Sabtu, 29 November 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Lantik Semula Anwar Pukulan Maut Untuk Khalid Ibrahim

Posted: 29 Nov 2014 11:00 PM PST


Keputusan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali melantik semula Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor disifatkan menongkah arus tindakan yang dilaksanakan bekas menteri besar sebelum ini.
Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, Azmin cuba membuktikan tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menutup pejabat Penasihat Ekonomi Selangor adalah sesuatu yang tidak wajar, malah ketua pembangkang itu masih relevan memegang posisi berkenaan.

"Lantikan semula ini menunjukkan Anwar masih berbisa, bagaimanapun Azmin perlu tegas dalam menjalankan pentadbiran negeri agar tidak mudah dipengaruhi.




"Tetapi Azmin tidak akan menjadi 'remote control', sebaliknya banyak keputusan membabitkan hal pembangunan Selangor akan mendapat tempias daripada Anwar," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Azmi menambah, pelaburan luar negara mungkin tidak akan berubah namun diramalkan Anwar akan membantu merancakkan pembangunan infrastruktur.

"Sebab berdasarkan sejarah Anwar, beliau tidak banyak membantu menyuntik pelaburan besar ke Selangor. Malah keputusan Azmin kelak akan selari dengan hasrat penasihat ekonomi," katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat Azmin mengambil risiko besar kerana Anwar masih menanti keputusan Mahkamah Persekutuan yang menangguhkan tarikh lain keputusan rayuan akhir terhadap sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Tindakan Azmin melantik semula Anwar dilihat sebagai menghargai hubungan akrab mentornya, bagaimanapun saya yakin beliau mempunyai rasional tersendiri.

"Umum maklum jawatan berkenaan tidak diperlukan memandangkan Anwar telah memegang banyak peranan lain, contohnya selaku ketua pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Ia dilihat  membebankan beliau," katanya.

Kelmarin, Azmin yakin Ketua Umum PKR itu mampu memainkan peranan penting  dalam usaha menarik minat pelabur luar ke Selangor.

Katanya, Anwar boleh memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi negeri itu.

Selasa lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsudin Lias sewaktu sesi perbahasan mencadangkan kerajaan negeri menutup terus pejabat Penasihat Ekonomi Selangor kerana dilihat hanya membazir.



 

CerpenTerpilih INGIN KEMBALI

Posted: 29 Nov 2014 10:15 PM PST


 
Kucatat dalam hati dan sesekali membaca dan usaha memahami api dan kemudian ada harap dan cemas sambil kuraih masa depan yang sia2 dan sia2 kala mantara tak bermakna segala.

Semula kuingat ayah dan ibu

Ya, lewat hujung gelap dan panjang, aku berdiri dan bukan dalam mimpi betapa gema tertinggal di belakang dan di sini aku memilih untuk jadi bisu dan diam tak berkata2

Masih aku ingat kala dulu setitik air mata tercurah dan kata2 tiada lagi yang sebaiknya dapat kugambarkan.

Bangun pagi siap membantu ibu di dapur menyediakan kuih yang siap kubawa keliling kampung tanpa sepatu dan ketika itu usia di sekitar 7 tahun dan memang seronok kala pengalaman itu cukup manis dan akrap insaf diri.

Sepanjang kampung, kulontar suaraku tanpa segan malu demi mendapatkan rezeki yang berkat dan sesudah satu jam lebih, semula ke rumah untuk siap ke sekolah dan ketika itu ibu titipkan jualan lagi dan memang tika itu aku anak yang baik dan patuh apa saja perintah.

Alhamdulillah berkat lontaran kata2 itu rupanya sesudah dewasa mengakrapi dunia teater dan deklamasi sekian ramai anak-anak muncul juara negeri dan kebangsaan. Cukup senang sekali.

Iya, memang hasilnya pendapatan jual kuih cukup lumayan dan yang kuharapkan ketika itu dapat menyenangkan hati ibu meski ibu kasih upah, semuanya kutolak sebab wang ketika itu tidak kuperlukan meski sepatut sekolahku.

Alfatihah buat ayah dan ibu yang sudah lama pergi dan cukup mengajar daku menjadi manusia yang sedikit baik. Alhamdulillah!

Ya, memang sepatuku hanya satu dan kerana itulah kala jualan pagi sengaja tidak bersepatu/berkaki ayam agar nantinya kala ke sekolah sepatu tidak comot sebab arwah cikgu Thalib akan marah kala berpakaian tidak bersih.

Segalanya cukup memberikan kesan yang mendalam dan kesan itu aku selalu tahu diri meski dalam keadaan apapun dan selalu bersyukur kerana Allah telah memberikan sesuatu yang cukup bermakna dalam hidup ini.

Meski pergi mahunya Yang Satu kapanpun, rasanya tiada apa-apa perlu yang dirisaukan kala semuanya sudahpun usai termasuk anak-anak dan yang di sekitar. Syukur ya Allah!

Petang ini di kota kinabalu tenang2 saja dan pohonan di sekitar rumah seperti biasa saja tetap bersahabat/tiada apa2 yang beda selain kelihatannya semacam rawan hiba perit terasakan. Aku sendiri tidak mengerti seolah dia cukup mengerti.

Tiba2 beberapa hari yang lewat kala sebentar makan di kota kinabalu dan sempat santap bakso jawa di sekitar mandarin hotel dan entah tiba2 ada yang lewati di sekitar dan memang keadaan orang tua itu cukup menarik perhatian.

Ia hanya berjalan menggunakan tangannya

Terdiam sebentar dan selama ini kala kecil terasakan diri inilah merupakan hidup paling sedih banding anak2 lain di kampung halaman, kerana hanya punya satu sepatu dan kala jualan berkaki ayam, lalu kala lihat orang tua itu saya jadi tersentak sebentar diam tak berkata apa2.

Rupanya ia bukan saja tidak punya sepatu, malah tidak punya kaki untuk dikasih pakai sepatu dan kesan itu sekali lagi terasakan bagai ada jatuh di pundakku terasakan dan kuyakini Allah itu maha adil dan maha memerhatikan dan selalu saja menghantar hikmahnya buat sesiapa yang sabar.

Dan petang ini semula aku masuk ke dalam diriku dan memang aku tidak pernah melupakan diKau ya Allah dan kiranya memang sampai waktuku esok, lusa, tolat atau malam ini, silakan sajalah aku memang siap kala tiada apa lagi yang mahu kudapatkan kala yang adapun tak membawa erti apa2 selain yang kulihat di depan hanyalah senja dan siap bersalaman dengan malam.

Aku yakin menemukan jalan selalu
Meski tiada jalan itu tidak mengapa
Aku mahu pulang ke lembah2 landai di tepi danau pantai senja
Aku yakin akan ketemu Kau di akhir nanti
Saat kembara berakhir
Tiba sedar sang musafir
Ke ladang2 hutan pasir gunung2 lembah
Aku terasing
Terasing
Sing
ng

ISMAILY BUNGSU

“Saya Tidak Mahu Tulang Belakang Anak Saya Ditebuk!” – Dr. Alya Hamzah

Posted: 29 Nov 2014 09:30 PM PST

INFO KESIHATAN !
 Tranungkite

Pengenalan Respon di atas kadang kala kedengaran di hospital tempatan apabila doktor yang merawat seorang kanak – kanak mengemukakan cadangan kepada ibubapa atau penjaga mengenai keperluan untuk mendapatkan sampel air tulang belakang.

Walaupun kemodenan telah meresapi segenap aspek kehidupan masyarakat kita, namun sesetengah persepsi agak sukar diubah mengenai sesuatu perkara. Antaranya adalah prosedur mengambil air tulang belakang atau 'lumbar puncture' (LP).

Adalah diharap dengan artikel ini, persoalan dan kekeliruan tentang prosedur tersebut dapat terlerai.

Apakah air tulang belakang? Sebelum kita mengupas subjek ini, mari kita mengenali dahulu anatomi badan yang terbabit.

Otak dan saraf tunjang merupakan organ yang 'tersimpan' dalam susunan yang sangat rapi. Kedua duanya diselaputi sejenis tisu yang dipanggil 'meninges'.



Otak terletak di dalam struktur tengkorak yag utuh. Saraf tunjang pula, rangkaian tisu yang bermula daripada bahagian bawah otak, mengunjur kearah bawah badan di dalam perlindungan tulang belakang yang dekenali sebagai tulang vertebra (vertebrae).

Tulang belakang atau tulang vertebra ini agak unik kerana ia tidak bersambung seperti sebatang tiang contohnya, namun ia berupa 'bongkah – bongkah' kecil yang tersusun rapi di atas satu sama lain.

Tulang tulang vertebra ini bersambung antara satu sama lain dengan struktur yang dikenali sebagai 'spinal disc' yang memainkan peranan menyerap sebarang impak dalam manusia menjalani aktiviti kehidupan seharian.

Otak dan saraf tunjang ini sentiasa dibasahi cecair yang dikenali sebagai air tulang belakang atau 'Cerebrospinal Fluid ' (CSF). Air tulang belakang atau CSF dihasilkan di dalam otak sepanjang masa.

CSF yang dihasilkan melalui sistem saluran khas di dalam otak turun membasahi rangkaian saraf tunjang.

Air yang terkumpul di bahagian bawah di sekitar saraf tunjang tersebut akan diresap kembali untuk dikembalikan kepada otak di mana proses penghasilan CSF ini bermula lagi.

Antara fungsi CSF adalah melindungi otak dan saraf tunjang daripada hentakan kepada dinding tengkorak dan juga tulang vertebra yang keras.

Apakah prosedur ini sebenarnya? Prosedur 'lumbar puncture' merupakan proses untuk mendapat akses kepada CSF atau ruang dimana tersimpannya cecair tersebut.



Setelah akses ini diperolehi, pelbagai tujuan dapat dicapai bergantung kepada situasi klinikal yang dihadapi.

Seperti yang diterangkan di atas, bahagian otak dan saraf tunjang tersimpan dalam keadaan yang sangat rapi.

Ia adalah sangat sukar bagi doktor yang merawat untuk melakukan evaluasi terhadap sistem saraf tersebut apabila seseorang pesakit disyaki menghadapi sebarang masalah berkaitan.

Kelebihan memperolehi akses kepada CSF atau 'ruang' itu tadi , doktor dapat menjalankan evaluasi dan siasatan yang lebih terperinci agar diagnosis yang tepat dan rawatan yang paling sesuai dapat diberikan. Source: www.cancerresearchuk.org Source: www.cancerresearchuk.org

Mengapakah prosedur in dilakukan? Dalam pesakit kanak kanak, antara indikasi utama utntuk melakukan LP adalah apabila anak itu disyaki menghidapi radang otak akibat draipada jangkitan.

Ini kerana ujian lain seperti sampel darah dan ujian 'scan' pada otak sahaja tidak memadai untuk mencapai diagnosis yang tepat.

Tambahan pula, kadang kala kanak-kanak yang menghidapi jangkitan otak tidak menunjukkan tanda- tanda 'klasik' atau biasa jangkitan tersebut. Ini menyukarkan para doktor untuk membuat diagnosis.

Dengan adanya CSF, analisis terperinci dapat dibuat agar rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah tepat dan terbaik.

Sekiranya sampel ini tidak diperolehi, rawatan akan diteruskan juga mengikut 'bukti-bukti' klinikal yang sedia ada. Namun, kehadiran organisma yang menyebabkan jangkitan tidak akan dapat dibuktikan.

Kesukaran akan timbul sekiranya kanak- kanak tersebut tidak menunjukkan tindak balas yang baik terhadap rawatan awal. Ini akan merumitkan rawatan seterusnya kerana doktor tidak mempunyai 'bukti' utuh untuk memandukan pelan rawatan ke atas pesakit.

'Lumbar puncture' juga boleh dilakukan untuk memberi ubat – ubatan ataupun untuk mengurangkan tekanan di dalam ruang otak dalam kes- kes terpilih.

Bagaimanakah prosedur ini dijalankan? Prosedur ini selalunya memakan masa dalam 20 hingga 30 minit. Bergantung kepada keaadan pesakit, ubat pelali mungkin diberi ataupun tidak.

Tiada persiapan khas yang diperlukan untuk pesakit. Prosedur ini dilakukan dalam keadaan steril dan menggunakan sebatang jarum khas.

Sebelum itu, ubat untuk mengurangkan sakit akan diberikan dalam bentuk krim pada kawasan tulang belakang. Ubat tahan sakit berbentuk suntikan kadang kala diberikan bergantung kepada usia dan keadaan klinikal.

Doktor akan memilih kawasan yang hendak dicucuk iaitu di antara tulang-tulang vertebra dan di kawasan yang jauh daripada rangkaian saraf tunjang. Jarum ini kemudiannya dimasukkan ke kawasan yang telah dipilih.

Air tulang belakang akan keluar melalui jarum dan dikumpul untuk analisis. Hanya beberapa titis shaja yang diperlukan untuk analisa.

Setelah itu , jarum akan dikeluarkan dan kawasan tersebut akan ditutupi dengan 'pressure dressing' untuk beberapa ketika untuk memastikam tiada pendarahan atau pembocoran air tulang belakang. Apakah komplikasi yang boleh berlaku?

Dalam kanak-kanak yang didapati sesuai untuk menjalani prosedur LP, komplikasi yang boleh terjadi adalah perasaan sakit dibahagian yang dicucuk untuk beberapa jam.

Ada juga sesetengah anak -anak yang akan mengadu pening kepala tetapi kedua-dua keadaan ini adalah sementara dan pesakit akan dinasihatkan untuk baring atau berehat untuk beberapa jam dan juga untuk meningkatkan pengambilan air.

Oleh kerana tempat dimana jarum tersebut dimasukkan adalah jauh daripada saraf tunjang, isu pesakit menjadi lumpuh tidak timbul.

Tulang belakang atau vertebra juga tidak dicederakan memandangkan kawasan yang dicucuk adalah 'ruang' di antara tulang tersebut.

Air tulang belakang yang diambil akan 'diganti' semula oleh otak kerana seperti yang diterangkan, proses penghasilan CSF adalah suatu proses yang berterusan.

Komplikasi lain yang boleh timbul adalah radang atau jangkitan di kawasan yang dicucuk tetapi ini sangat jarang berlaku kerana prosedur in dilakukan dalam keadaan steril oleh doktor yang terlatih. Source: www.diagnosisms.com Source: www.diagnosisms.com

Adakah prosedur in selamat ? Dalam kes-kes yang telah ditentukan sesuai oleh Doktor yang merawat, prosedur LP adalah satu prosedur yang selamat.

LP sangat penting dalam membantu penyiasatan penyakit berkaitan dengan otak dan saraf tunjang serta penyakit-penyakit tertentu yang lain.

Adalah normal untuk ibu bapa merasa risau apabila doktor mengesyorkan prosedur tersebut dan staf yang terlbat seharusnya sensitif dengan perasan ibubapa.

Namun kedua-dua pihak ibubapa dan doktor yang merawat bolehlah saling berbincang agar sebarang keraguan dan persoalan dapat ditangani dengan cara yang terbaik.

Dr. Alya Hamzah merupakan pegawai perubatan paediatrik yang kini bertugas di Sabah.

Beliau amat mementingkan pendidikan pesakit dan keluarga pesakit dalam memastikan rawatan yang diberikan adalah optimum. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Rujukan: http://www.childrenshospital.org/ http://kidshealth.org/

Belajar pandai2. Masuk UMNO terus jadi bodoh piang.

Posted: 29 Nov 2014 08:45 PM PST

Makan Anak Pun Umno Jaga - Umno Memang Semakin Bangang

https://scontent-a-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xfp1/v/t1.0-9/1465187_772438712821380_8223684254590058753_n.jpg?oh=f1608ba27d199ce4d3f11001a8f28806&oe=5511A4D3
 

Yang kerja mencari rezeki tue kau.
Yang membeli barangan untuk dimasak kat pasar tue bini kau.
Yang masak tue bini kau.
Yang menyuap anak2 makan diri mereka ataupun bini kau.
Alih2 UMNO yang dapat kredit?

WAKAKAAKKA..

Tang mana MAKAN PUN ATAS JASA BAIK UMNO?

Aku yang tak sokong UMNO pun boleh jek makan.
Bersepah2 lagi manusia kat dunia neh yang tak kenal UMNO pun masih lagi makan.
Bahkan ada yang beria2 sokong UMNO usah kata makan, kena tindas pun ada. Ingat UMNO kau tue suci ka?

Pelik aku.

Dia yang belajar susah payah. Belajar pandai2 untuk jadi doktor. Orang tua dia bekerja tak kira waktu mencari rezeki nak membesarkan dia supaya dia menjadi seseorang yang bijak pandai. Alih2 bila dah besar, dah pandai, dah jadi doktor, yang dapat kredit tue UMNO? Bukan mak bapak ka?

HAHAHAHA..

Kesian tengok akal doktor neh. Membodek langgar segala. Sekali terpapar kebodohan diri. Kena kutuk kaw2 di laman sosial. Komen lebih seribu semua dok pakat2 kutuk doktor neh ja. Nak p berubat kat doktor macam neh ka? Taknak aku. Risau. Takut woi.

Kritikan2 terhadap doktor UMNO di laman sosial ;










 

Najib tidak mansuh Akta Hasutan, kerana ‘chauvinis’ undi pembangkang ?? OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 29 Nov 2014 08:00 PM PST


 Pengumuman Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berhubung Akta Hasutan 1948 dikekalkan ketika menyampaikan ucapan dasarnya mencetuskan reaksi bantahan daripada pembangkang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 November, 2014.Pengumuman Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berhubung Akta Hasutan 1948 dikekalkan ketika menyampaikan ucapan dasarnya mencetuskan reaksi bantahan daripada pembangkang.

Pengumuman Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berhubung Akta Hasutan 1948 dikekalkan ketika menyampaikan ucapan dasarnya mencetuskan reaksi bantahan daripada pembangkang.

Datuk Seri Najib Razak tidak pernah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 sebaliknya akan mengkaji akta berkenaan jika mendapatkan undi kumpulan tertentu, kata perwakilan Umno Kedah Mohd Kamal Saidin.

Kamal berkata, kumpulan yang menolak Barisan Nasional (BN) itu adalah mereka yang menyokong parti pembangkang dan golongan pelampau yang menyokong gerakan perkauman.

"Pembangkang seluruh negara membangkitkan kononnya presiden mungkir janji mengatakan Akta Hasutan dimansuhkan. Bukan presiden berjanji Akta Hasutan dimansuhkan tetapi sekadar berjanji untuk diteliti tetapi dengan syarat.

"Presiden tidak pernah berjanji Akta Hasutan dimansuhkan sebaliknya minta syarat kalau mereka beri sokongan, keyakinan dan kemenangan BN, kalau Umno menerajui kerajaan, kita akan kaji.

"Siapa yang tak beri undi kepada BN? Siapa yang mungkir janji? Mereka yang mungkiri janji. Mereka siapa? Kaum chauvinis, pelampau perkauman, anti Islam, pembangkang Melayu yang sekongkol dengan pengkhianat negara," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Najib, menerusi program transformasi kerajaan, berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 2012 walaupun pimpinan Umno dan menteri Kabinet berhasrat untuk mengekalkan akta berkenaan.

Kerajaan juga kini sedang dalam perancangan menggubal Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan yang dikelolakan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional.

Bagaimanapun, Najib semasa ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno berkata Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan sebaliknya akan diperkuatkan dengan dua elemen tambahan bagi mengukuhkan akta berkenaan. 


http://www.themalaysianinsider.com

Di Pakistan Menghina Nabi Kena 26 Tahun Penjara

Posted: 29 Nov 2014 08:16 PM PST


HALAMAN HIBURAN 

Veena Malik, pelakon seksi Pakistan hina Nabi Muhammad SAW

Veena Malik, pelakon seksi dan suaminya, Asad Bashir Khan  telah dihukum oleh Mahkamah Pakistan kerana menghina keluarga Nabi Muhammad SAW dalam suatu acara televisyen.

Kes penghinaan ini berawal dari sebuah acara di Geo TV yang dibintangi oleh Veena dan Asad Bashir Khan. Di acara tersebut Veena mengumumkan sebuah 'pesta pernikahan pura-pura', acara yang berlatarbelakang lagu renungan dibawa oleh sekumpulan pemuzik sufi tentang pernikahan puteri Nabi Muhammad SAW. 

Mereka dihukum 26 tahun penjara dan denda wang
oleh Mahkamah Pakistan. (IH)


  Posted by Ibnu Hasyim 

Di Malaysia Bagaimana ? 


 

 

Kerana Kebodohan Ahli Ahli UMNO Lah......

Posted: 29 Nov 2014 06:00 PM PST


Ni Aku Nak Gelak Ni......

Sejak 57 tahun parti mana yang berkuasa? Bangsa mana yang mentadbir Tanah Melayu/Malaysia? Sape yang ada kuasa jual dan gadai hak Melayu?

Hari ini baru sedar nak bimbang? Wanita Umno bimbang tanah rizab terhakis Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sekali lagi meyuarakan kebimbangan pergerakan itu berhubung tanah rizab Melayu terhakis termasuk di negeri-negeri yang tidak diperintah oleh BN.

Beliau berkata pihaknya khuatir mana-mana kerajaan negeri menggunakan "alasan teknikal" untuk memiliki tanah rizab melayu sehingga tanah itu terhakis.

"Sehubungan itu, kita minta Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menguruskan (satu) pindaan perlembagaan untuk memberi kuasa Peguam Negara sebagai 'custodian' untuk berkuasa membuat petisyen di mana tidak ada ganti wajib atau ganti semula kepada tanab rizab Melayu.

"Kita takut nanti ia akan dituntut oleh waris kita sebelum ini kerana kita gagal mewariskan sebuah negara kepada orang Melayu," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

Selain itu, Shahrizat memberi amaran bahawa pihaknya tidak akan berkompromi sebagai jentera politik untuk mempertahankan keluhuran perlembagaan dan kontrka sosial.

"Jadi jangan ada sesiapa berhasrat untuk mempertikaikan agama Islam, institusi raja, hak istimewa orang Melayu dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

"(Oleh itu) patuh peruntukan perlembagaan, sihatlah Malaysia," katanya Shahrizat turut mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri yang "mendengar" suara Wanita dengan mengekalkan Akta Hasutan selepas pergerakan itu berusaha mengutip satu juta tandatangan sebagai bantahan pemansuhannya.

"Ini satu keberanian kepada perdana menteri Malaysia," katanya -


sumber Posted by mountdweller

Setiap Butir Beras Yang Kita Makan Adalah Kerana UMNO - Doktor Mohd Nawal Ariffin.

Posted: 29 Nov 2014 05:30 PM PST


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH


Oke. Aku tunggu. 

Aku tunggu malaon2 UMNO hantar beras tiap2 bulan kat rumah aku lepas neh. 

Tak payah susah payah kerja untuk beli beras supaya boleh masak nasi untuk dimakan. Aku tunggu tau. Nak tengok bila di mana bagaimana dan macam mana bentuk rupa beras yang UMNO nak hantar kat rumah aku lepas neh. Jangan hantar lewat2. 


Dan jangan hantar sikit2. Mesti dalam kuantiti yang mencukupi. Dan jangan hantar beras hancur2. Bagi la aku beras sepertimana manusia2 normal yang lain makan jangan hantar beras tangkap muat aje tau. 

Dan pastikan beras2 yang dihantar itu dibeli guna duit UMNO tanpa mengusik atau menyentuh barang sesen pun duit pembayar cukai.

Aku nak tengok. Tang mana setiap satu butir beras yang aku makan selama neh ialah hasil jasa dari UMNO. Dari aku lahir sampai la sekarang. Tak pernah nampak UMNO hantar beras kat rumah pun. 


Yang aku tahu mak aku kerja siang malam cari rezeki beli beras ada la. Bukan percuma. Dia beli guna kudrat dia sendiri lagi la ada.

Sila jelaskan secara terperinci pasal apa setiap butir beras yang aku makan adalah kerana UMNO? 


Kalau sungguh2 dapat dibuktikan, automatik aku berhenti makan beras. Tau? Berhenti makan beras. 


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH


Ameno World

DAP dahului daftar pemilih berbanding BN, kata Shafie Apdal - The Malaysian Insider

Posted: 29 Nov 2014 04:45 PM PST



Barisan Nasional (BN) perlu melahirkan kebimbangan ekoran jumlah daftar pemilih baru yang dikumpul DAP berbanding jumlah yang diperoleh parti komponen berkenaan, kata Datuk Seri Shafie Apdal.

Naib presiden Umno itu berkata, DAP mencatatkan jumlah daftar pemilih tinggi jauh lebih tinggi berbanding Umno namun apa yang lebih menyedihkan parti komponen BN mencatatkan jumlah yang lebih rendah daripada itu.

"Dalam pengkalan data SPR dari Jun 2013 hingga September 2014, bimbang saya, Umno 5,939 (pemilih baru), DAP 9,309.

"Parti komponen cukup membimbangkan. MCA 2,56, MIC 266 dan Gerakan 373," katanya semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan Majlis Peguam tidak mempunyai kuasa mutlak untuk membicarakan mengenai Perlembagaan negara.

Naib presiden Umno itu berkata, kewujudan sebuah unit perundangan baru,  Bona Fide Friends of Umno  dalam parti itu akan menafikan suara perundangan yang selama ini didominasi Majlis Peguam.

"Undang-undang bukan hak mutlak Bar Council. Soal perundangan adalah hak seluruh rakyat Malaysia.

"Undang-undang perlu dilaksanakan dengan adil dan saksama," katanya

Ini jawapan ‘Datuk’ dan ‘Tan Sri’ bodoh Amno apabila dilarang merokok di dalam PWTC.

Posted: 29 Nov 2014 04:00 PM PST

Berita yang dipetik dari The Rakyat Post bagaimana ada di kalangan perwakilan di Perhimpunan Agung Umno telah menimbulkan kemarahan orang lain kerana merokok di dalam PWTC.

Mereka dilihat meneruskan tabiat itu walaupun banyak tanda-tanda larangan merokok di dalam bangunan.

Seorang pelayan, yang enggan namanya disiarkan, mendakwa beberapa perwakilan menolak untuk memadamkan rokok mereka apabila diminta.

"Mereka mendakwa sebagai 'Datuk' dan 'Tan Sri' dengan menyindir bahawa adalah hak semua untuk merokok."

The Rakyat Post yang memaklumkan kepada Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan sehingga beliau melahirkan rasa terkejut dan akan membuat pengumuman supaya tidak merokok di tempat awam.

"Saya akan membuat pengumuman untuk mengingatkan mereka supaya tidak merokok di tempat awam." 


-tranungkite-


VIDEO - Bloggers Umno Panas Dihina Kerana Kuat Bodek

Posted: 29 Nov 2014 08:00 AM PST

 


Bertindak balas atas kenyataan wakil Kelab Umno Luar Negara (KLUN) mengenai Blogger Umno lambat pertahan Rosmah.

Pada PAU 2013, kita blogger-blogger dengan rasa senang hati memberi publisiti percuma kepada Exco Pemuda Umno Malaysia, Ibdillah Ishak, yang baru dilantik ketika itu kerana kenyataan beliau yang terlebih lajak dari laju (terlebih cangan sebelum perlaksanaan) dan pada kali ini (PAU 2014) saya seru sahabat blogger untuk memberikan Farhana ini keutamaan.

Farhanan dalam ucapannya menyalahkan blogger Umno kerana lambat membalas dakyah dan berita palsu yang dilemparkan oleh blogger-blogger parti pembangkang.

Menyalahkan blogger Umno gagal mempertahankan Rosmah merupakan satu tuduhan berat dan berniat jahat apatahlagi menyebutnya secara umum (blogger Umno) tanpa menyatakan secara khusus sasaaran sebenar tuduhan tersebut.

Yang pertama, saya mahu tanyakan kepada farhana, siapakah yang dimaksudkan dengan Blogger Umno?.

Kebanyakan blogger yang pro kerajaan termasuk saya mempertahankan bukan sahaja Rosmah tetapi Umno itu sendiri dan adakah itu dimaksudkan sebagai blogger Umno?

Yang kedua, bagaimana bentuk pertahankan yang Farhana maksudkan?.

Secara Ilmiah? Fataniah? atau Makiniah? jika Farhana tidak nampak mungkin Farhana ini tidak membaca politik tempatan atau Farhana ini sibuk berosial di luar negara?

Yang ketiga, Farhana fahamkah politik blogger dalam negara ini atau farhana ini hanya tembak semberono?

Video ucapan Farhana saya naikkan semula disini supaya pembaca faham bagaimana maksud Farhana.

Kefahaman saya dalam ucapan Farhana ini sebenarnya hanya untuk menjilat (bahasa orang muda) First Lady.

Farhana hanya bertujuan sebenarnya menunjuk pandai kononnya Pelajar KULN ini sahaja yang hebat boleh pertahankan Rosmah hinggakan tiada langsung peranan atau sumbangan orang lain (blogger) dalam peperangan siber politik Malaysia.

Hebat sangatkah orang (blogger) KULN ini?

Saya dengan ini mencabar Farhana membentangkan gerakerja blogger KULN yang digelar Young Blogger (YB) untuk mempertahankan Rosmah.

Selepas 3 bulan sila bentangkan keputusan capaian pembaca yang telah membaca blog-blog KULN bagi membuktikan tulisan Farhana sampai kepada sasaran dan buktikan blogger pembangkang telah patah hujahnya dengan penulisan tersebut.

Farhana jangan hanya pandai melambung untuk membodek Rosmah supaya nanti boleh mendapat tempat sebagai orang penting.

Buktikan kehebatan gerakerja Farhana bukan setakap cakap kosong yang akhirnya memalukan keseluruhan ahli KULN dan alumninya.

Akhirnya tetapi bukan yang terakhir, Saya menganggap kenyataan yang keluar dari mulut Farhana hari ini adalah kenyataan dari kelab Umno Luar Negara (KULN) yang memeprlekeh blogger-blogger yang siang malam mempertahankan Umno Bn.

Saya cabar Farhana dan KULN bermula sekarang.


Terkedu: 'Mai Celen' Shahrizat Ada Orang Sambut Dengan Tibai

Posted: 29 Nov 2014 07:30 AM PST

 

Ambik kau...hahahahaha

Ibu red indian duk ingat tadak orang berani celen  dengan dia

Tup tup lagi sakan mamat umngok tibai ibu red indian tu....hahahahaha

PAU 2014: Ketua Umno Bahagian Cheras Gesa Shahrizat Letak Jawatan

Ketika Presiden Umno menggesa ahli parti agar bersatu pada Perhimpunan Agung Umno, seorang Ketua Umno Bahagian melahirkan rasa kurang senangnya terhadap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Pada Jumaat, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dalam satu temubual bersama, Astro Awani telah menggesa Shahrizat meletakkan jawatan sebagai ketua sayap wanita Umno. 

"Shahrizat harus melihat diri sendiri, kerana ada individu lain yang inginkan jawatan yang dipegangnya. Adalah tidk adil untuk beliau (Shahrizat) meminta jawatan Naib Presiden diberikan kepada sayap wanita.

"Dia mempunyai liabiliti. Maka, jalan terbaik adalah dengan meletakkan jawatan, isu ini akan berakhir," katanya kepada Astro Awani di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

Sementara itu di blog peribadinya, Syed Ali menggesa Wanita Umno agar bersikap lebih realistik dan meletakkan agenda rakyat dihadapan berbanding mendesak agar mereka diberikan peranan yang lebih besar dalam parti.

Beliau berkata persoalan untuk memberikan jawatan penting diperingkat tertinggi kepimpinan parti tidak wajar menjadi perkara utama.

"Wanita Umno tidak harus menyatakan hasrat mereka. Ia ibarat memberikan tekanan dan menggesa presiden parti."

"Adalah lebih baik mereka yang membebankan parti keluar dan meninggalkan parti, termasuk mereka dalam Wanita Umno," katanya di blog peribadi beliau.


Sebelum ini, Syed pernah mempertikaikan cadangan agar kerusi Naib Presiden ditambah hanya kerana 89 peratus menyokong atau 171 daripada 192 bahagian menyokong Wanita Umno Bahagian seluruh negara.

"Cadangan tersebut hanya datang daripada mereka dan ia tidak dipersetujui oleh majoriti ahli parti."

"Mengapa anda perlu meminta pucuk pimpinan agar mempertimbangkan satu kerusi tambahan untuk Wanita Umno kerana ia akan hanya dipertandingkan dikalangan bagi sayap Wanita Umno sahaja.

"Jika anda meminta kerusi tambahan, ia akan menyebabkan parti terpaksa 'menyediakan' satu kerusi hanya untuk sayap Wanita. Saya menolak tanggapan Umno kejam dan tidak menghargai peranan wanita sebagai tulang belakang parti.


"Ya,...memang pada ketika ini tiada pemimpin wanita yang menjadi menteri penuh. Namun ahli sayap wanita perlu menanyakan soalan tersebut kepada Ketua Wanita Umno mengapa perkara sedimikian berlaku," ujar Syed Ali.

Ini bukan kali pertama Syed Ali mempersoalkan keupayaan Shahrizat memimpin sayap wanita dan beliau juga pernah menggesa bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meletakka jawatan dalam beberapa majlis kira-kira dua tahun lalu.


sumber...Mstar OL
Oleh: T. AVINESHWARAN

PAU 2014 : Tahun Ini Lagu Anak Kecil Main Api Tak Menjadi.... DAH KANTOI ?

Posted: 29 Nov 2014 07:00 AM PST

Tumpang Tanya..Hari Ini Ada Tak Mangkuk2 Jamban Umno Yg Menangis Sambil Menyanyikan Lagu Rock Balada Kegilaan Macai2 Umno "ANAK KECIL BERMAIN API,BUMI DIPIJAK MILIK ORG"...Kalau Ada Macai2 Yg Menangis,Sahlah Macai2 Itu Jenis BUTA DAN RABUN TAHAP KRONIK Kerana Tak Nampak Dewa2 Kayangan Umno DI ATAS PENTAS ITULAH SEBAHAGIAN DRP MAKLUK2 YG BERTANGGONGJWB MENGADAI TANAH REZAB MELAYU Dgn Berbagai Alasan,Yg Paling Popular Ialah KONONNYA UTK PENBANGUNAN.. -Pengerusi Mmg Layak Dinobatkan Sebagai Pelakun Vateran Terbaik Sepanjang Zaman, Krana Lakunannya Yg Cukup Berkesan Bila Kononnya Meminta SERAH SEMULA TANAH REZAB MELAYU,Padahal Kamu "TERLALU MENGENALI" MAKLUK2 YG MENGADAI TANAH REZAB MELAYU ITU..Tumpang Tanya..Hari Ini Ada Tak Mangkuk2 Jamban Umno Yg Menangis Sambil Menyanyikan Lagu Rock Balada Kegilaan Macai2 Umno "ANAK KECIL BERMAIN API,BUMI DIPIJAK MILIK ORG"...

Kalau Ada Macai2 Yg Menangis,Sahlah Macai2 Itu Jenis BUTA DAN RABUN TAHAP KRONIK Kerana Tak Nampak Dewa2 Kayangan Umno DI ATAS PENTAS ITULAH SEBAHAGIAN DRP MAKLUK2 YG BERTANGGONGJWB MENGADAI TANAH REZAB MELAYU Dgn Berbagai Alasan,Yg Paling Popular Ialah KONONNYA UTK PENBANGUNAN..

-Pengerusi Mmg Layak Dinobatkan Sebagai Pelakun Vateran Terbaik Sepanjang Zaman, Krana Lakunannya Yg Cukup Berkesan Bila Kononnya Meminta SERAH SEMULA TANAH REZAB MELAYU,


Padahal Kamu "TERLALU MENGENALI" MAKLUK2 YG MENGADAI TANAH REZAB MELAYU ITU..

Nasiblah Bila Bercakap Tak Pakai Akal! MCA: Wakil Umno P Pinang perlu otak mk

Posted: 29 Nov 2014 06:15 AM PST




Naib presiden MCA Datuk Chew Mei Fun menyelar wakil Umno Pulau Pinang yang masyarakat Cina di negeri itu menempa kejayaan daripada hasil perniagaan haram.

Chew berkata, wakil Umno negeri itu, Zaidi Mohd Said perlu dikecam sekeras-kerasnya kerana "dakwaan penuh taksub" itu hanya untuk meraih "keuntungan politik murahan".

"Kami menentang tindakan Mohd Zaidi yang mengaitkan aktiviti maksiat membuka perjudian haram, pelacuran dan pusat hiburan sebagai jalan untuk orang Cina Pulau Pinang meraih kemewahan.

"Dakwaan taksub sebegitu menunjukkan bahawa individu ini amat memerlukan otak," kata Chew yang juga pengerusi jawatankuasa perhubungan MCA negeri.

Katanya, kenyataan yang bersifat menghasut itu tidak patut diucapkan kerana boleh memusnahkan hubungan kaum. "Amat menyedihkan sekali kerana Mohd Zaid memilih untuk meraih keuntungan politik murahan dengan membuat dakwaan sewenang-wenang dengan membangkitkan mengenai kegiatan maksiat untuk memfitnah orang Cina Pulau Pinang," katanya.

Mohd Zaidi dalam ucapan di Perhimpunan Agung Umno semalammendakwa kegiatan seperti perjudian dan pelacuran merupakan "sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong BN" di Pulau Pinang.


Posted by mountdweller.

Bloggers Umno Bangang, Kata Najib

Posted: 29 Nov 2014 05:30 AM PST

 

Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat "friendly fire".

Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.

"Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang," katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

.

Akta Hasutan : Najib Bakal Terencat Akal Dengan Pendedahan Ini?

Posted: 29 Nov 2014 04:45 AM PST

 
Datuk Seri Najib Razak tidak pernah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 sebaliknya akan mengkaji akta berkenaan jika mendapatkan undi kumpulan tertentu, kata perwakilan Umno Kedah Mohd Kamal Saidin.

Kamal berkata, kumpulan yang menolak Barisan Nasional (BN) itu adalah mereka yang menyokong parti pembangkang dan golongan pelampau yang menyokong gerakan perkauman. 

"Pembangkang seluruh negara membangkitkan kononnya presiden mungkir janji mengatakan Akta Hasutan dimansuhkan. Bukan presiden berjanji Akta Hasutan dimansuhkan tetapi sekadar berjanji untuk diteliti tetapi dengan syarat.

"Presiden tidak pernah berjanji Akta Hasutan dimansuhkan sebaliknya minta syarat kalau mereka beri sokongan, keyakinan dan kemenangan BN, kalau Umno menerajui kerajaan, kita akan kaji. 

"Siapa yang tak beri undi kepada BN? Siapa yang mungkir janji? Mereka yang mungkiri janji. Mereka siapa? Kaum chauvinis, pelampau perkauman, anti Islam, pembangkang Melayu yang sekongkol dengan pengkhianat negara," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Najib, menerusi program transformasi kerajaan, berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 2012 walaupun pimpinan Umno dan menteri Kabinet berhasrat untuk mengekalkan akta berkenaan.

Kerajaan juga kini sedang dalam perancangan menggubal Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan yang dikelolakan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional.

Bagaimanapun, Najib semasa ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno berkata Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan sebaliknya akan diperkuatkan dengan dua elemen tambahan bagi mengukuhkan akta berkenaan. ~malaysian insider


Addin:

Mungkin Najib terlupa.. mungkin Umno terlupa.. tetapi rakyat marhaen tidak lupa dengan janji Najib. Ini bukti Najib berjanji untuk mansuhkan Akta Hasutan ( baca sini dan sini ). Jikalau tak berpuas hati, silalah saman media-media yang melaporkannya.

Mahfuz cabar Mukhriz dedah kontraktor projek lanskap - SARINA ISMAIL

Posted: 29 Nov 2014 04:00 AM PST

ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir agar memaklumkan kepada orang ramai kontraktor yang dilantik untuk projek lanskap di kediaman rasminya di Seri Mentaloon.

Menurut Mahfuz, projek pengubahsuaian lanskap di Seri Mentaloon itu menelan belanja sehingga RM2.9 juta.

"Kita minta Mukhriz mendedahkan siapakah yang tender penanaman pokok kurma dan royal itu dan mohon diperjelaskan adakah projek berkenaan dalam pengetahuan UPEN dan adakah ianya melalui JKR?

"Saya minta dia jelasnya kepada umum dalam tempoh seminggu.Selain itu saya minta dia maklumkan juga berapa belanja penanaman sebatang pokok kurma dan royal palm sehingga peruntukan RM2.9 juta dibelanjakan," kata beliau kpeada pemberita dalam sidang media, semalam.

Menurutnya lagi, kebanyakan pokok kurma dan royal palm yang ditanam di Malaysia diimpot dari Thailand dan dalam pengetahuannya, kos sebatang pokok kurma sehingga selesai urusan hanya RM1000 dan royal palm antara RM500 hingga RM600 sahaja.

Justeru beliau meohon supaya Mukhriz bersikap telus memaklumkan hal demikian kerana jumlah peruntukan yang besar itu tidak munasabah sama sekali serta tidak berpadanan dengan jumlah pokok yang ditanam di kediamaan rasminya itu.


"Saya dimaklumkan dalam tempoh empat tahun kurma itu dijangka mengeluarkan buah dan kononnya dapat menampung keperluan orang ramai menjelang bulan Ramadan. Tapi belum tentu ianya berbuah dan mengeluarkan hasil sedangkan jumlah yang dikeluarkan terlalu tinggi serta tidak senilai dengan keperluan yang dikatakan.

"Rakyat Kedah bukan mengharapkan kurma dari Seri Mentaloon, setiap tahun mereka boleh beli di Pekan Rabu tapi rakyat memerlukan kebajikan yang lain dan jangan sewenang-wenangnya menggunakan duit rakyat pada perkara yang tidak terlalu diperlukan oleh rakyat," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, beliau merasa amat kesal akan sikap Mukhriz yang cuba berselindung perkara sedemikian dan sebaliknya mencanang projek pengubahsuaian Seri mentaloon diberikan kepada 'abang Ahli Parlimen Pokok Sena' seperti yang didedahkan semasa penggulungan perbahasan bajet Kedah 2015 minggu lalu.

"Perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan saya kerana projek berkenaan diberi kepada abangnya melalui tender yang dikeluarkan oleh JKR.

"Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang surat sokongan agar abang saya memperolehi tender berkenaan, tetapi yang dipertikaikan ialah apakah keperluan rumah itu di ubahsuai sedangkan perkara yang sama telah dibuat semasa pemerintahan Pakatan Rakyat dulu.

"Tahun 2011, rumah tu sudah di baikpulih untuk dijadikan istana tetamu menyambut Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Brunei. Apakah tak cukup lagikah segala kelengkapan yang diubahsuai?" soal Mahfuz.

Mukhriz juga dibidas kerana berbohong di dalam Sidang Dun tersebut ini dengan mengatakan kedua-dua projek berkenaan diberi kepada abang beliau sedangkan menurut Mahfuz kedua-dua tender berkenaan diberi kepada kontraktor yang berbeza.

"Saya minta dia jawab. Kalau dia tak jawab, saya akan maklumkan. Saya tahu siapa kontraktor tanam pokok kurma dan royal palm tu. Tapi saya nak dia jawab dulu," ujarnya.

Harakahdaily dimaklumkan bahawa kos pengubahsuaian di Seri Mentaloon membabitkan kos RM4.3 juta iaitu rumah kediaman sebanyak RM1.4 juta dan bahagian lanskap sebanyak RM2.9 juta.

Dalam sidang media yang sama, Mahfuz yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat, mengharapkan Kerajaan Kedah mengikuti langkah Selangor yang memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk Adun Pembangkang walaupun disifatkan sebagai satu penghinaan kepada mereka.

"Sebenarnya, Pakatan Rakyat Kedah juga mempunyai perancangan, andainya diberi mandat oleh rakyat sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, akan memberi peruntukan kepada Adun Pembangkang untuk membantu menyelesaikan urusan-urusan berkaitan kebajikan rakyat. Jadi saya harap kerajaan sekarang bolehla meniru macam apa yang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor buat," tambah beliau.

Terdahulu, Mahfuz telah menyempurnakan Program Santuni Denyutan Rakyat (Sedara) di Gelanggang Bola Keranjang, Taman Lam sun, Telok Wan Jah di sini.

Hadir sama dalam program tersebut Adun Derga, Tan Kok Yew dan Adun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim. - HARAKAHDAILY 29/11/2014

Keluarga Mahfuz Omar Diberi Projek Oleh Umno Kedah - JAMILAH HAMZAH

Posted: 29 Nov 2014 03:15 AM PST

 
ALOR SETAR - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar mengakui kontraktor menguruskan projek ubah suai bangunan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berharga RM1.4 juta ialah syarikat milik abangnya.

Bagaimanapun, Mahfuz menggesa satu lagi projek ubah suai landskap bernilai RM2.9 juta di kawasan kediaman rasmi itu didedahkan siapa kontraktor yang  menguruskannya.

Menurutnya, Mukhriz juga perlu menyatakan bagaimana tender projek ubah suai landskap itu diberikan kepada kontraktor tersebut sama ada dalam pengetahuan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan sebagainya.

"Syarikat tersebut memang syarikat abang saya, namun itu bukan persoalannya dan bukan cara Mukhriz untuk menutup soalan berkaitan projek landskap itu.

"Saya bagi tempoh seminggu untuk beliau mengumumkannya, jika tidak saya akan mendedahkan siapa yang uruskan projek tersebut," katanya, di sini, semalam.

Mahfuz mengulas demikian apabila Mukhriz yang juga Adun Ayer Hitam itu mendedahkan perkara tersebut dalam sidang Dun Kedah, baru-baru ini.

Tambahnya, Mukhriz juga perlu mendedahkan harga serta kuantiti pokok kurma dan pokok palma yang ditanam di kawasan tersebut.

"Selalu pokok kurma diimport daripada Thailand harga termasuk kos penghantaran untuk setiap satu adalah RM1,000 manakala pokok palma itu lebih kurang RM600 hingga RM700 sepokok.

"Jadi kita nak tahu berapa jumlah sebenar pokok-pokok tersebut dan dari mana ia diimport," katanya.


Apa Anggapan Geng2

Posted: 29 Nov 2014 02:51 AM PST

Apa Anggapan Geng2 Buta Dan Rabun Agama Ini Terhadap Allah Taala?Adakah Mereka Beranggapan Allah Taala TIADA APA2,Kerana Segala2nya Dtg Drp Umno?Mereka Bergantong Hidup Mereka Kpd Umno Bkn Kpd Allah Taala?Mereka Mengatakan Umno Yg Menyelamatkan Mereka,Bkn Allah Taala Yg Menyelamatkan?Hatta Susu Anak Pun Kerana Umno Bkn Kerana Rezeki Drp Allah Taala..Jadi, Apakah Fungsi Allah Taala Kpd Mereka Krana Segala2nya Dtg Drp Umno?Maknanya Geng2 Buta Agama Ini BERTUHANKAN UMNO bkn BERTUHANKAN ALLAH TAALA??Mana Pergi Puak2 Yg Kononnya Cerdik Pandai Agama Ataupun Mufti?Mana Harussani?Mana Noh Gadut?Mana Farthul Bari?Mana Jamil Khir Baharom?Mana Mashitah Bertudung Singkat?Mana Hasan Ali?Mana Nasharuddin Mat Isa?Semuanya DAH BISU DAN KAKU SEUMPAMA PATUNG? -Apa Jadi Di Negara2 Yg TIADA UMNO?Adakah Rakyatnya LAPAR Dan MATI KEBULURAN KRANA TIADA UMNO DI NEGARA ITU?.. -Di Mana Nak Diletakkan Ungkapan "Nabi Mohamad s.a.w Diutuskan Sebagai Penyelamat Umat" Kalau Peranan Itu Dikatakan Milik Umno? -Satu Saja Soalan Utk Pencacai2 Umno,APA YG KAMU AKAN KATAKAN DAN KUTUKAN JIKA KENYATAAN ITU BKN DTG DRP NAJIB DAN HISHAMUDDIN,TAPI DRP TGNA DAN TGHH?Adakah Kamu Akn Bersetuju Dgn Knyataan Itu?Brp Lama Agak2nya Segala Media Tunganggan Umno Akn Mainkan Isu Itu Jika Itu Yg Terjadi?Diam Dan Kakukah Geng2 Mufti Jika Itu Yg Berlaku? Buta Dan Rabun Agama Ini Terhadap Allah Taala?

Adakah Mereka Beranggapan Allah Taala TIADA APA2,Kerana Segala2nya Dtg Drp Umno?

Mereka Bergantong Hidup Mereka Kpd Umno Bkn Kpd Allah Taala?

Mereka Mengatakan Umno Yg Menyelamatkan Mereka,Bkn Allah Taala Yg Menyelamatkan?

Hatta Susu Anak Pun Kerana Umno Bkn Kerana Rezeki Drp Allah Taala..Jadi, 

Apakah Fungsi Allah Taala Kpd Mereka Krana Segala2nya Dtg Drp Umno?

Maknanya Geng2 Buta Agama Ini BERTUHANKAN UMNO bkn BERTUHANKAN ALLAH TAALA??

Mana Pergi Puak2 Yg Kononnya Cerdik Pandai Agama Ataupun Mufti?

Mana Harussani?

Mana Noh Gadut?

Mana Farthul Bari?

Mana Jamil Khir Baharom?

Mana Mashitah Bertudung Singkat?

Mana Hasan Ali?Mana Nasharuddin Mat Isa?

Semuanya DAH BISU DAN KAKU SEUMPAMA PATUNG?

-Apa Jadi Di Negara2 


Yg TIADA UMNO?

Adakah Rakyatnya LAPAR Dan MATI KEBULURAN KRANA TIADA UMNO DI NEGARA ITU?..

-Di Mana Nak Diletakkan Ungkapan "Nabi Mohamad s.a.w Diutuskan Sebagai Penyelamat Umat" Kalau Peranan Itu Dikatakan Milik Umno?


-Satu Saja Soalan Utk Pencacai2 Umno,APA YG KAMU AKAN KATAKAN DAN KUTUKAN JIKA KENYATAAN ITU BKN DTG DRP NAJIB DAN HISHAMUDDIN,TAPI DRP TGNA DAN TGHH?


Adakah Kamu Akn Bersetuju Dgn Knyataan Itu?

Brp Lama Agak2nya Segala Media Tunganggan Umno Akn Mainkan Isu Itu 

Jika Itu Yg Terjadi?Diam Dan Kakukah Geng2 Mufti Jika Itu Yg Berlaku?
 

Turun Harga Minyak Tak Rugikan Kerajaan - Dr. Rosli Yaakop

Posted: 29 Nov 2014 01:15 AM PST

turunkan harga minyak tak rugikan kerajaan kata pakar ekonomi PR:DR rosli yaakop.. tapi disebabkan umno sayangkan melayu,jaga melayu,jangan risau lepas PAU 2014 nanti,harga minyak untuk melayu turun bukan 3 sen malah lebih punya taw..kikiki

Turunkan harga minyak tak rugikan kerajaan kata pakar ekonomi PR:DR rosli yaakop..

Tapi disebabkan umno sayangkan melayu,jaga melayu,jangan risau lepas PAU 2014 nanti,harga minyak untuk melayu turun bukan 3 sen malah lebih punya taw..kikiki

 

PAS akan terus perkasa Majlis Presiden Pakatan Rakyat - MUHAMMAD FAIZAL

Posted: 29 Nov 2014 12:30 AM PST

 
KUALA KANGSAR: PAS akan terus memperkasakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat bagi meningkatkan persefahaman dan kebersamaan dalam parti.

Timbalan Presiden PAS‎, Mohamad Sabu berkata, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa di dalam Pakatan Rakyat.

"Perbezaan pendapat itu perkara biasa, semua pihak mempunyai pendapatnya sendiri tetapi itu bukan masalah utama, malah menguatkan kita.

"PAS akan terus memperkasakan majlis presiden bagi menjadikan Pakatan Rakyat terus kuat dan mantap serta diterima masyarakat umum," ucap beliau ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 Peringkat Negeri Perak di sini, hari ini.

Kata beliau lagi, PAS perlu bersedia dengan pelbagai isu yang ditimbulkan Barisan Nasional (BN) terutama perkauman.

"Isu perkauman merupakan senjata utama Umno bagi menakutan orang Melayu dan kaum lain.

"Mereka (BN) akan menggunakan apa sahaja peluang yang ada untuk menyebarkan isu perkauman ini dan kita dari PAS perlu peka agar tidak terperangkap dalam permainan mereka," kata beliau.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu menegaskan PAS akan terus menentang kempen perkauman yang ditimbulkan BN dan membawa sebuah politik baru untuk semua lapisan kaum.

Beliau berharap himpunan sambutan 63 tahun PAS itu akan dapat dimanfaat sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. - HARAKAHDAILY


Mohamad diiringi Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria melawat gerai pameran.

Allahu Rabbi!!! (Video) Terbaru Dr Mashitah Vs Ustaz Azhar Idrus... Jom Saksikan!!!

Posted: 28 Nov 2014 11:45 PM PST








 

Ucapan Dr. Mashitah Ibrahim dalam Perhimpunan Agung Umno 2014 Sayap wanita telah menyindir dan menyatakan akan ulamak pendakwah seperti menyertai rancangan Maharalawak mega. 

Kenyataan Kurang Enak Mashitah itu telah Dibidas Oleh Ustaz Azhar Idrus dengan Fakta yang jelas dan menrik. 

 


sumber: Youtube