Khamis, 27 November 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Lelaki Cedera Ditetak..

Posted: 27 Nov 2014 11:00 PM PST

 
Seorang lelaki cedera di badan selepas ditetak dengan parang oleh dua perompak yang memecah masuk rumahnya di Jalan Belida 14, Taman Bukit Chedang, di sini, pagi tadi.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang bersiap siap mahu ke tempat kerjanya di daerah ini dikejutkan kehadiran dua lelaki bermotosikal yang menerjah masuk ke kediamannya.

Katanya, terkejut dengan kejadian itu, mangsa yang berusia 30-an cuba melawan namun suspek yang bersenjatakan parang terus menetak lelaki itu di badannya.

"Sejurus lelaki itu tersungkur dan cedera, suspek melarikan beberapa barangan berharga milik mangsa sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z," katanya.

Katanya, pihaknya kini memburu kedua-dua suspek yang dianggarkan berusia 20-an dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan bersenjata.

Katanya, mangsa kini dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.



Identiti Pembeli Buku Zunar 'Selamat" MOLPay tak dedah pembeli buku Zunar pada polis

Posted: 27 Nov 2014 10:00 PM PST




Gerbang pembayaran dalam talian - MOLPay Sdn Bhd - menjelaskan bahawa ia tidak mendedahkan maklumat mengenai pembeli buku kartunis Zunar kepada pihak polis.

Ketua pegawai eksekutifnya, Eng Sheng Guan berkata syarikat itu telah menjelaskan kepada Zunar bahawa ia tidak mendedahkan apa-apa maklumat pembeli kepada pihak polis setakat ini.

"Kami telah menjelaskan kepada Zunar mengenai perkara itu pada 26 November, bahawa selepas e-mel pertama kami bertarikh 17 November, pihak pengurusan MOLPay memutuskan untuk tidak mendedahkan apa-apa maklumat pembeli kepada PDRM," kata Eng kepada Malaysiakini.

Minggu lalu, dilaporkan bahawa pihak polis telah meminta MOLPay, yang mengendalikan urus jualan dalam talian bagi buku Zunar, supaya mendedahkan senarai mereka yang telah membeli bukunya.

Buku berkenaan ialah "Komplot Penjarakan Anwar" yang didakwa polis mengandungi bahan berunsur hasutan.

Polis sedang menyiasat Zunar di bawah Seksyen 8 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan, selepas dua laporan polis dibuat terhadapnya.

- mkini

ISU - MELAYU BERTUKAR KE " RED INDIAN "

Posted: 27 Nov 2014 09:15 PM PST

 
Ahli panel forum ajuran DAP malam tadi bersetuju bahawa hanya Umno dan golongan elit Melayu yang berisiko diancam dan bakal menjadi 'Red Indian' seperti
di Amerika Syarikat.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata kajian menunjukkan Melayu merasa terancam kerana kesan daripada perang psikologi.

Beliau mendakwa bahawa Umno telah memainkan perang psikologi itu sehingga bangsa Melayu benar-benar rasa terancam.

"Tetapi minda mereka (Melayu) telah menerima perang psikologi yang dibawa Umno sehingga mereka merasakan mereka sememangnya terancam," katanya.

Katanya, ekoran perang psikologi itu wujud badan bukan kerajaan (NGO) pelampau yang menakut-nakutkan orang Melayu dan tentang kedudukan Islam di negara
ini.

Bercakap dalam forum bertajuk 'Adakah Melayu dan Islam diancam' malam tadi, Husam berkata keadaan itu akan berterusan selama Umno memerintah Malaysia.

Sebaliknya, tegas Husam, Melayu tidak terancam memandangkan kerusi Parlimen Melayu akan tetap kekal majoriti meskipun Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan.

"Sekarang dari 222 kerusi, majoriti 52 kerusi lebih adalah Melayu, kita tidak boleh tukar kerusi, tiada siapa yang ada kuasa tukar kerusi kecuali dengan
persempadanan pilihan raya.

"Apa yang PERKASA dan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad paling gerun, bukan Melayu menjadi Red Indian, tetapi Umno yang menjadi Red Indian,"
kata Husam lagi.

Katanya, menurut kajian Merdeka Center, sebelum ini perasaan Melayu rasa terancam cuma 26 peratus pada 2008 dan meningkat kepada 55 peratus pada 2014.

Mengulas kenyataan Abdul Hamid supaya PAS bergabung dengan Umno bagi mengelakkan orang Melayu terpinggir seperti Red Indian, Husam membidas:

"Pada pendapat saya, lebih lama Umno memerintah Malaysia, lebih cepat Melayu akan jadi Red Indian."

Sementara itu, Sasterawan Negara, A Samad Said berkata fenomena Melayu dan Islam terancam datang secara "bermusim" iaitu ketika pilihan raya dan perhimpunan
agung Umno.

"Sebelum ini, ia sudah timbul. Mereka tanya saya, adakah Melayu terancam.

"Saya jawab sejak lima dekad yang lalu, semua menteri sebelum ini adalah orang Melayu, timbalan perdana menteri, kementerian dalam negeri, menteri besar
dan kebanyakan ahli parlimen adalah Melayu.

"Selain itu kita ada, Raja Melayu dan Tentera Melayu. Jadi dengan kekuatan yang kukuh, apakah alasan untuk menyatakan bahawa orang Melayu terancam?" soalnya.

Beliau yang mesra dipanggil Pak Samad berasa hairan kerana yang sepatutnya berasa diancam dan terancam adalah kaum bukan Melayu.

Beliau turut menjelaskan selama 57 tahun, negara ini hanya dipimpin golongan bangsawan kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari pula berkata kedudukan Melayu dan Islam kini lebih selamat berbanding sebelum ini.

Ini kerana, katanya, kebanyakan pindaan perlembagaan yang melindungi Bumiputera dan Islam memerlukan sokongan majoriti dua pertiga di Parlimen dan juga
memerlukan persetujuan daripada Majlis Raja-Raja.

"Jadi, kembali kepada soalan sama ada Melayu dan Islam terancam, saya fikir tidak. Cuma pemimpin yang memerintah selama ini gagal menjalankan tanggung
jawab mereka," katanya.

Tun M sindir Najib lagi, kali ini kerana soal solidariti

Posted: 27 Nov 2014 08:30 PM PST

 
Tun Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung UMNO 2014 di PWTC. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM  
Tun Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung UMNO 2014 di PWTC. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir sinis Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berulang-ulang kali menyebut solidariti dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno 2014, sebentar tadi.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut perkara tersebut kerana masalah kesihatannya.

"Ia hanya berkenaan solidariti, maaf saya tidak sihat" katanya secara ringkas kepada media selepas Perasmian Perhimpunan Agung Umno 2014 di sini, hari ini.

Azmin: Lihat wajah sebenar PM 'mungkir janji'

Posted: 27 Nov 2014 07:45 PM PST

   

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (bawah) memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Sehubungan itu, Azmin berkata, janji yang pernah dibuat oleh Najib sebelum ini hanyalah untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya.

"Dia tidak menunaikan janji yang dia (Najib) nyatakan sendiri sebelum ini untuk memansuhkan Akta Hasutan.

"Kalau ikut rekod, ada beberapa kali dia telah berjanji (untuk mansuh) menjelang pilihan raya.

"Sekarang kita, rakyat akan melihat watak sebenar perdana menteri yang buat janji hanya untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya dan tidak ada kesungguhan untuk melakukan transformasi," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam.



indah.com

Parah Didera Menantu Hantu

Posted: 27 Nov 2014 07:00 PM PST

 

WAK JAMIL yang cedera dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar semalam.

MUAR – Seorang tauke gula melaka cedera parah disimbah air panas dan dipukul dengan cota selain barangan berharga miliknya dikebas menantunya dalam kejadian di Batu 18, Ayer Hitam di sini kelmarin.

Lelaki malang, Mohd. Noor Abdullah, 55, atau lebih dikenali sebagai Wak Jamil Gula diperlakukan sedemikian selepas mangsa bertengkar dengan menantunya pada pukul 4 pagi.

Mangsa yang tinggal bersama anak angkat dan suami anak­nya itu bertengkar dipercayai berkaitan wang sebelum suami anak angkatnya hilang sabar lalu memukul mangsa dengan cota di kepala serta menyimbah air panas ke badan mangsa.

Biras mangsa, Rubiah Manaf, 57, berkata, kejadian itu di­sedari seorang saudara mangsa yang tinggal berdekatan selepas mendengar jeritan Wak Jamil mengerang kesakitan.

"Sebaik membuka pintu rumah mangsa, saudara mangsa terkejut melihat keadaan Wak Jamil yang berlumuran darah, tidak bermaya dan cuba merangkak meminta pertolongan," kata Rubiah ketika ditemui di rumahnya semalam.


MAS rugi 5 juta sehari - Akan dikenali nama baru Malaysia Airlines Berhad ??

Posted: 27 Nov 2014 06:15 PM PST

Parlimen lulus rang undang-undang MAS

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan syarikat penerbangan nasional itu.

Rang Undang-Undang itu antara lain bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pentadbiran Malaysian Airline System Berhad (MAS), syarikat subsidiari milik penuh dan milik separanya.

Ia juga akan menyediakan peruntukan bagi penubuhan entiti baharu dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad yang akan menggantikan MAS sebagai syarikat penerbangan nasional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali ketiga sebelum diluluskan selepas mendapat majoriti persetujuan daripada anggota Dewan.

Rang Undang-Undang itu mempunyai 37 fasal dan enam bahagian yang mana ia dibahaskan 10 anggota Parlimen membabitkan lima dari Barisan Nasional (BN) dan lima dari pembangkang sejak pukul 11.30 pagi sebelum ianya diumum diluluskan kira-kira pukul 4.45 petang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Antara ciri-ciri utama dalam rang undang-undang itu ialah membolehkan (MAS) beroperasi pada kos yang munasabah dari kos bekalan, perkhidmatan, kakitangan termasuk kaedah-kaedah kerja dan terma-terma untuk kakitangan baharu.

"Ini (Rang Undang-Undang) juga membolehkan syarikat baharu ini beroperasi pada standard yang tinggi," kata Abdul Wahid sambil menambah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), cabang pelaburan kerajaan, komited untuk membantu kakitangan MAS yang tidak mahu berpindah ke pengurusan syarikat baharu.

Beliau berkata Khazanah akan mewujudkan pusat latihan semula kakitangan MAS yang memilih untuk tidak berhijrah bagi panduan kerjaya, kaunseling dan keusahawan.

Menurutnya, pusat penempatan semula kakitangan juga akan diwujudkan untuk kakitangan yang hendak berhijrah dalam kumpulan Khazanah dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain.

"Tentang pemilihan kakitangan yang bakal menyertai syarikat baharu, mereka akan menjalani proses pemilihan dari segi kemahiran dan budaya kerja (sebelum dipilih)," katanya.

Beliau berkata kira-kira 14,000 pekerja akan diletakkan dalam syarikat baharu ini berbanding 20,000 kakitangan sedia ada ketika ini.

Sebelum ini, Khazanah dilaporkan akan menubuhkan pusat khas bagi memberi sokongan penempatan kepada kira-kira 6,000 MAS yang akan diberhentikan berikutan proses penstrukturan semula itu.

Tumpuan pusat itu adalah menghulurkan sokongan termasuk sokongan profesional, emosi dan kewangan bagi membantu mereka untuk beralih ke peringkat kerjaya seterusnya.

Abdul Wahid berkata usaha membaik pulih berkaitan pekerja dan pembekal akan berpaksikan prinsip keadilan dan ketelusan.

Ini katanya, termasuk memperkukuh barisan kepimpinan MAS yang baharu yang dijangka beroperasi pada Julai 2015 membabitkan ahli lembaga pengarah, pengurusan pertengahan dan atasan dalam memastikan kepimpinan syarikat baharu boleh membawa keuntungan kepada MAS.

Beliau juga berkata pentadbir syarikat yang baharu dibenarkan untuk berunding semula dengan semua pembekal sedia ada mengenai harga baharu yang ditawarkan.

Bagaimanapun, katanya jika syarikat terbabit tidak bersetuju, maka syarikat boleh mendapatkan pembekal yang lain.

"Khazanah akan melihat kontrak yang relevan dan tidak semua kontrak akan dilindungi, contohnya kontrak katering," jelasnya.

Dalam pada itu, Wahid berkata, ketika ini MAS mengalami kerugian sebanyak RM5 juta sehari, manakala sebanyak RM748 juta kerugian dicatatkan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.

"Ini berikutan struktur operasi dan jumlah pekerja yang ramai dan untuk membolehkan syarikat baharu nanti lebih berdaya maju, adalah penting untuk syarikat diberi peluang memilih pekerja mengikut terma-terma yang mampu meningkatkan produktiviti," jelasnya.

- Bernama

Jangan guna Akta Hasutan untuk survival Umno, pesan Pak Lah - The Malaysian Insider

Posted: 27 Nov 2014 05:27 PM PST

 
Melalui blog miliknya, www.paklah.net hari ini, Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah berkata, survival parti itu Melayu bergantung kepada sokongan rakyat dan tanpanya, Umno tidak akan terus memimpin negara.

"Tetapi dalam keghairahan kita menyambut baik pengekalan Akta Hasutan, saya ingin  mengingatkan ahli Umno yang Akta Hasutan bukanlah alat untuk diguna mengekalkan kekuasaan Umno.

"Kekuasaan dan kekuatan Umno datangnya daripada sokongan rakyat, ingatlah, jika rakyat sudah tidak menyokong kita, tiada rang undang-undang di bumi Allah ini yang akan menyelamatkan Umno daripada kehilangan kuasa," katanya.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak ketika ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini berkata akta itu akan terus dikekalkan.

Malah, akta kontroversi itu juga akan diperkukuh dengan menambah peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

"Sebagai perdana menteri, saya memutuskan Akta Hasutan akan terus dikekalkan, malah akta ini akan dipertahan dan diperkukuhkan," katanya.

"Akta ini akan dikuatkuasakan secara adil supaya kita benar-benar mewujudkan Malaysia yang lebih aman, stabil dan harmoni," katanya.

Najib berkata, Akta Hasutan terus dikekalkan selepas dipertimbangkan dan mendapat nasihat semua pihak walaupun beliau pernah berjanji untuk memansuhkan akta warisan penjajah British tersebut.

"Setelah saya dengar pandangan pemuda dan puteri, akar umbi dan NGO, saya mengumumkan Akta Hasutan akan terus dikekalkan," katanya.

Najib pada 11 Julai 2012 dilaporkan berkata  Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional sebagai sebahagian daripada program transformasi kerajaan.

"Saya tertarik dengan dasar Najib pada Perhimpunan Agung Umno tahun ini.

"Selain memperingati ahli-ahli Umno akan sejarah perjuangan Umno dan juga pentingnya semangat solidariti, beliau juga sangat perihatin dengan keresahan kerisauan dan juga keinginan orang Melayu amnya dan ahli Umno khususnya," kata Abdullah.

"Keperihatinan ini terserlah bila beliau mengumumkan pengekalan Akta Hasutan yang disambut dengan ghairah oleh ahli ahli Umno yang berada di dalam dan luar dewan PWTC."

Abdullah berkata, beliau juga turut menyokong pengekalan atau penggubalan mana rang undang-undang yang menjaga keharmonian negara, menegakkan Perlembagaan, dan menentukan perjanjian kontrak sosial yang dimeterai ditepati.

"Dan saya menyokong rang undang-undang yang menentukan Persekutuan Malaysia tidak dihancurkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Ini semua saya sokong," katanya yang memimpin Malaysia dari 2003 hingga 2009 itu. – 27 November, 2014.

" Video !! Ini Jawapan Abby Abadi Kepada Mashitah Ibrahim Yang Mengatakan Tentang Kewujudan Ustaz Dan Ustazah Express "

Posted: 27 Nov 2014 08:00 AM PST

 Admin pun tidak faham apa yang berada dalam kepala otak ustazah UMNO ini. Orang nak guna pendekatan dakwah berbeza sekalipun ikut sukalah, yang kau nak menyibuk pasal apa, sekurang-kurang orang tarik golongan muda untuk berdakwah.
 
Baguslah ustaz-ustaz yang berdakwah dengan cara selingan lawak serta menyanyi lagu dakwah daripada engkau yang bergelar ustazah tapi mendiamkan sahaja salah laku kerajaan dengan makan gaji tiap-tiap bulan. Habis remaja hanyut dek kerana kerajaan hari ini, nasib baiklah ada ustaz-ustaz bollywood dan ustaz lawak yang engkau dakwa ini. Korang nilailah video dan berita di bawah ;
KUALA LUMPUR: Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim digesa menegur dunia hiburan seperti rancangan televisyen yang melalaikan terlebih dahulu dan bukannya menegur mereka yang telah berhijrah.

Bekas pelakon Gerak Khas, Abby Abadi ketika dihubungi berkata, Mashitah sepatutnya lebih peka dalam isu membabitkan gejala sosial remaja yang semakin membimbangkan.

"Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli.

"Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, dalam berdakwah perlu menggunakan pelbagai kaedah bagi menarik lebih ramai untuk hadir ke majlis-majlis ilmu terutamanya golongan remaja.

"Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan.

"Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis-majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui," katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada gesaan Mashitah yang berucap pada Persidangan Wanita Umno semalam yang meminta kerajaan memantau kewujudan golongan 'ustaz' dan 'ustazah ekspres' terutama di dalam PAS.

Menurut beliau, mengajak orang kepada Islam itu merupakan tanggungjawab setiap manusia yang mengucap dua kalimah syahadah dan tidak perlu bimbang kerana mereka bukannya merupakan ancaman kepada mana-mana pihak.

"Kalau kita tidak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu menghentikan usaha orang lain.

"PAS mempunyai tanggungjawab dalam menjadikan setiap mereka yang bersama parti itu berurusan mesti mengikut kaedah Islam yang sebenarnya," katanya lagi. H Daily

SUARAM gesa inkues ke atas kematian Syed Mohd Azlan - HARAKAHDAIL

Posted: 27 Nov 2014 07:30 AM PST

 
KUALA LUMPUR: NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyifatkan kenyataan yang menyebut kematian Syed Mohd Azlan ketika dalam tahanan pada 4 Novermber berlaku secara tiba-tiba adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak berintegriti.

"Dalam sijil kematian yang dikeluarkan oleh Hospital Sultan Ismail tertulis si mati mati disebabkan oleh hentakan benda tumpul di dada dan bukan mati secara tiba-tiba," kata Suaram dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, tindakan menyembunyikan kematian Syed Mohd Azlan daripada pengetahuan keluarganya telah menunjukkan seperti ada sesuatu perkara yang ingin disembunyikan.

Ini kerana ayah si mati telah dihalang untuk beliau berjumpa dengan anaknya.

Si mati diumumkan mati oleh pihak hospital pada 7.30 pagi dan ayahnya, Syed Mohamad Nur hanya dimaklumkan kematian anaknya pada jam 1.00 petang.

Justeru, Suaram menggesa pihak terbabit dibawa ke muka pengadilan sambil mempersoalkan bagaimana seseorang yang muda dan sihat tiba-tiba mati selepas ditangkap.

Suaram menggesa satu inkues dijalankan dengan segera ke atas kes kematian Syed Mohd Azlan untuk menentukan sebab kematiannya.

"Jikalau didapati terdapat kekerasan untuk menyeksa beliau semasa dalam tahanan, maka mereka yang terlibat perlu dituduh dan dihukum ke atas jenayah yang mereka lakukan," ujar kenyataan itu lagi.

Suaram juga menyeru pihak kerajaan meratifikasikan Konvensi Antarabangsa Menentang Penyeksaan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu dengan segera dan menggubal undang-undang untuk mengharamkan penyeksaan. -  
 
 
HARAKAHDAILY 27/11/2014

Najib kekal Akta Hasutan, kita tetap lawan - Mohd Sabu - SALMIYAH HARUN

Posted: 27 Nov 2014 06:45 AM PST

 
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pendirian apabila menegaskan Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Perdana Menteri itu tidak mempunyai kekuatan untuk memberi dan melakukan perubahan walaupun beliau telah berjanji dengan rakyat untuk memansuhkan akta tersebut.

"Janji dia sebelum ini hanya untuk melunakkan sahaja, Najib tidak kuat. Tidak ada pendirian. Macam isu ISIS dulu pada awalnya dia sokong, sekarang buat auta, tidak ada pendirian!" tegas Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Beliau juga percaya Akta Hasutan itu gagal dimansuhkan kerana ia satu-satunya akta yang menjadi senjata untuk menyelamatkan Umno.


"Akta untuk Umno semata-mata, bukan untuk rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS tidak sekali mengalah dan akan tetap melawan akta itu yang sering disalahgunakan oleh Umno BN.

"Kita tetap akan lawan. Kita akan buat gerakan seperti kita gerakan rakyat menentang ISA dan juga Akta Polis sehingga kerajaan beralah dan memansuhkan Akta Hasutan," katanya.

Hari ini, pada Perhimpunan Agung Umno Najib berkata Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi menguatkan dan memperkukuhkan akta itu.

Presiden Umno itu juga berkata kedua-dua peruntukan khas itu bertujuan melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Reaksi pendirian itu, membuatkan 2,752 perwakilan berdiri dan bersorak sebagai tanda menyokong keputusan Presiden parti Melayu terbesar di negara ini yang kini dianggotai 3.47 juta orang.

Sebelum ini Najib Tun Razak dilaporkan telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 11 Julai 2012 dan sekali lagi pada 3 Julai 2013. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Sorry Aarr...Kami Tak Tuli Dan Kami Tak Buta!

Posted: 27 Nov 2014 06:00 AM PST



Bukan mungkir janji cuma tak nak kota apa yang dikata......bohong ke apa tu?

Bukan saja Akta Hasutan 1948........aku bukannya peduli sangat tentang itu, tapi yang lain-lain janji bagaimana?

Kajian Royalti Kelantan? Azmin: Lihat wajah sebenar PM 'mungkir janji' mk - 3:00PM - 27 Nov 2014

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (bawah) memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.Sehubungan itu, Azmin berkata, janji yang pernah dibuat oleh Najib sebelum ini hanyalah untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya.

"Dia tidak menunaikan janji yang dia (Najib) nyatakan sendiri sebelum ini untuk memansuhkan Akta Hasutan.

"Kalau ikut rekod, ada beberapa kali dia telah berjanji (untuk mansuh) menjelang pilihan raya.

"Sekarang kita, rakyat akan melihat watak sebenar perdana menteri yang buat janji hanya untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya dan tidak ada kesungguhan untuk melakukan transformasi," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam.


'Pertahan Islam bukan dengan akta zalim'Selain itu, ditanya berhubung pengukuhan akta yang dikatakan bertujuan melindungi kesucian Islam, Azmin berkata mempertahankan agama tidak boleh dibuat melalui akta yang "zalim".

"Yang mempertahankan Islam bukan dengan satu peruntukan yang zalim, yang tak ada kebebasan dan moral.

"Islam itu agama yang suci dan murni yang menjamin kebebasan hak individu sebagai insan. Bukan guna akta zalim untuk kekang kebebasan rakyat," kata ADUN Bukit Antarabangsa. Kenapa umum di AGM Umno?

Bagi ADUN DAP, Datuk Teng Chang Khim (bawah) berkata, beliau mempersoalkan pengumuman yang dibuat di Perhimpunan Agung Umno oleh Najib.

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin, Najib sepatutnya membawa perkara itu di Parlimen terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman kepada seluruh ahli Umno.

Katanya, tindakan Najib itu dilihat hanya untuk membuat provokasi dan memperolehi sokongan daripada orang Melayu.

"Seharusnya perkara sebegitu penting dibangkitkan di Parlimen dulu, bukan di Perhimpunan Agung Umno kerana undang-undang ini dibuat di Parlimen. "Sepatutnya wakil rakyat dimaklumkan dulu perkara ini untuk dibincangkan sebelum kerajaan ambil sebarang tindakan untuk menggubal undang-undang itu.
"Ini adalah satu taktik politik untuk memperolehi sokongan orang Melayu kepada Umno. Ini bukan satu pentadbiran yang baik," katanya lagi. 

Rani: Ada OK, tapi kena adil Sementara itu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman (bawah), pula memberikan perspektif agak berbeza dalam isu itu.

"Saya tak kisah. Memang (akta seperti itu) sepatutnya ada akta yang sebegitu.

Tetapi masalahnya sekarang, sejarah telah memberitahu kita apa yang mereka buat dengan akta hasutan ini. "Kalau orang dia (Umno), lepas. Tak kena apa-apa pun. Kalau kita buat sikit, terus kena Akta Hasutan," katanya.

Ketika ditanya adakah beliau bersetuju sekiranya Akta Hasutan dikekalkan, Abdul Rani berkata: "Perlu ada. 


Tetapi sepatutnya ditambah baik. Saya setuju akta itu tetapi dia (akta itu) mesti adil," kata ADUN Meru itu lagi.


Posted by mountdweller
Sorry Aarr...Kami Tak Tuli Dan Kami Tak Buta! Bukan mungkir janji cuma tak nak kota apa yang dikata......bohong ke apa tu? Bukan saja Akta Hasutan 1948........aku bukannya peduli sangat tentang itu, tapi yang lain-lain janji bagaimana? Kajian Royalti Kelantan? Azmin: Lihat wajah sebenar PM 'mungkir janji' mk - 3:00PM - 27 Nov 2014 Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (bawah) memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.Sehubungan itu, Azmin berkata, janji yang pernah dibuat oleh Najib sebelum ini hanyalah untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya. "Dia tidak menunaikan janji yang dia (Najib) nyatakan sendiri sebelum ini untuk memansuhkan Akta Hasutan. "Kalau ikut rekod, ada beberapa kali dia telah berjanji (untuk mansuh) menjelang pilihan raya. "Sekarang kita, rakyat akan melihat watak sebenar perdana menteri yang buat janji hanya untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya dan tidak ada kesungguhan untuk melakukan transformasi," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam. 'Pertahan Islam bukan dengan akta zalim'Selain itu, ditanya berhubung pengukuhan akta yang dikatakan bertujuan melindungi kesucian Islam, Azmin berkata mempertahankan agama tidak boleh dibuat melalui akta yang "zalim". "Yang mempertahankan Islam bukan dengan satu peruntukan yang zalim, yang tak ada kebebasan dan moral. "Islam itu agama yang suci dan murni yang menjamin kebebasan hak individu sebagai insan. Bukan guna akta zalim untuk kekang kebebasan rakyat," kata ADUN Bukit Antarabangsa. Kenapa umum di AGM Umno? Bagi ADUN DAP, Datuk Teng Chang Khim (bawah) berkata, beliau mempersoalkan pengumuman yang dibuat di Perhimpunan Agung Umno oleh Najib. Menurutnya, sebagai seorang pemimpin, Najib sepatutnya membawa perkara itu di Parlimen terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman kepada seluruh ahli Umno.Katanya, tindakan Najib itu dilihat hanya untuk membuat provokasi dan memperolehi sokongan daripada orang Melayu. "Seharusnya perkara sebegitu penting dibangkitkan di Parlimen dulu, bukan di Perhimpunan Agung Umno kerana undang-undang ini dibuat di Parlimen. "Sepatutnya wakil rakyat dimaklumkan dulu perkara ini untuk dibincangkan sebelum kerajaan ambil sebarang tindakan untuk menggubal undang-undang itu. "Ini adalah satu taktik politik untuk memperolehi sokongan orang Melayu kepada Umno. Ini bukan satu pentadbiran yang baik," katanya lagi. Rani: Ada OK, tapi kena adil Sementara itu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman (bawah), pula memberikan perspektif agak berbeza dalam isu itu."Saya tak kisah. Memang (akta seperti itu) sepatutnya ada akta yang sebegitu. Tetapi masalahnya sekarang, sejarah telah memberitahu kita apa yang mereka buat dengan akta hasutan ini. "Kalau orang dia (Umno), lepas. Tak kena apa-apa pun. Kalau kita buat sikit, terus kena Akta Hasutan," katanya. Ketika ditanya adakah beliau bersetuju sekiranya Akta Hasutan dikekalkan, Abdul Rani berkata: "Perlu ada. Tetapi sepatutnya ditambah baik. Saya setuju akta itu tetapi dia (akta itu) mesti adil," kata ADUN Meru itu lagi. Posted by mountdweller

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

CAMERON HIGHLANDS DI LANDA BANJIR KILAT LAGI!!!!!

Posted: 27 Nov 2014 05:15 AM PST

 
Cameron Highlands dilanda banjir kilat sebentar tadi apabila hujan turun dengan lebatnya selama lebih kurang 1 jam sahaja. 

 

Nampaknya sinonim banjir dengan Cameron Highlands sudah sebati abadi ... sedang terfikir apa pula alasan MB Pahang dan Ahli Parlimen Cameron Highlands merangkap Presiden MIC G. Palanivel kali ini ... 

 

Adakah pendatang tanpa izin akan dijadikan modal lagi sekali?


Omak Kau !!!
CAMERON HIGHLANDS DI LANDA BANJIR KILAT LAGI!!!!! Cameron Highlands dilanda banjir kilat sebentar tadi apabila hujan turun dengan lebatnya selama lebih kurang 1 jam sahaja. Nampaknya sinonim banjir dengan Cameron Highlands sudah sebati abadi ... sedang terfikir apa pula alasan MB Pahang dan Ahli Parlimen Cameron Highlands merangkap Presiden MIC G. Palanivel kali ini ... Adakah pendatang tanpa izin akan dijadikan modal lagi sekali?

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Jika Tak Rugi Bersama PR, Kenapa Gantung Dua YB Itu?

Posted: 27 Nov 2014 04:30 AM PST


PAS tidak pernah rugi dengan tahaluf siyasi, kata naib presiden

Ketika sesetengah pihak dalam PAS mahu kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat (PR) dikaji, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS tidak pernah rugi ketika berbuat demikian dan akan kekal bersama PR.

"Setiap tahaluf yang diadakan, PAS tidak pernah rugi. Tahaluf dengan Semangat 46 membolehkan PAS menawan Kelantan (hingga sekarang), tahaluf dengan Pakatan Rakyat pula membolehkan PAS mendapat lebih sokongan di beberapa negeri, termasuk Negeri Sembilan dan Selangor sehingga Pakatan Rakyat berjaya memerintah di Selangor," kata Tuan Ibrahim dalam satu wawancara yang disiarkan akhbar Harakah, lidah rasmi PAS.

Beliau juga berkata, tahaluf siyasi dengan Perikatan memberikan pengalaman yang sangat penting kepada PAS untuk menguasai politik di Malaysia.

"Pertama, semasa keputusan dibuat sudah berlaku perpecahan dalam PAS hingga tertubuh beberapa parti lain," katanya.

Katanya, kejayaan besar kepada PAS hasil tahaluf siyasi PAS bersama Perikatan pada tahun 1970-an itu, ia berjaya mengangkat imej-imej Islam termasuk larangan minum arak di Parlimen, meningkatkan kefahaman agama kepada ahli-ahli Parlimen, memperkasakan lagi Felda di seluruh negara, kerana pada masa itu Datuk Asri (Muda) menjadi Menteri Tanah.

"Ini sekaligus meningkatkan lagi kebangkitan Islam di Felda," kata Tuan Ibrahim yang pernah menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Pahang pada 1999, satu kawasan yang penuh dengan peserta Felda.

Sesetengah kumpulan dalam PAS sekarang banyak menyerang rakan-rakannya dalam PR sehingga menimbulkan persepsi parti Islam itu mahu keluar atau ditendang keluar dari gabungan itu.

Begitu juga rakan-rakan PAS dalam PR, terutamanya DAP yang sentiasa menyerang dan menyindir pimpinan PAS seolah-olah mahu PAS meninggalkan gabungan itu.

Yang terbaru, DAP mengambil keputusan mencalonkan wakilnya dalam Dewan Negeri Selangor untuk dilantik sebagai timbalan speaker sedangkan sudah diputuskan ia akan dilantik di kalangan wakil rakyat PAS.

Ketika menjelaskan tindakan itu, Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim menjelaskan ia mesej DAP kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tuan Ibrahim dalam wawancara dengan Harakah itu menegaskan, PAS tidak pernah khianat kepada rakan-rakan yang bertahaluf dengannya.

"Cuma pihak musuh, Umno-BN sahaja yang kata sebaliknya untuk melagakan kita, termasuk dengan Pakatan Rakyat sekarang," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak, terutama dalam PAS agar "ia dihadapi dengan baik kerana setiap tahaluf yang kita buat berjaya membantu kita dalam usaha menegakkan Islam."

Beliau memberikan justifikasi sendiri terhadap pihak dalam PAS yang mahu keluar dari PR.

"Perjuangan kita dalam PAS ini adalah untuk membawa amanah perjuangan Islam. Perjuangan kita dalam PAS ikut amanah Islam dalam politik. Kita mahu menang pun kerana untuk membawa amanah Islam. Mereka bimbang mesej amanah itu tidak boleh dibawa jika bersama Pakatan Rakyat. Itulah sebab mereka berpandangan sedemikian," kata Tuan Ibrahim.

Tetapi realitinya, kata beliau, politik di Malaysia ini, rakyat mahu perubahan besar.

"Jika hanya dengan satu parti sahaja, kita tidak boleh tukar kerajaan. Umno pun jika Umno sahaja tidak boleh menang atau tidak boleh perintah negara. Itulah sebabnya Umno pun perlu bekerjasama dengan parti-parti lain, MCA, MIC, Gerakan dan beberapa parti lain dalam BN.

"Jadi dari segi realiti politik, kita kena kekal bersama Pakatan Rakyat," katanya.

Menurut beliau, PAS kena membawa amanah untuk mengangkat martabat Islam bersama Pakatan Rakyat.

"Jika bersama Pakatan Rakyat, kita ada ruang dakwah kepada orang bukan Islam. Kalau kita keluar Pakatan Rakyat, kita bimbang akan balik kepada keadaan lama iaitu susah untuk kita dekati non Muslim, malah masyarakat non Muslim menjadi makin jauh dengan Islam. Jadi sekarang, ia bergantung kepada sejauh mana gerak kerja kita dalam dakwah," tambah Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang itu. -TMI

ULASAN GB

Kalau tak rugi bersama Pakatan Rakyat, mengapa digantung keahlian dua YB yang bertindak menyokong keputusan PR?

Bukankah tindakan dua YB itu (YB Shaari dan YB Hasnul) itu adalah betul manakala keputusan MSU & Presiden salah jika berdasarkan kenyataan TITM di atas?

Ada yang berkata mereka berdua itu laju sangat sehingga mendahului pimpinan tertinggi.

Dah kalau keputusan pimpinan itu lembab sehingga berpusing-pusing membuat U-turn berkali-kali sehingga nak masuk sungai bukankah wajar kedua-duanya yang sedar mengambil keputusan sendiri demi untuk menyelamatkan jemaah?

Hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan dan dari kenyataan TITM di atas jelas menunjukkan tindakan kedua ADUN berkenaan adalah BENAR dan tindakan Presiden & MSU adalah SALAH!. 



Kelab Greenboc

Khairy Tampar Muka Umno....??

Posted: 27 Nov 2014 03:45 AM PST


Pemuda PAS menggesa agar ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengkaji terlebih dahulu mengenai tanah rezab Melayu yang semakin banyak tergadai, sebelum mendabik dada untuk mempertahankannya.

Ketua penerangan Pemuda PAS, Mohd Nasaie Ismail berkata Khairy perlu bertanya sendiri kepada pemimpin Umno untuk mengenalpasti pihak bertanggungjawab.

"Khairy perlu bertanya kembali kepada rakan-rakan dalam Umno, tergadainya tanah rezab Melayu ini angkara siapa?

"Siapa yang meluluskan pembersihan penduduk kampung tradisi seluruh Kuala Lumpur dan ditukar status kepada bukan lagi tanah rezab Melayu dan diberikan kepada tauke besar seperti YTL untuk dibangunkan?

Beliau juga membangkitkan mengenai "puluhan ekar tanah" di Perak yang didakwa diberikan kepada YTL untuk pembangunan.

"Siapa yang meluluskannya? Ini hanya beberapa contoh daripada beribu kes tanah rakyat yang digadaikan oleh pemerintah daripada parti Khairy sendiri atas nama pembangunan," kata Nasaie lagi.

- mkini


Rakan Anwar tawar saya RM100 juta tumbang kerajaan BN, kata Anifah - The Malaysian Insider

Posted: 27 Nov 2014 03:09 AM PST

 

Menteri luar itu berkata, beliau terasa "murah" apabila tawaran itu diajukan bekas timbalan pengerusi eksekutif KFC Datuk Ishak Ismail pada satu pertemuan di Hilton Central, Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Kimanis itu bagaimanapun tidak dapat mengingati tahun atau bulan kejadian itu berlaku.

"Saya beri amaran kepada Ishak, jangan sekali-kali ulang tawaran itu kepada saya. Saya marah kerana tawaran itu dibuat kepada seorang ahli Parlimen yang sudah tiga penggal berkhidmat," katanya semasa disoal balas peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Anifah berkata beliau pergi ke hotel itu untuk menghisap cerut dengan dua lagi ahli Parlimen Sabah, termasuk Datuk Ronald Kiandee yang kini merupakan timbalan speaker Dewan Rakyat. 

"Ishak mendekati saya dan membuat tawaran itu. Saya terkejut kerana saya sudah komited terus bersama BN demi kepentingan negeri Sabah," katanya memberi keterangan dalam kes dakwaan fitnah ketua pembangkang terhadapnya pada Mei 2009. 

Anifah didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah mengenai Anwar pada satu sidang berita di Washington bersama bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton. 

Beliau memberitahu wartawan yang Anwar menawarkannya jawatan timbalan perdana menteri sekiranya beliau membawa ahli Parlimen dari negeri itu bagi menumbangkan kerajaan BN yang memenangi 140 kerusi dalam pilihan raya umum 2008. 

Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar mendakwa kenyataan Anifah itu tidak berasas dan cuai serta mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Anifah berkata, Ishak sebelum ini ada menemuinya untuk mendapatkan ahli Parlimen melompat parti ke PR untuk menawan Putrajaya tetapi beliau menolak.

"Pada hari itu tidak terduga dia mendekati saya di hotel ketika saya di situ menghisat cerut," katanya.

Terdahulu, ketika disoal oleh Shafee, Anifah berkata Anwar ada bercakap dengannya mengenai perkara sama menerusi telefon bimbit seorang lagi ahli perniagaan, Tony Vun, sejurus beliau mendarat di Lapangan Terbang Tambang Murah di Sepang.
Anifah berkata beliau baru tiba dari Macau.

"Vun kemudian beritahu saya Anwar mahu bercakap dengan saya kerana saya ada pengaruh ke atas beberapa ahli Parlimen dari Umno, Parti Bersatu Sabah dan Parti Progresif Sabah," katanya.

Anifah, yang juga timbalan menteri dari 1999 hingga 2008 berkata, beliau menolak jawatan yang sama daripada perdana menteri pada masa itu Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas tamat pilihan raya umum.

"Saya kritikal terhadap pelantikan Kabinet kerana Sabah tidak diberi keutamaan. Malah, seorang pemimpin daripada Umno Selangor dilantik senator dan menteri," katanya.

Anifah berkata, sebelum ini beliau ada berkata tidak mengapa lompat parti jika wujud ketidakadilan dalam pengagihan jawatan.

"Bagaimanapun, saya ada menyatakan saya tidak akan melompat parti," katanya.

Anifah dilantik sebagai menteri luar selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kepimpinan daripada Abdullah pada April 2009.

Katanya, Anwar memikatnya kerana umum tahu beliau ada pengaruh kepada lebih 10 ahli Parlimen dari Sabah dan mereka akan mengikutnya walau apa pun beliau buat.

Anifah berkata hingga ke hari ini Anwar masih menaruh harapan untuk jadi perdana menteri tetapi tidak mempunyai jumlah politik yang cukup.

"Untuk mengubah kerajaan dia perlu ada majoriti mudah. Saya adalah sasarannya untuk mencapai cita-citanya," katanya.

Pada 2008, PR memperolehi 82 kerusi dalam Dewan Rakyat sementara BN ada 140 kerusi.
Anwar dikatakan mendekati 30 ahli Parlimen BN untuk menjayakan rancangan 16 September (2008) dan menawab kerajaan persekutuan BN.

Ketika disoal balas peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Anwar, Anifah berkata kenyataan fitnah yang didawak itu tidak sepatutnya dirahsiakan.

"Ia memang eksklusif untuk hadirin pada sidang media itu," kata Anifah, menambah tidak ingat sama ada beliau ada beritahu wartawan jangan menyiarkan kenyataan itu atau tidak.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S Hassan Badjenid bersambung. – 


27 November, 2014.

VIDEO - PM Mansuhkan Akta Hasutan Pada Tahun 2012.

Posted: 26 Nov 2014 11:30 PM PST

Najib: Akta Hasutan dikekalkan

 
 
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan.
 
Malah, akta itu bukan sahaja dipertahankan tetapi juga akan diperkuat dan diperkukuhkan.

Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini dan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Beliau berkata, akta itu akan diperkukuhkan dalam sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu.
 
 
- Memasukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain juga tidak boleh dihina.
 
- Memasukkan supaya tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Najib kemudiannya bertanya kepada para perwakilan sama ada mereka bersetuju dengan keputusan tersebut, dewan gamat jawapan "setuju".
 
"Inilah hasrat kita. Saya percaya rakan-rakan dalam kepimpinan BN bersama-sama dengan kita.
 
"Kita akan laksanakan secara adil supaya kita benar-benar dapat mewujudkan negara Malaysia yang lebih aman dan lebih stabil dan lebih harmoni," tegasnya.
 
 
Malaysiakini.