk Setelah Kalah Kepada Malaysia

Posted: 02 Dec 2014 03:45 AM PST

 

Topik kemenangan skuad Harimau Malaya ketika menentang Singapura dua hari lalu masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke hari ini.

Yelah, dari penyebaran gambar salah seorang pemain, Safee Sali merokok sehinggalah kehilangan penjaga gawang Singapura ketika permainan masih berlangsung, ramai yang menarik nafas lega apabila pasukan Malaysia layak bertanding ke peringkat separuh akhir.

Cerita yang terbaru, satu laman berita Singapura, Singapore Seen mendedahkan  satu video 'amuk' salah seorang pemain simpanan skuad Singapura.

Mana tidaknya, dalam video tersebut, pemain itu dilihat terpaksa ditenangkan pegawai kesihatan dan rakan pasukannya. Dia juga dilihat menendang barang berdekatan akibat amarah yang melampau! Ganas betul.

Rata-rata pengguna laman Facebook di Singapura tidak bersetuju dengan tindakan individu tersebut yang dilihat melampau dan tidak menggambarkan dirinya memiliki semangan kesukanan yang baik.

Malah, ada yang menulis, tindakan mengamuk tersebut lebih memalukan dari kekalahan skuad mereka menentang Malaysia!

- siakapkeli





Waktu Tak Bersahabat

Posted: 02 Dec 2014 03:24 AM PST

waktu tak bersahabat  dua tiga hari ini waktu milik saya tak bersahabat dan selalu saja ada tembuk di antara kami dan kesannya waktu banyak sangat untuk hal-hal lain yang sama sekali tak diduga meski kekadang tidak saya inginkan semuanya itu.  barangkali akhir tahun ini sebelum januari, akan saya lepaskan semuanya dan saya seperti diawalnya tidak akan terikat dan mahunya bebas dari beban yang selalu jatuh di pundak.  salam dan saya usaha menulis sesekali kala singgah, tetapi tidak usah khuatir saya selalu saja membaca kiriman teman2 yang cukup baik.  ISMAILY BUNGSU 2/12/2014 6:58PM

Dua tiga hari ini waktu milik saya tak bersahabat dan selalu saja ada tembuk di antara kami dan kesannya waktu banyak sangat untuk hal-hal lain yang sama sekali tak diduga meski kekadang tidak saya inginkan semuanya itu.

barangkali akhir tahun ini sebelum januari, akan saya lepaskan semuanya dan saya seperti diawalnya tidak akan terikat dan mahunya bebas dari beban yang selalu jatuh di pundak.

salam dan saya usaha menulis sesekali kala singgah, tetapi tidak usah khuatir saya selalu saja membaca kiriman teman2 yang cukup baik.



ISMAILY BUNGSU
2/12/2014