Rabu, 26 November 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Tuduh DAP Parti Cauvinis, Tapi Makin Ramai Melayu Sertai DAP

Posted: 26 Nov 2014 10:45 PM PST


Tuduhan Ketua Pemuda Umno kononnya DAP sebagai parti cauvinis tidak mengurangkan, malah menarik minat dan keahlian lebih ramai anak muda Melayu untuk menyertai DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, sebaliknya Umno yang terus menjadi parti eksklusif kepada orang Melayu Bumiputera dan tidak kepada bukan Melayu,
"Bukankah kejayaan menarik minat anak muda Melayu suatu isyarat positif bahawa DAP bukanlah cauvinis mahupun perkauman, tetapi sebuah parti politik berbilang kaum yang berjuang demi seluruh rakyat Malaysia?, kata Guan Eng dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Khairy memilih jalan gelap para ekstremis seperti Perkasa apabila menggunakan ucapan dasarnya untuk menyalahkan orang bukan Melayu kononnya mempersoalkan status raja-raja Melayu, hak dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan rasmi Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.
"Menyalahkan orang bukan Melayu adalah pengkhianatan dan politik jahat Khairy.
Ternyata dusta dan berniat jahat untuk menyatakan orang bukan Melayu mempersoalkan hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"(Sedangkan)Umno sendiri pernah mempertikai kedudukan dan hak Raja-raja Melayu di awal 90-an," kata Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Ujarnya, Khairy mengambil jalan mudah menggunakan sentimen perkauman kerana tidak mempunyai jawapan dan sedar bahawa Umno bukanlah sebahagian daripada penyelesaian, malah Umno punca masalah sebenar.
 
Mengapa tak bahas isu ekonomi?
Dalam pada itu Guan Eng merujuk Laporan Pembangunan Manusia 2013 bahawa 53 peratus isi rumah Malaysia yang tidak memiliki aset kewangan, manakala satu dalam setiap tiga warga Malaysia tidak mempunyai sebarang jenis akaun bank.
Laporan itu turut mendedahkan isi rumah luar bandar mencatat angka tertinggi di kalangan mereka yang tidak mempunyai aset kewangan (63%)  berbanding 45% isi rumah bandar.
Mengikut pecahan etnik, sekitar 57 peratus Bumiputera bukan Melayu dan 55 peratus Melayu tidak mempunyai aset kewangan, manakala angka bagi kaum Cina (45%) dan India (44%).
Memetik angka Bancian Pendapatan Isi Rumah hampir 90 peratus dan 86 peratus isi rumah luar bandar tidak mempunyai simpanan, sementara itu majoriti isi rumah pada kadar 88 peratus tidak memperolehi pendapatan daripada simpanan mereka.
Data KWSP setakat 2013 menunjukkan 90 peratus rakyat Malaysia menghampiri usia pencen tidak mempunyai dana mencukupi bagi mengekalkan hidup asas untuk lebih lima tahun.
Kata Guan Eng, simpanan rendah ini hakikat majoriti rakyat Malaysia mendapat gaji rendah dam agihan gaji bulanan menunjukkan pada 2013, satu pertiga atau 2.1 juta pencarum KWSP memperolehi kurang daripada RM1,000.
Manakala lebih kurang tiga suku (76.8%) pencarum memperolehi kurang daripada RM3,000 dan sekitar 90 peratus bergaji kurang daripada RM5,000 sebulan.
"Kenapa Khairy tidak berucap mengenai laporan ini yang memberi kesan langsung kepada masa depan ekonomi rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda termasuk Melayu dan Bumiputera? soal Guan Eng.

- Roketkini

Makin Singkat Tudung Makcik Ni.....!!

Posted: 26 Nov 2014 10:00 PM PST


Nak sembang pasal Islam. Hal dalam kelambu sendiri pun penuh dengan perkara yang dilarang dalam Islam.



Ahli Sunnah Waljamaah tak pernah kata suatu kerajaan boleh halalkan judi dengan bagi lesen, boleh halalkan dengan bagi lesen jual arak. Bina pusat judi antara terbesar di Asia.  Ahli Sunnah Waljamaah tidak pernah halalkan rasuah dan salah laku dalam pentadbiran. Ahli Sunnah Waljamaah mana yang engkau pegang ni Mashitah oi.


Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mencadangkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Pendaftar Perniagaan (ROC) tidak membenarkan pendaftaran sesuatu pertubuhan yang menggunakan nama Islam secara sewenang-wenangnya dan yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.




"Tak kira parti Islam ke, Brother in Islam ke, Sister in Islam ke, Mother and Father in Islam  ke... Mereka meletakkan Islam bukan mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, apatah lagi (fahaman) liberal dan sokong LGBT," katanya.



Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan menyokong usul agama, pendidikan dan sosial sempena Persidangan Agung Pergerakan Wanita di PWTC petang ini.



Dalam ucapannya juga, Mashitah turut mencadangkan supaya media massa atau penganjuran majlis rasmi tidak memanggil penceramah luar yang bermasalah dengan pegangan akidah.




Sehubungan itu, beliau menyeru kepada kerajaan supaya mengadakan tapisan pegangan akidah kepada penceramah luar supaya tiada fahaman berbeza dengan Ahli Sunnah wal Jamaah masuk ke dalam Malaysia.



Bekas timbalan menteri itu berkata mencadangkan supaya penerangan mengenai prinsip wasatiyah diperluaskan termasuk maksud jihad perlu diberikan memandangkan ramai umat Islam yang terpengaruh "nak cepat masuk syurga".




"Akhir sekali, sekolah pondok perlu menjadi agenda Umno untuk manjadi satu benteng Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya. MKini

ISIS: Malaysia jangan ikut telunjuk Amerika - HARAKAHDAILY.

Posted: 26 Nov 2014 09:30 PM PST


KUALA LUMPUR: PAS menggesa Kerajaan Malayisa tidak mengikut telunjuk kuasa besar khususnya Amerika Syarikat dalam memperkenalkan apa sahaja undang-undang baharu di negara ini.

Sebaliknya Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) berkata, kerajaan perlulah melihat kepada kepentingan dan kerangka negara kita sendiri sebelum satu-satu akta baharu diwujudkan.

"Kita mesti bertindak mengikut kepentingan negara kita sendiri bukan mengikut apa diarahkan oleh pihak lain seperti kuasa besar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Kertas Putih berhubung menangani ancaman kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Dewan Rakyat hari ini.

Kertas Putih yang dibentang Perdana Menteri itu antara lain mencadangkan agar satu undang-undang baharu berhubung ancaman kumpulan militan diwujudkan.

Kamaruddin yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat berkata, PAS sejak awal menyatakan penolakan terhadap pendekatan yang digunakan ISIS itu termasuk penegasan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar ketika Muktamar PAS di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

PAS juga katanya menolak campur tangan kuasa asing termasuk Amerika Syarikat dalam kemelut di kedua-dua negara itu.

"PAS berpendirian biarlah masa depan negara-negara tersebut ditentukan oleh rakyat mereka sendiri," kata Kamaruddin lagi.

Beliau memberi contoh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel yang mengumumkan meletak jawatan dua hari lalu kerana mempunyai pendirian berbeza dengan Presiden Barack Obama berhubung kemelut di kedua-dua negara ummat Islam itu.

"Kita sedar Amerika Syarikat ada presiden Obama yang dipanggil lame duck president.

"Janganlah kita ikut lame duck president ini kecualilah kita mempunyai lame duck prime minister, katanya.

Beliau dalam pada itu mahu kerajaan menyatakan pendirian sama ada menyokong perjuangan rakyat Syria yang ingin membebaskan negara mereka daripada kerajaan regim kejam Bashar al Assad, atau sebaliknya. -


HARAKAHDAILY 26/11/2014

Taib Mahmud Nafi Ada Hubungan Dengan CMS

Posted: 26 Nov 2014 09:00 PM PST

 
Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) tidak pernah mengambil kesempatan daripada hubungannya dengan kerajaan negeri dalam usaha untuk menjadi entiti perniagaan yang berjaya, kata Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata semasa menyandang jawatan sebagai ketua menteri, beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan CMS sepanjang kehidupannya sehingga sekarang dan berpuas hati pengurusan syarikat memahami sebab beliau berbuat demikian.

"...Saya tidak mahu sebarang konflik antara kepentingan peribadi saya dan tugas saya sebagai ketua menteri sebelum ini," kata beliau ketika berucap di majlis jamuan meraikan ulang tahun ke-40 CMS di Kuching malam tadi.

Taib, yang berundur daripada jawatan sebagai ketua menteri pada akhir Februari lepas, gembira bahawa di sebalik pendiriannya, CMS yang bermula sebagai syarikat pengeluar simen telah berkembang menjadi sebuah syarikat tersenarai awam yang berjaya.

"Terpulang kepada CMS untuk membuat keputusan sekarang kerana ia bertapak kukuh dan jika ia mahu mempelbagaikan aktiviti, saya berharap ia akan lakukan dalam kepelbagaian juga seperti dilakukan dalam teras perniagaan hari ini," kata beliau.

 
- Bernama


Anggota UPP Maut Di Sadao, Thailand

Posted: 26 Nov 2014 08:30 PM PST

 
Thursday, 27 November 2014.  Anggota UPP Maut Di Sadao, Thailand  Sadao (Selatan Thailand): Seorang anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), Mohd Qamar Shaiff, 23, maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Sadao, di sini, 6.30 petang ini.  Mangsa yang memandu kereta bersama dua lagi rakannya dipercayai dari arah Padang Besar menghala ke Sadao sebelum terbabas ketika mengelak sebuah motosikal.  Komander UPP negeri, Syed Basri Syed Ali, ketika mengesahkan perkara itu, berkata mangsa maut selepas kereta dipandunya merempuh penghadang jalan di lokasi kejadian.  Katanya, mangsa maut di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Sadao.  Menurutnya, mangsa yang masih bujang itu bertugas di Wang Kelian dan jenazahnya sudah dituntut keluarga terdekat.  Katanya, jenazah mangsa kini dihantar ke kampung halamannya di Tangkak, Johor bagi urusan pengkebumian.  Mangsa mula bertugas sebagai anggota UPP pada 2011.    Posted by Jeebond BLM.
Sadao (Selatan Thailand): Seorang anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), Mohd Qamar Shaiff, 23, maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Sadao, di sini, 6.30 petang ini.

Mangsa yang memandu kereta bersama dua lagi rakannya dipercayai dari arah Padang Besar menghala ke Sadao sebelum terbabas ketika mengelak sebuah motosikal.

Komander UPP negeri, Syed Basri Syed Ali, ketika mengesahkan perkara itu, berkata mangsa maut selepas kereta dipandunya merempuh penghadang jalan di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa maut di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Sadao.

Menurutnya, mangsa yang masih bujang itu bertugas di Wang Kelian dan jenazahnya sudah dituntut keluarga terdekat.

Katanya, jenazah mangsa kini dihantar ke kampung halamannya di Tangkak, Johor bagi urusan pengkebumian.

Mangsa mula bertugas sebagai anggota UPP pada 2011.

Posted by Jeebond BLM.

PEMUDA UMNO MENGULAR PONTENG PERSIDANGAN PAU 2014

Posted: 26 Nov 2014 08:00 PM PST

 


Dua gambar ini dirakam di Riverside Restaurant PWTC jam lebih kurang 4,15 ptg 26 hb November 2014 ketika para perwakilan Pemuda UMNO dan Puteri sedang hangat bersidang dan berucap ada pula perwakilan Pemuda UMNO tidak mau ambil port lebih ghairah dan ligat berbual mengular.

Pergh!!!! Dalam kesibukan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin mohon supaya UMNO di remajakan demi kekal relevan terutamanya dikalangan anak-anak muda yang kelihatan sudah mulai meminggirkan diri dari UMNO, para perwakilan sendiri sudah mengambil langkah pertama dengan meminggirkan diri dari mendegar persidangan ... ini bukan sahaja meremajakan parti tetapi bersikap lebih remaja dari orang remaja .. tidak mau ambil berat apa yang terjadi disekeliling Perhimpunan UMNO yang diadakan hanya setahun sekali.

Oleh itu jangan persalahkan pemimpin tertinggi parti jika gagal mentransformasikan parti kalau diri sendiri tidak menunjukkan minat dan kesungguhan kearah itu.

PAU 2014.
Thursday, 27 November 2014 RAKAMAN GAMBAR PERWAKILAN PEMUDA UMNO MENGULAR PONTENG PERSIDANGAN PAU 2014 TERSEBAR LIGAT DI ALAM MAYA. Dua gambar ini dirakam di Riverside Restaurant PWTC jam lebih kurang 4,15 ptg 26 hb November 2014 ketika para perwakilan Pemuda UMNO dan Puteri sedang hangat bersidang dan berucap ada pula perwakilan Pemuda UMNO tidak mau ambil port lebih ghairah dan ligat berbual mengular. Pergh!!!! Dalam kesibukan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin mohon supaya UMNO di remajakan demi kekal relevan terutamanya dikalangan anak-anak muda yang kelihatan sudah mulai meminggirkan diri dari UMNO, para perwakilan sendiri sudah mengambil langkah pertama dengan meminggirkan diri dari mendegar persidangan ... ini bukan sahaja meremajakan parti tetapi bersikap lebih remaja dari orang remaja .. tidak mau ambil berat apa yang terjadi disekeliling Perhimpunan UMNO yang diadakan hanya setahun sekali. Oleh itu jangan persalahkan pemimpin tertinggi parti jika gagal mentransformasikan parti kalau diri sendiri tidak menunjukkan minat dan kesungguhan kearah itu.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Kejutan Najib Di Parlimen ....??

Posted: 26 Nov 2014 07:30 PM PST

 
 Pembentangan Kertas Putih bagi menangani ancaman kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) oleh Datuk Seri Najib Razak di Parlimen hari ini mencetuskan perdebatan di kalangan ahli Parlimen apabila mereka membangkitkan "semangat" Isis perdana menteri dan sokongan terbuka menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap perjuangan kumpulan militan berkenaan.

Ketika sesi perbahasan Kertas Putih itu di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Gelang Patah (DAP) Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berjenaka mengatakan Najib menggesa ahli Umno "meniru semangat" kumpulan militan berkenaan beberapa bulan lalu di Kuala Lumpur.

Kamaruddin berkata, Hadi sebaliknya jelas melarang ahli PAS daripada menyokong perjuangan Isis.

Kenyataan itu kemudiannya membuatkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin bangun dan berkata menantu Hadi, Zaharuddin Muhammad secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Isis melalui laman media sosial miliknya.

"Menantu presiden PAS secara terbuka memuji tindakan Isis di media sosial. Dia gembira Isis menawan beberapa bandar di Iraq. Boleh semak di media sosial," kata Bung.

"Presiden PAS arah lain, menantu dia pula arah lain," katanya.

Najib Razak dalam satu jamuan makan malam Umno Cheras sebelum ini dilaporkan menggesa ahli parti mencontohi keberanian Isis dalam mengalahkan tentera Iraq walaupun dengan bilangan anggota lebih kecil.

"Sama ada kita bersetuju atau tidak, itu cerita lain. Kumpulan Isis yang hanya mempunyai 1,300 orang berjaya mengalahkan 30,000 tentera Iraq, sehingga empat, lima jeneral bintang tiga terpaksa melarikan diri menyelamatkan diri mereka, terjun tingkap pada waktu malam," katanya.

Sementara Zaharuddin pula melalui laman Facebook beliau didakwa menyatakan sokongan terbuka kepada kumpulan militan itu.

"Satu demi satu daerah-daerah dan kawasan-kawasan di Iraq jatuh ke tangan mereka seperti Mosul dan sekarang mara ke Baghdad. ~malaysian insider

Tawaran peruntukan RM200,000 kerajaan Selangor satu penghinaan

Posted: 26 Nov 2014 07:00 PM PST

 
Tawaran peruntukan hanya RM200,000 setiap tahun oleh kerajaan Selangor kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) negeri itu dilihat sebagai satu penghinaan, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata jumlah yang ditawarkan menerusi Program Mesra Rakyat itu lebih kecil daripada yang diterima Adun Pakatan Rakyat (PR) dan Penyelaras DUN.

"Kerajaan negeri lantik penyelaras DUN malah diberi peruntukan RM400,000 manakalan Adun PR dapat RM700,000. Ini bermakna tindakan menawarkan peruntukan RM200,000 kepada Adun BN dilihat sebagai penghinaan," katanya di Shah Alam, hari ini.

"Sebagai pengerusi BN Selangor, saya menyokong penuh tindakan 12 Adun BN menolak peruntukan yang ditawarkan itu kerana ia dilihat memandang rendah kepada mereka," katanya.

Noh berkata dalam hal itu, kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dilihat 'berat-sebelah' kerana hanya menawarkan peruntukan dalam jumlah kecil sedangkan wakil rakyat BN turut sama bekerja keras menjaga kesejahteraan masyarakat di Selangor.

Isnin lepas, Azmin ketika membentangkan peruntukan Bajet Negeri 2015, mengumumkan pemberian RM200,000 itu adalah pertama dalam sejarah kerajaan negeri pemimpin PR sejak mentadbir kerajaan negeri pada 2008. – Bernama
 
 
Batu VS Kayu

KERETA - MALAYSIA TERGULONG DLM SENARAI HARGA MAHAL

Posted: 26 Nov 2014 06:30 PM PST

  Kenali 10 Negara Paling Mahal Untuk Beli Kereta. 

Adakah Malaysia Tersenarai? 


Harga sesebuah kereta bagi setiap negara adalah dijual pada harga berbeza-beza diatas beberapa faktor termasuklah cukai.

Menurut laporan sebuah portal, Jalopnik yang mana sebuah laman web yang popular telah menyenaraikan senarai 10 negara yang paling mahal untuk membeli kereta.
 Perbandingan itu dibuat terhadap jenis kereta Toyota Prius dan Scion FR-S di negara America Syarikat dan negara-negara lain.Berdasarkan kenyataan yang dipetik oleh laman web tersebut, penilaian bagi menempatkan kedudukan negara-negara dalam senarai adalah bersarkan pendapat-pendapat dari rakyat-rakyat negara tersebut termasuk warga asing. 
 Harga kereta yang dijual di negara-negara ini adalah berkali-kali ganda dengan harga yang dijual di Amerika. Lebih mengejutkan kami adalah Malaysia juga tersenarai. - Siakapkeli.com.my

10 - CUBA




9 - NORTH KOREA




8 -  ST. KITTS AND NEVI



7 - UNITED KINGDOM



6 - BRAZIL



5 - CHINA



4 - NICARAGUA


3 - INDONESIA



2 -  MALAYSIA



1 - SINGAPURA

 
Siakapkeli.com.my



Pengguna Huawei pasti teruja dengan... sila baca

Posted: 26 Nov 2014 06:00 PM PST

 
Huawei Malaysia bakal menjual model Honor 3C versi spesifikasi rendah pada bulan depan dengan tempahan mula dibuka pada 28 November hingga 3 Disember 2014. Ia akan didapati pada 8 Disember nanti. Adik kepada 3C ini dinamakan 3C Lite.

Berkemungkinan besar, ia akan dijual pada harga di bawah RM400.

Ia mempunyai kamera 8MP sebagai kamera utama dengan memori dalaman 16GB manakala saiz skrin adalah 5-inci 720p IPS skrin HD. Seperti biasa, ia akan menyokong juga dwi kad sim dengan tahap nipis 9.4mm.

Berdasarkan berat 156g, ia akan dijual menerusi dua warna iaitu putih dan hitam yang mempunyai prosesor jenis MT6582, 1.3GHz quad core bersama sistem operasi Android 4.4 KitKat.

Huawei Honor 3C Lite datang dengan RAM1GB dan slot kad mikrosd sehingga 32GB. Baterinya pula adalah 2000mAh.

Untuk rekod Huawei Honor 3C iaitu abangnya mempunyai RAM 2GB, prosesor MTK6582 1.3GHz quad core dan memori dalaman 8GB. Tetapi ai menggunakan Android 4.2 Jelly Bean dan baterinya pula 2300mAh.



P/S: sudah pasti ia lebih murah…Apa yang Lite nya erk?
emel Daunpisang di ahmohd250@yahoo.com

MONOPOLI, FEE MAHAL , KJ & PUTRI MENIBAI ASTRO.... TAHU TAK PA.....

Posted: 26 Nov 2014 05:30 PM PST

 MONOPOLI, FEE MAHAL , KJ & PUTRI MENIBAI ASTRO....   TAHU TAK PA.....  Bebankan Rakyat Nak Tengok Bola, KJ Minta ASTRO Henti Naikkan Fee.  KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hari mengemukakan usul spontan mahu syarikat penyedia siaran televisyen berbayar Astro tidak lagi menaikkan kadar bayaran perkhidmatan yang dilihat membebankan rakyat.  Menurut beliau, jika ada persaingan dengan syarikat lain kenaikan kadar bayaran boleh diterima, tetapi Astro merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan secara monopoli.  Khairy berkata untuk melihat pasukan-pasukan bola sepak kegemaran beraksi dalam saingan Liga Perdana Barclays, orang ramai di negara ini memerlukan Astro tetapi bayarannya dilihat terlalu tinggi dan membebankan. BACA - Jangan Bandingkan Saya Dengan Azalina – Mas Ermieyati  Bebankan Rakyat Nak Tengok Bola, KJ Minta ASTRO Henti Naikkan Fee.

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hari mengemukakan usul spontan mahu syarikat penyedia siaran televisyen berbayar Astro tidak lagi menaikkan kadar bayaran perkhidmatan yang dilihat membebankan rakyat.

Menurut beliau, jika ada persaingan dengan syarikat lain kenaikan kadar bayaran boleh diterima, tetapi Astro merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan secara monopoli.

Khairy berkata untuk melihat pasukan-pasukan bola sepak kegemaran beraksi dalam saingan Liga Perdana Barclays, orang ramai di negara ini memerlukan Astro tetapi bayarannya dilihat terlalu tinggi dan membebankan.

BACA - Jangan Bandingkan Saya Dengan Azalina – Mas Ermieyati


"Nak tengok pasukan yang terbaik di dunia, Manchester United.. (dewan kecoh) kena pakai Astro, nak tengok pasukan yang paling koman (tidak bagus), Chelsea (dewan semakin kecoh) kena tengok Astro.

"Jadi, saya mintalah kita bawa usul daripada anak muda.. sudahlah nama dia monopoli, jangan.. janganlah.. janganlah menyusahkan rakyat dengan fi (bayaran) yang tinggi.. jangan naikkan fi lagi," katanya.

Usul spontan itu dikemukakan Khairy ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung sayap itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Selain Astro, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan turut menyelar sikap ejen pengutip hutang yang dilantik syarikat pemberi hutang yang dilihat menggunakan cara kasar dalam tugas mereka mengutip bayaran.

Beliau berkata ada laporan mereka bertindak mengugut dengan kekerasan seperti Ah Long padahal meminta hutang yang tidak seberapa.

"Ada yang datang ke rumah peghutang, datang dengan samseng ugut nak sita rumah, ugut nak rantai pintu rumah dan ugut nak guna kekerasan.

"Pemuda nak bagi amaran kepada tukang kutip hutang dan pelanggan mereka, nak kutip hutang tu kutiplah tapi jangan biadap," katanya disambut sokongan gamat dewan perhimpunan.

Hari ini, berlangsung Perhimpunan Agung ketiga-tiga sayap parti UMNO iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri selepas ia dirasmikan oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

Menurut jadual atur cara yang dikeluarkan Bahagian Media Umno, Perhimpunan Agung Wanita berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pemuda (Dewan Tun Hussein Onn) dan Puteri Umno diadakan di Dewan Merdeka.

TRADISI… Lautan warna merah ahli sayap Wanita UMNO duduk bersila seperti kebiasaan setiap tahun mengikuti Perhimpunan Agung Wanita UMNO di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Sejumlah 993 perwakilan akan menghadiri perhimpunan agung wanita yang akan berbahas mengenai isu keselamatan, keamanan dan perpaduan negara manakala 992 perwakilan Pemuda akan membahaskan isu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes lelaki berpakaian wanita, isu perumahan di kalangan belia, serta transformasi parti.

Perhimpunan tahunan Puteri Umno dengan 991 perwakilan akan memfokuskan isu pengangguran di kalangan generasi muda sebagai usul utama. - 


MYNEWSHUB.
  • Kerajaan tidak perlu menutup Astro - kita kena timbang juga, Astro sudah mengeluarkan modal yang tinggi berbillion ringgit. 
     
    Kita hanya mahu kerajaan benarkan rakyat membuat pilihan - samada melanggan Astro atau kita beli Parabola, seperti di Sabah dan Sarawak. 
     
    Kenapa Kerajaan beza bezakan kita di Semenanjung. Kalau di Sarawak boleh, kenapa kita tidak boleh????

Bebankan Rakyat Nak Tengok Bola, KJ Minta ASTRO Henti Naikkan Fee

Posted: 26 Nov 2014 04:45 PM PST

MONOPOLI, FI MAHAL , KJ & PUTRI MENIBAI ASTRO.... TAHU TAK PA.....




KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hari mengemukakan usul spontan mahu syarikat penyedia siaran televisyen berbayar Astro tidak lagi menaikkan kadar bayaran perkhidmatan yang dilihat membebankan rakyat.

Menurut beliau, jika ada persaingan dengan syarikat lain kenaikan kadar bayaran boleh diterima, tetapi Astro merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan secara monopoli.

Khairy berkata untuk melihat pasukan-pasukan bola sepak kegemaran beraksi dalam saingan Liga Perdana Barclays, orang ramai di negara ini memerlukan Astro tetapi bayarannya dilihat terlalu tinggi dan membebankan.

BACA - Jangan Bandingkan Saya Dengan Azalina – Mas Ermieyati

"Nak tengok pasukan yang terbaik di dunia, Manchester United.. (dewan kecoh) kena pakai Astro, nak tengok pasukan yang paling koman (tidak bagus), Chelsea (dewan semakin kecoh) kena tengok Astro.

"Jadi, saya mintalah kita bawa usul daripada anak muda.. sudahlah nama dia monopoli, jangan.. janganlah.. janganlah menyusahkan rakyat dengan fi (bayaran) yang tinggi.. jangan naikkan fi lagi," katanya.

Usul spontan itu dikemukakan Khairy ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung sayap itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Selain Astro, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan turut menyelar sikap ejen pengutip hutang yang dilantik syarikat pemberi hutang yang dilihat menggunakan cara kasar dalam tugas mereka mengutip bayaran.

Beliau berkata ada laporan mereka bertindak mengugut dengan kekerasan seperti Ah Long padahal meminta hutang yang tidak seberapa.

"Ada yang datang ke rumah peghutang, datang dengan samseng ugut nak sita rumah, ugut nak rantai pintu rumah dan ugut nak guna kekerasan.

"Pemuda nak bagi amaran kepada tukang kutip hutang dan pelanggan mereka, nak kutip hutang tu kutiplah tapi jangan biadap," katanya disambut sokongan gamat dewan perhimpunan.

Hari ini, berlangsung Perhimpunan Agung ketiga-tiga sayap parti UMNO iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri selepas ia dirasmikan oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

Menurut jadual atur cara yang dikeluarkan Bahagian Media Umno, Perhimpunan Agung Wanita berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pemuda (Dewan Tun Hussein Onn) dan Puteri Umno diadakan di Dewan Merdeka.


TRADISI… Lautan warna merah ahli sayap Wanita UMNO duduk bersila seperti kebiasaan setiap tahun mengikuti Perhimpunan Agung Wanita UMNO di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Sejumlah 993 perwakilan akan menghadiri perhimpunan agung wanita yang akan berbahas mengenai isu keselamatan, keamanan dan perpaduan negara manakala 992 perwakilan Pemuda akan membahaskan isu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes lelaki berpakaian wanita, isu perumahan di kalangan belia, serta transformasi parti.

Perhimpunan tahunan Puteri Umno dengan 991 perwakilan akan memfokuskan isu pengangguran di kalangan generasi muda sebagai usul utama. - 



MYNEWSHUB.CC

Pulak Dah!!! Punca DS Dr Wan Azizah Wan Ismail Tidak Hadir Sidang Dewan Undangan Negeri Tersebar... Jom Terjah!!!

Posted: 26 Nov 2014 04:00 PM PST


 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membidas ketua pembangkang yang mengkritik ketidakhadirannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri sejak Isnin dengan alasan beliau mempunyai sebab yang tidak dapat dielakkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 November, 2014.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membidas ketua pembangkang yang mengkritik ketidakhadirannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri sejak Isnin dengan alasan beliau mempunyai sebab yang tidak dapat dielakkan.
 
Ditegur pagi tadi mungkin merajuk kerana tidak dapat jawatan menteri besar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail petang ini muncul di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengambil bahagian dalam perbahasan dan membidas ketua pembangkang yang mengkritik ketidakhadirannya.
 
Ahli DUN (Adun) Kajang itu berkata, beliau tidak dapat menghadiri persidangan sejak Isnin kerana sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan dan sudah memaklumkan perkara itu kepada Dewan. 
 
"Saya dah bagi notis tak dapat hadir, bukan saya tuang (ponteng). Dibandingkan kehadiran ketua pembangkang ke mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri, saya datang lebih kerap lagi," katanya.
 
Pagi tadi, apabila kelibat Dr Wan Azizah masih lagi tidak kelihatan pada hari ketiga persidangan, ia menimbulkan persoalan di kalangan Adun Barisan Nasional (BN).
 
"Mungkin dia merajuk (tidak dapat jadi menteri besar)," kata Adun Permatang Sulaiman Abdul Razak sementara Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias mendakwa tindakan Dr Wan Azizah itu tidak bertanggungjawab kerana tidak menggunakan peluang membawa masalah kawasannya ke peringkat DUN.
 
Membahaskan Bajet 2015, Dr Wan Azizah sempat menjawab kritikan BN, mengatakan walaupun tidak terpilih sebagai menteri besar, beliau menerima pelantikan Mohamed Azmin Ali dengan hati terbuka.
 
Katanya, jawatan itu ialah satu tanggungjawab dan beliau menasihatkan Azmin menjalankan tugas dengan baik.
 
"Siapa jadi MB, itu tanggungjawab. Terima dengan hati terbuka... (Dalam memegang) jawatan, yang penting amanah dan tanggungjawab," katanya.
 
Sedaka Sejahtera

Memalukan.. 15 Orang Perwakilan Pemuda Umno Buta Huruf..!!

Posted: 26 Nov 2014 03:30 PM PST



Sekurang-kurangnya 15 perwakilan Kota Bharu dikesan buta huruf, sukar menulis nombor calon piihan ketika proses pengundian kelmarin.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Setiausahanya, Wan Abdul Rahman Wan Ismail, yang menyarankan pendekatan lebih mudah seperti memangkah di kotak kosong digunakan untuk memilih pemimpin selepas ini, berbanding menulis nombor.

"Kita kesan hampir 15 orang di Kota Bharu yang tidak dapat membaca dna menulis. Ini menimbulkan kesulitan untuk menulis calon pilihan. Mungkin mereka tidak sekolah, kita pun tahu perwakilan ini diambil dari akar umni yang terpilih bukan berdasar akademik," katanya.


Posted by Jeebond BLM

Glamournya Din Ayam Bila Namaya Disebut Di Dewan Rakyat

Posted: 26 Nov 2014 08:00 AM PST

 
Wednesday, 26 November 2014.  Glamournya Din Ayam Bila Namaya Disebut Di Dewan Rakyat  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menantu Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang hari ini diperolok ekoran kenyataan kontroversi mereka berhubung Negara Islam (IS) sebelum ini.  Ia berlaku ketika kertas putih berhubung ancaman kumpulan bersenjata itu dibentangkan di parlimen hari ini.  Ia bermula apabila Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dan Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) ketika perbahasan membangkitkan kenyataan Najib lima bulan lalu yang menggesa anggota Umno mencontohi semangat IS.  Kamaruddin menegaskan bahawa anggota PAS dilarang menyokong IS.  Najib dalam ucapannya pada 24 Jun dilaporkan berkata sama ada suka atau tidak, harus diakui bahawa 1,300 pejuang IS telah mengalahkan 30,000 tentera Iraq.  Katanya, ia berlaku kerana tentera republik negara itu takutkan orang yang berani.  Bagaimanapun, Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kemudian bangun dan menyerang menantu Hadi, Zaharuddin Muhammad.  Katanya, beliau terkejut dengan kenyataan wakil Tumpat itu kerana Zaharuddin di media sosial gembira dan teruja apabila IS menawan beberapa bandar di Iraq.  - mkini  Posted by Jeebond BLM Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menantu Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang hari ini diperolok ekoran kenyataan kontroversi mereka berhubung Negara Islam (IS) sebelum ini.

Ia berlaku ketika kertas putih berhubung ancaman kumpulan bersenjata itu dibentangkan di parlimen hari ini.

Ia bermula apabila Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dan Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) ketika perbahasan membangkitkan kenyataan Najib lima bulan lalu yang menggesa anggota Umno mencontohi semangat IS.

Kamaruddin menegaskan bahawa anggota PAS dilarang menyokong IS.

Najib dalam ucapannya pada 24 Jun dilaporkan berkata sama ada suka atau tidak, harus diakui bahawa 1,300 pejuang IS telah mengalahkan 30,000 tentera Iraq.

Katanya, ia berlaku kerana tentera republik negara itu takutkan orang yang berani.

Bagaimanapun, Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kemudian bangun dan menyerang menantu Hadi, Zaharuddin Muhammad.

Katanya, beliau terkejut dengan kenyataan wakil Tumpat itu kerana Zaharuddin di media sosial gembira dan teruja apabila IS menawan beberapa bandar di Iraq.


- mkini


Posted by Jeebond BLM

Muhyiddin Minta Pemilihan UMNO 2016 Tidak Ditangguhkan Lagi, Beranikah Najib? shahbudindotcom.

Posted: 26 Nov 2014 07:00 AM PST

 
Ramai yang memuji ucapan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin semasa perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri malam tadi. Ucapan beliau yang menyentuh banyak perkara dan masalah dalam parti disifatkan sebagai ucapan berterus-terang untuk memulihkan semula semangat dan kekuatan UMNO.

Beliau bukan saja menyentuh mengenai keperluan berubah, tetapi juga membangkitkan isu-isu perebutan sesama sendiri dalam parti yang terus berlaku, walaupun hakikatnya UMNO semakin merosot dan merudum sokongannya di kalangan rakyat.

Apa yang diperkatakan oleh Muhyidin itu memanglah sesuatu yang benar dan tiada yang benar, melainkan benar belaka. Cumanya, jika kita imbau ucapan beliau selaku orang nombor dua dalam parti sejak 2009 lalu, itulah lebih kurang intipatinya setiap tahun.

Periksa dan amatilah ucapan Muhyiddin ini sejak beliau menjadi orang nombor dua dalam parti dan kerajaan. Itulah retoriknya setiap tahun, mungkin hanya ada satu dua perkara baru saja yang dijadikan tambahan dalam ucapannya.

Berubah, berubah dan berubah. Tapi apa yang berubah setakat ini? Kalaulah perkataan berubah itu sendiri merupakan sesuatu yang hidup dan bernyawa, tentulah dia juga turut letih kerana setiap tahun semua orang menyebut-nyebut namanya dengan kerap sekali.

Daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, ketua-ketua sayap, jurucakap sehinggalah kepada pemerhati yang bersidai di kedai kopi sekitar PWTC, semuanya tidak pernah tertinggal menyebut perkataan perubahan itu.

Sekali lagi, apa yang berubah? Bukan saja perwakilan daripada seluruh negara lupa untuk berubah apabila pulang ke kawasan masing-masing, bahkan Presiden dan Timbalan Presiden pun sama lupa untuk berubah sebaik perhimpunan berakhir.

Sebab itu, sepanjang masa sentiasa saja berlaku perkara-perkara yang meresahkan rakyat. Ia berlaku silih berganti daripada satu isu kepada satu isu yang lain. Isu pembaziran, pemborosan, kemewahan, mengutamakan kroni dan kaum keluarga dalam projek-projek kerajaan dan seumpamanya terus juga berlaku tanpa henti-henti.

Sekiranya pemimpin memahami apa itu perubahan, seharusnya merekalah yang lebih dulu berubah. Tunjukkanlah perubahan yang nyata di depan ahli UMNO dan rakyat semua. Ingatlah bahawa cerminan paling utama bagi pemimpin UMNO ialah peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengurus kerajaan dan dalam kehidupan seharian.

Seharusnya berhentilah bercakap mengenai perubahan kerana sekarang adalah masa untuk bertindak. Setelah lima atau enam tahun bercakap perkara yang sama tidak lebih hanya menunjukkan kegagalan bertindak sebenarnya.

Lagi pula, bagaimana untuk meminta ahli dan pemimpin untuk berubah sedangkan mereka yang diatas sendiri tidak mahu berubah?

Ada pula yang bercakap, bagaimana UMNO mahu berubah kerana untuk melaksanakan perubahan di ibu pejabat UMNO sendiri pun, Najib tidak mampu melakukannya?

Sudah begitu banyak rungutan mengenai masalah dan karenah dalam UMNO yang melibatkan setiausaha agung, ketua penerangan dan setiausaha kerja ini yang dianggap antara punca sukarnya UMNO berubah dan semakin lemah sekarang ini. Tetapi nampaknya  Najib terus mengekalkannya juga dan memekakkan telinga kepada segala rungutan itu.

Itu belum lagi dibangkitkan perubahan-perubahan yang lain yang bukan saja mengenai Najib tetapi juga melibatkan Muhyiddin dan lain-lain pemimpin UMNO di peringkat kerajaan. Berbezakah mereka daripada dulu dengan sekarang atau daripada tahun ke tahun?

Satu-satunya perkara baru yang dibangkitkan oleh Muhyiddin dalam ucapannya semalam ialah meminta agar pemilihan parti diadakan sebelum pilihanraya umum akan datang. Sejak era Pak Lah, beliau sering menangguhkan proses pemilihan UMNO untuk memberi laluan kepada pilihanraya diadakan terlebih dahulu. Pemilihan UMNO hanya diadakan selepas pilihanraya berakhir.

Najib nyata suka meneruskan tradisi itu. Tidak seperti era Mahathir, pemilihan UMNO tidak pernah ditangguhkan sama ada di depannya ada pilihanraya atau tidak. 

Selepas pemilihan yang lalu pada 2013, pemilihan UMNO yang seterusnya ialah pada 2016. Pilihanraya umum ke 14 pula mesti diadakan sebelum Mei 2018.

Untuk berubah dan supaya perubahan itu benar-benar difahami oleh ahli UMNO semua peringkat, UMNO mesti berani mengadakan pemilihan kepimpinannya sebelum PRU 14 akan datang. Ia tidak perlu ditangguhkan lagi sebagaimana yang dilakukan oleh Pak Lah dahulu kerana ianya tidak sesuai lagi dengan keadaan dan keperluan UMNO sekarang ini.

UMNO mesti menunjukkan keberaniannya untuk berubah terlebih dahulu sebelum mahu meminta rakyat terbanyak menilai apa perubahan yang telah dilakukannya. Dengan sedia mengadakan pemilihan dan memilih pemimpin baru sebelum pilihanraya, UMNO sekurang-kurangnya sudah menunjukkan kesediaannya untuk berubah.

Muhyiddin nampaknya sudah melontarkan cabaran agar pemilihan UMNO akan datang ini tidak lagi ditangguhkan. Sekarang, terserahlah kepada Najib menyahutnya. Beliau mungkin boleh mengumumkannya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO pada hari esok atau bila-bila masa saja sepanjang perhimpunan tahun ini.

Mungkin terlalu awal untuk mengandaikan bahawa permintaan Muhyiddin ini merupakan isyarat bakal berlakunya pertandingan di peringkat kepimpinan tertinggi UMNO, tetapi jika pertandingan atau perubahan kepimpinan boleh menjamin kemenangan, kenapa mesti takut dengannya?

Bukankah selama ini semua berkata UMNO lebih penting daripada pemimpin? Dikata juga pemimpin boleh bertukar ganti tetapi UMNO harus kekal selama-lamanya? Dilaungkan juga, tanpa UMNO orang Melayu akan jadi "bangsat" di negara ini, walaupun ia sebenarnya jauh daripada hakikat sebenarnya?

Nah, apa lagi, inilah masanya membuktikan segala yang kerap dilaungkan selama ini!!

Sekiranya majoriti pemimpin sedia ada dalam UMNO masih menunjangi parti di peringkat pusat, negeri dan bahagian dalam pilihanraya umum akan datang,  percayalah, sokongan rakyat bukan saja tidak berubah, malah akan terus merudum. Laungan perubahan juga akan terus kedengaran tahun demi tahun tanpa hentinya.

Akhirnya, rakyat lebih mungkin mengubah kedudukan UMNO terlebih dahulu sebelum UMNO sendiri memahami apa itu perubahan yang sering dilaung-laungkannya tanpa henti selama ini.


Allah Benci Kepada Pemimpin Yang Sombong Tapi Bodoh.

Posted: 26 Nov 2014 06:45 AM PST

INI SOALAN KE CADANGAN???

Posted: 26 Nov 2014 06:30 AM PST

INI SOALAN KE CADANGAN???  Orang muda tak bodoh macam umno...mereka sokong PR  kerana mereka boleh bezakan baik dan buruk yg mana dalam umno banyak rasuah, amalkan politik wang, perkauman serta kos hidup makin meningkat yg akan menyusahkan mereka kelak...   http://m.malaysiakini.com/news/281619.html Orang muda tak bodoh macam umno...mereka sokong PR kerana mereka boleh bezakan baik dan buruk yg mana dalam umno banyak rasuah, amalkan politik wang, perkauman serta kos hidup makin meningkat yg akan menyusahkan mereka kelak... 

http://m.malaysiakini.com/news/281619.html

DBKL Gila Jual Tanah, Yang Teraniaya Orang Melayu dan Peniaga Melayu Posted by Era pasca

Posted: 26 Nov 2014 05:45 AM PST

 
Selepas kontroversi Kampung Chubadak Tambahan yang tanahnya telah dijual kepada sebuah syarikat kroni UMNGOK yang juga merupakan syarikat yang terlibat dalam menaikkan kadar bayaran elektrik, terdedah pula DBKL yang sepatutnya menjaga kepentingan penduduk asal Kuala Lumpur termasuklah para peneroka bandar iaitu Melayu, telah menjual sebidang tanah yang menjadi tapak peniaga-peniaga kecil Melayu kepada sebuah syarikat tekstil mamak padukang yang mengaku Melayu di Bandar Tun Razak.

Dan sama seperti keadaannya di Kampung Chubadak Tambahan, yang menjadi mangsa adalah Melayu-Melayu yang berniaga di situ. Manakala tempat-tempat yang bukan Melayu berniaga seperti di Jalan Imbi, tidak pula DBKL berani jual tanahnya atau syarikat yang membeli tanah tersebut tidak pula menghalau bahkan menjaga kebajikan peniaga-peniaga kecil Cina dengan memberikan tempat perniagaan lain.

Berbanding di tanah Velodrom, JAKEL TRADING yang merupakan pemilik baru tanah yang menjadi tapak niaga Bazaria Bandar Tun Razak, bukan sahaja telah merampas peluang niaga, bahkan telah menutup periuk nasi beratus-ratus orang peniaga Melayu-Bumiputera di situ. Tapak tersebut akan dibangunkan kawasan kediaman mewah yang sudah tentulah bukan untuk Melayu, bukan untuk Bumiputera dan bukan untuk orang Islam.

Untuk pengetahuan, Bandar Tun Razak asalnya adalah sebuah perkampungan besar yang telah diterokai oleh orang Melayu dan dinamakan sebagai Kampung Congo. Bagaimanapun, pada tahun 1970-an, perkampungan tersebut telah dimusnahkan dan para peneroka kampung tersebut telah diberikan rumah teres dan rumah pangsa di Bandar Tasik Selatan sebagai ganti. 

Ada yang mempersoalkan bagaimana sebuah syarikat tekstil berjaya menceburkan diri dalam bidang hartanah untuk tempoh yang amat singkat. Jawapannya mudah, kalau semua kontrak membekalkan pakaian kepada kerajaan DISAPU BERSIH OLEH JAKEL TRADING, sudah tentulah banyaklah keuntungan yang boleh dikumpul. Bila keuntungan sudah banyak, maka bank pun tanpa ragu-ragu akan memberikan pinjaman kepada syarikat berkenaan.

JAKEL TRADING merupakan syarikat pembekal kain untuk Angkatan Tentera Malaysia, PLKN dan merupakan syarikat kegemaran Big Mama Kak Ros.

Walaupun status Bumiputera Jakel Trading boleh diragui, namun kejayaan mereka tidak perlulah dipersoalkan. Sudah tentu daripada sebuah syarikat yang hanya mempunyai kedai kecil di Segamat, menerusi usaha keras dan promosi serta publisiti yang betul, mereka mampu mencapai kejayaan.

Yang dipersoalkan sekarang ialah, mengapa menganiaya peniaga-peniaga kecil seperti di Bazaria Bandar Tun Razak? Sebelum tanah itu dibeli dan dimiliki oleh Jakel Trading, tanah tersebut telah digunakan untuk para peniaga kecil Melayu. Mengapa pula setiap kali tapak atau tanah tertentu hendak dibangunkan, maka yang akan menjadi mangsa adalah Melayu? Mengapa dihalau mereka buta-buta sebegitu sahaja? Mengapa tidak diberikan satu tapak kekal untuk mereka berniaga?

Sudahlah untuk premis pun dikuasai oleh bukan Melayu walaupun kononnya terbuka, di kawasan pasar malam seperti Bazaria itu pun, kezaliman hendak ditunjukkan? Inikah yang dikatakan RAKYAT DIDAHULUKAN sedangkan amalan sebenar BN-UMNGOK adalah mendahulukan syarikat-syarikat kroni?

Kalau diperhatikan pun, para penguatkuasa DBKL pun memang cukup berani dengan Melayu tetapi kalau dengan Cina, terutama sekali di Bukit Bintang, Jalan Imbi, Jalan Alor, atau di Petaling Street, mereka akan jadi tikus basah.

JAKEL TRADING bukan hanya terlibat di Bandar Tun Razak sahaja. Ada lain hartanah yang juga membabitkan penggunaan status Melayu-Bumiputera sewenang-wenangnya, tetapi sebenarnya syarikat ini menjadi penyedut darah dan menzalimi orang Melayu.

Luahan Hati Felixia Yeap Yang Dia Masuk Islam Bukan Masuk Melayu Kita Bantai

Posted: 26 Nov 2014 05:00 AM PST

rania-felixia-yeap-berhijab

Felixa Yeap atau Raisyyah Rania yang merupakan saudara baru telah  meluahkan rasa kesalnya terhadpa sesetengah orang yang kadang-kadang tidak asuk akal bercakap tentang dirinya, Dia telah meluahkan perkara tersebut di dalam akaun facebook miliknya.

Felixia nyata agak kurang selesa apabila ada mempertikaikan dia membintikan namanya kepada nama 'Abdullah' dan beranggapan beliau telah melupakan nama keluarganya.

Yang paling pelik apabila ada yang bertanyakannya tentang nama melayu dan lebih mengecewakan apa yang ditanya itu dari seorang ustaz.

Baca luahan kesal Felixia di bawah:


rania

Bagaimanapun status tersebut telah mengundang pelbagai respon dan kebanyakannya menyokong apa yang diluahkan oleh Felixia dan ada yang menasiahati Feliia dan menjelaskan situasi tersebut.


rania


Read more: http://www.kitabantai.info/2014/11/luahan-hati-felixia-yeap-yang-dia-masuk.html#ixzz3KAdwKxjK

Umno Diingatkan Jangan Politik Isu Beri Kereta

Posted: 26 Nov 2014 04:15 AM PST

 
Shamsudin (kiri) menerima kunci kereta dari Speaker Dun, Hannah Yeoh, sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Selangor


SHAH ALAM - Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh memberi amaran kepada ahli Dun supaya tidak mempolitikkan isu pemberian kemudahan kereta kepada Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias.

Hannah berkata, kerajaan negeri sudah pun meluluskan pemberian kereta dan kemudahan kepada ketua pembangkang pada sidang Dun yang lepas.

"Saya mohon supaya janganlah politikkan isu pemberian kereta ini. Saya dengar dalam dewan tadi ada yang berkata pemberian kereta ini hanya gimik menteri besar untuk beri kereta kepada ketua pembangkang.

"Untuk pengetahuan, pemberian kepada ketua pembangkang ini adalah sudah diputuskan melalui Jawatankuasa Pengurusan Dewan yang Shamsuddin juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa kemudian kita hantar keputusan ini dalam sidang Dun yang lepas dan ia diluluskan.

"Pemberian yang kita buat semalam (kelmarin) sebenarnya sudah pun diluluskan dan penyerahan semalam cuma acara biasa saja dan kita harap pemberian kereta itu boleh memberi manfaat kepada ketua pembangkang. Ianya tidak ada kena mengena dengan gimik menteri besar," katanya dalam sidang media di Dewan Annex, hari ini.

Sebelum itu, sidang Dun gamat dengan segelintir Adun yang mempertikaikan pemberian kereta kepada ketua pembangkang dan mendakwa ia sekadar gimik menteri besar.


Berita Mengejutkan Dari Perhimpunan Agung Umno.. Wajib Baca!!

Posted: 26 Nov 2014 03:30 AM PST

 
Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan memberikan ucapan yang diterima baik ketika berucap kepada tiga sayap Umno semalam, namun penganalisis berpendapat ia bertentangan dengan kehendak beliau agar ahli Umno lebih berani, bijak dan berdaya saing.

Para penganalis yang bercakap dengan The Malaysian Insider juga berkata, pemimpin nombor dua parti itu menggunakan retorik yang tidak sesuai sebagai seorang timbalan perdana menteri apabila berkata liberalisma dan sekularisma pengancam kepada keyakinan Umno selama ini, tema yang bakal menjadi fokus menjelang Perhimpunan Agung Umno hujung minggu ini.

Dengan mendakwa majoriti orang Melayu lemah dari segi ekonomi, Muhyiddin pada asasnya mengaku Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal, tambah mereka.

Muhyiddin juga mahu ahlinya lebih berani mempersoalkan pemimpin mereka, tetapi beliau tidak memanjangkan saranan itu kepada orang ramai.

Ini kerana Muhyiddin percaya kepada Akta Hasutan, yang digunakan terhadap pengkritik kerajaan, perlu dikekalkan dengan sedikit penambahbaikan.

Ini menyebabkan penganalisis politik Dr Wong Chin Huat mempersoalkan apakah yang Muhyiddin mahukan ketika berkata "jujurlah dengan pemimpin kamu".

"Jika anda bukan bankrup dari segi intelek, mengapa takut dengan kebebasan bersuara?" kata Wong dari Intitut Pulau Pinang.

"Ada satu peribahasa Melayu, berani kerana benar. Ini menunjukkan Melayu tidak takut berdebat dan kebebasan menyampaikan idea. Mereka menerima kebenaran dan bukan takut kepadanya.

"Akta Hasutan mengkhianati idea orang Melayu yang hebat ini yang yakin dengan kebenaran."

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata orang muda kini mahukan pemimpin Umno yang jujur, terbuka, tidak korup dan tidak takut untuk bercakap benar bagi pihak masyarakatnya.

Wong juga berkata, ujian sebenar adalah apakah Muhyiddin benar-benar mahu ahli Umno melakukan perkara itu. Apakah beliau akan membenarkan mereka bercakap tentang kegagalan DEB atau skandal yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Seorang lagi penganalisis Wan Saiful Wan Jan menunjukkan percanggahan hasrat Muhyiddin iaitu antara cita-cita Umno mahu menawan semula pengundi bandar, tetapi dalam masa yang sama mahu mengekalkan Akta Hasutan.

"Pengundi bandar mahu kebebasan bersuara dan mempersoalkan apa yang mereka lihat sebagai tidak betul.

"Mengekalkan Akta Hasutan akan bercanggah dengan matlamat ini," kata Wan Saiful yang mengetuai Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Kebebasan bersuara termasuk dapat mempersoalkan sama ada DEB benar-benar mencapai matlamatnya dan sama ada tindakan afirmatif berasaskan kaum masih diperlukan, kata Wan Saiful.

Malangnya, Muhyiddin memilih untuk mencampurkan kebebasan mempersoalkan dasar kerajaan dengan liberalisme, yang katanya adalah satu ancaman kepada kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam.

"Adalah tidak wajar mengatakan liberalisme menyebabkan orang mempersoalkan kedudukan agama Islam atau orang Melayu.

"Apa yang dipersoalkan adalah sama ada kita perlu meneruskan polisi di mana sesetengah pihak dilindungi sementara yang lain tidak."

Wong dari Institut Pulau Pinang berkata, ucapan Muhyiddin menekankan bagaimana Umno mengalami krisis legitimasi dalam kegagalannya untuk betul-betul melaksanakan DEB.

Untuk mengelak dari menyalahkan dirinya sendiri, sekali lagi bukan Melayu dijadikan kambing hitam.

Muhyiddin menyenaraikan banyak sasaran DEB yang tidak tercapai seperti 30% ekuiti swasta untuk Bumiputera dan hakikat pendapatan purata mereka adalah lebih rendah berbanding dengan kaum Cina dan India.

Muhyiddin kemudian mencadangkan agenda ekonomi Bumiputera baru untuk menangani masalah-masalah ini, dengan mengatakan ia harus menjadi agenda nasional.

"Tidak kira bagaimana Umno cuba menyalahkan bukan Melayu, mereka masih perlu menjawab soal kegagalan DEB. Mengapa ia gagal mengangkat orang Melayu secukupnya selepas lebih daripada empat dekad?

"Adakah kerja lebih Bumiputeraisme untuk membantu orang Melayu atau kita perlu dasar alternatif untuk memastikan orang Melayu biasa yang memerlukan bantuan dan bukannya Umnoputera?"

Muhyiddin bagaimanapun menimbulkan beberapa perkara penting, kata Wan Saiful, seperti keperluan menangani ketidaksamaan di kalangan masyarakat dan anggota dalam masyarakat yang sama.

"Satu lagi perkara yang baik adalah tentang perkauman. Bagaimana apabila Umno bercakap tentang hak Melayu ia dilihat sebagai perkauman tetapi apabila orang lain bercakap tentang hak-hak komuniti mereka sendiri ia dilihat sebagai hak minoriti.

"Ia satu saranan kepada rakyat Malaysia untuk menilai bagaimana cara mereka bercakap tentang perkauman. Jika anda benar-benar mahu menghapuskan kepentingan etnik maka kita perlu melakukannya secara menyeluruh," kata Wan Saiful.

Secara keseluruhan, Wan Saiful berkata pemikiran Muhyiddin mengenai ekonomi, kebebasan peribadi dan Akta Hasutan tidak sama dengan bos beliau sendiri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana Najib berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan dan membasmi ketidaksamaan pendapatan sebagai pusat kepada rancangannya untuk mengubah ekonomi.

"Adalah mengejutkan untuk melihat timbalan perdana menteri yang bercakap dengan bahasa yang berbeza daripada perdana menteri." 
 
 
 

BN Selangor bidas Wan Azizah tak hadir sidang Dewan.. Tapi..

Posted: 26 Nov 2014 02:45 AM PST

 
Wednesday, November 26, 2014 BN Selangor bidas Wan Azizah tak hadir sidang Dewan.. Tapi..  Ketua Pembangkang Selangor Datuk Shamsuddin Lias hari ini membidas kegagalan ADUN Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk hadir pada sidang DUN meskipun telah masuk hari ketiga.  Beliau menegaskan Wan Azizah perlu menjadi seorang ADUN yang lebih mementingkan urusan yang berkaitan dengan negeri dan rakyat berbanding perkara-perkara lain.  Apatah lagi hari ini sidang DUN gagal mendengar jawapan daripada Menteri Besar Azmin Ali mengenai cadangan jangka masa panjang untuk mengelakkan kejadian banjir kilat di Kajang.  "Jika begini keadaannya bagaimana (beliau) nak jadi ADUN bertanggungjawab? Persidangan ni baru bermula, (walaupun) Dewan membenarkan tapi kalau kita mengambil Dewan sebagai tempat yang penting untuk menyatakan pendapat, maka dia sepatutnya hadir dalam Dewan.  "Kawasan dia sering berlaku banjir kilat, siapa yang nak ambil perhatian? Tadi saya tengok ada satu soalan, tidak ada orang pun mengambil alih soalan tu," katanya pada sidang media di Lobi SUK.  Difahamkan Wan Azizah ke luar negara kerana mengikut suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tidak diketahui atas urusan peribadi atau kerja.  Shamsuddin menasihatkan Azizah supaya menjadi seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab dan tidak menjadi ADUN hanya pada nama sahaja.  "Kalau inilah caranya bagaimana kita nak harapkan sebagai ADUN yang berkesan. ADUN berkenaan kena bertanggungjawab terhadap kawasan dia. Jangan jadi janji-janji (sebelum ini) sebagai retorik tapi keadaan yang sebenar tak nampak," katanya.  Sebelum ini Wan Azizah berjanji akan mengatasi masalah banjir kilat yang melanda kawasan itu setiap kali hujan lebat.  Beliau yang dipilih menjadi ADUN Kajang setelah beliau memenangi PRK kawasan itu pada 23 Mac lalu, dengan meraih 16,741 undi menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang hanya meraih 11,362 undi.  Bagaimanapun, Azizah muncul pada sidang DUN pada lewat petang ini.  Beliau kemudiannya membidas Shamsuddin kerana membuat tuduhan kepadanya. Ujarnya ketidakhadirannya sebelum ini mendapat kebenaran dewan berkenaan ~ AntaraPos Ketua Pembangkang Selangor Datuk Shamsuddin Lias hari ini membidas kegagalan ADUN Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk hadir pada sidang DUN meskipun telah masuk hari ketiga.

Beliau menegaskan Wan Azizah perlu menjadi seorang ADUN yang lebih mementingkan urusan yang berkaitan dengan negeri dan rakyat berbanding perkara-perkara lain.

Apatah lagi hari ini sidang DUN gagal mendengar jawapan daripada Menteri Besar Azmin Ali mengenai cadangan jangka masa panjang untuk mengelakkan kejadian banjir kilat di Kajang.

"Jika begini keadaannya bagaimana (beliau) nak jadi ADUN bertanggungjawab? Persidangan ni baru bermula, (walaupun) Dewan membenarkan tapi kalau kita mengambil Dewan sebagai tempat yang penting untuk menyatakan pendapat, maka dia sepatutnya hadir dalam Dewan.

"Kawasan dia sering berlaku banjir kilat, siapa yang nak ambil perhatian? Tadi saya tengok ada satu soalan, tidak ada orang pun mengambil alih soalan tu," katanya pada sidang media di Lobi SUK.

Wednesday, November 26, 2014 BN Selangor bidas Wan Azizah tak hadir sidang Dewan.. Tapi..  Ketua Pembangkang Selangor Datuk Shamsuddin Lias hari ini membidas kegagalan ADUN Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk hadir pada sidang DUN meskipun telah masuk hari ketiga.  Beliau menegaskan Wan Azizah perlu menjadi seorang ADUN yang lebih mementingkan urusan yang berkaitan dengan negeri dan rakyat berbanding perkara-perkara lain.  Apatah lagi hari ini sidang DUN gagal mendengar jawapan daripada Menteri Besar Azmin Ali mengenai cadangan jangka masa panjang untuk mengelakkan kejadian banjir kilat di Kajang.  "Jika begini keadaannya bagaimana (beliau) nak jadi ADUN bertanggungjawab? Persidangan ni baru bermula, (walaupun) Dewan membenarkan tapi kalau kita mengambil Dewan sebagai tempat yang penting untuk menyatakan pendapat, maka dia sepatutnya hadir dalam Dewan.  "Kawasan dia sering berlaku banjir kilat, siapa yang nak ambil perhatian? Tadi saya tengok ada satu soalan, tidak ada orang pun mengambil alih soalan tu," katanya pada sidang media di Lobi SUK.  Difahamkan Wan Azizah ke luar negara kerana mengikut suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tidak diketahui atas urusan peribadi atau kerja.  Shamsuddin menasihatkan Azizah supaya menjadi seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab dan tidak menjadi ADUN hanya pada nama sahaja.  "Kalau inilah caranya bagaimana kita nak harapkan sebagai ADUN yang berkesan. ADUN berkenaan kena bertanggungjawab terhadap kawasan dia. Jangan jadi janji-janji (sebelum ini) sebagai retorik tapi keadaan yang sebenar tak nampak," katanya.  Sebelum ini Wan Azizah berjanji akan mengatasi masalah banjir kilat yang melanda kawasan itu setiap kali hujan lebat.  Beliau yang dipilih menjadi ADUN Kajang setelah beliau memenangi PRK kawasan itu pada 23 Mac lalu, dengan meraih 16,741 undi menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang hanya meraih 11,362 undi.  Bagaimanapun, Azizah muncul pada sidang DUN pada lewat petang ini.  Beliau kemudiannya membidas Shamsuddin kerana membuat tuduhan kepadanya. Ujarnya ketidakhadirannya sebelum ini mendapat kebenaran dewan berkenaan ~ AntaraPos
Difahamkan Wan Azizah ke luar negara kerana mengikut suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tidak diketahui atas urusan peribadi atau kerja.

Shamsuddin menasihatkan Azizah supaya menjadi seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab dan tidak menjadi ADUN hanya pada nama sahaja.

"Kalau inilah caranya bagaimana kita nak harapkan sebagai ADUN yang berkesan. ADUN berkenaan kena bertanggungjawab terhadap kawasan dia. Jangan jadi janji-janji (sebelum ini) sebagai retorik tapi keadaan yang sebenar tak nampak," katanya.

Sebelum ini Wan Azizah berjanji akan mengatasi masalah banjir kilat yang melanda kawasan itu setiap kali hujan lebat.

Beliau yang dipilih menjadi ADUN Kajang setelah beliau memenangi PRK kawasan itu pada 23 Mac lalu, dengan meraih 16,741 undi menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang hanya meraih 11,362 undi.

Bagaimanapun, Azizah muncul pada sidang DUN pada lewat petang ini.

Beliau kemudiannya membidas Shamsuddin kerana membuat tuduhan kepadanya. Ujarnya ketidakhadirannya sebelum ini mendapat kebenaran dewan berkenaan ~ 


AntaraPos
 

Icon Misai Malaysia Wak Doyok Hadir Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 "

Posted: 26 Nov 2014 02:06 AM PST

  Selamat berjuang dalam UMNO yang penuh dengan rasuah, salah laku dan penuh dengan orang-orang yang pentingkan diri, nak perkaya diri sendiri.

Kelibat personaliti media dan ikon tatarias lelaki, Wak Doyok atau nama sebenarnya Muhammad Azwan pada perhimpunan agung Pemuda Umno hari ini mencuri perhatian sebilangan perwakilan.
 
Ditemui Malaysiakini di kafe Riverside PWTC, Wak Doyok berkata beliau hadir sebagai untuk mendengar secara langsung ucapan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
 
"Umur kami tidak jauh sangat jadi saya rasakan kehendak dan aspirasi kami juga tak jauh sangat," katanya personaliti berusia 34 tahun ini kepada Malaysiakini.
 
Beliau yang baru sahaja menjadi ahli Umno cawangan Taman Tun Dr Ismail itu mengaku hadir atas jemputan pengerusi biro media baru Pemuda Umno, Ibdillah Ishak.
 
Beliau juga secara terbuka berharap agar golongan muda kembali berminat menyertai Umno.
 
"Kebanyakan Gen Y mereka kurang berminat dengan Umno jadi kita nak tarik balik supaya mereka dekat dengan Umno," katanya.
 
Ditanya jika kehadirannya akan mencetuskan kontroversi di kalangan peminatnya, Wak Doyok menjelaskan yang beliau adalah "hak masyarakat," dan turut memenuhi jemputan parti lain yang berminat mendapatkan khidmat nasihat tata rias lelaki darinya.
 
"Saya ada juga parti-parti lain panggil. Saya hak masyarakat. Mereka perlukan saya, saya bantu.
 
 
"Itu pandangan mereka. Fesyen saya sebelum ini pun ada yang tak suka," katanya. MKini

Perhimpuan Agong UMNO 2014

Posted: 26 Nov 2014 12:30 AM PST

mereka  merekapun berkumpul menabuh gong gempita bunyinya sambil utusan dan tv tiga suku sama bersorak rakyat terdiam melihat tatapi lembu2 tua mengusik semayam dewa dan kala malam bulan disiram arak pahit, lalu saat leluhur dipanggil pulang untuk memulihkan selendang dan keris tua berkarat.  gong ditabuh lagi bertalu-talu merah warnanya meniup buluh perindu yang sakti dan suara itu kononnya menghiba para dewa dan baik peramlah air madu keris tua dan lembu diam di kondo.  sejak semalaman aku mendengar rohku memanggil dewa tengah dikau bersidang dan badut2 tua tak bergigi suaranya sama gundah di luar dewan persidangan dan ia tuang madu2 tua itu pada luka-luka dunianya yang ditinggalkan dulu.  tiba suara2 itu jatuh dari langit menjadi tahi terlontar di muka mereka sendiri dan dalam keadaan lupa mereka tidak merasa itu dan baunya tetap menyebar ke seluruh lokasi namanya malaysiaku negara elok hanya selesai dengan satu famiut cincailah.  ISMAILY BUNGSU

Merekapun berkumpul menabuh gong gempita bunyinya sambil utusan dan tv tiga suku sama bersorak rakyat terdiam melihat tatapi lembu2 tua mengusik semayam dewa dan kala malam bulan disiram arak pahit, lalu saat leluhur dipanggil pulang untuk memulihkan selendang dan keris tua berkarat.

gong ditabuh lagi bertalu-talu merah warnanya meniup buluh perindu yang sakti dan suara itu kononnya menghiba para dewa dan baik peramlah air madu keris tua dan lembu diam di kondo.

sejak semalaman aku mendengar rohku memanggil dewa tengah dikau bersidang dan badut2 tua tak bergigi suaranya sama gundah di luar dewan persidangan dan ia tuang madu2 tua itu pada luka-luka dunianya yang ditinggalkan dulu.

tiba suara2 itu jatuh dari langit menjadi tahi terlontar di muka mereka sendiri dan dalam keadaan lupa mereka tidak merasa itu dan baunya tetap menyebar ke seluruh lokasi namanya malaysiaku negara elok hanya selesai dengan satu famiut cincailah.


ISMAILY BUNGSU