Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Raja-Raja Melayu Perlu Berhati-Hati

Posted: 01 Dec 2014 11:00 PM PST

 Jangan sampai golongan2 elite kamu serta VVIP gadaikan bangsa, kaum kamu serta negara, jangan2 sampai bangsa kaum kamu merempat seperti pengemis, jangan2 sampai bangsa, kaum kamu terpaksa minum racun tak tertahan dengan sengsaraan perbuatan tamak golongan2 elite kamu" Dalam hal ini jangan kamu merunding jari kepada bangsa, kaum lain, jika bangsa kaum kamu merempat, tertekan kesengsaraan kehidupan, atau negara tergadai kerana kamu bulat2 percayai, menyembah golongan2 elite kamu yang gila kuasa dan tamak !Wake up my fellow malays, ubah sikap kamu itu, buka mata, buka minda sebelum terlambat...Associate.

Raja-Raja Melayu Perlu Berhati-Hati

Anak Bapa sememangnya seorang anak Melayu, dan akan kekal menjadi Melayu sehingga akhir hayat. Tetapi ini tidak bermakna Anak Bapa akan menggangguk apa saja yang dibuat atas nama Melayu.

Ini disebabkan ada pertimbangan lain yang lebih besar dan lebih aula dalam hidup Anak Bapa. Dengan menjadi seorang Muslim bermakna Anak Bapa terikat kepada kepatuhan mutlak kepada Allah swt dan bukan kepada makhluk lain, melaksanakan segala tuntutan agama dalam segala as
pek kehidupan.

Walaupun diakui terdapat kelemahan kepada undang-undang buatan manusia tetapi terbukti perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri setakat ini masih mampu untuk menguruskan negara dan rakyat dengan adil dan saksama dengan syarat semua pihak mematuhinya dari segi semangat dan tujuan.
Tetapi malangnya apa yang berlaku di bawah pentadbiran UMNO/BN, terutama di zaman Dr.
Mahathir, Pak Lah dan kini Najib, kita lihat pencabulan dalam segala aspek perundangan secara berterusan oleh pihak eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Peristiwa perbicaraan Anwar dalam kes Liwat I dan II, dan pengantungannya sebagai ahli parlimen bersama 3 lagi ahli parlimen pembangkang baru-baru ini, jelas memperlihatkan kerakusan pihak pemerintah dalam memperkosa undang-undang negara demi kepentingan nafsu politik mereka. Dan yang lebih malang lagi aktiviti mereka semakin ghairah dan semakin melampau di ambang kemusnahan UMNO/BN.

UMNO tidak segan silu untuk menggunakan apa saja cara demi kelangsungan hayat politik mereka termasuk mengheret raja-raja Melayu ke kancah permainan politik kotor mereka walaupun selama ini mereka merupakan puak yang telah merosakkan reputasi institusi berkenaan. 

Insiden memburuk-burukkan raja-raja Melayu ketika usaha mereka dalam menasahkan imuniti raja-raja Melayu dahulu, dan pertabalkan Sultan Kelantan baru oleh pemimpin UMNO ketika PAS baru mengambil alih pemerintahan Kelantan dari BN pada awal 90an dahulu adalah antara beberapa insiden malang yang dipelopori UMNO dalam mencemarkan institusi yang didokong rakyat.

Anak Bapa tidak tahu kenapa raja-raja Melayu mula dilihat bersekongkol dengan UMNO dalam membelakangkan undang-undang. Peristiwa rampasan kuasa di Perak jelas menunjukkan konspirasi pihak istana dan UMNO dalam menidakkan hak rakyat seperti yang terkandung dalam undang-undang tubuh negeri Perak. Beberapa kejadian di Selangor juga mula kelihatan seperti skrip yang sama seperti di Perak. 

Isu mutakhir pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri menunjukkan dengan jelas usaha berterusan UMNO dalam mengheret sama pihak istana dalam membelakangkan undang-undang tubuh negeri. Sedarkah Sultan bahawa peruntukan undang-undang berhubung pelantikan SUK perlu mendapat restu baginda telah dimansuhkan oleh UMNO dahulu?

Anak Bapa masih ingat ucapan Raja Nazrin, Raja Muda Perak, yang mengingatkan raja-raja Melayu bahawa jika mereka ingin kekal relevan maka mereka perlu dilihat adil kepada semua dan meletakkan undang-undang sebagai asas kepada segala tindak tanduk mereka.

Malangnya raja-raja Melayu semakin terbabas dalam tindak tanduk mereka. Malah sesiapa saja yang rapat dengan UMNO akhirnya akan terbabas. UMNO akan menjanjikan langit dan bumi untuk mencapai nafsu syahwat mereka. 

Adakah janji-janji projek, kemewahan dan kelangsungan bangsa Melayu (walaupun UMNO tak ada kuasa menentukannya) menyebabkan raja-raja Melayu terjebak dalam perangkap UMNO dan bersetuju bersama-sama menidakkan hak rakyat dan undang-undang?

Jika inilah pendekatan yang nak diguna oleh raja-raja Melayu, Anak Bapa ingin nasihatkan mereka supaya fikir balik habis-habis. Sokongan UMNO adalah sokongan membawa rebah. 

Jangan korbankan maruah dan kedaulatan institusi raja-raja Melayu dengan tindakan yang dilihat bertujuan menyambung hayat UMNO. Dan yang lebih utama jangan memandang rendah kepada kuasa rakyat dan apa yang mereka mampu lakukan.

Anak Bapa yakin raja-raja Melayu mampu berfikir secara objektif dan adil. Jika ada yang agak terbabas yang lainnya akan membantu membetulkannya. 

Tindakan kolektif raja-raja Melayu dalam memulihkan keyakinan rakyat kepada konsep raja berpelembagaan amatlah dialu-alukan sebelum ia terlambat. Raja juga adalah manusia dan mereka terdedah kepada kesilapan. Rakyat perlu menegur dan mereka perlu mendengar.

Anak Bapa: Berani kerana benar …….


Shabery Cheek Gelabah Bila Ditanya Umno Bayar Bloggers

Posted: 01 Dec 2014 10:15 PM PST


Kalau kita berada ditempat Shabery Cheek ni, rasanya kita pun serba salah dan gelabah jugak nak menjawab soalan wartawan tentang samada benar atu tidak UMNO membayar Blogger 'Bangang' seperti yang Najib kata tu..

Nak nafikan nanti wartawan tanya pulak "Adakah Dato' Seri setuju jika saya menganggap Perdana Menteri telah berbohong mengenai isu ini?

Takkanlah nak jawab "Ya!! Saya setuju, Dato' Seri Najib telah membohongi ahli-ahli UMNO dan rakyat 1Malaysia mengenai perkara ini..

Kalau jawab macam tu.. ianya upama kata pepatah dulu-dulu 'Menuang pasir ke dalam periuk nasi sendiri' manakala pepatah sekarang pulak 'mencabut plug dari periuk nasi yang sedang memasak nasi'..


Bersara awallah jawabnya dia kalau macam tu punya jawapan yang diberikannya..

Kalau dijawabnya "Ya!! Benar.. UMNO membayar Blogger-blogger itu.." .. masaalah jugak..

Nanti datang pula soalan "Dana dari mana digunakan? Dana Kerajaan atau dana UMNO?".. "Berapa jumlah RM yang dibayar tu"..

Jawapan dari Shabery Cheek mengenai soalan wartawan itu samada benar atau tidak UMNO membayar Blogger 'Bangang' ialah.."Saya tidak tahu. Saya tidak tahu jika kita membayar mereka atau tidak, "

Dia nak bohong siapa agaknya? kan Najib dah nyatakan dengan jelas.. "Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. BANGANG,"

KUALA LUMPUR: Caught in a tight spot, Umno supreme council member and minister of communications and multimedia Shabery Cheek struggled to give a straight answer to questions from the media on whether Umno funded cybertroopers to wage an online war against the opposition.

Denying any move by Umno to pay cybertroopers, Shabery was however unsure if bloggers were being paid to write flattering entries in support of Umno.

Saying, "I don't know. I don't know if we are paying them or not," the minister did acknowledge that some bloggers were "sympathetic" to Umno but that they were merely supporters.

Defending his party's president who apparently alluded to Umno-funded bloggers in his speech, Shabery said Najib Razak was misquoted.


He explained that all Najib said was that there were bloggers who were sympathetic to opposition leader Anwar Ibrahim and others who supported Umno instead.

Shabery insisted there was no mention of anyone being paid.

His declarations however were in direct contrast to the proud announcement made just days before by Puteri Umno that their "cyber commando" unit called Fire Ant Front were ready to wage all-out war on the opposition's supposed Red Bean Army.

Speaking excitedly about this latest development was Puteri chief Mas Ermieyati Samsudin who said, "We realise the seriousness of the situation. We are using digital technology and social media to counter-attack (the opposition)."~ 
 
Free Malaysia Today

Jadi nak cover Najib punya pasal terpaksalah memberikan jawapan yang menunjukkan walaupun dia tu Menteri Komunikasi dan Multimedia tapi dia langsung tak tahu apa yang berlaku di bawah Kementeriannya..

Dipetik dari - ASD
 

VIDEO - Laporan RCI 'Projek IC' diumum pada Rabu ini...

Posted: 01 Dec 2014 09:30 PM PST


Laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang haram Sabah yang dinanti-nantikan akhirnya dilapor akan dikeluarkan di Kota Kinabalu pada Rabu.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa (kiri) berkata laporan itu akan diumumkan dalam sebuah acara bersama media di Kompleks Tabung Haji di negeri itu, lapor The Star.

Perdana menteri sebelum ini mengumumkan bahawa laporan itu akan diumumkan pada awal Disember, walaupun terdapat desakan supaya ia dikeluarkan semasa sidang parlimen baru-baru ini. 





Maklumat berhubung pengeluaran laporan itu didedahkan oleh pemberitahuan Kementerian Penerangan pada Isnin, menurut laporan itu.

Cadangan oleh laporan itu akan dikaji oleh panel diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Joseph Tan Sri Pairin Kitingan.

The long-overdue Royal Commission of Inquiry (RCI) report on illegal immigrants in Sabah will finally be released in Kota Kinabalu this Wednesday, according to The Star. The government's chief secretary Ali Hamsa is set to make the report public at a media event at the Tabung Haji complex there.

Prime Minister Najib Abdul Razak had previously announced that the report will be made public in early December, despite demands by civil society and opposition politicians for the report to be released during the recently concluded Parliament sitting.

The information about the launch was disclosed in an Information Ministry notification on Monday, according to the report.

The recommendations made in the RCI report will be studied by a special panel headed by Sabah Deputy Chief Minister Joseph Pairin Kitingan.



This concludes almost year-long delay in making the report public, as it was submitted to Najib in January.

The RCI was set up in 2012 and had 211 witnesses in hearings which extended until late 2013.

The witnesses included the former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad and former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim. The commission's five-man panel was headed by former chief judge of Sabah and Sarawak, Steve Shim.- mk RCI report delay may be due to thorny findings...

Findings unpopular with the government may the reason the Royal Commission of Inquiry on illegal immigrants in Sabah report is not tabled at Parliament, a prominent witness at the RCI said.

"It was ready last December and it was presented to the Agong on May 21. Till today, no one knows what is in the report. "Those who do, are not willing to say anything," said the witness who spoke on condition of anonymity.

The terms of reference, he said, also raised questions over whether the government was not serious about resolving the issue.

"For example the eight terms of reference itself were very vague - each of them talked about investigating this and that but nothing to indicate that the culprit should be identified or be brought to book.

"The reluctance of the government to resolve this is because this touches on the agenda of the government itself for Sabah," said the witness. National issue He said that the influx of illegal migrants into Sabah became a national issue when these migrants moved to the peninsula.



"I have nothing against the illegal immigrants, but why did the authorities allow this to continue from the 1960's, to 1970's and so on, to allow foreigners to come and be citizens and then be voters in Sabah.

Many would by now have migrated to the peninsula. "We are talking of security of the country," said the witness.

During the RCI hearing, several witnesses testified that they had easily obtained Malaysian citizenship in just a few years of arriving in the country on condition that they register as voters.

Former Sabah National Registration Deprtment senior officer Yakup Damsah testified he was instructed to facilitate mass issuance of citizenships and did so at a Kuala Lumpur house used by an aide of then Prime Minister Dr Mahathir Mohamad (above).

Mahathir and his aides named at the RCI have repeatedly denied any involvement of illegal issuance of citizenships. They were acused of doing so to topple the rule of PBS, which was not part of BN at the time.

The witness said that the delay in publicising the report shows the government is not committed to apply the recommendations from the RCI panel.

Requests shot down Civil groups such as Bersih too have called for the tabling of the report. On Nov 14, Prime Minister Najib Abdul Razak (right) had said that the RCI report would be made public in early December this year.

Requests for it to be tabled in the Parliament were however shot down and the Dewan Rakyat session has ended for the year. The RCI was set up in August 2012, with a six-member panel to investigate allegations of a citizenship-for-votes scheme in Sabah called 'Project IC' in the 1980s.

Chaired by former judge of Sabah and Sarawak Steve Shim, the RCI had "given hope" to Malaysians, especially Sabahans, that they will finally find out the truth about the covert operations by senior government officials illegally granting citizenship to immigrants in exchange for votes.

This was one of the longest of RCIs, with nearly 200 witnesses, which included former prime minister Dr Mahathir Mohamed and his once deputy Anwar Ibrahim.-


Malaysiakini.

Hadi Awang: Pemerintah 'Mesti Adil' Kepada Semua Kaum !

Posted: 01 Dec 2014 08:45 PM PST



 


KUALA KANGSAR: Peranan sebuah kerajaan adalah mewujud satu sistem yang adil untuk semua kaum.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada majlis penutup sambutan ulang tahun PAS ke-63 semalam memberitahu bahawa oleh sebab bermusuh, maka sikap adil itu tidak berlaku pada pentadbiran sekarang.‎

"Walaupun saya berada di luar negara tetapi saya mengikuti apa yang berlaku di negara ini, terutama pada Persidangan Agung Umno (PAU).

"Kerajaan perlu adil untuk semua kaum sebab dalam Islam pun ada menyatakan, kalau semua untuk bumiputra apa yang berlaku pada kaum lain.

"Umno yang memerintah, minta bantuan daripada bumiputera (kerajaan), bumiputera pun tak betul, Bank Bumiputra pun mati," ucap beliau.

Ahli Parlimen Marang itu turut menegaskan, dalam mengurus ekonomi dan negara ia akan gagal jika mengasingkan agama.

"‎Agamalah yang mengajar kita tadbir negara dengan adil, tiada pengasingan antara kedua-duanya.

"Nak satukan manusia bukan dengan duit, manusia ada perasaan, diri, roh dan jasad. "Nak menyatukan manusia adalah dengan Allah, barulah tidak ada permusuhan berlaku. Inilah yang PAS nak perkenalkan kepada rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat," sambung beliau lagi. 


PDO.

KDN cadang sebat kakitangan imigresen bersekongkol dengan ejen pekerja asing The Malaysian Insider

Posted: 01 Dec 2014 08:00 PM PST

 KDN cadang sebat kakitangan imigresen bersekongkol dengan ejen pekerja asing  The Malaysian Insider  Selepas mencadangkan hukuman sebat mandatori dikenakan ke atas ejen yang didapati bersalah membawa masuk pekerja asing secara haram ke Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mahu hukuman sama turut dikenakan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen yang bersekongkol dengan ejen berkenaan.  Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perbincangan ke arah pelaksanaan hukuman itu akan dimulakan minggu ini melibatkan penasihat undang-undang KDN, Jabatan Imigresen dan Jabatan Peguam Negara.  "Kita ingin cadangkannya kepada kerajaan setelah perbincangan ini selesai kerana saya berpandangan hukuman penjara dan denda tidak memadai untuk memastikan perbuatan itu daripada berulang.  "Jika ia melibatkan pindaan Akta Imigresen, kita akan bawa ke Parlimen. Namun jika sebaliknya, kita hanya akan pinda atau masukkan klausa berkenaan hukuman itu pada peraturan Imigresen sedia ada," katanya.  Bercakap pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Imigresen, Zahid berkata walaupun kakitangan Imigresen bersekongkol dengan ejen pekerja asing hanya kes terpencil, cadangan hukuman itu perlu dibuat bagi memastikan nama baik jabatan itu terpelihara.  "Saya tidak malu untuk menyatakan perkara ini sebab lebih baik kita malu sedikit sekarang daripada dimalukan kemudian dalam hal pembenterasan dan pembersihan pekerja asing tanpa izin (PATI)," katanya.  Beliau berkata pelaksanaan hukuman itu akan membantu usaha kementerian untuk membersihkan 100% anasir jahat yang merosakkan imej dan membangkitkan persepsi negatif orang ramai terhadap Jabatan Imigresen, sekaligus mengurangkan kebarangkalian berlakunya insiden seperti kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini.  "Saya tumpu kepada jabatan Imigresen kerana mengikut laporan anti rasuah yang dibentangkan Suruhanhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Kabinet baru-baru ini, jabatan ini berada di tempat teratas daripada 10 agensi dan jabatan," katanya.  Menurutnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga disenaraikan dalam laporan SPRM itu.  Bagaimanapun, Zahid berkata di sebalik tanggapan negatif, Jabatan Imigresen melalui bahagian penguatkuasaan sebenarnya berjaya mengurangkan nisbah pekerja asing sah dan tidak sah iaitu daripada 30 pekerja yang sah, hanya 10 adalah PATI.  Ini berbeza daripada nisbah sebelum Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Tanpa Izin (6P) dilaksanakan, iaitu 10 pekerja asing yang sah manakala 30 adalah PATI, katanya.  Pada majlis itu, Zahid melancarkan buku Pas Sempadan bagi memasuki Malaysia/Thailand.  Pemohon hanya perlu membayar RM10 untuk buku itu yang tempoh sah lakunya selama setahun.  Buku Pas Sempadan itu menggantikan dokumen cetakan biasa bersaiz A4 yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bermaustautin melebihi satu tahun di Kedah, Kelantan, Perlis dan daerah Hulu Perak. Selepas mencadangkan hukuman sebat mandatori dikenakan ke atas ejen yang didapati bersalah membawa masuk pekerja asing secara haram ke Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mahu hukuman sama turut dikenakan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen yang bersekongkol dengan ejen berkenaan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perbincangan ke arah pelaksanaan hukuman itu akan dimulakan minggu ini melibatkan penasihat undang-undang KDN, Jabatan Imigresen dan Jabatan Peguam Negara.

"Kita ingin cadangkannya kepada kerajaan setelah perbincangan ini selesai kerana saya berpandangan hukuman penjara dan denda tidak memadai untuk memastikan perbuatan itu daripada berulang.

"Jika ia melibatkan pindaan Akta Imigresen, kita akan bawa ke Parlimen. Namun jika sebaliknya, kita hanya akan pinda atau masukkan klausa berkenaan hukuman itu pada peraturan Imigresen sedia ada," katanya.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Imigresen, Zahid berkata walaupun kakitangan Imigresen bersekongkol dengan ejen pekerja asing hanya kes terpencil, cadangan hukuman itu perlu dibuat bagi memastikan nama baik jabatan itu terpelihara.

"Saya tidak malu untuk menyatakan perkara ini sebab lebih baik kita malu sedikit sekarang daripada dimalukan kemudian dalam hal pembenterasan dan pembersihan pekerja asing tanpa izin (PATI)," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan hukuman itu akan membantu usaha kementerian untuk membersihkan 100% anasir jahat yang merosakkan imej dan membangkitkan persepsi negatif orang ramai terhadap Jabatan Imigresen, sekaligus mengurangkan kebarangkalian berlakunya insiden seperti kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini.

"Saya tumpu kepada jabatan Imigresen kerana mengikut laporan anti rasuah yang dibentangkan Suruhanhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Kabinet baru-baru ini, jabatan ini berada di tempat teratas daripada 10 agensi dan jabatan," katanya.

Menurutnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga disenaraikan dalam laporan SPRM itu.

Bagaimanapun, Zahid berkata di sebalik tanggapan negatif, Jabatan Imigresen melalui bahagian penguatkuasaan sebenarnya berjaya mengurangkan nisbah pekerja asing sah dan tidak sah iaitu daripada 30 pekerja yang sah, hanya 10 adalah PATI.

Ini berbeza daripada nisbah sebelum Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Tanpa Izin (6P) dilaksanakan, iaitu 10 pekerja asing yang sah manakala 30 adalah PATI, katanya.

Pada majlis itu, Zahid melancarkan buku Pas Sempadan bagi memasuki Malaysia/Thailand.

Pemohon hanya perlu membayar RM10 untuk buku itu yang tempoh sah lakunya selama setahun.

Buku Pas Sempadan itu menggantikan dokumen cetakan biasa bersaiz A4 yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bermaustautin melebihi satu tahun di Kedah, Kelantan, Perlis dan daerah Hulu Perak.

Pasangan Cina pilih konsep perkahwinan Melayu

Posted: 01 Dec 2014 07:30 PM PST



Pemilik kedai runcit itu berkata rancangan itu diterima baik oleh keluarganya dan keluarga pengantin perempuan, rakan serta jiran.

"Saya berterima kasih kepada rakan dan jiran bagi sokongan kepada saya. Tanpa sokongan mereka kenduri kampung ini tak akan berjaya," katanya kepada pemberita di majlis itu.

Pengantin lelaki Soo, pekerja sebuah syarikat swasta di Kulim itu berkata pada mulanya dia agak terkejut dengan rancangan bapanya itu namun tidak membantah.

"Saya amat bangga sebagai rakyat Malaysia. Saya dapat berkongsi kegembiraan ini bersama isteri, keluarga dan penduduk kampung," katanya.

Bercakap mengenai baju kebaya Kedah yang dipakainya, Goh berkata, "Saya sangat teruja dan ini kenangan manis dalam hidup saya dan suami.

"Pengalaman ini akan diingat sampai bila-bila," kata pekerja syarikat swasta di Kulim itu.

Penduduk kampung, Suraya Mat Lazim, 44, berkata dia agak terkejut apabila Soo menjemputnya sekeluarga menghadiri majlis kenduri kahwin konsep Melayu.

Majlis seumpama ini pertama kali diadakan oleh masyarakat Tionghua di kampungnya, kata beliau.
Katanya, sebagai jiran dia turut membantu keluarga tersebut pada majlis itu. - Astro Awani

Dyana: Khairy hidup dalam penafian...??

Posted: 01 Dec 2014 07:00 PM PST

Dyna Sofya berkata Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin hidup dalam penafian jika menganggap bahawa DAP adalah sebuah parti yang hanya memberi "harapan palsu" kepada ahli politik muda.

Sebaliknya, kata Dyana, DAP sangat konsisten dalam mengiktiraf bakat-bakat muda dan memberi mereka peluang menyertai arus politik perdana.

Sebagai contoh, katanya, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching (kanan), pertama kali dipilih pada tahun 2008 ketika dia berusia 27 tahun.

"Pada masa ini, kedua-dua ahli Parlimen yang paling muda di Dewab Rakyat adalah dari DAP -  Steven Sim Chee Keong dan Zairil Khir Johari -  kedua-dua berusia 32.

"Kami juga mempunyai beberapa ADUN yang berusia 20-an, seperti Liow Cai Tung di Johor dan Christina Chew di Sarawak," tegas Dyana yang juga setiausaha politik kepada ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

"Malah pemimpin kanan kami seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok, telah bertanding ketika semua
mereka berusia 20-an," tambah Dyana dalam satu kenyataan.

Oleh itu, katanya, beliau gagal untuk memahami idea "harapan palsu" yang dimaksudkan oleh menteri
belia dan sukan itu.

Menurut Dyana, DAP telah memberi peluang kepada bakat-bakat muda yang berkebolehan dan berkelayakan.

Oleh itu, tegas Dyana lagi, apa yang dianggap oleh Khairy sebagai "harapan palsu" itu sebenarnya adalah pengiktirafan DAP kepada bakat muda.

"Sebaliknya, adakah Umno ada mencalonkan seseorang yang berumur di bawah umur 35 tahun dalam pilihan raya umum lalu?

"Dengan lebih daripada 300,000 ahli Puteri umno yang kononnya lebih besar daripada saya, berapa ramai sebenarnya diberi peluang untuk bertanding?" soal Dyana lagi.

Daripada pengkritik DAP di perhimpunan agung Umno, kata Dyana, parti itu sepatutnya bertanya pada diri sendiri mengapa parti itu tidak mendapat nafas baru.

"Mungkin mereka juga perlu ingat fakta bahawa kabinet pertama Tunku Abdul Rahman sebenarnya mempunyai beberapa menteri di bawah umur 35.

"Apa yang telah berlaku kepada Umno sejak itu? Jawapannya adalah jelas, tidak ada pemimpin mereka yang berminat untuk melepaskan kuasa mereka," katanya.


Malaysiakini.

BN tipu lagi, Sepatutnya harga minyak RM1.70 - HARAKAHDAILY

Posted: 01 Dec 2014 06:30 PM PST

 Selasa, 02 Disember, 2014.  BN tipu lagi, Sepatutnya harga minyak RM1.70   HARAKAHDAILY   YB RAFIZI Ramli, Ahli Parlimen Pandan mendedahkan bahawa pengiraan harga petrol RON95, RON97 dan diesel tidak telus dan tidak selari dengan harga pasaran dunia.   Dalam kenataan medianya, beliau mendedahkan bahawa harga rujukan minyak mentah Brent pada hujung minggu lepas mencecah USD68 setong yakni harga sepatutnya sekitar RM1.70.   Berikut kenyataan penuh Rafizi.   Pengumuman harga baru tanpa subsidi bagi RON95, RON97 dan diesel bermula 1 Disember 2014 membayangkan harga petrol dan diesel akan terus dimanipulasi oleh Barisan Nasional dan menjadi beban utama rakyat di masa akan datang.   Walaupun Dato' Seri Najib Tun Razak menggunakan alasan harga yang dibayar oleh rakyat sekarang adalah mengikut harga pasaran, perbezaan di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan Barisan Nasional adalah terlalu ketara.   Harga rujukan minyak mentah Brent di hujung minggu lepas telah mencecah USD68 setong, iaitu penurunan sebanyak 35.2% dari harga sebelum kejatuhan pasaran minyak mentah iaitu sekitar USD105 setong.   Harga purata minyak mentah Brent sepanjang bulan November 2014 ialah sekitar USD76 setong, iaitu penurunan sebanyak 27.6% dari harga sebelum kejatuhan pasaran minyak.   Harga rujukan minyak mentah Brent ini menentukan harga rujukan produk petroleum RON95, RON97 dan diesel yang didagangkan di Singapura dan digunakan sebagai asas menentukan harga petrol dan diesel di negara ini.   Oleh itu, jika harga rujukan minyak mentah Brent telah jatuh di antara 27% hingga 35%, sudah tentu penurunan RON95, RON97 dan diesel juga adalah dalam lingkungan yang tidak banyak berbeza dari itu.   Malangnya, pengumuman Barisan Nasional menetapkan harga RON95 hanya turun 1.7%, RON97 hanya turun 3.5% malah diesel pula naik 1%. Rakyat tertanya-tanya kenapa ada jurang yang begitu besar di antara harga rujukan di pasaran dunia dan harga yang ditetapkan Barisan Nasional di Malaysia walaupun kononnya harga itu ditetapkan mengikut harga pasaran dunia.   Keadaan ini berpunca dari kaedah penentuan harga yang tidak telus dan memasukkan formula yang menjamin keuntungan syarikat minyak seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Bagi setiap liter RON95 contohnya, Barisan Nasional menjamin keuntungan dan kos dibayar-balik (cost reimbursement) kepada syarikat minyak sebanyak 30 sen.   Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menyiarkan setiap minggu secara terperinci harga rujukan RON95, RON97 dan diesel di pasaran dunia yang menggunakan harga terbitan MOPS (Means of Platts Singapore) serta kos-kos lain yang dimasukkan di dalam perkiraan menentukan harga pasaran Malaysia bagi RON95, RON97 dan diesel.   Hanya dengan ketelusan sebegini Barisan Nasional boleh mengenepikan pandangan serong rakyat bahawa ia mengambil keuntungan dengan menetapkan harga minyak yang lebih tinggi kepada rakyat walaupun harga pasaran dunia telah jatuh menjunam.   Pada masa yang sama, KEADILAN juga telah menubuhkan pasukan sendiri untuk memantau harga pasaran RON95, RON97 dan diesel untuk memastikan harga pasaran di Malaysia adalah selari dengan harga pasaran dunia.   KEADILAN akan mendedahkan secara terperinci harga pasaran rujukan MOPS serta kos-kos lain yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan pada setiap minggu untuk membolehkan rakyat mendapatkan harga minyak terbaik.   Perbezaan harga yang ketara ini (iaitu penurunan 2% di Malaysia berbanding kejatuhan 28% hingga 35%) juga menimbulkan tanda tanya sama ada Barisan Nasional akan mengenakan cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang berlaku sepanjang bulan November 2014.   Kenyataan Dato' Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan pada 31 Oktober 2014 yang disiarkan BERNAMA secara jelas menyebut bahawa jika harga minyak mentah dunia jatuh ke harga di bawah USD75 setong, harga petrol RON95 sepatutnya menjadi sekitar RM1.72 seliter.   Menurut beliau, pada ketika itu Kerajaan Persekutuan boleh membuat keputusan sama ada mengenakan cukai petrol untuk mengekalkan harga yang lebih tinggi. Pada ketika ini, harga minyak mentah dunia telah pun jatuh ke paras USD68 setong. Malah, harga rujukan purata minyak mentah bagi November 2014 dianggarkan sekitar USD76 setong.   Mengikut kenyataan Dato' Ahmad Maslan sendiri sebulan yang lepas, harga RON95 yang lebih selari dengan harga pasaran sepatutnya adalah RM1.72 seliter, bukannya RM2.26 seperti yang diumumkan semalam. Oleh hal yang demikian, saya akan terus berkempen supaya harga minyak diturunkan melalui kempen #turunhargaminyak.   Sementara menunggu demonstrasi yang telah diumumkan pada 31 Disember 2014 ini, KEADILAN akan membantu rakyat dengan mengumumkan setiap minggu harga pasaran RON95, RON97 dan diesel mengikut harga pasaran antarabangsa untuk mengelakkan Barisan Nasional mengambil kesempatan mencukai rakyat melalui cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang telah berlaku sejak sebulan lalu. YB RAFIZI Ramli, Ahli Parlimen Pandan mendedahkan bahawa pengiraan harga petrol RON95, RON97 dan diesel tidak telus dan tidak selari dengan harga pasaran dunia. 

Dalam kenataan medianya, beliau mendedahkan bahawa harga rujukan minyak mentah Brent pada hujung minggu lepas mencecah USD68 setong yakni harga sepatutnya sekitar RM1.70. 

Berikut kenyataan penuh Rafizi. 

Pengumuman harga baru tanpa subsidi bagi RON95, RON97 dan diesel bermula 1 Disember 2014 membayangkan harga petrol dan diesel akan terus dimanipulasi oleh Barisan Nasional dan menjadi beban utama rakyat di masa akan datang. 

Walaupun Dato' Seri Najib Tun Razak menggunakan alasan harga yang dibayar oleh rakyat sekarang adalah mengikut harga pasaran, perbezaan di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan Barisan Nasional adalah terlalu ketara. 

Harga rujukan minyak mentah Brent di hujung minggu lepas telah mencecah USD68 setong, iaitu penurunan sebanyak 35.2% dari harga sebelum kejatuhan pasaran minyak mentah iaitu sekitar USD105 setong. 


Harga purata minyak mentah Brent sepanjang bulan November 2014 ialah sekitar USD76 setong, iaitu penurunan sebanyak 27.6% dari harga sebelum kejatuhan pasaran minyak. 

Harga rujukan minyak mentah Brent ini menentukan harga rujukan produk petroleum RON95, RON97 dan diesel yang didagangkan di Singapura dan digunakan sebagai asas menentukan harga petrol dan diesel di negara ini. 

Oleh itu, jika harga rujukan minyak mentah Brent telah jatuh di antara 27% hingga 35%, sudah tentu penurunan RON95, RON97 dan diesel juga adalah dalam lingkungan yang tidak banyak berbeza dari itu. 

Malangnya, pengumuman Barisan Nasional menetapkan harga RON95 hanya turun 1.7%, RON97 hanya turun 3.5% malah diesel pula naik 1%. 

Rakyat tertanya-tanya kenapa ada jurang yang begitu besar di antara harga rujukan di pasaran dunia dan harga yang ditetapkan Barisan Nasional di Malaysia walaupun kononnya harga itu ditetapkan mengikut harga pasaran dunia. 

Keadaan ini berpunca dari kaedah penentuan harga yang tidak telus dan memasukkan formula yang menjamin keuntungan syarikat minyak seperti yang saya nyatakan sebelum ini. 

Bagi setiap liter RON95 contohnya, Barisan Nasional menjamin keuntungan dan kos dibayar-balik (cost reimbursement) kepada syarikat minyak sebanyak 30 sen. 

Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menyiarkan setiap minggu secara terperinci harga rujukan RON95, RON97 dan diesel di pasaran dunia yang menggunakan harga terbitan MOPS (Means of Platts Singapore) serta kos-kos lain yang dimasukkan di dalam perkiraan menentukan harga pasaran Malaysia bagi RON95, RON97 dan diesel. 

Hanya dengan ketelusan sebegini Barisan Nasional boleh mengenepikan pandangan serong rakyat bahawa ia mengambil keuntungan dengan menetapkan harga minyak yang lebih tinggi kepada rakyat walaupun harga pasaran dunia telah jatuh menjunam. 

Pada masa yang sama, KEADILAN juga telah menubuhkan pasukan sendiri untuk memantau harga pasaran RON95, RON97 dan diesel untuk memastikan harga pasaran di Malaysia adalah selari dengan harga pasaran dunia. 

KEADILAN akan mendedahkan secara terperinci harga pasaran rujukan MOPS serta kos-kos lain yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan pada setiap minggu untuk membolehkan rakyat mendapatkan harga minyak terbaik. 

Perbezaan harga yang ketara ini (iaitu penurunan 2% di Malaysia berbanding kejatuhan 28% hingga 35%) juga menimbulkan tanda tanya sama ada Barisan Nasional akan mengenakan cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang berlaku sepanjang bulan November 2014.

Kenyataan Dato' Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan pada 31 Oktober 2014 yang disiarkan BERNAMA secara jelas menyebut bahawa jika harga minyak mentah dunia jatuh ke harga di bawah USD75 setong, harga petrol RON95 sepatutnya menjadi sekitar RM1.72 seliter. 

Menurut beliau, pada ketika itu Kerajaan Persekutuan boleh membuat keputusan sama ada mengenakan cukai petrol untuk mengekalkan harga yang lebih tinggi. 

Pada ketika ini, harga minyak mentah dunia telah pun jatuh ke paras USD68 setong. Malah, harga rujukan purata minyak mentah bagi November 2014 dianggarkan sekitar USD76 setong. 

Mengikut kenyataan Dato' Ahmad Maslan sendiri sebulan yang lepas, harga RON95 yang lebih selari dengan harga pasaran sepatutnya adalah RM1.72 seliter, bukannya RM2.26 seperti yang diumumkan semalam. 

Oleh hal yang demikian, saya akan terus berkempen supaya harga minyak diturunkan melalui kempen ‪#‎turunhargaminyak‬

Sementara menunggu demonstrasi yang telah diumumkan pada 31 Disember 2014 ini, KEADILAN akan membantu rakyat dengan mengumumkan setiap minggu harga pasaran RON95, RON97 dan diesel mengikut harga pasaran antarabangsa untuk mengelakkan Barisan Nasional mengambil kesempatan mencukai rakyat melalui cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang telah berlaku sejak sebulan lalu.

Gadis Cantik Ditoreh Penyamun. Cepat Laksanakan Hudud.. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 01 Dec 2014 06:00 PM PST

 
KEADAAN gadis yang cedera ditoreh pada muka dalam kejadian samun ketika diberi rawatan di HUSM, Kubang Kerian, Kelantan semalam.

PASIR PUTEH – Jeritan kuat seorang gadis cantik meminta pertolongan jiran berjaya menyelamatkan nyawa ibu serta adiknya daripada terus diperlakukan dengan kejam oleh dua penyamun yang menceroboh rumah mereka di Kampung Wakaf Berangan, dekat sini petang kelmarin.

Dalam kejadian samun pada pukul 1.40 petang itu, mangsa yang berusia 22 tahun berada di dalam rumah berkenaan bersama ibunya, 58, dan adiknya, 18, sebelum dua lelaki yang memakai topi keledar mempunyai pelindung muka berwarna gelap menceroboh rumah berkenaan dipercayai melalui pintu utama.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abd. Rozak Muhammad berkata, salah seorang daripada suspek kemudian bertindak agresif dengan menendang pintu bilik air menyebabkan mangsa yang berada di dalamnya tergamam dan terkejut dengan kehadiran penjenayah terbabit. 


Menurutnya, mangsa seterusnya ditarik keluar hingga ke ruang tamu dan mendapati ibunya sudah terbaring di ruang dapur rumah.

"Mangsa kemudian dipaksa oleh ke­dua-dua suspek supaya menanggalkan sebentuk cincin yang dipakai oleh ibunya sebelum dibawa ke satu bilik oleh salah seorang suspek. 


Di bilik berkenaan, suspek mengambil telefon bimbit jenis iPhone 5S milik mangsa," katanya ketika dihubungi di sini semalam. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yang boleh mengajar penjenayah-penjenayah begini hanyalah 'hukum Islam hudud'. 


Cepat-cepatlah laksanakan di Kelantan!

Kenyataan 'kurang cerdik' pemimpin kurangkan sokongan kepada UMNO.

Posted: 01 Dec 2014 05:30 PM PST





OLEH MANZAIDI MOHD AMIN DI KUALA LUMPUR - 01 DEC 2014.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau, Sabah, Nazliah Ali merayu pemimpin pusat dan Menteri Kabinet agar tidak membuat kenyataan yang 'kurang cerdik' sehingga mengurangkan sokongan rakyat kepada parti itu.

Beliau memberitahu, pergerakan itu di Sabah dan Malaysia khususnya bekerja keras siang malam sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) untuk memujuk orang ramai memberi sokongan semula kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, katanya, ketika rakyat mula menerima UMNO dan BN hasil usaha gerakan sayap parti itu, ada segelintir pemimpin terutama dalam Kabinet mengeluarkan kenyataan yang dianggap oleh orang ramai sebagai tidak cerdik.

"Saya minta Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak beri nasihat atau tegurlah pemimpin ini. Mereka inilah menyebabkan rakyat jauh hati dengan kita walaupun pada mulanya mereka sudah menerima UMNO dan BN.

"Bayangkan, ketika rakyat sudah menyokong kita, tiba-tiba ada pemimpin kata, kalau ayam mahal, jangan makan daging (ayam). Patutkah kenyataan seperti ini keluar dari mulut pemimpin? "Siapa patut dipersalahkan kalau rakyat tawar hati dan tidak lagi menyokong parti kita?

Bagaimana perasaan jentera parti yang bekerja siang malam memujuk mereka (rakyat), tetapi dengan hanya kenyataan seperti itu, semua kerja menjadi sia-sia?," katanya. Nazliah yang juga Penolong Bendahari Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berkata, pemimpin seperti itu perlu mempunyai Setiausaha Akhbar dan Setiausaha Politik atau sekurang-kurangnya penasihat yang bijak serta tahu menjiwai masalah rakyat, bukan bercakap mengikut kehendak hati.

Walaupun beliau tidak menyebut siapa, tetapi umum tahu gerangan pemimpin dan menteri berkenaan ketika rakyat berdepan dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan.

Kenyataan itu kemudian menjadi viral popular di pelbagai laman sosial. - MalaysiaGazette


Posted by mountdweller

Perniagaan milik kerajaan merugikan – Dr M

Posted: 01 Dec 2014 05:00 PM PST

Kegagalan berlaku apabila upah dinaikkan yang menyebabkan berlakunya kenaikan jualan, sementara rampasan kuasa dan harta golongan kaya mengurangkan pasaran tempatan bagi barang mewah

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemilikan perniagaan oleh kerajaan adalah tidak berfaedah, malah tidak menyumbang kepada pendapatan pihak kerajaan.

Menurut beliau, sistem yang mengatakan bahawa jika kilang dimiliki oleh kerajaan yang dikuasai oleh buruh, maka semua keuntungan akan diperolehi oleh kerajaan dan ia diagihkan pula antara pekerja merupakan sistem yang gagal.

Mantan Perdana Menteri itu menjelaskan, kegagalan berlaku apabila upah dinaikkan yang menyebabkan berlakunya kenaikan jualan, sementara rampasan kuasa dan harta golongan kaya mengurangkan pasaran tempatan bagi barang mewah.

"Tanpa pasaran mewah, walaupun pekerja dibayar gaji yang lebih, jualan tidak laris dan keuntungan berkurangan. Daya beli pekerja tidak meningkat, iaitu mereka terus menerus miskin. "Dalam pasaran dunia pula, barangan harga tinggi dari negara sosialis tidak dapat bersaing dengan barangan dari Asia Timur.

Sekali lagi keuntungan menurun sehingga ada yang terpaksa gulung tikar," tulisnya di dalam blog milik beliau www.chedet.cc Jelas Dr Mahathir, sebab itu industri yang dahulu memberi keuntungan yang banyak tidak maju selepas dimilik negara sehingga menyebabkan

"Cukai untuk kerajaan juga menurun dan tanpa perolehan cukai yang tinggi infrastruktur negara juga tidak dapat didirikan." Kata beliau, kemerosotan dan kegagalan itu juga menyebabkan pemilikan dan penguasaan kerajaan terpaksa dihentikan kerana pemilikan industri oleh kerajaan menyebabkan pembangunan merosot.

Mahathir turut menyatakan kelebihan bagi negara jika industri dimiliki dan oleh pihak swasta, antaranya kerajaan tidak perlu keluar modal satu sen pun.

"Tetapi, 25 peratus daripada keuntungan akan diperolehi oleh Kerajaan sebagai cukai korporat. Lesen dan aneka jenis permit akan dibayar kepada Kerajaan.

Cukai juga akan diperolehi semasa kilang didirikan dan daripada keuntungan kontraktor dan pengurus-pengurus mereka yang bergaji tinggi. "Benar, cukai-cukai ini akan dibayar oleh kontraktor dan pengurus jika kilang yang dibina milik Kerajaan. Tetapi bayaran kepada kontraktor dan lain-lain datang dari duit Kerajaan.

Cukai sebenarnya dibayar oleh Kerajaan," katanya. Jelas beliau, pengurusan kilang memerlukan kos operasi yang meliputi gaji, kos elektrik, bahan mentah, alat ganti dan lain-lain yang ditanggung oleh swasta.

Dr Mahathir menambah, kerajaan tidak akan meendapat untung 100 peratus kerana 25 peratus daripada keuntungan perniagaan miliki kerajaan akan dibayar dalam bentuk cukai, "Sebenarnya Kerajaan dapat 75 peratus sahaja daripada keuntungan, bukan 100 peratus." "Jika rugi, Kerajaan akan tanggung 100 peratus kerugian.

Jika dimiliki swasta, kerugian akan ditanggung oleh swasta. Tetapi cukai ke atas gaji dan pendapatan pengurus yang bergaji tinggi masih didapati oleh Kerajaan walaupun kilang tidak untung," ujarnya.

Kata Dr Mahathir, apabila kerajaan berhutang untuk membina dan memiliki kilang, bayaran faedah akan ditanggung oleh kerajaan.

Menurut beliau, bila kilang rugi beban yang dipikul Kerajaan amatlah besar. Bukan sahaja tidak ada keuntungan bagi Kerajaan, tetapi hutang masih perlu dibayar.

"Walaupun kilang menjadi aset dan nilainya lebih dari hutang, tetapi nilai ini hanya bermakna jika kilang dijual dan pendapatan diguna untuk membayar balik hutang. Jika tidak dijual aset ini, tidak akan kurangkan hutang. Kerajaan bukan sahaja terpaksa bayar faedah tetapi juga hutang pokok dan ini tetap mengurangkan keuntungan lagi," katanya.

Menurut bekas Perdana Menteri, kilang yang dimiliki dan diurus oleh kerajaan selalui mengalami kerugian atau tidak mencatat untung yang banyak kerana "pemilik dan pengurusan tidak didorong oleh motif keuntungan." "Sesungguhnya pemilikan kilang atau perniagaan lain oleh kerajaan tidak berfaedah.

Sebaliknya apabila syarikat dan khidmat Kerajaan seperti pos, telekom dan lain-lain lagi diswastakan pekerja Kerajaan dapat dikurangkan dan peruntukan untuk gaji diselamatkan untuk kegunaan lain," ujarnya.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

S'gor Ingin Bina Masjid Cina Pulau Ketam? Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 01 Dec 2014 04:30 PM PST

 
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak untuk membina masjid dengan ciri kebudayaan etnik Cina sebagai memenuhi keperluan masyarakat Cina Muslim.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata beberapa aspek perlu dikaji untuk membolehkan kerajaan negeri memberi peruntukan bagi pembinaan sesebuah masjid, lapor Selangor Kini.

Menurutnya, mungkin ada keperluan masyarakat Cina muslim tetapi pembinaan itu mempunyai matlamat sebagai pusat transformasi masyarakat.

"Kita tidak menolak untuk mendirikan masjid itu bagi dijadikan pusat lawatan dan kita ambil cadangan yang boleh kita fikirkan," katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) sebagai respons kepada cadangan Mohd Shafie Ngah (PAS-Bangi).

Sebelum itu, Mohd Shafie mencadangkan dibina masjid dengan ciri-ciri kebudayaan etnik Cina bagi memenuhi keperluan penganut agama Islam daripada etnik itu.
Beliau berkata jumlah penganut Islam dari etnik Cina di Selangor bukan sedikit, tetapi Melaka, Johor dan Perak mendahului dalam penyediaan kemudahan seperti itu.

Katanya, masjid yang mempunyai ciri-ciri senibina Cina itu diuruskan oleh siak, bilal dan imam yang juga merupakan Cina Muslim.

 
Masjid pertama dibina dengan rekabentuk Cina Di Malaysia iaitu di Kelantan.

"Ia adalah penting untuk memecahkan stigma atau kefahaman bahawa Islam itu milik Melayu dan Melayu itu milik Islam," katanya.

Beliau berkata sekiranya masjid berciri Cina itu berjaya dibina, maka lebih ramai pelancong dalam dan luar negeri akan tertarik untuk berkunjung ke negeri Selangor.

"Tidak cukup hanya dengan Masjid Negeri yang besar, kita perlu melangkah ke hadapan untuk membina sebuah masjid yang berciri (Cina) itu," katanya lagi.

Ini, ujarnya kerana bangsa Cina adalah bangsa yang perlu dihormati. Beliau berpandangan setakat ini lokasi yang sesuai untuk pembinaan masjid itu adalah di Pulau Ketam.(IH)

Helo PDRM : Inilah Baru Komunis Sebenar

Posted: 01 Dec 2014 04:00 PM PST

 Bhai/DeeDee semua....


Dua Ekor Komunis .... Agak-agak lu orang yang mana satu aaa??? Hahaha
Tolong bagitau kat PDRM ... Yang dua ekor nih memang Komunis.... Jadi kalu betul la PDRM nak siasat elemen komunis.... baik siasat yang dua ekor nih..... dan jugak yang dok ngabihkan duit rakyat amik komunis nih datang Malaysia...

Hahahaha.... Helo PDRM : Inilah Baru Komunis Sebenar

By the way..... Salah ker jumpa dengan orang yang mengamalkan Komunisma??? Salah ker??? Kalo salah... baik tangkap Najib Razak dulu.... pasai dier ader jumpa ngan Presiden China yang sah-sah dah tentu mengamalkan Komunisma..... 

Presiden Russia ... Si Putin tue pon Komunis ..... Kenaper PDRM tak siasat Najib Razak juma Putin itu hari kat G20 ..... Hahahaha ....

Dah berpuluh tahun dah kiter (Malaysia) bersahabat dengan puak yang mengamalkan komunisma.... Takder hal pon.... Lawak aaa PDRM nih.... 

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2014/12/helo-pdrm-inilah-baru-komunis-sebenar.html#ixzz3KgJ9KGcJ

[BERGAMBAR] Malang Tak Berbau: Lelaki Maut Tersepit Antara Van Dan Tembok

Posted: 01 Dec 2014 03:19 PM PST

Melaka: Seorang lelaki maut apabila tersepit antara sebuah van dan tembok konkrit di Lobi Utama, Bangunan Majlis Agama Islam Melaka di sini, lewat petang Sabtu. 

 Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata kejadian itu berlaku semasa mangsa yang dikenali sebagai Norazam Abd Razak, 43, dipercayai menghidupkan enjin sebuah van ketika berada di bahagian pintu pemandu tanpa menyedari gear kenderaan itu bukan dalam keadaan neutral.

Beliau berkata dalam kejadian pukul 6.40 petang itu, van yang dihidupkan itu kemudian terlajak lalu mengakibatkan mangsa tersepit antara pintu van dan tembok berhampiran.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat cedera di bahagian dada dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang wanita Azyati Jamaludin, 22, maut setelah motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta di Jalan Sungai Udang di sini, pukul 5.10 petang semalam.

Shaikh Abdul Adzis berkata mangsa yang sedang dalam perjalanan dari Sungai Udang ke Tanjung Kling dipercayai cuba memotong sebuah kereta di hadapannya tetapi gagal dan terjatuh di laluan bertentangan, sebelum dilanggar sebuah kereta lain di laluan itu.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. -mstar



Pekerja am MAIM maut tersepit
  
ULASAN GB




Kelab Greenboc

Sembilan Bidang, Cadang Kurangkan Jurang Kaya Miskin. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 01 Dec 2014 12:44 PM PST




SEBAGAI langkah permulaan, BLINDSPOT, yang terdiri daripada sekumpulan profesional, memberi tumpuan kepada keadilan ekonomi dan sosial, mencadangkan tindakan-tindakan berpaksikan polisi kepada 9 bidang utama ini, dalam usaha untuk mengurangkan kesenjangan, iaitu jurang kaya dan miskin yang lebar di Malaysia untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

1. Menetapkan indeks Gini atau ukuran kesenjangan.

  • Berbeza dengan pertumbuhan KDNK, tindakan dan kemajuan yang telah dicapai dalam mengurangkan jurang kaya miskin tidak mampu diringkaskan dan dinyatakan dalam satu nombor. KDNK, PNK, ETP, GTP, EPP, NKEA, NKRA dan sebagainya tidak dapat menangani permasalahan kesenjangan kepada negara. Permasalahan kesenjangan termasuk pengangguran, jenayah, kemiskinan, masyarakat yang tidak toleran dan kurang peduli, ketegangan antara kaum, masalah kesihatan dan sosial serta pengurangan berterusan serta barang sosial.
  •  
  • Indeks kesenjangan patut dijadikan matlamat sasaran negara dan perkembangan indeks ini harus dijelaskan kepada rakyat seperti juga pertumbuhan KDNK dan pendapatan per kapita. Sesuatu yang dapat diukur akan mampu dicapai. Kami mencadangkan agar Indeks Gini Malaysia dikurangkan kepada 0.35 pada tahun 2020 sebagai matlamat sasaran negara.

2. Gunakan pengukuran progresif bagi ukuran kemiskinan

  • Mensepadukan pelbagai takrifan kemiskinan dan nilai ambang (threshold) agar ia memenuhi standard dan amalan global yang tekini. Berbanding menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) berdasarkan kemiskinan mutlak, kami mencadangkan kerajaan menggunakan ukuran kemiskinan relatif dengan nilai ambang 60 peratus daripada median pendapatan isi rumah dengan penyelarasan yang sesuai berkadaran dengan saiz keluarga. 
  •  
  • Pada masa ini ia bersamaan dengan RM1,200 untuk individu, RM2,000 untuk isi rumah (sudah berkahwin tidak mempunyai anak), tambahan RM300 untuk 2 anak pertama setiap satu, RM200 lagi untuk anak ketiga dan keempat dan RM100 untuk anak yang seterusnya.

3. Memberikan peluang pendidikan yang saksama.

  • Sekolah rendah berasrama penuh untuk kanak-kanak daripada golongan miskin: hari ini, pelajar sekolah menengah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM adalah anak-anak daripada ibu bapa golongan pertengahan dan kelas atasan yang mendapat pendidikan daripada sekolah rendah yang baik. 
  •  
  • Kita memerlukan SBP untuk sekolah rendah bagi membantu kanak-kanak daripada keluarga miskin bandar dan luar bandar untuk mempertingkatkan peluang mereka untuk memasuki pendidikan peringkat menengah dan pengajian tinggi. 
  •  
  • Kerajaan boleh menggunakan sistem penyampaian alternatif untuk tujuan ini, sebagai contohnya memperkasakan 'usahawan sosial' untuk menyampaikan perkhidmatan pendidikan melalui perusahaan sosial.
  •  
  • Pendidikan dan latihan vokasional serta politeknik: kerajaan perlu menyasarkan pengambilan sekurang-kurangnya 100,000 pelajar pada tahun 2020. Ini adalah penting untuk mempelbagaikan dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja yang mana pada ketika ini, 75 peratus daripadanya adalah pemegang sijil SPM dan ke bawah.
  •  
  • Universiti awam: kerajaan perlu meningkatkan pengambilan tahunan daripada 200,000 pada masa ini kepada sekurang-kurangnya 400,000 pelajar pada tahun 2020. Pelbagai kajian dan penyelidikan telah membuktikan bahawa pendidikan tinggi boleh membantu mengurangkan kesenjangan.

4. Memastikan pekerjaan yang wajar dan gaji yang adil.

  • Menetapkan gaji minimum RM1,350 bagi tahun 2015 dan mensasarkan RM1,850 pada tahun 2020 untuk mencapai nisbah 40 peratus CE / GDP yang dicadangkan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancangan Ekonomi, Datuk Sri Abdul Wahid Omar. 
  •  
  • Dengan sasaran PNK sebanyak RM1.7 trilion pada tahun 2020, jumlah yang dicadangkan ini perlu ditetapkan oleh kerajaan sebagai gaji minimum. Jumlah ini adalah 10 peratus lebih tinggi daripada nilai ambang kemiskinan relatif yang kami cadangkan (RM1,200). Peningkatan tahunan sebanyak 6.5 peratus dari gaji minimum 2015 akan dapat membolehkan gaji minimum RM1,850 dicapai pada tahun 2020.
  • Menetapkan gaji siling eksekutif tertinggi. Amalan syarikat yang membayar eksekutif peringkat tertinggi lebih daripada 50 kali ganda gaji purata atau median seharusnya tidak digalakkan. 
  •  
  • Ia boleh dicapai melalui kadar percukaian tinggi.
  • Mengiktiraf hak kolektif pekerja. Fasal-fasal dalam Akta Kesatuan Sekerja perlu dikaji semula untuk memperkasa kesatuan sekerja dan Malaysia perlu meratifikasi konvensyen ILO.
  • Hadkan penggunaan pekerja asing dalam industri tertentu. Kerajaan perlu meningkatkan levi pekerja asing kepada RM5,000 dan menetapkan had ke atas guna tenaga pekerja asing oleh industri. Kerajaan boleh membenarkan pekerja asing 100 peratus untuk pembantu rumah yang tulen. 
  •  
  • Walau bagaimanapun, bagi sektor perkhidmatan dan pembuatan seharusnya tiada pekerja asing yang digunapakai, untuk sektor pembinaan peratusan maksimumnya 30 peratus dan bagi industri berasaskan agro / perladangan, peratusan maksimumnya pula 50 peratus.

5. Perumahan mampu milik.

  • Sebagai langkah pertama, kerajaan perlu menyatukan semua agensi perumahan semasa dan SPV kepada satu badan perumahan negara yang berautoriti. Ini akan membolehkan pengurusan yang lebih baik dan 'ekonomi skala' yang lebih besar.
  • Kerajaan perlu memperketatkan RPGT dan pembiayaan rumah kedua dan pembelian rumah seterusnya dan pembelian asing untuk membendung spekulasi dan menstabilkan pasaran. Kerajaan juga perlu menyediakan bantuan bagi membolehkan pembeli kali pertama untuk membeli rumah mampu milik.
  • Sebagai alternatif, kerajaan boleh memberi kuasa kepada persatuan perumahan untuk membina rumah mampu milik dan memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri tempatan untuk mencari penyelesaian bersama-sama dengan persatuan perumahan dan 'usahawan sosial' untuk menyediakan perumahan mampu milik di kawasan masing-masing.

6. Membangunkan sektor rakyat membantu menangani kemiskinan dan sosial.

  • Sektor swasta Malaysia telah menikmati pelbagai sokongan, insentif, keistimewaan, akses kepada kewangan, program pembangunan, skim Kerjasama Awam Swasta (KAS), dan lain-lain; dengan cara disediakan atau dibantu oleh kerajaan. Seharusnya juga, kerajaan perlu membantu membangun, menyokong dan memberi insentif kepada sektor sosial.
  • Sebagai langkah pertama, kerajaan perlu mengiktiraf hak tersendiri sektor sosial yakni ia bukan hanya satu unsur pengimbang sahaja, ataupun satu sektor yang tidak formal dan tidak dikitiraf. Selaras dengan usaha global untuk membangunkan sektor sosial, kerajaan perlu memperkenalkan pelbagai langkah, skim dan insentif untuk membangunkan sektor ini termasuk dana untuk inovasi sosial dan akses kepada kewangan sosial. Ini termasuk pembangunan yang sepatutnya untuk sektor pembiayaan mikro.

7. Pemindahan Sosial

  • Pemberian wang tunai untuk membantu membasmi kemiskinan melalui pemberian terus hendaklah berasaskan kepada keperluan yang jelas, garis panduan dan matlamat yang disasarkan. Tahap pendapatan yang layak untuk pemberian terus tunai perlu terikat kepada nilai ambang kemiskinan. Penghasilan matlamat yang wajar, garis panduan, langkah-langkah dan kaedah-kaedah peniliaian perlu diwujudkan sebelum ia dilaksanakan.
  • Sebagai alternatif, bantuan kepada golongan miskin boleh dilaksanakan melalui sistem penyampaian alternatif, seperti pemerkasaan usahawan sosial untuk membantu pembasmian kemiskinan melalui perusahaan sosial.

8. Tadbir urus yang baik dan memerangi rasuah

  • Rasuah dan tadbir urus yang lemah adalah antara punca utama kesenjangan yang besar. Kerajaan perlu meningkatkan usaha untuk memerangi rasuah termasuk melaksanakan peruntukan belanjawan yang lebih tinggi dan mengambil langkah-langkah radikal untuk mendedahkan dan menghukum perasuah.
  • Kerajaan, sektor awam dan sektor swasta perlu mematuhi dan dipandu seluruh dayanya dengan tadbir urus, integriti dan ketelusan prinsip dan garis panduan yang dianjurkan oleh Global Compact PBB, Transparency International dan Global Financial Integrity.

9. Langkah-langkah fiskal dan insentif

  • Cukai Keuntungan Modal dan Cukai Warisan telah terbukti memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang pendapatan antara yang kaya dan miskin di samping membawa hasil cukai tambahan kepada kerajaan.
  • Selain itu kerajaan boleh memperkenalkan pelbagai insentif fiskal untuk menggalakkan golongan berada di negara ini untuk menyumbang ke arah peningkatan kesejahteraan golongan miskin.
BLINDSPOT mencadangkan satu unit khas yang diketuai oleh seorang menteri yang berkebolehan yang bertanggungjawab bertugas dengan Jawatankuasa Khas Parlimen berhubung dengan Kesenjangan diwujudkan untuk memperjuangkan matlamat ini. 

Unit ini harus diberikan kuasa yang secukupnya dan boleh membuat perlaksanaan merentasi kementerian lain bagi memastikan kesenjangan dapat dikurangkan.

"Kami menjangkakan bajet tahunan sebanyak 8 peratus daripada KDNK diperlukan; penambahan 5 peratus daripada peruntukan semasa." Menurut BLINDSPOT.

BLINDSPOT menggesa semua kumpulan pemikir, penggubal dasar, ahli akademik dan aktivis di Malaysia untuk menilai cadangan-cadangan ini dan menyumbang ke arah matlamat ini semaksima mungkin, bagi mewujudkan Malaysia yang lebih baik bukan sahaja untuk generasi kita, tetapi untuk generasi akan datang. (Disaring dari Harakahdaily)

Senarai gaji MB, exco, speaker, timbalan speaker DUN Selangor

Posted: 01 Dec 2014 07:15 AM PST


Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan cadangan mengurangkan gaji empat jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri.
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mencadangkan pengurangan gaji speaker, timbalan speaker, menteri besar dan exco berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.
Menurut Azmin, Jumlah keseluruhan yang dapat dikurangkan ialah sebanyak RM1.29 juta setahun.
- Untuk gaji Speaker - gaji asal RM22,500 ditolak 33.33 peratus menjadi RM15,000,
- Untuk gaji Timbalan Speaker - gaji asal RM15,750 dikurang kepada RM10,000 (ditolak 36.51%),
- Menteri besar - gaji asal RM29,250 dikurang kepada RM25,000 (dipotong 14.53%); dan
- Untuk Exco - gaji asal RM20,250 kepada RM15,000 (dipotong 25.93%).


Usul tersebut dikemukakan oleh Azmin dan disokong oleh ahli Exco, Datuk Teng Chang Kim.
 
Tiga ADUN - Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) dan Saari Sungib (PAS-Hulu Klang) - membahaskan cadangan pengurangan gaji itu.
Ng dan Lau mencadangkan supaya jumlah gaji dikekalkan. Lau turut mencadangkan supaya gaji speaker dinaikkan supaya lebih tinggi daripada gaji exco.
Menjawab cadangan itu, Azmin berkata, jumlah pengurangan itu adalah munasabah dengan tugas yang digalas oleh anggota exco dan speaker.
Saari pula berkata, sekiranya jumlah gaji empat jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri itu dikurangkan, beliau mencadangkan supaya gaji kesemua ADUN turut dikurangkan bagi menunjukkan solidariti.
"Kalau betul nak turunkan gaji, turunkan gaji ADUN juga. Saya nak tegaskan, ini solidariti. Secara simboliknya kita sama-sama bekerja demi rakyat.
"Kerana sekiranya nak jadikan ADUN sebagai kerjaya, ini bukan tempatnya. Kita semua profesional. Kalau sebab nak jadi wakil rakyat untuk dapat habuan, saya rasa ini tak sama dengan konteks perjuangan yang kita amalkan," katanya.
Menjawab cadangan itu, Azmin berkata, soal penurunan gaji bukan merupakan perkara peribadi.
Katanya, perkara itu telah dibincangkan dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat supaya kenaikan gaji dan elaun pada 2013 disemak semula.
"Ini keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat supaya kenaikan gaji dan elaun pada 2013 diteliti dan disemak semula, sesuai dengan keadaan ekonomi dan kos yang begitu membebankan rakyat," katanya.
Kenaikan gaji dan elaun pada 2013 diusulkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mendapat kritikan rakyat kerana elaun beberapa jawatan seperti speaker naik sehingga 300 peratus.
Azmin yang ketika itu menjadi ketua whip DUN antara paling lantang meminta kajian semula dilakukan.
Bagaimanapun kesemua ADUN lain yang turut mendapat kenaikan elaun tidak diusik kerana kenaikan itu dirasakan berpatutan oleh Exco.
Kerajaan Rakyat

Pensyarah Kontroversi Buat Onar Lagi?

Posted: 01 Dec 2014 06:30 AM PST

 
Pemimpin bukan Melayu menjadikan Barisan Nasional (BN) dan PKR sebagai platform untuk terus berkuasa dalam arena politik tanah air, kata Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Pensyarah kontroversi itu berkata PKR digunakan pemimpin bukan Melayu untuk menerajui kepimpinan negeri manakala parti komponen menggunakan BN untuk kekal berkuasa di Semenanjung Malaysia.

"Seperti Barisan Nasional (BN), bukan Melayu menggunakan PKR sebagai batu loncatan untuk mendapat kerusi dan jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dalam negeri yang ditawan.

"Sama seperti parti komponen BN. Kemenangan mereka di Semenanjung bergantung kepada undi Melayu," katanya menerusi rencana yang disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Sementara itu, Ridhuan Tee berkata PKR juga tidak akan mampu bertahan lama dalam arena politik tanah air jika presiden parti itu diterajui pemimpin bukan Melayu.

"Jika PKR yang didewakan sebagai parti untuk semua kaum, saya cadangkan mereka memberi laluan bukan Melayu untuk menjadi presiden selepas ini. Saya yakin parti ini akan terkubur," katanya.

Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin itu turut mempersoalkan tindakan sesetengah orang Melayu yang sanggup memberikan undi kepada DAP walaupun jelas parti itu meminggirkan mereka.

"DAP, walaupun mendakwa mereka adalah parti untuk semua kaum, hakikat sebenar tidak. Itu hanya strategi untuk mengaburi dan memenangi hati orang Melayu dan secara halus meminggir dan menyingkirkannya," katanya. 
 
 

Musa Hassan mohon maaf, saman RM100 juta selesai

Posted: 01 Dec 2014 05:45 AM PST

 
SHAH ALAM: Kes saman fitnah RM100 juta Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial Tan Sri Robert Phang Miow Sin terhadap Tan Sri Musa Hassan selesai selepas bekas Ketua Polis Negara itu mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi Sivil di sini hari ini.

Saman itu berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan Musa dalam satu sidang media program anjuran Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) pada 10 Dis 2012. Ia mendapat liputan media sehingga sebuah portal berita memuat naik video mengenainya.

Musa dalam permohonan maaf itu mengakui dirinya telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Phang dan menarik balik kenyataan berkenaan serta menyesali tindakannya sebelum ini.

"Saya membuat permohonan maaf ini adalah bagi menjaga nama baik pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," kata Musa ketika ditemui di luar mahkamah di sini.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Rozana Ali Yusoff merekodkan penghakiman persetujuan itu dan memerintahkan Musa sebagai defendan membayar kos undang-undang sebanyak RM10,000 kepada plaintif (Phang) sebagai penyelesaian kes berkenaan.
Musa diwakili peguam Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Datuk Rabinder Singh dan S. Selvarajah manakala Phang diwakili peguam S.N. Nair bersama K. Muralidharan dan Lee Wing Hong.

Pada 4 Jan 2013, Phang memfailkan saman RM100 juta terhadap Musa kerana didakwa mengeluarkan kata-kata seolah-olah plaintif tidak jujur, tidak boleh dipercayai dan tidak beretika, pada sidang media itu.

Phang turut mendakwa Musa juga mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya seorang pembohong, korup, telah melakukan kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara dan mempunyai kecenderungan mengganggu perjalanan serta pentadbiran PDRM dan pihak berkuasa lain. - Bernama



KedahLanie

ISU SKANDAL TAWARAN RM100 JUTA ANIFAH AMAN SUDAH KANTOI MENIPU ??? "

Posted: 01 Dec 2014 05:00 AM PST

 
Bukan setakat kantoi menipu, rupa-rupanya Anifah Aman sendiri menghantar orang tengah untuk memujuk balik Anwar Ibrahim menarik balik saman. Umum tahu kes saman Anwar terhadap Anifah Aman.


Ahli perniagaan Datuk Ishak Ismail menafikan membuat tawaran RM100 juta kepada Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman pada 2008 supaya beliau meninggalkan BN dan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan pusat.

Bekas timbalan pengerusi eksekutif KFC itu berkata beliau menafikan sepenuhnya perkara itu dan sebaliknya mendakwa didekati "orang tengah" Anifah beberapa bulan lalu untuk memujuk Anwar menarik balik saman fitnah terhadap Anifah.

"Bila saya menjawab saya tidak berhubung dengan Anwar dan tidak boleh lakukannya, pengantara itu berkata nama saya akan diheret sama dalam prosiding (kes itu)," katanya.

Anifah pada 27 November memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan timbalan perdana menteri oleh pasukan Anwar, ketua umum PKR, untuk berpaling tadah.

Katanya, tawaran itu juga bagi membawa 10 anggota parlimen Sabah menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008.


Beliau menjawab soalan yang paguamnya Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan menamakan individu itu sebagai Ishak. M Kini

Ustaz Fathul Bahri : "TINDAKAN NAJIB TIDAK MENYALAHI SUNNAH

Posted: 01 Dec 2014 04:15 AM PST



Berkatalah Si Mamat ini bahawa tindakan Najib mengekalkan Akta Hasutan itu tidak menyalahi Sunnah Nabi Saw. Apa hukum atau apa kaedah dan dari sumber mana yang dia kutip pun aku tak tahu lah.

Adakah dia mentakhrijkan (mengeluarkan) pendapatnya ini berdasarkan Nas Al Quraan atau Hadis Nabi Saw atau Ijmak Ulama' atau Qiyas atau cabang-cabangnya? Jika ada kenapa dia tidak bersandarkan kepada nas-nas di atas?

Setahu aku Akta Hasutan 1948 ini dibuat oleh Penjajah British bagi mengekalkan kekuasaan mereka ke atas pejuang yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Golongan kiri yang berfahaman Komunis dan Islamik merupakan mangsa kepada akta ini.

Akta ini sengaja diteruskan oleh UMNO BN bagi memastikan talian hayat mereka terus kekal berkuasa. Jika akta ini dihapuskan lagi cepat UMNO berkubur tanpa nisan. Akta Hasutan patut ditukar namanya menjadi Akta Hak Setan Yang Dikenali.

Akta ini zalim dari segi perlaksanaannya bila tahanan dikenakan ke atas individu atau pertubuhan tekah bertukar menjadi pelindung penyeleweng dan pembohong sang pemerintah. 
Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak pernah mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Keputusan untuk memansuhkan itu dibuat untuk mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani masalah kemajmukan yang wujud di negara ini. Wujudkah apa yang diungkapkan oleh pemerintah itu?

Jika benar akta ini berfungsi sebagai dikata kenapa UMNO yang seringkali memainkan isu agama dan rasis tidak diambil tindakan? Maknanya kesalahan diukur berdasarkan diskriminasi ism politik.

Sebenarnya janji bohong Najib itu hanya retorik semata-mata dan ianya dibuat sekadar memenangi hati pengundi saja. Sedangkan dari segi perlaksanaan dan mengotakan janji hanya berat sebelah dan penuh dengan helah.

Lupakah kau wahai Ustaz Fathul Bari bahawa Allah Swt telah melarang kita menyokong kezaliman? Apatah lagi menghalalkan kezaliman di atas nama agama sepertimana sedang kau lakukan sekarang.

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan." (Surah Hud 11:113)

Rasulullah Saw juga telah berpesan kepada kita semua dengan amaran yang keras.

Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : "Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. 
Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). 
(Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh". (Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya. sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim)

Konklusinya Fathul Bari ini USTAZ CARI MAKAN dan menukarkan agama dengan wang serta kemewahan dunia yang sementara. 
Dah la kau tu sesat tapi lebih menyedihkan kau juga menyesatkan ramai orang yang kurang faham agama. Benarkah ianya tidak menyalahi Sunnah sedangkan ia mendatangkan punah.
ْ

Bekas bos KFC nafi tawar RM100j bagi pihak Anwar

Posted: 01 Dec 2014 04:31 AM PST

Rasuah RM100 Juta - Anifah Aman Bohong

 

Ahli perniagaan Datuk Ishak Ismail menafikan membuat tawaran RM100 juta kepada Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman pada 2008 supaya beliau meninggalkan BN dan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan pusat.

Bekas timbalan pengerusi eksekutif KFC itu berkata beliau menafikan sepenuhnya perkara itu dan sebaliknya mendakwa didekati "orang tengah" Anifah beberapa bulan lalu untuk memujuk Anwar menarik balik saman fitnah terhadap Anifah.


"Bila saya menjawab saya tidak berhubung dengan Anwar dan tidak boleh lakukannya, pengantara itu berkata nama saya akan diheret sama dalam prosiding (kes itu)," katanya.

Anifah pada 27 November memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan timbalan perdana menteri oleh pasukan Anwar, ketua umum PKR, untuk berpaling tadah.

Katanya, tawaran itu juga bagi membawa 10 anggota parlimen Sabah menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008.

Beliau menjawab soalan yang paguamnya Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan menamakan individu itu sebagai Ishak.

- mkini


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT